pengenalan kepada adobe photoshop iii

Upload: mohd-khairulnizam-bin-mohd-salleh

Post on 31-May-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    1/18

    68

    KURSUS ASAS BINA WEBSITEJABATAN TEKNOLOGI SAINS KOMPUTER DAN MAKLUMAT

    PENGENALAN KEPADAADOBE PHOTOSHOP

    III

    Bycikguiti

    Disediakan oleh:Pensyarah MOHD KHAIRULNIZAM BIN MOHD SALLEHJawatan Pen.Pensyarah Kanan

    Jabatan Teknologi Sains KomputerITI Mersing

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    2/18

    69

    TAJUK : JENIS-JENIS PERALATAN PILIHAN (SELECTION TOOL)

    TUJUAN :

    Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai cara-cara membina kawasan pilihan iaituobjek dengan struktur yang tetap ,struktur yang tidak tetap dan melakukan transformasi objek menggunakanikon-ikon pilihan yang berkaitan di Toolboxdengan betul dan tepat.

    PENERANGAN

    ASAS PEMILIHAN KAWASAN MENGGUNAKAN IKON MARQUEE TOOL

    Untuk membina kawasan pilihan, Adobe Photoshop menyediakan pelbagai ikon yang berkaitan di Toolboxyangboleh digunakan seperti ikon Marquee, Lasso, Magic Wanddan sebagainya.

    Ikon Marquee Tool biasanya digunakan untuk membuat kawasan pilihan atau objek yang berbentuk tetapseperti segiempat, bulatan, bujur, garis lurus, garis mendatar dan sebagainya. Pemilihan kawasan ini bolehdigunakan dalam banyak keadaan seperti memilih elemen tertentu pada imej, memadam elemen tertentu padaimej, merekabentuk antaramuka skrin dan banyak lagi.

    Marquee Tool : Memadam Elemen Pada Imej

    Dalam latihan kerja ini , kita akan melihat bagaimana ikon Marquee Tooldigunakan bagi memilih dan seterusnyamemadamkan elemen tertentu yang tidak diperlukan lagi pada sesuatu imej.

    1. Buka mana-mana fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini, fail Monitor.jpg akan digunakan.

    Fail Monitor.jpg

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    3/18

    70

    Code No. : Cikguiti Muka : 2 drp. 17

    2. Klik tanpa lepas ikon Rectangular Marquee Tooldi Toolboxdan pilih ikon Rectangular Marquee Tool.

    3. Kelihatan penunjuk tetikus bertukar kepada tanda +. Bawakan penunjuk tetikus ke atas fail tersebut.4. Seterusnya klik tetikus tanpa lepas pada penjuru kiri imej skrin komputer (bahagian yang mengandungi

    imej kanak-kanak) serta heret tetikus agar membentuk suatu kawasan pilihan berbentuk segiempat sepertiditunjukkan berikutnya:

    5. Kelihatan kawasan pilihan berbentuk segiempat (yang diwakili oleh garis putus-putus) akan terbentuk.

    6. Seterusnya, tekan kekunci Delete pada papan kekunci.

    7. Hasilnya, paparan imej yang dilingkungi oleh garis putus-putus tadi akan dipadamkan.8. Berikut merupakan hasil yang dapat diperhatikan kesan dari proses memadam tadi. Warna putih yang

    terbentuk pada lokasi yang dipadamkan adalah disebabkan kerana warna tersebut merupakan warnasemasa pada kotak warna Background Color(pada Toolbox).

    9. Biarkan fail ini terbuka untuk aktiviti kerja yang seterusnya.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    4/18

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    5/18

    72

    Code No. : Cikguiti Muka : 4 drp. 17

    5. Aktifkan kembali fail Monitor.jpg dan gunakan arahan Edit>Paste Into.6. Arahan ini menyebabkan paparan imej yang telah dipilih tadi (dari fail Bengkel.jpg) akan dimasukkan ke

    dalam ruangan pilihan yang sedia aktif pada fail Monitor.jpg.7. Hasilnya, anda telah pun berjaya memindahkan sebahagian imej dari fail Bengkel.jpg ke dalam fail imej

    Monitor.jpg di dalam ruangan yang disediakan.

    Marquee Tool : Membuat Kawasan Pilihan Berbentuk Bulatan

    Dalam latihan kerja yang seterusnya, kita akan lihat bagaimana ikon Elliptical Marquee Tool boleh digunakanbagi pelbagai tujuan.

    1. Buka fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini fail BugsCD.jpg digunakan. Imej CD-ROM ini akandisalin untuk dimasukkan sebagai elemen tambahan di dalam fail imej Monitor.jpg yang telah diusahakandalam latihan kerja sebelum ini.

    2. Dapat diperhatikan imej ini berbentuk bulatan dan untuk memilihnya, ikon Elliptical Marquee Toolmerupakan salah satu cara yang boleh digunakan.

    3. Bagi membolehkan imej CD-ROM tersebut boleh dipilih dengan lebih berkesan, gunakan arahanView>Show>Gridbagi membolehkan garisan grid dipaparkan pada skrin.

    4. Seterusnya, klik pada lokasi yang ditunjukkan (bayangkan bulatan tersebut sebagai satu segiempat danmulakan proses pemilihan pada penjuru kiri atas bayangan segiempat tersebut).

    5. Heretkan tetikus bagi membentuk bulatan yang betul-betul memenuhi imej CD-ROM yang dikehendaki.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    6/18

    73

    Code No. : Cikguiti Muka : 5 drp. 17

    6. Cuba beberapa kali proses kerja yang sama sehingga anda berjaya membentuk kawasan pilihan yangbenar-banar memuaskan.

    7. Seterusnya, gunakan arahan Edit>Copy. Aktifkan fail Monitor.jpg dan laksanakan pula arahan Edit>Paste.8. Dapat diperhatikan, imej CD-ROM yang berjaya dipilih tadi di salin ke dalam fail Monitor.jpg seperti yang

    berikut:

    9. Gunakan arahan Edit>Transform>Scale. Arahan ini akan digunakan bagi mengecilkan sedikit saiz imejCD-ROM tersebut.

    10. Dapat diperhatikan imej CD-ROM tersebut dikelilingi oleh garisan dengan kotak segiempat kecil padasetiap penjurunya.

    11. Klik pada salah satu penjuru dan heretkannya ke arah dalam bagi mengecilkan sedikit saiz CD-Romtersebut.

    12. Bagi menerima kesan perubahan saiz yang dilakukan, tekan kekunci Enterpada papan kekunci atau klikpada ikon bertanda betul pada penjuru atas kanan skrin Adobe Photoshop.

    13. Seterusnya, klik pada ikon Move Toolpada Toolbox.

    14. Klik pada imej CD-ROM tersebut dan heretkan ianya ke lokasi lain yang bersesuaian dengan keperluan.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    7/18

    74

    Code No. : Cikguiti Muka : 6 drp. 17

    ASAS PEMILIHAN KAWASAN MENGGUNAKAN IKON LASSO TOOL

    Ikon Lasso Tool digunakan untuk mengaktifkan kawasan tertentu pada objek yang tidak mempunyai bentukyang khusus seperti bentuk badan manusia, pokok, kenderaan dan sebagainya.

    Terdapat tiga jenis ikon Lasso yang disediakan oleh Adobe Photoshop iaitu ikon Lasso Tool itu sendiri,Polygonal Lasso Tooldan Magnetic Lasso Tool. Setiap satunya mempunyai kelebihan serta kelemahan yangtersendiri. Ianya boleh digunakan secara sendirian mahupun digabungkan dengan penggunaan ikon-ikon yanglain.

    Penggunaan Ikon Lasso Tool Dalam Pemilihan Kawasan

    1. Buka mana-mana fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini fail Shrek_01.jpg digunakan.2. Aktifkan ikon Lasso Tool dan klik pada mana-mana lokasi yang membentuk garis luar watak Shrek di

    dalam fail imej tersebut.

    3. Dalam contoh ini, permulaan bagi proses pemilihan kawasan dilakukan pada penjuru kanan bawah skrin.Klik dan heretkan tetikus bagi membuat kawasan pada watak utama.

    4. Kawasan pilihan yang diperlukan boleh diperolehi dengan membawa tetikus secara sikit demi sedikitmengikut garis di keliling objek tanpa melepaskan tetikus. Elakkan mengheret tetikus secara sekaliguskerana ia akan menyebabkan pemilihan kawasan yang tidak tepat akan terhasil.

    5. Hasilkan kawasan pemilihan sehingga meliputi keseluruhan imej. Penamat bagi kawasan pilihan ialahapabila kursor anda bercantum kembali dengan titik mula di mana ianya dimulakan dan pada masa itu,lepaskan tetikus anda.

    Berikut merupakan satu contoh pilihan kawasan yang bermasalah. Perhatikan terdapat beberapabahagian yang gagal dipilih dan terdapat juga bahagian yang tersalah pilih. Sekiranya dibiarkan, kesanpotongan imej kelak kelihatan kurang menarik dan ianya perlu diperbaiki.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    8/18

    75

    Code No. : Cikguiti Muka : 7 drp. 17

    6. Klik pada ikon Add to Selection pada Bar Pilihan bagi ikon Lasso Tool. Ikon ini boleh digunakan bagimenambah kawasan pilihan yang perlu dibuat pada kawasan pilihan yang sedia ada.

    7. Bentukkan kawasan pilihan yang diperlukan. Dalam contoh ini, kawasan pada kepala dan tangan imejyang sebelum ini tersalah pilih akan dipilih untuk ditambahkan ke dalam seleksi kawasan sedia ada.

    8. Hasilnya, kesan kawasan pilihan pada bahagian kepala yang lebih sempurna berjaya dihasilkan sepertiberikut:

    9. Ikon Subtract from Selection pula boleh digunakan bagi membuang lebihan kawasan pilihan yang telahdilakukan sebelum ini.

    10. Dalam contoh ini, kawasan pada salah satu telinga dan juga atas tangan imej perlu dinyah-aktifkan.11. Pilih garis luar telinga yang diperlukan dan seterusnya buatkan kawasan pilihan mengelilingi kawasan

    yang telah tersalah pilih tadi.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    9/18

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    10/18

    77

    Code No. : Cikguiti Muka : 9 drp. 17

    3. Seterusnya bawa penunjuk tetikus yang telah berubah bentuk ke Polygonal Lasso Toolke lokasi di manaproses pemilihan ungin dilakukan dan klik di situ sekali.

    4. Seterusnya, gerakkan tetikus sedikit demi sedikit di sepanjang garis luar objek sambil mengklik tetikus dikedudukan yang tertentu untuk mengubah laluan penunjuk tetikus. Ulangi langkah ini sehinggakeseluruhan objek di dalam imej telah diaktifkan.

    Sekiranya dan melakukan kesilapan, gunakan kemudahan Add to Selection dan juga Substract fromSelection seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini.

    Penggunaan Ikon Magnetic Lasso Tool Dalam Pemilihan Kawasan

    Untuk memudahkan operasi memilih sesuatu objek yang tidak mempunyai bentuk atau struktur yang tetap, ikonMagnetic Lasso Tool juga sesuai untuk digunakan. Kemudahan Magnetic Lasso Tool ini berkerja berdasarkankesetaraan warna pada garis luar objek yang ingin dipilih. Ianya akan memegang maklumat mengenai warnayang ditetapkan dan kemudiannya memilih keseluruhan objek berdasarkan kesetaraan warna tersebut.

    1. Buka kembali fail Shrek_01.jpg yang telah digunakan dalam latihan kerja sebelum ini.2. Aktifkan ikon Magnetic Lasso Toolpada Toolbox.

    Proses pemilihan kawasan kali ini akan dilaksanakan memerusi penggunaan ikon Magnetic Lasso Tool.3. Seterusnya bawa penunjuk tetikus yang telah berubah bentuk ke Magnetic Lasso Toolke lokasi di mana

    proses pemilihan ingin dilakukan dan klik di situ sekali.4. Kemudian gerakkan tetikus agar ianya bergerak pada garisan luar yang memisahkan objek di dalam imej

    dengan latar belakangnya.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    11/18

    78

    Code No. : Cikguiti Muka : 10 drp. 17

    5. Dapat dilihat, ianya secara automatik akan mengikut garisan sisi badan objek tersebut. Garisan sisi badanobjek tersebut bertindak seperti magnet yang menyebabkan garisan pilihan yang dibentuk oleh ikonMagnetic Lasso seolah-olah tertarik atau melekat dengannya.

    6. Akhirnya, keseluruhan objek di dalam imej telah berjaya dipilih untuk tindakan atau proses kerja lainmengikut keperluan masing-masing.

    ASAS PEMILIHAN KAWASAN MENGGUNAKAN IKON MAGIC WAND TOOL

    Ikon Magic Wand Tooljuga merupakan kemudahan yang boleh digunakan untuk membuat kawasan pilihan yang

    tertentu pada sesuatu imej. Ikon ini berfungsi untuk memilih kawasan tertentu pada imej berdasarkan julat warnayang setara pada sesuatu imej.

    1. Buka mana-mana fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini fail Ducky.tif digunakan.

    Fail Ducky.tif2. Aktifkan ikon Magic Wand Tool pada Toolbox. Proses pemilihan kali ini akan dilaksanakan menerusi

    penggunaan ikon Magnetic Lasso Tool.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    12/18

    79

    Code No. : Cikguiti Muka : 11 drp. 17

    3. Tukarkan nilai di ruangan Tolerance di bar pilihan kepada 15. Nilai ini mewakili julat warna yang ingindipilih.

    4. Gerakkan tetikus ke dalam paparan objek itik berwarna kuning dan klik sekali padanya di lokasi yangdirasakan sesuai.

    5. Dapat diperhatikan sebahagian daripada objek atau badan itik tersebut telah diaktifkan. Pemilihankawasan yang berjaya dipilih adalah berdasarkan kesetaraan warna yang ada imej dengan warna asal dimana lokasi awal yang telah ditetapkan (dalam langkah kerja no. 4).

    6. Gunakan arahan Select>Deselect untuk menyah-aktifkan kembali kawasan pilihan yang telah dibuatsebelum ini.

    7. Kali ini pinda nilai pada medan Tolerance pada bar pilihan kepada nilai yang lebih tinggi. Nilai 50 akandigunakan di dalam latihan kerja kali ini.

    8. Klik sekali lagi pada badan objek itik. Perhatikan bahawa kali ini, kawasan badan itik yang lebih luasberjaya diaktifkan.

    Ini berlaku disebabkan nilai Tolerance yang lebih tinggi telah digunakan. Nilai Tolerance merujuk kepadatahap kepekaan ikon Magic Wand Toolkepada pemilihan warna yang setara. Dalam banyak keadaan nilaiTolerance bersamaan dengan 32 sering digunakan.

    9. Aktifkan ikon Add to Selection pada bar pilihan atau pun dengan menggunakan kombinasi kekunci Shift,klik pada bahagian badan itik yang lain pula bagi menambah kawasan pilihan.

    10. Laksanakan proses kerja yang sama berulang kali bagi membolehkan keseluruhan kawasan pilihan badanitik yang berwarna kuning berjaya dipilih.

    Sekiranya diperhatikan pada imej, terdapat bahagian di mana mata dan muncung itik yang bukannyaberwarna kuning. Kawasan ini masih boleh diaktifkan dengan menggunakan ikon Magic Wand Toolsekiranya perlu. Walau bagaimanapun, dalam latihan kerja ini kita akan menggunakan ikon Lasso Toolbagi menyokong penggunaan Magic Wand Tool.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    13/18

    80

    Code No. : Cikguiti Muka : 12 drp. 17

    11. Aktifkan ikon Lasso Tooldan aktifkan juga ikonAdd to Selection pada bar pilihan.12. Buat bentuk atau kawasan pilihan yang mengelilingi mata dan juga muncung itik seperti berikut:

    13. Hasilnya, paparan yang lebih sempurna dapat dihasilkan seperti yang berikutnya.

    TRANSFORMASI OBJEK

    Transformasi objek merujuk kepada proses meminda struktur sesuatu objek dari pelbagai aspek sepertiperspektif, saiz, sudut pandangan dan sebagainya. Melalui proses transformasi ini, keseragaman imej-imej dapatdihasilkan sama ada dari segi saiz, pandangan, pencahayaan dan sebagainya bagi membentuk paparan ataupungabungan imej yang lebih sempurna.

    Proses ini juga membolehkan sesuatu objek ataupun imej diletakkan pada sudut atau lokasi yang diperlukandalam keadaan yang lebih realistik dan menepati keperluan.

    Asas Transformasi Objek Di Dalam Adobe Photoshop

    Untuk melakukan proses transformasi, terdapat beberapa cara utama yang boleh digunakan seperti menerusiarahan Edit>Transform atau pun menerusi arahan Edit>Free Transform di bar menu. Arahan yang pertamamembahagikan proses transformasi kepada beberapa bahagian seperti Scale, Perspective, Skew dansebagainya. Arahan yang kedua pula membenarkan pengguna menentukan sendiri jenis atau spesifikasi prosestransformasi yang diperlukan.

    1. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai. Dalam latihan ini, dua fail imej digunakan iaitu Apple.jpgdan bunga.jpg akan digunakan.

    Fail Apple.jpg Fail bunga.jpg

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    14/18

    81

    Code No. : Cikguiti Muka : 13 drp. 17

    2. Aktifkan fail bunga,jpg. Gunakan arahan Select>Allbagi memilih keseluruhan imej tersebut.3. Seterusnya, aktifkan ikon Move Toolpada Toolboxdan tekan kekunciALTpada papan kekunci. Klik pada

    imej dan heretkan ianya ke dalam fail Apple.jpg.

    Fungsi kekunci ALT ditekan ialah bagi memastikan proses menyalin (Copy) fail imej dilakukan danbukannya proses memotong (Cut).

    4. Hasilnya, paparan imej dari fail bunga.jpg akan menindih imej dari fail Apple.jpg seperti yang berikutnya:

    5. Selain dari itu, sekiranya anda melihat tetingkap palet Layers, didapati satu layer baru (Layer 1) yangmengandungi imej dari fail bunga.jpg akan terbentuk.

    6. Memandangkan imej dari fail bunga.jpg agak besar maka ianya perlu dikecilkan sedikit. Semasa Layer 1

    diaktifkan, gunakan arahan Edit>Transform>Scale.7. Arahan ini akan menyebabkan keseluruhan imej pada Layer 1 diaktifkan dengan setiap penjurunya

    dikelilingi kotak-kotak kecil seperti berikut:

    8. Klik pada mana-mana penjuru (pada kotak kecil) dan gerakkan ianya ke arah yang bersesuaian(bergantung kepada proses pembesaran atau pengecilan imej yang diperlukan).

    Dalam contoh ini, penjuru bawah kanan akan diheretkan ke arah dalam bagi membolehkan saiz imejtersebut dikecilkan.

    Tekan kekunci Shiftsemasa proses meminda saiz imej bagi mengekalkan nisbah pemindahan saiz dapatdilakukan.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    15/18

    82

    Code No. : Cikguiti Muka : 14 drp. 17

    9. Tekan kekunci Enterapabila anda telah berpuas hati dengan saiz baru imej yang diperolehi.

    10. Seterusnya, dengan menggunakan ikon Move Tool, gerakkan imej bunga itu agar penjuru atas kirinyaberada di lokasi yang ditunjukkan.

    11. Seterusnya, laksanakan arahan Edit>Transform>Distort. Apabila imej tersebut diaktifkan, klik penjurubawah kiri imej dan heretkan agar membentuk paparan seperti yang berikutnya:

    12. Laksanakan proses yang sama pada penjuru-penjuru imej yang lain agar keseluruhan imej tersebutmemenuhi skrin komputer secara lebih realistik.

    13. Hasilnya, paparan seperti yang berikut diperolehi berdasarkan kemudahan transformasi Scale dan Distort

    yang disediakan oleh Adobe Photoshop.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    16/18

    83

    Code No. : Cikguiti Muka : 15 drp. 17

    Transformasi Objek: Flip

    Kemudahan ini membolehkan anda mentransformasi sesuatu objek secara horizontal mahupun vertikal.

    1. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai. Dalam latihan ini, fail imej USA.jpg digunakan.

    2. Gunakan arahan Select>Allbagi mengaktifkan keseluruhan imej.3. Seterusnya, gunakan pula arahan Edit>Transform>Flip Horizontal. Kesannya, paparan imej akan

    ditransformasi secara horizontal seperti yang berikutnya:

    4. Guna arahan Edit>Undo atau kemudahan Historypada tetingkap palet Historyuntuk mengembalikan imejkepada kedudukan asalnya.

    5. Laksanakan pula arahan Edit>Transform>Flip Vertical pada imej tersebut. Kesannya, paparan imejditransformasikan secara vertikal seperti yang berikut:

    Selain dari melakukan proses transformasi pada keseluruhan imej, ianya juga boleh dilakukan padamana-mana bahagian imej yang telah diaktifkan.

    6. Dengan menggunakan ikon Marquee Tool, pilih sebahagian dari imej tersebut seperti yang berikutnya:

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    17/18

    84

    Code No. : Cikguiti Muka : 16 drp. 17

    7. Seterusnya, laksanakan arahan Edit>Transform>Flip Horizontal. Kesannya, hanya bahagian imej yangdiaktifkan sahaja yang akan ditransformasi secara horizontal seperti yang berikutnya:

    Transformasi Objek: Rotate

    Kemudahan ini membolehkan anda mentransformasikan sesuatu objek secara putaran lebih bebas mengikutkeperluan masing-masing.

    1. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai. Dalam latihan ini, fail imej SkateBoard.jpg digunakan.2. Dengan menggunakan ikon pemilihan kawasan yang bersesuaian (Magic Wandmisalnya), aktifkan imej

    pemain skateboarddi dalam fail tersebut.

    Fail SkateBoard.jpg Objek yang diaktifkan

    3. Seterusnya, sediakan satu fail baru dengan saiz 450 x 350 piksel dan mempunyai latarbelakang berwarnaputih.

    4. Salinkan (Copy) imej pemain skateboardtadi dan letakkan ianya di dalam fail yang baru dihasilkan.

    Anda juga boleh memindahkannya dengan menggunakan ikon Move Tool serentak dengan menekankekunciALT.

    5. Ini akan akan menyebabkan imej pemain skateboardtersebut diletakkan pada satu layer yang berasingandengan layer Background. Ini akan memudahkan sebarang proses transformasi dilakukan padanya.

  • 8/14/2019 Pengenalan kepada Adobe Photoshop III

    18/18

    85

    Code No. : Cikguiti Muka : 17 drp. 17

    6. Perhatikan bahawa secara automatik imej tadi diputarkan sebanyak 180 dan menyebabkan ianyadipaparkan terbalik (seolah-olah ianya telah mengalami proses Flip Vertical).

    7. Semasa Layer 1 iaitu layer di mana imej pemain skateboard tadi sedang aktif, gunakan arahanEdit>Transform>Rotate 180.

    8. Lakukan proses kerja yang sama beberapa kali bagi melihat kesan penggunaan arahan Rotate 90 CWdan juga Rotate 90 CCWdari pilihan menu yang sama.

    Rotate 90 CW : Putaran 90 mengikut arah pusingan jam.Rotate 90 CCW : Putaran 90 melawan arah pusingan jam.

    9. Berikut merupakan contoh hasil yang diperolehi menerusi penggunaan kemudahan Rotate yangdisediakan oleh Adobe Photoshop.

    SOALAN :

    1. Namakan tiga jenis ikon Lasso yang disediakan oleh Adobe Photoshop.

    2. Jelaskan maksud transformasi objek.

    3. Nyatakan fungsi nilai Tolerance pada ikon Magic Wand Tool.

    RUJUKAN :

    1. Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003, Adobe Photoshop 7 : Konsep dan Asas Penggunaan (Siri

    1), Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.