pengangkutan menuju ke era 2050 daripada 700km landasan kereta api antarabandar telah dibina,...

60
PENGANGKUTAN MENUJU KE ERA 2050 Sebuah Koleksi Aspirasi Rakyat

Upload: doanthien

Post on 07-Jul-2019

370 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENGANGKUTANMENUJU KE ERA2050 Sebuah Koleksi

Aspirasi Rakyatwww.spad.gov.my

SPAD.my

spadmalaysia

SPAD Channel

myspadtv

1 800 88 SPAD(7723)[email protected]

2 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Isi Kandungan

Impian Untuk 30 Tahun Yang Akan Datang

• Menuju Ke Arah 2050

• Mencorak Mobiliti Cekap

• Perjalanan Tanpa Batasan

Maklum Balas Rakyat

04

07

08

09

10

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 3

4 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 5

Impian Untuk30 Tahun Yang

Akan Datang

6 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 7

Menuju Ke Arah 2050

Malaysia, bersama-sama dengan negara lain, kini berada dalam tahap urbanisasi pada kadar yang mengujakan. Dianggarkan pada 2025, hampir 60% populasi dunia akan tinggal di kawasan bandar. Namun, peningkatan urbanisasi membawa implikasi pertumbuhan kawasan bandar secara mendatar dengan cepat, bagaikan cendawan di padang selepas hujan lebat. Persoalan yang seterusnya ialah seteruk manakah perebakkan itu akan berlaku, apakah jenis kehidupan yang akan dialami oleh rakyat di dalam persekitaran tersebut.

Pihak pakar telah meramalkan bahawa masa depan akan dicorakkan dengan kehadiran bandar-bandar gergasi (megacities) – iaitu

bandar yang mempunyai populasi lebih daripada 10 juta. Walaupun kawasan bandar menawarkan peluang yang lebih banyak, namun mereka juga penyumbang pelbagai masalah dan cabaran untuk pihak perancang dan pentadbir bandar, terutamanya di era di mana perubahan iklim merupakan faktor penting yang perlu diambil kira.

Yang pasti, permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan atau mobiliti akan meningkat dalam tempoh terdekat dan jangka sederhana. Ini adalah kerana mobiliti dan aktiviti ekonomi tidak dapat dipisahkan.

Dalam konteks ini, apakah yang menanti Malaysia? Selama mana negara akan kekal bertahan menghadapi kesesakan lalulintas yang hanya membazir bahan api? Berapa juta jam lagi yang rakyat mampu bazirkan menanti di dalam kesesakan lalu lintas?

Bagi perancang bandar dan pengangkutan, sebarang kesilapan atau kegagalan untuk melakukan perancangan yang betul untuk pengangkutan awam akan membawa padah.

8 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Mencorak Mobiliti Cekap

Keupayaan untuk menggerakkan manusia atau barangan dengan cekap di dalam atau di antara bandar merupakan ciri negara yang maju. Justeru, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam sektor pengangkutan awam bagi memastikan peningkatan kualiti rangkaian pengangkutan, dengan memberikan lebih tumpuan kepada keupayaan untuk menggerakkan penumpang berbanding dengan kenderaan persendirian.

Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, lebih daripada 700km landasan kereta api antarabandar telah dibina, disumbangkan oleh projek landasan berkembar KTM Bhd di antara Gemas dan Padang Besar di pantai barat Semenanjung Malaysia. Dalam beberapa tahun lagi, laluan sejauh 197km dari Gemas ke Johor Bahru juga akan dibina dengan landasan berkembar.

Projek lain yang kini menjadi tumpuan orang ramai ialah projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura sejauh 350km yang disasarkan siap pada tahun 2026. Apabila selesai, ia membolehkan perjalanan tanpa henti antara dua negara, dan akan memendekkan masa perjalanan antara - Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, dan Iskandar Puteri.

Projek kereta api antarabandar yang lain yang tidak kurang penting ialah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sejauh 688km. ECRL akan

menyediakan perkhidmatan kereta api yang cepat bagi mereka di pantai timur dengan memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.Di sekitar Kuala Lumpur / Lembah Klang, tambahan jarak rel bandar sebanyak 85km telah dilaksanakan di bawah Program Sambungan LRT (34 km) dan penyiapan MRT Sungai Buloh-Kajang (51km). Dalam beberapa tahun lagi, sebanyak 89km rel bandar akan ditambah ke dalam rangkaian. Projek LRT3 sejauh 37km dijangka siap pada 2020, manakala MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sejauh 52km dijangka disiapkan menjelang 2022.

Pembangunan dalam bidang rel hanyalah sebahagian daripada usaha dalam menggerakkan manusia dan kargo dengan cekap. Kerajaan juga menyedari keperluan untuk meningkatkan perkhidmatan bas, terutamanya bas berhenti-henti yang sangat penting di kawasan pinggiran bandar dan luar bandar untuk mereka yang tidak mampu memiliki kenderaan persendirian. Asas bagi transformasi bas ialah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti yang telah memperkenalkan myBAS secara berperingkat di seluruh negara.

Untuk menjamin agar perjalanan batuan terakhir (last mile) dilengkapkan dengan sempurna, kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Industri Teksi untuk memastikan kebajikan

pemandu teksi terjamin, sambil mengambil langkah untuk mengawalselia kemasukan e-hailing ke dalam pasaran.

Pada peringkat yang lain, usaha sedang dilakukan untuk menjemput semua pihak berkepentingan dalam pengangkutan awam darat supaya duduk bersama untuk merapatkan jurang dalam sambungan batuan pertama dan batuan terakhir. Ini termasuk mengenakan standard perkhidmatan wajib bagi pengendali bas berhenti-henti, dan memastikan liputan kawasan perkhidmatan adalah mencukupi.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 9

Perjalanan Tanpa Batasan

Buku ini mengandungi pelbagai pandangan rakyat tentang apa yang harus dilakukan di bawah tempoh Transformasi Nasional 2050 atau TN50, ataupun rangka yang akan mencorakkan halatuju negara untuk 30 tahun bermula dari 2021.

Dalam hal yang berkaitan dengan mobiliti, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pelbagai

lapisan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas dari rakyat tentang apa yang mereka ingin lihat dalam sektor pengangkutan awam darat pada masa akan datang.

Buku ini bukan merupakan kajian yang paling menyeluruh atau saintifik tentang kehendak rakyat, tetapi kami rasa cukup yakin bahawa pandangan yang dikemukakan di sini mampu memberikan suatu gambaran am tentang aspirasi rakyat Malaysia.

Di sini, pihak SPAD masih bersedia untuk mendengar dan menerima maklum balas tentang mobiliti di bawah TN50. Buku ini bukan kata akhir, tetapi merupakan suatu jemputan untuk terus berdialog dan bertukar pandangan agar kita boleh berganding bahu untuk maju bersama, sambil memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan.

10 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 11

MaklumBalas Rakyat

12 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

1. Ciptaan app untuk jadual bas, jaringan bas, lokasi hentian bas dan tempoh menunggu untuk bas yang seterusnya meliputi selu ruh negara

2. Pewujudan laluan pej alan

kaki berbumbung

3. Pembinaan lebih la luan basikal supaya penunggang merasa lebih selamat dan yakin

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 13

Perubahan sikap dan tingkah laku sememangnya memerlukan masa, tetapi jika infrastruktur fizikal dan pengangkutan tidak direka dan dibina supaya mesra pengguna, adalah sukar untuk mengubah tabiat pengguna.“

Semua infrastruktur sistem pengangkutan awam, tanpa mengira peringkat, harus diselenggarakan dengan baik demi kesejahteraan pengguna. Terdapat keperluan segera untuk mewujudkan satu aplikasi yang memaparkan jadual bas, rangkaian bas, lokasi hentian bas dan tempoh menunggu untuk bas yang seterusnya.

Pada masa yang sama, pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung yang meliputi seluruh Malaysia dan lebih laluan basikal harus dilaksanakan. Perubahan sikap dan tingkah laku sememangnya memerlukan masa, tetapi jika infrastruktur fizikal dan pengangkutan tidak direka dan dibina supaya mesra pengguna, adalah sukar untuk mengubah tabiat pengguna untuk meninggalkan kereta persendirian di rumah untuk menggunakan pengangkutan awam. Agensi-agensi yang berkaitan perlu mengumpul data terperinci supaya para perancang boleh memperbaiki analisa dan rekaan mereka sebelum projek dilaksanakan.

Dr Clarissa Lee Ai Ling, 39Penyelidik Kemampanan di Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development, Sunway University.

Pembinaan infrastruktur lestari

tanpa halangan ...

14 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Saya ingin melihat tahap penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi di Malaysia kerana ini akan membantu mengurangkan penjanaan karbon dioksida di masa hadapan. Sungguhpun promosi pengangkutan awam adalah penting, tumpuan juga harus diberi dari segi menyakinkan orang ramai bahawa pengurangan penjanaan karbon dioksida adalah perkara mustahak. Saya yakin bahawa sektor pengangkutan awam di sini akan terus berkembang, dan mampu berdaya saing dalam mengurangkan jumlah kenderaan persendirian. Saya boleh membayangkan masa hadapan di mana kemudahan untuk berbasikal wujud di setiap pelusuk demi menggalakkan gaya hidup yang sihat. Semua orang harus cuba berbasikal walaupun cuaca di sini agak panas dan lembap. Selain dari bebas dari mengeluarkan sebarang karbon dioksida, basikal mampu membawa anda ke destinasi dengan lebih cepat kerana anda tidak akan menempuh kesesakan lalu lintas.

Nota: Sebagai seorang mahasiswa, Jasmin telah berjaya menyakinkan Nottingham Universiti Kampus Malaysia untuk memulakan satu projek penyewaan basikal elektrik di dalam kampusnya di Semenyih, Selangor.

Sungguhpun promosi pengangkutan awam adalah penting, tumpuan juga harus diberi dari segi menyakinkan orang ramai bahawa pengurangan penjanaan karbon dioksida adalah perkara mustahak.

Jasmin Irisha Jim Ilham, 23 “Duta Hijau Muda” Malaysia

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 15

Saya berharap KL boleh menjadi pusat serantau, jika tidak global, untuk mempromosikan gaya hidup berbasikal. Buat masa ini, masih lagi terdapat pelbagai halangan seperti salah faham atau kekurangan wawasan dari institusi dan organisasi, termasuk pihak perancang bandar yang tidak membenarkan basikal menjadi mod pengangkutan untuk lebih ramai orang, terutamanya di kawasan bandar.

Tiba masa untuk memikirkan tentang peranan mobiliti aktif atau lebih dikenali sebagai mobiliti ringan oleh para arkitek, dimana penghuni bandar dapat bergerak bebas menggunakan tenaga sendiri dalam pelan keseluruhan pengangkutan awam, demi melancarkan aliran kenderaan dan manusia di dalam bandar. Ini bukan soal menggerakkan kenderaan, tetapi menggerakkan manusia, dan untuk berbuat demikian, kenderaan dua roda harus dilihat sebagai salah satu penyelesaian.

Jeffrey JC Lim, 39Penyokong Penunggang Basikal dan Pereka Grafik,Kuala Lumpur

Tiba masa untuk memikirkan tentang peranan mobiliti aktif, dimana penghuni bandar dapat bergerak bebas menggunakan tenaga sendiri dalam pelan keseluruhan pengangkutan awam, demi melancarkan aliran pergerakan kenderaan dan manusia.

16 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Perancang dan pengendali pengangkutan awam darat di negara kita perlu bekerja lebih keras untuk menyediakan papan tanda yang lebih jelas kepada golongan pekak kerana mereka sangat bergantung kepada informasi visual. Golongan pekak memerlukan maklumat visual untuk mendapatkan informasi kereta api yang seterusnya akan tiba, dan juga stesen perhentian yang seterusnya. Malah, mereka juga bergantung kepada paparan informasi untuk sebarang makluman tentang kelewatan atau kecemasan.

Papan tanda di stesen MRT dan LRT yang baru adalah memuaskan. Setakat ini juga, kereta api yang baru tidak memberi masalah dari segi paparan informasi, namun kereta api yang lebih lama sangat tidak memuaskan dari segi aspek tersebut.

Selain dari menyediakan paparan informasi di dalam gerabak, kami juga mahukan pegawai perkhidmatan kereta api lebih peka terhadap keperluan golongan pekak dan juga OKU yang lain. Dalam pada ini, Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia sedia untuk menawarkan latihan kepada pengendali pengangkutan awam supaya kakitangan mereka adalah benar-benar terlatih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan OKU. Terdapat keperluan untuk menanamkan kesedaran, kepekaan dan kecekapan dalam kalangan pengendali tentang cara memberi perkhidmatan kepada orang kurang upaya.

Penguatkuasaan peraturan trafik juga harus dipertingkatkan, kerana kami masih nampak berbagai permasalahan seperti parkir kenderaan persendirian di hentian bas/teksi yang menyebabkan bas tidak dapat berhenti di tempat yang sepatutnya.

Sebaliknya, kami mengalu-alukan Grab dan Uber sebagai pengendali e-hailing malahan golongan pekak juga tiada masalah untuk menjadi pemandu perkhidmatan ini bagi mendapatkan sumber pendapatan seperti orang lain.

Sazali Shaari, 59Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia

Terdapat keperluan untuk menanamkan kesedaran, kepekaan dan kecekapan di kalangan pengendali tentang cara memberi perkhidmatan kepada orang kurang upaya.

Akses

tanpa batasan

untuk semua...

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 17

Papan tanda di stesen MRT dan LRT yang baru adalah memuaskan. Setakat ini juga, kereta api yang baru tidak memberi masalah dari segi paparan informasi, namun kereta api yang lebih lama sangat tidak memuaskan dari segi aspek tersebut.

Akses

tanpa batasan

untuk semua...

18 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

1. Akses tanpa halangan

2. Inklusif dan mesra alam3. K ebolehan untuk bergerak tanpa memerlukan bantuan orang la in

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 19

Buat masa sekarang, saya perlu membuat kaji selidik serba-serbi tentang destinasi yang ingin dituju untuk memastikan ia mempunyai kemudahan akses kerusi roda. Pada pandangan saya, tahap kewujudan perjalanan tanpa batasan perlu dipertingkatkan kerana pengguna kerusi roda di Malaysia masih berdepan dengan pelbagai batasan. Apabila semua halangan telah diperbaiki atau dihapuskan, maka bolehlah saya mempertimbangankan untuk tidak lagi menggunakan motosikal khas yang saya miliki selama ini.

Chow Mei Hsia, 39Atlet Ping Pong Para Negara

Terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dari segi kebolehcapaian tanpa batasan untuk golongan OKU di sini, terutamanya untuk pengguna kerusi roda seperti saya.

20 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Perlu ada kefahaman yang lebih mendalam tentang erti sebenar akses tanpa halangan atau batasan dan reka bentuk sejagat (universal). Bagi mereka yang cacat penglihatan, tidak cukup sekadar memasang jubin sentuhan (tactile) di lantai dan menganggap tugas anda telah selesai. Arah tuju, kepanjangan dan lokasi sebenar jubin itu adalah penting kerana terdapat banyak jubin tidak dipasang mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Dan untuk yang separa buta, warna jubin sentuh memainkan peranan yang sangat penting. Perbezaan warna (kontras) di antara warna jubin sentuh dengan warna lantai haruslah ketara supaya orang separa buta dan juga warga emas boleh membezakan jubin dan lantai, dan seterusnya, berjalan dengan lebih selamat. Pada pendapat saya, kita masih jauh dari menyediakan akses yang efisien dan selamat untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Siti Huraizah Ruslan, 34Eksekutif Kebolehcapaian & Advokasi, Persatuan Orang Buta MalaysiaKota Bharu, Kelantan

Perlu ada kefahaman yang lebih mendalam tentang erti sebenar akses tanpa halangan atau batasan dan reka bentuk sejagat (universal). Dan untuk yang separa buta dan warga emas, warna jubin sentuh memainkan peranan yang sangat penting.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 21

Tandas untuk orang kurang upaya juga memerlukan perhatian kerana ada tandas di stesen baru tidak menepati MS1184:2014 (Standard Malaysia untuk Kod Amalan Rekabentuk Universal dan Kebolehcapaian dalam Pembinaan).

Kami telah menyuarakan kebimbangan dan keperluan yang kami rasa perlu sejak beberapa dekad yang lalu, tetapi perubahan yang dilihat tidak begitu ketara. Sebagai contoh, platform baru LRT dan MRT masih tidak selaras dengan lantai kereta api, menimbulkan kesukaran bagi mereka yang kurang upaya untuk menaiki perkhidmatan tersebut. Ada beberapa stesen kereta api yang lama masih tidak mempunyai lif dan jika ada, kebanyakkan lif tidak berfungsi. Tandas untuk orang kurang upaya juga memerlukan perhatian kerana ada tandas di stesen baru tidak menepati MS1184:2014 (Standard Malaysia untuk Kod Amalan Rekabentuk Universal dan Kebolehcapaian dalam Pembinaan). Kami mengalu-alukan kehadiran perubahan yang bermakna supaya warga berkerusi roda boleh menikmati perjalanan yang lancar melalui pengangkutan awam.

Sia Siew Chin, 51Pengarah Eksekutif, Yayasan Beautiful Gate untuk Warga Kurang UpayaPetaling Jaya, Selangor

22 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Saya masih menantikan penambahbaikan dari segi liputan rangkaian kereta api bandar (metro) supaya saya dapat ke lebih banyak tempat. Saya berharap saya boleh berhenti memandu atau menggunakan kenderaan persendirian pada suatu hari nanti.

Chia Yow Kong, 34Atlet Ping Pong Para Negara

Saya berharap saya boleh berhenti memandu atau menggunakan kenderaan persendirian pada suatu hari nanti.

Pada masa akan datang, saya berharap akan wujud akses tanpa halangan atau batasan yang akan membantu saya untuk melengkapkan perjalanan saya tanpa sebarang halangan atau kekangan. Seharusnya, orang kurang upaya tidak perlu meminta bantuan orang awam untuk membantu pergerakan kami, kerana kami juga ingin merasakan pergerakan secara berdikari dan bergantung kepada kudrat diri sendiri semampu yang boleh. Ini adalah harapan saya untuk TN50.

Azila Alias, 44Atlet Ping Pong Para Negara

Saya berharap wujudnya kebolehcapaian tanpa batasan yang meluas supaya saya boleh pergi ke mana-mana sahaja tanpa memerlukan sebarang bantuan.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 23

24 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Mobiliti di masa hadapan perlu bercirikan penjimatan masa, dan masa hadapan yang saya bayangkan adalah seperti watak dalam cerita The Jetsons (siri kartun bertemakan zaman angkasa). “

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 25

Buat masa sekarang, saya memandu kenderaan sendiri untuk kemana-mana dan ini memberi tekanan kepada saya, lebih dari tekanan yang saya perolehi dari pekerjaan saya. Justeru, saya berpendapat bahawa pembinaan lebih banyak jalan raya bukanlah penyelesaian lestari. Begitu juga dengan evolusi terhadap kenderaan automatik yang mampu bergerak secara sendiri, tanpa input dari pemandu. Dari segi ini, sebarang kenderaan, mahupun automatik, tidak akan dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Masa telah tiba untuk menjurus ke arah pemikiran baru tentang kemudahan mobiliti atau pergerakan rakyat di masa hadapan. Mungkin teknologi seperti Hyperloop dan seumpamanya boleh menyumbang kepada solusi yang lebih baik? Mobiliti di masa hadapan perlu bercirikan penjimatan masa, dan masa hadapan yang saya bayangkan adalah seperti watak dalam cerita The Jetsons (siri kartun bertemakan zaman angkasa). Bergerak dalam pod dan kapsul mungkin boleh dikecapi, dan begitu juga teleportasi. Pada masa itu, mobiliti akan menjadi sesuatu yang begitu licik - jauh melebihi apa yang kita ada sekarang. Dan mungkin pada masa itu, cucu-cucu saya akan membesar tanpa memahami maksud “kesesakan lalu lintas”.

Reem Shahwa Mohd Redza, 32Pengacara TV/Penyampai Radio,Kuala Lumpur

Manfaat teknologi

untuk

mobiliti masa depan...

26 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Lebih sumber perlu diperuntukkan untuk merapatkan jurang dalam batuan terakhir perjalanan melibatkan MRT dan LRT. Sebagai contoh, perlu wujudnya laluan pejalan kaki berbumbung, dan kebenaran untuk membawa basikal lipat ke dalam tren pada setiap masa.

Menjelang tahun 2050, saya berhasrat untuk melihat penggunaan pengangkutan awam menjadi sebahagian dari norma masyarakat. Untuk menjadikan itu satu kenyataan, subsidi untuk bahan api dan kereta peribadi perlu dihapuskan. Pada masa yang sama, liputan pengangkutan awam melalui bas perantara perlu diperluaskan.

Lebih sumber perlu diperuntukkan untuk merapatkan jurang dalam batuan terakhir perjalanan melibatkan MRT dan LRT. Sebagai contoh, perlu wujudnya laluan pejalan kaki berbumbung, dan kebenaran untuk membawa basikal lipat ke dalam tren pada setiap masa. Akhir sekali, saya percaya teknologi yang menggegarkan dunia seperti aplikasi e-hailing ada peranan mereka sendiri dalam menaiktarafkan sistem pengangkutan awam.

Quek Yew Aun, 25,Pelajar,Kuala Lumpur

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 27

Sebagai pengguna tegar perkhidmatan e-hailing dan teksi, kami berharap aliran trafik adalah lancar senantiasa. Kami juga berharap satu hari nanti, teksi akan ada kemudahan seperti Wi-Fi percuma supaya kami boleh mendapatkan lebih maklumat untuk ke lokasi yang kami ingin pergi. Kami mengimpikan kereta yang mampu terbang dan tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas.

Kok Jiann Cheng, 25 (kiri), Nerliza L. Miranda, 25Pembantu Dapur Bisu dan Pekak,Petaling Jaya, Selangor

Kami mengimpikan kereta yang mampu terbang dan tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas.

28 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 29

mungkin hanya melibatkan penggunaan telefon pintar yang membolehkan pembayaran dilakukan secara automatik. Saya juga berharap akan adanya mobiliti yang mesra alam, seperti penggantian bas diesel dengan bas elektrik.

Saya mengharapkan supaya rangkaian rel dapat diperluaskan supaya lebih banyak penempatan boleh dihubungkan dengan perkhidmatan rel. Kawasan-kawasan bandar harus disalinghubungkan dengan LRT, manakala pengangkutan di dalam bandar boleh dilengkapkan dengan BRT. Sistem bayaran dan tiket untuk perjalanan juga harus dijadikan seringkas yang mungkin supaya orang ramai tidak akan keliru. Sistem bayaran masa hadapan mungkin tidak memerlukan sebarang kad, dan pilihan pada masa itu

Muhammad Alif Ahmad Azmi, 29Pegawai Transformasi, Prasarana Malaysia Bhd

Pada masa hadapan, saya berharap untuk melihat pengangkutan awam yang moden boleh dicapai dengan mudah di semua negeri di Malaysia. Ini akan menggalakkan semua rakyat menikmati kemudahan yang kini hanya terhad kepada negeri yang lebih membangun. Berkait dengan tempat terhad untuk membina MRT di sekitar kawasan perumahan, saya berharap kekerapan bas berhenti-henti boleh dinaikkan. Beberapa pusat membeli-belah juga telah menyediakan sistem bas pengantara yang akan mengambil penumpang dari pusat membeli belah dan menghantar mereka ke stesen kereta api terdekat atau

Teoh Xiu Jong, 25Pelajar Lepasan Siswazah, Petaling Jaya, Selangor

Saya juga berharap akan adanya mobiliti yang mesra alam, seperti penggantian bas diesel dengan bas elektrik.

lapangan terbang, dan sebaliknya. Maka, jika perkhidmatan seperti itu ditawarkan di sekitar kawasan perumahan, ia mampu menggalakkan lebih ramai penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam.

Saya harap kekerapan bas berhenti-henti boleh dinaikkan, dan jika perkhidmatan ini ditawarkan di sekitar kawasan perumahan, ia mampu menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

30 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Kesalinghubungan di antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia telah mengalami penambahbaikan sejak beberapa dekad yang lalu. Ini telah membawa perubahan positif seperti memudahkan perjalanan dan penjimatan masa. Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dicadangkan baru-baru ini juga mampu membawa perubahan kepada mereka yang perlu bergerak dari Lembah Klang ke Pantai Timur, dan sebaliknya. Sungguhpun kesalinghubungan seperti ini memberi manfaat, namun sistem pengangkutan awam yang boleh diharapkan masih lagi mempunyai banyak kekurangan. Sebagai contoh, Kuala Terengganu masih tidak mempunyai rangkaian bas awam yang kukuh, dengan hanya satu syarikat bas yang memberikan perkhidmatan untuk seluruh kawasan di sekitar Kuala Terengganu.

Walaupun infrastruktur pengangkutan adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan, pembinaan jalan dan rel juga boleh memudaratkan, seperti membawa kesan negatif kepada alam sekitar dan hidupan liar. Pembangunan tidak semestinya bermakna kelestarian alam akan dipelihara dengan sempurna. Diharapkan di bawah perjalanan menuju TN50, usaha yang lebih kukuh akan diambil untuk memastikan pembangunan infrastruktur pengangkutan tidak mengorbankan sumber semula jadi. Langkah yang rapi harus diambil untuk mengurangkan impak negatif tersebut.

Long Seh Ling, 33Pelajar Sarjana Muda,Kuala Terengganu, Terengganu

Diharapkan di bawah perjalanan menuju TN50, usaha yang lebih kukuh diambil untuk memastikan pembangunan infrastruktur pengangkutan tidak mengorbankan sumber semula jadi.

Melestarikan masa depan

dengan

pengangkutan awam...

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 31

32 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Saya ingin melihat lebih perkembangan dan penambahbaikan dalam pengangkutan awam di Sarawak supaya ia lebih menyerupai apa yang ada di semenanjung, sebagai contohnya, LRT dan MRT.

Saya ingin melihat lebih perkembangan dan penambahbaikan dalam pengangkutan awam di Sarawak supaya ia lebih menyerupai apa yang ada di semenanjung, sebagai contohnya, LRT dan MRT. Buat masa ini, jurang adalah sangat ketara. Perkhidmatan bas di perkampungan saya adalah tidak memuaskan. Sikap pemandu bas adalah buruk, dan begitu juga dengan keadaan kenderaan mereka. Keadaan jalan raya juga teruk, tetapi saya berasa lega sedikit melihat projek Lebuhraya Pan-Borneo telah bermula.

Plycia Exshonna, 21Pelajar di UPSI Tanjung Malim,Sibu, Sarawak

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 33

Sepanjang 31 tahun saya berkhidmat dengan KTMB sehingga persaraan, saya telah melihat banyak perkembangan rel seperti pertukaran ke penggunaan ranjang landas konkrit dari ranjang landas kayu, dan dari era lokomotif diesel kepada sistem elektrik. Tahukah anda bahawa kereta api antarabandar Thailand masih menggunakan lokomotif diesel, tidak seperti sistem KTMB kini yang telah banyak berkuasakan elektrik, seperti kereta api ETS. Dalam sudut ini, negara kita dikira agak maju. Bagaimanapun, saya berharap akan ada lebih banyak perkhidmatan kereta api yang boleh menghubungkan bandar-bandar utama dengan Padang Besar kerana ramai pelancong memasuki Malaysia melalui Perlis semenjak perkhidmatan ETS bermula.

Muniandy Annamalai, 61Pemandu Kereta Sewa,Padang Besar, Perlis

Saya berharap akan ada lebih banyak perkhidmatan kereta api yang boleh menghubungkan bandar-bandar utama dengan Padang Besar kerana ramai pelancong memasuki Malaysia melalui Perlis semenjak perkhidmatan ETS bermula.

34 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Saya suka jajaran MRT yang baru kerana ia sangat menarik. Kesalinghubungan di sekitar Lembah Klang semakin bagus sejak tahun 2014, apabila saya menjejakkan kaki di Subang buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajaran saya di sini. Namun, kerisauan saya bukanlah sejauh mana jajaran itu mampu membawa saya, tetapi lebih kepada bagaimana saya hendak pergi dan pulang dari stesen.

Malangnya, laluan pejalan kaki bukanlah sesuatu yang telah diberikan perhatian yang secukupnya apabila soal pengangkutan awam dirancangkan. Apabila perjalanan untuk pergi dan balik dari stesen kereta api terdekat menyusahkan, maka pengguna tidak akan hiraukan pengangkutan awam. Dahulu, saya terpaksa berjalan kaki selama 40 minit di

bawah matahari terik dan melintasi beberapa jalan raya untuk pergi ke stesen KTM yang terdekat. Situasi sekarang telah berubah kepada 15 minit setelah kehadiran sambungan laluan LRT Kelana Jaya.

Saya berharap lebih banyak usaha akan dilaburkan dalam memastikan pengangkutan awam lebih mesra pengguna demi meningkatkan penggunaan. Apabila gaya hidup berjalan kaki diutamakan, pengangkutan awam akan menjadi pilihan utama.

Xiandi Ooi, 20Mahasiswa, Universiti Peking, China,Bukit Mertajam, Penang

Dahulu, saya terpaksa berjalan kaki selama 40 minit di bawah matahari terik dan melintasi beberapa jalan raya untuk pergi ke stesen KTM yang terdekat. Sekarang, saya hanya perlu jalan selama 15 minit selepas jajaran LRT dilanjutkan.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 35

Saya menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti untuk ke kolej saya setiap hari. Saya juga menggunakan MRT untuk ke pusat bandar dari rumah saya untuk keperluan beriadah dan membeli-belah. Justeru, pengangkutan awam adalah sangat penting

bagi saya. Dan disebabkan ini, saya berharap sistem yang ada akan diperbaiki dari segi kekerapan, keselesaan dan kesalinghubungan supaya saya dapat sampai ke lebih banyak tempat.

Ahmad Mubin Muhammad Hazimin, 19Pelajar Kolej,Sungai Buloh, Selangor

Saya berharap sistem yang ada akan diperbaiki dari segi kekerapan, keselesaan dan kesalinghubungan supaya saya dapat sampai ke lebih banyak tempat.

36 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Sebagai pengguna harian pengangkutan awam, saya ingin melihat integrasi tanpa batasan dalam pembinaan infrastruktur fizikal. Selain dari ini, proses pengubalan dasar-dasar pembangunan negara juga haruslah mementingkan integrasi pengangkutan awam antara kawasan perbandaran serta daerah. Rancangan pembangunan kini seolah-olah menggalakkan pola pembangunan bandar secara mendatar, dan ini menjadikannya lebih mahal untuk menghubungkan projek-projek pembangunan ini dengan pengangkutan awam.

Dasar pembangunan masa hadapan harus menggalakkan pertumbuhan menegak (bangunan tinggi) dan pengkomersialan hartanah di sekitar hab/terminal pengangkutan awam dan tempat kediaman/pejabat. Ini akan menjadikannya lebih mudah bagi penduduk/pengguna pengangkutan awam kerana mereka boleh mengakses perkhidmatan serta sumber barangan harian mereka dengan lebih mudah. Integrasi fizikal demikian akan mengurangkan kebergantungan kita kepada penggunaan kenderaan persendirian, dan dasar yang seterusnya boleh menjurus ke arah memperkenalkan langkah-langkah untuk mengekang bilangan kenderaan supaya jumlah kereta di jalan raya dan kesesakan lalu lintas akan berkurangan!

Ungku Iylia Zafri, 32Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif

Dasar pembangunan masa hadapan harus menggalakkan pertumbuhan menegak (bangunan tinggi) dan pengkomersialan hartanah di sekitar hab/terminal pengangkutan awam dan tempat kediaman/pejabat.“

Membina bandaraya

berdaya huni...

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 37

38 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Aspirasi saya ialah supaya pengangkutan awam di sini akan meningkatkan gaya hidup dan tahap kesihatan kita dengan menggalakkan aktiviti berjalan kaki ke stesen kereta api atau terminal pengangkutan, seperti di negara lain yang lebih maju. Saya berharap satu hari nanti, rangkaian rel Kuala Lumpur akan dilihat sebagai setaraf dengan perkhidmatan keretapi bandaran di Seoul, Tokyo, Singapura, London dan sebagainya apabila pengangkutan awam dibicarakan.

Azza Sofia Azizan, 28Jurutera Projek, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd

Saya berharap satu hari nanti, rangkaian rel Kuala Lumpur akan dilihat sebagai setaraf dengan perkhidmatan kereta api bandaran di Seoul, Tokyo, Singapura, London dan sebagainya, apabila perkara pengangkutan awam dibicarakan. “

Negara harus mendalami petikan ini yang ditulis oleh bekas Datuk Bandar Bogota, Colombia: “Negara maju bukanlah tempat orang miskin memiliki kenderaan sendiri, tetapi di saat orang kaya menggunakan pengangkutan awam”. Sehubungan dengan ini, saya ingin melihat perkembangan sistem pengangkutan awam di negara kita maju pada tahap di mana seseorang hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk sampai di perhentian pengangkutan awam, baik kereta api, trem atau bas. Dasar juga perlu dibentuk untuk mengatasi peningkatan bilangan kenderaan persendirian di kawasan bandar.

Muhammad Ashraff Ismail, 29Penolong Pengurus, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd

Dasar juga perlu dibentuk untuk mengatasi peningkatan bilangan kenderaan persendirian di kawasan bandar.“

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 39

40 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Sungguhpun sistem pengangkutan awam telah menjadi semakin baik, rata-rata, kita masih mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi ke atas kenderaan persendirian. Demi mengorak langkah ke hadapan, kita tidak boleh bergantung semata-mata ke atas pembinaan infrastruktur besar seperti LRT dan MRT. Penambahbaikan yang serentak harus dilakukan di dalam sektor bas, teksi, dan pilihan-pilihan lain supaya jurang batuan terakhir boleh dihubungkan dengan sempurna. Jika sistem pengangkutan awam mempunyai liputan yang meluas, dan disalinghubungkan dengan baik, rakyat tidak akan teragak-agak menggunakannya. Saya pasti saya akan termasuk di dalam golongan tersebut.

Bavani Mahalingam, 46Wartawan

Penambahbaikan yang serentak harus dilakukan di dalam sektor bas, teksi, dan pilihan-pilihan lain supaya jurang batuan terakhir boleh dihubungkan dengan sempurna.

Saya harap dalam masa 30 tahun akan datang, kita akan dapat memilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama perjalanan. Ini hanya akan tercapai jika sistem pengangkutan awam menjadi cekap, dan maksud saya adalah apabila kita tidak perlu melakukan ribuan pertukaran untuk sampai ke destinasi tujuan kami. Bas perlu lebih menepati masa, atau sekurang-kurangnya mempunyai papan tanda yang lebih cekap dan mampu memberi maklumat tentang ketibaan bas seterusnya.

Aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan, terutamanya di terminal-terminal pengangkuran seperti di stesen kereta api. Penggunaan kenderaan awam juga sepatutnya lebih menjimatkan dari memandu kenderaan sendiri. Kita juga seharusnya dapat sampai ke lebih pilihan destinasi menggunakan pengangkutan awam dengan adanya lebih bas dan kereta api.

Gloria Ngu, 22Guru,Subang Jaya, Selangor

Saya harap dalam masa 30 tahun akan datang, kita akan dapat memilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama perjalanan.

““

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 41

42 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Pemandu bas mendapat sokongan penuh

daripada Dato’ Sri Hajah Nancy (berbaju biru)

Bas dan hentian masa depan...

Selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) sejak tahun 2013, saya berpeluang menyaksikan usaha gigih dalam kalangan pekerja pengangkutan awam demi memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Sungguhpun mereka seringkali terselindung di belakang tirai, namun pengorbanan dan dedikasi mereka amatlah besar. Sebagai contoh, pemandu-pemandu bas yang bertanggungjawab mengoperasikan rangkaian bas, mereka masuk kerja sewaktu ramai dari kita masih tidur, dan ada kumpulan yang lain bekerja sehingga larut malam. Pokoknya, tanpa mereka, bas kita tidak dapat beroperasi.

Memandu bas adalah salah satu tugas yang terbuka kepada semua, tanpa mengira kaum dan jantina. Memandu bas boleh memberikan tahap pendapatan yang mencukupi, dan tugas ini boleh dilakukan oleh kaum wanita. Di sini, para pemandu wanita amat berupaya untuk menyerlah kerana sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa mereka, walaupun dalam keadaan yang mencabar.

Aspirasi saya adalah supaya kerajaan akan memperluaskan lagi rangkaian bas ke seluruh kawasan bandar dan luar bandar. Saya juga berharap lebih ramai lagi rakyat kita akan menyahut cabaran untuk menjadi pemandu bas supaya tiada lagi masalah kekurangan pemandu bas untuk menggerakkan bas-bas kita yang serba baru demi menawarkan perkhidmatan yang cekap dan lancar.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 43

Aspirasi saya adalah supaya orang ramai memberi sokongan sepenuhnya kepada pengangkutan awam supaya kita dapat bergerak maju sebagai satu negara ke arah kemakmuran dan kebahagiaan.

Saya bukanlah pelajar atau pemandu yang terbaik, namun telah banyak yang saya pelajari dari Rapid KL. Saya berharap untuk kekal menikmati pekerjaan saya, dan diberi peluang mengikuti kursus untuk memperbaiki diri serta meningkatkan kemahiran saya. Saya amat gembira dengan apa yang saya nikmati sekarang, dan segala yang berada di dakapan saya bagaikan tiada bandingan.

Melalui latihan dari Rapid KL, saya belajar untuk rasa syukur atas yang saya miliki hari ini dan berhasrat untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri. Harapan saya untuk masa hadapan adalah supaya saya mampu memperbaiki diri saya, baik dari segi peribadi mahupun profesionalisme, sambil menghantar ribuan orang ke destinasi mereka setiap hari.

Saya berhasrat untuk melihat pengangkutan awam menjadi pilihan utama seluruh negara pada tahun-tahun yang akan datang.

Kecekalan saya bukan kerana saya seorang wanita, tetapi kerana semangat yang utuh untuk sentiasa memberikan yang terbaik setiap hari. Saya bercita-cita bukan setakat menjadi pemandu yang kompeten, tetapi ditempatkan di kalangan pemandu terbaik di Malaysia. Saya menantikan suatu era di mana orang tidak akan memandang serong terhadap pemandu bas wanita. Mereka harus mempunyai keyakinan yang mendalam tentang keupayaan kaum wanita untuk mengendalikan kenderaan berat dengan perasaan penuh tanggungjawab seperti orang lain.

Normizah Mohd Laffi, 42

Alysia Suriana Abu Seman, 37

Norhanim Md Nor, 32

Rohani Mohd Ali, 55

Nur Salizayanti Sholekan, 38

Normizah, Alysia,

Norhanim, Rohani

dan Nur Salizayanti

(kiri ke kanan)

kebolehan wanita disebalik bas rapid kl

44 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Saya tidak suka ulat tiket, jadi pada masa hadapan harus ada penambahbaikkan dari segi automasi dan kecekapan sebagai kunci perjalanan yang lebih baik. Banyak usaha diperlukan untuk penambahbaikkan bas, yang merupakan komponen penting dalam perjalanan batuan terakhir (last mile). Saya juga mencadangkan supaya lebih bas tambahan yang berkualiti disediakan untuk waktu kemuncak seperti musim perayaan. Buat masa ini, bas-bas tambahan untuk musim perayaaan berada dalam keadaan yang sangat teruk. Sikap pemandu bas tambahan juga tidak memuaskan, dengan kebanyakan mereka memandu tidak mengikut peraturan.

Mohd Zuffar Zakari, 22,Pelajar Jurusan Kejuruteraan, UTM Skudai,Alor Setar, Kedah

Banyak usaha diperlukan untuk penambahbaikkan bas, yang merupakan komponen penting dalam perjalanan batuan terakhir (last mile).

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 45

Saya ingin melihat semua terminal bas dinaiktarafkan sehinga menyerupai terminal lapangan terbang, sama seperti suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur. TBS sangat bersih, teratur dan ada kelas tersendiri. Setiap kali saya ke TBS, terasa seperti saya sedang pergi menaiki kapal terbang walhal saya hanya pergi menaiki bas. Tiada tawar-menawar dan tiada jerit pekik dari ulat tiket, dan segala informasi jelas dipaparkan di kaunter tiket. Di situ, saya boleh melihat dan membandingkan maklumat tanpa sebarang gangguan dan tekanan dari penjual. Namun, keselesaan ini tidak dapat dirasai di terminal bas lain di negara ini. Untuk teksi pula, saya cadangkan jika boleh mempertimbangkan harga istimewa untuk pelajar yang kerap menggunakan servis mereka.

Najatul Fitrah Mohd Salleh, 22Pelajar Tahun Akhir UiTM Shah Alam,Chemor, Perak

Saya ingin melihat semua terminal bas dinaiktarafkan sehinga menyerupai terminal lapangan terbang, sama seperti suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

46 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Mencorakkan

mobiliti efisien

di luar Lembah Klang/Kuala Lumpur...

Iskandar Malaysia dijangka memiliki populasi seramai 3 juta orang menjelang tahun 2025, termasuk tenaga kerja seramai 1.34 juta pekerja. Sehubungan dengan ini, kami telah membangunkan Rangka Tindakan Pengangkutan Iskandar Malaysia berlandaskan objektif untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih cekap dan lancar demi menyokong pembangunan sosio-ekonomi yang mampan. Rangka Tindakan ini akan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan ekuiti sosial disamping memelihara alam sekitar.

Pada masa ini, kami mempunyai sambungan yang cekap melalui jalan raya, kereta api, laut dan udara yang menghubungkan Iskandar Malaysia di dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, terdapat juga keperluan khusus untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap, dan yang berupaya menampung jumlah penumpang yang besar melalui liputan perkhidmatan yang meluas pada harga yang berpatutan.

Datuk Ismail IbrahimKetua Pegawai Eksekutif Iskandar Regional Development Authority

Inilah sebabnya kami memulakan sistem Transit Rapid Iskandar Malaysia yang akan merangkumi 90% daripada zon pembangunan ekonomi.

Di samping mempertimbangkan pilihan yang akan mengurangkan pelepasan CO2, kita perlu terus mempromosikan pilihan-pilihan lain, termasuk berjalan kaki dan berbasikal. Dalam jangka panjang, sistem pengangkutan awam pelbagai mod yang cekap adalah penting untuk memastikan kejayaan dan kemampanan mana-mana metropolis pintar seperti Iskandar Malaysia.

Dalam jangka panjang, sistem pengangkutan awam pelbagai mod yang cekap adalah penting untuk memastikan kejayaan dan kemampanan mana-mana metropolis pintar seperti Iskandar Malaysia.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 47

Automasi juga akan menjadikan banyak jenis tugasan di tempat kerja/di pejabat menjadi ketinggalan zaman ataupun langsung tidak diperlukan lagi. Kuasa internet akan mampu menjadi sumber rujukan yang memudahkan mereka yang menggunakannya dengan cekap. Pendidikan akan memberi lebih fokus kepada dunia digital, dan kembara akan lebih berasaskan percutian dan bukan lagi atas urusan kerja.

Inisiatif TN50 sangat genting dalam memastikan rakyat Malaysia di luar Lembah Klang tidak ketinggalan dalam era yang kian berkembang maju dengan pantas. Sifat manusia tidak berubah sejak awal tamadun, dan kebanyakan orang tidak akan berubah walaupun ia adalah untuk masa depan atau perkara yang lebih baik. Tetapi jika ramai rakyat berani menerima perubahan, Malaysia pasti akan muncul sebagai salah satu negara teratas pada tahun 2050.

Saya akan berusia 100 tahun pada tahun 2050, jika saya masih diizinkan bernafas lagi. Dengan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, perubahan pada 33 tahun akan datang akan lebih daripada apa yang saya lihat dan alami sepanjang 66 tahun kehidupan saya.

Apakah rupa atau bentuk pengangkutan pada masa akan datang? Walaupun populasi akan berkembang, peratus orang yang perlu bergerak ke pejabat akan berkurangan kerana kerja boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Malah, prestasi pekerja juga boleh dinilai dan dipantau dengan mudah.

YS ChanJurulatih Industri Pelancongan

Tetapi jika ramai rakyat berani menerima perubahan, Malaysia pasti akan muncul sebagai salah satu negara teratas pada tahun 2050.

“East Coast Rail Link (ECRL)

KL - Singapore High Speed Rail

48 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Tiba masa kini untuk Kota Kinabalu (KK) memikirkan dengan lebih serius tentang pembinaan landasan kereta api untuk untuk menampung kekurangan infrastruktur pengangkutan awam. KK dan kawasan sejauh 20km dari pusat bandar boleh dikira sebagai mini Kuala Lumpur kerana kesesakan lalu lintas sudah menjadi kebiasaan. Apa yang saya dapat perhatikan hanyalah pembinaan jejambat kenderaan di persimpangan utama. Jika sistem pengangkutan awam tidak dinaiktaraf, penduduk tidak mempunyai pilihan selain memiliki kenderaan sendiri, dan ini tidak akan membantu walaupun banyak lagi jejambat dibina.

Stesen integrasi Aeropod yang utama berhampiran Tanjung Aru/KKIA pasti boleh menampung lebih ramai penumpang. Dan sebagaimana kita mempunyai stesen bas yang baru (KK Sentral), mungkinkah landasan kereta api boleh disambungkan ke stesen bas tersebut? Seperti trem terkemuka di San Francisco, alangkah bagusnya jika penduduk KK juga diberi perkhidmatan kereta api, dan saya pasti ini akan menjadi tarikan pelancong. Jabatan Kereta Api Sabah harus diberi peranan dalam membawa perubahan dalam pengangkutan awam.

Yeoh Chuan Shuan, 45Ahli Kimia,Kota Kinabalu

Jika sistem pengangkutan awam tidak dinaiktaraf, penduduk tidak mempunyai pilihan selain memiliki kenderaan sendiri, dan ini tidak akan membantu walaupun banyak lagi jejambat dibina.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 49

Alangkah baiknya jika keseluruhan semenanjung diliputi dengan rel berkelajuan tinggi. Pembinaan rel berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura merupakan langkah permulaan yang baik. Dalam segi perkhidmatan rel secara amnya, kita perlu menambah liputan rangkaian rel dan juga jumlah gerabak supaya kita bersedia menanggani jumlah penumpang yang lebih besar di masa hadapan. Saya juga ingin melihat sambungan rel dari Butterworth ke Pulau Pinang supaya masa pengguna dapat dijimatkan. Penambahbaikan juga harus dilakukan dari aspek kejituan masa pelepasan kereta api demi menyakinkan rakyat bahawa sistem pengangkutan boleh diharapkan.

M. Puspanathan, 55Kakitangan KTMB

Alangkah baiknya jika keseluruhan semenanjung diliputi dengan rel berkelajuan tinggi. Pembinaan rel berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura merupakan langkah permulaan yang baik.

50 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Keadaan pengangkutan awam di sini sangat menyedihkan, dan lebih menyayatkan hati ialah ia kelihatan semakin teruk. Kami tidak boleh ke mana-mana melainkan menggunakan kenderaan sendiri. Satu-satunya saguhati sejak Ogos 2016 ialah ketersediaan Grab dan Uber.

Saya mengharapkan peningkatan dari segi kekerapan, kemampuan harga tiket, dan pembesaran rangkaian laluan bas awam di sekitar Kota Kinabalu dan juga kawasan yang terletak di dalam jejari sebesar 30km dari pusat bandar kerana keperluan ini rata-rata tidak dipenuhi oleh sistem yang ada sekarang.

Sophie Chen, 42Pendidik,Kota Kinabalu

Impian saya untuk bas ialah supaya ia mempunyai tahap kebolehpercayaan, konsistensi, dan kekerapan seperti bas awam Singapura / Taiwan, dengan harga yang berpatutan seperti bas awam di China.

Impian saya untuk bas ialah supaya ia mempunyai tahap kebolehpercayaan, konsistensi, dan kekerapan seperti bas awam Singapura / Taiwan, dengan harga yang berpatutan seperti bas awam di China – RMB2 (RM1.30) untuk semua perjalanan. Saya ingin perkhidmatan yang berfungsi dan boleh diharapkan, di mana kanak-kanak, orang tua, pelajar, suri rumah, pekerja, dan kaum wanita boleh sampai ke destinasi mereka tepat pada waktunya!

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 51

Terengganu adalah sebuah negeri yang sangat indah dan unik. Namun, apabila kita lihat soal pengangkutan awam, Terengganu masih jauh ketinggalan. Sungguhpun kami memiliki bas buatan kayu yang agak unik, ini adalah tidak mencukupi. Hasilnya, ia menjadi beban kepada kami yang mempunyai urusan di sekitar Kuala Terengganu. Kesesakan lalu lintas, kekurangan tempat letak kenderaan dan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab memberikan banyak kerumitan. Walaupun Grab dan Uber kini hadir di Kuala Terengganu, ini masih tidak menyelesaikan masalah kami. Apa yang kami harapkan ialah untuk mempunyai kemudahan yang setara dengan Kuala Lumpur, sebagai contoh, LRT and monorel. Ini akan mengurangkan kesesakkan lalu lintas dan menyenangkan hidup kami, terutamanya apabila kami mempunyai urusan di bandar.

Nor Fatin Abdul Jabar, 24Pelajar Sarjana Muda,Kuala Terengganu

Apa yang kami harapkan ialah untuk mempunyai kemudahan yang setara dengan Kuala Lumpur, sebagai contoh, LRT and monorel.

52 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 53

Saya berharap di bawah TN50, bandar-bandar yang lebih kecil seperti Kota Bharu akan mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan awam.

Saya berharap di bawah TN50, bandar-bandar yang lebih kecil seperti Kota Bharu akan mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan awam. Bandar ini semakin berkembang dan kelihatan terlalu banyak kenderaan persendirian, terutamanya ketika musim perayaan.

Lin Mei Li, 45Pembantu Pentadbir Pejabat,Kota Bharu, Kelantan

Saya berhasrat untuk melihat kehadiran ETS dan MRT di Sabah dan Sarawak. Alangkah baiknya jika bandar-bandar di kedua-dua negeri ini boleh dihubungkan dengan rel. Saya juga berharap bahawa rel berkelajuan tinggi akan dibina untuk penduduk di semenanjung kerana ini akan memberikan lebih pilihan kepada rakyat semasa mereka ingin mencari tempat tinggal dan kerja. Jika mereka bekerja di bandar, mereka boleh memilih untuk tinggal di tempat yang mempunyai kos yang lebih rendah.

Cayn Chira Sompun, 17Jeniang, Kedah

Saya berhasrat melihat ETS dan MRT di Sabah dan Sarawak, dan rel berkelajuan tinggi di semenanjung.

54 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Pandangan dari pihak

berkepentingan industri...

Terdapat keperluan yang segera untuk mengkaji kemampanan industri logistik, terutamanya pengangkutan trak, kerana ia merupakan salah satu cara yang paling intensif dari segi pengeluaran karbon. Sehubungan itu, rejim dwi pelesenan yang dipraktikkan sekarang harus dimansuhkan kerana ia menyebabkan sistem pengangkutan menjadi tidak cekap. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengasingkan pelesenan dan operasi pengangkutan kontena dari trak kargo umum. Oleh yang demikian, negara kehilangan jutaan ringgit setiap tahun dari perjalanan pulang trak kontena dan trak kargo umum yang tidak membawa muatan, dan fenomena ini menjejaskan alam sekitar dan perniagaan.

Trak yang paling moden pada masa ini pun hanya boleh meliputi jarak lebih kurang 2.5km untuk setiap liter diesel, dan ini merupakan jejak karbon yang agak besar.

Daripada perspektif makro, terdapat juga keperluan untuk mengintegrasikan pengangkutan kargo melalui kereta api kerana ia mampu mengurangkan kesesakan jalanraya

Alvin ChuaPresiden Persekutuan Penghantar Fret Malaysia

dan jejak karbon secara keseluruhan.

Demi kelestarian jangka panjang industri, pihak berkuasa perlu melaraskan pendekatan pengawalseliaan mereka supaya kecekapan dan skala ekonomi dapat dicapai dalam era data besar (big data) dan Internet Menyeluruh (Internet of Things). Kami berharap semua isu ini akan diselesaikan agar ekonomi negara kita kekal berdaya saing.

Daripada perspektif makro, terdapat juga keperluan untuk mengintegrasikan pengangkutan kargo melalui kereta api kerana ia mampu mengurangkan kesesakan jalanraya dan jejak karbon secara keseluruhan.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 55

Selain infrastruktur yang baik dan rangkaian jalan raya yang cekap, Malaysia perlu merangkul aspek yang lain seperti mengguna pakai inovasi dan modal berasaskan pengetahuan sebagai sokongan penting untuk industri pengangkutan barangan dan logistik.

Dengan memanfaatkan data besar (big data) dan kepintaran buatan (artificial intelligence), perancangan logistik akan menjadi lebih efektif dalam menghubungkan trak, kapal, kereta api, pelabuhan dan pengilang melalui suatu jaringan pintar.

Dari segi aspek perkakasan, negara juga harus menggunakan teknologi untuk meningkatkan keselamatan seperti pencegahan perlanggaran

Anthony TanPresiden Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia 1987

dan kenderaan automatik untuk membantu pemandu lori. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui juga harus digalakkan untuk mengurangkan jejak karbon kerana asap dari trak mampu meninggalkan kesan yang nyata terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Penambahbaikan kawalseliaan juga merupakan salah satu aspek penting, dan industri logistik mengharapkan akan adanya satu agensi yang utama untuk mengawalselia dan menyediakan sokongan mesra-perniagaan agar industri akan terus berkembang seiring dengan globalisasi perdagangan. Usaha perlu dilakukan untuk mempermudahkan prosedur pengisytiharan kastam bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan. Secara

Dengan memanfaatkan data besar (big data) dan kepintaran buatan (artificial intelligence), perancangan logistik akan menjadi lebih efektif dalam menghubungkan trak, kapal, kereta api, pelabuhan dan pengilang melalui suatu jaringan pintar.

keseluruhan, kami ingin melihat Malaysia berkembang menjadi hab pengangkutan dan logistik serantau yang penting di bawah TN50.

56 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

Datuk Asfar AliYang diPertua, Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA)

Kerajaan harus mengambil langkah serta merta untuk memastikan kemampanan industri bas berhenti-henti dan bas ekspres kerana kami menghadapi banyak cabaran.

Untuk masa akan datang, saya berharap kerajaan akan lebih memberi perhatian kepada cadangan dan maklum balas yang telah disampaikan kepada pelbagai bahagian dan agensi yang berbeza selama ini. Salah satu perkara yang kami nantikan adalah penubuhan agensi ‘sehenti’ yang boleh memenuhi keperluan kami. Buat masa sekarang, terlalu banyak agensi, bermula dari Unit Perancang Ekonomi, ke Kementerian Pengangkutan, ke Jabatan Pengangkutan Jalan, sehinggalah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Lebih dari itu, kami mengharapkan adanya pihak yang lebih peka kepada rintihan kami selama ini. Kerajaan harus mengambil langkah serta merta untuk memastikan kemampanan industri bas berhenti-henti dan bas ekspres kerana kami menghadapi banyak cabaran.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 57

Corak pelancongan antarabangsa kini menampakkan kecenderungan terhadap pelancong gaya bebas, iaitu individu atau kumpulan, terutamanya dari China, yang tidak terikat dengan agensi pelancongan semasa melawat destinasi mereka.

Walaupun tiada kekurangan hotel mewah di Malaysia, infrastruktur sokongan untuk pengangkutan pelancongan masih belum memuaskan. Sebagai contoh, ketersediaan kenderaan pelancongan mewah, terutamanya untuk kumpulan kecil dan keluarga berpendapatan tinggi, tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Sehubungan ini, pihak berkuasa pengawalseliaan juga harus bergerak seiring dengan aliran masa untuk membantu industri menarik lebih banyak pelancong berpendapatan tinggi. Dari segi ini, MATTA telah meminta pengecualian duti import untuk kenderaan pelancongan mewah, serta peluasan pengecualian duti eksais untuk meliputi semua kelas kenderaan pelancongan.

MATTA berharap kerajaan akan terus meningkatkan pelaburan dalam bidang pelancongan. Ini adalah berbaloi kerana pelancongan akan memberi pulangan berkali ganda dari jumlah pelaburan asal, dan manfaat dari sektor ini juga boleh memberi manfaat kepada sektor yang lain.

Kami berharap pelancong yang sampai ke Malaysia akan mendapat sambutan yang mesra, dan dalam aspek ini, sistem pangangkutan mestilah cekap dan mesra pengguna demi memberikan suatu pengalaman yang positif kepada semua.

Datuk Tan Kok LiangPresiden Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA)

Walaupun tiada kekurangan hotel mewah di Malaysia, infrastruktur sokongan untuk pengangkutan pelancongan masih belum memuaskan.

58 | Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050

5 Etika pengangkutan awam yang perlu anda tahu dan ikut

Saya ingin melihat peningkatan besar dalam sikap bertanggungjawab serta peradaban dari pengguna pengangkutan awam dalam tempoh TN50.“

Kami berharap untuk melihat kelulusan dari pihak berkuasa untuk menyemak semula kadar tambang supaya industri bas ekspres mampu berkembang untuk manfaat orang ramai dan juga para pengusaha. Kos penyelenggaraan telah naik sejak beberapa tahun yang lalu, manakala tambang masih kekal pada kadar lama. Kami dihimpit oleh kenaikan harga bahan api, dan juga cukai barangan dan perkhidmatan yang kami tidak boleh tuntut dari pelanggan kami.

Saya tidak berani meneka apakah yang akan menanti pengusaha bas menjelang 2050. Apa yang saya boleh perkatakan ialah pengendali bas di semenanjung kini menghadapi pelbagai rintangan, sungguhpun perkhidmatan bas adalah penting kepada rakyat. Saya berani mengatakan bahawa ada beberapa ahli kami agak bersedia untuk menggulung tikar pada bila-bila masa sahaja. Kerajaan harus memberikan bantuan, atau membenarkan kenaikan tambang, dengan kadar segera.

Che Ibrahim Che IsmailPresiden, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA)

1 Beri la luan kepada pengguna yang ingin keluar

Kami berharap untuk melihat kelulusan dari pihak berkuasa untuk menyemak semula kadar tambang supaya industri bas ekspres mampu berkembang untuk manfaat orang ramai dan juga para pengusaha.

Pengangkutan Awam Darat Menuju Ke Era 2050 | 59

Saya ingin melihat peningkatan besar dalam sikap bertanggungjawab serta peradaban dari pengguna pengangkutan awam dalam tempoh TN50. Penjiwaan etika dan tingkah laku yang baik, serta pengwujudan persekitaran bebas jenayah dan vandalisme, akan menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama dalam minda semua orang.

Tidak ada satu pun infrastruktur yang akan memadai dan berkekalan, dan tidak akan ada satu kereta api yang akan memuaskan dari segi kelajuan atau keselesaan, jika tidak diiringi dengan perubahan sikap pengguna, sebagai contoh, tidak mengamalkan vandalisme. Pengangkutan awam

Nur Asmah Sepo, 25Jurutera Penyelenggaraan Fasiliti,Prasarana Malaysia Bhd

dibina untuk memenuhi keperluan majoriti, jadi terpulang kepada kami untuk memastikan apa yang diberi mampu bertahan untuk jangka masa 30 tahun akan datang, dan mendatangkan lebih banyak manfaat kepada generasi akan datang.

Dalam pada ini, pengendali pengangkutan awam juga perlu mendalami aspek tingkah laku dan tabiat pengguna supaya pengendali boleh mencetuskan lebih pengalaman positif untuk pengguna semasa mereka menggunakan kemudahan pengangkutan awam, dan bukan hanya memberikan tumpuan kepada “aspek-aspek operasi”.

Jangan makan, minum

dalam tren serta merosakkan

harta benda awam

43 Jangan letakkan barang di tempat duduk kosong

2 Berikan tempat duduk kepada yang lebih memerlukan

5 Berdiri di sebelah kiri, ja lan di sebelah kanan

PENGANGKUTANMENUJU KE ERA2050 Sebuah Koleksi

Aspirasi Rakyatwww.spad.gov.my

SPAD.my

spadmalaysia

SPAD Channel

myspadtv

1 800 88 SPAD(7723)[email protected]