pengenalan perpaduan kaum

Upload: ariff-johan

Post on 02-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Pengenalan Perpaduan Kaum

    1/8

    cabaran

    Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem pendidikan berbeza

    Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum.Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina .

    Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya

    perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik

    antara kaum & sekaligus mengugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak

    memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan

    kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran

    kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga

    dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar

    wujud suatu ketika dahulu.

    Secara dasarnya, parti politik adalah satu badan orang-orang yang bersatu untuk bersama membina

    kepentingan Negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang telah dipersetujui secara kolektif manakala

    menurut Peter B. Harris parti ialah satu kumpulan yang tersusun yang berusaha untuk menguasai

    kedudukan personel dan dasar sesuatu kerajaan. Contoh ini dapat dilihat dengan kewujudan parti

    politik seperti Barisan Nasional, PAS , Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain yang wujud atas

    kepentingan parti dalam membawa dan menyuarakan hak rakyat. Penyertaan parti politik ini di

    dalam pilihan raya umum seterusnya membolehkan parti politik tersebut membentuk sesebuah

    kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yang mana pada dasarnya telah dipersetujui

    oleh kelompok masyarakat melalui undian pilihan raya. Perbezaan parti politik di Malaysia yang

    berasaskan perkauman juga akan menyukarkan perpaduan kaum . Tidak dapat dinafikan lagi bahawa

    fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dinegara

    ini . Contohnya Barisan Nasional majoriti diikuti oleh bangsa Melayu/ Bumiputera manakala MCA

    diwakili oleh bangsa Cina dan MIC oleh bangsa India

    Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum (1 Markah). Perbezaan sektor

    ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu (1 Markah).

    Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina

    Salin di kertas tulisan tangan

    Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi ti perkauman kaum kian berleluasa di laman sosial ,

    Sekiranya tidak dibendung peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang

    Selain itu, sikap individu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk

    mengekalkan perpaduan kaum. Sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman

    di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk . Contohnya, individu yang berbangsa Melayu

    tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan

  • 8/11/2019 Pengenalan Perpaduan Kaum

    2/8

    Langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum

    Perpaduan sangat penting kerana perpaduan akan menjadikan negara kita kukuh dan utuh, Lantaran

    itu, sebagai negara yang berbilang kaum, kita perlu bersatu padu untuk mempertahankan negara.

    Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing hendaklah

    menjadi pegangan setiap generasi. Fenomena negara di dunia yang telah dijajah atau dikalahkan

    oleh negara-negara lain akibat daripada tidak bersatu padu hendaklah dijadikan iktibar. Pelbagai

    usaha yang drastik haruslah dilakukan untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum dalam

    kalangan rakyat Malaysia.

    Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan

    memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Antaranya ialah RIMUP. Kerajaan melalui Kementerian

    Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

    (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah

    dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang

    berat akan pentingnya hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud

    kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka

    maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu

    kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk

    bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar

    semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah

    merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan

    harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem

    perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

    Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong dan hari

    keluarga yang melibatkan semua kaum mengambil bahagian. Cara ini dapat memupuk semangat

    kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan

    diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, masyarakat yang duduk di bandar yang

    hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk

    semangat perpaduan menemui jalan yang buntu. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat

    menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap

    rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun

    berlainan bangsa mahupun agama

    Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui

    penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di

    antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini

    mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

    Selain daripada itu, perpaduan di antara kaum dapat menjaga budi bahasa serta akhlak dalam

    pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi

    bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat

    Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.

    Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos,

    Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

  • 8/11/2019 Pengenalan Perpaduan Kaum

    3/8

    Sekiranya langkah-langkah yang dicadangkan untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum

    dititikberatkan oleh semua kaum, semua kaum di Malaysia akan hidup saling hormat-menghormati

    antara satu sama lain dan hidup dalam harmoni tanpa syak wasangka antara satu ssama lain.

  • 8/11/2019 Pengenalan Perpaduan Kaum

    4/8

  • 8/11/2019 Pengenalan Perpaduan Kaum

    5/8

    (g) Sumber rujukan

    (tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)

    buku

    internet

    akhbar

    majalah

    orang sumber

    a. Buku

    Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

    Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors

    Sdn. Bhd.

    Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation

    in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

    b. Jurnal

    Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat.

    atau

    Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel.

    Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL).

    contoh:

    Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara dalam Jurnal Malaysia dari

    Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.

    Ishak bin Tadin, 1960. Dato Onn and Malay Nationalism 1946-1951, dalamJSEAH. Vol 1. Mac

    1960.

    c. Ensiklopedia / Wikipedia

    dari internet:

  • 8/11/2019 Pengenalan Perpaduan Kaum

    6/8

    Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web

    artikel yang diperoleh)

    dari buku:

    Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.

    d. Akhbar

    Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.

    atau

    Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses),dari (URL).

    contoh:

    (Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari

    http://www.utusan.com.my/..../

    e. Orang Sumber

    Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin, 52000 Kuala

    Lumpur.

    Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

    f. Temubual

    Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].

    contoh:

    Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala

    Lumpur [Temubual].

    g. VCD

  • 8/11/2019 Pengenalan Perpaduan Kaum

    7/8

    Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit.

    contoh:

    VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen.

    h. Radio

    Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

    i. Televisyen

    Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan.Tempat penerbitan:

    Penerbit.

    contoh:

    Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel.

    j. Majalah

    Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat.

    k. Sumber lain :

    artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)

    Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).

    Internet

    http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm

    http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm

    l. Kamus

  • 8/11/2019 Pengenalan Perpaduan Kaum

    8/8

    Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun

    penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit.