undang-undang malaysia - agc.gov.my 109... · pdf filepengeluaran pertanian, kredit...
Post on 09-Apr-2019
216 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
UNDANG-UNDANGMALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 109
AKTA PERTUBUHANPELADANG 1973
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006
2 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Tarikh Perkenan Diraja 15 Jun 1973
Tarikh penyiaran dalam Warta 21 Jun 1973
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama 1994
Cetakan Semula Yang Kedua 2000
AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973
Pertubuhan Peladang 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 109
AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
PEMBENTUKAN PERTUBUHAN PELADANG
3. Pembentukan
4. Larangan
5. Pertubuhan Peladang hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
6. Tujuan Pertubuhan Peladang
BAHAGIAN III
PENDAFTARAN
7. Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang
8. Daftar
BAHAGIAN IV
HAK DAN TANGGUNGAN
9. Anggota dan unit anggota Pertubuhan Peladang
10. Pelupusan hasil kepada atau melalui Pertubuhan Peladang
11. Lien dan tolakan berkenaan dengan syer atau kepentingan anggota atauunit anggota
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Seksyen
12. Syer atau kepentingan tidak boleh ditahan atau dijual
13. Pindah hakmilik kepentingan apabila anggota mati atau unit anggotadibubarkan
14. Pengarah
15. Wang Pertubuhan Peladang
15A. Kuasa untuk meminjam wang, dsb.
15B. Pelaburan wang
16. Kumpulan Wang Rizab
17. Penyelesaian pertikaian
18. Kes dinyatakan atas soal undang-undang
BAHAGIAN IV A
PENGGABUNGAN PERTUBUHAN PELADANGKAWASAN DAN NEGERI
18A. Prosedur penggabungan Pertubuhan Peladang Kawasan
18B. Pendaftaran Pertubuhan Peladang Negeri
18C. Prosedur bagi penggabungan Persatuan Peladang Negeri
BAHAGIAN V
PEMERIKSAAN, PENGGANTUNGAN DANPEMBUBARAN
19. Kuasa untuk memeriksa
20. Kuasa untuk menggantung dan membubarkan
21. Rayuan
22. Tidak boleh menjalankan urusan dalam masa penggantungan
23. Pengurusan dalam masa penggantungan
24. Audit
24A. Hak akses kepada rekod, dsb.
BAHAGIAN VI
PELBAGAI
25. Daftar anggota
26. Bukti mengenai catatan dalam buku Pertubuhan Peladang dan unitanggota
Pertubuhan Peladang 5
Seksyen
27. Kuasa khas Menteri bagi mengecualikan daripada kehendak tentangpendaftaran, dsb.
28. Kuasa untuk mengecualikan daripada duti atau cukai
28A. Mesyuarat agung tahunan
29. Dilarang menggunakan perkataan Pertubuhan Peladang
30. Undang-undang Kesatuan Sekerja dan Akta Syarikat tidak terpakai
31. Kesalahan
32. Larangan dan sekatan ke atas pendaftaran koperasi berasaskan pertanian
33. Kos bagi pembubaran paksa hendaklah ditanggung oleh LembagaPertubuhan Peladang
34. Akta ini hendaklah terpakai
35. Peraturan-peraturan
36. Pemansuhan
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Pertubuhan Peladang 7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 109
AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973
Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk pendaftaran PertubuhanPeladang, pengawalan dan pengawasan Pertubuhan itu dan bagiperkara yang berkaitan dengannya.
[Seluruh Malaysia1 November 1973]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pertubuhan Peladang1973 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
(2) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,menetapkan suatu tarikh bagi mula berkuat kuasanya Akta ini danboleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanyakesemua bahagian atau bahagian yang berlainan dalam Akta inidalam kesemua bahagian atau bahagian yang berlainan dalamMalaysia.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain
koperasi berasaskan pertanian ertinya sesuatu koperasi yangapabila Akta ini mula berkuat kuasa didaftarkan di bawah Akta
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Koperasi 1948 [Akta 287]*, Ordinan Koperasi 1958 Sabah[Ordinan 3 tahun 1958]* dan Ordinan Koperasi Sarawak [Bab66]* dan yang tujuan pokoknya atau fungsi utamanya adalah mengenaipengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesanatau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu:
Dengan syarat bahawa jika ada sesuatu pertikaian tentang samaada sesuatu koperasi ialah suatu koperasi berasaskan pertanian,pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Lembaga PertubuhanPeladang yang keputusannya itu adalah muktamad dan tidak bolehdipersoalkan dalam mana-mana mahkamah;
Lembaga Pertubuhan Peladang atau Lembaga ertinya Lembagayang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang1973 [Akta 110];
Pertubuhan Peladang ertinya sesuatu pertubuhan peladang yangdibentuk di bawah seksyen 3 di peringkat Kawasan, Negeri atauKebangsaan dan yang didaftarkan di bawah seksyen 9.
BAHAGIAN II
PEMBENTUKAN PERTUBUHAN PELADANG
Pembentukan
3. (1) Sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan boleh dibentukmengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yangdibuat di bawahnya bagi mana-mana kawasan di mana-mana Negerioleh tidak kurang daripada lima puluh orang yang memenuhikehendak yang dinyatakan dalam subseksyen 9(1) dan yang sebelumpembentukan itu telah berhimpun di suatu mesyuarat bagi maksudmembentuk suatu Pertubuhan Peladang.
(2) Mana-mana dua atau lebih Pertubuhan Peladang Kawasanyang didaftarkan mengikut Akta ini boleh dengan kelulusan Pendaftardan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnyabergabung menjadi suatu Pertubuhan Peladang Negeri.
(3) Mana-mana dua atau lebih Pertubuhan Peladang Negeri yangdidaftarkan mengikut Akta ini boleh dengan kelulusan Pendaftar
*CATATANAkta 287, Sabah Ordinan 3 tahun 1958 dan Sarawak Bab 66 telah dimansuhkan dandigantikan dengan Akta Koperasi 1993 [Akta 502] lihat seksyen 95 Akta 502.
Pertubuhan Peladang 9
dan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnyabergabung menjadi suatu Pertubuhan Peladang Kebangsaan.
Larangan
4. Tiada Pertubuhan Peladang boleh menjalankan urusan melainkanjika ia dibentuk dan didaftarkan mengikut peruntukan Akta ini.
Pertubuhan Peladang hendaklah menjadi pertubuhanperbadanan
5. Apabila didaftarkan di bawah Akta ini, sesuatu PertubuhanPeladang
(a) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yangkekal turun-temurun dengan mempunyai suatu meteraiperbadanan dan hendaklah mempunyai kuasa bagi membuatkontrak, bagi memulakan dan membela tindakan, guamandan prosiding undang-undang dan bagi membuat segalaperkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan yangdinyatakan dalam seksyen 6; dan
(b) boleh memperoleh dengan jalan pajakan, pembelian, derma,pemberian, devis, pemberian wasiat atau selainnya sesuatuharta alih atau harta tak alih bagi mana-mana tujuanpertubuhan itu dan bagi maksud itu boleh menjual ataumemajakkan atau selainnya membuat apa-apa urusanberkenaan dengan mana-mana harta itu.
Tujuan Pertubuhan Peladang
6. (1) Suatu Pertubuhan Peladang boleh dibentuk bagi tujuanmemajukan kepentingan ekonomi dan sosial atau kebajikan ahlinyaatau unit ahlinya dan hendaklah mempunyai kuasa bagi melakukansegala perkara yang perlu untuk mencapai tujuan itu dan khususnyatetapi tanpa menyentuh keluasan perkara yang tersebut terdahulu,ia hendaklah mempunyai kuasa
(a) untuk mengadakan perkhidmatan pengembangan dankemudahan latihan kepada peladang bagi melengkapkandiri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukanpertanian, perkebunan, penternakan binatang, ekonomirumah tangga, perniagaan pertanian dan perusahaankomersial yang lain;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
(b) untuk meluaskan pengeluaran pertanian di kalanganpeladang dan pekebun kecil untuk mencapai kepelbagaiandan pengkomersialan pertanian yang lebih luas dan untukmeluaskan dan memajukan perniagaan pertanian;
(c) untuk mengadakan bekalan ladang dan keperluan hariantermasuk kemudahan lain yang dikehendaki bagiperladangan yang progresif dan kehidupan luar bandaryang lebih baik;
(d) untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatankejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usahaperladangan;
(e) untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kreditdan memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidangpertanian dan ekonomi;
(f) untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan danmenawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luarbandar;
(g) untuk mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan,kompleks pengeringan, penggudangan dan kemudahanlain;
(h) untuk mengendali dan mengadakan kemudahanpengangkutan bagi menambah usaha pemasaran pertaniandan usaha yang berkaitan;
(i) untuk menubuhkan dan mengendalikan loji memprosesdan kompleks mengilang yang perlu bagi memproseshasil pertanian;
(j) untuk membolehkan pembentukan modal dan pelaburandi kalangan anggota atau unit anggotanya melaluipenubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usahaperdagangan dan perniagaan;
(k) untuk membantu anggota dalam memperoleh tanah dan untukmenjalan