pengenalan frog vle

3
PENGENALAN KEPADA PROJEK 1BESTARINET DAN FROG VLE 1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan

Upload: aman-shah

Post on 10-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PENGENALAN FROG VLE

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN FROG VLE

PENGENALAN KEPADA PROJEK 1BESTARINET DAN FROG VLE

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek

ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan

dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran

maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada

Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai

intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah

satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang

menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan

konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah

secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan

menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh

berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun

kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di

mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi

anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di

United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan

kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk

mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog

VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang

berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk

memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan

golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk

membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia.

Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan

Page 2: PENGENALAN FROG VLE

membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang

boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah

untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan

mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Kelebihan Frog VLE adalah seperti berikut :

a. Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah

untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan

tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

b. Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di

seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi

sumber dan idea.

c. Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-

based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua.

Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah

yang berat bakal menjadi sejarah.

d. Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan

membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet

(video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web,

tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan

sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi

memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

e. Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian

selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom

dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan

rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google

Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik

pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: PENGENALAN FROG VLE

PROJEK 1BESTARINET DAN FROG VLE DI SK BANDAR UTAMA

DAMANSARA ( 4 )

Pada bulan September 2012, dua orang guru dari sekolah ini telah dipilih oleh Pihak

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menjadi peserta Kursus Penyebaran Frog

VLE di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Kedua-dua orang guru ini

dilantik sebagai penyelaras untuk Frog VLE bagi sekolah. Dengan secara tidak

langsung, sekolah terlah terpilih sebagai antara sekolah rintis untuk projek ini di

seluruh negara.

Atas dasar inilah, maka SK Bandar Utama Damansara ( 4) mengambil inisiatif

untuk memberi latihan kepada guru-guru terlebih dahulu tentang Frog VLE sebelum

disebarluaskan kepada murid-murid dan ibu bapa. Sebanyak tiga kali Latihan Dalam

Perkhidmatan ( LADAP ) diadakan yakni dua kali pada tahun 2012 dan sekali pada

awal 2013. Namun seperti tiada perubahan dalam penggunaan Frog VLE dalam

kalangan guru-guru.

Oleh itu, pada 18 dan 25 April 2013, Ahli Jawatankuasa Frog VLE mengambil

keputusan mengadakan LADAP yang bertajuk ‘Bengkel Penggunaan Frog VLE’

kepada semua guru. Kali ini dengan lebih tersusun dan objektif yang sangat jelas.

Persediaan rapi dijalankan dan hasilnya dipersembahkan dalam buku laporan ini.