pengenalan 2

5
PENGENALAN Sektor industri pendidikan negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, dan kecemerlangan yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Selain itu, ini juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

Upload: nasa-inglesias

Post on 20-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pene=g=

TRANSCRIPT

PENGENALAN Sektor industri pendidikan negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, dan kecemerlangan yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis.Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Selain itu, ini juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

KEJAYAAN NEGARA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI DALAM DAN LUAR NEGARAPada tahun 1974, Malaysia telah mengambil langkah untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet yang berfungsi untuk mengkaji semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet telah diterbitkan pada tahun 1979. Kementerian Pendidikan telah melancarkan reformasi pendidikan dengan memperkenalkan KBSR pada tahun 1982/1983 dan KBSM pada tahun 1988/1989. Reformasi Pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Reformasi Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam pelbagai sektor. Dalam sektor pendidikan khususnya, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia sebagai sebuah negara membangun. Antaranya ialah kejayaan negara dalam bidang pendidikan di luar negara iaitu penubuhan Program Berkembar di antara institusi pendidikan di Malaysia dan di luar negara. Malaysia telah menjalankan program-program berkembar di antara universiti-universiti tempatan dengan universiti luar Negara untuk menaiktarafkan bidang pendidikannya. Contohnya seperti Program Berkembar Praperkhidmatan B. Ed (TESL) yang akan dijalankan di antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan universiti luar Negara. Terdapat Sembilan universiti luar Negara yang terlibat antaranya ialah, Canterbury Christ Church University, University Of Auckland, University Of Warwick, University of Portsmouth, dan Victoria University Of Wellington. Selain itu, terdapat sepuluh buah IPGM yang terlibat dalam menjayakan program tersebut antaranya ialah Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Institut Perguruan Ipoh Perak, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Kota Bharu dan Institut Perguruan Darul Aman. Antara faedah program berkembar ini adalah pemindahan teknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian, jaminan kualiti, serta akreditasi dapat diteruskan dan diaplikasikan ke tahap paling maksimum.

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program yang dianjurkan ini boleh membuat penilaian dan perbandingan antara sistem pendidikan serta mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran terkini dengan lebih berkesan di negara universiti yang mengambil bahagian. IPGM juga akan mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama sesuai dengan matlamat pengantrabangsaan IPGM.

Kejayaan negara yang seterusnya ialah kejayaan dalam bidang pendidikan di luar negara iaitu wujudnya program pertukaran pelajar di mana berlaku pertukaran pelajar di antara pelajar dalam negara dengan pelajar dari luar negara. Program Pertukaran Pelajar ini mempunyai banyak faedah yang boleh didapati sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat. Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik generasi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya.Teknologi yang berkembang di luar negara juga dapat dibawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar.

Implikasi program yang dianjurkan ini juga dapat mengajar generasi muda untuk pandai berfikir dan lebih dinamik dalam menyesuaikan diri. Selain itu, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dapat mempromosikan pelbagai budaya di Malaysia. Masyarakat dari negara yang terlibat akan merasa tertarik untuk mengenali budaya di negara kita. Budaya dan adat adalah salah satu kelebihan negara ini. Negara-negara mempunyai kemajuan teknologi tanpa limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budaya seperti tarian khas atau makanan khas negaranya yang menunujukkan identiti bangsa. Mereka tidak mempunyai adat yang dapat mengawal kehidupan kita.

Oleh sebab itu, mereka akan tertarik untuk menyelami budaya Malaysia dan dapat meningkatkan aset negara melalui industri pelancongan. Pelajar yang cemerlang yang memiliki pegangan agama Islam yang baik juga dapat membuktikan bahawa Islam adalah agama yang bertamadun dan mulia .Pelajar dari Malaysia khususnya dapat belajar sekaligus berdakwahdi negara Barat tempat pertukaran pelajarnya. Hal ini membuktikan kepada negara-negara Barat yang memandang rendah terhadap Islam bahawa umat Islam ialah insan yang baik dan terpelajar. Oleh sebab itulah, pelajar Malaysia yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar dapat mengharumkan nama Islam kerana jati diri pelajar yang baik akan merefleksikan agama, bangsa dan negaranya.Selain itu kejayaan negara dalam sektor pendidikan juga dapat dilihat melalui pembukaan IPTA di luar negara. Misalnya pembukaan cawangan IPTA yang pertama di luar negara iaitu, pembukaan cawangan USM yang pertama di India. Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pertama mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan membuka kampus cawangannya di India.Kampus pertamanya di luar negara itu akan ditempatkan di Jawaharlal Nehru Medical University di Belgaum, Karnataka, dan menawarkan pengajian perubatan. Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abd Razak, berkata buat permulaan keutamaan akan diberi kepada pelajar Malaysia sebelum dibuka kepada penuntut antarabangsa. Kampus India ini akan menggunakan sepenuhnya kurikulum bersepadu USM.

Seterusnya penubuhan Koridor Raya Multi-media dimana telah dapat membangunkan teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat-maklumat dari seluruh dunia dapat dihubungkan terus kepada pengguna. Penggunaan teknologi maklumat secara yang betul dan bermoral akan memberi manfaat kepada penggunanya. Pendidikan di Malaysia maju setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di mana penggunakan multi-media dijadikan asas pendidikan.Melalui penubuhan ini juga dapat membantu guru-guru berhubung antara satu sama lain. Guru-guru boleh bertukar- tukar pendapat dan soalan-soalan peperiksaan antara negeri masing-masing. Penubuhan Koridor Raya Multi-media ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada pembangunan teknologi maklumat di Malaysia bahkan turut memberi kejayaan dalam sektor pendidikan negara. Kemudian, kejayaan dalam bidang pendidikan di dalam negara juga turut dilihat apabila dengan mewujudkan dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu Dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme soft landing akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kesan kewujudan dasar ini ialah mampu membela pelajar yang tercicir. Menurut Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar. Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru itu dan berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1Malaysia.Selain itu, antara kesan lain apabila wujudnya dasar MBMMBI ini ialah dapat melonjakkan kedudukan bahasa Melayu di mata dunia. Seperti yang kita sedia maklum tidak semua negara yang menggunakan bahasa rasmi mereka sebagai bahasa pengantar tidak akan maju, Contohnya bagi Negara Jepun dan Korea. Mereka masih mendapat perhatian dunia walaupun mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, Negara Malaysia juga tetap dapat menonjol walaupun mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekaligus dapat melonjakan kedudukan bahasa Melayu di arena antarabangsa. Apabila memartabatkan bahasa Melayu secara tidak langsung penggunaan bahasa itu boleh diperluaskan dalam pelbagai bidang termasuk dalam sektor IT. Teknologi pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada bahasa inggeris semata-mata malahan terdapat juga dalam Bahasa Melayu. Dengan ini tidak wujudnya perbezaan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Masyarakat hanya perlu memperluaskan penggunaan mereka dalam Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak juga dapat dihakis dengan wujudnya MBMMBI. Isu bahasa rojak pada masa kini amat terkenal. Hal ini kerana masyarakat berusaha untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan sebaik mungkin. Akibatnya menyebabkan masyarakat telah mencampurkan perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu secara serentak. Apabila MBMMBI diwujudkan, keadaan ini serba sedikit akan menghapuskan isu bahasa rojak di Malaysia