pendidikan kesihatan tahun 2

4
Tahun 2 Modul 1: Kesihatan Fizikal Dalam modul 1, iaitu kesihatan fizikal, terdapat dua tajuk yang perlu diberi perhatian, iaitu Kesihatan Diri dan Reproduktif, Pemakanan dan Penyalahgunaan Bahan. Dalam tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif, pertama sekali, murid- murid perlu mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat. Untuk mencapai pengetahuan ini, murid-murid perlu dapat menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat, mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat, mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat, mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan seterusnya menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat. Kemudian, murid-murid juga perlu mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. Dalam perkara ini, murid- murid perlulah menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat, berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, mengenalpasti individu yang mungkin melakukan sentuhan yang tidak selamat dan menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat. Dalam tajuk pemakanan pula, murid-murid perlu mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat. Jadi murid-murid haruslah dapat memilih makanan dna minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan, menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat, mengenalpasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesity, mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan, mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat, menceritakan tabiat pengambilan makanan dan minuman dalam kalangan ahili keluarga, menyatakan pengaruh rakan sebaya dalam pengambilan makanan dan minuman, dan akhir sekali murid-murid dapat menyatakan pengaruh media dalam pengambilan makanan dan minuman. Dalam tajuk yang ketiga, iaitu penyalahgunaan bahan pula, murid- murid perlu mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Untuk memastikan murid-murid dapat menguasai pengetahuan tersebut dengan baik, murid-murid haruslah dpaat mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, dadah dan alcohol, menceritakan kesan negatif seperti merokok, menagih dadah dan alcohol terhadap kesihatan diri dan orang lain, melaporkan kepada orang dewasa berkaitan penyalahgunaan bahan dalam

Upload: lau-ung-hong

Post on 21-Nov-2015

85 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Pendidikan Kesihatan Tahun 2

TRANSCRIPT

Tahun 2Modul 1: Kesihatan FizikalDalam modul 1, iaitu kesihatan fizikal, terdapat dua tajuk yang perlu diberi perhatian, iaitu Kesihatan Diri dan Reproduktif, Pemakanan dan Penyalahgunaan Bahan. Dalam tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif, pertama sekali, murid-murid perlu mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat. Untuk mencapai pengetahuan ini, murid-murid perlu dapat menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat, mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat, mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat, mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan seterusnya menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.Kemudian, murid-murid juga perlu mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. Dalam perkara ini, murid-murid perlulah menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat, berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, mengenalpasti individu yang mungkin melakukan sentuhan yang tidak selamat dan menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat.Dalam tajuk pemakanan pula, murid-murid perlu mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat. Jadi murid-murid haruslah dapat memilih makanan dna minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan, menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat, mengenalpasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesity, mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan, mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat, menceritakan tabiat pengambilan makanan dan minuman dalam kalangan ahili keluarga, menyatakan pengaruh rakan sebaya dalam pengambilan makanan dan minuman, dan akhir sekali murid-murid dapat menyatakan pengaruh media dalam pengambilan makanan dan minuman.Dalam tajuk yang ketiga, iaitu penyalahgunaan bahan pula, murid-murid perlu mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Untuk memastikan murid-murid dapat menguasai pengetahuan tersebut dengan baik, murid-murid haruslah dpaat mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, dadah dan alcohol, menceritakan kesan negatif seperti merokok, menagih dadah dan alcohol terhadap kesihatan diri dan orang lain, melaporkan kepada orang dewasa berkaitan penyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan, berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaan bahan dan seterusnya mengamakan gaya hidup shihat dengan tidak menyalahguna bahan.Dalam modul 2, iaitu kesihatan mental, emosi dan sosial terdapat tiga tajuk yang perlu diberi perhatian, iaitu Pengurusan Mental dan Emosi, Kekeluargaan dan Perhubungan. Dalam tajuk Pengurusan Mental dan Emosi, murid-murid perlu mengetahui pelbagai jenis emosi, dan mengetahui kepentingan serta cara-cara untuk mengurus emosi bagi meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Murid-murid boleh mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan tidak selamat. Murid-murid juga dapat menunjukkan cara yang sihat ketika meluahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai. Selain itu, murid-murid juga perlu sentiasa mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat semasa menghadapi pelbagai masalah. Murid juga dapat mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam keluarga dan persekitaran seperti pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.Dalam tajuk kekeluargaan, murid-murid perlu mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. Untuk mencapai pengetahuan ini, murid-murid dapat menyatakan perbezaan fizikal perempuan dan lelaki, menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan dan lelaki, menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan serta dapat mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina. Dalam tajuk perhubungan, murid-murid perlu mengetahui dan mengaplikasikan kemahiran interpersonal serta boleh berkomunikasi dengan kesan dalam kehidupan seharian. Murid-murid perlu mematuhi ajaran agama, menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada Tuhan, diri, ibu bapa/ penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan. Murid-murid juga boleh menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan menyakiti orang lain, serta mengamalkan rasa bersyukur kepada Tuhan dan sentiasa berterima kasih sesama manusia. Dalam modul 3, iaitu kesihatan Kesihatan Persekitaran terdapat tiga tajuk yang perlu diberi perhatian, iaitu Penyakit, Keselamatan dan Pertolongan cemas. Dalam tajuk penyakit, murid-murid harus mengetahui jenis-jenis penyakit dan cara-cara untuk mencegah serta mengelakkam risiko penyakit dalam kehidupan seharian. Dengan itu, murid-murid harus dapat mengenal pasti tanda-tanda konjunktivitis, dapat menyatakan cara untuk mengelakkan diri daripada jangkitan konjunktivitis, dapat menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami konjunktivitis. Murid-murid juga dapat mengenal pasti tanda-tanda penyakit tidak berjangkit, serta menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit. Dalam tajuk Keselamatan, murid harus dapat mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemostrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan seharian. Dengan mencapai pengetahuan itu, murid dapat mengenal pati peralatan dan bahan yang berbahaya di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, dapat menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan bahan seperti racun dengan selamat. Murid juga dapat mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam serta dapat menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan seperti kecacatan kekal tubuh badan. Murid-murid juga akan mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan dan situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam pada setiap masa. Dalam taajuk pertolongan cemas, murid-murid perlu mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. Dengan mencapai pengetahuan tersebut, murid-murid boleh mengetahui pelbagai situasi kecemasan dan akan meminta bantuan apabila berlaku kecemasan.