pendidikan sekolah rendah2

57
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA OLEH NOR AZLINA BINTI AHMAD M20102000744 1 PPE6014 PENDIDIKAN KOMPARATIF PENSYARAH Dr JANE TENG YAN FANG

Upload: ikhwan1618

Post on 30-Jun-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

1

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

DI MALAYSIAOLEH

NOR AZLINA BINTI AHMADM20102000744

PPE6014PENDIDIKAN KOMPARATIF

PENSYARAHDr JANE TENG YAN FANG

Page 2: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

2

Pendidikan Rendah lazimnya merupakan kursus bagi masyarakat sesebuah negara yang berusia

lebih daripada 6 tahun dan ia berterusan sehingga pelajar itu mencapai usia 12 tahun

Di Malaysia, pendidikan rendah adalah dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta.

Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis, dan mengira. Sewaktu pelajar berada di dalam darjah enam,

iaitu pada usia dua belas tahun, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR, yang menilai prestasi mereka di dalam kedua-dua bahasa

iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Page 3: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

3

SEKOLAH RENDAH DI NEGARA-NEGARA BARAT

• Di Amerika Syarikat pula dan kebanyakan sekolah di negara barat, sekolah-sekolah rendahnya dipanggil elementary schools. Kebanyakan budak-budak dihantar ke tadika sewaktu berusia lima tahun dan memulakan darjah satu atau first grade pada usia enam tahun.

• Di negara ini tiada sekolah kebangsaan. Semua sekolah adalah dijalankan oleh kementerian pendidikan negeri masing-masing.

• Sistem pendidikan di Amerika Syarikat dan Kanada juga dipanggil "K-12" iaitu dari tadika atau "kindergarten" hingga ke gred 12 atau twelfth grade yang bersamaan dengan tingkatan enam di Malaysia.

Page 4: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

4

Pendidikan Masyarakat Melayu sebelum kedatangan Inggeris wujud berorentasikan agama (Al-Quran)

Awang Had Salleh, “Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok Di Kedah.”, Konvensyen Sejarah Kedah (Alor Setar, Kedah) 1981, hlm. 6

Falsafah Pendidikan Pondok bukanlah untuk bersaing tetapi memberi peluang anak-anak tempatan menimba ilmu

Azmah Abdul Manaf, 2005 Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.(Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd) hlm. 263-264

Sekolah rakyat wujud akhir abad ke-19 bertujuan menyaingi penubuhan venikular Melayu. Guru-guru dikalangan rakyat tempatan dan sebahagian dibekalkan oleh kerajaan.

Page 5: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

5

SEJARAH RINGKAS SISTEM PENDIDIKAN MODENBermula dengan penubuhan sekolah Inggeris.1816 - Penang Free School 1869 - mengambil alih sekolah-sekolah persendirian1855 - Vernekular Melayu pertama milik persendirian diperkenalkan (SK Melayu Bayan Lepas)1883 - di Sarawak (SK Kampung Jawa)

1855 - Sekolah Cina pertama di Melaka (dibuka oleh mubaligh Kristian)

SEKOLAH MELAYU DAN PERKEMBANGANYA1872 - 16 buah ( 596 murid)1882 - 85 buah sekolah (2230 murid)-di Pulau Pinang1906 - 231 buah sekolah (Negeri-negeri Melayu Bersekutu)

13 479 murid1934 - 8 buah sekolah dibuka di Sabah

Page 6: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

6

Pengenalan sekolah Melayu oleh Inggeris bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan rakyat tempatan pada tahap minimum.

…..memberikan pelajaran permulaan yang membolehkan orang kampung menyimpan catitan mudah, dan dengan demikian, melindungi dia dari penipu-penipu yang tidak bertimbang rasa yang di kalangan penduduk bercampur ini,sentiasa sahaja sedia untuk mengambil kesempatan dari kejahilan…

Petikan Laporan Tahunan Negeri-Negeri Selat : 1903

Tujuan kerajaan bukanlah hendak mengadakan segelintir pemuda yang berpendidikan baik,tidak juga sebilangan budak kurang terdidik, melainkan ialah untuk membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk dan menjadikan anak Melayu atau petani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya.Serta menjadikan ia mengerti, menerusi pelajarannya, bahawa peluangnya dalam hidup ini adalah sesuai dengan cara hidup di sekelilingnya…

Kenyataan George Maxwell, Annual Report bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1920

Page 7: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

7

……awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu, supaya mereka tinggal terus di sawah-sawah dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh supaya mereka menjadi petani dan saya yakin awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pelajaran yang berlebihan…..

Arthur Noel Kenion : 1915

Matlamat dan Falsafah Pendidikan sebegini menyebabkan semangat Nasionalisme orang Melayu lambat berkembang.

KURIKULUM ABAD KE-20 Kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa ibunda (tulisan jawi)

sebelum abad ke-20

Kemahiran membaca dan menulis dalam tulisan rumi (abad ke-20)

Page 8: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

8

MASALAH DUNIA PENDIDIKAN MELAYU• Tertumpu di kawasan Bandar sahaja• Kemudahan peralatan dan infrastruktur• Kekurangan guru-guru yang berkelayakan• Kurang sambutan dikalangan orang Melayu sendiri• Guru-guru Melayu tidak mengajar - menyuruh murid-murid membuat kerja

harian

.SEBAB-SEBAB TIMBULNYA MASALAH• corak pendidikan berbentuk sekular• Orang Melayu mementingkan pendidikan bercorak agama• Mengalakkkan anak-anak ke sekolah al-quran dan pondok.• Pengasas sekolah Melayu ialah golongan Mubaligh Kristian• Aqidah anak-anak dikhuatiri tergugat• Matlamat pendidikan penjajah• Sebilangan guru kurang bertanggungjawab-menyalahgunakan tenaga murid.• Ibubapa memerlukan khidmat anak-anak membantu mereka di kebun.

Page 9: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

9

Menjelang akhir abad ke- 19 dan awal abad ke-20 kesedaran tentang penting pendidikan telah meluas terutama di negeri-negeri Melayu Pantai Barat.

FAKTOR PERUBAHAN - Peranan yang dimainkan oleh raja-raja Melayu.- Kesedaran lahir dikalangan masyarakat Melayu sendiri.- Peluang pekerjaan bagi lepasan sekolah Melayu dan sekolah Inggeris.- Status bekerja dengan kerajaan di pandang tinggi.- Status sosial masyarakat boleh meningkat.- Perubahan corak kehidupan dan arus pemodenan.- Peluang untuk maju lebih terbuka.- Biasiswa ditawarkan oleh kerajaan Inggeris.- Wujud guru-guru terlatih menyebabkan pengajaran pembelajaran teratur.- Kurikulum yang diajar 3M dan dalam tulisan rumi- Pendidikan untuk anak-anak perempuan diperkenalkan (1890)

Page 10: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

10

VERNAKULAR CINA DAN PERKEMBANGANYA

Mengambil inisiatif sendiri untuk pendidikan anak-anak.

Menggunakan bahasa pengantar mengikut dielek masing-masing.

Wujud seiring dengan kewujudan masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Bebas daripada kawalan Inggeris.

Kurikulum yang digunakan berorintasikan Negara Cina sepenuhnya.

Guru-guru didatangkan khas dari Negara Cina.

Matapelajaran yang diajar berkaiatan dengan leluhur (politik dan propaganda)

1920 - Kerajaan Inggeris mewajibkan semua sekolah didaftarkan

Bantuan kewangan dalam bentuk geran disediaka kepada sesiapa yang memohon.

Page 11: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

11

VERNEKULAR TAMIL DAN PERKEMBANGANYA

- Sekolah persendirian diusahakan oleh Mubaligh Kristian.

- 1870 - mula beroperasi

- Kurang mendapat perhatian dari Kerajaan Inggeris.

- 1923 - satu akta digubal mewajibkan pengusaha estet mendirikan sekolah (10 murid dan keatas)

- Guru-guru dari kalangan kerani, kangani dan celik huruf (separuh masa)

- 1937 - guru terlatih diambil.

- Tahap pendidikan tertinggi tahun 5 sahaja.

Page 12: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

12

SEKOLAH INGGERIS

- 1920 - kewangan dan pentadbiran sepenuhnya oleh kerajaan.

- Banyak bergantung kepada pegembang-pegembang agama kristian.

- Pilihan anak-anak aristokrat.

- Dibiayai dan dijaga sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris.

- Kurikulum sentiasa dikemaskin (sistem peperiksaan diselia oleh Cambridge di London).

- Berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang.

- 1890 sekolah perempuan Melayu pertama di Perak.

Page 13: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

13

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

PENDIDIKAN RENDAH

Page 14: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

14

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika

bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian

besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka

kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

Page 15: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

15

LATARBELAKANG 18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian

Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah. 27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian - Projek Rintis Pendidikan

Prasekolah KPM (1,131 kelas).

AKTA PENDIDIKAN 1996Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua

aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persedian untuk masuk ke sekolah rendah.

Page 16: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

16

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua

aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persedian untuk masuk ke sekolah rendah

KONSEP• Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema".

• Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari

Page 17: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

17

OBJEKTIF

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang Berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

LOKASI

Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.

Page 18: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

18

PENGURUSANSetiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu

yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DGA29 / DGA32 atau DG41 manakala gred

jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

MURIDSetiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan / atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu

boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

Page 19: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

19

KURIKULUM

Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun

dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 20: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

20

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH Lokasi pedalaman / luar bandar / pingir bandar / bandar.

Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak memasuki mana-mana prasekolah.

Tiada operator tadika lain.Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.

Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).

Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik atau bangunan prasekolah.

Permintaan masyarakat setempat.Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi memohon disediakan prasekolah di kawasan mereka.

Page 21: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

21

KRITERIA PEMILIHAN MURID

Warganegara Malaysia.

Berumur 5 dan 5+ tahun.

Setiap kelas 25 orang murid.

Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.

Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.

Page 22: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

22

GERAN PER KAPITA (PCG)

– RM100 seorang murid setahun

– RM100 X 25 murid X 1 kelas

– Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

BANTUAN MAKANAN

– RM1.50 seorang murid sehari

– RM1.50 X 1 murid X 200 hari

– Jumlah : RM300 seorang murid setahun

Page 23: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

23

PROGRAM-PROGRAM PRASEKOLAH KPM

• Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian

(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)

Selain itu Program ICT Kidsmart Learning (IBM) dimulakan pada 2001. Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga Februari 2004, KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd

Page 24: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

24

Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas, mulai 2003, sebanyak 3 kelas telah dibuka; ( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)

• SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor• SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.• SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun 2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:

• Prasekolah Bermasalah Pembelajaran• Prasekolah Bermasalah Penglihatan• Prasekolah Bermasalah Pendengaran

Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan prasekolah (preschool) di seluruh dunia.

Page 25: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

25

PENDIDIKAN RENDAH

Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarindigunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

Page 26: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

26

PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB (HOME SCHOOLING)

PENYATAAN DASAR

Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti

mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan

dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak

dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

Page 27: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

27

TUJUAN Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah

kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.

Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.

Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.

Page 28: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

28

PELAKSANAAN DASAR Akta Pendidikan (Pindaan) 2002

Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, “Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian”, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.

Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

Page 29: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

29

KAEDAH PELAKSANAAN Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran

Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran

oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah

kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan

permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara.

Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM

untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.

Page 30: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

30

Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut:

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia

Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan

Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah

Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan

Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah

Page 31: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

31

Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa prasangka.

Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan

Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.

Page 32: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

32

TARIKH KUATKUASA

Kertas “Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah” telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan

pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.

Page 33: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

33

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 34: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

34

Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan

Latar BelakangLatar Belakang

Page 35: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

35

Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada:

Pembangunan modal insanPenghasilan pelajar celik mindaPembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab

Latar BelakangLatar Belakang

Page 36: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

36

Teras ke-2 PIPP

Dasar Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni

MatlamatMemastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai

Latar BelakangLatar Belakang

Page 37: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

37

Kurikulum Sekolah Rendah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 – KBSR (Semakan) 2011 – Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR)

Latar BelakangLatar Belakang

Page 38: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

38

Transformasi Kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Page 39: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

39

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Wawasan 2020

• Rangka Rancangan Jangka Panjang

• Cabaran Abad Ke-21

• Model Ekonomi Baru (MEB)

• Teori Pembelajaran

• 4 Pillars of Education

TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM

Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi• Berilmu Pengetahuan• Berketrampilan• Percaya kepada Tuhan• Berakhlak Mulia• Berkeyakinan• Independent learner

Global Player• Daya Saing• Daya Tahan

• Kemahiran Berkomunikasi

• Jati Diri

Pekerja Berilmu• Inovatif• Kreatif• Dahagakan Ilmu• Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi• Creator of Technology• Belajar Sepanjang

Hayat

Warga Negara Bertanggung jawab• Berbudi• Bersatu padu• Patriotik• Adil• Penyayang• Berbakti

Hasrat Pendidikan

Page 40: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

40

Pada akhir peringkat pendidikan rendah murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

penguasaan kemahiran asas - membaca, menulis, mengira;

kemahiran menaakul, kreatif & inovatif;

kesedaran kesejahteraan diri (fizikal & mental);

percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni;

jati diri & semangat patriotisme; dan

memahami & menghayati budaya nasional.

Ciri Modal Insan (Sekolah Rendah)

Page 41: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

41

KSSR

BENTUK

ORGANISASI

KANDUNGAN

PERUNTUKAN MASAPEDAGOGI

PENTAKSIRAN

PENGURUSAN

KURIKULUM

BAHAN

Transformasi Kurikulum

Page 42: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

42

• Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Berasaskan Prinsip KBSR:- Pendekatan Bersepadu

- Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

- Peluang dan Kualiti Pendidikan yang Sama untuk Semua Murid

- Pendidikan Seumur Hidup

Konsep Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah

Konsep Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah

Page 43: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

43

Bentuk KBSR Sedia AdaKOMUNIKASI

Kemahiran Asas (Membaca, Menulis & Mengira)

Bahasa Matematik

MURIDPERKEMBANGAN DIRI

INDIVIDU

Kesenian dan RekreasiMuzik

Seni VisualPendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

Kemahiran HidupKemahiran Hidup

MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILINGNYA

Kerohanian, Nilai dan SikapPendidikan IslamPendidikan Moral

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Kemanusiaan dan PersekitaranSains

Kajian Tempatan

Page 44: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

44

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Bentuk Kurikulum Transformasi

Page 45: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

45

Kemahiran Nilai Tambah

• Kreativiti dan Inovasi• Keusahawanan• Teknologi Maklumat dan

Komunikasi

Page 46: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

46

Taha

p Pe

rsek

olah

an

Fokus Kurikulum

Tahap ll Sekolah Rendah(Tahun 4 – 6)

pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai

Tahap l Sekolah Rendah (Tahun 1 – 3) penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai

Prasekolahperkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul

Page 47: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

47

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Kurikulum Berasaskan Standard

Kurikulum Berasaskan StandardKurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal

berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Page 48: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

48

• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan

• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas

• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)

• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran

• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Mengapa Standard?Mengapa Standard?

Page 49: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

49

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN• Bahasa Malaysia

Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul

• Bahasa InggerisAble to express personal response to literary texts

• MatematikMenama dan menentukan nilai nombor

• Bahasa Malaysia

Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

• Bahasa Inggeris

Able to respond to:a. Book coversb. Pictures in booksc. Characterswith guidance

• Matematik

Menamakan nombor hingga 100:a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek

sebagai mewakili kuantiti.

Page 50: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

50

Organisasi KSSR Tahap IMODUL TERAS ASAS

1 Bahasa Malaysia2 Bahasa Inggeris

3 Bahasa Cina Bahasa Tamil

4 Pendidikan Islam Pendidikan Moral

5 Pendidikan Jasmani 6 Pendidikan Kesihatan7 Matematik

MODUL TERAS TEMA

8 Seni Visual dan Muzik Dunia Sains dan Teknologi

MODUL ELEKTIF

9 BCSK/BTSK/B. ARAB/B.IBAN

Page 51: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

51

Peruntukan MasaBIL MODUL

MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

SK SJKC SJKT

MODUL TERAS ASAS

1 Bahasa Malaysia 360 300 300

2 Bahasa Inggeris 330 150 150

3Bahasa Cina 360

Bahasa Tamil 360

4Pendidikan Islam 180 120 120

Pendidikan Moral 180 120 120

5 Pendidikan Jasmani 60 60 60

6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30

7 Matematik 180 180 180

MODUL TERAS TEMA

8Seni Visual dan Muzik 90 90 90

Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60

MODUL ELEKTIF

9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* 60 (3 waktu di luar jadual waktu)*

Perhimpunan 30 30 30

Jumlah 1380 1380 1380

Page 52: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

52

MODUL MATA PELAJARAN

Modul Komunikasi

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Modul KomunikasiElektif

BCSK / BTSK/ Bahasa Arab / B. Iban / B. Semai / Kadazandusun

Modul Kerohanian, Sikap & Nilai

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Modul Fizikal & Estetika Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

P. Muzik /P. Seni Visual

Modul Sains & Teknologi

Matematik

Sains 

Reka Bentuk & Teknologi / TMK

Modul Kemanusiaan Sejarah/Malaysia Negaraku

Organisasi KSSR Tahap II

Page 53: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

53

1. Dokumen Kurikulum• Standard Kandungan • Standard Pembelajaran

2. Buku Teks • Berpendekatan Modular

Bahan Kurikulum

Page 54: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

54

PEDAGOGI

Kemahiran Berfikir Dalam

Pengajaran &

Pembelajaran

Aplikasi Teori Kecerdasan

Pelbagai Dalam

Pengajaran &

Pembelajaran

Penggunaan Teknologi

Maklumat & Komunikasi

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa

DepanPembelajara

n Secara Konstruktivis

me

Pembelajaran Secara

Kontekstual

Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Masteri

Belajar Cara Belajar

Page 55: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

55

Pentaksiran P&PDijalankan secara berterusan untuk mengesan

perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran

Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai

Bersifat autentik dan holistik

Pentaksiran

Page 56: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

56

KesimpulanKesimpulan

Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21;

Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Page 57: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH2

57