pengenalan kajian rintis

1
Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya. Pengkaji telah menjalankan ujian rintis ke atas ujian pencapaian menggunakan kaedah uji-ulang-uji untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan alat kajian. Dua ujian yang sama ditadbirkan ke atas 34 orang pelajar yang tidak terlibat dalam kajian ini dalam jarak masa tiga minggu bagi melihat ketekalan alat kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2004), markat-markat yang didapati daripada pengukuran pertama dan pengukuran kedua dikorelasikan. Pekali korelasi yang terhasil merupakan indeks kebolehpercayaan, sekiranya pekali korelasi positif dan teguh maka indeks kebolehpercayaan bagi alat ukur tersebut adalah tinggi. Berdasarkan data skor ujian kali pertama dan skor ujian kali kedua, analisis korelasi Pearson telah dijalankan ke atas skor-skor tersebut. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan nilai pekali korelasi, r = 0.861 (p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa skor ujian pertama dan skor ujian kedua mempunyai korelasi yang tinggi dan signifikan. Oleh itu, alat kajian yang dibina untuk mengukur pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan. RUJUKAN Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis & interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional. Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Upload: bentscout

Post on 02-Feb-2016

246 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian rintis

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN KAJIAN RINTIS

Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya. Pengkaji telah menjalankan ujian rintis ke atas ujian pencapaian menggunakan kaedah uji-ulang-uji untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan alat kajian. Dua ujian yang sama ditadbirkan ke atas 34 orang pelajar yang tidak terlibat dalam kajian ini dalam jarak masa tiga minggu bagi melihat ketekalan alat kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2004), markat-markat yang didapati daripada pengukuran pertama dan pengukuran kedua dikorelasikan. Pekali korelasi yang terhasil merupakan indeks kebolehpercayaan, sekiranya pekali korelasi positif dan teguh maka indeks kebolehpercayaan bagi alat ukur tersebut adalah tinggi.

Berdasarkan data skor ujian kali pertama dan skor ujian kali kedua, analisis korelasi Pearson telah dijalankan ke atas skor-skor tersebut. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan nilai pekali korelasi, r = 0.861 (p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa skor ujian pertama dan skor ujian kedua mempunyai korelasi yang tinggi dan signifikan. Oleh itu, alat kajian yang dibina untuk mengukur pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan.

RUJUKAN

Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan – teori, analisis &interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka.