pendidikan kesihatan

14
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2013 (SMP KHAS) HBEF 2203 KESIHATAN DIRI & KELUARGA (SMP) NAMA : IZMIR AZRAF BIN ZAKARIA NO. MATRIK : 841110045311001 NO. KAD PENGENALAN : 841110045311 NO. TELEFON : 012 645 4404 E-MEL : [email protected] TUTOR : Encik Abu Bakar B Miskon PUSAT PEMBELAJARAN : Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Melaka

Upload: mr-kechik

Post on 27-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan oum...

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan kesihatan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013 (SMP KHAS)

HBEF 2203

KESIHATAN DIRI & KELUARGA (SMP)

NAMA : IZMIR AZRAF BIN ZAKARIA

NO. MATRIK : 841110045311001

NO. KAD PENGENALAN : 841110045311

NO. TELEFON : 012 645 4404

E-MEL : [email protected]

TUTOR : Encik Abu Bakar B Miskon

PUSAT PEMBELAJARAN : Universiti Terbuka Malaysia

Cawangan Melaka

Page 2: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

2

INSTITUSI KEKELUARGAAN MENJANA KECEMERLANGAN

AKADEMIK ANAK-ANAK

1.0 PENGENALAN

Anak-anak merupakan aset yang sangat besar dan tidak ternilai harganya kepada kedua-dua ibu

bapa. Semua ibu bapa di dunia ini mengimpikan supaya anak-anak mereka menjadi orang yang

berguna dan cemerlang di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya, setiap anak yang dilahirkan

ke dunia ini merupakan anugerah Tuhan yang cukup sempurna dan suci bersih. Mereka

diibaratkan kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kehidupan

anaknya. Seringkali kita mendengar bahawa ibu bapa akan memberikan pendidikan yang terbaik

buat anak-anak demi memastikan kecemerlangan mereka dalam pelajaran. Namun

sejauhmanakah keberkesanan pemberian pendidikan ini terbukti sekiranya tiada penglibatan ibu

bapa khususnya dalam memberikan perhatian terhadap pelajaran anak-anak di peringkat sekolah

sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa institusi kekeluargaan merupakan organisasi yang

sangat penting dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang baik dari segi akademik mahupun

sahsiah mereka. Justeru, berdasarkan kajian yang ditunjukkan menerusi artikel “Konteks

Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di

Sekolah Menengah” jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-

anak di peringkat sekolah menengah bukanlah pendorong utama kejayaan seseorang anak itu.

Sebaliknya ibu bapa lebih mudah memberikan kerjasama dan terlibat secara langsung terhadap

pendidikan anak-anak di peringkat sekolah rendah dan prasekolah. Fakta ini disokong oleh

Arnold, Zeljo & Doctoroff (2008) yang menjelaskan penglibatan ibu bapa masih lagi tertumpu

kepada murid di tahap awal persekolahan.

Namun, menurut Abdul Razak Zakaria dan Noraini Mohd Salleh menerusi penulisan

artikel mereka ini, penglibatan ibu bapa amat diperlukan dalam merangsang peningkatan

pencapaian pendidikan anak-anak. Bahkan kebahagiaan dan keselesaan dalam sesebuah institusi

kekeluargaan turut menjadi faktor utama ke arah kecemerlangan akademik anak-anak. Ini jelas

Page 3: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

3

menurut Henderson & Mapp (2000) yang mengatakan bahawa kecemerlangan murid tidak dapat

dicapai seandainya penglibatan ibu bapa murid dalam program dan aktiviti sekolah tidak dapat

ditingkatkan. Bahkan langkah pertama untuk mendidik anak menjadi cemerlang adalah dengan

menjadi ibu bapa yang cemerlang. Penyataan ini jelas merumuskan bahawa kecemerlangan ibu

bapa dalam memberikan komitmen dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak

sekolah akan mendorong kepada kecemerlangan anak-anak mereka.

Sebenarnya, ibu bapa lebih memahami sikap anak-anak mereka sendiri berbanding orang

lain. Dorongan dan bantuan ibu bapa akan dapat menggalakkan lagi kepesatan perkembangan

diri anak-anak mereka. Perkembangan diri anak-anak ini akan melahirkan insan yang cemerlang.

Justeru, penglibatan ibu bapa di sekolah secara tidak langsung akan memberi dorongan yang

positif terhadap anak-anak sekaligus menjadikan anak-anak lebih cemerlang dalam pelajaran.

Page 4: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

4

2.0 RUMUSAN ARTIKEL

Ibu bapa seharusnya memberikan kerjasama dan terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung dengan setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi

kepentingan pelajaran serta pencapaian akademik anak-anak. Namun, kajian menerusi artikel ini

menunjukkan bahawa betapa kurangnya keterlibatan ibu bapa dalam aktiviti dan program

sekolah anak-anak mereka. Hal ini memberikan kesan yang nyata terhadap pencapaian pelajaran

pelajar. Penglibatan ibu bapa ini bukanlah setakat aktiviti di sekolah semata-mata namun

penglibatan ibu bapa di rumah turut menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak mereka.

Walau bagaimanapun, menurut kajian, ibu bapa begitu alpa dan leka dengan

pembahagian masa mereka terhadap anak-anak. Bahkan ibu bapa hampir-hampir sahaja terlepas

pandang akan peranan mereka dalam hal pendidikan anak-anak. Pemantauan terhadap aktiviti

pembelajaran anak-anak semakin terabai terutama sekali apabila anak-anak telah memasuki alam

sekolah menengah. Kajian telah menggariskan beberapa faktor yang memungkinkan keadaan ini

terjadi. Kurikulum sekolah menengah yang dikatakan semakin sukar menjadikan ibu bapa

merasakan mereka tidak mampu untuk membantu anak-anak dalam pelajaran. Ada juga ibu bapa

yang beranggapan anak-anak di sekolah menengah sudah boleh berdikari tanpa perlu

pemantauan dan dorongan mereka. Selain itu, faktor untuk memberi lebih tumpuan terhadap

anak-anak yang masih kecil turut menjadi alasan ibu bapa untuk melepaskan anak-anak di

sekolah menengah daripada berada di bawah pengawasan mereka.

Sebenarnya penglibatan ibu bapa membantu membendung gejala-gejala sosial anak-anak

khususnya dalam pembentukan disiplin dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.

Keluarga merupakan insitusi penting dalam mengembleng pembentukan peribadi, sahsiah diri

serta kemajuan dalam pelajaran seorang anak. Kewujudan sebuah keluarga yang hebat

komunikasinya mampu melahirkan anak-anak yang berkeyakinan di samping mengeratkan

hubungan silaturrahim antara ahli keluarga. Situasi ini menimbulkan kesan positif dalam diri

anak-anak apabila mereka diberi peluang untuk melahirkan pandangan dan perasaan mereka.

Malahan tanpa disedari, kehidupan seharian dalam sebuah keluarga yang harmoni ini menjadi

Page 5: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

5

satu proses pembelajaran bagi anak-anak dan ibu bapa menjadi model utama yang akan menjadi

ikutan anak-anak.

Perkembangan psikologi awal remaja yang positif begitu berkait rapat dengan sokongan

ibu bapa mereka. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis, jelas menunjukkan remaja begitu

menghargai ibu bapa yang sentiasa menunjukkan perhatian serta berkongsi idea dengan mereka.

Ibu bapa yang memahami juga menjadi impian setiap anak-anak, terutamanya anak-anak remaja

ini. Walaupun pada dasarnya, anak-anak remaja amat gemarkan kebebasan dan ruang untuk

dunia mereka namun kawalan berasas serta sikap prihatin ibu bapa masih diperlukan dalam

perkembangan jati diri mereka.

Kepercayaan ibu bapa tentang kepentingan peranan mereka dalam pendidikan anak-anak,

keupayaan ibu bapa merasa bertanggungjawab membantu anak-anak serta keinginan melibatkan

diri secara fizikal dan mental tentang anak-anak dan sekolah mereka merupakan tiga perkara asas

yang menjadi penentu berkenaan penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak. Ibu bapa

merupakan guru di rumah yang seharusnya tidak pernah alpa dalam memberi perhatian penuh

berkaitan pelajaran anak-anak sama ada di peringkat rendah mahupun menengah. Pemantauan

yang berterusan akan menjamin kecemerlangan anak-anak. Anak-anak yang berjaya bermula

daripada ibu bapa yang berjaya meluangkan masa mereka dalam proses anak-anak menyiapkan

tugasan pelajaran mereka. Hal ini demikian disebabkan anak-anak akan berasa sangat selesa dan

berkeyakinan apabila didampingi ibu bapa yang tersayang dalam usaha menyiapkan kerja

sekolah yang begitu sukar.

Pengkaji melaporkan bahawa penerimaan, kesenggangan, amalan keibubapaan dan

keterbukaan merupakan faktor kepada penglibatan ibu bapa di sekolah dalam pendidikan anak-

anak ketika di sekolah menengah. Ibu bapa merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan.

Malahan keluarga itu sendiri menjadi persekitaran pertama anak-anak sebaik sahaja mereka lahir

di muka bumi ini. Justeru, penglibatan ibu bapa sememangnya tidak boleh dinafikan impak

positifnya terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani serta intelektual anak-anak. Lebih-

lebih lagi dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Remaja seperti mereka ini

Page 6: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

6

sentiasa dahagakan kasih sayang, perhatian serta tunjuk ajar secara tidak langsung dan berterusan

agar mereka tidak terus hanyut ditelan arus zaman yang serba moden ini.

Ibu bapa yang dikatakan mengamalkan budaya kehidupan yang lebih positif lebih mudah

untuk melibatkan diri dalam hal-hal berkaitan pendidikan anak-anak. Amalan keibubapaan

seperti ini menunjukkan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap perkembangan pelajaran anak-

anak. Malahan ibu bapa seperti ini juga menjadi model bagi anak-anak dapat proses

pembentukan jati diri. Sikap terbuka ibu bapa antara penyebab utama ibu bapa melibatkan diri

dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa yang sedemikian acapkali memberi ruang kepada anak-

anak untuk mengemukakan buah fikiran, memilih serta membuat keputusan. Situasi seperti ini

benar-benar menjadikan anak-anak rasa dihargai dan yakin pada potensi diri sekaligus

mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan yang sihat mental dan fizikalnya.

Kelapangan masa turut memberi ruang kepada ibu bapa melibatkan diri dalam

pendidikan anak-anak. Ibu bapa yang bijak membahagikan masa untuk bersantai bersama-sama

anak, meneliti pelajaran anak-anak serta ada masa untuk berinteraksi membuktikan

kecenderungan mereka untuk terlibat dalam pendidikan anak-anak demi masa depan mereka.

Sekiranya masa untuk terlibat dengan aktiviti di sekolah tidak dapat dipenuhi, ibu bapa akan

melapangkan masa mereka bersama-sama anak di rumah. Penglibatan ibu bapa di rumah

sememangnya begitu penting kerana di rumahlah sesebuah keluarga itu dapat berhimpun untuk

melaksanakan satu-satu aktiviti bersama-sama. Justeru, faktor kesenggangan dalam konteks

keluarga turut menjadi pemangkin kepada penglibatan ibu bapa.

Keterlibatan ibu bapa turut diambil kira apabila faktor penerimaan terhadap kebolehan

dan keupayaan anak-anak. Sikap menerima seadanya cukup menjadikan aspek penerimaan ini

begitu besar ertinya bagi seseorang anak. Kita harus sedar bahawa kelahiran setiap anak itu ada

keistimewaannya. Justeru, sebagai ibu bapa haruslah sentiasa berlapang dada menerima apa

sahaja kelemahan anak dan jadikan kelebihan mereka sebagai tonggak sebuah kejayaan.

Penerimaan ibu bapa ini akan membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak

tanpa mengambil kira tahap keupayaan anak itu. Penglibatan ibu bapa secara berterusan sehingga

ke peringkat menengah dan tamat persekolahan hendaklah dikekalkan demi menjamin

Page 7: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

7

kecemerlangan mereka. Berdasarkan kajian dapatlah dirumuskan bahawa penglibatan ibu bapa di

rumah melebihi penglibatan ibu bapa di sekolah dalam urusan pendidikan anak-anak. Kajian

juga mendapati bahawa konteks keluarga amat penting dan begitu bermakna terhadap

penglibatan ibu bapa terutama ketika anak-anak berada di sekolah menengah.

Page 8: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

8

3.0 PENILAIAN ARTIKEL

Setiap individu yang dilahirkan kebiasaannya mewarisi beberapa ciri daripada kedua-dua ibu

bapanya. Faktor keturunan dan genetik acapkali dikatakan sebagai penentu tahap kepintaran

seseorang anak itu. Justeru, ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata akan mengambil

langkah lebih awal untuk merangsang pembentukan otak janin ke tahap yang terbaik sewaktu

dalam kandungan lagi. Ini bertujuan untuk melahirkan anak yang bijak dan cemerlang. Pada

peringkat kanak-kanak pula, mereka diberi pemakanan yang cukup seimbang bagi memastikan

peningkatan kecekapan otak. Di samping bahan permainan yang sesuai dipilih untuk merangsang

minda anak-anak. Di peringkat sekolah rendah pula, anak-anak dibekalkan dengan pelbagai

kaedah pembelajaran bagi memastikan mereka benar-benar mendapat ilmu yang menjamin

pencapaian akademik yang cemerlang.

Namun pada peringkat menengah ibu bapa semakin lupa dengan tanggungjawab mereka

untuk membekalkan makanan rohani dan emosi anak-anak. Walhal pada peringkat ini, ibu bapa

sudah mula mengimpikan kejayaan yang terlalu menggunung daripada anak-anak mereka.

Sedangkan perhatian dan kelapangan masa untuk anak-anak ini sudah mula menurun. Tanpa

disedari pada peringkat ini pengaruh-pengaruh luaran seperti rakan sebaya dan persekitaran

sekolah mula mengambil peranan terhadap tahap kecerdasan dan kepintaran anak-anak.

Pengaruh dan penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan telah memberi ruang kepada

pengaruh dan penglibatan pihak lain seperti rakan dan guru kepada tahap pencapaian seseorang

anak. Sehubungan itu, bolehlah dikatakan pada peringkat sekolah menengah ini ibu bapa

semakin memberi kebebasan kepada anak-anak yang jika tidak dipantau akan memberi kesan

yang amat buruk.

Seharusnya ibu bapa perlu sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti anak-anak sama ada di

sekolah mahupun di rumah seperti membantu dan memilih rakan serta sekolah terbaik untuk

anak-anak. Sesungguhnya ibu bapa merupakan ejen paling penting untuk mewarnakan

kehidupan anak-anak. Oleh itu, usaha mendidik anak merupakan satu agenda penting dalam

aspek kehidupan sesebuah keluarga. Walau apa pun pengalaman yang dialami oleh anak-anak

sepanjang proses pembelajarannya, ibu bapa tetap merupakan tunggak utama kepada kehidupan

Page 9: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

9

dan kecemerlangan anak-anak. Kebijaksanaan ibu bapa dalam memainkan peranan yang

berkesan dalam usaha membentuk anak-anak yang cemerlang merupakan salah satu faktor yang

dikira sangat penting dalam era globalisasi ini.

Ibu bapa yang berjaya memerlukan ilmu dan kemahiran untuk mendekatkan diri dengan

anak-anak awal remaja. Kurangkan kesilapan dalam proses memberi pendidikan kepada anak-

anak. Menurut Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, ibu bapa jangan takut jika anak-anak tidak

mendengar kata kita, sebaliknya ibu bapa perlu lebih takut jika anak-anak meniru perbuatan kita.

Fakta ini jelas menunjukkan bahawa sebagai ibu bapa kita hendaklah selalu berfikiran positif,

berakhlak mulia, bersifat penyayang, bermotivasi tinggi serta mempamerkan imej diri yang

cemerlang. Nilai-nilai ibu bapa seperti ini akan menjadi ikutan anak-anak yang sentiasa

memerhatikan kita. Ibu bapa juga harus selalu memahami dan memberikan ganjaran yang positif

kepada anak-anak secara psikologi dan material untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan

yang cemerlang sekaligus membentuk remaja yang gemilang.

Penglibatan ibu bapa tidak terbatas secara fizikal semata-mata. Ibu bapa yang cemerlang

akan sentiasa memahami personaliti anak-anak bagi memudahkan mereka membimbing dan

membentuk pemantapan keyakinan diri dan sahsiah anak. Di samping dapat membendung dan

mengambil tindakan awal sebelum isu-isu kejiwaan anak-anak menjadi bertambah parah.

Tindakan utama ibu bapa dalam proses ini dengan memerhatikan reaksi anak-anak sebelum

sesuatu tindakan diambil. Ibu bapa perlu memberi keyakinan yang jitu terhadap anak-anak

terutama semasa menghadapi perubahan-perubahan fizikal dan mental yang memberi tekanan

kepada mereka. Hal ini sangat penting bagi memastikan anak-anak khususnya remaja dikelilingi

persekitaran yang kondusif dalam proses pendidikan dan mencapai kecemerlangan dalam

pelajaran. Ternyata jelas di sini menunjukkan bahawa konteks keluarga merupakan faktor yang

penting dalam mendorong kejayaan pendidikan anak-anak.

Komunikasi atau interaksi bersama anak-anak merupakan salah satu aspek yang dikira

penting dalam menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah

menengah. Remaja atau anak-anak di sekolah menengah ini selalunya sudah mempunyai

masalah peribadi sendiri terutama dalam aspek persahabatan, perasaan dan sebagainya. Justeru,

Page 10: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

10

sebagai ibu bapa sememangnya sering menganggap perkara ini persoalan yang remeh. Namun

hakikatnya mereka sangat memerlukan ibu bapa untuk mengungkai kekeliruan yang dihadapi

oleh mereka. Ibu bapa berperanan untuk memberi perhatian terhadap buah fikiran mereka,

memberi penghargaan, melayan pertanyaan atau penyataan masalah anak-anak, serta sentiasa

terlibat dengan urusan pelajaran mereka. Bahkan ibu bapa juga perlu melahirkan kasih sayang

dengan meluangkan masa untuk bergurau senda, mewujudkan suasana yang kondusif dalam

rumah tangga, membimbing anak-anak dalam segala aspek serta jangan lupa untuk menunaikan

janji yang dibuat terhadap anak-anak. Walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya ibu bapa

terpaksa berusaha keras untuk merealisasikan segala elemen ini.

Konteks keluarga dalam merealisasikan aspek penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

anak-anak khususnya di peringkat menengah sememangnya amat wajar terutama sekali dalam

membantu meletakkan matlamat pencapaian akademik mereka. Ibu bapa merupakan model

terbaik anak-anak. Setiap perbuatan ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak. Justeru, sudah pasti ibu

bapa merupakan penyelia dan penasihat yang paling baik untuk anak-anak dengan menanamkan

dalam jiwa mereka bahawa pelajaran ialah harta yang paling berharga. Jadi bagaimana ibu bapa

boleh membantu meletakkan matlamat pencapaian akademik anak-anak? Sudah tentunya

menerusi galakan, sokongan dan semangat yang tidak pernah padam diberikan kepada anak-anak

dalam usaha membantu pencapaian akademik mereka. Peruntukkan sedikit waktu untuk bersama

anak-anak di rumah secara rutin harian dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Ibu bapa

boleh menggalakkan anak-anak membuat jadual waktu di rumah. Galakkan anak-anak

menyediakan laporan sendiri tentang kemajuan akademik setiap minggu atau sebulan sekali

kepada ibu bapa. Sekali-sekala ibu bapa peruntukkan masa untuk berbincang dengan rakan

sekolah atau gurunya jika anak-anak menghadapi masalah pelajaran. Perbincangan berbentuk

positif seperti ini akan menyebabkan masalah berat menjadi mudah untuk diselesaikan.

Selain itu, keterlibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan

penghubung terbaik antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Persefahaman yang erat antara ibu

bapa dan guru mampu menangani pelbagai permasalahan berkaitan pelajaran anak-anak. Namun,

pada masa kini persatuan yang menjadi jambatan terbaik untuk menghubungkan pihak sekolah

dengan ibu bapa ini sudah dipandang sepi dan kurang mendapat sambutan khasnya daripada ibu

Page 11: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

11

bapa. Situasi ini telah sedikit sebanyak melunturkan semangat para guru untuk melaksanakan

pelbagai aktiviti. Sedangkan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah sudah semestinya demi

kejayaan akademik anak-anak. Secara tidak langsung penglibatan ibu bapa memberi impak yang

cukup besar dalam proses pencapaian akademik anak-anak. Ibu bapa perlu menghadiri

mesyuarat, mengemukakan idea-idea yang positif untuk kemajuan bersama bukannya hanya

memberi komen dan asyik mempertikaikan kewibawaan pihak sekolah. Di samping itu, ibu bapa

juga perlu hadir ke sekolah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti terkini dan mengambil kesempatan

untuk bertemu dengan guru anak-anak bagi mengetahui perkembangan prestasi anak sewaktu di

sekolah. Bahkan ibu bapa juga jangan mudah melenting apabila mendapat aduan negatif

mengenai anak-anak sebaliknya berbincanglah secara baik dengan guru tersebut.

Sebenarnya segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah memerlukan komitmen

ibu bapa untuk memberi kerjasama. Walaupun penglibatan ibu bapa dalam setiap aktiviti di

sekolah hanya sebentar namun sudah cukup menjadi penyemarak dan pembakar semangat para

guru untuk melaksanakan aktiviti yang lain dan lebih baik. Ibu bapa sepatutnya memainkan

peranan yang besar dan bukan hanya mengharapkan segalanya dilakukan oleh pihak sekolah.

Rapatkan diri dengan sekolah, melatih anak menghormati guru dan kakitangan sekolah,

mengirim ucapan tahniah kepada pihak sekolah dan menggalakkan anak-anak memberikan

hadiah kepada guru serta menjemput guru untuk menghadiri majlis kenduri-kendara di rumah

merupakan amalan keibubapaan yang cukup sempurna dalam penglibatan mereka di peringkat

sekolah. Amalan-amalan ini akan meninggalkan kesan yang cukup besar terhadap anak-anak

khususnya dalam proses pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.

Page 12: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

12

4.0 PENUTUP

Institusi kekeluargaan berperanan sebagai satu sistem yang akan menentukan corak masyarakat

dan tenaga kerja di dalam sesebuah negara. Cemerlangnya sesebuah institusi kekeluargaan itu

bertitik tolak daripada cemerlangnya ibu bapa memainkan peranan dalam merangsang

kecemerlangan anak-anak khususnya dalam pencapaian akademik. Namun tidak dapat dinafikan

bahawa elemen-elemen asas iaitu agama, nilai-nilai moral dan ilmu pengetahuan dan kasih

sayang harus seiring dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang. Kebahagiaan dan

keharmonian rumah tangga yakni keluarga akan mendorong kepada kecemerlangan anak-anak

khususnya anak-anak pada peringkat awal remaja. Sebagaimana yang diketahui umum remaja ini

merupakan golongan yang penuh dengan tekanan dan kekeliruan. Justeru, penglibatan ibu bapa

dalam proses pendidikan sama ada di rumah mahupun di sekolah amat diperlukan dalam

menjana kecemerlangan akademik mereka.

Berdasarkan perbincangan ini, jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan anak-anak memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan prestasi anak-

anak. Penglibatan yang dibincangkan menerusi peranan dan tanggungjawab ibu itu sendiri agar

tiada ruang-ruang negatif melingkari dunia anak-anak. Komunikasi dan interaksi yang berkesan

mampu mewujudkan keharmonian lalu merangsang peningkatan pencapaian pendidikan anak-

anak. Ibu bapa yang cemerlang perlu berilmu dan berkemahiran dalam menangani masalah anak-

anak khususnya dalam aspek pendidikan ini. Ibu bapa merupakan model terbaik untuk menjadi

contoh teladan kepada anak-anak yang sentiasa memerhati dan meniru perbuatan ibu bapa.

Penglibatan ibu bapa secara langsung dengan pihak sekolah lebih memberi impak positif

terhadap perkembangan pelajaran anak-anak. Amalan-amalan keibubapaan yang cuba

merapatkan diri dengan pihak sekolah sememangnya menjadi pendorong semangat kepada anak-

anak untuk lebih berjaya. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru-guru mereka serta

kemesraan ibu bapa terhadap rakan-rakan mereka menjadikan anak-anak ini merasakan lebih

dihargai. Anak-anak akan berasa sangat bangga dan bersemangat apabila melihat keterlibatan ibu

bapa mereka di sekolah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya penglibatan

ibu bapa di sekolah dalam pendidikan anak-anak khususnya di peringkat menengah.

Page 13: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

13

Di samping itu, penglibatan ibu bapa dalam aspek kejiwaan tidak boleh dipandang sepi.

Remaja perlu dibelai, diberi kasih sayang dan perhatian tetapi mereka juga tidak mahu

dikongkong. Justeru, tindakan ibu bapa perlu ibarat menarik rambut dalam tepung dalam usaha

membantu anak-anak dalam pelbagai urusan supaya mereka tidak hilang keyakinan dan

kepercayaan pada diri. Peruntukkan masa yang bermanfaat daripada ibu bapa besar ertinya bagi

seorang anak dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Jelaslah bahawa penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak khususnya di

peringkat sekolah menengah tidak boleh diambil mudah kerana kesannya cukup besar demi

kecemerlangan anak-anak. Keupayaan seseorang anak untuk menjadi insan yang cemerlang

bukan hanya bergantung kepada keturunan dan takdir semata-mata. Potensi dalam diri anak perlu

dijana dan digilap oleh persekitaran khususnya penglibatan ibu bapa. Ternyata institusi

kekeluargaan yang cemerlang merupakan penjana kegemilangan anak-anak dalam pencapaian

akademik mereka. Prestasi anak dalam setiap kegiatannya mencerminkan prestasi ibu bapa yang

mendidiknya.

(2968 patah perkataan)

Page 14: pendidikan kesihatan

HBEF2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 841110045311001

14

5.0 RUJUKAN

Hassan Haji Mohd Ali (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Siri Keluarga Mithali Utusan-

Akrab. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hassan Haji Mohd Ali (1996). 40 Kesilapan Mendidik Anak. Siri Keluarga Mithali Utusan-

Akrab. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohd Fadzilah Kamsah, Rahmat Ismail (1996). Kecemerlangan Mendidik Anak. Siri Keluarga

Bahagia Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Noraini Ahmad (2002). Kaunseling Kekeluargaan: Komunikasi Berkesan dengan Anak. Siri

Motivasi Kecemerlangan Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd.

Noraini Ahmad (2002). Kaunseling Kekeluargaan: Menangani Disiplin Anak dengan Kasih

Sayang. Siri Motivasi Kecemerlangan Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Rahmat Ismail, Mohd Fadzilah Kamsah (1997). Kemahiran Kekeluargaan: Menjadi Ibu Bapa

Cemerlang. Siri Keluarga Bahagia Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.