pengenalan sistem residen

7
Pengenalan sistem residen Struktur sosioekonomi tanah Melayu telah berubah kesan daripada kolonialisme British. British telah memperkenalkan sistem residen yang memberi tamparan kepada penguasaan ekonomi masyarakat tradisional tempatan. Perubahan struktur sosioekonomi adalah berbeza mengikut negeri dan pemerintahan residen itu sendiri. Seperti yang dapat kita dalam ulasan dokumen 1 di mana negeri Kedah telah menerima seorang penasihat British dalam membantu kerajaan negeri Kedah. Sebarang perkara berkaitan dengan ekonomi di negeri kedah harus merujuk kepada penasihat British. Walau apapun keadaannya, kehadiran kuasa residen yang diperkenalkan oleh British telah menyebabkan perubahan besar dalam struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Hal ini disebabkan kehilangan kuasa pembesar sebagai tempat kepada rakyat untuk merujuk perkara yang berkaitan dengan ekonomi mahupun sosial. Pengenalan sistem residen oleh kolonial memberikan kesan kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kehadiran residen bertujuan untuk mengkoreksi minda mereka mengikut kepakaran masing-masing dalam menjalankan dasar British. Setiap perkara pula perlu mendapat persetujuan daripada atasan Penasihat British di London. Kita dapat menilai bahawa semua ini telah mengubah struktur sosioekonomi. Perubahan ini adalah disebabkan penguasaan residen menafikan kuasa raja atau sultan yang memerintah. Oleh itu, pengenalan sistem residen merupakan kesan kolonialisme yang mengubah struktur sosioekonomi masyarakat

Upload: azuantakdir

Post on 06-Feb-2016

98 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

residen

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Sistem Residen

Pengenalan sistem residen

Struktur sosioekonomi tanah Melayu telah berubah kesan daripada kolonialisme British. British

telah memperkenalkan sistem residen yang memberi tamparan kepada penguasaan ekonomi

masyarakat tradisional tempatan. Perubahan struktur sosioekonomi adalah berbeza mengikut

negeri dan pemerintahan residen itu sendiri. Seperti yang dapat kita dalam ulasan dokumen 1 di

mana negeri Kedah telah menerima seorang penasihat British dalam membantu kerajaan negeri

Kedah. Sebarang perkara berkaitan dengan ekonomi di negeri kedah harus merujuk kepada

penasihat British. Walau apapun keadaannya, kehadiran kuasa residen yang diperkenalkan oleh

British telah menyebabkan perubahan besar dalam struktur sosioekonomi masyarakat tradisional

tempatan. Hal ini disebabkan kehilangan kuasa pembesar sebagai tempat kepada rakyat untuk

merujuk perkara yang berkaitan dengan ekonomi mahupun sosial.

Pengenalan sistem residen oleh kolonial memberikan kesan kepada struktur

sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kehadiran residen bertujuan untuk mengkoreksi

minda mereka mengikut kepakaran masing-masing dalam menjalankan dasar British. Setiap

perkara pula perlu mendapat persetujuan daripada atasan Penasihat British di London. Kita dapat

menilai bahawa semua ini telah mengubah struktur sosioekonomi. Perubahan ini adalah

disebabkan penguasaan residen menafikan kuasa raja atau sultan yang memerintah. Oleh itu,

pengenalan sistem residen merupakan kesan kolonialisme yang mengubah struktur sosioekonomi

masyarakat tradisional tempatan dari aspek kekuasaan sultan dan penguasaan ekonomi oleh

British.

British memperkenalkan undang-undang tanah

Kolonialisme British telah mengubah kaedah pemilikan tanah yang dipraktikkan sebelum ini

iaitu sistem hak milik tanah secara adat tidak bersesuaian dengan sistem ekonomi bebas. British

telah memperkenalkan beberapa undang-undang tanah untuk mengeksploitasi ekonomi secara

maksimum.

Di samping itu, British juga berhak terhadap tanah yang tidak diusahakan atau tanah

hutan. Keadaan ini sekali gus mengubah landskap kehidupan sosioekonomi masyarakat Melayu

untuk mengubah corak ekonomi sara kepada ekonomi kapitalis acuan British. Sebelum

Page 2: Pengenalan Sistem Residen

kedatangan British, hal berkaitan dengan pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi

persoalan utama dalam kehidupan masyarakat Melayu. Segala hal yang berkaitan dengan kadar

cukai atau ekonomi yang mahu diusahakan di atas tanah berkenaan mestilah mendapat kebenaran

daripada para pembesar. Kebenaran yang sama mesti juga diperoleh oleh mana-mana golongan

yang mahu mengusahakan sesuatu bidang tanah. Ini juga bermakna tanah merupakan sumber

ekonomi dan tunggak kuasa politik serta mencerminkan kedudukan sosial para pembesar

Melayu. Menurut undang-undang adat, sebuah kawasan tanah itu akan menjadi milik seseorang

yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut dan tanah itu boleh diwarisi oleh generasi

kemudiannya. Dalam kes ini sistem barat dan sistem masyarakat tanah Melayu sangat berbeza

dalam hal pemilikan tanah.

Pejabat Tanah British mengeluarkan undang-undang yang membahagikan tanah di

seluruh negeri kepada empat jenis dan hak milik ke atasnya mesti dituntut oleh Pejabat Tanah

dan salah satu daripadanya ialah tanah rizab untuk perlombongan. Pengenalan undang-undang

tanah oleh Pejabat Tanah merupakan kesan daripada kolonialisme British yang telah mengubah

struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Oleh sebab ini ramai rakyat tempatan

yang sememangnya mempunyai hak dalam pemilikan tanah namun memerlukan kelulusan dari

pihak British dalam mendapatkan lesen pemilikan tanah. Sebagai contoh pengusaha-pengusaha

yang ingin tidak diluluskan permohonan mereka menjalankan perniagaan yang memerlukan

lesen namun pada hakikatnya tanah tersebut adalah hak milik pengusaha tersebut.

Perkembangan infrastruktur

Umum mengetahui bahawa British mempunyai matlamat tersendiri di sebalik penjajahannya di

Tanah Melayu iaitu mengaut seberapa banyak secara maksimum keuntungan daripada

pengeksploitasian terhadap kekayaan hasil bahan mentah khususnya bijih timah di Tanah

Melayu dan objektif ini sebenarnya dapat dicapai melalui kemajuan dalam infrastruktur iaitu

Page 3: Pengenalan Sistem Residen

dengan mewujudkan beberapa jaringan perhubungan bagi memudahkan proses penghantaran

sumber secara berkesan serta efisien. Perkembangan infrastruktur ini telah memberi kesan

terhadap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan kerana dahulunya mereka menggunakan

pengangkutan air untuk perhubungan. Hal ini dapat dibuktikan bandar Kuantan di Pahang

didirikan berhampiran Sungai Kuantan, bandar Diraja Pekan terletak berhampiran Sungai

Pahang, Kuala Kangsar berhampiran Sungai Perak, Kota Tinggi berhampiran Sungai Johor,

bandar Kuching berhampiran Sungai Sarawak, Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan

dan bandar-bandar yang lain. Perkembangan infrastruktur ini adalah kesan kolianilisme British

yang memberi perubahan dalam lanskap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.

Di samping itu, kemajuan dalam bidang komunikasi juga wujud dalam Tanah Melayu yang telah

wujud talian telegraf antara Kuala Lumpur dengan Melaka pada tahun 1886. Penubuhan

persekutuan 1895 telah memantapkan sistem perhubungan serta komunikasi setiap negeri di

bawah British dengan terbinanya sambungan sistem perhubungan yang sedia ada di setiap negeri

bagi meningkatkan keberkesanan eksploitasi terhadap sumber alam khususnya bijih timah dan

ladang getah di negeri-negeri berkenaan kerana kos pengangkutan bijih timah akan dapat

dikurangkan dan diangkut dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat untuk dieksport.

Kepesatan perhubungan dapat dibuktikan dengan pendapat Amarjit Kaur yang mengemukakan

bahawa sejarah pembinaan jalan kereta apa di Semenanjung terbahagi kepada tiga fasa iaitu

peringkat pertamanya pembinaan jalan kereta api yang pendek-pendek pada tahun 1885 hingga

1896 dan akhirnya berkembang pesat. Akhirnya dengan kemajuan sistem perhubungan telah

mengubah struktur sosiekonomi masyarakat tradisional tempatan kerana kewujudan sistem

perhubungan tanpa sempadan. 

Selain itu, penyeragaman melalui Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada

1895, Frank Swettenham berjaya juga membuka jaringan jalan kereta api merangkumi seluruh

Tanah Melayu iaitu menghubungkan Taiping ke Sungai Larut terus ke Port Weld yang dibina

pada tahun 1885, diikuti jalan kereta api Kuala Lumpur ke Sungai Kelang setahun kemudian dan

dilanjutkan ke Kelang melalui jambatan Connought pada tahun 1890. Keadaan ini membolehkan

para pemodal menerokai kawasan pertanian secara liberal atau bebas sekaligus mengubah corak

kehidupan masyarakat tradisional tempatan. Lantaran dasar British yang inginkan penguasaan

ekonomi akhirnya memberi kesan terhadap struktur sosioekonomi masyarakat tempatan.

Di Sabah, pembinaan jalan kereta api bermula pada tahun 1900 apabila jalan kereta api pertama

Page 4: Pengenalan Sistem Residen

dibina menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan diteruskan pembinaannya sehingga

Tenom pada tahun 1905 sepanjang 116 batu. Pembinaan ini secara tidak langsung telah

membantu kegiatan pembukaaan ladang-ladang getah dan mengubah struktur masyarakat

peribumi Sabah. Hal ini berbeza dengan negeri Sarawak yang tidak wujud jalan kereta api kerana

keadaannya muka bumi yang berbukit bukau dan hanya wujud jaringan jalan raya yang

dibangunkan oleh keluarga Brooke.

Kesimpulannya, kesan daripada kolonialisme British telah memberi perubahan ke atas struktur

sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kedatangan British secara langsung atau tidak

langsung telah melemahkan kekuasaan sultan dan pembesar. Dasar-dasar yang diperkenalkan

oleh British seperti sistem residen dan undang-undang tanah memperlihatkan kerakusan British

dalam mengeksploitasi ekonomi dan menguasai politik memberi kesan ke atas struktur

masyarakat feudal. Di samping itu, perkembangan infrastruktur seperti kemudahan komunikasi

dan perhubungan mengubah landskap penduduk tradisional tempatan. Selain itu, kesan

kolonialisme ialah pembentukan masyarakat majmuk akibat kegiatan perlombongan dan

perladangan yang menghasilkan masyarakat berbilang kaum kerana wujud golongan imigran.

Aspek pendidikan turut diambil berat oleh British dengan memperkenalkan sistem pendidikan

vernakular menyebabkan masyarakat tradisional tempatan mengambil bahagian dalam

transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh British.

Oleh yang demikian, jelaslah perbahasan yang diutarakan telah memperlihatkan kesan

kolonialisme British ke atas struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Berlaku

perubahan drastik selepas kedatangan British terhadap masyarakat Melayu di Tanah Melayu dan

Pribumi Sabah dan Sarawak. Kesan yang jelas dapat dilihat dalam aspek politik, ekonomi dan

sosial yang telah di ubah mengikut ramuan British demi kepentingan pihak kolonial tanpa

memikirkan tentang nasib masyarakat tradisional tempatan.