penerimaan e-buku agama sebagai medium dakwah …eprints.uthm.edu.my/9205/1/nurhafiza_hamzah.pdf ·...

46
PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PENSYARAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA NURHAFIZA BINTI HAMZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Upload: ngohanh

Post on 07-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM

DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR DAN

PENSYARAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NURHAFIZA BINTI HAMZAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Page 2: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH DALAM

KALANGAN PELAJAR DAN PENSYARAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN

ONN MALAYSIA

NURHAFIZA BINTI HAMZAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Sains (Penyelidikan)

Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

OGOS 2016

Page 3: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

iii

Untuk semua yang sentiasa memberi

semangat dan kekuatan, yang

mendoakan dan membantu dalam

setiap langkah perjalanan ilmu seorang

musafir…

Page 4: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kepada Allah SWT atas nikmat ilmu, kesihatan dan kebahagiaan,

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kajian

ini dapat disempurnakan sebagai sebuah penyelidikan yang boleh memberikan

manfaat kepada orang lain. Semoga ilmu bermanfaat yang dikongsi ini merupakan

salah satu amalan yang akan mendapat pahala berterusan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia yang dihormati

iaitu Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Hussain Othman kerana banyak memberi

tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini. Begitu juga dengan mantan penyelia iaitu

Dr. Halimi Mohd. Khalid dan mantan pensyarah iaitu Dr. Zulkifli Aini yang turut

menabur ilmu sepanjang di bawah penyeliaannya. Tidak dilupakan juga titisan ilmu

yang dicurahkan oleh Dr. Noor Asyikin dan Dr. Saifullah yang membantu dalam

membuat analisis kajian. Buat Ketua Penerbit yang memahami iaitu Profesor Madya

Dr. Rozilah Kasim dan Dr. Sapiee Jamel, terima kasih sentiasa menyokong untuk

terus menuntut ilmu walau dalam keadaan yang sibuk dengan urusan seharian

pejabat. Tidak lupa juga teman-teman UTHM khususnya staf Pejabat Penerbit yang

memahami dan menyokong diri ini.

Buat kekasih, teman dan sahabat seperjuangan dalam pengajian sarjana iaitu

suami tercinta, Anuar Mustafha telah banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan

bersama-sama membantu penulis menjalankan kajian ini. Tidak lupa mak iaitu

Faridah Samsudin yang selalu memberi kekuatan, semangat dan tidak henti-henti

mendoakan anakanda ini. Buat anak-anak bonda yang tersayang, Alfateh Azuar,

Annur Azzahra dan Annur Azzyenab maafkan bonda andai ada ketika bonda

terpaksa meninggalkan kalian untuk memastikan kajian dapat diselesaikan.

Akhir sekali, buat teman-teman seperjuangan yang membantu agar

penyelidikan ini berjaya dilakukan, terima kasih diucapkan. Jasa dan budi orang-

orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu sentiasa dikenang

dalam memori indah penulis.

Page 5: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah untuk mengenal pasti faktor-

faktor penerimaan e-buku sebagai medium dakwah dalam kalangan pensyarah dan

pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Antara objektif utama

kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep wasilah dakwah bil kitabah sebagai

salah satu medium dakwah yang berkesan, tahap penerimaan terhadap penerbitan e-

buku agama, hubungan antara faktor yang mempengaruhi penerimaan penerbitan e-

buku agama dan faktor-faktor dominan yang mempengaruhinya. Kajian ini

berbentuk kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal

selidik. Teknik pensampelan yang digunakan adalah teknik persampelan bukan

rawak iaitu teknik persampelan mudah dan teknik persampelan bertujuan (Purposive

Sampling). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan

keputusan analisis berbentuk deskriptif peratusan, korelasi dan regresi berganda.

Daripada 492 responden dalam kalangan pelajar dan 143 responden dalam kalangan

pensyarah, dapatan kajian menunjukkan bahawa 75 peratus pelajar menerima e-buku

agama sebagai salah satu medium dakwah. Manakala peratusan dalam kalangan

pensyarah mencatatkan 73 peratus. Faktor penerimaan yang dikaji adalah kemudahan

infrastruktur dalam kampus, kemudahan pelbagai penggunaan alat komunikasi atau

gajet, koleksi sumber portal e-buku agama luar kampus, kelebihan e-buku dalam

menarik minat membaca bidang agama serta penerbitan elektronik dan

perkembangan dakwah. Analisis korelasi menunjukkan kesemua faktor yang dikaji

mempunyai hubungan sederhana dan terdapat faktor yang dominan mempengaruhi

penerimaan e-buku sebagai medium dakwah dalam kalangan pelajar dan pensyarah

di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Page 6: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

vi

ABSTRACT

The rapidly growing e-books would provide more effective and interactive way of

learning tools and offer an answer to some of the challenges currently being faced by

higher and further education. For that reason, the key research question of this study

is to identify the concept of da‘wah bil kitabah (Islamic propagation through

writings) as an effective and appropriate means of medium of Islamic propagation

(da‘wah), the level of acceptance of Islamic e-books, factors affecting the

acceptability of Islamic e-books and dominant factors affecting da‘wah using Islamic

e-books. The objective of this study is to identify the acceptance factors of e-books

as a da‘wah medium among academics and students at Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM). A quantitative approach was adopted in this study by using

questionnaires as the main instrument. The sampling technique used is non-random

sampling technique, i.e convenience sampling and purposive sampling techniques. In

addition, correlation and regression methods are employed by using SPSS

application to analys the sampling data. Moreover, further studies to improve the

utilization of e-books as a medium of da‘wah among society at large were

propounded in this study. The findings show that 75 per cent of the students agree

that Islamic e-books should be used as a medium of da‘wah, whereas for academics

the data recorded only at 73 percent. Some of the factors studied are the facilities and

infrastructure in the campus, the utilization of various communication tools or

gadgets, the collection of e-books from outside campus, the advantages of e-books in

increasing interest to learn Islam and the electronic publishing and its contribution

towards the development of da‘wah. Correlation analysis showed that all factors

studied have a strong connection and, in fact there is a dominant factor affecting the

acceptance of e-books as a medium of da‘wah among students and academics in the

public university. In relation to this finding, a number of suggestions were proposed

in order to improve the effectiveness of the delivery of da‘wah through e-books,

especially to da‘wah group members, publishers of Islamic books and government

institutions.

Page 7: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI RUMUS xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Hipotesis Kajian 5

1.7 Justifikasi Kajian 6

1.8 Kerangka Konsepsual 6

1.9 Kepentingan Kajian 10

1.10 Limitasi Kajian 11

1.11 Definisi Operasi Kajian 12

1.12 Kesimpulan 13

Page 8: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Asas Pembukuan dan Penerbitan Dalam Sejarah Islam 15

2.2.1 Dalil Penulisan dan Pembukuan menurut Al-Quran 15

2.2.2 Usaha Penulisan dan Pembukuan Al-Quran 18

2.2.3 Sejarah Pengumpulan dan Pembukuan Hadis 19

2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui Surat-Surat Kepada

Pembesar 20

2.2.5 Pembinaan Baitul Hikmah Sebagai Lambang

Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

Pada Zaman Abbasiyah 23

2.2.6 Dakwah Melalui Penerbitan 25

2.3 Definisi dan Konsep Dakwah 28

2.3.1 Bentuk-Bentuk Dakwah 29

2.3.2 Dakwah dan Komunikasi 32

2.3.3 Penulisan Sebagai Wasilah Dakwah 35

2.4 E-Buku Sebagai Medium Dakwah 37

2.4.1 Perkembangan Penerimaan E-Buku Di Malaysia 37

2.4.2 Industri E-Buku Di Malaysia Sebagai Salah Satu

Medium Dakwah Terkini 38

2.4.3 Perbandingan Ciri-Ciri E-Buku dan Buku Fizikal 42

2.5 Faktor Penerimaan E-Buku Agama 44

2.5.1 E-Buku Keperluan Koleksi Dakwah 44

2.5.2 Pemasaran Internet Peluang Penyebaran Dakwah 44

2.5.3 Perkembangan Dakwah Melalui Transformasi dan

Inovasi 43

2.5.4 Penggunaan Alat Komunikasi dan Gajet 49

2.5.5 Kemudahan ICT dalam Kampus 49

2.6 Kesimpulan 49

Page 9: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

ix

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 50

3.2 Pembinaan Reka Bentuk Kajian 50

3.2.1 Bentuk Kajian Kuantitatif 51

3.2.2 Pemilihan Populasi dan Penentuan Persampelan 51

3.3 Pembinaan Instrumentasi 54

3.3.1 Pembinaan Borang Soal Selidik Sebagai Instrumen

Kajian 54

3.3.2 Memilih Jenis Pengukuran 54

3.4 Pengesahan Pakar 55

3.5 Kebolehpercayaan 57

3.6 Uji Rintis 57

3.7 Prosedur Kajian 58

3.8 Alat Pengukuran Analisis Data 59

3.9 Dapatan Kebolehpercayaan Pemboleh Ubah dalam

Uji Rintis dan Sebenar 62

3.9.1 Pelajar 63

3.9.2 Pensyarah 64

3.10 Kesimpulan 65

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 66

4.2 Demografi 66

4.2.1 Pelajar 67

4.2.2 Pensyarah 72

4.3 Analisis Data Kajian 77

4.3.1 Konsep Wasilah Dakwah Bil Kitabah Sebagai Salah

Satu Kaedah Penyampaian Dakwah yang Sesuai

Kepada Pelajar dan Pensyarah Universiti 77

4.3.2 Tahap Penerimaan Penerbitan E-Buku Agama

Dalam Kalangan Pensyarah dan Pelajar 80

Page 10: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

x

4.3.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan

Penerbitan E-Buku Agama Sebagai Medium

Dakwah dan Hubungan Antara Faktor 83

4.3.4 Hubungan Antara Faktor-Faktor dan Kesan yang

Mempengaruhi Penerimaan E-Buku

Sebagai Medium Dakwah 93

4.3.5 Faktor-Faktor Dominan yang Mempengaruhi

Penerimaan Dakwah Melalui E-Buku Agama Dalam

Kalangan Pensyarah dan Pelajar 95

4.3.6 Taburan Data Kajian 100

4.4 Kesimpulan 102

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 103

5.2 Perbincangan 103

5.2.1 Mengkaji Konsep Wasilah Dakwah Bil Kitabah

Sebagai Salah Satu Kaedah Penyampaian Dakwah

yang Sesuai Kepada Golongan Akademik 104

5.2.2 Menentukan Tahap Penerimaan Pelajar dan

Pensyarah UTHM Terhadap Penerbitan

E-Buku Agama 105

5.2.3 Menganalisis Hubungan Antara Faktor-Faktor

yang Mempengaruhi Penerimaan Penerbitan

E-Buku Agama 106

5.2.4 Menganalisis Faktor-Faktor Dominan Yang

Mempengaruhi Penerimaan Dakwah Melalui

E-Buku Agama Dalam Kalangan

Pensyarah dan Pelajar UTHM 107

5.3 Keputusan Kajian 108

5.4 Cadangan

5.4.1 Dai’e 110

5.4.2 Golongan Pelajar dan Pensyarah 110

5.4.3 Penerbit Buku Agama 110

Page 11: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

xi

5.4.4 Institusi Agama dan Kerajaan 111

5.5 Kesimpulan 111

RUJUKAN 112

LAMPIRAN

Page 12: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

xii

SENARAI JADUAL

2.1 Senarai Bidang Ilmu, Tokoh yang Melakukan Penulisan dan

Penyusunan Buku 24

2.2 Persamaan Dakwah dan Komunikasi 34

2.3 Ringkasan kronologi peringkat permulaan e-buku di Malaysia 40

2.4 Perbandingan Antara Buku dan E-Buku 41

2.5 Perbandingan Buku dan E-buku 42

3.1 Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970) 53

3.2 Komentar Pengesahan Pakar 56

3.3 Kekuatan Nilai Korelasi (Fauzi, 2014) 60

3.4 Kekuatan Nilai Korelasi (Piaw C.Y., 2006) 61

3.5 Metodologi Analisis Data 62

3.6 Perbandingan Dapatan Kebolehpercayaan Antara

Uji Rintis dan Sebenar Mengikut Bahagian

dalam Borang Kaji Selidik bagi Pelajar UTHM 63

3.7 Perbandingan Dapatan Kebolehpercayaan antara

Uji Rintis dan Sebenar Mengikut Bahagian dalam

Borang Kaji Selidik bagi Pensyarah UTHM 64

4.1 Demografi Responden Pelajar UTHM 67

4.2 Jantina Pelajar UTHM 68

4.3 Umur Pelajar UTHM 68

4.4 Demografi Responden Pensyarah UTHM 71

4.5 Jantina Pensyarah UTHM 73

4.6 Umur Pensyarah UTHM 74

4.7 Item bagi Penerbitan Elektronik dan Perkembangan Dakwah 78

4.8 Pernyataan Pengukuran 80

4.9 Interpretasi Tahap Julat 83

4.10 Item bagi Kemudahan Infrastruktur dalam Kampus (Pelajar dan

Pensyarah) 84

Page 13: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

xiii

4.11 Item bagi Kemudahan Pelbagai Penggunaan

Alat Komunikasi atau Gajet 85

4.12 Item bagi Koleksi Sumber Portal

E-Buku Agama Luar Kampus 87

4.13 Item bagi Kelebihan E-Buku Menarik Minat Membaca Bidang

Agama 89

4.14 Item bagi Penerbitan Elektronik dan Perkembangan Dakwah 91

4.15 Nilai Min Konstruk Pemboleh Ubah 93

4.16 Korelasi Antara Pemboleh Ubah (Pelajar) 94

4.17 Korelasi Antara Pemboleh Ubah (Pensyarah) 94

4.18 Keterangan Faktor Pengaruh 95

4.19 Keputusan Analisis Pelajar 96

4.20 Keputusan Regresi Berganda Pelajar 97

4.21 Keputusan Analisis Pensyarah 98

4.22 Keputusan Regresi Berganda Pensyarah 99

Page 14: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

xiv

SENARAI RAJAH

3.1 Carta Alir Proses Tadbir Borang Soal Selidik 59

4.1 Bilangan Responden Ikut Fakulti Pelajar UTHM 69

4.2 Peratusan Responden Ikut Fakulti Pelajar UTHM 70

4.3 Bilangan Responden Mengikut Tahap

Pengajian Pelajar UTHM 71

4.4 Tahap Pengajian Agama Pelajar UTHM 72

4.5 Bilangan Responden Ikut Fakulti Pensyarah UTHM 75

4.6 Bilangan Responden Mengikut Tahap

Pengajian Pensyarah UTHM 76

4.7 Bilangan Responden Mengikut Tahap

Pengajian Agama Pensyarah UTHM 77

4.8 Tahap Penerimaan E-Buku Agama Pelajar UTHM 81

4.9 Tahap Penerimaan E-Buku Agama Pensyarah UTHM 82

4.10 Taburan data pelajar UTHM 101

4.11 Taburan data pensyarah UTHM 102

Page 15: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

xv

SENARAI RUMUS

1 y = ᵝo + ᵝ1 x1+ ᵝ2 x2+ ᵝ3 x3+ ᵝ4 x4 +ᵝ5 x5 95

2 y= 1.815 - 0.028 x1 - 0.039 x2 + 0.005 x3 - 0.133 x4 + 0.031 x5 95

3 y = ᵝo + ᵝ1 x1+ ᵝ2 x2+ ᵝ3 x3+ ᵝ4 x4 + ᵝ5 x5 97

4 y = 1.794 - 0.021 x1 + 0.002 x2 - 0.107 x3 - 0.087 x4+ 0.038 x5 97

Page 16: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

xvi

SENARAI LAMPIRAN

1 Borang Soal Selidik

2 Borang Semakan Soal Selidik

3 Dapatan Kajian

4 Senarai e-buku Agama di Malaysia

5 Statistik Penggunaan E-Buku Langganan Perpustakaan

Tunku Tun Aminah

Page 17: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penulisan dan penerbitan bahan berunsur Islam diperlukan untuk dibaca oleh

masyarakat Islam. Bahan bacaan yang ditulis sesuai dengan sasaran pembaca dapat

memberi impak kepada perkembangan pemikiran dan perubahan gaya hidup

seseorang. Keperluan dari sudut pengisian minda dapat dibekalkan dengan baik

melalui penulisan bahan berunsur Islam. Sasaran pembaca perlu ditentukan awal agar

penulisan bahan berunsur Islam dapat diedarkan melalui bahan terbitan sesuai

dengan laras kognitif dan gaya hidup golongan akademik dalam kalangan pelajar dan

pensyarah di institusi pengajian tinggi. Kandungan dakwah perlu didedahkan melalui

cara yang sesuai dengan laras pemikiran dan komunikasi yang tepat untuk golongan

ini.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam Utusan Malaysia (Khamis 19 Jun 2014), isu lambakan pendakwah

dibincangkan dan menjadi persoalan kualiti pendakwah segera yang dihasilkan

melalui program realiti televisyen yang bersifat terbuka kaedah penyampaiannya.

Bahkan program ini membuka seluas-luasnya peluang kepada orang ramai untuk

menyertainya dan menjadi pendakwah yang popular. Perkembangan ini dilihat

sebagai suatu yang positif dan menjadi alternatif kepada masyarakat Malaysia selain

program realiti yang bersifat hiburan semata-mata. Namun, sasaran dakwah melalui

kaedah penyampaian dakwah adalah khusus kepada golongan yang meminati

program realiti televisyen dan tidak juga menumpukan kepada keseluruhan lapisan

Page 18: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

2

masyarakat termasuk golongan akademik di institusi pengajian tinggi. Cabang lain

yang boleh ditekankan bagi memastikan Islam tersebar dengan komunikasi yang

berlaku sehala iaitu pembaca dan penulis melalui tulisannya. Bahkan ilmu yang

terkandung dalam penulisan yang dihasilkan lebih lama untuk dicapai oleh pembaca

walaupun sehingga penulisnya sudah lama meninggal dunia. Selain itu, lambakan

pendakwah yang bersifat umum ini hanyalah bersifat umum dan tidak ada sasaran

khusus yang menjadi modul dakwah. Pendakwah bukan sahaja perlu berilmu tetapi

juga mempunyai kemahiran menyampaikan ilmu kepada masyarakat dengan cara

yang berkesan.

Kajian berkaitan dakwah melalui penulisan juga berkaitan dengan

perkembangan industri pembukuan di Malaysia. Kini industri penerbitan semakin

maju di Malaysia. Semakin banyak penerbit swasta tempatan menghasilkan bahan

terbitan berunsur Islam seperti PTS Publication, Telaga Biru, Galeri Ilmu dan

beberapa penerbitan lain. Begitu juga dengan penerbit universiti yang semakin

rancak menghasilkan bahan bacaan berunsur Islam.

Dalam masa yang sama, genre buku kategori agama Islam juga semakin

mendapat tempat di hati pembaca dengan peningkatan jualan buku bidang agama

yang menyaingi penerbitan buku yang lain. Pada tahun 2013, laporan akhbar Utusan

Malaysia bertarikh 14 Mei 2013 yang bertajuk "Potensi E-buku agama Genre

Agama" menunjukkan berlaku peningkatan terhadap minat pembacaan e-buku

agama. Menurut Pengurus Urusan Xentral Kaedah Sdn. Bhd, sejak mula kedai buku

elektroniknya beroperasi pada tahun 2011, pasaran e-buku agama mendapat

sambutan yang memberangsangkan. Peningkatan jualan buku agama ketara apabila

jualan e-buku agama yang menyaingi penjualan e-novel melalui kaedah buku

elektronik. Transformasi ini dilihat sebagai peluang bagi kedai buku online

meningkatkan hasil jualan dan dalam masa yang sama buku agama mudah dicapai

dan dibaca oleh peminatnya (Mohd. Shah Che Ahmad, 2013).

Untuk menjadi sebuah negara yang maju, Malaysia masih ketinggalan dalam

menghasilkan bahan terbitan mengikut kapasiti penduduknya. Mengikut laporan

dalam Seminar dan Forum Buku Perdana 12 Februari 2014, UNESCO mentakrifkan

sebuah negara maju perlu mencapai penerbitan buku satu peratus daripada jumlah

keseluruhan rakyatnya. Kini Malaysia mempunyai rakyat seramai 28 juta dan ini

bermakna penerbitan perlu berada di pasaran sebanyak 28 ribu judul buku. Namun

hal ini masih belum dapat dicapai dan Malaysia dijangkakan mencapai kadar

Page 19: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

3

penerbitan 0.01 peratus pada tahun 2018 iaitu sebanyak 30 ribu judul buku.

Kelembapan ini dibuktikan dengan laporan akhbar yang bertajuk "Industri Penerbitan

Masih Lemah" dalam Utusan Malaysia (Segmen Dalam Negeri) yang disiarkan pada

Jumaat, 27 September 2013. Dalam kenyataan akhbar tersebut dinyatakan bahawa

hasil penerbitan buku pada 2012 adalah sebanyak 17,923 judul dan meletakkan

kedudukan Malaysia di tangga ke-23 dalam bidang pendidikan (Susan Albert

Kassim, 2013).

Berdasarkan kepada tinjauan awal pengkaji terhadap kekerapan penggunaan

e-buku di Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, penggunaan e-buku

semakin meningkat dari tahun 2013 sehingga 2015. Menurut rekod tersebut didapati

bahawa pengguna pada tahun 2013 ialah 47,154, tahun 2014 ialah 72,445 dan tahun

2015 iaitu 80,150 pengguna (Rujuk Lampiran 5). Peningkatan ini dilihat sebagai

sesuatu aktiviti yang boleh dikaji untuk mengetahui faktor penerimaan terhadap e-

buku dalam kalangan pelajar dan pensyarah UTHM.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini juga dilihat relevan dilaksanakan kerana sesuai dengan perkembangan

semasa dan fenomena yang berlaku dalam negara. Kekurangan bahan terbitan buku

agama dalam pasaran menyebabkan capaian bahan bacaan ini tidak serancak bahan

terbitan genre selain agama. Peningkatan kos penerbitan bercetak menyebabkan buku

elektronik perlu disediakan kepada pembaca yang meminati buku agama. Selain

harga buku yang semakin tinggi dan kos pengeluaran buku yang meningkat,

penerbitan buku secara elektronik membantu penyampaian dakwah kepada golongan

akademik dalam masyarakat dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, faktor buku

fizikal yang memerlukan kos tinggi, buku bercetak juga bersifat berat untuk dibawa

ke mana-mana oleh para pelajar dan pensyarah.

Berdasarkan kepada temu bual ringkas pengkaji bersama Pengurus Urusan

Xentral Methods, Tuan Faiz Al-Shahab pada 2 Mei 2014 (Jumaat 4.00 petang) di

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, mengatakan ada dua perkara yang

menyebabkan keperluan buku itu di “digital” kan. Pertama; buku itu memerlukan

penerangan secara visual dan kedua; buku itu tidak perlu dicetak untuk dibaca.

Perkembangan buku elektronik ini tidak mengetepikan keperluan bahan bacaan

dalam bidang agama kerana menurut rekod jualan e-buku agama sedia ada di portal

Page 20: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

4

e-sentral.com, kategori agama Islam merupakan tempat ketiga daripada bahan-bahan

picisan seperti novel cinta remaja. Bahkan beliau turut berpendapat, sekiranya

penerbit yang memfokuskan kepada dakwah dan memahami konsep buku elektronik

ini, nescaya mereka akan menggunakan kaedah ini untuk menyampaikan dakwah.

Malah ulama besar di luar negara sudah ramai yang mewujudkan laman web sendiri

dan memberikan keizinan kepada mana-mana pihak untuk mendapatkan karya yang

dihasilkan.

Selain media seperti televisyen dan radio, buku-buku agama juga menjadi

pilihan masyarakat untuk mengenali Islam. Buku agama sangat berpengaruh dalam

gerakan dakwah. Ramai dalam kalangan remaja dan penjawat awam mengenali Islam

melalui pembacaan buku agama. Malangnya buku ini berkurangan di pasaran

sehinggakan merujuk kepada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa asing atau

yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia (Ab. Aziz Mohd. Zin, 1997).

Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji berkaitan penerimaan golongan pelajar dan

pensyarah beragama Islam di institusi pengajian tinggi perlu dikaji agar penerbitan

elektronik bidang agama dapat digunakan sebagai wasilah dalam penyampaian isi

dakwah kepada sasaran dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif dibentuk bagi mendapatkan hasil kajian yang baik dengan

menjawab semua persoalan kajian. Antara objektif kajian adalah:

i. Mengenal pasti konsep wasilah dakwah bil kitabah sebagai salah satu kaedah

penyampaian dakwah kepada golongan pelajar dan pensyarah.

ii. Menentukan tahap penerimaan pelajar dan pensyarah UTHM terhadap

penerbitan e-buku agama.

iii. Menganalisis hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan

penerbitan e-buku agama.

iv. Menganalisis faktor-faktor dominan yang mempengaruhi penerimaan dakwah

melalui e-buku agama dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

Page 21: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

5

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dibentuk untuk memastikan pelaksanaan kajian ini lebih terancang

dan lebih jelas. Daripada situasi yang dinyatakan, berikut adalah persoalan yang

perlu dikaji dalam kajian ini:

i. Adakah konsep wasilah dakwah melalui penerbitan yang sesuai kepada

golongan pelajar dan pensyarah?

ii. Bagaimanakah tahap penerimaan pensyarah dan pelajar terhadap dakwah

melalui penerbitan e-buku agama?

iii. Apakah hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan

penerbitan e-buku agama?

iv. Apakah faktor dominan yang mempengaruhi penerimaan dakwah melalui e-

buku agama?

1.6 Hipotesis Kajian

Pengkaji membuat jangkaan hasil kajian dengan pernyataan hipotesis adalah seperti

berikut:

Hipotesis pertama:

HO : Konsep dakwah melalui penerbitan tidak berbeza dengan konsep wasilah

dakwah yang lain.

H1 : Konsep dakwah melalui penerbitan berbeza dengan konsep wasilah

dakwah yang lain.

Hipotesis kedua:

HO : Penerimaan e-buku agama dalam kalangan pelajar tidak berbeza dengan

penggunaan e-buku agama dalam kalangan pensyarah di UTHM.

H1 : Penerimaan e-buku agama dalam kalangan pelajar berbeza dengan

penggunaan e-buku agama dalam kalangan pensyarah di UTHM.

Page 22: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

6

1.7 Justifikasi Kajian

Medium e-buku agama boleh dijadikan salah satu medium penyampaian dakwah

kepada golongan ilmuwan di institusi pengajian tinggi kerana golongan ini sinonim

dengan bahan bacaan yang mudah dicapai, menjimatkan masa dan mudah dibaca di

mana-mana. Peluang ini dilihat dapat dijadikan salah satu medium penyampaian ilmu

agama kepada sasaran yang lebih tepat dan sesuai dengan penerimaan golongan

pelajar dan pensyarah. Kajian ini lebih menumpukan kepada penerimaan e-buku

agama dalam kalangan pensyarah dan pelajar kerana penggunaan e-buku agama

adalah lebih popular dalam kalangan ahli akademik (Prema, 2014). Kriteria e-buku

yang melalui proses penerbitan seperti buku bercetak meyakinkan penerimaan

golongan pelajar dan pensyarah untuk merujuk bahan bacaan berbentuk elektronik

berkaitan agama sebagai sumber rujukan agama yang sahih berbanding medium lain

yang lebih popular.

1.8 Kerangka Konsepsual

Asas yang mendasari konsep dakwah dapat dilihat melalui al-Quran seperti berikut:

Maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)

dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,

dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)

dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua

yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan

Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang

mendapat hidayah petunjuk.”

(Surah An-Nahl: 125)

Page 23: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

7

Ayat ini menjadi asas perbahasan kepada metodologi dakwah yang

berhubung dengan cara, kaedah atau pendekatan dalam menyampaikan dakwah.

Ketiga-tiga metodologi seperti hikmah (kebijaksanaan), mau'izah hasanah (nasihat

yang baik) dan al-mujadalah al-husna (berbincang dengan cara yang baik)

merupakan kerangka utama metodologi pendakwahan yang sesuai diaplikasikan

sepanjang zaman dan pelbagai tempat (Zulkifli Abdul Ghani, 2010).

Dakwah juga menitikberatkan aspek keberkesanan penyampaian mesej yang

diberikan. Oleh itu, semua perkara yang boleh menjadi faktor impak kepada

penerimaan dakwah perlulah dipergunakan dan digunakan. Sehubungan itu,

penggunaan wasilah penyampaian yang sesuai dan tepat dalam dakwah menjadi satu

perintah di dalam al-Quran. Ayat yang dimaksudkan adalah dalam surah al-Maidah

ayat 35 yang berbunyi:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah

kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepada-

Nya dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh

kejayaan."

(Surah al-Maidah: 35)

Ayat ini menerangkan tentang ikatan antara sebab musabab untuk mencapai

sesuatu perkara dan suruhan menggunakan saluran (wasilah) yang boleh membawa

kepada pencapaian tujuan.

Penerbitan adalah salah satu wasilah yang digunakan dalam penyebaran

dakwah sejak zaman Rasulullah SAW dan sahabat lagi. Selain kaedah hafalan

dijadikan medium untuk merekodkan maklumat tentang Islam, Rasulullah SAW juga

menggunakan cara penulisan agar Islam dipelihara dan disampaikan kepada generasi

seterusnya.

Page 24: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

8

Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang

menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),

dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang

daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang

bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

(Surah al-Imran : 104)

Tugas dan tanggungjawab menyampaikan dakwah dan menegakkan amar

maaruf dan nahi mungkar merupakan tanggungjawab masyarakat Islam. Oleh itu,

pengkaji melihat penerbitan boleh menjadi saluran penyampaian dakwah yang

berkesan bagi menerangkan mesej Islam dengan mengetengahkan beberapa inovasi

yang lebih praktikal dengan perkembangan zaman.

Pandangan Sayid Abdullah Alwi Al-Hadad (2001) juga diambil perhatian

apabila beliau menyatakan bahawa terdapat lapan golongan yang perlu disampaikan

dakwah iaitu termasuk golongan ulama’ ataupun yang bermaksud berpengetahuan

tinggi dalam sesuatu disiplin ilmu. Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu golongan

yang mempunyai ilmu untuk tujuan mencapai keduniaan semata-mata dan golongan

yang memiliki ilmu untuk tujuan kebajikan kepada orang lain.

Perkembangan tamadun Islam sejak zaman awal lagi menunjukkan penulisan

dan penerbitan merupakan alat dan wasilah dalam perkembangan dakwah Islam.

Dakwah secara tulisan memberi impak kepada perkembangan dakwah tanpa mengira

jurang jarak dan masa. Pendekatan ini diambil oleh para sarjana terdahulu dengan

menulis kitab yang masih menjadi rujukan serta digunakan oleh pendakwah masa

kini untuk menyampaikan mesej dakwah.

Islam tidak menafikan bahawa aktiviti penerbitan sebagai wasilah

penyampaian dakwah terpenting sejak zaman Rasulullah SAW, sahabat dan

pemerintahan Islam selepasnya. Aktiviti penulisan menggunakan mata pena juga

disebut dalam al-Quran dan tanggungjawab yang dipikul oleh penulis terhadap apa

yang mereka tulis. Begitulah firman Allah SWT dalam surah al-Qalam ayat 1

berbunyi:

Page 25: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

9

Maksudnya: "Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis."

(Surah al-Qalam: 1)

Dalam ayat ini Allah bersumpah dengan pena yang digunakan untuk

mencatat di Luh Mahfuz dan juga pena yang digunakan oleh manusia untuk mencatat

ilmu pengetahuan. Sumpahan ini membayangkan keagungan nikmat Allah yang

paling berguna kepada manusia selepas nikmat bertutur dan berkata-kata. Melalui

pena manusia boleh belajar dan mendapat pendidikan serta menyebarkan ilmu

pengetahuan. Ibnu Jarir dan Ibn Abi Hatim meriwayatkan hadis Rasulullah SAW

daripada Ibnu Abbas iaitu benda pertama yang dijadikan oleh Allah adalah pena.

Begitu juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir daripada Abu Hurairah iaitu perkara

pertama yang dijadikan adalah pena kemudian Allah menciptakan Nuun iaitu bekas

tinta. Kemudian Allah bertitah: “Tulislah apa saja yang berlaku sama ada

perbuatan, hasil usaha, rezeki atau ajal.” Al-Tabarani turut merekodkan riwayat Ibn

Abbas dengan menyebut perkara yang sama dan tulisan yang ditulis oleh pena itu

adalah semua yang berlaku sehingga hari kiamat (Wahbah al-Zuhaily, 2004).

Begitulah pesanan yang disampaikan melalui al-Quran dengan menyuruh

manusia untuk membaca, menulis dan seterusnya menyelidik terlebih dahulu apa

yang ditulis dan bahan yang dibaca. Penerbitan buku ataupun aktiviti pembukuan

merupakan keperluan kepada kegiatan penyebaran Islam dan penguasaan pendakwah

melalui tulisan yang menyumbang kepada perkembangan dan penyampaian dakwah

Islamiyyah.

Menurut Nor Raudah Siren (2006), penulis yang menggunakan bahasa yang

tepat pada masa dan tempat sesuai boleh menghasilkan penulisan yang berkesan.

Menurut beliau, penulisan mempengaruhi peningkatan dan perkembangan kebolehan

mental dan intelektual seseorang. Bahkan penulis juga perlu mengenal pasti dan

menilai keadaan manusia di sekeliling seterusnya menginterpretasikannya ke dalam

karya yang dihasilkan. Penulisan dakwah mementingkan kesan penulisan kepada

pembaca. Oleh itu, penulisan memerlukan keteguhan iman dan ketakwaan kepada

Allah.

Page 26: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

10

Selain itu, Pengurus Urusan Xentral Methods, Tuan Faiz Al-Shahab turut

mencadangkan agar lebih ramai pendakwah mempelajari kaedah penerbitan digital

ini bagi memastikan masyarakat dapat merujuk perkara berkaitan agama dengan

lebih mudah dan cepat. Soal penerbit berlatarbelakangkan agama bukan penentu bagi

kegiatan penerbitan sebagai saluran dakwah. Bahkan kebanyakan penerbit agama di

Malaysia masih belum ramai yang terlibat dengan penerbitan elektronik kerana tidak

mengetahui faedah sebenar penerbitan era moden ini. Perkara ini tidak boleh

disalahkan kepada mana-mana pihak kerana sejak kecil masyarakat Malaysia sudah

diajar untuk membaca buku fizikal dan jika masih belum berfikiran terbuka tentang

transformasi ini. Apa yang dilakukan hari ini adalah sebagai persediaan bagi generasi

seterusnya dalam budaya membaca secara elektronik yang mana pembaca akan

datang adalah ‘generasi gajet' hari ini.

1.9 Kepentingan Kajian

Institusi pengajian tinggi

Berikutan isu transformasi buku di Malaysia menjadi isu dalam Forum Buku Perdana

pada awal tahun 2014, pengkaji berpendapat kajian ini penting agar para pendakwah

mampu menyampaikan dakwah kepada golongan akademik dengan cara dan kaedah

yang sesuai dan tepat. Kepentingan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memberi

sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dalam disiplin ilmu penerbitan

elektronik dan dakwah. Hasil kajian ini akan memberi pendedahan kepada institusi

pengajian tinggi tentang penerimaan berkaitan perkembangan e-buku agama yang

boleh dibaca dengan mudah. Inovasi dakwah melalui e-penerbitan membantu

pendakwah dalam menyampaikan mesej Islam kepada khalayak pembaca dengan

lebih cepat dan mudah.

Pendakwah

Selain itu, dunia pendakwahan akan menjadi lebih menarik dalam hal inovasi

wasilah dan pendekatan dakwah. Pendekatan dakwah melalui e-buku agama ini

adalah satu perkembangan baru yang semakin menarik minat pembaca yang suka

kepada kemudahan teknologi. Kemahiran teknologi e-penerbitan perlu dibangunkan

Page 27: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

11

dan dipertingkatkan dalam kalangan penerbit yang memainkan peranan sebagai

pendakwah.

Kajian mengenai medium dakwah melalui e-buku agama juga dapat memberi

impak kepada industri buku agama di Malaysia. Peranan pendakwah diterjemahkan

sebagai penulis, penyunting, penerbit, pemasar mahupun pembaca. Kajian ini boleh

dijadikan sebagai rujukan dan sorotan awal untuk melanjutkan lagi kajian penerbitan

e-buku agama kepada pelbagai aspek demi pembangunan industri buku.

Perkembangan teknologi e-buku agama yang kurang dimonopoli oleh masyarakat

Islam memerlukan kajian-kajian baru yang menyentuh pelbagai aspek penerbitan

Islam.

Bidang penerbitan agama menjadi tumpuan kerana buku agama sering

menjadi rujukan dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh itu, alternatif e-buku agama

dalam pelbagai cabang ilmu perlu diketengahkan bertujuan membudayakan agama

Islam yang benar selain mempercepatkan capaian para pendakwah dalam

melaksanakan dakwah mereka.

1.10 Limitasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada dakwah melalui penulisan, alat komunikasi dan teknologi

penerbitan yang fokus kepada kaedah penyampaian mesej dakwah melalui penulisan

(dakwah bil kitabah) dan diterbitkan dalam bentuk elektronik iaitu e-buku agama.

Selain itu, pengkaji memfokuskan kepada inovasi dalam penerbitan bahan dakwah

dalam bentuk buku yang bersifat konvensional kepada transformasi penerbitan

elektronik yang khusus dalam genre agama. Kajian ini juga akan tertumpu pada

faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dakwah melalui e-buku agama dalam

kalangan pensyarah dan pelajar.

Kajian ini dijalankan terhadap sekumpulan responden yang merupakan

sasaran dakwah yang beragama Islam. Sasaran dakwah kepada warga universiti

beragama Islam melibatkan golongan dalam kalangan pensyarah beragama Islam

yang berstatus aktifbertugas di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta golongan

pelajar beragama Islam yang mengambil subjek Pengajian Islam sesi 2014/2015 di

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Subjek ini hanya ditawarkan pada setiap

semester satu. Tempoh masa penyelidikan ini mengambil masa selama dua (2) tahun

iaitu bermula 2014 sehingga 2015 yang melibatkan staf dan pelajar beragama Islam.

Page 28: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

12

1.11 Definisi Operasi Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, huraian istilah yang menjadi subjek kajian perlu

diketahui terlebih dahulu.

Penerimaan

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, penerimaan iaitu perihal (perbuatan)

menerima, penyambutan, sambutan, nilaian, penghargaan, keizinan kebenaran, sikap

terhadap, anggapan terhadap, tanggapan. Dalam kajian ini penerimaan yang

dimaksudkan ialah sambutan dalam kalangan pensyarah dan pelajar berkaitan e-buku

agama dalam kehidupan seharian mereka.

E-Buku Agama

E-buku atau buku elektronik agama adalah sejenis medium penyampaian maklumat

yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi

pelbagai maklumat. E-buku agama yang berbentuk berbayar dan juga dalam bentuk

percuma. Kebanyakan e-buku agama ini berbentuk fail Print Document File (PDF)

atau e-Pub atau seumpamanya bagi kemudahan setiap individu untuk membacanya di

komputer atau peranti khas. Definisi yang diberikan oleh Adobe Systems (2001) e-

buku ialah sebagai bahan bacaan digital yang dilihat pada komputer meja atau

komputer riba atau peranti mudah alih dengan kapasiti penyimpanan yang besar dan

berkemampuan untuk memuat turun judul baharu melalui hubungan rangkaian

(Mustafa, 2013). Manakala buku ialah helaian kertas berjilid yang berisi tulisan

untuk dibaca dalam bidang agama. Buku ini adalah manuskrip yang telah disunting

oleh editor dengan baik dan disusun atur oleh pengatur seterusnya dicetak untuk

tujuan pembacaan orang ramai. Selain buku agama dijadikan bahan bacaan bagi

khalayak yang mempunyai kesedaran agama, buku agama juga menjadi rujukan

golongan akademik dalam menjalankan sesuatu kajian.

Page 29: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

13

Medium

Medium menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahan atau sesuatu yang

menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Medium yang dimaksudkan

oleh pengkaji dalam kajian ini ialah e-buku sebagai perantara penyampaian dakwah

kepada golongan pelajar dan pensyarah.

Dakwah

Perkataan Dakwah diambil daripada perkataan bahasa Arab iaitu dari kata da’a,

yad’u, da’watan, da’wan du’aan. Istilah dakwah yang dikenali dalam bahasa Melayu

diterjemahkan sebagai ajakan panggilan dengan menyeru dan meyakinkan orang lain

supaya menerima sesuatu kepercayaan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dakwah

biasanya bererti mengajak kepada Islam. Dari segi bahasa dakwah bermaksud

menyeru atau mengajak, memanggil, menjemput. Dari segi istilah dakwah adalah

satu ilmu yang membicarakan tentang keseluruhan kemahiran yang pelbagai dalam

usaha menyampaikan Islam kepada umat manusia meliputi aspek akidah, syariah dan

akhlak.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merupakan salah satu Institusi

Pengajian Tinggi Awam Malaysia yang memberi tumpuan terhadap bidang

kejuruteraan di samping bidang ilmu yang lain. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) adalah latar kajian ini dijalankan.

1.12 Kesimpulan

Kesimpulannya kajian ini dijalankan bagi mengkaji penerimaan dalam kalangan

pelajar dan pensyarah berkaitan e-buku agama sebagai medium dakwah.

Page 30: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dakwah perlu disampaikan dalam pelbagai kaedah dan cara agar kandungan dakwah

diterima oleh golongan sasaran dakwah dengan baik. Penyampaian dakwah yang

baik adalah penggunaan wasilah dakwah yang sesuai dengan golongan yang ingin

didakwahkan. Selagi mana alat atau kaedah yang ingin digunakan oleh pendakwah

tidak melanggar syarak, ia haruslah diguna pakai agar kandungan dakwah lebih

tersebar luar.

2.2 Asas Pembukuan dan Penerbitan Dalam Sejarah Islam

Asas kepada penerbitan dalam Islam adalah berpandukan kepada pembukuan Al-

Quran dan al-Hadis. Selain itu, surat-surat yang dihantar kepada pembesar negara

pada suatu ketika dahulu merupakan rujukan kajian dakwah hari ini .

2.2.1 Dalil Penulisan dan Pembukuan menurut Al-Quran

Islam menggalakkan penggunaan penerbitan sebagai wasilah dakwah. Ini kerana

apa-apa kaedah atau cara yang mampu untuk menyebarluaskan dakwah tidak

dilarang malah digalakkan kepada masyarakat Islam untuk menguasainya. Ini

termasuklah perkembangan teknologi dan media hari ini.

Walaupun begitu, etika dan syarat dalam menghasilkan bahan terbitan perlu

mengikut syariat. Penyebaran maklumat dan ilmu perlu memberi kebaikan kepada

Page 31: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

15

pembaca dengan memastikan semua maklumat yang disebarkan adalah benar.

(Mohd. Muhiden Abd. Rahman, 2004).

Hal ini selari dengan ayat Al-Quran yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat

ayat 6:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang

kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka

selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak

menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini -

dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga

menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

(Surah Al-Hujurat : 6)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa penilaian perlu dilakukan kepada bahan

atau maklumat yang diterima agar maklumat itu benar dan tidak menyebabkan

kemudaratan akibat mempercayai maklumat tersebut.

Tuntutan penghasilan bahan bacaan ini dapat kita hayati melalui suruhan

Allah SWT dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam

surah Al-Alaq seperti berikut:

Maksudnya: “Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang

menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal

darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Maha Pemurah. Yang

Page 32: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

16

mengajar (manusia) dengan perantaran qolam (pena). Dia

mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah Al-Alaq: 1-5)

Aktiviti pembacaan berkait rapat dengan aktiviti penulisan menggunakan

mata pena juga turut disebut dalam Al-Quran. Kata Syaikh As-Sa’di rahimahullah,

“Manusia dikeluarkan dari perut ibunya ketika lahir tidak mengetahui apa-apa. Lalu

Allah menjadikan baginya penglihatan dan pendengaran serta hati sebagai jalan

untuk mendapatkan ilmu”, (Taisiri Al-Karimir Rahman (1423H). Selain itu, Allah

mengajarkan pada manusia Al-Qur’an dan mengajarkan padanya hikmah, iaitu ilmu.

Allah mengajarkannya dengan qolam (pena) yang membuat ilmunya semakin lekat.

Allah pun mengutus Rasul supaya boleh menjelaskan pada mereka. Ibnu Katsir

Rahimahullah juga berkata, “Seseorang itu akan semakin mulia dengan ilmu agama

yang ia miliki. Ilmu itulah yang membezakan manusia, iaitu Adam dengan para

malaikat. Ilmu ini berada di fikiran dan juga di lisan. Ilmu juga terkadang di dalam

tulisan tangan untuk menyalurkan apa yang dalam fikiran, lisan, mahupun yang

tergambarkan di fikiran.” Dalam atsar disebutkan ,

قيدوا العلم بالكتابة

“Ikatlah ilmu dengan tulisan.”

(HR. Al Hakim Al Mustadrok 1: 106)

Pena begitu murah harganya, ia boleh dibuat daripada ranting kayu, bahkan

barang-barang buangan, tetapi aneh melaluinya ilmu dan makrifat boleh disebar

luaskan, dengannya pintu ilmu dan pengetahuan boleh dibuka. Inilah pena yang telah

meninggalkan hasilnya yang mencelikkan mata generasi demi generasi. Inilah pena

yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya, lalu dipelajari dikaji dan diteliti

oleh generasi umat yang datang silih berganti.

Pembelajaran manusia dengan qalam (pena) membawa dua erti: Pertama,

melatih kemahiran menulis dan keupayaan mencatat sejarah manusia, pengetahuan,

budaya dan tamadun mereka. Kedua, mengajar semua pengetahuan melalui qalam

Page 33: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

17

(pena) dan tulisan. Apa pun erti pengajaran dengan qalam di sini dianggap besar

signifikannya dalam pembentukan tamadun dan budaya hidup manusia.

Surah ini berkait rapat dengan surah Al-Qalam. Begitulah firman Allah SWT

dalam surah Al-Qalam ayat 1 berbunyi:

Maksudnya: “Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis”.

(Surah Al-Qalam: 1)

Dalam ayat ini Allah bersumpah dengan pena yang digunakan untuk

mencatat di Luh Mahfuz dan juga pena yang digunakan oleh manusia untuk mencatat

ilmu pengetahuan. Melalui pena manusia boleh belajar dan mendapat pendidikan

serta menyebarkan ilmu pengetahuan. Ibnu Jarir dan Ibn Abi Hatim meriwayatkan

hadis Rasulullah SAW daripada Ibnu Abbas iaitu benda pertama yang dijadikan oleh

Allah adalah pena. Begitu juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir daripada Abu Hurairah

iaitu perkara pertama yang dijadikan adalah pena kemudian Allah menciptakan Nuun

iaitu bekas tinta. Kemudian Allah bertitah: “Tulislah apa saja yang berlaku sama

ada perbuatan, hasil usaha, rezeki atau ajal.” Al-Tabarani turut merekodkan riwayat

Ibn Abbas dengan menyebut perkara yang sama dan tulisan yang ditulis oleh pena itu

adalah semua yang berlaku sehingga hari kiamat (Wahbah al-Zuhaily, 2004).

2.2.2 Usaha Penulisan dan Pembukuan Al-Quran

Tujuan penulisan Al-Quran adalah untuk memelihara ketulenan Al-Quran selain

daripada kaedah penghafalan dalam kalangan sahabat. Tidak dinafikan penekanan

dan tumpuan pada zaman Rasulullah SAW adalah kaedah penghafalan. Namun,

penulisan dan catatan Al-Quran tidak diabaikan dan tiada larangan keras pada ketika

itu. Walaupun begitu, catatan Al-Quran mempunyai had keizinan daripada

Rasulullah SAW yang sesuai dengan peralatan tulisan dan cara pada zaman itu.

Penulisan ayat-ayat Al-Quran dicatatkan di atas pelepah tamar, tulang belulang dan

batu (Rosmawati Ali Mat Zin,1997).

Page 34: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

18

Pada zaman Rasulullah SAW, Al-Quran belum dikumpulkan dalam satu

mashaf khusus. Ini kerana pada zaman itu, Al-Quran masih diturunkan dan berlaku

ayat nasakh dan mansukh. Penekanan juga tertumpu kepada arahan Rasulullah SAW,

iaitu dengan cara penyusunan salinan catatan para sahabat supaya kedudukan surah

di tempat yang tepat. Ketika Rasulullah SAW wafat, Al-Quran sudah dipelihara

dengan rapi melalui hafalan dan tulisan. Walaupun begitu, pembukuan belum

berlaku kerana lembaran-lembaran Al-Quran masih berbentuk pelepah tamar, tulang

dan kulit (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2001).

Ketika peperangan memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan

yang enggan membayar zakat pada tahun 12 Hijrah, ramai dalam kalangan sahabat

yang menghafal Al-Quran mati syahid dalam peperangan Al-Yamamah. Kira-kira 70

orang sahabat mati syahid ketika itu. Peristiwa ini membimbangkan Abu Bakar dan

sahabat yang lain. Rentetan itu, Saidina Umar RA meyakinkan Khalifah Abu Bakar

RA untuk melakukan usaha pembukuan dalam mashaf bagi memelihara Al-Quran.

(Rosmawati Ali Mat Zin,1997).

Zaid bin Thabit RA telah dipilih dalam kalangan sahabat untuk mengetuai

projek besar ini dan dibantu oleh sekumpulan sahabat yang lain. Zaid bin Thabit RA

dilihat sebagai individu yang tepat kerana beliau merupakan seorang yang bijak dan

salah salah seorang penulis wahyu, penghafal Al-Quran dan pernah menyertai

tadarus antara Rasulullah SAW dan Jibril AS.

Kaedah yang digunakan oleh Zaid bin Thabit RA ketika itu adalah menyalin

semula ayat-ayat Al-Quran yang ditulis di pelepah, batu dan tulang satu persatu

seterusnya membandingkan dengan hafalan Al-Quran para sahabat dan dirinya

sendiri. Antara langkah yang dilakukan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan ini

adalah:

i. Mengiklankan kepada masyarakat di Madinah untuk mengemukakan salinan

lembaran ayat Al-Quran yang ada dalam simpanan mereka kepada

jawatankuasa ini.

ii. Mengesahkan salinan tulisan tersebut dengan mengemukakan dua orang saksi

yang mengakui bahawa salinan tersebut pernah diimlak dan ditulis ketika

Rasulullah SAW masih hidup. Pengesahan ini merupakan syarat utama dalam

penerimaan manuskrip tulisan Al-Quran.

Page 35: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

19

iii. Manuskrip yang diterima ini ditulis seperti mana ketika Rasulullah SAW

masih hidup. Tulisan ini tidak diletakkan sebarang titik dan baris yang

bertujuan untuk mengekalkan cara tulisan zaman Rasulullah SAW dan

sesiapa yang ingin membaca mashaf ini memerlukan guru yang membimbing

pembacaannya.

Zaid bin Thabit RA juga akan memastikan dua orang saksi yang adil bagi

mengesahkan penyaksian ke atas ayat-ayat yang diterima daripada Nabi Muhammad

SAW. Tempoh masa bagi melaksanakan tugas ini mengambil masa selama setahun.

Akhirnya usaha pengumpulan mashaf yang dihasilkan itu dikenali sebagai Mashaf

Abu Bakar.

2.2.3 Sejarah Pengumpulan dan Pembukuan Hadis

Catatan hadis nabi sudah direkodkan pada zaman Nabi Muhammad SAW hidup lagi.

Dokumen rasmi yang ada pada ketika itu sudah semakin banyak. Antara dokumen

yang rasmi yang wujud ketika itu adalah surat rasmi yang diutuskan kepada ketua

negara Semenanjung Arab dan luar Arab. Selain itu, penulisan Perlembagaan

Madinah yang merupakan Perlembagaan yang pertama dalam sejarah ditulis ketika

penghijrahan orang Islam ke Madinah. Begitu juga pengumuman pembukaan Kota

Mekah turut dicatat dalam satu naskhah dan diserahkan kepada Abu Shah di Yaman.

Sahabat yang ingin mencatat hadis yang diperoleh daripada Nabi Muhammad

SAW tidak dilarang tetapi diberi kebenaran bagi yang pandai menulis sahaja. Ini

bertujuan untuk memelihara hadis agar ia tidak hilang dan lupa.

Terdapat ramai sahabat Nabi Muhammad SAW yang pandai menulis. Antara

mereka adalah Abu Bakar, Muaz bin Jabal, Umar al-Khatab, Muawiyah Abu Sufyan,

Abdullah al-Zubir dan Jabir bin Samurah. Pada zaman sahabat, perkembangan

pembukuan tidak banyak perbezaannya dengan sebelum itu. Keadaan catatan hadis

sewaktu Nabi masih lagi berselerak dan belum dibukukan dengan baik dan kemas.

Perubahan zaman ketika kebangkitan zaman tabien menyebabkan ramai

ulama hadis bangkit untuk menyelidiki hadis yang sampai kepada mereka bagi

menapis hadis palsu yang direka-reka untuk mendokong sesuatu aliran fahaman

akidah yang berkembang pada masa itu.

Page 36: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

20

Usaha Khalifah Umar Abdul Aziz untuk membukukan hadis dalam bentuk

kitab dilaksanakan oleh ulama ketika itu iaitu Ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhri yang

seterusnya telah menghantar beberapa hasil buku yang menghimpunkan hadis

tersebut kepada seluruh pelusuk dunia Islam.

Usaha ini berterusan sehingga ke pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah

Jaafar bin Mansur dengan mengarahkan Imam Malik untuk membuat penulisan dan

pembukuan hadis berdasarkan hukum fiqh iaitu al-Muwatta’ yang kekal sehingga

hari ini (Mohd. Muhiden Abd. Rahman, 2004).

2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui Surat-Surat Kepada Pembesar

Rasulullah SAW menyampaikan mesej Islam melalui surat-surat yang dihantar

kepada pembesar negara. Beberapa utusan dihantar bersama surat rasmi bagi

memastikan Islam diterima oleh golongan yang mempunyai kuasa besar pada ketika

itu.

Pada akhir tahun ke-6, setelah pulang dari perjanjian Hudaibiah, Rasulullah

SAW memperluas dakwah dengan mengirim surat kepada raja-raja yang berisi

dakwah kepada Islam.

Di antara raja-raja yang dikirimi surat oleh Rasulullah SAW adalah:

a) Raja Najasyi; Raja Habasyah (Ethiopia).

Rasulullah SAW mengutus sahabatnya ’Amr bin Umayyah ad-Dhomri kepada raja

ini. Rasulullah SAW mengirim surat yang berisi ajaran Tauhid kepada Allah dan

keimanan terhadap Nabi Isa Alaihissalam sebagai seorang Nabi dan Rasul yang

merupakan putera Maryam. Raja Najasyi menerima surat tersebut dengan positif dan

menyatakan masuk Islam. Pada tahun ke-9 Hijriah, Raja Najasyi meninggal dunia.

Rasulullah SAW menyatakan dukanya dan melakukan solat ghaib untuknya.

Page 37: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

21

b) Raja Muqauqis, penguasa Mesir.

Untuk membawa surat ini Rasulullah SAW memilih Hathib bin Abi Baltha’ah.

Dalam surat tersebut Rasulullah SAW mendakwahkan Islam kepada beliau dengan

firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Imran ayat 64.

Raja Muqauqis menerima utusan Rasulullah SAW dengan baik, bahkan

terjadi dialog di antara keduanya. Akhirnya beliau membalas surat Rasulullah SAW

dan mengirim hadiah berupa keledai dan dua budak wanita; Mariah dan Siirin.

Namun demikian beliau tidak menyatakan masuk Islam. Mariah diambil Rasulullah

SAW sebagai budak (dan digaulinya), darinya lahir seorang anak bernama Ibrahim.

c) Raja Kisra, penguasa Persia.

Untuk menunaikan tugas ini, Rasulullah SAW mengutus Abdullah bin Huzafah as-

Sahmi. Setibanya surat tersebut di tangan Raja Kisra dan dibacanya, dengan penuh

kesombongan dan membuat penolakan terhadap seruan Rasulullah SAW. Ketika hal

tersebut disampaikan kepada Rasulullah SAW beliau berdoa :

"Semoga Allah robek (hancurkan) kerajaannya”.

Benar saja, tidak berapa lama kemudian terjadi kudeta yang dilakukan oleh

anaknya sendiri; Syirowaih bin Kisra yang membunuh bapanya dan kemudian dia

duduk di singgah sana raja.

d) Raja Herkulis, penguasa Romawi.

Untuk membawa surat ini, Rasulullah SAW mengutus Dihyah bin Kholifah al-

Kalby. Ketika itu Herkulis memanggil Abu Sufyan yang saat itu sedang membawa

kafilah dagangnya di Syam dan terjadilah dialog panjang antara keduanya tentang

jati diri Rasulullah SAW dan ajaran yang dibawa.

Dari dialog tersebut tampak bahawa Rasulullah dan ajarannya adalah

sebagaimana yang telah diketahui orang-orang Ahli Kitab lewat ramalan-ramalan

yang termaktub dalam kitab-kitab mereka.

Page 38: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

22

Bahkan dari dialog tersebut pengaruhnya dirasakan oleh Abu Sufyan,

sehingga mengantarkannya untuk masuk Islam suatu sa’at. Akibat dari surat

Rasulullah SAW, raja Herkulis memberikan kepada Dihyah sejumlah wang dan kain

sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW.

Demikian seterusnya Rasulullah SAW mengirim utusannya untuk membawa

suratnya kepada raja-raja lainnya, sebagai bentuk dakwah Rasulullah SAW kepada

mereka. Di antara mereka ada yang masuk Islam dan ada yang tetap kafir. Tetapi

yang terpenting adalah bahawa orang-orang kafir telah mengenal Rasulullah SAW

dan dakwah beliau telah sampai kepada mereka.

2.2.5 Pembinaan Baitul Hikmah Sebagai Lambang Kemajuan Intelektual Dan

Perkembangan Ilmu Pada Zaman Abbasiyah

Baitul Hikmah telah dibangunkan oleh seorang khalifah terkenal di zaman kerajaan

Abbasiyah. Umum mengetahui bahawa Baitul Hikmah merupakan satu institusi yang

menjalankan aktiviti keilmuwan terbesar di Baghdad pada seketika dahulu. Pada

ketika itu, terdapat banyak buku yang sedia terkumpul dan memerlukan tempat khas

untuk menyimpannya. Selain dijadikan sebagai tempat penyimpanan buku-buku

ilmiah, institusi ini juga dijadikan sebagai tempat pusat pengajian tinggi dan balai

penterjemahan. Dikatakan bahawa di dalam Baitul Hikmah terdapat setengah juta

buku yang berjilid.

Galakan dan usaha pemerintahan Khalifah Harun Al- Rasyid ini turut

memberi sumbangan besar dalam perkembangan penterjemahan buku (Wahyu Ilaihi,

2007), Khalifah Harun Al-Rasyid telah menyediakan tempat khas bagi penterjemah.

Aktiviti penterjemahan buku-buku ilmuwan Islam dalam pelbagai bahasa telah

menyebabkan dakwah Islam tersebar luas ke negara lain. Antara penterjemah

terkenal lahir ketika itu adalah Abu Sahl Al Fadl, Yuhanna Masawaih, Ibn Al Bitriq,

Hunain bin Ishak, Umar bin Altarrakhan, Isha bin Hussain dan Thabit bin Qurrah

serta Keluarga Bakhtishu. Kegemilangan pentadbiran dan kemajuan intelektual di

zaman pemerintahan Khalifah Harun Al- Rasyid telah digelar sebagai zaman

kegemilangan Islam (The Golden Age Of Islam) (Samsu Adabi Mamat, 2002).

Pengumpulan, pembukuan, penulisan dan penterjemahan merupakan

komponen penting dalam penerbitan dan memberi kesan kepada proses

Page 39: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

23

perkembangan dakwah. Pada zaman kerajaan Abbasiyah telah lahir ramai ulama

terkenal dan penulisan bukunya dirujuk oleh umat Islam sehingga hari ini. Daripada

kajian perpustakaan yang dijalankan oleh pengkaji, Jadual 2.1 menunjukkan buku

yang diterbitkan mengikut bidang disiplin ilmu yang muncul ketika itu di bawah

pemerintahan kerajaan Abbasiyah.

Page 40: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

24

Jadual 2.1 : Senarai Bidang Ilmu, Tokoh yang Melakukan Penulisan dan Penyusunan

Buku

Bidang Ilmu Tokoh Tahun lahir Buku/kitab

Bidang fiqh

Imam Abu Hanifah

80 Hijrah Kitab Fiqhul Akbar. Al Alim Wa

Mutakalim, Al- Ra’ad Ala Qadariah.

Imam Malik

93 Hijrah

Al-Muwatta’, Kitab Sunah Risalah Fi

Al-Aqidah dan Risalah Fi Fatwa.

Imam Syafie

150 Hijrah

Kitab Risalah, Kitab Al-Umm, Kitab

Usul Al Fiqh, Kitab Fiqh, Kitab

Ikhtilaf Al-Hadis dan Kitab Musnad

Imam Ahmad Hanbal

160 Hijrah

Kitab Musnad Ahmad - susunan

mengikut kategori nama sahabat.

Bidang hadis

Imam Muhammad ibn

Ismail Al-Bukhari

194 Hijrah Kitab Sahih Bukhari–susunan hadis

mengikut bab dan topik.

Imam Muslim ibn al-

Hujjaj al-Qusyairi

206 Hijrah Kitab Sahih Muslim- susunan hadis

mengikut bab dan topik

Imam Abu Daud

Sulayman al-Ash’ath al-

Sijistani

202 Hijrah Sunan Abu Daud –susunan hadis

pengikut

hukum fiqh

Imam Muhammad Ibn

Saurah al-Tirmizi

209 Hijrah Sunan al-Tirmizi- susunan hadis

pengikut hukum fiqh

Imam Ahmad Ibn

Shuayb al-Nasa’i

215 Hijrah Sunan al-Nasa’i- susunan hadis

pengikut hukum fiqh

Imam Abd Allah ibn

Muhammad ibn Yazid

ibn Majah al-Qazwini

207 Hijrah Sunan Ibn Majah- susunan hadis

pengikut hukum fiqh

Page 41: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

112

RUJUKAN

Ab Aziz Mohd. Zin. (1997). Pengantar Dakwah Islamiyah. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Ab Aziz Mohd. Zin. (2001). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya.

Abdul Hayei Abdul Sukor. (September 1, 2015),

http://www.drhayei.com/2010/07/tafsir-surah-al-alaq. Retrieved from

http://www.drhayei.com/2010/07/tafsir-surah-al-alaq

Abdul Karim Zaidan. (2001). Dasar-dasar Ilmu Dakwah. (H. A. Lc, Trans.) Shah

Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Abdul Manaf Bohari & Shukry Aboulgasem Amer. (2010). Perpustakaan Elektronik

Sebagai Sumber Maklumat Global: Satu Kajian Penerokaan. Seminar

Kebangsaan Teknologi Maklumat Di Perpustakaan (hlm. 1-15). Pulau

Pinang: Universiti Utara Malaysia.

Abdul Munir Ismail (2014). Dakwah suatu tuntutan dalam Islam. Tanjong Malim:

Penerbit UPSI.

Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot. (1997). Prinsip

dan kaedah dakwah dalam arus pembangunan. Bangi: Penerbit UKM.

Ahmad Mahdzan Ayob. (1997). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi Edisi Kedua .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2001). Sejarah Dakwah. Kuala Lumpur: Utusan

Publication.

Ahmad Sunawari Long. (2011). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian

Islam. Bangi: UKM.

Ainon Mohd. (2012, November 2). Situasi Lambakan Buku Agama. Retrieved 3 Mac

Jumaat, 2014, from Universiti Terbuka PTS: http://universitipts.com

Page 42: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

113

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987). Didapati Mac 2014

http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta_

301.pdf

Amin Ahsan Islahi. (1986). Metode Dakwah Menuju Jalan Allah. Singapura: Pustaka

Nasional.

Astin Nikmah. (2012). Dampak Penggunaan Hand Phone Terhadap Prestasi Siswa .

Jurnal Dinas Pendidikan Surabaya , 1-8.

Azhar Harun, Nawi Abdullah. (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi Dan Sains

Sosial. Kuala Lumpur: Thomson Learning.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan, Kaedah Dan Statistik Penyelidikan.

Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Faiz Al-Shahab (2014, Mei Jumaat). Keperluan e-buku. (N. Hamzah, penemubual).

Fariza Mohd Sham. (2000). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributions Sdn. Bhd.

Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor. (2014). Kaedah

Penyelidikan dan Analisis Data SPSS. Sintok: Penerbit UUM.

H. Asep Muhiddin. (2002). Dakwah Dalam Perspektif Al-Quran, Studi Kritis Atas

Visi, Misi, Dan Wawasan, Dakwah dalam perspektif al-Qur'an. Bandung: CV

Pustaka Setia.

Hamedi Mohd Adnan & Ana Nadhya Abrar (2006). Tanggungjawab Memastikan

Kesahihan Fakta Berkaitan Agama Dalam Penerbitan Bercetak. In H. M.

Adnan, Penerbitan Malaysia-Indonesia: mengukuhkan jaringan penerbitan

serantau (p. 165). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hamedi Mohd. Adnan & Ana Nadhya Abrar. (2006). Penerbitan Malaysia-

Indonesia: mengukuhkan jaringan penerbitan serantau. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Ibnu Katsir. (1431H). Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Mesir: Dar Ibnul Jauzi.

Idris Awang. (2001). Kaedah Penyelidikan Suatu Sorotan. Petaling Jaya: Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya.

JAKIM. (2011). Inovasi Dan Transformasi Dakwah Melalui Media Baru Oleh Jakim.

Seminar IslamGRID Kedua (hlm. 1-49). Kuala Lumpur: JAKIM.

Jonathan Anderson dan Milicent Poole. (2011). Penulisan Tugasan dan Tesis Edisi-

4. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Page 43: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

114

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research

activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Magdalini Vasileiou, R. H. (2009). An overview of the e-book marketplace. Online

Information Review , vol. 33, 173-192.

Melvin L. De Fleur & Sandra Ball-Rokeach. (1992). Teori Komunikasi Massa.(Noor

Bathi Badarudin, trans.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1982).

Mohd Faisol Ibrahim, Mohd Zulkifli Muhammad & Suhaina Musani. (2008). Konsep

Pemasaran Islam Dalam Perniagaan Berasaskan Ekonomi Islam Bagi

Usahawan Muslim. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia

Ke III 2008 (hlm. 110 - 117). Port Dickson: Persidangan Kebangsaan

Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III).

Mohd. Hajiman Jusak. (2002). Penggunaan Internet Dan Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Pengguna/Pelanggan Internet Di Kalangan Guru Pelatih

Kursus Diploma Perguruan Malaysia (Kdpm) Maktab Perguruan Batu

Lintang (MPBL) Ambilan JanuariOleh. Seminar Teknologi Maklumat dan

Komunikasi Dalam Pendidikan (hlm. 80-90). MPBL.

Mohd. Muhiden Abd. Rahman. (2004). Sejarah Penulisan dan Pembukuan Hadis:

Satu Sorotan. Jurnal Usuluddin, 115.

Mohd. Najib Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:

Penerbit UTM.

Mohd. Shah Che Ahmad. (2013). Potensi e-book genre agama. Kuala Lumpur:

Utusan Malaysia.

Muhammad Abu Al-Fatah Al-Bayanuniy. (2010). Ilmu Dakwah Prinsip Dan Kode

Etik Berdakwah Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah. (terj. Dedi Junaedi),

Jakarta: Penerbit Akademika Pressindo.

Nor Hazidah Awang. (2010). Buku vs e-buku. Jurnal PPM, 49-56.

Nor Raudah Siren, Y. M. (2006). Dakwah Islam semasa : konsep dan pelaksanaan.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Noresah Baharom (2010). Kamus Dewan edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan.

Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Page 44: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

115

Othman Talib. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik. Serdang :

Penerbit UPM.

Othman Talib. (2013). Tulis Tesis Cepat Teknik Efektif Dan Efisyen. Bandar Baru

Bangi : MPWS Rich Resources .

Parmjit Singh, C. Y. (2010). Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan

Penyelidikan . Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti UPENA.

Prema Krishnan (2014). Perkembangan Buku Elektronik Di Malaysia. Universiti

Malaya: Tesis Sarjana.

Rosmawati Ali Mat Zin (1997). Pengantar Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka

Salam

Rosmawati Ali Mat Zin (1997). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Pustaka

Salam Sdn.

Rubiyanah MA dan Ade Masturi, M. (2010). Pengantar Ilmu Dakwah. Ciputat:

Lembaga Penelitian UIN.

Ruziah Ali, Ahmad Yusairi Bani Hashim, Ahmad Zainal Abidin Razak & Abdul

Raheem Mohamad Yusof. (2011). Strategi E-Pemasaran di dalam

Transformasi Pemasaran Penerbitan Buku. Journal of Human Capital

Development, 79-89.

Samsu Adabi Mamat, W. R. (2002). Cendiakawan Islam: Prinsip Peradaban

Manusia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.

Samsul Munir Amin, M. (2009). Ilmu Dakwah. Jakarta: Amzah.

Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd. Yusof Hussain. (2004). Teori-teori

Komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sayid Abdullah Alwi Al- Hadad. (2001). Kesempurnaan dan Kemuliaan Dakwah

Islamiah (KH Abdullah Zakiy Al-Kaaf). Bandung: CV Pustaka Setia

Shahril, N.Z, Muhammad, F.M.F, Suliaman, I. (2011). Pembelajaran capaian teks

Hadith berautoriti di internet: kajian terhadap laman sesawang Islamweb.

Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa

(MUSNAD), (233-251), University Malaya.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis.

Serdang: Penerbit UPM.

Siti Ezaleila Mustafa. (2006). Pemasaran di Internet: Kewujudan kedai buku dalam

talian di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 87-97.

Page 45: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

116

Siti Ezaleila Mustafa. (2013). Buku Elektronik: Ulasan Persuratan Terhadap

Kesedaran dan Penggunaannya. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 103-117.

Susan Albert Kassim. (10 Mei 2011). Industri Penerbitan Masih Lemah. Disiarkan

pada Jumaat, Utusan Malaysia .

Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di. (1423H). Taisir Al Karimir Rahman fii

Tafsiril Kalamil Mannan,. Beirut: Muassasah Ar Risalah.

Syed Arabi Idid. (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Syed Muhammad Dawilah & Mohd. Lutfi. (2009). Peranan ICT Dalam Penyebaran

Dakwah Dalam Era Globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah (1-25). Batu

Pahat: Penerbit UTHM.

Tara Lioni, H. Y. (2014). Pengaruh Penggunaan Gadget pada Peserta Didik Terhadap

Interkasi Sosial. Jurnal Kultur Demokrasi , 2 (2), 1-12.

Taufiq Yusuf Al-Wa'iy. (2011). Fiqih Dakwah Ilallah. Jakarta: Al-Itishom.

Tobi, S. U. (2013 ). Researh Methodology Cage: Understanding The Qualitative

Viewpoint . Kuala Lumpur: Aras Publisher.

Tuckman, B.W (1978), Conducting Educational Research, 2nd Ed. New York:

Harcourt Brace Jovanovich Inc.

Umar Halim & Samsudin A.Rahim. (2011). Penglibatan Digital: Akses Dan

Penggunaan E-Agama Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim. Jurnal

Komunikasi, 121-135.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2012 ). Panduan penulisan tesis. Batu Pahat :

Pusat Pengajian Siswazah UTHM.

Wahbah Al-Zuhaily. (2004). Tafsir Munir Juz 29. Petaling Jaya : Persatuan Ulama

Malaysia.

Wahyu Ilaihi & Harjani Hefni, (2007). Pengantar Sejarah Dakwah. Jakarta: Prenada

Media Group.

Wikipedia Ensikopedia. (2013, Mac Jumaat). E-buku. Didapatkan Mac Selasa, 2014,

daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/E-buku

Yayasan Buku Negara. (2014). Transformasi Industri Buku Negara Dalam Peradaban

Digital' ada dibincangkan dalam. Seminar dan Forum Buku Perdana (1-9).

Kuala Lumpur: Yayasan Buku Negara.

Page 46: PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf · 2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui ... Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu

117

Zhafir Hassan Al-Ja'ban. (1389, Syawal 23). Mauqi' ad-Doktor Hassan zafir al-

Ja'ban. Retrieved Disember 30, 2014, from Dakwah Ilallah Bilkitabah.:

http://www.aljebaan.com/index.html

Zulkifli Abdul Ghani. (2003). Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd.

Zulkifli Abdul Ghani. (2010). Dakwah dalam Era Siber di Malaysia. Bandar Baru

Nilai: Penerbit USIM.