pendapatan &perbelanjaan

Upload: nurul-natasha

Post on 29-Feb-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Merangkumi silibus perakaunan STPM

TRANSCRIPT

Topik: Pendapatan dan Perbelanjaan

PERAKAUNAN STPM PENGGAL 1

Topik: Pendapatan dan Perbelanjaan Pengertian dan Pengelasan Pendapatan1. Pendapatan ialah wang yang yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh yang akan dating, daripada jualan barang niaga (perniagaan dagangan) atau perkhidmatan yang diberi (perniagaan perkhidmatan).

2. Terdapat dua jenis pendapatan, iaitu:

(a) pendapatan hasil;

(b) pendapatan modal.

3. Pendapatan hasil ialah hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan, iaitu:

(a) hasil daripada jualan barang niaga (perniagaan dagangan);

(b) hasil daripada perkhidmatan yang diberi (perniagaan perkhidmatan);

(c) hasil daripada penyewaan harta benda (kedai sewa kereta, dan kedai buku).4. Pendapatan modal ialah hasil yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan, misalnya:(a) Faedah simpanan bank;

(b) Sewa diterima;

(c) Dividen diterima daripada pelaburan;

(d) Untung daripada jualan aset bukan semasa yang terpakai.

5. Prinsip catatan bagi pendapatan ialah kredit semua hasil/pendapatan.

6. Pendapatan akan menambahkan ekuiti pemilik perniagaan.

7. Pendapatan hasil direkod ke dalam Penyata Pendapatan untuk menentukan untung manakala pendapatan modal dipermodalkan dalam Kunci Kira-kira sebagai rizab.

8. Perbezaan antara pendapatan hasil dengan pendapatan modal dapat adalah seperti berikut:

Pendapatan HasilPendapatan Modal

1. Berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan seperti hasil daripada jualan barang niaga.1. Tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan seperti faedah simpanan bank.

2. Direkod ke dalam Penyata Pendapatan untuk menentukan untung yang tepat2. Dipermodalkan ke dalam Kunci Kira-kira sebagai rizab.

Pengertian dan Pengelasan Perbelanjaan1. Perbelanjaan ialah kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan dalam proses memperoleh hasil.

2. Sesuatu perbelanjaan dianggap telah berlaku apabila belanja itu digunakan untuk mendapat hasil dalam sesuatu tempoh perakaunan, tanpa kira belanja itu telah dibayar atau belum.

3. Terdapat dua jenis perbelanjaan, iaitu:

(a) Perbelanjaan hasil;(b) Perbelanjaan modal.

4. Perbelanjaan hasil ialah belanja yang terlibat dalam menjalankan urusniaga harian perniagaan, misalnya:

(a) Sewa dibayar;

(b) Gaji;

(c) Belanja elektrik dan air (kadar bayaran);

(d) Belanja angkutan;

(e) Insurans;

(f) Belanja telefon;

(g) Belanja am;

(h) Alat tulis;

(i) Iklan.

5. Perbelanjaan modal ialah belanja yang tidak berkaitan dengan dengan urusniaga harian yang biasa bagi sesuatu perniagaan. Contohnya:

(a) Faedah pinjaman bank;

(b) Rugi atas jualan asset bukan semasa terpakai

(c) Kerugian akibat bencana alam atau kejadian di luar dugaan seperti banjir, kebakaran, dan kecurian.

6. Prinsip catatan bagi perbelanjaan ialah debit semua belanja dan kerugian.

7. Perbelanjaan akan mengurangkan ekuiti pemilik perniagaan.

8. Perbelanjaan hasil perlu dicaj ke Penyata Pendapatan untuk menentukan untung manakala perbelanjaan modal tidak boleh dicaj ke Penyata Pendapatan.

9. Perbezaan antara perbelanjaan hasil dengan perbelanjaan modal adalah seperti berikut:

Perbelanjaan HasilPerbelanjaan Modal

1. Belanja yang terlibat dalam menjalankan urusniaga harian perniagaan seperti belanja kadar bayaran.1. Belanja yang tidak berkaitan dengan pengendalian harian yang biasa seperti faedah pinjaman.

2. Boleh dicaj ke Penyata Pendapatan untuk menentukan untung yang tepat.2. Tidak boleh dicaj ke Penyata Pendapatan.

Kesan Pendapatan Hasil, Pendapatan Modal, Perbelanjaan Hasil, dan Perbelanjaan Modal terhadap Untung dan Kedudukan Kewangan

1. Tujuan pengelasan atau membezakan antara pendapatan hasil dengan pendapatan modal dan perbelanjaan hasil dengan perbelanjaan modal adalah untuk merekod ke dalam Penyata Kewangan yang betul.2. Hal ini demikian kerana ini dapat memberitahu keuntungan atau kerugian sesuatu perniagaan serta kedudukan kewangan perniagaan pada akhir sesuatu tempoh perakaunan.3. Oleh itu, pendapatan hasil, pendapatan modal, perbelanjaan hasil, dan perbelanjaan modal akan memberi kesan terhadap untung dan kedudukan kewangan bagi sesebuah perniagaan.4. Kesan ini dapat ditunjukkan dalam Penyata Kewangan iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Contohnya adalah seperti berikut:Penyata Pendapatan1. Penyata Pendapatan meringkaskan kesan kegiatan perniagaan bagi sesuatu tempoh perakaunan sama ada keuntungan atau kerugian diperoleh bagi tempoh berkenaan.

2. Penyata Pendapatan merangkumi Akuan Perdagangan dan Akaun Untung Rugi.