pengajian am kertas 2 sabah stpm 2008 excel set 1 [edu.joshuatly.com]

11
EXCEL 1 : 2008 SULIT* 900/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* JABATAN PELAJARAN SABAH EXCEL 1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) Arahan kepada calon: Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan dalam Bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah NOTA Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan. JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH 900/2 STPM 200 PENGAJIAN AM KERTAS 2 ( Tiga jam) )) Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Upload: harry-chg

Post on 19-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengajian Am

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1 : 2008 SULIT*

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

JABATAN PELAJARAN SABAH

EXCEL 1

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

Arahan kepada calon:

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan dalam Bahagian C.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak.

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

NOTA

Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan.

JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

900/2 STPM

200

PENGAJIAN AM

KERTAS 2

( Tiga jam)

))

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 2: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

2

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara

250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

1. Kes kehilangan adik Nurin Jazlin Jazimin dan adik Sharlinie Mohd Nashar telah

memperlihatkan ciri-ciri masyarakat yang bersikap individualistik. Justeru, pelbagai

langkah harus dilaksanakan dalam menangani jenayah tersebut.

Bincangkan.

2. Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membasmi kemiskinan di

seluruh negara. Salah satu langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut ialah dengan

penubuhan Koridor Pembangunan Ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Ekonomi

Koridor Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor

Pembangunan Tenaga Sarawak (SCORE) yang telah dilancarkan oleh Perdana

Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Jelaskan pernyataan di atas.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara

250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

3. Penerokaan angkasa lepas sememangnya berperanan dalam aktiviti penyelidikan dan

pembangunan khususnya bidang perubatan. Justeru, Malaysia tidak terkecuali dalam

membangunkan teknologi aeroangkasa dengan menghantar angkasawan yang

pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2007.

Jelaskan kepentingan negara mendalami ilmu teknologi aeroangkasa serta berikan

langkah-langkah untuk memajukan teknologi tersebut.

4. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet seperti asid benzoik dan

asid borik sering dikaitkan sebagai punca penyakit kanser. Kecanggihan teknologi

perubatan menghasilkan pelbagai kaedah rawatan.

Bincangkan.

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 3: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

3

Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini . Pilih satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan

satu daripada soalan 6 (a) atau 6 (b). [ 20 ]

5 (a). Sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai

kaum di negara ini wajar menjadi teras perpaduan. Kita perlu mempastikan hubungan

baik ini berkekalan dan semangat tolak ansur menjadi pegangan kehidupan seharian

supaya generasi masa depan dapat mewarisinya, sekaligus membudayakan cara hidup ini

demi kemakmuran serta keamanan negara…

(Dipetik daripada http://www.bharian.com.my)

(i) Apakah yang anda faham tentang teras perpaduan?

(ii) Dengan menggunakan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan

langkah-langkah untuk merealisasikan perpaduan di negara kita.

ATAU

5 (b). Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita adalah perlu untuk

mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Hari ini, anak-anak gadis dan wanita

masih terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

Wanita-wanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam bidang politik

dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan…

(Dipetik daripada http://www.bharian.com.my)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kesaksamaan gender?

(ii) Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah yang telah

dijalankan untuk mencapai kesaksamaan gender di Malaysia.

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 4: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

4

6 (a). Sekitar 2000 tahun yang lalu bapa ilmu kedoktoran barat, Hipocrates, berkata

bahawa pola makanan yang sihat dan seimbang dapat menunjang kesihatan seseorang

secara optima. Makanan suplemen merupakan makanan yang mengandungi zat-zat gizi

dan non-gizi dalam bentuk kapsul, cecair dan serbuk yang fungsinya sebagai pelengkap

kekurangan zat gizi.

(Dipetik daripada American Cancer Society Journal, 2008)

(i) Apakah makanan suplemen?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kebaikan

makanan suplemen.

ATAU

6 (b). Penyelidikan dalam bidang bioteknologi sawit dilaksanakan oleh Pusat Kemajuan

Bioteknologi dan Biakbaka (ABBC) MPOB. Bidang penyelidikan dalam sektor

perladangan boleh meningkatkan keupayaan menjana teknologi dan inovasi bagi

merealisasikan matlamat kerajaan menjadi sektor berasaskan pertanian sebagai salah satu

penjana ekonomi Negara…

(http://www.mpob.gov.my)

(i) Apakah peranan bidang penyelidikan dalam sektor pertanian?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-

langkah untuk meningkatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 5: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

5

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang

sesuai untuk menunjukkan eksport dan import barangan utama di Malaysia pada

tahun 2006.

Pertumbuhan ekonomi yang agak memberangsangkan di negara ini telah menyebabkan

perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 23.9% pada tahun 2006. Eksport kasar

barangan utama Malaysia telah meningkat kepada RM480.6 bilion pada tahun 2006

manakala import kasar Malaysia berjumlah RM250 bilion. Keadaan ini disebabkan oleh

penguncupan permintaan barangan import dalam negeri.

Rakan dagang utama bagi eksport jentera dan kelengkapan Malaysia ialah Singapura.

Nilai eksport jentera dan kelengkapan Malaysia telah meningkat sebanyak 21.6% kepada

RM262.3 bilion iaitu 54.58% daripada jumlah eksport pada tahun 2006. Namun begitu,

import jentera dan kelengkapan Malaysia pada tahun tersebut telah berkurangan kepada

hanya RM109.6 bilion.

Malaysia terus aktif mengeksport bahan api galian seperti petroleum ke luar negara.

Eksport bahan api galian terus meningkat sebanyak RM19.8 bilion kepada RM65.6 bilion

pada tahun 2006. Namun begitu, import Malaysia bagi barangan ini tidak berubah dari

tahun sebelumnya iaitu hanya 9.88% daripada jumlah import pada tahun tersebut.

Barangan keluaran kilangan merupakan eksport yang ketiga pentingnya bagi Malaysia

pada tahun 2006. Malaysia mengeksport barangan kilangnya ke negara-negara ASEAN

yang lain. Eksport Malaysia bagi barangan kilang mencecah RM47.2 bilion. Malaysia

banyak mengimport barangan kilang kerana permintaan tempatan yang tinggi. Nilai

import barangan keluaran kilang telah meningkat sebanyak 17.9% kapada RM29.3

bilion.

Bahan-bahan kimia masih menjadi eksport penting Malaysia pada tahun 2006. Malaysia

telah mengeksport bahan-bahan kimia ke negara jiran serta rakan dagang seperti Amerika

Syarikat dan Jepun. Nilai eksport bahan kimia telah meningkat sebanyak RM1.89 bilion

berbanding hanya RM35.01 bilion pada tahun 2005. Nilai import bahan-bahan kimia

Malaysia pada tahun tersebut telah kekal sebanyak RM20.7 bilion iaitu 8.28% dari nilai

import pada tahun 2006.

Bahan-bahan mentah bukan makanan pula masih kekal menjadi eksport utama Malaysia

walaupun nilainya semakin merosot. Pada tahun 2006, eksport bahan-bahan mentah telah

menyumbang sebanyak 4.68% daripada jumlah eksport kasar manakala nilai import

barangan tersebut telah meningkat sebanyak 3.22% kepada RM16.9 bilion. Dagangan

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 6: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

6

dengan Negara-Negara Perindustrian Baru Asia (NIE) telah menyebabkan import

Malaysia bagi barangan tersebut semakin meningkat.

Eksport makanan Malaysia telah berkembang dengan pesat sebanyak 32.9% kepada

RM18.0 bilion pada tahun 2006 manakala import makanan pula merosot sebanyak 3.2%

kepada RM12.3 bilion sahaja. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan utama

Malaysia. Perdagangan barang-barang lain telah berkembang dengan nilai eksport

RM28.1 bilion dan nilai import pula ialah sebanyak RM36.5 bilion.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan

Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia,

2007)

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 7: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

7

8. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang

sesuai untuk menunjukkan keluasan penggunaan tanah pertanian bagi tempoh tahun

2002 hingga tahun 2008 di Malaysia.

Sektor pertanian mencatat prestasi yang bercampur-campur dari segi pertumbuhan

keluaran. Walaupun sektor pertanian mengalami kadar pertumbuhan yang lebih rendah,

pelaksanaan pelbagai strategi dan program telah memperkukuh orientasi pasaran sektor

ini.

Secara keseluruhannya, pengukuhan pasaran pertanian telah memberikan manfaat kepada

sektor tanaman industri memandangkan penyatuan kebun kecil akan membolehkan

faedah ekonomi bidangan dicapai. Penggunaan tanah pertanian pada tahun 2002 seluas

10.970 juta hektar telah meningkat kepada 11.379 juta hektar pada tahun 2005. Strategi

mempelbagaikan makanan telah mewujudkan asas yang kukuh bagi membangunkan

produk makanan bernilai tinggi termasuk aktiviti hiliran. Hal ini menyebabkan

penggunaan tanah pertanian dijangka meningkat kepada 11.556 juta hektar pada tahun

2008.

Kawasan tanaman kelapa sawit meningkat pada kadar 3.6% setahun mencapai 4.750 juta

hektar pada tahun 2005 berbanding dengan 3.950 juta hektar pada tahun 2002. Bagi

memastikan sektor ini berkembang dan membendung kejatuhan harga minyak, kerajaan

telah menyediakan pakej rangsangan untuk tujuan menggalakkan klon berhasil tinggi.

Kerajaan juga menggalakkan pembukaan tanah baru dan dijangka mencapai 4.955 juta

hektar pada tahun 2008.

Pengeluaran getah telah meningkat pada kadar 0.4% setahun walaupun kawasan tanaman

getah pula terus berkurangan lebih kurang sebanyak 2.9% setahun antara tahun 2002

hingga tahun 2005 daripada 2.431 juta hektar pada tahun 2002. Sebagai akibatnya

pekebun kecil beralih kepada tanaman lain yang menghasilkan pendapatan yang lebih

tinggi. Keluasan tanaman getah dijangka berkurangan sebanyak 0.065 juta hektar menjadi

2.250 juta hektar pada tahun 2008.

Pengeluaran padi telah meningkat sedikit pada kadar 0.1 peratus setahun kepada 2.15 juta

tan pada tahun 2005. Kawasan yang dituai telah berkurangan daripada 1.999 juta hektar

kepada 1.684 juta hektar pada tahun 2005 berikutan daripada keadaan cuaca yang tidak

baik dan penukaran penggunaan tanah untuk kegunaan lain. Faktor-faktor di atas telah

mendorong kepada pengurangan keluasan tanaman padi dan dijangka penggunaan tanah

untuk penanaman padi pada tahun 2008 seluas 1.680 juta hektar.

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 8: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

8

Bagi memastikan hasil yang lebih tinggi dan meningkatkan pendapatan petani, tumpuan

kepada pengeluaran berorentasikan pasaran yang mencukupi dijalankan. Penggunaan

tanah pertanian untuk buah-buahan dan sayur-sayuran telah meningkat kepada 1.380 juta

hektar pada tahun 2005 berbanding dengan 1.328 juta hektar pada tahun 2002. Lembaga

Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mewujudkan hubungan pertanian secara

kontrak antara petani dan peladang dengan pasar raya utama bagi mengukuhkan pasaran

ini. Keadaan ini menyebabkan penggunaan tanah untuk buah-buahan dan sayur-sayuran

dijangka meningkat kepada 1.419 juta hektar.

Penggunaan tanah pertanian untuk komoditi-komoditi lain telah merosot kepada 1.250

juta hektar pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2002. Peningkatan penggunaan

tanah untuk lada hitam telah meningkatkan penggunaan tanah untuk komoditi-komoditi

lain kepada 1.252 juta hektar pada tahun 2008.

(Dipetik dan diubah suai daripada Kajian RMK8

dan Kajian Separuh Penggal RMK9, 2001-2007)

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 9: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

9

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan kemasukan pesakit ke hospital kerajaan pada

tahun 1999 dan 2000. Jelaskan punca yang menyebabkan kes-kes keracunan makanan

semakin meningkat dalam kalangan murid-murid sekolah.

Sebab Utama Kemasukan ke Hospital Kerajaan di Semenanjung Malaysia,

1999 dan 2000

Sebab-sebab

Tahun 1999 (kes)

Tahun 2000 (kes)

Kemalangan 119 968 212 693

Penyakit berkaitan sistem

peredaran darah 85 958 91 028

Penyakit berkaitan sistem

pernafasan 81 962 81 052

Penyakit berkaitan

penghadaman makanan 56 901 59 503

Penyakit yang berhubung

dengan darah 15 101 17 471

Keracunan makanan 107 259 131 573

Barah malignant 31 090 44 260

Sebab-sebab lain 286 080 223 163

Jumlah 784 319 860 743

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan

Perangkaan Malaysia, November 2002, Jabatan Perangkaan

Malaysia)

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 10: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

10

10. Berdasarkan carta aliran yang diberi, jelaskan aliran tebus guna pelbagai bahan

buangan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah firma.

Aliran Kitar Semula Bahan Buangan

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Institut Penyelidikan

dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), 2002)

Bahan buangan

pepejal

TEBUS GUNA

BAHAN

BUANGAN

Peleburan Kegunaan lain

Perabot Baja kompos

Baja organik

Makanan

ternakan

Biogas

Baja tumbuhan

Perkumuhan

haiwan

Sisa pertanian

Sisa kayu

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com

Page 11: Pengajian Am Kertas 2 Sabah STPM 2008 Excel Set 1 [Edu.joshuatly.com]

EXCEL 1: 2008 SULIT *

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

11

Excel Sabah STPM Pengajian Am 2008 http://edu.joshuatly.com http://www.joshuatly.com