pengenalan sistem persamaan linear

Upload: ayumihaney

Post on 08-Jan-2016

349 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Persamaan Linear

TRANSCRIPT

PENGENALAN SISTEM PERSAMAAN LINEARAlgebra adalah satu matapelajaran yang asing bagi murid-murid sekolah rendah. Matapelajaran ini tidak diajar secara normal namun penekanan kepada pemikiran algebra telahpun dimasukkan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KBSR, pelajar di sekolah rendah mula didedahkan dengan pemikiran algebra di mana terdapat beberapa elemen algebra yang telah diterapkan didalam pengajaran dan pembelajaran metematik didalam kelas contohnya dengan penggunaan beberapa perkataaan yang berkaitan dengan pemikiran algebra dalam latihan matematik seperti find the missing number, what number must be added or subtract and what number multiply by yang digunakan di dalam persamaan aritmetik telah mula diajar kepada pelajar sekolah rendah. Istilah algebra berasal daripada perkataan Arab Al-Jabr. Ia merupakan cabang matematik berkaitan struktur, hubungan dan kuantiti. Secara ringkasnya, algebra memperkenal istilah anu "Tidak diketahui (nilainya)" ke dalam persamaan (equation) atau operasi (campur, tolak, darab, bahagi) matematik dan juga istilah pembolehubah (variable) iaitu simbol bagi menggantikan pembolehubah.Persamaan linear adalah sebuah persamaan algebra, yang tiap sukunya mengandungi pemalar, atau darab pemalar dengan variabel tunggal. Persamaan ini dikatakan linear sebab hubungan matematik ini dapat digambarkan sebagai garis lurus dalam Sistem koordinat kartesius. Melalui pendedahan seperti berikut selain dapat memberi pengalaman awal kepada pelajar sekolah rendah tentang pengenalan kepada pemikiran algebra, mereka juga dapat membina asas pemikiran algebra mereka sendiri. Dengan adanya asas pemikiran algebra yang kuat guru akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai kemahiran algebra diperingkat menengah tanpa banyak masalah. Pendedahan awal di peringkat sekolah rendah akan membantu pelajar untuk menguasai pengetahuan algebra yang lebih kompleks pada peringkat sekolah menengah nanti.1