pendidikan kesihatan

12
Soalan Tugasan (Pedalaman) Perkembangan dalam teknologi tinggi pada masa kini telah memberikan suatu anjakan paradigma terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer sebagai alat bantuan mengajar dapat memudahkan lagi transformasi maklumat. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat mengintegrasikan penggunaan teknologi dan ICT khususnya dalam pedagogi Pendidikan Kesihatan? Bincangkan. (30 markah) PANDUAN PELAJAR 1. Jawapan anda hendaklah berdasarkan kepada rujukan yang dibuat melalui bacaan jurnal/artikel yang berkaitan dengan Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Anda dikehendaki membaca TIGA jurnal/artikel yang berkaitan. 2. Melalui bacaan tersebut, bincangkan pengintegrasian yang boleh diadaptasi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 3. Kepilkan TIGA jurnal/artikel yang telah dibaca sebagai bahan bukti. 4. Jawapan anda hendaklah berbentuk laporan berdasarkan format di bawah: i. Pendahuluan 3 markah ii. Perbincangan/isi 1 5 markah perbincangan/isi 2 5 markah perbincangan/isi 3 5 markah iii. Penutup/ cadangan 3 markah iv. Rujukan sekurang-kurangnya 3 rujukan) 3 markah v. Lampiran 3 jurnal atau artikel rujukan 6 markah 1

Upload: moncb

Post on 16-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

Pengenalan

Soalan Tugasan (Pedalaman)Perkembangan dalam teknologi tinggi pada masa kini telah memberikan suatu anjakan paradigma terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer sebagai alat bantuan mengajar dapat memudahkan lagi transformasi maklumat.

Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat mengintegrasikan penggunaan teknologi dan ICT khususnya dalam pedagogi Pendidikan Kesihatan? Bincangkan.

(30 markah)

PANDUAN PELAJAR1. Jawapan anda hendaklah berdasarkan kepada rujukan yang dibuat melalui bacaan jurnal/artikel yang berkaitan dengan Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Anda dikehendaki membaca TIGA jurnal/artikel yang berkaitan.

2. Melalui bacaan tersebut, bincangkan pengintegrasian yang boleh diadaptasi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

3. Kepilkan TIGA jurnal/artikel yang telah dibaca sebagai bahan bukti.

4. Jawapan anda hendaklah berbentuk laporan berdasarkan format di bawah:

i.Pendahuluan

3 markah

ii.Perbincangan/isi 1

5 markah

perbincangan/isi 2

5 markah

perbincangan/isi 3

5 markah

iii.Penutup/ cadangan

3 markah

iv.Rujukan sekurang-kurangnya 3 rujukan)

3 markah

v.Lampiran 3 jurnal atau artikel rujukan

6 markah

Pengenalan Pendidikan Kesihatan Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan membawa maksud satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, persekitaran dan rohani di samping bebas dari segala gejala penyakit serta kecederaan. Inilah yang dikatakan kesihatan yang menyeluruh dan seterusnya mencapai kesejahteraan hidup. Manakala pendidikan kesihatan membawa maksud sebagai sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi atau tingkahlaku yang kondusif terhadap kesihatan. (Green, 1980).Menurut Mark & Wooley (1998) pula, mereka mendefinisikan pendidikan kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan dan ianya dirancang untuk membantu dan memotivasikan pelajar untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta mengurangkan risiko tingkahlaku yang berkait dengan kesihatan. Mengikut huraian sukatan pelajaran pendidikan kesihatan yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat tiga tunjang pembelajaran utama di dalam pendidikan kesihatan. Ianya adalah kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Menurut Wee (1995), matlamat dan tujuan pendidikan kesihatan ialah untuk mengubah tingkahlaku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan, sikap dan amalan. Selain itu, ia juga adalah untuk menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran dengan membekalkan pengalaman-pengalaman kesihatan yang bermakna, yang boleh mengubah tingkahlaku kesihatan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) telah menyatakan matlamat pendidikan kesihatan di peringkat sekolah adalah untuk membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pendahuluan

Pada masa sekarang, perkembangan dalam teknologi telah memberikan satu perubahan besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Kini, komputer digunakan sebagai alat bantu mengajar yang dapat memudahkan transformasi maklumat. Teknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini juga telah mula diintegrasikan di dalam matapelajaran-matapelajaran di sekolah, tidak lupa juga dalam pedagogi pendidikan kesihatan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berintegrasikan komputer di kalangan guru mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namun sebelum kita melihat strategi, kaedah dan teknik yang seseorang guru gunakan, kita lihat dahulu definisi teknologi dan ICT serta perbezaannya.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, teknologi bermaksud satu kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal yang berasaskan kajian saintifik termaju seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih. ICT pula dimaksudkan sebagai teknologi maklumat dan komunikasi yang merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik. (Senn, 1998).

Abdul Razak dan rakannya (2000) pula mentakrifkan ICT merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat. Berdasarkan kedua-dua definisi teknologi dan ICT ini, bolehlah disimpulkan ia saling berkait. Secara kesimpulannya, penggunaan teknologi dan ICT dalam pembelajaran boleh meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran. Selain itu, semua pelajar juga akan dapat peluang pembelajaran yang sekata. Menurut o Donnell (1996), pembelajaran bercorak kendiri dan proses pemikiran peringkat tinggi boleh dipupuk dengan menggunakan komputer. Pengintegrasian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran bikan sekadar pelajar menguasai kemahiran menggunakan peralatan sahaja, tetapi yang lebih utama ia berupaya memberi kuasa kepada pelajar mencapai tahap pembelajaran yang tinggi.

Pembelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Ke arah mencapai hasrat ini, bidang-bodang pengetahuan dalam kurikulum ICT telah digubah dan secara bersendiri dan non hirarki. Pelaksanaan pendekatan baru di dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka. Ianya diubah daripada tuan kepada pembantu, pengarah kepada penyelia, diktator kepada fasilitator. Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pulak bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Penggunaan ICT adalah penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian serta berfikrah bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan proses pembelajaran dan pengajaran.

Penggunaan ICT di dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat membantu para pelajar daripada pelbagai aspek contohnya membantu meningkatkan kemahiran ICT di dala proses pembelajaran dan kemahiran individu, memperolehi pelbagai kemahiran dan peluang pembelajaran yang saksama antara satu dengan yang lain serta memotivasikan pelajar, pembelajaran secara individu dapat dilakukan secara lebih efektif, kemudahan untuk mengakses maklumat tidak kira sukar, mahal dan amat diperlukan tanpa mengira masa dan tempat. Selain itu juga, ia membantu pelajar memperolei kaedah pembelajaran yang berkesan secara individu serta bimbingan yang minimum. Bahkan juga ia dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi serta meningkatkan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.

ICT Untuk Pembelajaran Tutorial Dan Penerokaan

ICT merupakan kaedah pembelajaran tutorial bagi menyampaiakan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. CAI mengandungi komponen seperti mempersembahkan maklumat, menilai pencapaian, membimbing, menyediakan dan memberi latihan.

Penyesuaian penggunaan ICT pula adalah bersesuaian dengan situasi seperti kelas yang ramai dan mempunyai kemampuan yang berbeza, digunakan apabila pelajar yang lemah atau sukar untuk memahami sesuatu topik pelajaran dengan menerengkan menggunakan perisian khas untuk mereka. Selain itu juga, ianya boleh digunakan untuk pelajar yang memerlukan aktiviti pengayaan atau praktikal dengan memberi perisian khusus kepada mereka.

Proses Penggunaan ICT

Pembelajaran Berbantukan KomputerPembelajaran berbantukan komputer merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan perisian kursus atau lebih dikenali sebagai courseware, yang dibina khas untuk sesuatu kemahiran, tajuk atau pelajaran. Melalui perisian ini, pelajar akan mempelajari sesuatu kemahiran atau tajuk samada secara persendirian atau dengan bimbingan guru. Ciri-ciri perisian kursus yang baik adalah interaktif, mempunyai pelbagai aktiviti, pelbagai bunyi dan arahan yang jelas. Seringkali pihak sekolah mendapat perisian kursus untuk matapelajaran utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Science dan Mathematics. Kita jarang melihat atau menemui perisian yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Namun, ada sesetengah penerbit buku yang berusaha untuk menyediakan perisian, khas untuk digunakan bersama dengan buku yang dibeli tadi. Guru juga boleh memuat turun perisian atau latih tubi yang terdapat di internet samada untuk digunakan di dalam kelas atau diberikan kepada pelajar.Di sini kita akan lihat contoh dalam tunjang gaya hidup sihat di bawah tajuk pemakanan tahun enam. Pada aras satu, pelajar akan dapat menyatakan maklumat pada label kandungan produk makanan, manakala pada aras dua pula, pelajar akan dapat menyatakan kepentingan penglabelan pada produk makanan. Pada aras yang ketiga, pelajar akan dapat membandingkan maklumat yang terdapat di antara produk makanan dan membuat kesimpulan tentang maklumat yang terdapat pada produk makanan. Untuk set induksi, guru boleh menanyakan kepada pelajar tentang cara mencari dan mengenalpasti fakta daripada label barangan makanan. Ini termasuklah jenama makanan, isipadu dan arahan penyimpanan. Kemudian, guru akan membimbing pelajar tentang cara yang betul untuk mendapatkan maklumat. Untuk bahagian isi pelajaran, guru akan memaparkan menggunakan LCD dan laptop beberapa slaid yang mengandungi gambar produk-produk makanan. Semasa penayangan slaid dilakukan, terdapatnya sesi soal jawab antara guru dan pelajar. Daripada sesi soal jawab ini, pelajar telah mendapat panduan bagaimanan membaca dan memahami maklumat pada label produk makanan.

Setelah itu, tibalah masa untuk pelajar yang membuat latihan. Bagi sekolah yang berada di pedalaman yang memang kita telah sedia maklum akan serba kekurangan samada dari segi komputer mahupun teknologi pengajaran, maka dalam hal ini, guru boleh menggunakan kaedah selective model di mana guru menunjukkan kepada pelajar bahan kandungan perisian tersebut dengan cara demonstrasi sahaja. Terdapat penerangan yang khusus dan demonstrasi membaca dan memahami label produk makanan di dalam perisian ini. Di dalam slaid tersebut juga terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab oleh pelajar. Sebagai contoh, Berapakah kandungan bersih produk ini?, Apakah zat nutrisi yang paling tinggi dalam makanan ini? Pelajar perlu menjawab soalan dalam perisian ini samada menulis jawapan ke dalam buku latihan atau sekeping kertas. Guru juga boleh memilih seorang pelajar untuk membaca soalan kepada pelajar-pelajar lain dan mengklik jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan paling banyak. Jika jawapan pelajar adalah salah, maka penerangan dan sebab akan diberikan. Ini adalah bertujuan membantu pelajar memahami kesalahan dan kesilapan mereka di dalam memahami isi pelajaran ini. Contoh program sekolah yang menggunakan kaedah ini dalam pendidikan kesihatan ialah dalam pengajaran dan pembelajaran program sifar dadah sekolah rendah (PROSIDAR) - Sekolah Bebas Dadah 2012 yang disediakan oleh bahagian sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Kaedah ini lebih kepada ICT sebagai alat tutorial kepada pelajar. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini, pelajar-pelajar akan dapat mengulang pelajaran mengikut keperluan sendiri, belajar sendiri tanpa guru dan lebih terangsang untuk belajar. Dalam isi pelajaran ini, pelajar akan dapat pengetahuan dan tahu akan cara mendapatkan maklumat pada label produk makanan.ICT Sebagai Alat Penerokaan Menggunakan WebquestsAdnan Omar dalam penulisan jurnal pendidikan GERAK (2007) bertajuk aplikasi gaya pembelajaran webquests dalam pengajaran dan pembelajaran menerangkan webquests merupakan satu aktiviti pengajaran berasaskan kaedah inkuiri. Sebahagian besar sumber maklumat yang diperolehi adalah melalui internet. Pelajar perlu menerokai sumber internet untuk mendapatkan maklumat. Ia biasanya melibatkan gerak kerja secara kumpulan. sumber yang diajar adalah dipilih oleh guru. Terdapat lima komponen asas dalam sesebuah webquest iaiti pengenalan, tugasan, proses, penilaian dan kesimpulan. Kaedah ini merupakan penggunaan ICT sebagai alat penerokaan dalam proses pembelajaran pelajar. Ia sesuai digunakan untuk sekolah yang mempunyai bilangan komputer yang kecil dan akses talian internet. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan terlebih dahulu, antara empat hingga lima orang untuk satu komputer.

Kemudian, guru akan menyuruh pelajar membuka laman yang sesuai dengan tajuk pada hari tersebut. Contohnya guru memilih untuk mengajar pelajar tahun enam tunjang kebersihan dan keselamatan persekitaran dan tajuknya ialah penyakit berjangkit. Hasil pembelajaran ialah murud dapat menyatakan maksud dan jenis-jenis penyakit bawaan air, vector, hepatitis dan HIV/ AIDS. Pelajar juga akan dapat menyatakan peranan mereka dalam aktiviti kempen kebersihan.

Bermula dengan komponen pengenalan, guru boleh menggunakan teknik penerangan, lakonan atau permainan untuk memulakan aktiviti. Contoh yang saya gunakan di sini ialah saya meminta beberapa pelajar melakonkan rupa orang yang sakit dan sihat. Kemudian, guru akan membuat sesi soal jawab. Pelajar kemudian membaca penerangan dan maklumat yang terpapar pada skrin. Komponen kedua iaitu tugasan ialah bahagian yang memerlukan pelajar sempurnakan pada akhir pembelajaran. Contohnya soalan tugasan meminta pelajar menyenaraikan jenis dan definisi penyakit bawaan air, vector, hepatitis dan HIV/ AIDS. Jadi secara kumpulan mereka akan membincangkan kehendak tugasan dalam bahagian proses. Guru akan menyediakan laman-laman web yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu mereka menyelesaikan tugasan. Tugasan tersebut boleh dibuat menggunakan portfolio berkumpulan atau komputer. Dalam bahagian penilaian, guru akan menyediakan rubrik yang mempunyai kadar penilaian adil, jelas dan konsisten yang hanya mengfokuskan kepada tugasan yang diberi sahaja. Penilaian ini boleh dilakukan oleh rakan dalam kumpulan atau secara individu. Pelajar juga boleh menyatakan pengalaman dan membuat refleksi mengenai proses kepada aktiviti yang telah dilalui. Pada akhir pembelajaran atau setelah selesainya pelajar menyiapkan tugasan, mereka akan mendapat lebih banyak pengetahuan tentang tajuk penyakit berjangkit dan tidak hanya bergantung kepada buku teks atau buku rujukan sahaja. Hasil pembelajaran ini juga dapat mengubah tingkahlaku pelajar dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.

Kebaikan penggunaan kaedah webquests ini ialah pelajar dapat meneroka untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dan konstruktivis. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan yang mana terhasillah sebuah gabungan pembelajaran samada secara kolaboratif atau kooperatif.

Penggunaan Multimedia, ICT, Komputer Dan Video KlipMultimedia merupakan gabungan elemen seperti teks, grafik, audio, animasi dan video. Di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan, guru boleh menggunakan multimedia untuk menyampaikan pelajaran. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002) yang mengkaji implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya pengajaran pendidikan jasmani yang memberi fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar. Didapati penggunaan multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seseorang guru dalam meningkatkan kemahiran permainan bola tampar. Antara kebaikan yang bermakna hasil dari penggunaan multimedia untuk pembelajaran ialah maklumat dapat dipersembahkan dalam pelbagai gaya pembelajaran dan pelajar dapat belajar dengan kelajuan sendiri.

Dalam pendidikan kesihatan pula, guru juga dapat mengintegrasikan penggunaan multimedia dalam tajuk pengajarannya. Sebagai contoh, dalam tunjang kesihatan diri dan keluarga tajuk kesihatan diri tahun satu, guru boleh menggunakan LCD, laptop, alat pembesar suara dan ICT dalam menyampaikan tajuk ini.

Dalam set induksi, guru boleh memainkan lagu Bangun Pagi, Gosok Gigi yang telah mereka pelajari di pra sekolah. Murid dan guru menyanyikan lagu ini dengan melakukan aksi seperti di dalam isi lagu. Penggunaan set induksi yang menarik seperti nyanyian dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian kepada isi pelajaran nanti. Dalam bahagian penyampaian pula, guru boleh menayangkan gambar tubuh badan dan gigi kepada pelajar. Semasa penayangan ini dilakukan, adanya sesi soal jawab antara guru dan murid. Contohnya guru menyoal murid, Apakah nama bahagian bertanda A? Gambar yang ditayangkan hendaklah mempunyai grafik atau animasi yang menarik agar pelajar minat untuk melihat tayangan dan secara tidak langsung dapat memberikan kesan pembelajaran yang berkesan. Ini adalah kerana pelajar terutamanya pelajar tahap satu mudah tertarik dan belajar melalui penggunaan alat bantu mengajar guru yang menarik. Kemudian, guru juga boleh menayangkan video cara memberus gigi dengan betul. Guru boleh membawa pelajar dalam aktiviti berus gigi. Pelajar perlu mengikut cara yang ditunjukkan di dalam video. Sebagai penutup, guru boleh menayangkan gambar daripada internet akibat kecuaian menjaga kesihatan diri seperti karies gigi, kudis dan kelemumur.

Guru boleh mencetak maklumat yang didapati dari internet dan mempamerkan maklumat di dalam kelas pada sudut pendidikan kesihatan. Di sini, penggunaan buku teks sebenarnya tidak diabaikan. Sebagai latihan atau kerja rumah pelajar, guru boleh meminta pelajar menjawab soalan di dalam buku teks berdasarkan isi pelajaran yang telah diajar guru dan maklumat yang dipamer di dalam kelas. Hasil pembelajaran menggunakan multimedia didapati amat berkesan dan juga menarik. Murid akan lebih mudah ingat isi pelajaran sekiranya guru menggunakan teknologi dan ICT di dalam kaedah mengajar. PENUTUPSebagai penutup, penggunaan teknologi dan ICT dapat membantu seseorang guru dalam merancang pengajaran mereka sama ada perancangan sebelum, semasa dan selepas menerbitkan bahan pengajaran. Kebolehan guru dalam mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya akan menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dan ICT. Ini juga membawa maksud kreativiti guru yang membuat pengajaran mereka berjaya dan bukan sekadar menggunakan teknologi yang canggih boleh membuat pembelajaran berkesan. Dalam memastikan penggunaan teknologi dan ICT berkesan dalam pedagogi kesihatan, guru perlu menambah dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang penggunaan teknologi dan ICT mengikut perkembangan edaran semasa. Hanya memuat turun bahan dari internet dan memaparkan kepada pelajar adalah tidak mencukupi. Guru juga perlu tahu bahan mana yang boleh digunapakai. Ini adalah kerana sesetengah maklumat yang terdapat di internet masih kurang tepat atau sahih untuk digunakan di dalam pengajaran guru. Kemudian, guru perlu mengolah dan menyediakan pengajaran yang kreatif berdasarkan bahan-bahan pengajaran yang telah didapati. Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah yang sesuai mengikut faktor topik pembelajaran, kesediaan dan tahap pengetahuan murid serta adanya alatan dan juga bahan teknologi yang hendak digunakan bagi menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

MULA

Ada keperluan?

Ada perisian sesuai?

Ada perkakasan sesuai?

Murid tahu mengendalikan perkakasan dan perisian?

Rancangan masa (dalam waktu atau luar waktu)

Tempat (dalam kelas atau luar kelas)

Mod penggunaan (bersendirian atau berkumpulan)

Laksanakan perancangan

Penilaian

TAMAT

Latihan murid.

Ikut kelas literasi computer.

Dapatkan perkakasan

Download

Beli

Bangunkan sendiri

PAGE 1