pendekatan muzik

Upload: cianlitan

Post on 13-Jan-2016

65 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pendekatan Muzik

TRANSCRIPT

Tan Cian Li P3Berdasarkan Pendekatan Muzik, huraikan perkaitannya dengan Pendidikan Muzik Prasekolah yang anda fahami.Pendekatan OrffOrff pernah berkata Experience first, then intellectualize. Perkataan Orff ini membawa maksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Dengan kata lain, Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.Falsafah dan Prinsip:Experience first then intellectualize

Hal ini sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan akan memberi kesan yang positif dalam membantu kanak-kanak menguasai pengetahuan Muzik. Menurut Dr. Ragbir Kaur(2008), Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. Dalam Pendidikan Muzik Prasekolah, pengajaran dan pembelajaran turut dilaksanakan dengan aktiviti hands-on seperti mendengar lagu, menyanyi, menari serta cuba menepuk mengikut irama terlebih dahulu sebelum teori diperkenalkan.

Pengajaran dan pembelajaran ini sesuai dengan perkembangan kanak-kanak yang bermula daripada konkrit ke abstrak. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pendapat Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) yang mengutarakan bahawa prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan berlaku mengikut aturan. Dengan kata lain, seorang bayi tidak dapat berlari sebelum mempelajari cara untuk berjalan terlebih dahulu kerana motor kasar dan motor halusnya masih belum mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak harus didedahkan kepada pergerakan dan irama muzik terlebih dahulu supaya mereka dapat bersedia untuk menerima teori-teori Muzik.Dengan ini, falsafah asas Orff yang memegang kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif di mana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk improvasi dan akhirnya mampu membaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik sesuai diaplikasikan dalam Pendidikan Muzik Prasekolah. Percakapan, nyanyian, pergerakan dan alat muzik menjadi alat yang penting untuk mengajar irama, melodi, bentuk, harmoni dan warna ton alat muzik.

Menurut Orff, unsur asas dalam elemental music ialah alat perkusi dram yang merupakan pengalaman muzik primer bagi seseorang kanak-kanak. Dalam pendekatan Orff, elemen-elemen muzik seperti detik, tempo, ritma dan meter harus dialami secara fizikal melalui pergerakan. Elemen-elemen ini lebih mudah untuk dipelajari dan difahami jika seseorang pelajar mengalaminya daripada hanya mempelajari tentang elemen-elemen muzik ini dalam kelas tanpa sebarang pengalaman fizikal.Falsafah dan Prinsip:Pergerakan dan tarian menjadi unsur asas

Menurut Zainun Ishak (2006), aktiviti pergerakan merupakan masa bergerak untuk kanak-kanak. Sememangnya kanak-kanak di peringkat awal suka bergerak dan mereka tidak suka menjadi pemerhati sahaja dalam sesuatu aktiviti. Sudah menjadi sifat semula jadi kanak-kanak suka melakukan aktiviti di dalam gymnasium atau di luar bilik darjah.

Dalam Pendidikan Prasekolah, pergerakan diberi keutamaan dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah untuk memenuhi fitrah kanak-kanak yang suka bermain dan menarik perhatian mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah ini, kanak-kanak akan berasa lebih berminat untuk menimba ilmu dan tidak akan mudah berasa bosan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya sikap ingin belajar dapat dipupuk sejak kecil lagi, maklamat melahirkan insan yang memegang nilai belajar sepanjang hayat dapat dilahirkan.Sebagai contohnya, kanak-kanak diberi peluang untuk meniru pergerakan arnab semasa pengajaran dan pembelajaran ciri-ciri arnab menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Penambahan pergerakan sebegini akan lebih berkesan berbanding dengan pembelajaran ciri-ciri arnab dalam kelas tanpa sebarang pengalaman fizikal. Benda maljud seperti arnab juga boleh dibawa ke kelas prasekolah supaya kanak-kanak boleh mengadakan interaksi dengan arnab yang sebenar dan memerhatikannya dengan mata sendiri.

Selain itu, Orff juga mengutarakan bahawa muzik harus dipelajari oleh kanak-kanak dengan menggunakan kaedah yang sama semasa mereka mempelajari bahasa ibunda mereka. Dalam pendekatan Suzuki, cara pembelajaran ini dikenali sebagai the mother tongue approach. Kanak-kanak belajar untuk bercakap dengan menggunakan teknik imitasi. Mereka selalunya mengimitasi bunyi atau perkataan yang mereka dengar. Maka menurut Orff, pembelajaran muzik harus berlaku dengan cara yang sama.Falsafah dan Prinsip:Pembelajaran melalui imitasi

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura menerangkan bahawa manusia secara semula jadinya belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku dalam kehidupan seharian seperti berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima hukuman. Oleh hal yang demikian, persekitaran kanak-kanak akan mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak. (Ormrod, 2008)

Selaras dengan Pendekatan Orff, Persekitaran yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran disediakan supaya kanak-kanak dapat mempelajari ilmu seperti mana mereka mempelajari bahasa ibunda mereka di dalam rumah. Suasana pembelajaran prasekolah berkait rapat dengan muzik dilahirkan dan sering digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai Tunjang Pembelajaran.

Kanak-kanak prasekolah diberi pendedahan yang banyak seperti mendengar lagu, mengikut nyayian guru dan memerhatikan video yang disediakan oleh guru. Guru akan membimbing kanak-kanak menyanyi terlebih dahulu sebelum membiarkan kanak-kanak menyanyi dalam kumpulan, bersendirian serta mencipta irama yang tersendiri. Kanak-kanak akan dapat mengimitasi nyayian guru dan tidak akan berasa resah tanpa bimbingan. Sementara itu, moto Pendekatan Orff turut berkait rapat dengan Pendidikan Prasekolah. Motonya membawa maksud jika guru hanya memberitahu pelajar, mereka akan melupakannya, jika guru menunjukkan cara untuk membuat sesuatu, pelajar akan mengingatinya, tetapi jika guru melibatkan pelajar dalam sesuatu aktiviti, mereka akan memahaminya. Langkah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Prasekolah juga bertujuan untuk memastikan kanak-kanak mengetahui, mengingati dan memahami sesuatu ilmu yang disampaikan. Moto Pendekatan Orff

Antara langkah-langkahnya termasuklah set induksi yang menarik perhatian kanak-kanak, langkah 1 yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran, langkah 2 yang memberi pengukuhan kepada kanak-kanak melalui aktiviti, langkah 3 menjalani penilaian untuk memastikan pemahaman kanak-kanak dan akhir sekali penutup yang memberi peluang kepada kanak-kanak mengingat semula perkara yang dipelajari. Hal ini jelas menunjukkan perkaitan antara Pendekatan Orff dengan Pendidikan Prasekolah.Orff turut percaya bahawa kanak-kanak dapat belajar dan memahami sesuatu dengan lebih mendalam jika mereka diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Terdapat beberapa kata kunci dalam proses pembelajaran Pendekatan Orff iaitu Explorasi, Imitasi, Literasi dan improvasi. Penerokaan dan pengalaman diutamakan. Beliau percaya bahawa elemen-elemen muzik harus diterokai oleh kanak-kanak dahulu dalam bentuk yang paling asas.Penerokaan dan pengalaman menjadi keutamaan

Menurut Bredekamp dan Rosegrant Sebagaimana dikutip oleh Rebecca Novick dalam tulisannya Developmentally Appropriate Practice and Culturally Responsive Education: Theory in Practice, menyatakan bahawa:Developmentally appropriate practice reflect an interactive, constructivist view of learning. Key of this approach is the principle that the child constructs his or her own knowledge through interactions with the social and physical environment because the child is viewed as intrinsically motivated and self-directed, effective teaching capitalizes on the childs motivation to explore, experiment, and to make of his or her experience.

Dalam Pendidikan Prasekolah, Konsep 3E (Explore, Experiment and Experience) diberi fokus. Kanak-kanak prasekolah diberi peluang untuk meneroka. Kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dalam kawasan yang dipastikan selamat oleh guru dan guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator atau pemerhati sahaja. Penerokaan kanak-kanak sendiri dapat mengembangkan kreativiti mereka yang tersendiri tanpa sebarang kongkongan. Guru prasekolah boleh memberi bimbingan kepada mereka yang menghadapi masalah.

Kanak-kanak prasekolah juga diberi peluang untuk mencuba sendiri untuk mencari jawapan dan bukannya memberi terus jawapan tersebut kepada mereka. Mereka akan menggunakan pengalaman lama mereka yang dipelajari melalui imitasi perlakuan orang dewasa dalam kehidupan seharian untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya membina pengalaman baru. Dengan cara ini, kanak-kanak akan mendapat pengalaman untuk menyelesaikan masalah yang lebih complex pada masa yang akan dating.

Hal ini berkait rapat dengan kepercayaan Orff tentang penerokaan muzik perlu dimulakan dalam bentuk yang paling asas. Lama kelamaan melalui pengalaman yang secukupnya, pengalaman elemen-elemen muzik ini akan dapat ditapis dan dibawa ke satu tahap penerokaan dan pengalaman muzikal yang lebih rumit.

Walhasilnya, Pendekatan Orff memang membantu memberi idea dalam pelaksanaan Pendidikan Muzik Prasekolah walaupun terdapat juga unsur-unsur yang tidak sesuai. Sebagai seorang guru prasekolah, mengkoordinasikan pendekatan pembelajaran dalam Pendidikan Prasekolah supaya sesuai dengan perkembangan kanak-kanak menjadi tanggungjawab.

Referencescakheppy. (2011, March 20). STRATEGI PEMBELAJARAN DAP (DEVELOPMENTALLY APPROPRIATE PRACTICE). Retrieved from WordPress Web site: https://cakheppy.wordpress.com/2011/03/20/strategi-pembelajaran-dap-developmentally-appropriate-practice/Fanera Jeffrey. (2013, July 21). Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak. Retrieved from Slideshare Web site: http://www.slideshare.net/fanera91/konsep-dan-prinsipMalaysia, K. P. (2009). Teori Pembelajaran Sosial. Retrieved from Penyelidikan dan Inovasi IPG Ipoh Web site : http://ipgipoh.info/research/index.php?option=com_content&view=article&id=68:pembeljaransosial&catid=35:pedagogipsikologiSuzuki. (n.d.). The Mother-Tongue Approach. Retrieved from Music Education Queensland Web site: http://www.suzukimusicqld.com.au/html/mother_tongue_approach.htmlZainun Ishak. (2006). Panduan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications.