pengenalan kemahiran berfikir

12
PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR Oleh : SAIDATUL NAJIHAH BINTI JAAFAR SITI AISHAH BINTI HASSAN

Upload: kevyn

Post on 22-Mar-2016

182 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR . Oleh : SAIDATUL NAJIHAH BINTI JAAFAR SITI AISHAH BINTI HASSAN . DEFINISI PEMIKIRAN - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Oleh :

SAIDATUL NAJIHAH BINTI JAAFARSITI AISHAH BINTI HASSAN

Page 2: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

DEFINISI PEMIKIRAN

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. 

* Metakognisi : berfikir diluar daripada kotak pemikiran. Contohnya : ilham.

Page 3: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

“active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it, and the further conclusions to which it tends’’

(John Dewey)

Page 4: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

Something we do when we try to solve problems; it involves processing the information that we have available to us – either from the external world or from within our own memories. Thinking allows us to take things we know or observe and turn them into new ways of understanding.

(Adey et al, 2001)

Page 5: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

MAKSUD FITRAH Fitrah adalah apabila akal yang dikurniakan digunakan untuk berfikir perkara-perkara yang baik, hati dan kalbu yang dikurniakan dimanfaatkan dengan baik untuk membina emosi dan kejiwaan yang stabil dan bakat jasmani yang diberikan digunakan untuk perlakuan dan tindakan yang bermanfaat.

Page 6: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal dalam menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur, dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Page 7: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

KONSEP BERFIKIR• Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

• Dewey ( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

Page 8: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

Konsep kaedah enam topi berfikir

Edward De Bono telah mencipta satu kaedah berfikir yang digelarnya Kaedah Enam Topi Berfikir atau Six Thinking Hats. Walaubagaimanapun, pengamalnya diingatkan tidak mempraktikkan kesemua topi serentak dikhuatiri menyebabkan fikiran berkecamuk.

Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif.

Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina.

Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.

Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif.

Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai.

Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan.

Page 9: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

FITRAH PEMIKIRANJuzuk 21 Surah Ar Ruum Ayat 37 Terjemahannya: (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Tafsirnya:Allah swt. berfirman menceritakan tentang sifat orang-orang yang apabila ditimpa kesusahan, bahaya atau musibah, mereka ingat kepada Allah berseru kepada-Nya berdoa dengan khusyu’ dan rendah hati, akan tetapi bila Tuhan memberikan mereka sedikit rahmat-Nya dan melepaskan mereka daripada kesusahan dan musibah mereka, tiba-tiba mereka lupa kepada Tuhannya, bahkan adakalanya mereka syirik dan mengingkari nikmat, rahmat dan kurniaan Allah yang telah diberikan kepada mereka. Apakah mereka tidak tahu dan tidak memperhatikan bahawa Allahlah yang berkuasa melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki pula.

Page 10: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

Imam Al-Ghazali • merupakan tokoh Islam• membahagikan sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara• ilmu kekal datang dpd Allah semata-mata• ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia sama ada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung• ilmu ciptaan manusia tergolong dalam ilmu Aqli (akal)• ilmu aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan• ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri• Teori Epistemologi Imam Al-GhazaliTeori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu.

Page 11: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

Berdasarkan kepada keupayaannya dalam memahami alam, menyelesaikan masalah dan mencetuskan kemajuan, maka ia amat penting untuk membina kehidupan manusia yang bahagia. Apakah yang perlu difikirkan? Banyak hal yang perlu difikirkan, diantaranya hal-hal yang berkaitan dengan ketaatan iaitu yang berkaitan dengan Yang Maha Esa. Hal-hal yang berkaitan dengan kemaksiatan, muhasabah diri supaya terhindar dari melakukan maksiat. Hal-hal yang berkaitan dengan sifat-sifat yang merosakkan iaitu sifat-sifat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh merosakkan diri dan individu lain. Juga hal-hal yang berkaitan dengan sifat-sifat yang menyelamatlkan seperti bersyukur, ikhlas, takut, merendah diri dan sebaginya. (Imam Al-Ghazali- kitab Mau’izatul Mukmin).

Page 12: PENGENALAN  KEMAHIRAN BERFIKIR

BIBLIOGRAFIhttp://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf dilayari pada 28 Februari 2012

http://mujahid.tripod.com/kbkk.html dilayari pada 28 Februari 2012

http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/2771-konsep-kaedah-enam-topi-berfikir.html dilayari pada 28 Februari 2012

http://guabama.wordpress.com/category/kemahiran-berfikir/ dilayari pada 29 Februari 2012

http://kbkk.webs.com/nota.htm dilayari pada 29 Februari 2012