pengajian am stpm penggal 2 2015 bahagian a [15 …sahc.edu.my/a_portal/akademik/pra...

4
Panitia Pengajian AM KSAH PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015 (Disediakan Oleh: Nazmin Yusof, Sofiah Zakaria & Ahmad Fauzi – KSAH) Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan. 1 Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. [ 3 ] (a) (b) (c) 2 Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara. [ 4 ] (a) (b) 3 Dasar Wawasan Negara (DWN) merupakan gbungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif, dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Oleh itu, beberapa teras dasar yang baru telah diperkenalkan. (a) Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (DWN). [ 2 ] (i) (ii)

Upload: vuongdiep

Post on 25-Feb-2018

707 views

Category:

Documents


33 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015 Bahagian A [15 …sahc.edu.my/a_portal/akademik/pra u/portal/pengajian am/koleksi...Panitia Pengajian AM KSAH PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015

Panitia Pengajian AM KSAH

PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015 (Disediakan Oleh: Nazmin Yusof, Sofiah Zakaria & Ahmad Fauzi – KSAH)

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan.

1 Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

[ 3 ]

(a)

(b)

(c)

2 Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara.

[ 4 ]

(a)

(b)

3 Dasar Wawasan Negara (DWN) merupakan gbungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif, dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Oleh itu, beberapa teras dasar yang baru telah diperkenalkan.

(a) Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (DWN).

[ 2 ]

(i)

(ii)

Page 2: PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015 Bahagian A [15 …sahc.edu.my/a_portal/akademik/pra u/portal/pengajian am/koleksi...Panitia Pengajian AM KSAH PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015

Panitia Pengajian AM KSAH

(b) Berikan dua dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara (DWN).

[ 2 ]

(i)

(ii)

4 Jelaskan dua manfaat yang diperoleh oleh rakyat melalui Dasar Sosial Negara.

[ 4 ]

(a)

(b)

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan penggunaan air bermeter mengikut sektor dan negeri terpilih bagi tempoh tahun 2008 hingga Tahun 2010 di Semenanjung Malaysia.

Permintaan terhadap air bermeter untuk kegunaan domestik dan bukan domestik semakin bertambah bagi menampung keperluan semua pengguna termasuk rumah kediaman, hotel, premis perniagaan, kilang, sekolah, universiti, dan jabatan kerajaan. Kadar penggunaan air bermeter oleh sektor domestik mewakili antara 40% hingga 60% daripada keseluruhan bekalan air yang disediakan dan purata keperluan domestik per kapita di di Malaysia ialah 230 liter sehari.

Pada tahun 2008, penggunaan air bermeter oleh sektor domestik dan bukan domestik di negeri Johor mengatasi negeri-negeri lain. Daripada sejumlah 982 juta liter sehari penggunaan air, 69.45% telah digunakan oleh sektor domestik dan yang selebihnya digunakan oleh sektor bukan domestik. Penggunaan air bermeter oleh sektor domestik di Kedah pula ialah sebanyak 470 juta liter sehari, iaitu melebehi sebanyak 303 juta liter sehari penggunaan air oleh sektor bukan domestik. Walaupun penggunaan air oleh sektor domestik di Pulau Pinang pada tahun 2008 adalah paling sedikit, iaitu sebanyak 439 juta liter sehari tetapi sektor bukan domestik telah mencatatkan penggunaan air yang tertinggi, iaitu sebanyak 305 juta liter sehari.

Negeri Johor masih menunjukkan penggunaan air bermeter yang lebih tinggi daripada negeri Kedah dan Pulau Pinang pada tahun 2009 ekoran daripada pertambahan penduduk di negeri tersebut. Penggunaan air bermeter untuk sektor domestik di Johor meningkat kepada 713 juta liter sehari. Walau bagaimanapun, penggunaan oleh sektor bukan domestik berkurang kepada 285 juta liter sehari berbanding dengan tahun 2008. Penggunaan air oleh sektor bukan domestik di Pulau Pinang juga bekurang kepada 288 juta liter sehari, iaitu pengurangan sebanyak 5.57% daripada tahun 2008. Penggunaan air bermeter bagi sektor domestik pula meningkat sebannyak 12 juta liter sehari kepada 451 juta sehari. Di negeri

Page 3: PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015 Bahagian A [15 …sahc.edu.my/a_portal/akademik/pra u/portal/pengajian am/koleksi...Panitia Pengajian AM KSAH PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015

Panitia Pengajian AM KSAH

Kedah, penggunaan air bermeter bagi kedua-dua sektor tersebut meningkat iaitu masing-masing menokok sebanyak 4 juta liter sehari berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pada tahun 2010, penggunaan sektor domestik bagi kesemua negeri terlibat telah meningkatkan penggunaan air bermeter dariada 1638 juta sehari pada tahun 2009 kepada 1692 juta liter sehari. Sebanyak 494 juta liter sehari daripada jumlah 1692 juta liter sehari digunakan oleh sektor domestik di Kedah dan 730 juta liter sehari lagi merupakan penggunaan sektor domestik di Johor. Jumlah selebihnya digunakan oleh sektor domestik di Pulau Pinang. Bagi sektor bukan domestik, Pulau Pinang terus unggul di tempat pertama pada tahun 2010 dengan penggunaan air sebanyak 315 juta liter sehari, iaitu melebihi sebanyak 9 juta liter sehari daripada penggunaan air di Johor. Sektor bukan domestik di Kedah masih merupakan pengguna air bermeter paling sedikit, iaitu sebanyak 189 juta liter sehari pada tahun 2010. Bagi menampung permintaan air bermeter yang terus meningkat, kerajaan telah memajukan projek bekalan air daripada sumber-sumber baharu dan membaik pulih keupayaan loji-loji air sedia ada, selain menyarankan pengguna domestik supaya mengamalkan penjimatan semasa menggunakan air.

(Disesuaikan daripada Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2011,

Jabatan Perangkaan Malaysia 2011)

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut negara asal dan mengikut program penyelesaian menyeluruh pada 16 Disember 2011.

Dalam usaha untuk mengawal kemasukan pekerja asing, terdapat program penyelesaian yang menyeluruh yang antaranya ialah peringkat pemutihan dan pengampunan ke atas pendatng asing tanpa izin (PATI). Pada 16 Disember 2011, jumlah pekerja asing mengikut tujuh negara terpilih yang mengalami pemutihan dan pengampunan berjumlah 116 690 orang dan daripada jumlah tersebut seramai 66 978 orang ialah pekerja asing yag mengalami proses pemutihan dan selebihnya di bawah proses pengampunan.

PATI dari negara Indonesia adalah paling ramai yang mengalami peringkat pemutihan dan pengampunan. Pekerja asing dari Indonesia yang mengalami peringkat pemutihan berjumlah 42 544 orang, iaitu berlebih sebanyak 7402 orang berbanding dengan mereka yang terlibat dengan peringkat pengampunan.

Pekerja dari Bangladesh berjumlah 15 946 orang. Pekerja-pekerja ini memenuhi keperluan dalam sektor-sektor tertentu, terutamaya sektor perladangan dan pekilangan. Pada tempoh yang sama, warga Myanmar yang terlibat dalam peringkat pemutihan berjumlah 6527 dan disahkan sebagai pekerja asing di negara ini, manakala yang terlibat dalam peringkat pengampunan seramai 2467 orang dan dibenarkan pulang ke negara asal mereka.

Seterusnya, wujud perbezaan yang besar bagi PATI yang datang dari negara India. Mereka yang terlibat dalam peringkat pengampunan berjumlah 4039 orang. Mereka dibenarkan pulang ke negara asal mereka. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding dengan hanya 903 orang yang disahkan sebagai pekerja asing di negara ini. Pekerja asing dari negara Nepal yang berjumlah 4873 orang telah diberikan pemutihan dan pengampunan.

Sejumlah 612 orang pekerja asing dari Vietnam yang mengalami peringkat pemutihan dan diterima bekerja di negara Malaysia. Namun begitu, seramai 1289 orang diberikan pengampunan dan dibenarkan pulang ke negara asal mereka. PATI dari negara Kemboja yang diberikan pemutihan dan pengampunan ialah seramai 2348 orang. Program penyelesaian menyeluruh merupakan suatu usaha untuk menangani lambakan pekerja asing yang boleh menggugat peluang pekerjaan rakyat tempatan.

(Disesuaikan daripada Portal Rasmi

Kementerian Dalam Negeri, Malaysia, 2012)

Page 4: PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015 Bahagian A [15 …sahc.edu.my/a_portal/akademik/pra u/portal/pengajian am/koleksi...Panitia Pengajian AM KSAH PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2015

Panitia Pengajian AM KSAH

Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

7. Program Bandar Selamat bukanlah satu-satunya cara bagi kerajaan mengurangkan jenayah daripada berleluasa di negara ini. Bincangkan.

8. Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama berniaga sehingga larut malam merupakan suatu tindakan yang kurang bijak. Bincangkan kesan amalan ini terhadap anak-anak tersebut.

~ nyszaf@ksah2016 ~s