pendidikan zaman british di negeri

12
PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU CIRI-CIRI Setiap sekolah khusus untuk satu kaum tertentu sahaja. Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berbeza. Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang, bandar dan kampung. Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal

Upload: adzila

Post on 05-Sep-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah penggal 3

TRANSCRIPT

  • PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYUCIRI-CIRISetiap sekolah khusus untuk satu kaum tertentu sahaja.Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berbeza.Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang, bandar dan kampung.Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal

  • SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

    PELAJARAN MENENGAHSEKOLAH CINASEKOLAH INGGERISPELBAGAI SUKATAN PELAJARAN SEKOLAHPELAJARAN RENDAHSEKOLAH CINA-Dikelolakan oleh masyarakat Cina tempatan SEKOLAH INGGERISDikelolakan mubaligh-mubaligh kristianSEKOLAH MELAYU-dirikan oleh kerajaanSEKOLAH TAMILDikelolakan oleh pihak peladang.

  • Sekolah Melayu

    Sebelum wujudnya sekolah Melayu, pelajaran agama dan bahasa Arab sangat dititikberatkan.Sekolah Melayu pertama ditubuhkan ialah Sekolah Melayu Gelugor pada 1816 di Pulau PinangMata pelajaran yang diajar di sekolah Melayu ialah membaca, menulis dan mengira.Ciri-ciri:-Kemudahan yang disediakan tidak memuaskan.Hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendahMenyediakan pendidikan setakat darjah enam.Dibina di kawasan luar bandarMatlamatnya untuk mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu.

  • Pendidikan yang diberikan hanyalah menjadikan anak-anak orang Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.Lepasan sekolah Melayu tidak berpeluang memegang jawatan tinggi. Mereka sekadar menjadi pelayan pejabat sahaja.Mereka yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat menengah terpaksa memasuki latihan perguruan.Selepas itu barulah mereka boleh memasuki sekolah menengah aliran Inggeris melalui Darjah Khas Melayu (Special Malay Class)

  • Sekolah Cina

    Penubuhan sekolah Cina dikelolakan oleh masyarakat Cina tempatan.Pada awalnya, sistem pendidikan di sekolah Cina tidak teratur.Sistem pendidikan Cina ini bertujuan memupuk semangat kesetiaan terhadap negara Cina.Pada 1920, kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah-sekolahMengikut Enekmen ini, semua sekolah dan guru wajib didaftarkan.Tujuannya untuk menghalang murid-murid sekolah diresapi ideologi komunis.

  • Sekolah CinaCiri-ciri:-Bahasa pengantar mengikut dialek masing-masing.Mengambil sukatan pelajaran dari negara Cina.Buku teks dan guru diimort dari negara Cina.Menyediakan pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas.

  • Sekolah TamilSekolah Tamil kebanyakannya didirikan di ladang-ladang getah.Ia dibina oleh pihak majikan dan mubaligh Kristian.Pada 1912, Enakmen Buruh telah mewajibkan setiap ladang menyediakan sekolah jika terdapat lebih sepuluh anak pekerja yang layak bersekolah.Pendidikan Tamil yang disediakan bertujuan mengekalkan anak-anak pekerja menjadi buruh di ladang tersebut.

  • Sekolah TamilCiri-ciri:-

    Menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.Sukatan Pelajaran dan buku teks diambil dari IndiaMenyediakan pendidikan peringkat rendah sahaja.

  • Sekolah InggerisKerajaan British memberi perhatian dan bantuan kewangan kepada sekolah Inggeris.Sekolah ini dibina sama ada oleh kerajaan atau Badan Mubaligh Kristian.Sekolah Inggeris pertama dibina di Tanah Melayu ialah Penang Free School pada 1816.Matlamat pendidikan Inggeris ialah untuk memenuhi keperluan pentadbiran British seperti kerani.Bagaimanapun, bilangan orang Melayu yang memasuki sekolah ini amat terhad.

  • Sekolah InggerisCiri-ciri :-Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengantar.Terbuka kepada semua kaum.Menyediakan pendidikan peringkat rendah dan menengah.Jumlah pelajar Melayu, Cina dan India tidak seimbang.

  • SISTEM PENDIDIKAN DI SABAH

    Sebelum Pemerintahan SBBU pendidikan di sabah ialah tidak formal.Semasa Pemerintahan SBBU, sistem pendidikan berkembang pesat, Mubaligh-mubaligh Roman Katolik mula mendirikan sekolah di Papar (1881) dan di Sandakan iaitu seperti :Sek Rendah St. Mary (1883)Sek Lelaki St. Michael (1888)Sek CONVENT untuk murid perempuan (1891)Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar di Sekolah1939, 79 buah sekolah swasta di Sabah.Pada tahun 1909,jabatan pelajaran ditubuhkan untuk mengawasi sekolah-sekolah yan dibiayai oleh badan-badan persendirian seperti mubaligh kristian dan pertubuhan cina.Pada tahun 1952,maktab perguruan kent ditubuhkan di tuaran.

  • SISTEM PENDIDIKAN DI SARAWAK

    Bahasa pengantar : Bahasa MelayuBahasa CinaBahasa Inggeris1924 Jabatan Pelajaran Sarawak; ditubuh oleh Kerajaan Brooke1940 Laporan Hammon; sekolah mengikut kaum didirikan1941 Maktab Perguruan Melayu