i menganalisis perkembangan otot bisep · pdf file2.2 kecederaan traumatik pada ... seseorang...

22

Upload: phamduong

Post on 01-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian
Page 2: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

i

MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP MELALUI LATIHAN

ELBOW FLEXION TERHADAP DAYA PEMULIHAN

PESAKIT ERB’S PALSY.

KOAMATHI SUPRAMANIAM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Sains Sukan)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MARCH 2004

Page 3: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :……………………………….

Nama Penulis : KOAMATHI SUPRAMANIAM

Tarikh : March 2004

Page 4: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

iv

PENGHARGAAN

Salam Sejahtera dan Salam Pembukaan. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurnianya penulis dapat menyiapkan tesis ini dengan masa yang

ditetapkan. Dalam ruangan ini penilis ingin mengambil kesempatan untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap yang terlibat dalam usaha penulis

menyiapkan tesis ini.

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada P.M

Dr Abdul Hafidz bin Hj Omar selaku penyelia diatas dorongan dan tunjuk ajar yang

berkesan sehinggakan penulis dapat menghasilkan tesis ini.

Selain daripada itu, penulis ingin merakamkan terima kasih kepada para

pensyarah Sains Sukan yang turut memberi sokongan dalam menjayakan kajian dan

tesis penulis.

Tidak terlupa kepada Dr Mariam, ketua Jabatan Pemulihan Anggota,

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang banyak membantu penulis dalam

menjalankan kajian dan menyiapkan kajian. Penulis ingin merakamkan ribuan

terima kasih kepada Dr Kamarulzaman bin Ismail, Pakar Orthopedic dan Dr. Sally

Chew Seow Lee, Ahli Fisioterapi dari Hospital Pakar Metro Sungai Petani atas

bantuan yang diberikan sepanjang penulis menjalankan kajian.

Seterusnya, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En Fatmi

Shah yang merupakan subjek utama kajian yang banyak memberi kerjasama kepada

penulis dalam menyiapkan kajian. Selain itu kepada rakan-rakan sample juga penulis

merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan

Page 5: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ibu bapa, Pn Jayanthi dan En Supramaniam

dan adik Sathia Rau dan Shaagan yang sentiasa memberi

sokongan dan perangsang. Perhatian dan segala kerjasama amat

dihargai. Teristimewa buat nenek tersayang.

Buat adik-adik tersayang kakak berharap agar adik-adik akan

turut ke menara gading dan berjaya .

Buat kekasih tercinta Ravendran, sokongan dan nasihat mu

sangat berharga dan segala bantuan yang diberikan kepada

saya dalam menyiapkan kajian tidak dapat ku lupai.

Segala kerjasama yang diberikan saya membalas dengan

ucapan jutaan terima kasih.

Buat sahabat Saraswathy segala kenangan bersama akan

memdorong saya untuk lebih maju.

Page 6: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

v

Kepada rakan-rakan kumpulan iaitu Angeline Jumpo, Noraziah Mohd

Bashari dan Nik Aktarulhaq bin Nik Abdul Rahman yang banyak bertungkus lumus

dalam menyiapkan kajian bersama dengan penulis. Penulis ingin merakamkan

jutaan terima kasih kepada mereka atas kerjasama, bantuan yang diberi sepanjang

kajian dan sokongan yang diberikan untuk menjayakan tesis ini.

Page 7: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

vii

ABSTRACT

This research is about a physical illness regarding nerve injuries involve

clavicle 5, clavicle 6, clavicle 7, clavicle 8 and thoracic 1. Brachial Plexus Palsy,

Erb’s Palsy and Klumpke’s Palsy are types of injuries involve this nerves. This

research is an experimental to obtain the improvement of biceps muscle regarding

effective of elbow flexion exercise to see convalesce at Erb’s Palsy patient. This

testament had done in Universiti Teknologi Malaysia itself. There are eleven

samples in this reseach. Ten of them are Sports Science student and a Erb’s Palsy

patient. The research is done to observe about muscle contraction after elbow

flexion exercise and conformed that the patient were neuroma. The training was

done using elbow flexion exercise for 5 weeks long and 40 times of repetition and

done 3 times a week. From the result, there are improvement at bicep muscle. From

the T test there have development in muscle by significant 0.05. As a result, there

are development in biceps muscle . Hopefully this research can be useful to most of

the people to know more about Erb’s Palsy

Page 8: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

viii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak vi

Abstract vii

Isi Kandungan viii

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 6

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Hipotesis 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Operasional 10

1.9 Penutup 14

Page 9: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

ix

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kecederaan Traumatik pada

Brachial Plexus 15

2.3 Kecederaan Brachial Plexus 16

2.4 Electromyography 20

2.5 Erb’s Palsy 22

2.6 Klumpke’s Palsy 24

2.7 Penutup 24

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Pemilihan Subjek Kajian 27

3.4 Instrumentasi Kajian 28

3.5 Prosedur Kajian 30

3.6 Pengumpulan Data 34

3.7 Penganalisaan Data 34

3.8 Penutup 35

4 PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Diskriptif 37

4.3 Analisis Inferensi 50

Page 10: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

x

4.4 Penutup 52

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan 54

5.3 Masalah Yang Dihadapi 56

5.4 Kesimpulan 57

5.5 Cadangan-cadangan 58

5.6 Penutup 59

6 RUJUKAN 60-62 7 LAMPIRAN 63-94

Page 11: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Data Mentah Bagi Umur dan Berat Badan

Sample Normal 37

4.2 Taburan Umur bagi Sample Normal 38

4.3 Taburan Berat Badan bagi Sample Normal 40

4.4 Bacaan Maksimun (mV), Bacaan Minimum (mV),

dan Bacaan P-P Sample Normal 42

4.5 Bacaan Ujian Pra bagi Sample Pesakit Erb’s Palsy 43

4.6 Bacaan Ujian Pos bagi Sampel Pesakit Erb’s Palsy 44

4.7 Bacaan Pra dan Pos Bacaan Kekuatan Maximum (mV)

bagi sample Pesakit 45

4.8 Bacaan Kekuatan Maksimum (mV) Otot Bisep Subjek

Bagi Ujian Pra dan Pos 49

Page 12: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peratusan umur bagi sample 39

Kawalan

4.2 Peratusan berat badan bagi

Sample kawalan 41

4.3 Bacaan pra dan pos kekuatan

Maksimum 46

4.3.1 Perbandingan Bacaan Pra dan pos

antara sample kawalan dan sample

pesakir Erb’s Palsy 48

4.4 Kawasan penerimaan dan penolakan

Hipotesis 50

Page 13: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam kehidupan seharian manusia memang sudah masak dengan pelbagai

kerja. Tidak kiralah kerja yang dilakukan adalah berat atau ringan. Semasa

seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. Ini tidak

kiralah yang serius atau yang ringan.

Kecederaan yang berlaku boleh terjadi di mana-mana termasuklah tempat

kerja, di rumah, semasa bersukan atau dimana saja. Menurut statistik Polis Diraja

Malaysia 1980, Malaysia merupakan negara paling tinggi mempunyai kemalangan

diAsia. Kecederaan yang berlaku melibatkan kecederaan ringan dan parah adalah

sebanyak 20,403 kes, dan kecederaan ini melibatkan 45% penunggang motorsikal.

Selain daripada kemalangan jalan raya boleh menyebabkan kecederaan,

kegiatan sukan juga boleh menyebabkan kecederaan. Untuk mengelakkan

mengalami sebarang kecederaan, seseorang itu haruslah melakukan senaman

memanaskan badan supaya kecederaan dapat dielakkan. Untuk mengekalkan tahap

kesihatan yang baik senaman dilakukan 3 kali seminggu selama 30 minit ( Jabatan

Pemulihan Anggota Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, 2003).

Page 14: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

2

Dalam sukan juga boleh berlaku kecederaan, boleh dikatakan dalam semua

sukan kecederaan boleh berlaku tetapi ‘contact sports’ mempunyai kebarangkalian

yang tinggi kecederaan berlaku. Sebagai contoh, ragbi, bola sepak, hoki dan lain

lagi. Bagi mengelakkan kecederaan ini beberapa perkara telah dikenalpasti seperti

melakukan ‘warm up dan cool down’ dengan betul, mengenakan pakaian dan alat

yang sesuai, tempat bersukan yang selamat dan banyak lagi.

Dalam menjalankan aktiviti kesukanan, kecederaan adalah perkara biasa.

Kecederaan sukan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kecederaan primer dan

kecederaan sekunder.

1. Kecederaan primer

a. Kecederaan secara tidak terus (indirect injury).

Kecederaan ini disebabkan oleh individu itu sendiri sebagai

contoh terlebih regangan (over-strech), tidak cergas dan juga

kecederaan lama.

b. Kecederaan secara terus (direct injury).

Kecederaan yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti

hentakan, pukulan, perlanggaran dan terjatuh.

c. Kecederaan lebihan lasak (overuse injury).

Kecederaan yang disebabkan ketidaksesuaian atau berlebihan

penggunaan sesuatu anggota badan yang menyebabkan

berlaku tekanan dan tegangan pada tempat-tempat tertentu

seperti tulang, ligamen, otot dan lain-lain bahagian anggota

badan.

Page 15: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

3

2. Kecederaan Sekunder

Kecederaan ini berlaku disebabkan oleh kecederaan yang lama

di mana tiadanya rawatan yang rapi dan mencukupi. Individu

juga tidak memberi rehat yang cukup untuk kecederaan

tersebut pulih.

Daripada kedua-dua jenis kecederaan ini ia boleh dibahagikan pula kepada

tiga klasifikasi kecederaan mengikut struktur iaitu kecederaan tisu lembut,

kecederaan tisu keras dan kecederaan organ-organ khas atau kombinasi tisu-tisu.

Jabatan Pemulihan Anggota Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (2003),

telah mendefinisikan kecederaan sukan berlaku apabila satu daya yang dikenakan ke

atas bahagian badan yang melebihi keupayaan badan.

Dalam laporan dari American Society for the Hand (2001), mengatakan saraf

yang bercabang dari saraf tunjang menuju ke lengan, tangan dan jari adalah melalui

tulang belakang dan bergerak ke tangan dibawah tulang clavicle. Saraf yang kearah

lengan akan melalui bahagian atas leher manakala saraf yang kearah tangan dan jari

melalui bahagian bawah leher. Saraf-saraf yang bercabang akan bercantum dimana

terletaknya sambungan antara leher dan bahu dan dikawasan inilah terletaknya

Brachial Plexus.

Menurut Kozin, S. (2003), Brachial Plexus Injury merupakan kecederaan

yang sering berlaku semasa kelahiran yang mana kemungkinan 3 dalam 1000

kelahiran dan peratusan yang sembuh sepenuhnya adalah tinggi.

Page 16: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

4

Kecederaan yang melibatkan bahagian tangan atau bahu adalah dikenali

sebagai kecederaan Brachial Plexus. Rockwood, C.A. et al., (1996), mengatakan

kemungkinaan besar sakit ini berlaku dikhalayak dewasa adalah disebabkan oleh

kemalangan jalan raya dan juga melalui kegiatan sukan yang berupa contact sports.

Kecederaan Brachial Plexus melibatkan keseluruhan bahagian tangan saja. Ini

dimana atlit yang mengalami kecederaan pada bahagian ini akan mengalami

gangguan dalam penggunaan tangan atau bahu.

Brachial Plexus merupakan rangkaian saraf –saraf yang terletak diantara bahu

dan leher. Laurent, J.P. (2001), Brachial Plexus terdiri daripada 5 saraf utama iaitu

saraf C5, C6, C7, C8 dan T1. Setiap bahagian akar saraf utama ini bersambungan

dengan bahagian batang saraf.

Kecederaan pada bahagian tangan boleh dikategorikan kepada 2 bahagian

iaitu kecederaan keseluruhan tangan atau bahagian tertentu saja. Brachial Plexus

secara keseluruhan adalah melibatkan saraf C5, C6, C7, C8 dan T1 dan lebih dikenali

sebagai Brachial Plexus Palsy. Kecederaan bahagian tertentu ialah Proximal atau

lebih dikenali sebagai Erb’s Palsy dan Distal yang juga dikenali sebagai Klumpke’s

Palsy. Erb’s Palsy melibatkan kecederaan yang berlaku pada saraf C5, C6 dan C7,

kecederaan yang berlaku pada saraf C7 adalah peratus yang kecil. Klumpke’s Palsy

berlaku pada saraf C8 dan T1 yang mana terutamanya berlaku pada saraf T1

(Adams, J.C. dan Hamblen, D.L., 1995).

Menurut Adams, J.C. dan Hamblen, D.L. (1995), kecederaan yang

melibatkan saraf C5 dan C6 akan menyebabkan otot deltoid, supraspinatus,

infraspinatus, biceps dan brachialis menjadi lumpuh. Menurutnya mereka lagi

kedudukan tangan pesakit Erb’s Palsy akan berada dalam keadaan terjatuh dan

sebelah bahu rapat kesisi badan. Pergelangan tangan akan terpusing kebelakang dan

berada dalam keadaan “waiters tips”.

Page 17: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

5

Kebanyakan mangsa kecederaan Brachial Plexus merupakan penunggang

motorsikal yang mana mengalami kecederaan serius dan tragedi sehinggakan mereka

tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan disebabkan kecederaan yang dialami

(David, 2001).

Menurut David (2001), di negara United Kingdom sebanyak 90% yang

mengalami Brachial Plexus Injuries disebabkan kemalangan yang mana mangsa

akan mendarat pada bahagian kepala dan bahu. Rujuk Lampiran A.

Otot yang tidak digunakan dalam tempoh yang lama akan menjadi kecil dan

lemah dan keadaan ini dipanggil disused atrophy. Sebaliknya, jika otot digunakan

sekadar yang memadai atau berlebihan, ini akan mendorong kepada perkembangan

yang lebih baik ataupun hypertrophy (Chaurasia, 1996).

Menurut Zanetas (2003), kecederaan pada Brachial Plexus merupakan

cabaran yang kompleks kepada pakar dari segi latihan dan rawatan. Keadaan ini

berlaku disebabkan kesukaran pakar mengenalpasti jenis kecederaan yang berlaku

pada bahagian yang berkenaan tanpa menjalani beberapa ujian.

Erb’s Palsy selalunya merujuk kepada kecederaan semasa kelahiran yang

mana bayi hanya dapat mengerakkan sebelah tangan saja dan sebelah lagi berfungsi

seperti biasa. Kemungkinan bayi mengalami Erb’s Palsy hanyalah seorang atau dua

saja daripada 1000 kelahiran (laporan American Academy of Orthopedic Surgeons,

2002).

Erb’s Palsy ialah istilah yang digunakan untuk mengambarkan keadaan

lumpuh tangan. Keadaan ini berlaku semasa bayi terperangkap pada bahagian pelvis

ibu semasa kelahiran. Saraf pada bahagian leher dan lengan bayi kemungkinan

terkoyak atau mengalami kecederaan parah disebabkan rengangan yang lebih

diantara bahu dan leher. Kemungkinan keadaan ini berlaku disebabkan saiz bayi

yang agak besar (laporan American Academy of Orthopedic Surgeons, 2002).

Page 18: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

vi

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan penyakit fizikal yang

melibatkan kecederaan pada saraf clavicle 5, clavicle 6, clavicle 7, clavicle8 dan

toraks1. Brachial Plexus Palsy, Erb’s Palsy dan Klumpke’s Palsy.adalah kecederaan

yang boleh berlaku pada bahagian Brachial Plexu.s Kajian ini adalah untuk melihat

perkembangan otot bisep melalui keberkesanan latihan elbow flexion terhadap daya

pemulihan pesakit Erb’s Palsy. Daripada kajian yang diadakan dapati ada kontraksi

otot bisep selepas latihan elbow flexion selain dapat mengenalpasti pesakit Erb’s

Palsy mengalami kecederaan jenis neuroma Kajian ini dilaksanakan di sekitar

Univesiti Teknologi Malaysia. Seramai sebelas orang sample terlibat, yang mana

seramai sepuluh orang untuk kumpulan kawalan dan seorang sample pesakit Erb’s

Palsy. Latihan yang diberikan adalah berbentuk elbow flexion yang dijalankan

selama lima minggu dan dilaksanakan tiga kali seminggu, dan dilakukan sebanyak

empat puluh kali setiap set. Hasil analisa dapatan kajian memperlihatkan ada

perkembangan pada otot bisep dan didapati pesakit ini adalah neuroma. Daripada

ujian t didapati terdapat perbezaan dalam perkembangan otot pada aras signifikan.

Daripada latihan elbow flexion yang dijalankan didapati ada perkembangan selepas

latihan. Kesimpulannya kajian yang dijalankan mempunyai perkembangan pada

otot bisep. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini adakan membantu banyak

pihak dalam mengenali Erb’s Palsy dengan lebih dekat.

Page 19: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

6

Terdapat pelbagai otot yang terlibat alam bahagian bahu hingga kebahagian

jari tangan. Otot-ototnya adalah deltoid, subscapularis, serratus anterior, latissimus

dorsi, long head of trisep brachii, biceps brachii, corocobrachialis, short head of

biceps brachii dan long head of biceps brachii (Gary, 1994).

Williams, P.L. (1995), mengatakan tindakan otot mentafsirkan pergerakan

semasa berlaku kontraksi pada otot. Semasa melakukan senaman atau kerja secara

normalnya terdapat pengenduran dan pengecutan otot.

Dalam laporan American Society for the Hand (2001), menyatakan latihan

range of motion adalah penting untuk mengelakkan daripada bahagian lengan tegang

atau keras.

Menurut laporan dari National Institute of Neurological Disorders and Stroke

(2003), menyatakan semasa berlakunya kecederaan pada Brachial Plexus tangan

akan lumpuh, kawalan otot akan berkurangan atau tiada langsung pada bahagian

tangan, lengan, pergelangan tangan atau jari, kurang peraan pada bahagian tangan

atau lengan.

1.2 Latar belakang Masalah

Erb’s Palsy atau kecederaan pada Brachial Plexus bukan saya akan berlaku

pada bayi semasa kelahiran atau pun semasa seseorang terlibat dalam kemalangan

jalanraya terutamanya penunggang motorsikal tetapi juga semasa bersukan. Menurut

Kristi (2001), kecederaan pada Brachial Plexus boleh juga berlaku semasa bersukan.

Page 20: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

7

Bagaimanakah kecederaan Brachial Plexus boleh berlaku? Ia disebabkan

oleh darjah renggangan yang tinggi yang berlaku diantara kepala dan bahu semasa

individu terjatuh. Sebagai contohnya, apabila dilihat kepada permainan ragbi,

seseorang pemain itu ada kemungkinan terdedah kepada Erb’s Palsy adalah tinggi.

Semasa pemain beraksi dalam padang, pemain boleh terjatuh dalam keadaan bahu

dan kepala terenggang dalam darjah yang tinggi dengan dihempap oleh pemain lain.

Rujuk Lampiran C.

Semasa kecederaan yang berlaku di bahagian lengan terdapat beberapa otot

yang akan cedera, ini akan menyebabkan atlit menggunakan bahagian lengan atau

bahu dalam kuantiti yang sangat kecil. Menurut Chummy S. Sinatamby (2001),

mengatakan otot yang akan mengalami kecederaan disebabkan kecederaan pada

Brachial Plexus adalah Biceps, Brachialis, Coracobrachialis, medial intermuscular

septum dan lateral intermuscular septum.

1.3 Penyataan Masalah

Erb’s Palsy boleh berlaku dalam apa keadaan pun tidak kiralah semasa

kemalangan, kelahiran atau bersukan. Tetapi Erb’s Palsy jarang berlaku. Kekerapan

yang berlaku adalah sangat kecil.

Tempoh yang diperuntukkan kepada pesakit Erb’s Palsy adalah selama 2

tahun untuk pulih sempurna. Tempoh selama 2 tahun diperuntukkan untuk pesakit

mendapat rawatan dan latihan yang rapi, dan melalui rawatan ini didapati

perkembangan sebanyak 1mm hingga 2mm pada saraf . Tempoh ini diberikan

kepada pesakit menjalani fisioterapi secara berterusan. Dalam tempoh ini jika pesakit

tidak pulih, ini bermakna pesakit itu tidak dapat dipulihkan.

Berikutan daripada masalah yang dihadapi penyelidik akan melihat kontraksi

otot daripada senaman elbow flexion melalui penggunaan Elektromyography 1

Standard and Intergrated.

Page 21: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian mengenai keberkesanan latihan senaman elbow flexion ini boleh dikaji

dari beberapa aspek. Oleh itu, beberapa objektif telah digariskan oleh penyelidik

sebagai panduan menjalani kajian. Objektif kajian itu adalah :

i. Melihat perkembangan otot biceps menerusi analisa data daripada

ujian yang dijalankan iaitu latihan elbow flexion dengan keadaan

pesakit.

ii. Untuk melihat perkembangan kontraksi otot pada bahagian biceps

sebelum latihan dan selepas latihan.

iii. Untuk menganalisis jenis kecederaan yang dialami pada otot biceps.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat kontraksi otot biceps pesakit

Erb’s Palsy semasa memberi latihan elbow flexion sebanyak 40 kali dalam tempoh 5

minggu dan 3 kali seminggu. Latihan senaman yang dilakukan hanya ditumpukan

kepada otot biceps kerana otot biceps merupakan otot yang tahap kekuatan yang

tinggi dalam gerakan membengkok siku.

Kajian ini adalah untuk melihatkan perkembangan terhadap otot yang diuji

dan yang diberi latihan. Adalah menerusi kajian yang dijalankan boleh memberi

perubahan kepada perkembangan otot dengan program latihan yang sesuai.

Page 22: i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. ... akan mendarat pada bahagian

9

Kajian ini juga akan membolehkan penyelidik mengelaskan kecederaan yang

dialami oleh sampel. Ia akan dilakukan menerusi analisa data yang diperolehi

daripada ujian. Selain itu penyelidik dapat melihat kontraksi otot yang wujud

sebelum dan selepas latihan diberikan.

Kajian yang dijalankan akan memberi gambaran kepada penyelidik akan

datang terhadap Erb’s Palsy dan Brachial Plexus dan juga menjadi bahan rujuk

selain menjadi bahan sokongan kepada penyelidikan mereka.

Hasil kajian ini juga diharap dapat memberi gambaran kepada pihak

perubatan tentang kaedah yang paling sesuai dan corak latihan yang sistematik.

Semoga kecederaan yang dialami oleh pesakit Erb’s Palsy dapat disembuh dalam

tempoh yang cepat dan dengan kaedah yang betul dan berkesan.

1.6 Hipotesis

Ha1 : Terdapat perkembangan otot yang signifikan pada graf EMG

ketika senaman yang dilakukan oleh sampel dan boleh

dibezakan dengan tindakbalas orang yang normal.

Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kontraksi

otot pada otot biceps sampel sebelum dan selepas latihan

senaman.

Ho 1 : Tidak terdapat perkembangan otot yang signifikan pada graf

EMG ketika senaman yang dilakukan oleh sampel boleh

dibezakan dengan tindakbalas orang yang normal.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kontraksi

otot pada otot biceps sampel sebelum dan selepas senaman.