pengamalan solat

14
Pengamalan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak Sharifah Nur Binti Abu Jabatan Pengajian Am Politeknik Kuching Sarawak [email protected] Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) terhadap kepentingan dan pengamalan ibadah solat dalam kehidupan seharian mereka dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu tahap pengetahuan, pengamalan dan faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar melaksanakan ibadah solat serta hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam Pentaksiran Berterusan. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar muslim semester 1 yang mendaftar kursus AA101 (Pendidikan Islam 1). Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 150 orang iaitu satu perdua daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar kursus AA101. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Penyelidik menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan peratus serta statistik inferensi Korelasi Person dengan menggunakan Perisian Statistical Package For The Social Sciences ( SPSS ) versi 15.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengetahui dan memahami tentang kepentingan solat. Namun, tahap pengamalan pelajar dalam melaksanakan solat masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat dalam kalangan pelajar semester 1 PKS, khususnya di kamsis Desa Serapi. Katakunci- amalan solat fardhu, pencapaian pelajar semester 1 PKS Abstract The purposes of this research are to find out how far students of PKS understand the importance of solat and its practice in their life as well as its relation with student’s achievement. The scopes of this research are level of knowledge, practice and main factors that might influence students in doing their solat and its relationship with students’ achievement in continuous assessment. The respondents in this research are Muslim students from semester one who have registered for the AA101 course (Pendidikan Islam 1). Samples are taken from 150 students which are half of the total students registered for the course. The research instrument is questionnaire. Descriptive statistic is used in finding the value of min and percentage while a 15.0 version of Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) is used to obtain statistical inference of Pearson's correlation. Result of the analysis shows that respondents know and understand well the importance of solat. However, their practice of solat is dissatisfying. Therefore, several suggestions will be presented to the party responsible in order to increase the awareness of practicing solat among semester one students of PKS, Kamsis Desa Serapi specifically.

Upload: aazli7019

Post on 28-Oct-2015

467 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Pengamalan solat

Pengamalan Solat Fardhu Dalam Kalangan

Pelajar Politeknik Kuching Sarawak

Sharifah Nur Binti Abu

Jabatan Pengajian Am

Politeknik Kuching Sarawak

[email protected]

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) terhadap kepentingan dan pengamalan ibadah solat dalam kehidupan seharian mereka dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu tahap pengetahuan, pengamalan dan faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar melaksanakan ibadah solat serta hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam Pentaksiran Berterusan. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar muslim semester 1 yang mendaftar kursus AA101 (Pendidikan Islam 1). Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 150 orang iaitu satu perdua daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar kursus AA101. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Penyelidik menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan peratus serta statistik inferensi Korelasi Person dengan menggunakan Perisian Statistical Package For The Social Sciences ( SPSS ) versi 15.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengetahui dan memahami tentang kepentingan solat. Namun, tahap pengamalan pelajar dalam melaksanakan solat masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat dalam kalangan pelajar semester 1 PKS, khususnya di kamsis Desa Serapi.

Katakunci- amalan solat fardhu, pencapaian pelajar semester 1 PKS

Abstract

The purposes of this research are to find out how far students of PKS understand the importance of solat

and its practice in their life as well as its relation with student’s achievement. The scopes of this research

are level of knowledge, practice and main factors that might influence students in doing their solat and its

relationship with students’ achievement in continuous assessment. The respondents in this research are

Muslim students from semester one who have registered for the AA101 course (Pendidikan Islam 1).

Samples are taken from 150 students which are half of the total students registered for the course. The

research instrument is questionnaire. Descriptive statistic is used in finding the value of min and percentage

while a 15.0 version of Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) is used to obtain statistical

inference of Pearson's correlation. Result of the analysis shows that respondents know and understand well

the importance of solat. However, their practice of solat is dissatisfying. Therefore, several suggestions will

be presented to the party responsible in order to increase the awareness of practicing solat among semester

one students of PKS, Kamsis Desa Serapi specifically.

Page 2: Pengamalan solat

PENDAHULUAN

Solat adalah tiang agama yang mana ibadah solat adalah sebesar-besar ibadah yang mendekatkan hamba

kepada Tuhannya dan ia adalah seteguh-teguh perhubungan makhluk dan penciptanya. Sabda Rasulullah

s.a.w. “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya dia sudah menegakkan

agama dan barangsiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia meruntuhkan agama”. Solat

menurut syara’ ditakrifkan sebagai “beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan

disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan”. Solat lima waktu wajib dilakukan ke

atas umat Islam yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak gugur selagi hayat dikandung badan.

Solat juga merupakan ibadah yang paling istimewa dan penting yang mula-mula sekali dihisab

dan diadili oleh Allah S.W.T pada hari kiamat kelak. Jika solat kita baik dan sempurna maka baik seluruh

ibadah yang lain akan menjadi sempurna. Sebaliknya jika solatnya tidak sempurna maka akan dilanjutkan

pemeriksaan ibadah-ibadah yang lain iaitu puasa, zakat, haji dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W

bermaksud: Dari Abdullah bin Qurt, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Yang pertama

dihizab dari seorang hamba di Hari Kiamat ialah solatnya. Apabila solatnya baik maka baiknya seluruh

amalannya tetapi jika solatnya rosak maka rosaklah seluruh amalannya”.

.

Sebagaimana yang diketahui solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi SAW secara

langsung daripada Allah SWT, ketika nabi SAW mengadap Allah SWT di “Sidratul Muntaha” dalam

peristiwa Isra’ Mikraj, ibadah solat adalah berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan

lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril AS sebagai pembawa wahyu. Ini

adalah satu kenyataan bahawa ibadah solat itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT (Anisah Ab.Ghani

(2001)1.

Lantaran solat merupakan ibadah utama sebagaimana yang digariskan di dalam rukun Islam maka

perbuatan meninggalkan solat dengan sengaja dalam keadaan sedar dan waras menggambarkan individu

tersebut mempunyai sikap yang tidak menitikberatkan soal beragama dan cuai terhadap tanggungjawab

besar yang telah diamanahkan. Malahan individu yang tidak melaksanakan ibadah solat dilihat rapuh iman

dan taqwanya kerana tidak terkesan dengan ancaman dahsyat yang banyak dinyatakan dalam sumber

agama terhadap mereka yang meninggalkan solat.

Oleh itu, umat Islam haruslah saling mengingati supaya jangan meninggalkan perkara yang

diperintah oleh Allah S.W.T. Janganlah meninggalkan solat lima waktu yang merupakan benteng dan

kekuatan ukhuwah antara hamba dan penciptanya. Justeru itu, marilah kita sama-sama melaksanakan solat

fardhu ini dengan ikhlas dan sempurna.

LATAR BELAKANG MASALAH

Solat merupakan satu ibadah yang diwajibkan keatas setiap orang Islam dan solat yang sempurna juga

dapat menjauhkan manusia dari segala perbuatan mungkar. Menurut Mohd Arshad (1999)2, solat dapat

mengukuhkan iman dan memperisaikan diri dari amalan keji dan mungkar. Meninggalkan solat lima

waktu dengan sengaja adalah berdosa dan Allah SWT telah mensyariatkan ibadah ini di dalam Al-Quran

bahawa barang siapa yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja akan mendapat balasan di dunia

dan di akhirat. Malah, orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali dan

ianya terlebih keji daripada iblis.

Sedih sekali apabila kita melihat generasi masa depan enggan sujud kepada penciptanya.

Sebenarnya isu inilah yang lebih bahaya bagi Umat Islam kini daripada isu dadah, mat rempit,

pembuangan bayi, gejala sosial dan sebagainya. Punca segala masalah-masalah sosial yang berlaku hari

ini kerana kebanyakan remaja meninggalkan ibadah solat dengan sewenangnya tanpa rasa bersalah kepada

PenciptaNya. Mereka lebih cenderung ke arah aktiviti kehidupan keduniaan daripada melakukan ibadat

kepada Allah SWT.

1 Anisah Ab.Ghani (2001). Konsep dan Pengamalan Solat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

2 Mohd Arshad (1999). Solat Fardhu sebagai Wadah Jamaah dan Perpaduan Ummah.

Page 3: Pengamalan solat

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah hasil daripada pemerhatian dan pengalaman penyelidik

mengajar selama hampir tiga tahun di Politeknik Kuching yang mendapati bahawa tahap pengamalan solat

di kalangan pelajar amat lemah. Hati mana yang tidak terluka dan kecewa apabila masuk ke kelas yang

pelajarnya agak pandai dan mendapati hanya satu pertiga daripada pelajar dalam kelas tersebut yang

menunaikan solat fardhu dengan sempurna. Begitu juga jika ditanya di dalam kelas-kelas yang lain,

ternyata jawapan yang diberikan adalah terlalu hampa untuk diterima. Inilah realitinya yang berlaku

sekarang di Politeknik Kuching.

Menerusi temubual secara tidak langsung di dalam kelas untuk beberapa semester yang lepas,

alasan yang diberikan oleh pelajar adalah disebabkan kurangnya kesedaran, motivasi dan kefahaman

dalam pelaksanaan solat yang menyebabkan mereka memandang remeh terhadap amalan solat. Dalam

diri mereka juga, tiadanya sikap ingin mengetahui serta mendalami secara terperinci tentang kelebihan dan

hikmat yang diperolehi dengan melakukan solat serta balasan yang akan diterima bagi yang

meninggalkannya. Mereka juga kurang berminat dan malas serta tidak mempunyai kesungguhan terhadap

penimbaan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu keagamaan dan mendalami pengetahuan mengenai

Islam. Kejahilan ini yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk melakukan solat. Daripada situasi

tersebut, penyelidik cuba untuk mengetahui sejauhmana kekerapan pelajar dalam melaksanakan solat.

PENYATAAN MASALAH

Wujud masalah ini apabila ramai pelajar muslim yang tidak menunaikan solat subuh dan solat zohor tanpa

sebarang alasan yang munasabah. Berdasarkan temubual secara tidak langsung di dalam kelas, salah satu

punca masalah ini berlaku adalah disebabkan kurang kesedaran diri untuk melaksanakan solat dan

menganggap solat itu sebagai perkara yang remeh. Mereka juga mengatakan tiada dorongan daripada

masyarakat sekeliling untuk melaksanakan solat. Malahan ada segelintir ibubapa pelajar yang tidak pernah

menunaikan solat tetapi hanya mengharapkan anak-anak untuk melaksanakannya. Menurut Rosnah

(2007)3, ibubapa yang kurang memberi penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anaknya akan

menyebabkan pelajar tidak melakukan ibadah solat dirumah maka ia memberi contoh yang kurang baik

kepada pelajar untuk mempraktikkan dan mengamalkannya dirumah. Pada hakikatnya pendidikan solat

bukan sahaja perlu diberi penekanan dirumah semata-mata tetapi harus bermula dirumah. Kegagalan

sistem kekeluargaan itu sendiri dalam mendidik anak-anak untuk melakukan solat akan menyukarkan guru

untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas beberapa objektif yang

dicadangkan oleh penyelidik agar dapat mengetahui dan melihat sejauhmana tahap kefahaman pelajar

Politeknik Kuching mengenai kepentingan dan pengamalan solat fardhu dalam kehidupan. Ini

memandangkan mereka merupakan modal insan ataupun aset yang penting penyambung generasi akan

datang. Jadi sebelum melihat kepada ibadah-ibadah harian yang lain adalah baiknya terlebih dahulu

penyelidik ingin melihat dalam ibadah solat.

DEFINISI ISTILAH KAJIAN

Definisi istilah yang dikemukakan adalah untuk menjelaskan beberapa istilah secara spesifik yang

berkaitan dengan tajuk kajian. Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisikan di dalam kajian ini

supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Istilah-istilah tersebut ialah:

A) Pengamalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 42) amalan bermaksud sesuatu yang dilakukan

(dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan padanya. Pengamalan iaitu kekerapan

seseorang dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan/ amalan.

Menerusi kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kekerapan pelajar semester 1, PKS

menunaikan solat dalam kehidupan seharian.

3 Rosnah (2007). Meningkatkan Kesempurnaan Solat Di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Perak

dengan Memperkasakan Rukunnya.

Page 4: Pengamalan solat

B) Solat

Kamus Dewan (2007: 1514) mentakrifkan sebagai sembahyang dalam agama Islam. Manakala menurut

Ensiklopedia Islam (2005: 121) solat adalah suatu yang terdiri atas ucapan dan perbuatan tertentu yang

dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat tertentu.

Dalam kajian ini solat yang dimaksudkan merujuk kepada solat fardhu yang wajib dilaksanakan 5

waktu sehari semalam keatas setiap umat Islam yang berakal dan baligh.

OBJEKTIF KAJIAN

A) Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar Politeknik Kuching terhadap

kepentingan ibadah solat dalam kehidupan seharian dan tahap pengamalan solat fardhu.

B) Objektif Khusus

Antara objektif kajian adalah seperti berikut:-

1. Untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Politeknik Kuching terhadap kepentingan ibadah solat

dalam kehidupan seharian.

2. Untuk mengetahui tahap pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar Politeknik Kuching.

3. Untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar Politeknik Kuching

melaksanakan ibadah solat.

KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam umumnya.

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu:-

1. Memberi kesedaran kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) memandangkan mereka

merupakan modal insan atau aset yang penting penyambung generasi akan datang.

2. Memberi pendedahan kepada pelajar PKS akan kepentingan ibadah solat dalam kehidupan

seharian umat Islam disamping tugas menuntut ilmu.

3. Menggalakkan semua pelajar muslim PKS khususnya dan staf PKS untuk melaksanakan solat

dalam apa jua keadaan dan situasi.

4. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia dan pensyarah Politeknik Kuching agar dapat membuat perancangan jangka pendek dan

jangka panjang untuk memastikan pelajar-pelajar Politeknik yang beragama Islam faham dan

melaksanakan solat dengan sempurna bagi melahirkan pelajar Politeknik yang seimbang antara

keperluan dunia dan akhirat.

SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Politeknik Kuching Sarawak yang melibatkan pelajar-pelajar Islam semester 1

yang mengambil kursus AA101 Pendidikan Islam 1 terdiri daripada pelbagai jabatan. Seramai 150 orang

responden iaitu satu perdua daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar kursus tersebut telah

dipilih secara rawak.

Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pengetahuan pelajar terhadap

kepentingan solat, tahap pengamalan solat serta faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar

Politeknik Kuching untuk melaksanakan solat fardhu.

Page 5: Pengamalan solat

METODOLOGI KAJIAN

A) Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif. Menurut Mohd Majid Konting

(2004)4, penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu

fenomena yang sedang berlaku. Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk melihat

sejauhmana tahap kefahaman pelajar Politeknik Kuching terhadap kepentingan ibadah solat. Selain itu

penyelidikan ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengamalan solat fardhu dan faktor-faktor utama

yang mempengaruhi pelajar Politeknik Kuching untuk menunaikan solat. Penyelidik cuba untuk

mendapatkan maklumat dan data mengenai perkara diatas melalui sampel yang diperolehi daripada

responden.

B) Populasi dan Sampel Kajian

Populasi ialah semua ahli dalam kelompok individu yang akan dikaji (Mohd. Najib Ghafar, 1999)5

Manakala menurut Mohd Majid Konting (2004)6, pula populasi merujuk kepada satu set ciri yang

menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Sample dalam

kajian ini adalah pelajar muslim Politeknik Kuching, terdiri daripada enam jabatan iaitu Jabatan

Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM),

Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK), Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (JTMK). Responden dalam kajian ini hanya dipilih secara rawak seramai 150 orang

responden sahaja. Kajian ini menggunakan sample yang dipilih daripada sejumlah populasi seramai 317

orang pelajar.

Tujuan Penyelidik memilih pelajar semester 1, PKS sebagai sampel kajian adalah berdasarkan

kepada faktor bahawa mereka telah mengikuti “Kursus Pemantapan Solat” yang telah dilaksanakan oleh

Unit Pendidikan Islam & Moral, PKS.

C) Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data dari sampel kajian. Menurut Mohd. Najib

Ghafar (1999)7, instrumen kajian juga menentukan jenis data yang diperoleh dan ini mempengaruhi jenis

analisis penyelidik.

Teknik pengumpulan data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang

soal selidik. Soal selidik adalah kaedah yang paling banyak dan popular digunakan dalam kajian sains

sosial. Menurut Mohd. Najib Ghafar (1999)8, menyatakan soal selidik merupakan alat ukur yang

digunakan dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat terutamanya dalam

fakta-fakta kepercayaan, perasaan dan sebagainya.

Borang soal selidik yang digunakan adalah berbentuk soalan berstruktur yang memerlukan sampel

untuk menjawab persoalan yang diberikan sahaja mengikut kesesuaiannya. Soalan soal selidik terbahagi

kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Demografi Responden), bahagian B (Kepentingan Solat), bahagian

C (Pengamalan Solat) dan bahagian D (Faktor-faktor pelajar melaksanakan solat).

Kelebihan soalan berbentuk ini adalah memudahkan penyelidik untuk memasukkan data atau

jawapan. Manakala bagi pihak respondan pula mereka tidak memerlukan penulisan yang penuh untuk

menjawab sebaliknya hanya menandakan jawapan yang sesuai dengan masa yang singkat sahaja. Namun

terdapat kelemahan yang mana penyelidik tidak dapat menyediakan ruang jawapan kepada jawapan-

jawapan berkaitan yang ingin disampaikan kepada penyelidik. Respondan mungkin akan menjawab

4 Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5 Mohd. Najib Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknogi Malaysia.

6 Ibid. hlm. 37

7 Ibid. hlm. 37

8 Ibid. hlm. 30

Page 6: Pengamalan solat

sambil lewa dan tidak menjawab mengikut susunan soalan, kadang-kadang sesetengah soalan

mengandungi unsur untuk menguji kejujuran (Ahmad Sunawari Long, 2005)9.

D) Kajian Rintis

Sebelum melakukan kajian sebenar ke atas responden, penyelidik telah menjalankan kajian rintis terlebih

dahulu. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item-item soal

selidik yang dibina oleh penyelidik. Melalui kajian rintis, penyelidik dapat mengenal pasti kesukaran-

kesukaran item seperti salah faham terhadap soalan oleh responden, arahan yang tidak jelas dan masalah-

masalah yang berkaitan. Untuk tujuan kajian rintis ini penyelidik memilih 30 orang pelajar Jabatan

Kejuruteraan untuk menjawab soalan.

Menurut Mohd. Najib Ghafar (1999)10

, selepas menjalankan kajian rintis ini, penyelidik boleh

menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubahsuai atau dikekalkan. Selain itu melalui kajian rintis juga,

penyelidik boleh berbincang dengan sampel rintis tentang masalah yang mungkin ada tentang ujian dari

segi pernyataan soalan, bahasa, kaedah pentadbiran dan jangkamasa menjawab soalan.

Kajian rintis telah dijalankan di Politeknik Kuching terhadap 30 orang pelajar muslim semester 3

yang mengambil kursus Tamadun Islam. Hasilnya nilai skor Cronbach’s Alpha yang diperolehi untuk

keseluruhan item soalan ialah 0.735. Pentafsiran pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima mengikut

pengamal penyelidikan dalam sains sosial ialah lebih daripada Alpha = 0.6. Dengan menggugurkan

butiran-butiran yang merendahkan pekali tersebut (dalam construct dan indicator item), penyelidik boleh

meningkatkan nilai reliabiliti terhadap alat ukur.

Menurut Mohd Majid Konting (2004)11

, tahap Alpha = 0.71 – 0.99 adalah tahap yang terbaik

(71% - 99%) kebolehpercayaan item oleh sampel. Fraenkel dan Wallen (1996) meletakkan nilai reliability

item yang diterima pada tahap Alpha = 0.70 - 0.99. Ini bererti soal selidik yang dibina mempunyai

kebolehpercayaan yang baik kerana nilai koefisiennya melebihi 0.7. Setiap nilai skor Cronbach’s Alpha

bagi soalan kepentingan solat, pengamalan solat dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk

melaksanakan solat dapat ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1

Nilai Skor Cronbach’s Alpha bagi Setiap Bahagian dalam Soal Selidik

Bil Perkara Cronbach’s

Alpha

1 Kepentingan Solat (8 item) 0.676

2 Pengamalan Solat (5 item) 0.951

3 Faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar Untuk Solat (9 item) 0.819

E) Metod Analisis Data

Maklumat dan sumber yang diperolehi adalah berbentuk kuantitatif. Penganalisisan data dalam kajian ini

dilakukan dengan berbantukan komputer. Data yang diperolehi daripada soal selidik dimasukkan ke dalam

komputer dan diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)

version 15.0. Data kemudiannya dianalisa dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi

kolerasi person. Statistik deskriptif yang digunakan ialah pencarian nilai min dan peratus.

LITERATURE REVIEW

Dalam kajian ini, penyelidik mengambil beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian

“Pengamalan Solat Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching”. Tujuan penyelidik mengambil kajian

9 Ahmad Sunawari Long (2005). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia. 10

ibid. hlm 45 11

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 7: Pengamalan solat

lepas adalah untuk menguatkan kajian yang akan dijalankan dan secara tidak langsung ia membantu

penyelidik menjalankan kajian tersebut.

Menurut kajian Ramli Awang dan Rosmaziah Abdul Kadir (2009)12

, menyatakan tujuan kajian

adalah untuk mengenalpasti tahap pengamalan solat sunat di kalangan pelajar Sarjanamuda Pendidikan

Islam (SPI), jenis-jenis solat sunat yang diamalkan dan faktor-faktor yang mendorong pelajar SPI untuk

melaksanakan solat sunat. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mengetahui dan memahami tentang

solat-solat sunat. Namun tahap pengamalan pelajar dalam melaksanakan solat sunat masih kurang

memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan

bagi meningkatkan tahap kefahaman dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat sunat di kalangan pelajar

SPI, khususnya di kampus.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd Suhardi Bin Mat Jusoh (2001)13

, beliau mendapati

bahawa tahap pengamalan solat fardhu adalah berbeza-beza di kalangan remaja Islam. Buktinya ialah

peratusan pelajar remaja yang mengerjakan solat fardhu secara konsisten hanyalah sebanyak 53.2%

manakala bakinya iaitu sebanyak 46.7% lagi berpendapat mereka tidak konsisten di dalam mengerjakan

solat fardhu. Sifat malas dan sibuk dengan urusan lain merupakan di antara sebab utama kebanyakan pelajar

remaja meninggalkan solat fardhu. Kenyataan ini terbukti apabila seramai 77.8% responden memberi

jawapan bahawa punca utama mereka meninggalkan solat fardhu adalah kerana malas dan sibuk dengan

urusan lain.

Menurut Siti Rokiah Binti Abdul Ghani (2007)14

, kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat

tahap amalan solat dan hubungannya dengan akhlak pelajar. Hasil utama kajian ini mendapati bahawa tahap

amalan solat dan tahap akhlak pelajar adalah berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati tidak

terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang

signifikan dalam amalan solat berdasarkan pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM. Hasil kajian

juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam akhlak pelajar berdasarkan jantina dan

pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM. Dapatan kajian ini juga mendapati wujud hubungan di

antara amalan solat dengan akhlak pelajar-pelajar.

Menurut Norlyana Binti Sulong (2006)15

, kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap

pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu

pengetahuan, tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat dan pandangan pelajar terhadap

kesan perlaksanaan solat terhadap diri seseorang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan

tahap pencapaian min adalah tinggi iaitu 4.73 bagi pengetahuan, 4.22 bagi tahap pengamalan pelajar

terhadap tanggungjawab solat dan 4.63 pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan solat terhadap diri

seseorang. Dari kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada semua pihak agar asas peneguhan agama

dititikberatkan di kalangan masyarakat. Penyelidik bersetuju dengan pendapat beliau dan ingin menambah

peneguhan agama bukan sahaja diterapkan dan ditekankan diperingkat sekolah sahaja tetapi ibubapa perlu

mengambil peranan dirumah dalam memberi penekanan agama terhadap anak-anak mereka.

Manakala dalam kajian Napisah Hj. Humni et.al (2004)16

pula, Kajian ini bertujuan meninjau tahap

pelaksanaan ibadah solat fardhu di kalangan guru pelatih Islam, meninjau latar belakang pendidikan Al-

Quran responden dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan ibadat Solat Fardhu 5 waktu di

kalangan Guru Pelatih Islam Maktab Pendidikan Batu Lintang (MPBL). Dapatan kajian menunjukkan

bahawa lebih daripada separuh (65%) mengatakan pendidikan agama dan pengaruh rakan mempengaruhi

12

Ramli Awang & Rosmaziah Abdul Kadir (2009). Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu

Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Kertas Kerja. UTM. 13

Mohd Suhardi Mat Jusoh (2001). Pengabaian Solat di Kalangan Remaja: Kajian di Sekolah Menengah di Sekitar

Daerah Pasir Puteh Kelantan. Tesis Sarjana . Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 14

Siti Rokiah Abd Ghani (2007). Amalan Solat Di Kalangan Pelajar: Kajian Di Pusat Latihan Pengajar Dan

Kemahiran Lanjutan (Ciast), Shah Alam, Selangor. Tesis Sarjanamuda. Bangi: UKM. 15

Norlyana Sulong (2006). Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat: Satu Kajian Di Kolej 11.

Tesis Sarjana Muda. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 16

Napisah Humni et.al (2004). Perlaksanaan Ibadah Solat Fardhu Di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab

Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5. Kuching Sarawak.

Page 8: Pengamalan solat

pelaksanaaan ibadah solat fardhu. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor beban kuliah dan pengaruh

rakan sebagai faktor yang tidak menggalakkan pelaksanaan ibadah solat. Ini menggambarkan bahawa faktor

pengaruh rakan amat dominan dalam mempengaruhi pelaksanaan ibadah solat di kalangan responden.

Justeru, program-program yang melibatkan program kesedaran dan bimbingan rakan sebaya perlu digerak

cergaskan untuk memaknakan penghayatan dan pelaksanaan ibadah solat itu sendiri.

Setelah meneliti dapatan kajian lepas, penyelidik dapat merumuskan bahawa pengamalan solat

fardhu dalam kalangan pelajar khususnya dan umumnya dalam msyarakat Malaysia masih kurang

memuaskan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah kamsah, sejumlah 80% umat

Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini

diperolehi melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi yang dijalankan

diseluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup. Kadar pelaksanaan solat yang rendah mungkin

dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan rasa tanggungjawab mereka terhadap penciptaNya. Apakah

faktor yang menyebabkan sejumlah besar rakyat Malaysia umumnya dan pelajar khususnya tidak dapat

diselesaikan dengan mengatakan bahawa mereka tidak tahu untuk melaksanakan solat. Sebenarnya banyak

faktor yang menyebabkan mereka tidak melaksanakan perintah Allah ini. Dalam kajian ini penyelidik

hendak megetahui apakah tahap kefahaman pelajar akan kepentingan solat, tahap pengamalan dan faktor-

faktor yang mempengaruhi pelajar untuk melaksakan solat.

ANALISA DATA

Menerusi soal selidik yang diedarkan kepada pelajar semester 1 PKS seramai 150 orang, dapatan analisis

untuk Bahagian Analisis Kepentingan Solat dapat ditunjukkan dalam jadual 1. Hasil analisis mendapati

purata min bagi keseluruhan item 1 hingga 8 bagi persoalan kajian yang pertama ialah 3.99. Ini

menunjukkan hampir keseluruhan min bagi item tersebut mencatat paras tinggi. Min yang tertinggi bagi

analisis item-item ini ialah diperolehi menerusi item 4 iaitu (min = 4.70). Majoriti responden bersetuju

dengan kenyataan item 4 dimana mereka akan mendapat balasan daripada Allah jika ingkar terhadap

perintahNya. Diikuti pula dengan item ke 2 telah mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.57. Ia

berkaitan dengan pernyataan “Dengan melaksanakan solat ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang

telah dilakukan”. Manakala bagi Item 8 menunjukkan nilai min paling rendah iaitu 2.11 berkaitan dengan

penyataan “Mereka yang melaksanakan solat akan mendapat kebahagiaan didunia”. Secara keseluruhannya,

kebanyakkan responden memahami dengan persoalan yang ditanya oleh penyelidik.

Jadual 1

Analisis Item Kepentingan Solat (N = 150)

ITEM

PERKARA

PERATUS

Min STS TS TP S SS

1. Solat itu adalah satu kewajipan yang difardukan

keatas orang-orang yang beriman.

7.3 6 10.7 10.7 65.3 4.20

2. Dengan melaksanakan solat ia dapat menghapuskan

dosa-dosa kecil yang telah dilakukan.

- - 6.0 30.7 63.3 4.57

3. Saya mengetahui cara melaksanakan solat dengan

betul

- 4.7 8.7 48 38.7 4.20

4. Saya mengetahui akan balasan Allah terhadap mereka

yang ingkar terhadap perintahNya.

- 0.7 3.3 21.3 74.7 4.70

5. Saya berasa berdosa kerana tidak menunaikan solat. 0.7 - 8 24.7 66.7 4.56

6. Hukuman Allah sangat dahsyat terhadap mereka yang

meninggalkan solat dengan sengaja.

- 2.7 14.7 28.7 54 4.34

7. Saya akan mengajak orang yang bersama dengan saya

bermusafir untuk berhenti solat seketika.

1.3 20 36.7 35.3 6.7 3.26

8. Mereka yang melaksanakan solat akan mendapat

kebahagiaan didunia.

35.3 37.3 12.7 10 4.7 2.11

PURATA MIN KESELURUHAN 3.99

Nota: STS- Sangat Tidak Setuju, TS- Tidak Setuju, TP- Tidak Pasti, S- Setuju, SS- Sangat Setuju

Page 9: Pengamalan solat

Berdasarkan kepada jadual 2 bagi analisis item untuk Bahagian Pengamalan Solat menunjukkan

min paling rendah adalah merujuk kepada Solat Maghrib (min = 1.94). Ini menunjukkan solat maghrib

paling tidak ditinggalkan oleh responden diikuti Solat Isyak (min = 2.04), Solat Zohor (min = 2.16), Solat

Asar (min = 2.24) dan min yang tertinggi iaitu Solat Subuh (min = 2.52). Purata min keseluruhan item 1

hingga 5 iaitu 2.18 yang mana nilai min pada bahagian ini berada pada paras rendah (kurang memuaskan).

Jadual 2

Analisis Item Pengamalan Solat (N = 150)

ITEM

PERKARA

PERATUS

MIN S KK JJ TP

1. Kekerapan saya menunaikan solat subuh 11.3 30.7 52 6 2.52

2. Kekerapan saya menunaikan solat zohor 18.7 49.3 29.3 2.7 2.16

3. Kekerapan saya menunaikan solat Asar 15.3 49.3 30.7 4.7 2.24

4. Kekerapan saya menunaikan solat Maghrib 32.7 44.7 18 4.7 1.94

5. Kekerapan saya menunaikan solat Isyak 27.3 46 22 4.7 2.04

PURATA MIN KESELURUHAN 2.18

Nota: S- Selalu, KK- Kadang-kadang, JJ- Jarang-jarang, TP- Tidak pernah

Berdasarkan jadual 3 menunjukkan maklumat keseluruhan bagi item yang berkaitan dengan faktor-

faktor utama yang mempengaruhi responden untuk melaksanakan solat. Item ke 4 telah mencatatkan nilai

min yang tertinggi iaitu 4.46. Ia berkaitan dengan “Guru mengingati saya untuk menunaikan solat dengan

sempurna disamping tugas menuntut ilmu” di mana majoriti responden mengatakan mereka sangat setuju

dengan item tersebut. Diikuti pula dengan item 7 telah mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.40. Ia

berkaitan dengan “Saya berusaha untuk menunaikan solat dengan sempurna”. Item 6 pula menunjukkan

nilai min paling rendah iaitu 3.52 berkaitan dengan penyataan “Ibu bapa saya sering melakukan solat

berjemaah dirumah”. Purata min keseluruhan bagi bahagian ini ialah 4.03. Nilai min berada pada tahap

tinggi. Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar melakukan solat berada

pada tahap tinggi.

Jadual 3

Analisis Item Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar untuk Melaksanakan Solat (N = 150)

ITEM

PERKARA

PERATUS

MIN STS TS TP S SS

1. Saya mencontohi rakan yang sentiasa melasanakan solat. 4 6 25.3 34 30.7 3.81

2. Guru banyak membantu saya memperbaiki bacaan dalam

solat.

- 0.7 9.3 45.3 44.7 4.34

3. Saya telah dididik oleh ibu bapa saya sejak kecil lagi

untuk menunaikan solat.

- 2.7 16.7 40.7 40 4.18

4. Guru mengingati saya untuk menunaikan solat dengan

sempurna disamping tugas menuntut ilmu.

- 1.3 7.3 35.3 56 4.46

5. Rakan selalu mengajak saya untuk menunaikan solat

samada di masjid atau di asrama.

- 10.7 36 31.3 22 3.64

6. Ibu bapa saya sering melakukan solat berjemaah

dirumah.

6 11.3 28.7 32 22 3.52

7. Saya berusaha untuk menunaikan solat dengan

sempurna.

- 0.7 11.3 35.3 52.7 4.40

8. Masyarakat sekeliling banyak mempengaruhi saya untuk

menunaikan solat.

1.3 9.3 27.3 31.3 30.7 3.80

9. Saya berasa tidak tenang apabila tidak menunaikan solat. 0.7 1.3 22.7 34 41.3 4.14

PURATA MIN KESELURUHAN 4.03

Nota: STS- Sangat Tidak Setuju, TS- Tidak Setuju, TP- Tidak Pasti, S- Setuju, SS- Sangat Setuju

Page 10: Pengamalan solat

PERBINCANGAN

KEFAHAMAN PELAJAR POLITEKNIK KUCHING TERHADAP KEPENTINGAN SOLAT

Berdasarkan jadual 1 Analisis Item Kepentingan Solat, peratus tertinggi responden bersetuju pada

pernyataan item 4 “Saya mengetahui akan balasan Allah terhadap mereka yang ingkar terhadap

perintahNya” dengan nilai min 4.70. Ini menunjukkan responden tahu dan sedar sekiranya mereka

meninggalkan solat, Allah akan memberi balasan kepadanya samada didunia mahupun diakhirat. Balasan

didunia Allah akan menghilangkan berkat dan rahmat dari usaha dan rezekinya. Selain itu, Allah juga

akan mencabut Nur bagi orang-orang mukmin (soleh) daripada wajahnya. Manakala balasan diakhirat

menurut Md Hashim Yahaya17

, mereka akan merasa susah untuk menjawab terhadap pertanyaan dari

malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. Kubur mereka juga akan menjadi gelap dan

sempit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). Akhirnya mereka

akan diseksa dengan binatang-binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking dan lipan.

Seterusnya dengan nilai min sebanyak 4.57, item 2 “Dengan melaksanakan solat ia dapat

menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan” mencatatkan min kedua tertinggi. Hasil dapatan ini

dilihat sebagai suatu fenomena sihat yang menunjukkan bahawa dalam diri para pelajar ada dorongan

untuk memperbaiki diri apabila mereka sentiasa berusaha dan berharap agar kesilapan-kesilapan masa lalu

dapat ditebus dengan amal soleh. Kesedaran terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan usaha untuk

mempertingkatkan diri agar sentiasa diberi keampunan dan diredhai di sisi Allah melalui ibadah solat

adalah satu motivasi beribadah yang baik bagi seseorang hamba kerana matlamat utama dalam kehidupan

adalah untuk mencapai keredhaan Allah.

Min ketiga tertinggi iaitu 4.56, item 5 “Saya merasa berdosa kerana tidak menunaikan solat”.

Peratusan pelajar yang merasa berdosa apabila meninggalkan solat adalah tinggi iaitu seramai 100 orang

(66.7%). Perasaan berdosa meninggalkan solat menunjukkan bahawa pelajar masih boleh dibentuk kerana

perasaan tanggungjawab sebagai seorang Muslim masih menebal di kalangan mereka. Malah perasaan ini

menggambarkan bahawa mereka masih mempunyai iman dan taqwa, tinggal lagi ianya perlu dibangunkan

kerana berada pada tahap yang sederhana. Perasaan bersalah kerana meninggalkan suruhan agama ini jika

dipimpin dengan baik dapat mencetuskan kesedaran menyeluruh yang akan membawa individu tersebut

kembali di atas landasan agama yang benar dengan melaksanakan suruhan agama secara taat.

Min keempat tertinggi iaitu 4.34, item 6 “Hukuman Allah sangat dahsyat terhadap mereka yang

meninggalkan solat dengan sengaja”. Manakala min kelima tertinggi iaitu 4.20, item 1 dan item 3. Item 1

“Solat itu adalah satu kewajipan yang difardukan ke atas orang-orang yang beriman”. item 3 “Saya

mengetahui cara melaksanakan solat dengan betul”. Dapatan bagi item 6, item 1 dan item 3 dapat

dirumuskan seperti berikut.

Fenomena ini menggambarkan bahawa para pelajar secara umum mengetahui dan faham akan

perintah kewajipan solat dan akibat mengabaikannya namun mereka masih belum ada kesedaran untuk

melaksanakan ibadah ini dan tidak mampu menghayati peranan seorang hamba kepada Penciptanya.

Seringkali kita dapat melihat seseorang individu mengusai sesuatu ilmu dan boleh dikatakan arif namun

tidak mampu melaksanakan ilmu tersebut. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku

termasuk kekangan dan halangan samada dari segi fizikal atau sosiobudaya yang mempengaruhi individu

tersebut.

Namun hal ini seringkali juga dikaitkan akibat kemampuan inteligent question dan sripitual

question yang berbeza tahapnya. Sebagai contoh kita melihat faktor kegagalan ibubapa untuk memotivasi

anak-anak untuk melaksanakan ibadah solat sejak kecil seringkali menyebabkan para pelajar terbiasa

sehingga mereka tidak sensitif terhadap amaran dan ancaman hukuman bagi orang-orang yang

meninggalkan solat walaupun mereka didedahkan dengan ilmu tersebut apabila memasuki alam

persekolahan. Perkara ini tentu saja berlanjutan sehingga para pelajar ini meningkat dewasa dan memasuki

peringkat pengajian tinggi.

17

Md Hashim Yahaya (2011). Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Page 11: Pengamalan solat

Ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kita meneliti perincian dapatan item 3 “Saya

mengetahui cara melaksanakan solat dengan betul”. Majoriti pelajar setuju dengan pernyataan item ini

iaitu seramai 72 orang (48%), sangat setuju seramai 58 orang (38.7%), tidak pasti seramai 13 orang

(8.7%) dan tidak setuju seramai 7 orang (4.7%). Terdapat segelintir pelajar tidak setuju dengan pernyataan

ini mungkin kerana disebabkan oleh faktor pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan, suasana

serta persekitaran yang tidak memberangsangkan untuk mereka melaksanakan solat. Bilangan yang sedikit

ini tidak menggambarkan kegagalan guru dalam menyampaikan pengajaran solat kepada pelajar.

Terdapat juga item yang mencatatkan nilai min yang terendah secara keseluruhan iaitu item 8

(min = 2.11). Dalam item ini, ia berkaitan dengan melaksanakan solat akan mendapat kejayaan didunia.

Majoriti responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 56 orang (37.3%). Mereka

mengetahui bahawa dengan solat, mereka bukan sahaja akan mendapat kejayaan didunia seperti kejayaan

dalam pelajaran dan kehidupan tetapi mereka juga percaya dengan solat mereka akan mendapat kejayaan

diakhirat nanti. Menurut Muhammad Abdul Latif (2001)18

, solat akan membantu mereka yang

melaksanakannya ketika seseorang itu dalam keadaan nazak, ketika berada dalam kubur dan ketika berada

di padang mahsyar.

Selain itu antara min yang turut mencatatkan nilai terendah iaitu 3.26, item 7 “Saya akan

mengajak orang yang bersama dengan saya bermusafir untuk berhenti solat seketika”. Dapat kita fahami

bahawa untuk menyeru orang lain melakukan sesuatu kebaikan sudah tentu si pelaku itu perlu meneladani

perkara tersebut terlebih dahulu. Jika dilihat dalam hasil dapatan pengamalan solat diatas, ia menunjukkan

pengamalan solat di kalangan pelajar berada di tahap sederhana. Mana mungkin seseorang pelajar itu

dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan solat jika mereka sendiri masih lagi cuai terhadap

ibadah tersebut. Untuk mencapai situasi ini pengamalan solat perlu berada pada tahap cemerlang di

kalangan individu itu sendiri yang mana mereka telah menghayati kepentingan solat dan dapat pula

menghayati kepentingan dakwah. Hanya para pelajar yang telah mengalami keseronokan beribadah dan

beragama yang mampu mencapai tahap ini. Namun harapan masih boleh diletakkan kepada para pelajar

ini dengan usaha-usaha berterusan yang melibatkan semua pihak secara kolaboratif.

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa responden faham akan kepentingan solat dan

tahu cara untuk melaksanakan solat. Akan tetapi mereka perlu kepada dorongan dan sokongan dalam

melaksanakan ibadah solat.

PENGAMALAN SOLAT FARDHU

Merujuk kepada jadual 2 Analisis Item Pengamalan Solat, didapati bahawa peratusan paling tinggi

menunaikan solat setiap hari ialah solat Maghrib di mana seramai 49 orang (32.7%) menunaikan solat

Maghrib diikuti solat Isyak seramai 41 orang (27.3%), solat Zohor seramai 28 orang (18.7%), solat Asar

seramai 23 orang (15.3%) dan solat yang paling kerap diabaikan oleh pelajar iaitu seramai 17 orang

(11.3%). Hal ini suatu perkara yang berkait rapat dengan gaya hidup dan sosiobudaya seseorang pelajar.

Peratus kekerapan pelajar melaksanakan solat dalam kajian ini hampir sama dengan kajian yang dilakukan

oleh Dr Mohd Fadzillah Kamsah.

Terdapat segelintir pelajar yang pergi ke masjid pada waktu Maghrib dan terus menunaikan solat

Isyak di sana. Solat zohor lebih kerap dilaksanakan berbanding solat Asar kerana waktu Asar adalah

waktu mereka bersukan dan bermain. Walaupun solat subuh paling kerap diabaikan oleh pelajar, masih

terdapat seramai 17 orang melaksanakannya setiap hari. Bilangan ini boleh ditingkatkan sekiranya suatu

usaha kesedaran dilaksanakan oleh reponden. Jika dilihat daripada analisa data diatas, masih terdapat

ramai pelajar yang tidak pernah melaksanakan solat terutamanya solat Subuh iaitu seramai 78 orang

(52%) daripada jumlah keseluruhan pelajar 150 orang. Menurut Sulaiman al-Kumayi, terdapat tiga

halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu yang pertama malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah,

sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah. Yang kedua lemah fikiran (futur) atau tidak

memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia dan yang ketiga iaitu bosan (malal)

atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.

18

Muhammad Abdul Latif (2001). Solat Kesannya Keatas Iman dan Nafs. Kuala Lumpur: Penerbit Darul Nu’man.

Page 12: Pengamalan solat

Secara keseluruhan dapatan kajian pada bahagian ini menjelaskan bahawa responden kurang

menitikberatkan dalam melaksanakan solat yang difardhukan keatas mereka. Kekerapan pelaksanaan solat

di kalangan pelajar berkait rapat dengan masa lapang berdasarkan gaya hidup. Mereka menganggap solat

hanya perlu dilakukan oleh golongan tua sahaja bukan kepada golongan sepertinya yang kesemuanya

dalam lingkungan umur 18 – 20 tahun.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius dan

cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah

solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh

khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan

kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang

bertentangan dengan syarak.

Antara kemungkinan yang menyebabkan hal ini berlaku adalah kerana amalan tersebut berkait

dengan konsep ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kepada Allah S.W.T. Imam al-Ghazali (t.th)

menyatakan bahawa semakin bertakwa seseorang mukmin itu semakin tinggi kehambaannya kepada

Allah. Semakin tinggi kehambaan seseorang itu, maka semakin tinggi ketaatan dan kepatuhan kepada

Allah yang menjadikan kefahaman tentang konsep qada’ dan qadar. Allah berfirman yang bermaksud

“sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri berubah untuk

dirinya sendiri”. Seseorang itu perlu berubah dengan bersungguh-sungguh di atas dunia untuk mencapai

keredhaan Allah. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa “bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup

seribu tahun dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari”.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MELAKSANAKAN SOLAT

Menerusi jadual 3 diatas, jelas menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar PKS

melaksanakan solat fardhu adalah:

Pensyarah (Pendidikan agama);

Diri sendiri;

Ibu Bapa;

Rakan; dan

Masyarakat.

Sebanyak 9 item dikemukakan dalam bahagian ini dan min keseluruhan yang diperolehi adalah

4.03. Ini menunjukkan semua faktor yang dinyatakan memainkan peranan yang tinggi kepada responden

dalam melaksanakan solat. Semua item yang dikemukakan menunjukkan nilai min berada pada tahap

yang tinggi. Nilai min yang berada pada tahap yang tinggi iaitu item 4 “Guru mengingati saya untuk

menunaikan solat dengan sempurna disamping tugas menuntut ilmu” dengan nilai min = 4.46. Ini

menunjukkan bahawa faktor pensyarah (pendidikan agama) amat mempengaruhi responden dalam

pelaksanaan ibadah solat fardhu yang mana seramai 84 orang responden (56%) sangat setuju dengan

pernyataan ini. Seramai 53 orang (35.3%) bersetuju, 11 orang (7.3%) tidak pasti dan seramai 2 orang

(1.3%) yang tidak setuju.

Min kedua tertinggi iaitu 4.40, item 7 “Saya berusaha untuk menunaikan solat dengan sempurna”.

Dapat kita fahami melalui hasil dapatan ini bahawa satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah di

dalam diri para pelajar tersebut sentiasa ada keinginan untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap ibadah

mereka khususnya ibadah solat. Ini adalah bertepatan dengan kepercayaan penyelidik bahawa setiap

pelajar berpotensi untuk dibangunkan. Keinginan ini juga menggambarkan bahawa para pelajar

mempunyai pengetahuan yang baik dalam hal ibadah solat dan penguasaan ilmu dalam bidang ini perlu

diperkaya dan diperkukuhkan lagi samada secara tidak langsung atau melalui program-program yang

dirangka khas untuk tujuan ini.

Min ketiga tertinggi iaitu 4.34, item 2 “Guru banyak membantu saya memperbaiki bacaan dalam

solat”. Situasi ini menunjukkan peri penting bimbingan berterusan terhadap para pelajar. Bimbingan ini

perlu dikembangkan dan tidak terbatas hanya pada waktu-waktu kuliah sahaja malah boleh dijalankan

melalui aktiviti-aktiviti kamsis dalam bentuk kumpulan kecil sebagai contoh. Penguasaan ilmu yang tinggi

terhadap ibadah solat melalui bimbingan akan menjadi faktor wujudnya kesedaran tentang kepentingan

Page 13: Pengamalan solat

ibadah tersebut kerana solat yang ditunaikan dengan betul dan khusyuk akan memberi impak dan kesan

kepada para pelakunya. Ini selari dengan dua syarat penerimaan ibadah iaitu dilakukan dengan betul dan

ikhlas.

Jika dilihat pada item 6 yang memperolehi nilai min paling rendah (min = 3.52) berkaitan dengan

“Ibu bapa saya sering melakukan solat berjemaah dirumah” kebanyakan responden tidak setuju dengan

pernyataan tersebut. Ini menunjukkan responden tidak mendapat apa yang sepatutnya daripada ibubapa

mereka. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberi penekanan kepada aspek solat di dalam

pendidikan dirumah. Ibu bapa tidak menghiraukan samada anak mereka solat atau tidak. Sepatutnya ibu

bapa menjadi role model dan contoh teladan yang baik kepada anak-anak supaya anak-anak menjadi

seorang insan yang beramal soleh dan bertakwa kepada Allah Taala. Menurut Rosnah (2007)19

, ibubapa

yang kurang memberi penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anaknya akan menyebabkan

pelajar tidak melakukan ibadah solat dirumah maka ia memberi contoh yang kurang baik kepada pelajar

untuk mempraktikkan dan mengamalkannya dirumah.

Item 5 yang berkaitan dengan persoalan rakan selalu mengajak untuk menunaikan solat samada di

masjid atau di asrama. Item ini memperolehi nilai min yang kedua rendah iaitu 3.64. Peratus responden

yang tidak setuju dengan pernyataan ini seramai 16 orang (10.7%). Hal ini mungkin kerana sesetengah

responden menganggap mereka melakukan solat diatas kehendak sendiri dan bukannya ajakan atau pun

dorongan daripada rakan-rakan sekeliling mereka. Namun begitu, terdapat 31.3% respondan yang dikaji

bersetuju dengan item tersebut. Ini mungkin kerana rakan sebaya memainkan peranan yang cukup besar

dalam mempengaruhi seseorang itu untuk melakukan solat. Rakan sebaya merupakan faktor yang paling

berkesan sama ada untuk menyumbang ke arah kebaikan ataupun keburukan memandangkan masa

responden banyak bersama dengan rakan-rakan. Meskipun terdapat kajian yang mengatakan rakan sebaya

berpengaruh besar dalam mempengaruhi tindak-tanduk yang negatif tetapi tidak dalam penyelidikan ini.

Selain itu penyelidik ingin memberi tumpuan pada item 9 “Saya berasa tidak tenang apabila tidak

menunaikan solat”. Hasil dapatan ini menunjukkan responden masih mempunyai perasaan bersalah

terhadap tingkahlakunya itu yang mana mereka perlu kepada dorongan dan motivasi daripada masyarakat

sekeliling. Selain itu, responden mempunyai keinginan dan berpotensi tinggi untuk mengubah sikap

mereka daripada jarang-jarang melaksanakan ibadah solat kepada kerap untuk melaksanakan ibadah solat

dengan kerelaan sendiri bukan dengan paksaan.

KESIMPULAN

Amalan solat merupakan suatu amalan yang mulia disisi Allah Taala. Solat dapat mendidik jiwa dan

rohani bagi setiap manusia. Ia juga bertujuan untuk mengangkat darjat dan martabat manusia yang sering

mengamalkannya serta mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Bagi mencapai tujuan

dan matlamat tersebut, solat hendaklah dilakukan dengan sepenuh tumpuan dan ikhlas dihati serta dengan

penuh kecintaan terhadap Allah S.W.T sebagai khaliq yang menciptakan diri kita.

Penglibatan pelajar terhadap solat tidak cukup dengan hanya mewajibkan dalam bentuk

penguatkuasaan semata-mata tetapi perlu diterapkan dari segi kefahaman dan juga penghayatan. Dapatan

kajian ini menunjukkan pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar PKS masih kurang memuaskan.

Akan tetapi para pelajar mempunyai pengetahuan yang baik dalam hal ibadah solat dan penguasaan ilmu

dalam bidang ini. Ianya perlu diperkaya dan diperkukuhkan lagi samada secara tidak langsung atau melalui

program-program yang dirangka khas untuk tujuan ini. Kaedah pendidikan kerohanian perlu dikaji semula

dan diberi penekanan agar ianya seiring dengan kecemerlangan akademik. Tanggungjawab dan peranan

yang perlu dimainkan seharusnya dipikul bersama demi membentuk generasi ulul albab yang memahami

tujuan kewujudan mereka dimuka bumi ini.

19

Rosnah (2007)19

, Meningkatkan Kesempurnaan Solat Di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Perak

dengan Memperkasakan Rukunnya.

Page 14: Pengamalan solat

CADANGAN

1) Memperbanyakkan bahan-bahan bacaan dan rujukan agama di perpustakaan PKS dan jabatan

masing-masing bagi memudahkan pelajar membuat rujukan dan peminjaman buku.

2) Kursus Pemantapan dan Penghayatan Solat perlu di adakan setiap semester bagi meningkatkan

kesedaran dan kepekaan terhadap kepentingan ibadah solat.

3) Memperbanyakkan program keagamaan di Kamsis. Contohnya program nilai-nilai murni, soal

jawab agama, kelas bimbingan fardhu ain atau forum agama.

4) Menyediakan jadual waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan mengambil perhatian

tentang masa rehat dan solat yang sepatutnya kepada pelajar.

5) Para pensyarah memainkan peranan yang penting dengan memberi bimbingan dan nasihat secara

berterusan kepada pelajar.

RUJUKAN

Anisah Ab.Ghani ( 2001). Konsep dan Pengamalan Solat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mohd. Najib Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknogi

Malaysia.

Ahmad Sunawari Long (2005). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ramli Awang dan Rosmaziah Abdul Kadir (2009). Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun

Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Kertas Kerja. UTM.

Mohd Suhardi Bin Mat Jusoh (2001). Pengabaian Solat di Kalangan Remaja: Kajian di Sekolah

Menengah di Sekitar Daerah Pasir Puteh Kelantan. Tesis Sarjana . Kuala Lumpur: Universiti

Malaya.

Siti Rokiah Binti Abdul Ghani (2007). Amalan Solat Di Kalangan Pelajar: Kajian Di Pusat Latihan

Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (Ciast), Shah Alam, Selangor. Tesis Sarjanamuda. Bangi: UKM.

Norlyana Binti Sulong (2006). Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat: Satu Kajian Di

Kolej 11. Tesis Sarjana Muda. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Napisah Hj. Humni et.al (2004). Perlaksanaan Ibadah Solat Fardhu Di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab

Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5. Kuching Sarawak.

Md Hashim Yahaya (2011). Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Muhammad Abdul Latif (2001). Solat Kesannya Keatas Iman dan Nafs. Kuala Lumpur: Penerbit Darul

Nu’man.

(2011) Sulaiman al-Kumayi [online] Available: http://halaqah.net/.

Mohd Arshad (1999). Solat Fardhu sebagai Wadah Jamaah dan Perpaduan Ummah. Penulisan Ilmiah.

Rosnah (2007). Meningkatkan Kesempurnaan Solat Di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Seri Perak dengan Memperkasakan Rukunnya. Kajian Ilmiah.