pengenalan

11
1.0 Pengenalan Pentaksiran pembelajaran merupakan satu proses dokumentasi yang melibatkan pengistilahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan. Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru perlu mengumpulkan maklumat melalui pelbagai cara pengujian atau lain-lain kaedah yang bersesuaian. Apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya. Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas juga didefinisikan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan. Dalam konteks konsep pula, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. 1

Upload: je-teir

Post on 07-Apr-2016

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pengenalan pentaksiran

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan

1.0 Pengenalan

Pentaksiran pembelajaran merupakan satu proses dokumentasi yang melibatkan

pengistilahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan.

Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan

khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan. Segala keputusan yang dibuat dalam

pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses

pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

seseorang murid. Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid, guru perlu mengumpulkan maklumat melalui pelbagai cara pengujian

atau lain-lain kaedah yang bersesuaian. Apabila pengajaran dan langkah-langkah yang

dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan

pengajarannya.

Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas juga didefinisikan sebagai satu

proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan. Dalam konteks konsep

pula, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

1

Page 2: pengenalan

2.0 Penulisan Esei2.1 Kepentingan Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses dokumentasi yang melibatkan pengistilahan

pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan. Pentaksiran di

sekolah dapat membantu guru dalam membuat keputusan yang wajar kepada murid

yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Keputusan perlu dibuat dengan teliti

supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian

dengan masalah pembelajaran mereka. Oleh itu, pentaksiran amat penting dalam

membuat penilaian terhadap murid-murid pemulihan.

Menurut Modul PPG Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan, pentaksiran

dapat memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang

perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran

akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam

satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data

ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa

jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data yang dikumpulkan dapat

menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk

penempatan.

Kepentingan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan juga boleh dilihat

daripada dua aspek iaitu, kepentingan pentaksiran dan penilaian terhadap guru dan

kepentingan pentaksiran dan penilaian terhadap murid-murid. Antara kepentingan

pentaksiran dan penilaian terhadap guru adalah guru boleh mendapatkan gambaran tentang perkembangan dan tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Sekiranya murid menghadapi

masalah dalam menguasai sesuatu kemahiran pembelajaran, guru dapat mengetahui

masalah yang dihadapi oleh murid itu dalam masa yang singkat melalui pentaksiran.

Apabila murid lemah dalam sesuatu kemahiran, guru juga dapat mengetahui dan

memahami kelemahan murid dan turut memberi bantuan yang diperlukan oleh murid itu

dengan segera. Dengan ini, amalan pentaksiran di sekolah dapat membantu guru

pemulihan dalam mengetahui dan memahami perkembangan dan penguasaan

pembelajaran murid yang lemah pembelajaran dengan jelas.

2

Page 3: pengenalan

Selepas mengetahui perkembangan dan penguasaan murid, pentaksiran yang

dijalankan oleh guru juga dapat menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan. Sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru

amat sesuai untuk murid sehingga murid itu mempunyai kemajuan dalam pembelajaran

dan juga keputusan. Ini bermakna pengajaran yang diberikan oleh guru berfungsi dan

dapat memainkan peranannya dalam merawat masalah pembelajaran yang dihadapi

oleh muridnya. Sekiranya murid itu tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam

pembelajaran dan juga keputusan, ini bermakna pengajaran yang disediakan bukan

sahaja tidak berkesan, malah juga tidak bersesuai dengan murid itu. Ini juga boleh

dikatakan murid itu tidak boleh atau tidak berupaya menerima pengajaran yang

diberikan oleh guru. Hal ini mungkin disebabkan oleh guru belum dapat meneroka

masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid itu.

Melalui pentaksiran pendidikan pemulihan, guru dapat mengetahui kelemahan

diri dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid.

Dengan ini, guru dapat memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang disediakan atau merancang tindakan susulan yang seterusnya supaya pengajaran

dan pembelajaran yang diberikan dapat memenuhi keperluan murid. Selepas

menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang baru, guru dikehendaki mentaksir

semula murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran untuk melihat

perkembangan dan tahap penguasaan murid itu.

Selain itu, pentaksiran juga dapat membantu guru dalam mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid. Hal ini demikian kerana pentaksiran yang

dijalankan boleh membantu guru dalam mengumpul maklumat yang berkaitan dengan

murid-murid. Melalui maklumat yang telah guru dapatkan, guru boleh mengetahui punca

kelemahan dan kekuatan murid-murid. Dengan maklumat-maklumat sebegini, tugas

guru akan menjadi lebih mudah dalam membuat perancangan dan menyediakan

rancangan pengajaran kepada murid. Dengan ini, guru boleh merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehan murid-murid. Melalui strategi pengajaran ini, murid dapat belajar dalam suasana yang

seronok dan tidak mudah berasa bosan sehingga kehilangan tumpuan semasa guru

mengajar di dalam kelas. Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

untuk murid turut dapat merangsang minat murid-murid dalam belajar.

3

Page 4: pengenalan

Selain itu, pentaksiran ini juga penting dalam mengenalpasti penempatan yang sesuai keatas murid. Contohnya, guru dapat mengetahui tahap pencapaian murid

untuk penempatan kelas seperti ke kelas perdana, dan kelas pemulihan khas.

Penempatan yang sesuai penting untuk murid-murid supaya dapat membantu mereka

mendapat pendidikan yang khusus dan bersesuaian untuk mereka. Kepentingan

pentaksiran seterusnya adalah dapat membantu guru dalam pemilihan strategi pemulihan. Cotohnya, seorang guru dapat menyediakan strategi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan BBM yang menarik supaya murid

lebih mudah menguasai kemahiran. Selain itu, guru dapat menyediakan Rancangan

Pengajaran Individu lebih awal iaitu sebelum pengajaran dijalankan dan boleh

menetapkan objektif pengajaran. Dengan adanya persediaan seperti ini, guru dapat

menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar bahasa.

Antara kepentingan pentaksiran dan penilaian terhadap murid-murid adalah

murid dapat memahami tujuan mereka dalam belajar dan lebih prihatin kepada perkembangan mereka dalam pelajaran. Apabila murid mula memahami kepentingan

mereka dalam belajar, mereka akan belajar dengan lebih berpuas hati. Murid-murid

akan mula belajar secara berdikari dan tidak perlu dipaksa oleh orang lain. Dengan ini,

mereka akan lebih berusaha dalam belajar dan juga lebih menumpukan perhatian

semasa guru mengajar di dalam kelas supaya dapat melihat kemajuan diri dalam

pelajaran. Hal ini demikian kerana pentaksiran bukan sahaja membantu guru dalam

memahami kelemahan dan kekuatan murid-murid, pentaksiran juga membantu murid-

murid dalam memahami kelemhan dan kekuatan sendiri dalam pelajaran. Oleh demikian

pentaksiran dapat membantu murid dalam memahami tujuan mereka dalam belajar iaitu

menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira.

Sehunbungan dengan itu, pentaksiran juga dapat memotivasikan dan meyakinkan murid-murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka apabila mereka mendapati usaha yang diberikan telah mendatangkan kemajuan dalam

pelajaran dan juga keputusan. Oleh itu, pentaksiran bukan sahaja membantu murid

dalam mengetahui kelemahan mereka, tetapi juga membolehkan murid-murid

mengetahui perkembangan kemajuan mereka dengan jelas. Dengan ini, murid-murid

akan mempunyai semangat yang lebih kuat dalam meneruskan usaha mereka dalam

menguasai kemahiran asas yang seterusnya supaya dapat belajar seperti murid-murid

biasa yang lain di kelas biasa.

4

Page 5: pengenalan

2.2 Kaedah Pentaksiran2.2.1 Pengujian

Pengujian merupakan satu proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur

pencapaian murid yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian adalah untuk

menentukan pencapaian murid dalam sesuatu sesi pembelajaran. Selain itu, pengujian

juga boleh dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu

dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur

sampel tingkah laku atau perubahan seseorang murid. Menurut Cronbach (1970), ujian

ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku

seseorang individu. Mengikut R.M. Gagne (1965), pengujian ialah suatu cara yang

sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Pengukuran ini

merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat

pertimbangan nilai. Melalui pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui

tentang pencapaian objek, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Dalam sesebuah bilik darjah, pengujian ini digunakan untuk mengukur

perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid-murid. Ia

merupakan suatu alat pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang

pencapaian murid-murid dalam aspek kognitif, psikomotor ataupun efektif. Tambahan

pula, pengujian ini memerlukan murid menunjukkan secara eksplisit seperti menjawab

soalan secara lisan atau bertulis atau mendemonstrasikan, perubahan tingkah laku

berkaitan dengan pekara-pekara yang telah dipelajarinya.

Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, pengujian dilakukan untuk

mengetahui kemajuan dan hasil belajar murid-murid. Sebenarnya, pengujian

mempunyai tujuan yang lain. Antara tujuan pengujian yang lain adalah guru dapat mengetahui sejauh mana murid menguasai isi pelajaran yang telah diajarkan.

Sekiranya murid dapat menyiapkan ujian yang diberikan oleh guru dengan mudah dan

betul, ini bermakna murid itu telah menguasai isi pelajaran yang telah guru ajar.

Sekiranya murid tidak dapat menjalankan ujian langsung, ini bermakna murid itu belum

lagi menguasai isi pelajaran atau menghadapi masalah pembelajaran dan memerlukan

pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk belajar. Selain itu, pengujian juga

boleh digunakan untuk mentaksir kualiti atau gred yang dicapai oleh murid-murid dan dapat mentaksir keberkesanan strategi pengajaran yang disediakan oleh guru.

5

Page 6: pengenalan

Antara ujian-ujian yang sering digunakan bagi murid-murid kelas pemulihan

adalah ujian saringan dan ujian diagnostik. Ujian saringan merupakan satu instrumen

pengukuran yang disediakan secara menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan

dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas murid secara individu untuk dicalonkan

bagi mengikuti murid-murid program kelas pemulihan khas. Ujian ini dapat mengesan

murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Manakala ujian

diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas dalam

mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh

seseorang murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara

khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid dan juga punca kegagalan murid

untuk menguasai sesuatu kemahiran.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat

melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan oleh guru

dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat

penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang

diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para guru

dalam mengumpulkan maklumat, khususnya berkaitan dengan tingkah laku seseorang

murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk

merekodkan hasil pemerhatian. Kaedah yang popular dalam membuat pemerhatian

ialah dengan menggunakan berbagai-bagai cara catatan bergantung kepada objektif.

Seseorang guru boleh membuat pemerhatian dari jauh atau berada bersama di dalam

kumpulan murid sasaran. Bagi tugasan yang mudah, pemerhatian secara informal

mungkin boleh dijalankan. Manakala bagi tugasan lebih komprehensif, pemerhatian

perlu lebih sistematik bagi meningkatkan keobjektifan dan kegunaannya kemudian.

Tambahan pula, pemerhatian biasanya dibantu oleh senarai semak.

Semasa guru mengajar di kelas, pemerhatian dapat membantu guru dalam

mengetahui sejauh manakah minat murid terhadap pelajaran dan sebab yang

mendorong mereka menolak minat tersebut. Guru juga dapat mengesan sama ada

strategi pengajaran dapat memberi kesan yang positif. Dengan ini, guru dapat lebih

memahami murid dan dapat menyediakan P&P yang disukai oleh murid-murid.

6

Page 7: pengenalan

2.2.3 Sampel Kerja

Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan dengan murid adalah

sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di

sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru boleh mendapatkan sampel

kerja murid dengan guru mata pelajaran itu dan membuat analisis sampel kerja untuk

mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Selain itu, kaedah pentaksiran memerlukan murid melakukan tugasan sebenar yang

mewakili keseluruhan tugasan yang diukur. Sampelan tugasan biasanya termasuk

elemen yang paling penting dalam keseluruhan tugasan dan dilakukan dalam keadaan

yang terkawal. Contohnya, menaip surat, menggunakan komputer dalam menganalisis

masalah dan membaiki alat.

2.2.4 Rekod Lama

Rekod lama juga merupakan salah satu kaedah pentaksiran yang boleh

digunakan dalam mengumpulkan maklumat bagi tujuan pentaksiran. Menurut Modul

PPG Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan, rekod lama merujuk kepada sesuatu

peristiwa yang signifikan. Ini termasuklah tingkah laku yang diperhatikan, latar di mana

tingkah laku berlaku dan interpretasi tentang peristiwa. Tambahan pula, rekod lama

akan menjadi lebih bermakna apabila rekod ini lebih menumpukan kepada peristiwa

atau pekara yang lebih bermakna dan direkodkan sebaik sahaja peristiwa itu selesai.

Selain itu, rekod ini juga perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk mudah

difahami kemudian dan mempunyai perlakuan yang diperhatikan dan interpretasinya

diasingkan.

7

Page 8: pengenalan

2.3 Bibliografi

Abdul Hadi Mohammed. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Khas. Kuala

Lumpur: Open University Malaysia.

Cronbach Lee. (1970). Essentials of Psychological Testing, 3rd Edition. New York:

Harper And Row.

Nashamus (2008). Kaedah Pemerhatian. Diambil pada 28 Februari, 2015, Dari

http://nashamus.blogspot.com/2008/05/kaedah-pemerhatian.html

Robert M. Gagne. (1965). The Conditions of Learning. United States: Harcourt

Publisher.

Sara Zaleha. (2013). Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian,

pengukuran dan pengujian. Diambil pada 1 Mac, 2015, Dari

http://www.slideshare.net/saraassyahidah/definisi-dan-contoh-pentaksiran-

pentafsiran-penilaian-pengukuran-dan-pengujian

8