pengacara majlis kesedaran alam sekitar

8
Tuan-tuan / puan-puan yang dihormati; Izinkan saya mengingatkan bahawa majlis ini akan dimulakan sebentar lagi! Di Dewan Akademik kita bersua Suburkan budaya cinta sekitar; Lafaz bismillah pembuka bicara Salam dihulur berkat ikhtiar ALU-ALUAN PENGACARA Assalamualaikum w.b.t. Salam bahagia, salam satu Malaysia dan selamat datang. Yang Berbahagia Encik Azhar Omar Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands Yang dihormati Barisan Pentadbir SMK Ringlet Yang dihormati Hj Anuar b Yusoff, Pengurus Besar Stesen-stesen Janaelektrik Cameron Highlands Penceramah-penceramah Guru-guru dan sekalian pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Cameron Highlands yang dikasihi Selamat datang ke Dewan Akademik SMK Ringlet untuk sama-sama menjayakan Program Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Daerah Sekolah-sekolah Cameron Highlands. Pepatah lama ada berkata Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan Sayangkan anak, tangan-tangankan Sayangkan alam sekitar, ingat-ingatkan

Upload: norazliah-ani

Post on 21-Jun-2015

3.048 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengacara majlis kesedaran alam sekitar

Tuan-tuan / puan-puan yang dihormati;Izinkan saya mengingatkan bahawa majlis ini akan dimulakan sebentar lagi!

Di Dewan Akademik kita bersua Suburkan budaya cinta sekitar;

Lafaz bismillah pembuka bicara Salam dihulur berkat ikhtiar

ALU-ALUAN PENGACARA

Assalamualaikum w.b.t.Salam bahagia, salam satu Malaysia dan selamat datang.

Yang Berbahagia Encik Azhar OmarTimbalan Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands

Yang dihormati Barisan PentadbirSMK Ringlet

Yang dihormatiHj Anuar b Yusoff, Pengurus Besar Stesen-stesen Janaelektrik Cameron Highlands

Penceramah-penceramah

Guru-guru dan sekalian pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Cameron Highlands yang

dikasihi

Selamat datang ke Dewan Akademik SMK Ringlet untuk sama-sama menjayakan Program Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Daerah Sekolah-sekolah Cameron Highlands.

Pepatah lama ada berkata

Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan

Sayangkan anak, tangan-tangankan

Sayangkan alam sekitar, ingat-ingatkan

Tidak lupa mengucapkan syukur dan puji ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah rahmatNYA maka kita dipanjangkan usia dan diberi kekuatan untuk terus bersama mengikuti Program Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Cameron Highlands dengan tema ”Kepelbagaian Spesis, Satu Bumi, Satu Masa Depan” .

Page 2: Pengacara majlis kesedaran alam sekitar

BACAAN DOA

Sesungguhnya, setiap langkah yang kita hayun, setiap gerak denyut nadi adalah

ketentuan Ilahi. Marilah kita realisasikan rasa syukur dan memohon keberkatan agar

majlis kita diberkati Ilahi. Untuk itu, dipersilakan

YANG BERUSAHA al Fadhil

Ustaz Sanusi Mohd Noor untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Jazakallahukhairankathira ……………………………………………………….

Moga kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t hendaknya. Insya-Allah.

Kula warga dewan

Keindahan alam sekitar bukan sahaja boleh dieksploitasi untuk kegiatan riadah dan rekreasi

malah menjadi penyumbang utama kawalan ekosistem terutama bagi keperluan manusia

sejagat. Sehubungan itu tugas semua pihak menjaga alam sekitar agar tidak tercemar dan pada

masa yang sama peranan golongan belia dan murid sentiasa ditagih bagi meneruskan

kesinambungan penjagaan khazanah alam ini.

UCAPAN ALU-ALUAN

Sebagai pembuka majlis, marilah sama-samalah kita ikuti ucapan alu-aluan yang akan

disampaikan oleh Tn Hj Anuar bin Yusoff, Pengurus Besar Stesen-stesen Janaelektrik

Cameron Highlands.

Majlis dengan rasa hormat mempersilakan

TAMAT UCAPAN ALU-ALUAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Anuar bin Yusoff.

CERAMAH 1

Untuk makluman, pada hari ini para peserta akan mendengar empat judul ceramah berkaitan dengan kesedaran alam sekitar.

Tajuk ceramah yang akan menjadi pembuka tirai pada pagi ini ialah___________________________________________

Page 3: Pengacara majlis kesedaran alam sekitar

___________________________________________

Serba sedikit mengenai latar belakang penceramah ini.

Majlis dengan berbesar hati mempersilakan,

TAMAT CERAMAH 1

Moga-moga intipati ceramah ________________________________ itu tadi dapat dijadikan

pedoman.

MAJLIS BERHENTI REHAT

PARA TETAMU DIJEMPUT KE BILIK KH DAN PARA PELAJAR BERGERAK KE

HADAPAN DEWAN

CERAMAH 2

Selamat kembali ke dewan akademik

Kluster ilmuan sekalian,

Bagi mencetuskan anjakan paradigma dan menyemarakkan lagi semangat kesedaran alam

sekitar kita hayati ceramah kedua dengan tajuk

______________________________________________________________________________________

Serba sedikit mengenai latar belakang penceramah ini.

Page 4: Pengacara majlis kesedaran alam sekitar

Majlis dengan hormat mempersilakan

CERAMAH 2 TAMAT

Terima kasih dan moga-moga sari ilmu yang kita dengar dan hayati menambahkan lagi rasa

sedar dan menumbuhkan cinta akan alam sekitar.

CERAMAH 3

Sekarang tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar dan menghayati wacana ketiga yang akan menyemarakkan lagi semangat kesedaran alam sekitar kita dengan tajuk ______________________________________________________________________________________

Serba sedikit mengenai latar belakang penceramah ini.

Majlis dengan hormat mempersilakan,

CERAMAH 4

Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menghayati wacana terakhir tajuk ______________________________________________________________________________________

Serba sedikit mengenai latar belakang penceramah ini.

Majlis dengan hormat mempersilakan

Page 5: Pengacara majlis kesedaran alam sekitar

TAMAT CERAMAH 4

Tiada harapan lain kecuali kita semua akan sama-sama menjaga alam sekitar secara terurus

sejajar dasar kerajaan untuk mendekatkan pelajar dengan alam sekitar dan tidak mudah

menuding jari menyalahkan mana-mana pihak berkaitan isu-isu alam sekitar.

Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsaDi sini ada guru-guru yang prihatin penuh jiwaDi sini ada penceramah yang tidak pernah kenal erti putus asaDi sini ada pentadbir yang berjasaDi sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

PELANCARAN DAN PENUTUPAN PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR

Sidang qarib yang aulia

Besar harapan agar seluruh warga dewan bersatu hati dan berpadu tenaga untuk sama-sama

menanamkan nilai murni alam sekitar ini secara berhemah dan penuh bijaksana. Bagi

menyempurnakan majlis pelancaran dan penutupan program kesedaran alam sekitar

dipersilakan __________________________________________________________

TAMAT PELANCARAN DAN PENUTUPAN

Terima kasih kepada __________________________________________________

Mudah-mudahan program yang dilancarkan ini mampu melahirkan generasi remaja yang

cemerlang,gemilang dan terbilang. Terima kasih kepada TNB, PPD, JAS dan semua pihak

yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini dan moga majlis ini akan terus menjadi

pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pengurusan alam sekitar.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan terima kasih pihak pengelola, majlis

mempersilakan _______________________________________________________ untuk

menyampaikan cenderahati kepada

Page 6: Pengacara majlis kesedaran alam sekitar

JAMUAN TENGAHARI

Sambutlah sembah dan salam

Sembah nan minta maaf

Salam nan minta ampun.

Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung.

Sekian wabillahitaufik walhidayah

Wassalamualaikum waraoh matullahiwabarokatuh

Sidang hadirin dijemput untuk jamuan makan tengahari; bilik KH untuk tetamu dan para

pelajar di kantin.

Salam seharum kasturi, semoga bertemu lagi.