pengenalan olahraga pjm3101

15
PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101 DISEDIAKAN OLEH; ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Upload: abra

Post on 15-Jan-2016

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101. DISEDIAKAN OLEH; ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN. SEJARAH AWAL. Olahraga merupakan sukan tertua didunia. Bermula di Greece Kuno 1000 tahun sebelum masihi. Peringkat awal olahraga merupakan satu bidang seni bukan satu bidang sukan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

PENGENALAN OLAHRAGAPJM3101

DISEDIAKAN OLEH;

ABDUL LATIF BIN AHMAD

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Page 2: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

SEJARAH AWAL

Olahraga merupakan sukan tertua didunia.

Bermula di Greece Kuno 1000 tahun sebelum masihi.

Peringkat awal olahraga merupakan satu bidang seni bukan satu bidang sukan.

Sukan Olimpik Kuno pada tahun 776 S.M. merupakan tempat bermulanya sukan olahraga dalam tamadun manusia.

Pada tahun 1896 apabila Sukan Olimpik Moden di Greece olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang.

Page 3: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

SEJARAH ACARA LARIAN Acara larian merupakan acara yang

terawal dalam sukan olahraga. Acara larian yang paling awal

dipertandingkan adalah;`Stade’ (acara larian pada jarak

192 meter - jarak panjang stadium ketika itu).

‘Dialos’ (larian ulang alik berjarak 384 meter -192 meter x 2).

‘Dolichos’ (acara jarak jauh 5000 meter)

Sebelum tahun 1880an tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard. Ketika ini gaya permulaan menggunakan gaya berdiri.

Pada tahun 1884 gaya dekam telah mula diperkenalkan di Scotland.

Page 4: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

SEJARAH ACARA LOMPAT TINGGI

Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula di terkenal pada abad ke 20.

Dalam abad ke 19, atelit lompat tinggi menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting.

Pada sekitar tahun 1940 an gaya guling mula diperkenalkan dan diminati dalam acara lompat tinggi.

Pada petengah tahun 1950 an hingga temasya Sukan Olimpik 1968 gaya pelana mula mendominasi acara lompat tinggi.

Pada sukan olimpik 1968 Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan gaya baru iaitu Fosbury Flop

Page 5: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

SEJARAH ACARA LOMPAT JAUHBerasal daripada pertandingan

dalam bentuk lompat jauh berdiri (Greece). Pelompat dikehendaki memegang beban yang dikenali ‘ halteres’ pada kedua-dua tangan ketika melompat. Berat beban tersebut adalah di antara 1 hingga 4.5 kilogram.

Pada tahun 1854 J Howard telah melompat sejauh 9.02 tanpa menggunakan beban dengan larian dan beliau hanya melompat sejauh 2.4 dalam acara lompat jauh berdiri. Peristiwa ini telah mencetus idea untuk mengadakan pertandingan lompat jauh.

Page 6: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA Persatuan Olahraga pertama ditubuhkan di Ipoh pada tahun 1906. Kejohanan Olahraga yg terawal dijalankan di negara ini adalah

pada tahun 1906 dan 1913 yang ditaja oleh Kelab-Kelab orang Eropah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan didominasi oleh orang-orang Eropah.

Kejohanan olahraga terawal dikenali sebagai “Ipoh Athletic Sports” merupakan kejohanan tunggal olahraga ketika itu di Tanah Melayu dan juara kejohanan tersebut (Challenge Cups) dianggap sebagai juara Malaya.

Antara tahun 1914 and 1919 kegiatan olahraga di Tanah Melayu digantung kerana Perang Dunia Pertama.

Kejohanan antara negeri-negeri (Inter-State Champiornships) pada 1920 dianjurkan oleh ` Amateur Athletic Association of British Malaya’ dibuka kepada semua atlit daripada Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Tahun 1931 menyaksikan pertukaran nama ` Amateur Athletic Association of British Malaya’ kepada Kesatuan Olahraga Amatur Malaya (Amateur Athletic Association of Malaya) dan kejohanan olahraga dikenali sebagai Kejohanan Olahraga SeMalaya (Championships of Malaya).

Aktiviti olahraga di Tanah Melayu sekali lagi terhenti akibat Perang Dunia Kedua antara tahun 1940 and 1948.

Page 7: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

Penganjuran kejohanan olahraga kemudiannya berkembang ke negeri-negeri lain seperti Singapura (1950), Ipoh (1952, 55) dan P. Pinang (1956)

Selepas perang (1952) Persekutuan Persatuan Olahraga Amatur Malaya FMAAU (Federation of Malaya Amateur Athletic Union) ditubuhkan dan bergabung dengan Olympic Council.

Rekod kebangsaan pertama dicatat di Kejohanan Olahraga Kebangsaan Pertama di Seremban pada tahun 1960.

Kejohanan Olahraga Terbuka diadakan di P. Pinang (1960), Melaka 1961 dan Perak 1962 dengan penyertaan daripada atlit-atlit Singapura , Brunei , Sarawak, North Borneo, Ceylon, Philippines , Thailand , Indonesia , Pakistan dan Australia .

1954, FMAAU mengambil bahagian dalam Sukan Asia Kedua di Manila.

Penubuhan Malaysia FMAAU ditukar kepada Kesatuan Olahrag Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Athletic Union) dgn Datuk Mohammad Ghazali bin Shafie sebagai Presiden pertama.

Kejohanan Kebangsaan Pertama dianjurkan oleh KOAM di Seremban pada tahun 1964.

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Page 8: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

ACARA-ACARA OLAHRAGA

Bil Jenis Acara Acara

1. JARAK DEKAT 100 meter

200 meter

400 meter

2.

JARAK SEDERHANA 800 meter

1500 meter

3. JARAK JAUH 3000 meter

5000 meter

4. LARI BERGANTI-GANTI 4X100 meter

4X200 meter

4X400 meter

5 LARI BERPAGAR 100 meter ( Wanita)

200 meter ( Lelaki)

400 meter ( Wanita)

6. LARI BERHALANG 3000 meter

Secara amnya acara olahraga boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu

Acara balapan

Acara padang

Acara khusus

Bil Jenis Acara Acara

1. LOMPATAN Lompat Jauh

Lompat Kijang

Lompat Tinggi

Lompat Bergalah

2.

BALINGAN Melempar Lembing

Melempar Cakera

Lontar Peluru

Membaling tukul besi

Acara balapanAcara balapan biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari. Acara balapan ini menguji kederasan, kepantasan, ketahanan dan kekuatan sesorang atelit.

Acara padangAcara padang melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot. kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang. Acara ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu lompatan dan balingan

Page 9: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

ACARA-ACARA OLAHRAGA(DECATHLON)

Bil Jenis Acara Hari Acara

1.DECATHLON (10 Acara)LELAKI

Hari 1

100 meter

Lompat jauh

Melontar peluru

Lompat Tinggi

400 meter

Hari 2

110 meter lari berpagar

Lempar Cakera

Lompat Bergalah

Rejam Lembing

1500 meter

• DecathlonDecathlon (lelaki sahaja), merupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.

• Peserta yang mengumpul mata tinggi dianggap sebagai pemenang.

• Acara decathlon menguji kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi.

• Stamina atau daya tahan kadiovaskular peserta akan teruji dalam masa dua hari pertandingan.

• Acara decathlon bermula pada akhir kurun ke 19 (peringkat awal 10 acara di pertandingkan dalam masa satu hari.

• Pada tahun 1912 decathlon mula di pertandingkan dalam sukan olimpik moden di Stockholm. (10 acara decathlon dalam masa tiga hari. Kini acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di jalankan dalam masa dua hari

Page 10: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

Bil Jenis Acara Hari Acara

2.HEPTATHLON (7 Acara)PEREMPUAN

Hari 1

100 meter lari berpagar

Lompat Tinggi

Melontar peluru

200 meter

Hari 2

Lompat jauh

Rejam Lembing

800 meter

• Baru di perkenalkan pada tahun 1981 bagi mengantikan acara pentatlon.• Merupakan acara yang dikhaskan untuk atlit perempuan sahaja.• Heptathlon merupakan gabungan 7 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang perlu di habiskan dalam masa 2 hari. • Peserta yang mengumpul mata terbanyak dianggap sebagai pemenang. • Menguji kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi pesertanya di samping menguji stamina.

ACARA-ACARA OLAHRAGA(HEPTATHLON)

Page 11: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

• PentathlonPentathlon terdiri daripada gabungan displin 5 acara yang di pertandingkan dalam masa satu hari.• Pengiran mata sama seperti decathlon dan heptathlon. • Pada peringkat awal sebelum acara heptathlon diperkenalkan acara pentathlon dikhaskan kepada kaum wanita senior. • Acara ini mula diperkenalkan di sukan olimpik pada tahun 1928. Pada tahun 1981 heptathlon diperkenalkan dalam sukan olimpik mengantikan petathlon.

ACARA-ACARA OLAHRAGA(PENTATHLON)

Bil Jenis Acara Hari Acara

1.PENTATHLON (5 Acara)WANITA

Hari 1

Lompat jauh

Rejam Lembing

200 meter

Lempar Cakera

1500 meter

Page 12: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

• MarathonMarathon merupakan acara sukan yang telah dianjurkan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. • Dalam kejohanan seperti Olimpik, sukan asia dan sukan yang setaraf denganya acara maraton juga dipertandingkan. • Marathon merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam pertandingkan olahraga. Maraton dipertandingkan di jalan raya dengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer.

ACARA-ACARA OLAHRAGA(MARATHON)

Bil Jenis Acara Acara

1. MARATHON Jarak 42.195 km

Page 13: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

• Acara merentas desa menggunakan jalanraya atau laluan desa sebagai trek perlumbaan. • Jarak trek pertandingan dalam acara merentas desa ditetapkan oleh pihak pengelola bergantung kepada umur peserta pertandingan. •Jarak yang biasanya dipertandingkan ialah antara 2 hingga 14.5 km. • Acara merentas desa boleh di pertandingkan dalam bentuk individu atau pasukan. • Di sekolah biasanya kedua-dua pertandingan dalam bentuk individu dan pasukan dipertandingan serentak oleh itu selain daripada mendapat kemenangan individu, peserta akan menyumbangkan mata kepada pasukan yang di wakili.

ACARA-ACARA OLAHRAGA(MERENTAS DESA)

Bil Jenis Acara Acara

4. MERENTAS DESA

Jarak bergantung kepada pengelola pertandingan

Page 14: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

• Lumba jalan kaki ialah aktiviti berjalan dengan pantas.• Acara ini dipertandingkan untuk lelaki dan perempuan. • Aspek penting untuk berjaya dalam lumba jalan kaki ialah jarak langkah dan kekerapan melangkah. • Kelenturan serta gerakan badan serta gabungan ayunan tangan akan dapat meningkatkan kelajuan atlit.

ACARA-ACARA OLAHRAGA(LUMBA JALAN KAKI)

Bil Jenis Acara Acara

5.LUMBA JALAN KAKI

5 Kilometer (Perempuan)

10 Kilometer (Lelaki/Permpuan)

20 Kilometer (Lelaki)

Page 15: PENGENALAN OLAHRAGA PJM3101

SEKIANTERIMA KASIH