pendekatan membuat keputusan kewangan · pdf filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan...

14

Click here to load reader

Upload: tranmien

Post on 03-Mar-2018

223 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

497

PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN

AGIHAN PERUNTUKAN GERAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH DAERAH

PETALING PERDANA (APPROACH FOR FINANCIAL DECISION BY HEADMASTER AND

ITS RELATIONSHIP WITH DISTRIBUTION OF PCG’S (PER CAPITA GRANTS) SUBJECTS ALLOCATION FOR PRIMARY SCHOOL IN

PETALING PERDANA)

Mohd Hanif Bin Mohd Zin1 & Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor 2 1,2Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected] [email protected]

ABSTRAK Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti pendekatan membuat keputusan kewangan guru besar dan hubungannya dengan agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah Daerah Petaling Perdana, Selangor. Kajian ini ingin melihat pendekatan yang digunakan oleh pentadbir dalam membuat keputusan yang terdiri daripada lima gaya pendekatan iaitu secara autokratik, perundingan, kumpulan, rasional dan politik. Rekabentuk kajian ini ialah kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian adalah seramai 86 responden daripada 11 buah sekolah rendah dalam Daerah Petaling Perdana yang terdiri daripada ketua panitia. Pemilihan sampel berdasarkan Krejcie dan Morgan. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dianalisis melalui program SPSS (Statistical Package For Social Science) Versi 22.0 menggunakan perisian paparan windows 7. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi melibatkan ujian ANOVA dan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan berdasarkan persepsi guru di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana adalah berada di tahap sederhana dengan nilai ujian min = 3.66 dan sp = 0.781 manakala analisis tahap agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana berdasarkan persepsi guru berada di tahap sederhana dengan nilai ujian min = 3.21 dan sp = 0.769. Analisis inferensi ujian Kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan dengan agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana manakala analisis ujian ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana berdasarkan faktor demografi. Implikasi kajian ini menunjukkan betapa pentingnya agihan peruntukan PCG mata pelajaran dalam pengurusan kewangan di sesebuah sekolah. Cadangan tindakan turut dibincangkan dalam kajian ini. Kata kunci : Peruntukan PCG mata pelajaran, pengurusan kewangan, sekolah

ABSTRACT The purpose of this study to identify the teacher's financial decision-making approach and its relationship with the allocation of PCG subjects in primary schools in Petaling Perdana District, Selangor. This study looks at the approaches employed by the administrators in making decisions that comprise five approaches, namely autocratic, consultative, group, rational and political. The design of this study is quantitative using the survey method. The sample of the study was 86 respondents from 11 primary schools in the Petaling Perdana District consisting of the Head of Panitia. Sample selection based on Krejcie and Morgan. The instrument for this study is by using questionnaire. The data obtained will be analyzed using the SPSS (Statistical Package For Social Science) Version 22.0 program using windows display software 7. Descriptive analysis involves frequency, percentage, mean and standard deviation. While inference analysis involves ANOVA and Pearson Correlation Test. The findings show that the level of administrators 'approaches to making financial decisions based on teachers' perceptions in primary schools in the Petaling Perdana district is at medium levels with mean test values of 3.66 and sp = 0.781 while the analysis of the allocation level of PCG allocation in primary schools in the Petaling Perdana district Based on the perception of the teacher is in the simple stage with the test value

Page 2: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

498

min = 3.21 and sp = 0.769. The Pearson Correlation test inference analysis showed that there was a significant relationship between the financial decision-making approach of the administrators with the allocation of PCG subjects in primary schools in Petaling Perdana district while ANOVA test analysis showed that there was no significant difference between teacher perceptions of PCG allocation allocation of subjects Primary schools in Petaling Perdana based on demographic factors. The implication of this study shows the importance of distributing the PCG allocation of subjects in the financial management of a school. Action suggestions are also discussed in this study. Keywords: PCG provisions for subjects, financial management, schools

PENGENALAN Guru Besar selaku pengurus sekolah bukan sahaja dikehendaki mahir dalam bidang pengurusan tetapi juga perlu mahir dalam bidang pengurusan kewangan sekolah. Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menggariskan 9 bidang keutamaan dan 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang mana salah satu anjakan yang dibentangkan adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan yang cekap bagi memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Bagi merealisasikan PPPM, sekolah perlu memastikan segala sumber pendapatan diuruskan dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan supaya segala peruntukan di sekolah dapat digunakan secara efisyen dan optimum. Pengurusan kewangan yang cekap di peringkat sekolah sangat penting kerana pihak sekolah menerima pelbagai jenis peruintukan dan bantuan dari kerajaan antaranya ialah bantuan geran per kapita (PCG). (Rosli Mohamed 2012).

LATAR BELAKANG Dalam usaha kerajaan untuk menangani transformasi pendidikan di peringkat global, sektor pendidikan sentiasa di beri keutamaan dan peruntukan yang tinggi dalam bajet oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia demi melahirkan modal insan minda kelas pertama dengan menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025. Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan I, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sektor pendidikan telah diperuntukkan sebanyak 41.3 bilion (Kementerian Kewangan Malaysia 2016). Dalam ucapannya semasa membentangkan bajet, kerajaan akan menyediakan RM800 juta untuk tujuan aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran. Oleh itu, pihak sekolah sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk menghasilkan murid seperti yang dirancang dalam PPPM perlu diterajui oleh pemimpin atau seorang ketua yang multi-tasking dalam segala aspek termasuklah bijak dalam menguruskan sistem kewangan sekolah. Hal ini kerana, guru besar bertanggungjawab sepenuhnya bagi menentukan hala tuju pengurusan kewangan sekolah berjalan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Tujuaannya adalah bagi memastikan segala aktiviti pendidikan mencapai tujuan dan memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PENYATAAN MASALAH Pengurusan kewangan sekolah merupakan satu aspek penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Ini disebabkan oleh kecekapan guru besar bukan sahaja dalam menguruskan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan malah dari segi kreativiti dalam menjana sumber pendapatan sekolah. Terdapat beberapa kajian yang melihat dari segi sumber kewangan antaranya ialah kajian kes yang melihat perbezaan dari segi sumber kewangan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (T) dan SJK(C) oleh Shahril @ Charil Marzuki (2005) di Rawang, Selangor. Kajian kes ini mendapati bahawa peruntukan PCG tidak mencukupi untuk menjalankan pengurusan sekolah sepanjang tahun ditambah pula dengan bebanan kenaikan harga barangan pada masa kini. Selain itu, didapati terdapat guru besar sekolah yang memperuntukkan dana besar untuk tujuan yang salah. Banyak sekolah yang tidak konsisten dalam mengawasi catatan kewangan semasa penggunaan dana sekolah (Muhammad Faizal, Norfaiza & Saedah 2013). Justeru itu, seorang guru besar mestilah seharusnya bersikap akauntabiliti dengan kuasa dan autoriti yang dimiliki dalam menguruskan kewangan sekolah. Akauntabiliti kewangan sekolah bermaksud satu proses yang melibatkan guru besar dan warga sekolah dalam merancang, mengagih, dan menggunakan sumber manusia, wang tunai, harta awam dan perkhidmatan bagi mencapai matlamat organisasi (Kementerian Pendidikan Malaysia 2005). Tahap kesedaran etika yang rendah tentang tanggungjawab yang diberikan oleh pihak atasan kepada pihak yang bertanggungjawab merupakan faktor utama berlakunya masalah mengagihkan kewangan.

Page 3: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

499

Hal ini berlaku kerana kebanyakan pihak pengurusan tidak mengetahui ilmu menguruskan kewangan dengan betul (Syed Ismail & Ahmad Subki 2010). Sekolah memerlukan seorang pengurus kewangan yang cekap kerana wang yang diperuntukkan adalah amanah yang harus diurus dan dibelanjakan mengikut arahaan-arahan yang telah ditetapkan sama ada oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia atau arahan Perbendaharaan Kerajaan Malaysia. Pengurusan kewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan dan objektif yang ditetapkan. Isu yang timbul untuk membolehkan kajian ini dibuat ialah pengurusan pembelian dan pesanan kerana agihan peruntukan kewangan sekolah sangat bergantung kepada cara Guru Besar membuat keputusan. Isu ini disokong Kementerian Pendidikan Malaysia (2009) iaitu dalam tatacara pembelian, setiap pembelian perlu menyenaraikan barangan dalam buku pesanan tempahan terlebih dahulu. Isu yang kedua ialah pengurusan yang kurang mahir. Tahap kesedaran etika yang rendah tentang tanggungjawab mengagihkan peruntukan kewangan. Isu ini disokong oleh Mohamed Mahmood (2007), pengurusan kewangan yang kurang mahir adalah salah satu masalah utama dalam pengurusan kewangan sekolah di Malaysia. Isu yang ketiga ialah peruntukan tidak mencukupi. Keputusan peperiksaan memberi kesan peningkatan dalam pengagihan peruntukan kewangan. Isu ini disokong oleh Semparuthi (2008), keputusan UPSR memberi kesan peningkatan dalam peruntukan PCG Mata pelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah untuk:

i. Mengenalpasti pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan berdasarkan persepsi guru di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana.

ii. Menentukan hubungan antara pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan dengan agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana.

iii. Mengenal pasti agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana berdasarkan persepsi guru.

iv. Membandingkan persepsi guru terhadap agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana berdasarkan faktor demografi seperti bangsa, umur, kelayakan akademik tertinggi, tempoh perkhidmatan dan opsyen.

PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian adalah seperti berikut :

i. Apakah tahap pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan berdasarkan persepsi guru di sekolah rendah dalam daerah Petaling Perdana?

ii. Adakah terdapat hubungan antara pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan dengan agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah daerah Petaling Perdana?

iii. Apakah tahap agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah daerah Petaling Perdana berdasarkan persepsi guru?

iv. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru terhadap agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah daerah Petaling Perdana berdasarkan faktor demografi?

v.

KERANGKA KONSEP Konsep penyelidikan adalah seperti dalam Rajah 1 yang menunjukkan dengan jelas konsep dan arah aliran kajian yang dilakukan. Kajian yang dilakukan adalah untuk mengkaji dengan jelas pendekatan yang digunakan oleh pentadbir semasa membuat keputusan kewangan berdasarkan 5 konstruk iaitu autokratik, perundingan, kumpulan, rasional dan politik. Tiga daripada konstruk tersebut iaitu autokratik, perundingan dan kumpulan diambil dalam model membuat keputusan iaitu Model Vroom-Yetton (1973) manakala baki konstruk di ambil dari Model Pengurusan Pendidikan Bush (1997).

Page 4: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

500

Rajah 1 : Kerangka Konsep Kajian

[Sumber: Adaptasi dan diubahsuai dari Model Vroom-Yetton (1973) dan Model Pengurusan Pendidikan Bush

(1997).]

Berdasarkan Rajah 1, kajian ini merangkumi dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Pembolehubah bebas ialah Pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan, manakala pembolehubah bersandar ialah agihan peruntukan PCG mata pelajaran.

KAJIAN LITERATUR Kajian Lepas Peruntukan PCG Dan Membuat Keputusan Kajian yang dibuat oleh Saad et al (2011) kepada seramai 126 tenaga pengajar Politeknik yang dipilih secara rawak untuk menilai kemudahan pembelajaran, peruntukan kewangan dan Kursus dalam Perkhidmatan (KDP) bagi kursus Pendidikan Islam di Politeknik Malaysia. Hasil kajian Saad et al mendapati bahawa kemudahan pembelajaran, peruntukan kewangan dan KDP berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian tersebut pada konstruk pengurusan peruntukan kewangan berada pada tahap sederhana. Hal ini bermakna, konstruk itu perlu diberi perhatian supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan pihak pengurusan institusi pendidikan perlu mengenal pasti terlebih dahulu keperluan sekolah dan pelajar sebelum peruntukan kewangan diagihkan. Objektif perlu dikenal pasti dan disemak seterusnya diterjemahkan dalam bentuk yang boleh diukur supaya dapat ditafsir oleh semua pihak agar pengurusan peruntukan kewangan dapat diketahui oleh semua pihak. Dapatan kajian tersebut selari dengan kajian yang dilakukan oleh Roslan (2000) mendapati institusi pendidikan kebanyakannya memaklumkan kepada tenaga pengajar tentang peruntukan kewangan. Dalam kajian lain iaitu melihat perbezaan dari segi sumber kewangan bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil dan SRJK Cina serta masalah yang dihadapi telah dijalankan oleh Shahril @ Charil Marzuki (2005) di Rawang, Selangor. Kajian kes di sebuah SRJK (T) mendapati bahawa sumber kewangan sekolah diperolehi daripada sumber kerajaan dan pungutan yang dibuat oleh pihak sekolah sendiri. Kebanyakan tugas pengurusan kewangan dibuat oleh Guru Besar dengan bantuan kerani kewangan. Antara masalah yang dihadapi oleh sekolah ini ialah peruntukan pendapatan PCG yang tidak mencukupi, kegagalan majoriti murid dalam menjelaskan yuran persekolahan dan tiada pendedahan kursus pengurusan kewangan bagi kerani kewangan. Kajian kes di salah sebuah SRJK (C) mendapati bahawa sekolah tersebut juga mendapat peruntukan PCG daripada kerajaan. Kutipan yuran daripada murid turut dibuat selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Sumber kewangan sekolah ini turut diperolehi daripada sewaan pihak kantin,

Pendekatan Membuat Keputusan

1. Autokratik

2. Perundingan

3. Kumpulan

4. Rasional

5. Politik

Tahap Keberkesanan

Pengurusan

Kewangan Sekolah

1. Tinggi

2. Sederhana

3. Rendah

Faktor Demografi

1. Bangsa

2. Umur

3. Kelayakan

akademik

tertinggi

4. Tempoh

perkhidmatan

Agihan peruntukan PCG mata

pelajaran

Page 5: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

501

sebahagian hasil jualan kedai buku dan sumbangan derma. Sekolah tersebut mempunyai dua buah buku akaun bagi merekodkan urusan kewangan yang dilaksanakan iaitu Buku Wang Tunai Kerajaan dan Buku Sumbangan Wang Awam (SUWA). Guru Besar sekolah tersebut menyatakan beliau tidak mengalami sebarang masalah ketara dan segi pengurusan kewangan namun beliau berpendapat bahawa peruntukan PCG perlu ditambah. Secara umumnya, kedua-dua kajian kes tersebut bertujuan untuk mengenal pasti amalan dalam pelaksanaan pengurusan kewangan di SRJK (T) dan SRJK (C). Kajian ini juga ingin mengetahui tentang kepatuhan kedua-dua jenis sekolah terhadap pekeliling kewangan yang berkuatkuasa dan masalah yang dihadapi kerana sekolah tersebut bertaraf bukan Pusat Tanggungjawab (PTj). Oleh itu, kajian yang dilakukan oleh pengkaji mempunyai kaitan dengan kajian yang dibuat oleh Shahril @ Chad.Marzuki (2005). Namun, bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai pengurusan kewangan di sekolah, kajian di sekolah bertaraf PTj turut dikaji. Kajian membuat keputusan pula telah dilakukan oleh Nor Fariza et al (2012) mengenai disentralisasi kewangan di sekolah-sekolah Malaysia yang menjurus kepada strategi perlaksanaan berkesan. Kajian tersebut membentangkan dapatan mengenai strategi penting yang diperlukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan pengurusan kewangan berasaskan sekolah di Malaysia. Dapatan menggunakan kaedah kualitatif secara temu bual dengan sepuluh orang pengetua terpilih menunjukkan terdapat beberapa strategi penting yang perlu diberi keutamaan oleh semua sekolah agar berjaya menguruskan kewangan sekolah. Untuk merealisasikannya, kerjasama, usaha dan perbincangan dari semua pihak dapat membawa transformasi terhadap sekolah berasaskan pengurusan kewangan. Menurut Ab. Aziz Yusof (2004) pemimpin perlu bersedia dan sanggup menghadapi risiko berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dalam membuat keputusan untuk organisasi. Menurut Zainal Arifin Ahmad (2000) membuat keputusan secara kumpulan mempunyai kelebihan kerana pengetahuan yang lebih mendalam dalam menghayati permasalahan yang timbul dalam peruntukan kewangan. Pendapat ini di sokong oleh Ab. Razak Ibrahim dan Ainin Sulaiman (2000) menjelaskan bahawa membuat keputusan secara berkumpulan adalah lebih baik berbanding keputusan individu. Ini adalah kerana kumpulan menghasilkan pengetahuan yang lebih sempurna. TEORI/ MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN Model Vroom-Yetton (1973) Pengkaji memilih untuk menggunakan Model Vroom-Yetton kerana ianya direka bagi membantu ketua sesebuah organisasi dalam mengenal pasti pendekatan membuat keputusan terbaik dan gaya kepimpinan untuk diambil, berdasarkan keadaan semasa. Tiada proses membuat keputusan yang sesuai dengan setiap senario. Sebaliknya Vroom-Yetton menawarkan beberapa proses yang berbeza dan mengarahkan ketua menggunakan kaedah yang terbaik dalam penyelesainnya. Pengkaji telah mendapati bahawa model Vroom-Yetton dapat digunakan sebagai alat untuk membantu mengenali berbagai jenis situasi dalam membuat keputusan secara berkelompok dan dapat menyarankan gaya-gaya kepemimpinan yang dianggap layak untuk setiap situasi. Model Vroom-Yetton telah memberi penekanan terhadap kepimpinan yang berkaitan dengan proses membuat keputusan. Bagi Vroom-Yetton dalam membuat keputusan, seseorang pemimpin menghadapi masalah untuk menentukan kontigensi setiap situasi dan seterusnya bertindak mengikut keberkesanannya. Model ini telah mengemukakan lima pendekatan pemimpin membuat keputusan seperti Jadual 2.1 di bawah :

Jadual 2.1 : Proses Membuat Keputusan

Sumber : Vroom-Yetton (1973)

Page 6: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

502

Vroom-Yetton telah menerangkan beberapa cara membuat keputusan yang merangkumi pelbagai strategi termasuklah strategi A (autokratik) , P (Perundingan) dan K (kumpulan). Hal ini dapat dinyatakan bahawa keputusan bergerak dari AI ke KII yang mana jumlah pengaruh kakitangan terhadap keputusan akhir semakin bertambah. Daripada Jadual 1 dapat disimpulkan bahawa pentadbir yang autokratik dalam membuat keputusan secara sendirian dengan menggunakan maklumat organisasi yang sedia ada ataupun maklumat yang diperolehi danpada kakitangan atau orang bawahan. Dalam konteks ini, kakitangan tidak mempunyai peluang untuk menyumbang, campur tangan atau menilai keputusan yang ingin dibuat. Pentadbir yang mengamalkan proses perundingan pula akan membincangkan masalah dengan beberapa orang bawahannya secara individi atau bermesyuarat dengan mereka. Kemudian, keputusan yang akan di buat bukanlah mengambil kira input daripada hasil perundingan tersebut. Hal ini berbeza dengan pentadbir yang melaksanakan proses membuat keputusan dalam kumpulan. Pentadbir akan berkongsi masalah dengan orang bawahannya. Pentadbir juga berperanan sebagai sebahagian ahli mesyuarat di mana beliau akan sama-sama berbincang bersama-sama. Pentadbir juga terlibat dalam proses penyediaan maklumat dan membantu dalam mencari jalan penyelesaian bukan nhanya untuk dirinya sendiri malah untuk seluruh organisasi. Model Pengurusan Pendidikan Bush (1997)

Model Pengurusan Pendidikan Bush (1997) menyatakan bahawa proses membuat keputusan boleh dibahagikan kepada empat pendekatan. Pendekatan yang dimaksudkan ialah secara berpasukan, politik, rasional dan secara kabur. Melalui pendekatan membuat keputusan secara rasional, seseorang pemimpin akan membuat keputusan dengan mempertimbangkan kesan yang akan dihadapinya selepas membuat keputusan. Dalam hal ini keputusan yang dibuat biasanya adalah merupakan keputusan yang selamat dan baik bagi semua pihak. Sementara itu, membuat keputusan secara politik adalah kerana mempunyai agenda tertentu. Contohnya untuk memperolehi sesuatu kepentingan. Selain itu, pemimpin yang menggunakan pendekatan membuat keputusan secara berpasukan pula akan mempertimbangkan perasaan orang bawahamnya. Pemimpin jenis ini akan menggunakan kepakaran setiap orang bawahannya dalam membuat keputusan. Pendekatan membuat keputusan secara kabur (ambiguity) menggambarkan bahawa pentadbir atau pemimpin tersebut membuat keputusan tanpa ada perancangan yang jelas dan mengikut perasaan.

METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Dalam penyelidikan ini, pengkaji memilih kaedah kuantitatif dalam bentuk tinjauan deskriptif. Kaedah kuantitatif adalah satu kajian yang boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Instrumen dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Lokasi Kajian Lokasi kajian terletak di daerah Petaling Perdana di mana lokasi ini dipilih kerana berdekatan dengan kawasan pengkaji dan diharap keputusan kajian dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh guru di sekolah yang telah dipilih untuk membuat keputusan kewangan pada masa akan datang. Lokasi kajian ini juga memudahkan pengkaji untuk mengumpul data kerana kekangan dalam tugas hakiki sebagai guru. Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi untuk kajian ini adalah Ketua Panitia di daerah Petaling Perdana dengan . Pengkaji memilih 11 buah sekolah untuk diedarkan borang soal selidik. Pengkaji menentukan saiz sampel kajian berpandukan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Dalam jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan menyatakan dengan 110 orang populasi kajian, sejumlah 86 orang sampel kajian adalah bersesuaian. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A. bahagian B dan bahagian C. Bahagian A mengandungi maklumat mengenai latar belakang responden yang terlibat. Antara maklumat yang terdapat dalam bahagian ini ialah bangsa, umur, kelayakan akademik tertinggi, tempoh perkhidmatan dan opsyen responden dalam bidang pendidikan. Responden perlu menandakan pada kotak yang telah disediakan. Bahagian B mengandungi 20 item melibatkan pendekatan membuat keputusan yang dibina sendiri berdasarkan model membuat keputusan Vroom-Yetton (1973) dan Model Pengurusan Pendidikan Bush (2007). Responden perlu menandakan tahap persetujuan mereka pada satu skala Likert. Setiap item menggunakan 5 mata skala Likert iaitu (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Tidak Setuju, (3) Kurang Setuju, (4) Setuju, (5) Sangat Setuju. Penyusunan setiap item dalam bahagian ini menggunakan

Page 7: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

503

kombinasi item yang melibatkan sub-konstruk membuat keputusan secara autokratik, perundingan, kumpulan, rasional dan politik. Bahagian C pula mengandungi 7 item melibatkan agihan peruntukan PCG yang dibina sendiri. Responden juga perlu menandakan tahap persetujuan mereka pada skala yang digunakan iaitu Skala Likert dari 1 hingga 5. Kesahan, Kebolehpercayaan Dan Kajian Rintis Soal selidik ini dibuat bersama penyelia bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kandungan daripada pelbagai aspek termasuklah aspek penggunaan bahasa dan ejaan. Bagi menjamin kesahan instrumen kajian, soal selidik ini telah dirujuk kepada individu yang mempunyai pengetahuan tentang bidang pengurusan kewangan bagi tujuan semakan iaitu penyelia pengkaji. Kesahan ini penting untuk memudahkan responden menjawab soal selidik yang telah disediakan. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 30 orang responden Ketua Panitia di daerah Petaling Utama. Berdasarkan kajian rintis tersebut, nilai alpha cronbach (α) bagi soal selidik ialah α = 0.635. Nilai pekali alpha yang menghampiri 1 menunjukkan item-item dalam skala tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan yang amat baik. Lim (2007) memberikan suatu rujukan untuk mengenal pasti kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan Alpha Cronbach seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah :

Jadual 3.1 : Klasifikasi Kebolehpercayaan Instrumen

Alpha Cronbach Tahap Kepercayaan

0.90 atau lebih Amat Baik 0.80 – 0.89 Baik 0.60 – 0.79 Sederhana 0.40 – 0.59 Diragui 0.00 – 0.39 Ditolak

Sumber : Lim (2007)

DAPATAN KAJIAN Analisis Demografi Responden

Jadual 4.1 :Profil Demografi Responden Kajian Demografi Kekerapan Peratusan

Bangsa Melayu 56 64 Cina 14 16 India 15 17 Lain-lain 3 3 Umur 20-30 Tahun 9 10 31-40 Tahun 51 58 41-50 Tahun 27 31 > 50 Tahun 1 1 Kelayakan akademik tertinggi Diploma Perguruan 0 0 Ijazah 86 98 Sarjana 2 2 Tempoh perkhidmatan 1-5 Tahun 3 3 6-10 Tahun 31 35 11-15 Tahun 47 53 > 15 Tahun 7 8 Opsyen Bahasa 19 22

Page 8: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

504

Sains dan Matematik 30 34 Agama 8 9 Lain-lain 31 35 Peratusan mengikut bangsa iaitu 64% (56 orang) responden merupakan Melayu, 17% India (15 orang), 16% Cina (14 orang) dan selebihnya seramai 3 orang dengan lain-lain bangsa iaitu Iban. Berdasarkan lingkungan umur pula, 58% responden dalam lingkungan umur 31-40 tahun, 31% dalam 41-50 tahun, 10% 20-30 tahun dan hanya seorang responden sahaja dalam lingkungan umur lebih daripada 50 tahun. mengikut umur. Majoriti responden dalam aspek kelayakan akademik tertinggi pula sebanyak 98% untuk lulusan Ijazah Sarjana Muda manakala hanya 2% responden memiliki Sarjana Pendidikan. Berdasarkan tempoh perkhidmatan pula, 53% responden telah berkhidmat antara 11-15 tahun, 35% telah bertugas selama 6-10 tahun, hanya 3% baru berkhidmat 1-5 tahun dan selebihnya masih berkhidmat lebih daripada 15 tahun (8%). 34% responden merupakan opsyen Sains dan Matematik, 22% responden opsyen Bahasa dan 9% responden opsyen Agama. Manakala 35% responden lain-lain opsyen seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Rekabentuk dan Teknologi, Pendidikan Jasmani, Sejarah dan lain-lain. Analisis Tahap Pendekatan Pentadbir Membuat Keputusan Kewangan Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama ini, tahap pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan dinilai berdasarkan item-item yang terdapat dalam Bahagian B. Oleh itu, keseluruhan dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan 1 ditunjukkan dalam Jadual 4.2 di bawah.

Jadual 4.2 : Skor Min Tahap Pendekatan Pentadbir Membuat Keputusan Kewangan

Bil. Membuat Keptusan Kewangan STS TS KS S SS Min SP

Interp.

1. Guru Besar membuat keputusan - - - 28 60 4.68 0.468 Tinggi berkaitan agihan PCG mata (31.8%) (68.2%) pelajaran berdasarkan maklumat yang sedia ada. (Contoh : Surat Pekeliling Iktisas) 2. Guru Besar memperoleh maklumat 52 12 5 15 4 1.94 1.325 Rendah dari orang bawahan ketika membuat (59.1%)(13.6%)(5.7%) (17%) (4.5%) urusan pembelian alat bantu mengajar dan kemudian membuat keputusan sendiri. 3. Guru-guru digalakkan memberi 53 10 3 9 13 2.08 1.548 Rendah pandangan dalam pengurusan (60.2%)(11.4%)(3.4%) (10.2%) (14.8%) kewangan sekolah tetapi tidak di beri peluang menilai keputusan yang dibuat. 4. Guru Besar membuat keputusan 52 19 11 6 - 1.67 0.943 Rendah sendiri dalam membuat perbelanjaan (59.1%)(21.9%)(12.5%) (6.8%) PCG tanpa mengambil kira pandangan guru lain. 5. Guru Besar berkongsi pandangan - - 4 46 38 4.39 0.576 Tinggi dalam proses pembelian alat bantu (4.5%) (52.3%) (43.2%) mengajar dengan orang bawahan secara individu dan kemudiannya membuat keputusan bersama. 6. Guru Besar berkongsi pandangan 45 15 7 11 10 2.16 1.453 Rendah dalam kumpulan sama ada secara (51.1%) (17%) (8%) (12.5%) (11.4%) bermesyuarat berkaitan dengan proses agihan PCG mata pelajaran dan kemudian membuat keputusan sendiri. 7. Guru Besar memberi ruang kepada - 1 2 33 52 4.55 0.605 Tinggi

Page 9: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

505

orang bawahannya untuk memberi (1.1%) (2.3%) (37.5%) (59.1%) pandangan dan idea mengenai agihan PCG mata pelajaran dalam mesyuarat dan kemudiannya membuat keputusan. 8. Guru Besar mempengerusikan 42 22 12 5 7 2.01 1.255 Rendah Mesyuarat kewangan sekolah dan (47.7%)(25%) (13.6%) (5.7%) (8%) membuat keputusan sendiri mengenai baki agihan PCG mata pelajaran. 9. Guru Besar memberi kebebasan - - 3 11 74 4.81 0.476 Tinggi kepada ketua panitia mata pelajaran (3.4%) (12.5%)(84.1%) untuk membuat keputusan kewangan masing-masingdalam proses pembelian alat bantu mengajar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 10. Komunikasi dua hala sentiasa - - 15 16 57 4.48 0.773 Tinggi diberikan oleh pentadbir walaupun (17%) (18.2%) (64.8%) bukan dalam keadaan yang tidak formal mengenai agihan PCG. 11. Keputusan kewangan sekolah saya - - 3 46 39 4.41 0.560 Tinggi di buat secara rasional. (3.4%) (52.3%) (44.3%) 12. Keputusan kewangan hanya akan 1 1 - 9 77 4.82 0.958 Tinggi dibuat bagi program yang (1.1%) (1.1%) (10.2%) (87.5%) mempunyai dokumentasi yang lengkap seperti kertas kerja dan anggaran kos. 13. Keputusan kewangan di buat - - 1 36 51 4.57 0.521 Tinggi berdasarkan alternatif yang terbaik. (1.1%) (40.9%) (58%) 14. Di sekolah saya, keputusan kewangan - - - 39 49 4.56 0.450 Tinggi di buat secara sistematik. (44.3%) (55.7%) 15. Terdapat elemen mengampu oleh 74 10 3 1 - 1.21 0.556 Rendah orang bawahan semasa Guru Besar (84.1%) (11.4%)(3.4%) (1.1%) membuat keputusan kewangan sekolah 16. Keputusan kewangan sekolah saya 2 - 11 29 46 4.33 0.867 Tinggi dibuat mengikut keutamaan yang (2.3%) (12.5%) (33%) (52.3%) diletakkan oleh pentadbir. 17. Keputusan kewangan sekolah saya - - 3 63 22 4.22 0.490 Tinggi dibuat secara berkumpulan. (3.4%) (71.6%) (25%) 18. Keputusan kewangan sekolah saya - - 5 50 33 4.32 0.578 Tinggi dibuat ketika perbincangan sedang (5.7%) (56.8%) (37.5%) berlangsung. 19. Keputusan kewangan sekolah saya - 1 16 28 43 4.28 0.802 Tinggi dibuat selepas mengambil kira (1.1%) (18.2%) (31.8%) (48.9%) pandangan berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing selepas bermesyuarat. Keseluruhan 3.66 0.781 Sederhana Jadual di atas menunjukkan tahap pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah Guru Besar memberi kebebasan kepada ketua panitia mata pelajaran untuk membuat keputusan kewangan masing-masing dalam proses pembelian alat bantu mengajar mengikut peraturan yang telah ditetapkan (min = 4.81 dan sp = 0.476) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 3 orang (3.4%) ketua panitia menyatakan kurang setuju, seramai 11 orang

Page 10: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

506

(12.5%) ketua panitia menyatakan setuju, dan seramai 74 orang (84.1%) ketua panitia menyatakan sangat setuju. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah elemen mengampu oleh orang bawahan semasa Guru Besar membuat keputusan kewangan sekolah (min = 1.21 dan sp = 0.556) berada pada tahap rendah. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 74 orang (84.1%) ketua panitia menyatakan sangat tidak setuju, 10 orang (11.4%) ketua panitia menyatakan tidak setuju, 3 orang (3.4%) ketua panitia menyatakan kurang setuju, seramai seorang (1.1%) ketua panitia menyatakan setuju. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan berada pada tahap yang sederhana (min = 3.66 dan sp = 0.781). Analisis Hubungan Pendekatan Pentadbir Dengan Agihan Peruntukan

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua ini berdasarkan item-item yang terdapat dalam soal selidik bahagian B. Item soal selidik ditunjukkan dalam Jadual 4.3 di bawah

Jadual 4.3: Konstruk Membuat Keputusan

Pendekatan Membuat Keputusan Bilangan item Item Soal Selidik

Autokratik 4 1, 2, 3, 4 Perundingan 3 5, 6, 7 Kumpulan 6 8, 9, 10, 17, 18, 19 Rasional 4 11, 12, 13, 14 Politik 2 15, 16 Ujian Kolerasi dijalankan dan nilai p ditakrifkan bagi merujuk sama ada nilai tersebut signifikan atau tidak signifikan. Jadual 4.4 menunjukkan kesimpulan nilai kolerasi bagi menentukan sama ada terdapat hubugan atau tidak antara pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan dengan agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana.

Jadual 4.4: Nilai ujian statistik kolerasi

Item Kolerasi Pearson Correlation Nilai Signifikan

Autokratik -0.505 0.000 Perundingan 0.466 0.000 Kumpulan 0.207 0.000 Rasional 0.090 0.004 Politik 0.320 0.002 Berdasarkan Jadual 4.4 nilai Kolerasi setiap elemen adalah positif (hubungan positif) kecuali hubugan pendekatan membuat keputusan berdasarkan autokratik yang memiliki nilai pearson negatif (hubungan negatif). Manakala nilai signifikan p adalah p<0.01 menujukkan Ho berjaya ditolak, terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan berdasarkan elemen membuat keputusan terhadap agihan peruntukan PCG. Analisis Tahap Agihan Peruntukan PCG Mata Pelajaran Di Sekolah

Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga ini, tahap agihan peruntukan PCG mata pelajaran dinilai berdasarkan item-item yang terdapat dalam Bahagian C. Oleh itu, keseluruhan dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan 3 ditunjukkan dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Tahap Agihan Peruntukan PCG Mata Pelajaran di Sekolah

Bil. Agihan Peruntukan PCG STS TS KS S SS Min SP Interp.

1. Jumlah PCG mata pelajaran - - 2 7 79 4.88 0.396 Tinggi saya yang diterima adalah (2.3%) (8%) (89.8%)

Page 11: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

507

mencukupi untuk membolehkan murid saya menerima proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang ditetapkan. 2. Jumlah PCG mata pelajaran 1 4 10 35 38 4.19 0.895 Tinggi Yang diterima cukup untuk (1.1%) (4.5%) (11.4%) (39.8%) (43.2%) Panitia saya membeli Alat Bantu Mengajar yang berkesan untuk proses pengajaran di dalam kelas. 3. Baki perutukan PCG mata 20 39 28 1 - 2.22 0.765 Rendah pelajaran panitia saya masih (22.7%) (44.3%) (31.8%) (1.1%) banyak walaupun telah membeli bahan pengajaran yang berkesan. 4. PCG mata pelajaran panitia 15 15 34 15 9 2.86 1.196 Rendah kadangkala tidak mencukupi (17%) (17%) (38.6%) (17%) (10.2%) untuk membeli bahan pengajaran di dalam kelas. 5. Saya menggunakan duit sendiri 68 15 4 1 - 1.30 0.609 Rendah untuk menampung peruntukan (77.3%) (17%)( 4.5%) (1.1%) PCG mata pelajaran yang diterima. 6. Pihak pentadbir kadangkala 27 23 28 10 - 2.24 1.017 Rendah melakukan pindaan (30.7%) (26.1%) (31.8%) (11.4%) peruntukan PCG mata pelajaran panitia saya kepada panitia lain. 7. Jumlah PCG mata pelajaran - - 1 18 69 4.76 0.503 Tinggi panitia saya perlu ditambah (1.1%) (20.5%) (78.4%) untuk melancarkan proeses pengajaran dan pembelajaran. Keseluruhan 3.21 0.769 Sederhana Jadual di atas menunjukkan tahap agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah jumlah PCG mata pelajaran saya yang diterima adalah mencukupi untuk membolehkan murid saya menerima proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang ditetapkan.(min = 4.88 dan sp = 0.396) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 2 orang (2.3%) ketua panitia menyatakan kurang setuju, seramai 7 orang (8%) ketua panitia menyatakan setuju, dan seramai 79 orang (89.8%) ketua panitia menyatakan sangat setuju. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah saya menggunakan duit sendiri untuk menampung peruntukan PCG mata pelajaran yang diterima (min = 1.30 dan sp = 0.609) berada pada tahap rendah. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 68 orang (77.3%) ketua panitia menyatakan sangat tidak setuju, 15 orang (17%) ketua panitia menyatakan tidak setuju, 4 orang (4.5%) ketua panitia menyatakan kurang setuju, seramai seorang (1.1%) ketua panitia menyatakan setuju. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan berada pada tahap yang sederhana (min = 3.21 dan sp = 0.769). Analisis Perbezaan Persepsi Guru Terhadap Agihan Peruntukan Pcg Berdasarkan Faktor Demografi.

Bagi menjawab persoalan kajian yang terakhir ini, perbezaan persepsi guru terhadap agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana berdasarkan faktor demografi di uji berdasarkan item skala di dalam soal selidik. Ujian varians Anova dijalankan dan nilai p ditakrifkan bagi merujuk sama ada nilai tersebut signifikan atau tidak signifikan. Jadual 4.6 menunjukkan kesimpulan nilai p dan F bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan berdasarkan faktor demografi.

Jadual 4.6: Nilai ujian statistik varian

Ujian Varian ANOVA F Total df Nilai p

Bangsa 1.813 12 0.061

Page 12: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

508

Umur 0.737 12 0.711 Kelayakan akademik tertinggi 0.291 12 0.989 Tempoh perkhidmatan 1.090 12 0.381 Opsyen 1.491 12 0.146

Jadual 4.6 menunjukkan keputusan nilai p yang dijalankan bagi menilai tahap perlaksanaan program. Nilai F ialah 1.813 bagi faktor bangsa, 0.737 untuk faktor umur, 0.291 untuk faktor kelayakan akademik tertinggi, 1.090 untuk faktor tempoh perkhidmatan dan 1.491 bagi faktor opsyen. Dengan darjah kebebasan sebanyak 12, nilai signifikan p kesemua faktor menunjukkan p>0.05. maka nilai p ini menunjukkan Ho tidak berjaya ditolak dan membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah di daerah Petaling Perdana dengan faktor demografi.

PERBINCANGAN Peruntukan PCG merupakan salah satu kaedah sumber kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada sekolah mengikut bilangan murid. Peruntukan PCG mata pelajaran sememangnya diperlukan untuk membolehkan pihak sekolah merancang aktiviti murid khususnya program untuk kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta membeli alat bantu mengajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden yang terdiri daripada Ketua Panitia mempunyai persepsi yang sama tentang agihan peruntukan PCG mata pelajaran yang mana pada pendapat mereka ianya peruntukan kewangan mencukupi namun kerana setiap tahun permintaan pengunaan alat bantu mengajar sentiasa meningkat kerana keadaan ekonomi semasa yang menyebabkan kenaikan harga barangan maka mereka beranggapan ianya perlu disemak semula untuk masa akan datang. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Husaina Banu Kenayathulla, Ranjeetham Subramaniam, Muhammad Faizal A. Ghani (Oktober 2015). Pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan membolehkan peruntukan PCG mata pelajaran diagihkan, diuruskan dan dibelanjakan untuk tujuan kepada murid sahaja. Dalam kajian ini memfokuskan 5 pendekatan membuat keputusan yang dikaji oleh pengkaji iaitu pendekatan membuat keputusan secara autokratik, perbincangan, kumpulan, rasional dan politik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pentadbir membuat keputusan dalam konteks kewangan di sekolah yang paling dominan ialah pendekatan secara rasional, diikuti oleh pendekatan secara kumpulan, perundingan, politik dan akhir sekali secara autokratik. Hal ini membuktikan responden bersetuju bahawa Guru Besar sering membuat keputusan kewangan berkaitan pengagihan PCG dengan mengambil kira faktor luaran seperti pendapat dari guru-guru ketua panitia yang mana diadakan mesyuarat jawatankuasa kewangan sekolah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Ini membuktikan bahawa guru-guru digalakkan memberi idea untuk membolehkan semua pihak bekerjasama dalam menguruskan kewangan panitia agar seeiring dengan hasrat kerajaan iaitu melahirkan modal insan yang memberi manfaat kepada bangsa dan Negara. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Noorsyafiza Abd Rahman ((2015). dalam kajian beliau mengenai Kecukupan agihan PCG dengan hubungan pendekatan Pengetua membuat keputusan kewangan di Melaka. Rajah di bawah ditunjukkan keputusan setiap min dalam elemen pendekatan pentadbir membuat keputusan.

Jadual 4.7: Min dan Sisihan Piawai bagi Setiap Pendekatan Pentadbir Membuat Keputusan

Jenis Pendekatan Min Sisihan Piawai

Autokratik 2.591 1.071 Perundingan 3.203 0.878 Kumpulan 4.022 0.729 Rasional 4.591 0.532 Politik 2.775 0.712

Walaubagaimanapun, bukanlah bererti Guru Besar tidak boleh menggunakan autoriti yang dimiliki untuk memastikan peruntukan PCG mata pelajaran berjalan dengan lancar, namun sikap ketua yang paling baik adalah dengan mangambil kira tentang pandangan orang bawahannya sebelum membuat keputusan. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam sesebuah organisasi saling memerlukan antara satu sama lain. Skor min pendekatan

Page 13: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

509

membuat keputusan secara kumpulan pula adalah kedua tertinggi iaitu dengan nilai 4.022. Majoriti responden bersetuju menyatakan bahawa Guru Besar ada memberikan mereka ruang untuk mengadakan perbincangan sesama mereka mengenai PCG mata pelajaran masing-masing. Walaubagaimanapun, kelima-lima pendekatan membuat keputusan yang dikaji boleh digunakan mengikut kesesuaian setiap situasi untuk menghasilkan keberkesanan keputusan tersebut (Vroom-Yetton 1973). Analisis korelasi Pearson telah dijalankan bagi mengkaji hubungan pendekatan pentadbir membuat keputusan kewangan dengan agihan peruntukan PCG mata pelajaran di sekolah rendah dalam daerah Petaling Perdana. Kajian ini telah mendapati bahawa pendekatan membuat keputusan kewangan berdasarkan elemen autokratif mempunyai hasil yang negatif. Ini kerana ketua panitia berangapan jika seseorang ketua membuat keputusan secara sendirian akan menyebabkan peruntukan PCG tidak mencukupi. Hal ini disebabkan oleh semua ketua panitia tidak terlibat dalam proses membuat keputusan. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang positif untuk elemen lain iaitu elemen rasional, kumpulan, perundangan dan politik. Dapatan kajian ini selari dengan hasil kajian yang dibuat oleh Mohd Richard Neles Abdullah dalam Keputusan Pentadbir tentang agihan kewangan sekolah PTJ dan bukan PTJ (2013).

IMPLIKASI DAN CADANGAN Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya mengkaji semula agihan peruntukan PCG mata pelajaran yang terdapat dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 (2012). Hal ini kerana perubahan ekonomi dan kenaikan harga barangan setiap tahun memerlukan kos yang tinggi. Wajarlah sekiranya pihak KPM dapat memperhalusi semula agihan PCG sesuai dengan perkembangan dan keperluan di zaman globalisasi sekarang. KPM juga perlu menyediakan latihan dan kursus berfokuskan hal ehwal kewangan dengan sasaran utama adalah barisan pentadbir. Kursus pengurusan kewangan yang perlu dilaksanakan mestilah menyentuh secara terperinci dan mendalam tentang aspek-aspek pengurusan kewangan ke mana arah tuju sebenar kewangan tersebut disalurkan. KPM juga disyorkan menyediakan manual pengurusan PCG mata pelajaran yang lebih spesifik untuk dijadikan panduan harian kepada semua Guru Besar dan Pengetua sekolah yang baru dilantik dan tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan kewangan sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JPN dan PPD perlu sentiasa memantau bagi tujuan mengawal setiap aktiviti pengurusan kewangan sekolah supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan. Pihak JPN dan PPD boleh mengadakan pemeriksaaan mengejut pada setiap penggal persekolahan agar peruntukan yang diterima diurus tadbir dengan baik. Secara tidak langsung menunjukkan hubungan dua hala yang baik antara pihak sekolah dengan pihak pentadbiran di peringkat neegeri dan daerah. Pentadbir Sekolah Guru Besar boleh merancang mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah yan mempunyai rekod audit cemerlang. Melalui lawatan itu, di harap pihak sekolah dapat memperoleh gambaran tentang pengurusan kewangan secara sistematik dan berkesan serta dapat mengaplikasi gaya pengurusan kewangan yang dilawati ke sekolah mereka. Selain daripada itu, Guru Besar dan Pengetua perlu memastikan setiap guru yang bekerja di bawahnya mememahirkan diri dalam pengurusan kewangan bukan hanya memfokuskan kepada ketua panitia sahaja. Hal ini kerana sesetengah guru terlibat dalam proses pembelian dan cara mengisi boring nota minta juga perlu dititikberatkan.

RUJUKAN Ab. Aziz Yusof. 2004. Kepimpinan dalam mengurus perubahan. Dari Dimensi Kemanusian. Selangor: Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Ab. Razak Ibrahim dan Ainin Sulaiman . 2000. Gelagat Organisasi. Selangor: Pearson Education Malysia Sdn.

Bhd. Bajet. 2016. Kementerian Kewangan Malaysia. Putrajaya. Rosli Mohamed. 2012. Tatacara Pengurusan Perakaunan Wang Sekolah. Edisi 2012. Kuala Lumpur: Bahagian

Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 14: PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN · PDF filekewangan sesebuah sekolah akan melibatkan proses amalan penggunaan wang pada tahap optimum supaya organisasi dapat mencapai perancangan

510

Husaina Banu Kenayathulla, Ranjeetham Subramaniam, Muhammad Faizal A. Ghani. 2015. Pengurusan Kewangan Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Di Kuala Kangsar, Perak: Satu Kajian Kes. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(4).

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakauanan Kumpulan Wang Sekolah. Putrajaya, Bahagian Kewangan, KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2009:Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset. Putrajaya. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educational and

Psychological Measurement. 30(3):607-610. Lim C.H. 2007. Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kuala Lumpur: McGraw Hills. Mohamed Mahmood. 2007. Pentadbiran kewangan sekolah: Satu tinjauan amalan pengetua di sekolah

menengah daerah Kuala Selangor. Bahan ilmiah yang tidak diterbitkan, Univeriti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Richard Neles Abdullah. 2013. Pengurusan Kewangan Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Kajian Kes. Jurnal Penyelidikan Ipg Kbl, Jilid 11.

Muhammad Faizal, Norfariza & Saedah . 2013. Implementing a type of financial managements in Malaysian public schools: An initial study. Global Business and Economics Research Journal, 2(2), 29-51.

Nor Fariza et al. 2012. Financial decentralization in Malaysian schools: strategies for effective implementation. The Malaysian Online Journal of Educational Science, 1(3).

Shahril @ Charil Marzuki. 2005. Pengurusan kewangan di sekolah rendah dan menengah di Malaysia: Isu, masalah dan cadangan untuk mengatasinya. Masalah Pendidikan, 28, 143-152.

Syed Ismail & Ahmad Subki Miskon. 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8. 2012. Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya.

Vroom, V. & Yetton, P. W. 1973. Leadership and decision making. Pittsburgh, Pa.: University of Pittsburgh Press.

Zainal Ariffin Ahmad. 2000. Perlakuan Organisasi. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.