modul 2 - adobe photoshop

55
Adobe Photoshop CS2 1 MODUL 1 PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Perisian ini biasanya digunakan di dalam: Penerbitan bercetak o Buku o Majalah o Poster Penerbitan Digital o Persembahan Multimedia o Rekabentuk Laman Web o Kiosk A. Memulakan Aplikasi Photoshop CS 1. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu klik pada menu Start, pilih Program, dan klik pada Adobe Photoshop CS.

Upload: mieyrah-wahab

Post on 05-Dec-2014

136 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

1

MODUL 1 PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS

Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan

sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau

mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Perisian ini biasanya digunakan di dalam:

• Penerbitan bercetak

o Buku

o Majalah

o Poster

• Penerbitan Digital

o Persembahan Multimedia

o Rekabentuk Laman Web

o Kiosk

A. Memulakan Aplikasi Photoshop CS

1. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu klik pada menu Start,

pilih Program, dan klik pada Adobe Photoshop CS.

Page 2: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

2

2. Paparan berikut akan dipaparkan sementara perisian Adobe Photoshop CS dibuka

3. Skrin perisian Photoshop yang telah dibuka akan kelihatan seperti berikut:

Tool Box

Page 3: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

3

Toolbox di dalam Adobe Photoshop merupakan koleksi ikon-ikon yang mempunyai

pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri. Berikut merupakan keterangan ringkas bagi

setiap ikon yang disediakan di dalam Toolbox Adobe Photoshop CS.

Adobe Online

Move Tool (V)

Magic Wand (W)

Slice Tool (K)

Paintbrush Tool (B)

History Brush Tool (Y)

Gradient Tool (G)

Dodge Tool (O)

Type Tool (T)

Custom Shape Tool (U)

Eyedropper Tool (I)

Zoom Tool (Z)

Switch Foreground and Background Colors (X)

Rectangular Marquee Tool (M)

Lasso Tool (L)

Crop Tool (C)

Airbrush Tool (J)

Clone Stamp Tool (S)

Eraser Tool (E)

Blur Tool (R)

Path Selection Tool (A)

Pen Tool (P)

Notes Tool (N)

Hand Tool (H)

Set Background Color

Set Background Color

Edit in Quick Mask Mode (F)

Full Screen Mode (F)

Jump to ImageReady (Ctrl+Shift+M)

Default Foreground and Background Colors (D)

Edit in Standard Mode (Q)

Standard Screen Mode (F)

Full Screen Mode with Menu Bar (F)

Page 4: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

4

MODUL 2 FUNGSI IKON TOOLBOX DAN TETINGKAP PALET

A: Fungsi Ikon Toolbox Adobe Photoshop CS

1. Marquee Tool

Ikon ini membolehkan pengguna membina kawasan pilihan (selection) pada imej.

Terdapat 4 jenis marquee iaitu:

• Rectangular Marquee

Digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat

• Elliptical Marquee

Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat

• Single Row Marquee

Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membaris

• Single Column Marquee

Digunakan untuk memilih kawasan imej secara lajur

Page 5: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

5

2. Move Tool

Ikon ini membolehkan pengguna mengalihkan kedudukan sesuatu imej dari lokasi

asal ke lokasi lain. Jika sebahagian sahaja bahagian imej yang ingin dipindahkan,

maka imej tersebut perlulah dipilih menggunakan marquee tool.

3. Lasso Tool

Lasso Tool digunakan untuk mengaktifkan kawasan pilihan yang berbentuk tidak

khusus atau sukar seperti bentuk manusia, binatang dan sebagainya.

Terbahagi kepada 3 iaitu:

• Lasso Tool

Digunakan untuk membina kawasan pilihan secara lakaran tangan dengan

menggunakan tetikus

• Polygonal Lasso Tool

Membina kawasan pilihan dengan cara mencantumkan titik-titik. Terhad

kepada bentuk polygon

• Magnetic Lasso Tool

Membina kawasan pilihan dengan melalukan pointer tetikus kepada kawasan

yang hendak dipilih. Kawasan tersebut akan dipilih secara automatik.

Page 6: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

6

4. Magic Wand Tool

Alat ini digunakan untuk memilih kawasan yang mempunyai warna yang seakan-akan

atau hampir sama pada sesebuah imej.

Penetapan julat warna yang dipilih boleh ditentukan pada ruangan tolerance di bar

pilihan bagi ikon Magic Wand.

Setting tolerance yang rendah akan menghadkan pilihan warna manakala yang tinggi

akan memilih julat piksel yang lebih luas.

5. Crop Tool

Alat ini berfungsi sebagai pemotong bahagian tertentu yang dipilih pada sesuatu imej.

Imej yang tidak dipilih oleh ikon Crop Tool merupakan bahagian imej yang tidak

dikehendaki dan ianya akan terpadam secara automatik.

6. Slice/ Slice Select Tool

Page 7: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

7

Slice Tool

Berfungsi untuk memotong sesuatu imej menjadi beberapa imej yang lebih kecil. Ini

biasanya dilakukan untuk kegunaan rekabentuk laman web. Imej-imej kecil ini akan

disimpan kepada beberapa fail imej yang berlainan.

Slice Select Tool

Digunakan untuk mengubah saiz poongan setiap imej tadi.

7. Healing Brush/ Patch/ Color Replacement Tool

Healing Brush Tool

Digunakan untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pada sesuatu imej. Kita

menggunakan fungsi ini untuk mewarna sample piksel daripada imej.

Fungsi ini juga membolehkan penyeragaman tekstur, pencahayaan serta bayang-

bayang.

Patch Tool

Membolehkan pengguna memperbaiki sesuatu kawasan yang telah dipilih dengan

menggantikan kawasan tersebut dengan piksel daripada kawasan lain.

Color Replacement Tool

Digunakan untuk menukarkan warna bahagian tertentu pada imej kepada warna yang

dikehendaki.

Page 8: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

8

8. Paintbrush Tool

Brush Tool

Fungsinya seperti penggunaan sebatang berus lukisan. Ia digunakan untuk melukis

atau mewarnakan sesuatu objek. Warna ditentukan mengikut latar hadapan

(foreground).

Pencil Tool

Berfungsi seperti pensil biasa dan digunakan untuk menulis, melakar dan melukis

sesuatu objek atau gambarajah.

9. Clone Stamp/ Pattern Stamp Tool

Clone Stamp Tool

Berfungsi untuk menyalin atau menampal sesuatu imej dari satu lokasi ke lokasi yang

lain.

Alt + Klik pada bahagian yang hendak disalin kemudian warnakan pada bahagian

yang dikehendaki sepertimana penggunaan Paintbrush

Pattern Stamp Tool

Page 9: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

9

Berperanan menampal corak yang dipilih pada bar pilihan kepada sesuatu imej.

Selepas corak dipilih, warnakan pada bahagian yang dikehendaki.

10. History Brush/ Art History Brush Tool

History Brush Tool

Berfungsi untuk mendapatkan kembali kawasan imej yang telah dipadam atau

diconteng oleh tool-tool lain, contohnya oleh Pencil dan Paintbrush Tool.

Art History Brush Tool

Mempunyai fungsi yang hamper sama dengan History Brush Tool, bezanya ia

mengembalikan kawasan imej yang dipadam atau diconteng secara lebih artistic

berdasarkan ruangan Styles yang dipilih di bar pilihan.

11. Eraser Tool

Digunakan untuk memadam bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki pada imej.

Terdapat 3 jenis Eraser Tool iaitu:

• Eraser Tool

Digunakan sebagai pemadam biasa.

Page 10: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

10

• Background Eraser Tool

Memadamkan warna latar belakang sesuatu imej. Ianya akan memadam piksel

imej berdasarkan penetapan tolerance dan sampling yang dipilih di bar pilihan

• Magic Eraser Tool

Memadamkan piksel imej yang mempunyai warna yang seakan sama.

12. Gradient/ Paint Bucket Tool

Fungsi kedua-duanya adalah untuk mewarnakan kawasan pilihan atau objek.

Gradient Tool

Gradient Tool bersama pilihan Linear Gradient di bar pilihan digunakan untuk

mewarnakan objek secara lorekan warna seperti ton warna dalam bentuk linear atau

garis lurus.

Lorekan bukan linear boleh dilakukan menerusi pilihan Gradient, Angle Gradient,

Reflected Gradient dan Diamond Gradient di bar pilihan

Paint Bucket Tool

Digunakan untuk mewarnakan sesuatu pilihan ataupun objek secara terus, tanpa

lorekan ton warna.

Page 11: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

11

13. Blur/ Sharpen/ Smudge Tool

Blur Tool

Digunakan untuk memberikan kesan kabur pada bahagian tertentu imej mengikut

kreativiti pengguna.

Contoh penggunaan adalah mengurangkan kejelasan sisi sesebuah imej agar kelihatan

lebih realistik.

Sharpen Tool

Digunakan untuk menjelaskan (sharpen) bahagian-bahagian pada imej yang kabur

Smudge Tool

Memberikan kesan seperti menggosokkan jari pada cat atau warna yang basah kepada

imej pengguna.

14. Dodge/ Burn/ Sponge Tool

Dodge Tool

Digunakan untuk mencerahkan bahagian-bahagian tertentu pada imej mengikut

kreativiti pengguna seolah-olah seperti memberikan kesan pengcahayaan pada

bahagian tersebut.

Page 12: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

12

Burn Tool

Bertindak sebaliknya iaitu untuk menggelapkan bahagian-bahagian yang dikehendaki

oleh pengguna, seakan-akan memberikan kesan bebayang pada bahagian tersebut.

Sponge Tool

Memberikan kesan seperti mewarnakan dengan menggunakan span pada imej.

15. Path Selection/ Direct Selection Tool

Path Selection Tool

Digunakan untuk memilih semua anchor point (sila rujuk pada bahagian Pen Tool)

pada sesuatu Shape yang telah dihasilkan.

Direct Selection Tool

Untuk memilih sesetengah anchor point pada suatu shape, Direct Selection Tool

boleh digunakan dengan cara klik dan drag pada bahagian yang dikehendaki.

16. Type Tool

Page 13: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

13

Type Tool digunakan untuk memasukkan teks ke dalam imej pengguna. Ia terbahagi

kepada 4 jenis iaitu:

• Horizontal Type Tool

Memasukkan teks dalam kedudukan melintang

• Vertical Type Tool

Memasukkan teks dalam kedudukan menegak

• Horizontal Type Mask Tool

Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara melintang

• Vertical Type Mask Tool

Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara menegak

17. Pen Tool

Pen Tool digunakan untuk membina garisan lurus atau lengkuk mengikut bentuk sesuatu

imej atau gambar yang ingin dilukis. Garisan yang dilukis kelihatan seperti laluan (path)

yang bersambungan. Titik-titik ini dikenali sebagai Anchor Point.

Terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

• Pen Tool

Menghasilkan path secara klik titik demi titik

Page 14: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

14

• Freeform Pen Tool

Menghasilkan path dengan cara melakar dengan menggunakan tetikus

• Add Anchor Point Tool

Menambah anchor point baru pada path

• Delete Anchor Point Tool

Membuang anchor point sedia ada pada path

• Convert Point Tool

Menukarkan bentuk yang berlengkuk kepada bentuk polygon dengan mengklik

mana-mana anchor point.

18. Shape Tool

Shape Tool membolehkan imej vector dilukis di dalam Photoshop. Imej-imej vector

ini didatangkan di dalam beberapa bentuk mengikut jenis-jenis Shape Tool:

• Rectangle Tool

Menghasilkan imej berbentuk segiempat

• Rounded Rectangle Tool

Menghasilkan imej berbentuk segiempat dengan sisi yang dibulatkan

Page 15: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

15

• Ellipse Tool

Menghasilkan imej berbentuk bulat atau lonjong.

• Polygon Tool

Menghasilkan imej polygon. Bilangan sisi polygon boleh diubah pada bar

pilihan untuk Polygon Tool.

• Line Tool

Menghasilkan garisan

• Custom Shape Tool

Menghasilkan imej vector daripada bentuk-bentuk yang telah disediakan.

Bentuk-bentuk ini boleh dipilih pada bar pilihan.

19. Annotation Tool

Adalah set fungsi untuk meletakkan nota pada imej pengguna. Terbahagi kepada 2:

• Notes Tool

Meletakkan nota pada bahagian yang dikehendaki. Nota ini boleh diubah

warna, font dan saiz fontnya.

• Audio Annotation Tool

Nota di dalam bentuk audio. Memerlukan mikrofon bagi tujuan rakaman

suara.

Page 16: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

16

20. Eyedropper/ Color Sampler/ Measure Tool

Eyedropper Tool

Berfungsi untuk mendapatkan warna yang terdapat pada sesuatu imej dengan cara

mengklik pada kawasan yang dipilih. Warna yang dipilih akan dipaprkan pada warna

latar hadapan toolbox.

Color Sampler Tool

Digunakan untuk mendapatkan contoh pelbagai warna dengan memaparkan nilai

warna RGB dalam bentuk nombor pada tetingkap palet info.

Measure Tool

Digunakan untuk mengukur jarak diantara 2 titik pada sesebuah imej yang sedang

diubahsuai.

21. Hand Tool

Page 17: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

17

Digunakan untuk memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej

yang diubahsuai itu terlalu besar sehingga tidak dapat dipaparkan secara

keseluruhannya.

22. Zoom Tool

Digunakan untuk membesarkan paparan imej pada skrin computer. Paparan imej juga

dapat dikecilkan dengan menekan kekunci Alt + klik tetikus. (Paparan kecil atau

besar imej hanyalah pada skrin komputer dan bertujuan memudahkan proses kerja).

23. Set Foreground/ Background Color Tool

Warna latar hadapan adalah warna yang digunakan untuk menaip teks, melukis garis,

objek dan sebagainya.

Page 18: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

18

Warna latar belakang pula merupakan warna yang digunakan oleh sesuatu fail baru

apabila pilihan Background Color dipilih pada tetingkap New.

Warna latar hadapan (diwakili dengan kotak di bahagian hadapan) dan warna latar

belakang (diwakili dengan kotak di bahagian belakang) boleh ditukar dengan cara

mengklik salah satu kotak kemudian memilih warna yang dikehendaki pada Color

Picker.

Untuk kembali kepada warna asal (Latar Hadapan: Hitam dan Latar Belakang: Putih)

boleh dilakukan dengan mengklik kekotak kecil di sudut kiri bawah ikon.

Sekiranya pengguna ingin menukar warna di antara latar hadapan dan latar belakang,

pengguna perlu mengklik symbol anak panah pada ikon.

B: Fungsi Tetingkap Palet

1. Tetingkap Palet Navigator

Page 19: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

19

Tetingkap ini mengandungi kemudahan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz

paparan imej yang dibuka.

Tetingkap ini akan memaparkan maklumat mengenai warna kawasan pada imej yang

dipilih oleh penunjuk tetikus kepada pecahan warna RGB dan CMYK. Ianya juga

memaparkan kedudukan penunjuk tetikus pada paksi x dan y.

Tetingkap ini mengandungi bar kawalan untuk mengubahsuai warna yang akan

digunakan sebagai warna latar hadapan dan belakang. Bar kawalan warna dipecahkan

berdasarkan pemecahan warna RGB mengikut sistem pemecahan warna pada skrin

paparan komputer.

Page 20: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

20

2. Tetingkap Palet Swatches

Tetingkap ini menyediakan pilihan warna yang telah siap dicampurkan dari pecahan

warna spektrum RGB atau CMYK. Pemilihan sebarang warna pada tetingkap ini akan

mengubah warna latar hadapan yang terdapat pada Toolbox.

3. Tetingkap Palet Layers

Tetingkap ini mengandungi bilangan layer atau lapisan yang digunakan untuk

membentuk sesuatu imej atau rekabentuk. Ianya boleh digambarkan sebagai konsep

transparency tindih-menindih di mana setiap layer adalah lutsinar dan bertindih di antara

satu sama lain.

Page 21: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

21

Imej yang berada pada setiap layer boleh diubah atau dibuang mengikut kedudukan imej

pada setiap layer tanpa menjejaskan imej pada layer lain.

Layer:

• Layer background biasanya mengandungi imej atau warna yang berfungsi sebagai

latar belakang.

• Layer teks mempunyai simbol T padanya

• Untuk memadam sesuatu layer, drag layer tersebut kepada ikon tong sampah di

bahagian bawah tetingkap.

• Untuk menambah layer, pilih Layer > New > Layer pada bar menu atau klik pada

ikon di bahagian bawah tetingkap.

• Layer aktif mempunyai ikon mata di sebelah kirinya

• Ikon berus menggambarkan proses kerja sedang dijalankan pada layer tersebut.

4. Tetingkap Palet History

Tetingkap ini memegang segala maklumat gerak kerja yang kita lakukan di dalam sesuatu

proses kerja.

Page 22: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

22

Tetingkap ini berperanan sebagai undo pada menu edit yang membenarkan pengguna

balik kepada langkah asal hanya sekali sahaja. Tetingkap Palet History ini membenarkan

kita berpatah balik kepada gerak kerja yang kita perlukan lebih daripada satu langkah.

MODUL 3 GABUNGAN DAN PEMINDAHAN IMEJ

Membina Kawasan Pilihan dan Memindahkan Kedudukan Imej

Kemahiran membina kawasan pilihan adalah kemahiran asas dalam Photoshop yang

perlu dikuasai. Hal ini kerana sesuatu imej yang ingin diubahsuai perlulah diaktifkan

(dipilih) terlebih dahulu sebelum langkah-langkah lain dilaksanakan. Antara alatan yang

boleh digunakan adalah:

A. Marquee Tool

Latihan 1 : Menggunakan Marquee

1. Aktifkan fail ToyStory.jpg

2. Buat pilihan pada kawasan teks menggunakan Ikon Marquee Tool.

3. Gunakan kekunci Shift untuk menambah ruang pilihan. Heretkan tetikus pada ruang

yang ingin ditambah. Seterusnya tekan kekunci Delete

Page 23: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

23

4. Simpan (Save) fail dengan menggunakan nama yang sesuai.

B. Lasso Tool Latihan 2: Menggunakan Lasso 1. Buka fail mana-mana gambar (dalan contoh ini, Shrek.jpg)

Page 24: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

24

2. Aktifkan Ikon Lasso Tool dan klik pada penjuru bawah kanan sebagai titik

permulaan.

3. Klik dan heret tetikus melalui watak utama.

4. Apabila selesai gunakan arahan Select>Feather dan masukkan nilai 2 piksel.

5. Dengan cara yang sama, gunakan arahan Copy dan Paste untuk memasukkan gambar

Shrek ke dalam gambar ToyStory.

6. Gunakan Ikon Move Tool utk susun atur ketiga-tiga imej tersebut.

7. Rujuk Tetingkap Layer untuk mencapai setiap imej yang berbeza.

C. Magic Wand Tool Latihan 3: Menggunakan Magic Wand Tool

1. Klik pada latar belakang putih: Ikon Magic Wand. Oleh kerana latar belakang

adalah berwarna putih, maka proses penyalinan menjadi mudah.

Page 25: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

25

2. Gunakan arahan Add To Selection (right Click) untuk gabungkan kawasan

pilihan.

3. Aktifkan arahan Select>Inverse. Hasilnya hanya kawasan watak yang akan

diaktifkan.

4. Gunakan arahan Select>Feather dan masukkan nilai 2 pixel. Tujuannya untuk

menjadikan kawasan yang dipilih lebih realistik.

5. Kemudian dengan arahan Edit>Copy dan Edit>Paste, salin watak monster ke

dalam fail ToyStory

Page 26: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

26

D. Menggerakkan pilihan Latihan 4: Menggunakan Move Tool

1. Aktifkan kembali ToyStory.jpg. Dengan menggunakan arahan Image>Canvas

Size, buat perubahan saiz kanvas. (cth: 600 piksel).

2. Guna Ikon Marquee Tool utk buat pilihan pada kawasan watak.

3. Seterusnya, pindahkan imej tersebut ke penjuru kanan bawah menggunakan Ikon

Move Tool.

Page 27: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

27

E. Memadamkan Imej

Latihan 5: Menggunakan Eraser Tool

1. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai. Fail Shrek.jpg juga boleh

digunakan sebagai panduan.

2. Aktifkan ikon Eraser Tool dan padamkan imej warna hijau pada belakang gambar

keldai dengan cara klik tetikus tanpa lepas dan heret ianya di sepanjang imej

tersebut.

3. Kelihatan imej belakang terpadam dan digantikan dengan warna putih iaitu warna

yang sama dengan warna pada petak warna latar belakang asal pada Toolbox.

4. Jika warna petak latar belakang adalah hitam, maka kawasan yang dipadam oleh

ikon Erasor Tool akan kelihatan berwarna hitam juga.

F. Menyimpan Imej Photoshop

Setelah kita menghasilkan sesuatu imej di dalam Photoshop, kita boleh menyimpan imej

tersebut di dalam format (.PSD). Menyimpan dalam format ini membantu kita untuk

melakukan pengubahsuaian kerana ia masih mengekalkan layer dan juga semua

perubahan yang telah dilakukan kepada imej tersebut. Imej juga boleh disimpan dalam

format lain. Antara yang popular adalah JPEG (Joint Photographic Experts Group) dan

GIF (Graphics Interchange Format).

Page 28: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

28

MODUL 4 ASAS PENCAHAYAAN, PENGISIAN WARNA DAN TON

WARNA

Pencahayaan dan pewarnaan merupakan elemen penting dalam Photoshop untuk

memudahkan proses pengubahsuaian dalam sesebuah imej digital. Modul ini

mengandungi beberapa teknik asas yang boleh digunakan oleh pelajar khususnya dari

sudut penghasilan serta pengubahsuaian aspek pencahayaan dan warna pada imej digital

yang digunakan.

Menggunakan ikon Paintbrush

Untuk menambahkan atau warna pada sesuatu imej, anda boleh menggunakan ikon

paintbrush.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

Page 29: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

29

2. Klik ikon Paintbrush pada tool bar. Kemudian pada bahagian atas, pilih jenis berus

yang hendak digunakan. Untuk menukar warna pada berus, klik pada ikon

Foreground.

3. Selepas memilih berus, heret dan lakarkan pada imej.

Page 30: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

30

Menggunakan ikon Gradient

Kecerunan warna ialah peralihan dari satu warna kepada warna yang lain. Anda boleh

menghasilkan kecerunan warna melalui perisian Photoshop menggunakan Gradient Tool.

Ikon gradient sering digunakan untuk mewarnakan sesuatu objek, imej atau latar

belakang sesuatu fail dengan ton warna yang ditetapkan. Gabungan dua atau lebih warna

juga boleh dihasilkan bagi membentuk satu paparan visual yang lebih menarik. Ikuti

latihan kerja seterusnya bagi melihat bagaimana kemudahan ini boleh digunakan.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

2. Kemudian pilih Gradient Tool dari Tool anda.

Page 31: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

31

3. Langkah seterusnya ialah dengan memilih warna putih untuk Foreground dan

warna hitam untuk Background. Pilihan ini juga terdapat di bahagian Tool.

4. Untuk menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to

Transparent.

5. Kemudian buat kecerunan lurus pada gambar. Caranya ialah dengan meletakkan

tetikus pada bahagian hujung gambar, dan buat satu garisan lurus ke bahagian

tengah gambar.

Page 32: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

32

6. Hasilnya:

Menggunakan ikon Blur dan Sharpen

Ikon Blur digunakan untuk mengkaburkan bahagian tertentu pada imej. Ikon Sharpen

pula mempunyai fungsi yang berlawanan iaitu untuk menajamkan imej sesuatu kawasan

agar ianya kelihatan lebih jelas dan bertumpu.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

Page 33: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

33

2. Aktifkan ikon Blur

3. Tetapkan saiz, jenis berus, mod dan kekuatan tekanan berus yang akan digunakan.

4. Seterusnya bawa tetikus ke atas latar belakang imej. Kaburkan paparan imej tersebut

dengan cara mengklik tetikus tanpa lepas dan heret tetikut pada permukaan imej yang

hendak dikaburkan.

5. Akhirnya anda akan mendapat kesan kabur pada imej seperti berikut:

Bagi penggunaan ikon Sharpen pula, kaedah yang digunakan juga sama iaitu

mengaktifkan ikon Sharpen, kemudian memilih berus dengan kekuatan tekanan.

Seterusnya membawa tetikus ke atas objek dengan cara mengklik tanpa lepas dan heret

tetikus di atas objek yang hendak ditajamkan. Berikut merupakan contoh imej yang telah

ditajamkan.

Page 34: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

34

Menukar Kecerahan Imej dengan Menggunakan Brightness dan Contrast

Penggunaan Brightness dan Contrast adalah untuk memudahkan kita melakukan sedikit

pengubahsuaian kepada keseluruhan imej. Brightness atau kecerahan merujuk kepada

intensity warna pixel yang berada di dalam sesebuah imej manakala contrast pula

merujuk kepada perbezaan di antara pixel yang cerah dan pixel yang gelap.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

2. Klik pada Image>Adjustments>Brightness/Contrast. Apabila tetingkap

Brightness/Contrast dipaparkan, klik dan heret penunjuk pada medan berikut

Page 35: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

35

mengikut keperluan anda. Heret penunjuk ke arah kanan untuk menambah kecerahan

imej dan ke arah kiri untuk menggelapkan imej.

Bekerja dalam Persekitaran Mod RGB

Kita boleh melakukan kerja dalam persekitaran mod RGB. Mod RGB menggunakan

warna merah, hijau dan biru untuk menyimpan maklumat warna.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

2. Klik pada Image>Mode>RGB Color

3. Anda boleh melihat pelbagai komponen warna ibagi mej RGB di bahagian Channel

palette.

Page 36: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

36

Menukarkan imej berwarna kepada mod imej : Grayscale dan Desaturate

Gambar hitam putih boleh dihasilkan daripada gambar berwarna menggunakan mod imej:

Grayscale dan Desaturate. Berikut diterangkan kaedah penghasilannya.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

2. Guna arahan Image>Mode>Grayscale. Apabila kotak dialog yang berikut

dipaparkan, klik butang OK.

Page 37: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

37

3. Secara automatik, imej yang berwarna tadi akan dipaparkan dalam bentuk hitam

putih.

4. Jika anda ingin menggunakan kemudahan Desaturate, anda perlu menggunakan

arahan Image>Adjustments>Desaturate. Secara automatik imej yang asalnya

berwarna akan dipaparkan dalam bentuk hitam putih.

MODUL 5 KONSEP DAN ASAS PENGHASILAN TEKS

Teks merupakan salah satu elemen utama di dalam proses penyaluran maklumat. Adobe

Photoshop menyediakan kemudahan yang membolehkan teks dihasilkan sama ada untuk

digunakan secara sendirian mahupun untuk diintegrasikan bersama-sama dengan paparan

visual yang lain. Berikut adalah beberapa contoh penghasilan teks daripada pelbagai

teknik di dalam Photoshop.

Page 38: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

38

Membuat Text Mengikuti Path

Dalam latihan ini, anda akan belajar bagaimana cara membuat text yang mengikuti arah

dari path yang telah dibuat.

1. Buka fail kerja baru.

2. Aktifkan ikon Pen Tool. Anda boleh membuat path seperti dalam contoh ini atau anda

boleh membuat path lain mengikut kreativiti anda.

3. Setelah membentuk path, Ctrl+Klik pada area kosong sehingga sekarang path anda

akan menjadi seperti di bawah ini.

4. Aktifkan ikon Text Tool, Klik pada path di mana anda ingin mulai menulis text dan

taipkankan teks anda dan text akan mengikuti arah dari path yang telah anda buat

sebelumnya.

Page 39: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

39

Setelah selesai anda boleh memadam path yang sudah tidak digunakan.

5. Selesai.

Kesan Imej di dalam Teks

1. Buka fail kerja baru dan masukkan sebarang imej kedalamnya.

2. Aktifkan Type Tools dan taipkan pada mana-mana bahagian imej tersebut.

3. Bawa tetikus agar berada di garisan antara layer teks dan layer imej

4. Tekan kekunci CTRL + ALT serentak dengan klik tetikus.

5. Akan terpapar ikon penunjuk yang diwakili imej dua bulatan

6. Teks boleh digerakkan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik

Page 40: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

40

7. Bina satu lagi Layer baru dan warnakan ianya dengan warna yang bersesuaian.

8. Pastikan layer baru berada di bawah layer imej

9. Kesan lain boleh ditambah dengan menggunakan kesan Stroke atau Layer Style.

Boleh gunakan Fungsi STYLE pada tetingkap Palet untuk kesan yang lebih menarik

Page 41: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

41

Plastic Text Effect

1. Buka fail kerja baru bersaiz 600x300 px, latarbelakang putih dan taipkan sebarang

teks di atasnya. Contohnya ‘ONLY PHOTOSHOP’.

2. Klik dua kali pada layer teks untuk membuka Layer Styles Window. Gunakan setting

seperti di bawah:

Drop Shadow

Page 42: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

42

Inner Glow

Bevel and Emboss

Page 43: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

43

Satin

Stroke

Page 44: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

44

3. Hasil akhir:

Membuat Efek Chroome

1. Buka fail kerja baru.. Tuliskan teks dengan warna putih pada background hitam.

2. Kemudian klik pada Layer>Layer style>Blending options, dan tetapkan nilai seperti

di bawah.

Drop Shadow

Bevel and Emboss

Page 45: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

45

Satin

3. Setelah selesai, hasilnya seperti berikut.

Page 46: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

46

MODUL 6 KONSEP DAN PENGGUNAAN LAYER

Layers merupakan lapisan yang berfungsi sebagai tempat objek, diibaratkan sebagai

kanvas. Dengan adanya Layers, membolehkan anda untuk mengubahsuai setiap objek

tanpa mengganggu objek yang lain dengan mudah dan berkesan. Sebagai contoh, jika

anda sedang mengedit gambar 1 maka gambar 2 tidak akan terpengaruh. Anda dapat

mengatur komposisi layers dengan cara mengubah atribut dan urutan layers. Sebagai

tambahan, corak khusus seperti adjustment layers, fill layers, dan layers style dapat

diterapkan untuk memberikan efek khusus pada layers tersebut.

Apabila anda membuka fail yang sedia ada atau pun mencipta fail baru, setiapnya akan

mempunyai layer yang tersendiri. Selalunya layer ini background dan anda boleh

melihatnya di dalam layer palette di sebelah kanan program.

Page 47: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

47

Layers palette ini digunakan sebagai pusat kawalan panel layer di dalam Photoshop.

Layer boleh diletakkan di atas satu sama lain dan boleh dipindahkan dengan

mengheretnya dengan tetikus ke atas dan ke bawah.

Mencipta Layer

Terdapat beberapa cara untuk mencipta layer. Cara yang paling senang adalah dengan

mengklik ikon "Create New Layer" di sebelah bawah layers palette. Anda juga boleh

menggunakan menu "Layer" yang terletak di bahagian atas skrin dan memilih

New>Layer.

Apabila anda mencipta layer melalui cara ini, Photoshop akan mengeluarkan kotak

arahan untuk menamakan layer. Anda boleh menamakannya ataupun membiarkannya

dengan menekan butang "OK". Layer juga boleh dinamakan dengan menekan tetikus

sebanyak dua kali pada nama layer di layer palette.

Page 48: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

48

Menyembunyikan Layer

Antara kelebihan menggunakan layer di dalam kerja anda adalah layer dapat

disembunyikan sementara dengan mengklik ikon "eye" pada layer yang dikehendaki. Ini

memudahkan kita untuk mengurus dan melihat hasil yang dikehendaki.

Blend Layer

Mod Layer Blending adalah campuran pelbagai efek di antara layer. Berikut merupakan

contoh Blend layer.

1. Pilih latarbelakang tekstur sebagai layer asas.

Page 49: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

49

2. Buka imej lain yang mempunyai kawasan terang yang luas.

3. Salin imej berikut di atas layer tekstur tadi.

4. Daripada menu mod layer blend, pilih "Screen".

Page 50: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

50

5. Imej anda akan automatik menjadi terang.

6. Anda boleh memadam beberapa kawasan gelap dengan mengaktifkan layer tersebut

terlebih dahulu menggunakan ikon eraser untuk memadam kawasan yang gelap tadi.

Page 51: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

51

7. Daripada control palette, pilih berus pemadam jenis lembut, semi-opaque seperti

ditunjukkan di bawah.

8. Dengan menggunakan ikon Eraser, ikut sepanjang tepi imej dan gunakan Shift untuk

mengekalkan garis lurus.

Page 52: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

52

9. Imej yang dihasilkan.

Page 53: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

53

MODUL 7 PENGGUNAAN FILTER

Filter digunakan untuk menghasilkan suatu fail imej yang mempunyai pelbagai kesan

khas seperti Blur, Sharpen, Texture dan sebagainya. Kesemua filter ini boleh dicapai

melalui pilihan Filter dari menu bar. Ikuti langkah berikut untuk mengaplikasikan filter

ke atas sesebuah imej.

1. Buka fail imej yang bersesuaian.

Page 54: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

54

2. Pilih layer yang akan digunakan untuk mengaplikasikan filter. Kemudian klik pada

Filter dan di situ terdapat pelbagai jenis filter yang boleh digunakan. Sebagai contoh

apabila mengaplikasikan Artistic > Neon Glow akan menghasilkan:

Di sini dipaparkan beberapa hasil Filter yang boleh digunakan:

Artistic >Colored Pencil Artistic >Palette Knife Brush Stroke>Accented Edges

Sketch > Photocopy Texture > Stained Glass

Oil Effect

1. Buka fail kerja baru berlatarbelakang hitam dan pastikan anda memilih mod RGB.

Taipkan sebarang teks di atasnya.

Page 55: Modul 2 - Adobe Photoshop

Adobe Photoshop CS2

55

2. Daripada menu bar, pilih;

a) Filter | Blur | Guassian Blur.... Pilih radius 1,0 pixel

b) Layer | Flatten Image

c) Image | Rotate Canvas | 90 CW

d) Filter | Stylize | Wind... Pilih Wind dan From the right

e) Filter | Stylize | Solarize

f) Image | Rotate Canvas | 90 CCW

3. Hasilnya..