pengenalan fotografi

13
EDU PENGENALAN FOTOGRAFI Asa ILMU ASAS FOTOGRAFI YANG PERLU GURU TAHU Untuk merakam sekeping gambar, kita memerlukan kamera yang bersesuaian dengan kaedah ataupun teknik yang hendak digunakan. Kamera yang digabungkan dengan pelbagai komponen seperti kanta, aparture, pelepas dan dail kelajuan shutter, penilik, kotak dedap cahaya dan tuil pemutar filem, berjaya menghasilkan pelbagai jenama kamera di pasaran seperti Nikon, canon, yashica, pantex dan sebagainya. atas JENIS-JENIS KAMERA Terdapat pelbagai jenis kamera yang dicipta diantaranya kamera lipat, press camera, single lens reflex (SLR), kamera compact, kamera cakera, kamera Polaroid,kamera refleks kanta kembar, view kamera dan sebagainya. Walau bagaimanapun kamera SLR dan kamera compact merupakan di antara kamera yang biasa digunakan. 1. Kamera Compact – dikenali sebagai ‘kamera hala dan petik’ atau ‘kamera pandang terus’. Cahaya akan memasuki kantaq dan akan terus ke lubang penilik (view finder). Objek akan dilihat secara terus melalui tetingkap dan merupakan objek yang sama jika

Upload: teokimmoi

Post on 11-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

foto edu

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN fotografi

EDU PENGENALAN FOTOGRAFI Asa

ILMU ASAS FOTOGRAFI YANG PERLU GURU TAHU

Untuk merakam sekeping gambar, kita memerlukan kamera yang bersesuaian dengan kaedah ataupun teknik yang hendak digunakan. Kamera yang digabungkan dengan pelbagai komponen seperti kanta, aparture, pelepas dan dail kelajuan shutter, penilik, kotak dedap cahaya dan tuil pemutar filem, berjaya menghasilkan pelbagai jenama kamera di pasaran seperti Nikon, canon, yashica, pantex dan sebagainya. 

atas

JENIS-JENIS KAMERA

Terdapat pelbagai jenis kamera yang dicipta diantaranya kamera lipat, press camera, single lens reflex (SLR), kamera compact, kamera cakera, kamera Polaroid,kamera refleks kanta kembar, view kamera dan sebagainya. Walau bagaimanapun kamera SLR dan kamera compact merupakan di antara kamera yang biasa digunakan.

1. Kamera Compact – dikenali sebagai ‘kamera hala dan petik’ atau ‘kamera pandang terus’. Cahaya akan memasuki kantaq dan akan terus ke lubang penilik (view finder). Objek akan dilihat secara terus melalui tetingkap dan merupakan objek yang sama jika dirakam. Tetapi kemajuan kini telah melengkapkan kamera jenis ini dengan kemudahan sensor yang mampu mengesan jarak objek dan lensa juga boleh bergerak secaraautomatik serta boleh mengarahkan pengguna menggunakan lampu imbasan jika cahaya tidak mencukupi, dilengkapi tarikh digital serta penggulungan secara automatik. Namun begitu, keupayaan kamera compact ini terhad dan bergantung kepada jarak,

Page 2: PENGENALAN fotografi

saiz dan penggerakkan objek

2. Kamera Digital - terkini dan tercanggih dalam dunia fotografi masa kini. Ia menggabungkan penggunaannya dengan teknologi pengkomputeran dimana jurugambar boleh menyunting gambar berkenaan menerusi  komputer

3. Kamera Polaroid – fungsi-fungsi kamera ini sama seperti kamera kecuali filem yangt digunakan. Filem khas untuk Polaroid ini akan melihatkan arca yang dirakam selepas 60 saat sahaja kerana ia menggunakan kaedah resapan apabila filem dan kertas melekap bersama. Walaubagaimanapun, kamera jenis ini hanya mampu menghasilkan sekeping gambar sahaja.

4. Single Lens Refleks (SLR) – atau refleks kanta tunggal yang menggunakan filem 35 mm. Terdapat pelbagai jenama seperti canon, yashica, pentax, Konica, minolta dan sebagainya. Penggambaran dibuat dengan menukar kanta atau lensa dan pelbagai teknik penggambaran boleh dilakukan dengan menggunakan kamera ini dengan kemahiran serta ketepatan jurufoto menetapkan bukaan cahaya atau apartur dan kelajuan shutter yang diinginkan bagi membolehkan imej static, bergerak dirakam dengan uniknya.

5. Kamera Brownie Kodak – Kamera ini popular pada tahun 1950an dan menggunakan filem gulung.

6. Kamera Refleks Kanta Kembar – mempunyai sepasang mata di atas dan di bawah. Popular sebelum kamera refleks kanta tunggal 35mm. Kamera ini menggunakan filem 120 berukuran 60 x 60mm iaitu 4.16 kali lebih besar dari luas negatif 35mm. Segulung filem ada 12 keping

atas

KOMPONEN KAMERA

Apartur dan shutter merupakan komponen terpenting dalam mengendalikan kamera SLR

1. Apartur

Bermaksud ‘pencahayaan’ yang perlu diukur kadar kemasukan cahaya

Page 3: PENGENALAN fotografi

ke dalam kamera. Gegelang apartur dilengakpi dengan angka f 1.4, f 2, f 2.8, f 4, f 5.6, f 8, dan f 11. Lubang yang membenarkan cahaya masuk ini boleh membesarkan dan menguncup. Bagi menentukan apartur yang tepat kita menganggarkan ia seperti bukaan mata kita di mana apabila cahaya berlebihan , mata kita akan mengecil. Oleh itu semakin besar angka, semakin kecil ketumpatancahaya yang sampai ke permukaan filem.

2. Shutter

Ia berperanan mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera. Ia akan tersingkap dan terkatup setiap kali pelepas shutter ditekan. Pemilihan apatur luas, shutter tersingkap sebentar sahaja. Maksudnya pemilihan shutter 1/1000 menjelaskan janga bukaan shutter sepantas 10000 daripada 1 saat.

Page 4: PENGENALAN fotografi

3. FILEM

Filem bagi kamera 35 mm mengandungi 36, 24 dan 12 petikan. Sekaki filem biasanya mengandungi 8 petikan dan ukuran biasanya adalah 24 x 36 mm. Terdapat filem hitam putih panchromatic yang sensetif pada semua cahaya dan hitam putih arthochromatic yang sensetif kepada cahaya biru sahaja. Filem warna negatif (menghasilkan gambar dan negatif warna) dan filem warna positif atau reversal (menghasilkan lutsinar warna / slaid / transperansi)

Page 5: PENGENALAN fotografi

atas

PETUA PENGGUNAAN KAMERA

1. Tentukan ASA filem yang hendak digunakan dan sesuaikan penanda ASA di kamera.

2. Tentukan sama ada anda ingin gambar melintang atau menegak

3. Pilih bukaan kanta dengan suasana keperluan cahaya mendasarkan jarum meter yang boleh dilihat dari dalam kamera sama ada ditengah atau di antara tanda posifit ataupun negatif.

Page 6: PENGENALAN fotografi

atas

PERANCANGAN PENGGUNAAN FOTO DALAM KELAS

Sebelum foto dihasilkan, antara perancangan perlu pertimbangkan ;

1. tentukan tajuk bagi menyesuaikan objektif dan gambar yang hendak dirakam

2. gambar jelas dan mudah difahami

3. tentukan komposisidan teknik yang hendak digunakan dalam penggamabaran

4. sediakan peralatan seperti kamera, filem, tripod, lensa yang sesuai

5. kaji latar belakang, kecerdasan, daya imaginasi dan pengalaman pelajar.

atas

BAGAIMANA FOTO DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN

1. Perbesarkan, bingkaikan dan beri sedikit penerangan pada foto

2. Pamer foto yang sesuai dengan objektif pengajaran

3. Gunakan progektor legap untuk tontonan pelajar

4. Gabung dan susun gambar bagi membentuk poster besesuaian dengan tajuk.

5. Gunakan stereoraf suapaya pelajar berpeluang mengjaki dan meneliti langkah demi langkah secara sistematik.

6. Guru juga boleh menggunakan komputer , OHP, Projektor slaid dan sebagainya sebagai medium perantara

atas

Page 7: PENGENALAN fotografi

atas

Page 8: PENGENALAN fotografi

CIRI-CIRI FOTO UNTUK PENGAJARAN

1. Paparan gambar 3 dimensi bagi membayangkan keadaan sebenar

2. Paparan static bagi penerangan bahagian tertentu seperti gambar keratan rentas dalam bahagian tertentu

3. Menarik untuk menggerakkan imaginasi dan kreativiti pelajar

4. Mempunyai ‘center of interest’

5. Mengandungi elemen artistic seperti warna, susunan

6. Saiz kualiti serta teknik penggambaran yang menarik

atas

Page 9: PENGENALAN fotografi
Page 10: PENGENALAN fotografi

Contoh gambar 3 dimensi

Menarik ,menggerakkan imaginasi dan ada ‘center of interest’)

atas

Page 11: PENGENALAN fotografi

BILA FOTOGRAFI SESUAI DIGUNAKAN

Media ini sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan dan boleh digunakan bila-bila masa;

1. Sesuai pada bilangan pelajar yang ramai.2. Boleh dilaksanakan dalam bentuk perbincangan kumpulan dan

menggunakan episkop bagi mendapatkan imej yang besar di atas skrin.

3. Mengatasi masalah pelajar lempam4. Guru boleh membantu melatih pelajar ini dari peringkat mudah kepada

susah terutamanya melihat perkembangan emosi pelajar, menilai kreativiti pelajar.

5. Alternatif bagi guru menarik minat pelajar6. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran7. Bagi menilai kreativiti dan imaginasi pelajar8. Membantu meningkatkan motivasi dan imaginasi pelajar

atas

KEBAIKAN PENGGUNAAN FOTOGRAFI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Meringkaskan sesuatu mesej yang ingin disampaikan2. Penggunaan yang efektif dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling3. Membentuk daya pemikiran yang lebih kreatif4. Membawa dunia luar (bahan yang sukar di bawa ke dalam bilik darjah)5. Wadah pernyataan, hasrat, perasaan, mesej dan maklumat yang

berbeza6. Alat perhubungan dan bahan interaksi menegaskan konsep isi-isi

pelajaran7. Berperanan merakam sesuatu peristiwa

Selain itu, heiling photography juga digunakan terutama dalam memulih ingatan bagi pesakit yang hilang ingatan. Jabatan polis juga menggunakan kaedah ini untuk mengingatkan seorang saksi memberi keterangan dalam kes. Manakala pengiklan sentiasa menggunakan gambar untuk memikat pelanggan membeli barangan keluaran mereka.

atas

Page 12: PENGENALAN fotografi

MASALAH PENGGUNAAN FOTOGRAFI DALAM PENGAJARAN

Antaranya,

1. Masalah mendapatkan subjek yang sesuai untuk digambarkan kerana subjek tertentu tidak boleh diperolehi di sekitar sekolah. Ini akan melemahkan penghayatan pelajar.

2. Guru tidak mahir mengendalikan kamera. Ini akan mengagalkan penyampaian mesej kerana gambar mungkin kabur, komposisi yang tidak seimbang dan tiada teknik penggambaran yang sesuai.

3. Guru yang tidak kreatif. Gambar tidak diperbesarkan, tidak disusun dan guru tiada kemahiran membuat grafik, carta, graf atau menggunting bahan dari bahan bercetak yang lain

4. Guru tidak mahir mengaitkan bhan dengan topik pengajaran5. Penggunaan kaedah ini melibatkan kos yang tinggi.

atas

APA PERLU KITA LAKUKAN SEBAGAI GURU

Sebagai guru yang kreatif, kita perlu memikirkan bagaimana untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran kita.

1. Memikirkan adalah gambar itu dapat menolong menambah pemahaman atau memberi pengetahuan kepada pelajar

2. Memikirkan adalkah gambar itu sesuai dengan latar belakang pelajar3. Adakah bahan itu sesuai dengan objektif dan topik perbincangan4. Memikirkan teknik fotografi dan asas seni fotografi ini5. Kaji latar belakang pelajar dari segi pengalaman, kecerdasan, daya

imaginasi dan jumlah pelajar yang terlibat

"Kreativiti mengajar kita berfikir dan kreativiti guru juga mampu mengubah pemahaman pelajar ke arah pemikiran yang mapan…."

atas