07bab6 pendapatan dan perbelanjaan

24
62 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN Pendapatan bertambah Purata pendapatan isi rumah semua etnik meningkat . . . . Agihan pendapatan bandar semakin saksama Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata semua kumpulan pendapatan meningkat Kenaikan harga barangan??? Indeks Harga Pengguna (IHP) luar bandar lebih tinggi Inflasi di negara lain tinggi sekitar 2007-2008 Profil kemiskinan Insiden kemiskinan menurun 5.7 peratus kepada 3.8 peratus Miskin dan miskin tegar Miskin Bandar dan Luar Bandar Miskin di kalangan etnik menunjukkan pengurangan Miskin di kalangan etnik lebih tinggi di bandar Miskin di kalangan Orang Asli Basmi kemiskinan

Upload: jacksparrow-epred-j-justin

Post on 16-Feb-2015

77 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

62

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Pendapatan bertambah

Purata pendapatan isi rumah semua etnik meningkat . . . .

Agihan pendapatan bandar semakin saksama

Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata semua kumpulan

pendapatan meningkat

Kenaikan harga barangan???

Indeks Harga Pengguna (IHP) luar bandar lebih tinggi

Inflasi di negara lain tinggi sekitar 2007-2008

Profil kemiskinan

Insiden kemiskinan menurun 5.7 peratus kepada 3.8 peratus

Miskin dan miskin tegar

Miskin Bandar dan Luar Bandar

Miskin di kalangan etnik menunjukkan pengurangan

Miskin di kalangan etnik lebih tinggi di bandar

Miskin di kalangan Orang Asli

Basmi kemiskinan

Page 2: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

63

Pendapatan dan Perbelanjaan

Pendapatan bertambah…

Secara keseluruhan, terdapat peningkatan ketara dalam pendapatan

kasar bulanan isi rumah purata bagi negeri di Malaysia bagi tahun 1990,

2002 dan 2007. Walaupun Pekali Gini bagi tahun tersebut menunjukkan

adanya agihan pendapatan yang tidak saksama namun ianya semakin

berkurangan.

Jadual 6.1 : Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata dan Pekali Gini,

mengikut negeri, Malaysia, 1990, 2002 dan 2007.

Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia

NEGERI RM PEKALI GINI

1990 2002 2007 1990 2002 2007

Johor 1,152 2,963 3,457 0.381 0.408 0.368

Kedah 749 1,966 2,408 0.428 0.426 0.392

Kelantan 712 1,674 2,143 0.407 0.444 0.368

Melaka 1,084 2.650 3,421 0.396 0.386 0.380

Negeri Sembilan 1,083 2,739 3,336 0.366 0.401 0.385

Pahang 961 1,991 2,995 0.350 0.404 0.380

Perak 973 2,153 2,545 0.421 0.417 0.399

Perlis 817 2,006 2,541 0.377 0.437 0.454

Pulau Pinang 1,326 3,496 4,004 0.406 0.435 0.411

Sabah 1,266 2,406 2,866 0.459 0.465 0.450

Sarawak 1,191 2,515 3,349 0.441 0.445 0.442

Selangor 1,658 4,406 5,580 0.444 0.423 0.418

Terengganu 759 1,837 2,463 0.459 0.424 0.399

WP Kuala Lumpur 1,823 4,930 5,322 0.428 0.448 0.446

Pekali Gini

Pekali Gini ialah ukuran pemusatan

pendapatan. Nilai Pekali Gini berada

antara 0 dan 1 di mana nilai

0 menunjukkan agihan pendapatan

yang saksama manakala nilai

1 menunjukkan agihan pendapatan

yang paling tidak saksama.

Page 3: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

64

Carta 6.1: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata, mengikut negeri,

Malaysia, 1990, 2002 dan 2007

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

Joho

r

Keda

h

Kela

ntan

Mel

aka

Neg

eri S

embi

lan

Paha

ng

Pera

k

Perl

is

Pula

u Pi

nang

Saba

h

Sara

wak

Sela

ngor

Tere

ngga

nu

WP

Kual

a Lu

mpu

r

RM

1990

1995

2002

Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia

Purata pendapatan isi rumah semua etnik meningkat….

Pendapatan isi rumah purata bagi semua kumpulan etnik didapati

meningkat dari tahun 2004 ke tahun 2009 dengan kadar pertumbuhan

purata 4.4 peratus. Semua kumpulan etnik juga mencatat peningkatan

Pekali Gini kecuali kumpulan etnik lain-lain. Ketidaksaksamaan atau jurang

pendapatan di kalangan Bumiputera adalah tertinggi berbanding

dengan etnik Cina dan India.

Jadual 6.2: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata dan Pekali Gini

mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 2004 dan 2009

Pendapatan Isi

Rumah Purata

(RM)

Kadar

Pertumbuhan

Tahunan

Purata (%)

Pekali Gini

2004 2009 2004-2009 2004 2009

Malaysia 3,249 4,025 4.4 0.462 0.441

Bumiputera 2,711 3,624 6.0 0.452 0.44

Cina 4,437 5,011 2.5 0.446 0.425

India 3,456 3,999 3.0 0.425 0.424

Lain-lain 2,312 3,640 9.5 0.462 0.495

Bandar 3,956 4,705 3.5 0.444 0.423

Luar Bandar 1,875 2,545 6.3 0.397 0.407

Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 4: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

65

Agihan pendapatan bandar semakin saksama

Pekali Gini bagi Malaysia juga didapati meningkat dari 0.462 pada tahun

2004 kepada 0.441 pada tahun 2009 yang menggambarkan agihan

pendapatan yang semakin saksama. Walau bagaimana pun, bagi luar

bandar, Pekali Gini telah menurun dari 0.397 (2004) ke 0.407 (2009) yang

menunjukkan agihan pendapatan tidak saksama atau jurang

pendapatan di kalangan isi rumah luar bandar yang masih lebar.

Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata semua kumpulan

pendapatan meningkat

Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi semua kumpulan

pendapatan didapati meningkat dalam tempoh 1992 hingga 2007.

Pendapatan bulanan purata isi rumah bagi kumpulan 40 peratus

terendah secara keseluruhannya telah meningkat daripada RM535 (1992)

ke RM865 (1999) dan ke RM1,345 (2007). Bagi kumpulan 40 peratus

pertengahan pula, pendapatan bulanan isi rumah secara keseluruhannya

(Malaysia) telah meningkat daripada RM1,392 (1992) ke RM2,204 (1999)

dan ke RM3,282 (2007) manakala bagi 20 peratus tertinggi meningkat dari

RM4,022 (1992) ke RM6,268 (1999) kepada RM9,173 pada tahun 2007.

Jadual 6.3: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi

rumah 20% tertinggi, 40% pertengahan dan 40% terendah

mengikut etnik, Malaysia, 1992, 1999 dan 2007.

Kumpulan isi rumah 20% tertinggi

Etnik 1992 1999 2007

Bumiputera 3,100 4,855 7,666

Cina 5,348 8,470 11,878

India 3,743 6,456 9,119

Lain-lain 12,210 3,242 10,830

MALAYSIA 4,022 6,268 9,173

Page 5: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

66

Kumpulan isi rumah 40% pertengahan

Etnik 1992 1999 2007

Bumiputera 1,093 1,810 2,863

Cina 1,973 3,168 4,389

India 1,458 2,460 3,393

Lain-lain 4,655 1,204 2,459

MALAYSIA 1,392 2,204 3,282

Kumpulan isi rumah 40% terendah

Etnik 1992 1999 2007

Bumiputera 449 742 1,194

Cina 842 1,271 1,805

India 662 1,092 1,545

Lain-lain 609 616 1,025

MALAYSIA 535 865 1,345

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

Bagi tempoh 1992 – 2007, pendapatan kasar bulanan isi rumah purata

semua kumpulan etnik bagi semua kumpulan pendapatan juga telah

meningkat. Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi

rumah 20 peratus tertinggi, 40 peratus pertengahan dan 40 peratus

terendah mengikut strata juga telah meningkat bagi tempoh yang sama.

Carta 6.2: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi

rumah 20% tertinggi, 40% pertengahan dan 40% terendah

mengikut etnik , Malaysia, 1992, 1999 dan 2007

Kumpulan Isi Rumah 20% tertinggi

0

2000

4000

6000

8000

10000

12000

14000

Bumi

pute

ra

Cina

India

Lain-

lain

MAL

AYSIA

RM

1992

1999

2007

Page 6: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

67

Kumpulan isi rumah 40% pertengahan

0

1000

2000

3000

4000

5000

RM 1992

1999

2007

Kumpulan isi rumah 40% terendah

0200400600800

100012001400160018002000

1992

1999

2007

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

Tempat kediaman pelbagai kumpulan pendapatan

Rumah flat Rumah teres dua tingkat Rumah ciri mewah

Page 7: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

68

Jenis kenderaan pelbagai kumpulan pendapatan

Carta 6.3: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi

rumah 20% tertinggi, 40% pertengahan dan 40% terendah

mengikut strata , Malaysia, tahun 1992, 1999 dan 2007

Kumpulan Isi Rumah 20% tertinggi

0

2000

4000

6000

8000

10000

12000

1992 1999 2007

RM

Bandar

Luar Bandar

MALAYSIA

Kumpulan isi rumah 40% pertengahan

0

1000

2000

3000

4000

5000

1992 1999 2007

RM

Bandar

Luar Bandar

MALAYSIA

Page 8: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

69

Kumpulan isi rumah 40% terendah

0

500

1000

1500

2000

1992 1999 2007

RM

Bandar

Luar Bandar

MALAYSIA

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

Senarai 15 individu terkaya di Malaysia, 2009

Nama

Nilai harta (USD

billion) Bidang

1 Robert Kuok 9 Pelbagai

2 Ananda Krishnan 7 Telekomunikasi

3 Lee Shin Cheng 3.2 Minyak Kelapa Sawit

4 Lee Kim Hua 2.5 Perjudian

5 Teh Hong Piow 2.4 Perbankan

6 Quek Leng Chan 2.3 Pelbagai

7 Yeoh Tiong Lay 1.8 Pelbagai

8 Syed Mokhtar AlBukhary 1.1 Pelbagai

9 Tiong Hiew King 1 Pembalakan

Nilai harta

(USD juta)

10 Vincent Tan 750 Pelbagai

11 Azman Hashim 470 Kewangan

12 William H.J.Cheng 390 Runcit

13 G.Gnanalingam 260 Pelabuhan

14 Lim Kok Thay 225 Perjudian

15 Anthony Fernandes 220 Penerbangan

Sumber: Forbes 2009

Page 9: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

70

Kenaikan harga barangan???

Harga bahan asas untuk Harga ikan pun dah Harga minyak kenderaan

penyediaan makanan naik melambung naik naik lagi

Sewa tempat kediaman Harga pakaian pun naik juga…

pun meningkat

Akhirnya apa yang dapat diisi dalam troli ini?

Page 10: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

71

Harga bahan api telah dinaikkan pada 5 Jun 2008 menyebabkan

peningkatan kadar inflasi yang agak tinggi pada tahun 2008. Kenaikan

harga bahan api mempunyai kesan rantaian terhadap kos

pengangkutan dan seterusnya kenaikan harga barangan mentah,

barangan dan perkhidmatan. Kesannya harga barangan dan

perkhidmatan menjadi lebih mahal.

Jadual 6.4: Indeks Harga Pengguna mengikut kawasan, 2005=100,

Malaysia

Perubahan tahunan (%)

Kawasan Wajaran*% 2005 2006 2007 2008 2009**

Malaysia 100.0 3.0 3.6 2.0 5.4 1.3

Semenanjung

Malaysia

100.0 3.1 3.5 2.0 5.4 1.2

Sarawak 100.0 2.2 4.0 1.7 6.0 0.9

Sabah 100.0 2.9 3.7 2.1 6.0 2.8

Nota: * Wajaran berdasarkan kepada wajaran mutakhir Kajian Perbelanjaan Isi

Rumah 2004/2005

** Januari hingga Ogos 2009

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Dari RM seliter Kepada RM seliter

Petrol 1.92 2.70

Diesel 1.58 2.58

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia mengukur

perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi

”bakul” tetap barangan dan perkhidmatan yang

mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan

penduduk pada sesuatu tempoh masa yang ditetapkan.

Inflasi adalah peningkatan berterusan harga umum

barangan dan perkhidmatan diukur dengan perubahan

dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).

Page 11: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

72

Carta 6.4: Indeks Harga Pengguna mengikut kawasan, 2005=100, Malaysia

0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

2005

2006

2007

2008

2009*

% perubahan tahunan

Sabah

Sarawak

Semenanjung Malaysia

MALAYSIA

Nota: * Wajaran berdasarkan kepada wajaran mutakhir Kajian Perbelanjaan

Isi Rumah 2004/2005

** Januari hingga Ogos 2009

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Indeks Harga Pengguna (IHP) luar bandar lebih tinggi

Umumnya, IHP adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding

bandar. Harga barangan keperluan di kawasan bandar jauh berbeza jika

dibandingkan dengan kawasan luar bandar. Selalunya penduduk

di bandar menikmati barangan dengan harga yang kompetitif kerana

sistem pengedaran yang lebih cekap dan teratur manakala di luar

bandar agak ketinggalan kerana sistem pengedaran yang berlapis

sebelum sampai kepada peruncit. Peruncit kecil di luar bandar terpaksa

membayar kos pengangkutan yang agak tinggi kepada pembekal yang

menghantar barangan keperluan ke tempat mereka. Kos penghantaran

itu pula dimasukkan kepada harga barangan keperluan harian yang

akan membebankan pengguna.

Page 12: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

73

Jadual 6.5: Indeks Harga Pengguna mengikut strata, 2005=100, Malaysia ,

2006-2009

Perubahan tahunan (%)

Strata Wajaran*% 2006 2007 2008 2009**

Malaysia 100.0 3.6 2.0 5.4 1.3

Bandar 100.0 3.5 2.0 2.3 1.1

Luar bandar 100.0 3.9 1.8 5.9 1.5

Nota: * Wajaran berdasarkan kepada wajaran mutakhir Kajian Perbelanjaan

Isi Rumah 2004/2005

Januari hingga Ogos 2009

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Tiga kumpulan utama IHP berwajaran tinggi adalah Makanan dan

Minuman Bukan Alkohol, Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain

dan Pengangkutan. Wajaran (2005=100) bagi ketiga-tiga kumpulan

di atas adalah masing-masing 31.4, 21.4 dan 15.9. Ketiga-tiga indeks

kumpulan utama ini telah menyumbang kepada kenaikan keseluruhan

IHP dari tahun ke tahun.

Carta 6.5: Indeks Harga Pengguna (2005=100) mengikut tiga kumpulan

utama, Malaysia, 2003 – 2009.

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

Makanan & minuman

bukan alkohol94.4 96.4 100.0 103.4 106.5 115.9 120.7

Perumahan, air, elektrik,

gas & bahan api lain97.9 98.8 100.0 101.5 102.8 104.4 105.9

Pengangkutan 93.4 94.1 100.0 111.0 113.6 123.6 112.0

0.0

20.0

40.0

60.0

80.0

100.0

120.0

140.0

IHP

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 13: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

74

Inflasi di negara lain tinggi sekitar 2007 - 2008

Hampir semua negara telah menghadapi inflasi yang tinggi di sekitar

2007 dan 2008, tidak kira sama ada negara itu negara maju, membangun

atau miskin. Ketika itu dunia menghadapi tekanan harga global di mana

harga barangan telah meningkat dengan mendadak. Kenaikan harga

minyak dunia menyebabkan harga barangan keperluan turut meningkat.

Ini telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi yang perlahan

sekaligus menyebabkan statistik pengangguran dan kemiskinan

meningkat. Pada penghujung tahun 2008 pula, dunia dikejutkan dengan

krisis kewangan di Amerika Syarikat. Krisis tersebut telah menggugat

pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang juga memberi kesan

kepada ekonomi negara lain yang bergantung dengan ekonomi Amerika

Syarikat.

Carta 6.6: Indeks Harga Pengguna (% pertumbuhan tahunan), negara

terpilih, 2004 – 2009

Negara Maju

-2

-1

0

1

2

3

4

5

2004 2005 2006 2007 2008 2009*

% p

ert

um

bu

ha

n t

ah

un

an

tahun

Jerman

Jepun

United

Kingdom**

Amerika

Syarikat

Negara Membangun

-4

-2

0

2

4

6

8

2004 2005 2006 2007 2008 2009*

% p

ert

um

bu

han

ta

hu

na

n

tahun

Hong Kong

Singapore

Korea

Taiwan

Page 14: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

75

Negara ASEAN Terpilih

0

5

10

15

20

25

2004 2005 2006 2007 2008 2009*

% p

ert

um

bu

ha

n ta

hu

na

n

tahun

Brunei Darussalam

Indonesia

Malaysia

Filipina

Thai

Vietnam

***

Nota: * ramalan

** berdasarkan Eurostats’s Harmonised Index of Consumer Prices

*** Bank Negara Malaysia Annual Report 2008

Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan World Economic Outlook, April 2009.

Profil kemiskinan

Insiden kemiskinan menurun 5.7 peratus kepada 3.8 peratus

Bagi tempoh 2004 - 2009, insiden kemiskinan secara amnya didapati

berkurangan selaras dengan peningkatan purata pendapatan isi rumah.

Kadar pertumbuhan tahunan purata pendapatan isi rumah ialah

4.4 peratus. Insiden kemiskinan pula telah menurun dari 5.7 peratus

kepada 3.8 peratus.

Page 15: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

76

Jadual 6.6: Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan insiden

kemiskinan mengikut negeri, Malaysia, 2004 dan 2009

Pendapatan

Isi Rumah

Purata (RM)

Kadar

Pertumbuhan

Tahunan Purata (%)

Insiden

Kemiskinan

(%)

2004 2009 2004 - 2009 2004 2009

Malaysia 3,249 4,025 4.4 5.7 3.8

Johor 3,076 3,835 4.5 2.0 1.3

Kedah 2,126 2,667 4.6 7.0 5.3

Kelantan 1,829 2,536 6.8 10.6 4.8

Melaka 2,792 4,184 8.4 1.8 0.5

N. Sembilan 2,886 3,540 4.2 1.4 0.7

Pahang 2,410 3,279 6.4 4.0 2.1

Perak 2,207 2,809 4.9 4.9 3.5

Perlis 2,046 2,617 5.0 6.3 6.0

P.Pinang 3,531 4,407 4.5 0.3 1.2

Sabah 2,395 3,102 5.3 24.2 19.7

Sarawak 2,725 3,581 5.6 7.5 5.3

Selangor 5,157 5,962 2.9 1.0 0.7

Terengganu 1,984 3,017 8.7 15.4 4.0

WP Kuala

Lumpur

5,011 5,488 1.8 1.5 0.7

WP Labuan 4,054 4,407 1.7 2.7 4.3

WP

Putrajaya

- 6,747 - - -

Wilayah

S. Malaysia 3,387 4,162 4.2 3.6 2.0

Sabah dan

Labuan

2,487 3,144 4.8 23.0 19.2

Sarawak 2,725 3,581 5.6 7.5 5.3

Sumber: Rancangan Malaysia Kesepuluh

Page 16: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

77

Miskin dan miskin tegar……..

Secara keseluruhannya, insiden kemiskinan Malaysia telah menurun dari

8.5 (1999) ke 3.6 (2007) dan insiden kemiskinan tegar dari 1.9 (1999) ke

0.7 (2007). Lima (5) negeri yang insiden kemiskinan melebihi insiden

nasional pada tahun 2007 adalah Sabah/W.P. Labuan (16.0), Kelantan

(7.2), Perlis (7.0), Terengganu (6.5) dan Sarawak (4.2). Manakala negeri

yang insiden miskin tegar melebihi insiden miskin tegar Malaysia 0.7 (2007)

adalah Sabah (3.7), Kelantan (1.5), Perlis (1.4), Terengganu (0.8) dan Perak

serta Sarawak masing-masing 0.7.

Rumah orang miskin

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

PGK terdiri daripada dua komponen iaitu PGK Makanan dan PGK

Bukan Makanan. PGK ditentukan secara berasingan bagi setiap isi

rumah dalam Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah mengikut saiz isi

rumah, komposisi demografi dan lokasi (negeri dan strata). Oleh itu

setiap isi rumah mempunyai nilai PGKnya sendiri berdasarkan kepada

ciri-ciri demografi sesebuah isi rumah. Sesebuah isi rumah dianggap

miskin jika pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada

PGKnya, bermakna isi rumah tersebut kekurangan sumber bagi

memenuhi keperluan asas setiap ahlinya. Manakala isi rumah

dianggap sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi

rumah tersebut kurang daripada PGK Makanan.

Page 17: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

78

Jadual 6.7: Insiden Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar mengikut negeri,

Malaysia, 1999 - 2007

Miskin Miskin Tegar

1999 2002 2004 2007 1999 2002 2004 2007

MALAYSIA 8.5 6.0 5.7 3.6 1.9 1.0 1.2 0.7

Negeri

Johor 3.1 2.5 2.0 1.5 0.3 0.1 0.3 0.2

Kedah 14.2 9.7 7.0 3.1 3.0 2.0 1.3 0.3

Kelantan 25.2 17.8 10.6 7.2 6.1 3.4 1.3 1.5

Melaka 2.9 1.8 1.8 1.8 1.0 0.0 0.2 0.2

Negeri

Sembilan

4.1 2.6 1.4 1.3 0.4 0.2 0.2 0.1

Pahang 9.8 9.4 4.0 1.7 1.2 1.1 1.0 0.4

Pulau

Pinang

0.7 1.2 0.3 1.4 0.1 0.1 - 0.1

Perak 6.8 6.2 4.9 3.4 1.2 1.0 1.1 0.7

Perlis 13.6 8.9 6.3 7.0 1.6 0.9 1.7 1.4

Selangor 1.9 1.1 1.0 0.7 0.2 0.2 0.04 0.1

Terengganu

22.7 14.9 15.4 6.5 5.1 2.2 4.4 0.8

Sabah/WP

Labuan 23.4 16.0 23.0 16.0 7.1 4.0 6.5 3.7

Sarawak 10.9 11.3 7.5 4.2 3.0 1.8 1.1 0.7

WP Kuala Lumpur

0.4 0.5 1.5 1.5 - - 0.2 0.1

Sumber : Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia

Carta 6.7: Insiden kemiskinan mengikut negeri, Malaysia, 1999 – 2007

0.0

5.0

10.0

15.0

20.0

25.0

30.0

MA

LAY

SIA

Joh

or

Ke

da

h

Ke

lan

tan

Me

laka

Ne

ge

ri Se

mb

ilan

Pa

ha

ng

Pu

lau

Pin

an

g

Pe

rak

Pe

rlis

Sela

ng

or

Tere

ng

ga

nu

Sab

ah

/WP

La

bu

an

Sara

wa

k

WP

Ku

ala

Lu

mp

ur

WP

Pu

tra

jaya

Insi

de

n K

em

isk

ina

n

1999

2002

2004

2007

Page 18: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

79

Carta 6.8: Insiden kemiskinan tegar mengikut negeri, Malaysia,

1999 – 2007

0.0

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0

MA

LAY

SIA

Joh

or

Ke

da

h

Ke

lan

tan

Me

laka

Ne

ge

ri Se

mb

ilan

Pa

ha

ng

Pu

lau

Pin

an

g

Pe

rak

Pe

rlis

Sela

ng

or

Tere

ng

ga

nu

Sab

ah

/WP

La

bu

an

Sara

wa

k

WP

Ku

ala

Lu

mp

urInsi

de

n K

em

isk

ina

n T

eg

ar

1999

2002

2004

2007

Sumber : Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia

Miskin Bandar dan Luar Bandar

Kemiskinan di luar bandar turut membayangi kemiskinan di bandar.

Kumpulan miskin dari luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari

kehidupan yang lebih selesa. Realitinya tekanan hidup di bandar seperti

kos sara hidup dan pengangkutan serta harga barangan dan

perkhidmatan yang meningkat telah menyumbang kepada peningkatan

insiden kemiskinan di bandar. Namun demikian, insiden miskin dan miskin

tegar di bandar adalah lebih rendah berbanding di luar bandar.

Kawasan setinggan di bandar Miskin di Luar bandar

Page 19: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

80

Jadual 6.8: Peratus isi rumah miskin dan miskin tegar mengikut strata,

Malaysia, 1997 hingga 2009

1997 1999 2002 2004 2007 2008 2009(p)

KEMISKINAN:

MALAYSIA 6.1 8.5 6 5.7 3.6 3.8 3.8

Luar bandar 10.9 14.8 13.5 11.9 7.1 7.7 8.4

Bandar 2.1 3.3 2.3 2.5 2.0 2.0 1.7

KEMISKINAN TEGAR:

MALAYSIA 1.4 1.9 1.0 1.2 0.7 0.8 0.7

Luar bandar 2.5 3.6 2.6 2.9 1.4 1.8 1.8

Bandar 0.4 0.5 0.3 0.4 0.3 0.3 0.2

Nota: berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah

(p) Berdasarkan data unjuran

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

Peratus isi rumah miskin telah berkurangan iaitu 2.1 peratus di bandar dan

10.9 peratus di luar bandar pada tahun 1997, 1.7 peratus di bandar dan

8.4 peratus di luar bandar pada tahun 2008. Demikian juga dengan

peratus isi rumah miskin tegar, juga mengalami penurunan dari 0.4 peratus

di bandar dan 2.5 peratus di luar bandar pada tahun 1997 ke 0.2 peratus

di bandar dan 1.8 peratus di luar bandar pada tahun 2009. Peratus isi

rumah miskin dan miskin tegar meningkat sedikit dalam tahun 1999,

antaranya kesan dari krisis kewangan 1997-1998. Secara keseluruhannya,

kemiskinan telah berkurangan dari tahun ke tahun selaras dengan hasrat

kerajaan untuk mencapai sasaran sifar kemiskinan tegar dan

mengurangkan kemiskinan relatif menjelang hujung tahun 2010.

Miskin di kalangan etnik menunjukkan pengurangan

Secara keseluruhannya, insiden miskin dan miskin tegar menunjukkan

pengurangan bagi tempoh 1999 hingga 2007. Bagi tiga kumpulan etnik

utama (Bumiputera, Cina dan India), kumpulan etnik Bumiputera

mencatatkan insiden miskin dan miskin tegar tertinggi diikuti dengan

kumpulan etnik India dan Cina.

Page 20: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

81

Jadual 6.9: Insiden kemiskinan mengikut etnik, Malaysia, 1999 - 2007

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

Miskin di kalangan etnik lebih tinggi di bandar

Insiden miskin dan miskin tegar di luar bandar bagi tiga kumpulan etnik

utama iaitu Bumiputera, Cina dan India adalah lebih tinggi dari di bandar.

Kumpulan etnik Bumiputera mengalami insiden miskin dan miskin tegar

tertinggi bagi kedua-dua strata, diikuti dengan kumpulan etnik India dan

kumpulan etnik Cina. Kekurangan kemahiran dan pencapaian

pendidikan yang lebih rendah adalah antara faktor yang dikaitkan

dengan kemiskinan di kalangan semua kumpulan etnik.

Jadual 6.10: Insiden kemiskinan dan kemiskinan tegar mengikut kumpulan

etnik dan strata, Malaysia, 1999 dan 2004

1999 2004

Bumiputera Cina India Bumiputera Cina India

Kemiskinan Tegar 2.9 0.2 0.3 1.9 0.1 0.3

Bandar 0.7 0.1 0.2 0.7 neg1 0.2

Luar bandar 4.4 0.4 0.5 3.3 0.3 0.5

Kemiskinan

keseluruhan

12.4 1.2 3.5 8.3 0.6 2.9

Bandar 5.1 0.8 2.4 4.1 0.4 2.4

Luar bandar 17.5 2.7 5.8 13.4 2.3 5.4

Jurang Kemiskinan 3.3 0.2 0.7 2.1 0.1 0.6

Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia –

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah, 1999 dan 2004.

Nota:

neg1 = kurang daripada 0.05 peratus

Miskin Miskin Tegar

1999 2002 2004 2007 1999 2002 2004 2007

MALAYSIA 8.5 6.0 5.7 3.6 1.9 1.0 1.2 0.7

Etnik

Bumiputera 12.3 9.0 8.3 5.1 2.9 1.6 1.9 1.0

Cina 1.2 1.0 0.6 0.6 0.2 0.1 0.0 0.1

India 3.4 2.7 2.9 2.5 0.3 0.3 0.3 0.3

Lain-lain 25.5 8.5 6.9 9.8 5.9 0.8 1.2 1.4

Page 21: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

82

Miskin di kalangan Orang Asli

Rumah Orang Asli miskin

Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan usaha telah diambil untuk

meningkatkan kualiti hidup di kalangan Orang Asli melalui program

sosio-ekonomi termasuk penyediaan pendidikan dan latihan kemahiran,

kemudahan infrastruktur dan bekalan elektrik dan air.

Mengikut bancian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA) tahun

2006, bilangan Orang Asli pada tahun tersebut ialah 141,230 orang. Dari

segi taburan penempatan masyarakat Orang Asli, 36.9 peratus tinggal

di kawasan pedalaman, 62.4 peratus di kawasan pinggir dan 0.7 peratus

di kawasan Bandar.

Jadual 6.11: Jumlah Penduduk Orang Asli mengikut negeri dan kaum

utama, Malaysia, 2004

Negeri Negrito Senoi Melayu

Asli Jumlah

Pahang 1,360 22,586 31,788 55,734

Perak 2,133 45,092 720 47,945

Kedah 232 0 0 232

Selangor 0 3,758 10,403 14,161

Kelantan 9,918 0 0 9,918

Terengganu 28 653 0 681

Negeri Sembilan 0 37 8,211 8,248

Melaka 0 23 1,385 1,408

Johor 0 3 11,393 11,396

JUMLAH 4,851 80,972 63,900 149,723

Sumber: JHEOA

Rancangan Malaysia Kesepuluh telah mengenal pasti bahawa 50 peratus

daripada 29,990 isi rumah Orang Asli berada di bawah garis kemiskinan.

Daripada mereka ini sejumlah 5,700 isi rumah (19%) adalah miskin tegar.

Pelbagai program dirancang dan dijalankan untuk mengeluarkan

masyarakat Orang Asli dari kemiskinan, seperti peruntukan kepada JHEOA

dalam tahun 2008.

Page 22: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

83

Jadual 6.12: Program pembangunan Orang Asli, Malaysia 2008

PROGRAM AKTIVITI UTAMA PERUNTUKAN

(RM) ‘000

Program

Penempatan

Tersusun

1 Rancangan Pengumpulan

Semula (RPS)

14,444

2 Penyusunan semula

kampung (PSK)

8,793

3 Bencana Alam 4,000

4 Rancangan Kampung

Baru (RKB)

1,100

5 Pembangunan Tanah FELCRA - 9105

hektar

RISDA - 14,999

hektar

Program

Pembangunan

Ekonomi

1 Pembangunan Ekonomi

Negeri

2,660

2 Projek Pengembangan

Kursus

9,000

3 Bimbingan Usahawan 380

4 Pembangunan Tanah

Fasa 11 Negeri

5,750

5 Pembinaan Ruang Niaga 320

6 Pelancongan Desa 400

Program

Pembangunan

Sosial

1 Program Perumahan

Rakyat Termiskin

47,400

2 Perumahan Ketua

Masyarakat

140

3 Infrastruktur dan

Kemudahan Awam

3,392

4 Kesihatan dan Perubatan 470

5 Pembangunan Keluarga

dan Masyarakat

500

6 Kemudahan Pentadbiran

JHEOA

350

7 Program Pembangunan

Minda

1,588

Sumber: JHEOA

Page 23: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

84

Program penempatan tersusun kampung Orang Asli

Basmi kemiskinan

Agensi Peneraju Membasmi Kemiskinan

Bandar Luar Bandar

Kementerian Perumahan

& Kerajaan Tempatan

(KPKT)

Kementerian Kemajuan

Luar Bandar & Wilayah

(KKLBW),

Kementerian Pertanian &

Industri Asas Tani (MOA),

dan

Kementerian

Pembangunan Wanita,

Keluarga & Masyarakat

(KPWKM)

Agensi Lain

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA),

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah (RISDA),

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah

Persekutuan (FELCRA Berhad),

Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan

Unit Perancang Ekonomi Negeri berkaitan.

Page 24: 07Bab6 Pendapatan Dan Perbelanjaan

85

Jadual 6.13: Peruntukan pembangunan bagi Program Pembasmian

Kemiskinan, Malaysia, 2006 – 2010

Peruntukan

Program (RM juta)

Pembasmian Kemiskinan 4,465.3

Skim pembangunan kesejahteraan rakyat 340.8

Program pembasmian kemiskinan bandar 50.0

Skim penanaman semula getah dan kelapa

sawit

1,047.8

Pemulihan dan penyatuan tanah 1,004.3

Pembangunan wilayah 510.9

Pembangunan semula kampung tradisional dan

baru

235.0

Pembangunan orang asli 361.8

Pembangunan keusahawanan tani 414.7

Pembangunan tanah pribumi dan adat 100.0

Program lain 400.0

Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

Projek tanaman sayuran menggunakan Projek tanaman semula pokok getah

teknologi fertigasi oleh usahawan tani (Skim penanaman semula getah)

(Pembangunan keusahawanan tani)

Rumah kos rendah untuk membasmi Kursus literasi komputer dan ICT bagi

kemiskinan di bandar belia-belia dari keluarga miskin tegar

(Skim pembangunan kesejahteraan rakyat)