pengatur caraan majlis perasmian kejohanan sukan

3
PENGATUR CARAAN MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN. BERKUMPUL DI PADANG SEKOLAH BACAAN DOA NYAYIAN LAGU NEGARA KU UCAPAN KATA ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLIS Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mengucapkan selamat pagi dan selamat datang ke majlis perasmian Kejohanan Sukan SMK Bandar Seri Mahkota kali ke-8 pada tahun ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Para hadirin sekalian, Tanpa membuang masa, saya menjemput tetamu perasmi kita iaitu Tuan Pengarah Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk memberi ucapannya dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Sukan SMK Bandar Seri Mahkota kali ke-8 ini. Dipersilakan. UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGARAH PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis. Yang berusaha Puan Hajah Hasnah binti Mohd.Salleh, Pengetua SMK Bandar Seri Mahkota, Yang dihormati Encik Yong Tong Lai, Guru Penolong Kanan, Encik Illamaran a/l Muthu, Guru Penolong Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Zainon binti Omar, Penyelia Petang, Ketua-ketua Bidang, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi. Saya selaku Pengarah Pendidikan Daerah Hilir Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan SMK Bandar Seri Mahkota kali ke-8 pada tahun ini.

Upload: parani

Post on 19-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pengatur Caraan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan

TRANSCRIPT

PENGATUR CARAAN MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN. BERKUMPUL DI PADANG SEKOLAH BACAAN DOA NYAYIAN LAGU NEGARA KU UCAPAN KATA ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLISAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Saya mengucapkan selamat pagi dan selamat datang ke majlis perasmian Kejohanan Sukan SMK Bandar Seri Mahkota kali ke-8 pada tahun ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Para hadirin sekalian, Tanpa membuang masa, saya menjemput tetamu perasmi kita iaitu Tuan Pengarah Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk memberi ucapannya dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Sukan SMK Bandar Seri Mahkota kali ke-8 ini. Dipersilakan. UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGARAH PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAKAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis.Yang berusaha Puan Hajah Hasnah binti Mohd.Salleh, Pengetua SMK Bandar Seri Mahkota, Yang dihormati Encik Yong Tong Lai, Guru Penolong Kanan, Encik Illamaran a/l Muthu, Guru Penolong Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Zainon binti Omar, Penyelia Petang, Ketua-ketua Bidang, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi. Saya selaku Pengarah Pendidikan Daerah Hilir Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan SMK Bandar Seri Mahkota kali ke-8 pada tahun ini.Hadirin yang dihormati,Sukan merupakan aktiviti yang banyak membawa faedah kepada kita. Selain menjadikan badan kita sihat, sukan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat. Jika kita menyertai aktiviti sukan, kita dapat memupuk sifat bekerjasama, tolong-menolong, sekali gus mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri atau Negara. Oleh itu, saya ingin menyeru semua pelajar supaya melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan. Jika kita mengisi masa lapang kita dalam kegiatan sukan, kita dapat mengelakkan diri kita daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. Jika kita berbakat pula, kemungkinan kita dapat mewakili Negara pada suatu hari nanti.Saya berbangga dengan pencapaian sekolah ini kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan sukan kali-8 yang saya anggap sebagai kejohanan yang mencatat sejarah gemilang. Saya difahamkn oleh Puan Pengetua tadi bahawa antara peserta yang mengambil bahagian pada kali ini termasuklah atlit yang akan mewakili Negara dalam sukan SEA nanti. Saya yakin peserta itu nanti akan mencipta rekod kejohanan dalam acara lompat jauh dan lompat kijang dan catatan rekod itu akan terpahat dalam catatan sejarah kejohanan sukan di sekolah ini. Dengan itu, saya mengucapkan syabas dan selamat Berjaya kepada peserta tersebut, iaitu Ngiew Sin Mei.Pelajar-pelajar yang dikasihi,Saya ingin mengalakkan pelajar supaya bergiat aktif dan bersungguh-sungguh dalam bidang sukan. Saya berkata demikian kerana banyak atlit sukan yang telah menjadi jutawan kerana kejayaan dalam bidang sukan. Sebagai contoh,pemain golf terkemuka dunia, iaitu Tiger Woods, telah menjadi jutawan kerana mempunyai bakat dan sering mencapai kejayaan dalam sukan golf. Di Negara ini, kita dapati pemain-pemain seperti Shalin Zulkifli, Ong Beng Hee, anak-anak Haji Sidek dan banyak lagi telah memperolehi pendapatan yang lumayan hasil daripada pengibatan mereka dalam bidang sukan.Jadi, usaha pihak sekolah mengadakan kejohanan sukan seperti hari ini patutlah dipuji. melalui usaha seperti ini, diharapkan banyak lagi jaguh sukan dari sekolah ini akan dapat dicungkil dan diketengahkan. Saya berharap agar pada suatu hari nanti pelajar sekolah ini mewakili Negara dan menjadi sebutan rakyat Malaysia. Kepada pengetua sekolah ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas usaha yang murni ini. Untuk meningkatkan pembangunan sukan di sekolah ini, sukacita saya menghulurkan derma peribadi sebanyak RM 10,000. Selain itu, saya juga merancang beberapa projek untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menyediakan kemudahan sukan yang lebih canggih untuk pelajar sekolah ini.Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar yang dikasihi,Dengan ini, saya merasmikan kejohanan Sukan SMK Seri Bandar Mahkota kali ke-8 ini.Sekian, Terima kasih.

JAMUAN MAJLIS BERSURAI.