penemuan manuskrip melayu di mekah, saudi...

11
PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIA * Wan Ali Wan Mamat" Kepentingan Membaca Dan Mencari Dmn Dalam Islam Islam amat memberi penekanan kepada kepentingan membaca dan menimba ilmu. Sekiranya kita menyelusuri sejarah awal perkembangan Islam, kita akan temukan banyak sumber sedemikian: ayat Qur'an, Hadith, amalan Nabi Muhammad s.a.w., sikap sahabat-sahabat Nabi, usaha khalifah dan pemimpin Negara, keghairahan ilmuan, pembinaan perpustakaan dan kegiatan penulisan kitab. Keghairahan sedemikian berlaku dalam tempoh yang amat lama iaitu dari abad ke-7 hingga kira-kira pertegahan abad ke-13, iaitu sejak Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama hingga peringkat akhir Kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan Kerajaan BaniUmayyah di Bilad al-Andalus (Sepanyol). Dalam tempoh lima abad tersebut, perkembangan ilmu dan penulisan dalam kalangan masyarakat Islam amat menakjubkan malah mengatasi dunia bukan Islam. Bahkan, ilmuan bukan Islam mencari ilmu di daerah yang diperintah oleh orang Islam seperti yang berlaku di Sepanyol. Qur' an adalah kitab pegangan bagi orang Islam seperti Injil bagi orang Kristian dan Taurat bagi orang Yahudi. Dalam Quran terdapat banyak ayat yang menggesa manusia membaca.Surah pertama yang diturunkan Allah Ta'ala kepada Muhammad s.a.w. ialah Surah al-Alaq: (1-5) yang menyeru manusia membaca supaya men genal keesaan dan kekuasaan Allah Taal. Umpamanya mereka yang berilmu kedudukannya lebih tinggi daripada yang tidak berilmu (al-Mujadillah: 11) dan penganut Islam perlu sentiasa berusaha mencariilmu (al-Taha: Ill), al-Baqarah:269, al-Fathir:28 dan al-Zumar:9. Yang dimaksudkan dengan ilmu dalam Islam ialah yang boleh membawa kepada kebaikan dan meningkatkan pemahaman tauhid dan ketakwaan seseorang kepada Allah Taala, meliputi dna bidang utama iaitu ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah. Salah seorang ilmuan J awi ialah Syeikh Abdul Samad Palembang. Mengikut Haji Wan Shaghir Abdullah lagi (SyeikhAbdus Shamad Palembang: 96-97), beliau menghasilkan 15 karya iaitu: Makalah adalah kertas kerja yang dibentang dalam Simposium Internasional Pernaskahan Nusantara ke-!3, Solo, Indonesia, 26-28 Julai, 2010 ** Dr. Wan Ali Wan Mamat ialah mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Kini beliau berkhidmat sebagai Felo Akademik Kanan Universiti Islam Antarabangsa. Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: dinhxuyen

Post on 07-Jul-2019

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIA *

Wan Ali Wan Mamat"

Kepentingan Membaca Dan Mencari Dmn Dalam Islam

Islam amat memberi penekanan kepada kepentingan membaca dan menimba ilmu. Sekiranya kita menyelusuri sejarah awal perkembangan Islam, kita akan temukan banyak sumber sedemikian: ayat Qur'an, Hadith, amalan Nabi Muhammad s.a.w., sikap sahabat-sahabat Nabi, usaha khalifah dan pemimpin Negara, keghairahan ilmuan, pembinaan perpustakaan dan kegiatan penulisan kitab. Keghairahan sedemikian berlaku dalam tempoh yang amat lama iaitu dari abad ke-7 hingga kira-kira pertegahan abad ke-13, iaitu sejak Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama hingga peringkat akhir Kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan Kerajaan BaniUmayyah di Bilad al-Andalus (Sepanyol). Dalam tempoh lima abad tersebut, perkembangan ilmu dan penulisan dalam kalangan masyarakat Islam amat menakjubkan malah mengatasi dunia bukan Islam. Bahkan, ilmuan bukan Islam mencari ilmu di daerah yang diperintah oleh orang Islam seperti yang berlaku di Sepanyol.

Qur' an adalah kitab pegangan bagi orang Islam seperti Injil bagi orang Kristian dan Taurat bagi orang Yahudi. Dalam Quran terdapat banyak ayat yang menggesa manusia membaca.Surah pertama yang diturunkan Allah Ta'ala kepada Muhammad s.a.w. ialah Surah al-Alaq: (1-5) yang menyeru manusia membaca supaya men genal keesaan dan kekuasaan Allah Taal. Umpamanya mereka yang berilmu kedudukannya lebih tinggi daripada yang tidak berilmu (al-Mujadillah: 11) dan penganut Islam perlu sentiasa berusaha mencariilmu (al-Taha: Ill), al-Baqarah:269, al-Fathir:28 dan al-Zumar:9. Yang dimaksudkan dengan ilmu dalam Islam ialah yang boleh membawa kepada kebaikan dan meningkatkan pemahaman tauhid dan ketakwaan seseorang kepada Allah Taala, meliputi dna bidang utama iaitu ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah.

Salah seorang ilmuan J awi ialah Syeikh Abdul Samad Palembang. Mengikut Haji Wan Shaghir Abdullah lagi (SyeikhAbdus Shamad Palembang: 96-97), beliau menghasilkan 15 karya iaitu:

Makalah adalah kertas kerja yang dibentang dalam Simposium Internasional Pernaskahan Nusantara ke-!3, Solo, Indonesia, 26-28 Julai, 2010

** Dr. Wan Ali Wan Mamat ialah mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Kini beliau

berkhidmat sebagai Felo Akademik Kanan Universiti Islam Antarabangsa.

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

1. Zahratul Murid fi Bayani KaIimatit Tauhid, 1178 H.l1764 M. 2. Risalah pada Menyatakan Sebab yang Diharamkan bagi Nikah, 1179 H.I 1765 M. 3. Hidayatus SaIikin fi SulukiMaslakil Muttaqin, 1192 H.I 1778 M. 4. Siyarus Salikin ilaIbadati Rabbil 'Alarnin, 1194 H.l1780 M. -1203 H.l1788 M. 5. Al- 'Urwatul Wutsqa wa Silsiltu Waliyil Atqa 6. Ratib Sheikh Abdus Shamad al Falimbani. 7. Nasihatul Muslimina wa Tazkiratul Mu'minina fi Fadhailil Jihadi wa Karaamatil

Mujtahidina fi Sabilillah 8. Ar-RisaIatul fi Kaifiyatir Ratib Lailatil Jum' ah 9. Mulhiqun fi Bayani Fawaidin Nafi'ah fi Jihadi fi Sabilillah 10. Zatul Muttaqin fi Tauhidi Rabbil 'alamin 11. Ilmu Tasawuf 12. Mulkhishut Tuhbatil Mafdhah Minar Rahmatil Mahdah "AlaihisShalatu was

Salam 13. KitabMi'raj, 1201 H.l1786M. 14. Anisatul Muttaqin 15. Puisi Kemenangan Kedah

Dalam perkembangan intelektualisme Islam Nusantara, khasnya pada abad ke-18, Sheikh Abdul Samad al-Palembani adalah tokoh yang amat besar.Beliau bukan sahaja seorang ulama tetapi juga penulis yang ban yak menulis kitab, malah seorang pejuang menentang penjajah. Sejarawan Azyumardi Azra berpendapat bahawa beliau merupakan tokoh yang amat berpengaruh dalam perkembangan Islam di Nusantara pada abad ke-18 dan mempunyai jaringannya dengan ulama' lain yang sezaman dengannya.

Sheikh Abdul Samad dilahirkan di Palembang pada tahun 1116 H.l1704 M. Dari segi nasab, beliau berketurunan Arab-Melayu, Ayahnya Sheikh Abdul Jalil bin Sheikh Abdul Wahab bin Sheikh Ahmad al-Mahdani adalah ulama yang berasal dari Yaman yang dilantik oleh Sultan negeri Kedah sebagai mufti pada awal abad ke-18. Ibunya bemama Radin Ranti, wanita Palembang. Mengikut Wan Mohd. Shaghir, beliau belajar di Mekah selama 30 tahun dan di Madinah selama 5 tahun. Gurunya serna sa di Mekah termasuk Sheikh Muhammad Zain bi Faqih Jalaluddin Al-Asyi.Beliau pemah pulang ke Tanah Jawi (Nusantara) selama dua kali. Kepulangannya pada kali pertama menimbulkan kesan yang amat mendalam kerana semasa di Betawi, beliau ditangkap oleh Belanda kerana disyaki merbahaya terhadapnya. Belanda. Selepas kern bali ke Mekah, beliau mengarang kitab yang menentang penjajahan berjudul Nasihatul Muslimina wa Tazkiratul Mu 'minina fi Fadhailil lihadi wa Karaamatil Mujtahidina fi Sabililla.Semasa kepulangannya ke Tanah Jawi pada kali kedua beliau meninggal di Patani.

Mekah Sebagai Matlamat Idaman Unman Jawi

Ilmuan Jawi boleh dianggap sebagai golongan yang sering mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain dalam usaha mencari ilmu. Pada peringkat terawal mereka biasanya

2

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIA

mendapat pendidikan as as daripada guru di kampung masing-masing atau kampung yang berdekatan. Selepas itu, mereka mulai bergerak dari satu pesantren ke pesantren yang lain dalam usaha meningkatkan ilmu masing-masing. Seorang guru pada sebuah pesantren mungkin mahir dalam sesuatu bidang ilmu sahaja, sedangkan ilmu Islam amat luas. Oleh yang demikian, dia tidak mampu menguasai semuanya. Bahkan dalam bidang ilmu fiqah sahaja sekalipun, mungkin kerana tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik, seseorang ulama mungkin tidak dapat mengajar ilmu fiqah berpandukan kitab rujukan utama yang tertulis dalam bahasaArab. Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian daripada Kitab Ihya Ulumuddin dan Bidayat al-Hidayah karangan al-Ghazali maka lebih berkesan sekiranya ulama berkenaan semasa mengajar murid-muridnya juga merujuk kepada kitab Arab tersebut.

Sekiranya kita membaca ri wayat hidup ulama J awi zaman abad ke-16-17 seperti Harnzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri (meninggall068 H.l1658 M.), Shamsuddin al-Sumatrani, dan Abdul Rauf Singkel atau ulama abad ke-18-19 seperti Abdul Samad al-Falimbani, Daud Abdullah al-Fattani dan Muhammad Arsyad al-Banjari, didapati mereka sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam usaha mencari ilmu.Abdul Samad al-Falimbani pernah tinggal di Mekah selama 30 tahun dan di Madinah selama 5 tahun. Amalan mengembara dari satu temp at ke tempat yang lain tidak terhad kepada peringkat mereka sebagai pelajar, malah selepas menjadi guru pun, amalan seperti it terus berlaku.Sebab utama mereka mengembara selepas mencapat thap sebagai guru ialah untuk mengajar ilmu kepada khalayak yang memerlukannya, sarna ada buat sementara waktu atau untukjangka waktu yang panjang. Umpamanya, Nuruddin al-Raniri pernah mengajar di Pahang dan Aceh, Abdul Samad al-Falimbani pernah mengajar di Pattani, Kedah dan Pal em bang disamping di Mekah.

Sebenarnya amalan mengembara dalam us aha mencari ilmu bukan sahaja berlaku di kalangan ulama Jawi sahaja, tetapi sudah menjadi tradisi dikalangan mayarakat Islam, termasuk Arab. Ulama besar Islam seperti Imam Shafie, Hambali, Hanafi dan Maliki dan penulis Hadith terkemuka seperti Iman al-Bukhari dan Imam al-Tarmidzi serta pengarang terkenal seperti Imam al-Ghazali dan Ibn Sina sering mengembara dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu. Umpamanya, Imam al-Ghazali, pengarang Kitab Ihya Ulumuddin dan Bidayat al-Hidayah yang lahir di Khorassan, Persia tahun 450 H.I mengembara ke beberapa tempat termasuk Baghdad dan Damsyik dan sudah semestinya Mekah.. Oleh yang demikian, amalan oleh ulama Jawi itu selari dengan tradisi mencari ilmu dalam masyarakat Islam. Brinkley Messick (The Calligraphic State: 15-16), yang menyelidik tentang amalan mencari ilmu di Yaman pada zaman dahulu menyatakan seperti berikut:

Then, as now, Yemeni scholars were travelers, circulating in search of teachers and knowledge not only throughout their native highlands but also northwards to Mecca and beyond to Cairo, Damascus ..

Dalam usaha mencari ilmu tersebut, satu tempat yang menjadi idaman para alim ulama' ialah Mekah. Ini kerana Mekah dianggap kemuncak dan tempat terunggul dalam

3

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

proses mencari ilmu Islam. Bukan sahaja di sana lahimya Muhammad s.a.w. dan tempat mengerjakan Haji dan Urnrah, tetapi juga terkumpul ramai ulama' temama dari seluruh dunia, termasuk dari Tanah Jawi. Persekitaran sedemikian amat baik bagi mencari ilmu Islam.

Dalam keadaan sedemikian, kemahiran dalam bahasa Arab amat perlu. Untuk mempelajari bahasa Arab tempat terbaik ialah Mekah. Belum ditemukan walau seorang pun ulama Jawi yang tidak pemah ke Mekah untuk menuntut ilmu. Mengenai perkara ini, Wan Mohd. Shaghir Abdullah (Utusan Malaysia, (sisipan Mega) menyatakan seperti berikut:

Memang merupakan satu tradisi pada zaman itu walau bagaimana banyak ilmu pengetahuan seseorang, belumlah dipandang memadai, jika tak sempat mengambil barakah di Mekah dan Madinah kepada para ulama yang dipandang wali Allah di tempat pertama lahirnya agama Islam itu.

Proses Pengesanan Manuskrip Jawi Di Mekah

Oleh kerana Mekah menjadi tumpuan pengembara dari Tanah Jawi untuk mencari ilmu, dan banyak manuskrip Melayu tertulis di sana, dalam bentuk naskhah asal (exemplar), mahupun salinan, sewajarnyalah banyak manuskrip Jawi tersimpan di sana. Yang menghairankan ialah sehingga kini belum pemah ditemukan manuskrip Jawi di Mekah.Bukan tidak ada usaha menges an manuskrip jawi di sana selama ini.Banyak us aha dijalankan oleh individu tertentu secara tidak langsung semasa dari Nusantara semasa mengerjakan Haji dan Urnrah. Yang jelas ialah usaha yang dijalankan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) sekitar 10 tahun yang lalu dengan mengadakan satu seminar di Mekah.

Semasa mengerjakan Urnrah pada 14-23 Mac 2010 lalu, penulis mengambil kesempatan menges an manuskrip Melayu di Mekah. Maklumat awal tentang kewujudan manuskrip Melayu di sana diperolehi daripada Saqar al-Otaibi, mahasiswa di peringkat M.A. jurusan Sains Perpustakaan Dan Maklumat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tempat penulis bertugas pada mas a ini. Beliau berasal dari Mekah dan merupakan salah seorang mahasiswa yang dibimbing penulis. Sebelum cuti pendek semester pertama sesi 2009/2010, beliau memaklumkan akan pulang ke Mekah selama dua rninggu untuk menziarah keluarga dan menjalankan penyelidikan di Universiti Umm al-Qura berkaitan projek kajiannya. Penulis memintanya bertanyakan kepada pustakawan di Universiti Umm al­Qura sekiranya ada manuskrip Jawi dalam simpanan perpustakaan berkenaan.

Selepas kembali semula ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk memulakan pengajian pada semester berikutnya, beliau memaklumkan bahawa seorang pustakawan di Perpustakaan Universiti Umm al-Qura memaklumkan keberadaan Malawiyyah makhtutat (manuskrip Melayu) di sana, tetapi jumlahnya tidak diketahui. Tidak lama selepas itu penulis bertolak ke Mekah untuk mengerjakan umrah, Beberapa hari sebelum penulis berangkat ke Mekah penulis memohon keIjasama beliau menghubungi

4

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIA

pustakawan berkenaan dan memaklumkan niat penulis untuk berjumpa dengannya dan seterusnya melihat manuskrip Melayu yang dikatakan terdapat di Perpustakaan Umm al­Qura. Pustakawan berkenaan menyatakan kesediaannya menerima kunjungan penulis.

Universiti Umm al-Qura mempunyai dua kampus iaitu di kota Mekah dan diArafah. Perpustakaan yang menyimpan manuskrip Melayu ialah yang terletak di kampus Arafah. Nama rasmi perpustakaan tersebut ialah Maktabah ai-Malek Abdullah bin Abdul Aziz, Universiti Umm al-Qura. Apabila sampai di Mekah, penulis membuat temu janji melalui telefon dengan pustakawan di Perpustakaan tersebut. Seterusnya, apabila sampai di Perpustakaan Abdul Malik Abdullah bin Abdul Aziz, penulis dibawa ke Unit Digitizasi yang menyimpan semua salinan manuskrip dalam bentuk CD. Malangnya melalui rekod senarai CD yang ada petugas di situ tidak dapat mengesan kewujudan manuskrip Melayu.

Tidak lama kemudian di bawa masuk ke dalam ruang kerja berkenaan buku daftar semua manuskrip asal yang diperoleh oleh Perpustakaan tersebut. Dengan meneliti buku daftar terse but petugas berkenaan dapat menges an sebuah manuskrip Melayu, nombor rujukan 5461 (Arab: raqam 5461) yang diberikan judul Bidayat makhtutat serta catatan Malawiyyah makhtutat pada ruang bersebelahan yang bermaksud manuskrip Melayu. Tanpa catatan terse but sudah tentu tidak dapat dikesan manuskrip Melayu berkenaan. Melalui nombor tersebut petugas berkenaan dapat menges an manuskrip Melayu tersebut yang sudah tersedia dalam bentuk CD. Tinjauan kandungan manuskrip Melayu berkenaan dibuat semasa berada di situ, tetapi kerana kesuntukan masa, memohon membeli salinan CD terse but. Permintaan terse but dipenuhi mereka dengan syarat untuk kegunaan sendiri sahaja.

Selepas pulang ke Malaysia penulis mempunyai mas a untuk meneliti kandungan CD berkenaan. Manuskrip tersebut adalah dalam bentuk berjilid dan mengandungi tiga bidang perkara (kitab?) seperti berikut:

a. amalan Haji. b. soal-jawab tentang akhlak. c. Kitab al-Bai'i, iaitu sebuah kitab berkenaanjual beli.

Kitab pertama dalam jilidan terse but tidak lengkap, mengandungi 5 halaman dan kitab kedua dalam 2 halaman sahaja. Halaman-halamannya pula tidak berurutan sepenuhnya antara satu sama lain. Persoalannya ialah adakah ketiga-tiga bidang perkara itu merupakan bahagian dalam satu kitab atau masing-masing kitab tersendiri belum dapat ditentukan dan perlu kajian selanjutnya.

Halaman pertama manuskrip memuatkan maklumat tentang pengarang kitab tersebut iaitu Abdul Samad Palembang dinyatakan dan sumber utama rujukan pengarang yakni Abdul Samad Palembang ialah Kitab Bidayat al-Hidayah karangan al-Ghazali. Petikan maklumat pada halaman pertama terse but adalah seperti dibawah:

Adapun kemudian daripada itu maka lagi akan berkata faqir yang berkehendak kepada Tuhannya yang amat kaya yaitu Abdul Samad law; Palembang khadam segala fuqara'di dalam negeri Mekah yang Musyrifah .. ... Mudah-mudahan menghimpun Allah Taala

5

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

baginya dan bagi ibu bapanya dan bagi sekalian Muslimin akan beberapa ampunNya dan rahmatNya ..... Ketahui olehmu hai saudara kami yang menuntut bagi negeri akhirat bahawasanya Kitab Bidayat al-Hidayah bagi Imam Hujjat ai-Islam al-Ghazali itu yaitu yang menghimpuni bagi ilmu yang membawa takut akan Allah Taala .....

Sedikit petikan daripada halaman kedua adalah seperti berikut,"Adakah harus orang ihram membasuh akan kepalanya dan tubuhnya dengan ufm}pama fsadar?} atau fkhitmi?} atau makruh . Maka dijawabnya tiada makruh hanya harus jua, tetapi yang aulianya sunat meninggalkan dia karena ia menghilangkan fkusut kemusut?} dan karena takut tercabut bulunya .... , ".

Petikan daripada halaman ketiga pula adalah seperti berikut,"Maka adalah pekerjaan yang ditegah itu terbahagi ia atas dua bahagi adakalanya membinasakan dia seperti bercukur dan kerat kuku, adakalanya ... "

Halaman keempat dan kelima adalah mengenai adat berpakaian dan sedikit petikan daripada halaman keempat adalah seperti berikut," engkau bangun dahulu daripada terbit fajar [. .... } adalah pertama-tama yang f ... } di dalam hitam dan f ... } itu zikrullahTaala. Maka olehmu ketika itu zikir. Maka apabila memakai engkau akan kain maka hendaklah engkau niatkan dengan dia mengerjakan suruh Allah Taala ... "

Kitab ketiga berjudul Kitab al-Bai' a. Kitab ini lengkap dan tebal, mengandungi 166 halaman. Terdapat catatan bilangan mukasurat pada bahagian atas halaman, sebelah kiri, dalam tangan dan wama dakwat yang berlainan daripada teks (dalam bentuk satu halaman bagi dua mukasurat), maksudnya nombor 1 bagi halaman 1 dan 2 dan nombor 2 bagi halaman 3 dan 4.Mukaddimah kitab ini adalah seperti berikut:

Maka tatkala selesai faqir daripada menyatakan hadith yang empat puluh dua it, serta syarahnya dan hasyihnya sedikit-sedikit dalamnya itu menyatakan bicara kalimah LaiLahaillaLlah, dan di dalamnya itu tersebut sekalian ibadat yang zahir dan sekalian ibadat yang batin dan dahulukan oleh sekalian ulama' akan ibadat itu karena mulianya sebab ta'luknya kepada Allah Taala dan diiringikan oleh sekalian ulama' akan dia dengan kitab berjual dan be Ii dan lainnya karena sangat berkehendak ingin kepada makan dan minum dan berkehendak kepada pakaian supaya terpelihara daripada memakan dan minum dan pakaian itu daripada sekalian yang haram dan daripada sekalian yang makruh dan faqir ini mengikut akan mereka itu yang ulama' itu maka faqir berkata Kitab al-Bai'ah. Ini kitab pada menyatakan berjual dan menyatakan membeli . ....

6

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIA

Pada halaman terakhir pula terdapat catatan seperti berikut:

Setelah khatamlah Kitab Bab Al-Bai 'i ini kepada dua puluh hari bulan Muharram kepada hari Khamis waktu jam pukul dua yang tercap di atas batu yang empunya pekerjaan ini al-Haj Abdul Rahman Abdul Razak Juana serta al-Haj

Muhammad Qasim Buyan (Boyan?) adanya. HaJazallah

Ta' ala. Amin. Ya Khairulnasirin. Ya Rabbil Alamin. Amin.

Thumma."

Persoalan yang belum selesai ialah mengenal pastijudul sebenar kitab berkenaan,

iaitu adakah manuskrip terse but mengandungi tiga kitab, dua kitab ataupun satu kitab

sahaja.Tugas ini perlu dijalankan selanjutnya dengan membandingkan teks berkenaan

dengan kitab-kitab karanganAbdul Samad Palembang dan teks Kitab Bidayat al-Ridayah

yang menjadi sumber utama kitab-kitab ini. Walaupun begitu, yang agakjelas ialah kitab

ini dipercayai dikarang olehAbdul Samad Palembang. Namun demikian kitab-kitab tersebut

adalah salinan hasil usaha dua orang penyalin iaitu aI-Raj Abdul Razak Juana dan aI-Raj

Muhammad Qasim Boyan.

Rumusan

Mekah adalah pusat pengajian bagi ilmuan Jawi pada zaman dahulu. Ramai ilmuan Jawi

tersohor menetap di sana dalam tempoh yang panjang, bukan sahaja untuk belajar tetapi

juga untuk mengajar dan beramal. Disanalah juga mereka mengarang kitab J awi dan Arab.

Oleh yang demikian, Mekah boleh dianggap sebagai pusat kegiatan penulisan kitab Jawi,

malah mungkin juga pusat terpenting aktiviti penulisan kitab Jawi. Walaupun begitu,

sehingga kini belum pemah ditemukan keberadaan kitab Jawi dalam bentuk manuskrip di

Mekah. Penemuan kitab bemombor 5461 dalam Perpustakaan Universiti Ummul Qura,

Mekah ini merupakan suatu penemuan bersejarah. Mungkin terdapat banyak lagi manuskrip

Jawi di situ. Suatu usaha berterusan patut dijalankan untuk mengesan manuskrip Melayu

di Perpustakaan Universiti Ummul Qura khasnya dan di Mekah amnya dalam usaha

menges an serta mengkaji tentang sumbangan intelektualisme ilmuan Jawi zaman dahulu.

7

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

LampiranI: Nama perpustakaan Universiti Umm aI-Oura

8

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU 01 MEKAH, SAUDI ARABIA

Lampiran 2. Halaman pertama manuskrip

9

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

MALAYSIA DAR] SEGI SElARAH

Lampiran 3: Halaman yang mengandungijudul Kitab al-Bai ' i.

10

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIAmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3640/1/MDSS_2011_39_01.pdf · Sekiranya kitab Jawi berkaitan adalah terjemahan dan huraian

PENEMUAN MANUSKRIP MELAYU DI MEKAH, SAUDI ARABIA

Lampiran 4: Halaman akhir manuskrip

11

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia