pengakuan

Upload: anonymous-uprqco7

Post on 10-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENGAKUAN

TRANSCRIPT

PENGAKUAN

PENGAKUAN

Dengan ini saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat berdasarkan susunan dan keperluan yang telah ditetapkan. Saya dengan ini berjanji sekiranya kerja kursus yang saya laksanakan ini melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan, segala hasil kerja saya akan digagalkan.

Nama Pelajar : Gunesvari a/p Balakrishnan Nombor Kad Pengenalan :(880617-08-6050)Kursus : PISMP Kumpulan : 3 PISMP PT/PJ/RBT Institut : IPG KAMPUS TUANKU BAINUNTandatangan :Tarikh : 22 September 2014

HALAMAN JUDUL

HALAMAN JUDUL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

PENGHARGAAN

PenghargaanUcapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dengan sempurnanya. Sepanjang tempoh yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini iaitu saya ditugaskan untuk membuat pemerhatian di sekolah pilihan saya, saya telah menghadapi pelbagai pengalaman yang bermanfaat dan juga menarik. Sekolah pilihan saya untuk melaksanakan PBS ini ialah Sekolah Kebangsaan Taiping. Setelah selesai meninjau, mengkaji dan melakukan interaksi dengan warga sekolah dan mendokumentasikan semula laporan, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan saya dari unit PJ kerana telah memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan juga sokongan sebelum dan juga selepas menjalani program ini. Tanpa sokongan yang membangun daripada beliau, saya mungkin tidak akan dapat menjalani program ini dengan baik dan lancar. Panduan untuk menghasilkan laporan ini juga telah beliau sediakan dan taklimatkan kepada kami.Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan saya telah menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam proses penyiapan laporan ini. Seterusnya tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan dorongan sepanjang tempoh kajian dilakukan. Tanpa bantuan dan dorongan kedua ibu bapa saya, saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, saya juga ingin memanjatkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada warga Sekolah Kebangsaan Taiping, Perak kerana memberi kerjasama penuh dan bantuan sepanjang saya menjalani PBS di sana. Tanpa kerjasama pihak sekolah, saya tidak mungkin dapat mengumpul maklumat-maklumat serta bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan laporan ini.ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

TUGASAN

HARI PERTAMA :- MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI LATAR BELAKANG SEKOLAHHARI KEDUA :- ORGANISASI PANITIA PJHARI KETIGA :- KEMUDAHAN PRASARANA PJKHARI KEEMPAT :- PENGAJARAN PJHARI KELIMA :- ISU ISU PJ DI SEKOLAH

REFLEKSI

PENGENALAN

Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Sekolah Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat. Program itu bertujuan untuk memberi kefahaman awalkepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagaisebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut. Pernyataan professional / kontrak tugasan merujuk kepada harapan / tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

tugasan

refleksi

TUGASAN

RefleksiApa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah, saya telah memilih salah sebuah sekolah yang terletak di Taiping, Perak. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Taiping. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada berdekatan dengan rumah ibu bapa saya. Sekolah ini lebih menonjol ke arah akademik berbanding dalam Ko-Kurikulum. Ini kerana pada tahun ini sekolah ini telah memenangi pingat emas dalam pidato. Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan menjalankan peraturan di dalam kelas.Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Setiap pelajar diwajibkan menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan. Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam akademik. Prestasi sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun. Teknik dan strategi pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan para pelajar di samping usaha mereka sendiri. Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian para pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS dan PROTIM dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah. Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan murid-muridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh pihak sekolah. Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan.