dialektologi dan laras bahasa bbm 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf ·...

248
1 DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303 BBM 3303 (Unit 1-8) B.A. (Bahasa dan Linguistik Melayu) RAJA MASITTAH RAJA ARIFFIN Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan

Upload: hoangcong

Post on 09-Aug-2019

382 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

1

DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA

BBM 3303

BBM 3303 (Unit 1-8)

B.A. (Bahasa dan Linguistik Melayu)

RAJA MASITTAH RAJA ARIFFIN

Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan

Page 2: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

2

KANDUNGAN

Halaman

Pengenalan Kursus 2

Biodata Penulis 4

Rangka Kursus 5

Kaedah Pengajaran 8

Panduan Menulis Tugasan 10

UNIT 1 : Pengenalan Dialektologi dan Laras Bahasa 12 UNIT 2 : Variasi Bahasa di Malaysia dan Perubahan Sosial 22 UNIT 3 : Gaya Bahasa dan Ragam Bahasa 71 UNIT 4 : Laras Bahasa Iklan / Bahasa Sains 78 UNIT 5 : Laras Bahasa Borang 124 UNIT 6 : Dialek dan Bahasa 141 UNIT 7 : Pemetaan Dialek dan Geografi Dialek 161 UNIT 8 : Dialek Sosial 218

PENGENALAN KURSUS

Kursus : Dialektologi dan Laras Bahasa

Kod Kursus : BBM3303

Kredit : 3 (3+0)

Pensyarah : Prof. Madya Dr. Raja Masittah Raja Ariffin

Page 3: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

3

Tajuk Kuliah : Maklumat Kursus

i) Biodata Penulis

ii) Rangka Kursus

iii) Kaedah Pengajaran

iv) Jadual Belajar

v) Penilaian Kursus

vi) Panduan Menulis Tugasan

BIODATA PENULIS

Raja Masittah Raja Ariffin. Ph.D (UPM), pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM dalam bidang dialektologi

dan laras bahasa, bahasa Melayu Tinggi, dan linguistik sejawawi. Pengkhususan

dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pustakawan dan Pegawai Perancang Bahasa

di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dan mempunyai pengalaman

sebagai Munsyi Dewan, (DBP), Setiausaha Kehormat Persatuan Linguistik

Malaysia (PLM) dan sebagai penatar atau penceramah kursus bahasa dan

penulisan profesional dan penyuntingan. Beliau banyak membentangkan kertas

kerja penyelidikan tentang bahasa dan linguistik pada seminar dan persidangan

di dalam dan luar negara. Jawatan terkini, ialah Profesor Madya di FBMK, UPM

(Mac 2009 - kini).

Antara sumbangan beliau dalam bidang penulisan bahasa dan linguistik,

termasuklah ratusan makalah yang tersiar dalam jurnal (tempatan dan luar

negara), dalam majalah dan akhbar tempatan, dalam Ensiklopedia Sejarah dan

Kebudayaan Melayu DBP dan Ensiklopedia Umum Pelajar DBP. Sehingga kini,

Page 4: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

4

beliau telah menghasilkan lima buah buku, iaitu Petunjuk Bahasa (DBP, 2005,

2007, 2012), Tokoh Pembinaan Bahasa Melayu Serantau:35 Tahun MABBIM

(DBP, 2010), Cendekiawan Bahasa Melayu dalam Tradisi Kesarjanaan Barat.

(UPM, 2010), dan Bahasa dan Budaya Masyarakat Melayu di Pulau Kokos,

Australia (UPM, 2013), dan sebagai penulis bersama dengan Nor Hashimah

Jalaluddin, Harishon Radzi, Maslida Yusof, dan Sa’adiah Ma’alip untuk buku

yang berjudul Sistem Panggilan dalam Keluarga Melayu Satu Dokumentasi

(DBP, 2005). Tesis sarjananya bertajuk bahasa Melayu dalam Warkah-Warkah

Melayu Terpilih, dan tesis PhD berjudul Status Penggunaan bahasa Melayu di

Pulau Kokos, Australia.

RANGKA KURSUS

NAMA KURSUS : DALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA

(Dialectology and Language Register)

KOD KURSUS : BBM 3303

KREDIT : 3 (3 + 0)

JUMLAH JAM : 120 per semester PEMBELAJARAN PELAJAR HASIL PEMBELAJARAN : Pelajar dapat:

1. menganalisis pelbagai jenis laras bahasa, gaya bahasa, ragam bahasa, dan dialek dalam bahasa Melayu (C4);

2. memanipulasikan variasi-variasi dan perubahan bahasa ( PA, Em)

3. menghuraikan jenis-jenis laras bahasa, gaya,

ragam bahasa dan dialek (A4)

Page 5: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

5

4. berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan (CS).

SINOPSIS : Kursus ini membincangkan konsep variasi bahasa dan perubahan bahasa; variasi daerah dan dialek; dialek sosial dan stilistik, tabiat penggunaan bahasa; analogi dan pertembungan bahasa; faktor variasi bahasa; konsep dan laras bahasa dalam pelbagai bidang.

(This course discusses concept of language variation

and language change; language regional language

variation and dialects; social dialects and stylistics;

language behavioural usage;, analogy and language

contact; factors of language variation; concept and

register of language in various field).

KANDUNGAN KULIAH : Jam Pembelajaran Bersemuka

1. Pengenalan dialektologi dan laras bahasa 3 - definisi dan konsep - faktor penentu laras bahasa

2. Jenis variasi bahasa 6 - daerah - sosial - suasana - bidang penggunaan di Malaysia

3. Perubahan sosial dan perubahan bahasa 3 - peluputan - pembekuan - penyurutan bahasa

4. Gaya bahasa dan jenisnya 3 - retorik - didaktik - peribadian dan tak peribadian

5. Ragam bahasa dan jenisnya 3 - formal - akrab

Page 6: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

6

- beku - runding - bersahaja

6. Laras bahasa 6 - konsep - petunjuk laras - kata istilah - kata sukar - ungkapan epistemik

7. Jenis laras bahasa 6 - laras sains - laras iklan - laras borang - laras akademik

8. Dialek dan bahasa 3 - peringkat - rantaian - teori pohon dan teori gelombang

9. Pemetaan dialek 3

- geografi dialek - dialek bahasa - bahasa Melayu baku - perbandingan dialek

10. Dialek sosial 6

- bahasa Diraja - bahasa Melayu kuno, klasik dan moden

Jumlah 42 PENILAIAN : Kerja kursus 60% Peperiksaan Akhir : 40% RUJUKAN : 1. Asmah Haji Omar. (2000). Wacana Perbincangan,

Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 7: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

7

2. Asmah Haji Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Multimedia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa

Melayu. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Chambers, J,K. and Trudgill, P. (2003) Dialektologi

(Penterjemah Anuar Ayob). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. S. Nathesan. (2008). Laras Bahasa Ilmiah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan Bacaan Lain Yang Dicadangkan

Sila rujuk senarai bahan-bahan bacaan tersebut pada setiap unit.

KAEDAH PENGAJARAN

Kursus ini disediakan dalam 8 Unit Kuliah. Kursus ini mengandungi pengenalan

kursus yang meliputi objektif pembelajaran, kandungan, penilaian unit dan

sumber-sumber pembelajaran serta bahan-bahan bacaan (buku rujukan dan

bahan-bahan bacaan yang ditetapkan), jadual belajar, Kursus intensif

bersemuka, latihan dan aktiviti serta tugasan (esei ilmiah) untuk diserahkan pada

tarikh yang ditetapkan.

Page 8: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

8

Anda mesti membaca panduan belajar Unit 1 hingga 8, buku rujukan dan

bahan-bahan bacaan yang ditetapkan bagi setiap unit. Maklumat ini penting

untuk pengetahuan dan untuk membantu dalam penyediaan tugasan anda.

JADUAL PEMBELAJARAN

Jadual belajar untuk kursus BBM3303 disediakan seperti yang berikut.

Minggu Unit Tajuk

1 & 2 1 Pengenalan Dialektologi dan laras bahasa

3 & 4 2 Variasi Bahasa di Malaysia dan Perubahan sosial

5 3 Gaya bahasa dan Ragam bahasa

6 & 7 4 Laras bahasa iklan/ bahasa sains

8 5 Laras bahasa borang

9 & 10 6 Dialek dan Bahasa

11 & 12 7 Pemetaan Bahasa dan Geografi Dialek

13 & 14 8 Dialek sosial

PENILAIAN KURSUS

Kerja Kursus

Kerja kursus terdiri daripada tugasan. Anda diminta menyediakan satu kertas

kerja/esei secara individu berdasarkan salah satu tajuk yang telah ditetapkan

oleh pensyarah. Markah tugasan ialah 30%.

Page 9: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

9

Tarikh akhir penyerahan tugasan ialah pada minggu ke-10 kuliah (7 minggu)

Ujian

Ujian akan diadakan pada pertengahan semester. Pelajar dikehendaki menjawab

soalan objektif dan 1 soalan esei. Markah ujian ialah 30%.

Peperiksaan Akhir

Peperiksaan akhir mengambil masa 1 jam 30 minit. Pelajar dikehendaki

menjawab soalan objektif dan 1 soalan esei. Markah peperiksaan akhir ialah

40%.

Catatan: Semua pelajar hendaklah menduduki peperiksaan pada tarikh, masa

dan tempat yang telah ditetapkan.

PANDUAN MENULIS TUGASAN

1. Tajuk Tetap : Tajuk yang ditetapkan oleh pensyarah tidak boleh

diubah, dipinda atau diganti dengan tajuk yang lain.

2. Format : Format kertas kerja atau esei mesti mengandungi lima

perkara utama seperti yang berikut:

a. Tajuk : Ringkas dan padat

b. Pengenalan : Pengenalan mesti mengandungi

Page 10: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

10

pengertian dan konsep bagi tajuk yang dibincangkan.

c. Kandungan isi dan perbahasan : Perbincangan

dan penghujahan mestilah kritis dan argumentatif sifatnya.

d. Kesimpulan : Kesimpulan kepada kandungan perbincangan yang di atas. e. Bibliografi : Bibliografi bagi tugasan ini mestilah mengandungi butiran seperti yang berikut:

i. Sumber daripada buku: Nama pengarang, tarikh, judul buku, tempat terbit, dan penerbit.

ii. Sumber daripada jurnal : nama pengarang, tarikh, judul karangan, nama jurnal, jilid, bilangan, dan halaman.

3. Kertas dan Kulit Luar : a. Setiap tugasan hendaklah ditaip bersih pada kertas A4 yang berwarna putih. b. Panjangnya: minimum 10 halaman dan

maksimum 15 halaman. c. Bentuk taipan pada kulit luar adalah seperti

contoh yang berikut:

Page 11: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

11

Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia Serdang

BBM 3303 : DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA

Judul Esei

Nama Penulis

No. Matrik : Program : Semester/sesi :

Nama Pensyarah

Tarikh

d. Kertas untuk kulit luar perlulah berwarna cerah.

4. Penyerahan : a. Setiap kerja kursus hendaklah diserahkan kepada kepada pensyarah mengikut tarikh yang telah ditetapkan. b. Pelajar yang lambat menyerahkan kerja kursus akan menjejaskan markahnya.

Page 12: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

12

UNIT 1

DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA

Pengenalan

Dialektologi ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji dialek yang merupakan suatu

bentuk kelainan bahasa. Perkataan dialektologi berasal daripada bahasa Yunani

yang bermaksud kajian saintifik yang dilakukan terhadap dialek linguistik.

Dialektologi juga merupakan subbidang sosiolinguistik yang mengkaji variasi-

variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur

dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Laras bahasa juga ialah kelainan bahasa yang dituturkan oleh penutur

dalam kehidupan mereka. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang dipilih

daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur, Jumlah laras

wujud dalam sesuatu masyarakat kerana kemunculan laras bahasa adalah selari

dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa

berubah mengikut konteks, bidang dan peringkat sosial (Nik Safiah Karim

(1982:1).

Page 13: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

13

Objektif

1. Mengetahui definisi dialektologi dan laras bahasa.

2. Memahami konsep-konsep dalam dialektologi dan laras bahasa.

3. Menghuraikan faktor-faktor penentu dalam variasi sosiolinguistik.

Definisi Dialektologi

Kebanyakan ahli dialektologi mentakrifkan dialek sebagai satu ragam yang

mempunyai perbezaan dan kelainan daripada ragam-ragam lain yang dapat

dilihat melalui ciri-ciri penyebutan, kosa kata dan tatabahasa. Beberapa aspek

dialektologi yang banyak dibincangkan oleh ahli-ahli dialektologi, termasuklah

bidang geografi dialek, dialek dan pendidikan, dialek dalam kesusasteraan,

dialek dari sudut teorinya, dan sebagainya. Pelbagai istilah juga telah

diperkenalkan oleh ahli-ahlli dialektologi dalam kajian masing-masing, seperti

dialektologi tradisional, dialektologi struktural, dialektologi bandaran atau

dialektologi sosiolinguistik, dan dialektologi generatif.

Konsep Bahasa, Dialek dan Variasi Bahasa

� Bahasa: Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari sifatnya yang

digunakan oleh manusia sebagai alat untuk berhubung.

Page 14: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

14

� Komuniti Bahasa: Sekumpulan manusia yang menganggap diri mereka

menggunakan bahasa yang sama, misalnya komuniti bahasa Melayu di

negeri-negeri di Malaysia, demikian juga komuniti bahasa Cina. Ada juga

perbezaan dalam komuniti bahasa daripada aspek sintaksis, morfologi,

fonologi, kosa kata, dan lain-lain, misalnya bahasa Melayu dialek

Kelantan dengan bahasa Melayu dialek Negeri Sembilan, Bahasa Inggeris

di England, di Amerika, dan di Australia.

� Dialek: Jenis-jenis bahasa yang ditentukan mengikut wilayah melalui

penandaan sempadan dialek-dialek yang disebut isoglos, dan dasar-dasar

pemisahan boleh merupakan unsur-unsur tatabahasa, leksikon, fonologi

atau fonetik.

� Laras atau Dialek Sosial: Jenis-jenis bahasa yang timbul disebabkan

oleh perbezaan penggunaan, misalnya tatatingkat dalam masyarakat,

keluarga, dan sebagainya.

� Variasi Bahasa

- Perubahan dalam cara bertutur oleh penutur dalam sesuatu masyarakat

penutur (Nik Safiah Karim, 1981: 17).

- Perbezaan yang kecil-kecil dari segi bentuk (bunyi, kata, dsb) dalam satu

sistem bahasa yang sama ( Asmah, 1991: 36).

- Istilah dalam sosiolinguistik dan stilistik untuk merujuk kepada sistem

linguistik yang penggunaannya ditentukan oleh angkubah situasi seperti

kawasan, pekerjaan, kelas sosial, dan sebagainya (Crystal, 2003: 489).

Page 15: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

15

Variasi Bebas (Free Variation), Non Functional Variation)

Fonologi: Variasi yang terdapat dalam lingkungan yang sama, terutama dalam

kata yang tidak berbeza maknanya. misalnya: pasal/fasal. Namun terdapat juga

perbezaan fonemis antara /p/ dan /f/, tetapi pada kata-kata tersebut fonem-

fonem itu dapat bervariasi dengan bebas.

Variasi Sosiolinguistik

Variasi sosiolinguistik (sociolinguistic variation) ialah perubahan-perubahan

dalam cara bertutur yang dilakukan oleh setiap penutur dalam sesuatu

masyarakat bahasa. Misalnya, seorang penutur menggunakan aku untuk ganti

nama pertama apabila bercakap dengan adiknya, tetapi menukarkan kepada

saya apabila bercakap dengan gurunya. Dalam bidang linguistik deskriptif atau

struktural, perubahan ini dianggap sebagai “pertukaran bebas” (free variation),

oleh sebab pertukaran-pertukaran itu dikatakan tidak distingtif, yakni tidak

membawa perbezaan makna.

Disiplin sosiolinguistik menunjukkan bahawa perubahan-perubahan atau

penukaran-penukaran ini tidak berlaku secara sewenang-wenang, yakni tidak

“bebas” dalam erti kata sebenar-benarnya, tetapi ditentukan oleh faktor-faktor

tertentu, dan penggunaan satu unsur pertuturan itu mempunyai kaitan yang erat

dengan perubahan-perubahan dalam masyarakat (Nik Safiah Karim,1981 :17).

Page 16: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

16

Penentuan Variasi Bahasa

Variasi bahasa atau perbezaan sosiolinguistik ditentukan oleh beberapa faktor.

Salah satu atau beberapa faktor ini boleh memainkan peranan, sama ada secara

bersendirian, atau secara bercantum dalam interaksi bahasa dalam masyarakat.

Hymes (1972) telah mengemukakan lapan faktor yang berperanan dalam

sesuatu interaksi bahasa dalam masyarakat.

1. Latar tempat dan waktu penting dalam sesuatu interaksi berbahasa. Dalam

suasana perbincangan antara pensyarah dengan pelajar di dewan kuliah atau

sesi tutorial, bentuk bahasa yang digunakan agak formal, dan mengikut pola

berbahasa yang agak baku. Sebaliknya, peserta yang sama (pensyarah dan

pelajar) dalam suasana atau tempat yang berbeza, misalnya dalam majlis

ramah mesra dengan pelajar-pelajar baharu pada majlis makan malam,

bentuk bahasa yang digunakan agak tidak formal, lebih bersahaja dan mesra.

2. Peserta merupakan gabungan antara penutur-pendengar, pemidato-sidang

pendengar dan pemula-penerima. Peranan peserta merujuk kepada umur,

status dan jarak perhubungan (rapat atau tidak) dan pengalaman yang

dimiliki bersama dalam menentukan bentuk bahasa yang digunakan dalam

interaksi. Perbualan antara seorang anak dengan ibunya sudah tentu

berbeza bentuk bahasanya dengan perbualan anak tersebut dengan

pelanggannya di pejabat (anak tersebut mungkin seorang ahli perniagaan).

Suatu pesanan telefon pun perlu mempunyai seorang pengirim dan seorang

penerima.

Page 17: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

17

3. Tujuan sesuatu interaksi bahasa dapat dilihat daripada dua sudut, iaitu hasil

dan pencapaian. Hal ini bermakna, tujuan boleh dilihat sebagai hasil yang

dijangka dapat dicapai melalui sesuatu interaksi, disamping matlamat

peribadi peserta. Dalam sesuatu perbicaraan di mahkamah, terdapat

pelbagai tujuan sosial yang ingin dicapai oleh peserta (hakim, juri, pendakwa

raya, tertuduh, saksi dan sebagainya) secara kolektif, disamping masing-

masing peserta mempunyai matlamat peribadi mereka yang tersendiri.

Tujuan interaksi yang berbeza akan menentukan pola atau bentuk bahasa

yang digunakan sama ada istilah, struktur ayat atau perbendaharaan kata.

4. Urutan/lakuan merupakan bentuk isi dan juga kandungan sesuatu interaksi

bahasa, yang merupakan urutan perlakuan yang bergerak daripada yang

penting diikuti oleh perlakuan lain yang kurang penting. Urutan lakuan

merupakan analisis tentang persoalan judul dan pertukaran judul serta bentuk

yang digunakan untuk menyatakan sesuatu judul tersebut. Ada orang yang

dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan baik dan mudah difahami oleh

pendengar kerana adanya urutan lakuan yang rapi susunannya walaupun

dengan bentuk bahasa yang agak tidak formal. Sebaliknya mungkin

seseorang dapat menggunakan bahasa yang baku tetapi tidak dapat

menyampaikan mesej dengan baik dan sukar difahami, bukan kerana bentuk

bahasanya tetapi kerana urutan lakuannya tidak jelas dari satu judul kepada

judul yang lain.

Page 18: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

18

5. Ragam merujuk kepada cara penyampaian (manner of discourse) yang

merangkumi nada, gaya, pemikiran dan makna yang tersirat sesuatu

peristiwa pertuturan itu berlaku. Antaranya, termasuklah unsur sindiran,

rayuan, penegasan, kiasan dan sebagainya, yang wujud bersama dalam

sesuatu interaksi bahasa. Walaupun mesej yang ingin disampaikan adalah

sama, tetapi ragam yang berbeza akan membezakan bentuk-bentuk bahasa

yang digunakan dalam interaksi. Misalnya ujaran makanlah dengan silalah

makan mempunyai makna yang sama tetapi berbeza ragam bahasanya. Oleh

sebab itu bentuk bahasanya agak berbeza satu sama lain.

6. Saluran merujuk kepada bentuk yang dipilih dalam sesuatu perbualan atau

interaksi, baik bentuk lisan, tulisan, isyarat dan sebagainya. Pada

kebiasaannya, kita akan berhati-hati menggunakan bahasa dalam ucapan

yang formal. Dalam surat untuk ibu atau ayah, biasanya kita menggunakan

bahasa yang agak formal, manakala dalam surat untuk kawan, bahasa yang

digunakan agak bersahaja dan tidak formal.

7. Norma-norma interaksi dalam perbualan merujuk kepada pengetahuan dari

segi latar belakang budaya, sosial dan kefahaman yang dimiliki bersama

dalam kalangan penutur dan pendengar dalam perbualan. Oleh sebab itu,

sesuatu bentuk bahasa yang hendak digunakan harus mengambil kira

pentafsiran sesuatu kelompok masyarakat berdasarkan norma-norma budaya

dan kepercayaan mereka. Sesuatu perkataan tertentu dalam bahasa Melayu,

misalnya kopek bermakna “kupas” dalam dialek tertentu. Tetapi dalam dialek

Page 19: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

19

lain mungkin membawa makna yang “lucah” dan tidak sesuai untuk

dituturkan. Norma-norma interaksi juga meliputi peraturan-peraturan tertentu

yang melibatkan giliran bercakap, pilihan bahasa atau kelainan yang sesuai

untuk digunakan serta peraturan-peraturan sosial tertentu dalam interaksi

bahasa.

8. Genre atau kategori merupakan keseluruhan teks yang dapat menentukan

variasi bentuk-bentuk bahasa yang digunakan dalam interaksi, misalnya

puisi, iklan, doa, cerita rakyat dan sebagainya. Dalam puisi misalnya,

mungkin terdapat banyak unsur bahasa perlambangan, personafikasi dan

sebagainya, manakala dalam iklan, banyak unsur-unsur bahasa pengaruhan

yang bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pembeli.

Definisi Laras Bahasa

Asmah Haji Omar (1984:92) mentakrifkan laras bahasa sebagai kelainan bahasa

yang digunakan mengikut bidang, seperti bidang ilmu dan bidang sosial. Beliau

menekankan bahawa laras berlainan yang digunakan bukannya pada sistem

bahasa tetapi hanya pada kata-kata tertentu yang digunakan dalam laras.

Abdullah Hassan (1989:26) menjelaskan bahawa “pemakaian kata-kata

tertentu yang sesuai dengan konteksnya merupakan suatu yang dikatakan laras

bahasa. Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu dianggap pengolahan bahasa

Page 20: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

20

yang baik. Ada hubungan rapat antara isi, perkara yang dibincangkan dengan

laras bahasa yang digunakan untuk membincangkannya.”

Kesimpulan

Dialek dan laras bahasa mempunyai kaitan dalam kajian sosiolinguistik. Laras

merupakan konvensi sosial sesuatu bahasa yang digunakan untuk sesuatu

situasi. Kemunculan laras-laras bahasa adalah selari dengan kewujudan situasi-

situasi penggunaan bahasa. Dalam kehidupan sehari-hari, wujudnya

penggunaan variasi bahasa yang berbeza tanpa disedari anggota

masyarakatnya. Oleh sebab itu, konsep laras bahasa dan dialek telah mendapat

perhatian dalam kalangan ahli bahasa, khususnya mereka yang terlibat dengan

kajian sosiolinguistik.

Soalan Latihan

1. Nyatakan dengan ringkas definisi dialektologi dan laras bahasa,

dan bagaimanakah perkaitannya satu sama lain?

2. Sebutkan dan huraikan lapan faktor penentu variasi bahasa yang

dikemukakan oleh Hyme (1972).

Page 21: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

21

Rujukan

Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa:

Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1984). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Kajian

Retorik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1991). Bahasa Melayu Abad Ke-16 : Satu

Analisis Berdasarkan Teks Melayu 'Aqa'id Al-Nasafi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Crystal, David. (2003). A Dictionary of Linguistics And Phonetics.

Massachusset: Blackwell Publishing.

Hymes, Dell (1972). Sociolinguistics. London: Penguin, hlm. 269-

293.

Nik Safiah Karim. (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 22: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

22

UNIT 2

Variasi Bahasa di Malaysia dan Perubahan Sosial

Pengenalan

Bahagian ini memuatkan bicara tentang bahasa dan masyarakat dan bagaimana

bahasa digunakan oleh penuturnya. Bentuk masyarakat bahasa tersebut

biasanya berhubung kait dengan variasi bahasa. Hubungan masyarakat dan ahli-

ahlinya sangat rapat dan sukar dipisahkan. Sesuatu bahasa itu tidak akan wujud

sekiranya tiada penuturnya, dan begitu juga sebaliknya. Tegasnya, ada manusia

pasti ada bahasa. Keadaan ini membuktikan bahawa bahasa dan penuturnya

mempunyai hubungan timbal balik yang saling memerlukan.

Objektif

1. Mengetahui dan memahami jenis-jenis variasi bahasa.

2. Menghuraikan variasi bahasa di Malaysia.

3. Memanipulasikan variasi-variasi bahasa dan perubahan bahasa.

Page 23: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

23

Bahasa dan Masyarakat Penuturnya

Asmah Haji Omar (1992) menjelaskan bahawa pada peringkat awal, mungkin

setiap anggota masyarakat itu berkomunikasi dalam satu bahasa sahaja, dan

mereka ini dikatakan sebagai masyarakat ekabahasa (monolingual). Lama

kelamaan, variasi berkembang menjadi bahasa yang berlainan pula, dan

masyarakat tersebut mempunyai berbagai-bagai bahasa.

Mereka yang menganut agama Islam sudah pasti mengatakan bahasa

yang pertama itu ialah bahasa Arab. Mereka yang menganut agama Kristian pula

akan mengatakan bahasa yang pertama itu ialah bahasa Yahudi kuno. Apabila

dikaji asal usul atau dari rumpun manakah kedua-dua bahasa ini (bahasa Arab

dan bahasa Yahudi kuno) berasal, didapati bahawa kedua-duanya adalah

daripada rumpun yang sama.

Bagaimanakah berlakunya atau terjadinya pelbagai bahasa di dunia?

Menurut Asmah lagi, dalam cerita tentang Menara Babel, atau The Tower of

Babel di Babylon, ada dinyatakan bahawa manusia itu diturunkan dalam

berbagai-bagai bahasa, dan kemudian manusia berpecah-pecah menjadi

berbagai-bagai bangsa yang berlainan pula. Menurut suatu teori yang lain,

dikatakan bahawa kumpulan raja yang memerintah di Babylon itu bercakap

dalam satu bahasa sahaja, tetapi wujudnya kepelbagaian bahasa apabila hamba

Page 24: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

24

abdinya yang begitu ramai jumlahnya itu bertutur dalam pelbagai bahasa yang

berbeza-beza. Daripada hamba abdinya itulah turunnya berbagai-bagai bangsa

yang ada di dunia sekarang ini.

Kepelbagaian Bahasa

Pada zaman ini amat sukar untuk mencari satu kelompok masyarakat yang

ekabahasa sifatnya. Contohnya di Malaysia, Apabila ditinjau masyarakatnya

sebelum kedatangan orang Cina dan India, sesungguhnya masyarakat itu sudah

pun merupakan masyarakat pelbagai bahasa. Daripada kajian sejarah, sebelum

kedatangan orang Melayu Deutro ke Malaysia, sudah ada orang Melayu Proto

yang mula-mula menempati Semenanjung ini. Istilah Melayu Deutro digunakan

untuk merujuk kepada orang Melayu, seperti yang kita kenal sekarang ini,

manakala Melayu Proto merujuk kepada orang asli yang terdiri daripada

berbagai-bagai kelompok.

Terdapat kira-kira dua puluh lima kelompok atau golongan orang Melayu

Proto (orang asli) yang bercakap dalam bahasa masing-masing. Sekarang ini

jumlah bilangan penutur bagi satu-satu bahasa tersebut adalah kecil sekali.

Apabila orang Melayu Deutro datang ke Malaysia, orang Melayu Proto menjadi

terdesak dan berpindah ke kawasan pedalaman. Oleh hal yang demikian,

kawasan-kawasan persisiran ditempati oleh orang-orang Melayu Deutro.

Page 25: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

25

Sebenarnya ciri kepelbagaian bahasa bukan sahaja sudah wujud

di Semenanjung, malah di Sabah dan Sarawak juga. Di Sabah dan Sarawak

terdapat kira-kira lima puluh bahasa bumiputera. Bahasa-bahasa tersebut

menganggotai rumpun yang sama juga seperti yang dianggotai oleh bahasa

Melayu.

Sejak awal lagi masyarakat Malaysia menunjukkan kadar kepelbagaian

bahasa yang sangat tinggi. Kadar kepelbagaian bahasa ini bertambah apabila

berlakunya migrasi. Migrasi ini dapat dibahagikan dalam dua bentuk. Pertama

ialah migrasi dari dalam kawasan Melayu sendiri, yakni migrasi orang dari pulau-

pulau yang sekarang ini termasuk dalam wilayah Indonesia. Antaranya ialah

kedatangan orang Jawa, Boyan, Aceh, Bugis, Kerinci, Rawa dan suku kaum

yang lain ke Malaysia, khususnya ke Semenanung Malaysia. Sejarah Melayu

ditulis pada abad ketujuh belas, tetapi yang mengisahkan zaman kegemilangan

Melaka pada abad keenam belas itu, sudah pun menyebut perkara tentang

kehadiran orang Jawa, Batak dan Aceh di Melaka. Di Sabah, migrasi berlaku dari

alam Melayu yang merupakan migrasi orang dari wilayah Indonesia dan juga

Filipina, manakala di Sarawak, kebanyakannya ialah migrasi orang dari wilayah

Indonesia yang berjiran dengan Sarawak.

Migrasi jenis kedua adalah dari luar kawasan alam Melayu. Migrasi yang

terbesar ialah migrasi orang Cina dan orang India. Kedatangan mereka telah

menambahkan lagi kadar kepelbagaian bahasa di Malaysia. Apabila kita

Page 26: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

26

memperkatakan bahasa Cina di Malaysia, tidak bermakna ada satu sahaja

bahasa Cina, tetapi terdapat sekurang-kurangnya sepuluh bahasa Cina. Dialek

Kantonis, dialek Hokkien, bahasa Mandarin, dialek Hailam dan sebagainya itu

sebenarnya ialah bahasa. Bahasa-bahasa Cina tersebut tergolong di bawah satu

rumpun bahasa yang besar, yang dikenali sebagai rumpun Sino-Tibet.

Masyarakat India di Malaysia pula terbahagi kepada dua rumpun yang

berbeza. Yang pertama ialah rumpun Dravidia yang anggotanya antara lain

terdiri daripada bahasa Tamil, bahasa Telugu dan bahasa Malayalam. Yang

kedua ialah rumpun Indo-Arya yang meliputi bahasa Benggali, bahasa Punjabi

dan bahasa Gujerati, yang semuanya mempunyai komuniti bahasa di Malaysia.

Rumpun Indo-Arya ini mempunyai bahasa yang lebih hampir dengan bahasa-

bahasa di Eropah. Di samping itu terdapat bahasa Sinhalese yang dituturkan

oleh orang yang berasal dari Sri Lanka, dan bahasa Urdu yang dituturkan oleh

keturunan Pakistan.

Apabila kita memperkatakan bahasa yang terdapat di Malaysia, kita juga

tidak harus lupa akan adanya komuniti bahasa Thai di Kedah dan di Kelantan. Di

samping itu, terdapat juga bahasa Arab yang dituturkan oleh orang yang

berpendidikan Arab, manakala bahasa Inggeris dituturkan oleh orang yang

berpendidikan Inggeris dan orang Serani. Bahasa Portugis, walaupun tidak

sama dengan bahasa Portugis yang dituturkan di Portugal sekarang ini, tetapi

bahasa ini hidup sebagai bahasa orang Portugis Melaka.

Page 27: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

27

Asmah turut menegaskan bahawa sekiranya disusun semula rumpun

bahasa yang terdapat di Malaysia, kita mendapati bahawa masyarakat Malaysia

mempunyai tujuh rumpun bahasa. Yang berikut ialah senarai rumpun bahasa

yang terdapat di Malaysia:

(i) Rumpun Austronesia, yang terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa-

bahasa bumiputera di Sabah dan Sarawak, bahasa Jawa, Boyan, Aceh

dan sebagainya.

(ii) Rumpun Austroasia, yang terdiri daripada bahasa-bahasa orang asli

kecuali bahasa Jakun dan Temuan yang sebenarnya ialah dialek Melayu.

(iii) Rumpun Sino-Tibet, yang terdiri daripada bahasa Cina dan bahasa Thai.

(iv) Rumpun Dravidia.

(v) Rumpun Indo-Arya.

(vi) Rumpun Indo-Eropah, yakni bahasa Inggeris.

(vii) Rumpun Semitik, yakni bahasa Arab.

Tiada satu pun masyarakat di dunia yang mempunyai begitu banyak

rumpun bahasa. Di Indonesia, dalam kalangan orang Indonesia sendiri

mempunyai satu rumpun bahasa sahaja, iaitu rumpun Austronesia. Begitu juga

halnya dengan bahasa-bahasa bumiputera di Filipina. Bagi kedua-dua negara

tersebut, ada bahasa yang datang dari luar, tetapi tidaklah sebanyak yang

terdapat di Malaysia. Orang Melayu Proto adalah serumpun dengan orang bukit

di Burma, Assam dan Khassi, iaitu dalam rumpun Austroasia.

Page 28: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

28

Bahasa-bahasa yang menganggotai satu rumpun yang sama itu

memperlihatkan bukan sahaja ciri-ciri bahasa yang sama, malah mempunyai ciri-

ciri budaya yang hampir sama.

Bahasa Kreol dan Bahasa Pijin

Kadar kepelbagaian bahasa juga meningkat dengan adanya bahasa kacukan.

Yang dimaksudkan dengan bahasa kacukan ialah bahasa yang memperlihatkan

bentuk yang bercampur aduk sekurang-kurangnya dua bahasa yang berlainan

dari segi sistem, struktur dan perbendaharaan katanya. Terdapat dua jenis

bahasa kacukan, iaitu:

(i) Bahasa Kreol

(ii) Bahasa Pijin (bahasa pasar)

Bahasa Kreol

Bahasa Kreol ialah bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan

kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa. Yang dimaksudkan dengan

“sudah mantap” di sini ialah bahasa tersebut sudah mempunyai penuturnya

tersendiri yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda atau bahasa pertama.

Bahkan bahasa itu sudah memperlihatkan adanya sistem dan struktur yang

tersendiri. Contohnya:

Page 29: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

29

(i) Bahasa Baba - struktur ayatnya terdiri daripada campuran bahasa

Cina dan bahasa Melayu. Sebahagian besar

perbendaharaan katanya ialah bahasa Melayu.

(ii) Bahasa Portugis - struktur ayatnya merupakan campuran bahasa

Portugis Melaka dan bahasa Melayu. Sebahagian

besar perbendaharaan katanya ialah bahasa

Portugis abad ke-16.

Sistem dan struktur bahasa kreol biasanya bercampur aduk.

Perbendaharaan katanya memperlihatkan pengaruh yang lebih besar daripada

salah satu bahasa berbanding dengan bahasa yang lain. Bahasa yang menjadi

sumber paling besar bagi perbendaharaan kata tersebut diambil sebagai nama

untuk bahasa kreol berkenaan. Misalnya, bahasa Baba dianggap sebagai kreol

Melayu kerana perbendaharaan katanya paling banyak diambil daripada bahasa

Melayu. Demikian juga dengan bahasa Portugis Melaka, yang dianggap sebagai

kreol Portugis, kerana yang paling ketara ialah perbendaharaan kata

Portugisnya. Contoh dari luar Malaysia ialah bahasa Melayu Betawi yang

dituturkan di Jakarta atau lebih dikenal sebagai dialek Jakarta.

Bahasa Pijin

Bahasa pijin ialah bahasa kacukan yang belum mantap. Tidak ada penutur yang

menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pertama (bahasa ibunda). Oleh

hal yang demikian, tiada komuniti penutur aslinya. Berdasarkan kajian dan

Page 30: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

30

pemerhatiannya, Asmah berpendapat bahawa besar kemungkinan bahasa pijin

yang terdapat dalam masyarakat sekarang ini, yang kadar pergerakannya adalah

tinggi, di samping adanya sistem persekolahan dan sebagainya, ,tidak akan

mantap dan akan terus tinggal sebagai bahasa pijin. Bahasa pijin hanya akan

mantap menjadi bahasa kreol apabila penutur-penuturnya membentuk komuniti

tersendiri dan menuturkan bahasa tersebut sebagai bahasa ibunda mereka.

Rumusannya, dapat dikatakan bahawa semua bahasa kreol pada

mulanya ialah bahasa pijin, tetapi tidak semua bahasa pijin itu menjadi bahasa

kreol. Bahasa pijin lahir dalam pertembungan antara manusia di pasar dan

pusat perniagaan. Di sinilah manusia daripada berbagai-bagai masyarakat

bahasa mencuba untuk berkomunikasi satu sama lain bagi tujuan yang

pragmatik. Dalam keadaan yang demikian, terdapat usaha untuk menyampaikan

maksud dalam masa yang singkat tanpa menghiraukan peraturan-peraturan

bahasa yang ada.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa terdapat dua bahasa kreol di

Malaysia, tetapi tidak semudah itu untuk kita menentukan jumlah bahasa pijin

atau bahasa pasar tersebut. Hal ini disebabkan oleh sifat bahasa pasar yang

tidak stabil, di samping kurangnya kajian tentang gejala ini dalam masyarakat

kita. Secara am, kita dapat mengatakan bahawa memang wujud bahasa Melayu

pasar yang kerap kita dengar digunakan di pasar dalam kalangan penuturnya.

Persoalannya, adakah ini satu sahaja bahasa Melayu pasar, atau lebih daripada

Page 31: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

31

itu? Persoalan ini belum dapat dijawab. Di samping itu, ada juga bahasa Hokkien

pasar di Pulau Pinang, dan bahasa Kantonis pasar di Ipoh dan di Kuala Lumpur.

Barangkali ada lagi bahasa Cina pasar di tempat-tempat yang lain juga.

Bagaimana pula dengan bahasa Tamil pasar? Bahasa pasar atau pijin umum

bagi semua orang Malaysia ialah bahasa Melayu pasar dan bahasa Inggeris

pasar. Kedua-duanya dapat didengar setiap hari di Malaysia.

Variasi Bahasa dan Pemeringkatannya dalam Masyarakat

Tidak ada bahasa yang tidak menpunyai variasi. Variasi bahasa dapat dilihat dari

berbagai-bagai sudut, misalnya:

• Variasi berdasarkan kawasan.

• Variasi berdasarkan situasi sosial.

• Variasi berdasarkan tema/judul.

Variasi Berdasarkan Kawasan

Pada kebiasaannya, dalam mana-mana masyarakat sekali pun, variasi yang

pertama kali ketara bagi orang luar ialah kelainan yang berdasarkan kawasan.

Variasi ini disebut dalam bahasa Inggeris, regional variation. Pada amnya,

kelainan ini dikenal sebagai dialek atau loghat daerah dalam bahasa Melayu.

Page 32: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

32

Menurut Asmah (1992), yang dimaksudkan dengan kelainan bahasa ialah

bentuk bahasa yang mempunyai perbezaan-perbezaan yang kecil-kecil dengan

bentuk bahasa yang lain dalam satu sistem bahasa yang sama. Perbezaan

tersebut terjadi, baik dari sudut perbezaan bunyi, penggunaan kata-kata

tertentu, dan sebagainya. Tidak ada batas yang jelas antara satu kawasan dialek

dengan kawasan dialek yang lain. Di Malaysia, nama sesuatu dialek dikaitkan

dengan nama negeri, yang seolah-olah dialek Kedah misalnya, terdapat dalam

sempadan negeri Kedah sahaja, manakala dialek Kelantan pula seolah-olah

terdapat dalam kawasan negeri Kelantan sahaja.

Secara amnya, yang dikatakan dialek Kedah itu sebenarnya mempunyai

kawasan yang luas, yang menyebar dari Perlis sampai ke Taiping. Bagi dialek

Kelantan pula, dialek ini juga tersebar sampai ke Besut yang berada di bawah

pentadbiran negeri Terengganu.

Adakalanya sempadan dialek itu selari dengan kawasan atau sempadan

pentadbiran, dan adakalanya tidak pula sedemikian keadaannya. Keadaan ini

dapat dijelaskan dengan merujuk kepada sejarah perkembangan bahasa yang

berkenaan. Sesuatu dialek mempunyai kawasan penyebaran yang tersendiri,

yang memperlihatkan kawasan penyebaran dengan ciri-ciri yang khusus, yang

tidak ada dalam kawasan yang lain. Kawasan penyebaran yang seperti itu

dikenal sebagai kawasan dialek. Dalam satu-satu kawasan dialek akan terdapat

perbezaan yang kecil-kecil dari tempat ke tempat, atau dari mukim ke mukim.

Page 33: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

33

Oleh sebab itu kawasan dialek dapat dibahagikan kepada subkawasan dialek,

dan bentuk pertuturan yang terdapat di subkawasan itu disebut subdialek.

Mengapakah berlakunya kelainan bahasa? Ada pendapat yang

mengatakan bahawa pada mulanya bahasa adalah seragam bentuknya, tetapi

pendapat ini merupakan suatu tanggapan palsu. Sejak awal lagi manusia sudah

mempunyai variasi dalam bahasanya. Sejak adanya bahasa, variasi juga sudah

ada, cuma perpindahan atau perpisahan antara kumpulan manusia inilah yang

memperluas dan memperbanyak variasi itu. Oleh hal yang demikian, tidak ada

bahasa atau kawasan bahasa yang seragam bentuknya. Berbangkit daripada

persoalan di atas, didapati tidak ada sempadan yang tegas bagi sesuatu

kawasan dialek. Kita hanya dapat melihat bahawa ciri-ciri bahasa tersebar dalam

suatu keselanjaran. Semakin dekat dialek tersebut ke kawasan dialek yang lain,

semakin menipis dialek itu, dan secara beransur-ansur dialek tersebut menjadi

lebur ke dalam kawasan dialek yang lain itu. Keselanjaran itu hanya akan

berhenti secara mendadak apabila terdapat sekatan atau halangan yang tidak

dapat dilaluinya, seperti gunung yang tinggi dan lautan yang luas.

Berdasarkan kajian Asmah Haji Omar tentang dialektologi yang

diusahakannya di Kuala Kangsar, dapatan kajian menunjukkan bahawa Kuala

Kangsar ialah kawasan peralihan antara dua dialek atau zone of transition.

Keadaan ini menunjukkan bahawa di Kuala Kangsar, kita dapat melihat

bagaimana ciri daripada satu dialek (dialek utara) lebur ke dalam dialek yang lain

(misalnya dialek selatan atau dialek Parit). Kita boleh membuat garisan isoglos

Page 34: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

34

dalam peta bagi menunjukkan penyebaran ciri-ciri tertentu dalam sesuatu

kawasan. Jika semua garisan itu adalah selari, hal ini bermakna semua

penduduk di kawasan itu menggunakan ciri yang sama, baik dari segi

tatabahasa atau sebutan mahupun perbendaharaan kata. Gejala isoglos yang

selari ini merupakan petunjuk kepada kewujudan kawasan dialek.

Yang dikatakan isoglos itu ialah garis yang menandakan ciri-ciri linguistik

yang sama dalam peta. Sejumlah isoglos yang selari itu disebut ikatan isoglos

(bundle of isoglosses). Dalam kajian yang dilakukan di Kuala Kangsar itu,

didapati isoglosnya tidak selari, iaitu tidak mengikut arah yang sama. Keadaan

ini dikatakan ada jaringan isoglos (network of isoglosses), yakni yang

bersimpang-siur sehingga kelihatannya seperti jaring. Jika terdapat bentuk

jaringan isoglos, maka kawasannya bukanlah kawasan satu dialek. Oleh hal

yang demikian, Kuala Kangsar bukanlah kawasan bagi satu dialek, tetapi

banyak dialek. Yang dinamakan kawasan peralihan ialah kawasan peralihan

antara dua atau tiga dialek. Konsep isoglos ini telah dipinjam oleh ahli-ahli

budaya dalam kajian mereka, dan menghasilkan istilah isoplet, iaitu

menggabungkan ciri linguistik dan ciri budaya.

Variasi Berdasarkan Situasi Sosial

Page 35: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

35

Variasi yang berdasarkan situasi sosial akan menghasilkan dialek sosial. Hal ini

bermakna, secara amnya terdapat bahasa kasar, bahasa halus, dan ada juga

bahasa neutral. Semua kelainan sosial ini memperlihatkan ciri penggunaan

bahasa yang ditentukan oleh situasi sosial. Misalnya, dalam bahasa Melayu

terdapat perbezaan antara bahasa biasa dengan bahasa diraja yang mempunyai

ciri-ciri tertentu dari segi perkataan, ganti nama diri dan sebagainya.

Dalam bidang sosiolinguistik, terdapat konsep yang disebut diglosia

(diglossia). Yang dimaksudkan dengan diglosia itu ialah keadaan dalam sesuatu

masyarakat yang memeringkat-meringkatkan variasi-variasi bahasanya. Oleh

sebab itu wujudnya variasi tertentu yang diletakkan pada peringkat yang lebih

tinggi daripada variasi yang lain. Sekiranya terdapat diglosia dalam masyarakat

bahasa, maka akan wujud pula kelainan bahasa taraf tinggi (high language) dan

kelainan bahasa taraf rendah (low language). Bahasa diraja dikatakan bahasa

taraf tinggi berbanding dengan yang lain, yang dianggap sebagai bahasa taraf

rendah.

Selain itu, terdapat juga ukuran-ukuran tertentu untuk menentukan

sesuatu variasi itu taraf tinggi atau taraf rendah. Ukuran-ukuran tersebut

bergantung pada keadaan masyarakat itu sendiri. Bagi masyarakat yang tidak

mempunyai bahasa diraja, barangkali ada variasi lain yang dapat dianggap

sebagai bahasa taraf tinggi. Untuk melihat pemeringkatan variasi sosial bahasa

Page 36: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

36

Melayu dengan lebih terperinci, sila rujuk karya Asmah Haji Omar (1987) yang

berjudul “Sociolinguistic Varieties of Malay".

Ada juga pemeringkatan bahasa yang menunjukkan bahasa akademik

atau bahasa saintifik sebagai bahasa tinggi. Menurut Asmah, pemeringkatan

inilah yang menjadi kecenderungan setengah-setengah ahli linguistik, tetapi

dalam meletakkan bahasa akademik sebagai bahasa taraf tinggi, mereka tidak

menunjukkan di mana letaknya variasi diraja dan variasi-variasi yang lain itu.

Seperti yang dinyatakan di atas, ciri-ciri variasi sosial dapat dilihat pada

ganti nama diri. Dalam bahasa Melayu, ganti nama diri jelas memperlihatkan

diglosia yang wujud dalam masyarakatnya. Bahasa Inggeris agak demokratik,

manakala dalam bahasa Perancis, kita perlu tahu bila kita harus menggunakan

vous dan tu untuk you.

Kini kita mendengar yang orang Indonesia di Jakarta menggunakan kata

ganti nama anda dengan bebasnya untuk semua lapisan. Berkaitan dengan

perkara ini, Asmah menjelaskan bahawa di Sumatera, bahasa Melayu ialah

bahasa pertama orang Melayu di situ, dan mereka lebih peka terhadap

penggunaan kata anda, seperti yang digunakan oleh orang lndonesia lainnya. Di

Jawa, Makasar dan Maluku, bahasa Melayu bukanlah bahasa mereka, dan

keadaan ini menyebabkan mereka tidak peka terhadap tuntutan-tuntutan

sosiolinguistik dalam bahasa tersebut. Oleh sebab itu, mereka menggunakan

Page 37: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

37

anda untuk semua peringkat, sedangkan bahasa Jawa sendiri mempunyai

empat tingkat variasi, iaitu ngoko, madya, kromo dan kromo inggil. Kromo

inggil ialah bahasa diraja, kromo ialah bahasa halus, madya merupakan

bahasa pertengahan, sedangkan ngoko ialah bahasa intim. Orang Jawa peka

terhadap budayanya sendiri dan peka juga terhadap penggunaan bahasa dalam

konteks sosialnya. Jadi, dalam konteks bahasa sendiri, mereka tidak akan

menggunakan satu kata ganti nama diri yang umum sifatnya, seperti anda

kerana perbuatan yang seperti itu dianggap tidak sopan.

Variasi Berdasarkan Tema/Judul

Variasi yang ditentukan oleh pokok pembicaraan atau tema yang diperkatakan

disebut laras bahasa. Kita melihat adanya laras bahasa sastera kreatif, laras

bahasa akademik, laras bahasa perdagangan dan lain-lain. Istilah-istilah yang

digubal oleh berbagai-bagai jawatankuasa istilah adalah untuk kepentingan laras

bahasa. Di Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang ini sudah ada lebih 60

Jawatankuasa Istilah (JKl) yang menggubal istilah. Tugas penggubalan ini

adalah untuk memenuhi keperluan laras bahasa, dan bukan untuk memenuhi

keperluan kelainan kawasan atau kelainan sosial.

Yang menjadi ciri laras ialah kata dan ungkapan, dan kadang-kadang

ialah bunyi. Dalam hal ini, yang membezakan satu laras dengan satu laras yang

lain ialah perbendaharaan kata dan juga ungkapan. Tiap-tiap ilmu itu mempunyai

Page 38: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

38

istilahnya sendiri, ada cara pengungkapannya sendiri, dan dengan itu juga ada

laras bahasanya. Cara mengungkapkan fikiran dalam novel berbeza dengan

cara pengungkapan dalam penulisan sejarah. Oleh sebab itu, laras bahasa novel

berbeza dengan laras bahasa sejarah. Dalam minit mesyuarat pula, ada

ungkapan tertentu, seperti “dicadangkan", "diterima", "ditolak" dan sebagainya.

Semua ungkapan ini ialah ungkapan tertentu. Demikian juga yang membezakan

laras bahasa laporan mesyuarat dengan laras bahasa laporan akhbar, atau

laporan mesyuarat dengan laporan tahunan, dan sebagainya.

Kesimpulannya, sungguhpun terdapat hanya tiga golongan variasi yang

berdasarkan kawasan, situasi sosial dan tema, tetapi pada kenyataannya,

perincian daripada tiap-tiap variasi itu sungguh banyak dan rumit. Inilah yang

dikatakan hakikat bahasa. Tidak ada keseragaman.

Bahasa dalam Rumpun dan Kawasannya

Setiap bahasa mempunyai masyarakat penuturnya. Sesuatu bahasa itu akan

luput jika tidak mempunyai masyarakat penuturnya, contohnya seperti yang

terjadi pada bahasa Latin dan Sanskrit. Apabila dikatakan setiap bahasa mesti

mempunyai masyarakat penutumya, secara tidak langsung kenyataan ini

bermaksud setiap bahasa mesti mempunyai penyebaran dan kawasan. Oleh

sebab itu, bahasa mempunyai kawasan bahasanya, manakala bagi dialek

terdapat kawasan dialek, dan begitulah seterusnya.

Page 39: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

39

Penyebaran Bahasa Melayu

Semenanjung Malaysia merupakan kawasan penyebaran pusat bagi bahasa

Melayu. Dari kawasan penyebaran ini, bahasa Melayu kemudiannya tersebar ke

kawasan-kawasan seperti yang berikut:

(i) Sumatera

(ii) Pulau-pulau di antara Semenanjung dan Sumatera

(iii) Pulau-pulau di antara Sumatera dan Borneo

(iv) Kawasan tertentu di kepulauan Borneo

(v) Pulau Jawa dan pulau-pulau lain di Indonesia dan Filipina

Bagaimanakah Bahasa Tersebar?

Bahasa tersebar melalui dua cara, iaitu:

(i) Perpindahan penuturnya

(ii) Difusi, iaitu penuturnya tidak perlu berpindah untuk menyebarkan bahasa.

Penyebaran Bangsa dan Bahasa

Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada penuturnya. Sungguhpun pengwujudan

pertuturan itu merupakan hasil kegiatan seseorang sebagai individu, tetapi

bahasa tidak dapat wujud dalam sesebuah masyarakat jika tidak digunakan oleh

Page 40: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

40

sekumpulan individu dalam hubungan mereka satu sama lain. Keadaan ini

dikatakan bahawa bahasa adalah hak milik bersama sekumpulan individu, dan

bukan kepunyaan satu-satu individu tertentu.

Dalam bahasa, sifat penting yang perlu ada pada manusia sebagai

makhluk sosial ialah sifat perkongsian. Kebiasaan berkongsi satu sistem

komunikasi yang disebut bahasa itu melahirkan satu kumpulan manusia yang

berbeza daripada kumpulan yang lain, yang menggunakan sistem bahasa yang

berlainan pula. Oleh hal yang demikian, tiap-tiap kumpulan itu lama kelamaan

tumbuh sebagai satu bangsa yang tersendiri. Dari sini kita melihat pada

hakikatnya bahawa bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa yang

menjadi masyarakat pendukungnya.

Dalam proses menghasilkan keturunan dari zaman ke zaman, manusia

juga ikut menurunkan bahasanya, yakni melalui keturunannya itu. Penurunan

bahasa dari generasi ke generasi itu pasti akan mengalami perubahan, baik

pada bunyinya, atau pada bentuk dan makna kata-kata tertentu, ataupun pada

susunan ayat. Meskipun berlaku perubahan-perubahan ini, dan meskipun jalan

yang dilalui oleh bahasa itu dari generasi A ke generasi B berbeza dengan jalan

yang dilaluinya dari generasi B ke generasi C, tetapi hakikat yang tidak dapat

dilupakan ialah bahasa itu tetap hidup dan dikenal pasti dengan bangsa yang

menuturkannya.

Page 41: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

41

Sesuatu bahasa itu mempunyai kawasan pertuturannya yang sama

dengan kawasan penghunian penuturnya. Kawasan ini boleh meluas dan

meyempit mengikut penyebaran bangsanya. Jika bangsa yang berkenaan

menyebar dan merentas kawasan yang luas, maka luaslah kawasan penyebaran

bahasa yang berkenaan. Sebaliknya jika bangsa pendukungnya itu lebih suka

dibatasi oleh garis wilayahnya yang kecil, maka kecillah kawasan bahasanya.

Penyebaran bahasa yang berlaku bersama-sama dengan penyebaran

penutur-penuturnya itu dinamakan penyebaran secara migrasi atau secara

perpindahan. Dari sejarah bangsa-bangsa di dunia, kita dapat melihat bahawa

bangsa yang suka mengembara, baik sebagai penjajah mahupun sebagai orang

yang sengaja berpindah ke tempat lain disebabkan oleh sesuatu kejadian di

tempat asalnya, turut bertanggungjawab meluaskan kawasan geografi

bahasanya. Sebagai contoh, bangsa-bangsa penjajah dahulu seperti bangsa

Inggeris, Perancis dan Belanda dengan sistem penjajahan masing-masing dan

untuk mencapai matlamat masing-masing, berjaya dalam menyebarkan bahasa-

bahasa mereka di tanah-tanah jajahan mereka. Bahasa Inggeris di Malaysia,

India, Amerika Utara, Australia, New Zealand dan puluhan pulau di samudera-

samudera yang penting; Perancis pula di Vietnam dan Kemboja (Khmer), Laos

dan pulau-pulau di Samudera Pasifik; dan Belanda di Indonesia. Ketika empayar

British berada di kemuncak kegemilangannya, yakni dari abad ke-19 sehingga

masa sebelum Perang Dunia Kedua, kawasan penyebaran bahasa Inggeris

meliputi hampir separuh kawasan dunia.

Page 42: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

42

Di samping disebarkan oleh penjajah, bahasa boleh dibawa bersama oleh

penutur-penuturnya yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Sebab-sebab perpindahan itu tidak ada batasnya. Manusia mungkin berpindah

kerana ingin lari daripada keadaan yang tidak mengizinkan seseorang atau

sekumpulan orang itu tinggal dengan selesa di tempat kediaman asalnya.

Sesuatu malapetaka alam seperti banjir, letusan gunung berapi, gerak gempa

bumi, kemarau panjang dan ribut taufan yang memusnahkan kediaman,

menyebabkan mereka mencari tempat lain untuk dirinya dan keluarganya.

Ketandusan tanah dan kemiskinan alam sekelilingnya juga boleh menyebabkan

mereka berhijrah.

Jika bukan disebabkan oleh faktor-faktor alam seperti yang disebutkan di

atas, manusia mungkin berpindah disebabkan oleh faktor-faktor politik, sosial,

ekonomi dan budaya. Dalam hal ini, manusia meneroka untuk mencari

pengalaman baharu dengan tujuan tertentu, atau menjadi orang pelarian

daripada tekanan-tekanan rohani dan jasmani yang dihadapinya di tempat

asalnya, dengan harapan bahawa tempat kediaman yang baharu akan

memberinya kehidupan yang lebih baik. Perpindahan ini boleh berlaku secara

sukarela atau secara paksaan. Orang-orang pelarian Vietnam yang kita dengar

pada akhir dekad 70-an itu melakukan perpindahan secara sukarela. Jika orang-

orang ini tinggal dalam kumpulan-kumpulan mereka sendiri di negara-negara

baharu seperti di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, tentu sahaja mereka

Page 43: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

43

akan mewujudkan masyarakat-masyarakat bahasa Vietnam di tempat-tempat

tersebut.

Perpindahan sukarela juga berlaku pada waktu orang-orang Inggeris dan

kemudian orang-orang Eropah lainnya berpindah ke benua baharu di Amerika

Utara dan juga Amerika Selatan. Oleh hal yang demikian, kita melihat bahawa

kawasan bahasa Inggeris dapat menyebar ke seluruh benua Amerika Utara, dan

bahasa Sepanyol ke Amerika Selatan.

Di Malaysia, kita mendapati beberapa contoh penyebaran bahasa-bahasa

asing yang berlaku secara sukarela. Dari sudut sejarah purbakala, dikatakan

bahawa bahasa yang pertama sekali tersebar di alam Melayu ialah bahasa

Sanskrit. Namun, kita tidak tahu seluas mana bahasa itu digunakan; adakah

dituturkan di pelabuhan-pelabuhan tertentu sahaja atau dalam kalangan

golongan sosial tertentu sahaja?. Tidak ada sebarang peninggalan yang dapat

menyatakan kepada kita tentang penyebaran bahasa Sanskrit itu. Satu-satunya

bukti yang menunjukkan bahawa bahasa itu memang diketahui oleh orang-orang

kita dahulu kala ialah melalui kata-kata Sanskrit yang sudah meresap masuk ke

dalam bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan itu sudah begitu

sebati dengan sistem bunyi bahasa Melayu, sehingga tidak lagi dirasakan

sebagai unsur-unsur asing. Bagaimanapun kita dapat membuat kesimpulan

bahawa perkataan-perkataan itu tidak akan begitu banyak masuk dan

meninggalkan kesannya dalam bahasa Melayu jika orang-orang Melayu sendiri

Page 44: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

44

tidak menguasai penggunaannya, walaupun yang menguasainya itu tidak perlu

meliputi seluruh rakyat Melayu.

Bahasa Sanskrit datang bersama-sama dengan orang-orang India yang

terdiri daripada kaum Brahmin yang mengembangkan agama Hindu pada awal

abad Masihi, dan diikuti oleh pendeta-pendeta agama tersebut. Pengembang-

pengembang agama dari India ini datang secara sukarela dengan tujuan untuk

berdagang, yakni membeli rempah ratus dan barang-barang lain dari kepulauan

Melayu, di samping mengembangkan agama mereka. Dalam usaha untuk

mencapai cita-cita tersebut, mereka menyebarkan juga bahasa mereka. Piagam-

piagam yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno yang bertarikh abad ke-7 Masihi

pun menunjukkan betapa sudah mendalamnya pengaruh bahasa Sanskrit itu

dalam bahasa Melayu.

Selain orang-orang India, orang-orang Arab juga menyebarkan bahasa

mereka di alam Melayu secara sukarela. Para pedagang dan mubaligh Arab

datang ke sini pada akhir abad ke-10. Sebagai contoh, pengembara Arab yang

bernama Abu Dulaf Misa (940M) dalam perjalanannya ke negara China, telah

singgah di Kedah, dan sekali lagi singgah di tempat itu dalam perjalanan pulang

dari negera China ke negara asalnya. Pada tahun-tahun berikutnya, banyak lagi

pengembara Arab yang melakukan hal yang sama.

Page 45: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

45

Persinggahan dalam pelayaran yang berlaku pada zaman dahulu tidaklah

sama seperti yang berlaku pada zaman sekarang. Pada zaman dahulu, masa

persinggahan di satu-satu tempat itu mengambil masa selama beberapa bulan,

bahkan beberapa tahun. Jangka masa yang seperti ini sudah memadai bagi

orang-orang yang berkenaan bergaul mesra dengan orang-orang tempatan,

bahkan berumahtangga dengan wanita-wanita tempatan. Dalam keadaan yang

demikian itu, mudahlah mereka memperkenalkan budaya dan bahasa mereka.

Oleh sebab bahasa Arab juga ialah bahasa agama Islam, maka dalam

pengislaman orang-orang Melayu, sudah pasti bahasa Arab diajarkan. Orang

Melayu ada yang mempelajari bahasa Arab setakat dapat membaca al-Quran

dan sembahyang sahaja, tetapi ada juga yang betul-betul menguasai bahasa

tersebut, sehingga mampu memahami isi al-Quran dan Hadith. Keadaan ini

sudah cukup memberi kesempatan kepada bahasa Arab untuk meluaskan

penyebarannya. Kewujudan sekolah-sekolah Arab atau sekolah-sekolah pondok

juga telah memperkukuh kedudukan bahasa itu dalam kalangan tertentu dalam

masyarakat Melayu.

Perpindahan orang Cina bersama-sama dengan bahasanya juga berlaku

secara sukarela. Kedatangan mereka itu disebabkan keadaan yang tidak

menyenangkan berlaku di negeri asal mereka. Penyebaran bahasa Cina

berbeza dengan penyebaran bahasa Sanskrit dan bahasa Arab, yang

sebahagian besarya diambil alih oleh orang-orang Melayu, tetapi penyebaran

bahasa Cina diteruskan oleh orang-orang Cina sendiri. Orang-orang Melayu

Page 46: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

46

sama sekali tidak memainkan peranan dalam hal ini. Buktinya ialah sedikit sekali

bahasa Cina yang terdapat dalam bahasa Melayu, dan kebanyakannya hanya

terbatas kepada kata-kata yang bersangkut paut dengan makanan yang asalnya

ialah makanan Cina. Keadaan seperti ini berlaku walaupun orang Cina sudah

bermastautin di Semenanjung Tanah Melayu sejak abad ke-15 lagi, iaitu pada

zaman Sultan Mansur Shah, seperti yang terakam dalam Sejarah Melayu.

Penyebaran bahasa Tamil dan bahasa-bahasa dari India Selatan lainnya

ke Malaysia juga memperlihatkan sifat yang sama dengan bahasa Cina dalam

erti kata tidak ada peranan daripada orang-orang Melayu dalam proses itu.

Orang-orang dari India Selatan datang dengan sukarela, sungguhpun didorong

oleh East India Company (Inggeris) yang markasnya terletak di Calcutta.

Dorongan tersebut bertujuan untuk menggunakan buruh-buruh murah India itu

mengerjakan ladang-ladang getah (kepunyaan orang-orang Inggeris) di

Semenanjung. Sama juga halnya dengan bahasa Cina, penyebaran bahasa

Tamil, bahasa Telugu dan sebagainya dibatasi oleh sempadan kumpulan

masing-masing, dan tidak menyerap masuk ke dalam kumpulan-kumpulan lain.

Selain perpindahan bangsa secara sukarela, perpindahan bangsa juga

berlaku secara paksaan, yang tidak dapat dinafikan turut sama membawa

bahasanya ke tempat yang baharu. Contoh yang paling baik ialah perpindahan

pesalah-pesalah Inggeris ke Australia pada awal abad ke-19, yang turut

menyebarkan bahasa Inggeris ke benua yang baharu itu. Perpindahan secara

Page 47: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

47

paksaan juga berlaku melalui perdagangan hamba abdi. Sebagai contoh, pada

abad ke-17 dan ke-18, orang-orang Belanda memperdagangkan orang-orang

Melayu ke Sri Lanka dan Afrika Selatan, dan kesannya mereka menyebarkan

bahasa Melayu ke kawasan-kawasan tersebut.

Disamping penyebaran secara perpindahan, bahasa dapat juga tersebar

tanpa perpindahan penuturnya. Proses ini disebut peresapan atau difusi

(diffusion). Pada masa sekarang, penyebaran bahasa secara peresapan banyak

berlaku dengan adanya media am, baik secara bertulis, seperti surat khabar dan

berbagai-bagai jenis penerbitan, mahupun secara elektronik, yakni melalui radio,

televisyen, pita kaset, video dan internet. Media am yang berupa surat khabar,

majalah, buku dan risalah itu menyebarkan bahasa jenis tertulis, sedangkan

media am elektronik menyebarkan bahasa pertuturan. Penyebaran bahasa

pertuturan melalui alat-alat ini biasanya berlaku kepada kelainan-kelainan

bahasa (atau dialek-dialek) bagi sesuatu bahasa tertentu, iaitu kelainan bahasa

standard bagi sesuatu bahasa tertentu, misalnya tersebarnya bahasa Malaysia

standard ke serata ceruk tanah air. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika

di kawasan-kawasan pedalaman sekali pun, rakyat Malaysia memahami bahasa

yang lebih canggih daripada loghatnya sendiri, walaupun dengan kecekapan

yang tidak setanding dengan kecekapan orang-orang yang berpendidikan tinggi.

Pada suatu ketika dahulu, iaitu sebelum adanya alat-alat media am yang

moden dan canggih seperti yang ada pada hari ini, bahasa mengalami

Page 48: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

48

peresapan dengan cara berpindah dari mulut ke mulut. Hal ini biasanya

melibatkan ciri-ciri tertentu dalam bahasa, dan jarang melibatkan keseluruhan

bahasa tersebut. Misalnya, pemasukan unsur-unsur tertentu daripada bahasa

Arab ke dalam bahasa pertuturan orang-orang di kawasan perdalaman adalah

dengan cara ini, dan bukan melalui perpindahan orang-orang Arab ke kampung-

kampung.

Seperti yang telah dikatakan sebelum ini bahawa sesuatu bahasa itu akan

terus hidup jika ada sekumpulan manusia yang menuturkannya. Hal Ini juga

berlaku kepada bahasa yang berpindah ke tempat lain. Berterusannya hayat

sesuatu bahasa di tempat lain itu bergantung pertamanya pada pengelompokan

penuturnya, dan keduanya, pada usaha penutur-penutur bahasa tersebut

menurunkannya kepada anak cucu mereka. Kedua-dua faktor tersebut sama

pentingnya dalam pemanjangan hayat sesuatu bahasa, dan kedua-dua faktor itu

juga bergantung pada keadaan, sama ada bermungkinan berlaku atau

sebaliknya.

Demikian juga dengan berterusannya hayat bahasa Tamil dan bahasa

Cina di Malaysia disebabkan kemungkinan wujudnya kedua-dua faktor yang

disebutkan itu. Demikian juga halnya dengan bahasa-bahasa pendatang-

pendatang baharu di Australia, seperti orang-orang Poland, Ireland, Turki dan

sebagainya. Kawasan baharu bagi sesuatu bahasa itu disebut kawasan

pindahan, iaitu sebagai lawan tanah asal.

Page 49: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

49

Sungguhpun ramai sekali hamba abdi yang berasal dari pelbagai tempat

di Afrika yang dibawa ke Amerika Utara pada abad ke-18, tetapi kini kita tidak

pernah mendengar adanya kawasan, walau bagaimana kecil sekalipun, di

Amerika Syarikat yang merupakan kawasan pindahan salah satu bahasa Afrika.

Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan dua faktor yang disebutkan di atas. Dari

novel Roots yang ditulis Alex Hailey, dan juga daripada siri televisyen yang

didasarkan pada cerita itu, kita dapat melihat bahawa hamba abdi sengaja

dipisah-pisahkan daripada orang-orang sekampung mereka, dan kemudian

apablia sesudah berkeluarga, mereka mendapat anak, dan anak itu dipisahkan

daripada keluarganya. Dalam keadaan demikian, bahasa-bahasa mereka lenyap

sama sekali dalam masa yang singkat sahaja. Generasi kedua daripada hamba

abdi itu sudah tidak mengenal bahasa bapa atau ibunya lagi.

Adakalanya didapati bahawa faktor pengelompokan itu memang wujud,

tetapi keadaan yang ada tidak mengizinkan penurunan bahasa yang berkenaan

kepada generasi seterusnya. Sebagai contoh, keadaan yang berlaku kepada

bahasa Hawaii dan bahasa Guam. Bahasa Hawaii pada satu waktu dahulu

merupakan bahasa tabii yang menjadi alat komunikasi dan alat pemerintahan di

kepulauan Hawaii, yang ketika itu mengamalkan pemerintahan beraja, yakni

sebelum ditakluk oleh kuasa Barat, khususnya Amerika Syarikat. Bagaimanapun,

kini bahasa tersebut telah lenyap. Orang-orang yang berdarah Hawaii asli sudah

tidak mengenal lagi bahasa mereka. Yang masih menampakkan bukti akan

Page 50: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

50

kewujudan bahasa Hawaii pada suatu waktu dahulu ialah adanya senarai-

senarai perkataan yang dikumpulkan, dan ada yang sudah diterbitkan. Dasar

pemerintahan Amerika Syarikat tidak memberi kemungkinan terpupuknya

bahasa itu sebagai bahasa yang dapat hidup sebagai alat komunikasi, sekurang-

kurangnya dalam kehidupan sehari-hari dalam kalangan penutur aslinya. Gejala

yang berlaku kepada bahasa Hawaii turut berlaku juga kepada bahasa Guam,

yakni bahasa bumiputera di Pulau Guam, yang terletak di bawah pemerintahan

Amerika Syarikat. Fenomena ini dibincangkan oleh tiga orang peserta dari Guam

yang menghadiri Persidangan ke-5 Asian Association on National Languages

yang diadakan di Manila pada Disember 1978.

Sama seperti yang berlaku terhadap bahasa Afrika di Amerika Syarikat,

bahasa Hawaii dan bahasa Guam juga memperlihatkan gejala peluputan

bahasa, yakni peluputan daripada penggunaannya sama sekali, sehingga

bahasa ini tidak dikenal langsung oleh orang-orang yang seharusnya menjadi

penuturnya. Kes-kes ini menunjukkan bahawa bahasa boleh mengalami

peluputan sama ada di kawasan pindahannya mahupun di tanah asalnya. Dalam

kedua-dua situasi tersebut, kita mendapati nasib bahasa-bahasa yang

berkenaan terletak di tangan pihak yang berkuasa, sama ada hendak

menyuburkannya mahupun menindasnya. Dari segi penindasan, kita mendapati

bahawa penindasan bahasa tidak perlu melibatkan penindasan terhadap

orangnya, seperti yang berlaku di Hawaii dan Guam.

Page 51: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

51

Luputnya sesuatu bahasa itu juga disebabkan oleh luputnya bangsa yang

menuturkannya. Jika saiz sesuatu bangsa itu mengecil, maka semakin kuranglah

penggunaan bahasanya sehingga tidak ada lagi penutur yang akan meneruskan

hayat bahasa yang berkenaan. Sebagai contoh ialah bahasa-bahasa yang

dituturkan oleh orang-orang Indian di Amerika Syarikat.

Di Amerika Utara yang begitu luas kawasannya, dengan tompok-tompok

kecil yang merupakan kawasan bahasa-bahasa Indian di merata-rata tempat,

kita dapat mengandaikan bahawa pada zaman silam, bahasa-bahasa Indian itu

lebih banyak jumlahnya daripada jumlah yang dirakamkan oleh ahli-ahli

antropologi dan linguistik, seperti Franz Boas; Edward Sapir dan beberapa orang

lagi. Lenyapnya bahasa-bahasa tersebut berlaku bersama-sama dengan

lenyapnya bangsa yang mendukungnya.

Bahasa-bahasa yang dituturkan oleh kelompok-kelompok orang asli di

pelbagai negara akan mengalami nasib yang sama, apabila mengecilnya saiz

suku-suku bangsa yang berkenaan. Bahasa-bahasa orang asli di Australia tidak

terlepas daripada gejala ini. Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat sejumlah

kelompok suku bangsa orang asli dengan penggunaan bahasa masing-masing

yang berlainan satu sama lain. Antara suku orang asli yang masih agak besar

jumlah penuturnya, termasuklah Temiar, Jahut. Semai dan Semelai; dan suku

yang kecil sekali jumlahnya ialah Temoq, Bateg Nong, Minzinl, dan lain-lain.

Jumlah penutur bahasa yang kecil saiznya ini disebut juga sebagai bahasa

Page 52: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

52

moribund, iaitu jumlah penuturnya tidak bertambah, dan ada kemungkinan

bahasa-bahasa ini akan luput daripada penggunaannya.

Gejala peluputan bahasa tidak boleh dikelirukan dengan gejala

pembekuan bahasa. Sesuatu bahasa yang beku itu sebenarnya bahasa

tersebut tidak luput daripada pengetahuan orang, cuma pengetahuan tentang

bahasa berkenaan dan juga penggunaanya terbatas kepada konteks dan

kalangan tertentu sahaja dalam masyarakat, Satu lagi ciri bahasa yang beku itu

ialah tidak ada lagi perkembangan yang berlaku dalam sistem dan strukturnya,

baik dari sudut bunyi hingga kepada ayat. Bahasa yang beku itu terdapat dalam

naskhah-naskhah lama, baik yang berupa prosa, puisi, doa atau mentera. Hal ini

menunjukkan bahawa bahasa yang beku itu pada suatu waktu dahulu pernah

menjadi bahasa yang tumbuh dan berkembang subur dengan sistem tulisannya,

dan pernah juga menjadi bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan yang

tinggi nilainya, di samping menjadi bahasa pemerintahan dan bahasa agama.

Namun, tanpa sistem tulisan, barangkali bahasa yang berkenaan juga akan

luput.

Contoh terbaik bagi bahasa yang beku ialah bahasa Latin di Eropah dan

bahasa Sanskrit di India. Kedua-dua bahasa ini pada satu ketika dahulu

merupakan bahasa budaya tinggi. Bahasa Latin menjadi bahasa pemerintahan,

bahasa diplomasi dan bahasa keagamaan. Negara Eropah pada Zaman

Kebangkitan (Renaissance) menjadikan bahasa Latin sebagai bahasa yang

Page 53: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

53

wajib bagi ahli-ahlinya dalam urusan pemerintahan dan juga para pendeta. Oleh

sebab itu kawasan bahasa Latin sangat luas, iaitu dari Itali yang merupakan

tanah asal bahasa tersebut menjajah ke barat dan utara benua Eropah sehingga

meliputi hampir seluruh benua Eropah.

Dengan tertubuhnya negara-negara Eropah yang lebih kecil dan

timbulnya kesedaran akan identiti masing-masing, maka pengaruh bahasa ini

makin mengurang sehingga terpaksa berundur daripada penggunaannya di

negara-negara di Eropah. Kita dapat melihat bahawa bahasa Perancis telah

mengambil alih tempat bahasa Latin sebagai bahasa diplomasi, dan dengan

bersemaraknya empayar British pada abad ke-19, maka fungsi bahasa diplomasi

diambil alih pula oleh bahasa Inggeris. Bahkan di Itali sekalipun, bahasa Latin

yang disanjung selama ini telah digantikan oleh bahasa Latin kasar (Vulgar

Latin), yakni bahasa rakyat jelata, dan dengan demikian bahasa Latin itu

terpaksa berundur daripada penggunaan di negaranya sendiri, kecuali dalam

sembahyang dan upacara keagamaan di gereja-gereja Katolik. Kini, orang-orang

yang masih dapat bertutur dalam bahasa Latin itu ialah Paus dan pendeta-

pendeta agama Katolik, khususnya di Vatikan.

Pemecahan agama Kristian kepada mazhab Katolik dan Lutheran atau

Protestan pada abad ke-16 itu juga bertanggungjawab dalam pengurangan

penggunaan bahasa Latin, khususnya di gereja-gereja. Kita mendapati bahawa

Page 54: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

54

gereja-gereja yang dipelopori Martin Luther itu sudah mempelopori kegiatan-

kegiatan keagamaan dalam bahasa kebangsaan masing-masing.

Demikian juga dengan bahasa Sanskrit, yang pada suatu masa dahulu

merupakan bahasa budaya tinggi orang-orang India Utara sebelum abad Masihi

lagi. Pada abad pertama Masihi, bahasa ini sudah pun mempunyai buku nahu

yang lengkap, yang ditulis oleh ahli bahasanya, iaitu Panini yang terkenal hingga

sekarang. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pada awal abad Masihi,

bahasa Sanskrit telah tersebar ke kawasan dunia Melayu. Hal ini dapat

dibuktikan melalui pengaruhnya dalam bahasa Melayu. Demikian juga halnya

dengan bahasa Latin, yang turut mengalami nasib yang sama. Bentuk dan

kandungan bahasa itu terbeku dalam buku-buku dan piagam-piagam atau batu

bersurat sahaja.

Lebih dekat dengan alam kita ialah bahasa Melayu kuno yang juga turut

beku. Bukti tentang adanya bahasa Melayu kuno ini ialah penemuan prasasti

atau batu-batu bersurat di Pulau Bangka dan Palembang.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa sesuatu bahasa itu

dapat menyebar meliputi alam geografi yang melebihi kawasan tanah asalnya.

Dalam hubungan ini dapat dikatakan bahawa penyebaran bahasa berhubung

kait dengan perkembangannya dari segi kawasan.

Page 55: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

55

Proses yang merupakan kebalikan daripada penyebaran ialah

penyurutan, yang menghasilkan pengurangan dari segi kawasan yang berlaku

melalui zaman. Sejarah bahasa Melayu memperlihatkan kepada kita gejala ini.

Yang nyata sekali ialah penyurutan bahasa Melayu yang meliputi kawasan

Thailand Selatan dan Pulau Singapura. Pada zaman dahulu, penyebaran bahasa

Melayu di Semenanjung Tanah Melayu memperlihatkan kesinambungan yang

bermula dari kawasan yang kini dikenal sebagai wilayah Thailand Selatan

hingga ke Pulau Singapura. Penaklukan wilayah di utara itu (yang dahulunya

merupakan milik Kerajaan Besar Kedah) pada awal abad ke-19 oleh Thailand

merupakan langkah pertama dalam penyurutan bahasa Melayu di wilayah-

wilayah tersebut. Dasar pemerintahan kerajaan Thailand pula menghendaki

semua rakyatnya berkomunikasi dan mendapat pendidikan dalam bahasa Thai

sahaja. Kesan daripada dasar ini menyebabkan semakin lama semakin kurang

penggunaan bahasa tersebut, sehinggakan generasi muda yang berumur 30

tahun ke bawah sekarang ini sudah tidak tahu berbahasa Melayu lagi, kecuali

mereka yang sering berhubung dengan penduduk-penduduk Malaysia di

sempadan, yakni di Kedah dan Kelantan. Bagaimanapun, mereka yang tinggal di

setengah-setengah tempat di wilayah tersebut berusaha mengajar bahasa

Melayu dalam pengajaran agama Islam.

Sebelum tahun 1819, Singapura merupakan sebuah pulau Melayu yang

terletak di bawah pemerintahan kerajaan Johor, dan seluruh pulau Singapura

merupakan kawasan penyebaran bahasa Melayu, yang sesuai dengan ciri

Page 56: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

56

kesinambungan yang disebutkan sebelum ini. Apabila Kerajaan Inggeris

mengambil Singapura pada tahun 1819 melalui Raffles, keadaannya sudah

berbeza kerana Singapura tidak boleh dianggap lagi sebagai pulau Melayu, dan

sekarang pulau itu tidak boleh lagi menuntut ciri ini. Hal ini kerana penduduknya

yang berbahasa Melayu hanya berjumlah lebih kurang dua puluh peratus, dan

dari segi taburan penduduknya hanya di kawasan-kawasan yang dapat

dikatakan tompok-tompok kecil di pulau tersebut. Perkara ini merupakan satu

contoh yang nyata bagi penyurutan bahasa di dalam kawasannya sendiri.

Contoh yang lain untuk gejala yang sama ialah penyurutan bahasa-

bahasa Indian Amerika di Amerika Syarikat yang berlaku setelah kedatangan

orang-orang Inggeris dan Eropah ke benua itu. Dari kawasannya yang begitu

luas, bahasa-bahasa Indian yang ada sekarang, jika masih ada lagi penuturnya,

hanya terdapat dalam tompok-tompok kecil di celah-celah kawasan penyebaran

bahasa Inggeris yang begitu meluas.

Perkembangan Bahasa Melayu Masa Kini dan Masa Hadapan

Kata terbitan "perkembangan" membawa pengertian yang luas apabila dikaitkan

dengan bahasa. Sekurang-kurangnya terdapat tiga pengertian, iaitu

perkembangan dari segi taburannya dalam alam geografi, perkembangan dari

segi fungsi, dan perkembangan dari segi pertumbuhan sistem dan struktur,

termasuklah gaya.

Page 57: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

57

Perkembangan dari segi alam geografi meliputi penyebaran bahasa

di dalam kawasannya. Jika kita membataskan pengertian ini semata-mata

kepada luas sempitnya kawasan penggunaan bahasa Melayu dari dahulu hingga

sekarang, maka didapati bahawa tidak ada pertambahan kawasan dari segi

ukuran hektar atau batu persegi. Pengurangan kawasan penyebaran bahasa

Melayu dapat dilihat di kawasan yang dahulunya ialah kawasan bahasa Melayu,

seperti di Thailand Selatan sekarang ini. Kawasan ini tidak dapat lagi dianggap

sebagai kawasan penyebaran bahasa Melayu kerana penduduk-penduduk

di kawasan tersebut, yang dari segi etniknya ialah orang Melayu, tetapi sudah

tidak lagi menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka. Yang

masih menggunakan bahasa Melayu dalam bentuk dialek Satun, Yala dan

sebagainya itu terdiri daripada warga emas atau mereka yang sudah tua. Orang-

orang muda tidak lagi dapat bertutur dalam bahasa Melayu.

Dari segi kawasan penyebaran, situasi yang berlaku di Thailand Selatan

itu memperlihatkan gejala penyesaran (displacement) bahasa Melayu oleh

bahasa Thai. Gejala ini disebabkan oleh berlakunya penyempitan kawasan

bahasa Melayu, iaitu penyurutan sebagai lawan penyebaran bahasa Melayu.

Adakah penyurutan bahasa Melayu di kawasan utara itu menjejaskan

keteguhan bahasa tersebut di dalam kawasannya? Sebenarnya tidak

menjejaskan keteguhan bahasa tersebut kerana pada masa yang sama,

Page 58: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

58

bahasa Melayu mengalami perkembangan yang lebih menjamin keteguhannya

daripada hanya berdasarkan keluasan kawasan, iaitu pertambahan penuturnya

di kawasan-kawasan yang lain. Pertambahan penutur dapat dikaitkan dengan

mereka yang dilahirkan dalam suasana penggunaan bahasa yang berkenaan

dan juga mereka yang memperoleh bahasa tersebut sebagai bahasa kedua atau

bahasa ketiga. Pertambahan kepada jumlah penutur bahasa Melayu merupakan

pertambahan jenis kedua seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun,

sudah menjadi satu kenyataan bahawa pertambahan penutur asli itu tidaklah

sebanyak pertambahan penutur bukan asli.

Sememangnya, penutur bukan asli bahasa Melayu tersebar di seluruh

kepulauan Melayu zaman-berzaman, tetapi pada umumnya penutur-penutur

tersebut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan atau lingua

franca. Bermula pada pertengahan abad ke-20, penutur bukan asli Melayu

menuturkan bahasa tersebut bukan setakat lingua franca, tetapi sebagai bahasa

pemerintahan dan pentadbiran, bahasa ilmu dan bahasa ikhtisas.

Sejarah mencatatkan bahawa bahasa Melayu sudah lama menjadi

bahasa pemerintahan dan pentadbiran serta bahasa budaya tinggi bagi

empayar-empayar Melayu, yang bermula daripada empayar Sriwijaya hingga

kepada zaman yang terkemudian, seperti zaman kerajaan-kerajaan besar Aceh.

Sulu, Brunei dan Johor. Bagaimanapun, dengan kedatangan kuasa-kuasa Barat

ke kawasan ini, khususnya Belanda dan Inggeris, bahasa Melayu yang menjadi

Page 59: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

59

bahasa pemerintahan dan pentadbiran telah mengalami penyesaran daripada

bahasa kuasa-kuasa tersebut. Indonesia mencapai kemerdekaan daripada

Belanda dan seterusnya diikuti pula oleh Tanah Melayu atau Malaya (kemudian

Malaysia) daripada Inggeris. Peristiwa kemerdekaan yang penting ini dapat

mengembalikan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan dan

pentadbiran, dan bahasa budaya tinggi.

Dasar-dasar bahasa di Malaysia dan di Indonesia yang menjadikan

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan,

dengan sendirinya telah menambahkan jumlah penutur bahasa tersebut dengan

kadar yang berlipat-lipat ganda. Penutur-penutur ini bukan sahaja belajar

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam perhubungan sosial, tetapi

juga mengggunakannya dalam semua bidang kehidupan.

Dasar bahasa kebangsaan seperti yang terdapat di Indonesia dan

Malaysia, berlaku juga di Brunei. Usaha Brunei dalam menegakkan bahasa

Melayu sebagai bahasa pentadbiran, ikhtisas dan ilmu pengetahuan telah

membantu mengukuhkan lagi kedudukan bahasa tersebut, khususnya dalam

menambahkan jumlah penutur yang mempunyai kecekapan pada peringkat yang

tinggi. Sungguhpun dasar bahasa di Singapura berlainan sedikit daripada dasar

yang terdapat di negara-negara jiran, tetapi usaha mempelajari dan mengajar

bahasa Melayu di negara ini juga memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada

pengukuhan bahasa Melayu di alam ini.

Page 60: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

60

Oleh hal yang demikian, dapat dikatakan bahawa dalam tempoh lebih

kurang 45 tahun sahaja, iaitu dengan bertitik tolak dari tarikh kemerdekaan

lndonesia dalam tahun 1945, perkembangan bahasa Melayu dari segi

pertambahan penutur kepada peringkat kecekapan yang tinggi itu memang

menakjubkan. Perkembangan seperti ini tidak terdapat di mana-mana bahagian

lain di dunia ini.

Asmah Haji Omar juga turut menjelaskan bahawa jika kita hendak

membuat unjuran perkembangan masa hadapan bahasa kita, dapat katakan

bahawa perkembangan itu akan terus berlaku. Sebahagian besar kanak-kanak

yang lahir di negara-negara berbahasa Melayu akan menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa utama mereka. Menurutnya lagi, beliau tidak

mengatakan atau menggunakan frasa bahasa pertama atau bahasa ibunda

kerana sebahagian daripada kanak-kanak ini tentu dididik terlebih dahulu dalam

bahasa ibundanya, yakni bahasa yang dituturkan oleh ibu bapanya. Apabila

mereka menjangkau umur persekolahan dan seterusnya, mereka akan dididik

dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Apabila kanak-kanak tersebut

menjadi dewasa dan menceburi bidang kerjaya, dan kemudian menjadi anggota

masyarakat sepenuhnya, mereka akan menjalankan kegiatan-kegiatan mereka

dalam bahasa berkenaan.

Perbincangan di atas tadi menunjukkan bahawa keluasan kawasan

penyebaran tidak bermakna atau mencerminkan kewibawaan sesuatu bahasa,

jika tidak disokong oleh jumlah penutur yang meyakinkan. Jumlah penutur itu

Page 61: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

61

juga kurang bermakna jika kecekapan bahasa yang ada pada mereka itu

merupakan kecekapan peringkat rendah. Hal ini bermakna bahawa kewibawaan

sesuatu bahasa hendaklah ditunjangi oleh penggunaan bahasa pada kecekapan

atau kemahiran pada peringkat yang tinggi. Untuk mencapai matlamat ini, dua

syarat diperlukan. Pertama, bahasa berkenaan hendaklah dapat digunakan

dengan berkesan dalam semua bidang kehidupan, termasuk pelbagai bidang

ilmu pengetahuan. Kedua, para penggunanya hendaklah mampu menggunakan

bahasa tersebut dengan cekap dalam bidang-bidang tersebut.

Bagi syarat yang pertama itu, dapat dikatakan bahawa berbagai-bagai

usaha telah dilakukan dengan gigihnya oleh negara-negara berbahasa Melayu,

baik secara bersendiri mahupun dalam rancangan usaha sama Malaysia-

Indonesia, yang kemudiannya disertai oleh Brunei Darussalam. Usaha-usaha

dalam penyatuan ejaan sudah pun menampakkan hasilnya. Demikian juga

halnya dengan peristilahan, sungguhpun masih banyak bidang ilmu yang

peristilahannya masih perlu dikerjakan. Penyelarasan ejaan dan istilah inilah

yang merupakan kegiatan usaha sama tiga buah negara melalui Majlis Brunei

Darussalam-lndonesia-Malaysia (MABBIM). Dalam bentuk awalnya, majlis ini

dianggotai oleh Indonesia dan Malaysia sahaja, dan badan ini dikenal sebagai

Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBlM), yang dilahirkan dengan rasmi pada

Disember 1972. MABBIM terbentuk pada tahun 1985 apabila negara Brunei

Darussalam turut serta sebagai anggota. Bagaimanapun dalam tempoh

Page 62: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

62

beberapa tahun kebelakangan ini, Singapura hadir dalam Majlis tersebut sebagai

negara pemerhati.

Secara bersendirian, negara-negara ini menerbitkan berbagai-bagai buku

dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, baik buku yang merupakan karya asli

mahupun hasil terjemahan. Semua penerbitan dalam bahasa Melayu ini penting

sebagai penyokong bagi menegakkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

pengetahuan. Tidak ada gunanya jika istilah terus-menerus dicipta, tetapi tidak

ada karya yang menggunakan istilah tersebut. Istilah yang terdapat dalam

senarainya atau dalam kamus istilah akan menjadi bentuk yang beku dan tidak

hidup. Apabila istilah tersebut digunakan dalam konteksnya yang sebenar, iaitu

dalam karangan ilmiah, maka baharulah istilah tersebut mendapat daya

hidupnya.

Sungguhpun usaha penerbitan karya ilmiah dalam bahasa Melayu tidak

sepesat yang diingini, namun kita mengharapkan kemajuan dalam bidang ini

akan tercapai pada masa hadapan. Walaupun penerbitan karya dalam bahasa

Melayu masih kurang, tetapi tidaklah bermakna yang bahasa Melayu tidak

mampu menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Kekurangannya terletak

kepada para pengguna bahasa Melayu itu sendiri. yang seharusnya mengambil

tindakan yang gigih untuk membaiki keadaan ini. Menurut Asmah lagi, penulisan

buku ilmiah memerlukan dua jenis kepakaran, iaitu kepakaran dalam bidang ilmu

pengetahuan dan kepakaran dalam mengungkapkan ilmu pengetahuan itu dalam

Page 63: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

63

bahasa Melayu. Jika kepakaran hanya terdapat dalam salah satu daripada dua

jenis itu, maka karya ilmiah tidak dapat dihasilkan.

Dua puluh tahun yang lampau, barangkali kepakaran dua serampang itu

sangat kurang, khususnya di Malaysia. Namun kini dengan adanya universiti-

universiti tempatan yang dapat melatih penuntut dalam bahasa Melayu dalam

berbagai-bagai bidang ilmu, maka sedikit sebanyak sudah ada kepakaran dua

serampang itu, walaupun tidak menyeluruh sifatnya. Apa yang dapat dianjurkan

untuk masa hadapan ialah menerbitkan lebih banyak penerbitan dalam bidang

ilmiah dalam bahasa Melayu.

Di Malaysia, banyak pihak menyuarakan rungutan tentang kekurangan

bahan atau buku bacaan umum dalam bahasa Malaysia. Bacaan umum tidak

kurang pentingnya jika dibandingkan dengan karya ilmiah dalam usaha

memperteguh kedudukan bahasa. Karya ilmiah lazimnya dijuruskan kepada

kumpulan-kumpulan tertentu, sedangkan bacaan umum adalah untuk semua

pembaca. Kadangkala ibu bapa mengalami kesukaran untuk mencari bahan-

bahan bacaan yang baik untuk anak mereka. Demikian juga dengan orang

dewasa yang inginkan bacaan yang bercorak pengetahuan am yang sesuai

dengan peringkat intelek, dan mereka mendapati sukar untuk mendapatkan

bahan bacaan seperti itu.

Page 64: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

64

Pada masa sekarang, masih ramai orang dewasa di Malaysia dan Brunei

dapat membaca dan memahami bahasa Inggeris dengan baik. Bagaimanapun,

pada masa akan datang mungkin jumlah golongan ini kian mengecil dan

tempatnuya akan digantikan dengan mereka yang kurang cekap dalam bahasa

Inggeris. Oleh hal yang demikian, jika kemajuan dalam bidang penulisan bacaan

umum berjalan dengan lancar, kita dapat mengunjurkan bahawa lebih banyak

bacaan umum dapat diterbitkan dalam bahasa Melayu.

Ciri kedua yang dikemukakan oleh Asmah ialah penggunaan pada taraf

kecekapan yang tinggi. Hal ni bermakna bahawa pengajaran bahasa Melayu

tidak terbatas kepada pengajaran sekadar mencapai matlamat berbual,

membaca dan memahami, dan menulis karangan yang mudah-mudah. Taraf

pencapaian yang perlu dijadikan sasaran ialah taraf pencapaian yang lebih

daripada itu, yakni taraf pencapaian yang dapat mengungkapkan gagasan dan

idea yang tinggi-tinggi dalam bahasa Melayu, seperti yang telah dinyatakan

sebelum ini.

Berkaitan dengan perkara yang di atas, cuba kita berfikir dan bertanya

adakah perkara ini termasuk dalam ruang lingkup pengajaran bahasa? atau

lebih tepat lagi, adakah manjadi tugas guru bahasa? Menurut pandangan

Asmah, guru bahasa mempunyai takrif untuk tugasnya sendiri, iaitu mengajar

muridnya bertutur, membaca dan menulis. Dengan kelayakan dan latihan yang

Page 65: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

65

diperolehnya, guru bahasa tidak sepatutnya dikehendaki membimbing penuntut

untuk mengungkapkan idea yang muluk-muluk.

Para sarjana di mana-mana juga berusaha mengembangkan kemahiran

penggunaan bahasa mereka dalam bidang masing-masing. Apa yang diperoleh

daripada guru bahasa ialah pengertian tentang selok-belok bahasa, terutama

sekali selok-belok nahu, daripada pembentukan kata hingga kepada

pembentukan ayat dan perkaitan antara ayat. Hal ini merupakan pengetahuan

asas yang diharapkan daripada guru bahasa, tetapi gaya pengungkapan idea

dalam teks yang khusus bagi bidang-bidang tertentu itu, terletak pada kemahiran

sarjana itu sendiri, iaitu keupayaannya menguasai bidang ilmunya sendiri dan

juga bahasa yang dipilih untuk menjadi pengantar ilmu itu.

Sarjana yang pakar dalam bidangnya merupakan sarjana yang betul-betul

faham akan segala selok-belok bidang ilmunya. Apabila daya fahamnya tinggi,

maka dia dapat mengungkapkan fikirannya dengan jelas sekali sehingga mudah

difahami, bukan sahaja oleh mereka yang mempunyai persamaan taraf ilmu

dengannya, tetapi juga oleh orang lain. Hal ini merupakan ujian bagi sarjana

yang ulung. Sarjana-sarjana seperti ini merupakan daya penarik bagi orang yang

mendengarnya, atau bagi mereka yang membaca karyanya. Jika dia

menggunakan istilah khusus dalam bidangnya, yang jarang didengar dan

diketahui umum, hal ini tidak seharusnya menjadi penghalang bagi khalayak

pendengar dan pembacanya. Dia akan menjelaskan makna istilah tersebut, dan

Page 66: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

66

pendengar atau pembaca dapat mencari makna di dalam kamus. Dalam hal ini,

susunan ayat dan kata-kata yang mengungkapkan fikirannya itulah yang penting.

Jika dia sendiri kabur dalam bidang ilmunya, maka kaburlah juga cara

pengungkapannya.

Beberapa karya ilmiah yang pernah diteliti oleh Asmah Haji Omar, yang

ditulis dalam bahasa Melayu (Malaysia dan Indonesia), didapati kebanyakannya

sukar difahami orang. Menurutnya, beliau pernah membaca buku yang bukan

dalam bidang bidangnya, yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh sarjana yang

ulung dalam bidang itu. Beliau dapat memahami maklumat yang diutarakan oleh

penulis tersebut sungguhpun sekali-sekala beliau terpaksa membuka kamus

untuk mencari makna istilahnya. Keadaan ini tidak berlaku apabila beliau

berhadapan dengan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Mengapakah terjadinya

keadaan sedemikian? Penjelasan daripadanya ialah sarjana kita

menterjemahkan bulat-bulat apa yang terdapat dalam bahasa lain, tanpa terlebih

dahulu mencerna sesuatu idea itu dan kemudian mengungkapkannya ke dalam

bahasa sendiri.

Beliau sendiri pernah berhadapan dengan makalah atau kertas kerja yang

ditulis dalam bahasa Melayu dalam bidang bahasa, dan beliau mendapati betapa

kaburnya penulisan tersebut. Apabila membaca kertas kerja tersebut, mata

sahaja yang melihat kata-kata dan ayat-ayat dalam bahasa Melayu, tetapi pada

masa yang sama otaknya menterjemahkan kata-kata dan ayat-ayat itu ke dalam

Page 67: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

67

bahasa lnggeris, untuk memahami penulisan dalam kertas kerja atau makalah

berkenaan. Berdasarkan pengalaman tersebut, beliau sering bertanya seorang

diri, adakah orang-orang Melayu yang tidak tahu atau kurang memahami bahasa

Inggeris akan dapat memahami karangan seperti itu?

Salah satu contoh yang baik bagi penggunaan bahasa yang memerlukan

dua tindakan yang berbeza melalui mata dan otak ialah bahasa undang-undang,

termasuklah bahasa kontrak atau bahasa perjanjian. Jenis penggunaan bahasa

seperti itu merupakan terjemahan bulat-bulat daripada bahasa Inggeris. Bahasa

undang-undang yang ditulis dalam bahasa Inggeris sendiri adalah sukar

difahami, apatah lagi apabila teks yang menggunakan jenis bahasa yang

berkenaan diterjemahkan bulat-bulat ke dalam bahasa Melayu ataupun gayanya

juga ditiru. Dalam memperkatakan bahasa undang-undang dalam bahasa

Malaysia, seorang Hakim Besar di Malaysia berpendapat bahawa kita tidak perlu

mengikut gaya bahasa undang-undang dalam bahasa Inggeris. Cara

pengungkapan dalam teks seperti itu boleh dipermudah. Jika cara ini boleh

dilakukan, tentunya orang ramai akan mendapat manfaat kerana mereka dapat

memahami undang-undang dengan baik. Sebaliknya, apa kata orang-orang

dalam bidang undang-undang sendiri? Mereka akan merasakan bahawa ciri

khusus dalam bidang mereka itu sudah dicairkan atau ditiadakan. Menurut

Asmah lagi, oleh sebab itulah barangkali ahli undang-undang dalam bahasa

Inggeris tidak berusaha mempermudah cara pengungkapan mereka.

Page 68: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

68

Tiap-tiap bidang ilmu itu mempunyai laras bahasanya sendiri. Laras

bahasa yang dimaksudkan ialah keseluruhan ciri yang meliputi penggunaan

bahasa dalam bidang ilmu tertentu, yang bermula daripada kata-kata yang

merupakan istilah khusus hingga kepada cara penyusunan teksnya.

Bagaimanapun, yang perlu ditegaskan di sini ialah usaha para pakar

menyampaikan fikiran mereka dalam bidang masing-masing hendaklah dengan

cara yang mudah difahami. Kita mahu melihat pembaca seronok membaca dan

mendengar pengungkapan idea dalam bahasa kita. Kita tidak mahu mereka

menganggap usaha itu menjadi beban kepada mereka.

Pemindahan laras bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa

Melayu tidak terbatas hanya kepada bahasa undang-undang, tetapi berlaku juga

kepada jenis penggunaan bahasa yang lain, seperti bahasa saintifik, bahasa

surat rasmi, bahasa borang, bahasa iklan perniagaan dan bahasa laporan.

Bahasa laporan bukan setakat mewakili satu jenis laporan, tetapi berbagai-bagai

jenis, misalnya laporan mesyuarat, laporan akhbar, laporan tahunan dan laporan

kajian, yang masing-masing mempunyai laras yang tersendiri. Di Malaysia, laras-

laras bahasa yang berkenaan diambil alih daripada tradisi bahasa Inggeris, dan

kini dianggap sudah mantap. Penulis-penulis laporan mesyuarat di Malaysia

faham akan kata, ungkapan, susunan ayat dan bentuk perenggan yang perlu

diikutinya dalam penulisan laporan. Demikian juga halnya dengan para penulis

laporan lain atau penulis surat rasmi, pencipta iklan dan pereka borang.

Kemantapan laras-laras bahasa ini dihasilkan dalam rancangan pengajaran

bahasa di sekolah dan juga di universiti. Dalam rancangan yang seperti ini,

Page 69: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

69

pelajar bahasa diajar menulis surat rasmi atau membuat laporan menurut laras

dan juga format yang sudah diterima umum.

Gejala mengambil alih laras bahasa daripada tradisi lain menjadi tradisi

Melayu bukanlah satu hal yang baharu dalam bahasa Melayu. Kitab-kitab agama

lslam yang ditulis dalam bahasa Melayu sebelum tahun 1960-an didapati

menggunakan laras bahasa Arab. Bagaimanapun, buku-buku agama Islam yang

ditulis oleh cendekiawan Islam hari ini, laras bahasa Arab sudah tidak ketara lagi.

Hal ini sebagai petunjuk kepada kita bahawa cerdik pandai Islam bangsa Melayu

sudah mulai berjaya mengungkapkan fikiran mereka dalam bahasa sendiri.

Perkembangan ideal yang diharapkan ialah kewujudan laras-laras bahasa

dalam pelbagai bidang ilmu yang terbentuk hasil daripada kejayaan para sarjana

yang berbahasa Melayu mengungkapkan fikiran dalam bahasa sendiri. Kita tidak

dapat lari daripada meminjam unsur-unsur bahasa asing kerana cara ini

merupakan tabii bahasa dan masyarakat, terutama sekali pada zaman sekarang

yang sangat mudah berlakunya pertembungan bahasa dan masyarakat yang

pelbagai. Bagaimanapun, kita masih mampu memperkembang gaya dan laras

bahasa kita, iaitu bahasa Melayu.

Page 70: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

70

Soalan Latihan

1. Berikan definisi variasi bahasa?

2. Huraikan pemeringkatan variasi di Malaysia dan berikan contoh.

3. Bagaimanakah perubahan sosial mempengaruhi perubahan bahasa?

Rujukan

Asmah Haji Omar (1983). Perkembangan Bahasa Malaysia dan Falsafah

Pembinaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1993). Language and Society in Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1992). Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2010). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu/

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 71: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

71

UNIT 3

GAYA BAHASA DAN RAGAM BAHASA

Pengenalan

Pada umumnya, laras bahasa dirujuk juga sebagai gaya bahasa, tetapi bagi

ahli-ahli linguistik, laras dan gaya ialah dua konsep yang berbeza. Laras adalah

khusus berlatarkan bidang penggunaan, sedangkan gaya merujuk kepada cara

pengungkapan, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang hendak

ditimbulkan, dan suasana yang menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan.

Oleh hal yang demikian, akan timbul ragam atau gaya formal, gaya bersahaja,

gaya didaktik, gaya kewartawanan, gaya retorik, gaya poetik dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, sesuatu karangan dalam sesuatu bidang mempunyai

dua aspek, iaitu laras dan gaya. Aspek yang pertama itu menunjukkan

pengungkapan idea dan konsep, manakala aspek yang kedua itu

mengungkapkan suasana.

Objektif

1. Mengetahui dan memahami gaya bahasa dan ragam bahasa

2. Menghuraikan jenis-jenis gaya bahasa dan ragam bahasa

3. Membuat rumusan tentang jenis gaya dan ragam bahasa dalam

bahasa Melayu.

Page 72: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

72

Definisi Gaya Bahasa

Gaya merujuk kepada cara pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak

dicapai, suasana yanng hendak ditimbulkan, dan suasana yang menjadi latar

penggunaan bahasa (Asmah Haji Omar, 1986)

Crystal, David (2003 :440) menjelaskan gaya sebagai ciri-ciri suasana

yang pelbagai dalam penggunaan bahasa. Pilihan khusus penutur atau

kelompok sosial dalam penggunaan bahasa.

Slametmuljana (1969 :27) mengatakan bahawa gaya bahasa ialah

ekspresi individu menggunakan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan

perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri penulisnya.

Jenis-Jenis Gaya Bahasa

Gaya bahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya

termasuklah gaya bahasa formal, gaya bahasa bersahaja, gaya bahasa didaktik

dan gaya bahasa retorik.

Gaya bahasa formal lazimnya ringkas dan padat dan menggunakan ayat

yang pendek serta pemilihan ungkapan yang tepat dari segi makna. Gaya

Page 73: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

73

bahasa jenis ini mematuhi peraturan bahasa dalam ayat. Misalnya gaya bahasa

laporan.

Gaya bahasa bersahaja dalam penulisan ilmiah memaparkan hasil kajian

dengan menggunakan ungkapan yang bukan emosi sifatnya. Oleh hal yang

demikian, dalam penulisan ilmiah perlu elak menggunakan ungkapan yang

keterlaluan seperti amat mendukacitakan, sayang sekali, dan seumpamanya.

Gaya bahasa didaktik dan retorik akan dijelaskan dalam UNIT 4.

Ragam Bahasa

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai variasi atau ragam bahasa. Variasi

bahasa telah dihuraikan sebelum ini. Sehun=bungan dengan itu, Za`ba dalam

bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelkaskan bahawa ragam bahasa dapat

dibahagikan kepada ‘gaya cakap mulut (bahasa Melayu lisan), ‘gaya surat’

(bahasa Melayu tulisan) dan ‘bahasa-bahasa daerah’ (bahasa percakapan di

daerah-daerah tertentu atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan

yang khas bagi daerah itu, dan berbeza dengan bahasa umum yang lazim

digunakan dalam komunikasi).

Ragam bahasa Melayu lisan dan bahasa Melayu tulisan, serta bahasa-

bahasa daerah telah wujud sejak bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa

Page 74: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

74

moden dan dapat mengungkapkan bidang-bidang baharu yang khusus sifatnya

sehingga munculnya ragam-ragam bahasa khas dalam pelbagai bidang ilmu

seperti undang-undang, politik, perubatan dan sebagainya. Dalam bidang

bahasa, variasi-variasi seperti ini disebut ‘laras’dan maka itu timbullah laras

undang-undang, laras politik dan laras perubatan.

Ragam Bahasa Melayu Lisan

Za`ba telah membahagikan ragam bahasa kepada dua jenis, iaitu ragam

bahasa jenis ‘cakap mulut’ dan ‘bahasa pasar’. Jenis ‘cakap mulut’ ialah ragam

bahasa yang dituturkan dalam kalangan orang Melayu, manakala ‘bahasa pasar’

merupakan ragam yang digunakan antara orang Melayu dengan bukan Melayu,

atau antara bukan Melayu yang menuturkan bahasa Melayu. Menurut Za`ba

lagi, susunan gaya ‘cakap mulut’ itu adalah mudah dengan penggunaan ayat-

ayat pendek ringkas, manakala perkataan-perkataannya banyak yang terpotong

(seperti tak untuk tidak, nak untuk hendak, dan dah untuk sudah) dan juga

pengguguran awalan dan akhiran. Ragam bahasa seperti ini dituturkan oleh

orang Melayu sebagai bahasa basahan dalam komunikasi sehari-hari. Oleh hal

yang demikian, ragam bahasa seperti ini terdapat pada semua daerah yang

didiami orang Melayu dalam pelbagai bentuk dialek, yang pasti sebutannya

berbeza-beza, bergantung pada daerah mana ragam itu digunakan.

Page 75: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

75

Istilah ‘bahasa pasar’ oleh Za`ba bersinonim dengan ‘bahasa kacukan’ kerana

ragam bahasa ini memperlihatkan adanya sifat kacukan atau pengaruh unsur

bahasa-bahasa asing, seperti bahasa Cina, bahasa Tamil dan lain-lain.

Bagaimanapun terdapat juga dalam kalangan orang Melayu yang gemar

menggunakan ragam bahasa ini apabila bercakap dengan bangsa asing. Dalam

percakapan tersebut, orang Melayu dengan mudah mengikut telor atau jalan

bahasa kaum lain dengan menyesuaikan ragam pertuturannya supaya lebih

mudah difahami oleh kaum lain. Sikap seperti ini tidak sesuai diamalkan, malah

kita bukan memartabatkan bahasa Melayu malah ‘merendahkan taraf bahasa

Melayu. Oleh hal yang demikian, kita mestilah sentiasa menggunakan bahasa

Melayu yang baik supaya menjadi panduan dan contoh kepada orang bukan

Melayu.

Ragam Bahasa Melayu Tulisan

Ragam jenis ini merupakan variasi bahasa Melayu yang diterapkan dalam

konteks tulisan. Susunan variasi ragam ini lebih mantap, dan tersusun dengan

penggunan sistem imbuhan yang lengkap. Demikian juga dengan bunyi yang

dilafazkan yang berbeza sedikit daripada variasi lisan. Perkataan-perkataan juga

ditulis sempurna tanpa ada kependekan, seperti yang kerap digunakan dalam

variasi bahasa Melayu lisan.

Page 76: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

76

Bahasa-Bahasa Daerah

Bahasa daerah juga disebut loghat atau dialek. Antara ciri yang membezakan

antara satu bahasa daerah dengan yang lain, termasuklah kepelatan bunyi

sebutan, liuk lentok atau gaya lagu semasa menuturkannya, dan juga

perbezaan dari sudut perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu yang

digunakan.

Antara contoh perbezaan dari segi perkataan dan frasa, termasuklah :

Layang-layang dengan wau

Kelmarin dengan semalam

Demikian juga dengan kata ganti nama yang berbeza-beza mengikut daerah

dan negeri seperti awak, hang, demo, teman, eden, mu. Walaupun berbeza

dalam banyak hal tetapi penutur dialek yang berbeza-beza itu masih saling

memahami satu sama lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu mempunyai variasi dan

ragam yang berbagai-bagai, seperti yang telah dibincangkan di atas. Ragam

bahasa Melayu lisan dan tulisan banyak dibicarakan oleh Za`ba, termasuklah

juga bahasa-bahasa daerah atau dialek yang terdapat di Semenanjung, Sabah

Page 77: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

77

dan Sarawak. Dalam proses perkembangannya, bahasa Melayu telah

mengalami perubahan-perubahan dan membuat penyesuaian dari segi bentuk

dan gaya, sesuai dengan perkara dan bidang ilmu yang diperkatakan. Pelbagai

variasi yang timbul itu telah mewujudkan laras dalam bahasa Melayu, seperti

laras surat rasmi, laras undang-undang, iklan, laras dan laras sains. Tugas dan

fungsi bahasa Melayu telah berkembang luas dan menjadi satu bahasa moden

yang mempunyai berbagai-bagai laras.

Soalan Latihan

1. Laras dan gaya ialah dua konsep yang berbeza menurut ahli-ahli

linguistik. Huraikan.

2. Sebutkan dan huraikan jenis-jenis gaya bahasa ?

3. Apakah yang dimaksudkan oleh Za`ba tentang ragam bahasa.

Rujukan

Asmah Haji Omar (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Crystal, David (2003). A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Massachusetts:

Blackwell Publishing.

Slametmuljana (1969). Kaedah Bahasa indonesia. Jakarta : Nusa Indah.

Zainal Abidin bin Ahmad (Za`ba). (2002) Ilmu Mengarang Melayu. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 78: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

78

UNIT 4

LARAS BAHASA IKLAN DAN LARAS BAHASA SAINS

Pengenalan

Dalam ilmu Linguistik, laras bahasa (language register) merupakan konsep yang

mengkhusus dalam bidang penggunaan bahasa, dan mengandungi ciri-ciri

khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunannnya. Oleh sebab

laras berlatarkan bidang, maka unsur-unsur yang memberi ciri kepada laras ialah

kata-kata khusus, yakni istilah-istilah yang digunakannya. Di samping itu,

terdapat bidang-bidang atau ilmu-ilmu tertentu yang mempunyai cara-cara

pengungkapan tertentu (phraseology).

Objektif

1. Mengetahui bentuk-bentuk retorik dalam iklan.

2. Memahami konsep dan kaedah retorik dalam iklan

3. Menghuraikan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan dalam laras

bahasa iklan dan laras bahasa sains.

Page 79: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

79

Gaya dan Laras dalam Bahasa Iklan

Antara bentuk retorik yang terdapat dalam bahasa iklan ialah retorik pengaruhan,

dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah, yang dapat menimbulkan pengaruh

terhadap sasaran. Antara kaedah tersebut adalah seperti yang berikut:

Kaedah Pernyataan

Pernyataan bermaksud pemberitahuan, baik tentang barang atau tentang

syarikat. Pernyataan adalah tidak seragam sifatnya. Ada yang hanya

memberitahu, ada yang memberitahu tetapi disaluti dengan pemberian nilai, dan

ada yang memberitahu dengan mengaitkan barang tersebut dengan peristiwa-

peristiwa penting, asal usul dan sebagainya. Pernyataan dapat dibahagikan

kepada:

Pernyataan Neutral

Pernyataan neutral tergolong dalam jenis pemberitahuan yang tidak diwarnai

oleh penilaian atau sikap. Yang dipaparkan hanyalah nama barang-barang.

Sekiranya terdapat keterangan berhubung dengan barang-barang tersebut,

keterangan itu tidak mewakili penilaian daripada pihak pengeluar. Sebagai

contoh, lihat pernyataan-pernyataan yang di bawah ini.

Page 80: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

80

(1) Lampu Cap Bintang.

(2) Kereta Terpakai Untuk Dijual.

(3) Mesin Pembasuh X…

(4) Ubat Batuk Cap Bulan.

(5) Mesin Jahit Y.

(6) TV Warna Z1

Untuk tujuan kajian, huruf X, Y, Z digunakan sebagai pengganti nama syarikat

atau jenama yang sebenarnya.

Kaedah pernyataan neutral, pada lahirnya adalah paling rendah daya

retoriknya berbanding dengan kaedah-kaedah retorik yang lain, Bagaimanapun

jika diperhatikan dengan teliti, terutama sekali dengan mengambil kira cara

pemaparannya, kesan yang ditinggalkan kepada yang membaca dan yang

melihat, didapati tidak jauh atau tidak kurang dengan kesan yang ditinggalkan

oleh kaedah-kaedah yang lain. Dalam keadaan yang menyebabkan orang bosan

dengan cara atau kaedah pengaruhan yang nyata, kaedah pernyataan neutral ini

adalah dianggap lebih menarik.

Dari segi bentuk bahasanya, kaedah ini diwujudkan dengan

menggunakan bentuk frasa atau rangkai kata, dan khususnya frasa nama kerana

frasa-frasa tersebut merujuk kepada nama barang atau jenama sahaja.

Page 81: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

81

Bahagian frasa nama yang merujuk kepada nama barang itu disebut unsur inti,

manakala frasa yang mengikutinya disebut unsur keterangan.

Contoh-contoh (1) - (6) yang di atas itu, jika dibahagikan kepada Inti dan

Keterangan, bentuk yang terhasil adalah seperti berikut:

(7) Lampu Cap Bintang

Inti Keterangan

(8) Kereta Terpakai Untuk Dijual

Inti Keterangan

(9) Mesin Pembasuh X

Inti Keterangan

(10) Ubat Batuk Cap Bulan

Inti Keterangan

(11) Mesin Jahit Y

Inti Keterangan

(12) TV Warna Z

Inti Keterangan

Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang di atas itu, unsur keterangan

mungkin terdiri daripada jenama (Cap Bintang, Cap Bulan, X, Y Z) dan mungkin

juga mewakili tujuan (Untuk Dijual). Bagaimanapun, kebanyakan unsur

keterangan dalam pernyataan neutral ini ialah jenama.

Page 82: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

82

Dari segi bentuk bahasa, jenama diwujudkan oleh frasa nama juga,

sedangkan tujuan oleh frasa adverba. Oleh hal yang demikian, pernyataan

neutral ini terdiri daripada frasa nama yang bersusun lapis. Lihat rajah di bawah

ini.

(13) Lampu Cap Bintang

(14) Ubat Batuk Cap Bulan

(15) Kereta Terpakai Untuk Dijual

Satu hal yang menarik dalam pernyataan neutral ialah bahagian

keterangan tidak pernah diisi oleh frasa sifat atau frasa kerja. Pengisiannya

dengan golongan pertama itu akan menjadikan frasa itu tidak neutral lagi

disebabkan adanya ciri penilaian dalam kata kerja atau frasa sifat. Pengisiannya

dengan kata atau frasa kerja akan menghasilkan ayat yang bukan lagi bertaraf

Page 83: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

83

sebagai frasa nama. Jika perkataan untuk digugurkan dari contoh (15) yang di

atas, maka yang dihasilkan ialah ayat pasif.

Pernyataan dengan Penilaian

Pernyataan boleh disertai oleh penilaian. Dalam hal ini pihak pengeluar barang

atau pengiklan memberikan penilaian, pastinya yang positif terhadap barang

yang diiklankannya. Lihat contoh pernyataan-pernyataan yang berikut:

(16) Irama terpilih sepanjang tahun.

(17) X Nama bagi makanan Islam yang enak sejak 1916.

(18) Mee segera yang termasyhur di seluruh dunia.

(19) Y Pakar Servis Lengkap

(20) Perkakas rumah yang namanya dipercayai di seluruh dunia.

Perkataan-perkataan yang dicetak miring dalam contoh-contoh yang di

atas itu ialah pendukung maksud penilaian. Perkataan yang seperti itu tidak

terbatas kepada kata sifat seperti terpilih, enak, termasyhur dan lengkap, tetapi

meliputi juga kata nama seperti pakar. Penggunaan ungkapan di seluruh dunia

dalam contoh (19) dan (20) juga merupakan cara memberikan penilaian kerana

sesuatu yang termasyhur di seluruh dunia jelas lebih baik daripada yang

termasyhur di dalam negeri sahaja.

Page 84: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

84

Penilaian juga dilakukan dengan cara memberikan huraian tentang

sesuatu barang. Huraian tersebut biasanya merupakan huraian tentang

kualitinya, ciri-ciri yang ada padanya, sesuatu yang dapat dilakukannya, dan

sebagainya.

Huraian tentang kualiti sesuatu barang itu membawa mesej bahawa

barang tersebut sesungguhnya istimewa, yakni lebih istimewa daripada barang-

barang lain yang sama dengannya. Misalnya:

(21) Warna Sejati X

Suara Sejati 3 Speaker X

(22) Y Ruang Tambahan Di Mana Yang Perlu

Keunggulan Pemacu Roda Belakang

Spring Daun Yang Dicipta Untuk Station Wagon

(23) Kaca Biru…

Tiub Gambar Biru…

Hanya Terdapat pada TV Warna Z

(24) Tapaknya yang luar biasa, serba kena

Kulit lembut dan selesa

Kulit yang mengelilingi kaki

Diusahakan dengan tangan supaya dapat melahirkan seni kerajinan

tangan.

Page 85: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

85

Contoh-contoh (21) - (24) menunjukkan usaha memberikan gambaran

tentang ciri-ciri dan kualiti barang-barang yang diiklankan dalam bentuk bahasa

yang indah. Pertama, mesej itu ditulis dalam format yang seakan-akan bentuk

puisi. Perkataan-perkataan itu dipilih sedemikian rupa supaya dapat menonjolkan

ciri-ciri penting dan yang utama. Perkataan-perkataan tersebut juga diharap

mempunyai daya penarik terhadap bakal pengguna. Perkataan-perkataan seperti

itu disebut kata penarik. Terdapat juga penggunaan kata penarik yang diulang-

ulang, seperti dalam contoh (21), kata sejati yang diulang-ulang. Pengulangan

seperti itu terdapat juga dalam contoh (23), yakni pada kata Biru. Bagaimanapun,

contoh (22) tidak menggunakan kaedah pengulangan. Kata-kata penariknya

ialah tambahan dan keunggulan, yang beritma satu sama lain. Dalam contoh

(24) juga, tidak ada pengulangan tetapi kata-kata penariknya itu cukup kuat,

iaitu luar biasa, serba kena.

(25) *Alat 'timer' bina dalam untuk rakan 'pre-set', hingga 10 hari lebih awal.

Rakaman secara bersiri pun boleh dilakukan.

(26) *Lapan saluran untuk pemilihan rancangan.

(27) *Alat 'counter' dan alat penggulung pita automatik.

(28) *Alat kawalan jauh 10-fungsi untuk memudahkan anda.

(29) *Penutup ruang kaset lembap-udara yang berjentera untuk membolehkan

pita keluar secara lembut dan senyap.

(30) *Alat pelepas automatik yang boleh membatalkan kuasa 'pause' 5 minit

kemudian guna melindung pita.

Page 86: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

86

(31) *Alat pengunci saluran automatik dalam masa rakaman guna mencegah

berlakunya penukaran saluran rancangan secant tidak sengaja.

Penilaian Berdasarkan Kejatian

Kejatian bermaksud juga kemurnian. Ciri ini digunakan sebagai salah satu daya

penarik dalam iklan untuk menegaskan bahawa ciri atau sifat sesuatu barang itu

tidak pernah dinodai. Kata-kata penarik dalam kaedah ini ialah perkataan-

perkataan sejati, tulen, asli, murni. Misalnya:

(32) Susu sejati X.

(33) Penyaman udara kereta tulen.

(34) Mereka yang mengetahui, menggunakan minyak sapi asli X.

Kaedah Perkaitan Konsep

Dalam kaedah ini, barang yang diiklankan itu dikaitkan dengan konsep yang

asing sama sekali daripada aspek cirinya, sifat, mekanisme atau apa-apa sahaja

yang ada pada barang tersebut. Konsep asing itu biasanya dikaitkan dengan

manusia atau peristiwa yang masyhur. Manusia yang dikaitkan itu biasanya ialah

selebriti atau bintang filem, dan peristiwa yang terkenal atau termasyhur, yang

biasanya terdiri daripada peristiwa sukan atau yang seumpama itu.

Page 87: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

87

Dari segi bentuk bahasa, terdapat tiga cara mewujudkan perkaitan

konsep tersebut. Yang pertama ialah mengadakan perkaitan langsung, yakni

dengan meletakkan nama barang yang berkenaan berdampingan dengan nama

konsep yang dipentingkan, seperti yang terdapat dalam contoh di bawah ini.

(35) X - Peraduan Piala Merdeka.

Yang kedua ialah memberikan takrif kepada barang yang berkaitan, dan dalam

takrifan itu dikemukakan orang atau peristiwa yang menjadi daya penarik.

Misalnya:

(36) X Minuman rasmi Sukan S.E.A.

(37) Y Kegemaran mereka yang cinta akan keindahan.

Contoh-contoh (36) dan (37) yang di atas itu, betul-betul merupakan takrif

atau definisi yang menunjukkan logika A = B. Dalam bahasa prosa, contoh-

contoh seperti itu menggunakan partikel takrif adalah. Contohnya:

(38) X adalah minuman rasmi Sukan.

(39) Y adalah kegemaran mereka yang cinta akan keindahan.

Yang ketiga ialah menggunakan konsep luar tersebut sebagai konsep

latar atau konsep penyokong. Kaedah ini diwujudkan dalam bentuk ayat penuh,

dan biasanya konsep tersebut ialah manusia yang terkenal. Misalnya:

Page 88: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

88

(40) Bintang filem X memuji kebagusan Y.

(41) X pernah tidur di sini.

(42) Penyanyi Terkenal dan Motosikal X.

Kaedah perkaitan konsep juga menggunakan konsep “semula jadi”

sebagai daya penariknya. Dalam hal ini, terdapat dua pendekatan. Yang pertama

ialah mengaitkan konsep itu dengan bahan-bahan yang digunakan untuk

membuat barang; dan yang kedua, mengaitkannya dengan tempat asal barang

yang dihasilkan itu. Misalnya:

(43) Minuman X dibuat daripada mawar Inggeris yang tumbuh liar.

(44) Susu lembu sejati daripada susu lembu X yang terkenal.

(45) Teh sejati dari alam pergunungan.

Kaedah Perisytiharan

Kaedah ini menggunakan perkataan-perkataan yang disebut sebagai kata

isytihar. Perkataan-perkataan tersebut memberitahu umum tentang adanya

sesuatu yang baharu atau yang istimewa. Proses ini tidak lain daripada

pengisytiharan. Kata isytihar yang digunakan, biasanya ialah memperkenalkan,

mempersembahkan. Misalnya:

Page 89: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

89

(46) Memperkenalkan TV warna baru X

(47) Memperkenalkan peti sejuk baru. Penjimat tenaga yang anda

gemari.

(48) Mempersembahkan jurusan baru yang lebih terang gambarnya – Y.

Penggunaan penambahan memper-kan itu memberikan kesan “gema”

dalam kaedah ini. Jika digunakan perkataan mengenalkan atau menyembahkan,

tentu sahaja kita tidak dapat merasakan kehebatan perisytiharan itu.

Konsep perisytiharan juga dapat didukung oleh perkataan-perkataan lain

seperti membawakan, tetapi perkataan itu dirasakan kurang “hebat” jika

dibandingkan dengan perkataan memperkenalkan dan mempersembahkan.

Misalnya:

(49) X membawakan anda stereo-kartrij……8 trek yang dipasang

dengan komponen lampu disko yang terbaru.

Kaedah perisytiharan juga menggunakan perkataan kini atau sekarang,

yang diikuti oleh ayat penuh. Misalnya:

(50) Kini anda boleh menikmati lampu suasana disko di rumah anda.

(51) Kini Sensasi bermotokar yang baru!

(52) Sekarang! Dapatkan X di gedung-gedung pakaian anda.

Page 90: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

90

Perkataan kini atau sekarang bukanlah kata kerja yang mendukung

makna "mengisytiharkan", tetapi ialah kata adverba waktu. Kedua-dua perkataan

tersebut menandakan permulaan sesuatu, dan makna inilah yang memberikan

kesan bahawa sesuatu itu diisytiharkan.

Kaedah Umpan

Umpan, seperti yang kita sedia maklum ialah benda yang ditawarkan sebagai

daya penarik untuk mempengaruhi seseorang melakukan sesuatu. Kaedah ini

jelas menunjukkan bahawa bersama-sama dengan barang yang diiklankan itu,

diringi barang lain yang akan diberi percuma, jika kita membeli barang yang

diiklankan itu.

Perkataan-perkataan yang bertugas “mengumpan" itu ialah percuma,

tawaran, dan menawarkan. Misalnya:

(53) Khasnya Tawaran lstimewa untuk Sampul Bantal.

(54) Tawaran Khas X.

(55) Tawaran Istimewa.

(56) Percuma dari X.

(57) Kemeja-T percuma bagi setiap pembelian.

Page 91: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

91

Contoh-contoh yang di atas itu menunjukkan bahawa perkataan tawaran

biasanya digandingkan dengan istimewa atau khas atau kedua-duanya. Kedua-

dua perkataan tersebut memperhebat makna yang sudahpun didukung oleh

tawaran, dan dengan itu memberikan kesan yang lebih mendalam kepada orang-

orang yang menjadi sasaran iklan tersebut.

Di samping itu, tawaran boleh juga diikuti oleh peristiwa yang penting

untuk sasaran, misalnya hari raya dan sebagainya. Misalnya :

(58) Tawaran Musim Perayaan

(59) Tawaran Hari Raya

(60) Tawaran Tahun Baru

Konsep umpan juga dikaitkan dengan potongan harga. Dalam hal ini,

yang menjadi umpan ialah harga yang murah, dan bukan kepada benda

tambahan. Misalnya:

(61) Potongan 25% untuk kain meja bersulam atau berkait.

(62) Harga yang menjunam.

Dalam kaedah umpan, sering juga terselit konsep sekatan yang didukung

oleh ungkapan-ungkapan seperti yang berikut:

Page 92: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

92

(63) Selagi bekaian masih ada.

(64) Hingga akhir bulan sahaja.

(65) Di Malaysia Barat sahaja.

(66) Hanya dalam minggu ini sahaja.

Sekatan yang berlaku ialah pembatasan-pembatasan bekalan, waktu, dan

wilayah. Penggunaan sekatan bekalan dan sekatan waktu hanya merupakan

helah untuk mempengaruhi bakal pengguna supaya cepat bertindak. Sekatan

wilayah pula merupakan pemberitahuan fakta semata-mata supaya tidak timbul

salah faham, dan tidak ada mesej lain yang hendak disampaikan.

Kaedah Kealatan

Dengan kaedah ini, iklan memberi tumpuan perhatian kepada barang yang

diiklankan itu sebagai alat untuk matlamat tertentu. Maksud ini dengan nyata

didukung oleh adverba alat yang terdiri darpadai rangkai kata dengan + frasa

nama. Rangkai kata nama dalam adverba tersebut mewakili benda yang

diiklankan itu. Misalnya:

(67) Dengan mesin basuh X, sutera pun kekal halus-licin.

(68) Dengan syampu Y, rambut saya menjadi cantik dan berkilau.

(69) Dengan X di samping anda, anda merasa teguh dan selamat.

Page 93: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

93

Contoh-contoh yang di atas itu menunjukkan bahawa adverba alat

diutamakan, dan oleh sebab itu dijadikan judul ayat. Cara ini lebih berkesan

daripada meletakkannya pada bahagian akhir ayat. Contoh-contoh (70) dan (71)

yang di bawah ini kurang berkesan jika dibandingkan dengan (67) - (69).

(70) Sutera pun kekal halus-licin dengan mesin basuh X.

(71) Rambut saya menjadi cantik dan berkilau dengan syampu Y.

Kaedah Pemesraan

Melalui kaedah ini, iklan membuatkan sasaran berasa mesra dengan barang

yang diiklankan itu. Oleh sebab itu, mesej yang disampaikan dapat menimbulkan

perasaan kepada sasaran bahawa orang yang disasarkan itu bukanlah orang

luar, tetapi merupakan sebahagian daripada keluarga pengeluar barang tersebut.

Perasaan yang hendak disemai kepada sasaran ialah rasa kekitaan atau dalam

bahasa Inggeris disebut sense of belonging. Contoh-contoh yang di bawah ini

dapat menjelaskan kaedah yang diperkatakan.

(72) Bank X Bank anda.

(73) Hotel Y tuan rumah anda yang sempurna.

(74) Z Kawan karib perut anda.

(75) X Bank yang menghargai anda.

Page 94: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

94

Seperti yang ternyata dalam contoh-contoh yang di atas itu, yang menjadi

unsur penting ialah anda yang merujuk kepada sasaran iklan tersebut. Jika iklan

tersebut disuarakan baik melalui televisyen atau radio, kita dapat mendengar

dengan jelas bahawa tekanan suara yang paling keras ialah kepada anda.

Dalam ilmu bahasa, bahagian yang mendapat tekanan yang paling keras disebut

fokus (yakni tumpuan) ayat. Pemilihan fokus tidak dilakukan tanpa perhitungan

kerana yang menjadi fokus itulah yang seharusnya menarik perhatian

pendengar.

Kaedah Kenal Pasti

Kaedah ini secara tidak langsung mengajak sasaran mengenal pastikan dirinya

dengan peragawati yang menggayakan sesuatu barang itu. Model itu tentu

sahaja mempunyai sifat-sifat positif tertentu yang sesuai dengan penggunaan

barang yang diiklankan. Sifat inilah yang ditonjolkan kepada sasaran.

Yang berikut adalah antara contoh iklan yang berkaitan dengan bau-

bauan untuk laki-laki dengan memaparkan seorang penyanyi yang terkenal lagi

kacak. Iklan tersebut sudah pasti menumpukan sasarannya kepada pemuda-

pemuda yang ingin kelihatan kacak seperti penyanyi tersebut.

(76) X untuk jejaka yang hebat.

(77) Penyanyi yang paling popular di Malaysia dan motosikal yang

paling popular sekali.

Page 95: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

95

Mari kita melihat pula iklan yang di bawah ini, yang mengemukakan

minyak rambut X.

(78) Kacak tampan, rasa riang…Itulah lelaki X!

Iklan (78) ada sambungannya atau lanjutannya kerana yang berikut ini

terdapat huraian terperinci yang membantu dalam membuat sasaran mengenal

pasti dirinya dengan peragawan yang kacak dan tampan itu. Huraian lanjut

tersebut adalah seperti berikut:

(79) Rupa tampan bermula dengan X. Rambut anda menjadi kemas

rapi. Tidak bergris. Rambut pun tidak merebang-rebang. Rambut anda tersisir

rapi untuk memberi rupa tampan X yang hebat pada hari ini.

Tidak semua orang dapat mengenal pasti akan dirinya khususnya dengan

peragawan atau peragawati. Dalam hal ini, kaedah kenal pasti dapat melihat

semua golongan manusia daripada segala bidang kehidupan. Sebagai contoh,

pengguna susu boleh mengenal pasti akan dirinya dengan juruterbang, penari,

pemain sepak bola, suri rumah dan sebagainya. Ketampanan dan kecantikan

wajah tidak begitu penting bagi golongan ini, tetapi yang penting bagi mereka

ialah faktor-faktor lain yang berkaitan dengan penggunaan barang tersebut. Oleh

hal yang demikian, faktor tersebut dapat ditafsirkan dari sudut pekerjaan

golongan ini. Misalnya:

Page 96: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

96

(80) (i) Juruterbang di angkasa. Senyum, senyum X.

(ii) Cik Puan dengan tetamu, Senyum, senyum X.

(81) Z - Kasut Lelaki. Pilihan para eksekutif.

Kaedah Peyakinan

Dengan menggunakan kaedah ini, iklan mencuba memupuk rasa yakin di pihak

sasaran, yakni yakin pada diri sendiri, dan juga kepada barang atau kepada

syarikat pengeluar yang berkenaan.

Salah satu cara ialah menjadikan sasarannya, iaitu orang yang

dipentingkan oleh syarikat pengeluar barang atau syarikat yang memberikan

perkhidmatan. Misalnva:

(82) Pakar Sains X datang menemui anda.

(83) Kami mementingkan anda.

(84) Kebahagiaan anda adalah kebahagiaan kami.

(85) Kami berkhidmat untuk anda.

(86) Kami memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang.

(87) Kami menentukan mutu. Anda menentukan stail.

(88) Kami kenangkan anda apabila kami mencipta perakam video baru

ini.

Page 97: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

97

(89) Kami mahu anda bergembira menonton video di samping

membayar wang yang kurang untuk membiayai kegembiraan itu.

(90) Kami ingin melihat anda mengetahui selok-belok kereta dengan

lebih mendalam.

Contoh-contoh yang di atas itu memperlihatkan perkaitan yang akrab

antara kami dengan anda, walaupun dalam contoh (86) anda tidak disebut

dengan nyata. Perkaitan yang seperti itu merupakan cara yang berkesan dalam

menimbulkan keyakinan kepada pihak bakal pengguna, dan keyakinan di sini

ialah keyakinan kepada pengeluar barang atau syarikat yang berkenaan.

Keyakinan akan barang yang diiklankan itu dapat juga diwujudkan

dengan cara membuat kesimpulan-kesimpulan tertentu tentang barang tersebut,

dan mengaitkannya dengan perbuatan, perasaan atau fikiran orang yang

menjadi sasaran iklan. Iklan yang di bawah ini berkenaan dengan sejenis tilam.

Sasaran diyakinkan dengan faedah dan kebaikan yang akan diperoleh daripada

tilam tersebut.

(91) Tidur nyenyak bangun segar.

Kesimpulan-kesimpulan yang dibuat untuk menimbulkan keyakinan

tersebut adakalanya membawa kesan penyungguhan. Misalnya:

(92) Anda tentu akan gemarkannya.

Page 98: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

98

(93) Anda kekal mempesonakan dengan jamu X.

(94) Semakin banyak anda tahu tentang X semakin anda mengingininya

untuk kereta anda.

(95) Bila anda ada X anda ada gaya.

Kata-kata kesungguhan yang dimaksudkan ialah tentu dalam (92), kekal

dalam (93), semakin dalam (94), dan ada dalam (95).

Keyakinan dapat juga disemaikan dengan membuatkan sasaran berasa

bahawa dia sudah berjaya, iaitu dengan memberikan rasa yang.disebut sense of

achievement kepadanya, seperti yang termaktub dalam iklan yang berkenaan

dengan sejenis alat muzik, seperti yang diturunkan di bawah ini.

(96) Pancaragam di tangan anda.

Kaedah Perbandingan

Perbandingan merupakan salah satu kaedah dalam penggunaan bahasa, yang

bertujuan untuk menunjukkan kelebihan sesuatu barang atau benda. Iklan yang

dihasilkan menerapkan kaedah ini dengan berbagai-bagai cara dan gaya.

Pertama, dengan menunjukkan bahawa sesuatu barang daripada sesuatu

pengeluar itu mempunyai ciri, sifat atau keupayaan tertentu, sedangkan barang

Page 99: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

99

yang sama tetapi yang dihasilkan oleh pengeluar yang lain tidak mempunyai sifat

atau keupayaan tersebut. Oleh hal yang demikian, barang yang pertama tadi

lebih baik daripada barang yang kedua. Lihat contoh iklan yang berkenaan

dengan sejenis ubat gigi, seperti yang berikut.

(97) Barang X Barang Y

X membunuh kuman. Y juga

X memutihkan gigi. Y juga

X menyegarkan. Y juga

X mempunyai fluorid. ?

Dalam contoh yang di atas, X mempunyai fluorid, tetapi Y tidak,

sedangkan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri lain yang sama. Oleh hal yang

demikian, X adalah lebih baik daripada Y.

Cara lain yang diterapkan dalam kaedah perbandingan ini ialah

membandingkan secara nyata, baik dalam darjat kelebihan mahupun dalam

darjat kepalingan. Perbandingan darjat kelebihan menggunakan perkataan lebih

yang diikuti oleh kata sifat. Misalnya:

(98) Lebih nyaman, lebih senyap dan lebih dari itu.

(99) Itulah yang menyebabkan X lebih handal, lebih maju, lebih

eksklusif.

Page 100: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

100

(100) Dengan X cucian lebih bersih.

(101) Pembakar lebih besar. Oven lebih besar.

Dalam penggunaan bahasa prosa, darjat kelebihan biasanya digunakan

dalam bentuk penuh. Misalnya:

(102) X lebih baik daripada Y.

Rangkai kata daripada Y melengkapkan perbandingan yang tersebut di

atas. Dalam iklan, pemasukan rangkai kata tersebut bermakna menggunakan

lebih banyak ruang dalam media cetak dan waktu dalam media elektronik. Hal ini

bermakna lebih banyak wang terpaksa dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Penghilangan rangkai kata tersebut tidak menjejaskan kejelasan mesej kerana

konteksnya sudah pun diketahui. Jika dikatakan bahawa sesuatu jenis kipas itu

lebih nyaman dan lebih senyap, maka ini bermakna kipas tersebut mempunyai

ciri-ciri yang tidak ada pada kipas-kipas jenis lain Bagaimanapun, terdapat juga

contoh-contoh dalam iklan yang menggunakan bentuk perbandingan itu dengan

sepenuhnya. Misalnya:

(103) Dapur yang lebih handal daripada dapur lain.

Tentu sahaja iklan (103) yang di atas itu hanya dapat memberikan satu ciri

bagi dapur tersebut, iaitu handal. Jika ungkapan daripada dapur lain itu

Page 101: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

101

ditiadakan, maka akan ada ruang untuk memasukkan satu lagi ciri dapur itu

dalam iklan tersebut.

Cara lain bagi pernyataan kelebihan sesuatu barang dari sesuatu syarikat

itu dibandingkan dengan barang yang sama dari syarikat yang lain adalah

dengan menggunakan perkataan kelebihan. Biasanya perkataan ini timbul dalam

ayat kesimpulan setelah diberikan huraian tentang ciri-ciri barang tersebut.

Misalnya:

(103) Itulah kelebihan X.

Penggunaan bahasa yang baik meletakkan lebih sebelum kata sifat dalam

perbandingan seperti ini, dapat dilihat dalam contoh-contoh (98) - (102).

Perkataan tersebut tidak diletakkan sebelum kata nama. Bahkan bentuk lebih +

kata nama dianggap menyimpang daripada peraturan nahu. Ayat yang di bawah

ini tidak diterima sebagai ayat yang baik daripada segi nahu.

(104) *Perpustakaan itu lebih buku daripada perpustakaan ini.

Ayat yang boleh diterima bagi menggantikan ayat yang di atas itu ialah:

(105) Perpustakaan itu lebih banyak bukunya daripada perpustakaan ini.

Page 102: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

102

Gaya dan Laras dalam Bahasa Sains

Pada umumnya, banyak pakar dalam pelbagai bidang ilmu mempunyai

tanggapan bahawa bidangnya adalah unik, iaitu berbeza daripada bidang yang

lain. Tanggapan mereka seolah-olah tidak ada perkaitan antara satu bidang

dengan bidang yang lain dalam kehidupan yang luas ini. Sikap keunikan ini

terlimpas dalam corak bahasa yang mereka gunakan untuk memperkatakan

bidang masing-masing, atau untuk menyampaikan pengetahuan kepada orang

lain berhubung dengan bidang tersebut.

Apabila seseorang ahli daripada bidang ilmu tertentu, misalnya daripada

salah satu cabang ilmu sains, apabila diajak bercakap tentang salah satu aspek

penggunaan bahasa dalam bidangnya, maka gerak balas pertama yang

diperoleh daripadanya ialah bahasa dalam bidangnya merupakan bahasa yang

khusus, tidak seperti bahasa yang digunakan sehari-hari, bahkan tidak juga

seperti bahasa yang digunakan dalam penulisan-penulisan yang lain. Orang-

orang sains misalnya, menaruh anggapan bahawa mereka tidak menggunakan

bahasa yang berjela-jela seperti bahasa orang-orang dalam bidang sastera.

Ringkasnya, orang-orang sains bercakap dalam bahasa yang berbeza dengan

orang-orang daripada aliran-aliran bukan sains. Di samping itu pula, bahan

bacaan yang meliputi karangan-karangan yang memperkatakan pelbagai

penulisan, terutama sekali yang termasuk dalam bidang sastera, didapati

bahasanya tidak saintifik, dan apabila digunakan untuk analisis yang saintifik,

jalan bahasa tidak memasuki acuan-acuan yang disediakan.

Page 103: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

103

Oleh sebab itu, marilah kita tinjau dan teliti hujah-hujah yang dikemukakan

itu. Pertamanya, marilah kita teliti konsep keunikan bahasa ala bidang. Adakah

konsep ini betul-betul wujud?, dan jika wujud, setakat manakah batas-batasnya?

Asmah Haji Omar telah mengemukakan hasil pemerhatiannya dalam

tempoh 20 tahun berkecimpung dalam bidang peristilahan di Dewan Bahasa &

Pustaka dan di Universiti Malaya, di samping membantu pelaksanaan dasar

bahasa Malaysia di Fakulti-Fakulti yang bercorak sains di. Universiti Malaya.

Tiap-tiap kali pertama beliau bertemu dengan Jawatankuasa Istilah baharu,

antara kata-kata atau ungkapan yang diterimanya adalah lebih kurang begini:

"Scientists speak a different language." Ada pula yang mengatakan, "We don't

speak like the Arts people, you know. We only say what we mean."

Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa ahli-ahli bahasa dan

linguistik melihat laras dan gaya bahasa merupakan dua konsep yang berbeza.

Perbezaan antara kedua-duanya telah menimbulkan gaya retorik, gaya formal,

gaya bersahaja, gaya didaktik, gaya peribadian dan separuh peribadian dan

sebagainya, yang digunakan dalam penulisan bidang atau ilmu tertentu dengan

kaedah pengungkapan yang tertentu. Selain laras dan gaya bahasa iklan

terdapat juga laras dan gaya bahasa dalam bidang sains.

Sesebuah karangan yang berkenaan dengan bidang sains, lazimnya

mempunyai gaya didaktik dan separuh peribadian, walaupun masih

Page 104: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

104

menggunakan istilah-istilah sains. Untuk melihat contoh karangan-karangan

yang seperti ini, lihatlah buku-buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah

menengah. Karangan-karangan yang seperti ini bersifat didaktik, yakni bertujuan

mengajar, dan tujuan ini diwujudkan dengan ungkapan-ungkapan tertentu yang

menunjuk kepada ajaran dan arahan. Lihat contoh-contoh yang dipetik daripada

buku Fizik Moden Dewan oleh Cheong Foong Chong dan S. Shanarugam.

(106) “Sediakan litar seperti dalam Rajah 7.25 dan sambungkan litar itu.

Selaraskan riostat untuk mendapatkan bacaan ammeter yang

sesuai.” (halaman 45).

(107) “Belitkan dawai kuprum 80cm pada teras bentuk C supaya dapat

sesuatu gelung 20 lilitan. Sambungkan hujung-hujung gelung itu

kepada galvanometer. Ini ialah gelung sekunder.” (halaman 83).

Arahan-arahan seperti itu terdapat dalam hampir tiap-tiap halaman. Gaya

didaktik tidak hanya terbatas kepada ungkapan arahan, tetapi juga dalam

penjelasan, dan penjelasan pula adakalanya diletakkan sesudah arahan dan

adakalanya berada sebelumnya. Dalam contoh (2) di atas itu, penjelasan

diwujudkan oleh ayat terakhir, iaitu Ini ialah gelung sekunder.

Contoh di bawah ini pula memperlihatkan penjelasan sebelum dan

sesudah arahan.

(108) “Rajah 10.33 menunjukkan bagaimana transistor akan kelihatan

apabila dilihat dari arah bawah dan dari arah sisi. Di dasar

Page 105: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

105

transistor tu terdapat satu puting bateri yang kecil. Letakkan

transistor itu supaya puting baterinya menunjukkan ke bawah dan

lihat wayar-wayar penyambung. Wayar-wayar sambungan itu,

dibaca ikut pusingan jam ialah pemancar, dasar dan pemungut.”

(halaman 202-203).

Gaya didaktik dalam bahasa sains juga diungkapkan dengan cara

menggabungkan arahan dengan pertanyaan. Misalnya:

(109) “Gunakan sebuah buku untuk menutup perintang LSR. Adakah

lampu itu akan menyala?” (halaman 207).

(110) “Pasangkan suis litar dasar-masa. Apa yang kelihatan di atas

layar?”

Gabungan pertanyaan dengan penjelasan juga boleh menimbulkan gaya

tersebut. Misalnya:

(111) “Apa yang mesti dilakukan untuk membolehkan sistem

perhubungan tersebut berfungsi? Salah satu cara yang boleh

dilakukan ialah dengan mengalirkan arus turun-naik itu melalui satu

alat yang boleh menghasilkan perubahan yang lebih besar.”

(halaman 207).

(112) “Apakah yang menyebabkan sesuatu bunyi itu lebih kuat daripada

bunyi yang lain? Berikut ini ialah beberapa faktor yang

mempengaruhi kekuatan bunyi.” (halaman 163).

Page 106: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

106

Gaya didaktik ini bukan sahaja terdapat dalam buku Fizik Moden Dewan,

tetapi juga dalam buku-buku teks yang lain, sesuai dengan tujuan buku-buku

teks itu, yakni untuk mengajar. Contohnya ialah buku Hisab Moden Dewan,

Kimia Moden Dewan, dan Biologi Moden Dewan, termasuk juga buku

Pengenalan Teori Kuantum oleh Dr. Baharudin Yatim (yang khusus ditujukan

kepada penuntut-penuntut universiti) yang juga memperlihatkan gaya didaktik

ini.

Semua buku yang disebut di atas itu mempunyai gaya separuh

peribadian. Hal ini bermakna, sungguhpun pengarang buku-buku itu berusaha

mengambil sikap yang formal, tetap ciri peribadian timbul di sana sini dengan

menggunakan konsep kita dan anda. Penggunaan kata kita ini biasanya

digabungkan dengan konsep mengajak yang lebih peribadian sifatnya daripada

arahan. Misalnya:

(113) “Di sini kita akan bincangkan prinsip bagaimana mekanik

gelombang boleh digunakan untuk menerangkan pembentukan

molekul hidrogen. Sistem yang kita bincangkan ini terdiri dari dua

nukleus hidrogen A dan B...” ( Pengenalan Teori Kuantum, halaman

91).

Page 107: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

107

(114) “Bandingkan < ADB dengan <ACB. Apakah yang anda dapat

perhatikan? Bagaimanakah ini boleh membantu anda

membuktikan teorem itu? Adakah bukti anda masih benar jika titik

D terletak di atas AC yang dipanjangkan sebagaimana dalam

Rajah 7.13 di bawah? Anda mungkin memerlukan Akas kepada

Teorem 3 untuk menyelesaikan soalan-soalan berikut. (Hisab

Moden Dewan.” Halaman 162).

(115) “Mari kita ambil sebuah bola besar dan tandakan dua poin atau

titik yang letaknya betul-betul bersetentangan di antara satu sama

lain……………. Sekarang bolehlah kita lukiskan bulatan-bulatan

lagi selari dengan dan ke utara serta ke selatan khatulistiwa.”

(Geografi Muka Bumi dengan Gambarajah, halaman 4).

Di Malaysia, walaupun mata pelajaran geografi dikategorikan dalam aliran

sastera, tetapi apabila ditatapi dengan teliti, geografi muka bumi ini boleh

dimasukkan ke dalam aliran sains.

Jika gaya bahasanya tidak peribadian sifatnya, maka kata-kata kita dan

anda dalam contoh-contoh di atas itu tidak digunakan. Sebaliknya akan terdapat

lebih banyak penggunaan kata kerja pasif atau bentuk-bentuk lain. Misalnya,

contoh (116), (117) dan (118) akan berbunyi seperti yang berikut:

(116) “Di sini akan dibincangkan prinsip……Sistem yang dibincangkan

ini terdiri dari dua nukleus hidrogen A dan B……….. ”

Page 108: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

108

(117) “Bandingkan <ABD dengan <ACB. Apakah yang dapat

diperhatikan? Bagaimanakah ini boleh membantu dalam

membuktikan teorem itu'? Adakah bukti yang diperolehi masih

benar….? Mungkin diperlukan Akas kepada Teorem 3…….”

(118) “Sebuah bola besar boleh digunakan dan ditandakan

……..Sekarang boleh dilukiskan bulatan-bulatan........ ”

Jika kita meneliti bahasa yang digunakan dalam buku-buku teks sekolah

menengah dalam aliran sastera, kita akan mendapati bahawa gayanya berbeza

dengan gaya bahasa yang terdapat dalam buku-buku teks sains. Gaya bahasa

dalam buku-buku teks sastera adalah kurang sifat didaktiknya, kecuali pada

bahagian soalan. Keseluruhan teksnya memperlihatkan gaya pendedahan

(exposition), yakni gaya mentakrif, menghuraikan, dan menjelaskan. Sifat

didaktik dalam buku-buku tersebut terdapat pada bahagian soalan yang

bertujuan untuk menguji kefahaman penuntut untuk pendedahan yang telah

diberi terlebih dahulu.

Dari segi peribadian lawan tak peribadian pada gaya bahasa pula, jelas

menunjukkan bahawa buku-buku teks aliran sastera itu kurang peribadiannya

berbanding dengan gaya dalam buku teks sains. Penemuan ini menyangkal

pendapat yang selama ini mengatakan bahawa bahasa sains itu selalunya tak

peribadian sifatnya, sedangkan penggunaan bahasa dalam aliran sastera lebih

cenderung untuk bersifat peribadian. Lebih tinggi kadar didaktik dan peribadian

Page 109: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

109

dalam bahasa yang terdapat dalam buku-buku teks sains disebabkan oleh sifat

pengajaran ilmu itu sendiri. Pengajarannya merupakan pengajaran

eksperimental dan penyelesaian masalah (problem solving). Oleh sebab itu, ciri

didaktik dan peribadian atau separuh peribadian itu diperlukan.

Pengajaran ilmu-ilmu sastera tidak mempunyai ujikaji, tetapi lebih banyak

tertumpu kepada konseptualisasi, hal-hal abstrak, situasi, dan soal-soal

kemanusiaan. Untuk penyelesaian masalah pula, terdapat pentafsiran dan

penyampaian pendapat yang disajikan dalam bentuk huraian atau perbincangan,

yang semuanya tidak memerlukan gaya didaktik atau separuh peribadian.

Bahasa yang betul-betul peribadian sifatnya dalam aliran sastera ialah

bahasa dalam kesusasteraan kreatif, yakni dalam novel, cerpen dan sajak.

Perbincangan tentang salah satu aspek dalam kesusasteraan dapat dilakukan

dengan gaya yang cukup tak peribadian sifatnya.

Sebahagian besar daripada buku rujukan dalam aliran sains, seperti

halnya dengan buku-buku dalam aliran sastera, ditulis dalam gaya pendedahan.

Buku Asas Sains Tanah yang ditulis oleh Shamsuddin Jusop ialah satu contoh

karangan yang ditulis dalam gaya tersebut. Demikian juga dengan karangan

dalam jurnal-jurnal sains.

Page 110: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

110

Dari segi laras bahasa yang sudah dibincangkan sebelum ini

memperlihatkan bahawa tiap-tiap bidang ilmu itu mempunyai sejumlah perkataan

khusus yang merupakan cirinya yang tersendiri. Perkataan-perkataan khusus ini,

disebut "istilah" yang merupakan sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan

jumlah kata yang digunakan dalam satu-satu wacana (discourse) dalam bidang

ilmu tersebut.

Perenggan yang berikut ini dipetik daripada Jurnal Sains Institut

Penyelidikan Getah Malaysia (Jilid 4. Bilangan 2. 1980. halaman 65), iaitu

daripada makalah yang bertajuk “Kesan Racun dalam Kacang Soya”, karangan

Abdul Walud bin Mohd. Jadi.

(119) “Tidak terdapat perbezaan nyata antara mana-mana perlakuan dari

segi bilangan mol etilena yang dihasilkan tiap miligram berat kering

bintil (Daftar 4). Bagaimanapun, data bilangan mol etilena yang

dihasilkan tiap pokok dalam perlakuan metribuzin menunjukkan

banyak susutan dalam jumlah etilena yang dihasilkan tiap pokok,

apabila dibandingkan dengan pokok-pokok kawalan yang disuntik.

Nyata dari parameter ini bahawa racun herba metribuzin

membawa kesan buruk ke atas kadar pengikatan N2 (penurunan

C2H2) oleh pokok-pokok kacang soya yang ditanam dalam tanah

jenis ini. Perlakuan alalklor juga menunjukkan banyak susutan

nyata pada paras 5% kebarangkalian apabila dibandingkan dengan

pokok-pokok kawalan yang disuntik. Kesan-kesan buruk yang

dibawa oleh racun-racun herba ini adalah disebabkan oleh

kerosakan pokok seperti yang dapat dilihat dari pertumbuhan yang

Page 111: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

111

terencat dan seterusnya kematian pokok yang pula akan memberi

kesan buruk kepada kebolehan pokok mengikat N2.”

Perenggan yang di atas itu dipilih secara rawak dan mempunyai kira-kira

l30 patah perkataan. Daripada kira-kira l30 patah perkataan ini, hanya 9 patah

sahaja (tidak termasuk lambang C2H2 dan N2) yang khusus merupakan istilah

kata dalam bilangan ini, iaitu bidang biologi, yakni 7% sahaja daripada

keseluruhan jumlah perkataan dalam perenggan tersebut. Antara 9 patah

perkataan itu, ada yang merupakan ulangan daripada istilah yang sama. Oleh

sebab itu, jika kita hendak memperhitungkan penggunaan istilah-istilah yang

khusus biologi dalam perenggan tersebut. maka jumlahnya adalah jauh lebih

kecil kerana istilah-istilah tersebut hanyalah: mol, etilena, metribuzin, herba,

alkalor.

Jika kita meneliti lagi perenggan yang di atas itu, kita akan mendapati

beberapa patah lagi perkataan yang boleh dijeniskan sebagai "kata sukar",

kerana tidak digunakan dalam bahasa biasa yang kurang teknikal sifatnya. Oleh

sebab itu kata-kata tersebut secara amnya juga dianggap sebagai istilah. Kata-

kata sukar tersebut ialah perlakuan susutan, parameter, kadar, pengikatan,

dan kebarangkalian. Kata-kata ini bukan milik bidang biologi secara khusus,

kerana bidang-bidang ilmu lain juga menggunakan istilah ini, antaranya

termasuklah bidang sains sosial dan kemanusiaan. Padanan-padanan bagi kata-

kata tersebut dalam bahasa Inggeris, iaitu treatment (perlakuan), decrease,

Page 112: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

112

reduction (susutan), rate (kadar), dan probability (kebarangkalian) sudah tidak

lagi dianggap sebagai kata-kata teknikal, iaitu istilah dalam bahasa tersebut.

Dalam bahasa Inggeris, kata-kata itu sudah biasa didengar

penggunaannya dalam bahasa bukan teknikal, bahkan dalam bahasa basahan

sekali pun. Cuba kita teliti pula satu perenggan lagi seperti berikut yang

memperkatakan teori kuantum.

(120) “Apabila ujikaji dilakukan dengan menggunakan cahaya yang

sangat lemah keamatannya, didapati bahawa kesan fotoelektrik

ini berlaku juga apabila cahaya itu dipancarkan kepada permukaan

logam tersebut. Pernah dilakukan ujikaji dengan menggunakan

cahaya yang lemah keamatannya, tetapi dari perkiraan dan

mengikut teori kiasik, ini akan memerlukan masa yang terlalu

panjang untuk menukarkan tenaga pancaran yang cukup tenaga

kinetik sesuatu elektron. Dari hasil ini, Einstein membuat

kesimpulan bahawa kuantum tenaga yang dikandung oleh

gelombang cahaya dipindahkan seolah-olah seperti zarah dan

kuantum tenaga itu akan dipindahkan kepada elektron apabila

gelombang tadi terkena kepada elektron itu. Ini merupakan satu

kesimpulan yang sangat penting dalam mengembangkan teori

kuantum, Dari sini juga terbukti bahawa kesan fotoelektrik

merupakan dalil yang menyokong teori kuantum dengan kuat.

( Pengenalan Teori Kuantum, halaman 12).

Page 113: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

113

Jumlah besar perkataan dalam perenggan yang dipetik di atas itu ialah

119. Daripada jumlah tersebut, hanya 13 patah perkataan atau 11% yang dapat

dikatakan khusus sebagai istilah sains, iaitu perkataan-perkataan yang berhuruf

tebal. Daripada 13 patah perkataan itu, hanya enam patah perkataan yang

merupakan istilah, iaitu ujikaji, fotoelektrik, kinetik, elektron, kuantum, dan

zarah. "Kata-kata sukar" yang lain seperti keamatan, perkiraan dan permukaan

juga digunakan dalam bidang-bidang bukan sains. Kedua-dua contoh wacana

sains yang diperturunkan dalam perenggan di atas itu memperlihatkan kadar

berlakunya kata-kata istilah, peratusan istilah dan peratusan kata sukar yang

hampir serupa satu sama lain. Kedua-dua wacana itu juga menunjukkan bahawa

sebahagian besar daripada bahasanya itu diwujudkan oleh perkataan daripada

perbendaharaan kata am.

Wacana daripada buku Asas Sains Tanah ini menunjukkan bahawa

kadar berlakunya istilah dan "kata-kata sukar" adalah lebih tinggi daripada

kedua-dua contoh yang dikemukakan sebelumnya.

(121) “Mineral yang terbentuk oleh proses geologi (ketika penyejukan

magma) disebut mineral primer (Jadual 2.3). Sebahagian daripada

mineral ini keras; tidak berubah oleh tindakan luluhawa, sementara

yang lainnya pula apabila terkena panas dan hujan akan pecah dan

reput, seterusnya bertukar. Perubahan bukan sahaja dari segi

Page 114: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

114

saiznya malahan juga kimianya. Mineral yang terbentuk oleh

luluhawa ini disebut mineral sekunder (Jadual 2.4).”

“Magnetiti dan kuarza adalah dua contoh mineral kuat yang sering

dijumpai di bahagian kasar tanah (2-0.2M) sebagai bahan sisa

luluhawa, manakala mikrolin, hornblend, augit dan olivin pula

jarang sekali kelihatan di dalam tanah, lebih-lebih lagi di dalam tanah

di Malaysia yang kebanyakannya berkeadaan terluluhawa.

Luluhawa mengubahkan mineral, hornblend, augit dan olivin

kepada mineral sekunder seperti kaolinit, montmorilonit, goetit,

gibsit atau lain-lain mineral sekunder, mengikut darjah luluhawa

yang tercapai.” (Halaman 11).

Dari sejumlah 131 patah perkataan, terdapat kata-kata istilah khusus

sains sebanyak 32 kali (24%), dan yang sebenarnya terdiri daripada 14 istilah

sahaja, iaitu mineral, geologi, magma, luluhawa, magnetit, kuarza, flespar,

hornblend, augit, olivin, kaolinit, montmorilonit, geotit, gibsit. Peratusan

yang tinggi bagi berlakunya istilah dalam perenggan-perenggan (121) di atas itu

disebabkan oleh penyenaraian nama-nama sebagai contoh, terutama sekali

pada ayat terakhir. Penghilangan senarai contoh-contoh bagi mineral primer dan

mineral sekunder tidak akan merosakkan wacana. Jika contoh-contoh tersebut

dihilangkan, maka peratusan kata istilah ialah 10.8% sahaja (24 perkataan).

Kata-kata teknikal yang lainnya dalam wacana di atas itu dikongsi bersama oleh

Page 115: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

115

ilmu-ilmu lain, dan kata-kata itu ialah primer, sekunder, proses. Di samping itu,

sebahagian besar lagi terdiri daripada kata-kata am.

Wacana bukan sains juga mempunyai laras bahasanya sendiri, dengan

istilah-istilah yang mendukung konsep-konsep yang hanya difahami oleh orang

yang mengkhusus dalam bidang berkenaan. Sebagai bahan perbandingan, di

bawah ini diturunkan perenggan dari buku Teori Mikroekonomi, karangan

Ahmad Mahdzan Ayob (halaman 523).

(122) “Model Sweezy telah dicadangkan oleh Professor Paul Sweezy

dalam tahun 1939. Menurut Sweezy, dalam pasaran oligopoli,

sebarang perubahan harga menyebabkan reaksi yang berlainan dari

firma lawan mengikut arah harga itu diubah oleh firma pertama.

Sekiranya pengeluar A menaikkan harganya, firma B yang bersaing

dengan A, tidak akan menaikkan harganya. Dengan demikian B akan

mendapat pelanggan baru. Tetapi jika A menurunkan harganya, B

akan kehilangan setengah dari pelanggannya. Biasanya dalam dunia

perniagaan, bila firma lawan menurunkan harga, reaksi yang wajar

ialah menurunkan harga ke bawah dari harga lawan. Bila firma lawan

menaikkan harga, firma pertama tidak turun serta menaikkan harga.”

Dalam perenggan yang di atas itu, istilah-istilah yang khusus ekonomi

ialah firma dan oligopoli. Sungguhpun demikian, firma sudah diterima sebagai

Page 116: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

116

kata am. Oleh hal yang demikian, kita melihat penggunaan istilah teknikal jauh

lebih sedikit atau kurang dalam perenggan ini jika dibandingkan dengan

perenggan-perenggan yang merupakan wacana sains.

Kadar penggunaan istilah dalam bahasa sains jauh lebih tinggi daripada

penggunaannya dalam bahasa bukan sains. Walaupun demikian, sebahagian

besar daripada bahasa yang mengungkapkan ilmu sains ialah bahasa am di

samping istilah-istilah yang mempunyai keanggotaan pelbagai bidang. Baik

bahasa sains mahupun bahasa am, kedua-duanya dibina dengan menggunakan

perbendaharaan kata yang sama pada asasnya. Yang berbeza ialah bahasa

sains mempunyai sejumlah kata yang tidak digunakan dalam bahasa am kerana

memang tidak diperlukan, sedangkan bahasa am menggunakan ungkapan-

ungkapan yang tidak sesuai bagi bahasa sains kerana kekaburan makna, atau

juga mempunyai kelainan-kelainan makna yang sukar ditakrifkan. Dengan ayat

yang lain, istilah mempunyai kejelasan makna, dan oleh sebab itu sesuatu istilah

lebih mudah ditakrifkan daripada perkataan biasa. Dari segi ilmu makna, istilah

mempunyai denotasi atau makna denotatif, yakni makna yang dapat dijelaskan

tanpa perlu memberikan contoh konteks penggunaannya. Sebaliknya, kata biasa

yang selain mempunyai makna denotasi, terdapat juga makna konotasi (shades

of meaning), yang timbul berdasarkan suasana pembahasaan. Oleh hal yang

demikian, apabila ada pendapat yang mengatakan bahawa bahasa sains

berbeza dengan bahasa sastera (yakni bahasa yang digunakan dalam

pendedahan sains sosial dan kemanusiaan), maka perkara yang sebenarnya

Page 117: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

117

berlaku ialah kadar dan penggunaan istilah adalah berbeza antara kedua-

duanya.

Kedua-dua bidang utama itu banyak menggunakan gaya pendedahan.

Oleh sebab itu, baik dalam bidang sains mahupun bidang sastera, kedua-duanya

menggunakan teknik yang sama, misalnya pemberian definisi, huraian,

penjelasan, perkaitan idea, perdebatan, perbandingan, pengitlakan dan

sebagainya. Penggunaan teknik-teknik tersebut memerlukan sistem dan struktur

yang sama bagi kedua-dua bidang tersebut. Hal ini bermakna, kedua-duanya

mempunyai jalan bahasa yang sama.

Seperti yang telah dikatakan lebih awal lagi bahawa gaya juga boleh

menimbulkan perbezaan. Namun, berbagai-bagai gaya juga berlaku dalam satu

ilmu tertentu tergantung pada cita rasa para pengarangnya. Bahkan seseorang

yang mengkhusus dalam sesuatu bidang itu juga dapat memperlihatkan gaya

yang berbeza-beza.

Berbalik kepada soal istilah, kita dapat melihat bahawa sungguhpun

istilah-istilah dalam satu-satu bidang tertentu itu dari segi bunyinya agak asing

daripada kata-kata am, tetapi sebahagian besarnya juga terdiri daripada istilah

yang diambil daripada perbendaharaan kata am. Tegasnya, kata-kata daripada

perbendaharaan am itu diberi denotasi yang baharu, dan dengan demikian kata-

kata tersebut memperoleh taraf sebagai istilah. Kamus istilah Hidgrogeologi

Page 118: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

118

Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia mengemukakan banyak contoh

pengangkatan kata-kata am secara bersendirian atau secara gabungan kepada

taraf istilah. Istilah-istilah seperti kandungan lengas (moisture content),

keterusan (transmissivity), jumlah hulu (total head), sungai lenyap (lost

rivers) dan berbagai-bagai lagi dibentuk daripada kata-kata am yang biasa,

tetapi oleh sebab makna masing-masing kata itu adalah khusus sifatnya, maka

tarafnya menjadi taraf istilah.

Contoh-contoh yang di atas itu juga membuktikan bahawa makna sesuatu

perkataan bergantung pada makna yang diberikan kepadanya. Jika teori makna

yang seperti ini menjadi pegangan dalam penciptaan istilah dalam bahasa

Malaysia, maka penat lelah dalam usaha-usaha mencipta istilah itu dapat

dikurangkan. Hal ini bererti bahawa penciptaan sesuatu istilah hendaklah

disertakan dengan takrifnya. Senarai "mentah" tanpa takrifan, bukan sahaja

mempunyai kegunaan yang terbatas, tetapi juga terbuka kepada salah tafsir,

yang kemudian membawa kepada kesilapan am penggunaannya.

Mengingati bahawa sebahagian besar daripada bahasa sains dan bahasa

akademik lainnya ialah bahasa am, maka usaha-usaha penciptaan istilah oleh

pelbagai jawatankuasa istilah dapat dipendekkan, justeru dipermudah jika

tumpuan diberikan kepada istilah yang khusus bagi bidang masing-masing

sahaja.

Page 119: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

119

Di samping itu, kita juga telah melihat adanya istilah-istilah yang

digunakan oleh bidang yang pelbagai. Dalam hal ini, jawatankuasa-

jawatankuasa yang berkenaan hendaklah sentiasa merujuk kepada bidang-

bidang lain yang mungkin menggunakan istilah yang sama. Langkah ini juga

akan mengurangkan ketidakselarasan dalam penggunaan istilah-istilah yang

mempunyai konsep-konsep yang sama.

Sikap yang berasaskan keunikan ala bidang itu memang baik bagi

membina kewibawaan bidang tersebut, tetapi sikap ini merugikan dalam

rancangan pembinaan bahasa. Setiap ahli daripada satu bidang ilmu tertentu

mempunyai rasa bangga terhadap ilmunya, dan sikap ini patut dihormati.

Bagaimanapun, sikap ini tidaklah sepatutnya dibiarkan menjadi penghalang

dalam penyelarasan istilah antara bidang.

Berdasarkan analisis yang di atas, kita dapat melihat bahawa

sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa sains diambil daripada

perbendaharaan bahasa am. Menurut Asmah Haji Omar mengatakan bahawa

penyesuaian kata-kata tersebut dan pentakrifannya harus diserahkan kepada

para penyusun kamus. Jawatankuasa istilah tidak perlu lagi menyenaraikan kata-

kata tersebut kerana tindakan seumpama ini akan membuang masa sahaja,

seperti yang telah dibuktikan oleh beberapa jawatankuasa istilah.

Page 120: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

120

Antara kesimpulan daripada kajian yang ringkas ini ialah:

1. Pembahagian kepada bahasa saintifik dan bahasa tidak saintifik itu

bukanlah merupakan bahasa sains dan bahasa bukan sains.

Pembahagian itu lebih tepat jika ditumpukan kepada bahasa ilmiah

(akademik) dan bahasa bukan ilmiah (akademik). Dari segi pendedahan

fikiran bahasa ilmiah, baik dalam bidang sains mahupun bukan sains,

teknik-teknik yang digunakan adalah sama. Daripada penulisan-penulisan

yang serupa itu sudah timbal satu gaya yang dinamakan gaya ilmiah atau

gaya akademik.

2. Gaya ilmiah dalam bahasa Malaysia memperlihatkan perbezaan yang

besar dengan gaya bukan ilmiah, dan gaya bukan ilmiah itu pula terdiri

daripada berbagai-bagai jenis, yang perbincangan tentangnya tidak

terangkum dalam ruang lingkup buku ini. Gaya ilmiah ialah gaya yang

sudah mengalami pengintelektualan. Dalam karangan Asmah Haji Omar

yang berjudul, "The Malaysian National Language in Academic Discourse”

ada dinyatakan beberapa ciri bahasa Malaysia yang diintelektualkan.

Antaranya termasuklah penggunaan istilah-istilah dan ungkapan-

ungkapan tertentu dan juga susunan ayatnya.

Page 121: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

121

3. Gaya yang terdapat dalam buku-buku teks sekolah dan juga buku-buku

teks universiti memperlihatkan kadar didaktik dan peribadian yang jauh

lebih tinggi dalam buku-buku teks sains apabila dibandingkan dengan

buku-buku bukan sains.

4. Perbezaan di antara laras bahasa ilmiah sains dan bahasa ilmiah bukan

sains terletak pada perbezaan istilah-istilah khusus, yakni istilah-istilah

yang unik ala bidang.

5. Kadar yang rendah dalam penggunaan istilah khusus dalam bidang sains

sosial dan kemanusiaan bukanlah disebabkan bidang ini miskin konsep,

tetapi disebabkan oleh penggunaan istilah-istilah yang diambil daripada

kata am, atau juga penggunaan istilah antara bidang.

6. Taraf sesuatu kata sebagai istilah atau sifat keistilahan sesuatu kata itu

bukanlah taraf atau sifat yang kekal buat selama-lamanya. Sesuatu istilah

itu boleh berubah tarafnya menjadi kata am apabila kekerapan

penggunaannya dalam bahasa am meningkat.

7. Sesuatu kata am itu boleh diubah tarafnya menjadi istilah dengan

pemberian makna yang khusus.

Page 122: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

122

Daripada kesimpulan-kesimpulan yang di atas itu, dapatlah ditegaskan

bahawa pendapat yang mengatakan bahawa orang-orang sains bercakap dalam

bahasa yang berbeza daripada orang-orang sastera itu hanyalah satu mitos. Jika

kita tidak berhati-hati, mitos ini boleh digunakan oleh orang-orang tertentu

sebagai helah untuk melembapkan rancangan-rancangan yang diatur dalam

usaha menjayakan perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dalam pengajaran

sains dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang paling tinggi. Penguasaan

bahasa sains dan juga bahasa saintifik (yakni bahasa ilmiah) memerlukan

penguasaan bahasa pada keseluruhannya. Penguasaan bahasa jenis ini lebih

rumit sifatnya daripada penguasaan istilah yang paling memerlukan

pengungkapan dan pemahaman makna denotatifnya.

Soalan Latihan

1. Apakah yang dimaksud dengan retorik pengaruhan?

2. Sebutkan kaedah-kaedah retorik yang digunakan dalam iklan untuk

mempengaruhi golongan sasaran?

3. Ahli-ahli bahasa dan linguistik melihat laras dan gaya bahasa merupakan

dua konsep yang berbeza. Huraikan.

4. Bincangkan perbezaan antara laras bahasa iklan dan laras bahasa sains?

Page 123: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

123

Rujukan

Asmah Haji Omar (1982). Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1982. hlm. 139-159.

Asmah Haji Omar (1984). Bahasa Iklan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1987). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2009). Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2010). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu/ Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 124: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

124

UNIT 5

LARAS BAHASA BORANG

Selain laras bahasa iklan dan laras bahasa sains yang dibincangkan dalam Unit

4, borang juga mempunyai larasnya yang tersendiiri. Salah satu cara manusia

berkomunikasi adalah melalui borang. Komunikasi yang timbul melalui borang

memperlihatkan adanya gerak balas daripada orang ramai yang memberikan

maklumat kepada orang yang menyediakan borang untuk menerima atau

memerlukan maklumat.

Objektif

1. Mengetahui dan memahami laras yang digunakan dalam borang.

2. Menghuraikan bentuk-bentuk bahasa yang terdapat dalam borang.

Page 125: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

125

Penggunaan Bahasa dalam Borang

Pengertian Borang

Apabila disebut sahaja "borang", fikiran kita akan melayang dan mula

membayangkan lembaran-lembaran kertas putih, hijau, kuning atau biru yang

mempunyai bentuknya yang tersendiri. Lembaran-lembaran tersebut berbeza

dengan surat rasmi atau laporan kerana borang tidak diisi sepenuhnya dengan

tulisan. Tulisan terdapat pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, sedangkan

bahagian yang kosong adalah untuk diisi oleh orang yang ada kepentingan

dengannya.

Borang adalah salah satu cara berkomunikasi. Tulisan-tulisan yang

tercetak dalam borang merupakan pertanyaan atau permintaan daripada pihak

pejabat atau institusi yang mengeluarkan borang tersebut. Orang ramai atau

orang yang berkepentingan, apabila kita mengisi sesuatu borang itu, sebenarnya

berlaku gerak balas terhadap pertanyaan, arahan, larangan atau permintaan

yang terdapat dalam borang itu. Oleh hal yang demikian, timbullah komunikasi

antara pengeluar borang dengan pengisi borang. Pihak pengeluar borang

memerlukan maklumat, manakala pihak pengisi borang memberikan maklumat

yang diminta.

Page 126: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

126

Laras Bahasa dalam Borang

Borang mempunyai laras bahasanya yang tersendiri. Laras bahasa yang

dimaksudkan ialah jenis bahasa yang ditentukan oleh bidang dan tujuan

penggunanya. Dalam ayat yang lain, borang mewakili bidang penggunaan

bahasa tertentu dan mempunyai tujuan tertentu.

Sungguhpun dikatakan bahawa pihak pengeluar borang "bertanya" atau

"meminta keterangan", tetapi dari segi bentuk bahasa yang terdapat dalam

borang itu, tidak semua pertanyaan tersebut didukung oleh ayat tanya, dan tidak

semua permintaan itu juga didukung oleh ayat permintaan atau ayat perintah.

Rangkai kata nama atau bilangan, seperti tarikh lahir, jumlah anak dan

sebagainya, sebenarnya menjalankan peranan sebagai pertanyaan.

Bentuk-bentuk bahasa yang digunakan dalam borang dapat dibahagikan

kepada dua jenis, iaitu rangkai kata (frasa) dan ayat penuh. Bentuk-bentuk

tersebut akan dibincangkan satu persatu, seperti yang berikut:

Bentuk Frasa

Frasa yang terdapat dalam borang tergolong sebagai frasa nama, frasa kerja

dan frasa adverba. Kebanyakannya ialah frasa nama.

Page 127: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

127

Frasa bermaksud satuan terkecil yang dapat berdiri sendiri sebagai

sebahagian daripada ayat. Frasa terdiri daripada satu kata atau rangkai kata,

dan yang dikenal sebagai kata ialah bentuk yang minimum bagi frasa.

Frasa Nama

Yang dimaksudkan dengan frasa nama ialah frasa yang boleh digantikan dengan

salah satu kata nama, atau yang terdiri daripada kata nama itu sendiri.

Berdasarkan takrif yang diberikan di atas, frasa nama yang terdapat dalam

borang dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu frasa nama yang terdiri

daripada bentuk yang minimum, iaitu daripada satu kata sahaja; dan yang

kedua, terdiri daripada bentuk yang bukan minimum, yakni yang mengandungi

dua perkataan atau lebih.

Frasa Nama Minimum

Frasa nama bentuk ini diwujudkan oleh perkataan-perkataan seperti yang

berikut:

(1) Nama

(2) Alamat

(3) Pekerjaan

(4) Jantina

(5) Umur

(6) Jumlah

(7) Tarikh

Page 128: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

128

(8) Pengurus

(9) Pemilik

(10) Pengarah

(11) Pejabat

(12) Tuntutan

(13) Penjaga

Semua kata nama tersebut ditulis satu persatu, baik dalam susunan

menegak mahupun dalam susunan mendatar. Untuk tujuan ini, kita mengatakan

bahawa frasa yang seperti ini berfungsi sebagai "tajuk" maklumat (Lihat Asmah

Haji Omar, 1982).

Frasa Nama Bukan Minimum

Frasa nama bukan minimum yang digunakan dalam borang terdiri daripada dua

jenis, iaitu frasa setara dan frasa bukan setara.

Frasa Nama Setara

Frasa setara bermaksud frasa yang satu bahagiannya mempunyai kedudukan

yang setara dengan bahagian yang lain. Pada umumnya dalam penggunaan

bahasa, frasa setara diwujudkan oleh rangkai kata yang menggunakan kata

penghubung dan, atau, tetapi.

Page 129: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

129

Frasa setara yang terdapat dalam borang, hanya diwujudkan oleh frasa

nama, dan kebanyakan frasa nama setara itu terdiri daripada frasa yang

menggunakan dan. Misalnya:

(14) Nama dan alamat

(15) Tarikh dan tempat

Penggunaan kata dan memperlihatkan bahagian-bahagian yang setara

dengan jelas. Hal ini bermakna, tiap-tiap bahagian sebelum dan sesudah

perkataan dan itu sama pentingnya, dan sama-sama memerlukan perhatian

pengisi borang.

(16)

Adakalanya keadaan setara itu tidak dinyatakan oleh dan, tetapi

dipisahkan oleh garis menegak dalam rajah yang berupa kotak, seperti contoh

(16) yang di atas itu. Contoh (16) menunjukkan bahawa Hari, Bulan dari Tahun

mempunyai kedudukan yang setara dalam pertimbangan pengeluar borang, dan

demikianlah juga seharusnya bagi pengisi borang. Oleh hal yang demikian, tidak

ada satu pun yang perlu digugurkan.

Hari Bulan Tahun

Tarikh Lahir

Page 130: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

130

Dalam penggunaan bahasa biasa sehari-hari, hal yang sama tidak

selalunya terjadi. Apabila kita bertanya kepada seseorang tentang tarikh

lahirnya, dia akan menyebut tahun sahaja, atau memaklumkan bulan dan tahun

sahaja, ataupun lengkap dengan hari, bulan dan tahun. Bagaimanapun, jika kita

perhatikan dengan teliti, dalam penyebutan unsur tarikh itu, iaitu hari, bulan dan

tahun jarang sekali disebut ketiga-tiganya sekali, dan lazimnya disebut tahun

sahaja atau bulan dengan tahun.

Oleh sebab perbincangan dalam contoh (16) yang di atas itu dianggap

sebagai salah satu pengwujudan frasa setara, maka dapat kita simpulkan

bahawa garis menegak yang memisahkan unsur-unsur itu merupakan kaedah

perajahan untuk menyatakan konsep dan.

(17)

Contoh (17) yang di atas menggambarkan kaedah yang sama, yakni yang

diminta ialah jumlah dalam bentuk angka, dan dalam bentuk perkataan, dan juga

catatan yang berkaitan dengannya.

Frasa nama setara yang menggunakan atau menunjukkan wujudnya

pilihan. Misalnya, dalam frasa A atau B, jika bukan A, maka pilihannya ialah B,

Angka Perkataan Catatan

Jumlah Kiriman Wang yang Dihantar

Page 131: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

131

atau sebaliknya. Pilihan seperti ini memang terdapat dalam borang.

Bagaimanapun, di sini perkataan atau tidak digunakan, dan di tempatnya

terdapat garis miring (/), yakni kaedah perajahan untuk menyatakan konsep

pilihan itu, yang sebenarnya mewakili atau. Kaedah ini lebih menjimatkan

ruang. Contohnya:

(18) Laki-laki/Perempuan

(19) Wasi/Pentadbir

(20) Bapa/Penjaga

(21) Cap Ibu Jari/Tandatangan

(22) Gaji/Pendapatan

(23) Tuan/Puan

(24) Cek/Wang Kiriman Pos/Draf Bank/Wang Tunai

Contoh (18) yang di atas pula menunjukkan bahawa tidak ada had untuk

pilihan, sungguhpun dalam keadaan biasa terdapat dua sahaja seperti yang

diperlihatkan oleh contoh-contoh (18) - (24).

Di samping garis miring (/), terdapat juga garis mendatar, yang turut

menunjukkan pilihan, yakni yang membawa konsep atau. Contohnya:

(25) Layak

Tak Layak

Page 132: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

132

Perhatian

Sungguhpun pada amnya garis miring dalam borang menunjukkan adanya

pilihan, tetapi terdapat juga kekecualiannya, seperti yang dijelaskan di bawah ini.

(26) Nombor K/P

Contoh (26) bermaksud "nombor kad pengenalan" yang jelas menunjukkan

bahawa tidak ada pilihan di antara kad dan pengenalan, iaitu contoh (26) ini tidak

bermakna "Kalau bukan nombor kad, maka hendaklah nombor pengenalan",

yang tidak membawa apa-apa pengertian langsung. Oleh hal yang demikian,

garis miring dalam contoh (26) itu tidak boleh digunakan, dan di tempatnya

hendaklah diletakkan titik. Contohnya:

(27) Nombor K.P.

Frasa Nama Tak Setara

Frasa jenis ini adalah yang paling banyak terdapat dalam borang. Frasa nama

tak setara bermaksud frasa nama yang terdiri daripada unsur Inti yang diikuti

oleh unsur Keterangan. Unsur inti biasanya diwakili oleh kata nama, sedangkan

unsur keterangan diwakili oleh kata nama, atau juga kata-kata atau rangkai kata

daripada golongan yang lain, seperti rangkai kata kerja, rangkai kata sifat,

Page 133: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

133

rangkai kata adverba, atau rangkai kata yang menggunakan kata yang.

Contohnya:

(28) Nama Pengirim Inti Keterangan

(29) Alamat Majikan Inti Keterangan

(30) Keadaan Aduan Inti Keterangan

(31) Cara Pembayaran Inti Keterangan

(32) Nombor Ahli Inti Keterangan

(33) Bahagian Pekerja Inti Keterangan

Beberapa contoh Inti yang di atas menunjukkan frasa nama, dan

keterangannya terdiri daripada kata nama juga. Yang di bawah ini pula ialah

contoh-contoh yang menunjukkan frasa nama yang keterangannya bukan

merupakan kata nama, tetapi terdiri daripada golongan kata kerja. Misalnya:

(34) Tanda Terima

(35) Tarikh Lahir

(36) Nama Penuh

(37) Borang Berdaftar

(38) Tarikh Diluluskan

Page 134: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

134

(39) Jumlah Disenarai

(40) Jumlah Dihantar

Cuba kita perhatikan bahawa kata kerja yang berdiri sebagai keterangan

dalam senarai yang atas tidak menggunakan awalan me-. Kebanyakannya tidak

menggunakan penambahan awalan sama sekali, seperti yang terdapat dalam

contoh-contoh (34) - (36), atau menggunakan awalan di- seperti yang terdapat

dalam contoh-contoh (38) - (40). Yang menggunakan awalan ber- terbatas

kekerapannya dan hanya terdapat pada nama yang umum sifatnya, seperti

syarikat berhad, syarikat berkongsi, dan sebagainya.

Contoh-contoh (38) - (40) yang keterangannya merupakan kata kerja

dengan awalan di- , sebenarnya ialah hasil pemendekan daripada frasa yang

lebih panjang yang menggunakan perkataan yang atau salah satu kata nama.

Misalnya:

(41) Tarikh permohonan diluluskan.

(42) Jumlah yang disenaraikan.

(43) Jumlah yang dihantar.

Apabila dibandingkan contoh-contoh (38) - (40) pada satu pihak dan

contoh-contoh (41) - (43) pada pihak yang lain, dengan mengambil

pertimbangan yang berdasarkan peraturan nahu, maka jelaslah bahawa contoh-

contoh (41) - (43) itu merupakan frasa yang lebih baik.

Page 135: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

135

Contoh (38) adalah kabur dari segi makna kerana dalam bentuknya yang

ada, makna yang didukung ialah “ada tarikh yang diluluskan”. Pada

kenyataannya, yang diluluskan itu ialah permohonan, dan bukan tarikh,

sedangkan tarikh merujuk kepada waktu sesuatu permohonan itu diluluskan.

Dengan menggunakan diluluskan sesudah tarikh, maka kata tarikh itu dijadikan

penyambut atau pelengkap kepada diluluskan, seperti juga halnya dengan

jumlah seperti dalam contoh-contoh (42) dan (43). Oleh sebab itu, didapati

bahawa tarikh dan jumlah adalah tidak sama peranannya berdasarkan

pertimbangan nahu. Oleh sebab itu juga, kata diluluskan tidak boleh digunakan

selepas tarikh. Dengan berdasarkan penjelasan itu, contoh (41) dapat dijadikan

sebagai penggantinya.

Cara yang lain untuk membaiki contoh (38) adalah dengan menggunakan

perkataan lulus, dan bukan diluluskan, dan akan menghasilkan contoh (44)

seperti yang berikut:

(44) Tarikh lulus

Contoh (44) tersebut merupakan frasa nama waktu peristiwa yang

merangkumi juga frasa-frasa seperti berikut:

(45) Tarikh lahir

(46) Tarikh keluar

(47) Waktu makan

(48) Hari Jadi

Page 136: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

136

Oleh sebab borang menghendaki penggunaan bahasa yang ringkas,

maka contoh (44) adalah lebih baik daripada contoh (41). Contoh (39) dan (40)

lebih merupakan ayat penuh, yakni ayat pasif yang mempunyai susunan

Pelengkap-Perbuatan, dan bukan frasa atau rangkai kata. Oleh hal yang

demikian, perlakuan terhadap contoh-contoh itu sebagai rangkai kata yang

setaraf dengan contoh-contoh (34) - (35) adalah tidak wajar. Pengalihan (39)

dan (40) kepada taraf rangkai kata memerlukan yang seperti yang diperlihatkan

oleh contoh-contoh (42) dan (43). Bagaimanapun, contoh-contoh (42) dan (43)

itu agak panjang untuk keperluan borang, sungguhpun memang baik dari segi

nahu. Cara meringkaskannya ialah mencari bentuk yang lain untuk bahagian

keterangannya, tetapi mempertahankan kata dasar senarai dan hantar. Untuk

contoh (42), kita boleh menggunakan awalan ter- dan menghasilkan rangkai

kata yang berikut:

(49) Jumlah tersenarai

Rangkai kata pada contoh (49) didapati tidak sedap di dengar apabila

dijadikan Jumlah terhantar. Oleh sebab itu, kita boleh menggunakan akhir -an,

dan rangkai kata yang akan terhasil adalah seperti yang berikut:

(50) Jumlah hantaran

Perkataan hantaran dalam penggunaan bahasa Malaysia sehari-hari

merujuk kepada duit dan/atau barang-barang hadiah yang dihantar daripada

Page 137: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

137

pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan (Lihat Asmah Haji Omar,

1982). Bagaimanapun, kata tersebut timbul dalam ungkapan-ungkapan seperti

“wang hantaran" dan "barang-barang hantaran", dan jarang sebagai "jumlah

hantaran". Oleh hal yang demikian, tidaklah salah jika dalam borang Pejabat

Kastam, badan perniagaan atau penerbit buku, ungkapan (50) digunakan di

tempat ungkapan (40). Ungkapan (50) itu memasuki golongan frasa nama yang

disebut frasa nama objek, yang sama tarafnya dengan ungkapan-ungkapan yang

berikut:

(51) Hutan simpanan

(52) Wang kutipan

Pemerhatian perlu juga diberikan kepada contoh (39), kerana ada lagi

penyimpangan yang berlaku dari segi nahu, iaitu pada perkataan disenarai, yang

seharusnya berbunyi disenaraikan.

Frasa nama yang menggunakan yang dalam bahagian keterangannya

seperti yang digambarkan oleh contoh-contoh (42) dan (43), dinamakan oleh

Asmah Haji Omar sebagai frasa nama relatif. Penggunaan yang biasanya tidak

terdapat dalam frasa yang pendek seperti yang diperkatakan sebelum ini Frasa

dengan yang biasanya adalah panjang sifatnya. Lihat contoh-contoh di bawah

ini.

(53) Kumpulan wang yang diluluskan

(54) Jumlah yang Kiriman wangnya dihantarkan kepada K.W.S.P

Page 138: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

138

(55) Bungkusan-bungkusan yang disertakan

(56) Lebel doket stem pos yang telah dibatalkan

(57) Negeri yang dituju

(58) Kenyataan kandungan yang jelas

(59) Bilangan barang yang kena denda

Contoh-contoh seperti di atas itu, walaupun panjang, tetapi tidak menyalahi

peraturan nahu Melayu.

Sebelum ini ada dikatakan bahawa kata kerja dengan awalan me- jarang

digunakan sebagai unsur keterangan dalam frasa nama yang berfungsi sebagai

tajuk maklumat. Bagaimanapun, terdapat juga frasa nama jenis ini. Misalnya:

(60) Pejabat Mengirim

(61) Pejabat Menerima

(62) (Tandatangan) Pegawai Menghantar

(63) Pejabat mengeluarkan

Dengan adanya kata kerja mengirim, menerima, menghantar dan

mengeluarkan, seperti dalam contoh-contoh yang di atas itu, menjadikan contoh-

contoh tersebut bukan rangkai kata atau frasa nama, tetapi ialah ayat yang

lengkap dengan Pelaku-Perbuatannya. Dalam contoh-contoh tersebut juga,

Pelaku diwakili oleh perkataan Pejabat dan Pegawai, manakala Perbuatan

diwakili oleh kata-kata kerja yang berkenaan. Disebabkan kata kerja itu juga

Page 139: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

139

ditulis dengan huruf besar, seperti halnya dengan unsur inti, maka kita dapat

membuat kesimpulan bahawa yang dimaksudkan itu ialah frasa nama, dan

bukan ayat. Sebagai frasa nama, contoh-contoh itu agak janggal. Seperti juga

halnya dengan ungkapan-ungkapan pada contoh-contoh (39) dan (40), dan

contoh-contoh (60) - (63) merupakan perpendekan daripada rangkai kata yang

lebih panjang yang menggunakan perkataan yang, seperti contoh di bawah ini.

(64) Pejabat Yang Mengirim

(65) Pejabat Yang Menerima

(66) (Tandatangan) Pegawai Yang Menghantar

(67) Pejabat Yang Mengeluarkan

Frasa-frasa (64) - (67) yang di atas itu juga ialah frasa nama relatif.

Soalan Latihan

1. Mengapakah borang dianggap sebagai satu kaedah komunikasi ?

2. Apakah bentuk-bentuk bahasa yang lazim terdapat dalam borang ?

3. Yang manakah lebih tepat penggunaannya dalam laras bahasa borang

antara frasa jumlah dihantar, jumlah yang dihantar, jumlah terhantar dan

jumlah hantaran ?

Page 140: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

140

Rujukan

Asmah Haji Omar (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1984). Bahasa Iklan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1985). Penggunaan bahasa dalam Borang. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 141: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

141

UNIT 6

DIALEK DAN BAHASA

Pengenalan

Dalam proses perkembangan bahasa Melayu, banyak perubahan yang dilalui

oleh bahasa ini dari aspek bentuk awalnya sehingga bentuk yang dapat kita lihat

pada hari ini. Sesuatu bahasa yang wujud pada zaman tertentu merupakan hasil

daripada proses perubahan yang berlaku dalam bahasa sebelumnya.

Perubahan-perubahan ini tidak berlaku secara rnendadak, tetapi berlaku secara

beransur-ansur.

Objektif

1. Menghuraikan dan membuat perbandingan tentang bahasa dan dialek.

2. Membuat rumusan tentang dialek dan bahasa.

Page 142: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

142

Perkaitan Antara Bahasa dan Dialek

Sungguhpun perkaitan antara bahasa dalam keluarga bahasa dapat disamakan

dengan hubungan antara sanak saudara dalam keluarga manusia, tetapi

kemunculan sesuatu bahasa itu berbeza dengan kelahiran seorang manusia.

Lahirnya seorang manusia itu dapat disaksikan oleh kita sendiri dengan

kehadiran seorang insan baharu daripada generasi yang lebih tua. Kanak-kanak

yang baharu lahir itu tidak menggantikan ibu atau bapanya tetapi hidup

berdampingan dengan mereka. Proses yang sedemikian tidak berlaku kepada

bahasa. Sesuatu bahasa yang ada pada zaman tertentu itu merupakan hasil

daripada proses perubahan yang berlaku dalam bahasa yang sebelumnya.

Perubahan-perubahan ini tidak berlaku secara sepontan atau sekali gus,

sebaliknya berlaku secara beransur-ansur dan unsur-unsur yang mengalami

proses itu berlaku amat sedikit.

Proses perubahan dalam menghasilkan sesuatu bahasa yang baharu

mengambil masa yang sangat lama, bahkan ribuan tahun lamanya. Menurut

Asmah Haji Omar menjelaskan bahawa jika kita mengatakan bahawa bahasa

Melayu dan bahasa Iban mempunyai induk yang sama, maka hal ini tidaklah

bermakna yang induk Melayu Iban (MIb) itu berpecah dengan mendadak kepada

bahasa Melayu dan bahasa Iban seperti yang ada sekarang ini. Proses tersebut

Page 143: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

143

berlaku dalam tempoh masa yang sangat lama, mungkin 3,000 tahun yang lalu,

yakni jika didasarkan kepada perpindahan bangsa.

Pemisahan bahasa Melayu-Iban daripada induk yang sama berlaku

terlebih dahulu melalui peringkat dialek. Hal ini bermaksud, induk Melayu-Iban itu

mempunyal berbagai-bagai dialek (seperti kebiasaannya bahasa tabii di mana-

mana pun juga) dan dialek-dialek ini menjalani proses perkembangan yang

berbeza satu sama lain, sehinggakan lama kelamaan masing-masing

berkembang menjadi bahasa tersendiri berserta dengan dialek-dialeknya.

A.A. Cense dan E. M. Uhlenbeck dalam buku mereka, A Critical Survey of

Studies of the Languages of Borneo, dengan jelas mengemukakan hujah

bahawa bahasa Iban merupakan salah satu dialek bahasa Melayu. Namun,

menurut Asmah Haji Omar, sebenarnya mereka sendiri tidak mengenal atau

mengkaji bahasa Iban, dan hujah itu didasarkan kepada senarai yang terdiri

daripada beberapa ratus kata sahaja. Namun, senarai kata bukanlah bahasa

pada keseluruhannya. Jika didasarkan kepada senarai ratusan kata sahaja,

maka bahasa Jawa juga boleh dianggap sebagai dialek Melayu. Yang jelas,

orang Melayu tidak memahami bahasa Jawa atau bahasa Iban, jika tidak

dipelajarinya bahasa itu terlebih dahulu. Tidak mungkin dia dapat memadan-

madankan pola-pola bahasanya dengan pola-pola bahasa Iban dalam beberapa

minit sahaja, dan sesudah itu dapat berkomunikasi dengan orang-orang Iban

dalam bahasa tersebut. Bahkan dalam tempoh satu minggu pun, belum tentu dia

Page 144: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

144

dapat bertutur dengan kadar yang membolehkan dia berkomunikasi dalam

bahasa itu dengan lancar.

Bagaimanapun, bahasa Iban dekat sekali hubungan kekeluargaannya

dengan bahasa Melayu, jika dibandingkan dengan hubungan bahasa Melayu

dengan bahasa-bahasa lain di Sarawak dan Sabah. Hal ini bermakna,

pemisahan bahasa Melayu daripada bahasa Iban berlaku lama kemudian

daripada pemisahan kedua-duanya (atau induk bagi kedua-duanya) dengan

bahasa-bahasa yang lain itu. Kita tidak dapat mengadakan pentarikhan

pemisahan itu dengan tepat, tetapi yang dapat dikatakan ialah bahasa Melayu-

Iban sudah berpecah daripada bahasa-bahasa yang lain atau induk bahasa-

bahasa itu sejak di tanah asal lagi. Persamaan-persamaan yang masih dapat

dikesan di antara bahasa Melayu dan bahasa Iban di satu pihak dengan bahasa-

bahasa yang lain itu adalah melalui persamaan-persamaan yang diwarisi di

tanah asal. Dalam hal ini tentu sahaja terdapat pengaruh yang mempengaruhi

bahasa-bahasa tersebut setelah berpisah dan menetap di kawasan sekarang ini,

lebih-lebih lagi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa-bahasa sekeluarga

itu.

Selain itu, ada kemungkinan juga induk yang dikenal dengan lambang Mib

itu mempunyai dialek-dialek lain yang juga berkembang menjadi bahasa-bahasa

lain, yang masih berdekatan dengan bahasa Melayu dan bahasa Iban, seperti

bahasa Banjar, bahasa Minang dan bahasa-bahasa lain di Sumatera.

Page 145: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

145

Bahasa Banjar dan bahasa Minang sebenarnya masih menimbulkan

pertanyaan, sama ada kedua-dua bahasa ini merupakan dialek-dialek bahasa

Melayu atau bahasa-bahasa yang lain daripada bahasa Melayu. Orang-orang

Indonesia secara konsisten memberikan nama "bahasa" kepada sistem-sistem

komunikasi dalam masyarakat Banjar dan Minangkabau. Sungguhpun penilaian

seperti itu tidak ilmiah sifatnya bagi penentuan bahasa sebagai sesuatu yang

berlainan daripada dialek, tetapi serba sedikit telah menggambarkan intuisi

penutur-penutur bahasa Indonesia bahawa bahasa-bahasa tersebut bukan

merupakan dialek Melayu atau dialek bahasa Indonesia. Hal ini jika dibuat ujian

kefahaman menyaling (mutual Intelligibillty test), tidak diragukan lagi bahawa

sebahagian besar penduduk Melayu Semenanjung (yakni jika mereka bukan

daripada kelompok Minang atau Banjar) tidak akan memahami akan bahasa

yang dituturkan oleh orang-orang tersebut. Demikian juga halnya dalam

kalangan penduduk di lndonesia yang berasal dari daerah-daerah lain,

sungguhpun banyak sekali persamaan antara bahasa-bahasa tersebut dengan

bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Barangkali kadar kefahaman

menyalingnya sangat rendah (yakni sukar difahami akan tutur-tutur itu secara

timbal-balik), dan oleh sebab itu sistem-sistem yang dianggotai oleh tutur-tutur

itu dinamakan bahasa. Konsep ini diperkuat lagi dengan adanya penerbitan-

penerbitan seperti Peladjaran Bahasa Minangkabau oleh Roesli, Kamus Banjar-

Indonesia oleh Abdul Djebar Hapip, dan Kamoes Bahasa Minangkabau-Bahasa

Melayu Riau oleh M. Thaib g. St. Pamoentjak.

Page 146: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

146

Bagaimanakah keadaannya dengan dialek-dialek di Semenanjung?

Menurut Asmah lagi, “ada orang yang berpendapat bahawa dialek Kelantan

sukar difahami, apatah lagi untuk difahami oleh orang-orang Sabah, Sarawak

dan Indonesia” Bagaimanapun, orang-orang Melayu pada amnya dan juga ahli-

ahli bahasa Melayu, seperti beliau sendiri mengatakan bahawa sistem

komunikasi yang digunakan oleh orang-orang Kelantan itu ialah dialek atau

loghat.

Tuntutan bahawa sistem komunikasi orang-orang Kelantan yang

dikatakan dialek, sebahagian besarnya terletak pada faktor-faktor luar bahasa,

yakni wujudnya rasa persatuan dalam kalangan orang Semenanjung Tanah

Melayu. Seandainya panduan linguistik digunakan, yakni yang lebih ilmiah sekali

pun, maka kedudukan yang dikatakan itu masih boleh dipertahankan.

Kefahaman menyaling antara orang Kelantan dengan orang Kedah atau orang

Johor dapat dihasilkan setelah beberapa minit penutur-penutur daripada dialek-

dialek yang berkenaan mendengar dan menyerapkan pola-pola yang hadir

dalam tutur lawannya bercakap; dan memasang-masangkan pola-pola itu

dengan pola-pola dalam dialeknya sendiri. Proses ini tidak mengambil masa

yang lama, iaitu beberapa minit sahaja.

Peristiwa bahasa seperti yang dihuraikan di atas itu dapat disaksikan di

mana-mana sahaja. Di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya misalnya, ramai peniaga

kecil dari Kedah dan Kelantan mempertahankan dialek asal mereka dalam

Page 147: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

147

urusan sehari-hari dengan orang-orang lain yang bercakap dalam dialek-dialek

lain atau juga dalam bahasa Malaysia standard. Pelawat-pelawat yang pergi ke-

Kelantan, walaupun lawatan mereka merupakan pertama kali, tetapi masih dapat

berhubung dengan mudah dalam urusan membeli-belah di pasar-pasar di

Kelantan. Demikian juga dengan pelawat dari negeri-negeri lain yang tidak akan

mengalami kesukaran dalam urusan mereka di Pekan Rabu, Alor Setar. Oleh hal

yang demikian, jangkaan kita adalah betul jika kelainan-kelainan bahasa Melayu

yang terdapat di Kelantan dan di Kedah itu, dinamakan dialek Kelantan dan

dialek Kedah.

Sebaliknya, seperti yang dikatakan di atas tadi, orang Sabah, Sarawak

dan orang Indonesia mengalami kesukaran yang lebih jika dibandingkan dengan

orang Semenanjung dalam memahami dialek Kelantan dan juga dialek Kedah.

Asmah Haji Omar menjelaskan bahawa hal ini terjadi disebabkan oleh mereka

tidak biasa bertembung dengan pola-pola yang ada dalam dialek-dialek tersebut,

seperti halnya bagi orang Semenanjung apabila mendengar pertuturan bahasa

Melayu yang dituturkan di Sarawak, atau apabila orang-orang Malaysia pada

amnya mendengar pertuturan dialek Jakarta. Dialek-dialek tersebut tetap

dikatakan dialek, dan bukannya bahasa. Bagi dialek Jakarta atau dikenal

sebagai bahasa Melayu Betawi, keutuhan kedudukannya sebagai dialek

dipertahankan oleh penerbitan-penerbitan yang menggunakan istilah tersebut,

seperti Kamus Dialek Jakarta yang disusun oleh Abdul Chaer, dan buku yang

berjudul Fungsi dan Kedudukan Dialek Jakarta, oleh Muhadjir dan rakan-rakan.

Page 148: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

148

Di samping itu terdapat juga dialek-dialek Melayu di Sumatera Selatan, seperti

dialek Besemah dan Serawai, yang dalam bahasa Belanda dikenal sebagai

"midden Maleisch".

Persoalan yang kerap ditanyakan ialah di manakah letaknya garis

pemisahan antara dialek dengan bahasa? Memang sukar menentukannya.

Penentuan yang mudah bagi bahasa ialah pada sistem-sistem yang sungguh

banyak perbezaannya satu sama lain sehingga kepada kefahaman menyaling,

walaupun separuh sahaja, tetapi sukar diwujudkan. Dalam hal ini, kita dapat

mengatakan bahawa antara bahasa di Sabah dengan bahasa Melayu memang

sudah jauh berbeza. Sungguhpun kita dapat mengesan perkaitan kekeluargaan

bahasa-bahasa itu, tetapi orang-orang Melayu tidak mungkin sama sekali

memahami bahasa tersebut jika tidak terlebih dahulu belajar bertutur bahasa-

bahasa tersebut. Oleh hal yang demikian, dengan mudah kita menamakannya

“bahasa”.

Peringkat dan Rantaian Dialek

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini bahawa perubahan dalam bahasa

berlaku secara beransur-ansur, maka kita dapat juga mengatakan bahawa

munculnya sesuatu bahasa itu secara beransur-ansur juga. Pertumbuhan

bahasa tidak boleh tidak mesti melalui peringkat yang dinamakan peringkat

dialek.

Page 149: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

149

Peringkat dialek bukanlah peringkat yang ditandai batas-batas pemisahan

yang tegas dan nyata, seperti yang telah dibuktikan di atas tadi. Peringkat dialek

ini juga bukanlah peringkat yang merupakan satu keseluruhan yang seragam,

tetapi terdiri daripada pelbagai peringkat lagi, yang disebut subperingkat.

Apabila kita menggambarkan peringkat dialek dan subperingkatnya, keadaannya

bukanlah merupakan anak tangga yang menunjukkan urutan dari bawah ke atas,

tetapi lebih merupakan lilitan satuan-satuan yang mempunyai bahagian-

bahagian yang bertumpang tindih satu sama lain, seperti yang digambarkan

dalam skema yang di bawah ini.

Skema (1)

Jika tiap-tiap bulatan penuh itu secara am dikenal sebagai kawasan satu-

satu dialek tertentu, maka kita dapat melihat bahawa daripada rajah tersebut

tidak ada dialek yang tidak mempunyai ciri-ciri yang bertumpang tindih dengan

Dialek A

Dialek B

Dialek F

Dialek C

Dialek E

Dialek D

Page 150: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

150

dialek yang lain. Dialek C, misalnya, selain daripada mempunyai ciri-cirinya

sendiri, dialek ini mempunyai juga ciri yang dikongsi bersama dengan Dialek-

Dialek A, B, D, E dan F. Oleh keadaan yang demikian itu, perkaitan antara

Dialek C dengan Dialek A, B, D, E dan F adalah dekat sekali. Sebaliknya, Dialek

A tidak mempunyai perkaitan secara langsung dengan Dialek E. Perkaitan

antara keduanya itu adalah melalui dialek lain, iaitu Dialek C dan F, dan juga

berdasarkan ciri-ciri yang diwarisi bersama. Daripada aspek komunikasi,

kefahaman menyaling antara Dialek A dengan Dalek E misalnya lebih rendah

darjatnya apabila dibandingkan dengan kefahaman menyaling antara Dialek A

dengan dialek-dialek lain dalam rajah tersebut. Demikian juga halnya perkaitan

antara Dialek B dengan Dialek D, Dialek E, atau Dialek F. Penutur-penutur Dialek

B tidak begitu mudah memahami penutur-penutur Dialek-Dialek D, E dan F.

Dekat atau renggangnya hubungan dialek-dialek tersebut yang

didasarkan pada ciri-ciri persamaan dan perbezaan, mempunyai perkaitan

dengan jauh dekatnya jarak dialek-dialek dalam kawasan, sama ada berjiranan

satu sama lain atau sebaliknya. Dalam keadaan ini, sudah pasti darjat

persamaan antara dua dialek yang berjiranan akan melebihi darjat persamaan

antara salah satu darjat kedua-duanya dengan dialek lain yang letaknya agak

berjauhan dengan kedua-duanya. Misalnya, jika terdapat empat dialek yang

dituturkan dalam empat buah kampung yang terletak dalam satu rantaian, iaitu

Kampung A, B, C, D, dalam urutan yang seperti itu, maka darjat persamaan

Page 151: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

151

antara A dengan B akan melebihi darjat persamaan antara kedua-duanya

dengan D, atau antara A dengan C.

Bagaimanapun, dekat atau jauhnya hubungan antara dialek tersebut tidak

merupakan satu ciri yang menetap hingga ke akhir zaman. Darjat persamaan

antara dua dialek yang kawasannya berjauhan akan bertambah, seandainya

terdapat hubungan yang baik yang diteruskan dalam kalangan penutur dari dua

kawasan yang berkenaan, iaitu dari segi kekeluargaan, perdagangan, dan

sebagainya. Ciri-ciri bahasa daripada satu dialek akan ikut terbawa oleh

penuturnya, dan secara sedar atau tidak sedar dibawa masuk ke dalam dialek

yang satu lagi, dan demikian juga berlaku sebaliknya. Cara lain yang dapat

menambahkan ciri-ciri persamaan itu ialah cara peresapan. Faktor

pertembungan penutur dan peresapan itu dapat mempertahankan taraf dialek-

dialek itu sebagai dialek daripada satu bahasa yang sama.

Asmah Haji Omar telah memberikan contoh antara dialek Kedah dengan

dialek Kelantan. Menurutnya, sungguhpun dialek-dialek ini disela oleh kawasan-

kawasan dialek Petani dan dialek Perak, tetapi masing-masing mempertahankan

taraf dialek, dan saling memperkukuh serta meningkatkan persamaan melalui

pertembungan penutur kedua-dua dialek tersebut. Sejak zaman-berzaman,

terutama sekali sebelum mesin jentera diperkenaikan penggunaannya dalam

kerja-kerja persawahan, pekerja-pekerja Kelantan telah berhijrah ke Kedah pada

musim menuai padi dan tinggal di kawasan tersebut sehingga berbulan-bulan

Page 152: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

152

lamanya. Di samping itu terdapat juga pedagang-pedagang dari Kelantan yang

tidak berhenti-henti berulang-alik dari Kelantan ke Kedah untuk

memperdagangkan barang-barang mereka. Tidak kurang pula yang menetap di

Kedah dan bersemenda di negeri tersebut.

Sebagai proses timbal balik, orang-orang Kedah pula berhijrah ke

Kelantan untuk belajar agama di pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama di

negeri tersebut. Ada juga yang pulang ke Kedah setelah beberapa tahun

berada di Kelantan, tetapi ada juga yang menetap di sana.

Di samping wujudnya warisan bersama daripada bahasa induk dalam

dialek-dialek tersebut, terdapat juga ciri-ciri yang khusus bagi dialek-dialek yang

belum tentu ada dalam dialek yang lain. Dalam dialek Kelantan misalnya, ada

perkataan selalu yang bermakna "segera, serta merta". Dialek Kedah pula yang

dituturkan di kawasan-kawasan pusat, yakni kawasan yang menempati

sebahagian besar dari Lembah Kedah, perkataan selalu membawa makna

seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu standard dan dialek-dialek di negeri-

negeri selatan, yakni "sering". Bagaimanapun, di beberapa kawasan di sebelah

timur, misalnya di Asun, Binjai dan Canglun, perkataan tersebut mendukung

makna yang sama seperti yang terdapat dalam dialek Kelantan.

Perkataan-perkataan lain yang terdapat dalam kedua-dua dialek tersebut,

yang belum pasti wujud dalam dialek-dialek lain adalah seperti yang

Page 153: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

153

disenaraikan di bawah ini. Perkataan-perkataan tersebut disesuaikan dengan

sistem ejaan bahasa standard. Namun begitu, ada juga yang mengalami sedikit

kelainan bentuk dan makna antara kedua-dua dialek itu, tetapi perkara ini

merupakan tabii bahasa.

(i) gebang - (i) berbual (Kedah)

(ii) khabar (Kelantan)

(ii) gedebok - (i) gemuk (Kedah)

gedeboh - (ii) gemuk (Kelantan)

(iii) tergedik-gedik - (i) terloncat-loncat tak tentu pasal (Kedah).

gedik-gedik - (ii) bergerak-gerak pada bahagian ujung

(Kelantan).

(iv) gelung - lorong, jalan (Kedah, Kelantan)

Dalam dialek Kedah, perkataan gelung itu sudah tidak digunakan

lagi, dan terdapat pada nama tempat sahaja.

(v) karis - kais-kais, seperti mengais-ngais nasi

sebelum masak (Kedah dan Kelantan).

(vi) keloi - (i) panggil dengan suara yang kuat (Kedah).

kelo - (ii) panggil, teriak (Kelantan).

(vii) kelolo - (i) sifat suka jenaka (Kedah)

Kelolok - (ii) berjenaka atau bergurau senda (Kelantan).

(viii) kongo - (i) seperti orang bodoh (Kedah).

(ii) tak bermaya (Kelantan).

Page 154: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

154

(ix) berderau - (i) menolong satu sama lain secara

bergilir-gilir (Kedah).

berdera - (ii) berbalas budi, bergilir, menolong

satu sama lain (Kelantan).

(x) garit - Dalam kedua-dua dialek tersebut, perkataan ini

digunakan seperti dalam ungkapan betina

garit untuk merujuk kepada perempuan yang

genitnya keterlaluan.

Senarai seperti yang di atas memang boleh diteruskan, tetapi setakat

sebagai contoh sahaja.

Perkembangan Dialek Menjadi Bahasa

Jika terdapat proses-proses yang memperkukuh hubungan antara dialek, maka

terdapat juga proses-proses yang berlaku sebaliknya, iaitu yang menjauhkan

satu dialek daripada yang lain, sehinggakan kedua-dua dialek itu lama kelamaan

berkembang menjadi bahasa. Faktor yang jelas menyebabkan timbulnya

keadaan yang seperti ini ialah terdapatnya jarak yang luas terbentang antara

kawasan dialek-dialek tersebut, dan kurangnya pertembungan antara penutur.

Keadaan seperti inilah yang telah berlaku kepada bahasa Iban dan bahasa

Melayu. Selama beberapa ribu tahun dahulu, kedua-dua bahasa ini merupakan

dua dialek daripada bahasa yang sama. Hal yang sama juga berlaku antara

bahasa Minang dan bahasa Melayu, dan antara kedua-duanya dengan bahasa

Banjar serta bahasa-bahasa lain yang masih sangat dekat hubungan

Page 155: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

155

kekeluargaannya dengan bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, kita dapat

menegaskan kesimpulan yang dibuat terlebih dahulu, iaitu ada bahasa induk

yang dialek-dialeknya berkembang menjadi bahasa penuh. Dalam perbincangan

yang lebih awal, ada dinyatakan bahawa kita hanya mempertimbangkan bahasa

Melayu dengan bahasa Iban, dengan melabelkan bahasa induk itu dengan

lambang *Mib. Sejajar dengan bertambahnya jumlah anggota, ternyata bahawa

kedua-dua bahasa tersebut merupakan turunan daripada bahasa yang sama,

maka kita boleh memberikan lambang yang lain juga jika ada keperluan. Dalam

hal ini, bahasa induk yang berkenaan dinamakan bahasa Melayu Purba.

Skema (2) yang berikut memperlihatkan turunan daripada bahasa Melayu

Purba tersebut.

Skema (2)

*Bahasa Melayu Purba

Melayu Iban Minangkabau Banjar ………….

Garis terakhir yang ditandai oleh titik-titik itu menunjukkan kemungkinan

adanya anggota-anggota lain.

Page 156: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

156

Di samping faktor jarak jauh yang menyebabkan dialek-dialek tersebut

akhirnya menjadi bahasa-bahasa yang berbeza satu sama lain, terdapat juga

faktor lain, iaitu jarangnya berlaku pertembungan disebabkan oleh pelbagai

halangan komunikasi, seperti halangan lautan, hutan rimba dan gunung-ganang.

Penyisihan satu dialek daripada yang lain itu menyebabkan masing-masing

dialek mengalami perkembangan secara sendiri. Kawasan alam yang baharu

dapat mempengaruhi perkembangannya. Demikian juga dengan cara hidup yang

khusus diperolehnya setelah berpisah dengan dialek-dialek yang lain itu.

Keadaan-keadaan yang baharu itu akan mendorong penggubalan unsur-unsur

baharu dalam bahasa. Sebagai contoh, bahasa Iban mempunyai bentuk duaan

yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu, dan seperti yang telah dibincangkan

sebelum ini bahawa bentuk-bentuk tersebut terhasil melalui perkembangannya,

dan kemudian berpisahnya bahasa Iban dengan bahasa Melayu. Ada

kemungkinan juga, keadaan di Pulau Borneo dan cara hidup kaum Iban yang

berburu dan mengayau itu mendorong timbulnya bentuk duaan yang sebenarnya

mendukung konsep pasangan. Demikian juga dengan bahasa Melayu yang

mempunyai istilah pertanian yang tidak terdapat dalam bahasa Iban; dan hal ini

terjadi disebabkan cara hidup yang dilalui oleh penuturnya.

Sekitaran yang baharu juga bermakna mempunyai jiran yang baharu dan

pertembungan dengan kawan yang baharu yang menuturkan bahasa yang lain

pula. Proses yang mempengaruhi dialek-dialek yang berkenaan dengan bahasa

yang lain itu turut juga mempengaruhi perkembangan dialek tersebut.

Perkembangan dialek ini berlainan dengan perkembangan yang dilalui oleh

Page 157: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

157

kerabat-kerabatnya yang lain. Lama kelamaan dialek-dialek itu menjadi bahasa

yang berbeza-beza.

Perbincangan yang di atas itu memperlihatkan bahawa laluan bagi

sesuatu dialek menjadi bahasa merupakan laluan ruang dan waktu. Ruang

sahaja tanpa waktu tidak dapat menimbulkan gejala perubahan tersebut, dan

demikian juga sebaliknya.

Teori Pohon dan Teori Gelombang

Apabila dialek berkembang secara beransur-ansur menjadi bahasa, hal ini turut

memperlihatkan keadaan bertumpang tindihnya dialek-dialek dan juga bahasa

sekeluarga dalam rantaian, yang bahagian-bahagiannya terjalin erat satu sama

lain. Oleh hal yang demikian, kita dapat membuktikan bahawa bahasa-bahasa

tidak berpecah secara mendadak setelah berlakunya perpisahan bahasa-bahasa

tersebut, namun tetap mempunyai pertembungan satu sama lain. Keadaan ini

bertentangan dengan konsep teori pohon (family tree theory) yang dikemukakan

oleh Schleicher.

Teori Pohon melihat pemecahan bahasa-bahasa daripada induknya yang

menyerupai pencabangan, dan pencabangan itu berlaku secara mendadak.

Setiap kali berlakunya pemecahan bahasa, bahasa akan bercabang dua; dan

semakin lama semakin berjauhan sehingga tidak ada lagi berlaku pertembungan

satu sama lain. Skema (3) yang berikut menggambarkan konsep yang dibawa

oleh ini.

Page 158: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

158

Skema (3)

G1 H1 E2

F1

E1 F2

D1

C1 C2

G2

D2

B1 B2 H2

A

Teori pohon telah ditentang oleh teori gelombang yang dikemukakan oleh

Wilhelm Schmidt. Menurut teori gelombang, bahasa berpisah satu sama lain

secara beransur-ansur, dan setelah berpisah itu akan berlaku pertembungan

timbal balik satu sama lain, seperti juga keadaan gerak gelombang. Bahasa-

bahasa yang masih dekat hubungannya, akan berada dalam jarak yang dekat

satu sama lain, dan juga dengan kawasan yang merupakan titik pemisahan,

manakala yang jauh daripada titik pemisahan akan semakin berkurang

persamaan-persamaan itu.

Page 159: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

159

Untuk memahami teori ini, kita menggunakan analogi seketul batu yang

apabila dicampakkan ke dalam air, maka di sekitar tempat jatuhnya batu itu akan

kelihatan riak gelombang yang agak besar, tetapi gelombang tersebut

mengembang ke arah luar dan riaknya makin menipis. Sekitaran gelombang

yang menebal itu dapat diiktibarkan sebagai bahasa-bahasa yang masih dekat

hubungannya satu sama lain. Lingkaran yang berada di luar pula

memperlihatkan gelombang yang menipis, yang melambangkan bahasa yang

sudah jauh terpisah, sungguhpun masih ada lagi ciri-ciri yang diwarisi daripada

bahasa sumber.

Teori gelombang adalah sesuai dengan penemuan tentang pemecahan

bahasa-bahasa sekeluarga. Kita akan mendapati bahawa tempat jatuhnya batu

itu masih merupakan bahasa induk atau bahasa purba dengan dialek-dialeknya.

Lingkaran ombak yang terdapat di sekeliling sekitaran itu merupakan bahasa-

bahasa yang baharu berkembang daripada dialek-dialek, sedangkan lingkaran-

lingkaran seterusnya merupakan bahasa yang sudah lama terpisah. Skema (1)

yang di atas itu sedikit sebanyak sesuai dengan gambaran yang dibawa oleh

teori gelombang ini.

Kepelbagaian Bahasa

Perbincangan yang di atas membuktikan bahawa sesuatu bahasa purba yang

menjadi sumber pemancaran bahasa-bahasa turunan adalah tidak seragam

sifatnya, tetapi mempunyai kelainan-kelainan yang disebut dialek. Seperti yang

telah dibincangkan pada awal lagi bahawa dialek sudah ada sebelum berlakunya

Page 160: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

160

perpisahan penutur-penuturnya, dan perpisahan itu hanya merenggangkan

hubungan antara dialek yang berkenaan.

Hipotesis yang sama dapat diterapkan kepada bahasa purba bagi rumpun

dan keluarga bahasa. Oleh hal yang demikian, dapat dikatakan bahawa di tanah

asal bahasa-bahasa Austronesia, sudah ada kepelbagaian tersebut. Perbezaan

dialek, bahkan perbezaan bahasa, sudah pun ada, sebelum bangsa Austronesia

berpindah ke kawasan-kawasan kediaman mereka sekarang.

Soalan Latihan

1. Apakah yang kamu faham tentang ujian kefahaman menyaling ?

2. Di manakah terletaknya pemisahan antara dialek dan bahasa ?

3. Jelaskan proses perkembangan dialek menjadi bahasa menurut teori

gelombang ?

Rujukan

Asmah Haji Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1991). Kepelbagaian Fonologi Dialek Melayu. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 161: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

161

UNIT 7

PEMETAAN DIALEK DAN GEOGRAFI DIALEK

Pengenalan

Sebelum kita membincangkan secara tuntas tentang pemetaan dialek, ada

baiknya kita melihat terlebih dahulu dan memahami geografi dialek kerana

kedua-duanya saling melengkapi. Pemetaan dialek atau bahasa merupakan

kaedah yang bertujuan menempatkan dialek-dialek daripada sesuatu bahasa

dalam ruang geografinya. Oleh hal yang demikian, perkara yang disajikan

seterusnya merupakan garis kasar kaedah geografi dialek, dan beberapa

kemungkinan tafsiran tentang sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa

dari segi sistem-sistemnya, kawasan-kawasan penyebarannya dan faktor-faktor

yang bersangkutan dengan sejarah, penempatan dan sosiobudaya pengguna-

penggunanya.

Objektif

Menghuraikan dan membuat rumusan tentang pemetaan dialek dan geografi

dialek.

Page 162: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

162

Geografi Dialek

Kita perlu memahami maksud geografi dialek dan kaedahnya terlebih dahulu

sekiranya kita hendak memperkatakan bahasa Melayu dalam kawasannya.

Dalam tulisan-tulisan yang berkaitan dengan kajian dialek, istilah dialektologi

yang digunakan merupakan sinonim bagi geografi dialek. Hal ini kerana sejak

zaman Yunani Kuno lagi hingga ke zaman Neogrammarians di Eropah, kajian-

kajian tentang dialek menumpukan perhatian terhadap dialek menurut kawasan.

Bahkan perbezaan-perbezaan yang seperti inilah yang kemudiannya menjadi

asas kepada ilmu perbandingan bahasa yang bermula di Eropah.

Dengan kemajuan ilmu linguistik pada hari ini dan dengan meningkatnya

bidang sosiolinguistik, serta perkembangan kajian-kajian bahasa dalam

hubungannya dengan kehidupan masyarakat, kajian-kajian tentang dialek tidak

terhad kepada kajian dalam ruang geografi (yang berkait erat dengan perbezaan

melalui masa) sahaja, malahan meliputi juga kajian dalam ruang sosial, yakni

kajian yang memberi perhatian kepada penggunaan dialek-dialek dalam

berbagai-bagai konteks sosial. Oleh sebab itu, istilah dialektologi mengalami

pertambahan pada bidang cakupannya dengan memasukkan kajian dari segi

ruang sosial. Hal ini bermakna bahawa geografi dialek merupakan sebahagian

sahaja daripada dialektologi yang akan dibincangkan seterusnya.

Page 163: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

163

Beberapa Tanggapan Asas

Geografi dialek termasuk dalam kajian dialek menurut kawasan geografinya.

Kajian seperti ini tidak berhenti pada takat perbandingan antara satu dialek

dengan dialek yang lain semata-mata untuk melihat persamaan dan

perbezaannya, tetapi menggunakan hasil-hasil perbandingan secara sinkronik

atau semasa untuk mencari jawapan kepada pertanyaan diakronik, yakni

pertanyaan yang berhubung dengan perkembangan bahasa merentas zaman.

Oleh sebab itu, geografi dialek mampu memberikan beberapa keterangan

(secara relatif sahaja dan bukan secara mutlak) terhadap peristiwa-peristiwa

yang berlaku dalam sejarah bahasa tersebut, dan menurunkan dialek-dialeknya

atau perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam dialek masing-masing

secara tersendiri atau secara berkaitan dengan dialek-dialek lain. Peristiwa itu

biasanya berlaku dalam kehidupan sosiobudaya sesuatu masyarakat bahasa,

termasuk sejarah penempatan di kawasan yang berkenaan.

Oleh hal yang demikian, geografi dialek mempunyai dua dimensi, iaitu

dimensi ruang dan dimensi waktu. Kedua-dua dimensi itu tidak terpisah satu

daripada yang lain. Keadaan ini berdasarkan kenyataan bahawa perbezaan

kawasan atau ruang geografi sahaja tidak akan menimbulkan perbezaan bahasa

atau dialek jika tidak disertai oleh perbezaan waktu. Menurut Ferdinand de

Saussure (yang dipetik dalam Asmah Haji Omar), kepelbagaian yang

Page 164: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

164

berdasarkan geografi (dalam bahasa) itu seharusnya dinamakan kepelbagaian

temporal, yakni kepelbagaian berdasarkan masa kerana menurutnya:

"Undoubtedly divergence in space was a necessary condition - no matter how

small the amount - but by itself distance does not create differences.”

Demikianlah tanggapan asas kita yang pertama dalam menghadapi

geografi dialek, iaitu matra atau dimensi ruang geografi dan waktu, yang sama-

sama mempunyai peranan dalam pengwujudan kepelbagaian dialek dalam

sesuatu bahasa. Namun begitu, bagaimana pula pemisahan kawasan itu dapat

menimbulkan perbezaan tersebut sedangkan perbezaan yang wujud masih

belum diketahui dengan pasti sehingga sekarang ini. Perbezaan alam sekitar

barangkali akan menimbulkan sedikit perbezaan dalam perbendaharaan kata

yang berhubung dengan pemandangan alam sekeliling, tetapi tidak dapat

menerangkan bagaimana timbulnya perbezaan-perbezaan dari segi bunyi atau

beberapa aspek nahu dalam dialek-dialek yang berkenaan.

Sebagai contoh, kita tidak dapat menerangkan sebab-sebab mengapa s

pada akhir kata digantikan dengan h atau yh bagi perkataan tikus dalam dialek

Kedah; dan mengapa pula dalam dialek Terengganu, semua konsonan nasal

pada akhir kata terbatas kepada konsonan nasal velar ng sahaja, misalnya

malam disebut malang.

Page 165: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

165

Persoalan yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar, adakah hal ini

bermakna bahawa orang-orang di kawasan dialek Kedah yang alam sekitarnya

merupakan dataran luas, yang rata-ratanya hanya 8 inci di atas permukaan laut

tidak dapat mengucapkan s pada akhir kata kerana faktor-faktor artikulasi yang

dikaitkan dengan alam sekitar? Adakah orang-orang Terengganu pada zaman

dahulu kala, disebabkan oleh alam sekitarnya, mereka terpaksa mengubah

konsonan-konsonan nasal m dan n pada lingkungan akhir kata menjadi ng?

Pada kenyataannya, walaupun semua perkataan ini tidak berasas, tetapi tetap

ada dan menjadi kenyataan, dan tidak ada siapa pun yang dapat menjelaskan

sebab-sebab perkara tersebut berlaku. Walau bagaimanapun, tidak dapat

dinafikan bahawa perbezaan-perbezaan yang menimbulkan kepelbagaian dalam

dialek-dialek itu berlaku bersama-sama dengan peredaran masa.

Oleh sebab matra ruang dan waktu dilalui bersama oleh manusia,

khususnya pengguna-pengguna bahasa dan dialek dalam sepanjang kehidupan

mereka, maka kita hendaklah menerima kenyataan bahawa kewujudan

kepelbagaian dialek itu mungkin disebabkan oleh faktor-faktor demografi,

sosiobudaya, dan juga sejarah. Hal ni merupakan tanggapan asas dalam

geografi dialek.

Dari sudut demografi, perubahan-perubahan dalam perkembangan

bahasa Malaysia sekarang ini, lebih cepat berlaku di kawasan-kawasan yang

taburan penduduknya lebih padat, berbanding dengan kawasan yang taburan

Page 166: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

166

penduduknya kurang padat. Sesuatu perubahan dalam bahasa, misalnya

sesuatu pembaharuan dalam perbendaharaan kata didapati lebih cepat tersebar

di kawasan yang ramai penduduknya. Oleh hal yang demikian, kita akan

membuat tanggapan asas seterusnya, iaitu kadar taburan penduduk mempunyai

perkaitan dengan perubahan bahasa, iaitu perubahan akan lebih pesat dan lebih

banyak berlaku di kawasan yang padat penduduknya.

Sesuatu kawasan yang mempunyai taburan penduduk yang padat

biasanya merupakan pusat budaya. Yang dimaksudkan dengan budaya di sini

ialah kehidupan manusia yang meliputi kehidupan kebendaan, estetik dan

kerohanian. Hal ini bermakna, pusat budaya juga merupakan pusat

pemerintahan dan pusat kegiatan-kegiatan ekonomi (perdagangan), pendidikan,

perkembangan teknologi, kebudayaan, kesusasteraan, kesenian, keagamaan,

dan sebagainya. Perkembangan sesuatu bahasa didapati lebih pesat di kawasan

pusat apabila dibandingkan dengan kawasan bukan pusat. Hal ini dapat

dibuktikan dengan memerhatikan peristiwa yang sedang berlaku dalam bahasa

Malaysia sekarang ini. Perubahan-perubahan yang berlaku bermula dari Kuala

Lumpur sebagai pusat budaya dan bergerak ke arah luar bandar, dan bukan

sebaliknya. Segala pembaharuan dalam bahasa, baik dari segi perbendaharaan

kata, ejaan mahupun dari segi nahu, memperlihatkan arus yang mengalir dari

kawasan pusat. Jika sebaliknya berlaku, yakni yang arahnya dari kawasan bukan

pusat ke kawasan pusat, maka kejadian ini jarang berlaku dan bilangannya

sangat sedikit. Dalam perkembangan bahasa Malaysia, arus terbalik ini hanya

Page 167: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

167

membawa beberapa perkataan daripada dialek untuk menampung keperluan

penggunaan bahasa pada peringkat pusat. Dalam geografi dialek, kawasan

pusat ini disebut kawasan tumpuan (focal area), sedangkan kawasan bukan

pusat disebut kawasan pinggiran.

Di samping itu, harus juga diperhatikan bahawa perubahan dan

pembaharuan lebih cepat bergerak dari satu kawasan pusat ke kawasan pusat

yang lain, jika dibandingkan dengan kecepatan pergerakannya dari kawasan

pusat ke kawasan bukan pusat. Sebagai contoh, lebih cepat sesuatu

pembaharuan dari Kuala Lumpur sampai di Ipoh berbanding dengan dari Kuala

Lumpur ke Sabak Bernam.

Tanggapan asas keempat menyatakan bahawa perubahan bahasa pesat

berlaku di kawasan pusat budaya atau kawasan tumpuan jika dibandingkan

dengan kawasan pinggiran; dan perubahan lebih cepat berlaku dari satu

kawasan pusat ke kawasan pusat yang lain berbanding dengan dari kawasan

pusat ke kawasan pinggiran. Tanggapan asas kelima pula menyatakan bahawa

arus perubahan ialah dari kawasan pusat ke kawasan pinggiran dan bukan

sebaliknya.

Peristiwa-peristiwa sejarah juga dapat menimbulkan perbezaan-

perbezaan dalam bahasa yang akan mengakibatkan kepelbagaian dialek.

Peristiwa-peristiwa sejarah mungkin merupakan migrasi atau juga penempatan

Page 168: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

168

penduduk, melalui pertembungan antara pengguna bahasa atau dialek yang

berlainan pada masa aman (yakni dalam hubungan perdagangan, perkahwinan

dan sebagainya) dan juga pada masa peperangan. Peristiwa-peristiwa sejarah

melahirkan hubungan sosial antara pengguna sesuatu bahasa atau dialek

dengan pengguna-pengguna bahasa atau dialek yang lain, yang kemudian akan

meninggalkan kesan-kesan tertentu yang akan mempengaruhi perkembangan

bahasa.

Sesuatu bahasa atau dialek itu boleh mengalami pertembungan dengan

bahasa atau dialek lain daripada berbagai-bagai arah, baik dalam situasi damai

mahupun semasa perang. Hal ini bermakna bahawa tidak semua kawasan

bahasa atau kawasan dialek itu mengalami perubahan yang sama akibat

pertembungan ini. Sebagai contoh, kawasan dialek Kedah mengalami

pertembungan dari arah dan keadaan yang pelbagai. Di sebelah utaranya, dialek

Kedah mengalami pertembungan dengan bahasa Thai Selatan. Oleh hal yang

demikian, dalam perkembangannya dialek Kedah yang dituturkan di kawasan itu

memperlihatkan adanya ciri-ciri pengaruh daripada bahasa Thai, dan yang nyata

ialah intonasinya di samping beberapa aspek lain.

Menurut Asmah Haji Omar, di Pulau Pinang, khususnya di Tanjung

(dengan memasukkan tutur Pulau Pinang ini sebagai sebahagian daripada dialek

Kedah), terdapat beberapa ciri yang tidak terdapat dalam dialek Kedah yang

dituturkan di subkawasan lainnya, khususnya dalam penyebutan "r" sebagai

Page 169: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

169

getaran alveolar dalam lingkungan pravokal dan antara vokal. Ciri ini timbul

akibat pertembungan dengan bahasa Tamil yang dituturkan oleh orang-orang

India Muslim yang berkahwin dengan orang-orang Melayu, dan melahirkan

keturunan yang dinamakan Jawi Peranakan, yang lama kelamaan menjadi

Melayu.

Tanggapan asas keenam yang dapat disimpulkan daripada huraian yang

di atas itu ialah sesuatu kawasan bahasa atau dialek itu tidak mengalami

perubahan yang seragam, tetapi berbeza dari satu kawasan atau subkawasan

ke kawasan atau subkawasan yang lain. Dialek-dialek dalam sesuatu bahasa itu

mempunyai persamaan dan perbezaan satu sama lain. Persamaan pada

umumnya membayangkan warisan bersama, sedangkan perbezaan

menggambarkan perkembangan yang berbeza-beza yang dilalui oleh masing-

masing dialek. Di samping itu, persamaan juga boleh dihasilkan oleh gejala

pengaruh mempengaruhi antara dialek atau antara subdialek sesudah berpisah

daripada bahasa induk atau dialek induk.

Tanggapan asas ketujuh dapat dikatakan bahawa dialek-dialek yang

berbeza mempunyai arus perkembangan yang tersendiri, di samping

menyambung hubungannya dengan dialek-dialek yang lain untuk memperteguh

persamaan yang diwarisinya, dan juga mempengaruhi satu sama lain dalam

perkembangan masing-masing. Ciri-ciri bahasa atau dialek juga dapat menyebar

dengan atau tanpa gerak fizikal. Penyebaran dengan gerak fizikal bermakna

Page 170: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

170

perpindahan tempat (untuk sementara atau untuk menetap) pada pihak

penuturnya. Oleh hal yang demikian, ciri bahasa atau dialek itu memperoleh

kawasan geografi atau kawasan penyebaran yang baharu. Dalam sejarah

pelbagai bahasa yang ada sudah cukup banyak contoh penyebaran seperti ini.

Penyebaran bahasa Melayu di seluruh Perpulauan Melayu adalah dengan cara

ini.

Bahasa Melayu menyebar secara perpindahan apabila dibawa oleh para

pedagang dan penutur-penutur Melayu lainnya dalam pengembaraan mereka

dari pulau ke pulau, atau dalam peristiwa-peristiwa peperangan yang

mengakibatkan pertembungan antara orang Melayu dengan orang lain. Di

samping itu, kita dapati juga bahawa bahasa tersebar apabila berlakunya migrasi

atau perpindahan penduduk secara besar-besaran. Banyak contoh yang berlaku

di alam Melayu. Contoh yang paling awal ialah perpindahan orang-orang Melayu

Deutro dari Asia Tengah ke Semenanjung dan pulau-pulau di Asia Tenggara.

Sesudah itu berlaku pula beberapa gelombang migrasi yang bertimbal balik

antara Semenanjung dengan pulau-pulau seperti yang terakam dalam Sejarah

Melayu dan hikayat-hikayat. Dalam Sejarah Melayu dikatakan bahawa orang

Melayu berasal dari Palembang (Bukit Siguntang), dan kisah ini tidak bermakna

bahawa itulah permulaan sejarah bangsa (etnik) Melayu atau permulaan bahasa

Melayu. Peristiwa keturunan Wan Empuk dan Wan Malini berpindah ke

Singapura dan Semenanjung hanya menandakan salah satu gelombang migrasi

orang-orang Melayu dari Sumatera ke Semenanjung dan sebaliknya. Walaupun

Page 171: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

171

beberapa zaman telah berlalu, migrasi dua arah itu tidak ada hentinya, bahkan

terus berlaku hingga sekarang ini. Peristiwa-peristiwa seperti ini

bertanggungjawab dalam menyebarkan ciri-ciri bahasa, di samping

memperteguh warisan bersama seperti yang telah disebut dalam tanggapan

asas yang ketujuh.

Penyebaran bahasa tanpa melibatkan perpindahan fizikal penutumya

ialah penyebaran secara difusi atau resapan. Sesuatu ciri bahasa itu berpindah

dari mulut ke mulut sehingga kawasan penyebarannya menjadi luas. Pada

zaman kemajuan media am, baik media cetak (yakni surat khabar, majalah dan

sebagainya) ataupun media am dalam bentuk elektronik (televisyen, radio, video,

internet dan sebagainya), penyebaran sesuatu ciri bahasa itu tidak perlu

melibatkan perpindahan fizikal para penuturnya. Cara ini juga disebut sebagai

difusi.

Tanggapan asas yang kelapan menggambarkan sesuatu bahasa yang

hidup itu akan terus mengalir dan meluaskan kawasan penyebarannya, baik

secara perpindahan fizikal mahupun secara resapan.

Page 172: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

172

Kaedah

Tanggapan-tanggapan asas seperti yang dibincangkan di atas itu adalah penting

dalam kajian geografi dialek, walau apa pun pendekatan yang digunakan. Kajian

geografi dialek ini pada asasnya merupakan kajian sinkronik yang menuju

kepada kesimpulan diakronik. Oleh sebab itu, kajian ini yang dilakukan oleh ahli-

ahli Linguistik Bandingan dianggap sebagai salah satu daripada kaedah-kaedah

“tak langsung" untuk mengetahui sejarah perkembangan bahasa.

Kajian sinkronik meliputi penggunaan bahan-bahan bahasa yang sinkronik

atau semasa sifatnya sebagai bahan kajian. Kaedah ini tidak bermakna kita tidak

boleh menggunakan bahan-bahan diakronik, yakni seperti yang terdapat dalam

tulisan yang sudah dianggap bersejarah, misalnya kajian tentang bahasa lama

seperti yang terdapat dalam hikayat, batu bertulis dan lain-lain. Bahan-bahan ini

memang boleh digunakan, tetapi bahan-bahan tersebut tidak dapat memberikan

gambaran yang menyeluruh tentang dialek-dialek dalam sesuatu bahasa

tertentu, atas beberapa sebab. Sebab pertama ialah bahan-bahan tertulis itu

menggambarkan penggunaan bahasa untuk kawasan atau subkawasan tertentu

yang digunakan pada peringkat masa tertentu. Misalnya, Sejarah Melayu

dikatakan menggambarkan bahasa yang pernah digunakan di Johor pada abad

ke-17. Jika kenyataan ini benar, persoalannya "dari subkawasan yang mana”?

Walaupun kita dapat menentukan subkawasannya, namun kita mempunyai

kecenderungan untuk meletakkan bahasa dalam Sejarah Melayu itu pada satu

Page 173: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

173

taraf sosial tertentu. Tegasnya, bahasa tersebut tentulah tidak digunakan dalam

komunikasi sehari-hari dalam kalangan rakyat jelata di kawasan Johor. Bahasa

itu jelas menunjukkan taraf sosial yang tinggi dalam penggunaannya.

Sebab kedua ialah bahan-bahan tertulis itu tidak menggambarkan bahasa

atau dialek yang jitu dari segi fonologinya disebabkan oleh kekurangan lambang-

lambang. Tambahan pula, dalam bahasa tulisan, lazimnya dirakamkan apa-apa

sahaja yang dianggap sebagai “betul" menurut orang atasan, tetapi bukan

perkara yang sebenarnya wujud. Hal ini berlaku bukan sahaja dalam aspek

fonologi, malah dalam hal nahu dan perbendaharaan kata juga. Oleh sebab itu,

sesuatu bahan tulisan mungkin merupakan gabungan dialek, iaitu bukan sahaja

dialek yang dipisahkan oleh ruang geografi tetapi juga yang dipisahkan oleh

ruang sosial. Contoh yang nyata ialah Syair Musuh Kelantan (yang sukar ditulis

untuk menggambarkan dialek Kelantan, dan oleh sebab itu ditulis dalam bahasa

standard), dan Hikayat Terung Pipit yang merupakan gabungan dialek Kedah

(yakni seperti yang dituturkan oleh rakyat Kedah) dan juga bahasa standard.

Sebab ketiga ialah sesuatu bahasa tertentu itu tidak semua dialeknya dirakam dalam bentuk

tulisan. Dalam bahasa Melayu, beberapa dialek sahaja yang diturunkan dalam bentuk tulisan.

Walau bagaimanapun, bahan-bahan yang menggunakan bahasa tulisan lama itu adalah untuk

menerangkan beberapa aspek dalam pertumbuhan bahasa, tetapi tidak boleh digunakan

sebagai bahan untuk tujuan rekonstruksi yang mutlak dan pemetaan.

Page 174: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

174

Data sinkronik yang menjadi bahan utama dalam geografi dialek

merupakan:

(i) bahan yang dikumpulkan di lapangan dengan menggunakan

informan;

(ii) ucapan, perbualan atau perbualan dalam drama yang terakam;

dan

(iii) hasil-hasil tulisan yang bersifat semasa yang terdapat dalam

dialek-dialek yang berkenaan. Kaedah pengumpulan bahan-bahan

dialek di lapangan sebenarnya merupakan kaedah penyelidikan

linguistik huraian dengan syarat-syaratnya yang tersendiri.

Pemetaan Dialek / Bahasa

Pemetaan dialek atau bahasa merupakan kaedah yang bertujuan menempatkan

dialek-dialek daripada sesuatu bahasa dalam ruang geografinya. Apa yang

dihasilkannya ialah peta-peta yang menunjukkan penyebaran ciri-ciri tertentu

dalam dialek-dialek yang ada di kawasan yang dikaji. Oleh hal yang demikian,

kaedah pemetaan dialek bukan sahaja menetapkan kawasan dialek (untuk

pembahagian bahasa kepada dialek-dialeknya), tetapi juga pembahagian dialek

kepada beberapa subdialek, misalnya kawasan dialek Kedah dapat dibahagikan

kepada subkawasan-subkawasan Lembah Kedah, Pulau Langkawi, Perlis, Pulau

Pinang, dan lain-lain. Pemetaan ini bertitik tolak daripada perbandingan sistem-

Page 175: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

175

sistem bahasa, iaitu fonologi, kata, morfologi, sintaksis dan leksikosemantik.

Pemetaan dialek yang banyak dilakukan terhadap bahasa tabii dari dahulu

sehingga sekarang ini ialah pemetaan fonologi dan kata atau leksikosemantik,

misalnya kajian perbandingan yang dilakukan di Amerika Syarikat dan di Eropah.

Pemetaan ulung yang pernah dilakukan ialah pemetaan di Jerman oleh Wenker

dalam abad ke-19. Pemetaan fonologi dengan sendirinya membawa kepada

pemetaan kata seperti usaha yang dijalankan oleh Teeuw di Lombok (1985) dan

Hans Kurath di Amerika Syarikat (1949).

Pemetaan mempunyai teknik-tekniknya sendiri dalam menghubungkan

ciri-ciri persamaaan dialek atau bahasa dengan menggunakan garis atau

lambang-lambang seperti segitiga, bulatan, titik dan sebagainya. Pilihannya

menurut cita rasa penyelidik dan mengikut mudah atau sukar kerja-kerja

pencetakannya. Garis penghubung ciri-ciri persamaan itu disebut isogloss.

Garis ini disebut juga garis kelemahan dalam penyebaran sesuatu ciri bahasa

dalam kawasan geografi. Hal ini kerana garis itu dilukis pada titik-titik yang

semakin melemah, Asmah Haji Omar menggunakan istilah ekonomi atau

sebutan dalam dialek Kedah, bagi garis tersebut yang menandakan sutnya

penyebaran sesuatu ciri itu.

Penggunaan lambang-lambang seperti bulatan, segitiga, titik dan

sebagainya itu juga dapat menunjukkan sutnya penyebaran sesuatu ciri itu, yakni

dengan ketiadaan lambang-lambang itu sendiri atau jarangnya lambang-lambang

Page 176: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

176

itu berlaku. Keadaan ini disebabkan oleh lambang-lambang itu apabila

digunakan akan ditempatkan pada titik-titik yang menjadi tumpuan penyebaran

sesuatu ciri itu. Lebih padat atau meluas penyebarannya, lebih besar atau

banyaklah pula lambang-lambang itu.

Pemetaan dialek akan memperlihatkan beberapa kenyataan. Pertama,

tidak ada sempadan yang sebenarnya antara bahasa atau antara dialek atau

subdialek. Yang wujud ialah satu kawasan peralihan yang menunjukkan

percampuran dialek-dialek atau subdialek-subdialek dari kawasan-kawasan yang

berbeza.

Skema (1)

Garis bulatan yang

menandakan sutnya

penyebaran

ciri-ciri B

Garis bulatan yang

menandakan sutnya

penyebaran ciri-ciri A

Kawasan

Peralihan

Dialek A

Dialek B

Page 177: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

177

Kuala Kangsar boleh diambil sebagai contoh kawasan peralihan yang

ditandai oleh ciri-ciri dialek Kedah dan dialek Perak. Kita tidak dapat mengatakan

dengan tegasnya di mana berakhirnya dan bermulanya dialek Perak. Yang

dapat kita saksikan ialah di Kuala Kangsar yang tutur-tutur yang dihasilkan

mempunyai ciri-ciri kedua-dua kawasan tersebut, baik daripada tutur orang

perseorangan mahupun daripada tutur-tutur dalam kumpulan. Hal yang sama

terdapat di kawasan Beserah yang memperlihatkan adanya ciri-ciri Kelantan dan

Terengganu.

Kedua, pemetaan dialek ini memperteguh teori gelombang (yang

dipelopori oleh Wilhelm Schmidt), yang menyatakan bahawa pemecahan bahasa

dalam ruang geografinya adalah seakan-akan riak gelombang. Ciri-ciri yang

menandai sesuatu sistem bahasa akan bertumpu sepenuhnya pada satu pusat

dan bergerak ke arah luar dari pusat itu dalam gerakan secara berperingkat-

peringkat seperti gerakan gelombang, yang semakin jauh dari pusat, semakin

kuranglah riak gelombang itu. Dari segi bahasa, semakin jauh dari pusat budaya,

semakin menipislah kehadiran ciri-cirinya. Teori ini menolak adanya bentuk atau

masyarakat bahasa yang seragam, walaupun pada peringkat masyarakat

induknya. Menurut teori ini lagi, masyarakat bahasa induk sudah ditandai oleh

kepelbagaian sebelum berpecah kepada dialek-dialek.

Ketiga, isoglos-isoglos itu tidak menetap sifatnya. Isoglos akan berubah

dari masa ke masa menurut perubahan demografi dan sosiobudaya. Misalnya,

Page 178: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

178

isoglos dialek Kedah menyebar ke selatan dengan maranya orang-orang Kedah

semasa Perang Kedah – Perak dalam dekad kedua abad ke-19. Dari sudut

sejarah, kita dimaklumkan bahawa tentera-tentera Kedah menempati kawasan

Perak hingga ke Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Peperangan tidak selalunya

berakhir dengan permusuhan yang kekal kerana peperangan juga boleh

berakhir dengan ikatan mesra antara pihak-pihak yang terlibat, seperti ikatan

perkahwinan, dan hal ini memang berlaku antara askar-askar negeri Kedah

dengan wanita-wanita Perak. Ikatan seperti ini memainkan peranan yang penting

dalam penyebaran ciri-ciri bahasa. Pada masa yang sama, isoglos dialek Kedah

di bahagian utara sudah bermula menurun ke bahagian selatan. Dialek Kedah

sehingga permulaan abad ke-19 menyebar hingga ke Setol di Thailand. Dalam

tahun 1821 terdapat pemecahan Kerajaan Besar Kedah yang melibatkan

penyerahan Setol dan pulau-pulau di bahagian barat Thailand kepada Kerajaan

Thailand. Christopher Court dalam tahun 1977 melaporkan bahawa orang-orang

Melayu di Satun (Setol) sudah tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dalam

kehidupan mereka sehari-hari kerana bahasa itu telah digantikan oleh bahasa

Thai. Bahasa Melayu hanya menjadi pertuturan orang tua-tua dan hal ini

menunjukkan bahawa bahasa yang berkenaan tidak jauh bezanya daripada

dialek yang dituturkan di Kedah dan di Perlis. Di sini kita dapat menyaksikan

gejala pengunduran isoglos.

Page 179: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

179

Keempat, pemetaan kepada subkawasan dan subsubkawasan

menunjukkan bahawa bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiri daripada

berbagai-bagai subsistem dan subsistem.

Kelima, berbangkit daripada ciri persambungan kepada kawasan dialek,

dapat dikatakan bahawa jika terdapat sesuatu selaan yang mengganggu

persambungan itu, selaan itu merupakan ciri-ciri topografi, seperti gunung, bukit,

perairan dan sebagainya, atau boleh juga merupakan kawasan bahasa atau

dialek yang lain. Jika faktor yang terakhir itu berlaku, maka kita dapat mencari

jawapan dari sudut sejarah peristiwa bahasa yang sebenarnya berlaku, misalnya

pertempatan sesudah peperangan disebabkan oleh satu pihak mengalahkan

pihak yang lain, migrasi dan sebagainya.

Semenanjung Malaysia merupakan kawasan bahasa Melayu yang pada

amnya memperlihatkan kawasan-kawasan dialek Melayu yang sambung-

menyambung satu sama lain. Namun begitu, terdapat juga selaan-selaan yang

merupakan gunung-ganang dan hutan rimba. Di samping itu, ada pula kawasan-

kawasan selaan yang mengisi bahasa-bahasa lain. Pada tempat-tempat tertentu

pula terdapat kawasan-kawasan selaan yang ditempati oleh bahasa-bahasa

orang-orang asli, dan kebanyakannya di kawasan-kawasan pedalaman. Ada juga

di kawasan-kawasan lain yang ditempati bahasa-bahasa asing, tetapi ada juga

yang serumpun dengan bahasa Melayu, seperti bahasa Jawa (di Kelang dan

beberapa tempat di Johor), bahasa Aceh (di Yan, Kedah), dan bahasa

Page 180: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

180

Mandailing (beberapa tempat di Perak). Kawasan-kawasan ini terletak terpencil

satu sama lain, dan berbeza dengan kawasan-kawasan yang didiami kelompok

orang asli, dan kawasan-kawasan ini terdapat di bahagian lembah dan tidak jauh

dari pantai dan pusat-pusat bandar.

Seandainya kita tidak mengetahui sejarah pertempatan di Semenanjung

ini, penyebaran kawasan-kawasan selaan itu sudah cukup untuk mendorong kita

membuat kesimpulan sendiri. Kawasan-kawasan orang asli yang terdapat di

sebelah pedalaman menunjukkan bahawa mereka tiba di kawasan tersebut

lebih dahulu daripada orang Melayu mengikut sejarah migrasi di rantau ini.

Kawasan-kawasan selaan Jawa, Aceh dan sebagainya, yang sifatnya terpencil

itu memperlihatkan migrasi yang lebih kemudian daripada orang Melayu. Migrasi

itu berlaku secara berasingan dan bukanlah dalam gelombang-gelombang

seperti yang berlaku dalam migrasi orang Melayu Deutro kira-kira 2500 tahun

yang lalu.

Selaan pada peringkat dialek juga dapat dikesan, misalnya dialek Negeri

Sembilan yang menyela di antara dialek yang menyebar dari Selangor ke arah

Selatan. Terdapat beberapa ciri dalam dialek Negeri Sembilan yang

membuktikan adanya penghilangan unsur-unsur persambungan secara

beransur-ansur itu. Dari sudut sejarah, orang Minangkabau dating dan membuat

penempatan di kawasan itu. Kita hanya dapat menduga bahawa sebelum

kedatangan mereka ini, sudah ada dialek lain yang sambung-menyambung

Page 181: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

181

dengan dialek-dialek yang dituturkan di Selangor, Melaka dan Johor, yang

kemudian tenggelam oleh dialek pendatang (Lihat Asmah Haji Omar,

Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu).

Kawasan Dialek Melayu dan Penuturya

Dari segi dialek, setiap penutur bahasa Melayu bertutur dalam dialek atau

kelainan bahasa yang dinamakan oleh Asmah Haji Omar sebagai kelainan

asas. Kelainan asas ini ialah dialek atau kelainan pertama yang diperoleh oleh

seseorang sejak dia mulai belajar bertutur. Biasanya dialek asas ialah dialek

yang dituturkan di kawasannya. Apabila kanak-kanak yang dilahirkan dan yang

dituturkan di kawasannya. Apabila kanak-kanak yang dilahirkan dan dibesarkan

di kawasan dialek, misalnya dialek Kedah, maka dialek pertama yang akan

diperoleh dan dikuasainya ialah dialek Kedah.

Penentuan dialek pertama atau dialek asas bagi seseorang dengan

berdasarkan kawasan merupakan penentuan secara am. Oleh hal yang

demikian, kita membuat hipotesis bahawa sekitaran geografi ialah faktor penentu

bagi jenis dialek untuk seseorang penutur. Bagaimanapun, di samping faktor

tersebut, ada faktor penentu yang lain, iaitu faktor sekitaran pergaulan yang

bebas daripada sekitaran geografi. Seseorang itu mungkin memperoleh dialek

asasnya yang berbeza dengan dialek yang dituturkan di sekitaran geografinya,

Page 182: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

182

kerana penentunya ialah pergaulannya sahaja. Sebagai contoh, seseorang itu

mempunyai dialek Kedah sebagai dialek asasnya, sedangkan dia dilahirkan dan

dibesarkan di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya. Bahkan ada juga keluarga

yang sudah dua generasi tinggal di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, yang

dialek Kedah dan bukan dialek Selangor yang menjadi dialek asas penutur yang

berkenaan disebabkan oleh sekitaran kekeluargaan dan pergaulannya. Ahli-ahli

keluarga di rumahnya secara terus-menerus menggunakan dialek Kedah dalam

kehidupan mereka sehari-hari, dan juga dalam pergaulan mereka dengan ahli-

ahli keluarga lain yang tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Dialek asas bagi seseorang itu tidak perlu terbatas semata-mata kepada

dialek kawasan tetapi boleh terdiri daripada bahasa standard. Kelainan yang

wujud oleh masyarakat bahasa pada keseluruhannya dianggap sebagai kelainan

yang paling baik digunakan dalam situasi-situasi formal dan rasmi. Keadaan ini

ada berlaku dalam kalangan keluarga yang ibu bapanya bertutur dalam kelainan

standard. Walau bagaimanapun, keadaan seperti ini jarang sekali timbul, kerana

kelainan standard itu biasanya kaku dalam penyampaian komunikasi dan buah

fikiran yang tidak dapat dipisahkan daripada julat emosi yang berbagai-bagai itu.

Kelainan standard itu mempunyai peranannya alam situasi-situasi yang tertentu

sahaja.

Daripada perbincangan yang di atas itu, nyatalah bahawa seseorang itu

sekurang-kurangnya menguasai satu dialek. Hal ini bermakna, ada kemungkinan

Page 183: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

183

seseorang itu mampu menguasai dua dialek atau lebih jika terdapat istilah

dwibahasa untuk merujuk kepada orang yang dapat menguasai dua bahasa,

maka ada juga istilah dwidialek untuk merujuk kepada orang yang menguasai

dua dialek.

Apabila seseorang itu dikatakan menguasai dua dialek, maka sudah pasti

salah satu daripada dua dialek itu ialah dialek asasnya. Yang satu lagi terdiri

daripada bahasa standard atau dialek lain. Penutur-penutur bahasa Melayu yang

mendapat didikan sekolah pasti akan mempunyai kelainan standard sebagai

salah satu daripada kelainan-kelainan yang diperolehnya. Sebaliknya, bagi

penutur-penutur yang tidak mendapat didikan sekolah, yakni mereka yang

tergolong dalam generasi tua sekarang ini, ada beberapa kemungkinan yang

dapat dikemukakan. Pertama, mungkin mereka mempunyai satu kelainan

sahaja, yakni dialek asasnya. Kedua, mereka mempunyai lebih daripada satu

dialek, iaitu dialek atau dialek-dialek selain daripada dialek asasnya itu ialah

dialek kawasan juga, yakni dialek yang diperolehnya akibat pertembungan

dengan penutur-penutur dari kawasan-kawasan lain. Sebagai contoh, seseorang

dari Kelantan yang berhijrah ke Kedah akan mempertahankan dialek asasnya,

yakni dialek Kelantan, dan di samping itu akan memperoleh dialek Kedah

sebagai hasil pengaruh sekitaran yang baharu.

Pemerolehan dialek kawasan selain daripada dialek asas tidak perlu

bergantung pada perpindahan ke kawasan baharu kerana pemerolehan dialek

Page 184: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

184

seperti yang disebut sebelum ini berlaku berdasarkan resapan. Sebagai contoh,

seseorang yang berasal dari satu kawasan dialek tertentu datang ke Kuala

Lumpur dan bergaul rapat dengan orang-orang dari satu kawasan dialek yang

lain. Oleh hal yang demikian, dia memperoleh dialek kawan-kawannya. Gejala

seperti ini dapat disaksikan sepanjang waktu, terutama sekali di Kuala Lumpur

dan Petaling Jaya yang merupakan kawah pertembungan penutur-penutur

Melayu dari berbagai-bagai kawasan dialek. Sebagai contoh, seorang yang

berasal dari Melaka dan bekerja di Kuala Lumpur, manakala mempunyai kawan-

kawannya dari kawasan dialek Kedah, maka dia terikut-ikut bercakap dalam

dialek tersebut apabila berada dalam kalangan mereka.

Pemerolehan dialek selain daripada dialek asas boleh juga berlaku hasil

daripada perkahwinan penutur-penutur dari kawasan-kawasan dialek yang

berbeza. Ada beberapa kemungkinan yang berlaku dalam situasi seperti ini.

Kemungkinan yang pertama ialah apabila salah seorang daripada pasangan

kelamin itu akan mengambil alih dialek kelamin yang lain. Keadaan ini

tergantung pada kewibawaan kelamin kedua itu. Dalam ayat yang lain, jika

si suami lebih berwibawa daripada si isteri, maka isteri akan terpaksa menguasai

dialek suaminya, dan sama juga halnya jika si isteri lebih berwibawa daripada

si suami. Keadaan ini merupakan keadaan yang bebas dari kawasan mana-

mana dialek tersebut, yakni jika keluarga berkenaan tinggal di kawasan ketiga

yang ‘neutral’ seperti Kuala Lumpur atau Petaling Jaya. Sebaliknya, jika

keluarga itu bermastautin di kawasan dialek suami atau kawasan dialek isteri,

Page 185: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

185

maka dialek kawasan berkenaanlah yang akan merupakan dialek yang

digunakan oleh keluarga itu dalam pertuturan sehari-hari.

Kemungkinan yang lain ialah masing-masing pihak mempertahankan

dialeknya sendiri dalam hubungan mereka satu sama lain. Walau

bagaimanapun, keadaan seperti ini tidak bertahan lama, dan barangkali hanya

boleh dipertahankan pada peringkat masa awal perkahwinan. Lama kelamaan

keadaan ini akan berubah menjadi keadaan yang telah disebutkan seperti di

atas, atau juga berlakunya keadaan yang campur-aduk.

Keadaan yang mempertahankan dialek masing-masing itu tidak akan

bertahan lama disebabkan keadaan yang serupa itu tidak sesuai dengan tabii

manusia. Tabii manusia ialah berkongsi untuk mencuba mengenal pasti dirinya

dengan orang yang berkongsi sesuatu dengannya. Dalam soal bahasa,

pengenalpastian seperti itu merupakan sikap tolak ansur dalam menerima ciri-

ciri bahasa orang lain. Jika satu pihak sahaja yang bertolak ansur, maka pihak

yang berkenaan akan menyesuaikan tuturnya dengan dialek pihak yang lain.

Kesannya timbullah satu keadaan, iaitu pihak yang berwibawa sahaja yang

dapat mempertahankan dialeknya. Seandainya kedua-dua belah pihak bertolak

ansur, maka berlakulah keadaan campur-aduk ciri-ciri daripada dua dialek yang

berbeza. Keadaan ini lebih lazim ditemui berbanding dengan keadaan yang

masing-masing pihak mempertahankan dialeknya.

Page 186: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

186

Keadaan pertama yang disebutkan di atas membawa kepada penyisihan

dialek terhadap pihak yang terpaksa menyesuaikan tuturnya dengan dialek

suami atau isterinya. Keadaan ini bermakna bahawa dialek asas pihak yang

berkenaan akan tersisih daripada penggunaannya sehari-hari. Penyisihan dialek

lebih mudah berlaku jika keluarga yang berkenaan tinggal di kawasan dialek

yang berwibawa itu. Perpindahan sesuatu keluarga yang menuturkan dialek asas

yang sama ke kawasan dialek yang lain juga akan menghasilkan gejala

penyisihan dialek. Berdasarkan penelitian Asmah Haji Omar sendiri, yang

berasal dari Kedah, terdapat keluarga Kedah yang berpindah ke Kelantan dan

sesudah beberapa lama tinggal di sana, keluarga ini “mengangkat" dialek

Kelantan dan tidak lagi menggunakan dialek Kedah, walaupun dalam pertuturan

dengan ahli keluarga sendiri.

Dialek-Dialek Semenanjung dan Pembahagiannya

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, dialek mempunyai kawasannya

sendiri, dan dengan adanya subdialek menyebabkan ada juga subkawasannya.

Sungguhpun penutur-penutur dapat berpindah kawasan seperti yang telah

dikemukakan contoh dan misalan sebelum ini, namun perpindahan itu tidak

membawa perubahan kepada batas kawasan dialek yang sedia ada. Walau

bagaimanapun, batas kawasan itu sifatnya tidak menetap buat selama-lamanya

kerana kawasan tersebut akan meluas atau menyempit berdasarkan hubungan

Page 187: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

187

perjiranannya dengan dialek-dialek atau bahasa-bahasa lain. Dalam keadaan ini,

kita mengatakan bahawa isoglos akan berubah seperti yang dilihat dalam contoh

perubahan isoglos dialek Kedah.

Peta1: Kawasan-kawasan dialek yang ada di Semenanjung Malaysia, termasuk juga pulau-pulau di sekitarnya.

Penentuan kawasan-kawasan itu didasarkan kepada ciri-ciri persamaan

dan perbezaan antara dialek-dialek yang ada. Dalam hal ini, kita mencuba

mengenakan prinsip yang sama yang kita gunakan dalam unit-unit sebelum ini,

iaitu dalam pengelompokan bahasa-bahasa jenis Sarawak dan bahasa-bahasa

jenis Sabah. Perbandingan dialek-dialek itu dilakukan terhadap berbagai - bagai

system bahasanya, misalnya sistem fonologi, morfologi, struktur ayat, dan

sebagainya. Oleh sebab perbandingan sistem yang pelbagai itu memerlukan

perbincangan yang tuntas, maka dalam unit ini memadailah perbandingan yang

Page 188: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

188

dikemukakan berdasarkan sistem fonologi sahaja. Walaupun hal ini bukanlah

hanya merupakan penyelesaian yang mudah bagi menyelesaikan masalah yang

dihadapi, tetapi adalah sesuai dengan penemuan yang dikaji oleh Asmah Haji

Omar tentang perbezaan dialek-dialek Melayu Semenanjung yang paling tinggi

kadar perbezaannya dalam aspek fonologi dan paling rendah dalam aspek

sintaksis. Antara aspek perbendaharaan kata dan aspek morfologi didapati

bahawa kadar perbezaan dalam perbendaharaan kata melebihi kadar

perbezaan dalam aspek morfologi. Oleh hal yang demikian, urutan tinggi

rendahnya kadar perbezaan itu dapat dilihat dalam skema ini.

Skema (1)

Fonologi Perbendaharaan Kata - paling tinggi kadar perbezaannya

Morfologi, Sintaksis - paling rendah kadar perbezaannya

Untuk tujuan perbandingan aspek fonologi, dialek-dialek di Semenanjung dapat

dibahagikan kepada tujuh kumpulan dialek, seperti yang berikut:

(1) Dialek yang letaknya di Barat Laut yang meliputi kawasan Perlis,

Kedah (termasuk Pulau Langkawi), Pulau Pinang dan Perak Utara

sehingga Taiping (Kuala Kangsar merupakan kawsan peralihan).

Dialek ini lebih umum dikenal sebagai Dialek Utara atau Dialek

Kedah.

Page 189: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

189

(2) Dialek Perak yang meliputi kawasan Perak Tengah.

(3) Dialek Selatan yang meliputi Perak Selatan, Selangor, Melaka dan

Johor.

(4) Dialek Kelantan yang kawasannya ialah negeri Kelantan, yakni di

sebelah Timur Laut Semenanjung dan meliputi juga kawasan-

kawasan sempadan Pahang dan Terengganu.

(5) Dialek Terengganu yang terletak di bahagian Timur Semenanjung.

(6) Dialek Pahang yang terdapat di negeri Pahang.

(7) Dialek Negeri Sembilan yang terdapat di Negeri Sembilan.

Tiap-tiap kawasan dialek itu mempunyai berbagai-bagai kawasan

berdasarkan perbezaan-perbezaan antara satu tempat atau mukim dengan

tempat atau mukim yang lain. Dialek Utara, misalnya, mempunyai subkawasan

seperti berikut:

a. Subkawasan Perlis

b. Subkawasan Pulau Langkawi

c. Subkawasan Lembah Kedah - Seberang Prai yang terbentang dari

Kubang Pasu ke Bandar Baharu, dan bahagian selatannya dari

pantai Barat ke Baling.

d. Subkawasan sempadan yang meliputi dari Padang Besar ke arah

timur dan di bahgian selatannya meliputi Padang Terap dan Sik.

e. Subkawasan Pulau Pinang

Page 190: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

190

Tiap-tiap satu dari subkawasan itu dibahagikan pula kepada subkawasan-

subkawasannya, misalnya subkawasan Lembah Kedah dibahagikan kepada

subkawasan-subkawasan Kubang Pasu, Kota Setar - Kuala Muda, Baling, Kulim,

dan Seberang Prai. Pembahagian tersebut jelas menunjukkan bahawa batas-

batas kawasan dan subkawasan dialek, adakalanya sama dengan batas negeri

atau pentadbiran, dan adakalanya tidak pula demikian. Dialek Kedah atau dialek

Utara itu meliputi empat buah negeri (sungguhpun bagi negeri keempat, iaitu

negeri Perak, hanya sebahagian sahaja yang diliputinya). Sebaliknya, negeri

Perak terbahagi kepada tiga kawasan dialek, iaitu bahagian utaranya termasuk

kawasan dialek Kedah, bahagian tengahnya ialah kawasan dialek Perak, dan

bahagian selatannya meliputi kawasan dialek selatan. Negeri Pahang juga

memperlihatkan gejala yang sama dengan negeri Perak, iaitu kawasan ke utara

memperlihatkan ciri-ciri dialek Kelantan, kawasan selatan dan barat

memperlihatkan ciri-ciri dialek selatan, sedangkan kawasan tengah dan timurnya

memperlihatkan ciri-ciri dialek Terengganu.

Enam daripada dialek utama yang diperkatakan ini ialah dialek asli

Semenanjung, yang penutur-penuturnya bukan merupakan pendatang baharu,

kecuali dialek Negeri Sembilan. Dialek Negeri Sembilan ini telah dibawa

bersama-sama dengan perpindahan penutur-penuturnya dari tanah

Minangkabau, Sumatera ke kawasan yang dinamakan Negeri Sembilan pada

abad ke-18. Ciri-ciri fonologi dialek ini tidak memperlihatkan kesinambungan dari

Selangor ke Melaka dan Johor. Namun, dengan adanya kawasan yang diliputi

Page 191: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

191

oleh ciri-ciri dialek Negeri Sembilan itu, maka terdapat satu selaan bagi kawasan

dialek selatan. Oleh hal yang demikian, kita dapat membuat kesimpulan bahawa

dialek tersebut datang kemudian ke kawasan tersebut, dan berbangkit daripada

faktor ini, kita dapat mengatakan bahawa sebelum kedatangan orang-orang dari

Minangkabau, kawasan-kawasan yang ditempati oleh dialek Negeri Sembilan

sekarang ini termasuk dalam kawasan dialek selatan yang membentang dari

Perak Selatan hingga ke Johor. Kedatangan orang-orang Minangkabau dengan

dialeknya itu telah mendesak orang-orang yang sedia ada di situ berpindah ke

kawasan-kawasan lain. Keadaan ini menyebabkan dialek asli yang terdapatdi

tempat itu ikut terbawa bersama-sama dengan penutur-penuturnya. Dengan

selaan yang begitu hebatnya daripada dialek pendatang, maka berlakulah

penyisihan dialek asli dari kawasan asalnya.

Kawasan Dialek Melayu Sabah, Sarawak dan Brunei

Jumlah penduduk Melayu di Sabah dan di Sarawak tidak menyeluruh sifatnya,

dan jumlah penutur-penutur Melayu itu juga kecil. Di Sabah, iaitu di kawasan

Pulau Labuan dan tanah daratan yang bertentangan dengannya, terutamanya di

Beaufort dan sekitarnya terdapat dialek Melayu yang dituturkan oleh suku kaum

Brunei, yakni orang-orang Melayu yang berasal dari Brunei. Dialek ini

mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Brunei.

Page 192: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

192

Di sekitar Papar dan Kota Kinabalu terdapat penutur yang menuturkan bahasa

Kedayan, yang sebenarnya ialah bahasa Melayu. Kawasan-kawasan lain

di Sabah lebih merupakan kawasan bahasa-bahasa lain, dan bahasa Melayu

digunakan bukan sebagai bahasa pertama tetapi sebagai bahasa kedua yang

merupakan bahasa perantara.

Peta 2: Pembahagian dialek-dialek Melayu di Sabah dan Sarawak tidak serumit di Semenanjung.

Di Sarawak pula, kawasan bahasa Melayu terdapat di Bahagian Pertama,

khususnya di sekitar Kuching dan Pantai Utara. Di samping itu, terdapat

kawasan bahasa Melayu di Miri dan sekitarya serta beberapa tempat lain seperti

Bintulu dan Sibu. Oleh hal yang demikian, kita mendapati bahawa kawasan-

Page 193: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

193

kawasan bahasa Melayu di Kuching itu merupakan kawasan-kawasan yang

terpisah satu sama lain, dan oleh sebab itu tidak ada kawasan yang sambung-

menyambung. Ada dua kemungkinan yang mewujudkan keadaan seperti ini.

Kemungkinan pertama ialah kawasan-kawasan bahasa Melayu itu merupakan

kawasan yang kemudiannya menyela ke dalam kawasan bahasa-bahasa lain.

Kemungkinan kedua ialah pada suatu waktu dahulu, keadaan kawasan itu

memang sambung-menyambung, iaitu dari Kuching ke Miri (meliputi Sibu), tetapi

ciri kesinambungannya terputus disebabkan oleh selaan daripada bahasa-

bahasa lain, seperti bahasa Iban, bahasa Melanau dan sebagainya.

Dialek Melayu Sarawak terbahagi kepada beberapa subdialek, misalnya

subdialek Kuching, subdialek Miri dan subdialek Sibu. Subdialek Melayu yang

dituturkan di Miri dapat disamakan dengan dialek yang dituturkan di Brunei.

Keadaan ini bukanlah satu perkara yang di luar dugaan kerana kawasan Miri

memperlihatkan persambungan geografi dengan kawasan Brunei. Hubungan

sejarah dan kekeluargaan masih mengikat orang-orang Brunei dengan orang-

orang Melayu Miri. Dialek yang dituturkan oleh penutur-penuturnya ialah dialek

yang diwarisi bersama, dan pemisahan antara mereka hanya merupakan

pemisahan politik.

Subdialek Kuching berbeza sedikit daripada subdialek Miri, khususnya

dalam aspek perbendaharaan kata. Dalam dialek Kuching terdapat kata-kata

yang merupakan pinjaman daripada bahasa Iban, seperti pama "cukup", kamah

Page 194: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

194

"kotor, kemeh "kucing", ngulu “mendampingi, mengalu-alu”, jaiq “jahat", dan

lain-lain. Pertuturan dalam kalangan penutur Subdialek Sibu lebih dekat kepada

subdialek Kuching jika dibandingkan dengan subdialek Miri. Jika ada perbezaan

antara subdialek Sibu dengan subdialek Kuching, maka perbezaannya terletak

pada perbendaharaan kata. Dari sudut jumlah penduduk bumiputera di kawasan

Sibu, didapati kawasan ini adalah paling ramai didiami orang Melanau,

sungguhpun ada juga orang Iban. Oleh hal yang demikian, tidaklah

menghairankan jika dalam dialek di kawasan tersebut terdapat lebih banyak

perkataan pinjaman daripada bahasa Melanau berbanding dengan dialek-dialek

lain. Berdasarkan penelitian terhadap orang-orang Melayu Sibu, didapati

kebanyakannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan orang Melanau,

namun terdapat juga mereka yang berketurunan Melanau jati, tetapi telah lama

menyesuaikan diri dengan cara kehidupan orang Melayu.

Sungguhpun kawasan Brunei yang kecil itu mempunyai berbagai-bagai

bahasa bumiputera seperti bahasa-bahasa Melayu, Iban, Bisayah, Tutong dan

sebagainya, tetapi bahasa Melayu Brunei tidak begitu tinggi darjat

kepelbagaiannya. Hal ini bermakna, bahasa Melayu Brunei yang dituturkan

dalam situasi bersahaja, yakni situasi tidak rasmi, tidak banyak kelainannya

seperti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Secara puratanya, terdapat

dialek yang sama dituturkan, dan oleh sebab itu untuk mengkaji perbezaan

antara dialek dari tempat ke tempat adalah terlalu kecil untuk dijadikan asas

pembahagian kepada subdialek. Di samping itu, di Brunei, seperti halnya di

Page 195: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

195

Malaysia, terdapat kelainan standard yang digunakan dalam situasi-situasi rasmi

seperti dalam ucapan-ucapan rasmi, pembacaan berita di televisyen dan radio,

dan juga dalam pengajaran di sekolah dan maktab.

Dialek Melayu Yang Dituturkan Oleh Kelompok Orang Asli

Orang-orang asli yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada dua golongan

berdasarkan keanggotaan bahasa mereka. Golongan yang besar ialah golongan

yang bahasa-bahasanya termasuk dalam rumpun Australasia, yang mempunyai

hubungan kekeluargaan yang erat dengan bahasa-bahasa dalam keluarga Mon-

Khmer. Dalam golongan ini terdapat orang-orang Sakai, Semai, Jahut, Semoq

Beri dan sebagainya. Golongan yang kedua terdiri daripada orang-orang Jakun,

Temuan dan Belandas yang menuturkan bahasa Melayu. Dengan ayat yang lain,

dialek yang dituturkan oleh mereka ini ialah dialek-dialek bahasa Melayu. Ketiga-

tiga kaum tersebut dikenal juga sebagai orang-orang Melayu Proto atau "Proto-

Malay".

Di samping itu terdapat juga kelompok Orang Laut, misalnya yang

mendiami Pulau Adang yang terletak di sebelah barat laut Pulau Langkawi.

Mereka juga menuturkan dialek Melayu. Dialek-dialek orang Melayu Proto dan

Orang Laut tersebut memberikan gambaran kepada kita tentang bentuk bahasa

Melayu sebelum bahasa tersebut berkembang menjadi bahasa Melayu yang kita

Page 196: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

196

kenal sekarang ini. Ada kemungkinan juga usia dialek-dialek tersebut lebih tua

daripada bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam hikayat-hikayat.

Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu

Kelainan Standard dan Dialek Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia, dan juga bahasa

ibunda kepada orang-orang Malaysia yang terdiri dari kumpulan etnik Melayu.

Bahasa Melayu menjadi pilihan bagi menempati taraf bahasa kebangsaan

Malaysia disebabkan oleh peranannya yang begitu lama dan diakui sebagai

lingua franca bagi pelbagai kumpulan etnik yang merupakan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, baik yang

menganggotai rumpun Austronesia mahupun yang menganggotai rumpun bukan

Austronesia, selama beberapa abad ini sudah menggunakan bahasa Melayu

sebagai pengantar dalam hubungan antara kelompok. Apabila bahasa Inggeris

hanya muncul di Malaysia dan kemudian mengangkat bahasa tersebut sebagai

bahasa prestij sosial dan pendidikan, namun tidak menyampingkan bahasa

Melayu daripada berperanan sebagai pengantar dalam hubungan antara

kelompok. Hal ini berlaku kerana bahasa Inggeris hanya berjaya menjadi bahasa

umum dalam kalangan penduduk yang mendapat pelajaran melalui bahasa

tersebut, dan jumlah peratus kelompok ini adalah sangat kecil berbanding

dengan masyarakat Malaysia seluruhnya (Lihat Asmah, 1975).

Page 197: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

197

Pada asasnya, sesuatu bahasa kebangsaan itu, seperti juga dengan

bahasa-bahasa lain dicirikan oleh wujudnya berbagai-bagai dialek, baik dialek

kawasan mahupun dialek sosial. Di samping itu ditandai juga oleh kewujudan

bahasa standard oleh anggota-anggotanya kepada masyarakat bahasanya

sendiri. Bahasa standardnya dengan sendiri mewujudkan kelainan bahasa, yakni

dialek, yang diterima oleh semua anggota dalam masyarakat bahasa yang

berkenaan, yang dijadikan norma atau dialek prestij, yakni sebagai dialek yang

digunakan dalam hubungan rasmi dan juga sebagai dialek yang digunakan

sebagai bahasa pengantar pelajaran.

Di Malaysia terdapat dua kelainan yang diterima sebagai norma bagi

penggunaan bahasa yang baik. Perbezaan utama antara kedua-dua kelainan

standard ini adalah sangat sedikit, dan hanya terbatas kepada penyebutan

bunyi-bunyi dalam sistem ejaan yang diwakili oleh huruf' "a" dan "r", yang

letaknya pada lingkungan akhir kata. Dalam penyebaran yang seperti ini,

kelainan bahasa standard yang pertama itu secara fonetik mewujudkan "a"

sebagai bunyi pepet dan "r" disenyapkan. Sebaliknya, pengwujudan fonetik

dalam kelainan bahasa standard yang kedua untuk kedua-dua grafem yang di

atas itu ialah vokal tengah bawah [a] untuk ”a”, dan getaran alveolar [r] untuk ”r”.

Kedua-dua kelainan bahasa standard yang disebutkan di atas itu berbeza

juga satu sama lain dari segi penyebaran geografinya. Sebagai bahasa standard,

kelainan pertama, yang selanjutnya akan dirujukkan sebagai kelainan-pepet,

tersebar di negeri-negeri tertentu di Semenanjung Malaysia yang sebahagian

Page 198: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

198

besarnya terletak di kawasan-kawasan tengah dan selatan. Negeri-negeri

tersebut ialah Perak (Pk), Selangor (Sel), Negeri Sembilan (NS), Melaka (Mel),

Johor (Jh), Pahang (Ph), Kelantan (Kel) dan Terengganu (Tr). Kelainan kedua,

yang selanjutnya dirujukkan sebagai kelainan a, tersebar sebagai bahasa

standard di negeri-negeri tertentu di Semenanjung Malaysia dan juga di negeri-

negeri Malaysia di Borneo, tegasnya di Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri

Semenanjung yang dicirikan oleh kelainan ini ialah negeri-negeri utara, yakni

Perlis(Per), Kedah (Ked) dan Pulau Pinang (Pn). (lihat Peta 1). Bagaimanapun,

kelainan ‘a’ mempunyai penyebaran yang melampaui sempadan kenegerian

disebabkan kelainan ini dikenal pasti dengan kelainan-kelainan bahasa standard

di Indonesia dan Brunei.

Menurut Asmah (1977), kedua-dua bahasa standard ini, yakni kelainan-

pepet dan kelainan-a muncul dalam kelainan bahasa yang digunakan di sekolah-

sekolah dan dalam ucapan-ucapan rasmi, serta dalam lingkungan penyebaran

geografi masing-masing. Kelainan pepet juga dikenal pasti melalui penggunaan

bahasa di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Kehadiran kelainan-pepet dan

kelainan-a dalam kawasan masing-masing tidaklah bermakna bahawa tiap-tiap

kawasan secara menyeluruh dan seragam dicirikan oleh kelainannya sendiri

pada tiap-tiap bahagian masyarakat bahasa itu. Tiap-tiap kawasan, baik

kawasan-pepet mahupun kawasan-a mempunyai subkawasan dan subkawasan

dialek.

Page 199: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

199

Kawasan-pepet terdiri dari subkawasan dialek Kelantan, subkawasan

Terengganu, subkawasan Perak, subkawasan Selangor, subkawasan Pahang,

subkawasan Negeri Sembilan, subkawasan Melaka dan subkawasan Johor.

Tiap-tiap satu dari subkawasan yang tersebut di atas itu dicirikan oleh dialeknya

sendiri, yang memperlihatkan perbezaan yang agak tinggi dari subkawasan yang

lain, terutama sekali dalam ciri-ciri fonologinya. Selain subkawasan Terengganu,

Melaka, Perak, Selangor, Pahang dan Johor, subkawasan yang lainnya dari

kawasan-pepet ini, ialah subkawasan Kelantan dan Negeri Sembilan, yang pada

peringkat penggunaan bahasa bukan standard tidak mewujudkan huruf “a”

(dalam sistem ejaan) sebagai pepet pada lingkungan akhir kata. Dalam dialek

Negeri Sembilan, pengwujudan "a" adalah sebagai vokal belakang luas bundar,

iaitu [����], sedangkan dalam dialek Kelantan "a" diwujudkan sebagai vokal

belakang luas tak bundar [����]. Huruf "r" pada akhir kata tidak wujud fonetik dalam

mana-mana dialek bukan standard dalam kawasan pepet, dan di tempatnya

adalah kesenyapan.

Berkenaan dengan kawasan-a, huruf "a" akhir kata pada amnya

diwujudkan dalam semua subkawasan sebagai [a] dengan darjat luasnya yang

berbeza-beza. Dalam subkawasan yang berbagai-bagai bagi kawasan-a di

Semenanjung Malaysia (yakni di Perlis. Kedah dan Pulau Pinang), hurul “r" ini

diwujudkan sebagai frikatif uvular (R) pada lingkungan sebelum atau antara

vokal dan frikatif faringgal [] pada lingkungan akhir kata. Di subkawasan

Sarawak (Sr) pula, yang wujud ialah frikatif velar [����] sedangkan di Sabah(Sb)

Page 200: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

200

pengwujudannya ialah bunyi getaran alveolar [r], pada semua lingkungan dalam

kata.

Sejarah merakamkan bahawa munculnya kelainan-pepet sebagai bahasa

standard dalam kawasan-pepet disebabkan oleh keagungan empayar Johor

pada abad ke-19, yang pada waktu itu berkuasa di kedua-dua belah Selat

Melaka, iaitu di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan di sepanjang

pantai timur pulau Sumatera dan pulau-pulau di sekitarnya. Empayar Johor di

Semenanjung Malaysia terdiri daripada negeri-negeri Johor (termasuk pulau

Singapura), Pahang, Melaka dan Terengganu. Negeri Sembilan mempunyai

dialekyang agak berbeza dengan dialek-dialek di Johor, Pahang dan sebagainya,

Hal ini berlaku kerana dialek-dialek tersebut mungkin memperoleh kelainan-

pepet sebagai bahasa standardnya disebabkan negeri yang berkenaan sangat

dekat dari segi geografisnya dengan Melaka dan Pahang.

Asmah menjelaskan lagi bahawa subkawasan kelainan-a dari kawasan-a

di Semenanjung Malaysia telah berlaku sejak zaman lampau sebagai

sebahagian daripada kerajaan besar Kedah. Oleh sebab itu, subdialek Kedah

dan Perlis secara am pada masa sekarang ini dirujuk sebagai dialek Kedah.

Kelainan-a di Sabah dan Sarawak pula dicirikan oleh bunyi [a] dalam lingkungan

akhir kata dan bunyi [r] juga pada lingkungan akhir kata dalam penggunaan

standard yang sepadan dengan subdialek Melayu bagi kedua-dua subkawasan

tersebut. Bahasa-bahasa tersebut juga mempunyai hubungan kekeluargaan

dengan bahasa Melayu di Pulau Borneo.

Page 201: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

201

Walau bagaimanapun, perbezaan-perbezaan satu dialek yang terdapat di

sesuatu subkawasan tertentu sebagai satu kesatuan yang berasingan dengan

dialek yang lain, tidaklah hanya terbatas kepada perbezaan-perbezaan yang

ditonjolkan dalam penyebutan "a" dan "r" pada akhir kata. Banyak lagi

perbezaan fonologis lain yang tidak timbul dalam kedua-dua kelainan standard,

saperti perbezaan-perbezaan pada peringkat tatabahasa dan perbendaharaan

kata (leksis).

Yang berikut ialah perbandingan antara sistem fonologi bahasa standard

(yang terdiri daripada dua kelainan) dengan sistem-sistem fonologi berbagai-

bagai dialek yang lain.

Perbandingan Konsonan dalam Dialek-Dialek Melayu

Perbandingan Konsonan Secara Am

Perbendaharaan fonem segmental dalam bahasa standard yang terdiri daripada

kelainan-pepet adalah sama dengan perbendaharaan yang ada pada kelainan-a.

Perbezaan-perbezaan antara kedua-dua kelainan itu hanya wujud dalam

ketiadaan atau kehadiran fonem tertentu (/a/ atau /r/) dalam penyebaran

fonologis yang tertentu pula. Apabila bahasa standard diletakkan dalam jadual

perbandingan dengan dialek-dialek lain, titik penyimpangan antara kelainan-

kelainan standard dengan dialek-dialek itu akan jelas kelihatan, seperti juga

halnya dengan perbandingan dialek-dialek bukan standard. Kesepadanan fonem

antara dialek disebut diafon.

Page 202: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

202

Perbandingan Sistem Konsonan dalam Dialek-Dialek Melayu

Dalam jadual di atas itu, fonem /z/ dalam semua dialek merupakan fonem

pinjaman, yang diambil daripada bahasa Arab, dan kemudian diperteguh

kedudukannya dengan kata-kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, yang

mempunyai fonem ini sebagai unsurnya. Bahasa standard juga mengambil

Page 203: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

203

fonem-fonem lain daripada bahasa-bahasa lain, terutama sekali bahasa Inggeris

dan Arab. Selain fonem /z/) terdapat fonem /f/, /s/, /x/, /v/ dan /�/. Dalam

kebanyakan dialek, fonem-fonem ini dalam kata pinjaman masing-masing (jika

ada dalam dialek-dialek itu) tidak diwujudkan sebagai [f], [s]. [x], [v] dan [�] tetapi

diberi nilai fonetik yang menandai fonem Melayu yang paling dekat dengannya,

baik dari segi penghasilan sealat (homorganic) mahupun penghasilan sejenis

(homotypical). Oleh sebab itu, fonem /f/ dalam dialek-dialek bukan standard,

pada amnya diwujudkan sebagai [p], /s/ sebagai [s], /x/ sebagai [h]; [�] sebagai

[d], dan /v/ sebagai [b] atau [p].

Dari segi penyebaran dalam kata, baik bagi konsonan-konsonan bahasa

standard mahupun dalam dialek-dialek bukan standard, konsonan-konsonan

tertentu tidak berlaku dalam lingkungan sebelum kesenyapan, dan konsonan-

konsonan ini ialah konsonan-konsonan palato alveolar /ñ/, /c/ dan /j/, dan semua

konsonan plosif bersuara, iaitu, /b/, /d/ dan /g/. Konsonan plosif velar tak

bersuara /k/ tidak berlaku dalam lingkungan akhir kata bagi dialek-dialek Melayu,

kecuali dialek Melayu Sarawak. Dalam bahasa standard, konsonan /k/ menepati

lingkungan akhir kata hanya dalam kata pinjaman, seperti "bank" /benk/. Hal

yang sama berlaku juga untuk /c/, /j/, /b/, /d/ dan /g/, yang dalam sistem fonologi

Melayu yang sejati tidak pernah menempati pada lingkungan akhir kata. Apabila

kata pinjaman yang sama, jika memang berlaku, lazimnya diambil masuk ke

dalam dialek bukan standard. Oleh hal yang demikian, ada kemungkinan

berlakunya perubahan nilai-nilai fonetik untuk fonem-fonem tersebut atau

Page 204: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

204

penghilangan fonem-fonem yang sama, supaya timbul penyesuaian dengan

sistem fonologi tiap-tiap satu dialek itu. Contoh-contoh di bawah ini

menggambarkan hujah yang dinyatakan di atas itu dengan lebih jelas.

(2)

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini bahawa sistem fonologi bahasa

Melayu tidak mengizinkan fonem /k/ berada pada lingkungan akhir kata, kecuali

dalam dialek Melayu Sarawak. Oleh sebab itu, apabila berlakunya /k/ pada akhir

kata dalam dialek Sarawak, kesepadanan fonem ini dalam penyebaran yang

berkenaan ialah hentian glottis [�] dalam semua dialek, termasuk bahasa

standard.

Page 205: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

205

Transkripsi fonetik yang di atas itu memperlihatkan bahawa fonem /k/

pada akhir kata dalam bahasa Melayu Sarawak diwujudkan sebagai bunyi yang

tidak diletupkan, dan oleh sebab itu nilai pendengarannya adalah lebih dekat

kepada hentian glotis.

Ciri-ciri penyebaran fonem-fonem yang tersebut di atas itu juga telah

mempengaruhi rumus-rumus am untuk semua dialek tersebut, namun ada juga

ciri-ciri penyebaran yang khusus bagi beberapa dialek sahaja. Ciri-ciri tersebut

adalah seperti yang berikut.

Penyebaran / s / dan / l /

Sungguhpun tiap-tiap dialek mempunyai fonem /s/ dan /1/, tetapi penyebaran

tiap-tiap satu fonem tersebut berbeza satu sama lain. Dalam bahasa standard,

dialek Johor dan dialek Sarawak, didapati /s/ dan /l/ berada pada lingkungan

awal kata, antara vokal dan akhir kata. Dalam lima dialek yang lainnya, kedua-

dua fonem ini tidak pernah berada pada lingkungan akhir kata. Diafon bagi /s/

pada akhir kata dalam dialek-dialek secara am diwujudkan sebagai [h].

Bagaimanapun, [h] boleh didahului oleh geluncur, yang dari segi fonemik diwakili

oleh /y/.

(4)

Page 206: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

206

Senarai yang di atas itu memperlihatkan bahawa dalam dialek Perak (Pk)

dan Kelantan (Kel), diafon untuk [s] pada akhir kata ialah /h/. Bagi dialek Pulau

Pinang (Pn), Kedah (Ked) dan Negeri Sembilan (NS), /s/ pada akhir kata dalam

bahasa standard mempunyai kesepadanan satu lawan satu dengan /h/ dalam

dialek-dialek itu hanya apabila /h/ mengikuti vokal depan /i/ dan /e/, dan vokal-

vokal ini bersepadanan dengan /i/ dalam bahasa standard. Dalam contoh-contoh

tersebut menunjukkan bahawa suku kata akhir dalam bahasa standard terdiri

daripada vokal belakang /a/ atau /u/ yang diikuti oleh /s/, maka kesejajaran

dalam dialek Kedah untuk /as/ atau /us/ ialah diftong belakang yang diikuti oleh

/h/, yakni /ayh/, /uyh/.

Dalam dialek Negeri Sembilan pula, pendiftongan vokal berlaku hanya jika

vokal tersebut merupakan vokal /u/.

X dalam rumus yang di atas itu dapat berdiri untuk mana-mana sahaja

unsur dalam kata. Penyebutan huruf ‘l’ dalam lingkungan akhir kata juga

berbeza dari tempat ke tempat pada peringkat bukan standard. Dialek-dialek

yang menyebut "s" pada akhir kata sebagai frikatif alveolar ialah dialek-dialek

yang juga mempertahankan penyebutan “l” pada akhir kata sebagai bunyi

Page 207: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

207

lateral. Sebaliknya, dialek-dialek yang mewujudkan ‘s’ pada akhir kata sebagai

[h] dengan atau tanpa geluncur yang mendahuluinya, tidak akan mengizinkan

wujudnya bunyi lateral dalam lingkungan yang seperti tu. Namun terdapat

separuh vokal (yang dari segi fonetik adalah geluncur) atau kesenyapan, di

tempat bunyi lateral, seperti yang berikut.

(6)

X dalam rumus yang di atas itu dapat berdiri untuk mana-mana sahaja

unsur dalam kata.

Page 208: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

208

Contoh-contoh dalam Jadual (7) dan (8) yang di atas mewujudkan adanya

jenis kesepadanan yang melibatkan / l / yang didahului oleh vokal depan /i/ atau

/e/, yang menghasilkan rumus seperti yang di bawah ini.

(9)

X dalam rumus yang di atas itu berdiri untuk mana-mana unsur, dan VD

vokal depan.

Kesepadanan diafonik yang diperlihatkan dalam (8) (iii b) berlaku hanya

dalam contoh ‘ambil’, dan semua kesepadanan untuk kelainan standard /-il/ pula

mengikuti pola yang dinyatakan dalam (8) (iii a).

Page 209: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

209

Bahasa standard sangat dekat dengan dialek Johor dan Sarawak bagi

mempertahankan /l/ dalam lingkungan akhir kata. Kedua-dua dialek ini berbeza

satu sama lain hanya dalam pemilihan vokal yang mendahului /l/ dalam senarai-

senarai kesepadanan (8) (ii) dan (iii). Menurut Asmah ( ), walau dalam bahasa

standard sekalipun, penyebutan untuk « u » dan « i » dalam suku kata terakhir

tertutup tidak membuktikan pengwujudan yang sebenarnya untuk vokal tinggi

sempit [u] dan [i], tetapi lebih merupakan modifikasi yang berlaku terhadap nilai

kedua-dua vokal, yang memberi darjat peluasan yang lebih tinggi sehingga

vokal-vokal yang berkenaan itu mendekati vokal-vokal yang lebih luas dan yang

paling dekat dengan [o] dan [e].

Dialek-dialek Perak, Pulau Pinang dan Kedah dilihat serupa satu sama

lain dalam kesepadanan-kesepadanan yang dinyatakan itu, sedangkan dialek

Kelantan dapat berdiri sendiri sebagai kesatuan yang asing daripada yang

lainnya. Demikian juga dengan dialek Negeri Sembilan yang berbeza dengan

dialek-dialek yang disebutkan di atas itu. Dialek ini merupakan

pencampuradukan ciri-ciri dialek Perak-Pulau Pinang-Kedah dan dialek

Kelantan. Senarai kesejajaran (8)(i) menempatkan dialek Negeri Sembilan

bersama-sama dengan dialek Kelantan, sedangkan senarai kesejajaran (8)(ii)

memperlihatkan bahawa dialek Negeri Sembilan itu mempunyai persamaan

dengan kelompok Perak-Pulau Pinang-Kedah. Perkongsian ciri-ciri oleh dialek

Negeri Sembilan dengan dialek-dialek yang lain ini menunjukkan gejala yang

berlaku dalam kesejajaran untuk ‘s’ pada akhir kata. Dari sudut linguistik

Page 210: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

210

diakronik, gejala seperti ini sungguh menarik bagi usaha menemukan

perkembangan bahasa Melayu dan juga arah difusinya.

Diafon untuk Bahasa Standard / r /

Pada peringkat bukan standard, dialek-dialek Melayu tidak dicirikan oleh

kehadiran getaran alveolar /r/. Fonem ini hanya hadir dalam bahasa standard.

Dalam kelainan-a dalam bahasa standard, kesejajaran untuk fonem ini terdapat

dalam semua lingkungan penyebaran yang mungkin dalam kata: awal, tengah,

antara vokal dan akhir, sedangkan dalam kelainan-pepet dalam bahasa

standard, fonem ini tidak terdapat dalam lingkungan akhir kata. Pada peringkat

bukan standard, dialek-dialek mempunyai fonem-fonem frikatif velar /y/ atau

frikatif uvular /R/. Jadual yang berikut menggambarkan diafon-diafon untuk /r/

bahasa standard dalam dialek Melayu.

(11)

Page 211: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

211

Dengan merujuk kepada jadual dan contoh-contoh yang di atas, dapat

diwujudkan pengelompokan dialek Melayu menurut variasi-variasi diafonik

daripada fonem /r/. Jika pengelompokan itu didasarkan kepada pengwujudan

fonetik untuk /r/ yang terdapat pada lingkungan awal kata dan lingkungan antara

vokal, maka dua kelompok akan dihasilkan daripada proses ini, iaitu kelompok

Pn-Ked-Pk dan kelompok NS-Kel-Jh-Sr.

Sebaliknya, jika kehadiran atau ketiadaan sesuatu alofon untuk fonem

yang berkenaan dalam lingkungan akhir kata diambil sebagai kriteria

pengelompokan, maka dua kelompok juga yang dihasilkan, tetapi dengan

keanggotaan yang berbeza sedikit daripada yang dihasilkan oleh proses

pengelompokan yang pertama tadi, iaitu kelompok Pn-Ked-Sr dan kelompok Pk-

NS-Kel-Jh.

Page 212: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

212

Kelompok Pn-Ked-Sr dapat dipecahkan lagi kepada subkelompok Pn-

Ked dan subkelompok Sr berdasarkan kepada jenis bunyi yang terdapat dalam

lingkungan akhir kata. Bagi subkelompok Pn-Ked, bunyi ini ialah frikatif faringal,

sedangkan bagi subkelompok Sr, bunyinya ialah frikatif velar.

Bagaimanapun, dengan melihat kepada distribusi geografis dialek-dialek

Melayu, didapati pengelompokan yang lebih dapat dipertanggungjawabkan ialah

pengelompokan cara pertama, iaitu yang berdasarkan pengwujudan fonetik bagi

berbagai-bagai diafon untuk fonem, yang dalam bahasa standard ialah /r/.

Tiap-tiap subkelompok daripada dua kelompok yang terhasil menurut cara

pertama tadi didapati mengalami proses penghilangan dan juga proses

bertahannya variasi alofonik bagi diafon yang berkenaan. Dengan memberi

pertimbangan kepada konteks geografis bagi dialek-dialek Melayu

Semenanjung, didapati bertahannya variasi alofonik tertentu dalam lingkungan

akhir kata berlaku di bahagian barat daya Semenanjung (yakni di Perlis, Kedah

dan Pulau Pinang). Begitu juga di bahagian timur atau selatan, variasi alofonik ini

turut menghilang.

Page 213: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

213

Bertahannya /-y/ yang terdapat dalam lingkungan akhir kata dalam dialek

Melayu Sarawak dapat dijelaskankan, baik dari segi sejarah mahupun geografis.

Diafon /-y/ yang terdapat dalam lingkungan akhir kata dalam dialek Melayu

Sarawak kelihatan dapat memperkuat anggapan bahawa diafon-diafon untuk /r/

pada akhir kata memang telah wujud dalam peringkat awal sejarah bahasa

Melayu, amnya di seluruh Semenanjung serta dalam dialek Melayu Sarawak,

Sabah serta Brunei di Pulau Borneo. Perkembangan yang berlaku kemudiannya

telah menyebabkan hilangnya diafon bagi fonem berkenaan pada lingkungan

akhir kata dalam semua dialek Melayu di Semenanjung, kecuali dalam dialek-

dialek yang terdapat di bahagian barat daya Semenanjung.

Dialek Perak dapat dianggap sebagai dialek yang mewakili peringkat

peralihan bagi perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu. Bagi dialek

Sarawak pula, hadirnya fonem frikatif velar /v/ lebih mendekatkan dialek tersebut

kepada kelompok NS-Kel-Jh, dan bukan kepada kelompok Pn-Ked-Pk. Hal ini

dapat dijelaskan berdasarkan persamaan ciri dalam dialek Sarawak dengan ciri

dalam dialek-dialek yang menganggotai kelompok NS-Kel-Jh, sungguhpun

terpisah oleh lautan. Keadaan terpisah oleh lautan, mungkin itulah yang

menyebabkan dialek Sarawak mempertahankan /-y#/ pada akhir kata, dan ini

merupakan bukti bagi penyimpangan yang dialami oleh dialek Sarawak daripada

perubahan-perubahan yang berlaku terhadap kelompok NS-Kel-Jh pada amnya,

dan dialek Johor khususnya. Bukti-bukti tentang /s/ dan /l/ pada akhir kata ini

Page 214: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

214

menunjukkan betapa dekatnya hubungan antara dialek Sarawak dengan dialek

Johor.

Penyebaran Bunyi Sengau

Satu lagi ciri yang sangat menarik dalam membezakan dialek-dialek Melayu

ialah bunyi nasal dalam lingkungan akhir kata. Daripada empat konsonan nasal

yang wujud dalam bahasa standard, iaitu konsonan-konsonan m, n, ñ dan ń,

hanya konsonan ñ yang tidak dapat berlaku dalam lingkungan akhir kata.

Peristiwa yang sama juga berlaku dalam semua dialek Melayu, kecuali dialek

Kelantan dan Terengganu di pantai timur Semenanjung, yang mempunyai ciri-ciri

tersendiri berhubung dengan konsonan-konsonan nasal.

Kedua-dua dialek Kelantan (Kel) dan Terengganu (Tr) hanya mengizinkan

berlakunya konsonan nasal velar /ń/ dalam lingkungan akhir kata. Bagi dialek

Terengganu, tidak ada kekecualian bagi rumus ini, iaitu kata konsonan nasal

velar ini dapat didahului oleh mana-mana vokal, sedangkan dalam dialek

Kelantan, konsonan ini tidak boleh berlaku sesudah vokal /a/. Dalam

kesepadanan diafonik dengan bahasa standard dan dialek-dialek lain, yang

melibatkan suku kata yang mempunyai rentetan fonem -aN# (N berdiri untuk n,

m atau ń), maka pengwujudan rentetan ini dalam dialek Kelantan ialah /-έ/, yang

memperlihatkan adanya koartikulasi persengauan. Ciri persengauan ini dapat

dianggap sebagai kesepadanan diafonik untuk /a/ dalam bahasa standard dan

Page 215: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

215

dalam dialek-dialek lain, termasuk dialek Terengganu, sungguhpun dalam dialek

Terengganu N terbatas kepada konsonan nasal velar.

Jadual (14) dan juga contoh-contoh pada (15) di atas itu menunjukkan

kedudukan dialek Terengganu sebagai titik pemisah di antara bahasa standard

dan dialek-dialek lain di satu pihak, dengan dialek Kelantan di pihak yang lain.

Ciri nasal pada lingkungan akhir kata dalam dialek Terengganu merupakan ciri

perbezaan yang amat menonjol dalam sistem fonologi dialek Terenggau jika

dibandingkan dengan sistem fonologi bahasa standard dan dialek Johor.

Page 216: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

216

Oleh hal yang demikian, penyebaran ciri-ciri tertentu dalam sesuatu

kawasan itu sekiranya didapati semua garisan isoglosnya adalah selari, ini

bermakna penduduk di kawasan itu semuanya menggunakan ciri yang sama,

sama ada dari segi tatabahasa atau sebutan atau perbendaraan kata. Gejala

isoglos yang selari ini merupakan petunjuk tentang wujudnya kawasan dialek,

seperti yang telah dibincangkan dalam UNIT 2.

Soalan Latihan

1. Huraikan secara ringkas istilah dan konsep yang berikut:

a. Geografi dialek

b. Isoglos

c. Ikatan isoglos

d. Jaringan isoglos

e. Pengunduran isoglos

f. Kawasan peralihan

g. Pemetaan dialek

2. Huraikan dua dimensi geografi dialek.

3. Kajian yang diusahakan oleh ahli-ahli linguistik bandingan dianggap

sebagai salah satu daripada kaedah-kaedah ‘tak langsung’ untuk

mengetahui sejarah perkembangan bahasa. Bincangkan.

Page 217: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

217

Rujukan

Ajid Che Kob (1977). “Dialek Geografi Pasir Mas: Fonologi dan Leksikal ” Tesis

Sarjana Sastera. Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar (1975). “Language in Minority/Majority Group Relations: The

Case of the Diversity of the Malay Dialects”. Workshop on Linguistics

Problems in Minority/Majority Group Relations, Bangkok 13-17 Jnauari

1975.

Asmah Haji Omar (1991). Kepelbagaian Fonologi Dialek Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1992). Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1993). Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 218: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

218

UNIT 8

DIALEK SOSIAL

Pengenalan

Dialek sosial ialah dialek yang dituturkan oleh kelompok sosial tertentu, yang

antaranya termasuklah bahasa diraja, bahasa bukan diraja, bahasa halus dan

sebagainya. Dalam bahagian ini, perbincangan merangkumi bahasa diraja dan

ciri-ciri khusus bahasa diraja, dan perkaitan antara bahasa Melayu kuno, klasik

dan moden.

Objektif

Menghuraikan dan membuat rumusan tentang dialek sosial yang meliputi bahasa

diraja dan bahasa Melayu kuno, klasik dan moden.

Bahasa Diraja

Bahasa diraja ialah bahasa yang digunakan dalam perhubungan kebahasaan,

yang sekurang-kurangnya salah satu pihak itu terdiri daripada keluarga diraja.

Page 219: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

219

Bahasa diraja juga disebut bahasa istana. Oleh hal yang demikian, bahasa diraja

mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakannya dengan bahasa bukan diraja.

Bahasa Diraja dan Bahasa Bukan Diraja

Bahasa bukan diraja ialah bahasa yang digunakan dalam perhubungan yang

tidak menghadapi sekatan-sekatan atau kendala-kendala (constraints) diraja. Hal

ini bermakna, dalam perhubungan tersebut tidak melibatkan pihak yang terdiri

daripada keluarga diraja. Bahasa bukan diraja juga dikenal sebagai bahasa

biasa atau bahasa orang kebanyakan.

Bahasa diraja dan bahasa bukan diraja memiliki sebahagian besar ciri

bersama, baik dari segi perbendaharaan kata mahupun peraturan-peraturan

nahu. Perbezaan antara kedua-dua bahasa ini ialah kepada perbendaharaan

kata dan ungkapan-ungkapan tertentu yang khusus, yang digunakan dalam

bahasa diraja dan yang tidak pula digunakan dalam bahasa bukan diraja.

Bahasa Halus dan Bahasa Diraja

Bahasa diraja ialah bahasa yang halus, tetapi tidak semua bahasa yang halus itu

bahasa diraja. Bahasa halus ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan dengan

penuh sopan santun dan adat tertib dalam semua keadaan. Penggunaan bahasa

Page 220: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

220

halus lazimnya melibatkan pemilihan kata-kata yang halus dalam menyampaikan

mesej dan juga perasaan.

Oleh sebab itu, bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh

dengan adat tertib. Jika sebaliknya berlaku, seseorang itu dikatakan ‘tidak tahu

bahasa’. Hal ini bererti, seseorang itu bukan tidak pandai bercakap dalam

bahasa tersebut tetapi tidak tahu bertutur atau bercakap serta berkelakuan

menurut adat kesopanan oarng Melayu. Oleh sebab itu, dalam penglihatan dunia

orang Melayu, bahasa tidak dapat dipisahkan daripada kelakuan atau perilaku,

dan oleh sebab itu juga timbulnya ungkapan ‘berbudi bahasa’.

Dalam konteks yang di atas, ungkapan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

menggambarkan taraf pendidikan seseorang itu dari segi adat tertib dan sopan

santun, manakala perkataan ‘bangsa’ pula merujuk kepada asal usul dan latar

belakang sosial serta pendidikan seseorang itu. Oleh hal yang demikian, orang

yang menggunakan bahasa yang halus dikatakan terdiri daripada mereka yang

berpendidikan baik, dan begitu jugalah sebaliknya. Bagi ungkapan ‘Bahasa Jiwa

Bangsa’ yang menjadi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka lebih merujuk kepada

usaha yang berlaku dalam perancangan bahasa dan pelaksanaan Dasar

Bahasa. Ungkapan ini menunjukkan bahawa bahasa menjadi lambang bangsa

(nation) yang memperlihatkan peranan bahasa kebangsaan sebagai bangsa

yang berdaulat. Oleh hal yang demikian, bahasa Malaysia ialah lambang bangsa

Malaysia yang berdaulat, iaitu sebagai lawan kepada bahasa-bahasa lain yang

Page 221: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

221

mempunyai fungsi-fungsi khusus atau yang terbatas dalam komuniti tertentu

sahaja.

Konteks Penggunaan Bahasa Diraja

Bahasa diraja digunakan dalam konteks rasmi, baik dalam majlis atau upacara

rasmi mahupun dalam hubungan sosial sahaja. Dalam konteks rasmi, lazimnya

terdapat dua jenis komunikasi, iaitu komunikasi sehala dan komunikasi dua hala.

Komunikasi sehala dalam upacara rasmi meliputi ucapan yang mengalu-alukan

atau menyanjungi Raja, seperti yang Di-Pertuan Agong, Sultan, Raja dan

Permaisuri baginda. Komunikasi sehala juga termasuk ucapan daripada pihak

Raja. Komunikasi dua hala pula yang menggunakan bahasa diraja merupakan

komunikasi dalam perhubungan sosial, iaitu komunikasi dalam kalangan

keluarga diraja; dan antara raja dengan rakyat. Dalam konteks yang terbatas

juga, komunikasi dua hala ini berlaku dalam mesyuarat yang melibatkan Raja-

Raja, seperti Majlis Raja-Raja.

Variasi-Variasi Diraja dan Diglosia Bahasa Malaysia

Tiap-tiap negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai Sultan akan

mempunyai bahasa diraja. Jika bahasa biasa mempunyai dialek-dialek, demikian

juga dengan bahasa diraja, yang memperlihatkan kelainan-kelainan yang disebut

Page 222: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

222

kelainan dialek, seperti dialek Kedah, dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek

Perak dan lain-lain.

Jika dalam bahasa biasa, terdapat dialek-dialek yang berbeza satu sama

lain dari segi perbendaharaan kata dan penyebutan. Demikian juga halnya

dengan bahasa diraja. Bagaimanapun, oleh sebab perbendaharaan kata dan

ungkapan yang memberikan ciri kepada bahasa diraja itu terbatas jumlahnya,

maka perbezaan daripada dialek kepada dialek yang lain itu juga terbatas

jumlahnya. Dengan berdasarkan tanggapan ini, dapat dikatakan bahawa

pelbagai dialek di Semenanjung Malaysia ini mempunyai bahasa diraja yang

sama, tetapi yang berbeza ialah ciri-ciri khusus sahaja, dan yang paling ketara

ialah penyebutannya.

Bahasa biasa mempunyai kelainan standardnya, demikian juga dengan

bahasa diraja, iaitu kelainan standardnya sebagai lawan kepada kelainan bukan

standard. Kelainan standard bagi bahasa biasa, lazimnya digunakan dalam

situasi rasmi, baik dalam komunikasi sehala mahupun komunikasi dua hala. Dari

segi kod bahasa, bahasa standard berpedomankan peraturan-peraturan yang

pada umumnya diakui oleh pengguna bahasa sebagai ’standard’ dari segi

penyebutan, nahu dan perbendaharaan kata. Oleh sebab itu, bahasa standard

memperlihatkan keseragaman, walaupun pada hakikatnya, keseragaman

tersebut tidak mungkin terlaksana seratus peratus. Hal ini terjadi kerana bahasa

Page 223: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

223

merupakan pengwujudan daripada sejumlah pengguna. Namun, kesan

keseragaman tetap ada.

Kelainan standard bagi bahasa diraja ialah bahasa diraja standard, yang

wujud dalam bahasa tulisan dan bahasa upacara rasmi. Kelainan ini juga apabila

Raja daripada negeri-negeri yang berkenaan itu berkomunikasi satu sama lain

dalam konteks sosial dan juga rasmi. Oleh hal yang demikian, Raja-raja tersebut

berusaha mencapai norma-norma standard dalam penyebutan dan

perbendaharaan kata, sama seperti usaha penutur-penutur lain untuk mencapai

bentuk standard dalam pertuturan mereka.

Dalam ilmu sosiolinguistik, terdapat istilah diglosia (diglossia), yang

bermaksud pemisahan kedudukan variasi-variasi bagi sesuatu bahasa yang

menunjukkan pertentangan halus-kasar dan standard-bukan standard. Diglosia

bagi bahasa Malaysia merangkumi pemisahan antara bahasa diraja dengan

bahasa bukan diraja, dan masing-masing mempunyai pemisahan antara bahasa

standard dengan bahasa bukan standard. Bagi bahasa bukan diraja pula,

terdapat satu pemisahan lagi, iaitu bahasa halus dan bahasa kasar. Penjelasan

ini dapat disimpulkan seperti yang berikut.

Bahasa Diraja (+ standard, - standard, + halus)

Bahasa Bukan Diraja (± standard, ± halus)

Page 224: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

224

Ciri-Ciri Khusus Bahasa Diraja

Bahasa Malaysia Diraja ialah bahasa yang mempunyai peraturan-peraturan

nahu dan bunyi bahasa Malaysia. Yang membezakannya daripada bahasa biasa

ialah penggunaan ungkapan-ungkapan dan perbendaharaan kata, yang

lazimnya tidak digunakan dalam bahasa biasa. Walaupun bahasa diraja

mematuhi peraturan nahu bahasa Melayu/Malaysia, tetapi terdapat juga

kecenderungannya kepada bentuk-bentuk nahu tertentu. Selain ciri

pengulangan, terdapat juga ciri pemulukan (kata-kata yang indah-indah) dan ciri

pendinaan.

Ungkapan dan Perbendaharaan Kata

Ungkapan-ungkapan diraja terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

• Ungkapan yang merupakan rutin bahasa (linguistic routines).

• Ungkapan leksis (perbendaharaan kata diraja khusus merupakan

perbendaharaan kata leksis).

Rutin Bahasa

Rutin bahasa ialah ungkapan-ungkapan yang telah jumud, iaitu tidak berubah

baik dari segi bentuk mahupun pengwujudannya. Dari sudut penggunaannya

pula, digunakan dalam konteks-konteks tertentu sahaja, khususnya dalam

Page 225: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

225

memberi penghormatan, memulakan sembah, menyatakan besar hati atau

terima kasih dan sebagainya.

Contohnya :

(1) Daulat Tuanku !

(2) Ampun Tuanku !

(3) Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

(4) Menjunjung Duli Tuanku!

(5) Junjung kasih, Tuanku !

(6) Patik Mohon limpah perkenan Duli Tuanku!

Beberapa contoh rutin bahasa yang di atas itu terdiri daripada ayat penuh dan

lengkap dengan intonasinya, dan setiap satunya mempunyai fungsinya yang

tersendiri dalam komunikasi diraja.

Perbandaharaan Kata Leksis

Perbendaharaan kata leksis ialah perbendaharan kata yang mempunyai makna

denotasi dan makna konotasi. Makna denotasi ialah makna yang nyata yang

disenaraikan tanpa merujuk kepada konteks, misalnya makna dalam kamus.

Makna konotasi pula ialah makna yang timbul nyata hanya apabila ditafsirkan

berdasarkan konteks perkataan tersebut digunakan. Contohnya, kata mahal

mempunyai makna denotasi yang merujuk kepada nilai tinggi sesuatu barang,

yang diseimbangkan dengan harga yang patut dibayar apabila membelinya.

Dalam konteks-konteks tertentu, apabila perkataan ini digunakan, akan

membawa makna yang lain pula, yang tidak berikaitan langsung dengan urusan

jual beli. Misalnya:

Page 226: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

226

(7) Dia jual mahal. Buat apa ajak dia ?

(8) Senyumnya mahal sungguh.

Dalam ayat (7), mahal menimbulkan makna dalam konteks seluruh ayat,

bukan hanya dengan jual; dan dengan makna ‘Dia jual mahal’… itu ialah ‘Dia

sombong’, atau ‘Dia tidak mahu bekerjasama dengan kita.’ Perkataan mahal

dalam ayat (8) pula bermakna ‘sukar diwujudkan/ atau ‘sukar diberi.

Perkataan kata leksis dalam bahasa diraja amat terbatas jumlahnya. Oleh

sebab itu,sesuatu perkataan itu mempunyai pelbagai makna, contohnya:

(9) bersemayam

(i) ‘duduk’, misalnya ‘bersemayam di atas takhta’

(ii) ‘tinggal’, ‘diam’, misalnya bersemayam di istana baharu’

(10) bertitah

(i) ‘berkata’, ‘berucap’

(ii) ‘menurunkan perintah’

Selain itu, perbendaharaan kata diraja juga mempunyai ciri-ciri

‘euphemisme’ yang memberi pengwujudan yang baik kepada makna yang buruk.

Kata-kata ‘euphemisme’ ini lazimnya diambil daripada bahasa biasa dan

diberikan makna yang tersendiri. Contohnya :

(11) buang

makna dalam bahasa biasa: sisihkan, campakkan, dll.

makna dalam bahasa diraja: bunuh

Page 227: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

227

(12) sudah hilang

makna dalam bahasa biasa: sudah lesap.

makna dalam bahasa diraja: meninggal dunia

(13) perlindungan

makna dalam bahasa biasa: tempat berteduh, tempat berlindung

daripada musuh.

makna dalam bahasa diraja: jamban, tandas

Kebanyakan perbendaharaan kata leksis ini terdiri daripada ungkapan-

ungkapan atau rangkaian kata yang jumud sifatnya, contohnya :

(14) datanglah peredaran dunia = meninggal dunia

(15) derma kurnia = pemberian, jasa bakti

(16) limpah perkenan = izin

(17) mencemar duli = datang

(18) berkirim sembah = berkirim salam

Satu ciri yang paling nyata dalam bahasa diraja ialah ganti nama atau

sebutan diri yang khusus.

Tiap-tiap perkataan leksis dalam bahasa diraja mempunyai makna

denotasi, dan jika perlu boleh digunakan untuk membawa makna konotasi.

Perkataan leksis tersebut mungkin terdiri daripada sesuatu kata atau rangkaian

kata juga. Tiap-tiap kata leksis bahasa diraja itu mengingatkan kita kepada

bahasa klasik yang kata-katanya diturunkan dari zaman dahulu atau zaman

Page 228: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

228

klasik tanpa banyak perubahan. Antara contoh bahasa klasik ialah bahasa yang

terdapat dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-Raja Melayu, dan

lain-lain, yang dianggarkan bertarikh pada sekitar abad ke-17 dan ke-18.

Namun, dengan berkembang pesatnya bahasa Malaysia pada hari ini,

didapati perbendaharaan kata yang sedia ada itu tidak menunjukkan adanya

pertambahan. Perubahan-perubahan sosial yang berlaku pada abad ini telah

menyebabkan berlakunya pengguguran banyak kata dan ungkapan dalam

bahasa diraja.

Ciri-Ciri Nahu

Nahu bahasa diraja ialah nahu bahasa Malaysia am. Sistem dan struktur yang

digunakan dalam bahasa diraja adalah sama dengan sistem dan struktur bahasa

Malaysia am. Bagaimanapun, bahasa diraja cenderung dan kerap menggunakan

penambah dan konstruksi tertentu yang memberi ciri nahu yang dikenal

sebagai ciri bahasa diraja.

Penambah

Dalam bahasa diraja terdapat dua penambah yang secara jelas menandai

bahasa ini, iaitu awalan per- dan akhiran -nda. Pada waktu yang sama, kedua-

dua penambah ini digunakan secara meluas dalam bahasa biasa juga, terutama

Page 229: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

229

dalam bahasa persuratan. Bagaimanapun, kedua-dua penambah ini amat ketara

penggunaannya dalam bahasa diraja, seperti contoh yang berikut:

Penambah per-

Penambah per- pada kata kerja membawa makna ‘sebab musabab’ (Lihat

Asmah Haji Omar (2014). Dalam fungsi makna ini, per- memperlihatkan

persamaan dengan -kan. Oleh hal yang demikian, pengguna bahasa dapat

memilih per- atau -kan bagi menerbitkan sesuatu kata kerja. Contohnya:

(19) (i) memperbesar : membesarkan

(ii) mempertinggi : meninggikan

(iii) Mempersatu : menyatukan

Asmah Haji Omar menjelaskan bahawa contoh-contoh penggunaan per- dan

-kan yang diberikan di atas tidaklah saling menyisihkan kerana kedua-duanya

boleh digunakan dalam satu perkataan yang sama, misalnya:

(20) memperbesarkan, mempertinggikan, mempercantumkan

Menurutnya lagi, daripada kesan sepintas lalu, per- dan -kan tidak

memperlihatkan perbezaan makna kerana kedua-duanya membawa makna

‘sebab-musabab’. Dari segi nahunya pula, kedua-duanya berfungsi pada kata

kerja, dan oleh sebab itu mempunyai fungsi karyaan. Yang membezakan satu

sama lain ialah tempat yang diduduki oleh masing-masing dalam hubungannya

Page 230: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

230

dengan kata dasar, iaitu per- adalah awalan, manakala -kan adalah akhiran.

Bagaimanapun, jika diteliti dan diperhalus, terdapat perbezaan antara per- dan

-kan. Perbezaannya bukan terletak pada medan makna umum yang didukung

oleh kedua-duanya, iaitu makna ‘ sebab-musabab’, tetapi terletak pada konotasi

atau suasana yang diwujudkan.

Menurut Asmah lagi, awalan per- membawa gema keseriusan,

kemegahan, keagungan atau kebesaran sesuatu tindakan itu. Oleh sebab itu,

perkataan mempertinggi membawa gema kemegahan yang tidak dirasakan pada

meninggikan; dan memperbesarkan membawa gema keseriusan yang tidak ada

pada membesarkan. Bagi penambahan akhiran -kan pada kata kerja yang

menerima awalan per- akan memperteguh lagi gema kegemahan dan

sebagainya.

Dengan berdasarkan huraian yang di atas itu, dalam bahasa diraja,

pengertian ‘sebab-musabab’ itu lebih kerap dibawa oleh per- atau per-..-kan

dan bukan oleh -kan. Antar contoh yang sering ditemui dalam bahasa diraja

adalah seperti yang berikut:

(21) (i) perjamukan (memperjamukan, diperjamukan)

(ii) permuliakan (mempermuliakan, dipermuliakan)

Page 231: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

231

Perkaitan Bahasa Melayu Kuno, Klasik dan Moden

Bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang terdapat pada prasasti atau batu

bersurat yang ditemui di Sumatera Selatan dan di Pulau Bangka, yang bertarikh

pada abad ke-7 Masihi, iaitu pada zaman kerajaan Sriwijaya. Antaranya

termasuklah prasasti Telaga Batu, Talang Tuwo, Karang Berahi, Kota Kapur dan

Kedukan Bukit. Bahasa yang tertulis pada prasasti-prasasti tersebut mewakili

bahasa Melayu yang paling tua yang pernah dirakamkan. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan pada prasasti-prasasti tersebut

bukan sahaja berlainan dengan bahasa Melayu yang digunakan pada hari ini,

bahkan dengan bahasa Melayu abad ke-13 yang dijumpai di Kuala Terengganu,

dan demikian juga dengan bahasa Melayu yang terdapat dalam Sejarah Melayu

yang bertarikh abad ke-17. Oleh sebab bahasa Melayu yang digunakan pada

abad ke-7 itu tidak dapat difahami, hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu

Kuno (BMKn) itu ialah bahasa yang berbeza sekali daripada bahasa Melayu

Klasik (BMKl) dan juga Bahasa Melayu Moden (BMM). Bahasa Melayu abad ke-

13 dan ke-17 dinamakan Bahasa Melayu Klasik (BMKl).

BMKn dan BMKl dapat dibezakan melalui tiga faktor, iaitu

perbendaharaan kata, nahu dan bunyi bahasa.

Dari segi perbendaharaan kata, walaupun terdapat perbezaan antara

BMKl dan BBM, tetapi sebahagian besar perbendaharaan kata dalam BMKl

Page 232: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

232

masih dapat dikenali dan difahami, kecuali perkataan-perkataan yang bersifat

‘teknikal’. Antaranya termasuklah perkataan-perkataan yang berkaitan dengan

adat istiadat pada waktu itu.

Perbendaharaan kata dalam BMKn banyak sekali melibatkan kata-kata

Sanskrit kerana bahasa yang terukir pada prasasti-prasasti yang berkenaan ialah

bahasa dalam tatatingkat sosial yang tinggi, iaitu bahasa yang digunakan oleh

raja yang memerintah. Bagaimanapun, apabila diteliti perkataan-perkataan

Melayu asli yang terukir pada prasasti-prasasti tersebut, didapati perkataan-

perkataan itu sudah menjadi asing bagi kita.

Wujudnya perbezaan antara perkataan-perkataan dalam BMKn dengan

BMM disebabkan oleh faktor- faktor yang berikut:

(i) Perkataan-perkataan itu tidak wujud lagi, bahkan tidak juga ditemui

dalam bahasa Sejarah Melayu, seperti perkataan tuvi (= dengan),

hulubalang (= kerajaan besar), dhawa (= sangat, terlalu), inan

(= itu), tapik (= pukul, berusaha), tamwal (= sirih), tlu (= tiga), wela

(= batas), wala (kekuasaan), parlak (= kebun) dan sarak (= pisah).

(ii) Ada juga perkataan-perkataan yang dapat dikesan, tetapi hanya

setelah difahami akan kesejajaran antara bunyi yang terdapat dalam

perkataan-perkataan itu dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu

sekarang, misalnya kesejajaran w-b dalam BMKn. Contohnya ialah

Page 233: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

233

wunuh (= bunuh), tuwa (= tuba), wuat (= buat), wuah (= buah),

wuluh (= buluh), warang (= barang) dan lain-lain.

(iii) Perkataan-perkataan yang dilihat biasa tetapi telah mengalami

perubahan makna. Sebagai contoh, dalam BMKn terdapat perkataan

kita (= kamu untuk pengertian mufrad/tunggal), kamu (= kamu untuk

pengertian jamak), tmu atau těmu (= mendapat), sepuluh dua (=

dua belas), dan sebagainya.

Dari segi nahu pula, terdapat perbezaan antara nahu BMKn dengan nahu

BMKl dan BMM, terutamanya dari sudut penggunaan awalan dan akhiran. Nahu

BMKl dan BMM telah jauh menyimpang daripada BMKn. Awalan-awalan yang

terdapat dalam BMKn telah digantikan dengan awalan-awalan lain atau

digugurkan sama sekali, sama ada dalam bahasa Melayu abad ke-13 dan abad

ke-17, mahupun dalam bahasa Melayu kini. Sebagai contoh, awalan ni- dalam

BMKn digunakan sebagai awalan kata kerja pasif, misalnya perkataan nisuruh

(= disuruh), niwunuh (= dibunuh), dan nisumpah (= disumpah). Dalam

BMKl dan BMM, di tempat ni- terdapat di- .

Dalam BMKn, awalan kata kerja aktif mem-, mang- atau man-

dihubungkan dengan me- (dan alomorf-alomorf lain) dalam BMKl dan BMM,

seperti perkataan mangujari (= menghubungi), manghidupi

(= menghidupkan), mamava (= membawa), dan manglari (= melarikan diri).

Page 234: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

234

Demikian juga dengan awalan mar- yang terdapat dalam BMKn telah

digantikan dengan ber- dalam BMKl dan BMM, seperti perkataan marvuat (=

berbuat), marvuddhi (= berhubung), marlapas (= berlepas) dan marsarak (=

berpisah).

Di samping itu, dalam BMKn terdapat juga awalan maka- dalam

makagila ( = menjadikan gila), makasakit (= menyakiti), dan makalangit (=

merosakkan fikiran), dan kemudian perkataan-perkataan tersebut tidak ada lagi

digunakan dalam BMKl dan BMM.

Dari sudut bunyi bahasa atau sistem fonologi dalam BMKn adalah sukar

untuk dijelaskan kerana bahasa abad ke-7 ini dianggap sudah mati. Tambahan

pula bunyi bahasa ini tidak pernah kita dengar, dan yang dapat dilakukan

hanyalah pentafsiran huruf-huruf yang melambangkan bunyi-bunyinya.

Bagaimanapun, teks yang terpahat pada prasasti-prasasti yang ditemui dapat

diteliti setelah melalui dua jenis peralihan, iaitu:

(i) Peralihan daripada bentuk bunyi bahasa yang sebenarnya dituturkan oleh

orang-orang di Sumatera Selatan pada abad ke-7 kepada lambang-lambang

tulisan yang berasal dari alam bahasa yang berbeza sama sekali dengan alam

bahasa Melayu, iaitu alam bahasa Dravidia di India Selatan. Hal ini bermakna,

teks prasasti itu ditulis dalam huruf Palawa yang kemudian menurunkan huruf

Tamil yang ada sekarang ini. Oleh sebab itu, jika adapun bunyi Melayu, tetapi

tidak dapat terhasil bunyi sebenarnya melalui huruf-huruf Palawa itu. Oleh hal

Page 235: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

235

yang demikian, ada kemungkinan juga penulis atau pengukir teks tersebut

menggunakan huruf yang merupakan lambang bagi bunyi yang penyebutannya

seakan-akan dengan penyebutan yang dimaksudkan itu. Sebagai contoh,

lambang untuk hentian glotis tidak terdapat dalam kebanyakan sistem tulisan,

kecuali dalam system tulisan Arab yang melambangkan hentian glotis dengan

huruf hamzah (G). Sistem tulisan Palawa dan Devanagari (Sanskrit) di India juga

tidak mempunyai lambang seperti itu. Demikian juga dengan tulisan bahasa

Thai yang diturunkan daripada sistem Devanagari.

(ii) Peralihan daripada teks huruf Palawa kepada huruf teks Rumi. Usaha-

usaha yang telah dilakukan oleh Prof. Poerbatjaraka dan Prof. Casparis misalnya

telah menghadapi pelbagai kendala. Antara permasalahan yang dialami ialah

kemampuan mereka setakat mentafsirkan maklmuat yang terdapat dalam huruf

Palawa. Selain itu, tulisan Rumi bukanlah merupakan sistem tulisan yang

melambangkan bunyi sebenar dalam bahasa Melayu.

Sistem Vokal

BMKn hanya mempunyai tiga vokal sahaja, iaitu i, a, u, yang dapat hadir dalam

semua lingkungan, iaitu awal, tengah dan akhir kata. Di samping itu, terdapat

juga vokal yang ditandai oleh ciri-ciri kepanjangan, seperti kāmu, datūa, hāji,

dan nicāri. Berdasarkan teks tersebut juga, tidak dapat dipastikan adakah

kepanjangan itu merupakan fonemik, iaitu vokal panjang tersebut menimbulkan

pertentangan makna dengan vokal yang sama tetapi tidak ditandai oleh

kepanjangan?

Page 236: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

236

Vokal-vokal panjang itu terdapat dalam suku kata praakhir, tetapi tidak

semua vokal praakhir itu menerima ciri kepanjangan ini, seperti perkataan

vunuh, sumpah, vukan, tuvi, uram dan lavan. Oleh hal yang demikian,

kepanjangan itu bukanlah ciri yang mesti ada dalam suku kata praakhir, atau ciri

yang dapat diramalkan. Yang jelasnya, kepanjangan itu vokal itu pasti ada pada

perkataan-perkataan yang tertentu sahaja.Kedaan ini menjadikan kita cenderung

untuk membuat kesimpulan bahawa ciri kepanjangan vokal pada waktu itu

adalah fonemik. Dengan data yang agak terbatas ini, tidak memungkinkan kita

menimbulkan pertentangan antara vokal panjang dengan vokal pendek.

BMKn tidak mempunyai vokal pepet yang direkonstruksi untuk bahasa

Austronesia Purba (AP) yang mempunyai empat vokal, iaitu *i, *ě, *a, *u. Gejala

ini berlaku mungkin disebabkan oleh keadaan seperti yang berikut:

(i) Vokal pepet ě gugur dalam proses penurunan BMKn daripada AP,

seperti yang berlaku kepada dialek Brunei apabila vokal tersebut

gugur dalam proses penurunan dialek itu daripada bahasa Melayu

Induk.

(ii) Vokal tersebut telah sedia ada dalam bahasa Melayu Induk, tetapi

tulisannya tidak tergambar atau terpahat pada mana-mana batu

bersurat kerana terdapat perkataan dngan (děngan), tlu (Jawa:

tělu) dan tngah (těngah).

Page 237: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

237

Daripada kedua-dua kemungkinan yang di atas itu, kemungkinan yang

pertama lebih dapat dipertanggungjawabkan berbanding dengan yang kedua.

Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya awalan mar- dan mam- (bukan *měr-

dan měm- ), ka-an bukan kě-an dan perkataan seperti galar (bukan gělar),

lapas (bukan lěpas), dan wanua (bukan wěnua = benua).

Selain itu, dalam teks yang tertulis pada prasasti-prasasti juga terdapat

penggunaan e-taling, atau vokal depan separuh sempit e. Vokal ini hanya

terdapat dalam bahasa Sanskrit yang terhasil daripada proses peleburan yang

berlaku pada a dan l, iaitu a + l � e. Teks-teks yang ditranskripsikan itu tidak

menampakkan adanya diftong aw dan ay. Vokal-vokal rangkapnya ialah ai, au

dan ua, seperti perkataan air, samwau (= perahu), dan vuat (= buat). Rangkap

iu berlaku dalam gabungan dua morfem, seperti perkataan niujari (=

dikatakan), iaitu ni + ujar + i. Bagaimanapun, tidak ada rangkap ia, tetapi di

tempatnya terdapat iya, misalnya iya (= ia).

Sistem Konsonan

Daripada aspek konsonan, bunyi-bunyi dan ciri-cirinya yang ada dalam BMKn

tidak terdapat dalam BMKl dan BMM. Bunyi yang jelas terdapat dalam BMKn

ialah v yang berbeza dengan fonem w. Bunyi konsonan ini tidak terkesan dalam

BMKl, tetapi dalam BMM, bunyi ini terdapat dalam kata-kata pinjaman daripada

bahasa Inggeris, seperti perkataan variasi, universiti, novel dan van.

Page 238: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

238

Fonem v ini diturunkan kepada BMKl dan BMM sebagai b, seperti vunuh

(= bunuh), vanyak (= banyak), vukan (= bukan, walaupun dengan perubahan

makna), vini (= bini) dan vuat (= buat). Oleh hal yang demikian, b yang terdapat

dalam BMM hari ini diturunkan daripada v dan juga w. Konsonan b juga tidak

wujud dalam BMKn, kecuali bagi kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit.

Skema yang berikut dapat menunjukkan peleburan ciri-ciri fonetik w dan v ke

dalam b.

Skema (1)

BMKn w v

BMKl, BMM b

Bunyi-bunyi plosif p, t, d, k dan g terdapat dalam BMKn. Dengan

berdasarkan transkripsi teks-teks prasasti yang diusahakan oleh para sarjana,

didapati wujud k pada akhir kata, seperti vanyak dan tapik. Oleh sebab tulisan

tersebut merupakan tulisan Palawa yang tidak mempunyai tanda hentian glotis,

maka huruf yang melambangkan k itu mungkin digunakan untuk tujuan

memberikan lambang kepada bunyi hentian glotis. Demikian juga dengan g,

tidak ada contoh yang menunjukkan kewujudannya pada akhir kata.

Konsonan-konsonan nasal m, n, ny, dan ng juga terdapat dalam BMKn,

dan penyebarannya adalah sama dengan konsonan-konsonan seperti itu dalam

Page 239: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

239

bahasa Melayu standard sekarang ini. Dalam BMKn juga mempunyai m pada

akhir kata yang merupakan m yang tidak bersuara.

Dalam BMKn, gejala pelemahan bunyi pada akhir kata ialah h, seperti

pada perkataan luvih (= lebih), sumpah (= sumpah) dan vunuh (= bunuh). Hal

ini menunjukkan bahawa pelemahan h itu hanya berlaku dalam lingkungan akhir

kata kerana dalam lingkungan sebelum dan antara vokal, h tidak mengalami

proses tersebut. Antara contoh yang diperoleh ialah haji (= raja) dan

huluntuhanku (= kerajaanku).

Konsonan frikatif s dapat hadir dalam semua ingkungan, iaitu awal,

tengah dan akhir kata. Demikian juga dengan konsonan-konsonan lateral l dan

getaran r. Dengan adanya bunyi getaran r, BMKn tidak mempunyai konsonan

frikatif ř.

Konsonan c dan j dalam BMKn hanya berlaku dalam lingkungan sebelum

dan antara vokal, sama seperti dalam BMKl dan BMM. Demikian juga dengan

separuh vokal w dan y yang mempunyai penyebaran yang sama dengan

konsonan-konsonan yang serupa dalam BMKl dan BMM.

Dalam BMKn, rangkap-rangkap konsonannya terdiri daripada jenis nasal-

oral dan jenis yang tidak dibentuk berdasarkan pola ini, rangkap jenis yang

pertama ialah:

Page 240: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

240

(1) mw samwua (= sampan)

mp sumpah (= sumpah)

nyc manycyak (= cukup)

ngh manghidupi (= menghidupkan)

Oleh hal yang demikian, kita dapat menjangkakan bahawa rangkap-rangkap

nasal-oral dan lainnya wujud dalam BMKn.

Rangkap-rangkap yang tidak termasuk dalam jenis nasal-oral ini ialah tl,

rl, dng, dan tm, yang unsur keduanya terdiri daripada konsonan likuida (l atau r

atau nasal. Unsur pertama lazimnya terdiri daripada konsonan plosive.

Contohnya:

(2) tlu = tiga

parlak = kebun

dngan = dengan

tmu = dapat

Fonologi Bahasa Melayu Klasik (BMKl)

Dengan berdasarkan teks tertulis dalam BMKl, didapati sistem konsonannya

adalah sama dengan sistem konsonan yang terdapat dalam BMM. Asmah Haji

Omar telah membuat tinjauan terhadap BMKl ini dan menimbulkan persoalan

tentang bunyi yang dilambangkan oleh ‘r’ dalam tulisan Rumi atau ‘ر ‘ (ra)

dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang tertulis pada batu bersurat Kuala

Page 241: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

241

Terengganu itu menggunakan huruf ‘ر’ seperti perkataan raja, ramai, marah,

dan barang. Menurut Asmah lagi, jika kita membuat andaian bahawa bahasa

dalam Sejarah Melayu itu ialah transkripsi penyebutan dialek Melayu Johor pada

abad ke-17, walaupun penyebutan itu ialah penyebutan bahasa golongan atasan

sahaja, maka kesimpulan yang dapat dibuat ialah pertuturan kelainan bahasa

Melayu tersebut mempunyai bunyi getaran alveolar r dan bukan frikatif velar r.

Jika fonemnya ialah frikatif ř, maka sudah pasti huruf ‘ر’ itu tidak digunakan, dan

di tempatnya tentunya wujud غ (ghain). Oleh hal yang demikian, perkataan raja,

ramai, marah dan barang akan dituls sebagai اجP ( bukan اج ر ), nakub ( QRاP

اQR ر.( dan seterusnya. Huruf ‘ر’ juga wujud dalam lingkungan akhir kata,

seperti perkataan STر (benar), UTر (besar) dan TVر (lebar). Dalam hal ini, ada dua

kemungkinan yang berlaku. Pertama, ‘ر’ yang wujud pada akhir kata itu ialah

bentuk ucapan dalam dialek Johor yang dituturkan oleh golongan atasan pada

abad ke-17; dan kedua, ‘ر’ itu disenyapkan pada lingkungan akhir kata mungkin

disebabkan oleh rekonstruksi dalaman yang berlaku pada perkataan-perkataan

yang disebutkan di atas.

Untuk melihat sistem vokal dalam BMKl, ternyata bentuknya tidak dapat

ditentukan jika hanya berdasarkan tulisan, seperti dalam Sejarah Melayu dan

juga hikayat-hikayat yang terhasil sezaman dengannya, yang bermula dengan

tulisan Jawi dan kemudian beralih kepada tulisan Rumi. Sesungguhnya sistem

tulisan Jawi ialah sistem tulisan Arab yang telah diubah suai dan menghasilkan

tiga vokal sahaja, iaitu i, a dan u. Oleh hal yang demikian, pewujudan vokal-

Page 242: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

242

vokal dalam bahasa Melayu berdasarkan kepad vocal yang paling dekat.

Contohnya, و sebagai lambang vokal u yang dapat juga berdiri sebagai

lambang o atau diftong aw.

Berdasarkan rekonstruksi dalaman, bahasa Melayu Induk mempunyai

enam vokal. Apabila BMKl mempunyai masyarakat penutur yang sama dengan

dialek Johor, maka dapat diandaikan bahawa BMKl juga mempunyai enam

vokal, iaitu vokal yang sama dengan dialek Johor atau Bahasa Melayu Induk.

Apabila pentaksiran kata vokal dibuat menurut andaian, maka

penyebarannya juga boleh dilakukan secara pengandaian.Perkaitan rapat antara

dialek Johor dengan BMKl dapat dijadikan asas bagi mengendalikan penyebaran

vokal-vokal dalam BMKl. Hal ini bermakna penyebaran vokal-vokal dalam BMKl

adalah sama dengan penyebaran vokal-vokal dalam dialek Johor. Seperti yang

telah disebutkan sebelum ini bahawa vokal-vokal tersebut selaras

penyebarannya dengan vokal-vokal yang terdapat dalam dialek-dialek yang lain.

Kekecualian yang nyata ialah penyebaran vokal e-pepet dalam lingkungan akhir

kata yang merupakan ciri khusus dialek Johor sebagai kesejajaran dengan -a

dan -ô dalam dialek-dialek yang lain. Persoalan yang timbul ialah adakah dalam

BMKl terdapat e-pepet pada akhir kata? Dalam Bahasa Melayu Induk yang

dikonstruksi, vokal tersebut ialah -a. Jika hal yang demikian itu, adakah BMKl

mempunyai -a pada akhir kata, dan bukannya e-pepet?

Page 243: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

243

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa bahasa Melayu Induk

lebih tua usianya, dan mungkin sama tua dengan BMKn yang bertarikh abad ke-

7. Bahasa yang terdapat dalam Sejarah Melayu pula bertarikh abad ke-17 yang

mewakili zaman masyarakat Melayu yang telah mengenal huruf, walaupun

dalam kalangan tertentu sahaja. Kegiatan penulisan dan perakaman dalam

bentuk tulisan telah menstabilkan penyebutan bahasa sebagai model bagi

masyarakat penutur pada amnya.Oleh sebab usia bahasa dalam Sejarah Melayu

itu masih dekat dengan zaman kita, maka tidaklah jauh jika kita mengandaikan

bahawa penyebaran vokal BMKl itu sama dengan dialek Johor sekarang ini.

Kesimpulan

Dalam membicarakan perbandingan antara Bahasa Melayu Induk, BMKl dan

BMM, adakah BMKl itu merupakan lanjutan daripada BMKn; dan BMM pula

lanjutan daripada BMKl seperti yang diperlihatkan dalam skema (2) yang berikut.

Skema (2)

BMKn

BMKl

BMM

Page 244: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

244

Skema (2) di atas seolah-olah menunjukkan bahawa BMKl adalah salah satu

lanjutan daripada Bahasa Melayu Induk. Namun hal ini tidak memastikan

bahawa semua yang diturunkan itu mesti sama dengan bahasa yang

menurunkannya. Perubahan pasti telah berlaku. Oleh hal yang demikian,

rekonstruksi sistem fonem Bahasa Melayu Induk yang diperlihatkan dalam

skema (2) di atas itu membuktikan bahawa perbendaharaan kata fonem adalah

berbeza antara BMKn dengan Bahasa Melayu Induk.

Dari sudut nahu pula, terutamanya yang berkaitan dengan kata awalan

dan akhiran telah meletakkan BMKn pada satu pihak yang berasingan daripada

BMKl dan BMM. Dalam BMKn terdapat bentuk-bentuk yang tidak lagi digunakan

dalam BMKl dan juga BMM, seperti beberapa contoh yang telah disebutkan

sebelum ini. Demikian juga dengan awalan ni- dan mar- telah berubah menjadi

di- dan ber- dalam proses perkembangannya, manakala awalan maka- gugur

dalam proses tersebut. Bagaimanapun, awalan maka- terdapat dalam Bahasa

Jawa Kuno, dan sehingga kini masih wujud dalam bahasa-bahasa tertentu di

Sulawesi dan di Sabah.

Akhiran kata kerja yang ada dalam BMKn itu ialah akhiran -i sahaja,

seperti dalam niujari (= diujarkan), manakala akhiran -kan tidak ditemui. Yang

nyata terdapat perkataan akan yang menggandingkan kata kerja dengan

objeknya dalam frasa kerja transitif. Hal ini dapat dirumuskan bahawa akhiran

-kan yang digunakan sekarang ini merupakan hasil perkembangan daripada

Page 245: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

245

penggandingan kata pengantar objek akan dengan kata kerja sebelumnya,

misalnya dalam ungkapan niparsumpah akan kamu (= kamu disumpahi).

Fungsi akan seperti itu masih terdapat dalam bahasa Sejarah Melayu dan

hikayat-hikayat. Contohnya, melihat akan dia, mendengar akan dia, dan

sebaginya. Dalam BMM, penggunaan akan seperti ini terdapat dalam

penggunaan bahasa atau kod yang terbatas, seperti dalam upacara akad nikah,

iaitu ungkapan Aku nikah akan dikau.

Perbandingan yang berkaitan dengan perbendaharaan kata juga

memperlihatkan bahawa jarak di antara BMKn dan BMKl adalah lebih luas

daripada di antara BMKl dan BMM. Kenyaan ini diperkukuh lagi oleh sistem

pembentukan kata bilangan yang menunjukkan bahawa konsep ‘belas’ tidak

ditemui dalam BMKn. Dalam BMKn, konsep ini didukung oleh rangkai kata yang

jelas menunjukkan pencampuran sepuluh dengan bilangan berikutnya, iaitu

konsep ‘dua belas’ diwujudkan sebagai sepuluh dua.

Faktor-faktor fonologi yang disokong oleh faktor nahu dan

perbendaharaan kata, dengan jelas menunjukkan bahawa BMKl bukanlah

turunan langsung daripada BMKn, tetapi BMKl merupakan salah satu turunan

daripada Bahasa Melayu Induk. Seperti yang terakam dalam Sejarah Melayu

bahawa BMKl berpusat di daerah Semenanjung Selatan, maka dapat dikatakan

bahawa BMKl adalah salah satu kelainan yang tua daripada dialek Johor.

Page 246: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

246

Hubungan kelainan tersebut dengan dialek Johor dengan dialek-dialek Melayu

yang lain merupakan hubungan dialek sejarawi (historical dialect).

Oleh hal yang demikian, BMKn sebenarnya ialah bahasa yang tersendiri.

Hubungan antara bahasa tersebut dengan Bahasa Melayu Induk , dan kemudian

dengan BMKl merupakan hubungan antara dua bahasa yang berbeza, tetapi

mempunyai perkaitan kekeluargaan yang dekaat. Keadaan ini memperlihatkan

bahawa BMKn dan Bahasa Melayu lnduk diturunkan daripada satu bahasa purba

yang sama, yang disebut Bahasa Melayu Purba. Hubungan kedua-dua bahasa

tersebut dengan dialek-dialek Melayu dapat digambarkan seperti dalam skema

(3).

Skema (3)

Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Kuno (BMKn) Bahasa Melayu Induk

Bahasa Melayu Klasik (BMkl)

Da Db Dn

Bahasa Melayu Moden (BMM) Johor

Page 247: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

247

Da, Db…Dn dalam skema tersebut mewakili dialek-dialek Melayu

sekarang ini. Kita dapat juga mengandaikan bahawa Da, Db…Dn itu juga

mempunyai bentuk klasik masing-masing, atau kelainan yang lebih tua

daripada yang ada sekarang ini. Skema (3) itu juga memperlihatkan bahawa

BMM merupakan lanjutan daripada BMKl, dan bukan lanjutan langsung

daripada dialek Johor, tetapi mempunyai hubungan dialek dengan dialek Johor..

Kita juga dapat melihat bahawa hubungan BMM atau bahasa Malaysia

(standard) lebih dekat dengan dialek Johor berbanding dengan dialek-dialek

Melayu yang lain.

Soalan Latihan

1. Huraikan dengan ringkas istilah dan frasa di bawah ini.

a. Dialek sosial

b. Diglosia

c. Rutin bahasa

d. Perbendaharaan kata leksis

2. Huraikan ciri-ciri khusus dan kelainan-kelainan standard antara bahasa

biasa dengan bahasa diraja?

3. Bincangkan perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik

dan Bahasa Melayu Moden.

Page 248: DIALEKTOLOGI DAN LARAS BAHASA BBM 3303vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm3303_1551860272.pdf · dalam bidang sosiolinguistik, dan perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Beliau pernah

248

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood (1971). Fonem Dialek Kelantan, latihan ilmiah untuk

ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar (1985). Bahasa Diraja. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Asmah Haji Omar (1992). Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.