memasarkan perniagaan anda - smecorp.gov.my · apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan...

30
Ketahui Kaedah Pemasaran Anda 7 Kaedah Pemasaran - Harga Produk Promosi Tempat Orang Proses Fizikal Seni Pemasaran Pengurusan Perhubungan Pelanggan Format Rekod Pelanggan 102 117 118 MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA

Upload: trinhmien

Post on 28-Jun-2019

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

Ketahui Kaedah Pemasaran Anda7 Kaedah Pemasaran -

Harga •Produk •

Promosi •Tempat •Orang •Proses •Fizikal •

Seni Pemasaran

Pengurusan Perhubungan PelangganFormat Rekod Pelanggan •

102

117

118

MEMASARKANPERNIAGAAN ANDA

Page 2: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan102

Bagaimana hendak memberitahu orang tentang produk/perkhidmatan anda?

Adakah pembungkusanproduk dan perkhidmatan

yang anda tawarkan menarik perhatian pelanggan?

Apa yang membezakan produk/perkhidmatan anda

dengan pesaing?

Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatananda diketahui di luar lingkungan

pelanggan/lokasi sedia ada?

MEMASARKANPERNIAGAAN ANDA

Di dalam Bab ini, kita akan mempelajari faktor dan kaedah untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mengetahui produk atau perkhidmatan anda dengan terperinci supaya mampu memberi penerangan yang baik kepada bakal pelanggan anda. Produk atau perkhidmatan hendaklah bersesuaian dengan kumpulan pelanggan yang disasarkan, dengan maklumat yang tepat serta panduan penggunaannya.

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Berikut merupakan antara kaedah pemasaran yang boleh digunakan:

KAEDAHPEMASARAN

Page 3: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 103

7 KAEDAH PEMASARAN

HARGA

PRODUK

PROMOSI

TEMPAT

ORANG

PROSES

FIZIKAL

Kenal pasti nilai produk kepada pelanggan

Kenal pasti produk yang boleh menarik perhatian pelanggan – warna, saiz, reka bentuk dsb.

Kenal pasti masa terbaik serta jenis pemasaran dan saluran media

Kenal pasti Lokasi terbaik untukproduk ditempatkan supaya mudahdibeli oleh pelanggan

Kenal pasti individu yang paling sesuai untuk berhadapan dengan pelanggan

Kenal pasti kaedah terbaik untuk menghasilkan produk atau menyampaikan perkhidmatan dengan kos yang minimum

Kenal pasti penampilan premis perniagaan dan lokasi untuk menarik pelanggan

1. HARGA

Berikut merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menetapkan harga produk atau perkhidmatan anda:

i) Harga Tambah Kos Kebanyakan usahawan menggunakan kaedah pengiraan harga tambah kos. Kaedah ini memastikan supaya nilai harga yang ditetapkan bukan sahaja melebihi kos overhed tetapi juga memberi keuntungan yang diperlukan. Sekiranya kos overhed anda tidak tepat, berkemungkinan keuntungan yang bakal diperoleh juga rendah.

Berikut merupakan contoh pengiraan yang boleh membantu anda menetapkan harga menggunakan konsep Harga Tambah Kos:

Kos bahan RM50.00+ Kos pekerja RM30.00+ Overhed RM40.00= Jumlah kos produk RM120.00+ Keuntungan (30% daripada jualan) RM 51.00

= Harga yang perlu dijual RM171.00

Page 4: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan104

iv) Harga TokokanCara pengiraan harga tokokan ialah dengan menambah suatu jumlah ke atas kos produk, dan jumlah harga ini perlu dibayar oleh pelanggan. Kaedah ini digunakan oleh kebanyakan pengeluar, pemborong dan peruncit. Contoh:

Peratus tokokan ke atas kos produk ialah RM60 / RM120 = 50%.

Kos produk RM120Harga jualan RM180Harga tokokan RM60

NOTA

Setiap harga produk atau perkhidmatan yang ditetapkan hendaklah menampung kos pengeluaran atau borong, caj pengangkutan, overhed atau perbelanjaan operasi dan juga mempunyai keuntungan yang berpatutan. Dalam strategi penetapan harga, anda perlu mengenali struktur ini terutamanya perbezaan di antara margin dan tokokan. Faktor seperti overhed yang tinggi, kecurian, kenaikan kos bahan mentah dan diskaun akan mempengaruhi penetapan harga.

iii) Harga KompetitifPenentuan harga kompetitif digunakan apabila harga pasaran untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu telah ditetapkan. Kaedah ini digunakan jika terdapat pihak yang telah menguasai pasaran, dan syarikat yang lebih kecil terpaksa mengikuti harga tersebut. Untuk kekal kompetitif, anda boleh juga menetapkan harga yang sedikit tinggi tetapi diiringi dengan perkhidmatan tambahan.

Contoh:Harga pasaran RM 170Harga anda (termasuk penghantaran) RM 180CHECKOUT

DELIVERY

ii) Harga PermintaanHarga permintaan ditentukan oleh kombinasi jumlah dan keuntungan. Produk biasanya dijual melalui saluran yang berbeza pada harga yang berbeza yang ditentukan oleh permintaan. Sebagai contoh: peruncit, rantaian diskaun, pemborong, atau pemasar dalam talian langsung. Jumlah pembelian yang besar akan mendapat harga unit yang lebih rendah.

Contoh:Harga runcit 1 unit RM 171Harga dalam talian RM 160Harga borong RM 150

CHECKOUT

DELIVERY

Page 5: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 105

Bersesuaian dan menggunakan bahan yang selamat

Mudah dipegang

Mudah disimpan atau diletakkan di rak

Mudah diperiksa

Mudah dibuka dan ditutup

Mudah dibuang dan boleh dikitar semula

2. PRODUK

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah menarik perhatian pelanggan dan bakal pelanggan anda supaya menyedari kewujudannya dalam pasaran. Berikut merupakan antara langkah yang boleh dilakukan untuk menjadikan produk atau perkhidmatan anda berbeza daripada pesaing anda:

i) PembungkusanPembungkusan adalah penting bagi sesuatu produk. Tujuan utama pembungkusan adalah untuk melindungi produk daripada rosak ketika pengendalian dan pengedaran.

Ciri-ciri reka bentuk pembungkusan yang baik adalah seperti yang berikut:

a) Jenama produkb) Nama produkc) Penerangan d) Logoe) Kod warna (jika ada)f) Kod bar (jika ada)g) Kod batch (jika ada)h) Berat kasari) Nilai nutrisi (untuk makanan dan

produk kesihatan)j) Tarikh luput (untuk makanan dan

produk kesihatan)

k) Kandungan atau ramuan l) Arahan membuka, mengguna,

menyimpan dan pelupusanm) Nama dan alamat pengeluar dan

pengedarn) Logo Halal atau logo agensi

berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Amalan Pengeluaran Baik (GMP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

o) Tanda harga

ii) Pelabelan

Label ialah reka bentuk grafik di atas bahan pembungkusan yang mengandungi maklumat terperinci sesuatu produk seperti pengeluar, nama produk, penggunaan dan penerangan produk dalam bentuk tulisan.

Mengikut garis panduan keperluan undang-undang, reka bentuk pelabelan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

Page 6: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan106

Pembungkusan yang baik akan memberikan maklumat yang lengkap tentang produk tersebut, oleh itu reka bentuk label yang baik akan menarik perhatian pelanggan untuk membeli.

Nama produk*

Nama Pengeluar*

Ilustrasi

Harga

Penerangan*

Tuntutan khas

Simbol bagikuantiti purata

Berat*(Beberapa

produk makanandikecualikan

seperi roti)

Nilai nutrisiproduk

Ramuan(Disenaraikanberdasarkan kepada urutan menurun berat bahan)*

Arahan membuka

Arahan memasak/pemanasan*

Arahanpenyimpanan*

Tarikh luput/guna sebelum/Kod batch

Kod bar

Jaminan pelanggan

Nama dan alamatpengeluar*

*Ini adalah keperluan undang-undang

Keperluan Label Produk

Page 7: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 107

Promosi adalah satu aktiviti untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan anda kepada umum.

Contoh aktiviti promosi ialah memberikan sampel percuma, kupon diskaun, rebat, pertandingan, penajaan dan sebagainya.

Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan baharu, meningkatkan jualan dan kadar pembelian semula.

Objektif utama ialah untuk meningkatkan jualan.

Kos tidak terlalu mahal.

Kebiasaannya melibatkan proses komunikasi dua hala.

Pengiklanan adalah teknik yang digunakan untuk mendapatkan perhatian umum dengan menggunakan mesej bergrafik.

Contoh aktiviti pengiklanan ialah menyalurkan mesej pengiklanan melalui surat khabar, televisyen, radio, papan iklan, media sosial dan sebagainya.

Bertujuan supaya maklumat pengiklanan sampai kepada kumpulan sasaran yang spesifik berdasarkan kepada statistik pembaca atau pendengar.

Objektif utama ialah untuk membina imej penjenamaan dan meningkatkan jualan.

Kos yang agak tinggi dan mahal.

Melibatkan komunikasi satu hala iaitu daripada pengiklan sahaja.

PROMOSI PENGIKLANAN

Anda tidak boleh sekadar bertanya pelanggan apa yang mereka perlukan dan cuba untuk

memenuhi permintaan mereka. Apabila anda berjaya menghasilkannya, mereka akan

inginkan sesuatu yang lebih baharu

Steve Jobs, pengasas Apple

3. PROMOSI

Mempromosi produk kepada masyarakat umum merupakan cabaran yang besar.Promosi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap sesuatu produk atau jenama, menjana jualan dan juga membina kesetiaan terhadap sesuatu jenama.

Pengiklanan pula adalah satu strategi promosi, kaedah komunikasi satu hala untuk memberitahu pelanggan maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan dan bagaimana untuk mendapatkannya di pasaran.

Page 8: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan108 STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan108

Artikel

Pemasaran Luar KotakPemasaran Luar KotakPemasaran Luar Kotak merupakan satu teknik pemasaran yang positif terhadap pesaing anda dan trend pasaran. Selari dengan perkembangan teknologi media dan gaya hidup sosial, anda perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mencipta gaya atau konsep baharu untuk memasarkan produk.

Anda perlu menghadapi risiko pelanggan tidak mahu membeli produk anda. Oleh itu idea yang diketengahkan mestilah lebih digemari berbanding produk lain di pasaran dengan meletakkan satu nilai ditambah kepada konsep pemasaran, sebagai contoh:

a) Pembungkusan yang kreatifb) Kempen pemasaran parodic) Jualan pra tempahan dengan hadiahd) Kombo set produk

Page 9: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 109

Langsung

Produk atau perkhidmatan dijual kepada pelanggan secara langsung melalui bersua muka, surat atau dalam talian.

Tidak Langsung

Menggunakan saluran pertengahan seperti peruncit, pemborong atau agen untuk mengedarkan produk atau perkhidmatan anda tetapi dengan harga tokokan daripada pihak pengantara. Kaedah ini sangat berkesan untuk sampai kepada pasaran yang lebih luas.

4. TEMPAT

Kenal pasti lokasi dan kaedah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda supaya dapat sampai kepada pengguna akhir. Ia boleh dibuat secara langsung atau tidak langsung menerusi beberapa jenis saluran pengedaran seperti agen, pengedar, pemborong dan peruncit. Kaedah alternatif seperti pasaran dalam talian juga boleh digunakan untuk menjual produk atau perkhidmatan secara terus kepada pelanggan yang disasarkan. Penggunaan tempat yang betul akan membolehkan anda untuk menembusi pasaran yang lebih besar, meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan kerana produk atau perkhidmatan anda telah sampai kepada pengguna akhir yang betul pada waktu yang tepat.

Saluran Pengedaran

PERLU TAHU

Saluran margin: Harga dibayar oleh pelanggan selepas mengambilkira harga kos yang ditanggung oleh penjual (termasuk harga pengantara)

Strategi tolakan: Usaha pengeluar untuk mempromosi perkhidmatan kepada pelanggan

Strategi tarikan: Pelanggan mencari produk atau perkhidmatan disebabkan oleh penjenamaan produk yang mantap

Fokus kepada kumpulan sasaran, sampaikan mesej yang mereka

mahu dan perlukan dananggap anda adalah pakar

dalam bidang anda

Kim Garst, Pengasas dan CEO Boom! Social

Page 10: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan110

ARTIKEL

Mendigitalkan Perniagaan AndaMendigitalkan Perniagaan Anda

Kita kini berada dalam era moden di mana kaedah pemasaran konvensional sudah menjadi kurang sesuai untuk

sampai ke sasaran yang lebih besar. Penggunaan teknologi perlu digunapakai sepenuhnya, sekurang-kurangnya menggunakan kaedah pemasaran digital untuk perniagaan anda.

Pemasaran digital ditakrifkan sebagai aktiviti promosi untuk produk atau jenama melalui aplikasi media elektronik. Fungsinya ialah sebagai medium pertukaran maklumat produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu, usahawan boleh menggunakan kaedah ini untuk membina dan mengekalkan hubungan bersama pelanggan.

Pemasaran digital adalah lebih kos efektif daripada kaedah pemasaran konvensional dari segi kitar jualan yang berkurangan, boleh diukur, memberi lebih kemudahan serta mencapai hasil yang disasarkan. Pemasaran digital kini dan pada masa hadapan bermatlamat untuk menghasilkan jualan daripada pengguna internet.

Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan pemasaran atas talian sendiri ialah dengan menggunakan emel yang boleh dihubungkan dengan aplikasi atas talian yang lain seperti:

i) Google Placesii) Weblogiii) Media Sosialiv) Pengiklanan Atas Talianv) Portal Khasvi) Pemasaran Bergambarvii) Berdasarkan lokasi seperti Foursquareviii) Laman Web

Page 11: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 111

Google Places

Weblog

Media Sosial

Page 12: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan112

Pengiklanan Atas Talian

Pemasaran Bergambar

Portal Khas

Page 13: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 113

Berdasarkan lokasi seperti Foursquare

Laman Web

Page 14: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan114

Strategi Pemasaran Digital

Ia adalah pelan tindakan yang perlu dibangunkan menggunakan jaringan atas talian yang ada untuk menarik minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan perniagaan anda. Berikut merupakan beberapa strategi pemasaran digital yang boleh digunakan untuk perniagaan anda:

Pemasaran Bermaklumat

Gunakan maklumat ringkas, video pendek atau perkongsian media sosial melalui jaringan pemasaran atas talian.

01

Pemasaran E-mel

Gunakan mesej bergrafik yang menarik untuk menyampaikan maklumat tentang produk atau perkhidmatan anda kepada pengguna melalui emel.

05Perkataan Yang Menarik Perhatian

Gunakan perkataan atau frasa unik berkaitan produk atau perkhidmatan yang boleh dicari dengan mudah di laman web oleh pelanggan anda.

06

Peruncitan Dalam Talian

Mulakan kedai atas talian supaya pelanggan boleh membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan anda melalui internet.

02Aplikasi Mudah Alih

Cipta aplikasi mudah alih supaya pengguna boleh memuat turun ke dalam telefon pintar atau gadjet mereka.

03

Laman Web Mesra Pengguna

Cipta laman web yang responsif dan mesra pengguna supaya pelanggan boleh mendapat akses melalui komputer, komputer riba, telefon pintar dan tablet. Gunakan nama domain yang mudah diingati.

07

Saluran Media Sosial

Bina sebuah profil perniagaan atas talian di dalam media sosial. Anda perlu bertindak dengan aktif untuk berinteraksi bersama pelanggan-pelanggan anda untuk mempromosi dan memberi pengetahuan tentang produk atau perkhidmatan anda.

04

Page 15: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 115

5. ORANG

“Tanggapan pertama akan berkekalan.” Bagi menarik perhatian pelanggan, semua pekerja anda hendaklah memainkan peranan untuk mendapatkan kepercayaan, keyakinan dan jaminan supaya pelanggan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Anda perlu melatih dan memberikan kemahiran yang diperlukan supaya pekerja anda memahami objektif syarikat, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Ini termasuklah jurujual, perkhidmatan pelanggan, staf teknikal dan sokongan juga perlu berpengetahuan supaya mereka dapat membantu untuk mempromosi produk atau perkhidmatan anda dengan lebih baik kepada pelanggan yang berpotensi.

6. PROSES

Ini adalah elemen dalaman untuk meletakkan satu sistem yang efektif dan bersesuaian dalam proses mengendalikan produk dan perkhidmatan anda kepada pengguna akhir. Hasil yang diperoleh akan meningkatkan jualan dan produktiviti. Sistem ini termasuklah proses penghasilan sehinggalah kepada penguruskan pertanyaan dan maklum balas pelanggan. Sebuah perniagaan yang baik akan menggunakan Prosedur Pengoperasian Standard (SOP) dalam menjalankan tugasan tertentu. SOP ialah arahan langkah demi langkah atau manual sebagai panduan untuk menguruskan produk dan perkhidmatan anda.

Kaedah untuk mendapatkan pekerja yang bersesuaian dan menguruskan pekerja akan diterangkan lebih lanjut dalam Bab 7.

Pelanggan juga merupakan orang yang penting dalam perniagaan anda. Pelanggan yang telah menggunakan produk atau perkhidmatan bukan sahaja akan membuat pembelian berulang dan menjadi pelanggan yang setia, malahan mereka akan menyampaikan maklumat tersebut kepada rakan dan kenalan mereka. Gabungan pekerja yang baik dan pelanggan yang berpuas hati akan membantu syarikat anda untuk mengembangkan perniagaan dan menjana keuntungan.

Page 16: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan116

Laman web Hotel

Pengesahan tempahanmelalui telefon Pengurusan

HotelPelanggan

Permohonan pelaksanaan

Mengisi borangtempahan

Terima tempahanmelalui e-mel

Sumber: www.conceptdraw.com

Contoh Sistem Penempahan Bilik Hotel

7. FIZIKAL

Suasana fizikal seperti lokasi perniagaan akan memberi impak untuk mendapatkan perhatian pelanggan anda. Susun atur dalaman bagi sebuah perniagaan runcit misalnya mempunyai ruangan yang luas untuk penggunaan troli, akan memberi keselesaan kepada pelanggan untuk membeli belah. Sebuah kedai makan yang mempunyai muzik latar dan suasana yang menenangkan akan mendatangkan keselesaan kepada pelanggan anda untuk menikmati hidangan.

Selain itu, penggunaan nama, simbol atau logo yang bertepatan akan membantu penjenamaan perniagaan. Nama dan logo yang tepat membolehkan pelanggan mengingatinya lebih lama serta menjadikan perniagaan anda lebih berbeza daripada pesaing anda. Sebagai contoh, logo yang besar boleh dipamerkan di premis perniagaan atau bangunan supaya mudah dilihat dari jauh, juga diletakkan dalam laman web serta kotak pembungkusan.

Page 17: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 117

SENI PEMASARAN Dapatkan perhatian prospek melalui kaedah pemasaran.

Bina minat prospek menggunakan pendekatan emosi supaya dapat mempengaruhi mereka membuat pembelian tersebut serta berasa puas hati menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.

Bina keinginan prospek dengan cara menunjukkan ciri-ciri keistimewaan produk anda serta memberi sampel atau memberi peluang mereka merasai pengalaman mencubanya.

Tingkatkan keinginan pelanggan terhadap produk anda dengan keyakinan atau membuktikan bahawa produk anda adalah berbaloi jika dibandingkan dengan pesaing lain. Testimoni daripada pengguna yang berpuas hati boleh membantu untuk mencapai matlamat ini.

Akhiri jualan dengan cara menggalakkan prospek untuk membuat tindakan atau pembelian serta-merta. Jawab sebarang bantahan dengan penerangan yang mengagumkan. Berikut merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk mengakhiri jualan:a) Akhiri secara langsung dengan mendapatkan tempahan.b) Akhiri secara konsensi dengan memberikan jaminan kepada prospek bahawa

pembelian mereka adalah pilihan yang bijak, atau menjimatkan atau pembelian tersebut adalah berbaloi.

c) Akhiri menggunakan desakan tempoh masa, iaitu dengan membuat kenyataan seperti: “Barang ini akan dijual dengan harga asal mulai minggu hadapan, diskaun akan diberikan sekiranya Tuan membuat pembelian hari ini.”

d) Tawarkan tempoh percubaan kepada prospek untuk menggunakan produk tersebut dengan tiada risiko dalam tempoh percubaan atau beri jaminan pulangan wang.

12

3

4

5

Tips dan Teknik Jualan Yang EfektifTips dan Teknik Jualan Yang Efektif

Berikut merupakan tips dan panduan umum yang boleh digunakan oleh jurujual dalam membuat jualan yang efektif.

• Dengarluahan emosi pelanggan• Fokuskepadakeperluan pelanggan• Bantuprospekmelihathasil akhir

yang bakal mereka peroleh• Gunakanbahasa yang fokus kepada

pelanggan• Ketahuiapayangpenting kepada

pelanggan• Kenali prospek anda• Jualkebaikan dan kelebihan, bukan

produk

• Jangan terburu-buru dalam membuat jualan

• Fokus kepada mengapa mereka perlu membeli, bukan bantahan mereka

• Kenali produk dan pasaran dengan jelas

• Buatsusulantemu janji dengan pelanggan

• Fokuskepadakejayaan mendapatkan pelanggan

• Gunapenerangan bukan alasan

Page 18: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan118

a) Simpan rekod pembelian pelanggan atau aduan untuk rujukan pada masa akan datang.

b) Kumpul maklumat peribadi pelanggan menggunakan borang bersesuaian,

sekurang-kurangnya maklumat asas seperti nama, nombor telefon, alamat dan emel.

c) Hantar ucapan kepada pelanggan bersempena dengan musim perayaan atau hari lahir mereka melalui mesej, emel dan kad. Tugasan ini walaupun kecil tetapi akan memberi impak kepada pelanggan anda.

d) Dapatkan maklum balas dan testimoni produk daripada pelanggan. Pamerkan di laman web, blog, brosur, jika bersesuaian. Pelanggan sedia ada akan kagum dan akan bantu untuk rujukan kepada pelanggan baharu.

PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN

Pengurusan Perhubungan Pelanggan boleh ditakrifkan sebagai kaedah komunikasi dan berurusan dengan pelanggan sedia ada serta pelanggan baru yang berpotensi. Berikut merupakan antara kaedah efektif dan panduan untuk membuat susulan kepada pelanggan anda:

Sekiranya anda tidak mampu untuk membuat pengiklanan sendiri, adakah anda mampu membuat pengiklanan yang lain?

David Ogilvy,Taikun perniagaan, digelar ‘Father of advertising’

Page 19: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 119

Tarikh NamaPelanggan

Produk /Perkhidmatan

JumlahAmaun

No. Telefon

e-Mel / Alamat

Format Rekod Pelanggan

Nota: Pengurusan Perhubungan Pelanggan yang strategik atau sistem CRM boleh dipelajari menggunakan perisian dan aplikasi komputer.

Page 20: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan120

Format Pelan Pemasaran

JENIS KEMPEN

Pemasaran Skala Besar

Iklan Sepanduk

Pemasaran Setempat

Surat Khabar

Pemasaran dalam Kedai

Alat Bantu Jualan

Perhubungan Awam

Acara Awam

Penajaan

Siaran Akhbar

Webinar

Persidangan

Acara Pelanggan

Maklumat Pemasaran

Maklumat Penaja

Landing Page

ebook

Media Sosial

Twitter

Facebook

Pinterest

Instagram

Google+

LinkedIn

Atas Talian

Blog

Laman Web

Aplikasi Mudah Alih

Isyarat Mudah Alih

Emel berita (Newsletter)

Pengiklanan

Atas talian

Cetakan

Luar

Radio

Televisyen

Web

Pembangunan

Bayaran per klik

SEO

Penyelidikan Pemasaran

Kaji Selidik

Kajian Impak

Kempen Jualan

Kempen A

Kempen B

Kempen C

Kempen D

Kempen E

Lain-lain

Premium

Penjenamaan Korporat

Kad Perniagaan

Papan Tanda

MATLAMAT PROJEK SASARAN PELANGGAN MAKLUM BALAS

Page 21: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 121

Mukasurat 1/2

NOTA PEMBERAT ANGGARAN KOS (RM) KOS SEBENAR (RM)

200.00

200.00

1,500.00

600.00

400.00

500.00

200.00

200.00

1,300.00

500.00

200.00

600.00

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

Page 22: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan122

JANUARI FEBRUARI

S1 S2

MAC APRIL MEI JUN

4 11 18 25 - 1 8 15 22 29 7 14 21 28 - 4 11 18 25 - 2 9 16 23 30 6 13 20 27 -

* Masukkan tarikh bagi hari isnin pertama setiap bulan.

Page 23: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 123

Mukasurat 2/2

JULAI OGOS

S3 S4

SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

4 11 18 25 - 1 8 15 22 29 5 12 19 26 - 3 10 17 24 31 7 14 21 28 - 5 12 19 26 -

Page 24: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan124

Format CRM

NAMASYARIKAT

NAMAUNTUK

DIHUBUNGI

JAWATAN PAUTAN WEB ANGGARANJUALAN

KOMEN

MAKLUMAT PELANGGAN

Page 25: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 125

Mukasurat 1/2

TARIKH KALI TERAKHIR PELANGGAN

DIHUBUNGI

TINDAKANSETERUSNYA

TARIKHSETERUSNYA UNTUK

MENGHUBUNGIPELANGGAN

STATUSPENERIMAANPELANGGAN

SUMBERMAKLUMAT

PELANGGAN

LOG KOMUNIKASI

Page 26: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan126

Format CRM

ALAMAT EMEL TELEFON FAKS ALAMAT SURAT MENYURAT

MAKLUMAT PELANGGAN

Page 27: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 127

Mukasurat 2/2

BANDAR NEGERI POSKOD NEGARA

MAKLUMAT PELANGGAN

Page 28: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan128

Format Laporan Media Sosial

MAKLUMATDIKEMASKINI

RETWEETS LIKES MENTIONS KLIK POTENSI PERHUBUNGANPELANGGAN

MINGGU INI

30/08/18

31/08/18

01/09/18

02/09/18

02/09/18

03/09/18

03/09/18

04/09/18

05/09/18

05/09/18

MAKLUMAT 1

MAKLUMAT 2

MAKLUMAT 3

MAKLUMAT 5

MAKLUMAT 4

MAKLUMAT 8

MAKLUMAT 7

MAKLUMAT 6

MAKLUMAT 11

MAKLUMAT 19

89

150

89

95

55

77

86

45

22

111

22

200

300

140

55

99

156

577

215

211

100

150

88

55

77

66

55

44

33

22

300

500

150

150

150

200

357

597

215

155

1000

1000

1000

1000

1000

1000

1000

1000

1000

1000

511

1000

627

440

337

442

654

1263

485

499

TARIKH DIKEMASKINI

Page 29: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 129

MAKLUMATDIKEMASKINI

RETWEETS LIKES MENTIONS KLIK POTENSI PERHUBUNGANPELANGGAN

MINGGU TERDAHULU

23/08/18

23/08/18

24/08/18

25/08/18

25/08/18

25/08/18

27/08/18

28/08/18

29/08/18

29/08/18

MAKLUMAT 22

MAKLUMAT 25

MAKLUMAT 36

MAKLUMAT 56

MAKLUMAT 44

MAKLUMAT 83

MAKLUMAT 73

MAKLUMAT 62

MAKLUMAT 17

MAKLUMAT 36

89

150

89

95

55

77

86

45

22

111

22

200

300

140

55

99

156

577

215

211

100

150

88

55

77

66

55

44

33

22

300

500

150

150

150

200

357

597

215

155

1000

1000

1000

1000

1000

1000

1000

1000

1000

1000

511

1000

627

440

337

442

654

1263

485

499

TARIKH DIKEMASKINI

Page 30: MEMASARKAN PERNIAGAAN ANDA - smecorp.gov.my · Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan produk/perkhidmatan ... Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan ... pelanggan

Perkhidmatan Pelanggan Menyediakan maklumat produk atau perkhidmatan dan promosi secara terperinci kepada pelanggan

Jualan Peribadi Interaksi bersua muka dengan pelanggan untuk menjamin jualan

Pengiklanan Menggunakan satu medium (papan iklan, poster, brosur)melalui saluran media (elektronik, kertas) supaya masyarakat umum mengetahui tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan

Promosi JualanMenggunakan tawaran istimewa (sampel, hadiah percuma)atau pembungkusan yang menarik perhatian pelanggan

Pemasaran Secara LangsungMaklumat berkaitan produk atau perkhidmatan disalurkankepada pelanggan melalui media sosial, mesej atau emel

Pemasaran BerinteraktifMembantu pembelian secara atas talian (melalui telefon atau laman web) untuk membantu pelanggan mencari produk atau perkhidmatan yang terbaik

Perhubungan AwamMembina perhubungan yang baik dengan pelanggan sertamenggunakan teknik mempengaruhi supaya produk atau perkhidmatan anda berjaya dijual kepada pelanggan tersebut

7 KaedahKomunikasidalam Promosi

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan130