pengaruh integriti kepemimpinan terhadap pelaksanaan...

9
Akademika 78 (Jan. - April) 2010: 67 - 75 Nota Penyelidikan/Research Note Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh di Institusi Pendidikan Tinggi MARA Influence of Leadership Integrity in Implementation of Total Quality Management in MARA Higher Education Institutions MUMTAZ BEGAM BT ABDUL KADIR, NORZAINI AZMAN & MOHAMMED SANI IBRAHIM ABSTRAK Kepemimpinan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kualiti dan kecemerlangan sesebuah institusi. Kepemimpinan yang berintegriti perlu mempunyai iltizam, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik dan berhemah (PIN 2004). Kajian ini yang dijalankan di sekitar tahun 2007 bertujuan mengenal pasti hubungan dan sumbangan integriti kepemimpinan dengan pembentukan visi, misi dan matlamat dan pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Sampel kajian terdiri daripada 698 orang staf 19 buah Institusi Pendidikan Tinggi MARA (IPTMa) Kerajaan dan 581 orang staf 16 buah IPTMa Swasta di seluruh Malaysia. Mereka dipilih secara rawak berstrata. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa instrumen yang terdahulu. Bagi menjawab persoalan kajian, statistik inferens, iaitu ujian korelasi dan regresi digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa integriti kepemimpinan mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pembentukan visi, misi dan matlamat dan dengan pelaksanaan TQM dapatan dari analisis regresi linear menunjukkan bahawa integriti kepemimpinan menyumbang kepada pelaksanaan elemen TQM dan pembentukan visi, misi dan matlamat. Hasil kajian ini menunjukkan IPTMa memerlukan kepemimpinan yang berintegriti sebagai penjana pelaksanaan TQM dan seterusnya membentuk visi, misi dan matlamat berasaskan nilai. Kata kunci: Integriti, kepemimpinan, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Pelan Integriti Nasional (PIN), Malaysia ABSTRACT Leadership plays an important role in determining the quality and excellence of an institution. Leadership must have firm political will, vision, and clear targets; it must hold fast to the principles of honesty, efficiency and trustworthiness, be exemplary, prudent, as well as people-friendly (PIN 2004). This study, conducted in 2007, examines the relationship and contribution of leadership integrity to the development of vision, mission and goal and in the implementation of human dimension of TQM. The sample consists of 698 respondents from 19 public MARA Higher Educational Institutions and 581 respondents from 16 private MARA Higher Educational Institutions in Malaysia. The respondents were randomly selected. Data were gathered using a questionnaire which was revised and adapted from previous instruments. Results showed that the element of leadership integrity has a positive and significant relationship with the development of vision, mission and goal and with the implementation of the human dimension of TQM Linear regression analysis revealed that leadership integrity is associated with the implementation of the human dimension of TQM elements and with the development of vision, mission and goal. The outcome of the study shows that MARA Higher Educational Institutions need integrity leadership to ensure implementation of TQM; and develop a values- based vision, mission and goal. Keywords: Integrity, leadership, Total Quality Management, National Integrity Plan, Malaysia PENGENALAN Perubahan paradigma dalam bidang pengurusan telah berlaku pada alaf ke 21. Perubahan ini melibatkan perubahan pemikiran daripada satu bentuk pengurusan kepada satu bentuk pengurusan yang lain. Dalam perubahan ini, kualiti menjadi agenda utama dalam amalan pengurusan menuju visi dan misi semua organisasi. Dalam anjakan paradigma pengurusan yang berkualiti, tempat kerja telah menjadi begitu penting sehingga dianggap

Upload: phamtuyen

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

67Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti MenyeluruhAkademika 78 (Jan. - April) 2010: 67 - 75

Nota Penyelidikan/Research Note

Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan Pengurusan KualitiMenyeluruh di Institusi Pendidikan Tinggi MARA

Influence of Leadership Integrity in Implementation of Total Quality Management in MARAHigher Education Institutions

MUMTAZ BEGAM BT ABDUL KADIR, NORZAINI AZMAN & MOHAMMED SANI IBRAHIM

ABSTRAK

Kepemimpinan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kualiti dan kecemerlangan sesebuahinstitusi. Kepemimpinan yang berintegriti perlu mempunyai iltizam, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas,berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik dan berhemah (PIN 2004).Kajian ini yang dijalankan di sekitar tahun 2007 bertujuan mengenal pasti hubungan dan sumbangan integritikepemimpinan dengan pembentukan visi, misi dan matlamat dan pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh(TQM). Sampel kajian terdiri daripada 698 orang staf 19 buah Institusi Pendidikan Tinggi MARA (IPTMa) Kerajaandan 581 orang staf 16 buah IPTMa Swasta di seluruh Malaysia. Mereka dipilih secara rawak berstrata. Data diperolehdengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa instrumen yang terdahulu. Bagimenjawab persoalan kajian, statistik inferens, iaitu ujian korelasi dan regresi digunakan. Dapatan kajian menunjukkanbahawa integriti kepemimpinan mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pembentukan visi, misi dan matlamatdan dengan pelaksanaan TQM dapatan dari analisis regresi linear menunjukkan bahawa integriti kepemimpinanmenyumbang kepada pelaksanaan elemen TQM dan pembentukan visi, misi dan matlamat. Hasil kajian ini menunjukkanIPTMa memerlukan kepemimpinan yang berintegriti sebagai penjana pelaksanaan TQM dan seterusnya membentukvisi, misi dan matlamat berasaskan nilai.

Kata kunci: Integriti, kepemimpinan, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Pelan Integriti Nasional (PIN), Malaysia

ABSTRACT

Leadership plays an important role in determining the quality and excellence of an institution. Leadership must havefirm political will, vision, and clear targets; it must hold fast to the principles of honesty, efficiency and trustworthiness,be exemplary, prudent, as well as people-friendly (PIN 2004). This study, conducted in 2007, examines the relationshipand contribution of leadership integrity to the development of vision, mission and goal and in the implementation ofhuman dimension of TQM. The sample consists of 698 respondents from 19 public MARA Higher Educational Institutionsand 581 respondents from 16 private MARA Higher Educational Institutions in Malaysia. The respondents wererandomly selected. Data were gathered using a questionnaire which was revised and adapted from previousinstruments. Results showed that the element of leadership integrity has a positive and significant relationship withthe development of vision, mission and goal and with the implementation of the human dimension of TQM Linearregression analysis revealed that leadership integrity is associated with the implementation of the human dimensionof TQM elements and with the development of vision, mission and goal. The outcome of the study shows that MARAHigher Educational Institutions need integrity leadership to ensure implementation of TQM; and develop a values-based vision, mission and goal.

Keywords: Integrity, leadership, Total Quality Management, National Integrity Plan, Malaysia

PENGENALAN

Perubahan paradigma dalam bidang pengurusan telahberlaku pada alaf ke 21. Perubahan ini melibatkanperubahan pemikiran daripada satu bentuk pengurusan

kepada satu bentuk pengurusan yang lain. Dalamperubahan ini, kualiti menjadi agenda utama dalam amalanpengurusan menuju visi dan misi semua organisasi. Dalamanjakan paradigma pengurusan yang berkualiti, tempatkerja telah menjadi begitu penting sehingga dianggap

Page 2: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

68 Akademika 78

sebagai tempat yang dapat melahirkan individu yangsanggup bersaing secara global.

Deming (1986) telah memperkenalkan satupendekatan pengurusan yang berkualiti dikenali sebagaiTotal Quality Management (TQM) di Amerika Syarikat.TQM, yang terus hidup dan semakin berkembang bolehdianggap sebagai salah satu sumbangan terbesar kepadabidang pengurusan pada masa kini. Amalan TQM terustersebar luas melangkaui sempadan antarabangsa.Pendekatan TQM ini telah diterima oleh setiap organisasidi seluruh dunia sebagai satu pendekatan asas dalampengurusan yang boleh digunakan dalam pelbagai budayakerja. Konsep dan prinsip TQM boleh dilaksanakan dalambidang pendidikan yang seterusnya membawa kepadasatu reformasi pendidikan (Mehrota 2004).

Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah melancarkan piagam pelanggan sebagai satulangkah ke arah TQM dalam sistem pendidikan Malaysia.Kementerian ini menubuhkan satu bahagian polisi dankualiti yang akan memantau dan melaksanakan polisipendidikan negara berasaskan prinsip TQM. Bagimemantau standard institusi pendidikan tinggi awam,sebuah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telahditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan telah mula beroperasipada 15 Julai 2004. Akta Universiti dan Kolej Universiti1971 (Akta 50) telah diperbaiki bagi melaksanakan proseskualiti. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 (Akta 556)juga telah dienakmenkan bagi menjamin kualiti pendidikandi Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Satu lagi dasar kerajaan, iaitu Pelan Integriti Nasional(PIN) yang dilancarkan pada 2004 merupakan sebuahpelan integriti yang lahir daripada aspirasi masyarakatdan negara Malaysia. Dasar ini juga telah memberipenekanan terhadap kualiti sektor pendidikan di negarakita. Ekoran itu, PIN peringkat Institusi Pengajian TinggiAwam (IPTA) telah dilancarkan pada Mei 2005 dan menjadigaris panduan untuk 17 IPTA menzahirkan kualiti terbaikdalam semua aspek, sebelum skopnya diperluaskankepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Bagi fasasatu, enam strategi dilakarkan oleh KPT, iaitumeningkatkan kualiti pentadbiran; keberkesanan sistemperkhidmatan dan penyampaian; mengurangkan rasuah,penyalahgunaan kuasa dan meningkatkan integriti;meningkatkan pembangunan sumber manusia;memperkukuhkan pembangunan sahsiah pelajar danmeningkatkan integriti dalam perkhidmatan akademik(Manan Samad 2005).

Pemimpin yang berintegriti adalah pemimpin yangmempunyai keselarasan dengan apa yang dikatakandengan apa yang dilakukan; keselarasan di antaratindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dankepentingan umum. Apa yang dilakukan oleh pemimpinini perlu cepat, tepat, bermutu dan bertingkah lakukonsisten dalam pelbagai segi. Pemimpin berintegritimemiliki nilai dan etika yang menjadi piawai bagi tingkah

laku mereka. Apabila pemimpin ini bertindak ataubertingkah laku mengikut nilai dan etika, pemimpin inidikatakan mempunyai integriti.

Era perubahan yang semakin pesat dan tidakmenentu mendesak pentadbiran sesebuah organisasidipimpin oleh pemimpin yang memiliki ciri-cirikepemimpinan yang luar biasa. Hal ini kerana pemimpinyang melakukan perubahan akan berhadapan denganpelbagai cabaran, terdedah kepada persaingan dan konflikserta mewujudkan ketidakselesaan. Oleh itu, dalammelakukan perubahan pemimpin perlu mempunyaikekuatan intelektual dan ketajaman daya analisis bagimembina wawasan dan mampu menggariskan visi, misidan matlamat dengan jelas. Pemimpin perlu melihatkepemimpinan sebagai satu tanggungjawab dan amanahdan bukan sebagai satu keistimewaan yangmelayakkannya berada dalam kedudukan tinggi dalamhierarki organisasi. Peranan pemimpin institusi pendidikanlebih menekankan kepada usaha untuk membentuk sifatmanusia. Pemimpin institusi pendidikan berhadapandengan kumpulan manusia yang besar jumlahnya. Orangbawahannya terdiri daripada pensyarah, staf sokongandan pelajar daripada latar belakang yang berbeza. Dalamsuasana ini, pemimpin perlu berkebolehan memimpinorang bawahannya menuju kepada matlamat yang samadan menghasilkan kerja yang positif dan produktif sertaberkewibawaan.

Berdasarkan huraian di atas, dapatlah disimpulkanbahawa kredibiliti dan reputasi sesebuah institusipendidikan tinggi bergantung kepada kualiti institusiberkenaan dalam semua aspek pentadbiran. Kualiti adalahsasaran yang sentiasa beranjak. Sebagai institusipendidikan yang mengamalkan pengurusan kualiti terasinstitusi ini ialah meningkatkan integriti kepemimpinandan ahli organisasi tersebut (Abdul Jalil Ishak 2005).Justeru, sesebuah organisasi perlu sentiasa menyemakdan mengubahsuai matlamat dan objektif organisasisupaya selaras dengan keperluan, visi dan misinya.Sesebuah organisasi tidak dapat bergerak jikapengurusannya tidak seiring dengan perubahan.

PENYATAAN MASALAH

Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sentiasa prihatinterhadap masalah pendidikan orang Melayu terusmengorak langkah memantapkan sektor pendidikandengan menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi MARA(IPTMa) Kerajaan dan Swasta. Peranan IPTMa menjadisemakin mencabar apabila dipertanggungjawabkan untukmenjalankan kursus-kursus di peringkat diploma lanjutan,ijazah dan ijazah lanjutan. Oleh itu, IPTMa perlu memastikanadanya kecekapan dalam pengurusan dan pentadbiranbagi menentukan keberkesanan jangka panjang organisasiini. TQM telah diperkenalkan bagi meningkatkan kualitipengurusan yang secara langsung akan memperbaikiproses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan

Page 3: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

69Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh

aktiviti pelajar (Laporan Pelan Strategi MARA 2001-2010).Penekanan kepada ideologi penambahbaikan berterusan,melakukan sesuatu dengan betul pada masa yang betuldan sepanjang masa memberi TQM rasional etika dalampembentukan matlamat, strategi dan proses (Zeithmal etal. 1990; Padhi & Palo 2005). Sejajar dengan itu, MARAsebagai agensi kerajaan juga telah menerima pakai satudasar kerajaan, iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) bagimemperkukuhkan etika dan integriti warga MARAberpandukan PIN supaya menjadi panduan dan amalandi semua peringkat dan pusat pentadbiran MARA termasukIPTMa (PIN 2004; Surat Pekeliling Am Bahagian SumberManusia Bil 4 /2006).

Persoalan yang timbul ialah sama ada IPTMa memilikiagenda integriti seperti prinsip ketelusan, pertanggung-jawaban dan tadbir urus yang baik. Bagi meningkatkanintegriti institusi pendidikan, pembentukan visi dan misimestilah menerapkan nilai, iaitu penyataan visi dan misiyang berasaskan nilai (value-based vision statement)(Syed Azauddin Syed Bahaldin 2005). Selain itu, dalamTQM, kepemimpinan berintegriti mesti diwujudkan bagimenghapuskan ketegangan dan keraguan di dalamsesebuah organisasi. Kepemimpinan yang diberitanggungjawab dan melaksanakannya dengan penuhintegriti akan sentiasa berpegang kepada kejujuran(INTAN 1993). Zeithmal et al (1990) telah menjelaskanantara ciri-ciri kepemimpinan yang diperlukan dalam TQMadalah seorang yang mempunyai integriti peribadi yangtinggi. Berdasarkan semua hujahan di atas, dapatlahdirumuskan bahawa satu kajian bagi melihat hubunganantara integriti kepemimpinan, pelaksanaan TQM danpembentukan visi, misi dan matlamat di IPTMa perludilaksanakan.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalanberikut:

1. Adakah wujud hubungan antara integritikepemimpinan, pembentukan visi, misi dan matlamatdan pelaksanaan TQM di IPTMa?

2. Adakah integriti kepemimpinan menyumbang kepadapelaksanaan elemen TQM dan pembentukan visi, misidan matlamat di IPTMa?

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual yang dibina bagi kajian ini adalahberasaskan model TQM yang dikemukakan oleh Padhi(2003) dan model Sistem Pengurusan Kualiti Islam(Islamic Quality Management Standard) yangdiperkenalkan oleh Syed Azauddin Syed Bahaldin (2005)bagi mendapatkan elemen kualiti dan modelpenambahbaikan berterusan (Kaye & Dyason 1994).Kerangka konseptual kajian ini (Rajah 1) menghujahkanbahawa sesebuah institusi pendidikan tinggi mempunyaitiga komponen utama iaitu, komponen penggerak,pemboleh dan keputusan.

Komponen penggerak merupakan komponen yangmemberi arah tuju organisasi. Di dalam kajian ini elemenintegriti, iaitu etika dan nilai yang diberikan sebagai asasdalam model TQM Padhi (2003) dan model sistempengurusan kualiti Islam Syed Azauddin Syed Bahaldin(2005) diletakkan di dalam komponen penggerak. Integritiialah himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalanganindividu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsipberpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoraltinggi (PIN 2004). Ini bermakna jika anggota organisasitelah diberi kuasa, mereka perlu menggunakan kuasadengan adil dan saksama. INTAN (1993) telahmerasionalkan nilai dan etika sebagai menentu arah danmemberikan makna kepada pemikiran, tindakan dantingkah laku anggota organisasi bagi memenuhitanggungjawab dan amanah mereka. Selain itu, nilai danetika juga memberi penyatuan dan penyelarasan di antaraanggota organisasi. Komponen penggerak yang

RAJAH 1. Model Kerangka Konseptual Kajian(Disesuaikan daripada Padhi (2003), Syed Azauddin (2005), Rahman dan Bullock (2002) dan Kaye dan Dyason (1994))

KEPIMIMPINAN

ElemenIntegriti

EtikaNilai

Visi

Misi

Matlamat

Penggerak (Driver) Pemboleh (Enabler)

Elemen TQM DimensiKemanusiaan

Latihan Budaya Pembentukan Pasukan Komunikasi Pengiktirafan

Hasil(Result)

Institusi Pengajian TinggiM

AR

AB

erkualti & B

eringegriti

Page 4: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

70 Akademika 78

seterusnya adalah visi, misi dan matlamat yang pulamenggambarkan sifat, memberi arah tuju, menjadi kriteriamembuat dasar, menetapkan budaya IPTMa (Burnham2004). Penyataan visi, misi dan matlamat perlu dibentukdengan mengambil kira tujuan asal, nilai dan pemikiran kehadapan. Dalam kajian ini penerapan elemen integriti, iaituetika dan nilai dalam pembentukan visi, misi dan matlamatIPTMa juga dikaji.

Komponen pemboleh dilihat sebagai penetapanelemen-elemen input yang efektif. Dalam kajian ini elemen-elemen pengurusan kualiti yang dipilih merupakan elemenkualiti dimensi kemanusiaan. Ini telah diterangkan olehPadhi (2003) di dalam model pengurusan kualiti beliau.Elemen pemboleh yang paling utama ialah kepemimpinan.Kepemimpinan adalah elemen utama dalam perlaksanaanTQM (Padhi 2003; Syed Azauddin Syed Bahaldin 2005dan Kaye & Dyason 1994). Elemen kepemimpinan dalamkerangka kajian ini mempengaruhi komponen penggerakdan komponen pemboleh. Integriti kepemimpinan,penglibatan kepemimpinan dalam pembentukan visi, misidan matlamat dan penglibatan kepemimpinan dalampelaksanaan TQM juga dikaji. Komponen pemboleh yangseterusnya dikaji adalah elemen TQM dimensi kemanusiaaniaitu latihan, budaya, pembentukan pasukan, komunikasidan pengiktirafan.

Komponen hasilan memberi pemerhatian kepadaIPTMa yang menerapkan elemen integriti dalam TQM diorganisasi mereka. Penerapan elemen integriti dilakukandalam pembentukan visi, misi dan matlamat yang memberiarah tuju organisasi, kepemimpinan IPTMa dan semuaelemen pengurusan kualiti dimensi kemanusiaan yangdipilih dalam kajian ini. Dengan ini satu IPTMa yangberkualiti dan berintegriti dapat diwujudkan.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini yang dijalankan secara survei dari Januari hinggaJun 2007 menggunakan soal selidik sebagai instrumenutama. Kajian ini melibatkan responden yang terdiridaripada kumpulan pengurusan, pensyarah dan stafsokongan dari 35 buah Institusi Pendidikan Tinggi MARA(IPTMa) yang telah dikelompokkan mengikut jenisinstitusi yang terdiri daripada IPTMa Kerajaan dan IPTMaSwasta. Profil responden kajian ditunjukkan dalam Jadual1 di bawah.

INSTRUMEN KAJIAN

Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian bagimengukur pemboleh ubah yang dikaji. Bahagian Amengandungi tiga item bagi mengumpul maklumatdemografi, iaitu jenis institusi, jantina dan jawatan.Bahagian B pula mengandungi 43 item yang pula dibahagikepada tiga bahagian. Bahagian pertama mengukurpengaruh kepemimpinan terhadap pembentukan visi,misi dan matlamat, manakala bahagian kedua mengukurelemen integriti, iaitu etika dan nilai yang diamalkankepemimpinan dan bahagian ketiga mengukur pengaruhkepemimpinan terhadap pelaksanaan elemen pengurusankualiti iaitu latihan, budaya, pembentukan pasukan,komunikasi dan pengiktirafan. Bagi melihat pengaruhkepemimpinan terhadap pembentukan visi, misi danmatlamat yang berintegriti, 10 item telah dikemukakan.Pengkaji telah membina item-item ini berdasarkan kajianPadhi dan Palo (2005) dan elemen-elemen penerapanintegriti dalam pembentukan visi, misi dan matlamatorganisasi yang diberikan oleh Syed Azauddin SyedBahaldin (2005). Seterusnya, bagi melihat integritikepemimpinan yang diamalkan, lapan item telahdibentuk. Item-item ini dibina oleh pengkaji berdasarkanelemen integriti dalam kepemimpinan (Syed AzauddinSyed Bahaldin 2005), nilai dan etika dalam perkhidmatanawam (INTAN 1993), Tonggak 12 dan nilai kepemimpinanpengetua (Jemaah Nazir Sekolah 2004). Bagi menilaipengaruh kepemimpinan terhadap pelaksanaan elemenTQM, sebanyak 25 item dibentuk. Instrumen inidiadaptasikan oleh pengkaji berdasarkan instrumenkajian The Human Dimension of TQM oleh Padhi &Palo (2005); Work Place Collaboration Inventoryoleh Leigh (2004) dan Leadership Dimension oleh Miller(2004). Bagi mengukur pengaruh kepemimpinan terhadapelemen pengurusan kualiti, dimensi kualiti perkhidmatantelah diambil kira. Zeithaml, Parasuraman dan Berry (1990)telah memberi lima dimensi kualiti perkhidmatan, iaitukeketaraan (tangibles), kebolehpercayaan (reliability),responsif, jaminan (assurance) dan empati. Setiap itemsoalan yang dibentuk bagi elemen pengurusan kualitimengambil kira dimensi kualiti perkhidmatan. Bagimendapatkan respons, skala Likert 5 mata digunakaniaitu ‘1’ untuk Sangat Tidak Setuju, dan ‘5’ SangatSetuju.

Seterusnya, kajian rintis telah dijalankan. Komponenpengaruh kepemimpinan dalam pembentukan visi, misidan matlamat, integriti kepemimpinan dan pengaruhkepemimpinan terhadap TQM menunjukkan nilaikebolehpercayaan antara 0.813 hingga 0.930. Implikasidari nilai yang didapati menunjukkan kesemua item yangdigunakan bagi setiap komponen dalam soal selidik kajianini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dankonsisten.

JADUAL 1. Profil Responden Kajian

Jenis Bilangan Jumlah Responden

Institusi Institusi Kumpulan StafPengurusan Pensyarah Sokongan

(%) (%) (%)

IPTMaKerajaan 19 54 (4.2) 426(33.3) 218 (17.0)

IPTMaSwasta 16 51 (4.0) 335 (26.2) 195 (15.2)

Jumlah 35 105 (8.2) 761 (59.5) 413 (32.3)

Page 5: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

71Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh

DAPATAN KAJIAN

1. Hubungan antara integriti kepemimpinan denganpembentukan visi, misi dan matlamat dan pelaksanaanelemen TQM.

Dalam kajian ini, hubungan antara tiga pemboleh ubahiaitu integriti kepemimpinan, pengaruh kepemimpinanterhadap pembentukan visi, misi dan matlamat dan elemenTQM dilakukan. Jadual 2 menunjukkan Analisis KorelasiPearson. Didapati pekali korelasi antara pembentukan visi,misi dan matlamat dengan integriti kepemimpinan adalahr = 0.67, n = 811, p < 0.05. Bagi hubungan antara pengaruhkepemimpinan dalam pelaksanaan TQM dengan integritikepemimpinan pekali korelasi adalah r = 0.66, n = 811,p < 0.05. Hubungan seterusnya yang dikaji adalahpembentukan visi, misi dan matlamat dan pengaruhkepemimpinan terhadap elemen TQM adalah r = 0.63,n = 811, p < 0.05. Nilai koefisien korelasi yang diperolehmenunjukkan hubungan yang kukuh.

Terdapat hubungan yang signifikan antara integritikepemimpinan, pembentukan visi, misi dan matlamat danperlaksanaan elemen TQM. Hal ini menunjukkan perananintegriti kepemimpinan adalah penting dalammempengaruhi pembentukan visi, misi dan matlamat sertadalam pelaksanaan elemen TQM yang dikaji.

2. Sumbangan integriti kepemimpinan terhadappelaksanaan elemen TQM dan pembentukan visi, misidan matlamat.

Dapatan analisis korelasi yang telah dilakukanmenunjukkan pemboleh ubah bersandar yang dikaji tidakmempunyai korelasi yang terlalu tinggi. Tabachnik danFidell (1996) dalam Pallant (2001) menyatakan analisisregresi boleh dilakukan sekiranya nilai korelasi antarapemboleh ubah yang dikaji mempunyai nilai korelasi <0.7. Justeru dapatan daripada korelasi yang dilakukandalam Jadual 2 menepati syarat yang dikehendaki.Seterusnya, analisis regresi linear digunakan bagimenentukan sumbangan varians pemboleh ubah bebas,iaitu integriti kepemimpinan terhadap pelaksanaan elemenTQM dan pembentukan visi, misi dan matlamat di IPTMa

Jadual 3 dan 4 menunjukkan keputusan regresi linearbagi pengaruh integriti kepemimpinan terhadap elemenTQM yang dikaji. Analisis regresi linear pada Jadual 5 dan6 menunjukkan bahawa pemboleh ubah bebas, iaituintegriti kepemimpinan adalah peramal yang mempunyaikorelasi (² = 0.668, t=25.41 dan p=0.000) (p< 0.05) dan nilaiR Kuasa Dua (R2=0.446) menunjukkan sumbangansebanyak 44.6 peratus terhadap pelaksanaan elemen TQMdi IPTMa. Dengan ini, Ho21 ditolak. Apabila skor integritikepemimpinan meningkat seunit, maka skor pelaksanaanTQM juga meningkat sebanyak 0.668 unit.

JADUAL 3. Analisis Regresi Linear bagi Pengaruh Integriti Kepemimpinan Terhadap Pelaksanaan Elemen TQM di IPTMa

Pembolehubah bebas B Beta (β) Nilai t Sig. -t R2 Sumbangan (%)

Integriti Kepemimpinan 0.539 0.668 25.414 0.000 0.446 44.6Konstant 1.487 19.103 0.000

R Berganda 0.668a

Kuasa Dua 0.446R Kuasa dua di ubahsuai 0.445Ralat Piawai 0.078

JADUAL 4. Analisis Varians

Sumber Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan Min Kuasa dua Nilai F Tahap Signifikan (p)

Regresi 74.829 1 74.829 645.867 0.000a

Residul 93.034 803 0.116Jumlah 167.864 804

Secara amnya, sumbangan integriti kepemimpinan terhadap pelaksanaan elemen TQM di IPTMa dapat dibentuk persamaan regresi linear seperti berikut:

Y = 1.487 + 0.539 X1 + 0.078

Y = Pelaksanaan Elemen TQMX1 = Integriti KepemimpinanKonstant 1.487Ralat 0.021

JADUAL 2. Analisis Korelasi Pearson– Zero Order

Pembentukan Visi, PelaksanaanMisi dan Matlamat Elemen TQM

Integriti Kepemimpinan 0.672 0.661(811) (811)

p = 0.00 p = 0.001.000 0.629

Pembentukan Visi, Misi (0) (811)dan Matlamat p=. p=0.00Pelaksanaan Elemen 0.629 .000TQM (811) (0)

p=0.00 p=

Page 6: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

72 Akademika 78

Analisis regresi linear pada Jadual 5 dan 6menunjukkan bahawa pemboleh ubah bebas iaitu integritikepemimpinan adalah peramal yang mempunyai korelasi(β = 0.675, t = 25.922 dan p = 0.000) (p < 0.05) dan nilai RKuasa Dua (R2 = 0.456) menunjukkan sumbangansebanyak 45.6 peratus terhadap pengaruh kepemimpinandalam pembentukan visi, misi dan matlamat di IPTMa.Apabila skor integriti kepemimpinan meningkat seunit,maka skor pembentukan visi, misi dan matlamat jugameningkat 0.675 unit.

Daripada analisis regresi linear yang telah dilakukan,dapatlah dirumuskan bahawa integriti kepemimpinanmenyumbang sebanyak 44.6 peratus terhadappelaksanaan elemen TQM dan sebanyak 45.6 peratusterhadap pembentukan visi, misi dan matlamat di IPTMa.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara integritikepemimpinan, pelaksanaan TQM dan pembentukan visi,misi dan matlamat. Selain itu, kajian ini juga melihatsumbangan integriti kepemimpinan terhadap pelaksanaanTQM dan pembentukan visi, misi dan matlamat.Kepemimpinan amat penting untuk menjayakan sesebuahorganisasi. Seorang pemimpin perlu merancang,mengelola, mengarah dan mengawal semua perjalanankerja dalam organisasi. Kepemimpinan juga adalah satutanggungjawab yang terbit daripada autoriti yang sahihdan merupakan satu amanah. Pemimpin diberi amanahdan bukannya diberi peluang untuk mencipta ataumemperluas pengaruh dan kuasa yang sedia ada.Kepemimpinan organisasi juga memainkan perananpenting dalam mewujudkan pengaruh kualiti dalam

organisasi. Pemimpin perlu memainkan peranan dalammembentuk persekitaran organisasi yang dinamis danprogresif. Kepemimpinan juga menjadi faktor yang akanmenentukan tingkah laku dan perwatakan anggotaorganisasi. Komitmen serta sikap tanggungjawabpemimpin organisasi menjadi kekuatan ke arahpemantapan pelaksanaan TQM.

Kajian Kouzes dan Posner (1997) dan Seymour (1993)menunjukkan integriti kepemimpinan amat diperlukandalam organisasi bagi meningkatkan kualiti pengurusan.Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian pengkaji-pengkaji barat ini dan seterusnya menyokong pandanganZeithmal et al. (1990) bahawa kualiti dan integriti tidakdapat dipisahkan. Kualiti bergantung kepada integriti dankeutuhan pihak pengurusan dalam tadbir urus yangrelevan dan berkesan (Ishak Yusof 2003). Integriti adalahfaktor yang jika diamalkan boleh membina danmelestarikan keutuhan pengurusan organisasi (NikMustapha Nik Hassan 2003; Syed Azzaudin Syed Bahaldin2005; Abdullah Ahmad Badawi 2006). Hal ini bermaknabagi melaksanakan TQM perlu ada satu kepemimpinanyang berintegriti. Pemimpin juga sewajarnya mempunyaianggapan bahawa kualiti adalah sebagai nilai positif yangsentiasa mampu dimajukan. Pandangan tersebutmemerlukan usaha mewujudkan satu budaya, iaitu aliranpemikiran, perasaan dan cara bekerja dalam sesebuahorganisasi supaya dapat meningkatkan kualitiperkhidmatan. Pemimpin harus menjadikan kualiti sebagaiusaha yang berterusan untuk semua lapisan pekerja.Pelaksanaan proses ini mengehendaki kerjasama semuawarga organisasi untuk mencapai kejayaan cemerlang.Proses perubahan ke arah pencapaian kejayaan hendaklahmelalui penerapan nilai kepada sistem yang sedia ada dankepemimpinan berintegriti. Kepemimpinan yang berkesan

JADUAL 5. Analisis Regresi Linear Bagi Pengaruh Integriti Kepemimpinan Terhadap Pembentukan Visi, Misi dan Matlamat di IPTMa

Pembolehubah bebas B Beta (β) Nilai t Sig. -t R2 Sumbangan (%)

Integriti Kepemimpinan 0.583 0.675 25.922 0.000 0.456 45.6Konstant 1.422 17.240 0.000

R Berganda 0.675aR Kuasa Dua 0.456R Kuasa dua di ubahsuai 0.455Ralat Piawai 0.082

JADUAL 6. Analisis Varians

Sumber Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan Min Kuasa dua Nilai F Tahap Signifikan (p)

Regresi 87.321 1 87.321 671.947 0.000a

Residul 104.222 802 0.130Jumlah 191.543 803

Secara amnya, sumbangan integriti kepemimpinan terhadap pembentukan visi, misi dan matlamat di IPTMa dapat dibentuk persamaan regresi linear seperti berikut:

Y = 1.422 + 0.583 X1 + 0.082

Y = Pembentukan Visi, Misi dan MatlamatX1 = Integriti KepemimpinanKonstant 1.422Ralat 0.022

Page 7: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

73Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh

adalah terdiri daripada individu yang mempunyai kualitiperibadi dan perwatakan yang hebat (Persell et al. 1989;Kouzes & Posner 2002).

Kajian ini juga menunjukkan integriti kepemimpinanmenyumbang terhadap pembentukan visi, misi danmatlamat. Sesebuah organisasi sewajarnya memiliki visi,misi dan matlamat yang jelas serta mudah difahami dandihayati oleh semua warga organisasi. Program danbentuk kerja perlu digubal menepati matlamat organisasi.Kepemimpinan organisasi mestilah berkemampuan untukmenterjemahkan visi, misi dan matlamat kepada programkerja yang baik. Mengikut Bolman dan Deal (1997) adalahpenting bagi sesebuah organisasi diterajui oleh pemimpinyang mempunyai visi yang jelas dan bertindak secaraobjektif dan komited.

Oleh itu, kepemimpinan yang berintegriti dapatmemahami kekuatan dalaman organisasinya serta dapatmenjelaskan visi, misi dan matlamat kepada parapekerjanya. Kegagalan memahami hala tuju organisasiakan menyebabkan kelemahan dalam merancang programperubahan. Pemimpin yang berintegriti akan berpegangkepada nilai. Nilai-nilai sejagat seperti amanah,tanggungjawab, berlaku adil, hormat-menghormati,bertimbang rasa, bersopan dan bijak merancang perlu adadalam diri seseorang pemimpin. Harus wujud keterbukaandan ketelusan dalam pengurusan. Pemimpin tidak harusmenolak kebenaran walaupun menjejaskan kedudukanatau perasaan mereka sendiri.

Daripada dapatan kajian dan tinjauan literaturdapatlah dirumuskan beberapa amalan kepemimpinanyang berintegriti. Pemimpin berintegriti menganggappeluang untuk memimpin sesebuah organisasi itu sebagaisatu amanah untuk menerajui organisasi tersebut demimencapai taraf yang paling cemerlang (Nik Mustapha NikHassan 1998; Syed Othman Alhabshi 1998). Kejujurandan keikhlasan pemimpin dengan amanah tersebut adalahasas terpenting. Pemimpin yang jujur akan mengorbankantenaganya untuk membaiki prestasi organisasi secaraberterusan (Kouzes & Posner 1997). Pemimpin inimelaksanakan tugas dengan menekankan beberapaprinsip antaranya ialah sentiasa memberikan contoh yangbaik; sentiasa menjaga hubungan baik dengan yangdipimpin; menghormati pendapat orang lain walaupuntidak diterima; mewujudkan persekitaran bekerja denganamanah; yakin terhadap kemampuan pengikut; sentiasamengawasi daripada apa-apa juga bentuk penyelewengandan memberi tunjuk ajar dengan penuh hormat. Merekajuga tidak mengharapkan pujian manusia. Keikhlasanmereka adalah hasil daripada ramuan kecintaan dankeyakinan kepada prinsip kebenaran yang menjadi asaspendirian mereka.

Seseorang pemimpin perlu memiliki keilmuan dankeperkasaan yang cukup untuk mengurus dan mentadbir.Apabila seseorang pemimpin itu memiliki sifat perkasa,akan memudahkan dan membuatkan beliau selesamentadbir sesebuah organisasi yang dipimpinnya.Pemimpin ini dapat memberi khidmat semaksimum

mungkin. Pemimpin berilmu dan perkasa akanmelaksanakan tanggungjawab yang diamanahkankepadanya. Mereka memiliki dan beramal dengan sifat-sifat yang terpuji dan ini dapat dilihat dengan jelas melaluiperkataan yang dituturkan, tindakan yang diambil,perbuatan yang dilakukan, sikap yang ditunjukkan danseruan yang dibuat. Di samping itu, sifat ikhlas, beranidan tegas serta sentiasa beristiqamah adalah sebati dalamdiri mereka. (Abdurrahman Haqqi 2006).

Pemimpin juga harus mengamalkan sistem syura bagimencapai sesuatu keputusan dan keputusan itu adalahmilik bersama. Ayat dalam surah asy-syura menyentuhtentang konsep syura dalam Islam.

Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemahlembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagiberhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagimereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusanitu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, makabertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukaiorang-orang yang bertawakal kepada-Nya.

Surah asy-Syura (42):38

Syura tidak sama dengan hanya mengadakanmesyuarat. Mereka yang dijemput untuk mengambilbahagian dalam syura haruslah terdiri daripada orang yangboleh menyumbang sesuatu dalam proses membuatkeputusan mengenai hal-hal tertentu. Mereka ini jugaharus dianggap sama taraf, mempunyai segala kebebasanuntuk mengemukakan pendapat berdasarkan maklumat,pengalaman atau keahlian masing-masing. Mereka yangtidak boleh membuat sumbangan tidak harus dijemput.Keputusan adalah atas dasar konsensus atau majoriti(Mohd Shaari Ramli 1998).

Pemimpin juga harus menghayati prinsip ihsan. Ihsanbukan sahaja bermaksud berbuat kebajikan, tetapi jugabermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang terbaikatau cemerlang. Bahkan, ihsan menuntut supaya segalayang dilakukan itu harus melebihi daripada taraf yangditetapkan atau taraf adil. Kaedah ini merupakan suaturangsangan kepada kita untuk sentiasa mencari jalan cara-cara meningkatkan kecemerlangan ini (Mohd Shaari Ramli1998; Syed Omar Syed Agil 1998). Kepemimpinan yangmelaksanakan ihsan ini akan sentiasa mencari kebaikanorang dan bukan keburukan atau kelemahan orang.Mencari kebaikan orang dan menggunakannya dengancara yang adil dan bijaksana akan merangsang para pekerjauntuk melakukan tugas masing-masing dengan cemerlangjuga. Ihsan juga bermaksud mengenal pasti kelemahanuntuk membaikinya tetapi bukan untuk mencacinya (SyedOthman Alhabshi 1998).

IMPLIKASI KAJIAN

Pemimpin di IPTMa boleh mengamalkan pelbagai gayakepemimpinan tetapi untuk mempraktikkan danmembudayakan gaya kepemimpinan ini memerlukan kualiti

Page 8: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

74 Akademika 78

asas atau kualiti peribadi yang sudah sedia ada padaseseorang pemimpin. Kita sering mendengar kata-kataseperti ‘Leaders are not born, they can be trained’.Namun pemimpin pendidikan yang dipilih mestimempunyai kualiti asas yang membolehkan merekamenjalani latihan atau kursus kepemimpinan yangdisediakan. Pelantikan dan pemilihan pemimpin di IPTMamestilah menepati kehendak MARA dan mampu memikultanggungjawab bagi memartabatkan sistem pendidikantinggi MARA. Jatuh bangunnya sesebuah institusipendidikan adalah bergantung pada pucuk kepemimpinanyang memimpin institusi tersebut.

Kepemimpinan di IPTMa mempunyai tanggungjawabdan peranan penting dalam melaksanakan TQM,seterusnya mencapai kecemerlangan. Dalam kajian ini,secara umumnya boleh dirumuskan warga IPTMamempunyai tanggungjawab dan peranan penting dalammelaksanakan TQM seterusnya mencapai kecemerlangan.Dalam kata lain, warga IPTMa dipercayai menginginkankepemimpinan berintegriti. Kepemimpinan ini mempunyaikekuatan personaliti dan keberanian dalaman. Seorangpemimpin yang berintegriti mempunyai karisma danpertimbangan kemanusiaan. Kepemimpinan ini perluberani membuat perubahan dan penambahbaikan.Keberanian ini hanya dimiliki oleh orang yang berkarisma,iaitu sifat yang mahukan perubahan dan sanggupmenanggung risiko bagi setiap program perubahanyang dilakukan. Keberanian ini juga perlu berasaskankekuatan ilmu dan kemahiran serta berlandaskanperaturan sedia ada. Keupayaan memberi inspirasikepada pekerja adalah sentuhan yang sangat berharganilainya. Ciri-ciri ini melambangkan kemantapan diri,kekuatan hubungan interpersonal dan ketinggian hatibudi. Kepemimpinan yang dapat memberi inspirasibiasanya pemimpin yang ada gaya kepemimpinantersendiri dan dapat meyakinkan orang lain bahawa gayadan pendekatan itu berkesan dan mencapaikecemerlangan.

Pemimpin seharusnya memahami bahawa semuapekerja adalah berbeza dan mempunyai bakat dankemahiran semula jadi. Malah, yang lebih penting ialahmempunyai harga diri. Pemimpin yang dapat mendekatipekerja mereka secara terhormat dan memahamiwujudnya keperluan yang berbeza akan disanjung dandihormati serta disayangi. Setiap manusia mempunyaimartabat dan harga diri. Apabila pemimpin dapatmemenangi hati dan perasaan pekerja, segala arahan yangdikeluarkan dilihat sebagai dorongan dan rangsangan.Kekuatan ini mampu menterjemahkan visi dan misi dalambentuk tindakan dan komitmen kerja serta membantumerealisasikan wawasan. Sebenarnya, pertimbangankemanusiaan adalah kelebihan kepemimpinan berintegritidengan yang lain iaitu melihat kepemimpinan sebagaisuatu seni, kepercayaan dan rasa hati dalam amalan dantindak-tanduk harian.

KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan ciri-ciri kualiti peribadi pemimpinyang memiliki integriti akan dapat menjayakanpelaksanaan TQM dengan berkesan. Oleh itu, pemilihanpemimpin mestilah mengikut peraturan yang sesuai danmendapat restu daripada semua pihak. Pihak yangmelantik juga harus berpuas hati dengan pilihan merekadan pihak yang dilantik juga berasa senang hati keranamendapat mandat penuh daripada jemaahnya. Selain itu,kepemimpinan juga mesti menghayati prinsip-prinsipamanah, kejujuran, keikhlasan, adil, ihsan danmelaksanakan syura. Adalah menjadi satu hakikat yangamat nyata sekali bahawa integriti kepemimpinan danpelaksanaan TQM bagi meningkatkan keutuhan sesebuahorganisasi perlu bergerak seiringan dan bukan seperti‘enau dalam belukar’ tetapi mestilah menjadi seperti ‘aurdengan tebing’.

RUJUKAN

Abdul Jalil Ishak. 2005. Budaya Ilmu Menjana Kualiti. BeritaHarian, 17 Februari.

Abdullah Ahmad Badawi. 2006. Islam Hadhari. Kuala Lumpur:MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Abdurrahman Haqqi.2006. Pemimpin Berilmu Perkasa MampuBerkhidmat Maksimum. Berita Minggu. 12 November:15.

Bolman, L.G. & Deal, T.E. 1997. Reframing Organization.Second Edition. San Franscisco: Jossey-Bass Publications.

Burnham, J.W. 2004. Mengurus Kualiti di Sekolah. (Terj).Tengku Abd. Aziz Tengku Zainal. Kuala Lumpur : InstitutTerjemahan Negara.

Deming, W. Edwards.1986. Out of the Crisis. Cambridge:Cambridge University Press.

INTAN. 1993. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam.Kuala Lumpur: INTAN.

Ishak Yusuf. 2003. Pelaburan Pendidikan Tinggi: AnalisisPerbandingan IPTA-IPTS di Malaysia. Jurnal Pendidikan28: 33-46.

Jemaah Nazir Sekolah. 2004. Laporan Tahunan 2004.Kementerian Pelajaran Malaysia.

Juran, J.M & Gryna, F.M.1998. Juran’s Quality ControlHandbook. New York: Mc Graw-Hill.

Kaye, M.M. & Dyason, M.D. 1994. Continuous QualityImprovement- Pathway to Excellence. Pemas InternationalConference.

Kerajaan Malaysia. 2004. Pelan Integriti Nasional. Putrajaya:Percetakan Nasional.

Kouzes, J.M & Posner, B.Z. 2002. The Leadership Challenge.(Edisi ke tiga puluh).San Francisco: Josey-Bass.

Leigh, D. 2004. Leading Workplace Collaboration: A Literature-Based Model & Self-Assessment Inventory. Dlm. Pfeiffer’sClassic Inventories, Questionnaire and Surveys, disuntingoleh Gordon, J. San Francisco: Pfeiffer.

Manan Samad. 2005. PIN Tingkat Kualiti. Berita Harian, 10Mac.

Mehrota, Dheeraj. 2004. Applying Total Quality Managementin Academic.(Diakses pada) Jun 30, 2005. http://www.isixsigma.com/library/content/c020626a.asp.

Page 9: Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan ...journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78[03]A4.pdf · dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa

75Pengaruh Integriti Kepemimpinan terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh

Miller, G.V. 2004. Leadership Dimension Survey. Dlm. Pfeiffer’sClassic Inventories, Questionnaire and Surveys, disuntingoleh Gordon, J. 191-215. San Francisco.

Mohd Shaari B. Ramli. 1998. Pengurusan Latihan Kualiti. JurnalPengurusan dan Kepimpinan Pendidikan IAB 8(1): 62-72.

Nik Mustapha Nik Hassan. 1998. Falsafah Pengurusan danPentadbiran dalam Islam. Dlm. Pengurusan danPentadbiran. Mencapai Kecemerlangan MelaluiPenghayatan Nilai, disunting oleh Syed Othman Alhabshidan Hamizah Ibrahim. 139-216. Kuala Lumpur: IKIM. .

Padhi, N & Palo, S. 2005. Human Dimension of TotalQuality Management. New Delhi: Atlantic Publishers &Distributors.

Pahdi, N. 2003. The Eight Elements of TQM.(Diakses pada). Jun 30, 2005. http://www.isixsigma.com/library/content/c021230a.asp.

Pallant, J. 2001. A Step by Step Guide to Data Analysis UsingSPSS for Windows (Version10). Philadelphia: OpenUniversity Press.

Persell, C.H., Cookson, P.W. & Lyons, H. 1989. EffectivePrincipals: What Do We Know from Various EducationalLterature? Dokumen ERIC. No ED 224177.

Peterson, M.W. & Spenser, M.G. 1990. UnderstandingAcademic Culture and Climate. Dlm. Addressing AcademicClimates and Cultures, disunting oleh Tierney W.G. 3-18.San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Peter, T.J & Waterman, R.H. 1982. In Search of Excellence.New York: Harper & Row.

Petrick, J.A. & Furr, D.S. 1995. Total Quality in MmanagingHuman Resources. Delray Beach, Florida: St Lucie Press.

Seymour, D.T. 1993. On: Causing Quality in Higher Education.New York: Mc Graw-Hill.

Syed Azauddin Syed Bahaldin. 2005. Alternative QualityManagement Standards – Islamic Perspective. KualaLumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Syed Omar Syed Agil. 1998. Sejarah Kepemimpinan dalamSistem Pentadbiran Islam. Dalam Pengurusan danPentadbiran. Mencapai Kecemerlangan MelaluiPenghayatan Nilai. Syed Othman Alhabshi dan HamizahIbrahim (ed.). Kuala Lumpur: IKIM. hlm. 23-280.

Syed Othman Alhabshi. 1998. Pembangunan Manusia dalamPengurusan. Dlm. Pengurusan dan Pentadbiran. MencapaiKecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai, disunting olehSyed Othman Alhabshi dan Hamizah Ibrahim. KualaLumpur: IKIM.

Tabachnick, B.G & Fidell, L.S. 1996. Using MultivariateStatistics. San Francisco: Harper & Row Publisher.

Zeithaml, V.A, Parasuraman, A & Berry, L.L. 1990. DeliveringQuality Service: Balancing Customer Perceptions andExpectations. New York: Macmillan, Inc.

Mumtaz Begam Bte Abdul Kadir, PhD.Kolej Profesional MaraMelaka

Norzaini Azman, PhD.Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malayia43600 UKM, BangiSelangor, MALAYSIA

Hj. Mohammed Sani Bin Hj. Ibrahim, PhD.PenyelarasProgram Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malayia43600UKM, BangiSelangor, MALAYSIA