penerbitan bermutu masyarakat berilmu · pdf fileuntuk buku english year 5 sjk, reka bentuk...

1
BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BH PILIH L11 21 emel K omik “Hikayat Syah Mar- dan” terbitan Dewan Bahasa dan Bahasa (DBP) yang di- adaptasi daripada “Hikayat Syah Mardan” bakal menemui pem- baca pada awal tahun 2008. Kisah tragis ini bermula di negeri Dar Al-Hastan yang kehi- langan Putera Mahkota Raja Syah Mardan semasa berburu. Beliau mengharungi pelbagai cabaran d a l a m pengem- baraan yang penuh mistik. Namun, setiap pengem- baraan pasti ada permula- annya. Oleh itu, satu komik sampingan (spin- off) berdasarkan “Hikayat Syah Mardan” berjudul “Barongan” telah diterbitkan sebagai permu- laan perjalanan “Hikayat Syah Mardan”. “Barongan” mengisahkan se- orang Laksamana Barongan yang bertindak mengamuk di istana dan ingin membunuh Raja Semanta Pura kerana kematian isterinya yang dihukum bunuh. Oleh sebab itu, Raja Semanta Pura bersama panglima dan hulubalangnya cuba melarikan diri tetapi telah berjaya dipin- tas oleh Laksamana Barongan. Maka, bermulalah satu tragedi yang tidak disangka-sangka di negeri Semanta Pura dan negeri- negeri di Nusantara. Untuk mendapatkan komik dan maklumat mengenainya, sila hubungi wakil pengedar kami En. Nordin Mohamed Salem di talian 013-3911992. Komik ini dijual de-ngan harga RM5.00 setiap satu. Di samping itu, kami juga mempelawa anda yang berbakat untuk menjadi pelukis komik bagi penerbitan komik hikayat lama dan novel Melayu klasik yang dikendalikan oleh Bahagian Multimedia DBP. Sila e-melkan sampel ilustrasi dan butiran leng- kap ke alamat e-mel saiful_h@ dbp.gov.my atau hassan@dbp. gov.my . Anda juga boleh meng- hantar sampel ilustrasi melalui pos kepada: Pengurus Projek Komik, Bahagian Multimedia, Aras 12, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan D ewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memenangi tiga trofi anugerah utama dalam Majlis Anugerah Buku Teks 2007 yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan pada 23 Oktober yang lalu. Anugerah yang dimenangi ialah Bahan Grafik Terbaik Buku Teks KBSR untuk buku English Year 5 SJK, Reka Bentuk Terbaik Buku Teks KBSR untuk buku English Year 5 SK dan Kulit Buku Terbaik Buku Teks KBSR untuk buku Kajian Tempatan Tahun 5. Trofi anugerah dan sijil penghargaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Noh Haji Omar yang turut dihadiri oleh staf Bahagian Buku Teks, DBP. Kejayaan tersebut merupakan pencapaian terbaik jika diban- dingkan dengan tahun lalu. DBP hanya menerima dua trofi anuge- rah, iaitu Reka Bentuk Terbaik Buku Teks KBSR untuk buku Bahasa Melayu Tahun 4 SJK dan Pembekalan Terbaik Buku Teks KBSR. Anugerah yang diadakan sejak tahun 2005 ini merupa- kan pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk menggalakkan persaing- an dalam kalangan penerbit buku teks di samping untuk memperbaiki lagi kualiti buku teks yang ada serta sebagai peng- hargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan bahan pengajaran dan pembe- lajaran ini. Selain itu, anugerah ini juga memberi impak positif terhadap perkembangan kualiti penghasilan buku teks di negara ini. Buku teks yang berkualiti dan pengurusan yang baik adalah perkara utama ke arah melahir- kan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. M emahami binaan atau struktur perenggan dan menerapkannya dalam penulisan menjadi syarat pen- ting karangan yang berkesan. Kita telah membincangkan tiga jenis perenggan yang dapat dimanfaatkan dalam penulisan karangan, khususnya karang- an bukan kreatif. Ketiga-tiga jenis perenggan itu ialah pe- renggan deduktif, perenggan induktif dan perenggan gabung- an deduktif–induktif. Namun, selain membina perenggan yang padu, anda perlu mem- berikan perhatian juga kepada aspek kesinambungan antara perenggan. Kesinambungan antara pe- renggan amat penting untuk mewujudkan kesinambungan antara idea, maklumat atau pen- dapat yang anda kemukakan. Sesebuah karangan mesti mem- perlihatkan kesinambungan antara idea atau pendapat yang dibicarakan untuk memberikan kefahaman kepada pembaca. Perenggan yang tidak berkesi- nambungan menggambarkan idea atau maklumat yang tidak tersusun secara padu dan hal ini menimbulkan masalah ke- pada pembaca untuk mengesan isu atau tema karangan. Salah satu kaedah memben- tuk kesinambungan antara pe- renggan ialah penggunaan kata atau frasa yang disebut penanda wacana. Secara umumnya, pe- nanda wacana terbahagi dua. Yang pertama ialah yang mem- berikan isyarat bersambung- nya sesuatu idea dalam satu perenggan dengan idea dalam perenggan berikutnya dalam bentuk hubungan yang positif. Contoh penanda wacana yang termasuk dalam jenis ini ialah "selain itu", "di samping itu", "selanjutnya", "seterus- nya", "dengan demikian", "oleh yang demikian", "sebagai yang dijelaskan", "setelah membin- cangkan", "setelah dibincang- kan", "sebagai kesannya" dan beberapa yang lain lagi. Semua penanda wacana itu menun- jukkan kelanjutan idea atau fakta secara positif, iaitu sama ada menambah, melanjutkan, menyokong atau menyatakan kesan daripada fakta yang di- sebut dalam perenggan sebe- lumnya. Perhatikanlah hubungan antara dua perenggan yang berikut: "Salah satu faktor mening- katnya masalah sosial seperti jenayah dikaitkan dengan kebanjiran pendatang asing, khususnya pendatang tanpa izin. Mereka datang dengan membawa nilai-nilai kehidupan dan kebudayaan yang mungkin sebahagiannya tidak sesuai dengan sistem nilai dan kebu- dayaan masyarakat setempat. Bahkan demi mengisi keper- luan kehidupan seperti untuk dapat makan sehari-hari, sebi- langannya sanggup melakukan apa-apa sahaja, termasuk kegi- atan yang bersifat jenayah.” "Selain itu, kadar pengang- guran yang tinggi tidak kurang juga menyebabkan meningkat- nya masalah sosial dalam ka- langan masyarakat. Kurangnya peluang pekerjaan menyebab- kan sejumlah anak muda ter- libat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak bermanfaat, seperti lepak atau membuang masa di kompleks beli-belah, menagih dadah, melakukan vandalisme dan sebagainya.” Fakta dalam kedua-dua pe- renggan di atas ternyata terja- lin dengan baik dan berurut- an, bukan sahaja disebabkan kedua-dua faktor meningkat- nya masalah sosial itu mempu- nyai pertalian, bahkan juga di- sebabkan adanya penggunaan penanda wacana "selain itu" pada perenggan kedua. Penanda wacana jenis kedua ialah yang menunjukkan ke- sinambungan idea tetapi dalam bentuk pernyataan yang berla- wanan dengan idea atau fakta sebelumnya. Antara penanda wacana jenis ini termasuklah "namun", "namun demikian", "walaupun demikian", "walau bagaimanapun", "sebaliknya" dan "sebagainya". Perhatikan contoh penggunaannya: "Pelaburan asing memang mendatangkan manfaat ke- pada kemajuan ekonomi ne- gara. Pemodal asing dapat menggiatkan perusahaan da- lam pelbagai bidang ekonomi dan dengan demikian menyedia- kan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Cukai perniagaan yang dipungut daripada mereka turut menam- bahkan hasil pendapatan nega- ra. Namun demikian, pelaburan asing membawa keburukan juga dari segi tertentu. Contohnya, kekayaan yang diperoleh oleh pelabur asing dibawa pulang ke negara masing-masing dan hal ini merugikan negara yang membuka peluang kepa- da pelabur asing. Cukai yang dibayar kepada kerajaan tidak sebanyak jumlah kekayaan yang dibawa pulang ke negara asalnya.” Dalam contoh di atas, pe- nanda wacana "namun demiki- an" digunakan untuk membina kesinambungan antara pereng- gan pertama dengan perenggan kedua. Demikianlah salah satu kaedah mewujudkan kesinam- bungan antara perenggan yang dapat digunakan. Apabila setiap perenggan dalam karangan mempunyai kesinambungan, maka karangan itu akhirnya terbentuk sebagai satu waca- na yang utuh. Namun, baik juga diingatkan bahawa usah- lah pula anda secara mekanis menggunakan penanda wacana semata-mata asal ada penanda wacana. Ada kalanya penanda wacana tidak sesuai digunakan dan kesinambungan perenggan dapat dibina dengan wujudnya kesinambungan idea dalam perenggan yang berlainan. Kesinambungan antara Perenggan Oleh Zaharudin Abd Rahman DBP Menang Tiga Anugerah Komik “Hikayat Syah Mardan” Jilid 1 Oleh Izzaziah Morni Mohamad PENGUMUMAN D ewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjur- kan Peraduan Mengarang Esei 2007 dengan tema Sambutan Kemerdekaan Ke-50 Tahun. Peserta boleh memilih satu dari- pada sepuluh tajuk esei seperti yang berikut; Malaysiaku Gemilang Tahun Melawat Malaysia 2007 Pemerkasaan Bahasa Melayu Mengangkasa Tamadun Bangsa: Harapan dan Cabaran Sejarah Kemerdekaan Negara: Memupuk Semangat Patriotisme Kebudayaan Kebangsaan: Mengukuhkan Perpaduan Bangsa dan Negara Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa Islam Hadhari: Pembentuk Generasi Gemilang Pembangunan Pendidikan: Pembinaan Negara Bangsa Pembangunan Wilayah Ekonomi Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan DBP dan ahli keluarganya. Borang dan syarat penyer- taan boleh dimuat turun mela- lui laman web DBP, http://www. dbp.gov.my atau hubungi urus setia peraduan, Puan Roslida Mustapha/Cik Siti Ruzaiha Mohd. Riffin, melalui talian, 03-21482924/21482894, atau e-mel [email protected] / ruzai- [email protected]. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2007. Peraduan Mengarang Esei 2007

Upload: lamnhu

Post on 09-Mar-2018

257 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU · PDF fileuntuk buku English Year 5 SJK, Reka Bentuk Terbaik Buku Teks ... menggunakan penanda wacana semata-mata asal ada penanda wacana. Ada

BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMUBH PILIH L11 21 emel

Komik “Hikayat Syah Mar-dan” terbitan Dewan Bahasa dan Bahasa (DBP) yang di-

adaptasi daripada “Hikayat Syah Mardan” bakal menemui pem-baca pada awal tahun 2008.

Kisah tragis ini bermula di negeri Dar Al-Hastan yang kehi-langan Putera Mahkota Raja Syah Mardan semasa berburu. Beliau

mengharungi pelbagai c a b a r a n d a l a m p e n g e m -baraan yang penuh mistik. Namun, setiap p e n g e m -baraan pasti ada permula-annya. Oleh

itu, satu komik sampingan (spin-off) berdasarkan “Hikayat Syah Mardan” berjudul “Barongan” telah diterbitkan sebagai permu-laan perjalanan “Hikayat Syah Mardan”.

“Barongan” mengisahkan se-orang Laksamana Barongan yang bertindak mengamuk di istana dan ingin membunuh Raja Semanta Pura kerana kematian isterinya yang dihukum bunuh. Oleh sebab itu, Raja Semanta Pura bersama panglima dan hulubalangnya cuba melarikan diri tetapi telah berjaya dipin-tas oleh Laksamana Barongan. Maka, bermulalah satu tragedi yang tidak disangka-sangka di negeri Semanta Pura dan negeri-negeri di Nusantara.

Untuk mendapatkan komik dan maklumat mengenainya, sila hubungi wakil pengedar kami En. Nordin Mohamed Salem di talian 013-3911992. Komik ini dijual de-ngan harga RM5.00 setiap satu.

Di samping itu, kami juga mempelawa anda yang berbakat untuk menjadi pelukis komik bagi penerbitan komik hikayat lama dan novel Melayu klasik yang dikendalikan oleh Bahagian Multimedia DBP. Sila e-melkan sampel ilustrasi dan butiran leng-kap ke alamat e-mel [email protected] atau [email protected]. Anda juga boleh meng-hantar sampel ilustrasi melalui pos kepada: PengurusProjekKomik,BahagianMultimedia, Aras12,MenaraDBP, JalanDewanBahasa, 50460KualaLumpur.

TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memenangi tiga trofi anugerah utama

dalam Majlis Anugerah Buku Teks 2007 yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan pada 23 Oktober yang lalu. Anugerah yang dimenangi ialah Bahan Grafik Terbaik Buku Teks KBSR untuk buku English Year 5 SJK, Reka Bentuk Terbaik Buku Teks KBSR untuk buku English Year 5 SK dan Kulit Buku Terbaik Buku Teks KBSR untuk buku Kajian Tempatan Tahun 5. Trofi anugerah dan sijil penghargaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Noh Haji Omar yang turut dihadiri oleh staf Bahagian Buku Teks, DBP.

Kejayaan tersebut merupakan pencapaian terbaik jika diban-dingkan dengan tahun lalu. DBP

hanya menerima dua trofi anuge-rah, iaitu Reka Bentuk Terbaik Buku Teks KBSR untuk buku Bahasa Melayu Tahun 4 SJK dan Pembekalan Terbaik Buku Teks KBSR. Anugerah yang diadakan sejak tahun 2005 ini merupa-kan pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk menggalakkan persaing-an dalam kalangan penerbit buku teks di samping untuk memperbaiki lagi kualiti buku teks yang ada serta sebagai peng-hargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan bahan pengajaran dan pembe-lajaran ini. Selain itu, anugerah ini juga memberi impak positif terhadap perkembangan kualiti penghasilan buku teks di negara ini.

Buku teks yang berkualiti dan pengurusan yang baik adalah perkara utama ke arah melahir-kan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Memahami binaan atau struktur perenggan dan menerapkannya dalam

penulisan menjadi syarat pen-ting karangan yang berkesan. Kita telah membincangkan tiga jenis perenggan yang dapat dimanfaatkan dalam penulisan karangan, khususnya karang-an bukan kreatif. Ketiga-tiga jenis perenggan itu ialah pe-renggan deduktif, perenggan induktif dan perenggan gabung-an deduktif–induktif. Namun, selain membina perenggan yang padu, anda perlu mem-berikan perhatian juga kepada aspek kesinambungan antara perenggan.

Kesinambungan antara pe-renggan amat penting untuk mewujudkan kesinambungan antara idea, maklumat atau pen-dapat yang anda kemukakan. Sesebuah karangan mesti mem-perlihatkan kesinambungan antara idea atau pendapat yang dibicarakan untuk memberikan kefahaman kepada pembaca. Perenggan yang tidak berkesi-nambungan menggambarkan idea atau maklumat yang tidak tersusun secara padu dan hal ini menimbulkan masalah ke-pada pembaca untuk mengesan isu atau tema karangan.

Salah satu kaedah memben-tuk kesinambungan antara pe-renggan ialah penggunaan kata atau frasa yang disebut penanda wacana. Secara umumnya, pe-nanda wacana terbahagi dua. Yang pertama ialah yang mem-berikan isyarat bersambung-nya sesuatu idea dalam satu perenggan dengan idea dalam perenggan berikutnya dalam bentuk hubungan yang positif.

Contoh penanda wacana yang termasuk dalam jenis ini ialah "selain itu", "di samping itu", "selanjutnya", "seterus-nya", "dengan demikian", "oleh yang demikian", "sebagai yang dijelaskan", "setelah membin-cangkan", "setelah dibincang-kan", "sebagai kesannya" dan

beberapa yang lain lagi. Semua penanda wacana itu menun-jukkan kelanjutan idea atau fakta secara positif, iaitu sama ada menambah, melanjutkan, menyokong atau menyatakan kesan daripada fakta yang di-sebut dalam perenggan sebe-lumnya.

Perhatikanlah hubungan antara dua perenggan yang berikut:

"Salah satu faktor mening-katnya masalah sosial seperti jenayah dikaitkan dengan kebanjiran pendatang asing, khususnya pendatang tanpa izin. Mereka datang dengan membawa nilai-nilai kehidupan dan kebudayaan yang mungkin sebahagiannya tidak sesuai dengan sistem nilai dan kebu-dayaan masyarakat setempat. Bahkan demi mengisi keper-luan kehidupan seperti untuk dapat makan sehari-hari, sebi-langannya sanggup melakukan apa-apa sahaja, termasuk kegi-atan yang bersifat jenayah.”

"Selain itu, kadar pengang-guran yang tinggi tidak kurang juga menyebabkan meningkat-nya masalah sosial dalam ka-langan masyarakat. Kurangnya peluang pekerjaan menyebab-kan sejumlah anak muda ter-libat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak bermanfaat, seperti lepak atau membuang masa di kompleks beli-belah, menagih dadah, melakukan vandalisme dan sebagainya.”

Fakta dalam kedua-dua pe-renggan di atas ternyata terja-lin dengan baik dan berurut-an, bukan sahaja disebabkan kedua-dua faktor meningkat-nya masalah sosial itu mempu-nyai pertalian, bahkan juga di-sebabkan adanya penggunaan penanda wacana "selain itu" pada perenggan kedua.

Penanda wacana jenis kedua ialah yang menunjukkan ke-sinambungan idea tetapi dalam bentuk pernyataan yang berla-wanan dengan idea atau fakta

sebelumnya. Antara penanda wacana jenis ini termasuklah "namun", "namun demikian", "walaupun demikian", "walau bagaimanapun", "sebaliknya" dan "sebagainya". Perhatikan contoh penggunaannya:

"Pelaburan asing memang mendatangkan manfaat ke-pada kemajuan ekonomi ne-gara. Pemodal asing dapat menggiatkan perusahaan da-lam pelbagai bidang ekonomi dan dengan demikian menyedia-kan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Cukai perniagaan yang dipungut daripada mereka turut menam-bahkan hasil pendapatan nega-ra.

Namun demikian, pelaburan asing membawa keburukan juga dari segi tertentu. Contohnya, kekayaan yang diperoleh oleh pelabur asing dibawa pulang ke negara masing-masing dan hal ini merugikan negara yang membuka peluang kepa-da pelabur asing. Cukai yang dibayar kepada kerajaan tidak sebanyak jumlah kekayaan yang dibawa pulang ke negara asalnya.”

Dalam contoh di atas, pe-nanda wacana "namun demiki-an" digunakan untuk membina kesinambungan antara pereng-gan pertama dengan perenggan kedua. Demikianlah salah satu kaedah mewujudkan kesinam-bungan antara perenggan yang dapat digunakan. Apabila setiap perenggan dalam karangan mempunyai kesinambungan, maka karangan itu akhirnya terbentuk sebagai satu waca-na yang utuh. Namun, baik juga diingatkan bahawa usah-lah pula anda secara mekanis menggunakan penanda wacana semata-mata asal ada penanda wacana. Ada kalanya penanda wacana tidak sesuai digunakan dan kesinambungan perenggan dapat dibina dengan wujudnya kesinambungan idea dalam perenggan yang berlainan.

Kesinambungan antara Perenggan

Oleh Zaharudin Abd Rahman

DBP MenangTiga Anugerah

Komik “Hikayat Syah Mardan” Jilid 1

Oleh Izzaziah Morni Mohamad

PENGUMUMAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjur-kan Peraduan Mengarang

Esei 2007 dengan tema Sambutan Kemerdekaan Ke-50 Tahun. Peserta boleh memilih satu dari-pada sepuluh tajuk esei seperti yang berikut;

Malaysiaku Gemilang Tahun Melawat Malaysia 2007 Pemerkasaan Bahasa Melayu Mengangkasa Tamadun

Bangsa: Harapan dan Cabaran

Sejarah Kemerdekaan

Negara: Memupuk Semangat Patriotisme

Kebudayaan Kebangsaan: Mengukuhkan Perpaduan Bangsa dan Negara

Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa

Islam Hadhari: Pembentuk Generasi Gemilang

Pembangunan Pendidikan: Pembinaan Negara Bangsa Pembangunan Wilayah Ekonomi Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia

yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan DBP dan ahli keluarganya. Borang dan syarat penyer-taan boleh dimuat turun mela-lui laman web DBP, http://www.dbp.gov.my atau hubungi urus setia peraduan, Puan Roslida Mustapha/Cik Siti Ruzaiha Mohd. Riffin, melalui talian, 03-21482924/21482894, atau e-mel [email protected] / [email protected]. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31Disember2007.

Peraduan Mengarang Esei 2007