pengajaran pendidikan islam terhadap muallaf : satu ... · pdf fileketidakkefahaman golongan...

17
Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu Tinjauan Literatur Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah @ Tan Ai Pow Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. [email protected] Abstrak: Pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan diri muallaf setelah memeluk Islam. Hasil sorotan kajian lepas mendedahkan bahawa kaedah pendidikan yang sesuai akan membantu meningkatkan kualiti kefahaman. Pengajar atau pendakwah yang mendidik muallaf telah mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian supaya pembelajaran dapat diterima dengan baik. Artikel ini akan membincangkan masalah pendidikan terhadap muallaf, faktor-faktor yang membantu keberkesanan pendidikan dan juga aplikasi metode pengajaran pendidikan Islam menurut perspektif al-Quran dalam usaha membantu mengurangkan ketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. Hasil kefahaman yang berkualiti akan meningkatkan tahap penghayatan Islam yang tinggi dikalangan muallaf. Kajian menggunakan metodologi pengumpulan data primer dengan menganalisis data-data kepustakaan. Perbincangan awal artikel ini diharapkan mampu memberi dan mengembangkan kajian lanjutan pada masa akan datang bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran dalam mendidik golongan muallaf. Pendahuluan Aktiviti pendakwahan pada masa kini semakin berkembang dan menyaksikan ramai kalangan bukan Islam dari pelbagai latarbelakang bangsa dan budaya di Malaysia telah memeluk Islam. Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan laman web JAKIM pada tahun 2004, angka rasmi golongan muallaf dari tahun 1990 hingga 2004 menunjukkan peningkatan iaitu terdapat seramai 7377 orang muallaf yang memeluk

Upload: phamhuong

Post on 06-Feb-2018

316 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan

Ummah

Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.

© Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM,

Bangi, Selangor.

ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu Tinjauan

Literatur

Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah @ Tan Ai

Pow

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

[email protected]

Abstrak: Pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan

diri muallaf setelah memeluk Islam. Hasil sorotan kajian lepas mendedahkan

bahawa kaedah pendidikan yang sesuai akan membantu meningkatkan kualiti

kefahaman. Pengajar atau pendakwah yang mendidik muallaf telah

mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian supaya

pembelajaran dapat diterima dengan baik. Artikel ini akan membincangkan

masalah pendidikan terhadap muallaf, faktor-faktor yang membantu

keberkesanan pendidikan dan juga aplikasi metode pengajaran pendidikan

Islam menurut perspektif al-Quran dalam usaha membantu mengurangkan

ketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam.

Hasil kefahaman yang berkualiti akan meningkatkan tahap penghayatan Islam

yang tinggi dikalangan muallaf. Kajian menggunakan metodologi

pengumpulan data primer dengan menganalisis data-data kepustakaan.

Perbincangan awal artikel ini diharapkan mampu memberi dan

mengembangkan kajian lanjutan pada masa akan datang bagi membantu

meningkatkan kualiti pengajaran dalam mendidik golongan muallaf.

Pendahuluan

Aktiviti pendakwahan pada masa kini

semakin berkembang dan

menyaksikan ramai kalangan bukan

Islam dari pelbagai latarbelakang

bangsa dan budaya di Malaysia telah

memeluk Islam. Merujuk kepada

statistik yang dikeluarkan laman web

JAKIM pada tahun 2004, angka rasmi

golongan muallaf dari tahun 1990

hingga 2004 menunjukkan

peningkatan iaitu terdapat seramai

7377 orang muallaf yang memeluk

Page 2: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

2

Islam. Golongan muslim yang baru

memeluk Islam ini dikenali sebagai

mualaf di dalam Islam berdasarkan

terma al-Quran dalam surah at-

Taubah ayat 60. Muallaf turut dikenali

sebagai saudara baru dalam budaya

setempat masyarakat Malaysia.

Muallaf merupakan golongan muslim

yang masih baru dalam mempelajari

agama Islam. Oleh itu, untuk

memahami ajaran Islam, muallaf perlu

mempelajarinya melalui pendidikan

Islam.

Kesyumulan pendidikan

Islam adalah bentuk tarbiah yang

paling baik dalam membentuk

seorang individu. Ini kerana

pendidikan merupakan usaha

berterusan untuk menerapkan ilmu

pengetahuan tentang ajaran Islam

yang merangkumi ilmu akhlak, ibadah

dan syariah. Oleh itu kefahaman

muallaf adalah suatu perkara yang

perlu diberi perhatian. Azmi Mat Sahi

dan Maimunah Ismail (2003)

menerangkan bahawa pada peringkat

permulaan, golongan muallaf

memerlukan pengajaran yang

kondusif yang melibatkan

pengetahuan yang senang untuk

diterima, pembelajaran yang senang

untuk difahami serta amalan yang

senang dipraktikkan berdasarkan

pembelajaran yang dilalui.

Berdasarkan kepada

kenyataan tersebut, timbul persoalan

apakah perkara-perkara yang perlu

ditekankan dalam kaedah pengajaran

pendidikan Islam terhadap muallaf

supaya mampu mendidik mereka

dengan bijaksana. Oleh kerana di

peringkat permulaan, golongan

muallaf yang memiliki iman yang

masih lemah, maka pembelajaran

yang diterima perlulah memberi

kemudahan kefahaman kepada mualaf

seterusnya mengukuhkan pegangan

hidup golongan muallaf dalam

menghayati nilai-nilai islami dalam

kehidupan seharian sepajang hayat.

Pendidikan Islam Terhadap

Muallaf

Pendidikan Islam merupakan medium

utama bagi muallaf untuk

meningkatkan pengetahuan agama

Islam. Muallaf merupakan golongan

muslim yang masih dalam proses

mempelajari agama Islam. Golongan

muallaf memerlukan bimbingan yang

efektif bagi membantu mereka

membina persepsi diri yang baru

selepas menjalani proses konversi dan

peralihan. Dalam menjelaskan

pendidikan Islam, gabungan dua

perkataan ini menghasilkan maksud

yang berbeza dari kebiasaan

penafsiran pendidikan. Mohd Roslan

Mohd Nor dan Wan Mohd Tarmizi

Wan Othman (2011) memetik

penjelasan Hasan al-Sharqawi bahawa

pendidikan Islam sebagai satu

kefahaman yang akan menjauhkan

manusia dari sifat tercela dan

menyelami sifat terpuji.

Ini bermakna bahawa

pendidikan Islam adalah pendidikan

yang membentuk nilai moral akhlak

yang tinggi dengan menjauhi sebarang

amalan sifat buruk dan memuliakan

peribadi dengan akhlak yang murni.

Page 3: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

3

Abdul Halim El Muhammady (1984)

turut memberikan pengertian bahawa

pendidikan Islam sebagai proses

untuk melatih diri dalam aspek rohani,

jasmani dan akal berdasarkan nilai

pengajaran yang dianjurkan dalam al-

Quran dan sunnah. Justeru, segala

nilai haruslah menurut apa yang

terkandung di dalam al-Quran dan

sunnah. Pendidikan Islam terhadap

muallaf merangkumi pendidikan

ibadah, syariah dan akhlak serta ilmu

al-Quran dan hadith.

Bimbingan pendidikan Islam

selepas memeluk Islam perlu diberi

penekanan serius. Kebiasaaannya

selepas proses memeluk Islam,

seseorang muallaf akan digalakkan

menghadiri kelas-kelas bimbingan

agama Islam yang kebiasaannya

dijalankan oleh badan-badan bukan

kerajaan (NGO) kebajikan Islam.

Md. Salleh Yaapar (1993)

dalam kajiannya mendapati di antara

badan yang paling berpengalaman

ialah PERKIM, ABIM, IRC, JAWI

dan MACMA. Dapatan kajian

Razaleigh Muhamat @ Kawangit dan

Marlon Pantino Guleng (2014) pula

menyatakan bahawa badan yang

menjalankan pendidikan kepada

muallaf secara formal hanyalah

Institut Dakwah Islamiah Perkim

(IDIP) yang terletak di Pengkalan

Chepa, Kelantan. Institut Dakwah

Islamiah Perkim (IDIP) merupakan

satu-satunya institut pendidikan yang

mengeluarkan sijil pengiktirafan

kepada muallaf selepas menamatkan

pembelajaran. Terdapat pelajar-pelajar

dari IDIP ini yang kemudiannya telah

menjadi pendakwah terkenal. Ini

membuktikan bahawa sekiranya

pendidikan dilaksanakan secara

bersepadu dan menyeluruh, muallaf

mampu menjadi harapan perantis

kepada pendakwah-pendakwah yang

sedia ada.

Sesuai dengan matlamat

pendidikan Islam itu sendiri yang

bertujuan untuk melahirkan individu

muslim yang efektif dalam aspek

intelek, akal, rohani, dan jasmani serta

produktif terhadap pembangunan

ummah. Al-Quran menekankan

bahawa matlamat utama manusia

adalah sebagai khalifah Allah di muka

bumi. Oleh itu, pengetahuan dan

penghayatan Islam adalah faktor

utama dalam melahirkan khalifatullah.

Pengetahuan tersebut akan dibina

melalui pendidikan akidah, ibadah,

syariah dan akhlak. Mohd Radhi

Ibrahim (2003) menyatakan bahawa

setiap muslim dituntut untuk

mempelajari ilmu fardhu ain tersebut

supaya mampu menjadi hamba yang

baik dan taat kepada Allah s.w.t. Ia

menjadi kewajipan bagi setiap muslim

bahkan kepada muallaf itu sendiri.

Kurikulum pendidikan Islam

merangkumi:

(1) Penerapan Akidah

Aqidah adalah fitrah manusia

meskipun bukan kepada mereka yang

beragama Islam. Menurut Syamsul

Bahri Andi Galigo (2003), di dalam

pendidikan Islam, pembelajaran

akidah adalah merangkumi

kefahaman terhadap rukun Islam dan

Page 4: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

4

rukun iman. Walau bagaimanapun,

akidah yang murni adalah akidah yang

mengakui kewujudan dan ketuhanan

Allah s.w.t. Kefahaman akidah yang

mendalam di dalam diri akan

menumbuhkan kesedaran dan

kebenaran Islam sehingga muallaf

yang mempelajarinya mampu

mengimplementasikan pada setiap

aspek pertuturan, fikiran dan tingkah

laku. Kualiti-kualiti tersebut adalah

kesan yang diperlukan dalam usaha

membina keyakinan akidah muallaf.

(2) Pelaksanaan Ibadah Melalui

Pendidikan Syariah

Islam adalah agama yang menekankan

hakikat hubungan manusia dengan

pencipta. Apabila muallaf telah

meyakini akidah dan keimanan

kepada Allah s.w.t maka adalah

menjadi kewajipan bagi muallaf untuk

melakukan ibadah sebagai bentuk

perhambaan dan pergantungan

kepadaNya. Mohd. Kamal Hassan

(1981) menyatakan bahawa sistem

ibadah di dalam Islam mempunyai

nilai tersendiri iaitu nilai pahala. Nilai

ini membentuk kesejahteraan dan

peradaban di dunia dan di akhirat.

Ibadah wajib adalah perkara yang

terkandung di dalam rukun Islam iaitu

solat, puasa, zakat, dan menunaikan

kewajipan haji sebagai ibadah wajib

dilaksanakan bagi setiap manusia

manakala ibadah sunat adalah

digalakkan bagi setiap muslim sebagai

tanda menunaikan tanggungjawab

terhadap amanah dan perintah Allah

s.w.t untuk memakmurkan bumi.

(3) Pembangunan Positif akhlak

Akhlak merupakan tabiat atau watak

perlakuan seseorang manusia. Said al-

Qahtani (2005) telah memberikan

pengertian akhlak sebagai keadaan

diri seseorang yang diperlihatkan

dalam perbuatan baik atau buruk

secara spontan tanpa berfikir dahulu.

Akhlak yang baik terlahir daripada

keimanan kepada Allah s.w.t dan

penghayatan ibadah. Pengajaran

akhlak terbaik adalah melalui amalan

tadabbur al-Quran. Seorang muallaf

mampu berubah untuk menjadi

seorang yang memiliki akhlak yang

mulia sebagaimana yang berlaku

terhadap sahabat-sahabat Rasulullah

s.a.w. Pengamalan akhlak mulia

bukan sahaja disenangi Allah malah

dihormati masyarakat sekeliling.

Dari sudut lain, Zuria

Mahmud (2014) menyatakan bahawa

kepentingan pendidikan dalam Islam

adalah bermatlamat untuk membentuk

modal insan yang memiliki sahsiah

peribadi islamiah yang akan

memegang amanah sebagai khalifah

Allah di muka bumi. Matlamat

tersebut terkandung dalam firman

Allah .s.w.t dalam al-Quran, surah al-

Baqarah (6), ayat 30 yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman

kepada para malaikat: “Sesungguhnya

aku hendak menjadikan seorang

khalifah di muka bumi”

Page 5: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

5

Dapat difahami disini bahawa

pendidikan Islam adalah asas yang

kukuh dalam membentuk dan

membangunkan individu dalam setiap

aspek. Dalam erti kata lain, Ab. Halim

Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik

Yusoff (2010) memberi pandangan

bahawa tujuan pendidikan Islam ialah

membangunkan komponen dalam diri

individu untuk menjadi seorang

khalifah Allah di muka bumi.

Dalam bidang pengendalian

pendidikan dan bimbingan Islam

terhadap muallaf, Anuar Puteh dan

Che Yusoff Che Mamat (2003)

mengutarakan peranan Malaysian

Muslim Chinese Association

(MACMA) dalam pendidikan

muallaf. MACMA menyediakan

pelbagai bimbingan kepada muallaf

tanpa mengira latarbelakang. Antara

bimbingan yang dilaksanakan adalah

pengajaran fardhu ain dan al-Quran

serta lain-lain kelas sampingan seperti

kelas mandarin. Kelas pengajian al-

Quran pula dilaksanakan mengikut

pelbagai tahap dan pembelajaran

dilakukan secara talaqqi.

Kelas fardhu ain pula

dilakukan secara komprehensif, dalam

pelbagai bentuk bagi memastikan

kefahaman dan penghayatan yang

mendalam terhadap aspek fardhu ain.

Tenaga pengajar yang mendidik para

muallaf pula adalah mengikut

kemampuan masing-masing. Justeru,

kaedah yang digunakan dalam

mendidik golongan muallaf adalah

mengikut keupayaan dan kekreatifan

pengajar tanpa pendekatan bersepadu.

Isu Dalam Pendidikan Muallaf

Keberkesanan kaedah pendidikan

adalah penyumbang utama kepada

kefahaman Islam di kalangan muallaf.

Penyampaian pengajaran dengan

kaedah yang kurang tepat bakal

mempengaruhi impak pembelajaran.

Di dalam isu pembelajaran golongan

muallaf, terdapat beberapa kajian

lepas yang memfokuskan

permasalahan dalam bidang

pendidikan muallaf.

Merujuk hal ini, Mohd. Zaid

Mohd. Zain dan Ahamad Asmadi

Sakat (2010) mendapati bahawa

sehingga kini masih tidak terdapat

satu kaedah mahupun garis panduan

yang khusus untuk digunakan oleh

para pengajar muallaf menyebabkan

kaedah pembelajaran dan pengajaran

diserahkan sepenuhnya kepada

pengajar. Kenyataan ini menunjukkan

bahawa para pengajar perlu

menyampaikan pelajaran dengan

kaedah dan cara penyampaian yang

tersendiri mengikut kemampuan

pengajar itu sendiri.

Dari sudut yang lain, Azmi

Mat Sahi dan Maimunah Ismail

(2003) turut mendapati bahawa faktor

kurikulum yang kurang lengkap

menyebabkan penyampaian tidak

dapat disampaikan dengan baik.

Modul yang terlalu umum juga telah

menyebabkan pengajar mendapati

tiada kaedah yang sesuai untuk

mengajar modul sedia ada kepada

muallaf.

Hal ini menyebabkan

pengajar mencari bahan di pasaran

Page 6: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

6

sebagai gantian kepada kurikulum

yang sedia ada untuk memudahkan

kaedah pengajaran dan memberi

kefahaman kepada muallaf. Apa yang

dapat dikenal pasti disini bahawa

penelitian dalam aspek bahan

pengajaran untuk muallaf masih

belum di tahap yang sempurna dan

boleh dibanggakan apalagi kaedah

pengajaran yang berkesan. Dengan

memahami masalah-masalah yang

dihadapi dalam mengendalikan

pengajaran terhadap golongan

muallaf, adalah menjadi keperluan

untuk meneliti faktor-faktor utama

yang akan membantu meningkatkan

tahap keberkesanan pengajaran

pendidikan Islam dalam usaha

membimbing golongan muallaf.

Manakala Adi Syahid et al

(2013) pula menyatakan bahawa

kaedah pengajaran konvensional

terhadap golongan muallaf dilihat

tidak mampu menghasilkan

kefahaman yang mendalam dalam

pembelajaran akidah. Sedangkan

pengajaran akidah adalah perkara

yang paling utama dan penting untuk

difahami selepas memeluk Islam.

Kefahaman muallaf dalam

pembelajaran akidah tidak boleh

diabaikan kerana kefahaman akidah

yang kukuh mampu mengelakkan

muallaf daripada pengamalan yang

bertentangan dengan Islam. Bahkan

pengabaian aspek akidah juga boleh

meningkatkan risiko muallaf

mengamalkan sebarang adat istiadat

lama dan lebih parah lagi adalah

masalah mualaf kembali kepada

agama asal lantaran tidak faham

terhadap ajaran agama Islam.

Terdapat isu yang

mencetuskan kebimbangan di dalam

masalah ini. Zulkifli Abdul Hamid

(2013) menyatakan bahawa masih

terdapat dari kalangan muallaf yang

telah memeluk Islam selama lima

tahun tetapi masih tidak mampu untuk

membaca al-Fatihah. Kejadian ini

menimbulkan persoalan bahawa jika

kualiti pengetahuan muallaf berada di

tahap yang sangat rendah, dibimbangi

ia akan menjejaskan akidah dan

ibadah mereka. Kesan daripada

insiden tersebut, isu murtad ataupun

muallaf kembali kepada agama asal

bukanlah isu yang baharu.

Permasalahan ini dipersetujui Faizal

Arif Tajul Arifin (2013) yang

menegaskan bahawa faktor utama

penyebab kepada kes murtad dalam

kalangan muallaf adalah kerana tidak

memiliki pengetahuan tentang Islam

serta tidak mengamalkan ajaran Islam.

Oleh sebab itulah bimbingan dalam

pengajaran perlu dilakukan secara

teliti dan sitematik. Apabila kaedah

pengajaran konvensional kurang

membantu mencapai objektif

pendidikan, maka sebagai seorang

muslim, wajarlah merujuk kembali

kepada cara pendidikan al-Quran

sebagai panduan.

Dengan ini, isu kefahaman

terhadap pendidikan Islam adalah satu

perkara yang perlu diperhalusi kerana

ia bakal menentukan keberkesanan

dakwah pada masa akan datang.

Penelitian terhadap kualiti pengajaran

sudah tentu berupaya meningkatkan

Page 7: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

7

pemahaman dan mendorong

penghayatan yang optimum. Bertitik

tolak dari situasi tersebut, penekanan

terhadap kaedah pengajaran yang

bersesuaian yang di saranan al-Quran

mampu memperkasakan masalah

tersebut. Dengan mengadaptasi cara

pendidikan yang disarankan al-Quran

dalam mendidik muallaf, pencapaian

objektif pendidikan Islam terhadap

muallaf akan mampu ditambah baik.

Kepentingan Kaedah Pengajaran

Secara dasarnya, penyampaian ilmu

pengetahuan adalah berkait rapat

dengan keberkesanan pengajaran.

Bagi mengukuhkan penerimaan

pembelajaran, maka pengajar perlu

memiliki ilmu pengetahuan dalam

pengajaran, bijaksana dan berhikmah

dalam mendidik. Penyampaian

pendidikan Islam yang jelas akan

memberi kefahaman kepada seseorang

muslim tentang tanggungjawab yang

perlu dilaksanakan. Dalam

melaksanakan bimbingan pendidikan

Islam terhadap muallaf, adalah perlu

untuk memperjelaskan kepada mereka

mengenai kepentingan memahami

ajaran Islam dengan sebaik mungkin.

Penghayatan Islam di tahap tinggi

akan memastikan muallaf sentiasa

melaksanakan amanah dan

tanggungjawab sebagai khalifah Allah

s.w.t dengan sebaiknya dalam setiap

aspek kehidupan.

Tengku Sarina Tengku Kasim

(2006) menyatakan bahawa segala

perubahan atau peristiwa yang berlaku

ke atas diri merupakan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Oleh itu, bagi memastikan pengajaran

berfungsi dengan baik, beberapa

perkara perlu diberi pengamatan:

(1) Memahami Konsep Pembelajaran

Dewasa

Perkara utama yang perlu dilihat oleh

pengajar dalam membimbing muallaf

adalah dengan memahami psikologi

pembelajaran orang dewasa. Oleh itu,

pengajar atau pendakwah perlu

mendalami tentang kaedah dan

bagaimanakah pembelajaran dewasa

itu berlaku. Pembelajaran dewasa

sangat berbeza dengan pembelajaran

kanak-kanak atau remaja. Paterson

(1979) memberi pandangan bahawa

pembelajaran dewasa itu adalah untuk

membangunkan individu dengan

meningkatkan kesedaran, nilai,

penambahan ilmu dan kemahiran

untuk diterapkan dalam kehidupan

akan datang. Hamdan Abd Kadir et al

(2004) turut menyatakan bahawa

pembelajaran dewasa lebih

berfokuskan kepada inkuiri

penemuan, pembelajaran melalui

pengalaman, refleksi, penyelesaian

masalah kajian kes dan tindakan.

Setiap kaedah pembelajaran tersebut

akan mampu meningkatkan tahap

konstruktiviti, reka cipta dan

perkembangan kognitif yang lebih

aktif.

Knowles (1981) yang

mengeluarkan teori pembelajaran

dewasa turut menambah bahawa

orang dewasa yang matang

kebiasaannya belajar dengan

Page 8: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

8

bersungguh-sungguh dan kemudian

menganalisis “apakah” dan “kenapa”

berkenaan sesuatu fenomena yang

dipelajari. Dengan memahami konsep

pembelajaran dewasa, pengajaran

boleh berlaku secara aktif dan

berkesan dimana apabila keperluan

pembelajaran muallaf difahami,

pengajar akan berusaha memberi

kefahaman dengan cara lebih efektif

mengikut keseuaian.

(2) Keberkesanan Penyampaian

Pengajaran

Selain dari memahami konsep

pengajaran, kaedah penyampaian juga

perlu diberi perhatian. Dalam

mendidik dan membimbing muallaf,

pengajar perlu lebih menghayati cara

penyampaian yang betul sebagaimana

yang terkandung dalam ilmu dakwah.

Sifat dasar seorang pendakwah adalah

sebagaimana yang terkandung dalam

al-Quran, surah al-Nahl (14) ayat 125

yang bermaksud:

“Serulah (manusia) kepada jalan

Tuhanmu dengan hikmah dan

pelajaran yang baik dan bantahlah

mereka dengan cara yang baik”

Ayat di atas jelas menerangkan

bahawa identiti seorang pendidik,

pembimbing ataupun pengajar dan

pendakwah perlu mementingkan sikap

hikmah kebijaksanaan dalam diri,

penasihatan yang baik serta berdebat

dengan baik sekiranya diajukan

pertanyaan.

Menurut Zulkefli bin Aini et

al (2014), metode dakwah dalam

menyampaikan ajaran Islam adalah

hikmah dengan bersikap jujur serta

berbicara mengikut kesesuaian tahap

pemikiran sasaran. Mauizah hasanah

menekankan pengajaran yang baik

dan tepat sesuai dengan kedudukan

sasaran dan berdebat dengan niat

untuk memberi pelajaran tanpa

menjatuhkan sasaran. Bersesuaian

dengan kepelbagaian latarbelakang

muallaf yang terdiri daripada pelbagai

tahap pemikiran, taraf pendidikan

serta budaya, maka anjuran al-Quran

adalah tepat untuk digunakan dalam

setiap keadaan.

Menurut H. M. Yunan Yusuf

(2006) bahawa dalam pengajaran

pendidikan Islam, penyampaian

selalunya berkait rapat dengan hakikat

penyampaian material dakwah kepada

pelajar supaya dapat diterima dan

dicerna dengan baik. Maka inilah

aspek paling utama untuk diamati

terhadap pengajaran muallaf. Zulkiple

Abd. Ghani (2003) pula menambah

pandangan dari perpektif komunikasi.

Menurut beliau bahawa Islam adalah

agama yang menggesa setiap individu

muslim menyampaikan maklumat

secara berterusan mengikut keupayaan

masing-masing.

Said al-Qahtani (2005)

menjelaskan bahawa komunikasi yang

berkesan adalah apabila perkataan

yang disampaikan itu, jelas, terang

dan tidak mengandungi ungkapan

yang boleh mengaburkan antara

perkara hak dan batil, benar atau salah

supaya pendengar mampu memahami

Page 9: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

9

seluruh isi kandungan yang

disampaikan. H. M. Yunan Yusuf

(2006) menambah lagi bahawa

semakin tinggi kemampuan

komunikasi penyampaian maklumat,

maka semakin tinggi kecenderungan

kejayaan penyampaian ajaran Islam.

(3) Perancangan Pengajaran.

Dari sudut pengajaran pula, pengajar

perlu lebih bijak dalam mengurus

pengajaran terhadap muallaf. Ini

termasuklah keupayaan merancang

pengajaran dan mereka bentuk kaedah

pengajaran. Noriati Abd. Rashid et al

(2009) menekankan bahawa sesuatu

pengajaran yang terancang rapi akan

menghasilkan pembelajaran yang

berkesan.

Oleh itu perancangan yang

jelas dan disusun secara sistematik

akan mendorong pengajaran ke arah

matlamat dan objektif yang

ditetapkan. Rasionalnya perancangan

adalah sangat membantu pengajar

untuk menyusun, mengatur dan

mentadbir aktiviti dalam pengajaran

serta menjadikan komunikasi pengajar

serta muallaf lebih efektif.

(4) Aplikasi Strategi Pengajaran

Dalam kajian Noraini Omar et al

(2012) pula mendapati bahawa

keperluan kepada kepelbagaian

strategi, kaedah dan pendekatan akan

menarik minat dan meningkatkan

motivasi pelajar terhadap sesuatu

mata pelajaran yang diajar. Dalam

aspek pendakwahan, seorang pengajar

atau dai’e harus berani menyampaikan

dakwah dengan cara yang berbeza-

beza yang berpotensi menghasilkan

manfaat. Ini kerana kadangkala satu

kaedah itu berjaya dalam satu masa

tapi belum tentu menghasilkan

kejayaan di waktu lain. Maka aplikasi

strategi itu menuntut pengajar untuk

bijak dan pandai memilih cara yang

sesuai dengan masa dan tempat.

Keberkesanan Pendidikan Islam

Terhadap Muallaf

Menurut Ab. Halim Tamuri et al

(2010), sesuatu kurikulum pendidikan

yang disampaikan tidak akan

mencapai kesempurnaan sekiranya

pengajar mengabaikan pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Ini bermaksud

bahawa kaedah pengajaran adalah

faktor yang membantu memberikan

kefahaman. Kaedah pengajaran yang

berkesan akan menarik minat pelajar

untuk menumpukan perhatian dan

memahami isi kandungan pelajaran.

Apa bila pelajar memberikan reaksi

atau mengajukan persoalan, maka

pengajar sendiri akan mampu menilai

sejauh manakah kefahaman pelajar

tersebut. Oleh kerana muallaf

kadangkalanya terdiri daripada warga

emas, maka pengajar perlu mencari

inisiatif untuk mendorong minat

muallaf semasa pembelajaran.

Noriati A. Rashid et al (2009)

pula menerangkan bahawa proses

pengajaran dan pembelajaran

seringkali terhalang kerana

penyampaian maklumat yang kurang

efektif. Keadaan tersebut sangat

Page 10: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

10

merugikan kerana sepatutnya pengajar

perlu bersikap kreatif dengan

menghilangkan halangan untuk

menyampaikan maklumat pelajaran.

Kaedah pengajaran yang efektif akan

menghasilkan pelajar yang mampu

menjalani penerokaan dan akan

menunjukkan perkembangan dan

perubahan dalam tingkah laku. Said

al-Qahtani (2005) mengetengahkan

pendapat bahawa apabila seorang

pendakwah melaksanakan cara yang

bijaksana dalam menyampaikan isi

pelajaran, maka ia akan mampu

memberi pengaruh kepada kejayaan

pendakwahannya. Perubahan yang

berlaku dalam tingkah laku atau

pemikiran muallaf akan membuktikan

kejayaan tersebut.

Ali Ya’kub Matodang (2003)

berhujah bahawa kefahaman ajaran

Islam yang difahami dengan sejelas-

jelasnya akan menjawab setiap

kemaslahatan dalam kehidupan. Maka

kefahaman yang perlu diterapkan

terhadap muallaf tidak hanya dalam

rangka pengamalan al-Quran dan

Sunnah tetapi juga mampu menjawab

dan memecahkan persoalan-persoalan

yang muncul dalam kehidupan

muallaf. Oleh itu, Ab. Aziz Mohd Zin

et al (2006) menyatakan apa yang

menjadi kepastian dalam pelaksanaan

program pengajaran pendidikan Islam

terhadap muallaf mengutamakan

keberkesanan berikut:

i. Pembinaan Kefahaman

Pendidikan terhadap muallaf haruslah

memerlukan penjelasan yang nyata

dimana perlu ada usaha untuk

membentuk kefahaman dan

menghilangkan kesamaran. Ia

perlulah dilaksanakan secara

menyeluruh dan menerangkan kesan-

kesan dari penghayatan Islam.

ii. Membina Penghayatan

Penghayatan akidah yang maju akan

membentuk ketahanan dan jati diri

kerana akidah akan membina motivasi

dan wawasan dalam kehidupan.

Motivasi tersebut akan menentukan

hala tuju yang jelas untuk diikuti.

Muallaf yang memiliki kemantapan

akidah akan memiliki kekuatan dalam

diri dan pemikiran yang bersih

seterusnya melahirkan pengorbanan

dan jihad.

iii. Penghayatan Ibadah

Apabila pelaksanaan pengajaran

dilaksanakan dengan cara yang

sempurna, seterusnya menghasilkan

kefahaman maka ia bukan hanya

sekadar melahirkan muallaf yang

menghayati ibadah wajib sahaja tetapi

juga mereka akan mempertingkatkan

kerohanian dan kekuatan diri melalui

ibadah sunat.

iv. Penghayatan Akhlak

Penghayatan akhlak melalui

pengajaran yang diterima akan

mempertingkatkan keperibadian dan

membentuk tingkah laku yang murni

berdasarkan acuan al-Quran.

v. Penghayatan Hukum Islam

Penghayatan terhadap hukum Islam

terutama terhadap perundangan Islam

akan melahirkan muallaf yang

Page 11: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

11

memahami faedah dan keuntungan

daripada penghayatan tersebut.

Kefahaman terhadap keistimewaan

perundangan Islam akan melahirkan

kesedaran muallaf terhadap

kepentingan jaminan keadilan dalam

sistem kehidupan bermasyarakat.

Aplikasi Pengajaran dalam al-

Quran

Pembelajaran ilmu dan pemerolehan

ilmu pengetahuan melibatkan pelbagai

proses. Menurut Mohamed Fauzi

Othman dan Rosman Mohd Yusoff

(2008), ia melibatkan proses

pembacaan, pemahaman, penerokaan,

penyelidikan, perdebatan dan

sebagainya. Peroses-proses tersebut

menghasilkan implikasi pengaruh dan

perubahan dalam diri serta tingkah

laku muallaf. Azhar Haji Ahmad dan

Ab. Halim Tamuri (2010) pula

memberi hujah bahawa dalam

mempraktikkan amalan pengajaran,

pengajar perlu berbalik kepada al-

Quran dan sunnah sebagai amalan dan

panduan kerana telah terbukti bahawa

manhaj atau kurikulum yang

digariskan oleh al-Quran dan sunnah

telah berjaya merubah perilaku orang

beriman melalui pengajaran dan

pembelajaran akidah. Penerapan nilai-

nilai Islam dilaksanakan melalui

beberapa pendekatan seperti membuat

penelitian, berfikir secara reflektif,

mengkaji, menilai dan memotivasi.

Justeru itu, bagi

meningkatkan keaktifan minda dan

kognitif muallaf supaya menerima

pelajaran dengan berkesan, para

pengajar perlulah meneliti kaedah

pengajaran al-Quran. Teori-teori barat

seperti teori konstrukvitisme dan

inkuiri yang dibangunkan oleh sarjana

barat telah lama dikemukakan oleh al-

Quran sejak 1400 tahun yang lalu.

Mohd Azhar Abd. Hamid dan

Rosman Mohd. Yusof (2008)

menambah bahawa ini jelas

menunjukkan al-Quran telah mendidik

manusia menggunakan akal secara

kritis dan analisis dengan

mengemukakan persoalan di akhir

ayat seperti “apakah kamu tidak

berakal?”, “apakah kamu tidak

berfikir?”, “adakah kamu tidak

melihat?” dan sebagainya. Antara

kaedah pengajaran yang boleh

dijadikan amalan dalam membimbing

muallaf ialah:

(1) Pengajaran Secara Refleksi

Apabila melihat di dalam a-Quran,

maka kita dapati terdapat banyak

seruan-seruan al-Quran supaya

berfikir, berilmu dan menggunakan

fikiran yang panjang dalam mencari

jawapan. Firman Allah s.w.t dalam al-

Quran, surah al-Hasyr (28) ayat 2

yang bermaksud:

“Maka insaflah dan ambillah

pelajaran (dari peristiwa itu) wahai

orang-orang yang berakal fikiran serta

celik mata hatinya”

Menurut Hanipah Hussin et al (2004)

bahawa aktiviti refleksi adalah aktiviti

bersifat kognitif. Al-Quran telah

menyediakan tunggak dalam proses

Page 12: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

12

pemikiran dimana proses berfikir itu

dilakukan dengan merenung diri

sendiri dan juga melibatkan orang

lain. Boud, Keogh dan Walker (1985)

yang mendukung idea John Dewey

(1903) iaitu seorang sarjana barat

mencadangkan bagaimana seseorang

itu boleh dibimbing ke arah

mengamalkan refleksi. Pengamalan

refleksi mampu mengelakkan

daripada terburu-buru sehingga boleh

mengakibatkan kesalahan berulang

terhadap apa yang mereka lakukan.

(2) Pengajaran Secara Berfikir

Al-Quran turut menyeru manusia

supaya menggunakan akal untuk

berfikir dengan sebaiknya. Antaranya

dalam surah al-Baqarah (1) ayat 44

yang bermaksud:

“Mengapa kamu menyuruh manusia

untuk berbuat baik, dan kamu

melupakan (kewajipan) dirimu

sendiri, padahal kamu membaca kitab,

apakah kamu tidak berfikir?”

Berfikir mampu merangsang

kemahiran intuitif dengan melihat

keseluruhan dimensi permasalahan

menggunakan pemikiran logik. Ia

mampu memberi motivasi kepada

muallaf untuk menghasilkan jawapan

dan keputusan yang efektif. Patton

(2003) memberi hujahan bahawa

terdapat pelbagai kaedah yang mampu

membangunkan kemahiran intuitif

seperti reaksi semulajadi, pengalaman

umum, penumpuan terhadap program

pembelajaran serta program latihan

yang lebih meluas.

Christoph, Van Der Tang dan

De Hong (1999) dalam Abd Aziz

Yusof (2009) menyatakan bahawa

amalan berfikir dan intuitif adalah

lebih berkesan dan lebih konstruktif

dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana ia membina

individu untuk menjadi seorang yang

berfikir berdasarkan pembuktian dan

ketinggian intelektual.

(3) Pengajaran Secara Pemerhatian

dan Penelitian

Di dalam ayat yang lain pula, Allah

turut menyeru manusia untuk

mengambil pengajaran dengan

melakukan pemerhatian dan meneliti

sebelum membuat rumusan dan

keputusan. Firman Allah s.w.t dalam

al-Quran, surah al-Nisa’ (5) ayat 82

yang bermaksud:

“Maka apakah mereka tidak

memperhatikan Al-Quran?”

Di dalam ayat di atas, Allah s.w.t

telah menggesa manusia untuk

menggunakan akal fikiran bagi

memerhati dan membuat penelitian

dalam mencari sesuatu jawapan.

Pemerhatian kebiasaanya dilakukan

untuk mencari punca dan sebab.

Dalam pembelajaran masa kini,

kaedah ini lebih dikenali sebagai

pengajaran menggunakan inkuiri.

Moh. Roqib dan M. Ag.

(2009) telah menjelaskan bahawa

pembelajaran melalui inkuiri akan

Page 13: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

13

menyediakan pelajar kepada

kemahiran penyelesaian masalah.

Melalui kaedah ini, pelajar

didedahkan dengan proses meneroka

kehidupan secara semulajadi yang

menggalakkan penyoalan, penyiasatan

dan eksperimen untuk mendapatkan

kefahaman dan ilmu yang baharu.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan

diatas, maka secara umumnya, kaedah

pengajaran adalah pelbagai dan tidak

dapat dirumuskan kaedah manakah

yang memberi keberkesanan yang

tinggi.

Namun begitu, satu perkara

yang perlu difahami adalah

bagaimana tahap muallaf itu. Kaedah

yang paling efektif adalah dengan

menuruti keupayaan pemikiran

muallaf itu kerana sememangnya

muallaf itu ada yang berpelajaran

tinggi dan sebaliknya. Pengajar tidak

boleh mengabaikan aspek ini kerana

keberkesanan pengajaran bergantung

kepada inisiatif pengajar untuk

mengaplikasikan kaedah yang mana

asalkan ia sesuai terhadap tahap

muallaf tersebut.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya dapat difahami

bahawa pendidikan Islam sudah

memiliki kurikulum yang lengkap

untuk disampaikan kepada setiap

muallaf yang baru memeluk Islam

kerana pendidikan Islam bersifat

menyeluruh yang berkesan sebagai

pembentuk peribadi muslim yang

utama. Ia menjadi penyumbang utama

kepada pembangunan diri muallaf

setelah memeluk Islam. Namun

begitu, pengaplikasian kaedah

pengajaran dalam kalangan pengajar

memerlukan penelitian, bimbingan

dan latihan yang yang lebih efektif

supaya pengajar mampu

melaksanakan pengajaran dengan

berkesan.

Perhatian yang lebih serius

dalam isu pembangunan pendidikan

muallaf sangat membantu untuk

memastikan tahap kefahaman dan

penghayatan oleh muallaf sentiasa

berada di tahap memuaskan

berbanding situasi masa kini.

Berdasarkan kepada beberapa

pengamatan dalam sorotan literatur,

terdapat pelbagai kaedah pengajaran

yang boleh membantu pengajar atau

pendakwah di dalam kelas bimbingan

tetapi sekiranya badan-badan rasmi

kerajaan memberikan perhatian yang

lebih dalam isu ini, kualiti pendidikan

muallaf akan dapat ditingkatkan

martabatnya kerana masih terdapat

aspek yang perlu diperkemaskan

terutama bidang pengajaran yang

melibatkan kaedah pengajaran.

Kemahiran pengajar dan

kebijaksanaan mereka dalam bidang

pendidikan muallaf boleh ditingkatkan

seandainya latihan dan bimbingan

diberikan.

Rujukan

Ab. Aziz Yusof. 2009. Pembangunan

Modal Insan Teras

Pendidikan Negara. Kedah:

Universiti Utara Malaysia.

Page 14: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

14

Abd. Halim Tamuri, Nik Mohd

Rahimi Nik Yusoff. 2010.

Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan

Islam. Bangi: Universiti

Kebangsan Malaysia.

Adi Syahid Mohd Ali. 2013.

Keberkesanan Pembelajaran

Aqidah Berasaskan Strategi

Inkuiri Terbimbing Terhadap

Saudara Baru. Tesis Sarjana

Universiti Malaysia Kelantan.

Anuar Puteh, Che Yusoff Che Mamat.

2003. Peranan Badan Dakwah

Bukan Kerajaan dalam

Bimbingan Saudara Baru di

Malaysia. Dlm. Zulkiple Abd.

Ghani, Anuar Puteh, H. A

Yaakob Matondang (penyt).

Dakwah Dalam Perspektif

Sosio Budaya Malaysia-

Indonesia. hlm. 233-240.

Bangi Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Ali Ya’kub Matodang. 2003. Dakwah

Fungsional : Penampilan

Islam Secara Kontekstual.

Dlm. Mohd Radhi Ibrahim,

Abdul Rahim Arsyad,

Roslizawati Ramli, Marina

Munira Abdul Mutalib.

(Penyt). Intelektualisme &

Dakwah Masa Kini. hlm 51-

66. Kuala Lumpur: Kolej

Universiti Islam Malaysia.

Azhar Haji Ahmad, Ab. Halim

Tamuri. 2010. Pembelajaran

Pengaturan Kendiri Dalam

Pendidikan Islam. Dlm Abdul

Halim Tamuri, Nik Mohd

Rahimi Nik Yusoff (Penyt).

Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan

Islam. hlm 71. Bangi:

Universiti Kebangsan

Malaysia.

D. Boud, R. Keogh, D. Walker. 1985.

Reflection, Turning

experience into Learning.

London: Kogan Page.

Mohd Kamal Bin Hassan. 1981.

Konsep Pendidikan Islam.

Dlm. Dr. Mohamad Kamal

bin Hassan, Mohammad

Uthman El Muhammady,

Prof. Madya Nik Abdul

Rashid (Penyt). Pendidikan

Koleksi Dakwah. hlm 1-17.

Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia.

Zulkifli bin Abdul Hamid. 2013.

MAIS Komited Mantapkan

Akidah Saudara Baru,

Selangor. Temu bual, 1

Januari.

H. M. Yuna Yusuf. 2006. Manajemen

Dakwah. Jakarta: Prenada

Media.

Faizal Arif Tajul Arifin. 2013. Dahulu

Mualaf Kini Murtad. Kertas

kerja Persidangan

Page 15: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

15

Antarabangsa Pembangunan

Mullaf, 7-8 Sept.

Hamdan Abd. Kadir, Dr. Hanipah

Hussin, Mohamad Saprin.

2004. Teknik Mengajar

Dewasa Panduan Untuk

Jurulatih. Pahang: PTS

Publication & Distributors

Sdn. Bhd.

Patton J. R. 2003. Intuition in

Decision. Management

Decision. Science Social

Journal. 41(10),989-996.

Knowles. M. S. 1981. The Modern

Practice of Adult Education:

From Pedagogy to

Andragogy. New York:

Association Press.

Moh. Roqib. M. Ag. 2009. Ilmu

Pendidikan Islam

Pengembangan Pendidikan

Integratif di Sekolah,

Keluarga dan Masyarakat.

Jakarta: LKIS Yogyakarta.

Mohamed Fauzi Othman, Rosman

Mohd Yusoff. 2008.

Pembelajaran Dewasa dalam

Organisasi: Perspektif Islam.

Dlm. Azmi Shah Suratman,

Mohd Azhar Abd. Hamid.

Dinamika Perspektif

Pembelajaran Dewasa dalam

Islam. hlm 102-119. Johor:

Universiti Teknologi

Malaysia.

Md. Salleh Yaapar. 1993. Implikasi

Gerakan Dakwah ke atas

Konsep dan Aktiviti

Kebudayaan di Malaysia.

Dlm. Angkatan Belia Islam

Malaysia (Penyt). Gerakan

Dakwah dan Orde Islam di

Malaysia: Strategi dan Masa

Depan. hlm 123-134.

Selangor: Budaya Ilmu Sdn.

Bhd.

Mohd Azhar Abd Hamid, Rosman

Mohd Yusoff. 2008.

Pembelajaran Transformatif

Dalam Perspektif Islam. Dlm.

Azmi Shah Suratman, Mohd

Azhar Abd. Hamid. Dinamika

Perspektif Pembelajaran

Dewasa dalam Islam. Hlm

45-58. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd. Roslan Mohd. Nor, Wan Mohd

Tarmizi Wan Othman. 2011.

Sejarah dan Perkembangan

Pendidikan Islam di Malaysia.

At-Ta'dib Jurnal

Kependidikan Islam. (0216-

9142), 6(1): 59-78.

Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh,

Mohd Isa Hamzah. 2012.

Kepelbagaian Budaya Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendidikan Islam: Teori Dan

Amalan. Kertas Kerja

Kolokium Antarabangsa

siswazah Pengajian Islam, 27

Nov.

Page 16: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

16

Mohd Azmi Mat Sahi & Maimunah

Ismail. 2003. Status Program

Pembelajaran di Kalangan

Saudara Baru: Satu Kajian

Kes di Negeri Melaka. Jurnal

Sains Sosial dan Kemanusiaan

11(1): 81-95 (2003)

Mohd Zaid bin Mohd Zain, Dr.

Ahamad Asmadi bin Sakat.

2010. Impak Pengajaran dan

Pendidikan Agama di

Kalangan Saudara Kita

(Muallaf) di PERKIM Negeri

Sembilan. International on

Dakwah and Islamic

Management Practice and

Prospect, 23 November.

Mohd Radhi Ibrahim. 2003.

Epistemologi: Satu Tinjauan

Menurut Perspektif Islam.

Dlm. Mohd Radhi Ibrahim,

Abdul Rahim Arsyad,

Roslizawati Ramli, Marina

Munira Abdul Mutalib.

(Penyt). Intelektualisme &

Dakwah Masa Kini. hlm 1-14.

Kuala Lumpur: Kolej

Universiti Islam Malaysia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,

Sharifah Fakriah Syed

Ahmad, Wan Kamaruddin

Wan Hasan. 2009. Teknologi

dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Selangor :

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Patterson R.W.K. 1979. Values,

Educatin and The Adult.

London: Rautledge and Kegan

Paul.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit &

Marlon Pontino Guleng. 2014.

Respon Muallaf Terhadap

Pendidikan dan Latihan Amali

yang Dilaksanakan oleh

Institut Dakwah Islamiah

Perkim, Kota Bharu Kelantan.

Kertas kerja Seminar

Antarabangsa Dakwah &

Etnik. Anjuran Fakulti

Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia, 20

November.

Said al-Qahtani. 2005. Menjadi Dai

Yang Sukses. Jakarta: Qisthi

Press.

Syamsul Bahri Andi Galigo .2003.

Penelitian Terhadap Dakwah

Islamiah. Dlm. Mohd Radhi

Ibrahim, Abdul Rahim

Arsyad, Roslizawati Ramli,

Marina Munira Abdul

Mutalib. (Penyt).

Intelektualisme & Dakwah

Masa Kini. hlm 37. Kuala

Lumpur: Kolej Universiti

Islam Malaysia.

Zulkefli Aini, Abdul Hakim Mohad,

Rosmawati Mohd Rasit,

Muhammas Faisal Asha’ari,

Siti Rugayah Tibek,

Muhammad Adib Samsudin,

Salasiah Hanin Hamjah,

Ahmad Irdha Mokhtar, S.

Salahudin Suyurno. 2014.

Page 17: Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu ... · PDF fileketidakkefahaman golongan muallaf dalam pembelajaran pendidikan Islam. ... membina keyakinan akidah muallaf. (2)

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

17

Komunikasi Dakwah Antara

Budaya Dalam Masyarakat

Majmuk di Malaysia. Kertas

Kerja Seminar Antarabangsa

Dakwah dan Etnik, 20

November.

Zuria Mahmud. 2014. Peranan

Keluarga Dalam Pembinaan

Insan. Dlm. Zainab Ismail,

Salasiah Hanin Hamjah,

Rosmawati Mohd Rasit

(Penyt). Isu Dakwah Masa

Kini Keluarga, Komuniti

Marginal dan Pendidikan.

hlm 17. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Zulkiple Abd. Ghani. 2003. Islam,

Komunikasi dan Teknologi

Maklumat. Kuala Lumpur:

Utusan Publications sdn. Bhd.