pengantar cerpen dan drama

14

Click here to load reader

Upload: gcsasterastpm

Post on 30-Jul-2015

6.876 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bahan permulaan untuk mengajar genre cerpen dan juga genre drama untuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM 2012

TRANSCRIPT

Page 1: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI GUNUNG16390 BACHOK, KELANTAN.

TEL: 09-7825225

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

Prosa Moden

3.1 Cerpen

3.2 Drama

35

5

Calon seharusnya dapat:

(a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam prosa moden terpilih;(b) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;(c) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;(d) menghuraikan kandungan karya;(e) menganalisis karya.

1. Tema dan persoalan

TEMA – Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut tesis. (sumber GLOSARI Istilah Sastera)

Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan, kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel.

PERSOALAN - merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk mendokong tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot.

UNSUR KERELEVANAN - bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertalian dengan topik yang dibincangkan oleh pengarang. Latar masa menjadi pengukur menentukan samada gagasan pemikiran pengarang relevan atau tidak dengan masa sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur yang ditulis tahun 1980-an dianggap relevan dengan isu semasa pada tahun itu seperti

MAKNA HARAFIAH : Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca. Disebut juga makna tersurat

MAKNA TERSIRAT: Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan. Dalam sesebuah karya memang terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna tersirat lebih susah daripada mengesan makna tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir dan menduga-duga maknanya. Belum pasti apa yang diduga pembaca sama dengan pemikiran pengarang

1

Page 2: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

2. Nilai

a. KemanusiaanTAKRIFAN: Nilai Kemanusiaan- Nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh seseorang watak kepada watak lain dalam sesebuah karya sastera, ianya berkait rapat dengan isu yang diketengahkan oleh pengarangContoh: Belas kasihan, simpati, kesetiaan, kecekalan, kerajinan, kejujuran, mengenang budi dan sebagainya.

b. KemasyarakatanTAKRIFAN: Keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat dalam sesuatu

karya sastera sama ada dalam cerpen, novel, drama ataupun sajak.Antara contoh nilai kemasyarakatan seperti, mementingkan kerjasama, tolong-

menolong, mementingkan nilai ketimuran, semangat kejiranan.

c. Keagamaan / MoralTAKRIFAN: Nilai yang termaktub dalam ajaran agama dan juga dalam sesbuah

masyarakat atau juga sikap atau cara kelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.

3. Latar

LATAR memainkan peranan utama dalam memberi suasana kepada peritiwa-peristiwa dan watak-watak yang terdapat dalam sebuah cerita. Latar mungkin wujud dalam bentuk fizikal seperti sebuah kamar, sebuah negeri, atau tempat-tempat tertentu.

a. Tempat : Iaitu lokasi /tempat sesuatu peristiwa itu berlakub. Masa /Suasana : Iaitu bila ( zaman / musim ) sesuatu peristiwa itu berlakuc. Masyarakat / Keadaan : Suasana umum disekeliling kehidupan watak-watak seperti

agama, emosi, mental, serta kemasyarakatan dari watak-watak tersebut. Watak yang digambarkan sebagai manusia yang resah / tidak tenteram emosinya akan dapat menyakinkan pembaca akan segala sikap dan tindak-tanduk dalam cerita.

(sumber GLOSARI Istilah Sastera, hal 179)

4. Plot dan Peristiwa

Dalam cereka atau drama, plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam cerita (jalinan cerita / rentetan peristiwa ) yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan bathiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berlaku berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Dalam alam realiti/alam nyata setiap peristiwa berlaku secara terperinci / tersusun dan kronologi, tetapi dalam pembinaan plot , pengarang berhak menyusun peristiwa mengikut fantasi atau citarasa /kemahuan pengarang sendiria. EKSPOSISI iaitu permulaan plot – pengenalan watak . akibat perhubungan

watak ,timbul pertikaian atau konflikb. KOMPLIKASI iaitu pertengahan cerita – konflik semakin rumit.c. KONFLIKS

Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian pembaca

(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 157)

Konflik terbahagi kepada 5 jenis

2

Page 3: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

1. Konflik dalam diri2. Konflik dengan watak lain3. Konfilk dengan masyarakat4. Konflik dengan unsur alam5. Konflik dengan nasib dan taqdir

d. KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak – konsentrasi yang maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik bertukar menjadi aksi menurun

(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 145 & 256)

e. PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-bagai resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti klimaks. Di sini nasib watak akan ditentukan . Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada pengarang yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan hak kepada pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya.

(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 238 & 256)

KETEGANGAN – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca

Plot terbahagi kepada duaa. Plot Kronologi- ikut urutan masab. Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa

5. Watak dan Perwatakan

Berfungsi mengembangkan tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa terjadi kesan dari sabab dan akibat ( cause and effect) – seterusnya wujudnya lpot. Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah seperti juga watak dan perwatakan manusia di luar karya

a. Jenis Wataki. Watak ProtagonisMerupakan watak yang memainkan peranan penting / utama dari awal hingga akhir cerita. Tidak semestinya watak protagonis wira yang baik, watak jahat juga boleh menjadi watak utama jika pengarang mementingkannya daripada watak-watak lain

ii. Watak AntagonisWatak yang menjadi penentang kepada watak protagonist

iii. Watak BundarMempunyai sifat-sifat sebagai manusia biasa, unsure-unsur fizikalnya, psikologi dan unsur kemasyarakatan. Ia lebih menyakinkan atau lebih tepat dengan sifat-sifat manusia dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang wira juga ada kelemahan-kelemahan seperti sifat-sifat cemburu, yakin pada diri dan sebagainya

(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 352)

i. Watak PipihWatak yang tidak berkembang dan berbeza dengan watak bundar. Dikenali sebagai watak sampingan, bukan penggerak cerita, bukan watak utama /penting

ii. Watak Dinamik

3

Page 4: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Watak yang berubah-ubah dan berkembang mengikut kesesuaian atau keperluan tertentu, samada dari segi psikologi, tingkah laku ( aksi dan reaksi ) akibat dari persekitaran atau kesan dari rentetan plot . Fungsinya

Untuk mengembangkan plot Mewujudkan perubahan sikap /sifat watak lain Merubah latar dan suasana Menonjolkan perwatakan protagonis

iii. Watak StatikBertentangan dengan watak dinamik – iaitu watak yang tidak mengalami perubahan dalam menghadapi dugaan dan tidak dapat diubah oleh persekitaran atau fikirannya tidak berkembang dari mula cerita hingga ke akhirnya

b. Peranan Watak

C. Perwatakani. Latar dan sejarah watakii. Sifat Dalamaniii Sifat Luaran

5. Sudut Pandangan

Cara pengarang mempersembahkan karya / cerita / fiksyen dan peranan pengarang dalam menggambarkan aksi sesebuah cerita. Terdapat beberapa situasi perana pengarang dalam karya mereka

Turut terlibat memainkan peranan dalam dalam karya Berada di luar cerita Cuma memaparkan cerita / peristiwa dan menggambarkan watak-watak tanpa

menyerapkan diri dalam watak-watak novel

Terdapat 4 jenis sudut Pandangana. ORANG PERTAMA : Pengarang terlibat secara langsung dalam karyanya dengan

meresapkan diri ke dalam watak karya menggunakan gantinama “aku.

b. ORANG KETIGA TIDAK TERBATAS / SERBA TAHU : Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan fenomena yang berlaku dalam karyanya. Pengarang juga terlibat dalam membawa pengajaran tafsiran atau memberi hukuman kepada watak-watak terlibat. Pengarang boleh bercerita secara fizikal dan dalaman /apa yang dirasai oleh watak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak

c. ORANG KETIGA TERBATAS : Pengarang berada di luar permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut secara tidak terperinci

d. SUDUT PANDANGAN OBJEKTIF : Pengarang bertindak sebagai pencatat / pelapor

pada peristiwa yang berlaku. Pengarang berada di luar karyanya. Disebut juga “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada watak-watak dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi watak dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.

6. Gaya bahasa

a. PERSONIFIKASI

4

Page 5: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Menggunakan kiasan untuk memberikan sifat-sifat manusia seperti perasan, perwatakan tindak-tanduk kepada objek-objek mati/ binatang @ bukan manusiaContoh : Cinta yang bersayap Angin yang mejenguk

b. SIMILE / KIASANTamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama. Simile menggunakan perkataan banding seperti,bagailakasana, umpama dan sebagainya Ayat Rumah saya seperti rumah saudara bukan dikatakan simile walaupun menggukankan kata bandingContoh: garang seperti singa

Merdu bagai buluh perinduTerumbang-ambing bagai laying-layang putus tali

c. METAFORAKiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi seuatu yang lain, bagi menyarankan bahawa antara kedua-duanya terdapat persamaan.Berbeza dengan simile ialah metafora tidak menggunakankata-kata bandingan seperti umpama dan sebagainya.Contoh Hidup adalah pemandangan di jendela keretapiMetafora juga boleh ditafsirkan terdiri daripada dua perkataan. Satu perkataan bersifat konkrit( nyata dan menjadi objek untuk difikirkan), manakala satu perkataan lagi bersifat abstrak iaitu tidak nyata yang menjadi pembandingContoh: Lubuk hati

Gerbang sejarahRoh wangKerikil kembara

d. IRONIMengucapkan sesuatu yang berlaianan daripada reality atau kenyataan yang sebenarnya.. secara leteralnya ia bermaksud sindiran, cemuhan atau ejekan. Ironi lebih mudah dikesan melalui deklamasi. Ini disebabkan intonasi suara, pendengar dapat merasakan bahawa ia mungkin mengandungi makna yang lain daripada yang dinyatakanContoh:

e. PARADOKSSuatu pernyataan yang sekali imbas kelihatan bertentangan atau salah menurut pendapat umum atau kedengaran agak pelek, tetapi apabila dilihat lebih dalam, penyataan tersebut adalah munasabah dan dapat diterima sebagai benarUngkaran Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia boleh dianggap sebagai paradoksContoh lain :

f. PERLAMBANGANSesuatu yang berdiri sebagai dirinya sendiri disamping menyarankan atau memaknakan sesuatu yang lain.Terbahagi kepada beberapa kategori:

1. Lambang dari unsure alam - ombak,gunung, bulan,bintang,rimba,pagi dll

2. Lambang dari nama watak terkenal - Rama,Sita,Rawana, Tuah, Jebat dll

3. Lambang warna - buru, merah,putih, hitam dll

5

Page 6: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

4. Lambang

g. Perbandinganh. Citrai. Dialekj. Pengaruh bahasa asing.

7. Teknik

a. PEMERIAN / NARATIF : Pengarang menggambarkan sesuatu samada keadaan alam, suasana, peristiwa atau seseorang watak. Pemerian disampaikan dalam bentuk wacana dan tidak melibatkan unsure-unsur dialog, monolog dan monolog dalaman

b. DIALOG : Perbualan / percakapan antara dua atau lebih watak dalam karya sastera

c. MONOLOG : Tutur kata / pengucapan oleh seseorang watak secara bersendirian, ia lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran. Contohnya, berdoa, meratap, mengeluh, merintih, merungut dan sebagainya

d. MONOLOG DALAMAN : Kata hati / pengucapan batin watak / pergolakan batin /fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog / monolog. Ia tidak didengari oleh watak-watak lain . Biasanya ia muncul bila watak berada bersendirian, dalam keadaan termenong, berkhayal, berilusi, mengenang nasib dan sebagainya. Petunjuk yang menunjukkan monolog dalaman ialah berkata dalam hati, bertanya dalam hati, berseru dalam hati, merintih dalam hati dan sebagainya

e. IMBAS MUKA : Penggambaran / ramalan sesuatu peristiwa atau kejadian yang akan atau mungkin berlaku sama ada pada watak atau masyarakat. Muncul melalui dialog, monolog atau monolog dalaman. Dengan memasukkan imbas muka dapat mengurangkan ketegangan/saspen pembaca, memperlahankan plot dan pembaca mendapat bayangan (walau pun samar) apa yang akan berlakuKeburukannya ialah mengurangkan ransangan pembaca dan membuatkan pembaca tidak perlu memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya

f. IMBAS KEMBALI : Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/ peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Muncul melalui ingatan, khayalan, kenangan dalam bentuk monolog atau monolog dalaman

g. Ketegangan / Penyelesaian Ianya merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu

peristiwa yang akan berlaku berikutnya. rasa ragu-ragu terhadap apa yang akan berlaku selanjutnya.

Ianya juga dikenali sebagai katasfora atau peleraian untuk menyebut akibat atau kesudahan sesebuah cereka.

h. Arus Kesedaran Ianya merupakan pendedahan pengaliran fikiran yang berlaku secara sedar dan pengaliran tindak balas emosi fikiran seseorang individu. Kebiasaanya ia akan diikuti dengan aksi spontan yang ditunjukkan oleh watak hasil dari pengaliran fikirannya berhubung dengan sesuatu keadaan atau situasi.

i. Perulangan Perihal berulang (berulang-ulang atau sesuatu yang berulang atau diulang-ulang)

j. Dramatik(penceritaan tak langsung)

6

Page 7: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Mempunyai lagak / gaya / aksi yang ditunjukkan (bukan percakapan) seperti gerak-geri, aksi , mimik muka dan sebagainya

k. Didaktik Unsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberi pamduan

terutama dalam aspek moral, etika atau soal-soal keagamaan. Ianya menjadi matlamat utama atau tujuan sebenar pengarang dalam menghuraikan sesebuah karya.

Genre Drama

1. Pengertian Drama

Istilah ini berasal dari perkataan Greek, iaitu “dran” yang bermaksud melakukan, melakonkan, mencapai. Aristotle mendefinisikan sebagai aksi manusia yang ditiru. Prof J.M. Manly mengutarakan tiga unsur yang perlu ada dalam drama

i. Ceritaii. Bahan ceritaiii. Pelakon yang memainkan peranan sebagai watak-watak dalam cerita.

Aksi dan dialog merupakan unsur-unsur penting, walau bagaimanapun bentuk-bentuk lain seperti pentomin dan mimos yang tidak menggunakan dialog juga dikatakan sebagai drama.

Pengertian drama dihubungkan kepada dua perkara,i. Sebagai karya yang cuba menggambarkan kehidupan atau satu aspek

kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak.. Lazimnya skrip ( naskhah lakon ) itu memang dirancang untuk dipentaskan

ii. Aspek pementasan yang dianggap sebagai suatu hasil seni penulisan sastera imaginatif yang berbeza dengan cereka dan puisi

Penikmatan sesebuah drama bukan sekadar pembacaan skrip di atas pentas sahaja, ianya dinikmatai secara langsung oleh audien tanpa henti., sebab itu drama tidak boleh terlalu panjang dan harus ada daya tarikan yang kuat untuk menarik perhatian dan merangsang mereka agar mengikutinya hingga ke akhir pementasan

Suatu yang membezakan drama dengan cereka ialaha. Drama menyungguhkan cerita dengan aksi atau geraklaku watak di mana

dialog melengkapi aksi watak Cereka menyungguhkan cerita dengan bercerita, di mana pengarang menggunakan pemerian untuk mengembangkan plot cerita

7

Page 8: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

STAIL PEMENTASAN/ALIRAN DALAM DRAMA

i. Realismeii. Bukan Realisme

Konsep Drama Aliran Realisme

a. Seringkali dihubungkan dengan kaedah atau gaya perlukisan dalam cerita sama ada yang berhubung dengan alam, peristiwa atau manusia

b. Realisme merupakan satu angkatan yang pragmatisme iaitu melihat kebenaran sebagai sesuatu yang nyata- memperkata sesuatu keadaan/peristiwa seadanya atau sebagaimana adanya

c. Menekankan kepada gambaran sebenar yang berlaku pada sesuatu tempat dan zaman atau masa

d. Gambaran satu amitasi atau peniruan terhadap kehidupan setepat mungkin tanpa berselindung – secara terus terang yang berlaku dalam masyarakat

Konsep Drama Bukan Realisme

a. Drama yang tidak terikat dengan teori Aristotle , kurang menekankan aspek-aspek logik dan ada unsur-unsur kekacauan

b. Drama yang mengarah kepada melahirkan gelodak batin atau perasaan manusia

c.Cuba digayakan dengan stail moden

d. Lebih mendekati hal-hal yang berkaitan metafizika, f alasafah/fantastic dan abstrak

e. Bersifat anti realisme

ISTILAH-ISTILAH DALAM DRAMA

i. BabakBahagian-bahagian dalam drama.Pemisahan babak dapat dilihat dengan turun naiknya tirai pentas atau seluruh panggung digelapkan beberapa ketika, dan berlaku pertukaran latar tempat dan latar waktu. Ia juga ditandai dengan tulisan misalnya “BABAK 1”. Pembahagian drama kepada babak-babak ini memberi kesempatan kepada pelakon dan penonton berehat sebentar, kesempatan pada pelakon menukar kostium dan memberi kesempatan pada petugas menukar setting dan sebagainya.

8

Page 9: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

ii. AdeganAtau scene dalam bahasa Inggeris. Asal dari perkataan skene yang terdapat dalam teater zaman Greek Tua bererti tempat (khemah) sesuatu dialog dituturkan. Adegan ialah bahagian-bahagian kecil dalam babak, yang bermaksud bahagian-bahagian aksi yang berurutan dalam satu latar yang tidak berubah. Dalam pementasan pemecahan adegan boleh dilihat dengan turun naik tirai atau terang gelapnya lampu, atau hanya dengan berlaku pertukaran watak(keluar masuk watak.)

iii. EpisodPeristiwa yang dikemukakan dalam cereka sebagai suatu aksi yang bersambungan. Sungguhpun peristiwa itu mempunyai kesatuan yang tersendiri, episode dalam cereka moden biasanya diikuti oleh episode-episod lain yang dijalin bersama. Dalam cereka sati peristiwa tidak mungkin akan menghasilkan plot, sekurang-kurang nya mesti ada tiga peristiwa; pertama, peristiwa yang memulakan perkembangan yang menuju kepeda peristiwa kedua. Peristiwa kedua akan bersambung kepada peristiwa ketiga. Dengan itu plot boleh dibina dengan menyusun beberapa episode tertentu menurut mana yang awal, dan mana yang kemudian. Sungguhpun begitu ada episode yang berdiri dengan sendiri sebagai sebuah cerita contonya cerita binatang dan cerita jenaka.

iv. PenskripanHal-hal yang berhubung dengan penulisan skrip dan unsure-unsur seni yang bergabung di dalamnya.

v. Konsep Dramatik

Merujuk kepada tahap penyampaian drama yang memilat dan mempesonakan penonton atau kualiti pengolahan sesuatu persembahan drama. Dramatip boleh dibina dari segi lakonan, pengolahan audio-visual, gabungan penataan set dan cahaya, dan sebagainya. Boleh dinilai dari segi rangsangan dan sambutan emosi audien.

vi. Teater

vii. Konsep Tragedi Dalam Drama

viii. Konsep Komidi Dalam Drama

Istilah-Istilah dalam Struktur Plot

i. EksposisiBahagian pengenalan , memberi keterangan tentang watak, latar dan fakta-fakta lain yang perku untuk memahami drama

ii. Penimbulan krisisSelepas memperkenalkan watak, watak-watak saling berhubungan. Krisis ialah suatu titik di mana unsur-unsur yang bertentangan antara watak muncul dan akan menimbulkan konflik. Ini akan dilihat dalam aksi watak. Plot akan berubah

9

Page 10: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

iii. Ketegangan (Suspens)Merupakan kemuncak ingin tahu audien terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya Keadaan ini wujud apabila terdapat peristiwa-peristiwa yang mempengaruhi watak di mana penonton akan memberi perhatian yang simpatik kepada watak berkenaan. Ketegangan merupakan unsur utama menarik dan mengekalkan minat audien..Mereka tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya atau membuat ramalan-ramalan sendiri tentang kesudahan nya.

iv. Ketengangan AkhirMerujuk kepada banyangan harapan yang kadang-kadang muncul sebelum katastrofa dalam sesebuah tragedy. Adanya ketegangan akhir membuatkan audien akan menungguhingga pementasan tamat.

v. KlimaksBahagian yang paling menarik, di mana audien akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Klimaks inilah tempat di mana aksi naik bertukar menjadi aksi menurun.

Unsur Kekaguman

A. Visual

i. PentasTerdapat dua jenis pentas

a. Pentas biasa/ ProseniumIaitu pentas yang dibina berhadapan dengan penonton. Bagaimanapun jika ada tambahan pentas lain di bahagian pentas utama yang sedia ada , itu dipanggil pentas Apron

b. Pentas ArenaRuang lakon yang dikelilingi, (lazimnya dalam bentuk bulatan) oleh tempat duduk penonton. Pementasan drama yang dipertonton di pentas arena dipanggil juga sebagai theater-in-the-round.

Pemilihan pentas mestilah sesuai dengan tema persoalan, mesej, yang hendak disampaikan kepada penonton.

ii. Set Ialah latar sesuatu peristiwa yang berlaku. Set merupakan satu

pengecaman awal, dan penonton akan mengetahui di mana sesuatu peristiwa itu berlaku sebaik saja memasuki panggung.

Set drama Lawyer Dahlan ialah di ruang tamu rumah Pak Hamid, ruang tamu rumah moden Lawyer Dahlan, penjara dan perkuburan. Penonton akan sedia maklum set/latar sebaik tirai dibuka.

10

Page 11: Pengantar Cerpen Dan Drama

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)oleh: Ahmad Yani Salleh GC Kesusasteraan Melayu Komunikatif

iii. PropIalah alat/perkakas yang digunakan. Prop yang digunakan mestilah sesuai dengan latar masa sesebuah drama dan sesuai denganstatus watak. Contoh paip, tongkat, tv, radio, majalah dan sebagainya. Dalam Drama Lawyer Dahlan , pengarah menggunakan ulam-ulam kampong seperti pucuk paku, nangka musa dan ubi untuk menggambarkan status kampong.

iv. CahayaCahaya penting untuk menggambarkan suasana petang,malam atau pagi atau majlis-majlis seperti yang dikehendaki oleh drama. Untuk menggambarkan suasana muran di perkuburan, mungkin ditandai dengan cahaya lampu yang suram. Suasana berlainan, cahaya jga berlaian.

v. KostiumIalah pakaian/busana/fesyen/corak/ yang digunakan oleh pelakon. Kostium mesti sesuai dengan peranan yang dibawa oleh watak, dan mesti sesuai dengan zaman sesuatu peristiwa berlaku. Pakaian Ibu Rahimah mesti menggambarkan dia seorang ibu/orang tuan dari kampong, pakaian Rahimah sebelum keluar Negara berbeza selepas dia pulang dan menerima pengaruh barat dan sebagainya.

B. Aurali. Muzik

Ialah jenis muzik dan lagu yang dimainkan untuk melatari sesebuah drama, Pelbagai jenis muzik digunakan sesuai dengan adegan-adegan tertentu. Muzik pengenalan juga digunakan semasa memulakan sesebuah drama

ii. Kesan bunyiSelain muzik, kesan bunyi penting untuk mengambarkan reality sesebuah peristiwa, misalnya kesan bunyi motokar yang menghampiri dan berhenti di sesebuah rumah, kesan bunyi tertentu yang sesuai semasa di perkuburan, kesan bunyi waktu tengah malam dan sebagainya.

11