tinjauan pembelajaran lukisan kejuruteraan … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian autocad....

20

Upload: lyliem

Post on 16-Jun-2019

256 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD
Page 2: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD
Page 3: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

i

TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (AUTOCAD) TERHADAP PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD FAIRUZ BIN OMAR

AP000269

820625-02-6205

Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 4: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

ii

Page 5: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

iii

DEDIKASI

Ayah dan ibu,

“Mencurah semangat dan dorongan yang tinggi,

Doa dan kasih sayangmu menuruti setiap usahaku,

Keberkatan doamu mengukir kejayaan anakandamu ini di menara gading.”

Rakan-rakanku,

“Sokongan moralmu membangkit semangatku tatkala diriku terumbang-ambing,

Syukur kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya akhirnya kajian ini dapat dilaksanakan

dengan jayanya”

Page 6: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

limpah dan kurnianya, laporan bagi bab 1 hingga bab 5 ini telah dapat saya siapkan

dengan sepenuhnya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan jutaan terima kasih kepada En Mohd Ali Ibrahim selaku pensyarah pembimbing

yang telah banyak memberi bimbingan, pendapat, tunjuk ajar, teguran dan sokongan

yang diperlukan dalam usaha menyiapkan laporan penulisan ini.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada pensyarah En Azlan Latib yang telah

banyak membantu dalam pencarian maklumat mengenai pembelajaran AutoCAD.

Tidak dilupakan juga, rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi tunjuk ajar dan

sokongan moral bagi menyempurnakan kajian ini.

Page 7: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pembelajaran perisian AutoCAD bagi

melihat sama ada berlakunya permasalahan yang akan menganggu proses pembelajaran.

Seramai 121 pelajar tahun 4 daripada kursus Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi

Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera/Kemahiran Hidup telah terlibat dalam kajian ini.

Pengkaji telah menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden.

Seterusnya, data-data tersebut diproses dan di analisis menggunakan Statistical Packages

for Social Science (SPSS) versi 12.0 dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan

dan min. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat

sebarang masalah kritikal yang akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan nilai min bagi kelima-lima persoalan kajian. Hanya bagi persoalan kajian

berkenaan dengan peruntukan masa pembelajaran sahaja yang memberikan nilai min

yang sederhana dan manakala keempat-empat persoalan kajian lagi memberikan nilai

min pada tahap yang tinggi. Sebagaimana daripada dapatan kajian ini yang

menunjukkan bahawa para pelajar telah menguasai kemahiran asas pengendalian

komputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul

yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD adalah bersesuaian. Manakala

tempoh masa yang diperuntukkan untuk mempelajari sesuatu kemahiran adalah tidak

mencukupi memandangkan para pelajar tidak dapat menguasai kemahiran yang telah

ditetapkan.

Page 8: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

vi

ABSTRACT

The purpose of the research is to monitor AutoCAD learning process, in order to

conclude whether problems happen which will effect the learning process. A sum of

121 4th year students from Bachelor of Technology with Education

(Civil/Electrical/Mechanical/Living Skills) were involved in this research. The

researcher choosed a research method using questionnaires to collect data. The data

was analyzed by Statistical Package of Social Science Software (SPSS) version 12.0 and

were stated in percentage, frequency and means. The findings shows that there is no

critical problems that will effect both the teaching and learning process, based on the

mins from all five research questions. Research questions which resolves on learning

hours given, had add up to a medium mean, while the other research questions’ mean

values are high. This shows that students have mastered both the basic computer and

AutoCAD skills. Other than that, assignments and modules prepared for AutoCAD

learning are usable, despite the fact that learning hours is not enough since students are

not able to master every skills during that time.

Page 9: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

AKUAN DIRI

DEDIKASI

PENGHARGAAN

i

ii

iii

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

v

vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xi

I PENGENALAN

1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.1.1 Kemahiran asas Pengendalian

Komputer

3

1.1.2 Peruntukan Masa 3

1.1.3 Modul Pembelajaran 4

1.1.4 Tugasan Pembelajaran Perisian

AutoCAD

5

1.2 Penyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

Page 10: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

viii

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Rumusan 10

II SOROTAN PENULISAN

11

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Pembelajaran 12

2.3 Penggunaan Ciri-ciri Mazhab Behavioris

Dan Mazhab Kognitif Dalam Kelas

14

2.4 Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran

Yang Berkesan

15

2.5 Perbezaan Kesediaan Belajar Bagi Para

Pelajar.

17

2.6 Pemberian Tugasan Dalam Aktiviti

Pembelajaran

19

2.7 Pembelajaran Berbantukan Komputer 21

2.8 Kemahiran Asas Pengendalian AutoCAD 25

2.9 Pembelajaran Bermodul 26

2.10 Rumusan 28

Page 11: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

ix

III PENGKAEDAHAN KAJIAN

29

3.1 Pendahuluan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Subjek Kajian 31

3.4 Alat Kajian 31

3.5 Analisis Data 33

3.7 Tatacara Kajian 35

3.8 Rumusan 35

IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

36

4.1 Pendahuluan 36

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 36

4.3 Analisis Persoalan Kajian 39

4.3.1 Analisis Kemahiran Asas Komputer 39

4.3.2 Analisis Peruntukan Masa

Pengajaran

41

4.3.3 Analisis Kesesuaian Modul

Pembelajaran

43

4.3.4 Analisis Tugasan Pembelajaran 45

4.3.5 Analisis Kemahiran Asas

Pengendalian AutoCAD

47

4.4 Rumusan 49

Page 12: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

x

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

50

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan Berkaitan Pembelajaran

AutoCAD

50

5.2.1 Kemahiran Asas Pengendalian

Komputer

51

5.2.2 Peruntukkan Masa Pembelajaran 52

5.2.3 Modul Pembelajaran Lukisan

Berbantukan Komputer (AutoCAD)

53

5.2.3 Tugasan Pembelajaran Lukisan

(AutoCAD)

54

5.2.4 Kemahiran Asas Pengendalian

AutoCAD.

55

5.3 Kesimpulan 57

5.4 Cadangan 58

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA

SURAT

3.1 Taburan Skor mengikut Skala Likert 33

3.2 Perubahan Skala Likert kepada Skala 3 Peringkat 34

4.1 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut

kursus

37

4.2 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut

jantina

38

4.3 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut 38

Page 13: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

xi

bangsa

4.4 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut

aliran kursus semasa disekolah.

39

4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan analisis penguasaan kemahiran asas

penggunaan komputer.

41

4.6 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan analisis kesesuaian tempoh masa yang

diperuntukan dalam pembelajaran untuk

mempelajari perisian AutoCAD

43

4.7 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan analisis kesesuaian modul yang

digunakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

45

4.8 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan analisis tugasan yang diberikan dalam

pembelajaran perisian AutoCAD

47

4.9 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan analisis kemahiran asas pengendalian

AutoCAD untuk mempelajari pembinaan lukisan

lukisan AutoCAD

49

RUJUKAN 60

LAMPIRAN A 64

Page 14: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Universiti Teknologi Malaysia telah menawarkan kursus-kursus kejuruteraan di

Fakulti Pendidikan di bawah Jabatan Teknik Dan Vokasional. Jabatan Pendidikan

Teknik Dan Vokasional ini berfungsi dalam melahirkan bakal-bakal guru yang akan

mengajar dalam bidang Teknik Dan Vokasional di sekolah-sekolah yang menawarkan

mata pelajaran berkenaan. Mata pelajaran yang akan diajar oleh para bakal guru ini

ialah Lukisan Berbantukan Komputer yang mana memerlukan penggunaan perisian

AutoCAD berdasarkan Kurikulum Kejuruteraan. Perisian AutoCAD perlu dikuasai oleh

para bakal guru kerana perisian ini dapat membantu para bakal guru dalam membentuk

model lakaran 2 dimensi dan 3 dimensi yang tidak dapat dilukis dengan menggunakan

kaedah lukisan di atas kertas apabila mengajar di sekolah-sekolah kelak (Khairul

Anwar,1997).

Page 15: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

2

1.2 Latar Belakang Masalah

Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna yang dibina dari sumber teknologi

yang berasaskan elektronik dan kadangkala elektromekanikal. Komputer boleh

diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih

spesifik dan teratur. Program-program komputer (yang juga dipanggil perisian atau

software) yang berbeza dan pelbagai juga boleh digunakan alam pelbagai bidang.

Contoh pembelajaran berdasarkan penggunaan komputer adalah pembelajaran Lukisan

Berbantukan Komputer iaitu menggunakan perisian AutoCAD dalam membina sesuatu

lukisan yang tidak dapat dilakukan dengan kaedah di atas kertas seperti melakar lukisan

3 dimensi.

Perisian AutoCAD yang digunakan untuk tujuan umum dalam mereka bentuk

serta melakar lukisan kejuruteraan dengan berbantukan komputer dikenali sebagai

perisian (CAD) atau ‘Computer Aided Drafting And Design Program’. Sebagaimana

menurut Khairul Anwar (1998) yang menyatakan proses lakaran berkomputer boleh

digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali bidang-bidang yang memerlukan

kepakaran seperti pembelajaran lukisan berbantukan komputer di sekolah iaitu dalam

melakar lukisan 2 dimensi (2D) dan juga dalam sektor kejuruteraan seperti mekanikal,

awam dan seni bina . Oleh itu, Baharudin et al. (2002) turut menyatakan behawa para

bakal guru perlu arif dalam kesesuaian penggunaan perisian AutoCAD bagi

mempelajari atau menguasai kemahiran tertentu dan seterusnya menggunakan untuk

mengajar di sekolah kelak.

Page 16: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

3

1.2.1 Kemahiran Asas Pengendalian Komputer

Para bakal guru daripada Jabatan Teknik Dan Vokasional perlu menguasai

pengendalian komputer supaya setiap arahan yang menggunakan pengetahuan asas

komputer dapat dituruti. Dalam penggunaan perisian AutoCAD, arahan-arahan melakar

sesuatu lukisan seperti melakar bulatan atau garisan memerlukan kaedah-kaedah yang

telah ditetapkan contohnya untuk membuat bulatan, para bakal guru perlu menaip arahan

‘circle’ dan mengarahkan ke pusat yang ditetapkan untuk membina bulatan mengikut

diameter yang ditentukan. Pelajar akan merasa mudah dalam pembinaan lukisan

kejuruteraan apabila kemahiran pengendalian arahan perisian AutoCAD dapat dituruti

tanpa menimbulkan sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan

perisian AutoCAD (Khairul Anwar,1999).

1.2.2 Peruntukan Masa

Fakulti telah mewajibkan para pelajar jurusan Teknik dan Vokasional seperti

Sarjana Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan

Kejuruteraan Mekanikal untuk mengikuti mata pelajaran kod SPK 2012 Lukisan

Kejuruteraan 2 yang melibatkan penggunaan perisian AutoCAD. Bakal-bakal guru akan

menjalani pembelajaran di dalam kelas selama 3 jam seminggu (Program Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal, 2001/2002)

Masa yang diperuntukan untuk para bakal guru oleh pihak fakulti untuk

mempelajari Lukisan Kejuruteraan 2 adalah selama tiga jam. Sebagaimana menurut Ee

Ah Meng (1997) yang menyatakan bahawa tempoh masa yang sesuai membenarkan

penumpuan yang teliti bagi meningkatkan pengamatan para bakal guru dalam

memahami dan mengingati terhadap sesuatu perkara atau objek.

Page 17: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

4

Masa yang digunakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

perisian AutoCAD ini penting kerana para bakal guru yang menerima pembelajaran ini

terdiri daripada pelbagai aras kognitif seperti aras pengetahuan, aplikasi, analisis,

kefahaman, sintesis dan terakhir sekali aras penilaian (Baharudin et.al, 2002). Aras-aras

kognitif yang berlainan ini memainkan peranan penting bagi para bakal guru kerana

setiap aras pengetahuan ini mepunyai proses penerimaan maklumat yang berlainan

tahapnya apabila menerima pembelajaran dalam kelas. Sebagaimana menurut Musa

(1992) yang menyatakan bahawa para bakal guru yang lemah dan sederhana

pencapainya mungkin tidak berdaya untuk menumpukan perhatiannya terhadap

pengajaran pensyarah dalam jangkamasa antara 45 minit sehingga sejam.

1.2.3 Modul Pembelajaran

Modul yang digunakan dalam sesuatu pembelajaran merupakan satu panduan

bercetak yang dibentuk untuk memimpin pelajar dalam mempelajari sesuatu topik atau

mata pelajaran. Ia mengandungi bahan pelajaran yang disusun dalam bentuk yang boleh

difahami oleh pelajar. Modul yang disediakan membenarkan pelajar-pelajar maju dari

yang senang kepada yang susah. Menurut Rex Meyer dalam Esah Sulaiman (2003),

pembelajaran menggunakan modul merupakan pengajaran dan pembelajaran terancang

yang mempunyai struktur yang sistematik, objektif yang jelas, langkah-langkah kecil,

maklum balas, peneguhan, dan pendekatan masteri.

Seseorang pelajar boleh maju dengan cepat atau perlahan dengan modul-modul

yang disediakan dan kemajuan pelajar ini bergantung kepada pencapaian pelajarannya

sama ada pencapaiannya baik atau pun pencapaiannya hanya di tahap yang rendah.

Oleh itu, satu modul perlu dibentuk untuk disesuaikan kepada semua tahap pelajar

kerana para pelajar Pendidikan Tenik Dan Vokasional yang menggunakan perisian

AutoCAD ini terdiri daripada tahap pencapaian yang berbeza. Sebagaimana menurut

Abdul Majid dan Rahil (1997) turut menyatakan bahawa perbezaan umur, kecerdasan

Page 18: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

5

minda dan pengalaman ini turut mempengaruhi tahap pencapaian setiap pelajar dalam

penyesuaian terhadap modul yang disediakan.

1.2.4 Tugasan Pembelajaran Perisian AutoCAD

Tugasan merupakan salah satu bentuk latihan yang penting dalam menguji

pemahaman, pencapaian, dan kemajuan para bakal guru dalam pembelajaran perisian

AutoCAD. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah adalah dalam bentuk latihan

pembinaan lukisan kejuruteraan. Latihan-latihan ini adalah bertujuan untuk memastikan

para bakal guru dapat menguasai sesuatu kemahiran (Abdul Raman Dan Zakaria Kasa,

1994). Selain itu, tugasan-tugasan yang mudah turut juga diberikan oleh pensyarah

semasa dan selepas tamat sesi kuliah dengan menggunakan kaedah latih tubi.

Menurut Baharuddin et al. (2003) yang menyatakan bahawa tugasan merupakan

salah satu cara yang paling efektif dalam pembelajaran kerana melalui kaedah ini

memerlukan para pelajar melibatkan diri secara aktif. Pemberian tugasan secara

langsung menggalakan pelajar memikirka pelbagai alternatif bagi mempelajari perisian,

teknik pengaturcaraan, penggunaan perkakasan komputer dan sebagainya bagi

memastikan tugasan mereka berjaya. Tugasan juga boleh membantu dalam

meningkatkan kefahaman dan kemahiran para pelajar kepada bahagian-bahagian

pembelajaran yang lemah.

Page 19: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

6

1.3 Pernyataan Masalah.

Pembelajaran Lukisan Berbantukan Komputer (AutoCAD) memerlukan

seseorang itu berkemahiran untuk menggunakan komputer serta mengendalikan perisian

AutoCAD. Sebagaimana menurut Jamaludin dan Zaidatun (2000) yang menyatakan

bahawa pengetahuan yang secukupnya perlu ada pada seseorang untuk apabila ingin

menggunakan aplikasi komputer. Manakala menurut Baharuddin et al.(2003), perkara

yang utama bagi menggunakan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah ialah menentukan setiap guru diberikan latihan formal dari masa ke semasa

untuk meningkatkan kemahiran mereka di dalam bidang komputer, sumber yang

mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berteraskan komputer,

kesesuaian bilik darjah, dan juga faktor pengurusan masa. Pernyataan ini dapat

dikaitkan dengan pentingnya kemahiran-kemahiran yang perlu ada oleh para bakal guru

ini bagi melaksanakan pengajaran lukisan AutoCAD di sekolah kelak. Oleh itu

penyelidik telah membuat kajian terhadap mata pelajaran lukisan berbantukan komputer

(AutoCAD) di kalangan pelajar tahun 4 Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional

untuk melihat sama ada terdapat permasalahan yang mungkin timbul bagi menghalang

proses pembelajaran pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Secara keseluruhannya kajian ini adalah untuk mengkaji permasalahan dalam

pembelajaran menggunakan persian AutoCAD. Objektif yang ingin dicapai oleh

penyelidik ini adalah seperti berikut;

1 Mengenalpasti sama ada pelajar menguasai kemahiran asas pengendalian

komputer untuk mempelajari lukisan AutoCAD.

Page 20: TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN … filekomputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD

7

2 Mengenalpasti sama ada tempoh masa yang diperuntukan dalam pembelajaran

AutoCAD bersesuaian.

3 Mengenalpasti sama ada modul pembelajaran yang dibekalkan bersesuaian untuk

pembelajaran AutoCAD.

4 Mengenalpasti sama ada tugasan yang diberikan pensyarah membantu dalam

pembelajaran lukisan AutoCAD.

5 Mengenalpasti sama ada pelajar menguasai kemahiran asas pengendalian

perisian AutoCAD untuk mempelajari lukisan AutoCAD.

1.2 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba untuk memperolehi jawapan kepada permasalahan dalam

pembelajaran AutoCAD.

1 Adakah pelajar menguasai kemahiran asas pengendalian komputer untuk

mempelajari lukisan AutoCAD?

2 Adakah tempoh masa yang diperuntukan untuk pembelajaran lukisan AutoCAD

bersesuaian?

3 Adakah modul pembelajaran yang dibekalkan bersesuaian untuk pembelajaran

lukisan AutoCAD?

4 Adakah tugasan yang diberikan pensyarah membantu dalam pembelajaran

lukisan AutoCAD?

5 Adakah pelajar menguasai kemahiran asas pengendalian perisian AutoCAD

untuk mempelajari lukisan AutoCAD?