corak pergerakan dominan mendarat dengan tangan

29
CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN Corak Pergerakan Dominan Mendarat Prinsip mekanik : 1) Momentum mendarat perlulah di serap pada jangka masa yang lama. 2) Momentum mendarat mesti diserap dengan sentuhan maksima diantara bahagian badan dan tilam. JENIS MENDARAT 1) Mendarat dengan kaki 2) Mendarat dengan tangan 3) Mendarat dengan putaran 4) Mendarat dengan badan 1

Upload: ayieee

Post on 10-Jul-2016

53 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

GIMNASTIK (CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN)

TRANSCRIPT

Page 1: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Corak Pergerakan Dominan Mendarat

Prinsip mekanik :

1) Momentum mendarat perlulah di serap pada jangka masa yang

lama.

2) Momentum mendarat mesti diserap dengan sentuhan maksima

diantara bahagian badan dan tilam.

JENIS MENDARAT

1) Mendarat dengan kaki

2) Mendarat dengan tangan

3) Mendarat dengan putaran

4) Mendarat dengan badan

1

Page 2: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

”SPOTTING” MENDARAT DENGAN BANTUAN TANGAN

”Spotting” ialah seni memelihara alam sekitar selamat untuk

persembahan gimnastik. Dengan menggunakan tangan atau peralatan yang

lengkap , jurulatih dapat membimbing pelajar atau gimnas melalui

kemahiran gimnastik yang dipelajarinya , dan kadang kala selepas sesuatu

jangka masa yang lama pelajar atau gimnas mendapat kemahiran yang

sempurna.

Pada dasarnya , terdapat tiga jenis spot :

1) The Carry Spot

jurulatih akan memberi tunjuk ajar terlebih dahulu kepada

pelajar yang baru mempelajari kemahiran gimnastik dan tidak

tahu di mana tempat untuk meletakkan bahagian badan atau

bagaimana untuk memulai kemahiran gimnastik.

Kadang kala jurulatih boleh berinteraksi dengan pelajar sampai

pelajar tidak berasa segan ataupun malu dan menunjukkan

gambaran sehingga pelajar memahaminya. Dengan

menggunakan ”The Carry Spot” pelajar dapat mengetahui di

mana dia patut meletakkan bahagian badan dan di mana titik

permulaan untuk pelajar memulakan langkah penting dalam

menyempurnakan kemahiran gimnastik.

2

Page 3: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

2) The Control Spot

Jika pelajar telah berlatih kemahiran gimnastik , tetapi masih

tidak yakin dengan kebolehannya untuk menyempurnakan

sesuatu pergerakan , jurulatih akan menggunakan ”the Control

Spott” dalam spot ini jurulatih hanya akan mengendalikan

tubuh pelajar dengan cekap sebanyak mungkin yang perlu

sehingga dia dapat menyempurnakan kemahiran gimnastik

dengan melakukannya sendiri.

3) The Safety Spot

semasa melakukan ”safety spot' jurulatih membenarkan pelajar

untuk mencuba kemahiran gimnastiknya dengan sendiri , tetapi

jurulatih berada berhampiran bagi memberi tunjuk ajar atau bantuan

jika perlu.

3

Page 4: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

”Spots” yang baru saya huraikan telah selesai secara

keseluruhannya dengan ”handsportting”. Jurulatih menggunakan tangannya

dan kekuatan lengan dan tubuh untuk menangkap atau mengawal pelajar

dengan selamat semasa pelaksanaan kemahiran gimnastik.

Kebolehan jurulatih untuk ”spot” memainkan peranan besar dalam

berapa banyak kemahiran yang pelajar dapat belajar , atau untuk

pecubaan. Kebolehan untuk spot kemahiran gimnastik secara selamat

adalah bakat yang berkembang mengikut masa dengan kerja keras dan

latihan. Kebanyakan jurulatih belajar bagaimana untuk spot ketika mereka

nenjadi seorang gimnastik. Mereka sambung belajar bagaimana untuk spot

kemahiran yang lebih susah seiring dengan kemajuan dalam kerjaya

jurulatih mereka , dan di klinik rekabentuk mengajar bagaimana untuk

berlatih dan kemahiran baru spot.

Seorang gimnas tahu jurulatih mana yang bagus dsn yang mana

tidak. Hubungan jurulatih gimnastik dalam meghormati hendaklah kuat dan

percaya kepada seorang gimnastik untuk mencuba kemahiran lanjutan

dalam sebahagian daripada peralatan gimnastik. Selepas sekali menjatuhkan

seseorang , jurulatih akan menghadapi kesukaran untuk meyakinkan

seseorang gimnastik untuk pergi ke kemahiran gimnastik yang seterusnya.

4

Page 5: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

APA YANG PERLU DIAMBIL BERAT SEMASA ”SPOTTING”

Sebagai ibu bapa anak anda mungkin akan menceritakan ketakutannya

dalam mencuba kemahiran gimnastik yang baru atau susah kepada anda.

Maklumat di bawah di sedikan untuk membantu anda membimbing anak

anda menyelesaikan masalah ketakutannya terhadap kemahiran baru

ataupunn situasi yang dialami.

Senarai ini menganggap semua kawasan gimnastik mempunyai alas yang

bersesuian dengan latihan atupun kemahiran yang akan dilakukan.

1) Seseorang gimnastik hendaklah sentiasa bertanya tentang spot

jikalau terdapat keraguan tentang kebolehannya untuk melakukan

kemahiran gimnastik dengan selamat. Adalah lebih baik jurulatih

untuk ”spot” daripada membiarkan seseorang pelajar mendarat

dengan kepala. Ada masanya seseorang jurulatih memberitahu

pelajar supaya melakukan kemahiran gimnastik dengan sendiri.

a. Tiada seorang jurulatih pun yang akan memberitahu pelajar

untuk melakukan kemahiran dengan sendiri melainkan pelajar

tersebut 100% meyakinkan pelajar tersebut mempunyai

kebolehan untuk melakukan kemahiran dengan sendiri.

Keputusan tersebut adalah salah satu daripada bahagian yang

paling susah bagi seseorang jurulatih dan cuba untuk

membaca fikiran pelajar samada dia sudah bersedia ataupun

tidak. Kebiasaannya selepas jangka masa panjang dengan

5

Page 6: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

pelajar , jurulatih akan mengetahui pelajar tersebut bersedia

untuk mencuba kemahiran baru dan mengetahui bila pelajar itu

tidak bersedia.

b. Sesetengah pelajar lebih sanggup dipanggil ”self starters” oleh

jurulatih daripada mempelajari kemahiran baru. pelajar-pelajar

lain pula mungkin memerlukan ganjaran khas bagi kejayaan

emlakukan kemahiran gimnastik. Kebiasaannya jurulatih akan

melakukan apa sahaja bagi membantu pelajar melakukan

percubaan kemahiran gimnastik.

2) Perkara penting yang perlu diingat adalah bila seseorang pelajar

melakukan kemahiran dengan sendiri , peluang untuk mendapatkan

kecederaan adalah lebih kecil daripada mengubah fikirannya ketika

sedang melakukan kemahiran. Ini adalah sepeti mengubah arah

kereta anda daripada bergerak ke hadapan kepada bergerak ke

belakang , kereta akan kehilangan kawalan. Perkara yang sama akan

berlaku kepada pelajar apabila dia mengubah fikiran ketika

melakukan kemahiran, dia akan hilang tumpuan atau kawalan dan

akan menyebabkan kecederaan.

3) Jika pelajar tidak dapat melakukan sesetengah kemahiran , terdapat

kemungkinan dia tidak memahami sepenuhnya kemahiran atau

arahan yang di ajar , jurulatih berpengalaman akan mengulangi

kemahiran yang diajar daripada asas untuk mencari bahagian yang

tidak difahami.

6

Page 7: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

4) Dalam sesuatu pertandingan gimnastik , ”spotting” hendaklah

dikurangkan. Ini adalah penting kepada jurulatih untuk ”spot”

sehingga pelajar membiasakan dengan peralatan di dalam kelab

yang di sertai. Untuk kemahiran yang susah , seorang spotter

mungkin sentiasa perlu berada berhampiran bagi mengelakkan

sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

a. Sepatutnya spot tidak diperlukan dalam pertandingan kerana

apabila seseorang jurulatih spot pelajarnya memberikan kesan

kepada pelajar tersebut. Memberi dorongan kepada pelajar

tersebut adalah diperlukan. Apabila spot tidak berada di sana

pelajar mungkin tidak mendarat dengan tidak sempurna atupun

terlebih mengulangi kemahiran dan menyebabkan kecederaan

kepada diri kerana dia tidak mengetahui bagaimana untuk

melengkapkan kemahiran tanpa pembantu.

b. Dalam pertandingan pelajar hendaklah berkebolehan

melakukan kemahiran dalam menyempurnakan rutin dengan

sendiri. Pelajar perlu mempersembahkan rutin persembahannya

setiap minggu bagi memahirkan dan membiasakan untuk

kepentingan.

5) Bagi memajukan kemahiran seorang pelajar jurulatih mungkin boleh

menggunakan kaedah dengan mengurangkan ”spotting”. Sesetengah

kaedah tidak selalunya boleh digunakan kerana bergantung kepada

jumlah peralatan yang terdapat di dalam gimnasium. Jika pelajar

takut untuk melakukan tanpa ”spot” kaedah ini mungkin boleh

membantu beliau melakukan kemahiran seorang diri.

7

Page 8: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

PERALATAN KESELAMATAN DAN MEKANIKAL ”SPOTTING”

Kebanyakan gimnasium menggunakan ”overhead spotting belt” yang

diletakkan di atas perkakas seseorang gimnastik. Ia terdiri daripada tali

yang mengikat di sekeliling pinggang pelajar. Tali di sambung di sebelah

lain tali pinggang yang direntang secara selari dengan tangkal yang

digantung di siling gim. Jurulatih memegang hujung tali yang satu lagi dan

membiarkan pelajar tergantung di udara dengan selamat bagi mempelajari

kemahiran baru. Ini adalah kaedah khas dan hendaklah digunakan oleh jurulatih

yang diiktiraf sahaja.

Corak pergerakan dominan mendarat dengan tangan dapat kita lihat

apabila pelajar melakukan kemahiran seperti:

Dirian tangan Hambur tangan Putar roda (cartwheel)

8

Page 9: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

DIRIAN TANGAN

Tangan diletakkan diatas tilam dengan jarak seluas bidang bahu,

menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi

menambahkan keluasan tapaknya. Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan

berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otot-

otot. Pergerakkan tangan terkawal dan lurus semasa diayun kebawah

Ayunan kaki keatas dibuat secara lurus dan pada masa yang sesuai.

Kepala didongak kebelakang agar dagu betul-betul melintasi garisan hujung jari

dan mata dapat memandang lebih kurang 0.6 hingga 0.9 meter kehadapan

dengan selesa. Bahu akan berfungsi sebagai sangatuas, kepala dan tengkuk

berada pada sebelah bahagian tuas, sementara sebelah bahagian tuas lagi ialah

badan dan kaki.

Badan dalam keadaan imbang, disokong oleh tangan, kaki dirapatkan.

Untuk mengawal imbangan, badan dan kaki mestilah digerak-gerakkan agar

pusat graviti beerada diatas bahu. Ini baik sekalui dilakukan dengan meluruskan

pinggul, utut, sendi pergelangan kaki dan mengeraskan otot-otot punggung agar

hujung jari kaki berada betul-betul diatas pangkal tengkuk. Badan hendaklah

menunjukkan lengkung yang menarik dari kepala hingga kehujung kedua-dua jari

kaki. Lengkung ini janganlah terlalu besar

Rajah

9

Page 10: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Imbangan juga boleh dikawal dengan menumpukan pandangan kepada

satu tanda kira-kira0.9 meter dihadapan. Penumpuan kepada satu tanda ini

amatlah berguna pada kesemua latihan imbangan. Jika anda berasa akan

terjatuh kebelakang iaitu melintasi kepala, tekankan jari-jari ke lantai. jika

sebaliknya berlaku, tekan pangkal tangan anda ke lantai pula. Dengan cara ini ia

boleh mengubahsuaikan imbanga badannya agar dirian tangan tidak terjatuh.

Siku dan bahu juga boleh diubah-ubahkan kedudukannya bagi tujuan imbangan.

Kedudukan kepala yang ditunduk atau didongakkan juga boleh membantu

imbangan.

Penyesuai yang dilakukan semasa kita berdiri sebelah kaki juga berlaku

apabila kita membuat dirian sebelah tangan. Apabila pelatih manjadi mahir,

penyesuaian ini tidaklah begitu ketara oleh kerana latihan yang kerap dilakukan.

Pelatih mendarat dengan menurunkan sebelah kaki balik ke arah lonjak terlebih

dahulu diikuti satu lonjatan kecil dan tolakan tangan dilakukan serentak untuk

berdiri semula .

Peringkat Perkembangan Dirian Tangan

1. Badan direnggang sebelum kaki ditendang naik. Tangan lurus keatas.

2. Badan dibongkokkan dengan tangan dan kaki menyokong.

3. Dirian tangan dengan badan dan kaki dengan lurus

rajah

10

Page 11: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Ansur Maju Dirian Tangan

A. Lonjakan Sebelah Kaki

1. Lejang kuda ( rajah 4.13 -a )

2. Imbangan dekan ( rajah 4.13 -b )

3. Dirian tangan dalam kumpulan tiga orang dipalang dinding ( rajah 4.13 -c).

Ulang gerak kerja dirian tangan berpasangan dengan penyokong

menghadap dan mencekak pinggul pelatih ( rajah 4.13 –d )

4. Dirian tangan dipalang dinding. Gunakan tapak kaki untuk menolak

dinding bagi mendapatkan imbangan.

5. Dari kedudukan dirian tangan, cuba biarkan berat badan berpindah

melebihi tangan. Ini akan menyebabkan badan akan terjatuh dihadapan.

Bagi menggelakkanya daripada jatuh terhempas, angkat sebelah tangan

yang akan menyebabkan badan berputar diatas sebelah tangan yang satu

lagi dan mendarat dengan selamat.

6. Dirian tangan dengan kedudukan badan dalam keadaan imbang dan

disokong oleh tangan serta kaki yang dirapatkan. Menahan imbangan

selama tiga hingga lima saat.

rajah

11

Page 12: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

B. Lonjotan Dua Kaki

1. Lejang kuda.

2. Dalam kedudukan sokong hadapan dengan badan dibongkokkan dan

kemudian badan digoyangkan.

3. Berdiri mendekam dan dirian tangan secara berpasangan. Penyokong

mencekak punggung pelatih dan membantu untuk mendapatkan

kedudukan badan dan kaki yang lurus ( Rajah 4.13 e )

4. Berdiri, mendekam dan dirian tangan dalam kumpulan bertiga,

berpasangan dan individu pada palang dinding atau dinding.

5. Berdiri, lutut dibengkokkan, tangan menyokong hadapan kemudian

lakukan Dirian tangan secara berpasangan dan individu pada palang

dinding atau dinding.

6. Berdiri, mendekam dan dirian tangan secara individu

RAJAH ; GERAK KERJA PENYESUAIAN DIRIAN TANGAN

12

Page 13: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Teknik Dan Cara-Cara Menyokong Dalam Dirian Tangan

1. Badan pelatih diluruskan. Begitu juga dengan kaki dan tangan.

2. Penyokong merapatkan badan kepada pelatih. Kedua-dua tangannya

memegang pinggul pelatih.

3. Tangan pelatih masih lurus dan berada diantara kaki hadapan penyokong

( Rajah 4.14 )

RAJAH :MENYOKONG DALAM DIRIAN TANGAN

13

Page 14: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

HAMBUR TANGAN

Pengenalan

Hambur tangan merupakan salah satu kemahiran asas dalam gimnastik

artistik. Kemahiran ini haruslah dikuasai oleh setiap gimnas sebelum melakukan

sebarang pergerakan senaman lantai atau pada peralatan lain yang lebih sukar.

Hambur tangan ini dikategorikan di dalam kemahiran asas dalam gerak kerja

ketangkasan.

Aras Dalam Hambur Tangan

Pergerakan hambur tangan dibahagikan kepada empat aras iaitu :

1. Larian muncul

a. Tumit di angkat, larian yang terkawal dengan jarak larian sama atau

konsisten.

b. Bersedia untuk melakukan lonjakan, lutut dibengkokkan sedikit, tangan

dihayun ke hadapan selari dengan lantai.

c. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan dan badan dicondongkan

sedikit.

d. Kepala berada dalam kedudukan biasa iaitu selari dengan badan

kerana jika kepala mendongak, kelajuan akan terhad.

e. Larian mempunyai 7, 5 dan 3 langkah untuk mempelajari hambur

tangan bagi tujuan pergerakan yang lebih terkawal.

2.Lonjakan

a. Berat badan dipindahkan kepada kaki hadapan dan badan bertambah

condong.

b. Kaki yang tidak dilonjak di hayun ke belakang.

c. Tangan mencecah lantai iaitu kira-kira 0.9 di hadapan kaki yang

melonjak.

d. Keseluruhan berat badan kemudiannya dipindahkan ke tangan.

e. Tangan dibuka selebar bahu, jari menghala ke hadapan.

f. Siku dibengkokkan, kepala ‘tag’.

14

Page 15: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

3. Penerbangan

a. Kaki yang melonjak di angkat.

b. Kedua-dua kaki dihayun ke hadapan dan atas apabila berat badan

melintasi atas tangan.

c. Apabila badan mencapai 800, suatu tolakan yang kuat dilakukan

dengan siku diluruskan.

d. Apabila badan melambung ke atas dan hadapan, satu lengkung yang

menarik akan terhasil.

e. Lutut dan sendi pinggul diluruskan sepenuhnya.

4. Pendaratan

a. Kaki dibuka sedikit agar pendaratan dapat dilakukan dengan kemas.

b. Pergelanggan kaki dan lutut dibengkokkan untuk menampung berat

badan semasa melakukan pendaratan.

c. Semasa mendarat, tangan diayun ke hadapan dan bawah untuk

membawa badan ke hadapan, ini menjadikan pusat graviti badan

stabil.

d. Satu lonjakan kecil dilakukan untuk mendapatkan kedudukan berdiri

tegak.

15

Page 16: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Teknik Dalam Hambur Tangan

1. Tangan lurus ke atas, bahu dikembangkan, mula melangkah.

2. Pengembangan bahu dikekalkan, dada ditekan ke bawah arah lantai.

3. Bahu di belakang tangan yang dilurus, kaki tendang dengan kuat ke

belakang.

4. Kaki mula dirapatkan, kepala donggak, badan dikekalkan lurus.

5. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.

Konsep Dalam Hambur Tangan

1. Mengaplikasikan daya dalam hamburan yang dilakukan.

2. Aksi dan masa reaksi.

3. Memindahkan momentum depan ke arah gerakan atas dan hadapan.

Cara Menyokong Hambur Tangan

1. Tangan kanan penyokong mencekak bawah bahu pelaku, tangan kiri

memegang pinggangnya.

2. Penyokong berdiri rapat berhampiran pelaku dengan lutut dibengkokkan

untuk membantu mengangkat pelaku.

3. Bahu pelaku hendaklah ditahan agar tidak tersungkur ke hadapan.

16

Page 17: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Rajah : CARA MENYOKONG

17

Page 18: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Kesalahan Yang Sering Dilakukan

1. Tempat jangkauan tangan ke hadapan pada lantai sebaliknya ditutup

dengan kaki.

2. Membengkokkan lengan.

3. Kurang tekanan daripada badan disebabkan kedudukan badan yang tidak

condong.

4. Bahu ditolak tidak tepat pada waktunya.

5. Murid tidak fleksible dengan penerbangan di mana mereka tidak

membengkokkan belakang sebaliknya menolak keluar.

6. Tidak cukup momentum menyebabkan kegagalan untuk mendarat ke

belakang kerana kurang hayunan daripada kaki atau tolakan tangan.

Langkah Keselamatan

1. Menggunakan peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti iaitu tilam,

papan anjal dan peti lombol ( vault ).

2. gunakan tilam untuk mendarat bagi mengurangkan risiko kecederaan.

3. Langkah-langkah ansur maju dilakukan terlebih dahulu.

4. Penyokong sentiasa bersedia untuk membantu iaitu memegang lengan

atau bahu serta belakang badan pelaku sehingga sesuatu kemahiran

yang dilakukan tamat.

18

Page 19: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

19

Page 20: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

GLOSARI

Istilah-istilah dalam gimnastikAlang Beam

Ansurmaju Progression

Ayun Lampai Lengan Lurus Long Arm Over Swing

Ayun Luas Giant Swing

Ayun Luas Belakang Giant Swing Backwards

Ayun Lampai Dua Kali Double Beat Over Swing

Batang Titian Balance Beam

Bola Segar Physio ball

Cekak Campuran Mixed Grip

Cekak Hadapan Regular Grip

Cekak Kilas Reverse Grip

Dirian Belakang/ Tengkuk Back/Neck Stand

Dirian Kepala Head Stand

Dirian Kepala Bersudut Angle Head Stand

Dirian Hadapan Front Stand

Dirian Tangan Hand Stand

Dirian Tinggi High Stand

Dirian Tinggi Tangan High Hand Stand

Duduk Melunjur Horizontal Sitting

Gantung Terbalik Revers Hangging

Gaya Lelayang Swallow Position

Guling Belakang Backward Roll

Guling Hadapan Forward Roll

Hambur Belakang Back Spring

Hambur Kucing Cat Spring

Hambur Lenting Flic-Flac

Hambur Tangan Hand Spring

Hambur Tengkunk/Belakang Neck/Back Spring

20

Page 21: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Hambur Terbang Fly Spring

Ikut Lajak Follow Trough

Imbangan Balance

Imbangan Bersokong Balance-Support

Imbangan Dekam Crouch Balance

Imbangan Pelengkap Complementary Balance

Kawalan Gerak Badan Control Of BodyMovement

Lombor Bujur Lalu Horizontal Trough Vault

Lombor Muka Separuh Kilas Face Vault With Half Turn

Lombol Muka Tinggi Mendepa High Front Face Vault

Lombor Putar Penuh Double Flank Vault

Lombol Memanjang Long Vault

Lompat Asas Basic Jump

Lompat Skip Skip Jump

Lonjak Take-Of

Palang Bar

Palang Bertingkat Uneven Bar

Palang Dinding Wall Bar

Palang Sejajar Parallel Bar

Palang Tunggal Horizontal Bar

Palang Anjal Spring Board

Papan Lonjak Beating Board

Pendaratan Landing

Peti Lombil Vaulting Box

Putaran Roda Cartwheel

Sokonh Support

Sokong Belakang Backward Support

Sokong Hadapan Front Support

Sokong Kincir Mill Support

Sokong Pinggang Hip Support

Tilam Ketangkasan Agility Matters

21

Page 22: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

SUMBER RUJUKAN

Manual gimnastik – Othman Mohamnad

Teaching for gimnastik

Gimnastik coaching manual –Rrenu Jain

22

Page 23: CORAK PERGERAKAN DOMINAN MENDARAT DENGAN TANGAN

Sekian....

23