cuaca dan iklim serta pengaruhnya terhadap kegiatan penduduk di kg rokan

Upload: sarah-najiha

Post on 30-Oct-2015

749 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang, Negeri Sembilan

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2012

Tajuk:CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA TERHADAP KEGIATAN PENDUDUK DI KG ROKAN, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.

Nama Murid : Sarah Najiha Binti RosmanKelas: 2 Al- RaziNo mbor kad pengenalan: 980920-87-5018Guru Penilai : Puan Johanis

ISI KANDUNGAN TajukMuka Surat1. PENGHARGAAN22. PENDAHULUAN33. OBJEKTIF KAJIAN44. KAWASAN KAJIAN55. KAEDAH KAJIAN76. DAPATAN KAJIAN87. RUMUSAN158. LAMPIRAN169. RUJUKAN19

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurniaNya saya telah dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat menghantarpada waktu yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subjekGeografi iaitu Cikgu Johanis yang telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan bagi menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama sayamenyiapkan folio ini. Disamping itu juga, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kelas 2AR kerana telah memberikan cadangan, idea dan maklumat yang dapat dikongsikan bersama saya. Juga kepada penduduk-penduduk kampung kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang penting dalam menjayakan kajian saya ini.

2

PENDAHULUANSebagai memenuhi kehendak subjek Geografi, saya telah diberi tugasan untuk membuat satu kajian Geografi yang bertajuk Cuaca dan Iklim serta pengaruhnya terhadap penduduk di Kampung Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Saya telah memilih Kampung Rokan untukmenjalankan kajian tersebut kerana secara kebetulan, saya telah menghabiskan cuti persekolahan saya selama seminggu di sana. Oleh itu, saya telah mengambil kesempatan untuk menjalankan kajian saya di sana. Selain daripada itu, saya juga dapat mengambil peluang untuk beramah-mesra dengan saudarara-mara dan keluarga saya yang lain sekali gus dapat membantu saya dalam menyiapkan folio saya ini. Kajian saya telah mengambil masa selama satu minggu merangkumi pengumpulan maklumat, membuat temu-ramah dan berbagai aktiviti lagi sehinggalah terhasilnya folio saya ini. Melalui kajian ini, saya dapat mengenalpasti pelbagai bentuk muka bumi di kawasan kampung ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sumbangan dan potensi pelbagai bentuk muka bumi di Kampung Rokan terhadap aktivitipenduduktempatan.Saya berharap agar melalui kajian and laporan saya ini, ia sedikit sebanyak akan dapat memberi pengetahuan tentang kampung saya iaitu kampung Rokan dan member manafaat kepada para pembaca semua.

3OBJEKTIF KAJIANAntara objektif-objektif daripada kajian saya ini adalah seperti berikut : Mengenal pasti ciri-ciri cuaca dan iklim di Kg Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan Memerhati danmengkaji faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim di Kg Rokan. Mengenal pasti pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan penduduk di Kg Rokan. Mengenal pasti masalah dan mencadangkan langkah penyelesaiannya

4KAWASAN KAJIAN

Peta

5

LatarBelakangKawasanKajianKampung Rokan terletak di dalam daerah Tampin di Negeri Sembilan. Pekannya dikenali sebagai pekan Gemencheh. PekanGemenchehterletak di antaraTampindanGemas di Negeri Sembilan. JarakKampung Rokan dari pekan Gemencheh ialah sejauh 5 km, manakala jarak antara Kampung Rokan ke Bandar Tampin adalah sejauh 30km. Keadaan si sini masih lagi bercirikan kampung tradisional di mana bilangan penduduknya adalah dalam lingkungan 2,000 orang. Walaupun kepadatan penduduknya tidaklah begitu ramai, namun terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang dapat menghubungkanan kawasan-kawasan lain dengan mudah, sekolah, tempat beribadah untuk semua penganut-penganut agama yang pelbagai di situ, deretan-deretan kedai, klinik kesihatan, bank-bank utama dan lain-lain lagi. Kebanyakan daripada penduduk di sini adalah beragama Islam. Selain daripada itu, keadaan bentuk muka buminya yang rata, beralun dan subur telah menggalakkan aktiviti-aktiviti pertanian dijalankan di situ. Kegiatan utamapenuduk ialah pertanian. Antara tanaman utama yang terdapat di Kampung Rokan ialah tanaman getah dan kelapa sawit di mana ia menjadi sumber pendapatan utama disamping tanaman-tanaman yang lain.Masyarakat Melayu masih mengamalkanAdat Perpatih. Kampung Rokan termasuk di dalam kawasan pentadbiran adat perpatih di bawah pentadbiran UndangJohol, Masakan tradisional yang terkenal di sini adalah masakan rendangmaman. Kebanyakan kebun-kebun sayur maman banyak ditanam di kawasan kampung.

6KAEDAH KAJIANDalam menghasilkan kajian bagi folio saya ini, pelbagai kaedah kajian telah saya jalankan bagi menjayakannyai. Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti :-

a) Melalui PemerhatianPemerhatian telah dilakukan terhadap bentuk mukabumi dan cirri-cirinya, aktiviti ekonomi, cuaca, iklim dan lain-lain lagi di kawasan tersebut.

b) Hasil Temu Bual Saya telah menemu-bual beberapa saudara-mara dan penduduk kampung terdekat bagi mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Selain daripada itu, saya juga telah dapat mengetahui apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ dan telah berbincang dengan mereka bagaimana cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

c) Soal selidik Borang telah diberikan kepada saudara-mara dan jiran-jiran terdekat bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

d) Rujukan Selain daripada itu, saya juga telah membuat rujukan melalui pembacaan buku-buku teks, buku-buku rujukan yang lain serta maklumat melalui internet bagi menjayakan kertas kerja saya ini.7DAPATAN KAJIAN

Kawasan Kampung Rokan (daerah Gemencheh) mengalami iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun sama seperti kawasan-kawasan lain di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Pola taburan hujan di sini termasuk di dalam kawasan sederhana lembap (memanjang dari Jelebu -Kuala Pilah-Gemencheh). Purata hujan tahunannya adalah antara yang paling rendah curahan hujannya. Suhu:31C (87.8F)

Kelembaban:66%

Tekanan:mantap29.74 inci Hg / 757.1 mmHg / 1007 hPa

Arah angin:Barat-barat daya

Kecepatan angin:4.2 mps / 15 km / h / 9 mil/h

Faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim adalah :-Kedudukan Geografi Kedudukannya yang terletak di Barat Daya Semenaanjung Malaysia adalah terhindar daripada angin monsoon yang membawa hujan yang lebat dan banjir seperti musim tengkujuh di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Angin monsunAngin monsoon yang mempengaruhi keadaan cuaca di sini adalah daripada angin monsun Barat Daya

8Ketinggian KawasanKedudukan Kampung Rokan yang terletak di dalam kawasan Gemencheh adalah pada latitud 2.5333 dan longitud 102.4000, 60 meter dari aras laut. Keadaan tanahnya rata dan beralun serta tidak berbukit-bukau.

Bentuk muka bumiBentuk muka bumi Kampung Rokan adalah bertanah pamah yang hampir rata, beralun dan berbukit di mana ia mempunyai tanah yang subur yang dapat dijalankan aktiviti-aktiviti seperti pertanian. Antara tanaman yang diusahakan di kawasan tanah pamah ini ialah getah dan kelapa sawit. Disebabkan oleh potensibentuk muka bumi yang baik dan strategik, sebahagian besar daripada keadaan bentuk muka bumi di kawasan ini telah dimajukan di bawah rancangan Felda. Felda Bukit Rokan Barat terdiri daripada tanah pamah yang hampir rata dan beralun. Manakala di sebelah selatan dan barat felda ini pula terdapat kawasanberbukit yang rendah. Bahagian timurnya pula terdiri daripada tanah rendah yang rata.Tanah pamah di kampung ini juga digunakan untuk pembinaan jalan raya, tempat perniagaan dan juga dijadikan kawasan penempatan. Rumah-rumah dibina secara teratur dan tersusun. Deretan kedai yang banyak sekitar telah menggalakkan aktiviti-aktiviti perniagaan seperti kedai runcit, kedai gunting rambut, dan bengkel membaiki motor dan kereta. Selain dsripada itu, penduduk di sini juga terlibat di dalambidang perkhidmatan kerana di kawasan ini terdapat sekolah menengah,sekolah rendah, tadika dan Klinik Kerajaan.

9PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN PENDUDUKCurahan hujan seringkali digunakan sebagai indeks iklim bagi menentukan perubahan dalam kajian perubahan iklim global. Di samping itu, maklumat tentang taburan hujan yang menyebabkan kemarau atau pun banjir adalah sebagai penanda yang penting kepada manusia kerana boleh mempengaruhi pelbagai aktiviti manusia seperti aktiviti pertanian dan perniagaan di kawasan kampung ini.

KemarauMenurut fakta, didapati purata hujan tahunan bagi Negeri Sembilan adalah antara yang paling rendah curahan hujannya di Malaysia ini selain daripada Perlis. Dengan keadaan ini, maka dijangkakan setiap tahun kawasan di sini akan terus mengalami masalah bekalan air pada masa-masa tertentu seperti pada musim monsun barat daya.

BanjirSelain daripada itu, banjir kilat juga merupakan masalah utama yang berpunca daripada hujan perolakan. Peningkatan curahan dan intensiti hujan terutamanya dalam tempoh yang singkat memungkinkan berlakunya kejadian banjir kilat.

10ANTARA MASALAH YANG DIHADAPI DAN CARA PENYELESAIANNYA

i) Kemaraua) Catuan Bekalan AirNegeri Sembilan terletak di dalam zon kawasan yang kering atau rendah sumber air permukaannya. Inilah salah satu faktor utama yang telah mengakibatkan berlakunya perendahan air di empangan semasa waktu kering khususnya pada bulan bulan Jun, Julai dan Ogos. Fenomena itu juga tidak terlepas berlaku kepada Kampung Rokan. Bagaimanapun, strategi pengurusan bagi menangani isu ini adalah masih bersifat reaktif dan banyak bergantung kepada aspek pengurusan krisis. Pendekatan yang digunakan didapati mempunyai pelbagai kelemahan terutamanya di dalam perlaksanaan pelan-pelan kontigensi semasa berlakunya kemarau. Keadaan ini menyebabkan berlakunya tindakan catuan bekalan air oleh pihak berwajib bagi mengurangkan masalah bekalan air yang meruncing.Cara MengatasiPihak-pihak tertentu seperti jabatan bekalan air dan perancangan negeri perlu melakukan plan-plan yang baik dalam mengurus dan mentadbir bekalan air di masa-masa hadapan. Ini penting agar tidak berlaku masalah besar dalam pengurusan bekalan air terutamanya bagi kawasan-kawasan pedalaman. Selain daripada itu juga, Empangan Gemenchehyang terletak di huluSungai GemenchehdalamRancangan Malaysia Keempat telah dibina bagi mengatasi masalahbekalan air.Loji Rawatan Air Gemenchehdibina bagi membersihkan air sebelum disalurkan kepada parapengguna.11b) Kekurangan Susu GetahKeadaan kemarau juga akan mengakibatkan pengurangan pengeluaran susu getah. Dengan pengurangan pengeluaran susu getah, pendapatan penduduk kampung juga akan terjejas dan ini boleh membawa kepada kemiskinan penduduk di sini.Cara MengatasiPihak Kerajaan atau badan-badan yang berkaitan boleh mencipta cara-cara bagaimana hendak menambahkan pengeluaran susu getah terutama sekali dalam musim kemarau.

ii) Hujan Lebat Serta Banjir KilatSelain masalah berlakunya kekurangan air, masalah banjir terutamanya banjir kilat perlu juga ditangani di sebabkan peningkatan jumlah hujan yang berpunca daripada hujan perolakan. Peningkatan curahan dan intensiti hujan berlaku terutamanya dalam tempoh yang singkat. Cara Mengatasi a) Pihak-pihak berwajib terutamanya perancang bandar, perlu mengambil iktibar daripada perubahan pola hujan yang sedang berlaku agar masalah banjir kilat dapat dihindar atau dikurangkan. Di samping itu, dalam menangani masalah banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya, agensi yang berkaitan perlulah mengambil kira aspek taburan curahan hujan yang berlaku di seluruh Negeri Sembilan.

b) Megujudkan aktiviti-aktiviti industri kecil dan ringan iaitu seperti industri membuat makanan ringan, membuat hasil kraftangan seperti membuat bakul, menjahit, membuat bunga daripada hasil getah dan hutan dan lain-lain lagi bagi meningkatkan ekonomi penduduk.12iii) Kecurian Susu GetahPenduduk kampung sering menghadapi masaalah kecurian susu. Selepas seharian membanting tulang untuk mendapatkan hasil, mereka dapati susu getah mereka telah hilang. Kecurian ini mungkin dilakukan oleh penagih-penagih dadah di dalam kawasan lading tersebut.

Cara MengatasiPenguatkuasaan daripada pihak berkuasa seperti polis perlu dilakukan dengan kerap agar usaha petani tidak diambil dengan begitu sahaja. Disamping itu juga, pesalah-pesalah tersebut akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

iv) Pengangguran Dikalangan Belia di KampungOrang-orang muda di kampung lebih memilih pekerjaan pada waktu ini di mana mereka tidak mahu lagi membuat kerja-kerja seperti menorah getah dan memungut kelapa sawit kerana menganggap pekerjaan itu tidak releven dengan mereka pada zaman ini

Cara MengatasiKerajaan perlulah menyediakan insentif-insentif yang menarik seperti harga susu getah and kelapa sawit yang kompetatif atau mengujudkan cara kerja yang moden selari dengan peredaran zaman yang serba canggih ini.

13

RUMUSANMelalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang cirri-ciri bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Kampung Rokan, Negeri Sembilan. Selain itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah-masalah yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk di Kampung Rokan melalui maklumat yang dikumpul daripada penduduk di kawasan ini. Melalui perbincangan itu juga, kami telah menemui cara-cara bagaimana untuk mengatasi masalah- masalah tersebut. Penduduk-penduduk Kampung Rokan telah menjadikan tanaman getah dan kelapa sawit sebagai sumber utama pendapatan utama mereka. Hasil daripada kajian ini, ia secara tidah langsung menjadikan saya berasa bangga kerana mempunyai kampung halaman yang dilimpahi dengan hasil bumi ini.Akhir sekali, dengan keadaan bentuk muka buminya yang baik, ia berpotensi untukdimajukan mengikut aktiviti penduduknya. Misalnya, terdapat banyak tanah terbiar dan semak-samun yang berpotensi untukdimajukan. Penduduk boleh melibatkan diri dalam aktiviti penternakan sepertipenternakan ikan, lembu, kambing dan udang secara sambilan bagi menambahkanpendapatan mereka.

15Lampiran 1Juliana Bt Ahmad Sabki486, Lorong KIri 19, Datuk Keramat , 54000 Kuala Lumpur.Telefon: 03-4251 4869

Pengetua,Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang ,Jalan Titi , 71600 Kuala Klawang.Tarikh: 30 Mei 2012

Tuan,

Kebenaran Menjalankan Kerja Lapangan Untuk Memenuhi Kajian Geografi

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Juliana Bt Ahmad Sabki membenarkan anak saya, Sarah Najiha Bt Rosman dari kelas 2 Al-Razi untuk menjalankan kerja lapangan bagi Kajian Geografi untuk memenuhi sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 2.

3. Saya dimaklumkan bahawa anak saya perlu menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahannya.

4. Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap anak saya semasa menjalankan tugasan ini, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Juliana Bt Ahmad Sabki)16Lampiran 2

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN

Cuaca dan Iklim Serta Pengaruhnya Terhadap Kegiatan Penduduk di Kampung Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan

Tandakan ( ) pada ruang yang berkenaan.

Bahagian A : Latar Belakang Responden

1. Jantina :

2. Umur :

3. Bangsa :

Melayu

India

Cina

4. Pekerjaan :

Petani

Kakitangan Kerajaan

Kakitangan Swasta

Pelajar

Lain-lain

17

Lampiran 3

Bahagian B : Ciri-ciri Cuaca dan Iklim Di Kampung Rokan

Ciri-Ciri cuaca dan iklimSetujuTidak setuju

(a) Panas dan Lembap

(b) kemarau

(c)panas sahaja

(d) hujan lebat sepanjang tahun

Bahagian C : Faktor yang Mempengaruhi Cuaca dan iklim

Faktor- faktorSetujuTidak setuju

(a) Kedudukan Geografi

(b) Bentuk muka bumi

(c)Sistem Pengairan

(d) Angin monsun

Bahagian D : Masalah-masalah yang dihadapi

Masalah- masalahSetujuTidak setuju

(a) Kemarau

(b) Menjejaskan pendapatan

(c) Hujan Lebat Serta Banjir Kilat

(d) penyakit yang berbahaya

Bahagian E : Langkahlangkah Mengurangkan Masalah Kegiatan Penanaman Padi

18Jadual :

Pekerjaan penduduk Kampung RokanAnggaran peratusan (%)

pertanian30

penternakan20

perkhidmatan15

perdagangan15

pelajar11

pembalakan9

Carta Pai :

14

RUJUKAN

Buku rujukan

1. Chong Yoon Choi, 2012, Fokus Sukses PMR Tingkatan 1,2 dan 3.

Orang sumber

Laman web

19