pengantar tagore

14
Pengantar: Tajuk 1:Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan TEMA 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN DAN KEGURUAN 1) Tajuk 1: Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan Negara Pandangan Umum ….barat aktiviti yang berkaitan dgn. pembentukan & perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan bolehlah diertikan sebagai aktiviti persekolahan yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi utk. mendidik murid menjdi insan yg berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu agar berupaya menyesuaikan diri dlm. masyarakat pada masa depan. 2) Usaha Utama Pendidikan; Memainkan peranan positif & berkesan dlm masyarakat. Agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dgn kemajuan dan pembangunan semasa. penting dlm menyediakan masy moden utk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan Boleh/mampu membuat pengubahsuaian demi memberi sumbangan untuk pembangunan masyarakat. 3) Pengertian Pendidikan; Plato (427 – 347 SM) Suatu proses yang membentuk individu yang berakhlak mulia. memberi latihan moral kewarganegaraan yg baik. dapat membentuk w/negara yang baik, setia dan mematuhi undang-undang negara. Aristotle (384 – 322 SM) Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal bertujuan memberikan peluang kpd setiap w/negara utk mencapai kebahgiaan hidup. Proses pendidikan akan melatih w/negara mematuhi peraturan dan t/laku yang baik dan cekap dlm pengurusan pentadbiran dn berupaya mempertahankan kedaulatan negara.

Upload: lieyatie

Post on 20-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengantar Tagore

Pengantar: Tajuk 1:Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan

TEMA 1         PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN DAN KEGURUAN

1)    Tajuk 1: Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan Negara

Pandangan Umum ….barat •         aktiviti yang berkaitan dgn. pembentukan & perkembangan ilmu, kemahiran,

kerohanian dan jasmani manusia.•         Secara khususnya pendidikan bolehlah diertikan sebagai aktiviti persekolahan yang

mempunyai  objektif, rancangan dan organisasi utk. mendidik murid menjdi insan yg berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu agar berupaya menyesuaikan diri dlm. masyarakat pada masa depan.

2)    Usaha Utama Pendidikan;•         Memainkan peranan positif & berkesan dlm masyarakat.•         Agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dgn kemajuan dan

pembangunan semasa.•         penting dlm menyediakan masy moden utk menghadapi cabaran kehidupan dan

pembaharuan •         Boleh/mampu membuat pengubahsuaian demi memberi sumbangan untuk

pembangunan masyarakat.

3)    Pengertian Pendidikan;Plato (427 – 347 SM)

–        Suatu proses yang membentuk individu yang berakhlak mulia.•         memberi latihan moral kewarganegaraan yg baik.•         dapat membentuk w/negara yang baik, setia dan mematuhi undang-undang negara.

Aristotle (384 – 322 SM)–        Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal bertujuan memberikan

peluang kpd setiap w/negara utk mencapai kebahgiaan hidup. Proses pendidikan akan melatih w/negara mematuhi peraturan dan t/laku yang baik dan cekap dlm pengurusan pentadbiran dn berupaya mempertahankan kedaulatan negara.

Jean Jacques Rousseou (1712 – 1778)-       Sebagai satu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak kecil dimana

segala kebolehan semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi

John Macdonald ( Bukunya A Philosophy of Education)–        Masy primitif – latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara

sembahyang disampaikan melalui tunjuk ajar secara tidak langsung drpd keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.

Page 2: Pengantar Tagore

–        Masy moden – latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secar langsung drpd guru yg berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

Froebel (1782 – 1852)–        Pendidikan bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.

John Stuart Mill (1806 – 1873)–        Satu proses yang memberi bantuan untuk setiap individu supaya  hidup dengan penuh

kegembiraan.

T. H. Huxley (1825 – 1895)–        orang yang berpendidikan sempurna akan bersedia utuk berkhidmat demi kemajuan

diri dan masyarakatnya, serta rela melaksanakan kerjanya dgn ikhlas dan patuh kpd undang-undang alam, penuh bertenaga, bersemangat, berseni dan bermasyarakat.

Maria Montessori (1870 – 1952) – doktor & pendidik di Itali –        Pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani

dan sosial kanak-kanak.

John Dewey (1895 – 1952) – US–        Sebagai proses perkembangan individu yang merupakan usaha mengatur ilmu

pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat.

4)    Pandangan Tokoh-tokoh Islam;         Pendidikan adalah merupakan proses penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah

al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan kearah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Mohamad Qatb –        Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Tujuan utama pndidikan adalah untuk mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi –        Proses pmbinaan tingkah laku manusia yg berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras

ajaran agama islam Amal al-Shaibani

–        Untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhrat.

Al-Ghazali (1058 – 1111)–        Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta

pembinaan akhlak yang mulia , berani dan hormat-menghormati.

5)    Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan Timur;

Page 3: Pengantar Tagore

Peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mematuhi peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

•         Confucius (551 – 479 SM) – ahli falsafah/pendidik –        Proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai

melalui amalan tingkah laku yang brsopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yg lebih muda serta taat kepada pemerintah dan cintakan negara.

•         Hamka –        Satu proses yang boleh mmbentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi

pekerti yang muia. (merendah diri, sabar, mghormati orang tua/lain dsbnya)

•         Rabindranath Tagore (1861 – 1941) – ahli falsafah/penyair –        Proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya

mencapai segala aspek kehidupan (fizikal, intelek, moral dan kerohanian) dengan penuh bermakna. Pendidikan harus menjadi satu proses yang hidup, dinamik serta realistik iaitu tidak semata-mata secar teori tetapi dihubungkait dengan pengalaman kehidupan manusia.

Orang yang bependidikan seharusnya berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas serta mendukung sikap nasionalisme yang ideal,  cekap untuk berkhidmat kpd masyarakat dan negara serta memiliki sikap internasionalisme yang positif.

•         Sharifah Alwiyah Alsagoff –        Dalam bukunya Falsafah Pendidikan beliau menghuraikan pendidikan sebagai suatu

proses/aktiviti spr berikut:-•         Sebagai proses persekolahan formal•         Sebagai proses latihan •         Sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, sosial an emosi seseorang individu.•         Sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar mempercayai apa yang

disampaikan.•         Sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.•         Aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat spr memperolehi kemahiran,

pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.•         Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.6)    Rumusan:•         Pendidikan adalah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan

fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu.•         Menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya

dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya.•         Membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri

serta masyarakat, bangsa dan negaranya.

Page 4: Pengantar Tagore

PENGENALAN FALSAFAH PENDIDIKAN

                         Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos (bererti mencintai) dan Sophia (bererti kebijaksanaan). Berpandukan dua perkataan Yunani ini, falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksaan. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Tradisional Falsafah Barat ialah perenialisme dan essensialisme.

                         Perenialisme banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato dan Aristotle. Moden pula terbahagi kepada empat iaitu naturalisme, pragmatisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), falsafah merupakan pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara penting. Falsafah juga mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

                        Falsafah Pendidikan Timur pula digolongkan kepada tiga aliran iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India) dan falsafah pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Konfusianisme berasaskan kepada pemikiran Confucius (551-479 S.M). Falsafah Pendidikan China menerangkan kesempurnaan tingkahlaku. Menurut Wang Shouren (1472-1528) di dinasti Ming, beliau berpendapat ilmu intuitif terkandung dalam jiwa mental setiap individu. Beliau juga menentang hokum dera dan mengurung kanak-kanak serta menyarankan teknik peneguhan dan motivasi. Bagi Falsafah India pula, menurut Rabindranath Tagore (1861-1941), pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. Falsafah ini banyak dipengaruhi oleh falsafah pragmatisme dan progesivisme. Falsafah ini membentuk kesempurnaan manusia. Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap dan berkemahiran. Pendidikan dalam perkara-perkara semula jadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif. Bagi Falsafah Pendidikan Islam pula, falsafah ini berasaskan ajaran Al-Quran. Menurut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar ialah Keesaan Tuhan (Tauhid), kepercayaan pesuruh-pesuruhNya, dan kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-Nabi. Pendidikan merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal ikhlas. Menurut Mohamad Qatb, pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

                        Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan, sama ada di negara Barat, Timur ataupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan unik kerana mempunyai ciri tersendiri.

Page 5: Pengantar Tagore

Hal yang demikian, falsafah di Malaysia mengandungi unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan Islam.     

RABINDRANATH TAGORE (1861-1941)

RIWAYAT HIDUP.

      Tagore berasal dari Calcutta, sebuah kota yang kosmopolitis (kosmopolit = warga dunia). ia keturunan keluarga Brahmana yang sangat kaya. saudara-saudaranya semua kaum kosmopolit. Mereka berusaha untuk mempengaruhi pendidikan Tagore dan usahanya itu berhasil. hal ini tampak pada perjuangan Tagore untuk mewujudkan cita-citanya yang besar. Persaudaraan ummat manusia sedunia.      Sebagai usaha untuk mengabdikan diri kepada cita-citanya itu, maka sejak 1913 ia memulai mengadakan perjalanan mengelilingi dunia. Beberapa kali ia pergi melawat ke pelbagai negara di Eropa, Amerika dan beberapa negara Asia. Indonesia pun tidak lupa dikunjunginya. di mana-mana ia mendapat sambutan yang meriah. ceramah-ceramahnya tentang keadilan sosial, pemerintahan sendrii, pengetahuan, perkembangan bakat yang bebas dan emansipasi, diterbitkan berjuta-juta jilid. Hasil dari penerbitan itu dipergunakannya untuk membiayai lembaga-lembaga pendidikannya.      Tagore adalah seorang pembaharu sosial, pendidik, juga seorang pujangga, ahli musik dan ahli filsafat, yang tidak jemu-jemunya memperjuangkan tercapainya perdamaian dunia.      Hasil karyanya di lapangan kesusateraan sangat mengagumkan sehingga pada tahun 1913 gubahannya yangterkenal, Gitanjali (nyanyian berkorban), dapat merebut hadiah Nobel bagi kesusasteraan, Gitanjali merupakan sebuah lirik keagamaan dalam bahasa Inggris yang mutu dan nilai sasteranya sangat tinggi tarafnya, gubahannya itu membuktikan bahwa Tagore berasal dari keluarga religius. ia mendapat dasar keagamaan dari ayahnya, Debedranath Tagore.      Mengingat jasa-jasanya yang besar, maka pada tahun 1915 ia mendapat gelar Doctor honoris causa dalam kesusasteraan dari Universitas Calcutta dan pada tahun 1941 dari Universitas Oxford. dalam usia 80 tahun Tagore meninggal dunia di Santiniketan pada tahun 1941.

CITA-CITA.

Pembaharuan Kebudayaan.      Tagore ingin memperbaiki kebudayaan India lama. Untuk memodernisasikan India ia menghendaki segalanya dari Barat tapi meskipun demikian ia selalu berpegang pada pedoman, bahwa India harus memiliki sifat-sifatnya yang asli. menurut Tagore hal ini dapat diselesaikan dengan mengadakan kombinasi yang seimbang dari idealisme Timur dan realisme Barat. Usaha untuk melaksanakan cita-citanya ini merupakan intisari daripada hidup Tagore.

Persaudaraan Dunia.      Tagore bercita-cita mewujudkan persaudaraan sedunia, tanpa mengenal perbedaan kasta, kulit, bangsa dan agama. Dari taraf persaudaraan seluruh India, dikehendakinya persaudaraan seluruh Asia dan akhirnya persaudaraan seluruh dunia. ia berusaha untuk menghindarkan diri dari egoisme kebangsaan. menurut Tagore, nasionalisme itu sama saja dengan individualisme massa yang menjadi pokok pangkal bencana peperangan.

Page 6: Pengantar Tagore

Pembaharuan di lapangan sosial.      Tagore berpendapat bahwa kekurangan dan kemunduran India ditimbulkan oleh satu sebab, yaitu kekurangan pada pendidikan rakyat. selama hidupnya ia tidak melepaskan cita-citanya untuk memajukan rakyat. ia menghendaki agar setiap desa menjadi suatu Sriniketan, suatu panti kemakmura.

FIKIRAN-FIKIRANNYA MENGENAI PELAKSANAAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH.

Pandangannya terhadap Intelektualisme.      Menurut tagore, Pemerintah kolonial Inggris terlampau mengutamakan pengetahuan dari buku-buku. Bangsa India tidak mendapat pendidikan untuk membangun bangsanya, melainkan dididik hanya untuk menjadi pagawai negeri murahan saja. Sistim pendidikan itu dirasanya terlampau materialistis. Ia hendak lebih mengutamakan sifat-sifat estetis dalam pendidikan. menurut Tagore, unsur nasional dalam pendidikan dengan demikian akan terpelihara juga. alat-alatnya yang terbaik ialah pelbagai kesenian.      Tagore tidak menghendaki murid-muridnya mempelajari hal-hal yang kering-kersang dari buku-buku yang membosankan, yang makna sebenarnya sama sekali tidak difahaminya. murid-murid akan belajar karena penyelidikan dan percobaan sendiri, karena kegiatan dengan musik dan tari-tarian, dengan hidup dan bekerja di alam bebas. ia memikirkan pelbagai cara untuk lebih mempererat hubungan dengan alam. dalam hal ini semboyannya " jangan membawa pohon-pohon ke dalam kelas, tetapi bawalah kelas ke bawah pohon-pohon ".

Pendidikan agama.      Agama dijadikan dasar sistim pendidikannya, hanya Tagore tidak mau memberikan ajaran suatu jenis agama tertentu dan ia tidak menyetujui pelajaran agama yang diberikan secara sistimatis. ia mengutamakan penanaman perasaan keagamaan pada umumnya. jadi ajaran agama yang diberikannya ialah yang "dapat meliputi" seluruh keagamaan. menurutnya "agama ialah suasana".      

Sistim gurukula (pendidikan asrama)      Tagore berkata : " Pendidikan yang sejati ialah pendidikan asrama". Sistim ini adalah sistim pendidikan kaum Brahmana dan dilaksanakan di tempat-tempat yang sunyi, jauh dari keramaian dunia. Sistim ini mengharuskan guru dan murid selalu berada dalam hubungan yang erat. Karena itu mereka tinggal bersama dalam satu asrama. Murid-murid belajar lebih menghargai kebenaran daripada kekayaan, cinta akan alam dan hormat kepada mahluk Tuhan.      Tagore mengambil keputusan untuk melaksanakan cara-cara mendidik yang biasa dilakukan oleh guru-guru Brahmana. Itulah sebabnya maka ia mendirikan sekolahnya di tempat sunyi dan tandus. Orang menyamakan diri Tagore dengan seorang resi, seorang guru pada zaman dahulu. Gandhi menyebutnya " Gurudev" (= guru besar, guru yang luhur).

Selfgoverment (cara memerintah sendiri, mengatur diri)      Tagore berpendapat, bahwa anak dalam segala usahanya harus memiliki rasa bebas, percaya kepada diri sendiri, bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kepada masyarakat, suka tolong menolong, bekerja sama. untuk itu maka kehidupan di sekolah harus merupakan suatu "republik"

Page 7: Pengantar Tagore

yang sanggup mengatur dan memerintah diri sendiri. Dalam hal ini murid-muridlah yang harus mengatur segala-galanya. Azas inilah yang dinamakan azas selfgoverment. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi panduan dan arah tuju

kepada segala usaha mengembang dan memajukan sistem pendidikan di

Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan pada tahun

1988 telah menjadi pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat

Pendidikan Negara berdasarkan dua ayat panjang yang berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara,"

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan

Negara bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan

mempunyai nilai-nilai yang murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi

sumbangan untuk mencapai kemajuan negara serta memupuk semangat

perpaduan dalam kalangan masyarakat harmonis yang berbilang kaum. Program

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) telah dirancang bertujuan mencerminkan Falsafah

dan Matlamat Pendidikan Negara ini.

Page 8: Pengantar Tagore

Sekiranya kita membuat perbandingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dengan falsafah-falsafah pendidikan yang lain, sama ada di negara Barat,

Timur mahupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia

merupakan suatu falsafah pendidikan yang mempunyai keistimewaan dan ciri-

ciri tersendiri. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada unsur-unsur yang

terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai kaitan erat

dengan falsafah-falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah

pendidikan Islam.

Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip

atau mempunyai banyak persamaan dengan falsafah pendidikan

rekonstruktivisme. Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan

teori progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme.

Beliau berpendapat bahawa pengalaman sebenarnya terhasil daripada interaksi

manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial.

Dengan erti kata yang lain, pengalaman individu merupakan tempat utama

dalam proses interaksi tersebut. Beliau juga menekankan bahawa nilai

berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat

dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam

peringkat penyempurnaan. Kedua-dua falasafah ini jelas menekankan

bahawa matlamat utama pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan

diri dan membentuk masyarakat yang stabil demi keharmonian dan

kemakmuran.

Memandangkan falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah

berasaskan falsafah progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula

mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme. Menurut John Dewey

dan ahli-ahli progresivisme, pelajar merupakan peranan utama dalam

pembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran dan

Page 9: Pengantar Tagore

pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan

kebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang

berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh hal

yang demikian, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial,

projek, penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru

yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan

membimbing pelajar. Ciri-ciri ini boleh dikenalpasti berdasarkan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah yang menitikberatkan penggunaan

kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan pelajar

untuk membolehkan pelajar memperolehi i lmu pengetahuan dan menguasai

kemahiran secara individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan

sebuah masyarakat kecil yang bercorak demokratik, membolehkan pelajar

berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul sekali gus menyokong

penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan.

Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum

sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, iaitu mata

pelajaran yang memupuk kemahiran daya cipta dalam kalangan pelajar

sebagaimana yang dititiberatkan dalam falsafah tersebut.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu fungsi

pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar secara

menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan, yang harmonis dan

seimbang. Fungsi ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan Barat

iaitu rekonstruktisme serta falsafah pendidikan Timur iaitu Konfusianisme,

Nasionalisme dan Internasionalisme.

Menurut falsafah pendidikan China, Mazhab Konfusianisme, peranan

utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi

seorang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada

Page 10: Pengantar Tagore

pemerintah dan negara. Pendidikan disifatkan sebagai alat penting untuk

mengekalkan nilai dan norma masyarakat yang penting untuk membawa

kestabilan, kesejahteraan, dan keharmonian kehidupan. Mereka juga

menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik

hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Walau

bagaimanapun, untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya

memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik

dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat.

Membentuk individu yang menyeluruh juga berkaitan dengan falsafah

pendidikan nasionalisme dan internasionalisme di India. Rabindranath Tagore

(1861-1941) mentafsirkan pendidikan sebagai proses bertujuan untuk

melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala

aspek kehidupan, segala aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan

penuh makna. Beliau juga berpendapat pendidikan harus menjadi satu proses

berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku,

tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia.

Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah bukan sahaja

berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga mendukung

sikap nasionalisme yang ideal, menpunyai kecekapan untuk berkhidmat

kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap

internasionalisme yang positif.

Jika dibandingkan dari aspek falsafah pendidikan Islam, perkembangan

individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

pula kita dapat menghayati falsafah pendidikan Islam ini. Tambahan pula

Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM

Page 11: Pengantar Tagore

mencerminkan ciri-ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu,

khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.

Memandangkan sebab sistem pendidikan menitikberatkan

pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru,

falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur

essensialisme yang bercorak tradisional. James B. Conant (1893-1978) dan

Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya

kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk

menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan

masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk

personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan.

Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses

pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan

orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara

terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik,

mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif

membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan

mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda.

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan bahawa

falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah

eklektisisme, iaitu sesuatu falsafah yang dicipta tersendiri daripada pelbagai

falsafah yang sedia ada. Pendapat ini amat jelas dan tepat menggambarkan

perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang dicipta mengikut acuan rakyat Malaysia sendiri

berdasarkan falsafah-falsafah yang sedia ada dan direka bentuk sedemikian

rupa demi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia ke arah kecemerlangan

pendidikan.

Page 12: Pengantar Tagore