pengenalan kepada kspk

3
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya. KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri. Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak- kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak. (KSPK) - KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA. 1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam

Upload: flower-girl

Post on 11-Feb-2016

135 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pengenalan KSPK

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada KSPK

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.

KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;  Kemanusiaan;  Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices.  Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.  Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

(KSPK) - KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA.

1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM1992 – KPM memulakan Prasekolah1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)2008/9 – KPK disemak semula

RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.

Page 2: Pengenalan kepada KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

PERUBAHAN YANG BERLAKUSistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:Pembangunan modal insanPenghasilan pelajar celik mindaPembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumatProgram membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

PERUBAHAN YANG DILAKUKAN1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

KEDUDUKAN PRASEKOLAH DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIA MEMBERIPENEKANAN KURIKULUM DAN TAHAP PERSEKOLAHAN DALAM KURIKULUM TRANSFORMASI.

4 MMembacaMenulisMengiraMenaakul