pengenalan - pe56d.s3.amazonaws.com · perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di...

10
PENGENALAN Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota yang paling panas dalam negara ini walaupun mengalami 4 musim iaitu musim panas, musim sejuk, musim luruh dan musim bunga. Perth merupakan kota keempat yang terbesar selepas. Penduduk asal di Perth merupakan bangsa Aboriginal namun selepas kedatangan bangsa Inggeris, Gabenor pertama iaitu Kapten James Stirling telah membuat banyak perubahan di sini dan beberapa tempat telah ditukar nama mengikut nama kolonial Inggeris. Pendudukan pertama dan kemajuan yang dibuat oleh orang Inggeris bermula di Swan River. Jumlah penduduk bandaraya ini dianggarkan seramai 23 ribu orang yang mana sebahagian besar penduduknya terdiri daripada penduduk luar dan bukan orang asal dari Australia. Antara penduduk terbesar adalah dari New Zealand, England, India, Malaysia dan Afrika Selatan. Kebanyakan mereka telah datang ke Perth berpuluh tahun dahulu dan menetap terus di Perth. Mengikut kajian, faktor yang menyebabkan ramai pendatang ke Perth adalah atas kerana kegiatan melombong yang aktif sekitar tahun 1970an. Atas dasar ini, ramai orang telah berhijrah ke sini dan memulakan kehidupan di bandaraya Perth dan seterusnya generasi mereka mewarisi kerakyatan Australia. Untuk bergerak di dalam bandaraya Perth, pengangkutan awam yang disediakan di bandaraya ini amat cekap. Sistem pengangkutan yang digunakan di bandaraya ini merupakan sistem daripada pihak Transperth. Transperth menawarkan perkhidmatan bas dan keretapi bagi kemudahan orang ramai. Terdapat pilihan untuk menaiki bas, keretapi laju dan teksi. Kesemua pengangkutan ini menghubungkan Perth dengan bandar-bandar kecil yang lain yang berada di pinggiran bandaraya Perth. Bagi menghubungkan bandaraya ini dengan bandar kecil di sekitarnya, terdapat 3 buat lebuhraya bagi kemudahan pemandu kereta bergerak iaitu Mitchell Freeway, Kwinana Freeway dan Graham Framer. Pihak bandaraya ini juga telah menyediakan bas PERCUMA untuk kegunaan penduduk dan pelancong iaitu CAT bus services. Bas CAT ini beroperasi bagi mengurangkan kesesakan trafik dan berhenti di bahagian-bahagian utama di dalam bandaraya. Bas ini beroperasi tepat pada masanya bagi kemudahan orang ramai. Begitu juga untuk orang-orang cacat, banyak kemudahan awam disediakan bagi mereka bergerak ke mana-mana seperti orang normal yang lain. Mereka boleh bergerak ke bandaraya dengan kerusi roda masuk ke dalam bas dan bergerak bebas di bandaraya. Bagi kemudahan menginap pula, tidak susah mencari tempat tinggal di bandaraya ini. Pilihan hotel dan tempat menginap merangkumi asrama untuk 'backpackers' sehinggalah ke hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang. Kini dengan kemajuan ekonomi dan pendidikan, bandaraya Perth terus berkembang dan menjadi salah satu hub pelancongan untuk pelancong luar melawat ke Australia dan Perth merupakan antara bandaraya yang paling menyerlah di dunia.

Upload: doanlien

Post on 07-Mar-2019

228 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Page 2: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Hari 1 : 13 Ogos 2013 Kuala Lumpur- Perth Perjalanan saya dan Nana kali ini bermula dari Kuala Lumpur ke Perth. Kami membeli tiket kali ini agak lewat atas faktor tugasan. Harga tiket yang dibeli adalah RM 3860 untuk dua orang. Kami telah menukar wang sebanyak RM 1000 seorang bersamaan dengan AUD 330. Kami tidak membawa kelengkapan sepertimana kami mengembara ke New Zealand. Tiada bekalan makanan yang banyak dibawa begitu juga dengan pakaian. Pada waktu ini merupakan musim sejuk di Perth. Suhu di Perth sekitar 10 hingga 12 darjah Celcius pada waktu malam dan maksimum 15 darjah Celcius pada siang hari. Apa yang penting untuk kami adalah jaket yang tebal kelengkapan peribadi yang mencukupi. Untuk makluman anda, pihak kerajaan Australia agak tegas dalam isu membawa masuk makanan ke negara mereka. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan bersusu, daging, ayam dan makanan mentah. Makanan kering dibenarkan namun perlu diisytiharkan dengan meletakkan ramuan makanan di luar bungkusan makanan. Oleh itu, kami tidak membawa apa-apa bekalan makanan untuk mengelakkan masalah timbul di lapangan terbang Perth nanti. Tiket kapal terbang kami dari Kuala Lumpur ke Perth adalah pada jam 12.05 tengah malam. Kaunter daftar masuk di Terminal Tambang Murah (LCCT) dibuka pada jam 8.15 malam dan pintu masuk pesawat mula ditutup pada jam 11 malam. Anda dinasihatkan untuk tiba awal di lapangan terbang bagi memudahkan urusan daftar masuk dan bagasi. Jangan lupa semak berat bagasi anda mengikut berat yang anda beli ketika menempah tiket. Lebihan bagasi akan dicaj sebanyak RM 20 sekilogram. Ketika pesawat mula berlepas, kami melelapkan mata dan berehat. Jam 5 pagi saya dan Nana dikejutkan dengan pengumuman pesawat mendarat tidak lama lagi. Keadaan di luar masih gelap dan beberapa minit sebelum pesawat mendarat, kami dapat lihat cahaya lampu yang indah dari bandaraya Perth. Jam 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal Antarabangsa Perth. Kami turun dari pesawat dan mula bergerak masuk ke dalam bangunan terminal. Seperti kebanyakan lapangan terbang lain, pemeriksaan berlangsung dengan teliti. Bermula dari pihak imigresen hinggalah ke bahagian pemeriksaan bagasi. Sebagai peringatan, untuk masuk ke Australia, kesemua pelancong mesti memohon visa lawatan ke Australia sebelum membuat lawatan. Visa ini boleh dipohon di agensi pelancongan dan dapat disiapkan dalam tempoh kurang daripada 48 jam. Kadar bayarannya adalah RM 80 seorang. Untuk masuk ke negara ini, kesemua pengunjung perlu mengisi sekeping kad masuk penumpang ( Australia Passenger Card). Kad ini akan diberikan oleh pramugari dan pramugara bertugas di atas pesawat. Kesemua kandungan bagasi seperti makanan, ubat, wang tunai mesti diisytiharkan di dalam kad tersebut. Disebabkan kami mengisytiharkan membawa masuk ubat-ubatan, kami dibawa ke satu bahagian lain untuk pemeriksaan lanjut. Ini merupakan sesuatu yang baru buat kami apabila seekor anjing digunakan untuk memeriksa bagasi penumpang. Sekiranya ada yang tidak kena, anjing tersebut akan menarik keluar kandungan bagasi. Syukur, bagasi kami tidak ada masalah. Selepas semuanya selesai, kami bergerak ke dewan ketibaan. Kami menelefon Aunty Siti untuk memaklumkan yang kami sudah tiba di Perth. Aunty Siti memberitahu kami bahawa beliau sedang bekerja dan hanya boleh ambil kami ke rumahnya jam 3 petang. Waktu itu baru 6.15 pagi dan kami masih banyak masa sementara menunggu Aunty Siti sampai. Oh ya, waktu di Perth tidak berbeza dengan Malaysia. Yang membezakan hanyalah waktu malam yang akan bermula seawal 5.45 petang pada musim sejuk ini. Sementara menunggu keadaan di luar terang sedikit, kami mengambil dan membaca risalah pelancongan Perth yang ada di lapangan terbang tersebut. Risalah-risalah ini penting buat pengembara

Page 3: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

supaya mendapat maklumat penting berkaitan tempat-tempat yang boleh dikunjungi di sana. Risalah ini banyak memberi maklumat seperti kenderaan awam yang boleh dicuba untuk sampai ke destinasi, restoran terutama sekali restoran halal, peta pelancongan, peta perjalanan bas dan keretapi, kadar sewa kereta dan sebagainya. Maklumat ini boleh juga didapati di laman web tetapi di dalam risalah, maklumatnya lebih terperinci dan lengkap. Dalam menantikan keadaan terang, kami menyimpan bagasi kami di locker yang disediakan di lapangan terbang. Locker tersebut menyediakan perkhidmatan menyimpan beg selama 24 jam pada kadar $12 untuk locker paling besar. Kemudian kami bergerak ke terminal semula untuk bersarapan. Kami singgah di Grinders Coffee dan kami cuma bersarapan Fruit Toast ( kerana itu sahaja yang kami rasakan halal) pada harga $ 4.30 seorang. Semasa bersarapan, saya membaca risalah untuk ke bandaraya Perth. Rupanya untuk ke Perth, kami perlu menukar bas dari Terminal Antarabangsa ( Perth International Terminal ) atau T1 ke terminal 3 (T3). Untuk bergerak dari T1 ke T3, kami perlu menaiki bas shuttle dengan tulisan CONNECT dan ia adalah PERCUMA. Dari T3 barulah boleh menaiki bas ke Perth dengan bas Transperth bernombor 37. Kami kini berada di T1 dan perlu ke T3. Bas seterusnya jam 8.45 pagi dan kami menaiki CONNECT ke T3. Setibanya di T3, Kami menaiki bas Transperth bernombor 37 dan memberitahu pemandu bas kami mahu ke Art Gallery. Tambang bas hanya $4.20 seorang. Kami duduk di tempat duduk hadapan supaya pemandu bas boleh memberitahu kami di mana kami patut turun. Saya melalui kawasan perumahan sekitar situ sebelum masuk ke kawasan bandaraya. Cuaca sejuk dan hujan renyai-renyai sekali sekala. Apa yang saya perhatikan adalah penduduk di sini amat sopan dan ramah. Setiap penumpang yang menaiki bas, pemandu bas akan mengucapkan "Good Morning" dan penumpang yang turun bas melalui pintu belakang sekalipun akan mengucapkan "Thank You" kepada pemandu bas. Keadaan ini tidak lagi saya lihat di Malaysia. Dan sepatutnya amalan begini dibiasakan oleh rakyat negara kita. Lebih kurang 55 minit di dalam bas, pemandu bas meminta kami turun di William St. sebelum mengambil Barrack St menuju ke Art Gallery. Kami menyusuri bangunan pusat membeli- belah MYERS di Murray St. Di Murray St banyak terdapat kedai-kedai, restoran, kafe dan pusat pakaian berjenama. Kami singgah di sebuah kedai kamera untuk bertanyakan harga cucian foto bersaiz 8x12inci. Kami juga membeli sebuah adapter untuk digunakan mengecas alat elektronik. Adapter ini diperlukan kerana penyambung di Malaysia tidak sama di Australia. Kami juga bertanyakan laluan ke Art Gallery daripada penjual di kedai kamera itu. Kami berjalan kaki menuju ke Art Gallery malangnya Art Gallery ditutup pada hari Selasa. Kami berjalan kaki dan singgah di Perth Institute of Contemporary Arts ( PICA). Kami menghabiskan di situ hampir 2 jam melihat karya seni kontemporari di Australia. Lebih kurang jam 12 tengahari kami berjalan semula menuju ke William St. Dalam perjalanan itu, kami singgah sebentar untuk makan tengahari di Central Cafe yang menyediakan makanan Timur Tengah yang halal. Kami menghabiskan $29 untuk membeli sebungkus kebab, sebungkus burger dan kentang goreng. Rasanya amat menyelerakan dan makanan ini dihidangkan dalam hidangan yang boleh dimakan untuk dua orang! Kami makan dan berbual di kafe itu hampir sejam sebelum berjalan kaki semula menuju ke William St untuk menaiki bas ke lapangan terbang. Bas kami naiki juga bas Transperth bernombor 37. Di Perth, kita perlu peka dengan nombor bas dan hentian bas mengikut nombor bas. Di dalam satu jalan yang sama, akan ada 2 hingga 3 hentian bas yang berdekatan tapi amat penting untuk kita tahu nombor bas supaya tidak tersalah hentian. Kami tiba di Terminal 1 semula dan minum sebentar sementara menunggu Aunty Siti tiba di Terminal 1. Jam 4 petang kami keluarkan beg kami keluarkan beg kami dari locker dan menunggu Aunty Siti tiba jam 4.30 petang. Cuaca semakin sejuk dan Aunty Siti membawa kami pulang ke rumahnya di Armadale.

Page 4: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Keadaan sudah menjengah lewat petang dan semakin gelap ketika kami pergi ke rumah Aunty Siti. Yang saya sempat lihat kami melalui Albany Highway untuk menuju ke Armadale. Setiba di rumah Aunty, kami disambut oleh 2 ekor kucing Aunty Siti yang comel; Tutty dan Budu. Bulu Tutty sangat gebu namun Tutty tidak gemar orang memeluknya. Kami diberikan bilik untuk tidur dan mandi. Selepas mengemas diri, kami makan malam bersama Aunty Siti dan berbual bersama Aunty. Aunty Siti merupakan rakyat Malaysia yang telah menetap di Australia hampir 30 tahun. Beliau tinggal di Armadale bersama keluarganya dan akan pulang ke Malaysia beberapa kali dalam setahun untuk menjengah sanak saudara di Kuala Lumpur dan Seremban. Aunty bertanyakan destinasi kami esok. Saya melihat kembali risalah Perth dan bercadang ke Cavensham Wildlife Park untuk melihat kanggaru dan koala. Kami telah membuat rujukan mengenai pengangkutan ke sana. Jam sudah menunjukkan 8.30 malam namun suasana diluar sangat sunyi dan aman. Tiada bunyi kereta yang lalu lalang apatah lagi orang berbual di luar rumah. Menurut Aunty, keadaan di Perth memang begini dan penduduk di sini biasanya tidur seawal 9 hingga 9.30 malam bagi memulakan hari esok yang segar ke tempat kerja. Aunty juga memberitahu kami bahawa kedai-kedai di Perth ditutup seawal 5.30 petang cuma pada hari Jumaat sahaja kedai dibuka hingga jam 9 malam. Selesai membuat rujukan untuk perjalanan esok , saya dan Nana masuk tidur. Badan pun terasa letih kerana berkelanan seharian. Jumpa esok ya. Selamat Malam Malaysia!

Rumah Aunty Siti, 49, Galliers Av. Armadale, Perth

BELANJA HARI INI :

Sarapan Pagi : Sanwic dan Jus utk 2 orang $ 14.30

Makan tengahari : Burger dan Kebab $ 29.00

Bas $ 4.20 x 2 orang x pergi balik $ 16.80

Minuman Coklat Panas $ 8.40

Sewa Locker $ 12.00

JUMLAH $ 80.50

Page 5: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Sarapan pertama kami di Perth, berharga $14.30 untuk dua orang.

Lapangan Terbang Perth jam 5.40 pagi

Page 6: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Bas Transperth merupakan pengangkutan awam yang popular digunakan di bandaraya Perth. Dari lapangan terbang

Perth ke bandaraya, anda harus menggunakan bas bernombor 37.

Pemandangan Wellington St. dari Stesen Keretapi Perth.

Page 7: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Pandangan kotaraya Perth di hadapan bangunan Art Gallery.

Bergambar di hadapan Western Australia Museum.

Page 8: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Nana bergambar di William St.

Nana di hadapan Perth Institute of Contemporary Arts. ( PICA)

Central Café yang menyediakan makanan halal. Kami menghabiskan $29 untuk dua orang membeli makan

tengahari di sini.

Page 9: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Pemandangan musim sejuk yang indah di bandaraya Perth.

Pandangan hadapan rumah Aunty Siti di Armadale.

Page 10: PENGENALAN - pe56d.s3.amazonaws.com · Perth merupakan salah sebuah bandaraya yang terletak di bahagian barat Australia. Ia merupakan kota ... 5.30 pagi, pesawat mendarat di Terminal

Bergambar di hadapan Western Australia Museum.

Tutty yang comel di rumah Aunty Siti.

Brosure dan risalah yang kami kumpul di lapangan terbang untuk rujukan perjalanan kami esok.