pendekatan konstruktivis dalam pengajaran sains

Upload: jes74

Post on 08-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

konstruktivisme dalam pengajaran sains

TRANSCRIPT

Pendekatan Konstruktivis dalam pengajaran Sains.PengenalanTeori konstruktivis menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini iaitu proses penjanaan pengetahuan melalui pengetahuan sedia ada murid tersebut dan seterusnya dihuraikan dan menjadi lebih bermakna selepas perbincangan dengan rakan-rakan dan guru (Gupta&Chopra, 2011). Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Konstruktivis adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2001) , Penekanan diberi kepada murid lebih daripada guru yang mana murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Oleh itu autonomi dan inisiatif murid harus diterima dan digalakkan. Pendekatan konstruktivis dalam bilik darjah sebagai proses interpretasi yang melibatkan pembinaan pengetahuan individu yang bermakna dalam bidang sains. Pembinaan pengetahuan baharu dibina melalui perkaitan dengan pengetahuan sedia ada individu tersebut dan menjadi cabaran kepada guru bagi memfokuskan pembelajaran murid dengan lebih mendalam. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah menggariskan beberapa implikasi pengertian teori konstruktivis iaitu:-I. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan muridII. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasifIII. Guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.IV. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.V. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

Pendekatan Konstruktivis yang boleh memberi kesan terhadap Pembelajaran Sains.

1. Pengetahuan sedia adaPersekitaran konstruktivis menggalakkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk lebih memahami teori dan konsep. Pendekatan konstruktivis mengakui bahawa murid mempunyai tahap kefahaman yang berlainan dan dengan itu ia memberikan pelbagai idea (Gupta&Chopra, 2011). Berbeza dengan murid yang belajar dengan pembelajaran hafalan, murid-murid yang menggunakan pembelajaran bermakna dijangka mengekalkan pengetahuan dalam jangka masa yang panjang dan mencari perkaitan baharu berkaitan pembelajaran secara progresif dengan lebih mudah. Idea dan pandangan tentang kebolehan seseorang mempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bukanlah sesuatu yang baru tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaran berasaskan pengalaman ini adalah penting kepada pembelajaran. Kajian yang telah dijalankan oleh Antoniadou & Skoumios (2013) terhadap seramai 173 responden guru, menyatakan bagi mengajar sesuatu konsep baharu dalam sains pendekatan konstruktivis digunakan bagi mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu. Walaupun pengetahuan sedia adalah penting untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan atau menghubungkaitkan pengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses memahamkan sesuatu konsep yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai. Menurut temubual yang dijalankan, kanak-kanak tidak selalunya dapat melihat perkaitan antara perkara baru yang dipelajarinya dengan perkara yang mereka sudah sedia maklum tetapi guru dapat meningkatkan pemahaman ini dengan memberi perhatian kepada apa yang cuba disampaikan oleh murid dan menggunakan pengetahuan tersebut sebagai langkah permulaan dalam memahami konsep sains.Seterusnya di dalam bilik darjah, guru boleh membantu murid untuk mengaktifkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada itu dengan membincangkan apa yang bakal di pelajari oleh mereka sebelum memulakan pengajaran agar pelajar dapat mengingat semula pengetahuan mereka supaya boleh dikaitkan dengan topik pada hari tersebut. Sebagai contoh, murid tahun 4 yang belajar tentang haiwan mempunyai ciri-ciri dan perlakuan tertentu untuk melindungi diri daripada bahaya dan cuaca melampau. Guru memulakan pengajaran dengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudian lebih spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang ada di negara beriklim sejuk dan panas. Pendekatan deduktif digunakan dalam situasi ini bagi menarik minat dan fokur murid terhadap pembelajaran. Pada waktu ini, guru boleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yang hidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidak lengkap atau pun salah.

2. Pembelajaran berpusatkan murid Jean Piaget adalah salah seorang Pakar Psikologi yang pertama untuk membangunkan Pendekatan konstruktivis di mana subjek tidak mempunyai akses langsung kepada realiti luaran, dan hanya membina pengetahuan dengan menggunakan asas dalam membina prinsip-prinsip kognitif untuk mengunjurkan pengalaman sebelumnya. Seterusnya John Dewey percaya bahawa murid perlu diberi peluang untuk berfikir dari diri mereka dan menyuarakan pendapat mereka. Lev Vygotsky mempelopori penyelidikan inlearning science dan dibuat hujah yang kuat untuk keperluan murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dengan kreativiti, penjelasan dan menginterpretasi kerja mereka kepada orang lain (Gupta&Chopra, 2011).Tujuan utama pendidikan sains di peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi diandaikan membantu murid untuk menjadi ahli masyarakat kreatif dengan beberapa literasi saintifik perlu. Dalam pendidikan jenis konvensional seperti syarahan, murid menjadi pendengar pasif dan belajar apa yang diberitahu oleh guru mereka.Pendekatan konstruktivis dilihat banyak pontesi dalam meningkatkan lagi pembelajaran. Prinsip asas pendekatan konstruktivis ialah murid belajar dengan melakukan dan bukannya dengan memerhatikan. Murid membawa pengetahuan terlebih dahulu ke dalam situasi pembelajaran di mana mereka mesti mengkritik dan menilai semula pemahaman mereka. Amalan aktif adalah kunci kunci pengajaran konstruktivis. Pembelajaran yang berpusatkan murid dapat menggalakkan perbincangan dan saling bertukar idea. Di dalam kelas konstruktivis, peranan guru adalah sebagai fasilitator iaitu menggalakkan dan memudahkan perbincangan. Oleh itu, fokus utama guru hendaklah di atas membimbing murid dengan bertanya soalan-soalan yang akan membawa mereka untuk membina kesimpulan sendiri mengenai perkara ini. Sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, di mana salah satu kemahiran tersebut adalah kemahiran komunikasi dan kolaboratif. Perbincangan dalam kumpulan sudah tentu mewujudkan komunikasi dalam kalangan murid tersebut. Contoh aktiviti pengajaran adalah Tahun 4 yang bertajuk Haiwan Mempunyai Ciri-Ciri dan Perlakuan tertentu untuk melindungi diri daripada bahaya dan cuaca melampau. Begi tajuk ini murid-murid boleh dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpulan kecil dan mencari maklumat melalui internet berkenaan dengan tajuk itu tadi. Hasil penemuan mereka itu tadi akan dibincangkan dalam kumpulan dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan mereka itu tadi. Dalam keadaan ini, guru hanya sebagai fasilitator dan menyoal untuk merangsang murid untuk mencari maklumat.

3. EksperimenMenurut Olorundare (2000), sains merujuk kepada fakta, konsep, perkaitan, prinsip dan generalisasi. Eviden terhadap perkara ini memerlukan satu gambaran yang jelas dalam pembentukan idea dalam kalangan murid. Bagi membantu murid dalam membina pengetahuan, eksperimen seperti mana yang terdapat dalam teori konstruktivis dapat membantu murid. Eksperimen dilihat dapat membantu murid membina pengetahuan seperti yang dicadangkan di dalam teori pembelajaran konstruktivisme. Eksperimen merupakan satu kaedah yang penting dalam memberi kanak-kanak pengalaman sains yang perlu dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid perlu menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu pengetahuan baru. Guru kemudiannya membimbing dan menjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat dikembangkan semasa proses ini. Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan persekitaran mereka. Guru boleh menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham seperti dalam jadual di bawah.

BilFasaTujuan/KegunaanKaedah

IOrientasiMenimbulkan minat dan menyediakan suasanaAmali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar

IIPencetusan IdeaSupaya murid dan guru sedar tentang idea terdahuluAmali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan

IIIPenstrukturan semula idea

i. Pernjelasan dan pertukaran

ii. Pendedahan kepada situasi konflik

iii. Pembinaan idea baruiv. PenilaianMewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiriMenguji kesahan idea-idea sedia adaPengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran ideaMenguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina

Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan

Perbincangan, pembacaan, input guru.Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru

IVPenggunaan ideaPengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasaPenulisan sendiri kerja projek

VRenungan kembaliMenyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain

Jadual: Model Konstruktivis Lima Fasa Needham Sumber: http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm

Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan di dalam P&P dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsep daripada menghafal. Guru juga dapat menilai pemahaman murid dengan lebih cepat tanpa perlu bergantung kepada memberi kerja rumah kepada mereka. Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini agak sukar untuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar kerana kekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan mata pelajaran.(Nair & Muthia, 2005)3. Inkuiri PenemuanApabila murid dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatu bahan, ia dapat menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada penemuan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu kejadian yang berlaku. Pendekatan inkuiri penemuan adalah proses inkuiri atau kemahiran proses yang merupakan proses mental untuk mendapatkan ilmu baru atau penemuan baru. Menurut Thangavelo ,Azman & Rodziah (2003) Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiripenemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. Proses mental merupakan proses yang melibatkan murid untuk membuat hipotesis, membuat inferens, mengeksperimen, mengawal pembolehubah, membuat pemerhatian, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, mentafsir data, mendefinisikan secara operasi, menyelesaikan dan meramal dapat menggalakkan murid membina ilmu pengetahuan baru melalui proses inkuiri yang dijalankan dalam makmal. Nik Zarini dan Salmiza (2012) pula dalam kajiannya mendapati murid yang menerima pengajaran secara pendekatan inkuiri penemuan di dapati dapat menarik dan merangsang minat murid untuk meneroka pengetahuan konsep sains. Tarikan terhadap minat murid ini mungkin disebabkan strategi-strategi pengajaran secara pendekatan inkuiri penemuan itu sendiri yang merangsang daya inkuiri murid dengan mengemukakan masalah saintifik dan murid secara aktif mencari cara penyelesaian bagi masalah tersebut dengan meneroka fenomena yang dihadapi secara sendiri. Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Dalam pada itu juga,inkuiri penemuan ini juga merupakan satu pedagogi pengajaran yang berpusatkan kepada murid.

KesimpulanSecara keseluruhannya, pendekatan konstruktivis ini menggalakkan proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Selain itu,kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Kerjasama dalam kumpulan juga dapat melatih murid berkemahiran sosial di mana mereka bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.

Rujukan

Antoniadou, P., & Skoumios, G. M. (2013). Primary Teachers' Conceptions about Science Teaching and Learning.International Journal Of Science In Society,4(1), 69-82.Chopra, R., & Gupta, R. (2011). Impact of Constructivist Approach on Science Achievement of 8th standard Students.International Journal Of Education & Allied Sciences,3(2), 11-16.Gmleksz, M. N., & Bulut, . (2007). An Evaluation of the Effectiveness of the New Primary School Mathematics Curriculum in Practice.Educational Sciences: Theory & Practice,7(1), 81-94. Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh. (2012). Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia.Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan,27.Nair, S. M. (2005). The Effectiveness of Using Needhams Five Phase Constructivist Model in the Teaching of History.International Journal of Learning,12(5).Olorundare, S. A. (2000). Constructivism and learning in Science.Ilorin Journal of Education, IJE,20, 38-49.Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.Seker, H. (2008). Will The Contructivist Approach Employed In Science Teaching Change The "Grammar" Of Schooling?.Journal Of Baltic Science Education,7(3), 175-184.Thangavelo Marimuthu ,Azman Jusoh & Rodziah Ismail.(2003). Amalan Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum: Satu Kajian Kes. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2003Yurumezoglu, K., & Oguz-Unver, A. (2011). A Suggestion for an Experiment That Integrates the Teaching of Science with Everyday Life: 'Why Are the Seas Blue?'.Science Activities,48(2), 43-48. doi:10.1080/00368121.2010.504971