pengenalan pertolongan cemas

12
PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas ditarifkan/diertikan sebagai bantuan permulaan/bantu mula/rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yangmengalami kecederaan dalam sebarang kemalanganatau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. Objektif : Menyelamatkan nyawa Mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih buruk Mengurangkan kesakitan mangsa dengan menghantar segera mangsa ke hospital PERATURAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS Ada beberapa peraturan yang perlu dijadikan panduan untuk ahli-ahli pertolongan cemas: 1. Ahli pertolongan cemas tidak seharusnya menakut-nakutkan pesakit atau orang yang ditimpa kemalangan dengan kata-kata yang kurang meyakinkan. 2. Ahli pertolongan cemas hendaklah memberikan bantuan terhadap mana-mana kecederaan yang merbahaya terlebih dahulu. 3. Ahli pertolongan cemas hendaklah melonggarkan pakaian pesakit agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan selesa dan juga supaya ianya mendapat udara yang secukupnya. 4. Elakkan orang ramai daripada berkumpul di sekeliling si pesakit. 1

Upload: juniyatie-aqilah-mat-jusoh

Post on 18-Feb-2016

286 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ditarifkan/diertikan sebagai bantuan permulaan/bantu

mula/rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yangmengalami

kecederaan dalam sebarang kemalanganatau sakit secara mengejut/tiba-tiba

dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor

atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Objektif :

Menyelamatkan nyawa

Mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih buruk

Mengurangkan kesakitan mangsa dengan menghantar segera mangsa ke

hospital

PERATURAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Ada beberapa peraturan yang perlu dijadikan panduan untuk ahli-ahli pertolongan

cemas:

1. Ahli pertolongan cemas tidak seharusnya menakut-nakutkan pesakit atau orang

yang ditimpa kemalangan dengan kata-kata yang kurang meyakinkan.

2. Ahli pertolongan cemas hendaklah memberikan bantuan terhadap mana-mana

kecederaan yang merbahaya terlebih dahulu.

3. Ahli pertolongan cemas hendaklah melonggarkan pakaian pesakit agar ianya

sentiasa berada di dalam keadaan selesa dan juga supaya ianya mendapat udara

yang secukupnya.

4. Elakkan orang ramai daripada berkumpul di sekeliling si pesakit.

5. Cuba dapatkan butir-butir peribadi si pesakit untuk memudahkan ahli pertolongan

cemas berhubung dengan pihak-pihak tertentu.

6. Ahli pertolongan cemas hendaklah jangan cuba memberi bantuan yang

berlebihan-lebihan kerana dikhuatiri akan memudaratkan lagi keadaan si pesakit.

7. Cuba pulihkan pernafasan sekiranya terhenti.

8. Jika berlaku perdarahan terhadap si pesakit,cuba hentikan pengaliran darah

tersebut daripada keluar dengan banyaknya.

1

Page 2: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

C.P.R –Pemulihan Kardiopulmonari

CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa

menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di

hospital.

Tujuan Cpr Diberi

Menyelamatkan nyawa sehingga mangsa mendapat rawatan pakar di hospital

Bila Cpr Boleh Dilakukan ?

CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah :

1. Tidak Sedarkan Diri

2. Tiada bernafas

3. Tiada denyutan nadi di carotid

Cara – Cara Melakukan C.P.R

• Pastikan kawasan selamat.

• Panggil mangsa – “Hello, Hello”

• Jika tiada tindakbalas, minta bantuan orang ramai untuk memanggil ambulan atau

hubungi ambulan

• Betulkan kedudukan mangsa

• Buka saluran pernafasan

• Lakukan Dengar-Rasa-Lihat untuk 10 saat

• Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 hembusan perlahan-lahan.

• Cari tempat tekanan – pertengahan tulang sternum.

2

Page 3: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

• Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali hembusan.

• Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan.

• Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa – batuk, bernafas atau pergerakan.

• Tunggu kehadiran ambulan.

Menilai Situasi Mangsa( Primary Survey )

Bertindak D R A B C

D = DANGER ( Bahaya )

R = RESPONS ( Tindak Balas / Reaksi )

A = Airway ( Saluran Udara )

B = Breathing ( Pernafasan )

C = Compress ( Peredaran/PengaliranDarah dari/ke jantung )

Danger/Bahaya

Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya.Pastikan keselamatan anda dan

mangsa anda,pada prisipnya – alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan

mangsa dari bahaya

Respons/Tindak Balas

Panggil mangsa atau kejutkan beliau, jika tiada tindak balas dari mangsa –

lekas minta bantuan ambulans

3

Page 4: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

Airway/Saluran Udara

Betulkan kedudukan mangsa. Donggakan kepala mangsa untuk membuka

saluran pernafasan dengan kaedah HEAD TILT –CHIN LIFT/ Dongak Kepala

Angkat Dagu (atau Jaw Thrust )

Breathing/Pernafasan

Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M = Melihat, Merasa

danMendengar. Jika tiada pernafasan beri 2 hembusan bantuan.

Compress/Peredaran Darah

Lakukan tekanan pada dada mangsa sebanyak 30 kali dan diikuti dengan

memberi 2 hembusan pernafasan kepada mangsa dan dilakukan dalam 5

pusingan

4

Page 5: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

PETI PERTOLONGAN CEMAS

BI

L

PERKARA KEGUNAAN

1. Triangular bandage (kain anduh) Untuk mengampu bahagian kecederaan/

kepatahan, membalut luka/ pendarahan

yang didapati ada kepatahan tulang

2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena

bendasing

3. Non-sterile gauze

Sterile gauze

Melakukan pencucian/pembebat luka‡

Membuat balutan/memberi tekananpada

perdarahan dan menstabilkankepatahan

4. Elastic bandage/crepe bandage

Roller bandage

Menstabilkan kecederaan/

kepatahan/ untuk membalut luka dan

jugakecederaan ringan

Cth.: dislocation(terseliuh)

5. Glove-disposable/nonsterile Melindungi diri dari sebarang

cecair badan/sumber jangkitan

6. Scissor Memotong gauze/bandage

7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat

8. Sterile multi-trauma

dressing/ gauze

Melakukan pencucian/pembebatan luka

5

Page 6: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran

pada luka sebelum membalut.

10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar

11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic

12. Dettol (boleh diganti dengan

Normal Saline solution 0.9%)

Antiseptik dan digunakan sebagai cucian

luka luar

13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot

JENIS JENIS LUKA

Luka terjadi disebabkan oleh pecahnya bahagian kulit selepas sesuatu

kecederaan.

(calar dan terbakar juga boleh dikategorikan sebagai luka)

LUKA TERTUTUP

LUKA TERBUKA( Calar )

6

Page 7: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

LUKA TERBUKA( Terhiris )

LUKA TERBUKA( Terkoyak )

LUKA TERBUKA( Tembakan )

LUKA TERBUKA( Tusukan )

7

Page 8: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

Bahagian Luka

• Luka Terbuka

• Luka Tertutup

Luka terbuka lebih merbahaya berbanding luka tertutup kerana :

Mengakibatkan pendarahan

Boleh menyebabkan jangkitan

Lambat sembuh

CARA RAWATAN LUKA

1.Luka

- Tekanan tepat atas luka

- Tinggikan anggota yang tercedera lebih tinggi dari paras jantung.

Buat balutan tekanan dengan balutan elastik

2. Lebam (Perdarahan dibawah kulit)

- Rehatkan anggota yang cedera

- Tuaman sejuk dengan ais

- Tinggikan anggota yg cedera

- Tuaman sejuk dilakukan selepas 36 - 48 jam

3.Benda Asing (benda asing melekat pd anggota badan cth. paku, besi dll)

- Jangan cuba cabut jika dalam. Dengan perlahan letak kain kapas  di sekeliling

benda asing dan letak pembalut cincin serta balut dan bawa mangsa ke hospital.

BALUTAN

Balut (Bandage) adalah alat yang digunakan untuk menetapkan bebat pada

bahagian tubuh yang cedera.Luka-luka tidaklah wajar didedahkan kerana

bahaya dihinggapi kuman-kuman dan dicemari oleh kekotoran atau racun

Kuman-kuman boleh membiak dan menjalar ke tisu -tisu di sekeliling serta

mengeluarkan bahan-bahan racun.Dengan itu, luka akan bernanah dan

menjadi lebih besar dan akan menimbulkan banyak masalah.

8

Page 9: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

Tujuan

Balutan adalah bertujuan untuk menggalakkan proses pemulihan luka.

Fungsi Balutan :

1. Mengawal Pendarahan

2. Menggalakkan pembekuan

3. Menghindarkan jangkitan kuman

4. Menyerap discaj seperti darah,nanah dan serum

5. Melindungi luka daripada kecederaan lain

PEMBALUT

Sebarang kain yang digunakan bagi menutup, mengampu,menghentikan

pergerakan serta meningkatkan tekanan pada anggota yang cedera.

Jenis – jenis Pembalut

i. Pembalut Segi Tiga

ii. Pembalut Gulung

9

Page 10: PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

BENTUK BALUTAN/ANDUH

Anduh Besar – Keadaan Patah Tangan

• Anduh Segi tiga – Keadaan pendarahan di lengan

• Anduh Kecil – Keadaan patah atau pendarahan tetapi menggunakan

sebarang bentuk balutan tanpa menggunakan pembalut segi tiga

10