pendakwa syarie negeri selangor 5 daripada 42 21. shah ruzan b. hamdan lwn. kps wilayah persekutuan,...

42
Halaman 1 daripada 42 Pendakwa Syarie Negeri Selangor Lwn. Khalid bin Abdul Samad [Mahkamah Rendah Syariah Selangor di Klang, Selangor Darul Ehsan. Kes Jenayah No: 10003- 137-0105-2013 (Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim, HMRS)] [20 Rabiulakhir 1438H bersamaan 19 Januari 2017M] Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Mengajar Perkara-Perkara Tentang Agama Islam Tanpa Tauliah Tafsiran ‘mengajar’ dan ‘tauliah’ - Seksyen 118, 119 dan 121 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Peraturan 2 dan 10 Peraturan Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 serta Peraturan 2 dan 10 Peraturan Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2013. Undang-Undang Tatacara Jenayah Pertuduhan Cacat Takat Kuasa Hakim Menjatuhkan Hukuman Seksyen 78, 79, 80, 82 dan 129 Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Jenayah Syariah Kekecualian Am Perbuatan Yang Dilakukan Oleh Seseorang Yang Mempunyai Justifikasi Di sisi Undang-Undang Seksyen 41 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. A. FAKTA KES 1. Dalam kes ini, tertuduh telah dipertuduhkan seperti berikut: “Bahawa kamu, pada 16 Ogos 2011, pada antara jam 10.00 hingga 11.30 malam, telah mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah di dalam sebuah surau Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 42100, Daerah Klang dalam Negeri Selangor. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah di bawah seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan jika

Upload: lytuyen

Post on 17-May-2018

322 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 1 daripada 42

Pendakwa Syarie Negeri Selangor

Lwn.

Khalid bin Abdul Samad

[Mahkamah Rendah Syariah Selangor di Klang, Selangor Darul Ehsan. Kes Jenayah No: 10003-

137-0105-2013 (Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim, HMRS)]

[20 Rabiulakhir 1438H bersamaan 19 Januari 2017M]

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam – Mengajar Perkara-Perkara Tentang Agama

Islam Tanpa Tauliah – Tafsiran ‘mengajar’ dan ‘tauliah’ - Seksyen 118, 119 dan 121 Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Peraturan 2 dan 10 Peraturan –Peraturan

Tauliah (Negeri Selangor) 2008 serta Peraturan 2 dan 10 Peraturan –Peraturan Tauliah (Negeri

Selangor) (Pindaan) 2013.

Undang-Undang Tatacara Jenayah – Pertuduhan Cacat – Takat Kuasa Hakim Menjatuhkan

Hukuman – Seksyen 78, 79, 80, 82 dan 129 Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah

(Negeri Selangor) 2003.

Undang-Undang Jenayah Syariah – Kekecualian Am – Perbuatan Yang Dilakukan Oleh

Seseorang Yang Mempunyai Justifikasi Di sisi Undang-Undang – Seksyen 41 Enakmen Jenayah

Syariah (Selangor) 1995.

A. FAKTA KES

1. Dalam kes ini, tertuduh telah dipertuduhkan seperti berikut:

“Bahawa kamu, pada 16 Ogos 2011, pada antara jam 10.00 hingga 11.30 malam, telah

mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah di dalam sebuah surau Taman

Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 42100, Daerah Klang dalam Negeri Selangor.

Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah di bawah

seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan jika

Page 2: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 2 daripada 42

disabikan kesalahan boleh dihukum dendan tidak melebihi RM3000.00 atau dipenjarakan

selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen dan enakmen yang

sama.”.

2. Peruntukan seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

(selepas ini dirujuk sebagai “EPAIS 2003”) adalah seperti berikut:

Seksyen 119. Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang

agama Islam tanpa tauliah.

(1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama

Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

3. Setelah pertuduhan dibacakan, tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk

dibicarakan. Tertuduh telah diwakili oleh Tuan Haji Muhammad bin Burok (Allahyarham)

daripada Tetuan Muhammad & Co. Walau bagaimanapun Peguam Syarie tertuduh telah

meninggal dunia setelah kes pembelaan tertuduh selesai sebelum pemfailan hujah di akhir

kes pembelaan. Selanjutnya tertuduh telah melantik Tuan Dr. Zulqarnain bin Lukman

daripada Tetuan Asri Muda & Co bagi memfailkan penghujahan tertuduh diperingkat

pembelaan kes.

4. Pendengaran kes di peringkat kes pendakwaan (kes prima facie) telah dibuat di hadapan

Tuan Hakim Tuan Norafizi Fitri bin Ab Manaf. Namun demikian atas persetujuan pihak-pihak

kes ini telah disambung pendengaran di peringkat kes pembelaan tertuduh di hadapan

Mahkamah ini berikutan hakim terdahulu berpindah.

Diputuskan

SETELAH Mahkamah berpuas hati dengan pensabitan terhadap tertuduh, dan setelah

Mahkamah mempertimbangkan hujahan mitigasi tertuduh serta hujahan pemberatan Pendakwa

Syarie berkaitan hukuman, serta setelah memberikan pertimbangan kepada alasan-alasan

Page 3: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 3 daripada 42

penghakiman Mahkamah, maka dengan ini MAHKAMAH MEMUTUSKAN DAN

MENGHUKUMKAN seperti berikut :

1) Mahkamah perintahkan kamu Khalid bin Abdul Samad dijatuhkan hukuman dendaan

sebanyak RM2900.00 atau dipenjara tiga (3) bulan sekiranya gagal membayar denda pada

hari ini.

Peguam Syarie

Pendakwa Syarie: dari Bahagian Pendakwaan JAIS

Tertuduh 1 & 2 : diwakili oleh Tuan Haji Muhammad bin Burok (Allahyarham) daripada Tetuan

Muhammad & Co. dan Tuan Dr. Zulqarnain bin Lukman daripada Tetuan Asri Muda & Co

Kitab Yang Dirujuk

1. Abdul Rahman Ibrahim Abdul Aziz Al Hamidi, Al-Qadha’ Wa Nizamuhu Fi Al Kitab Wa

Al Sunnah.

2. Al-Syeikh Dr. Muhammad Sidqi Al-Burnu, موسوعة القواعد الفقهية, Jilid 8.

3. Dr Abdul Qadir Audah, At Tasyri’ Al jinaaiy, Juzuk 1.

4. Dr. Ahmad Fathi Bahansi, Al-Uqbah Fi Al Fiqh Al Islami.

5. Dr. Mahmood Muhamad Nasir Barakat, إعالم الموقعين عن رب العالمين, karangan Syeikh

Ibnul Qayyim Al-Jawziyyah.

6. Y.A.A. Tan Sri Syeikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman , Proses Penghakiman dan

menjatuhkan keputusan di Mahkamah Syariah : Satu penilaian, Jurnal Hukum, Jld 7

Bhg. 1.

Undang –Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 - s.118, s.118 (1),

s.118 (3), s.119 (1) dan s.121.

2. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 – s.41 dan s.80.

Page 4: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 4 daripada 42

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s.3

4. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 2003 – s.78, s.78(5), s.79, s.

80, s.81, s.82, s.129 dan s.129(1).

5. Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 – Peraturan 2, Peraturan 10

dan s.10 (b)

Kes –Kes Yang Dirujuk

1. Abdul Kahar bin Ahmad lwn. Ketua Pendakwa Syarie Selangor.

2. Abdul Razak Othman lwn. Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka, JH 23 (2).

3. Amran Bin Ahmad lwn. Pendakwa Raya, [2006] 5 MLJ 486.

4. Arulpragasan Sandaraju vs. Public Prosecutor (1996) 4 CLJ 597.

5. Fathul Bari Mat Jahya & Anor v. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Ors [2012]

CLJ JT (2).

6. Ketua Pendakwa Syarie lwn. Ahmad bin Rashid dan seorang lagi JH November 1995

Jld. X Bhg. 1.

7. Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan lwn. Junaizulnizam b. Juhari dan

Seorang lagi, Jurnal Hukum Jld. 35 Bhg. 2 (Disember 2012) .

8. Khoo Hi Chiang vs. Public Prosecutor and another appeal (1994) 1 MLJ 265.

9. Mat v. Public Prosecutor [1963] 29 MLJ 263.

10. Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor (1991) 3 CLJ 2073.

11. Mr Losali vs. Public Prosecutor (2011) 4 MLJ 694.

12. Nagappan Kuppusamy v. Public Prosecutor [1988] 1 CLJ 283.

13. Noralisham Bin Ramli lwn. Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,

JH XV (11).

14. Pendakwa Raya lwn. Zulkifle bin Mohamad (2016) MLJU 399.

15. Positive Well Marketing Sdn. Bhd. v. Oka Concrete Industries Sdn. Bhd.

[2011] 1 LNS 836.

16. Public Prosecutor v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455.

17. Public Prosecutor v. Saimin [1971] 1 LNS 115).

18. Public Prosecutor v. The Eng Wah [1999] 8 CLJ 451.

19. Sulaiman bin Takrib vs. Kerajaan Negeri Terengganu (2010) 2 SHLR 73.

20. Saminathan v. Public Prosecutor (1955) 21 MLJ 121

Page 5: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 5 daripada 42

21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2

(Mei 2013).

22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985) 2 CLJ 22.

B. KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN

5. Dalam membuktikan kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 4 orang saksi

yang terdiri daripada 3 Pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama

Islam Selangor (JAIS) dan seorang pegawai Bahagian Dakwah JAIS. Saksi-saksi

pendakwaan ialah seperti berikut:

5.1. Mohd Hafidz Bin Ahman sebagai pegawai penyiasat (SP1);

5.2. Mohd Radzi Bin Saliman sebagai pegawai penyiasat (SP2);

5.3. Jamilah Binti Mohd Jamil sebagai urusetia Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam

Selangor (SP3); dan

5.4. Ahmad Tarmizi Bin Mohd Nolin sebagai pegawai penyiasat (SP4).

6. Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi Pendakwa, fakta kes pendakawaan

diringkaskan seperti berikut:

6.1. Pada 16hb Ogos 2011 sekitar jam 6.45 petang dalam perjalanan pulang SP1 telah

dihubungi oleh pegawainya En Zaaba Bin Zakaria berkenaan untuk mengesahkan satu

maklumat yang diterimanya berkenaan satu ceramah yang tiada tauliah yang akan

disampaikan oleh tertuduh.

6.2. Sekitar jam 9.35 malam SP1, SP2 bersama 2 orang anggota penguatkuasa agama iaitu

Zulhusham bin Zakaria dan Mohd Khairi bergerak ke tempat kejadian di Surau Taman

Sri Sementa Klang. Sampai di lokasi jam 10.05 malam. Setiba di surau tersebut, SP1,

SP2 dan 2 anggota lain melihat tertuduh sedang duduk di sebuah kerusi dan di

hadapannya ada sebuah meja dengan berpakaian baju putih dan berkopiah hitam di

dewan solat surau tersebut.

Page 6: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 6 daripada 42

6.3. SP 1, SP2 dan 2 anggota penguakuasa tersebut mendengar ceramah yang diberikan

oleh tertuduh. SP1 dan SP2 dalam keterangan mereka menyatakan ceramah yag

diberikan oleh tertuduh adalah berkenaan perkara-perkara berikut:

a. Tertuduh menceritakan pengalamannya berhubung pergolakan politik dan

kesungguhan rakyat Palestin serta menyeru orang Islam di Malaysia membantu

meringankan beban penderitaan rakyat palestin.

b. Tertuduh memberi ceramah berkaitan keadilan dan ketaqwaan dengan

menceritakan kisah Saidina Ali yang kehilangan baju besi sewaktu dalam perjalanan

hendak pergi berperang di Siffin sebagai teladan bagi menunjukkan keadilan dan

keindahan syariat Islam.

c. Tertuduh telah mengupas ayat ke 9 surah al-Hujurat berkaitan sekiranya terdapat

dua golongan mukmin berperang maka damaikanlah kedua-duanya. Jika salah satu

golongan itu menzalimi yang lain, maka perangilah golongan itu sehingga kembali

taat kepada perintah Allah swt. Sekiranya mereka telah kembali taat kepada Allah

swt, maka damaikanlah kedua-duanya seadilnya.

d. Tertuduh memberi ceramah tentang isu-isu semasa yang mana baik untuk jemaah

yang hadir seperti keadilan yang perlu diketengahkan dan menyeru supaya orang

islam bersatu serta jangan sampai berpecah belah.

6.4. SP2 merakam ceramah tertuduh dengan kamera rakaman video. Tiada tangkapan atau

tegahan dilakukan semasa kejadian berlangsung.

6.5. Berdasarkan keterangan SP3, tertuduh pernah membuat permohonan untuk

mendapatkan tauliah mengajar/berceramah pada Mei 2011. Namun permohonan

tertuduh telah ditolak oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor. Tertuduh

juga tidak termasuk dalam orang yang dikecualikan untuk mendapatkan tauliah

mengajar. Tertuduh tidak disenaraikan sebagai orang yang diberikan tauliah mengajar

atau berceramah.

Page 7: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 7 daripada 42

6.6. Selain itu, pendakwa juga telah menandakan dokumen-dokumen berikut di Mahkamah:

a. Borang 5 sebagai ekshibit P1;

b. Kamera perakam video “handycam-sony-model no HDR-XR150E sebagai ekshibit

P2;

c. Tulisan taip rakaman video oleh SP2 sebagai ekshibit P3;

d. Borang bongkaran sebagai ekshibit P4;

e. Kandungan rakaman video sebagai ekshibit P5;

f. Surat semakan senarai pemohon tauliah megajar/berceramah di negeri Selangor

dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebagai ekshibit P6;

g. Surat mohon tauliah mengajar/berceramah di negeri Selangor Darul Ehsan dari

Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor sebagai ekshibit P7;

h. Surat mohon dipertimbangkan semula kelulusan tauliah berceramah di negeri

Selangor dari tertuduh sebagai ekshibit P8;

i. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada tertuduh sebagai

ekshibit P9;

j. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada pihak Istana

mengenai permohonan rayuan tertuduh bagi mendapatkan tauliah

mengajar/berceramah di negeri Selangor sebagai ekshibit P10;

k. Surat maklum balas pihak Istana mengenai permohonan rayuan tertuduh bagi

mendapatkan tauliah mengajar/berceramah di negeri Selangor kepada

Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor sebagai ekshibit P11; dan

l. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada tertuduh

mengenai permohonan rayuan tertuduh bagi mendapatkan tauliah

mengajar/berceramah di negeri Selangor sebagai ekshibit P12.

C. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN

7. Mahkamah bersetuju dengan hujahan PS tertuduh bahawa bagi setiap kes di akhir

pendakwaan sebelum tertuduh di panggil untuk membela diri, Mahkamah perlu membuat

penilaian maksima terhadap keterangan pihak pendakwa [Sila lihat kes Khoo Hi Chiang vs.

Public Prosecutor and another appeal (1994) 1 MLJ 265; lihat juga kes Arulpragasan

Sandaraju vs. Public Prosecutor (1996) 4 CLJ 597].

Page 8: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 8 daripada 42

8. Berdasarkan kepada pertuduhan dan peruntukan subseksyen 119 (1) EPAIS 2003, elemen-

elemen bagi kesalahan yang dipertuduhkanan ke atas tertuduh ialah seperti berikut:

8.1. Elemen tertuduh mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam

8.2. Elemen tertuduh mengajar tanpa tauliah

Elemen pertama: Tertuduh Mengajar Perkara-Perkara Tentang Agama Islam.

9. Secara ringkasnya Pendakwa menghujahkan bahawa ceramah yang disampaikan oleh

tertuduh pada 16 Ogos 2011 dari jam 10.00 malam sehingga jam 11.30 malam di Surau

tersebut adalah ‘mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam’ di atas fakta berikut:

9.1. Keadaan tertuduh yang menyampaikan ceramahnya di surau tersebut di atas kerusi

dengan di hadapannya sebuah meja dan terdapat pembesar suara (mikrofon) dengan

kehadiran jemaah seramai lebih kurang 100 orang. Pendakwa menghujahkan keadaan

tertuduh tersebut ialah suatu keadaan yang telah menjadi adat atau kebiasaan dalam

suatu majlis penyampaian ilmu. Keadaan tersebut boleh diterima sebagai suatu qarinah

bahawa tertuduh pada tarikh dan masa tersebut sedang mengajar perkara-perkara

tentang agama Islam.

9.2. Pendakwa menghujahkan intipati ceramah yang disampaikan oleh tertuduh tersebut

termasuk dalam maksud mengajar perkara-perkara tentang agama Islam. Bagi

menyokong hujahnya Pendakwa telah merujuk kepada kes Sulaiman bin Takrib vs.

Kerajaan Negeri Terengganu (2010) 2 SHLR 73. Pendakwa juga merujuk tafsiran

perkataan ‘mengajar’ dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2007

yang membawa maksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya)

kepada orang lain. Manakala perkataan ‘berceramah’ ialah memberikan

(menyampaikan) ceramah yang mana kedua-dua perkataan tersebut memberi maksud

menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan atau seumpamanya kepada orang lain

Page 9: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 9 daripada 42

10. Manakala PS tertuduh menghujahkan seperti berikut:

10.1. Subseksyen 119 (1) EPAIS 2003 tidak memberikan sebarang takrifan berkenaan

perkataan ‘mengajar’ yang memerlukan tauliah. PS tertuduh juga menghujahkan

intipati ucapan tertuduh tidak termasuk dalam maksud ‘mengajar agama Islam’. Apa

yang dimaksudkan dengan ‘mengajar agama Islam’ ialah apabila seseorang mengajar

agama Islam menggunakan kitab dengan merujuk kepada seksyen 10 (b) Peraturan-

peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 (selepas ini disebut ‘Peraturan Tauliah”).

Oleh yang demikian, intipati ceramah tertuduh bukanlah menjadi suatu kesalahan di

bawah seksyen 119 (1) EPAIS 2003 kerana tertuduh tidak langsung menggunakan

sebarang kitab.

10.2. Saksi-saksi pendakwa hanya memberi penerangan berkenaan lawatan tertuduh ke

Gaza dan bukannya tertuduh mengajar agama.

10.3. Pendakwa gagal memanggil seorangpun dari mereka yang hadir mendengar ceramah

tertuduh bagi mengesahkan keberadaan tertuduh di tempat berkenaan dan tertuduh

mengajar agama.

10.4. Rakaman video yang ditandakan sebagai ID 5 tidak dikemukakan oleh pembuatnya

serta tiada sebarang laporan forensik daripada Digital Forensics Department Cyber

Security Malaysia. Oleh yang demikian rakaman video tersebut tidak boleh diterima

sebagai bahan keterangan pendakwa.

10.5. Rakaman video tersebut terlalu kabur, gelap dan hanya merakam gambar-gambar para

hadirin dari belakang menyebabkan kesukaran untuk pengecaman.

11. Selanjutnya Pendakwa dalam hujahan balasnya telah menghujahkan seperti berikut:

11.1. Saksi-saksi awam tidak perlu dipanggil berikutan keterangan saksi pendakwaan telah

mencukupi untuk membukti elemen pertuduhan.

Page 10: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 10 daripada 42

11.2. Rakaman video ID 5 tersebut telah disahkan oleh oleh pembuatnya iaitu SP2.

Mahkamah telah menerima rakaman video ID5 tersebut sebagai bahan bukti

pendakwaan yang ditandakan sebagai P5.

11.3. Pendakwa menghujahkan tiada keperluan undang-undang untuk mendapatkan laporan

daripada Digital Forensics Department Cyber Security Malaysia. Kandungan rakaman

video tersebut telah disahkan oleh SP1 dan SP2 yang hadir sendiri mendengar sendiri

tertuduh mengajar agama islam tanpa tauliah.

Dapatan Mahkamah

12. Bagi memberikan pertimbangan kepada hujah pendakwaan dan tertuduh, Mahkamah

merujuk kepada seksyen 119 (1) EPAIS 2003 yang memperuntukkan “Mana-mana orang

yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah...”.

Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan

oleh Mahkamah. Iaitu apakah yang dimaksudkan dengan “mengajar” dan dan apakah yang

dimaksudkan dengan “perkara-perkara tentang agama Islam”.

13. Berhubung dengan perkataan “mengajar”, Mahkamah membuat rujukan Kamus Dewan Edisi

Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2007 bagi perkataan ‘mengajar’ ialah

menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Manakala

perkataan ‘berceramah’ ialah memberikan (menyampaikan) ceramah yang mana kedua-dua

perkataan tersebut memberi maksud menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan atau

seumpamanya kepada orang lain. Oleh itu, Mahkamah bersetuju dengan hujah pendakwa

bahawa mengajar memberi maksud yang sama dengan berceramah.

14. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut juga, terdapat dua bentuk pengajaran, iaitu

“mengajar agama Islam” atau “mengajar perkara-perkara tentang agama Islam”. Dalam kes

ini, tertuduh telah didakwa atas kesalahan ‘mengajar perkara-perkara tentang agama Islam’

bukannya ‘mengajar agama Islam’ yang mana Mahkamah ini percaya mempunyai dua

maksud dan kesan yang tidak sama.

Page 11: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 11 daripada 42

15. Bagi menilai hujah pendakwa dan PS tertuduh tersebut, Mahkamah merujuk peraturan 10

Peraturan Tauliah tersebut seperti berikut:

“Tertakluk kepada peraturan 11, Jawatankuasa boleh meluluskan dan mengeluarkan

Tauliah kepada seseorang warganegara, mengikut mana berkenaan, satu atau lebih

kategori Tauliah yang berikut:

(a) Tauliah Ceramah Umum yang membenarkan pemegangnya memberi ceramah

umum berhubung dengan apa-apa aspek agama Islam di mana-mana tempat dan dengan

apa-apa jua cara selain dari mengajar agama Islam secara berkala;

(b) Tauliah Mengajar Agama Islam berkitab yang membenarkan pemegangnya

mengajar agama Islam secara berkala di mana-mana tempat;

(c) Tauliah Khas yang membenarkan seseorang yang bukan warganegara yang

dijemput khas oleh kerajaan Negeri, jabatan atau agensinya memberi ceramah umum

berhubung dengan apa-apa aspek Agama Islam dalam program tertentu;

(d) Tauliah mengajar Al-Quran yang membenarkan pemegangnya mengajar al-Quran

di mana-mana premis; atau

(e) Tauliah khas bagi individu yang tidak memiliki kelayakan seperti yang ditetapkan

dalam perenggan 11 (1) (f) untuk mengajar bidang tertentu.

16. Berdasarkan kepada peruntukan peraturan 10 Peraturan Tauliah tersebut, Mahkamah

mendapati keperluan mengajar agama atau perkara-perkara tentang agama Islam tidak

terhad hanya kepada mengajar agama Islam secara berkitab sahaja. Bahkan peraturan 10

dengan jelas mengesahkan apa-apa ceramah umum yang berhubung dengan apa-apa aspek

agama Islam, mengajar agama berkitab dan mengajar al-quran juga termasuk salah satu

pengajaran agama islam atau perkara-perkara tentang agama Islam yang memerlukan

tauliah mengikut Peraturan Tauliah tersebut.

17. Selanjutnya berhubung rujukan pendakwa kes Sulaiman bin Takrib lwn. Kerajaan Negeri

Terengganu dan Lain-lain bahawa perkataan “precepts of Islam” atau ‘perintah agama Islam’

hendaklah ditafsirkan dengan lebih meluas yang merangkumi aqidah, syariah dan akhlak dan

termasuklah ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun perkataan yang digunakan dalam

Page 12: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 12 daripada 42

perlembagaan persekutuan adalah ‘perintah agama Islam’ dan bukannya ‘perkara-perkara

tentang agama Islam’ sebagaimana peruntukan di bawah subseksyen 119 (1) EPAIS 2003

ini, namun demikian, Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah memberikan tafsiran

yang luas berhubung perkara yang berkaitan agama Islam yang pada pandangan Mahkamah

juga sewajarnya tafsiran yang sama diberikan dalam kes ini.

18. Dapatan Mahkamah tersebut adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah peraturan 10

Peraturan Tauliah tersebut sendiri. Jika diamati, peruntukan peraturan 10 tersebut

menggunakan perkataan-perkataan “berhubung dengan apa-apa aspek agama Islam” bagi

kategori ceramah umum, manakala bagi mengajar agama secara berkitab menggunakan

perkataan-perkataan “mengajar agama Islam”. Ayat yang digunakan dalam peraturan 10

Peraturan Tauliah tersebut jelas merujuk kepada peruntukan subseksyen 119 (1) EPAIS 2003

iaitu “mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam”.

19. Sehubungan dengan itu, Mahkamah bersetuju dengan hujah pendakwa bahawa mengajar

yang memerlukan tauliah tidak terhad kepada mengajar agama islam secara berkitab sahaja

bahkan apa-apa pengajaran dalam bentuk ceramah umum berhubung dengan apa-apa aspek

agama Islam termasuk dalam tafsiran mengajar perkara-perkara tentang agama Islam

sebagaimana peruntukan subseksyen 119 (1) EPAIS 2003.

20. Mahkamah selanjutnya merujuk kepada hujah PS tertuduh berhubung rakaman video yang

ditandakan sebagai ID5 atau P5. PS tertuduh menghujahkan bahawa Mahkamah tidak boleh

menerima rakaman video tersebut sebagai bukti yang sah berikutan rakaman tersebut tidak

dikemukakan oleh pembuat / orang yang merakam kejadian tersebut serta serta tidak

mendapat Digital Forensics Department Case Report terlebih dahulu daripada Digital

Forensics Department Cyber Security sebelum dijadikan bahan bukti di Mahkamah ini.

21. Bagi mempertimbangkan perkara ini Mahkamah merujuk kepada catatan keterangan

Mahkamah. Mahkamah mendapati walaupun pada awalnya ada bantahan daripada pihak

tertuduh yang menyebabkan rakaman video tersebut ditandakan sebagai ID5 terlebih dahulu,

Page 13: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 13 daripada 42

namun demikian Mahkamah telah menolak bantahan tersebut dan telah menerima masuk

rakaman video tersebut sebagai keterangan yang ditandakan sebagai P5 atas alasan:

21.1. Rakaman tersebut telah disahkan oleh SP2 iaitu orang yang bertanggungjawab

membuat rakaman tersebut;

21.2. SP2 juga mengesahkan, under oath, bahawa kamera dan rakaman percakapan yang

digunakan berfungsi dengan baik dan di bawah seliaannya; dan

21.3. SP4 juga mengesahkan bahawa rakaman tersebut telah dibuat oleh SP2 pada tarikh

dan masa kejadian di Surau tersebut.

22. Berhubung dengan penerimaan rakaman video tersebut sebagai keterangan di Mahkamah,

Mahkamah merujuk dapatan Hakim Hanipah Farikullah di dalam kes Positive Well Marketing

Sdn. Bhd. v. Oka Concrete Industries Sdn. Bhd. [2011] 1 LNS 836 yang menyatakan:

“…in today's modern society where digital technology is vastly used, it is almost impossible to

suggest that memory cards must be provided in court in all circumstances as primary

evidence. Digital photographs in general should be admitted as evidence provided that the

maker of the photographs is able to attend court to confirm their authenticity under oath. In R

v. Tolson [1864] F&F 103, the court held that: - "Photographs properly verified on oath by a

person able to speak to their accuracy are generally admissible." Similarly in Re Stephens LR

9 CP 187, the court held that: - "Photographs of non-removable records were received, but

the accuracy of a photographic copy, particularly of external objects, must be established on

oath, to the satisfaction of the judge, either by the photographer or someone who can speak

to its correctness."

23. Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa tiada apa-apa sebab untuk Mahkamah

ini tidak menerima rakaman video yang ditandakan sebagai P5 tersebut sebagai bahan bukti

pendakwa dalam kes ini.

24. PS tertuduh selanjutnya menghujahkan bahawa saksi-saksi pendakwa hanya memberi

penerangan berkenaan lawatan tertuduh ke Gaza dan bukannya tertuduh mengajar agama

serta kegagalan pendakwa memanggil orang awam yang hadir mendengar ceramah tertuduh

Page 14: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 14 daripada 42

bagi mengesahkan keberadaan tertuduh di tempat berkenaan dan tertuduh mengajar agama

telah mencacatkan kes pendakwa. Dengan penuh hormatnya, Mahkamah tidak bersetuju

dengan hujahan PS tertuduh tersebut. Mahkamah mendapati berdasarkan rekod keterangan

SP1 dan SP2, ekshibit P3 dan P5 jelas menyatakan bahawa tertuduh bukan sahaja

memberikan ‘penerangan’ berkenaan lawatan tertuduh ke Gaza, bahkan turut memberikan

ceramah berhubung perkara-perkara tentang agama Islam.

25. Manakala berhubung dengan keperluan memanggil saksi awam yang hadir dalam majlis

tersebut, Mahkamah mendapati ia bukanlah suatu yang mandatori. Sekiranya pendakwa

mendapati bahawa keterangan saksi pendakwa yang telah dipanggil mencukupi untuk

membukti elemen-elemen kesalahan, pendakwa tidak perlu lagi memanggil saksi-saksi yang

lain. Tambahan pula, SP1 dan SP2 juga adalah pihak yang turut hadir dalam majlis tersebut

dan telah membuat pengesahan berhubung keberadaan tertuduh dan intipati ceramah

tertuduh.

26. Oleh yang demikian berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan dan rakaman

ceramah tertuduh yang ditandakan sebagai ekshibit P5 serta catatan bertulis rakaman video

yang ditandakan sebagai P3 di Mahkamah ini, Mahkamah berpuas hati bahawa intipati

ceramah / pengajaran tertuduh pada antara jam 10.00 hingga 11.30 malam di dalam surau

Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 42100, Klang adalah termasuk dalam

maksud “mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam”.

Elemen Kedua: Tertuduh mengajar tanpa tauliah

27. Pendakwa telah mengemukakan seorang saksi iaitu SP3, pegawai di Bahagian Dakwah

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor yang merupakan urusetia kepada Jawatankuasa

Tauliah Majlis Agama Islam Negeri Selangor. SP3 adalah orang yang menguruskan rekod-

rekod berkaitan tauliah mengajar / berceramah di negeri Selangor. Keterangan SP3 adalah

seperti berikut:

27.1. Permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar hendaklah dibuat melalui suatu

permohonan di masukkan ke Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

Page 15: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 15 daripada 42

27.2. Tauliah mengajar dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu ceramah, mengajar

berkitab, mengajar al-Quran dan ceramah motivasi ke arah Islam.

27.3. Tertuduh pernah memohon tauliah mengajar namun demikian telah ditolak oleh

Jawatankuasa Tauliah. Tertuduh telah membuat rayuan untuk mempertimbangkan

semula permohonannya untuk mendapatkan tauliah mengajar sehingga ke peringkat

Istana Negeri Selangor. Namun demikian, rayuan tertuduh telah ditolak dan tertuduh

tidak diberikan tauliah mengajar di negeri Selangor.

28. Bagi menyokong keterangan SP3 tersebut, pendakwa juga telah menandakan beberapa

dokumen tersebut di Mahkamah:

28.1. Surat makluman daripada IPK Shah Alam yang ditandakan sebagai ekshibit P6;

28.2. Surat daripada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tauliah yang menolak permohonan

tertuduh yang ditandakan sebagai ekshibit P7;

28.3. Surat rayuan tertuduh untuk dipertimbangkan semula permohonan tauliah yang

ditandakan sebagai ekshibit P8;

28.4. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada tertuduh sebagai

ekshibit P9;

28.5. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada pihak Istana

mengenai permohonan rayuan tertuduh bagi mendapatkan tauliah

mengajar/berceramah di negeri Selangor sebagai ekshibit P10;

28.6. Surat maklum balas pihak Istana mengenai permohonan rayuan tertuduh bagi

mendapatkan tauliah mengajar/berceramah di negeri Selangor kepada Jawatankuasa

Tauliah Majlis Agama Islam Selangor sebagai ekshibit P11; dan

Page 16: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 16 daripada 42

28.7. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada tertuduh mengenai

permohonan rayuan tertuduh bagi mendapatkan tauliah mengajar/berceramah di negeri

Selangor sebagai ekshibit P12

29. Pendakwa menghujahkan bahawa tertuduh tidak mempunyai tauliah mengajar atau

berceramah apa-apa perkara berkaitan agama Islam termasuklah pada tarikh 16 Ogos 2011

di mana tertuduh didakwa atas kesalahan tersebut.

30. Setelah Mahkamah menelusuri hujah PS tertuduh, Mahkamah mendapati PS tertuduh tidak

membantah fakta bahawa tertuduh tidak mempunyai tauliah mengajar di Negeri Selangor.

Namun PS tertuduh hanya menghujahkan bahawa intipati ucapan tertuduh tidak termasuk

dalam maksud ‘mengajar agama Islam’. Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengajar agama

Islam’ ialah apabila seseorang mengajar agama Islam menggunakan kitab dengan merujuk

kepada seksyen 10 (b) Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008. Oleh yang

demikian, ceramah tertuduh bukanlah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 119 (1)

EPAIS 2003 kerana tertuduh tidak langsung menggunakan sebarang kitab.

31. Al-Syeikh Dr. Muhammad Sidqi Al-Burnu juga ada menukilkan satu maxim

perundangan berkaitan isu ini di dalam kitabnya, موسوعة القواعد الفقهية, Jilid 8, m/s 122:

القاضي مأمور باتباع الظاهر

32. Manakala Dr. Mahmood Muhamad Nasir Barakat, juga ada mengungkap satu

maxim yang dipetiknya daripada kitab إعالالالالم المالالالوقعين عالالالن رب العالالالالمين karangan Syeikh

Ibnul Qayyim Al-Jawziyyah:

األحكام تجري على الظواهر

33. Mahkamah selanjutnya merujuk penghakiman Hakim VT Singham dalam kes Public

Prosecutor v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455 seperti berikut:

“The requirement of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material

gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether the court is otherwise convinced in

its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the

evidence adduced and nothing else.”.

Page 17: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 17 daripada 42

34. Oleh yang demikian, dengan keterangan SP3 dan dokumen yang ditandakan sebagai P6, P7,

P8, P9, P10, P11 dan P12 tersebut dan berdasarkan dapatan Mahkamah berhubung tafsiran

mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam, Mahkamah berpuas hati bahawa pada 16

Ogos 2011 pada antara jam 10.00 malam sehingga jan 11.30 malam tertuduh telah

berceramah perkara-perkara tentang agama Islam dan tertuduh tidak mempunyai tauliah

mengajar sebagaimana kehendak keperluan seksyen 118 EPAIS 2003 yang menjadi suatu

kesalahan di bawak subseksyen 119 (1) EPAIS 2003.

35. Sehubungan dengan itu, dengan dapatan-dapatan Mahkamah tersebut, Mahkamah berpuas

hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen dalam pertuduhan

dan peruntukan subseksyen 119 (1) EPAIS 2003; dan seterusnya Mahkamah mendapati

pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan wujud kes terhadap tertuduh (prima facie)

yang jika tak dipatahkan akan mewajarkan sabitan terhadap tertuduh.

36. Berdasarkan kepada dapatan tersebut, Mahkamah dengan ini memerintahkan tertuduh

dipanggil untuk membela diri.

D. KES DI PERINGKAT PEMBELAAN

37. Mahkamah telah memerintahkan tertuduh untuk membela diri dan membawa keterangannya.

Tertuduh melalui PS tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan dengan

bersumpah dari kandang saksi.

38. Keterangan bersumpah tertuduh dalam kandang saksi adalah seperti berikut:

38.1. Tertuduh bukan mengajar berhubung agama Islam tetapi hanya menceritakan

mengenai lawatannya ke Gaza dan melaksanakan pesanan Presiden Gaza untuk

menyampaikan pesanannya kepada rakyat Malaysia.

Page 18: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 18 daripada 42

38.2. Pihak Surau tersebut yang menjemput tertuduh untuk menjelaskan perjalanan tertuduh

ke Gaza.

38.3. Tertuduh memberikan penjelasan dan menyatakan pendiriannya sebagai Ahli Parlimen

berhubung serbuan JAIS ke atas DUMC.

38.4. Tertuduh memetik ayat al-Quran surah al-Hujurat ayat 9 dan kisah Saidina Ali adalah

bagi menjelaskan pendirian tertuduh berhubung isu yang dibangkitkan dan bukan

mengajar agama. Tertuduh tidak mengupas ayat al-Quran dengan menggunakan kitab

tafsir dan hanya mengambil maksud umum sebagai penjelasan terhadap pendirian

tertuduh.

38.5. Tertuduh tidak menggunakan apa-apa kitab sebagai rujukan.

38.6. Sebagai seorang islam tertuduh merujuk apa yang difahaminya dari al-Quran dan hadis

bagi menjelaskan sikap dan pendiriannya.

38.7. Wujud perbezaan antara mengajar, menyampaikan dan menyeru. Tertuduh tidak

mengajar tetapi hanya ‘menyampaikan’ sebagai kewajipan setiap muslim dan ‘menyeru’

ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah.

38.8. Tertuduh menganggap apa yang dilakukannya tidak salah di sisi undang-undang

berikutan pegawai JAIS yang hadir tidak menghalang tertuduh memberikan ucapan.

39. Tertuduh tidak memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau

bahan bukti di Mahkamah bagi menyokong keterangannya.

Page 19: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 19 daripada 42

E. KEPUTUSAN KES DI PERINGKAT PEMBELAAN

40. Bagi menyokong keterangan pembelaan tertuduh, PS tertuduh dalam penghujahannya telah

menghujahkan seperti berikut:

40.1. Pertuduhan ke atas tertuduh cacat dan memprejudiskan tertuduh atas alasan seperti

berikut:

a. Pertuduhan ke atas tertuduh adalah cacat kerana terdapat butiran yang tidak jelas

mengenai perkataan ‘mengajar’ dan ‘tauliah’ yang mana telah gagal memenuhi

kehendak seksyen 78 (5) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)

2003 (selepas ini disebut ‘ETJS 2003’).

b. Pertuduhan tidak memasukkan rujukan kepada seksyen 118 EPAIS 2003 yang

mengelirukan perkataan ‘tauliah’.

c. Pertuduhan memprejudiskan tertuduh kerana terpaksa bergantung kepada maksud

mengajar tanpa tauliah secara umum yang skopnya lebih luas daripada skop yang

disebutkan dalam seksyen 118 EPAIS 2003.

d. Kesalahan mengajar tanpa tauliah hanya berlaku jika mengajar tanpa tauliah yang

diberikan di bawah seksyen 118 EPAIS 2003.

e. Tertuduh memohon Mahkamah membebaskan tertuduh dari pertuduhan dengan

merujuk kepada kes Ketua Pendakwa Syarie lwn. Ahmad bin Rashid dan seorang

lagi JH November 1995 Jld. X Bhg. 1, hlm. 113-120.

40.2. Tertuduh tidak dikehendaki untuk memohon apa-apa tauliah kerana ucapan tertuduh

tidak termasuk dalam makna mengajar sebagaimana peruntukan subseksyen 118 (1)

EPAIS 2003. Hujahan tertuduh adalah seperti berikut:

a. EPAIS 2003 dan Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) tidak memberikan

sebarang definisi ke atas perkataan ‘mengajar’.

Page 20: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 20 daripada 42

b. Definisi ‘mengajar’ hanya diberikan dalam Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri

Selangor) (Pindaan) 2013 Sel. P.U 61/2013 (selepas ini disebut “Peraturan Tauliah

2013”) yang didefinisikan sebagai “menyampaikan sebarang maklumat yang

berkaitan agama Islam melalui ceramah, forum, pengkisahan, motivasi, taklimat.

Tazkirah, pembentangan kertas kerja, kuliah, audio visual atau cara lain

sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa.”. Peraturan Tauliah 2013 hanya

dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2011, sedangkan tertuduh dituduh melakukan

perbuatan mengajar tanpa tauliah pada 18 Ogos 2011. Oleh yang demikian tertuduh

tidak boleh dianggap menyalahi undang-undang kerana Peraturan Tauliah tersebut

tidak memberikan definisi perkataan ‘mengajar’.

c. Pendakwa gagal memperincikan kesalahan mengajar dalam pertuduhan

sebagaimana kehendak seksyen 80 ETJS 2003 yang menyebabkan tertuduh

terkeliru apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan mengajar.

40.3. Tertuduh percaya bahawa beliau mempunyai justifikasi dari segi hukum syarak

mengenai kewajipannya untuk menyampaikan pengalamannya di Gaza serta sebagai

Ahli Parlimen, tertuduh mempunyai obligasi untuk menyatakan pendiriannya terhadap

sesuatu isu yang dibangkitkan. Tertuduh menghujahkan perlakuannya tersebut

termasuk dalam prinsip kekecualian am di bawah seksyen 41 Enakmen Jenayah

Syariah (Selangor) 1995 – perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai

justifikasi di sisi undang-undang.

41. Selanjutnya bagi menjawab hujahan PS tertuduh, Pendakwa pula menghujahkan seperti

berikut:

41.1. PS tertuduh tidak pernah membantah pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh

sepanjang prosiding kes pendakwaan ataupun pembelaannya menunjukkan tertuduh

telah faham pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas dirinya dan telah memenuhi

kehendak seksyen 78 dan 79 ETJS 2003.

Page 21: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 21 daripada 42

41.2. Keperluan tauliah telah dengan jelas diperuntukkan oleh subseksyen 119 (1) EPAIS

2003 dan tertuduh tidak termasuk dalam orang yang dikecualikan dari tauliah

sebagaimana perutukan seksyen 121 EPAIS 2003.

41.3. Ketiadaan tafsiran terhadap perkataan ‘tauliah’ tidak menjejaskan pertuduhan berikutan

perkataan ‘tauliah’ telah jelas diperuntukkan dalam subseksyen 118 (3) EPAIS 2003

iaitu tauliah mengajar agama Islam atau mengajar perkara-perkara tentang agama

Islam yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah.

41.4. Ketiadaan definisi perkataan ‘mengajar’ tidak menjejaskan kuasa Mahkamah untuk

membuat tafsiran perkataan ‘mengajar’ tersebut. Walaupun Peraturan Tauliah 2013

berkuatkuasa selepas kejadian tertuduh mengajar perkara tentang agama Islam, tidak

menjejaskan pendakwa merujuk Peraturan Tauliah 2013 berhubung definisi mengajar

tersebut.

41.5. Pendakwa juga merujuk definisi mengajar dan berceramah dalam Kamus Dewan Edisi

Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka yang mentafsirkan perkataan ‘mengajar’ dan

perkataan ‘ceramah’ membawa maksud yang sama iaitu menyampaikan sesuatu sama

ada tentang agama atau perkara lain.

41.6. Tiada keperluan untuk memperincikan kategori tauliah dalam pertuduhan kerana

tertuduh tidak memiliki apa-apa kategori tauliah mengikut Peraturan Tauliah tersebut

dan fakta tersebut adalah fakta yang tidak pernah disangkal oleh tertuduh.

41.7. Intipati ceramah tertuduh berhubung pergolakan di Gaza, kisah Saidina Ali yang

dikaitkan dengan keadilan perundangan Islam dan ulasan ayat 9 surah al-Hujurat

adalah dalam lingkungan perkara-perkara berkaitan dengan ajaran Islam.

41.8. Peruntukan seksyen 41 ETJS 2003 adalah peruntukan umum yang hendaklah dibaca

bersama peruntukan khusus. Seksyen 121 EPAIS 2003 dan peraturan 22 Peraturan

Tauliah tersebut tidak mengecualikan seorang Ahli Parlimen untuk mengajar perkara-

perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

Page 22: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 22 daripada 42

41.9. Keterangan pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata yang

bertentangan dengan keterangan saksi pendakwa dan bahan bukti pendakwa yang

dikemukakan di Mahkamah. Oleh yang demikian, tertuduh telah gagal menimbulkan

keraguan yang munasabah. Pendakwa merujuk kes Pendakwa Raya lwn. Zulkifle bin

Mohamad (2016) MLJU 399 dan Mr Losali vs. Public Prosecutor (2011) 4 MLJ 694.

41.10. Ekshibit P8, P9, P10, P11 dan P12 menunjukkan hasrat tertuduh untuk mendapatkan

tauliah bagi membolehkan tertuduh menjadi penceramah untuk mengajar agama

Islam.

Dapatan Mahkamah

42. Adalah undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di dalam kes jenayah

secara keseluruhannya terletak di atas bahu pihak pendakwaan bagi membuktikan

melampaui keraguan yang munasabah bahawa tertuduh bersalah atas kesalahan yang

dipertuduhkan ke atasnya. Manakala tiada beban atas tertuduh bagi membuktikan tertuduh

tidak bersalah. Tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Tugas ke

atas tertuduh adalah untuk menimbulkan satu keraguan yang munasabah terhadap kes

pendakwaan. [Sila rujuk kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor (1991) 3 CLJ

2073, Saminathan v. Public Prosecutor (1955) 21 MLJ 121 dan Yau Heng Fang v. Public

Prosecutor (1985) 2 CLJ 22.]

43. Tugas mahkamah di akhir kes pembelaan adalah seperti yang dinyatakan di dalam kes Mat

v. Public Prosecutor [1963] 29 MLJ 263, di mana satu ujian yang mantap telah digariskan.

Untuk melepasi ujian-ujian tersebut Mahkamah hendaklah memberikan pertimbangan yang

sewajarnya kepada kes pembelaan. Kemudian selepas itu Mahkamah akan kembali untuk

meneliti keseluruhan kes pendakwaan bagi memenuhi prinsip utama mengenai beban

pembuktian yang masih terletak di atas bahu pendakwaan sepanjang kes berlangsung, (lihat

kes Nagappan Kuppusamy v. Public Prosecutor [1988] 1 CLJ 283).

Page 23: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 23 daripada 42

44. Persoalan sekarang adalah adakah melalui keterangan bersumpah tertuduh, tertuduh telah

berjaya menimbulkan satu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan? Setelah

Mahkamah meneliti hujah PS tertuduh, Mahkamah menyimpulkan pembelaan tertuduh

seperti berikut:

44.1. Pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh cacat, mengelirukan dan

memprejudiskan tertuduh. Oleh yang demikian, Mahkamah hendaklah membebaskan

tertuduh.

44.2. Perbuatan tertuduh tidak termasuk dalam definisi atau maksud mengajar agama Islam

atau mengajar perkara-perkara tentang agama Islam di bawah subseksyen 119 (1)

EPAIS 2003.

44.3. Perbuatan tertuduh termasuk di bawah prinsip kekecualian am di bawah seksyen 41

EJS 1995.

Isu Pertama: Sama ada pertuduhan cacat, mengelirukan dan memprejudiskan tertuduh

45. Persoalan pertama, adakah benar terdapat kecacatan terhadap pertuduhan ke atas tertuduh

dan sekiranya ada kecacatan adakah kecacatan tersebut suatu yang material sehingga

menyebabkan tertuduh terkeliru dengan pertuduhan? Bagi mempertimbangkan isu ini,

Mahkamah merujuk seksyen 82 ETJS 2003 seperti berikut:

“Tiada kesilapan dalam menyatakan sama ada kesalahan atau butir-butir yang dikehendaki

dinyatakan dalam pertuduhan itu, dan tiada peninggalan untuk menyatakan kesalahan atau

butir-butir itu, boleh dikira, pada mana-mana peringkat kes itu, sebagai material melainkan

jika tertuduh sebenarnya telah terkeliru oleh sebab kesilapan atau peninggalan itu.”.

46. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah, walau

apapun peruntukan seksyen 78, 79, 80 dan 81 ETJS 2003 tersebut, apa yang lebih penting

ialah sama ada pertuduhan silap atau tidak, pertuduhan hendaklah tidak menyebabkan

Page 24: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 24 daripada 42

tertuduh terkeliru dengan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Dengan kata lain,

sekiranya didapati bahawa pertuduhan cacat atau terdapat tinggalan sekalipun, kesilapan

atau kecacatan tersebut tidak boleh dikira sebagai material kecuali kesilapan atau kecacatan

tersebut telah menyebabkan tertuduh telah terkeliru dengan pertuduhan yang dikenakan ke

atasnya.

47. PS tertuduh telah menghujahkan tertuduh telah terkeliru dengan pertuduhan tersebut

berikutan tiada definisi perkataan ‘mengajar’ yang tidak difahami oleh tertuduh dan maksud

ketiadaan tauliah tersebut adalah merujuk kepada tauliah yang diberikan di bawah seksyen

118 EPAIS 2003.

48. Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan frasa “...melainkan jika tertuduh

sebenarnya telah terkeliru...” dalam peruntukan seksyen 82 ETJS 2003 tersebut? Adakah

terkeliru memahami peruntukan undang-undang semasa perlakuan yang dipertuduhkan

dilakukan, berikutan tiada definisi khusus dalam mana-mana undang-undang, sebagaimana

dihujahkan oleh PS tertuduh atau terkeliru dengan pertuduhan yang dibentuk oleh pendakwa

dan dikenakan ke atas tertuduh? Pada pandangan Mahkamah, berdasarkan kepada seksyen

82 ETJS 2003 tersebut, perkataan terkeliru yag dimaksudkan ialah terkeliru dengan

pertuduhan yang dibentuk dan dipertuduhkan ke atas tertuduh di Mahkamah ini.

49. Mahkamah mendapati sejak pertuduhan kali pertama dibacakan kepada tertuduh, tertuduh

telah memilih untuk dibicarakan dan kemudian sepanjang kes pendakwaan dan sepanjang

kes pembelaan, tertuduh tidak pernah membantah pertuduhan tersebut. Tertuduh juga

sepanjang prosiding kes ini berjalan tidak menunjukkan bahawa tertuduh telah terkeliru

dengan pertuduhan tersebut.

50. Dakwaan tertuduh telah terkeliru hendaklah bukan dengan hanya membangkitkan isu

kecacatan pertuduhan ini diperingkat penghujahan kes pembelaan tertuduh sahaja, tetapi

hendaklah ditunjukkan keadaan yang tertuduh telah terkeliru dan selari dengan tindak tanduk

tertuduh serta respon tertuduh terhadap pertuduhan sepanjang kes didengar di Mahkamah

ini. Namun demikian Mahkamah mendapati berdasarkan rekod dan pemerhatian Mahkamah,

Page 25: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 25 daripada 42

sepanjang prosiding kes ini berjalan tertuduh telah menunjukkan bahawa tertuduh faham

dengan pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya.

51. Merujuk kepada kes Ketua Pendakwa Syarie lwn. Ahmad Rashid dan seorang lagi [JH

November 1995 Jld. X Bhg. 1, hlm. 113-120 yang dirujuk oleh PS tertuduh, Mahkamah

dengan penuh hormatnya tidak bersetuju dengan dapatan PS tertuduh tersebut. Mahkamah

mendapati walaupun benar Pengerusi JK Rayuan kes tersebut ada menegur dan mengulas

berhubung kecacatan pertuduhan terhadap OKT, tetapi untuk membuat kesimpulan dalam

kes tersebut bahawa OKT telah dibebaskan atas dasar kecacatan pertuduhan semata-mata

adalah tidak tepat. Ini kerana dalam kes tersebut, Pengerusi JK Rayuan juga telah mendapati

keterangan di peringkat pendakwaan yang bercanggah dan tidak mencapai tahap pembuktian

yang ditetapkan.

52. Sehubungan itu, berdasarkan kepada dapatan Mahkamah tersebut, Mahkamah dengan

hormat tidak dapat menerima hujahan PS tertuduh bahawa pertuduhan yang dikenakan ke

atas tertuduh adalah cacat sehingga menyebabkan tertuduh telah terkeliru dan Mahkamah

hendaklah membebaskan tertuduh.

Isu Kedua: Sama ada perbuatan tertuduh tidak termasuk dalam definisi atau maksud

mengajar agama Islam atau mengajar perkara-perkara tentang agama Islam di bawah

subseksyen 119 (1) EPAIS 2003

53. Secara faktanya kes ini dipertuduhkan di bawah subseksyen 119 (1) EPAIS 2003. Seksyen

tersebut tidak mendefinisikan maksud perkataan ‘mengajar’. Seksyen 119 (1) EPAIS 2003

tersebut dilengkapkan dengan Peraturan Tauliah Negeri Selangor (2008) yang juga tidak

menyatakan definisi mengajar secara khusus.

54. Definisi mengajar hanya diperuntukan dalam Peraturan Tauliah Negeri Selangor (Pindaan)

2013 yang mana hanya berkuat kuasa selepas perlakuan tertuduh yang dipertuduhkan di

Mahkamah ini. Persoalannya, adakah disebabkan ketiadaan definisi tersebut menyebabkan

peruntukan subseksyen 119(1) EPAIS 2003 tersebut tidak dapat dikuatkuasakan? Adakah

Mahkamah ini tidak boleh berperanan untuk mentafsir kehendak subseksyen 119(1) EPAIS

Page 26: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 26 daripada 42

2003 tersebut? Bukankah sudah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk mentafsirkan

undang-undang?

55. Dalam mentafsir undang-undang, Mahkamah boleh menggunakan kaedah literal perkataan

yag digunakan atau pendekatan matlamat penggubal undang-undang. Mahkamah juga boleh

merujuk kepada mana-mana undang-undang lain seperti Peraturan-Peraturan Tauliah

(Negeri Selangor) (pindaan) 2013 yang berkuatkuasa pada masa ini.

56. PS tertuduh menghujahkan tertuduh tidak mengajar agama, tetapi hanya menyampaikan dan

menyeru ke arah kebaikan bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.

Mahkamah bersetuju bahawa tertuduh sememangnya menyampaikan atau menyeru kepada

kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Namun persoalannya bagaimanakan cara penyampaian

dan seruan tersebut dilaksanakan oleh tertuduh? Adakah tertuduh menyampaikan dan

menyeru ke arah kebaikan dan ketaatan tersebut kepada ahli keluarganya di rumahnya atau

tertuduh menyampaikan dan menyeru ke arah kebaikan dan ketaatan dengan cara ceramah

umum kepada seramai lebih kurang 100 orang jemaah di dewan solat utama sebuah surau?

57. Bagaimana bentuk dan cara penyampaian dan seruan ke arah kebaikan dan ketaatan kepada

Allah yang merupakan perkara-perkara berkaitan agama Islam akan menentukan

penyampaian dan seruan tersebut adalah suatu kesalahan dibawah subseksyen 119 (1)

EPAIS 2003 tersebut atau tidak.

58. Oleh kerana definisi mengajar tidak diperuntukkan oleh EPAIS 2003 mahupun Akta 388,

Mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwa dengan merujuk maksud mengajar melalui

Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka yang mana maksud ‘mengajar’

ialah menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kepada orang lain; membaiki

kelakuan dengan memberi nasihat dsb. Manakala perkataan ‘ceramah’ bermaksud ucapan

membicarakan sesuatu (spt bahasa, politik, dll), syarahan. Manakala perkataan ‘berceramah’

bermaksud memberi (menyampaikan) ceramah.

59. Selanjutnya sebagai panduan, Mahkamah merujuk kepada Peraturan Tauliah 2013 yang

mendefinisikan perkataan ‘mengajar’ sebagai “menyampaikan sebarang maklumat yang

berkaitan agama Islam melalui ceramah, forum, pengkisahan, motivasi, taklimat, tazkirah,

Page 27: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 27 daripada 42

pembentangan kertas kerja, kuliah, audio visual atau cara lain sebagaimana yang ditentukan

oleh Jawatankuasa.”. Mahkamah bersetuju dengan tafsiran tersebut yang mana hendaklah

juga digunapakai bagi memahami kehendak peruntukan subseksyen 119 (1) EPAIS 2003

tersebut.

60. Selanjutnya PS tertuduh juga menghujahkan berikutan ketiadaan definisi ‘tauliah’ dalam

EPAIS 2003 mahupun Akta 388 menyebabkan tertuduh terkeliru memahami maksud

kehendak undang-undang semasa perlakuan perbuatan yang dipertuduhkan ke atas

pertuduhkan ke atas tertuduh. Bagi memutuskan isu ini, Mahkamah mendapati terdapat dua

perkara yang perlu di jawab oleh Mahkamah. Pertama, adakah benar ketiadaan definisi

khusus perkataan ‘tauliah’ dalam EPAIS menyebabkan perkataan ‘tauliah’ tersebut tidak

dapat difahami?. Kedua, adakah kekeliruan tertuduh memahami kehendak undang-undang

boleh diterima sebagai pembelaan tertuduh?

61. Pendakwa dalam hujahnya mengatakan walaupun tiada definisi khas perkataan ‘tauliah’

dalam EPAIS 2003, namun peruntukan subseksyen 119 (1) EPAIS telah dengan jelas

menyatakan bahawa keperluan tauliah tersebut ialah tauliah mengajar agama Islam atau

mengajar perkara-perkara tentang agama Islam. Pendakwa juga merujuk kepada subseksyen

118 (3) EPAIS 2003 yang juga dengan jelas memperuntukkan tauliah yang dimaksudkan

adalah tauliah yang diberikan oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor.

Mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwa tersebut.

62. Walaupun tiada peruntukan khas yang mendefinisikan perkataan ‘tauliah’ tetapi peruntukan

seksyen 118 dan 119 EPAIS 2003 tersebut dengan jelas memberikan maksud perkataan

‘tauliah’ tersebut ialah tauliah bagi mengajar agama Islam atau tauliah mengajar perkara-

perkara tentang agama Islam, yang diberikan oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam

Selangor. Tiada apa-apa ruang yang boleh difahami maksud yang lain selain daripada

maksud itu. Sehubungan dengan itu, Mahkamah dengan penuh hormat tidak bersetuju

dengan hujahan PS tertuduh yang terpelajar.

63. Berhubung dengan isu sama ada kekeliruan tertuduh memahami kehendak undang-undang

boleh diterima sebagai pembelaan tertuduh, PS tertuduh telah menghujahkan bahawa

Page 28: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 28 daripada 42

kesalahan mengajar tanpa tauliah adalah kesalahan yang berbentuk ta’zir dan diwujudkan

atas tujuan siyasah al-syariyyah dan bukan jenis kesalahan yang diketahui wujud di dalam

hukum syarak yang dikategorikan sebagai ‘ma’lum min al-deen bi al-dharurah’ seperti

kesalahan berjudi atau minum arak. Pendakwa pula menghujahkan bahawa kesalahan

mengajar tanpa tauliah ini telah diwartakan sebagai sebahagian dri undang-undang yang

perlu dipatuhi oleh masyarakat.

64. Setelah Mahkamah menekuni penghujahan PS tertuduh, Mahkamah mendapati PS tertuduh

merujuk kepada peruntukan seksyen 82 ETJS 2003 dan kemudiannya menghujahkan

kekeliruan tertuduh memahami maksud mengajar perkara tentang agama Islam dan

keperluan tauliah. Apa yang dapat difahami oleh Mahkamah, PS tertuduh membangkit isu

tertuduh keliru dan gagal memahami undang-undang ini pada 2 peringkat. Pertama tertuduh

keliru dengan pertuduhan akibat daripada pertuduhan yang dihujahkan sebagai cacat dan

kedua tertuduh keliru semasa perlakuan yang dipertuduhkan dilakukan oleh tertuduh.

65. Sebagaimana dapatan Mahkamah sebelum ini, seksyen 82 ETJS 2003 adalah secara khusus

kepada pertuduhan. Suatu kesilapan dan / atau tinggalan satu pertuduhan memenuhi

peruntukan seksyen 78, 79 dan 80 ETJS 2003 adalah tidak boleh dikira sebagai material

melainkan telah menyebabkan tertuduh terkeliru dengan pertuduhan tersebut. Perkara

tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah ini. Peruntukan seksyen 82 ETJS 2003 tidak

menjustifikasikan kekeliruan dan kegagalan tertuduh memahami kehendak undang-undang

semasa tertuduh melakukan perlakuan yang dipertuduhkan.

66. Kekeliruan tertuduh memahami maksud dan kehendak peruntukan undang-undang semasa

perlakuan yang dipertuduhkan dalam kes ini tidak boleh dijadikan dalihan yang boleh diterima

oleh Mahkamah sebagaimana dapatan Mahkamah sebelum ini berhubung kesan ketiadaan

definisi khusus terhadap perkataan ‘mengajar’ dan ‘tauliah’ dalam EPAIS 2003 atau Akta 388.

Mahkamah juga mendapati penghujahan PS tertuduh juga tidak selari dengan tindakan dan

perlakuan tertuduh sebelum perlakuan yang dipertuduhkan dilakukan. Walaupun Mahkamah

bersetuju dengan hujahan PS tertuduh bahawa tindakan tertuduh membuat permohonan

tauliah sebagaimana dibuktikan oleh pendakwa melalui dokumen yang ditandakan sebagai

P8, P9, P10, P11 dan P12 tidak membuktikan bahawa tertuduh telah melanggar seksyen 119

Page 29: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 29 daripada 42

EPAIS 2003, namun Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi pendakwa dan

keterangan dokumentar tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa tertuduh tidak pernah

terkeliru atau tidak memahami kehendak sebenar peruntukan seksyen 119 EPAIS 2003

tersebut.

67. Tertuduh begitu bersungguh-sungguh membuat permohonan untuk Jawatankuasa Tauliah

memberikan tauliah mengajar agama Islam atau mengajar perkara-perkara tentang agama

Islam. Walaupun permohonan tertuduh tidak diluluskan tetapi tertuduh tetap berusaha

bersungguh-sungguh merayu untuk mendapatkan tauliah mengajar tersebut. Tindakan dan

perilaku tertuduh tersebut adalah suatu keterangan secara qarinah yang kuat dan jelas

menunjukkan tertuduh begitu faham akan keperluan tauliah diperolehi terlebih dahulu

daripada Jawatankuasa Tauliah sebelum tertuduh menjalan aktiviti berbentuk pengajaran

atau ceramah perkara-perkara berkaitan agama Islam di negeri Selangor yang mana tidak

selari dengan apa yang dihujahkan oleh PS tertuduh di sini.

68. Sehubungan itu, Mahkamah sekali lagi dengan penuh hormat tidak dapat bersetuju dengan

hujahan PS tertuduh bagi isu ini.

Isu Ketiga: Sama ada perbuatan tertuduh termasuk di bawah prinsip kekecualian am di

bawah seksyen 41 EJS 1995.

69. PS Tertuduh menghujahkan bahawa bahawa tertuduh mempunyai justifikasi dari segi hukum

syarak mengenai kewajipannya untuk menyampaikan pengalamannya di Gaza serta sebagai

Ahli Parlimen, tertuduh mempunyai obligasi untuk menyatakan pendiriannya terhadap

sesuatu isu yang dibangkitkan. PS Tertuduh menghujahkan perlakuannya tersebut termasuk

dalam prinsip kekecualian am di bawah seksyen 41 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)

1995 – perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-

undang.

70. Manakala pendakwa pula menghujahkan seksyen 41 EJS 1995 adalah peruntukan umum

yang hendaklah dibaca bersama peruntukan khusus. Seksyen 121 EPAIS 2003 dan

Page 30: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 30 daripada 42

peraturan 22 Peraturan Tauliah tersebut tidak mengecualikan seorang Ahli Parlimen untuk

mengajar perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

71. Bagi membuat pertimbangan berhubung pembelaan tertuduh tersebut, Mahkamah perlu

membuat penilaian teliti terhadap peruntukan seksyen 41 EJS 1995 tersebut. Pada hemat

Mahkamah, pemakaian seksyen 41 EJS 1995 tersebut tidak boleh digunapakai secara

terbuka dan luas. Sekiranya peruntukan seksyen 41 EJS 1995 tersebut ditafsir secara terbuka

dan luas, sudah semestinya akan membuka ruang kepada orang awam untuk menggunakan

kekecualian tersebut atas alasan mempunyai justifikasi undang-undang.

72. Mahkamah juga perlu menilai sama ada adakah benar tertuduh mempunyai justifikasi

undang-undang terhadap perlakuannya yang dipertuduhkan di sini. Tertuduh menghujahkan

tertuduh mempunyai justifikasi undang-undang di bawah Perkara 10 Perlembagaan

Persekutuan dan status tertuduh sebagai Ahli Parlimen.

73. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun

dan berpersatuan. Persoalannya adakah peruntukan seksyen 119 (1) EPAIS 2003 ini

bercanggah atau tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan sehinggakan tertuduh boleh

membuat justifikasi bahawa walaupun terdapat peraturan yang menghadkan hak untuk

bercakap melalui seksyen 118 dan 119 EPAIS 2003 ini, tertuduh masih boleh ‘bercakap’ atau

menyampaikan ucapannya tanpa mengikut undang-undang yang berkuatkuasa, khususnya

seksyen 118 dan 119 EPAIS 2003 ini? Bagi perkara ini, Mahkamah merujuk kepada kes

Fathul Bari Mat Jahya & Anor v. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Ors [2012] CLJ JT

(2). Dalam kes ini, Ketua Hakim Negara memutuskan bahawa peruntukan 53(1) Enakmen

Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, iaitu peruntukan bagi kesalahan mengajar tanpa

tauliah di Negeri Sembilan adalah tidak bercanggah dengan perlembagaan.

74. Manakala berhubung anggapan tertuduh mempunyai justifikasi di sisi undang-undang

berikutan ‘kekeliruan’ tertuduh dengan peruntukan undang-undang, telah diputuskan oleh

Mahkamah terlebih dahulu dari ini. Mahkamah telah membuat dapatan bahawa tertuduh telah

faham dan sedar akan keperluan tertuduh untuk mendapatkan tauliah mengajar atau

berceramah daripada Jawatankuasa Tauliah terlebih dahulu.

Page 31: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 31 daripada 42

75. Selanjutnya Mahkamah juga perlu melihat sama ada perbuatan yang dipertuduhkan pada hari

ini adalah termasuk di bawah tugasan khas tertuduh sebagai Ahli Parlimen atau tidak?

Mahkamah juga perlu membuat pertimbangan kepada tujuan atau matlamat penganjur

program atau majlis tersebut, sama ada tertuduh dijemput untuk menyampaikan ucapannya

atas jawatannya sebagai Ahli Parlimen atau tidak?. Namun demikian, Mahkamah mendapati

perkara ini tidak dibangkitkan dengan tuntas oleh PS tertuduh dalam keterangan secara

bersumpahnya atau penghujahan PS tertuduh.

76. PS tertuduh hanya menghujahkan, tertuduh sebagai seorang Ahli Parlimen perlu menyatakan

pendiriannya berkaitan isu-isu semasa. Mahkamah bersetuju dengan hujahan tersebut.

Namun demikian, persoalannya adakah ceramah yang dibuat oleh tertuduh pada 16 Ogos

2011 di Surau tersebut adalah di atas kapasitinya sebagai seorang Ahli Parlimen atau di atas

kapasiti sebagai seorang Islam yang ingin menyampaikan dan menyeru umat Islam ke arah

kebaikan dan ketaatan kepada Allah swt yang merupakan perkara-perkara tentang agama

Islam?

77. Tertuduh tidak memanggil sebarang saksi, khususnya penganjur majlis tersebut, walaupun

telah ditawarkan oleh pendakwa. Tertuduh juga tidak mengemukakan apa-apa dokumen yang

menunjukkan bahawa tertuduh dijemput oleh penganjur ke majlis tersebut sebagai seorang

Ahli Parlimen.

78. Selain itu, Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pendakwa bahawa peruntukan seksyen

41 EJS 1995 adalah peruntukan umum yang hendaklah dibaca bersama peruntukan khusus

iaitu peruntukan seksyen 121 EPAIS 2003 serta peraturan 22 Peraturan Tauliah tersebut.

Peruntukan tersebut tidak mengecualikan seorang Ahli Parlimen untuk mengajar perkara-

perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

79. Oleh yang demikian, Makamah tidak dapat membuat dapatan yang positif terhadap

penghujahan PS tertuduh bahawa perbuatan tertuduh tersebut adalah jatuh di bawah

kekecualian am di bawah seksyen 41 EJS 1995 tersebut.

Page 32: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 32 daripada 42

80. Dalam kes ini pendakwaan telah mengemukakan 4 orang saksi yang mana keterangan yang

diberikan adalah selari dan saling sokong menyokong antara satu sama lain. Pendakwa juga

telah mengemukakan 12 jenis dokumen-dokumen dan bahan bukti di Mahkamah ini yang

juga jelas menyokong kes pendakwaan. Manakala tertuduh setelah memilih untuk

memberikan keterangan bersumpah dalam kandang saksi telah menceritakan kembali

keseluruhan intipati ucapan tertuduh pada malam kejadian dengan dengan versi dan sudut

pandang yang berbeza, tetapi intipati ucapan adalah sama dengan keterangan pihak

pendakwaan tanpa mengemukakan sebarang bukti dan keterangan sokongan yang lain.

81. Amalan di Mahkamah Awam, tertuduh adalah salah seorang saksi yang mana keterangannya

secara bersumpah dalam Mahkamah mempunyai berat timbangan (evidentiary weight).

Namun di Mahkamah Syariah, prinsip yang berbeza digunapakai. Sebagaimana peruntukan

seksyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang

mendefinisikan “saksi” tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh. Tertuduh tidak

dianggap sebagai salah seorang saksi walaupun tertuduh memilih untuk memberikan

keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi.

82. Oleh yang demikian, adakah dengan semata-mata keterangan bersumpah tertuduh yang

memberikan versi yang berbeza boleh mematahkan kes pendakwaan yang dibuktikan

dengan keterangan 4 orang saksi dan 12 dokumen dan bahan bukti yang dikemukakan dan

diterima di Mahkamah.

83. Telah menjadi suatu undang-undang yang mantap bahawa keraguan yang perlu ditimbulkan

oleh pihak pembelaan untuk mewajarkan pembebasan adalah keraguan yang benar-benar

munasabah dan bukan keraguan yang direka-reka bagi mengelirukan mahkamah. A

reasonable doubt must be a doubt arising from evidence and cannot be an imaginary doubt

or conjecture unrelated to evidence (Public Prosecutor v. Saimin [1971] 1 LNS 115). A

reasonable doubt is where the evidence is credible, probable, plausible or logical (Public

Prosecutor v. The Eng Wah [1999] 8 CLJ 451). Lihat juga kes Pendakwa Raya v Zulkifle bin

Mohamad [2016] MLJU 399 dan Mr. Losali v. Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 694.

Page 33: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 33 daripada 42

F. KESIMPULAN / SABITAN

84. Setelah Mahkamah menghalusi dan menekuni intipati versi pembelaan tertuduh, Mahkamah

dengan penuh hormat, mendapati versi pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian dan

tanpa sokongan bukti (afterthought, bare denial and of no evidentiary weight). Sehubungan

itu, Mahkamah mendapati secara keseluruhan pembelaan tertuduh tidak berjaya

menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas keterangan-keterangan

pendakwaan.

85. Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan

kesnya tanpa sebarang keraguan yang munasabah bagi pertuduhan yang dikenakan ke atas

tertuduh.

86. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan Mahkamah tersebut, Mahkamah telah berpuas hati

dan dengan ini, Mahkamah mensabitkan tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah

seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

G. MITIGASI

87. Mahkamah mensabitkan tertuduh di bawah peruntukan seksyen 119 (1) EPAIS 2003 pada

19 Disember 2016. Namun demikian, Mahkamah telah menangguhkan penetapan hukuman

terhadap tertuduh dengan memberi peluang kepada PS tertuduh dan pendakwa membuat

hujahan peringanan hukuman atau pemberatan hukuman. PS tertuduh telah memfailkan

hujah mitgasinya pada 5 Januari 2017 manakala Pendakwa Syarie hanya memfailkan

hujahan pemberatan hukuman pada 18 Januari 2017 dan hari ini ditetapkan untuk keputusan

hukuman terhadap tertuduh.

88. Secara keseluruhannya hujahan mitigasi tertuduh boleh disimpulkan seperti berikut:

88.1. Tertuduh adalah pesalah kali pertama yang mana Mahkamah hendaklah

menggunapakai peruntukan seksyen 129 (1) ETJS 2003 yang mana Mahkamah

Page 34: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 34 daripada 42

hendaklah mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental

pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau kepada apa-apa hal

keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan.

a. Tertuduh seorang yang berwatakan soleh.

b. Tertuduh berumur 59 tahun 5 bulan

c. Tertuduh mengalami masalah sakit jantung

d. Tertuduh seorang Ahli Parlimen Shah Alam, Pengarah Komunikasi Parti Amanah

Negara

e. Tertuduh aktif dalam kerja-kerja kebajikan

f. Kesalahan dilakukan akibat daripada tertuduh silap memahami maksud mengajar

tanpa tauliah

g. Kesalahan yang disabitkan adalah kesalahan takzir dan kesalahan yang ringan.

h. Tertuduh telah tidak mengulangi kesalahan mengajar tanpa tauliah sejak

dipertuduhkan sehingga sekarang.

88.2. Tertuduh mohon Mahkamah melepaskan tertuduh dengan cubaan akhlak berkelakuan

baik atau jika dikenakan hukuman, dihukum dengan dendaan sahaja tidak melebihi

RM2000.00.

88.3. Sekiranya dihukum dengan dendaan melebihi RM2000.00, tertuduh boleh hilang

jawatan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam dan memudharatkan diri tertuduh dan

masyarakat.

89. Manakala Pendakwa Syarie dalam hujahan bagi menjawab hujahan mitigasi menghujahkan

seperti berikut:

89.1. Alasan pesalah kali pertama adalah tidak kukuh dan bukanlah suatu yang mandatori

sebagai peringanan hukuman.

89.2. Mahkamah perlu bertegas dengan hukuman agar undang-undang tidak dipandang

remeh oleh tertuduh dan masyarakat. Hujahan tertuduh hanya bersifat kepentingan

peribadi dan bukan maslahah undang-undang.

Page 35: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 35 daripada 42

89.3. Kesalahan takzir tidak menyebabkan kesalahan dipandang ringan, hendaklah melihat

kepada hal keadaan tertuduh dan kesan kesalahan terhadap sistem kehidupan yang

ditetapkan oleh undang-undang dan hukum syarak. Mengajar agama tanpa tauliah

boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan membawa kepada perselisihan faham

yang serius dan negara akan menjadi goyah.

89.4. Kesan sekiranya tertuduh dihukum dengan dendaan melebihi daripada RM2000.00

adalah akibat daripada kesalahan yang dilakukannya sendiri. Mahkamah tidak

sepatutnya terikat dengan bebanan yang akan dihadapi oleh tertuduh. Tertuduh

sepatutnya memikirkan kesan kesalahan tersebut sebelum daripada melakukan

kesalahan ini dan bukannya menggunakan alasan kesan dan akibat sebagai sebab

tidak dihukum sewajarnya.

89.5. Tertuduh sebagai seorang Ahli Palimen sepatutnya lebih menghormati undang-undang

dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

89.6. Tertuduh melanggar undang-undang dengan keadaan sedar dan berpengetahuan.

90. Keperluan memberikan pertimbangan kepada pesalah kali pertama ini telah diperuntukkan

dalam seksyen 129 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang

mana Mahkamah hendaklah ”...mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau

keadaan mental pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau kepada

apa-apa hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan ..”

91. Prinsip pertimbangan kepada pesalah kali pertama bagi peringanan hukuman ini juga diulas

oleh Y.A.A Dato’ Hussin Bin Hj. Harun dalam kes Noralisham Bin Ramli lwn. Ketua

Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, JH XV (11), hlm. 165, yang menyatakan:

“Kesalahan pertama yang dilakukan oleh Perayu juga wajar diambilkira sebagai qarinah

sebagai Perayu mahu kembali ke pangkal jalan dan tidak mengulangi kesalahannya buat

kali kedua. Oleh itu, isu kesalahan kali pertama Perayu wajar diambilkira oleh Mahkamah

ini dalam mendengar rayuan Perayu. Perayu tidak pernah disabitkan atau didakwa di bawah

mana-mana kesalahan undang-undang yang berkuatkuasa mengenai agama Islam

sebelum ini dan setelah dijatuhi hukuman “

Page 36: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 36 daripada 42

92. Namun demikian, faktor tertuduh adalah pesalah kali pertama bukanlah faktor yang patut

diberikan keutamaan berbanding faktor lain seperti jenis dan akibat kesalahan serta

kepentingan awam sbagaimana yang diulas oleh Hakim Ahmad Maarop dalam kes Amran

Bin Ahmad lwn. Pendakwa Raya, [2006] 5 MLJ 486. Prinsip yang sama juga di pakai dalam

kes Abdul Razak Othman lwn. Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka, JH 23 (2), yang

mana di dalam kes ini, faktor kesalahan kali pertama dan pengakuan salah diambilkira

sebelum hukuman dijatuhkan. Namun begitu Mahkamah Rayuan Syariah tidak menyatakan

ia merupakan suatu faktor utama dalam pertimbangan menjatuhkan hukuman.

93. Sehubungan dengan itu, menjadi suatu dapatan Mahkamah ini bahawa kesalahan kali

pertama bukan menjadi faktor utama yang menyebabkan peringanan hukuman diberikan

secara otomatik. Bahkan, Mahkamah hendaklah juga memberikan pertimbangan kepada

faktor-faktor lain yang lebih utama bagi mencapai matlamat penghukuman yang diberikan

oleh Mahkamah memenuhi maqasid ‘uqubah (matlamat hukuman) dalam Islam.

94. Walaupun, Mahkamah bersetuju dengan hujahan mitigasi PS tertuduh bahawa Mahkamah

hendaklah mengambil kira latar belakang tertuduh yang telah berumur hampir 60 tahun,

mempunyai masalah sakit jantung dan telah banyak menyumbang kepada aktiviti sosial

dan kebajikan kepada masyarakat hendaklah diberikan pertimbangan, tetapi perkara-

perkara tersebut hendaklah diimbangi dengan “faktor lain seperti jenis dan akibat kesalahan

serta kepentingan awam”

95. Selanjutnya Mahkamah merujuk hujahan PS tertuduh berhubung keadaan berat ringan

kesalahan ini memandangkan ia adalah kesalahan takzir dan menghujahkan Mahkamah

hendaklah memberikan hukuman yang ringan kepada tertuduh sehingga boleh dilepaskan

dengan cubaan akhlak berkelakuan baik.

96. Hukuman ta’zir ialah hukuman dera ke atas pesalah-pesalah yang telah sabit kesalahannya

dalam Mahkamah selain daripada kesalahan hudud dan qisas. Jenis, kadar atau bentuk

hukuman ta’zir adalah terserah kepada pemerintah yang bertujuan untuk menghalang

Page 37: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 37 daripada 42

pesalah mengulangi kesalahan dan sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak

melakukan kesalahan yang sama.

97. Abdul Rahman Ibrahim Abdul Aziz al-Hamidi dalam kitabnya al-Qadha’ wa Nizamuhu Fi al-

Kitab wa al-Sunnah menyatakan:

“Matlamat hukuman-hukuman dalam perundangan Islam bertujuan menimbulkan kesan

psikologi dan kegerunan kepada masyarakat. Perlaksanaan hukuman-hukuman dalam Islam

tidak bertujuan untuk menyeksa atau mengazab para pesalah, bahkan ianya untuk

mengembalikan kestabilan sosial, politik dan keamanan dalam masyarakat.”.

98. Dr. Abdul Qadir Audah dalam kitabnya Al-Tasyri’ al-Jinaaiy al-Islamiy, Juz 1, hlm 615

menyatakan bahawa :

“...adapun bagi kesalahan-kesalahan takzir, syariat memberi kebebasan kepada hakim di

dalam memilih hukuman yang sesuai di antara sekumpulan hukuman. Sebagaimana juga

diberikan kebebasan kepada hakim di dalam menetapkan kadar hukuman dan kebebasan

menentukan pemilihan hal keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah (dalam persoalan

meringan atau memberatkan hukuman). Sekiranya hakim berpendapat bahawa hal keadaan

jenayah dan hal keadaan penjenayah tidak menghendaki peringanan, maka hakim

hendaklah menghukum penjenayah mengikut hukuman yang selayaknya dengan jenayah

yang dilakukannya. Sekiranya hakim berpendapat hal keadaan penjenayah menghendaki

peringanan hukuman, maka hakim hendaklah menghukum dengan hukuman yang sesuai

dengan keperibadiannya, hal keadaannya dan hal keadaan kehidupannya serta akhlaknya.

Sekiranya pula bahawa hal keadaan jenayah menghendaki pemberatan hukuman,

sedangkan hal keadaan penjenayah menghendaki ia diringankan, maka hakim hendaklah

menghukum dengan hukuman pertengahan, dia tidak boleh memberatkan hukuman dan tidak

juga boleh meringankannya.”.

99. Y.A.A. Tan Sri Syeikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman dalam penulisannya bertajuk ‘Proses

Penghakiman dan menjatuhkan keputusan di Mahkamah Syariah : Satu penilaian’ Jurnal

Hukum Jld 7 Bhg. 1 hlm. 5. Beliau menyatakan antaranya:

Page 38: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 38 daripada 42

“...biasanya sebelum hukuman dijatuhkan terutama dalam kes jenayah syariah, Hakim

Syarie akan memerhatikan faktor yang memberatkan hukuman dan faktor yang

meringankan hukuman. Setelah kedua-dua faktor itu diambil kira dan ditimbangkan, barulah

hukuman dijatuhkan. Secara tersuratnya, inilah asas pertimbangan Hakim-hakim Syarie

sebelum hukuman dijatuhkan. Selalunya antara faktor yang boleh meringankan hukuman

ialah pengakuan bersalah dan pernyataan taubat, pesalah bawah umur, rekod peribadi

yang baik, kesan hukuman terhadap kesihatan pesalah dan kesalahan pertama kali

dilakukannya. Manakala faktor-faktor yang boleh memberatkan hukuman pula ialah rekod

buruk pesalah, taraf perkahwinan, taraf pesalah di dalam masyarakat dan kedudukannya

yang tinggi, kekerapan kesalahan dilakukan dan penggunaan kekerasan dan keganasan

semasa melakukan kesalahan.”.

100. Berdasarkan kepada otoriti-otoriti tersebut, Mahkamah ini menyimpulkan bahawa matlamat

hukuman dalam perundangan islam adalah bagi memberikan pengajaran kepada pesalah

dan masyarakat sebagai suatu langkah pencegahan kepada masyarakat untuk tidak

melakukan kesalahan yang sama. Dalam menentukan takat hukuman, hakim mempunyai

budibicara untuk memilih hukuman yang bersesuaian dengan keseriusan kesalahan

dengan mengambil kira cara pensabitan, kesalahan kali pertama atau kesalahan berulang,

hal keadaan pesalah merangkumi umur pesalah, kedudukan pesalah dalam masyarakat,

kesan hukuman terhadap pesalah, rekod peribadi dan pernyataan taubat pesalah.

101. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan PS tertuduh berhubung rujukan kes Ketua

Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan lwn. Junaizulnizam b. Juhari dan Seorang lagi,

Jurnal Hukum Jld. 35 Bhg. 2 (Disember 2012) dan kes Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS

Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013) hlmn 119 yang menggunakan

prinsip:

”Dalam menimbangkan sesuatu hukuman, antara prinsip dan faktor yang utama adalah

kepentingan umum atau maslahan ’ammah dan bergantung kepada beratnya kesalahan

yang dilakukan oleh tertuduh”.

Page 39: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 39 daripada 42

102. Pihak pendakawaan juga menghujahkan perkara yang sama dengan rujukan kepada kes

Abdul Kahar bin Ahmad lwn. Ketua Pendakwa Syarie Selangor, namun memberikan

intreperatasi yang berbeza berhubung maslahah peribadi dan maslahah ’ammah.

103. Pada pandangan Mahkamah, maslahah peribadi adalah jelas, iaitu berhubung kepentingan

yang bersangkut paut secara peribadi kepada tertuduh seperti kesan kepada kebebasan

diri tertuduh, kesihatan, kewangan, pekerjaan, keluarga dan lain-lain. Namun demikian,

apakah maslahah ’ammah yang perlu Mahkamah pertimbangkan dalam kes ini yang mana

hendaklah diutamakan daripada maslahah peribadi tertuduh?. Dihujahkan oleh PS tertuduh

ialah, maslahah ’ammah ialah maslahah masyarakat kawasan Parlimen Shah Alam yang

akan kehilangan ahli parlimennya dan maslahah masyarakat yang akan hilang keupayaan

tertuduh untuk berbakti kepada masyarakat.

104. Pada hemat Mahkamah, hujahan mitigasi tersebut adalah tidak tepat dengan apa yang

dimaksudkan oleh YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan yang dirujuk oleh PS tertuduh dan

Pendakwa Syarie. Apa yang dimaksudkan dengan maslahah ’ammah tersebut adalah

maslahah ’ammah yang ingin dijaga oleh peruntukan undang-undang yang digubal dan

dikuatkuasakan dalam negeri Selangor ini. Dalam kes ini adalah berkaitan pengawalan

pengajaran agama Islam kepada masyarakat negeri selangor agar tidak berlaku

penyebaran agama yang menyeleweng dan menimbulkan perpecahan dan mengganggu

keharmonian dalam masyarakat [sila lihat kes Fathul Bari Mat Jahya & Anor v. Majlis Agama

Islam Negeri Sembilan & Ors [2012] CLJ JT (2)]

105. Adalah ditegaskan juga bahawa, sepanjang prosiding ini, Mahkamah ini tidak membuat

apa-apa dapatan berhubung sama ada ucapan atau apa yang disampaikan oleh tertuduh

adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar atau tidak. Mahkamah juga tidak

membuat apa-apa dapatan berhubung sama ada apa yang disampaikan oleh tertuduh pada

18 Ogos 2011 di Surau Seri Sementa, Klang tersebut boleh membawa kepada perpecahan

dan / atau menggangu keharmonian masyarakat. Ini kerana perkara-perkara tersebut tidak

menjadi elemen kepada kewujudan kepada kesalahan yang disabitkan oleh Mahkamah ini.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh adalah melakukan kesalahan mengajar

tanpa tauliah dan bukannya kesalahan mengajar ajaran salah.

Page 40: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 40 daripada 42

106. Mahkamah merujuk kepada kitab Al-Uqubah Fi Al-Fiqhi Al-Islami, hlm. 135, karangan Dr.

Ahmad Fathi Bahansiy, menyatakan:

أن مقدارالتعزيز بحسب المصلحة وعلى قدر الجريمة

“Sesungguhnya kadar ta’zir yang dijatuhkan hukum kepada pesalah ta’zir adalah mengikut

kemaslahatan dan juga tahap jenayah yang telah dilakukan”

107. Matlamat hukuman (maqasid ‘uqubah) bukanlah bertujuan untuk menyeksa atau mengazab

pesalah sebagaimana yang disebutkan oleh Abdul Rahman Ibrahim Abdul Aziz al-Hamidi

dalam kitabnya al-Qadha’ wa Nizamuhu Fi al-Kitab wa al-Sunnah:

“Matlamat hukuman-hukuman dalam perundangan Islam bertujuan menimbulkan kesan

psikologi dan kegerunan kepada masyarakat. Perlaksanaan hukuman-hukuman dalam

Islam tidak bertujuan untuk menyiksa atau mengazab para pesalah, bahkan ianya untuk

mengembalikan kestabilan sosial, politik dan keamanan dalam masyarakat”

108. Ahmad Fathi al-Bahnasi dalam kitabnya al-‘Uqubah fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Kitab al-

‘Arabi, 1958, hlm. 11 menyimpulkan bahawa penghukuman mempunyai dua tujuan yang

boleh dilihat secara jangka pendek dan jangka panjang. Tujuan jangka pendek ialah bagi

memulih serta menghalang pesalah daripada mengulangi kesalahan itu dan seterusnya

mencegah orang lain daripada melakukan perkara yang sama. Manakala tujuan jangka

panjang ialah untuk menjaga kemaslahatan masyarakat awam.

109. Objektif penghukuman secara umumnya berkisar tentang dua perkara iaitu pertama

menghukum pesalah di atas kesalahan yang dilakukannya dan kedua mencegah orang lain

dari melakukannya. Oleh yang demikian, perkara yang paling penting dalam perlaksanaan

hukuman ta’zir ini adalah sebagai bentuk pencegahan, pembalasan, dan pemulihan (ta’dib).

Page 41: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 41 daripada 42

110. Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah ini diberikan kuasa budibicara di dalam

menentukan setiap hukuman yang dikenakan bagi sesuatu kesalahan itu sama ada dimulai

dengan perkataan “hendaklah dihukum” atau “bolehlah dihukum” sebagaimana yang

disebutkan oleh Dr. Abdul Qadir Audah dalam kitabnya Al-Tasyri’ Al-Jinaie Al-Islamie,

sebagaimana yang dinukilkan sebelum ini.

111. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bagi memastikan hukuman yang

dijatuhkan oleh Mahkamah memenuhi maqasid penghukuman, hukuman tersebut

hendaklah sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada tertuduh dan

masyarakat agar tidak melakukan kesalahan yang sama di masa-masa akan datang.

112. Berdasarkan kepada hujahan mitigasi PS tertuduh, hujahan pemberatan tertuduh,

Mahkamah mendapati terdapat hal keadaan tertuduh yang menghendaki peringanan

kepada hukuman dan dalam masa yang sama juga terdapat hal keadaan tertuduh

menghendaki pemberatan hukuman. Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa

dalam kes ini sewajarnya hukuman diberikan tidaklah berat dan juga tidaklah ringan.

Dengan kata lain hukuman pertengahan. Selanjutnya adalah dinyatakan juga hukuman

MAKSIMUM bagi kesalahan ini sebagaimana yang diperuntukkan seksyen 119 (1) EPAIS

2003 adalah dendaan sebanyak RM3000.00 DAN dipenjara selama tempoh tidak melebihi

2 tahun.

113. Hukuman pemenjaraan adalah hukuman yang berat. Oleh yang demikian adalah tidak

wajar dan tidak sesuai bagi kesalahan tertuduh dan fakta kes tertuduh.

114. Selain itu, Mahkamah juga mengambil kira proses pensabitan bagi kesalahan terhadap

tertuduh bukanlah dibuat melalui pengakuan salah, tetapi telah melalui proses perbicaraan

yang panjang sejak 2013 lagi. Proses perbicaraan yang panjang tersebut sudah semestinya

telah banyak mengambil masa banyak pihak dan telah menghabiskan banyak kos. Oleh

yang demikian, hukuman dendaan kurang daripada RM2000.00 sebagaimana yang dirayu

oleh tertuduh juga adalah terlalu ringan.

Page 42: Pendakwa Syarie Negeri Selangor 5 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985)

Halaman 42 daripada 42

H. KEPUTUSAN / HUKUMAN

SETELAH Mahkamah berpuas hati dengan pensabitan terhadap tertuduh, dan setelah

Mahkamah mempertimbangkan hujahan mitigasi tertuduh serta hujahan pemberatan Pendakwa

Syarie berkaitan hukuman, serta setelah memberikan pertimbangan kepada alasan-alasan

penghakiman Mahkamah, maka dengan ini MAHKAMAH MEMUTUSKAN DAN

MENGHUKUMKAN seperti berikut :

1) Mahkamah perintahkan kamu Khalid bin Abdul Samad dijatuhkan hukuman dendaan

sebanyak RM2900.00 atau dipenjara tiga (3) bulan sekiranya gagal membayar denda

pada hari ini.