pengenalan kepada adobe photoshop ii

19
1 KURSUS ASAS MEMBINA WEBSITE Disediakan Oleh: Pensyarah Jawatan MOHD KHAIRULNIZAM BIN MOHD SALLEH Pen.Pensyarah Kanan J36 Teknologi Maklumat (Rangkaian) JTSKM ,Institut Latihan Perindustrian Mersing Mersing, Johor Jabatan Teknologi Sains Komputer dan Makl umat PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP II

Upload: mohd-khairulnizam-bin-mohd-salleh

Post on 06-Jun-2015

4.069 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

1

KURSUS ASAS MEMBINA WEBSITE

Disediakan Oleh:

PensyarahJawatan

MOHD KHAIRULNIZAM BIN MOHD SALLEHPen.Pensyarah Kanan J36Teknologi Maklumat (Rangkaian)

JTSKM ,Institut Latihan Perindustrian MersingMersing, Johor

Jabatan Teknologi Sains Komputer dan Makl umat

PENGENALANKEPADA

ADOBE PHOTOSHOPII

Page 2: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

2

DAFTAR ISI

Pengenalan Adobe Photoshop 3

Layer Set 6

Save Preset 9

Menghasilkan efek hitam putih dan berwarna 10

Lukisan Cat Air 13

Cara mewarna rambut 16

Page 3: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

3

Pengenalan Adobe PhotoshopPhotoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memper elokfoto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshopdidatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis,dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah sepertimultiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer.

Kemudahan Photoshop

ToolboxToolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam,alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, m embuatmask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan -kemudahan ini digabungkan denganBrushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubahsesuatu imej secara digital.

Rajah 1: Alat Toolbox

PalettesTiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:

LayersKemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasaberbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan -kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa -apa imej padalayer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisanbagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimanafilter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.

Rajah 2: Layers

Page 4: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

4

HistoryHistory ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imejanda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej -imej yang asli tanpa perlu membuka failyang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa pr osesmenyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika andakehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.

Rajah 3: History

Kegunaan PhotoshopTerlalu banyak kegunaan adobe photoshop untuk ditunjukkan di sini. Secara umumnyaanda boleh melakukan apa saja ke atas imej anda menggunakan Photoshop sepertimembersihkan kotoran pada foto lama, memotong (crop) bahagian -bahagian tertentu,mengecilkan saiz gambar, menghasilkan efek tertentu dan pelbagai kegunaan lain.

Saya lebih gemar untuk menunjukkan beberapa hasil penggunaan perisian Photoshopyang telah ditunjukkan oleh beberapa pengguna dari forum putera.com.

Foto lama diperbaharui

Menambah rambut

Membotakkan kepala

Page 5: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

5

Dan banyak lagi kegunaan untuk disenaraikan di sini.

Kelebihan PhotoshopKelebihan Adobe Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filteryang sedia ada untuk menghasilkan efek -efek tertentu pada imej dan gambar. Anda bolehmemasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun perisian lain. Sebaik sahajadipasang, filter baru akan dipaparkan di bahagian menu Filter bersama -sama dengan filtersedia ada. Jika anda berminat untuk menghasilkan modul plug -in sendiri, anda bolehlakukannya dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support.

Selain filter, kemudahan layer dised iakan untuk melakukan banyak tugas sepertimembentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer.

Page 6: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

6

Layer SetJika anda bekerja dengan banyak layer, mungkin akan menyebabkan kesukaran untukmencari layer yang dikehendaki. Oleh i tu dengan menggunakan Layer Set kerja andamenjadi lebih efektif.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat 'Layer Set'. Saya gunakan fail Fish.psd(folder samples Adobe Photoshop CS).

1. Lihat layer palette. Ada beberapa layer dalam kumpulan yang sama yang boleh kitasatukan.

2. Klik pada 3 segi di hujung kiri pallete dan pilih 'New Layer Set'.

Page 7: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

7

7. 'Layer Set' ini boleh ditutup untuk menjadikan layer lebih kemas.

3. Pop up 'New Layer Set' keluar.

4. Tukarkan nama set yang bersesuaian. Sebagai contoh saya namakan 'bubbles'. Andamempunyai pilihan untuk menukar warna layer set.

5. Set bubles telah terhasil. Anda boleh drag -and-drop layer-layer yang berkaitan dalamset tersebut.

6. Selepas selesai, anda boleh hasilkan set seterusnya dengan menggunakan langkah 2hingga 4.

Page 8: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

8

8. Anda juga boleh terus hasilkan 'layer set' menggunakan icon layer set (berbentukfolder) di bahagian bawah palette.

9. Cara lain untuk menghasilkan layer set ialah dengan menghasilkan link pada layer -layer yang berkaitan. Kemudian klik pada 3 segi dihujung kanan palette dan pilih 'New S etFrom Linked...'

10. Anda berjaya menghasilkan layer set dan menguruskan layer -layer dengan baik!

Page 9: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

9

Save PresetJika anda selalu design artwork yang mempunyai saiz yang sama, anda boleh gunakanfungsi 'save preset'. Ini akan menjimatkan masa anda kerana saiz telah ditetapkan dananda hanya perlu pilih dari menu File -> New.

Berikut adalah langkah-langkah untuk 'Save Preset'

1. Buka fail baru.

2. Pop up 'New' keluar dan anda masukkan saiz yang diingini. Contohnya saya tetapkansaiz 18 cm x 25 cm dan resolusi 300.

3. Kemudian klik pada 'Save Preset'

4. Pop up 'New document Preset' keluar. Tukarkan Preset Name kepada nama yangsesuai. Contoh di sini saya letakkan nama 'card'. Kemudian klik OK.

5. Sekarang preset baru yang dinamakan 'card' ada dalam senarai Preset. Anda bolehgunakannya untuk rekaan seterusnya

Page 10: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

10

Menghasilkan efek hitam putih danberwarna

Kali ini saya akan menunjukkan Tips efek dengan mencampuraduk bahagian berwarnadan hitam putih. Ini sangat mudah bagi mereka yang telah mahir deng an perisianPhotoshop. Kepada mereka yang baru ingin berjinak -jinak untuk menggunakanPhotoshop, inilah masanya untuk mempelajariasas dan saya percaya tips ini selain bermanfaat ia juga sangat menghiburkan.

Ini adalah asas tutorial bagaimana untuk meng hasilkan warna imej warna campuranhitam dan putih.

OK, mari kita mulakan. Bayangkan saya telah mengambil gambar foto menggunakankamera digital dan telah dipindah turunkan ke dalam PC saya. Saya kemudiannyamengaktifkan program Photoshop, dan memilih Fi le dan Open, dan telah memilih gambarimej yang relevan. Dalam kes ini, saya akan memanipulasikan imej berikut:

Setelah imej dibuka, saya menekan Ctrl -A untuk memilih semua (select all). Ini akanmeletakkan mask (garisan kecil bertitik) disekitar kawasan imej tersebut. Kemudian sayamenekan Ctrl-C (menyalin) dan saya pergi ke menu File, dan pilih New. Ini akanmembawa satu image properties dengan dimensi kawasan yang telah saya salin tadi, dansaya tukarkan karakter fail baru dari RGB ke Grayscale.

Ini akan menghasilkan satu salinan imej dalam hitam putih:

Page 11: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

11

Di dalam imej baru ini, saya menekan Ctrl -A untuk memilih seluruh kawasan, danmenekan Ctrl-C untuk menyalin. Sekarang saya boleh menutup imej hitam putih ini (tidakperlu disimpan). Di bawah tetingkap ini terdapat imej asal yang berwarna. Denganmenekan Ctrl-V, saya menindih (paste)imej hitam putih di atas imej berwarna tadi, dengan layer berasingan. Saya mahukan imejhitam putih berada di layer teratas, jadi saya pergi ke layers pallete dan heret (drag) layerke bawah.

OK sekarang saya perlukan imej berwarna duduk diatas imej putih. Saya membuat zoomke starfish (layer berwarna) dan cuba memilih kawasan yang membentuk ikan starfish itu.Dalam kes saya, saya menggunakan tool magic mask dan juga elliptical tool (utkmendapatkan sudut bulatan star fish). Setiap kali saya memilih kawasan itu, saya terpaksamenekan butang shift untuk memudahkan pilihan baru dibuat. Jika saya dapati sayamemilih terlalu banyak kawasan, saya cuma undo aksi terakhir (last action) atau pergibalik menggunakan history. Setelah pemilihan dibuat pada starfish keseluruhannya, sayasongsangkan (inverse) pilihan tadi dan menekan butang delete. Ini akan membuangseluruh layer berwarna, kecuali ikan starfish.

Barangkali ada jalan untuk melakukan ini dengan mudah, tapi bagi saya method yangsaya jelaskan tadi tidak menjadi masalah bagi saya. Anda perlu sama menggunakaneraser dan perlahan-lahan membuang bahagian detail pada starfish, perlahan -lahandedahkan warna hitam/putih disebalik imej tersebut.

Dan keputusannya.. ? Ini dia:

Page 12: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

12

Mungkin tiada yang menariknya pada imej sebegini, tapi sekurang -kurangnya iamenunjukkan efek yang berhubungkait dengan kemudahan yang ada pada Photo shop.Teknik yang sama boleh digunakan untuk semua jenis keadaan dan senario. Contohnya,jika anda mempunyai gambar produk, anda boleh membuang gambar background produktersebut jika anda mahu.

Semua kerja tangan ini berhasil menggunakan resolusi imej ya ng tinggi, jadiketidaksempurnaan hasil kerja is pretty much unnoticeable pada imej yang sekecil ini.

Page 13: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

13

Lukisan Cat AirTutorial ini akan menunjukkan cara -cara untuk menghasilkan gambar foto yangmempunyai kesan cat air. Sekeping foto beresolusi tinggi diperlukan untuk kerja -kerja ini.Untuk tutorial ini saya akan menggunakan foto Kumpulan Ratu berikut:

Imej di atas dipilih kerana ia fokus dan jelas memudahkan saya untuk menghasilkan apasahaja efek yang difikirkan. Jadi saya tidak perlu lagi untuk zoom dan memotongbahagian tertentu.

Mula-mula sekali buat pendua layer (duplicate layer) terhadap imej (Lihat Rajah 2)

Rajah 2

Pada layer baru, pilih menu Filter -> Artistic -> Cutout dan pilih level seperti yang terterapada Rajah di bawah ini dan klik OK

Page 14: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

14

Pada Layer yang sama, Create New Fill dan pilih Gradient (Lihat Rajah 3).

Rajah 3

Satu dialog Gradient Fill akan dipaparkan dan pilih jenis Gradient Transparent Rainbowdan klik OK. Sekarang satu Layer baru akan tercipta. Buat pilihan Overlay pada layertersebut. (Lihat Rajah 4).

Rajah 4

Sekarang ciptakan satu Layer baru Create a new layer (Lihat Rajah 5)

Page 15: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

15

Rajah 5

Pilih Smudge Tool pada Toolbox dan pilih jenis berus seperti yang tertera dengan saiz 36.Pastikan memilih mode Normal dan tandakan pada Use All Layers (Lihat Rajah 6)

Rajah 6

Gunakan Smudge Tool pada layer ini dengan mencomotkan pada bahagian sekeliling.Sekarang gunakan Brightness / Contrast dan selaraskan supaya kesan Smudge dapatkelihatan dengan jelas. (Lihat Rajah 7)

Rajah 7

Hasilnya seperti yang dapat anda lihat pada rajah di atas, sebuah imej dengan kesan -kesan cat air.

Page 16: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

16

Cara mewarna rambutJika anda ingin menukar warna rambut, anda boleh men ggunakan cara berikut.

Dapatkan gambar yang sesuai. Bagi contoh ini saya menggunakan gambar superhero ini.

1. Lihat pada layer palette. Klik pada icon 'Create a new fill or adjustment layer' dan pilihHue/Saturation.

2. Pop up hue/saturan akan keluar.

Page 17: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

17

3. Tanda atau tick pada colorize.

4. Gerakkan slider Hue, Saturation dan Lightness sehingga anda mendapat warna yangdikehendaki. Tidak mengapa jikakeseluruhan warna gambar bertukar. Anda hanya per lu dapatkan warna rambut yangdiingini.

5. Jika berpuas hati dengan warna yang dipilih, klik OK.

6. Pastikan layer Hue/Saturation 1 di pilih.

Page 18: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

18

7. Lihat pada tools dan pastikan foreground adalah hitam. klik Paint Bucket Tool (G) danwarnakan keseluruhan layer Hue/Saturation 1dengan warna hitam. (Jika background color adalah hitam anda boleh tekanCtrl+backspace).

8. Warna layer Hue/Saturation 1 bertukar dan warna gambar kembali pada warna asal.

9. Sekarang kita akan mewarnakan rambut dengan Brush Tool (B).

10. Pastikan fore ground berwarna putih dan pilih saiz berus yang sesuai.

Page 19: Pengenalan Kepada Adobe Photoshop II

19

11. Mulakan mewarna pada layer Hue/Saturation 1.Warna pada bahagian rambut sahaja. Gunakan saiz berus yang lebih kecil pada hujungrambut.

12. Anda berjaya menukar warna rambut pada subjek anda!