penggal kedua second session - parlimen.gov.my · tuan rahim bin baba, a.m.p. (dilantik). puan...

90
Jilid II Bil. 11 MALAYSIA Hari Isnin lOhb Ogos, 1992 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KELAP AN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1923] RANG UNDANG-UNDANG Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2) [Ruangan 2016) Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) [Ruangan 2034] II DICETAK OLEH PERCET ,t.KAN NASIONAL MALA YSJA BERt-IAD, IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR 1994 PNMB

Upload: trinhdien

Post on 30-Mar-2019

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jilid II Bil. 11

MALAYSIA

Hari Isnin lOhb Ogos, 1992

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

P ARLIMEN KELAP AN Eighth Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1923]

RANG UNDANG-UNDANG

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2) [Ruangan 2016)

Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) [Ruangan 2034]

II DICETAK OLEH PERCET ,t.KAN NASIONAL MALA YSJA BERt-IAD, IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR 1994

PNMB

>

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' V ADIVELoo A/L Gov1NDASAMY, D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (Dilantik).

..

..

..

..

Menteri Belia dan Sukan, TUAN HAn ANNUAR BIN MUSA (Dilantik).

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, TuAN ADAM BIN KAmR (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SuBRAMANIAM, D.S.N.s., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR SAK CHENG LUM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.l.S., B.S.I., P.P.N. (Dilantik).

TuAN HA.JI ABDUL MAJID BIN HAJJ ABDULLAH, P.1.s., P.P.M. (Johor).

TuAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAJI ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAJJ AHMAD BIN HAJJ ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAJJ AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik) .

PuAN RAJAH AsMAH BINTI HAJJ IsMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang) .

TUAN HAJJ AzMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AZUMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN MICHAEL BoNG THIAM JooN, A.B.s., J.B.s. (Dilantik).

PUAN HAJAH CHE PORA BINTI HAJI OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG CHI SIONG alias CHONG FAH (Negeri Sembilan) .

TuAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah) .

1917 10 ooos 1992 1918

Yang Berhormat TUAN DAHALAN BIN HAJJ EMBUN (PerHs).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAJJ DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.l>.N., J.P. (Melaka).

TUAN Foo llooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

TUAN GHAZAL! BIN HAJJ EMBONG, P:J.~. (Dilantik).

PuAN RAJAH HABIDAH BINTI JusoH alias! YusoF, P.J.K. (Terengganu).

WAN HAMID EDRUC1> BIN TUANKU HAII MoHAMAD, A.B.s .. (Sarawak).

TUAN Ho CHENG WANG (Perak).

PuAN IDA DuMPANGAL NEE IDA UNDAJll, B.s.K. (Sabah).

TUAN Isu BIN HAII SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TUAN ITAM WALI BIN NAWAN, P.PX (bilantik).

TUAN HAn JAMALUDIN BIN HAn AHMAD1 A.M.N., A.N.s., P.M.c., P.J.K., J.c. (Negeri Sembilan). , .

TUAN JoHAN B.O.T. GHANI alias CHR~STOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTHOM BINTI HAJJ OTHMAN (Kelantan).

TUAN c. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik). 1

I

PuAN LAW ]ACK YOON (Dilantik).

DATO' DR MAK HON KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

JEN. (B) TA~ SRI DATO' MOHD. GHAZ~LI BIN DATO' MOHD. SETH, M.I.D., P.P.M., K.M.N., J.M.N., S.MJ., P.P.C., P.N.B.S., D,P.MJ., P.S.M., S.P.MJ., P.M.N., S.l.M.P.,

D.H.M.S., P.G.A.T. (Dilantik).

TUAN MoHD. ZAIN BIN HAJJ MAT DAuD (Kelantan).

TUAN MuNISAMY A/L KuPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.:K. (Terengganu). , , I

TUAN NEo tuAN CHENG, P.P.N. (Johar).

TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO' NG TuIAN HocK, D.S.S.A., S.M.Sf, P.J.K., J.P. (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik). I

PuAN RosALIND YAU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

PuAN HAJAH RosNAH BINTI HAJI MoHD. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

,_

-------···----·.

1919 10 OGOS 1992 1920

Yang Berhormat TUAN SAAD BIN HAn MAN (Dilantik).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TUAN V. K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TuAN SHUIB BIN ENDur, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAJJ SnmB BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

TUAN DouGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATO' TAN GIM HUA, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang).

DATO' TAN Trnw BocK, o.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

TUAN K. VIJAYANATHAN A/L KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

DATUK DAVID YEoH ENG HocK, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN HAJJ ZAINAL BIN Mo. DEROS, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

PuAN HAIAH ZALEHA BINTI HussIN (Dilantik).

1921 10 OGOS 1992

DEWAN NEGARA,

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Ketua Penolong Setiausaha: Jiaji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Pe!lolong Setiausaha: Zamani bin Sulaiman.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARL1r-1EN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Y_usop.

Pelapor Perbahasan Par/imen:

Haji Suhar bin Rusin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Rajah Kalsom bintf Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.o., P.J.K.

1922

1923 10 OGOS 1992 1924

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Isnin, lOhb Ogos, 1992

M esyuarat dimulakan pada pulcul 2 .30 petang

DOA

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

BERTANYAAN­PERTANYAAN

PERMIT TEKSI-JUMLAH PENGELUARAN

1. Tuan Haji Syed Abdul Hamid Saga ff min ta Menteri Perusahaan A warn menyatakan:

(a) sehingga Julai, 1992 berapa banyak permit teksi yang telah dikeluarkan; dan

(b) berapakah jumlah sebenar permit teksi yang diperlukan.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam (Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Jumlah terkumpul lesen teksi dan kereta sewa yang diluluskan di seluruh Semenanjung Malaysia sehingga 31 hb Julai, 1992 ialah 33,373;

(b) Pengeluaran lesen bergantung kepada permohonan yang dibuat dan ditentukan oleh kehendak permintaan dan Lembaga Per­lesenan Kenderaan Perdagangan mengambilkira jumlah tambahan penduduk, pertumbuhan · taman­taman perumahan dan kesesuaian

infrastruktur dalam menentukan jumlah lesen yang akan di­keluarkan untuk sesebuah kawasan atau pengkalan.

Tuan Isli bin Haji Siput: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Meman­dangkan Labuan bertaraf sebagai IOFC dan kita memerlukan tambahan­tambahan permit teksi di Pulau Labuan oleh kerana ramai pelancong-pelancong datang ke Labuan disebabkan Labuan akan membangun pesat, maka apakah ada cadangan daripada Kementerian yang mana permit teksi akan ditambah di Wilayah Persekutuan Labuan?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya maklumkan bahawa keperluan permohonan teksi itu adalah berasaskan kepada keperluan khidmat yang diperlukan di kawasan-kawasan tertentu dan perkara ini akan dirujukkan kepada Lembaga Perlesenan yang berada di Sa bah.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apabila Kerajaan membuat kajian sama ada sesebuah bandar itu patut ditambahkan bilangan permit teksinya, adakah Kerajaan meminta pendapat majlis­majlis tempatan?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Kementerian telahpun mengambilkira input daripada Majlis Daerah yang telah diwujudkan di peringkat negeri-negeri di mana

1925 10 OGOS 1992 1926

Jawatankuasa Penasihat tentang keperluan perkhidmatan kenderaan yang berada di peringkat negeri-negeri yang menyatukan input-input keperluan daripada semua pusat ataupun pejabat­pejabat Majlis Daerah. Dengan yang demikian, oleh kerana salah satu daripada keperluan maklumat input itu perlulah mendapat pengesahan dalam borang cadangan atau sokongan terhadap pemohon-pemohon, maka ini akan diambilkira ataupun diambilkira oleh pihak Kementerian dalam memberi pertimbangan.

Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sehingga kini b~ndar manakah yang mempunyai bariyak sekali permit teksi?

Dato' Dr. Siti Zaharah bin ti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, sudah semestinyalah kawasan yang meliputi Lembah Kelang kerana keperluan di Lembah Kelang adalah mendesak dan memandangkan kepada keadaan pembangunan dan keadaan density kepend.•qukan yang ada di kawasan bandai.

DAR UL ARQAM.:._ TINDAKAN UNDANG-UNDANG

2. Tuan Haji Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak Kerajaan akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap penyelewengan akidah oleh kumpulan Darul Arqam yang masih mempertahankan Aurad Muhammadiah. Apakah pihak Kerajaan yang meng­gunakan undang-undang Ekstradisi untuk membawa pulang pemimpin Darul Arqam untuk diadili di,negara kita ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman): Tuan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan yakin

dan percaya bahawa usaha-usaha yang telah dijalankan setakat ini memberi kesedaran kepada masyarakat Islam di negara ini tentang penyelewengan akidah Darul Arqam. Namun begitu, tindakan-tindakan yang bersifat penguatkua~aan undang-undang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan­kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan pula telah mengharamkan semua penerbitan majalah oleh kumpulan ini. Tindakan ke atas lain-lain bahan penerbitan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa mbngikut undang-undang dan peruntukan yang ada.

Kerajaan sentiasa mengawasi kumpulan Oarul Arqam supaya tidak mengancam keselamatan akidah dan ketenteraman awam di negara ini. Setakat ini Kerajaan belum bercadang menggunakan undang-undang Ekstra­disi untuk membawa pulang pemimpin Darul Arqarr bagi diadili di negara ini kerana masanya belum tiba.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila Yang Berhormal menjawab tadi rakyat dan masyarakat telahpun sedar, adakah kerana ekoran tindakan daripada Kerajaan Barisan Nasional juga membuat m3Syarakat di bawah pengaruh parti PAS di Kelantan dan juga di mana­mana dalam negara kita ini sudahpun turut sedar. Kerana baru-baru ini saya difahamkan semua masjid, khatib-khatib membaca khutbah di Kelantan semuanya menghentarQ Arqam. Jadi, sa,ya ingin tahu daripa$ Yang Berhormat adakah ini satu dari~ada tindakan kita terdahulu membuatkan Kerajaan PAS barulah sedar penyelewengan pertubuhan Arqam ini?

I

Yang ked~a. saya ingin tahu daripada Yang Berhormat, cara mana Kerajaan hendak mengambil tindakan untuk mengharamkian pertubuhan Arqam ini sedangkan mereka tidak berdaftar berupa satu-satu pertubuhan?

1927 IO OGOS 1992 1928

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, cadangan pertama itu adalah kemung­kinan besar bahawa kesedaran Kerajaan­kerajaan Negeri adalah dengan tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat, termasuk juga di negeri Kelantan.

Perkara yang kedua ialah oleh kerana kumpulan ini tidak berdaftar dengan Kerajaan, strategi yang diambil ialah memberi kefahaman kepada orang ramai dan melarang mana-mana agensi Kerajaan memberikan apa-apa jua sokongan dan bantuan secara moral dan material kepada kumpulan ini.

SKIM PPRT - GOLONGAN YANG TELAH BERDIKARI

3. Tuan Haji Saidin bin Mohamad minta Perdana Menteri menyatakan berapakah ramai rakyat termiskin yang sejak skim PPRT dilancarkan sudah tidak termasuk Iagi dalam golongan itu disebabkan dapat berdikari mengikut negeri-negeri dan memandangkan masih ramai tertinggal daripada pendaftaran, apakah Kerajaan terus menerima mereka.

Perdana Menteri (Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad): Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun Program Pembangunan Rakyat Termiskin telah dilancarkan semenjak tahun 1989, daftar rakyat termiskin yang dijadikan asas untuk agihan projek-projek di bawah PPRT hanya telah dikeluarkan pada akhir tahun 1991.

Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan sedang mempergiatkan usaha-usaha untuk mengesan kedudukan pendapatan keluarga termiskin semenjak PPRT dijalankan. Usaha-usaha ini akan selesai pada akhir tahun ini; 'Clalam pengesahan ini keluarga termiskin yang telah berjaya memperolehi pendapatan melebihi garis kemiskinan termiskin akan dikeluarkan daripada daftar rakyat termiskin. Di

masa yang sama mereka yang termiskin yang baru dikesan ataupun belum didaftar akan dimasukkan dalam daftar rakyat termiskin untuk tahun 1992 pula.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, walau­pun usaha-usaha mengemaskinikan daftar untuk seluruh negara belum lengkap, usaha-usaha mengemaskini daftar itu serta usaha menilai kedudukan sosio-ekonomi keluarga-keluarga ter­miskin ini sebenarnya dibuat sccara berterusan di beberapa negeri.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan PAS di Kelantan pada hari ini mengatakan iaitu bahawa soal kemiskinan ini satu soal yang mana ketentuan qada' dan qadar. Jadi, tidak boleh dibuat apa. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semenjak dilaksanakan skim PPRT ini, bagaimanakah sambutan rakyat Kelantan yang miskin terhadap skim kita?

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, rakyat Kelantan sama seperti rakyat negeri lain menyambut baik usaha Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan mereka supaya mereka tidak menjadi miskin, yang mana ini membuktikan bahawa mereka tidak percaya kepada Kerajaan mereka sendiri.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selain dari apa yang diberi oleh Kerajaan Pusat kepada skim PPRT ini, baru-baru ini ASB juga telah memberi bantuan. Selain daripada itu, saya ingin tahu adakah apa­apa lagi Kerajaan bercadang hendak diberi kepada mereka ini?

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, kita mempunyai banyak rancangan; saya tidak dapat perhitung­kan semua, tetapi pada asasnya kita

1929 10 OGOS 1992 1930

percaya bahawa seseorang itu miskin kerana keadaan tertentu, dan kalau kita dapat mengatasi keadaan itu, maka mereka tidak akan lagi miskin. Dan kita tidak percaya kepada pendapat bahawa orang yang miskin ini adalah kerana dikehendaki mereka miskin, kerana telah dihukum,supaya mereka itu miskin.Kita tidak percaya kepada pendapat yang sebegini.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang luar biasa, dia ada mempunyai suatu Tabung Serambi Mekah. Apakah dengan pengwujudan Tabung Serambi Mekah ini boleh dikira dapat mengatasi kemiskinan ataupun kadar kemiskinan di negeri Kelantan menurun?

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, sebenarnya tidak ada penerimaan secara rasmi di mana duduknya Serambi Mekah, setengah berpendapat bahawa negeri Acheh adalah Serambi Mekah, tetapi dakwaan yang dibuat tanpa mengambilkira keadaan sebenar tidak dapat diterima oleh kita. Dalam pada itu apabila mereka mengutip wang untuk Serambi Mekah ini kita tidak diberitahu sama sekali dan rakyat juga tidak tahu banyak mana kutipan, apa yang telah dibuat untuk mengagihkan wang ini, dan sama ada dia tertumpu kepada pembasmian kemiskinan ataupun tidak. Ini Kerajaan Pusat tidaklah ada kuasa untuk membuat apa-apa, tetapi kita memang berasa hairan.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Soalan saya ini ada kaitan dengan soalan asal iaitu kita kaitkan kemiskinan dengan rakyat biasa, tetapi oleh sebab penghijrahan kaum biasanya ke bandar kedudukan sosio-ekonomi bandar berubah dan ini melibatkan kemiskinan dalam bandar. Jadi, apakah rancangan Kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam bandar?

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, dalam usaha kita untuk membasmi' kemiskinan kita bukan menumpukan semata-mata kepada kawasan Iuar bandar, tetapi kita menumpuk~ kepada taraf kemiskinan penduduk di mana-mana juga mereka berada. Dan memangpun ada rancangan untuk me~genalpasti mereka yang miskin di dalam bandar dan memberi bantuan klepada mereka. Tetapi, walaupun masih ada ramai penghijrahan penduduk telah berlaku, kita dapati bahawa mer1eka yang datang ke bandar kebanyakannya mereka datang kerana melihat peluang yang terdapat di dalam bandar, dan dengan penggunaan peluang ini, maka taraf kemiskinan mereka adalah berkurangan.

PEMIMPIN KESATUAN SEKERiJA MEMBURUKKAN

IMEJ MALAYSIA

4. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) sekiranya MTUC melalui Presidennya dan Setiausaha Agung disahkan berbohong untuk menjatuhkan imej Malaysia di luar negara mengapa­kah · pihak Kerajaan tidak mengambil tindakan undang­undahg terhadap mereka. Adakah ini bermakna bahawa pihak golongan pekerjapun bersikap 'treacherous' terhadap negara yang memberi nikmat hidup untuk mereka; apakah issue yang sebenarnya; dan

(b) mengapakah pihak Kerajaan tidak membuat suatu 'referendum' untuk mendalami perasaan kaum pekerja sebenarnya.

11. Tuan C. Krishnan minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil

,.

------------ --

1931 10 OGOS 1992

terhadap pemimpin Kesatuan Sekerja yang tidak ada semangat Kebangsaan apabila mereka memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia di dalam Persidangan-persidangan Buruh Antrabangsa.

Timbalan Menteri ·Somber Manusia (Dato' M. Mahalingam): Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Senator Tuan C. Krishnan iaitu soalan No. 11 pada hari ini mengenai perkara yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kementerian Somber Manusia memang sedar bahawa ada sebilangan pemimpin-pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mem­buruk-burukkan nama baik Malaysia ini di mata dunia dengan membuat aduan yang tidak tepat terhadap dasar-dasar Kerajaan mengenai perkara­perkara perburuhan kepada organisasi-organisasi Kesatuan Sekerja luar seperti International Metalworks Federatioan (IMF) dan Pertubuhan Buruh Antara­bangsa (ILO). Kerajaan sentiasa mengawasi situasi ini dan mengkaji kesan-kesan buruk terhadap negara akibat dari tindak-tanduk mereka itu. Setakat ini perbuatan mereka ini tidak menyalahi undang-undang. Tindakan yang sewajarnya akan diambil apabila perlu, ber­sesuaian dengan kesan-kesan buruk yang berbangkit. Kerajaan akan terus memerhati dan mengawasi tindak-tanduk pe­mimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja kita yang bertindak secara sulit atau terbuka untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan kaum pekerja.

1932

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan yakin bahawa rakyat kita terutamanya golongan pekerja sudah sedar terhadap putar belit dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pemimpin­pemimpin Kesatuan Sekerja ini yang menjejaskan imej dan ekonomi negara serta kepen­tingan masyarakat pekerja sendiri. Tindakan memburuk­burukkan imej negara di luar negeri khususnya di Persidangan Buruh Antarabangsa baru-baru ini adalah dilakukan oleh segelintir pemimpin-pemimpin MTUC yang dipercayai telah bertindak secara bersendirian tanpa mandat dari pekerja­pekerja. Oleh yang demikian, pihak pekerja tidak boleh dikaitkan dengan pemimpin­pemimpin mereka itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa isu sebenar yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin MTUC adalah merupakan isu yang berkaitan dengan keengganan pihak Kerajaan membenarkan penubuhan Kesatuan Kebang­saan dalam industri elektronik.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa pendirian Kerajaan terhadap isu ini tidak berubah. Kerajaan berpendapat bahawa pekerja-pekerja kilang elektronik ini telah diberi saluran yang efektif dalam sistem Kesatuan Sekerja dalaman (in-house union) untuk mengadu masalah­masalah yang dihadapi oleh mereka dan menerima perhatian berat pihak majikan dan Kerajaan.

Saya percaya Ahli Yang Berhormat faham bahawa industri elektronik adalah salah

1933 10 OGOS 1992 1934

satu industri yang sangat sensitif dan mengalami persaingan hebat dalam pasaran antarabangsa. Oleh itu, Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjamin pekerjaan bagi 120,000 pekerja industri ini dan juga sangat mengambil berat untuk mewujudkan iklim yang baik bagi menarik pelaburan asing ke negara kita.

Maka dengan mengambil kira kepen tingan negara pada keseluruhannya, Kerajaan berpendapat masanya belum tiba untuk membenar menubuhkan kesatuan kebangsaan bagi sektor elektronik.

(b) Kerajaan b!erpendapat satu referendum untuk mendalami perasaan kaum pekerja mengenai pekerja ini tidak perlu.Kerana hanya segelintir golongan yang mendapat mandat dari pekerja­pekerja.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya telah mengikut dengan teliti jawapan Yang Berhormat tadi. Yang pertama, Yang Berhormat menjawab perbuatan mereka belum ada kesalahan. Yang kedua, Yang Berhormat menjawab bahawa tindakan mereka tidak mendapat mandat daripada ahli­ahli union.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat, adakah dengan jawapan mengatakan mereka itu tidak lagi bersalahi ini akan membuatkan mereka lebih manja lagi, lebih bermaharajalela lagi untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan?

Yang kedua, tidakkah bagi pihak Kerajaan terutamanya Kementerian Yang Berhormat sendiri yang bertang!Ungja wab dalam masalah pekerja-pekerja supaya dapat mem­pengaruhi ahli-ahli union supaya

memberikan vote of no confidence kepada pemimpin mereka yang telah mencemarkan nama baik negara ini.

Dan akhir sekali, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat, saya ber­pendapat perbuatan mereka ini lebih teruk, boleh kita anggap lebih kurang macam pemgedar dadah juga-men­jahanamkatli negara, menjahanamkan ekonomi negara dan berbagai-bagai lagi. Adakah Kerajaan akan mengadakan satu undang-undang yang dinamakan "Undang-u!ndang Penderhakaan"­sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang didapati memburuk-burukkan dan mencemar nama baik negara maka dia mesti diadakan satu undang-undang penderhakaan. Hukumannya adalah gantung sa1if!pai mati. Itu saya hendak tahu dari Yang Berhormat.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, negara kita mengamalkan prinsip demokrasi. Pihak Kerajaan setakat ini tidak mengambil apa-apa tindakan tethadap mereka kerana tidak ada bukti' bahawa mereka telah melanggar lundang-undang negara ini. Waiau bagaimanapun, Kementerian ini sentiasa mengawasi situasi ini dan mengkaji k!esan-kesan buruk terhadap negara akibat dari tindak-tanduk mereka itu. Tindakan sewajarnya akan diambil oleh Kerajaan bersesuaian dengan kesan buruk yang;ditimbulkan termasuk kalau perlu menukar undang-undang.

PINJAMAN USAHA WAN­TINDAKAN KE ATAS

PEGAWAI MARA !

S. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Memteri Perusahaan Awam menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap pegawai-pegawai MARA yang keberatan untuk mendakwa usahawan yang berjaya tetapi enggan membayar hutang kepada MARA.

.~

1935 IO OGOS 1992 1936

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, MARA melalui pegawai-pegawainya telah dan sedang berusaha untuk mengutip bayaran balik pinjaman daripada usahawan-usahawan kepada MARA mengikut kaedah dan tatacara berdasarkan peraturan dan perundangan. Tindakan-tindakan mahkamati melelong tanah-tanah cagaran dan merampas balik kenderaan diambil apabila didapati usaha-usaha lain untuk mendapat balik pinjaman menemui jalan buntu.Oleh itu masalah pegawai-pegawai MARA yang keberatan untuk mendakwa usahawan yang tidak membayar pinjaman tidak timbul.

T AHUN MELA WAT ASEAN 1992-AKTIVITI

BERSEPADU

6. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan tentang projek-projek koordinasi yang dijalankan pada tahun melawat ASEAN untuk memastikan kegiatan-kegiatan bersama di A SEAN dapat memanfaatkan Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Dato' Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua, Tahun Melawat ASEAN 1992 merupakan satu projek usahasama serantau dengan tujuan untuk meningkatkan kedatangan pelancong dari luar ASEAN dan dari kalangan negara-negara anggota.

Bagi mentapai tujuan • terse but. publisiti dan promosi ASEAN secara bersepadu telah dijalankan oleh ASEAN Tourism Information Centre {ATIC) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Antara aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh A TIC adalah menyedia dan mengedarkan Kalendar Aturcara yang mengandungi acara-acara menarik di setiap negara anggota ASEAN, poster-

poster menarik yang menggambarkan keindahan alam semulajadi dan kebudayaan negara-negara ASEAN serta mendapatkan kerjasama media antarabangsa untuk menghebahkan pro~am Tahun Melawat ASEAN 1992. Bahan-bahan promosi tersebut diedarkan di serata dunia. Cogankata yang digunakan ialah 'Exotic ASEAN' dan 'The World's Only 6 in 1 Tropical Paradise'.

Di samping itu, setiap negara ASEAN ditetapkan sttpaya menganjurkan sekurang-kurangnya satu acara bertaraf ASEAN yang disertai oleh setiap negara anggota.Dalam hal ini, Malaysia telah memilih acara Ekspo Kraf ASEAN yang dijadualkan pada lhb-IOhb November, 1992 bertempat di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

Program Tahun Melawat ASEAN 19921 sebenarnya membantu menambah keberkesanan usaha-usaha kita memperkenalkan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan. Pengenalan ASEAN sebagai destinasi pelancongan yang menarik yang ditonjolkan di bawah progi;am Tahun Melawat ASEAN 1992 ini sudah tentunya akan menguntungkan Malaysia juga.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.Yang Berhormat, adakah bilangan pelancong ke Malaysia pada Tahun Melawat ASEAN meningkat atau menurun bila dibandingkan dengan Tahun Melawat Malaysia 1990? J ika meningkat a tau menurun, apakah sebab-sebabnya?

Dato' Abdul Raman bin Suliman: Tuan :Yang di-Pertua, kita tidaklah dapat untuk membuat perbandingan kerana tahun 1992 masih lagi belum berakhir. Waiau bagaimanapun kita juga pasti dari segi promosi yang kita buat, dari segi pertambahan pelancongan bagi negara­negara anggota ASEAN sudah tentulah dia tidak sama jika kita bandingkan dengan tahun melawat negara masing-

1937 10 OGOS 1992 1938

masing yang telah diadakan oleh negara­negara tertentu khususnya Malaysia sendiri sudah tentulah tidak dapat membandingkan.Kerana dari segi promosi melawat ASEAN, k:ita lebih menumpukan supaya tiap-tiap pelancong yang datang daripada luar negara ASEAN supaya mereka datang sekurang-kurangnya lebih daripada satu negara ASEAN. Umpamanya sekiranya mereka datang ke Thailand diharapkan mereka akan datang juga ke Malaysia.

Dari segi perbandingan seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, saya tidak mempunyai perangkaan yang terperinci. Waiau bagaimanapun, setengah atau sebahagian daripada negara-negara yang melawat Malaysia jika dibandingkan dengan Tahun Melawat ASEAN sehingga bulan Mei 1992 dengan Tahun Melawat Malaysia 1990 maka sudah tentulah ada perbezaan dari segi pertumbuhan kedatangan pelancong.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ada juga negara yang bertambah kedatangan pelancong ke negara kita, dan ada juga negara-negara yang menurun. Ini bukan disebabkan oleh barangkali tekanan kepada promosi tetapi masalah-masalah yang dihadapi oleh dunia sendiri dari segi sama ada inflasi atau dari segi sekatan-sekatan yang dibuat oleh negara-negara tertentu untuk melawat ke luar negara.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan tambahan. Terlebih dahulu saya ingin mengucap­kan tahniah kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan terutamanya Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen kerana sejak wujudnya Kementerian ini banyak kejayaan yang telah dicapai terutamanya apabila diadakan promosi Tahun Melawat Malaysia.

Dalam hubungan ini, pada tahun 1994 apabila diadakan sekali lagi promosi Tahun Melawat Malaysia, adakah negara-negara ASEAN berhasrat untuk memberik~n bantuan kepada negara kita?

Dan kedua, adakah Kementerian dapat memastikan dalam mengadakan promosi in•. peristiwa-peristiwa yang telah ditehtukan sepanjang tahun, pertunjukan kebudayaan, penyertaan Pesta Mal31ysia dan sebagainya agar sekurang-kurangnya tatasusila pakaian artis-artis kita mengikut etika Islam, mengikut etika orang Timur agar pakaian ini tidak menggambarkan bahawa artis dan masyarakat Malaysia bukan sebagai masyarakat yang tidak bermaruah.

Dato' Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana mengucapkan tahniah kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setia­usaha Parlimen. Waiau bagaimanapun, saya inginlah menyatakan bahawa kejayaan "Tahun Melawat Malaysia 1990" bukanlah kerana Kementerian sahaja tetapi oleh kerana sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk l<ementerian-Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan yang lain serta juga pihak swasta.

Untuk · makluman Ahli Yang Berhormat, bagi "Tahun Melawat Malaysia 1~94" yang kita anjurkap, kita rasa dan kita yakin, oleh kerana masa yang ada! lebih panjang untuk perancangafl jika dibandingkan dengan kita mera1ncang "Tahun Melawat Malaysia 1990" dahulu, dan dengan hal demikian, ~ita telah mengaturkan lebih daripada 160 acara untuk "Tahun Melawat Malaysia 1994" dan acara ini mungkin bertambah lagi jika kita bandingkarn dengan cadangan-cadangan baru yang sampai kepada pihak Kementerian.

1939 IO OGOS 1992 1940

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepertimana yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat tentang masalah pakaian, insya Allah, dalam hal ini kita telahpun memperbaiki dari segi Kebudayaan Timur di mana kita di dalam industri pelancongan ini memerlukan cara yang berhati-hati kerana di samping kita menarik pelancong-pelancong, kita jug a berharap bahawa pakaian kesenian dan kebudayaan kita menepati Dasar

. Kebudayaan Kebangsaan. Waiau bagaimanapun, dalam konteks kita yang berbagai budaya yang mana ini juga menjadi sebagai satu tarlkan pelancong, maka kebudayaan-kebudayaan lain juga dibenarkan untuk mengadakan pertunjukan-pertunjukan. Tetapi dari segi fungsi utama acara-acara yang diadakan sudah tentulah kita mengambilkira tentang keperluan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita yang mana, pertamanya, kita mahu supaya ia tidaklah bertentangan dengan agama Islam dan juga diterima oleh masyarakat kita sendiri.

PETANI DAN NELAYAN DI SABAH-BANTUAN

7. Tuan Johan B.O.T. Ghani @ Christopher minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk memberi bantuan kepada para petani dan nelayan di Sabah seperti subsidi baja, bantuan benih buah­buahan dan peralatan untuk menangkap ikan dan injin sangkut.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, sejak Rancangan Malaysia Kelima, Kementerian Pertanian tidak lagi memberi subsidi baja, bantuan benih buah-buahan dan peralatan untuk menangkap ikan dan injin sangkut. Dasar ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk mengurangkan pergantungan petani, penternak dan nelayan kepada subsidi dan

menggantikannya dengan kredit dari Bank Pertanian. Kementerian Pertanian tidak bercadang untuk meneruskan pemberian subsidi kepada petani, penternak dan nelayan memandangkan bahawa Kementerian mahu peladang­peladang berdikari dalam membangun­kan projek pertanian masing-masing.

TUNTUT AN "MONEY ORDER" - MEMINDA

ATURCARA

8. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan apakah ada sebarang program meminda aturcara Peng­hantatan Wang (Money Order) di mana si pehgirim terpaksa menunggu tiga bu Ian 1baru dibolehkan membuat tun tu tan ke Jabatan Pos Malaysia apabila wang tersebut dalam tempoh satu minggu tidak diterima oleh pihak penerima.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yang di-Per:tua, adalah tidak benar tuntutan ke atas "Money Order" hanya boleh dibuat selepas tiga bulan sahaja. Mengikut amalan sekarang, tuntutan sedemikian boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja selepas sesuatu "Money Order" dikeluarkan oleh Pejabat Pos.

Oleh yang demikian, soal meminda aturcma berhubung tuntutan "Money Order" tidak timbul.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya berasadukacita denganjawapan Menteri yang berkenaan mengatakan bahawa tuntutan ini boleh diadakan pada bila­bila masa. Saya sendiri orang yang terlibat, dan saya telah pergi ke Pejabat Pos yang berkenaan hendak membuat tuntutan, Pegawai itu berkata, "sorry, lepas tiga bu Ian baru dapat" Apabila saya buat t'untutan kemudian, lima bulan kemudian baharu stirat itu sampai ke tempat yang saya tuju ...

1941 10 OGOS 1992 1942

Timbalan Soalannya?

Yang di-Pertua:

Tuan Mustafa bin Awang: Soalannya, apakah ini benar cakap Menteri ataupun benar cakap pegawai yang berkenaan?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, jikalau Yang Berhormat sebut nama Pejabat Pos itu, saya akan ambit tindakan tatatertib ke atas Post Master itu.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di•Pertua, saya akan beri segala keterangan-Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu, adakah Ahli-ahli Parlimen pada masa ketika ini menikmati pos percuma lagi a tau apakah prosedur untuk mendapatkan pos percuma itu pada masa setakat ini?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan Ahli Yang Berhormat, iaitu pos percuma kepada Ahli-ahli Yang Berhormat belum ditetapkan lagi. Walaupun Pos Malaysia telah diswastakan, berkenaan dengan pengecualian pos kepada Ahli-ahli Yang Berhormat masih lagi dalam perbincangan. Saya,sendiri menyokong iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat mesti diberi pengecualian itu, tetapi say a sudah membincangkan perkara itu dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan selepas keputusan diambil oleh kedua­dua Kernenterian, selepas itu saya akan mengumumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

TANAH DAN HUTAN­PERA TUS PEMULIHAN

9. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Perusahaan Utama menyat<\kan:

(a) berapakah peratus tanah negara kita adalah hutan kini; dan

(b) bagaimanakah Kementerian Perusahaan Utama bercadang memulihlcan (menanam semula) hutatl di negara kita.

I

Timbalan Menteri ·Perusahaan Utama (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengka Mansor): Tuan Yang di­Pertua,

(a) Perntusan tanah negara yang dili~uti hutan ialah 58.9%.

(b) I

Urusan memilih dan menanam semula hutan di negara ini merupakan aktiviti yang dijalan­kan , secara berterusan melalui Maj~is Perhutanan Negara semua neg~ri telah bersetuju untuk mewujudkan kawasan-kawasan huta'1 simpanan kekal di mana setil,lp kawasan yang telah diusahahasilkan akan diikuti dengan kerja-kerja pemulihan. Sel~in itu satu program pen'i1buhan ladang hutan telah dijalankan di Semenanjung dengan tanaman di kawasan­kawasan hutan miskin dengan pokok-pokok cepat membesar. Semenjak program ini dimulakan pada tahun 1983, adalah dijangkakan kawasan seluas 100,000 hektar akan ditanam medjelang tahun 1995. Langkah­langkah yang diambil dalam bidang ini meliputi:

I

(i) rawatan silvikultur ke atas kawasan hutan yang telah dibalak; dan

(ii) tanaman mengkaya (en­richment planting).

Tuan Oahalan bin Haji Embun: Tuan Yarlg di-Pertua, saya hendak bertanya sddikit, iaitu tafsiran hutan tadi, adakah hak ini bermakna hutan dara ataupun tetmasuk KSK?

!

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, kalau sebut hutan, termasuklah itu-

1943 IO OGOS 1992 1944

yang daradanjuga KSK. Tetapi dari segi takrif sebenamya, hutan yang ditanam ini ialah hutan di dalam kawasan hutan simpan kekal, baru ditanam semula. Hutan dara itu bermakna hutan yang tidak boleh ditebang atau yang tidak pernah dibuka. Ini termasuk dalam kategori hutan-hutan yang tidak pernah ditebang ini termasuk tadahan air, termasuk huta:n Taman Negara ataupun hutan-hutan yang tidak diizinkan sahaja termasuk kawasan burung-burung, hidupan liar dan sebagainya.

PASUKAN SIMPANAN SUKARELA ANG KAT AN

TENTERA

10. Jen (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah response dati masyarakat atau swasta terhadap seruan Kementerian Per­tahanan untuk mereka menggalakkan pek(frjanya masuk sebagai sukarela di Pasukan Simpanan Tentera Darat, Laut dan Udara. Seki ran ya response itu masih kurang lagi boleh atau tidak Kementerian:

(a) menggesa syarikat-syarikat bersama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera kita supaya sebahagian dari pekerja­pekerja masuk dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera; dan

(b) sekiranya boleh Kementerian wujudkan satu undang-undang khas untuk menggalakkan semua bekas perajurit yang akan bersara masuk ke dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, sambutan masyarakat umum untuk menyertai Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera masih lagi kurang memuaskan. Kementerian telah

mengenalpasti punca sambutan masyarakat yang dingin dalam Pasukan Sim{lanan Sukarela tersebut. Antaranya adalah kurang insentif yang boleh menarik minat sukarelawan bagi menyertai pasukan ini.

S~lain daripada itu, tiada undang­undang khas bagi melindungi para peketja swasta dan Kerajaan semasa menyertai Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera. Beberapa langkah telah1 diambil bagi mengatasi masalah ini. I!>i antaranya ialah kempen galakan akan diperhebatkan melalui media massa, ceramah dan penerangan bagi men$gesa pekerja-pekerja dalam semua Per~hidmatan Awam dan swasta menyertai Pasukan Simpanan ini.

i Brrsesuaian dengan itu, fokus

pen)i'ertaan akan ditujukan kepada periqgkat pemimpin-pemimpin masya­raka~, ketua-ketua jabatan dan ahli cenclfkiawan dan seterusnya golongan pekerja-pekerja muda. Suatu Undang­und~ng Kecil sedang diteliti untuk dikuatkuasakan oleh Kementerian bagi mertjbolehkan semua golongan bekas tentera terns terikat dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tetap selama 5 tahun ataupun sehingga mereka mencapai umur 50 tahun dari tarikh persraan ataupun berhenti.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah betul elaun yang diberi kepada Pasukan Simpanan Tentera Darat itu masih lagi di antara 7 sen ke 9 sen sahaja. Ini mungkin salah satu daripada sebabnya mengapa mereka enggan masuk dengan sukarelanya. Dan juga den$an duit 7 sen hingga 9 sen satu batu itu ~endak beli kacang pun susah, Tuan Yan~ di-Pertua.

'

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan baru-baru ini telah meluluskan satu kajian semula tentang elaun-elaun

1945 10 OGOS 1992 1946

ini clan saya fikir elaun-elaun yang baru ini boleh menarik sukarelawan kita dan tidaklah sama seperti elaun-elaun yang telah diberikan dahulu. Maksudnya elaun-elaun ini telah dikaji semula.

Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah pihak Kementerian Pertahanan mempunyai kekurangan kakitangan sehingga menyebabkan Kementerian memerlukan Pasukan Simpanan Tentera Sukarela?

Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menghadapi masalah kekurangan kakitangan, tetapi dalam mana-mana negara dalam dunia ini, Pasukan Sukarela Simpanan 101 memang diadakan dengan tujuan, pertamanya, untuk meninggikan semangat semua golongan masyarakat dan menyedarkan kita tentang pentingnya memper­tahankan negara. Yang keduanya, Pasukan Simpanan Sukarela ini akan dilatih danjika berlaku keadaan-keadaan peperangan yang memerlukan, pasukan­pasukan ini akan dikerahkan sama dengan pasukan tetap yang kita ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan yang ke-11 oleh Tuan C. Krishnan telahpun dijawab tadi. Jadi saya terus pergi ke Soalan 12 Tuan Chong Chi Siong.

JURURAWAT-KEKURANGAN

12. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) bilangan kekurangan jururawat di hospital Kerajaan mengikut negeri dan beri sebabnya; dan

(b) adakah Kementerian bercadang mengimport jururawat dari luar negeri dan sebutkan negeri yang dicadangkan.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Sebab-sebab kurangan jururawat di Hospital Kerajaan mengikut neg~ri-negeri adalah seperti berikut:

Ci) bersara wajib ataupun compulsory retirement

1

mencapai umur 55 tahun;

(ii) persaraan pilihan sendiri atau optional retirement, dengan izin;

(iii~ meletak jawatan;

(iv) meninggal dunia;

(v) pembinaan hospital-hospital, poliklinik di

, institusi-institusi baru.

Keduduk,an pengisian dan keko-songan jaw a tan J ururawat Gred U8 pada 3 lhb Julai, ~992 adalah seperti be~kut:

Ncaeril J-1,.J, Pc11.gi6ia11 KclosOllaon bu1i1iui Jawo1a11

Pwli1 134 134-

Kcdah 552 551

Pu11u Pinang 725 652 73

Perak 1,198 1,089 109

Selanaor 547 5ll 36

Negeri Sembilan 484 468 16

Molalta 323 316 7

Johor 948 918 30

Pahang 462 419 43

Terongpnu 392 377 15

Kclantan 444 429 15

Hoopital Bcaor 1,481 1,290 191

K.Lumpur

Hoopital Pwmai, 89 71 12

Johar Bahru

Hoopital Bahagia, 108 87 21

Ulu Kinta

Pua.at Kuta Ncgu•, 42 35 7

Sg. Buloh

Pu..t Tibi Negara 58 52 6

Sabah 923 851 72

Sarawak 785 745 40

Jumlah: 9,965 9,001 694

d

-,

"

1947 IO OGOS 1992 1948

(b) Ya. · Negara-negara dicadangkan ialah Myanmar, Vietnam Indonesia.

yang India,

dan

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Pertama, adakah Kementerian bercadang menaikkan tanggagaji supaya jawatan ini lebih menarik untuk bersaing dengan kerja-kerja lain? Kedua, adakah Kementerian bercadang melonggarkan syarat-syarat yang tertentu supaya lebih ramai anak tempatan dapat peluang memasuki perkhidmatan seperti ini?

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, mungkin Yang Berhormat tidak mengikut perkem­bangan terakhir berkenaan dengan pengiktirafan Kerajaan. ten tang kelulusan dan juga latihan yang diberi kepadajururawat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telahpun bersetuju untuk memperakukan bahawa latihan jururawat diiktirafkan sebagai diploma. Maka dengan sendirinya penyesuaian gaji akan berlaku di bawah SSB dan sebagainya.

Berkenaan detail ini sedang dikira dan dikaji untuk menentukan bahawa tidak ada anomali-anomali yang mungkin timbul. Jika ada, kita akan menyesuai­kannya dari satu masa ke satu masa.

Berkenaan dengan kelonggaran syarat-syarat, syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian dan juga SP A tidaklah boleh dilonggarkan buat sementara waktu ini oleh kerana syarat­syarat yang telah ditetapkan adalah syarat-syarat yang minimum.

JABATAN PEMEGANG AMANAH RAY A DAN

JABATAN PEMEGANG HART A-PENSWASTAAN

13. Tuan Haji Ghazali bin Haji Ern bong min ta Menteri Undang-undang .menyatakan adakah Jabatan Pemegang

Amanah Raya dan Barta akan diswastakan. Jika diswastakan, tidakkah ia bercanggah dengan Akta S yarikat.

Setiausaha Parlimen di-Jabatan Perdana Menteri (Tuan Douglas Uggah Embas): Tuan Yang di-Pertua, soalan ini ditafsirkan sebagai meliputi dua jabatan, iaitu Jabatan Pemegang Amanah Raya dan J abatan Pemegang Barta. Bagi Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka, ianya akan dikorporatisasikan dengan menubuh sebuah syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan syarikat yang akan diwujudkan itu akan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan. Bagi Jabatan Pemegang Barta pula, buat masa ini Kerajaan belum bercadang untuk menswastakan Jabatan ini. Oleh itu, soal sama ada ianya bercanggah dengan Akta Syarikat tidak timbul.

PEND AFT ARAN KELAHIRAN­SURA T PENGESAHAN

DOKTOR

14. Tuan V.K. Sellappan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan terhadap penculikan bayi dan terus dijual kepada pihak yang tertentu. Ada juga bayi dkulik dari negara-negara lain:

(a) adakah Kementerian berhasrat untuk merangka Rang Undang­undang mewajibkan kehadiran kedua-dua ibu bapa semasa mendaftar untuk mendapatkan surat beranak. Jika tidak mengapa;

(b) adakah Kementerian berhasrat untuk memindahkan Undang­undang mewajibkao surat

. pengesahan daripada doktor bertauliah atau pegawai-pegawai yang berkenaan seperti Polis, ,Penghulu Mukim sendiri untuk ; memastikan kelahiran tersebut semasa mendaftar dan menge­luarkan surat beranak. Jika tidak, mengapa.

1949 10 OGOS 1992 1950

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kerajaan tidak berhasrat untuk merangka undang-undang bagi mewajibkan kedua-dua ibu bapa hadir semasa mendaftarkan kelahiran anak mereka kerana:

(i) Mengikut Undang-undang yang ada, mendaftar kelahiran adalah tanggung­jawab yang mesti ditunai­kan dalam jangkamasa yang ditetapkan;

(ii) Undang-undang yang ada sekarang telah mencukupi kerana pemaklum yang berkelayakan terdiri dari­pada orang-orang yang ada hubungan dengan ibu bapa kanak-kanak.

(b) Berdasarkan undang-undang yang sedia ada sebelum kelahiran didaftarkan, pengesahan kela­hiran melalui borang Laporan JPN 2/1 oleh Doktor atau Ketua J ururawat ataupun Bidan ataupun orang-orang yang menyambut kelahiran, hendaklah dibuat terlebih dahulu. Mereka ini lebih mahir dan mengetahui sesuatu kelahiran yang berlaku. Oleh itu, Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan itu.

WANITA "HILANG"­PENCEGAHAN

15. Dato' Azumu bin Tak minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan bahawa ramai wanita "hilang" pada tiap­tiap hari dan mungkin menjadi pelacur dan apakah langkah-langkah Kemen­terian untuk menyekat gejala buruk ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Tuan Yong Khoon Seng): Tuan Yang di-Pertua, Kemen­terian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat sedang menyemak semula Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 untuk menjadikannya lebih berkesan. Kajian tersebut akan memberi keutamaan kepada peningkatan hukuman bagi semua kesalahan terhadap Akta ini.

Di samping itu, Kementerian ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan kewangan kepada keluarga khususnya keluarga yang hilang pencari nafkahnya untuk mengelakkan keluarga ini berpecah belah. Khidmat kaunseling keluargajuga dipergiatkan terutamanya kepada mereka yang mengalami krisis keluarga.

Pertubuhan Sukarela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah digalak­kan untuk mengadakan kursus-kursus pendidikan keibubapaan (parenting) supaya ibu bapa dapat mengasuh anak­anak mereka mengikut keperluan keadaan sosial yang semakin berubah.

Selain daripada itu, Jawatankuasa Kebajikan Juvana yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 juga telah diberi peruntukan kewangan serta galakan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti membimbing kaum remaja ke arah yang betul dan sihat.

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak sedang ditubuhkan di semua daerah di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 yang mana ahlinya terdiri dari agensi Kerajaan yang berkaitan, pertubuhan sukarela dan orang-orang tempatan.Tujuannya ialah unLUk memberi perlindungan kepada kanak­kanak daripada pengabaian dan kecuaian.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, umur berapakah yang diambil kira, kalau sekiranya dilapor bahawa wanita itu "hilang", jadi kalau umurnya 21 tahun, sudah tentu dia bebas untuk keluar daripada rumah dia.

)

1951 10 OGOS 1992 1952

Jadi, saya ingin tahu, wanita yang hilang ini had umur berapakah yang kita anggap bahawa kalau dia tinggalkan rurilah dia, maka dia hilang, sekiranya ada laporan daripada ibu bapanya?

I

'lfuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, kalau wanita yang hilang kita tidak mengira umur, tetapi yang di bawah Akta ini, wanita yang hilang di bawah umur 21 tahun.

. PENGGANTUNGAN LESEN KONTRAKTOR

16, Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan:

(a) ramai kontraktor-kontraktor telah didaftarkan dengan PKK pada masa ini dan ada juga yang digantung pendaftaran. Berapa~ kah banyak lesen kepunyaan kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera yang digantung sehingga hari ini mengikut kelas masingJmasing; dan

(b) apakah sebab-sebabnya lesen­lesen mereka digantung.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua,

(a) J umlah kontraktor yang berdaftar bertaraf' bumiputera yang digantung oleh Pusat Khidmat Kontraktor sehingga 29/7 /1992 ialah sebanyak 30 iaitu terdiri 3 (Kelas D) dan 27 (Kelas F).

(b) Pendaftaran kontraktor di­gantung atas sebab-sebab menolak tawaran: menolak sebutharga, menarik diri dari projek, menyertai tender semasa penahanan, gagal melaksanakan projek dan kontrak dimansuhkan.

PEKEBUN KECIL GETAH­GERAKAN BANCI

17. Puan Kalthom binti Haji Othman minta

1

Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a)· setakat manakah kemajuan usaha pendaftaran banci pekebun kecil getah yang dijalankan oleh

· Kementerian. Berapa ramaikah 1 yang telah dibanci dan berapa ramai pula yang belum. Apakah tujuan gerakan banci itu;

(b) adakah benar laporan bahawa sejak gerakan banci pekebun

· kecil itu dijalankan di seluruh negara hanya 33. 7% atau 179 ,626

1

daripada 532,516 pekebun kecil getah dibanci. Jika benar, mengapakah bilangan majoriti

· pekebun kecil getah itu tidak berbuat demikian.

Setiausaha Parlimen Kt:menterian Pernbangunan Loar Bandar (Dato Mohamed bin Jam rah): Tuan Yang di­Pertua,

(a) Setakat 2hb Ogos 1992 seramai ! 380,906 pekebun kecil daripada 460,911 pekebun kecil telah pun dibanci. Ini merupakan 82.6%.

· Seramai 80,005 pekebun kecil masih belum lagi dibanci. Tempoh banci telah dilanjutkan sehingga 15/8/1992 dan perlan-

, jutan tempoh ini dijangka akan • meningkatkan jumlah mereka

yang dibanci.

Tujuan gerakan banci adalah secara umumnya untuk mem­bantu RISDA menyenaraikan semua lot tanah getah dan pemilik-pemilik tanah getah yang ada di Semenanjung Malaysia. Maklumat-maklumat berkaitan dengan semua lot tanah getah dan juga pekebun kecil akan digunakan bagi merangka satu program yang mantap menjelang tahun 2000, selaras

1953 10 OGOS 1992 1954

dengan hasrat Kerajaan yang termaktub dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua dan Wawasan 2020.

( b) Laporan yang dimaksudkan itu adalah bagi tempoh sebelum 30hb Julai 1992. Mengenai jumlah pekebun kecil, jumlah sebenar ialah 460,911 pekebun kecil dan tidak 532,516. Ini kerana setelah disemak semula, RISDA mendapati sejumlah besar pekebun kecil yang berdaftar dua kalL Kelembapan banci pada peringkat awal ini adalah disebabkan oleh masalah­masalah berikut:

(i) Pekebun kecil tidak dapat ditemui kerana mereka tel ah berpindah ke ka was an lain dan alamat mereka tidak dapat dikesan.

(ii) Ada di antara peke bun kecil yang masih ragu-ragu dengan tujuan dan matlamat banci yang dijalankan. Mereka bimbang jika urusan banci ini adalah merupakan satu muslihat untuk mendapat­kan maklumat bagi maksud kegunaan cukai pen­dapatan.

(iii) Pekebun-pekebun kecil tidak nampak akan pentingnya dan faedah­faedah yang diperolehi dengan melibatkan diri dalam banci tersebut.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat, sekiranya terdapat pekebun kecil ini enggan mendaftar kebun mereka, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan?

Dato Mohamed bin Jamrah: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah andaian sahaja, belum sampai masanya lagi. Tetapi setakat ini, kita telah mencapai peringkat hampir 83% dan dengan perlanjutan tarikh sehingga 15/8/1992 ini, kita menjangkakan hampir keseluruhan pekebun kecil akan mendaftar dan akan dibanci.

PROGRAM PEMBIAKAN LEMBU/KAMBING/BIRl-BIRI

PAW AH

18. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan apakah ada sebarang program pemberian subsidi lembu, kambing dan biri-biri pawah kepada orang-orang perseorangan akan diubah kepada Sistem Koperasi/Saham kepada yang layak menerimanya.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, tiada perubahan dibuat kepada program pemberian ternakan secara pawah kepada penternak individu.

Waiau bagaimanapun, bilangan ternakan yangdiberi dinaikkan sehingga IO ekor lembu atau 50 ekor biri-biri kepada seorang penternak untuk mencapai taraf komersial yang lebih cepat. Ada masanya ternakan diberi di bawah nama individu-individu dalam satu kumpulan.

PERUNTUKAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN KEPADA

KERAJAAN KELANTAN­PELAKSANAAN

19. Puan Hajah Zaleha binti Hussin minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Ketantan di bidang kebajikan masyarakat dan bagai­manakah pelaksanaannya yang telah dilakukan di negeri tersebut.

1955 10 OGOS 1992 1956

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, jumlah peruntukan untuk mengendalikan Perkhidmatan Keba­jikan Masyarakat yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1991 adalah sebanyak $2.3 juta.

Segala pelaksanaan bantuan adalah diproses dan disiasat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan-. Bagi kes-kes yang sesuai menerima, maka bayaran akan dibuat setiap bulan mengikut tarikh dan hari yang telah ditetapkan. Bagi Bantuan Pelancaran dan Geran kepada pertubuhan sukarela, ianya juga dibayar oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri secara sekaligus. ·

THALASSAEMIA-tPROGRAM KAUNSELING DAN RAWATAN

UNTUK ~ESAKIT

20. Tuan Frankie Chong Yu Chee minta Menteri Kesihat~ menyatakan:

(a) Adakah Kementerian Kesihatan mengadakan program kaunseling atau kempen untuk mengelakkan penyakit Thalassaemia terutama sekali di luar-luar bandar memandangkari kes penyakit tersebut yang kian meningkat; dan

(b) Apakah cara rawatan yang boleh membantu pesakit tersebut.

Timbalan Mente1ri Kesihatan (Dato' Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di·Pertua,

(a) Nasihat dan kaunseling untuk penyakit Thalassaemia adalah diberi kepada semua ibu bapa yang menghadiri klinik kanak­kanak di seluruh negara: Ianya dilakukan oleh. doktor-doktor yang merawat pesakit-pesakit Thalassaemia di klinik-klinik

mereka. Ibu bapa diberitahu bahawa ianya mendapat penyakit ini secara turun-menurun.

lbu bapa selalunya adalah pembawa (carrier). Bagi tiap-tiap kandungan, kemungkinan si anak mendapat Thalassaemia ialah 25%, dengan izin, there is a 25% ,chance of a baby getting Thalassaemia, from our records.

(b) Thalassaemia terdiri daripada pelbagai jenis. Banyak dari­padanya tidak memerlukan pemberian darah yang selalu. Jenis B-Thalassaemia major ialah jenis yang serius. Kanak­kanak ini memerlukan rawatan transfusi darah, dengan izin, blood transfusion, bagi tiap-tiap 4-6 minggu sepanjang hayatnya. Kanak-kanak ini juga dibekalkan dengan vitamin folic acid.

Cara-cara rawatan lain ialah pemindahan sum-sum tulang ataupun bone marrow transplant. Cara ini berkemungkinan menyembuhkan pesakit tersebut. Pemberian 'iron chelator' (Desferrioxamine), ialah salah satu daripada cara rawatan yang dijalankan di negara ini.

Bagi kanak-kanak yang terus memerlukan pemberian darah bagi tiap-tiap bulan, adalah dijangkakan bahawa tahap 'iron' (ferrum) di dalam darah/ badannya akan meninggi. Keadaan ini apabila berlaku, akan memberi kesan yang buruk kepada pelbagai organ pesakit •terse but termasuk jantung dan hati (the heart and the liver).

Untuk mengelakkan risiko ini; 'pesakit perlu diberi iron chelator dan ubat ini akan menurunkan tahap iron ataupun ferrum tersebut tadi.

1957 10 OGOS 1992 1958

KEBAKARAN DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA

SUBANG-PENYIASATAN

21. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Menteri Pengangkutan menyata­kan sama ada penyiasatan terhadap kebakaran di Lapangan Terbang Antara­bangsa Subang sudah siap dan jika sudah, siapakah yang bertanggungjawab terhadap kebakaran yang meng­akibatkan terkorban tiga nyawa.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Dalin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, penyiasatan terhadap kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang sudah siap dijalankan. Scbab kebakaran adalah dipercayai berpunca daripada kerosakan electrical circuit, dengan izin.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, dalam jangkaan Timbalan Menteri, bilakah pengubahsuaian Lapangan Terbang ini boleh disiapkan dengan sepenuhnya?

Dalin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, peng­ubahsuaian belum lagi boleh dilaksanakan kerana Kementerian akan berbincang dahulu dengan Peguam Negara mengenai perkara-perkara yang terdapat di dalam laporan penyiasatan, dan ini penting kerana kita perlu membincangkan aspek-aspek basil laporan tersebut yang berkaitan dengan isu-isu mengenai insurans dan implikasi perundangan dan memerlukan nasihat Peguam Negara terlebih dahulu.

Timbalan Yangdi-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekianlah sahaja sessi Saal Jawab kita untuk petang ini.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 22 hingga 74 ada/ah dimasukkan di bawah ini)

JEMAAH HAJl-MASALAH DAN KUOTA

22. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah terdapat jemaah haji dari Tabung Haji tidak dapat melakukan "Wukuf" di Padang Arafah; kiranya benar, adakah mereka akan pergi semula pada tahun depan dengan tanggungan Tabung Haji; dan

(b) benarkah kuota jumlah haji dari Malaysia dihadkan kepada 20,000 orang sahaja pada tahun hadapan.

Dato Dr Haji Abdul Hamid bin Haji Othman:

(a) Adalah tidak benar dakwaan bahawa ramai jemaah haji tahun ini di bawah kelolaan Tabung HaJi tidak dapat mengerjakan wukuf. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga ke hari ini tidak ada laporan dari mana­mana orang perseorangan serta syarikat-syarikat swasta atau kumpulan yang mengendalikan jemaah haji dari Malaysia yang datang mendakwa ianya atau mana-mana jemaah haji yang dikendalikan olehnya tidak dapat berwukuL

(b) Persidangan Menteri-menteri Luar Negara Islam (OIC) yang telah diadakan di Amman, pada tahun 1987 telah mcnetapkan kuota jemaah haJi setiap negara kepada 0.1 % daripada jumlah penduduk negara berkenaan. Berasaskan perkiraan kuot.a ini, maka jumlah jemaah haji untuk Malaysia ialah 18,000 orang sahaja setahun.

Waiau bagaimanapun, saya akan mengunjungi Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi dalam bulan

1959 10 OGOS 1992

November ini dan di antara lain, saya akan merundingkan penam­bahan bilangan jemaah haji dari Malaysia untuk menunaikan fardu haji pada tahun hadapan.

PEMBALAKAN-PENGGUNAAN SEMULA BAHAN BUANGAN

("RESIDUE WASTE") I

23l Tuan Ding Seling· minta Menteri Petusahaan Utama menyatakan apakah peratusan kayu-kayu yang dibalakkan tidak diguna (residue waste) di peringkat:

(a) pembalakan di hutan sehingga dijual kepada sawmill atau orang luar negeri;

(b) kilang (sawmill) sehingga kayu atau papan 1 dijual, dan menyatakan juga sama ada Kerajaan mempunyai rancangan yang ,,m.enggun~kan "residue waste Itu untu~ bahan-bahan yang berguna.

1

Dato' Haji Tengku 1 Mahmud bin Tengku Mansor: '

(a) Semasa pemba1

Iakan, lebih kurang 43% jumlah isipadu pokok yang ditebang ditinggalkan dalam hutan dalam bentuk dahan dan ranting. Sebahagian sisa pembalakan perlu ditinggalkan!di dalam hutan untuk tujuan "nutrient cycling". Bahan "organic" dari sisa pembalakan perlu dikembalikan kepada tanah untuk membolehkan pertumbuhan pokok "second rotation" yang baik.

(b) Dalam industri pemprosesan seperti kilang pa_pan dan papan lapis sisa yang terdapat adalah habuk papan, "slabs, trimmings, edgings" dan laiQ-lain. Adalah dianggarkan bahawa jumlah sisa yang terdapat dari ini ada\ah dari 31 % hingga 4 7% dari isipadu balak yang digunakan.

1960

Bahan buangan dari pem­balakan, industri kilang papan, (tan papan lapis masih boleh digunakan untuk pembuatan papan serpai (chipboards), papan

, ~ungkah (blockboards), pallets, kotak kayu, briquettes dan kayu arang. Di samping itu, bahan buangan ini bolehjugadigunakan sebagai bahan api untuk logi !j>engeringan tanor dan kilang batu bata.

Kerajaan menggalakkan penubuhan industri-industri yang 4apat menggunakan sisa kayu

, dalam pengeluaran produk yang bernilai tambah. Insentif pelaburan diberi oleh Kerajaan bagi menggalakkan industri yang rriengeluarkan produk-produk daripada sisa kayu, seperti "reconstituted boards" dan kayu ''finger-jointed". Kajian-kajian

1. jUga telah dilakukan oleh agensi · Kerajaan untuk menilai dan menyebar keuntungan projek-

. projek yang menggunakan sisa kayu. Setakat ini dua kilang yang memproseskan balak dan sisa daripada Kayu Getah untuk mengeluarkan "medium density

. fibreboards (MDF)" telah mula , beroperasi.

Dalam pelaksanaan levi eksport ke atas jenis-jenis kayu tertentu, kayu berketam "finger­join ted" (iaitu satu teknologi mencantum kepingan kayu, yang membolehkan penggunaan kayu pendck) adalah dikecualikan oleh Kerajaan daripada pembayaran levi ini.

1

Selain dari meningkatkan penggunaan sisa melalui penyelidikan dan mengeluarkan produk-produk seperti "recon­stituted boards" dan kayu

1961 10 OGOS 1992 1962

"finger-jointed" adalah menjadi dasar Kerajaan supaya mengurangkan sisa melalui peningkatan teknologi, kece­kapan pengeluaran dan peng­gunaan spesis yang kurang popular dan balak yang bersaiz kecil.

SISTEM MONOREL DI KUALA LUMPUR­

JUMLAH PERUNTUKAN

24. Tuan Rahim bin Baba minta Perdana Menteri menyatakan berapakah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat bagi membiayai pembinaan Sistem Monorel di Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan lalulintas?

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed): Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak $500 juta di bawah Rancangan Malaysia Keenam bagi membiayai sistem transit yang terdiri daripada Projek Transit Laju Ringan (LRT), Projek Landasan Berkembar KTM. Projek Monorel dan lain-lain projek yang dicadangkan.

Projek Monorel telahpun diluluskan untuk dilaksanakan secara penswastaan sepenuhnya. Waiau bagaimanapun, jika sekiranya terdapat keperluan untuk menyediakan sebarang modal bagi projek ini, maka Kerajaan perlu mengkaji dan mempertimbangkan perkara tersebut di bawah projek penswastaan.

KEPULAUAN SPRATLY­KEDUDUKAN TUNTUTAN

PELBAGAINEGARA

25. Tuan K. Munisamy meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kedudukan sebenar mengenai Kepulauan Spratly oleh pelbagai negara dan apakah kedudukan terhadap tuntutan yang dibuat oleh Malaysia.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan): Sebenarnya belum ada sebarang perundingan rasmi antara negara-negara yang ada kepentingan atas pulau-pulau di Laut China Sclatan. Waiau bagai­manapun. ada kesefahaman antara negara-negara yang berkenaan untuk menyelesaikan segala masalah secara aman, menerusi perundingan apabila sampai masa yang sesuai. Negara-negara ASEAN, pada 22hb. Julai, 1992 telah mengeluarkan satu pengisytiharan mengenai Laut China Selatan dalam mana mereka menegaskan keperluan menyelesaikan segala masalah secara aman. menerusi perundingan.

JEMAAH HAJl-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH LUTH

26. Tuan Saad bin Haji Man minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah benar ada dakwaan yang menyatakan seramai 4,000 orang yang bukan diuruskan oleh LUTH telah gaga! menyem­purnakan haji mereka pada tahun ini di Makkah kerana tidak menyempurnakan wukuf kerana masalah pengangkutan yang dihadapi oleh jemaah tersebut; dan

(b) daripadajumlah 4,000 orang ini, berapakah jumlah yang dikendalikan oleh LUTH dan apakah LUTH bercadang untuk mengembalikan kos haji mereka pada tahun hadapan.

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman:

(a) Dakwaan yang menyatakan seramai 4,000 orang yang bukan diurus oleh Tabung Haji gagal menyempurnakan haji mereka pada tahun ini di Makkah kerana tidak menyempurnakan wukuf tidak dapat disahkan oleh Tabung Haji kerana mereka tidak diuruskan oleh Tabung Haji dan maklumat tentang mereka tidak ada.

1963 10 OGOS 1992 1964

(b) Sepanjang yang saya tahu, semua jemaah haji yang menunaikan fardu haji melalui Tabung Haji dan syarikat-syarikat swasta yang diluluskan dapat menunai­kan fardu haji melainkan 4 orang yang tidak dapat berbuat demikian kerana terlantar di Hospital Arab dalam keadaan tenat yang amat membimbangkan dan tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk berwukuf.

MURTAD-LANGKAH­LANGKAH PENCEGAHAN

27. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Perdana Menteri menyatakan jika teidapat rakyat Malaysia yang beragama Islam murtad apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengembalikan mereka kepada agama Islam.

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Jika kes pertukaran agama berlaku, Iangkah yang akan diambil adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara ini. Kepada individu yang terlibat, kesedaran akan diberikan betapa besarnya kesalahan yang dibuat dari segi agama dan pentadbiran negara. Jika beliau seorang Melayu, maka perbuatan beliau melucutkan taraf Melayu dan sekaligus menghilangkan hak istimewanya, seperti mendapat biasiswa atau permit perniagaan di alas kuota Melayu.

Kepada pihak Iain Uika ada) yang terlibat dcngan kes berkenaan, tindakan undang-undang melalui enakmen negeri boleh diambil. Enakmen negeri adalah suatu enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri berdasarkan peruntukan perlem bagaan negara perkara 11(4). Enakmen ini mem bolehkan Kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap mana­mana pihak mendiayah agama lain daripada Islam kepada orang Islam.

Tindakan-tindakan di atas 1m bukanlah suatu gambaran ugutan, tetapi sebenarnya boleh dilaksanakan bagi kepentingan agama Islam, dan mengembalikan orang-orang yang murtad kepadan ya.

PENGASIH-FUNGSI DAN ANGGOT A-ANGGOTANY A

28. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apa itu "PENGASIH". Apakah fungsinya dan negeri-negeri mana yang menjadi anggota.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): PENGASIH adalah nama ringkas sebuah persatuan sukarela iaitu "Persatuan Pengasih Malaysia". Persatuan ini merupakan sebuah organisasi yang berdaftar dan keanggotaannya dikhaskan kepada bekas-bekas penagih dadah. Keahliannya pada masa ini adalah seramai 800 orang.

Fungsi PENGASIH adalah mengumpul dan menyatukan bekas­bekas penagih dadah bagi membentuk kelompok-kelompok sokongbantu kepada pegawai pemulihan juga melaksanakan rundingcara dan terapi di antara rakan sebaya yang terlibat. Mereka juga mengesan dan menyelematkan Ahli-ahli yang menagih semula.

PENGASIH mempunyai cawangan­nya di seluruh negara kecuali negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan serta Sabah dan Sarawak.

MISC-JUMLAH BELIA VILA Tiff DAN KAJIAN

INDUSTRI PERKAPALAN

29. Puan Hajj ab Asmab binti Haji Ismail minta Perdana Menteri menyatakan berhubung dengan syarikat

1965 10 OGOS 1992 1966

Perbadanan Pcrkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC):

(a) berapa ramaikah belia-belia yang telah menerima latihan daripada MISC pada tahun 1991 yang lalu dengan perbelanjaan $4.9 juta. Adakah belia-belia ini diterima bekerja oleh syarikat MISC setelah tamat latihan; dan

(b) adalah difahamkan juga-Lloyd Maritime Information Services (LMIS) telah dipilih oleh Unit Perancang Ekonom i (EPU) bagi mem bu at kajian terhadap industri perkapalan negara. Apakah keputusan kajian yang telah dibuat olch syarikat tersebut didapati positif atau negatif.

Perdana Menteri:

(a) Seramai 282 belia telah menerima latihan melalui tajaan daripada MISC pada tahun 1991 iaitu seramai 133 orang dalam Kursus Pcgawai Dek (Deck Officer) dan 149 orang dalam Kursus Kejuruteraan Marin. Kursus Pegawai Dek memberi latihan sehingga mcncapai tahap Nakhoda Pelayaran (Master Mariner) manakala Kursus Kejuruteraan Marin memberi latihan sehingga mencapai tahap Ketua Jurutera (Chief Engineer). Kursus-kursus ini dijalankan di Akademi Laut Malaysia, Melaka dan di Politeknik Ungku Omar, lpoh. Kedua-dua kursus ini meng­ambil masa selama 4 tahun.

Kesemua 282 pclatih ini akan diambil berkhidmat dengan MISC apabila tamat latihan nanti kerana latihan mereka adalah dengan biasiswa dari MISC. Program latihan ini melibatkan perbelanjaan se­banyak S4.9 juta.

(b) Kerajaan telah melantik firma Lloyd's Maritime Information Services Ltd. UK pada 23 Mac 1992 untuk menjalankan kajian Sektor Perkapalan di Malaysia. Pada masa ini, kajian tersebut adalah di peringkat permulaan di mana juruperunding ber­kenaan masih menjalankan analisa awal dan belum menge­mukakan perakuan-perakuan terperinci mengenai kajian tersebut. Kajian ini dijangka siap pada penghujung tahun 1992.

NOVEL "THE SATANIC VERSES"-PENJUALAN

DAN TINDAKAN

30. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Dalam Negeri mcnyatakan berhubung dengan novel "The Satanic Verses" karangan Salman Rushdie:

(a) adakah novel ini masih dijual di kedai-kedai buku di negara ini, atau telah diharamkan terus; dan

(b) jika didapati masih ada penjual­penjual atau kedai-kedai buku menjualnya, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap perkara ini.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Novel "The Satanic Verses" karangan Salman Rushdie telahpun diisytiharkan secara m utlak menjadi penerbitan larangan di sel uruh Malaysia menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 1987 dan telah disiarkan dalam Warla Kerajaan menurut P.U. (A) 94 bertarikh 30 Mac 1989.

(b) Dengan Perintah Larangan tersebut adalah menjadi kesalahan • dan tindakan boleh

1967 10 OGOS 1992 1968

diambil di bawah seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 1987 tcrhadap sesiapa yang men­cetak, mengimport, menghasil­kan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya apa-apa hasil penerbitan larangan dan jika disabitkan boleh dikcnakan penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi $20,000 atau kedua-duanya.

Tlndakan juga boleh diambil menurut seksyen 8(1) Akta yang sama terhadap sesiapa yang tanpa sebab yang munasabah didapati memiliki apa-apa hasil larangan; apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi $5,000.

PUSA T ISLAM­RANCANGAN DAKW AH DAN PENGEMBANGAN

ISLAM KE ARAH WA W ASAN 2020

31. Puan Hajah Zaleha binti Hussin minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan Pusat Islam dalam bidang dakwah dan pen gem bangan Is1am dalam negara ini menuju Wawasan 2020.

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Bahagian Hal Ehwal Islam mengam bil berat mengenai perk em bangan Islam semasa dan pelaksanaan rancangan-rancangannya. Ini sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 yang menekankan kepada pembangunan yang seimbang antara jasmani dan rohani.

Dalam hubungan ini, Bahagian Hal Ehwal Islam telah merancang untuk meningkatkan perkem bangan dak wah Islamiah di negara ini. Bahagian ini akan meneruskan program-program yang telah dilaksanakan sebagai usaha memantapkan pengetahuan Islam di kalangan umat Islam di samping rancangan-rancangan yang baru.

Rancangan · yang dijalankan oleh Bahagian ini adalah menitikberatkan kepada usaha untuk menerapkan ni1ai­nilai murni dalam perkhidmatan supaya menjadi berkualiti dan berkesan. Islam akan dijadikan sebagai penggerak ke arah pembangunan. Di antara rancangan-rancangan yang akan dilaksanakan itu ialah mengeratkan hubungan latihan kepada semua pegawai dan kakitangan Kerajaan, swasta serta orang awam demi untuk melahirkan masyarakat yang sihat mahir dan terlatih serta mempunyai budaya kerja rajin dan cemerlang.

Baru-baru ini Kerajaan sudahpun menyambut program "Baiti Jannati" (Rumahku Syurgaku), satu-satunya rancangan untuk mencorakkan keluarga sebagai unit yang serba lengkap di dalam pembinaan umat.

Rancangan baru yang sedang disusun ialah mengadakan program­program kesedaran untuk melepaskan umat Islam dari belenggu kemiskinan dan menggalakkan umat Islam mengeluarkan hasil yang bermutu dan cemerlang. Rancangan juga ditaja bagi merapatkan kerjasama dengan agensi­agcnsi lain dalam membanteras penyalahgunaan dadah berbahaya seperti mengadakan kursus, ceramah, bengkcl dan membuka surau-surau bagi menyesuaikan kembali bekas-bekas penagih dadah dengan masyarakat.

MATA PELAJARAN ALAM DAN MANUSIA­

PENGGUBALAN SEMULA

32. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan menyatakan sedarkah Kementerian ini

1969 10 OGOS 1992 1970

bahawa mata pelajaran Alam dan Manusia yang diajarkan kepada murid­murid sekolah rendah mempunyai skop yang begitu luas adakah Kementerian ini bercadang hendak meng·gubal semula sukatan pelajaran mata pelajaran 101 kepada mata-mata pelajaran yang lebih khusus.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Fong Chan Ono): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan sentiasa menjalan kan kajian untuk melihat kesesuaian dan keberkesanan mata-mata pelajaran yang diajar di sekolah termasuk mata pelajaran Alam dan Manusia.

Pada asasnya, mata pelajaran ini merupakan kesepaduan ilmu penge­tahuan dan pendekatan yang sepadu. Kandungannya lebih bersifat umum dan bukan menjadi hasrat pi hak Kementerian untuk mendekati kandungannya secara mendalam dan terperinci.

KEBAKARAN-PUNCA DAN TINDAKAN PENCEGAHAN

33. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perusahaan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) setiap bulan berapa jumlah kebakaran yang dilaporkan;

(b) negeri yang ditimpa kebakaran yang bilangannya tertinggi;

(c) punca-punca utama berlaku kebakaran; dan

(d) tindakan-tindakan yang diambil untuk mengurangkan bilangan kebakaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Dato' Dr. Ting Chew Peh):

(a) Dalam setahun lebih kurang 14,000 panggilan kebakaran diterima. Joi bermakna purata sebulan adalah lebih kurang 1,000· kes kebakaran berlaku. Waiau bagaimanapun lebih banyak kebakaran berlaku pada

bulan Januari hingga Mac, berkait dengan musim kering dan kebakaran lalang dan belukar.

(b) Negeri yang banyak kebakaran adalah Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, iaitu negeri yang lebih ramai dan padat penduduk.

(c) Punca utama kebakaran adalah kelalaian dan kecuai mangsa kebakaran sendiri, berkait dengan puntung rokok, pen­dawaian letrik dan pembakaran sampah yang tidak terkawal.

(d) Jabatan Perkhidmatan Bomba sentiasa mengadakan pen­didikan orang awam. untuk menyedarkan mereka mengenai langkah yang mereka patut ambit untuk mencegah keba­karan. Waiau bagaimanapun, kesan usaha ini bergantung kepada sikap orang a warn sendiri.

PENUNTUT-PENUNTUT ISLAM SEBERANG LAUT YANG

MURTAD-TINDAKAN SU SU LAN

34. Tuan Doi bin Dolah minta Menteri Pendidikan menyatakan berapakah jumlah sebenar penuntut­penuntut Islam seberang taut dari Malaysia yang dikatakan keluar dari agama Islam kerana berkahwin dengan rakyat asing yang bukan Islam. Jika perkara ini benar berlaku apakah tindakan tegas terhadap mereka itu serta langkah yang telah atau sedang diambil oleh Kementerian Pendidikan.

57. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah langkah yang diambil oleh Kementerian berhubung dengan dakwaan, pelajar-pelajar perempuan di luar negeri berkahwin dengan rakyat asing dan menukar agama; dan

1971 10 OGOS 1992 1972

(b) nyatakan siapakah yang menaja mereka belajar di luar negeri.

Dr Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, oleh kerana terdapat dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu, Yang Berhormat Senator Doi bin Dolah dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Majid bip Haji Abdullah menge­mukakan soalan yang sama, maka saya memohon supaya soalan ini dijawab serentak.

Melalui Jabatan Penuntut Malaysia di luar negeri, Kementerian Pendidikan telah membuat siasatan yang rapi berkaitan dengan lapo(an mengenai pelajar-pelajar wanita Melayu yang menukar agama di United Kingdom dan Eire.

Sehingga masa ini hasil daripada siasatan itu didapati tidak ada maklumat yang mengesahkan adanya mana-mana pelajar Melayu Malaysia di United Kingdom yang menukar agama Islam kepada agama-agama lain.

PA TI-PEND AFT ARAN, PENANGKAPAN DAN

PENGHANTARAN BALIK

35. Tuan Haji Shuib bin Shawal minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa ramai Pendatang Tanpa Izin:

(a) yang tel ah mendaftarkan diri mereka sehingga 30hb Jun, 1992. Senaraikan mengikut negara;

(b) mereka yang tidak mendaftar dan dapat ditangkap-Senarai­kan mengikut negara; dan

(c) berapa ramai di antara mereka yang telah ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Senaraikan mengikut negara

Tuan Ong Ka Ting: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jawapan bagi soalan ini telahpun saya jawab pada 6hb Ogos, 1992 dan saya tidak bercadang untuk menjawab atau menambahnya.

(Soalan No. 36-Sila lilzat Jawapan kepada Soalan No. 12 pada 6.8.92)

KESELAMATAN JALANRAYA­KEBERKESANAN LANGKAH

KEMENTERIAN

37. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Pengangkutan menyata­kan:

(a) mengapakah Kc;menterian Pengangkutan menutup sebelah mata terhadap bas dan bas mini yang terus membahayakan komuter tiap hari dengan memuatkan kenderaan mereka sepenuh-penuhnya;

(b) tidakkah sikap Kementerian Pengangkutan merupakan sikap negatif yang boleh menjejaskan kesan berjuta-juta ringgit yang dibelanjakan untuk kempen keselamatan jalan raya;

(c) bagaimanakah Kementerian Pengangkutan menganggarkan yang $1.2 bilion telah hilang lesap setiap tahun akibat kemalangan yang melibatkan motosikal; dan

(d) adakah Kementerian Pengang­kutan merancang untuk menyediakan lorong-lorong motosikal di jalan-jalan raya besar sebagai cara untuk mengelakkan kehilangan nyawa dan wang ringgit melalui kemalangan motosikal.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail:

(i) Bagi menjawab soalan (a). Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengabaikan

1973 10 OGOS 1992 1974

tugas-tugas penguatkuasaan terhadap bas dan bas mini yang membawa penumpang ber­lebihan dan membahayakan pcnumpang-penumpang yang terlibal. Keadaan yang me­wujudkan bas-bas membawa penumpang berlebihan selalu­nya bcrlaku di masa sesak (peak hours) di mana perkhidmatan bas dan bas mini tidak mencukupi. lni adalah kerana banyak bas dan bas mini tergendala di pertengahan jalan akibat kesesakan jalan raya.

(ii) Untuk soalan (b) pula, Kemen­ter!an tidak pernah bersikap negatif tcrhadap isu tersebut. Tindakan penguatkuasaan secara berterusan dilakukan bagi membanteraskan masalah bas dan bas mini yang memuatkan penumpang berlebihan.

Ingin dimaklumkan bahawa amalan bas dan bas mini membawa penumpang ber­lebihan terutama di masa sesak bukanlah punca utama yang menyebabkan berlakunya kema­langan jalan raya. Waiau bagaimanapun, Kementerian akan terus menjalankan kempen bagi menyedarkan orang ramai supaya tidak berpusu-pusu menaiki bas-bas yang telahpun penuh sesak.

(iii) Bagi menjawab soalan (c), ingin saya menjelaskan bahawa jumlah $1,200 juta merupakan anggaran kos akibat kemalangan jalan raya bagi tahun 1991 dan melibatkan semua jenis ken­deraan dan pcngguna jalan raya. Dengan demikian, jumlah ini bukanlah merupakan jum lah wang yang hilang lesap akibat kemalangan yang melibatkan motosikal.

Ingin juga saya memak­lumkan bahawa bagi negara­negara yang sedang membangun kos atau kerugian akibat kemalangan jalan raya adalah dianggarkan I% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) bagi negara-negara berkenaan. Kos ini meliputi kcrugian dari segi kos pengeluara?. kcsakitan, kesusahan yang dialami, perubatan dan ambulans, kerosakan kendcraan dan harta benda, urusan insurans serta pentadbiran polis.

KNK bagi Malaysia pada tahun 1991 adalah sebanyak $123,900 juta dan I% daripada jumlah ini adalah bersamaan dengan $1,200 juta ataupun $1.2 bi lion.

(iv) Bagi soalan (d), pada masa ini Jorong motosikal Lelah di bina di bahagian-bahagian tertentu Lebuhraya Persekutuan (K.L.­P.J). Bagaimanapun, meman­dangkan kos yang tinggi diperlukan untuk membina lorong-lorong khas untuk motosikal, tidak semua jalan raya utama akan dapal di­sediakan dengan lorong-lorong motosikal. Namun begitu di bahagian-bahagian tertentu yang mana bilangan penunggang motosikalnya adalah tinggi, pertimbangan akan diberi untuk menyediakan lorong-lorong khas untuk motosikal.

SISTEM BERPERINGKAT BAGI MATA PELAJARAN BAHASA

INGGERIS

38. Datuk David Yeah Eng Hock minta Mentcri Pendidikan menyatakan:

(a) memandangkan satu sistem berperingkat untuk pelajar­pelajar bahasa lnggeris tclah

1975 JO OGOS 1992 1976

diusulkan, bolehkah sistem berperingkat ini dikaji dengan lebih dalam dan kajian diumum­kan sebelum dilaksanakan supaya sistem m1 tidak diperolokkan apabila pelajar­pelajar ini lulus tetapi masih tidak dapat berbicara dalam bahasa yang mereka sepatutnya fasih;

(b) atas dasar tujuan untuk membentukkan negara industri menjelang tahun 2020, apakah langkah-langkah Kementerian Pendidikan untuk menekankan betapa pentingnya pendidikan vokasional dalam kurikulum sekolah kita; dan

(c) adakah tiba masanya untuk Kementerian Pendidikan me­rangkumi pengetahuan per­tolongan cemas (first aid) sebagai sebahagian daripada kurikulum kemahiran hidup a1au sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah.

Dr Fong Chan Onn:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pen­didikan belum bercadang untuk melaksanakan sistem ber­peringkat (Graded Objectives Scheme) bagi mata pelajaran bahasa lnggeris sebagaimana yang diusulkan. Kajian yang mendalam dan teliti perlu dibuat tertebih dahulu supaya sistem ini tidak merugikan mana-mana pihak.

(b) Untuk menekankan betapa pentingnya pendidikan voka­sional dalam kurikulum sekolah kita ke arah pencapaian hasrat Wawasan 2020, langkah­langkah berikut telah diambil.

(i) Kurikulum sekolah mene­ngah vokasional disemak semula dari semasa ke semasa agar bersesuaian

dan fleksibel mengikut keperluan industri dan negara.

(ii) Pihak industri yang berkaitan dilibatkan dalam pembentukan kurikulum vokasional. Untuk tQjuan ini ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Penasihat Kursus, yang mana 60% daripada ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai dari industri berkaitan.

(iii) Lebih banyak sekolah vokasional barn akan dibina bagi menampung pertambahan pelajar di sekolah-sekolah yang sedia ada.

(iv) Semua pelajar sekolah menengafi akademik di­mestikan mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup (mata pelajaran pra vokasional) di peringkat menengah rendah. Semen­tara semua pelajar akademik di peringkat menengah alas diwajibkan mengambil sekurang­kurangnya satu mata pelajaran elektif voka­sional.

( c) Di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), komponen pelajaran per­tolongan cemas telahpun di­masukkan ke dalam kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan juga dalam kegiatan kokurikulum.

ISU PERSEMPADANAN­USAHl\ PENYELESAIAN

39_ Tuan Haji Azman Atar bin Othman minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauh manakah seriusnya dan apakah usaha dan penyelesaian

1977 10 OGOS 1992 1978

yang telah dicapai dalam isu persempadanan dan pulau-pulau hakmilik negara ini yang telah dicerobohi oleh negara-negara jiran. Adakah isu dan pcrtikaian berkenaan memerlukan campurtangan pihak ketiga seumpama mahkamah antara­bangsa atau sebagainya bagi menye­lesaikannya dengan seberapa segera yang boleh.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Pada masa sekarang, ada tiga buah pulau Malaysia yang dituntut oleh negara-negara jiran. Pulau-pulau tersebut ialah Batu Puteh, Ligitan dan Sipadan. Proses pertukaran dokumen dan perundingan untuk mengesahkan hakmilik ke atas pulau-pulau tersebut telahpun bermula, iaitu mengenai Pulau Batu Puteh dcngan Singapura dan mengenai Pul3)1 Ligitan dan Si padan dengan Indonesia. Oleh kerana isu hakmilik ke atas pulau-pulau tersebut adalah satu perkara yang sedang dirundingkan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan, adalah tidak wajar perkara tersebut dibincangkan panjang lebar di luar konteks perundingan.

Berkenaan pulau-pulau lain di Laut China Selatan, belum ada sebarang perundingan rasm i an tar a negara­negara yang ada kepentingan atas pulau-pulau di kawasan itu. Waiau bagaimanapun, ada kesefahaman antara negara-negara yang berkenaan untuk menyelesaikan segala masalah secara aman~ menerusi perundingan apabila sampai masa yang sesuai.

OPS NYAH 11-TAHAP KEJAYAAN

40- Dato' Azumu bin Tak minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Ops Nyah· II berjaya sepenuhnya ataupun tidak, dan tidakkah Kerajaan bercadang untuk melanjutkan masa "amnesty" terhadap orang-orang yang beJum didaftarkan itu.

Tuan Ong Ka Ting: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jawapan bagi soalan ini telahpun saya jawab pada 6hb Ogos, 1992 dan saya tidak bercadang untuk menjawab atau menambahkannya.

PATI-PENGELUARAN PERMIT KERJA DAN

PENG HANT ARAN BALIK

41. Tuan Ho Cheng Wang minta Mcnteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa permit kerja telah dikeluarkan kepada pendatang­pendatang tanpa izin; dan

(b) berapa pendatang tanpa permit kerja ditahan dan dikembalikan ke negara mereka dalam bulan Jun tahun ini.

Tuan Ong Ka Ting: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jawapan bagi soalan ini telahpun saya jawab pada 6hb Ogos, 1992 dan saya tidak bercadang untuk menjawab atau menambahnya.

WARGANEGARA ASING­PEMILIKAN HARTA

42. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapakah jumlah gedung­gedung pemiagaan, hotel-hotel, pusat-pusat peranginan dan rumah-rumah kediaman yang dimiliki oleh warganegara asing di bandar J ohor Bahru;

(b) nyatakan warganegara-warga­ncgara asing dari manakah yang memilikinya; dan

(c) berapakah nilai harga semasa keseluruhannya yang dimiliki oleh warganegara asing.

1979 IO OGOS 1992 1980

Dr Ting Chew Peh: Berhubung dcngan soalan ini adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tcmpatan tidak mempunyai maklumat-maklumat tersebut. Ini adalah disebabkan perkara-perkara yang discbutkan itu bukanlah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian ini. Ianya adalah di bawah bidang kuasa Kcrajaan Negeri Johar.

Waiau bagaimanapun, pihak Kementerian difahamkan bahawa satu kajian mengenai perkara yang dibangkitkan itu sedang dijalankan oleh pihak Majlis Pcrbandaran Johar Bahru dan maklumat-maklumat yang dikehendaki itu be! um dapat dikcmukakan buat masa ini. Saya mencadangkan agar Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud mendapatkan maklumat­makl um at yang berkenaan daripada pihak Kcrajaan Ncgeri Johar.

TABUNG PUSJNGAN JPK­PERUNTUKAN TAMHAHAN

43. Tuan Haji Saidin bin Mohamad minta Menteri Tanah dan Pem­bangunan Koperasi menyatakan adakah Kerajaan bcrcadang hendak mcnambah peruntukan wang Tabung Pusingan JPK bagi membolehkan koperasi­koperasi meningkatkan aktiviti dan mclaksanakan projek yang lcbih besar sesuai dengan pembangunan negara yang pesat sekarang.

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tan Sri Datuk Haji Sakaran bin Dandai): Untuk makluman Yang Bcrhormat:

(a) Kemcntcrian Tanah dan Pcmbangunan Kopcrasi memang sentiasa memohon peruntukan tam bah an daripada Pcrbcndaharaan setiap tahun bagi membolehkan pinjaman dikeluarkan kepada koperasi untuk melaksanakan projek-

(b)

projek yang pembangunan pesat.

sesuai dengan negara yang

Kementerian telah menaikkan had maksimum pinja.nan daripada $250,000.00 kepada $2.0 juta bagi membolehkan koperasi-koperasi melaksanakan projek dan meningkatkan aktivitinya.

GARISPANDUAN PERILAKU ARTIS-PENGUATKUASAAN

44. Puan Kalthom binti Othman minta Menteri Pcnerangan menyatakan:

(a) adakah Kementerian scdar mengenai laporan bahawa perscmbahan penyanyi pop Lisa Stansfield baru-baru ini menimbulkan kesangsian orang­ramai terhadap penguatkuasaan garispanduan perilaku artis yang diumumkan oleh pihak Kerajaan;

(bl apakah tindakan Kerajaan selanjutnya bagi mengelakkan peristiwa itu tidak mercbak menjadi gejala yang tidak dapot dikawal lagi dan sebaliknya menjadi amalan dan budaya barn untuk diikuti oleh generasi muda negara ini; dan

(c) setakat manakah kesungguhan Kementerian unLuk menguat­kuasakan garispanduan perilaku itu bukan sahaja terhadap artis tempatan. bahkan juga ke atas artis dari luar negeri.

Menteri Penerangan (Dato' Mohamed bin Rahmat):

(a) Kelulusan persembahan para artis di Wilayah Pcrsekutuan atau di semua daerah diberi oleh Kerajaan Tempatan. Persem bahan penyanyi pop British Lis;, Stansfield dibuat atas kelulusan Dewan Bandaraya Kuala

1981 10 OGOS 1992 1982

Lumpur. Dewan Bandaraya sedia Lelah menetapkan panduan di alas perilaku artis sebelum ianya memberi kebenaran.

(b) Kerajaan tetap akan monitor supaya garispanduan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan diikuti oleh para artis. Waiau­pun secara bandingan garis­panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, Dewan Bandaraya dan Kerajaan Tempatan adalah lebih ketat daripada yang diamalkan oleh negara-negara lain khasnya di Baral, Kerajaan akan menguat­kuasakan dengan seketat-ketat demi menjaga kebudayaan yang wujud di negara ini dan supaya generasi muda tidak terikut-ikut dengan kebudayaan dari luar negeri.

(c) Kementerian ini hanya mem­punyai kuasa untuk mendisiplin­kan artis-artis baik dalam negeri atau luar negeri yang ingin muncul di kaca TV, RTM dan TV3 atau dalalil program Radio, adalah menjadi tanggungjawab setiap Unit Penguatkuasa Kerajaan Tempatan masing­masing untuk memastikan supaya garis-garispanduan yang dikeluarkan diikuti sebaik­baiknya oleh para artis yang membuat persembahan di kawasan masing-masing.

HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR-PUNCA

INSIDEN DAN PENCEGAHAN

45. Tuan Ng Peng Hay minta Memeri Kesihatan menyatakan berhubung dengan satu kebakaran yang berlaku di Hospital Besar Kuala Lumpur baru­baru ini.

(a) opakah usaha-usaha pencegahan yang telah diambil agar kebakaran dapat dielakkan di masa akan datang; dan

(b) ingin tahu punca-punca sebenar insiden tersebut berlaku.

Dato' Mohamed Farid bin Arirlin:

(a) Langkah-langkah pencegahan kebakaran di hospital-hospital di seluruh negara sentiasa dikaji dan dipastikan keberkesanan­nya. Ini dilakukan melalui kerjasama antara Jabatan Bomba dan hospital-hospital di peringkat negeri dan daerah. Dalam tahun 1987, satu garis­panduan telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di mana hospital-hospital di arah meng­amal langkah kawalan dan pencegahan kebakaran seperti berikut:

memastikan dengan kerja­sama Jabatan Born ba bahawa bangunan­bangunan di · hospital mempunyai kemudahan mencegah kebakaran yang mencukupi;

menyediakan rancangan kontinjensi untuk ke­bakaran;

mengadakan latihan men­cegah kebakaran kepada kakitangan hospital dengan kerjasama Jabatan Bomba.

Dalam tahun 1992, Kementerian Kesihatan telah mengedarkan satu lagi garispanduan yang lebih terperinci, kepada semua hospital.

(b) Punca kebakaran di Hospital Besar Kuala Lumpur belum diketahui disebabkan ianya masih dalam siasatan Jabatan Bomba, Polis dan Jab a tan Kimia.

HARi WARGATUA KEBANGSAAN-RANCANGAN

KEMUDAHAN

46. Jen. (B) Tan Ghazali Seth Perpaduan Negara

Sri Dato' Mohd. minta Menteri

dan Pembangunan

1983 IO OGOS 1992 1984

Masyarakat menyatakan apakah rancangan yang akan diadakan oleh Kementeriannya terhadap "Senior Citizens Day" pada lhb Oktober, 1992 ini. Sekiranya ada, boleh atau tidak di antara lain:

(a) kenaikan percuma dengan KTM di seluruh negara pada hari itu sahaja;

(b) tambang percuma harga dalam kenaikan bas dan teksi pada hafi itu sahaja;

(c) bayaran setengah harga di semua panggung wayang pada hari itu sahaja; dan

(d) sekiranya boleh setengah bayaran sahaja di semua tempat hiburan seperti Zoo Negara dan sebagainya.

Tuan Yong Khoon Seng: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu No. 45/106 yang telah mengisytiharkan lhb Oktober sebagai Hari Wargatua Antarabangsa, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah bersetuju untuk merayakan Hari Wargatua Kebangsaan.

Bersempena dengan Perayaan Hari Wargatua Kebangsaan, berbagai program telah dirancang di mana Majlis Pelancarannya akan diadakan pada I hb Ok to ber, 1992. Di an tara program bagi Hari Pelancaran adalah persem bah an untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang keperluan wargatua, Pemilihan Tokoh Wargatua dan Seminar. Pada hari-hari yang berikutnya, beberapa program telah diaturkan seperti Sukan Wargatua, Forum Televisyen, "Celebrity Concert", "Familytlion", Hari Terbuka lnstitusi, Gotong-royong dan Perhimpunan Masyarakat.

Tarikh dan tempat bagi aktiviti­aktiviti tersebut akan disiarkan oleh media-massa seperti Televisyen, Radio dan akhbar tempatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seterusnya, beberapa kemudahan disediakan di mana Keretapi Tanah Melayu memberi tiket "concession" sebanyak 50% kepada wargatua di seluruh Malaysia dan Ekspres Nasional juga memberi tiket "concession" kepada wargatua.

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sedang berusaha dengan pihak-pihak yang berkenaan supaya wargatua dapat dipertimbangkan pengurangan tambang bagi pengangkutan dan bayaran di tempat hiburan.

ANGKATAN TENTERA­KEMEROSOTAN PASUKAN

BOLASEPAK

47. Jen. (B) Tan Sri Dato' Ghazali bin Mohd. Seth meminta Menteri f'ertahanan menyatakan:

(a) apakah sebab-sebab yang merosotkan kebolehan pasukan bolasepak Angkatan Tentera dalam pertandingan Piala FAM dan yang lain pada tahun-tahun yang lalu dan sekarang.

(b) seterusnya apakah langkah yang diambil untuk mengelakkan merosot moral mereka dan juga tindakan untuk meningkatkan lagi mutu bidang sukan Angkatan Tentera buat keseluruhannya.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Kemerosotan prestasi pasukan bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) dalam siri pertandingan Semi Pro adalah berpunca dari masalah kewangan yang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan sesuatu pasukan yang unggul. Kedudukan kewangan yang kukuh/teguh sesebuah persatuan merupakan salah satu faktor utama yang dapat memberi peluang kejayaan kepada sesuatu pasukan.

1985 10 OGOS 1992 1986

Perbelanjaan yang dimaksudkan meliputi aspck-aspck bcrikut:

(a) Emolumcn pemain-pemain kontrak luar dan dalam negeri.

(b) Emolumen jurulatih.

(c) Elaun-elaun jurulatih dan pcmain-pemain.

(dJ Pcrjalanan, makan dan lojing.

Sccara purata anggaran belanja mengurus bagi perkara lersebut setiap musim bcrjum !ah di antara $1 hingga $1.3 juta dan subsidi tahunan yang disumbang olch pihak FAM adalah sebanyak $500,000. Justeru itu, PRAT perlu berusaha untuk mcndapatkan $800,000 yang mana amatlah sukar kerana sumber-sumber kewangan baginya adalah tcrhad.

Oleh kerana konstrain kewangan yang dihadapi maka PBAT tidak mampu mendapatkan perkhidmatan pemain-pemain kontrak bcrkaliber tinggi. Di dalam suasana bolasepak profcsional kritcria kewangan adalah perkara yang paling utama untuk· mcmperolehi kejayaan sesebuah pasukan.

USAHAWAN BUMIPUTERA KELANTAN-PELUANG

PERNIAGAAN

48. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Kewangan menyatakan masa-masa lepas di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, banyak projek-projek pcmbangunan dilaksanakan di negeri Kelantan dan ramai usahawan­usahawan Bumiputera, tcrutama pcmborong-pemborong Bumiputera dapat pcluang-pcluang perniagaan. Sekarang sudahpun dua (2) tahun pcmerintahan Kerajaan PAS di negeri ini, tiada projck-projek yang dapat dilaksanakan scperti dahulu. Ramai usahawan-usahawan telah kcce;wa dan tcrkandas dcngan begitu teruk sckali. Tidakkah patur pada masa ini Kcrajaan Pusat mcmbcri kescmpatan kepada

usahawan-usahawan berkaitan untuk menyampaikan rintihan mereka kepada pihak-pihak berkuasa terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, melalui Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Malaysia, Cawangan Kelantan dan seterusnya Iain-lain Persatuan Perniagaan di negeri ini.

Menteri Kewangan (Dato' Seri Anwar bin Ibrahim): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun Negeri Kelantan pada masa ini diperintah oleh Kerajaan PAS, Kerajaan Pusat sedar tanggungjawab mereka dan kerana itu Kerajaan Pusat masih lagi menyediakan peruntukan dan · melaksanakan projek-projek pembangunan di Negeri Kelantan. Di antaranya:

(i) Projek Pembinaan Pusat Latihan Lembaga Tembakau Negara (LTN)

(ii) Semarak, Kemasin

(iii) KADA-Bekalan paip.

Sekiranya ada usahawan-usahawan bumiputera atau kontraktor bumiputera yang terjejas terus akibat kekurangan projck pembangunan di Kelantan sekarang, Kerajaan memang bersedia mendengar pandangan mereka melalui saluran sebagaimana yang disebutkan, terutamanya melalui Dewan Pcrniagaan dan Perindustrian Melayu Malaysia, Ca wangan Ke Ian tan, Persatuan Pemborong Bumiputera Malaysia, Cawangan Kelantan dan sebagainya.

MURID SEKOLAH TERLIBAT DALAM PELACURAN­

PENCEGAHAN

49. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah cadangan Kementerian dan langkah-langkah diambil untuk meng­hapuskan atau mencegah murid-murid sckolah yang terlibat dalam kes pclacuran dalam negeri Melaka.

1987 lO OGOS 1992 1988

Dr Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kemcnterian Pendidikan sentiasa peka dan akan terns meningkatlmn usaha bagi mcnccgah pelajar-pclajar sckolah daripada terlibat dalam gejala-gejala yang kurang sihal. Di antara langkah­langkah yang telah diambil ialah:

(i) mengarahkan semua sekolah supaya menutup semua pintu masuk dan menempatkan seorang pekerja bertugas menjaga pintu masuk tersebut sena melctakkan papan tanda "Dilarang Masuk Tan pa Urusan''. Pckerja yang bertugas juga akan mengarah dan mencntukan orang luar yang masuk supaya berurus terus dengan Pengetua/Guru Besar.

(ii) Pengetua/Guru Besar pula diarah supaya sentiasa:

(a) Mengingatkan murid­murid semasa perhim­punan sekolah mengenai peraturan sekolah dan kandungan Pekeliling­pekcliling Kementerian berkaitan disiplin murid seperti terdapat dalam buku terbitan DBP ber­judul "Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru".

(b) Mengingatkan pelajar­pelajar · perempuan supaya menjauhkan diri dari tempat-tempal hiburan orang dewasa seperti disko, pub, kelab malam, karaoke dan lain­lain.

(c) Mengingatkan pelajar­pelajar supaya tidak menerima tawaran menaiki kenderaan orang-orang yang tidak dikenali.

(d) Kerapkali membuat pemeriksaan mengejut terhadap beg-beg sekolah dan pakaian pelajar

untuk mempastikan tiada barang-barang yang tidak sepatutnya berada dalam simpanan pelajar.

(e) Menghubungi ibu bapa dengan segera apabila murid-murid (terutama murid perempuan) tidak hadir ke sekolah lebih dari sehari.

(j) Mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengawasi murid-murid yang menunjukkan tanda-tanda ··liar" dan menggunakan jawatan­kuasa PIBG membantu sekolah dalam masalah sekiranya ada.

(g) Mengingatkan guru-guru kelas supaya membantu guru kaunseling meng­awasi pelajar-pelajar yang menunjukkan per­lakuan dan sikap yang luar biasa.

(h) Masyarakat juga harus­lah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam membanteras masalah terse but.

TAMAN PERTANIAN BUKIT CERAKAH-JUMLAH

PERBELANJAAN DAN HASIL

50. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Pertanian menyatakan berapakah jumlah per­belanjaan yang digunakan untuk membina salji tiruan di Bukit Cerakah, Selangor.

(a) Berapakah jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan untuk penyelenggaraan bagi tahun 1991 dan;

1989 lO OGOS 1992 1990

(bJ Apakah basil yang didapati oleh Kerajaan dengan pembinaan salji tiruan tersebul.

Dato' S. Subramaniam:

(a) Jumlah perbelanjaan penye­lenggaraan Taman lklim Seder­hana Empat Musim bagi tahun 1992 adalah $1.89 juta.

(b) Di antara faedah-faedah yang diperolehi dari Taman ini ialah:

(i) Digunakan untuk kajian penyesuaian tanaman­tanaman dari kawasan sederhana sebelum dapat diperkenalkan di Malay­sia.

(ii) Memberi kemudahan pem­belajaran kepada ahli-ahli sains dan penuntut ber­kaitan dengan kitaran iklim sederhana dan pertumbuhan pokok­pokok.

(iii) la adalah salah satu daripada tempat tarikan kepada pelawat-pelawat ke Taman Pertanian dan Malaysia amnya.

PROGRAM "BERSIH DAN INDAH"-CARA PENCAPAIAN

51. Tuan Chong Chi Siong minla Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

(a) bagaimana caranya untuk mencapai Program "Bersih dan Indah'" negara menjadi kenyalaan dalam masa lima tahun yang akan datang; dan

(b) berkenaan "Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih 1978)" bolehkah Pihak Berkuasa Tempatan berhak membuang sampah sarap di tempat berhampiran kawasan perumahan dan seterusnya dibakar bersia-sia.

Dato' Dr Ting Chew Peh:

(a) Program "Bersih dan Indah" dilaksanakan secara berke­sinambungan selama lima tahun mulai tahun 1990 hingga tahun 1994, bertujuan untuk mening­katkan mutu kebersihan alam sekitar dan pengindahan di kawasan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara. Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah tenentu bagi mencapai objektif program ini seperti:

(i) memperhebatkan lagi program pendidikan dan kesedaran awam melalui media cetak dan elek­tronik.

(ii) menganjurkan akti vi ti gotong-royong yang melibatkan penjaja, peniaga, penduduk tem­patan, badan sukarela dan murid-murid sekolah untuk menanamkan semangat sayangkan kepada kebersihan dan bencikan kepada keko­toran.

(iii) m em perban yak kan kemudahan dan peralatan kebersihan di tempat awam dan kawasan pelancongan.

(iv) mempertingkatkan penguatkuasaan undang­undang yang berkaitan dengan kebersihan dan keindahan persekitaran.

( b) Mengenai soalan yang kedua, untuk makluman Yang Berhormat, adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa sahaja, termasuk pihakberkuasa tempatan, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih)

,

1991 10 OGOS 1992 1992

I 978 untuk membakar sampah sarap kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihakberkuasa tempatan berhak melupuskan sampah sarap di kawasan yang telah diwartakan sebagai tapak pelupusan. Waiau bagaimana­pun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang membantu pihakberkuasa tem­patan untuk merekabentuk dan mempertingkatkan pengurusan tapak pelupusan sampah dengan teknik pengambusan sanitari supaya dapat mengurangkan pencemaran dan kacauganggu kej>ada penduduk berdekatan.

PEKERJA-PEKERJA ELEKTRONIK-LA YANAN

MAJIKAN

52. Puan Kalthom binti Othman minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) apakah Kerajaan berpuashati terhadap layanan yang diberikan oleh majikan terhadap pekerja­oekerja dalam sektor elektronik " ~arang ini. J ika ya, apakah ukuran Kerajaan untuk berpuashati. Jika layanan itu dianggap buruk, apakah tindakan Kerajaan selanjutnya;

(b) adakah Kerajaan sedar terhadap laporan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua puluh buah kilang elektronik dan tekstil di Johor tidak mem­benarkan para pekerjanya menunaikan sembahyang Jumaat. Apakah tindakan Kementerian terhadap laporan tersebut; dan

(c) apakah tujuan dan muslihat sebenar Kerajaan untuk tidak melayan hasrat Kongres

Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar pekerja-pekerja dalam sektor elektronik di­benarkan menubuh Kesatuan Kebangsaan.

Dato' M. Mahalingam:

(a) Kerajaan berpuashati dengan layanan baik majikan serta wujudnya suasana kerja dan keharmonian bai k di an tar a majikan dengan pekerja di kilang-kilang elektronik. Layanan dan suasana kerja yang baik ini telah meningkat produktiviti dan daya saingan pengeluaran syarikat-syarikat ini.

(b) Kementerian Sumber Manusia belum ada menerima aduan mengenai pekerja-pekerja kilang elektronik dan tekstil di Johor tidak dibenar menunaikan fardhu Jumaat. J ika perkara ini benar, Kementerian Sumber Manusia meminta kerjasama Yang Berhormat Senator Puan Kalthom untuk memberi butir­butir lengkap syarikat-syarikat berkenaan bagi dihubungi untuk diberi nasihat. Setakat ini didapati semua syarikat memahami amalan pekerja Js1am dan sentiasa memberi kelepasan kepada pekerja lelaki Islam untuk menunaikan fardhu Jumaat.

(c) Kedudukan pekerja-pekerja kilang elektronik terhadap penubuhan Kesatuan Kebang­saan telah banyak dipersoalkan di Dewan yang mulia ini. Ada yang mengatakan bahawa Kerajaan menyekat kebebasan dan hak-hak pekerja. Di saat ini saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan mengamalkan prinsip demokrasi dalam mentadbirkan negara. Oleh itu, mengikut prinsip demokrasi ini Kerajaan memberi kebebasan kepada

1993 10 OGOS 1992 1994

pekerja-pckerja untuk menubuh­kan Kesatuan Sekerja asalkan ia mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja. Dalam konteks 101, pekerja-pckcrja dalam industri elektronik adalah bcbas untuk menubuhkan kesatuan dalaman bagi mcnjaga kepentingan mereka.

Pekerja-pekerja kilang elek­tronik ini telah diberi saluran yang efoktif dalam sistem Kesatuan Sekerja Dalaman (ln­house Union) untuk mcngadu masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dan menerima perhatian berat pihak majikan dan Kerajaan. Saya percaya Ahli-ahli Dewan faham bahawa industri elcktronik adalah salah satu industri yang sangat sensitif dan menghadapi persaingan hebat dalam pasaran antara­bangsa. Oleh itu, Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang be rat untuk menjam i.n pekerjaan bagi 120,000 pckeria industri ini dan juga sangat mengambil berat untuk me­wujudkan iklim yang baik bagi menarik pelaburan asing ke negara kita.

Maka, dengan mcngambil kira kepentingan negara pada keseluruhannya, Kerajaan ber­pendapat masanya belum tiba untuk membenar menubuhkan Kesatuan Kebangsaan bagi sektor elektronik.

INSURAN KERETA MOTOR­PERATURAN BARU

53. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Kewangan menyatakan apakah bentuk peraturan baru insuran motor kereta hcndak diperkenalkan:

(a) tindakan tegas perlu diambil jika didapati syarikat-syarikat insuran mengenakan syarat-

(b)

syarat tambahan pelanggan-pelanggan tersebut; dan

kepada insuran

mengapakah Kerajaan tidak membuat syarat-syarat yang ketat dan tindakan yang tegas kepada syarikat-syarikat insuran yang mengenakan syarat-syarat tambahan itu kepada pelanggan­pelanggan mereka.

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Yang Berhormat, mclalui Garis Panduan mengenai. dengan izin, "Loading Premium Motor" yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 27hb Disember, 1991, syarikat insurans am Lelah diarah supaya tidak memaksa ora!1g rama1 membeli lain-lain perl1ndungan insurans ketika mereka hendak mempcrbaharui insurans motor mereka. Pihak Bank Negara tidak akan ragu­rag u untfik mengambil tindakan sewajarnya terhadap syankat-syankat insurans yang meneruskan amalan yang kurang sihat itu. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan layanan pihak syarikat insurans bolehlah membuat aduan terus kepada Bank Negara untuk diambil tindakan selanj utnya.

Mengenai kesukaran setengah­setengah pihak untuk mendapat .per­lindungan insurans daripada syankat­syarikat insurans individu, Persatuan lnsuran Am Malaysia atau PIAM, setelah berbincang dengan Bank Negara Malaysia, telah merangka . dan meluluskan satu skim untuk pem1hk­pemil ik kenderaan yang tidak dapat memperolehi perlindungan. msurans dari syarikat insurans ind1v1du. Sktm ini merupakan lanjutan kepada perkh1d­matan yang sckarang sedia diberikan oleh dengan izin, "Unplaced Motor Pool"' atau UMP yang dikendalikan olch PIAM untuk membantu pemilik­pemilik kenderaan, seperti teksi, bas sekolah dan kenderaan negara asmg yang tidak boleh mendapalkan perlindungan insurans secara kcbiasaannya.

,

1995 10 OGOS 1992 1996

AKTA PERKAPALAN SAUIDAGAR/AKTA IMIGRESEN­

PELANGGARAN

54. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa banyakkah jumlah kapal yang melanggar Akta Perkapalan Saudagar dan Akta Imigresen Negara yang telah ditangkap; nyatakan jenis­jenis barangan yang dibawa masuk bersama-sama wanita melalui kapal kargo.

Tuan Ong Ka Ting: Bagi tahun 1992 sehingga bulan Julai 1992, Polis Marin telah bcrjaya menangkap sebanyak 403 buah bot di scluruh negara di bawah Ordinan Pcrkapalan Saudagar 1952. Mereka ditangkap adalah atas kesalahan mclanggar syarat lescn, membawa lcbih penumpang dan tiada mempunyai alat-alat kesclamatan.

Manakala di bawah Akta Imigresen pula, bagi tempoh yang sama, scbanyak 332 buah bot atau sampan telah ditangkap. Turut ditangkap sama ialah seramai 186 orang PA Tl (Pend a Lang Asing Tanpa Izin) pcrempuan Indonesia dan 53 orang PAT! perempuan Filipina. Barang-barang yang sering dibawa bcrsama mereka ialah kain baju, barang-barang kcmas dan juga rokok kretck.

KERAKYATAN MALAYSIA­PERLUCUTAN

SS. Tuan Ng Peng Hay minta Mcnteri Dalam Negeri menyatakan sejak 1991 hingga Jun 1992 berapa ramaikah warganegara ini yang Lelah dilucutkan kerakyaLannya kerana tclah menjadi warganegara asing. Adakah Kemen­terian sedar bahawa ada warganegara kita yang memiliki dua kcrakyatan. Kalau benar, apakah tindakan yang diambil dan berapa ramaikah yang terlibaL.

Tuan Ong Ka Ting: Soalan yang sama tclah dijawab pada Shh Ogos, 1992.

EKSPORT NEGARA TERJEJAS OLEH KEMELESETAN

EKONOMI LUAR NEGERI

56. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kewangan menyatakan adakah benar kemelesetan dan kelembapan ekonomi di Amerika SyarikaL, Jepun dan Eropah Lelah menjejaskan pertumbuhan eksporL negara. Kalau benar, apakah usaha untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara agar .terus meningkat.

Dalo' Seri Anwar bin Ibrahim: Sebagai sebuah ekonomi yang ber­orienLasikan eksport, pengeluaran ncgara kita termasuk keluaran per­kilangan bergantung kcpada pasaran eksport seperti Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara Kesatuan Eropah. Negara-negara ini merupakan kira-kira 50 peraLus daripada pasaran eksport negara kita. Oleh itu, per­tumbuhan ekonomi di negara-negara ini boleh mempengaruhi permintaan ke atas barangan eksport negara. Dengan demikian, kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah sedikit sebanyak mendatangkan kesan ke atas pertumbuhan eksport negara.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun 1992, eksport ncgara ber­kembang sebanyak 8. 2 peraLus berbanding dengan 20.8 peratus bagi tempoh yang sama tahun 1991. Salah satu faktor yang menyebabkan pengurangan ini ialah permintaan luar negara yang lemah ekoran daripada keadaan ekonomi rakan-rakan dagangan utama yang Jembap. Amerika Syarikat yang mengalami kemelesetan ekonomi sejak tahun 1990 mulai pulih dalam tahun ini dengan kadar pemulihan yang perlahan sementara ekonomi Jepun pada tahun 1992 dijangka akan mengalami kelembapan. Kadar pemulihan ekonomi negara­negara Kesatuan Eropah yang perlahan juga telah menjejas aliran eksport negara ke negara-negara tersebut. Secara khususnya, eksport barang­barang elektronik ke negara-negara

1997 IO OGOS 1992 1998

tcrsebut terutamanya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah mengalami kemerosotan.

Pertumbuhan Ekonomi negara kita bukan sahaja bergantung kepada perdagangan luar tetapi juga bcrgantung kepada pelaburan dalam negeri. Pertambahan pclaburan dalam negeri telah mendorong pertumbuhan pesat dalam sektor-sektor seperti pembinaan, perkhidmatan, kewangan dan pengangkutan yang mana tclah menyumbangkan kepada perkem­bangan ekonomi negara. Waiau bagaimanapun, mcnyedari ekonomi negara adalah berorientasikan eksport, langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi eksport akan terns dijalankan. Antaranya termasuklah:

(a) meningkatkan mutu barangan eksport negara supaya dapat bersaing di pasaran antara­bangsa. Bagi tujuan ini insentif bagi meningkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah disediakan mulai tahun taksiran 1992. Sebagai contoh, pengc­cualian cukai selama lima tahun diberi kepada firma berasaskan teknologi baru.

(b) menggalakkan kerjasama antara negara-negara di selatan ("South-South Cooperation") untuk mcnerokai pasaran baru. Bagi tempoh lima bulan pertama tahun 1992, eksport Malaysia ke negara-negara ini telah ber­kembang sebanyak 30 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun 1991. Bagi memudahkan eksport kepada negara-negara membangun tersebut, perjanjian bayaran duahala akan diusahakan. Perjanjian ini bertujuan untuk melindungi pengeksport akibat mungkir janji bayar oleh pengi mport. Bagi mclaksanakan perjanjian ini terlebih dahulu Bank Pusat negara berkenaan

dikehendaki menandatangani perjanjian tersebut dengan Bank Negara Malaysia.

(c) bagi melindungi kepentingan pengeksport, Kerajaan sedang dalam usaha menubuhkan akaun kepentingan negara di mana sekiranya berlaku mungkir janji bayar oleh pengimport, tabung ini akan digunakan untuk membayar pengeksport.

(d) meningkatkan misi perdagangan ke negara-negara sedang membangun bagi menerokai pasaran barn terutamanya negara-negara di Afrika, Amerika Latin dan Amerika Tengah dan lain-lain negara di Asia.

Secara umumnya langkah-langkah yang dinyatakan itu adalah usaha yang menycluruh untuk meningkatkan pertumbuhan eksport negara secara keseluruhan.

(Soalan No. 57-Sila /ihat Jawapan kepada Soalan No. 34)

KAD PENGENALAN­PERMOHONAN OLEH

ORANG PENAN

58. Tuan Ding Seling minta Menteri Dalam Negeri mcnyatakan:

(a) bilangan Orang Penan yang telah diberi kad pengenalan dalam tahun 1980 dan 1990 masing-masing;

(b) bilangan yang memohon untuk mendapat kad pengenalan tetapi masih diproseskan; dan

(c) ditolak permohonan untuk mendapal kad pengenalan dan apakah sebab-sebab per­mohonan ilu ditolak.

1999 10 OGOS 1992 2-000

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Semenjak tahun 1980 hingga tahun 1990, sejumlah 1935 kad pengenalan telah dikeluarkan kepada Orang-orang Penan.

(b) Kesemua permohonan kad pengenalan Orang Penan yang mempunyai dokumen penyo­kong sijil kelahiran telah diluluskan. Permohonan yang tidak mempunyai dokumen sokongan tersebut ditangguhkan dan mereka dinasihatkan supaya memohon daftar lewat kelahiran terlebih dahulu.

PERKHIDMATAN KAUNTER DI JABATAN KERAJAAN­

PENINGKATAN

59. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Perdan,a Menteri menyatakan sama ada beliau sedar tentang rung utan orang awam terhadap layanan yang tidak memuaskan masih wujud di perkhidmatan-perkhidmatan kaunter di Pejabat-pejabat Kerajaan. Jika benar, apakah tindakan yang akan dijalankan untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat yang inginkan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Perlua, Kerajaan telah mengambil banyak usaha untuk mewujudkan satu perkhidmatan kaunter yang cekap, cepat dan berkualiti. Pada tahun 1991 Kerajaan telah mengeluarkan "Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 10 Tahun 1991" yang mengandungi panduan mengenai peningkatan kualiti Perkhidmatan Kaunter. Pekeliling ini diedarkan kepada J abatan-jabatan Kerajaan sebagai panduan bagi mem ban tu staf­staf kaunter jabatan-jabatan ini memberi perkhidmatan kaunter yang berkualiti. Di sainping itu Kerajaan telah menyediakan kursus-kursus dan ceramah-ceramah untuk meningkatkan kemahiran staf kauntcr.

Kerajaan juga telah mengambil usaha-usaha untuk mengautomasikan beberapa prosedur perkhidmatan kaunter, seperti penggunaan me sin resit, komputer dan sistem giliran elektronik. Pengenalan automasi di perkhidmatan kaunter telah memberi keselesaan kepada orang awam yang berurusan di ·kaunter. Selain dari itu kem udahan-kemudahan asas bagi orang awam telah juga diperbaiki, sepcrti tcmpat menunggu yang lebih selesa, tempat bertanya yang senang dikunjungi, tunjuk arah yang jelas dan berbagai-bagai lagi.

Beberapa J abatan Kerajaan telah juga menarnbahkan perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai, seperti mem buka kaunter pada hari minggu, menyediakan kaunter khas di Pusat Membeli Belah dan mewujudkan

. sistem pertanyaan "hot-line" dan melalui radio bagi rnenjawab kemusy­kilan orang-orang awam. Orang awam juga berpeluang menyuarakan ketidak­puasan hati dan mengemukakan cadangan-cadangan melalui peti cadangan yang disediakan di kaunter­kaunter Jabatan Kerajaan.

Dengan usaha-usaha yang telah dijalankan ini, orang awam telah menunjukkan kepuasan hati terhadap perkhidmatan kaunter Jabatan Kerajaan. lni dapal dilihat daripada kekurangan aduan yang di terima dari orang awam. Usaha-usaha bagi meningkatkan perkhidmatan kaunter Jabatan-jabatan Kerajaan akan dijalankan secara berterusan.

BADAN PENYELARAS ANTARA MAJLIS-MAJLIS

PERBANDARAN­PENUBUHAN

60. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah Kerajaan bercadang menubuhkan satu badan koordinasi di antara Majlis Perbandaran yang menyelaraskan soal

2001 10 OGOS 1992 2002

kebersihan, pcmbangunan dan lain-lain perkara yang mempunyai kepentingan bersama.

Dato' Dr Ting Chew Peh: Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis­majlis Perbandaran malahan lain-lain pihakberkuasa tempatan adalah bersendirian mengikut Akta Kerajaan Tcmpatan 1976. Dalam hubungan ini juga soal pihakberkuasa tempatan adalah di bawah bidang kuasa pihakberkuasa ncgcri.

Waiau bagaimanapun, bagi tujuan mclicinkan pclaksanaan bcbcrapa dasar tertentu dan juga untuk mcmbantu pembangunan pihakbcrkuasa tcmpatan tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tclahpun mewujud­kan beberapa jawatankuasa tctap yang membincangkan soal pcnyelarasan hal ehwal Kerajaan Tempatan yang ber­kaitan sebagaimana bentuk koordinasi yang dicadangkan olch Yang Ber­hormat. Jawatankuasa-jawatankuasa yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

(i) Jawatankuasa Penyelarasan Tugas antara Kemcnterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Kerajaan Negcri mengenai Kerajaan Tempatan yang dianggotai olch Pengerusi-pengerusi Jawatan­kuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri.

(ii) Jawatankuasa Perhubungan Hal Ehwal Kerajaan Tempatan Negeri-Persekutuan yang di­anggotai oleh Ketua Pcnolong Setiausaha/Pcnolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negen. ·

(iii) Khusus bagi Majlis-majlis Perbandaran, ada diwujudkan Jawatankuasa Perundingan Perbadanan Perbandaran-perbandaran (JKPPP) yang dianggotai oleh semua Yang Dipertua Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran.

Di samping Jawatankuasa-jawatan­kuasa tersebut, terdapat pula Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) mengikut peruntukan perlembagaan yang merupakan forum peringkat tertinggi, yang bertujuan menggubal dasar-dasar yang berkaitan dcngan Kerajaan Tempatan dan keputusan-keputusan yang dibuatnya adalah terikat kepada Kerajaan Negeri dan Persckutuan. Ahli-ahlinya adalah tidak lebih daripada 10 :Menteri Kabinct Persekutuan dan semua Kelua Mcntcri/Menteri Besar Negeri-negcri di Semenanjung Malaysia. Maka Kemcnterian ini berpendapat sudahpun ada jentera yang mencukupi bagi maksud yang dibangkitkan olch Ahli Yang Bcrhormat.

TIKET-TIKET BAS/KERETAPl­PENJUALAN MELALUI ACIEN

PELAN CON GAN

61. Tuan Rahim bin Baba minta Mcnteri Kebudayaan, Kesenian dan Pclancongan menjelaskan dalam usaha mcnggalakkan pelancongan di dalam negara apakah Kerajaan bercadang mensyaratkan penjualan tiket keretapi dan bas pelancongan/ekspres d1buat melalui agen-agen pelancongan dan menctapkan supaya KTM dan syarikat bas pelancongan/ckspres di "coropu­terized" scperti MAS.

Dato' Abdul Raman bin Sulin an: Pada masa ini Kerajaan bel um mcnetapkan supaya penjualan tiket kerctapi dan bas pelancongan/ekspres dibuat mclalui agen-agen pelancon~an. Waiau bagaimanapun, untuk maklurnan Ahli Yang Berhormat, KTM Berilad telahpun melantik agen-agen yang diberi kelulusan untuk menjual tiket­tiket keretapi di kawasan bandar besar sepcrti Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang serta beberapa negara asi11g. Penjualan tiket-tiket keretapi ini adalah dikendalikan dengan sistem ber­komputer.

2003 10 OGOS 1992 2004

PATl-JUMLAH DIDAFTAR DAN PENGHANTARAN

PU LANG

62. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sehingga 30hb Jun 1992 berapa ramaikah jumlah pekerja-pekerja pcndatang tanpa izin yang ada di Malaysia yang bcrdaftar. Sila berikan pecahan mengikut sektor bcrikut:

(a) sektor pcmbinaan;

(b) sektor pcmbantu rumah;

(c) sektor pertanian dan per­ladangan; dan

(d) scktor perniagaan.

Dan sclepas daripada tarikh tutup pendaftaran di atas berapakah jumlah sehingga hari ini pcndatang tanpa izin yang tidak berdaftar yang telah dihantar pulang ke ncgara mereka.

Tuan Ong Ka Ting: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jawapan bagi soalan ini tclahpun saya jawab pada 6hb Ogos, 1992 dan saya tidak bercadang untuk menjawab atau menambahnya.

BANK PERDAGANGAN­URUSAN SECARA ISLAM

63. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Ham id m inta Menteri Kewangan menyatakan adakah bank-bank perdagangan di Malaysia hendak melaksanakan opcrasi banking secara Islam sepenuhnya, jika tidak apakah langkah-langkah ke arah melaksana­kannya.

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim: Buat masa ini, pelaksanaan urusa·n kewangan secara Islam adalah dibuat seiringan dcngan urusan kewangan secara konvensional. lni adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai memilih urusan bank yang sesuai bagi mereka. Waiau bagaimanapun, Kerajaan tidak menghalang sckiranya bank-bank konvensional di ncgara ini

ingin melaksanakan operasi bank secara Islam sepenuhnya. Terpulanglah kepada budi bicara mereka sendiri.

Sebagai usaha meluaskan lagi perkhidmatan urusan bank secara Islam di negara ini, Kerajaan buat masa ini sedang merangka kaedah-kaedah yang sesuai bagi membolehkan institusi­institusi kewangan yang sedia ada membuka kaunter urusan bank secara Islam, bagi memberi pilihan kepada pelanggan-pelanggan mereka. Kaunter yang dicadangkan kepada pelanggan­pclanggan mereka. Kaunter yang dicadangkan itu akan menawarkan perkhidmatan urusan bank khususnya perkhidmatan deposit dan pinjaman dengan berasaskan prinsip-prinsip Islam.

ORANG ASLI-PENINGKATAN TARAF HIDUP

64. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Mentcri Pcmbangunan Luar Bandar menyatakan sejauh manakah kejayaan meningkatkan taraf hidup Orang Asli melalui pendidikan tcrcapai dan berapakah jumlah mereka yang tela11 tamat pengajian dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negeri.

Dato' Mohamed bin Jamrah: Masyarakat Orang Asli serupa juga dengan masyarakat lain yang dapat peluang-peluang pcndidikan formal melalui sekolah-sekolah bantuan penuh Kerajaan. Bagi tahun 1992, seramai 14,392 orang kanak-kanak Orang Asli sedang belajar di peringkat rendah menengah dan pengajian tinggi. Schingga kini jumlah anak Orang Asli yang telah tamat dari pengajian tinggi ialah 81 orang iaitu dengan 63 mendapat diploma dalam negeri: 17 ijazah dalam negeri dan I ijazah dari luar negeri.

2005 10 OGOS 1992 2006

KRAFTANGAN MALAYSIA­NILAI EKSPORT BARANGAN

65. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan kraftangan jenis apakah Malaysia eksport ke l uar ncgeri, negara·negara manakah yang menjadi pelanggan tetap dan berapa pcratuskah barangan kraf Malaysia yang dieksport.

Tuan Othman bin Abdul: Pada tahun 1991, jenis barangan kraf yang dieksport dengan menggunakan· Sijil Pengesahan Asal yang dikeluarkan oleh Perbadangan Kemajuan Kraftangan Malaysia adalah batik, anyaman, seramik, gentian, buluh, ukiran kayu, rotan dan anikakraf.

Perbadanan Kraftangan tidak secara langsung melaksanakan urusan eksport barangan kraf. Waiau bagaimanapun Perbadanan Kraftangan menggalakkan usaha·usaha promosi pemasaran dan

pengeksportan keluaran kraftangan tempatan. Dengan ini Perbadanan Kraftangan tidak dapat mengenalpasti negara manakah yang menjadi pclanggan tetap barangan kraftangan Malaysia. Waiau bagaimanapun, melalui Sijil Pengesahan Asal yang dikeluarkan didapati negara Jepun merupakan pengimport terbesar dengan diikuti oleh negara Jerman. Australia, Amerika Syarikat, Austria, Korea dan Perancis.

Mengikut somber yang dipcrolehi dari pihak MEXPO adalah didapati bahawa peratus eksport barangan kraf telah meningkat dari 2.2% bagi tahun 1981 kepada 26.3% pada tahun 1991. Waiau bagaimanapun sumber yang diperolchi dari MEXPO merangkumi nilai yang menggunakan dan tidak menggunakan Sijil Pengesahan Asal yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kraftangan. Penjelasan terperinci adalah seperti di Jadual di bawah.

NILA! EKSPORT BARANGAN KRAF DARI TAHUN 1980 SEHINGGA TAHUN 1992

(JAN-APR)

Tahun Niiai Eksport Jumlah Ek.sport Peratus Eksporl Barangan Kraf Malaysia Kraf

1980 $ 4.816.464.00 $

1981 $ 5,487,585.00 $ 27, l 09,400,000.02 2.02%

1982 $ 8,856,670.00 $ 28,108,200,000.00 3.15%

1983 $ 8,605,052.00 $ 32,771,200,000.00 2.63%

1984 $ 5,630,845.00 $ 38,646,900,000.00 1.46%

1985 $ 2,759,353.00 $ 38,017,000,000.00 73%

1986 $ 3,948,545.00 $ 35,721,000,000.00 1.11%

1987 $ 4,149,590.00 $ 45,138,000,000.00 92%

1988 $ 72,485,686.00 $ 55,260,000,000.00 13.12%

1989 $ 74,943,921.00 $ 67,824,000,000.00 11.05%

1990 $ 90,212,217.00 $ 79,646,000,000.00 11.33%

1991 $115,028,043.00 $ 43,593.000,000.00 26.39%

1992 $ 40,573,337.00 $

JUMLAH $437,497,308.00 $491,834, 700,000.00

NOTA: Scmua rnaklumat didapati dari MEXPO

"

2007 10 OGOS 1992 2008

Rl\.SUAH-JUMLAH KES DISIASAT

66. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan berapa kes rasuah telah disiasat dalam tahun 1991. Berapa kes palsukah yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan berapa kes telah diambil tindakan.

Tuan Othman bin Abdul: Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sepanjang tahun 1991, sejumlah 3,407 penyiasatan telah dijalankan. Dan sepanjang tempoh tersebut, satu laporan/aduan yang diterima adalah palsu.

TUDUHAN NEGATIF TERHADAP MALAYSIA­

PERANAN KEDUTAAN MALAYSIA

DI LUAR NEGARA

67. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di luar negara untuk menangkis tuduhan­tuduhan negatif terhadap negara ini sama ada oleh rakyat Malaysia sendiri ataupun oleh rakyat asing serta badan yang anti Malaysia.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che' Wan: Kementerian Luar Negeri sendiri ataupun melalui Perwakilan Malaysia di luar negeri sentiasa peka terhadap adanya tuduhan-tuduhan negatif ke atas Malaysia dan terus berusaha untuk memberi penjelasan dan penerangan untuk membetulkan tanggapan yang salah. Ini dilakukan menerusi saluran-saluran yang tertentu seperti perbincangan, sessi dialog dan rencana di media tempatan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

PEMBALAKAN-PEMBERIAN KONSESI

68. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan:

(a) apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian ter­hadap mana-mana Kerajaan Negeri yang tidak mahu meng­ikuti cadangan Kementerian bagi memberhentikan pem­berian konsesi balak kepada golongan yang tidak kena mengena dengan industri pembalakan;

(b) Kerajaan Negeri manakah setakat ini yang tidak mahu mengikuti cadangan tersebut.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian terhadap mana-mana Kerajaan Negeri berkenaan cadangan memberhentikan pemberi konsesi balak kepada golongan yang tidak kena mengena dengan industri pembalakan adalah tidak timbul kerana urusan pemberian konsesi merupakan perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Waiau bagaimanapun, Kerajaan Pusat bekerjasama rapat dengan Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Majlis Perhutanan Negara dan Jawatankuasa-jawatankuasa lain mengenai cara-cara bagaimana sistem pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan somber hutan negara dapat diperkemas dan dimajukan lagi demi kepentingan negeri-negeri khususnya dan negara pada amnya.

PERIKANAN LAUT DALAM­PENUBUHAN AKADEMI

LATIHAN

69. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pertanian menyatakan sejauh mana kejayaan yang telah dicapai oleh Kementerian ini mengenai lndustri lkan Laut Dalam dan apakah jadinya pada rancangan

2009 10 OGOS . 1992 2010

menubuhkan sebuah akademi untuk melatih nelayan laut dalam di Batu Maung, Pulau Pinang.

Dato' S. Subramaniam: Kejayaan yang dicapai di dalam industri perikanan ialah setakat ini Kementerian Pertanian telah melesenkan sejumlah 557 vesel untuk menangkap ikan di perairan laut dalam di Malaysia. Dari jumlah tersebut, sebanyak 449 unit lesen telah dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, 74 unit di Sarawak dan 34 unit di Sabah serta Labuan.

Untuk tujuan melatih nelayan untuk bekerja di dalam industri perikanan, satu institusi latihan iaitu Institut Latihan Perikanan Malaysia (ILPM) telah diwujudkan di Batu Maung, Pulau Pinang pada tahun 1971. Waiau bagaimanapun, untuk menampung keperluan tenaga kerja di perusahaan perikanan laut dalam, institusi tersebut telah memulakan satu latihan khas yang dikenali sebagai "Angkatan Nelayan Laut Dalam (ANLD)n sejak tahun 1987. Sehingga akhir tahun 1991, sejumlah 741 orang peserta ANLD tel ah di latih.

Dalam pada itu, satu institut latihan perikanan telah ditubuhkan di Chendering, Terengganu untuk meng­ambil-alih semua program latihan yang dijalankan oleh Institut Latihan Perikanan di Batu Maung sebelum ini, termasuk latihan ANLD. Institut tersebut telah beroperasi sejak bulan Julai 1992 yang lalu.

KONTRAK-PENENTUAN PEMBERIAN

70. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan-kerajaan Negeri terikat dengan cara pemberian kontrak dalam melaksanakan sesuatu projek Persekutuan di negeri masing­masi~g:

(a) siapa yang menentukan pem­berian kontrak kepada kon­traktor yang melaksanakan Projek Loji Penapisan Minyak

PETRONAS di Tangga Batu, Melaka;

(b) adakah Kerajaan Negeri Melaka diberi peluang untuk melantik kontraktor dalam melaksanakan projek tersebut; dan

(c) adakah projek pembinaan Kompleks Pentadbiran PETRONAS di Tangga Batu Melaka yang berjumlah kira­kira $50 juta itu tidak diberikan kepada kontraktor Bumiputera Negeri Melaka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang­undang (Dato' Syed Hamid bin Syed Jaarar Albar):

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penawaran kontrak bagi loji penapis minyak PETRONAS di Tangga Batu adalah dibuat oleh PETRONAS melalui sistem tendernya. Namun demikian, walaupun sistem tender PETRONAS mengikut amalan sistem-sistem tender yang diperakui, PETRONAS sentiasa men­dapat.kan pandangan dan nasihat dari Kementerian Kewangan. Bagi kontrak yang bernilai lebih daripada $15 juta pula, PETRONAS membuat pena­waran tender yang berasaskan syarat-syarat seperti yang termaktub dalam surat peke­liling dari Kementerian Kewangan, termasuk mendapat­kan kelulusan dari Kementerian tersebut.

(b) Semua perlantikan kontraktor bagi melaksanakan projek tersebut telah ditentukan oleh PETRONAS berdasarkan sistem tendernya serta proses kelulusan seperti yang telah disebut tadi. Namun demikian, kontraktor­kontraktor utama telah diminta oleh PETRONAS supaya memberi pertirnbangan, dan kadangkala keutamaan, kepada kontraktor-kontraktor yang

2011 IO OGOS 1992 2012

berkemampuan yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi kerja-kerja sub-kontrak mereka.

(c) Kontrak Pembinaan Kompleks Bangunan Bukan Proses (Non­Process Building Complex) bagi projek tersebut telah ditawarkan melalui sistem tender terbuka serta proses penawaran seperti yang telah disebut sebentar tadi. Dalam tender tersebut, yang mana telah dibuka hanya kepada syarikat-syarikat tempatan sahaja, kontraktor-kontraktor Bumiputera Negeri Melaka telah juga turut serta tetapi tidak berjaya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat lhb Julai 1992, sebanyak 10 kontraktor Bumiputera telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja yang bernilai lebih kurang $11 juta di projek tersebut.

HAKISAN LAUT/SUNGAI­PEMULIHAN

71. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan sehingga kini telah berapa banyak tempat,tempat yang hakis laut atau sungai dibaik pulih dari hakisan tersebut di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri-negeri.

Dato' S. Subramaniam: Jawapan kepada soalan ini adalah seperti berikut:

Mengenai Hakisan Laut

Sehingga tarikh 101, kerja-kerja pembinaan bagi tujuan melindungi kawasan pantai dari ancaman hakisan laut di 17 kawasan melibatkan pantai sepanjang 32.4 km telahpun disiapkan. Kawasan-kawasan di mana kerja-kerja pembinaan telah disiapkan adalah seperti berikut:

Perlis 1. Sempadan Thai­Sungai Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Selangor

Johor

Terengganu

Sa bah

2. 3.

4.

5. 6_ 7. 8. 9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

Kuala Perlis Kampung Baharu

Sungai Salah Na ma-Padang Ga ram Kuala Kedah Pantai Murni Pantai Merdeka Kampung Jeruju Sungai Dua Selatan

Sungai Burung, Halik Pulau Kampung Kuala Muda

Sungai Haji Sirat

Pontian Besar-Sungai Rambah Kampung Kubur, Pontian Tanjung Pengelih

Chendering

Tambak dari Kota Kinabalu ke Bangunan Yayasan Sa bah

Mengenai Hakisan Sungai:

Setakat ini, Kerajaan telah melak­sanakan projek-projek bagi tujuan melindungi tebing sungai dari ancaman hakisan sungai di sembilan kawasan. Pecahan kawasan-kawasan yang ber­kenaan mengiku t negeri adalah seperti berikut:

Kedah I. Kuala Kedah, Sungai Kedah

2_ Sungai Anak Bukit

Perak I. Birch Memorial di Pasir Salak, Sungai Perak

Johor I. Sungai Endau

2013 10 OGOS 1992 2014

Terengganu I.

2.

Kelantan I.

2.

3.

Kampung Gaung, Sungai Terengganu Pulau Duyong, Sungai Terengganu

Pasir Mas, Sungai Kelantan Kampung Laut, Sungai Kelantan Kampung Kedai Buluh, Sungai Kelantan

KAO PENGENALAN BARU­PEMPROSESAN PERMOHONAN

72. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) sehingga sekarang jumlah pusat untuk memohon kad pengenalan baru di Malaysia;

(b) jumlah kad pengenalan yang diproseskan setiap bulan; dan

(c) apakah pendapat Kerajaan mengenai penyelesaian operasi Kad Pengenalan Baru dalam tempoh 6 tahun dengan meng­ikut kadar kelaj uan memproses Kad Pengenalan Baru sekarang.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Sehingga kaunter mohonan negara.

kini terdapat 183 penerimaan per­KPT di seluruh

(b) Purata jumlah KPT yang diproses dan dikeluarkan setiap bulan sebanyak 81,900.

(c) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN} menganggarkan sebanyak 15 juta permohonan KPT akan diterima dalam tempoh 6 tahun di mana purata tahunan sebanyak 2.S juta. Pencapaian target di atas adalah bergantung kepada sambutan orang ramai dan kemampuan JPN mem-

proses permohonan tersebut. Semenjak April 1990 hingga Julai 1992, hanya 2,149,620 permohonan yang diterima atau 4 3 % dari target asal. Perbezaan jumlah permohonan yang di­terima ini secara langsung akan memberi kesan kepada tempoh projek ini sepatutnya di­selesaikan.

NAJIS-PEMBUANGAN DAN PERAWATAN

73. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa menurut Kementeriannya hanya 45% daripada jumlah penduduk di Malaysia meng­gunakan tandas curah:

(a) ke manakah najis dari tandas lama (bucket system) dan yang dari orang yang tidak meng­gunakan sebarang kaedah untuk membuang najis itu disalurkan; dan

(b) usaha-usaha yang dijalankan supaya najis tidak mencemarkan udara alam sekitar dan juga mengancam kesihatan rakyat.

Dato' Dr Ting Chew Peh:

(a) Pada kebiasaannya, najis dari tandar-tandas tong dikumpul dan kemudiannya dilupus di tapak-tapak buangan najis (night soil trenching ground). Terdapat juga di beberapa Pihakberkuasa Tempatan yang merawat najis tersebut di loji perawatan najis dan hasilnya dijadikan "soil conditioner". Bahan ini digunakan untuk program menghijaukan lagi kawasan Majlis dengan penanaman pokok-pokok yang sesuai. Masalah ketiadaan kemudahan tandas lebih ketara bagi penduduk-penduduk luar bandar. Oleh yang demikian,

2015 IO OGOS 1992 2016

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan telah mewujudkan program BAKAS yang mana salah satu komponen ialah kebersihan alam sekitar. Kementerian Kesihatan mem­beri subsidi kepada penduduk­penduduk luar bandar bagi membina tandas curah dengan keutamaan diberi kepada penduduk di kawasan berisiko tinggi dari segi penyakit bawaan air.

(b) Usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan untuk mengelakkan pencemaran udara ialah dengan mensyaratkan diadakan kajian penilaian kesan alam sekitar bagi setiap loji perawatan najis. Kajian ini akan meliputi cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah ban yang mungkin timbul. Syarat yang lain termasuklah menetap­kan jarak loji minimum 20 meter dari rumah kediaman yang terdekat.

Bagi mengelak kesihatan umum diancam oleh masalah najis, pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $551 juta bagi pelaksanaan program pembetungan Ran­cangan Malaysia Keenam.

LAPANGAN TERBANG BATU BERENDAM-PEMBESARAN

74. Tuan Doi bin Dolah minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kementerian ini bercadang memanjangkan dan melebarkan lagi landasan Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka dalam usaha membantu meningkatkan lagi sektor pelancongan dan perindustrian yang pesat membangun di negeri itu.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Kementerian Pengangkutan telah mengkaji keperluan Lapangan

Terbang Batu Berendam dan basil kajian itu mendapati kemudaban­kemudahan yang sedia ada termasuk landasan adalah didapati mencukupi untuk menampung keperluan trafik penumpang semasa serta keperluan tahun-tahun yang akan datang.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN

(1991 DAN 1992) (No. 2)

Bacaan Kall Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (6hb Ogos, 1992)

Timbalan Yang di-Pertua: Saya jemput Tuan Haji Jamaluddin bin Ahmad untuk menyambung ucapannya.

3.35 pig.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua, kerana memberi saya peluang untuk menyambung ucapan saya pada hari Khamis yang lain di mana pengakhiran ucapan saya tempoh hari ialah bersabit dengan Kementerian Belia dan Sukan. Di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Pasukan Barcelona yang selamat balik kembali ke tanahair dengan membawa pingat yang memberi nama negara yang cemerlang dengan mendapat dua buah pingat gangsa.

Tuan Yang di-Pertua, bersabit dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, peruntukan sebanyak $2,500,000 adalah diminta untuk memperbaiki keadaan di Tasik Kenyir. lni adalah satu cara bagi

2017 10 OGOS 1992 2018

melicinkan perjalanan di Kementerian tersebut, tetapi apa yang saya harapkan di sini ialah bahawa Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelan­congan ini akan dapat juga memandang ke lain-lain tempat di negara ini supaya kawasan-kawasan pelancongan dapat dimajukan. Saya juga berharap supaya peruntukan tertentu akan dapat diberi kepada orang perseorangan sekiranya beliau ingin menjayakan tempat-tempat pelancongan lain di negara ini. Sebab kita tidak boleh hanya bergantung perlaksanaan ini kepada Kerajaan sahaja, tetapi juga kepada orang-orang perseorangan yang kita harap boleh melaksanakannya dan Kerajaan perlu memberi bantuan-bantuan yang sepatutnya.

Di bawah Kementerian Pendidikan, tambahan sebanyak $53,495,800 adalah diminta bagi meningkatkan pendidikan pra-sekolah dan meningkatkan pendidikan bahasa lnggeris. Saya sangat-sangat gembira di atas saranan ini, kerana pada tahun 60an dahulu bahasa Inggeris di sekolah ketika itu ditinggalkan, dan akhir-akhirnya ini sahaja baru rakyat sedar dan juga Kerajaan sedar untuk menitikberatkan kembali pendidikan bahasa Inggeris. Saya harap dapat kita tambah satu lagi iaitu bahasa Arab juga perlu diambil berat dari segi meninggikan dan menambah ilmu kepada murid-murid kita pada masa akan datang dan dengan ini saya rasa kita tidak lagi ketinggalan pada masa akan datang sama ada di dalam bahasa Inggeris, Bahasa Kebangsaan kita ataupun bahasa Arab.

Tuan Yang di-Pertua, memandang­kan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang heridak bercakap, setakat ini dahulu ucapan saya dan dengan ini saya menyokong peruntukan tambahan bagi tahun 1991 dan 1992.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Saidin bin Mohamad.

3.39 pig.

Tuan Saidin bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, di dalam menyokong Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) yang dibentangkan di dalarn Dewan ini, maka saya ingin memperkatakan tentang peruntukan tambahan sebanyak hampir $3,800,000 kepada Kemen­terian Luar Negeri yang mana sebahagiannya adalah bagi menem­patkan perwakilan baru. Kemudahan yang perlu bagi perwakilan kita di luar negeri bukan sahaja dari segi keselamatan mereka dan kel uarga mereka, tetapi lebih-lebih lagi dalam keadaan keselamatan dalam negara berkenaan yang sekarang ini tidak menentu. Politik yang tidak stabil. Bahkan kemudahan-kemudahan bagi rakyat negara ini yang berada di negara berkenaan amat per I u sama ada kemudahan perhubungan, perkhid­matan, kebajikan dan soal-soal semasa. Justeru itu, suatu peruntukan yang sesuai terutama bagi negara-negara yang mempunyai potensi yang baik dalam urusniaga terutamanya diberi peruntukan yang agak lebih sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, daripada peruntukan yang diuntukkan juga akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan sama ada kawalan yang lebih dapat diberikan kepada rakyat negara ini di negara yang berkenaan dan sebagainya. Pendekatan-suatu aspek ini amat berkesan dalam mencapai harapan rakyat negara ini. Dengan pendekatan sesuai, segala gejala buruk akan dapat dikenalpasti dan akan dapat disingkirkan. Memperkatakan tentang gejala buruk yang mungkin telah berlaku atau akan berlaku di mana baru-baru ini terdengar pelajar-pelajar negara ini telah berkahwin dengan rakyat negara lain sama ada beragama Islam atau sebaliknya adalah sesuatu yang harus diberi perhatian serius, lebih-lebih lagi pelajar wanita Islam yang berkahwin dengan bukan Islam dan mereka memeluk agarna lain.

2019 JO OGOS 1992 2020

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya tekankan mengenai perhatian serius Kerajaan tentang perkahwinan di antara rakyat sebuah negara dengan negara yang lain ialah tentang muslihat perkahwinan itu. Bagi kita rakyat negara yang tercinta ini mempunyai sifat-sifat hormat-menghormati, lemah­lembut dan bersopan santun, begitu mudah sekali menerima sesuatu. Sejarah ada menunjukkan betapa rakyat sebuah negara di sebelah Timur ini telah berkahwin dengan rakyat sebuah negara di Eropah yang melibatkan perkahwinan seperti itu yang mana muslihat perkahwinan itu tidak siapa yang tahu, tetapi setelah beberapa tahun kemudian, keadaan di negara itu telah tercetus huru-hara dan sebagainya secara saraf antara sebuah daerah dengan daerah yang lain. Pergaduhan di antara daerah dengan daerah yang lain berlaku. Dalam keadaan itulah negara asal si lelaki tadi telah melaku­kan serangan dan akhimya menakluki negara itu.

Tuan Yang di-Pertua, jikalau benar ada di kalangan pelajar Islam di negara ini yang menuntut di negara asing telah berkahwin dan memeluk agama lain, ini adalah amat menyedihkan. Dahulu, beberapa tahun yang lalu, heboh tentang pelajar-pelajar kita berkahwin kontrak. Mengikut jawapan Timbalan Menteri Pendidikan dalam Dewan ini, seolah-olah menafikan kejadian itu dan menyatakan Kementerian Pendidikan dalam masa pelajar-pelajar berada di negara ini, memang memberi pen­didikan agama. Soalnya, dalam masa pelajar-pelajar berada dalam negara, tidak timbul persoalan tetapi soalnya semasa pelajar-pelajar berada di negara lain, berbagai gejala buruk diresapi. Waiau bagaimanapun, oleh sebab angin sudah bertiup, daun mulai bergoyang, justeru itu, daripada peruntukan yang diuntukkan, diharap setiap tindakan pendekatan dapat dilaksanakan .. Majlis perjumpaan dengan pelajar-pelajar kita biarlah selalu diadakan. Persatuan pelajar-pelajar haruslah lebih ber-

fungsi. Pelajar-pelajar kita itu adalah harapan bangsa dan negara kita. Bagaimana bentuk acuan, begitulah bentuk negara kita yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, di sini ingin saya mengetahui apakah kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama Islam yang berfikiran luas, tidak fanatik seringkali diadakan atau telah disusun dan dilaksanakan ataupun pihak Kementerian Luar akan memper­tingkatkan lagi semua sudut yang dipcrlukan agar di masa-masa hadapan tidak berulang lagi cetusan-cetusan yang membimbangkan rakyat di negara kita. Begitu juga di segi kepentingan lain. Apakah juga suatu langkah dibuat, contohnya kursus-kursus ataupun ceramah-ceramah sivik?

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Kementerian Pendidikan, inginlah saya juga memperkatakan serba sedikit pendidikan pra-sekolah­suatu yang harus dipandang paling penting dalam mencapai Wawasan 2020_ Sebelum berakhirnya Wawasan 2020, kanak-kanak pra-sekolah itu telah menjadi pemimpin, pemimpin Wawasan 2020, pemimpin sains dan teknologi. Kalaulah pada masa ini, kanak-kanak sebelum meningkat 10 tahun sudah boleh menghafal Al-Quran 30 juz bagi sesetengah negara, betapa tidak bagi negara kita mendidik melalui pra-sekolah mencapai kehendak­kehendak negara kita. Bukankah pada suatu zaman dahulu, sebuah empayar telah dilahirkan dengan pendidikan ala­tentera bermula daripada pra-sekolah. Bahkan jaguh-jaguh sukan, jaguh-jaguh seni yang handal-handal juga bermula daripada pra-sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, justeru itu pendidikan pra-sekolah yang dikendali­kan oleh badan-badan sukarela, swasta, KE MAS, Kementerian Perpaduan dan sekarang ini di bawah Kementerian Pendidikan pula perlulah diselaraskan agar suatu masa kelak membuahkan

2021 10 OGOS 1992 2022

anggota-anggota masyarakat Malaysia yang lebih gemilang. Sejak kebela­kangan ini, pendidikan melalui swasta dan pertubuhan-pertubuhan sukarela telah menimbulkan keadaan yang tidak seimbang. Ada sekolah-sekolah rendah ini menerima kanak-kanak pra-sekolah swasta itu yang pandai tetapi "memandai" sehingga guru sukar untuk mengawal dan membendung dan akhirnya kanak-kanak itu gaga! mencapai pembelajarannya.

Tuan Yang di-Pertua, sejak KEMAS menganjurkan TBK kira-kira 20 tahun dahulu hingga ke hari ini banyak sudah memberi pertolongan yang amat berfaedah kepada sekolah-sekolah rendah. Ramai di kalangan mereka sekarang telah masuk gerbang universiti dan ada yang mendapat tempat-tempat yang baik dalam arena masing-masing. Apa yang saya ingin tahu di sini sama ada pihak Kemen­terian (KPNLB), MAMPU ataupun lain-lain itu membuat satu penyelidikan dan kajian dan mengemukakan pandangan-pandangan dan syor-syor kepada pihak yang berkenaan bagi menentukan arah perjalanan TBK KEMAS supaya pengajaran melalui zaman 2020 dengan pembongkaran dan penonjolan jaguh-jaguh dan tokoh­tokoh yang mengharumkan negara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu keadaan pra·sekolah yang dianjurkan oleh swasta termasuk persatuan­persatuan, Kerajaan harus membuat penyelidikan sama ada keadaan pra­sekolah mereka ada penyelewengan daripada kehendak-kehendak pem­bangunan negara terutama sekali pertubuhan-pertubuhan politik seperti PAS, pertubuhan agama seperti Arqam, Buddhist dan sebagainya. Andainya anjuran daripada badan-badan itu boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak dan seterusnya boleh menjejaskan pembangunan negara; satu tindakan yang berkesan harus diambil.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja ucapan saya sebagai menyokong Rang Undang-undang yang tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya menjemput Setiausaha Parlimen untuk menjawab, dipersilakan.

3.48 pig.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menggulimg perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2) 1992.

Sukalah saya mengucapkan setinggi­tinggi terima kasih kepada setiap Ahli Dewan yang tel ah mengam bil bahagian dalam membahas Rang U ndang-undang Perbekalan Tambahan ini secara khususnya kepada Yang Berhormat Tuan Haji Azman Atar, Yang Berhormat Tuan Dahalan, Yang Berhormat Puan Hajah Zaleha, Yang Berhormat Tuan Munisamy, Yang Berhormat Puan Hajah Rosnah, Yang Berhormat Tuan Sellapan, Yang Berhormat Tuan Haji Nazri, Yang Berhormat Tuan Haji Jamaludin, Yang Berhormat Tuan Tiong Thai King, Yang Berhormat Dato' Azumu, Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad, Yang Berhormat Tuan Ghazali dan Yang Berhormat Tuan Saidin.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk memberi penjelasan ke atas setiap pemerhatian, teguran, cadangan dan syor-syor yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Sungguhpun demikian, sukalah saya memberi jaminan bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan ini semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan walaupun sebahagiannya memang sudah sedia

2023 10 OGOS 1992 2024

dalam pemerhatian Kerajaan, perkara­perkara tersebut akan diambil perhatian yang sungguh-sungguh khususnya oleh agensi-agensi yang terlibat dalam perkara-perkara yang dibangkitkan itu.

Tuan Yang di-Pertua, di antara perkara-perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan termasuklah peranan perwakilan Malaysia di luar negeri, program di bawah Kementerian Pendidikan khususnya soal pra­sekolah, pembelajaran Bahasa Inggeris, pembelajaran muzik, kawalan pra­sekolah swasta, masalah pelajar Malaysia di luar negeri, pembelajaran Bahasa Tamil, Sukan Komanwel, kedudukan free postage, dengan izin, kepada pihak-pihak yang menikmati kemuclahan selepas Jabatan Pos diperbaclankan dan soal kuasa yang meluluskan. dengan izin, cost overrun.

Syor-syor telah juga dikemukakan yang antara lain termasuklah penubuhan sebuah tabung untuk menolong golongan malang di luar negeri. penyertaan Ahli Dewan ini dalam rombongan lawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Perman Agong, pinjaman kepada kakitangan Kerajaan untuk membeli komputer clan perlantikan semula guru­guru yang telah bersara khususnya untuk mengajar Bahasa Inggeris. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang perhatian serta syor mereka tidak saya sebutkan, saya suka memaklum­kan sekali lagi bahawa pemerhatian syor-syor tersebut adalah diambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya pertama sekali menyentuh soal kuasa meluluskan cost overrun, dengan izin. Sebagaimana kita sedia maklum, setiap sen perbelanjaan yang dilakukan perlu didasarkan kepada peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen. Dalam keadaan perbelanjaan perlu dibuat segera dan jumlahnya melebihi peruntukan yang diluluskan oleh

Parlimen, Yang Berhormat Menteri Kewangan diberikan kuasa untuk meluluskan perbelanjaan berkenaan itu melalui peruntukan di bawah kumpulan wang luar jangka. Jumlah peruntukan yang dibenarkan bagi Menteri Kewangan meluluskan peruntukan pada tahun ini ialah $850 juta. Bagi setiap peruntukan tambahan yang cliclahulukan melalui kumpulanwang ini, pengeluaran pendahuluan itu hendaklah dibentangkan di persidangan Parlimen secepat mungkin. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Dahalan yang mem bangkitkan perkara ini, jumlah wang yang climinta kelulusan di bawah Rang Undang­undang yang sedang dibahaskan sekarang aclalah merangkumi pen­dahuluan peruntukan yang telah diluluskan oleh Yang Berhormat Memeri Kewangan.

Bagi perbelanjaan yang tidak begitu menclesak, peruntukan tambahan bagi perbelanjaan berkenaan dikemukakan kepada Parlimen bagi mendapatkan kelulusan secara langsung daripada Parlimen. Rang Undang-undang Perbekalan yang sedang kita bahaskan sekarang merangkumi peruntukan yang dipohon untuk mendapatkan kelulusan secara langsung daripada Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang izinkan saya menyentuh soal-soal yang berkait dengan Kementerian Pen­diclikan. Mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris, adalah diakui bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam matapelajaran ini. Salah satu faktor utama yang menyebabkan kelemahan dalam Bahasa Inggeris ialah kekurangan guru-guru dalam matapelajaran ini. Justeru itu, Kerajaan sedang mengambil usaha untuk menggandakan tindakan melatih guru-guru Bahasa lnggeris melalui program, dengan izin, Teaching of

2025 10 OGOS 1992 2026

English as a Second Language (TESL). Dalam usaha untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris ini, memang sudah sedia menjadi amalan Kerajaan untuk melantik semula secara sementara mana-mana guru Bahasa Inggeris yang telah bersara dan yang memohon.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan pra-sekolah banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, malah inilah perkara utama yang dibangkitkan di bawah Kementerian Pendidikan. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, program pra-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dimulakan pada tahun 1992, iaitu tahun ini. Setakat ini seramai 28,250 orang kanak-kanak dari golongan keluarga yang kurang mampu di kawasan bandar telah dirancang untuk mengikuti program ini. Sebanyak I, 130 buah bilik darjah di sekolah-sekolah rendah yang sedia ada digunakan untuk maksud ini atau hitung panjang 25 kanak-kanak bagi setiap bilik darjah.

Dalam hubungan ini, memanglah diakui bahawa di setengah-setengah bilik darjah terdapat bilangan kanak­kanak lebih ramai daripada yang di­rancangkan dan ini telah menimbulkan keadaan kurang selesa. Kerajaan akan cuba mengatasi masalah ini bagi memastikan supaya keberkesanan program pra-sekolah di Kementerian Pendidikan ini dapat dicapai.

Seperkara lagi yang dibangki tkan ialah kelengkapan yang tidak men­cukupi dan kurang sesuai sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Zaleha. Scbagaimana yang saya sebutkan tadi, oleh kerana program ini baru sahaja dimulakan, maka kelengkapan yang dibekalkan di bilik-bilik darjah pra­sekolah ini masih belum dapat disempurnakan sepenuhnya. Akan tetapi, masalah ini kita percaya akan dapat diperbaiki apabila program ini berjalan dengan lebih lama.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan soal penyelarasan pendidikan pra-sekolah. Saya sukalah memaklumkan bahawa dari segi kurikulum, memandangkan bahawa program pra-sekolah ini dikendalikan juga oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Perpaduan Negara, masing-masing mempunyar sasaran yang berlainan, soal kurikulum perlu dis~laraskan supaya menjadi seragam. Untuk maksud itu, mulai tahun ini, penetapan kurikulum pra­sckolah di ketiga-tip agensi Kerajaan tersebut dibual oleh Kementerian Pendidikan. Saya juga ingin memak­lumkan bahawa program pra-sekolah yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan tidak dicadangkan untuk dikembangkan lagi daripada bilangan yang sedia ada sekarang dan sebarang keperluan tambahan akan dikendalikan sama ada oleh Jab~.tan Perpaduan Negara atau oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dengan ini usaha Kerajaan untuk memastikan bahawa pendidikan pra-sekolah tidak bertindih dan serentak itu kandungan kurikulum pr~-sekolah akan menjadi seragam.

Mengenai pertanyaan berhubung dengan ka walan pendaftaran dan kurikulum pra-sekolah swasta yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat, saya ingin men­jelaskan di sini bahawa adalah menjadi dasar Kerajaan untuk membenarkan pihak-pihak lain daripada Kerajaan untuk mengendalikan Tadika selaras dengan dasar menggalakkan pihak swasta memainkan peranan dalam pembangunan negara. Waiau bagai­manapun, Kerajaan mengawal per­kembangan Tadika melalui pendaftaran pusat Tadika dengan cara meminta pusat Tadika mengikuti garispanduan kurikulum pra-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

2027 IO OGOS 1992 2028

Berhubung dengan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Zaleha, saya difahamkan ianya adalah di luar daripada bidangkuasa Akta Pelajaran 1961 kerana ianya tertakluk di bawah Enakmen Kerajaan Negeri. Pendaftaran dan kawalan ke atas TASK! adalah di bawah Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan supaya pengasuh yang berkhidmat di kelas-kelas pra-sekolah Kementerian Pendidikan diletakkan di bawah perjawatan di dalam perkhid­matan yang lebih sesuai daripada perkhidmatan sambilan seperti yang diamalkan sekarang, saya sukalah memaklumkan bahawa syor berkenaan sedang dalam pertimbangan. Mengenai tenaga pengajarnya pula, persediaan sedang dibuat oleh Kerajaan untuk melatih guru-guru sekolah rendah dalam bidang pendidikan pra-sekolah supaya mulai tahun depan program pra­sekolah Kementerian Pendidikan akan mempunyai guru-guru yang khusus untuk mengendalikan kelas-kelas pra­sekolah anjuran Kementerian Pendidikan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh soal pembelajaran muzik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Rosnah. Muzik merupakan satu matapelajaran wajib di bawah sistem KBSR. Dalam keadaan di mana terdapat ibubapa yang menghalang anak-anak mereka daripada mengikuti matapelajaran ini, guru besar telah diberikan budibicara untuk membuat keputusan ke atas pelajar yang dihalang daripada mengikuti pembelajaran muzik ini dan terpulanglah kepada guru besar berkenaan untuk menentukan aktiviti lain kepada pelajar-pelajar berkenaan. Waiau bagaimanapun, tidaklah menjadi tanggungjawab guru besar berkenaan itu untuk mesti mengadakan aktiviti lain bagi pelajar­pelajar yang dihalang daripada meng-

ikuti kelas muzik kerana sekiranya itu dilakukan, maka unsur wajib bagi pembelajaran muzik tidak lagi sahib.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang banyak diperkatakan adalah berkaitan dengan perkhidmatan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri. Antara Ahli-ahli Yang Ber­hormat yang bercakap tentang perkara ini ialah Yang Berhormat Tuan Haji Azman Atar. Saya suka menjelaskan di sini bahawa Kementerian Luar Negeri perlu sentiasa menitikberatkan perkara disiplin di kalangan pegawai-pegawai­nya. Mereka seringkali diperingatkan supaya melayan pelawat dengan bersopan-santun. Setiap pegawai yang melanggar peraturan di siplin akan diberikan amaran dan tindakan tata­tertib yang sewajarnya akan diambil terhadap mereka. Pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri juga dihantar berkursus di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di Kuala Lumpur sebelum mereka dihantar bertugas ke luar negeri untuk mening­katkan prestasi dan taraf disiplin mereka, dan supaya peka dengan dasar­dasar Kerajaan dalam menjalankan tugas mereka di luar negeri.

Mengenai urusan pengendalian penuntut-penuntut Malaysia di luar negeri yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, yang akhir sekali oleh Yang Berhormat Tuan Saidin, ingin saya menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kemen­terian Luar Negeri untuk membantu penuntut-penuntut Malaysia di luar negeri. Waiau bagaimanapun, di negara-negara di mana terdapat ramai bilangan penuntut, Kerajaan ada menubuhkan Jabatan Penuntut di bawah naungan kedutaan yang khas ditugaskan untuk mengurus ha! ehwal dan kebajikan penuntut. Pihak kedutaan dan pegawai-pegawai Malaysia di luar negeri sentiasa diarahkan untuk berusaha membantu

2029 JO OGOS 1992 2030

mewujudkan hubungan yang rapat dan mesra dengan penuntut-penuntut. Untuk memastikan bahawa para penuntut kita di luar negeri sentiasa mendapat maklumat terbaru mengenai perhubungan negara, m,engenai keadaan di negara kita, kedutaan telah mengedarkan bahan-bahan rujukan dan bacaan seperti suratkhabar, makalah, majalah dan lain-lain bahan bacaan.

Satu lagi perkara yang banyak menarik perhatian ialah kes pelajar Malaysia yang murtad, iaitu pelajar­pelajar Islam yang menuntul di luar negeri dan yang memeluk agama selain daripada agama Islam. Adalah difahamkan bahawa laporan mengenai perkara ini sedang disiapkan dan pihak berkenaan, iai tu Kementerian Pen­didikan dan mungkin juga Kementerian Luar Negeri, akan mengeluarkan kenyataan apabila laporan lengkap siap disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah "free postage" kepada mereka yang selama ini mendapal perkhid­matan pcrcuma seperti Yang Berhormat Menteri-menteri dan Wakil-wakil Rakyat sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azman Atar bin Othman dan seperti· mana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Telekom dan Pos semasa menjawab soalan pada sesi petang ini, perkara ini adalah dalam pertimbangan Kerajaan. Seperti· mana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, perkara free postage ini, dengan izin, sedang dirundingkan dengan Kementerian Kewangan dan keputusan mengenainya akan diumum· kan apabila rundingan tersebut selesai diadakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya seterusnya ingin menyentuh soal persediaan Malaysia untuk menjadi tuanrumah kepada Sukan Komanwel tahun 1998. Pertamanya, ingin saya

mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membahas­kan perkara ini dan serentak membuat cadangan-cadangan yang matlamatnya ialah untuk memastikan Sukan Komanwel itu berjaya dan memberi manfaat kepada negara. Mengenai syor supaya bantuan diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang akan bertindak sebagai tuanrumah Sukan Komanwel, saya sukalah memaklumkan bahawa pertimbangan ke atas keperluan kewangan bagi melaksanakan keputusan ini akan diteliti dengan secara menyeluruh dan tidak hanya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya sukalah memberi keyakinan kepada Dewan ini bahawa Kerajaan akan memberikan bantuan yang sewajarnya ke arah menjayakan S ukan ini bukan sahaja dari segi menyediakan infrastruktur dan kemu­dahan tempal bersukan atau bertanding malahan dalam menyediakan atlit negara untuk menyertai Sukan Komanwel itu. Pada masa ini pun, kita sudah memulakan. program menyedia­kan atlit untuk memenuhi keperluan jangka pendek dan keperluan jangka panjang. Latihan ini melibatkan program untuk atlil peringkat elit, peringkat pelapis dan peringkat bakat.

Beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan tentang prestasi di Sukan Olimpik serta telah menge­mukakan cadangan bagaimana boleh dipertingkatkan lagi prestasi para atlit kita di masa hadapan, ke semua cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormal itu telahpun diambil perhatian oleh Kementerian Belia dan Sukan. Malah ada di antara cadangan­cadangan yang dikemukakan, umpama­nya mengadakan skim latihan yang khusus kepada para atlit ini memang telahpun dilaksanakan oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh tentang soal capitation grant ataupun pemberian mengikut kiraan kepala untuk Dewan Bandaraya

2031 10 OGOS 1992 2032

Kuala Lumpur. Walaupun perkara ini tidak ada kaitan secara langsung dengan Rang Undang-undang yang kita bahaskan, saya ingin memberi sedikit penjelasan di sini, mungkin ini juga yang hendak dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azman Atar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Perlembagaan Malaysia capitation grant adalah diberikan kepada Kerajaan Negeri memandangkan bahawa Wilayah Persekutuan bukan sebuah negeri maka mengikut takrifan ini, Wilayah Persekutuan tidak layak menerima capitation grant. Sungguhpun demi­kian, Kerajaan menyedari bahawa dalam Wilayah Persekutuan terdapat satu bilangan penduduk yang tidak terangkum dalam perkiraan capitation grant. Maka bagi mengimbangi capita­tion grant yang tidak diterima oleh Wilayah Persekutuan itu, Kerajaan memberi pertimbangan-pertimbangan yang lain untuk membantu Wilayah Persekutuan yang faedahnya akan dinikmati oleh penduduk di Wilayah Persekutuan ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tahun 1992, Kerajaan Pusat ada menyediakan bantuan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk melaksanakan kira-kira 16 jenis projek kesemuanya sekali yang berjumlah kira-kira S80 juta dan ada di antara peruntukan­peruntukan ini, hanya dinikmati oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tidak oleh negeri-negeri lain.

Antara peruntukan-peruntukan terbesar yang disediakan dalam tahun 1992 kepada Wilayah Persekutuan, termasuklah peruntukan untuk mem­bina jalan-jalan dan jambatan-jambatan sebanyak $19.2 juta, peruntukan untuk penyelenggaraan jalan raya sebanyak $15 juta, peruntukan untuk perumahan awam Wilayah Persekutuan sebanyak $14.9 juta yang kesemuanya 16 jenis

program yang saya katakan tadi berjumlah kira-kira $80 juta. Dengan ringkasnya, walaupun Kerajaan Pusat tidak memberikan capitation grant, dengan izin, kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur oleh kerana ia tidak ditakrifkan sebagai sebuah negeri sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan, walau bagaimanapun Kerajaan Pusat tetap memberikan bantuan kepada DBKL untuk melak­sanakan projek-projek pembangunan­nya.

Seterusnya berkaitan dengan pem­biayaan pembelian komputer di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan, suka saya memaklumkan bahawa Kerajaan telahpun menyedia­kan satu Kumpulanwang Amanah Pembiayaan Komputer dengan peruntukan awal sebanyak $50 juta. Dengan adanya punca pembiayaan ini, seorang pegawai kakitangan awam boleh meminjam sehingga sejumlah $5,000 dan tempoh bayaran balik selama 4 tahun. Kem udahan ini dim ulakan pada tahun 1992 ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan supaya diwujudkan satu tabung amanah bagi membantu mereka yang terjejas dengan teruknya akibat daripada penganiayaan atau kezaliman ke atas mereka itu, sebenarnya Kerajaan memang ada menyediakan peruntukan untuk membantu mangsa­mangsa seperti ini dan adalah difikirkan pada masa ini tidak perlu ditubuhkan sebuah tabung khusus bagi maksud tersebut. Waiau bagaimanapun, Kerajaan ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan cadangan ter­sebut. Sepertimana yang kita sedia maklum, Kerajaan apabila menerima permohonan bantuan daripada Juar negeri, pada kebiasaannya memberi pertim bangan yang wajar. Sebagai contoh, baru-baru ini kila menyum­bangkan kepada Bosnia-Herzegovina sebanyak $500,000.

2033 10 OGOS 1992 2034

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan peristiwa pemain hoki yang dipukul oleh seorang ahli Keluarga DiRaja, perkara ini di­bangkitkan bukan sahaja oleh Yang Berhormat Dato' Azumu yang mula­mula sekali membangkitkan perkara ini tetapi juga m enarik perhatian beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Walaupun tidak ada kenyataan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan, ingin saya jelaskan bahawa Kerajaan mengambil berat mengenai perkara ini dan saya difahamkan melalui laporan­laporan akhbar bahawa perkara ini adalah di dalam perhatian pihak-pihak yang berkenaan. Kita tunggulah pihak berkenaan untuk membuat kenyataan apabila pcrkara ini sclesai diteliti.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Per­bekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2) ini. Sepertimana yang saya terangkan pada awal tadi, segala apa yang dibangkitkan telah diambil perhatian oleh semua Kementerian yang mana perkara-perkara itu ber­kaitan dengan Kementerian berkenaan. Saya percaya di mana perlu tindakan akan diambil untuk memperbaiki mana­mana keadaan yang kurang baik itu.

Dengan itu sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang membahaskan Rang Undang-undang ini. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. ·

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua.

Bacaan Kall Yang Ketlga

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang­undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhid­matan tab un 1991 dan 1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu telah disetujukan tanpa pindaan. Mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 53(2), saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2) 1992 dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT (PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua

4.14 pig.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, saya

2035 JO OGOS 1992 2036

rnohon rnencadangkan bahawa satu Rang Undang-undang bernarna suatu Akta untuk rnerninda Akta Syarikat 1965 dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-undang (Pindaan) ini ialah untuk merninda Akta Syarikat 1965 bagi melicinkan lagi jentera pentad­biran dan penguatkuasaan Akta Syarikat !965 di sarnping memper­ketatkan peruntukan-peruntukan yang sedia ada bagi rnelindungi pelabur­pelabur dan pihak yang mernpunyai kepentingan. Ini adalah kerana rnasih banyak lagi penyelewengan-penye­lewengan diamalkan oleh pegawai­pegawai dan orang-orang yang menceburkan diri di dalam dunia korporat yang semakin canggih pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, sejak Akta Syarikat rnula dikuatkuasakan pada tahun 1965, beberapa pindaan telah dibuat selaras dengan perkembangan dunia korporat yang semakin canggih dan kesalahan-kesalahan yang ber­kaitan dengannya juga didapati bertambah kompleks.

Seperti pindaan-pindaan yang lalu, Rang Undang-undang ini mengambil kira cadangan dan pandangan badan­badan profesional, dewan-dewan perniagaan dan badan-badan lain melalui beberapa perjumpaan yang telah diadakan di antara Pejabat Pendaflar Syarikat dengan badan-badan tersebut.

Selain daripada itu, Kementerian ini juga dari semasa ke semasa menerima maklum balas dari orang ramai mengenai penguatkuasaan Akta Syarikat 1965 di rnana sernuanya telah diambilkira di dalarn pindaan-pindaan ini. Pada keseluruhannya, Rang Undang-undang pada kali ini mencadangkan 40 pindaan kepada·Akta Syarikat 1965. lzinkan saya untuk menghuraikan beberapa pindaan utama y~ng dicadangkan untuk kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkernbangan sektor korporat yang begitu pesat telah menyebabkan berbagai salah laku diperbuat oleh rnereka yang berkecim­pung di dalamnya. Walaupun Akta Syarikat I 965 menetapkan berbagai penalti bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat dan pegawai-pegawainya, banyak penyelewengan yang kerap diamalkan oleh pegawai-pegawai syarikat terlepas begitu sahaja. lni disebabkan peruntukan-peruntukan yang ada sekarang, bagi Pendaftar merneriksa dan rnendapatkan maklumat tidak begitu rnernadai. Justeru itu adalah dicadangkan supaya Pendaftar Syarikat diberi kuasa untuk terns memasuki semua kawasan bangunan atau mana-rnana ternpat rekod-rekod syarikat disirnpan dan boleh merne­riksa, membuat salinan atau cabutan daripada buku-buku atau dokurnen­dokumen tersebut.

Di bawah peruntukan-peruntukan yang dicadangkan ini, walaupun menghendaki Pendaftar mernohon waran gelidah terlebih dahulu sebelurn memasuki tempat di mana buku-buku atau dokumen-dokumen disirnpan, Pendaflar boleh terus mengam bil dan menyimpan mana-mana buku atau dokurnen yang mungkin dan perlu diperolehi sebagai keterangan atau bukti dalam mana-mana prosiding di bawah atau berkaitan dengan Akta Syarikat, jika Pendaftar mempunyai sebab yang munasabah bahawa kelewatan untuk mendapatkan waran gelidah itu boleh rnenyebabkan buku­buku atau dokumen-dokumen yang boleh dijadikan bukti itu dirnusnahkan, dipindahkan ke tempat lain atau dipinda.

Selanjutnya, peruntukan baru ini juga rnemberi kuasa kepada Pendaftar untuk merekod kenyataan dari mana­mana orang yang ditentukan dan kenyataan sedemikian boleh digunakan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding perundangan. Selama ini hanya anggota Polis yang dipinjamkan

2037 10 OGOS 1992 2038

ke Pejabat Pendaftar Syarikat yang jumlahnya terhad boleh berbuat demikian dengan kuasanya di bawah Kanun Acara Jenayah. Peruntukan baru yang dicadangkan ini adalah bertujuan bagi menambahkan lagi kuasa Pendaftar Syarikat agar penguat­kuasaan Akta Syarikat dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan cepat bagi melindungi pelabur-pelabur dan pihak­pihak yang mempunyai kepentingan.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan yang utama seterusnya adalah terhadap Seksyen 67, yang melarang sesebuah Syarikat daripada memberi bantuan kewangan kepada sesuatu pihak untuk membeli syernya sendiri atau syer di dalam syarikat induknya. Larangan ini sangat meluas dan pelanggaran kepada peruntukan ini boleh menyebabkan transaksi-transaksi pinjaman dan sekuriti tidak sah di sisi undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh pihak ketiga yang memberi pinjaman. Adalah perlu pihak ketiga yang tidak bersalah diberi perlindungan daripada syarikat­syarikat yang cuba memperdayakan peminjam-peminjam dan dalam masa yang sama dapal perlindungan di bawah Seksyen 67(6). Seksyen ini membolehkan peminjam-peminjam yang tidak bertanggungjawab untuk melepaskan diri dengan sepenuhnya dari obligasi kontraktual dengan bersel indung di sebalik perkara-perkara teknikal mengenai undang-undang. Oleh itu, adalah perlu dipinda Seksyen 67 untuk memberi suatu cara kepada pihak ketiga yang tidak bersalah bagi mendapat balik jumlah pinjaman yang diberikan yang mana bercanggah dengan seksyen ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan amat memandang berat terhadap perkem­bangan akhir-akhir ini mengenai penjualan syer atau kepentingan di dalam skim kongsi-masa (in time­sharing schemes) dan keanggotaan di dalam sesuatu kelab golf dan rekreasi.

lanya telah diberi perhalian yang berat, terutamanya dari sudut perlindungan kepada pelabur dan pengguna.

Kedua-dua skim kongsi-masa dan keanggotaan dalam kelab tersebut merupakan projek bernilai juta-juta ringgit dan penganjurnya dapat mengumpul berjuta-juta ringgit dari penjualan kepentingan dan keang­gotaan. Hampir semua skim kongsi­masa dan kelab golf dan rekreasi yang didapati di Malaysia dimiliki (owner­ship) oleh penganjur sesuatu projek itu. Keadaan sedemikian akan menye­babkan pembeli-pembeli kepentingan (interest) dan keanggotaan di dalam keadaan yang tidak menentu jika penganjur-penganjur skim atau kelab tersebut menjadi muflis kerana pelaburan mereka m ungkin lesap begitu sahaja. Oleh yang demikian, Kerajaan mendapati adalah perlu penjualan syer kongsi-masa dan keanggotaan sesuatu kelab dikawal bagi melindungi kepentingan pelabur­pelabur. Oleh itu, untuk mengelakkan kekeliruan dan untuk menerangkan lagi maksud Seksyen 84 secara khusus, maka adalah dicadang kan Seksyen 84 dipinda.

Tuan Yang di-Pertua, sejak kebela­kangan ini skim kongsi-masa dan juga penjualan keanggotaan lesen sesebuah kelab yang membolehkan pembeli menggunakan kemudahan-kemudahan kelab tersebut pada suatu jangka masa adalah begitu popular. Sesuatu skim kongsi-masa atau penjualan keang­gotaan seumpama itu adalah termasuk dalam definisi "kepentingan" atau, dengan izln, uinterest" ~ mengikut Seksyen 84 Akta ini di mana pelawaan untuk membeli atau menyenainya memerlukan prospektus dan surat ikatan amanah.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan untuk menerangkan lagi maksud Seksyen 84 secara khusus, maka adalah dicadangkan Seksyen 84 dipinda

2039 10 ooos 1992 2040

supaya ditunjukkan secara nyata bahawa skim kongsi-masa dan penjualan keanggotaan sesuatu kelab seperti kelab golf, rekreasi dan sebagainya adalah termasuk di dalam skop Seksyen 84. Pelaksanaan dan penguatkuasaan pindaan ini adalah untuk melindungi kepentingan pelabur­pelabur tanpa menjejaskan pertum­buhan industrinya secara sihat di negara ini. Untuk melicinkan pelak­sanaannya kelak, satu garispanduan yang saksama dan berkesan sedang digubal oleh pegawai-pegawai dari Kementerian, juga Pejabat Pendaftar Syarikal dengan kerjasama wakil-wakil daripada penganjur-penganjur skim kongsi-masa dan kelab-kelab golf dan rekreasi.

Tuan Yang di-Pertua, pengarah merupakan agen ataupun pemegang amanah kepada sebuah syarikat. Justeru itu, keputusan-keputusan yang dibuat adalah penting dalam menentukan arah sesuatu syarikat itu. Kegagalan prestasi syarikat-syarikat akan mengakibatkan kerugian besar kepada orang ramai yang menjadi pelabur-pelabur dan juga para pemiutang. Ini menggambarkan betapa perlunya penyeliaan yang lebih rapi ke atas hat ehwal korporat, terutamanya bagi mengawasi tindak-tanduk pengarah-pengarah syarikat. Atas sebab-sebab inilah beberapa perun­tukan mengenai pengarah dicadangkan supaya dipinda bagi memperketatkan lagi syarat-syarat menjadi pengarah agar menjadikan mereka lebih ber­tanggungjawab.

Di bawah peruntukan Seksyen 122 yang ada sekarang ini, had umur seseorang yang boleh dilantik sebagai seorang pengarah tidak dinyatakan dengan jelas. Seseorang yang menjadi pengarah sebuah syarikat juga boleh meletakkan jawatannya bila-bila masa, walaupun dengan perletakan jawatannya menjadikan bilangan pengarah di dalam syarikat itu di bawah had minima. iaitu dua orang,

dan mengakibatkan syarikat melakukan kesalahan di bawah undang-undang. Dengan cadangan pindaan terhadap Seksyen 122, had umur seseorang yang boleh dilantik sebagai pengarah itu dinyatakan dengan jelas, iaitu ia mestilah cukup umur 18 tahun dan ke atas. Ini bersesuaian dengan perun­dangan lain yang bersangkutan di mana seseorang yang di bawah umur 18 tahun tidak layak menandatangani sesuatu kontrak.

Pindaan ini adalah juga bertujuan untuk mencegah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dari meng­gunakan orang-orang yang belum cukup umur sebagai satu alat untuk melepaskan diri dari tanggungjawab mereka yang tidak jujur. Pindaan dicadangkan juga bagi melarang seseorang pengarah syarikat meletakkan jawatannya di dalam sesebuah syarikat jika dengan perletakan jawatannya, bilangan pengarah di dalam syarikat itu menjadi kurang dari jumlah minimum yang diletapkan, iailu dua orang pada setiap masa. Waiau bagaimanapun, larangan ini lidak terpakai jika seorang pengarah ilu hilang kelayakan menjadi pengarah syarikal disebabkan peruntukan­perunlukan lain dalam Akta ini atau undang-undang yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan pada kali ini juga memperkenalkan seksyen baru 130(A) bagi memberi kuasa kepada Pendaftar alau Pegawai Penerima unluk memohon kepada mahkamah bagi menghalang mana-mana orang daripada menjadi pengarah syarikat j ika ia sedang a tau pernah menjadi pengarah di dalam lebih daripada sebuah syarikat yang "insolvent" dan kelakuannya di dalam pengurusan syarika1-syarikat tersebul membuatnya tidak layak untuk menguruskan sesebuah syarikal.

2041 10 ooos 1992 2042

Telah terdapat banyak kes di mana seseorang menggunakan konsep entlll undang-undang yang berasingan bagi mengelakkan liabilitinya kepada para pemiutang. lni dilakukan dengan memindahkan aset sesuatu syarikat yang mempunyai banyak liabiliti kepada suatu syarikat lain. Oleh kerana syarikat yang lain itu mempunyai entiti undang-undang yang berasingan, para pemiutang tidak dapat berbuat apa-apa bagi mendapatkan semula pinjaman yang telah diberikan kepada syarikat yang menanggung liabiliti itu. Pengarah-pengarah seperti ini perlu disekat dari terus mengambil bahagian di dalam pengurusan sebuah syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan seterusnya mencadangkan pengenalan seksyen-seksyen baru iaitu 132F dan 132G. Pengenalan seksyen baru 132F adalah bagi menyatakan jenis-jenis transaksi yang dikecualikan dari kehendak-kehendak seksyen 132E. Pindaan ini juga bertujuan memberi definisi, dengan izin, "non-cash assets" dan menerangkan lagi maksud, dengan izin, "acquisition or disposal of non­cash assets", yang digunakan di dalam seksyen 132F. Pindaan ini didapati perlu bagi memudahkan mereka yang berkecimpung dalam dunia korporat mematuhi kehendak-kehendak seksyen tersebut kerana sebelum ini terdapat banyak pertanyaan yang diterima mengenai tafsiran seksyen tersebut.

Pengenalan seksyen baru 132G pula adalah bertujuan melarang perolehan dari sesuatu syarikat syer atau aset sesuatu syarikat yang lain di mana seseorang pengarah atau pemegang syer substantial syarikat itu mempunyai pegangan syer substantial di dalam syarikat yang lain itu, kecuali jika syer di dalam syarikat yang lain itu telah dipegang oleh pengarah atau pemegang syer atau aset itu telah dipegang untuk tempoh lebih daripada tiga tahun. Adalah perlu perbuatan sedemikian dikawal bagi melindungi kepentingan pemegang saham minoriti serta untuk

mewujudkan suasana pembangunan korporat yang lebih sihat dan saksama. Larangan di bawah Seksyen ini hanyalah melibatkan ....... .

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato', boleh 'pause' sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Peraturan Mesyuarat 6(3), saya dengan hormatnya menjemput Jenera! Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali untuk mempengerusikan persidangan ini. Terima kasih.

(Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghaza/i bin Dato' Mohd. Seth mempengerusikan Mesyuarat)

Jen. (BJ Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Yang Berhormat, dipersilakan.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Larangan di bawah Seksyen ini hanyalah melibatkan seorang pengarah atau pemegang share substantial syarikat yang berkenaan atau orang­orang yang ada kaitan dengan mereka sahaja. Ianya tidak akan menjejaskan sebarang tindakan, dengan izin, corporate rationalisation and re-organi­zation yang dibuat secara teratur di kalangan syarikat-syarikat subsidiari atau syarikat-syarikat di dalam kumpulan yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah syarikat yang diperbadankan dengan begitu banyak telah menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan Kesetiausahaan telah bertambah_ Akta Syarikat meletakkan berbagai tanggungjawab terhadap suatu syarikat di mana pematuhan sebahagian besarnya terletak di atas bah u setia­usahanya. Waiau bagaimanapun, Seksyen 139 yang ada sekarang tidak mengenakan apa-apa kelayakan bagi mereka yang ingin menawarkan perkhidmatan sebagai seorang setia­usaha. Akibatnya sesiapa sahaja boleh

2043 IO OGOS 1992 2044

menjadi setiausaha sebuah syarikat tanpa mengira pengalaman dan kelayakan. Adalah didapati bahawa salah satu daripada punca yang menycbabkan bertambahnya beban kerja di Pejabat Pendaftar Syarikat sejak beberapa tahun yang lalu ialah semakan dan pembetulan ke alas dokumen-dokumen syarikat yang disediakan oleh setiausaha-setiausaha syarikat yang kurang berkelayakan dan berpengalaman. Oleh hal yang demi­kian, pindaan adalah dicadangkan dengan menambahkan seksyen-seksyen yang baru iaitu 139A, 139B, 139C dan 1390 untuk memperkenalkan konsep baru di mana hanya ~eseorang yang mempunyai kelayakan tertentu umpamanya kelayakan kesetiausahaan profesional, akauntan atau perun­dangan akan dibenarkan untuk dilantik sebagai setiausaha sebuah syarikat.

Memandangkan ramai daripada setiausaha-setiausaha syarikat yang sedia ada terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang disebutkan, kebajikan mereka diambil kira. Konsep baru yang dicadangkan ini j uga akan memperkenalkan satu meka­ni sma pelcsenan di mana seseorang yang tergolong dalam kategori yang sedemikian boleh memohon lesen daripada Pendaftar Syarikat untuk melayakkan diri menjadi setiausaha sebuah syarikat. Satu tempoh peralihan selama 12 bulan akan diperuntukkan bagi membolehkan mereka yang terlibat memperolehi lesen yang diperlukan.

Seksyen-seksyen baru yang dicadangkan ini juga membatalkan kelayakan seorang untuk menjadi setiausaha syarikat jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan atau disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Seksyen 132A atau 303(3) tersebut atau berhenti dari menjadi ahli badan-badan yang ditetapkan oleh Menteri ataupun tidak memegang lesen yang sah. Pendaftar juga diberi kuasa untuk membatalkan

kelayakan seorang dari bertindak sebagai setiausaha syarikat jika ia berpendapat bahawa seorang itu semasa menjalankan tugasnya tidak bertindak dengan jujur atau bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertuan, peruntukan yang ada pada masa ini hanya membenarkan Pendaftar Syarikat mengenakan denda tanpa mengambil tindakan prosiding mahkamah ke atas kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman denda sahaja. Bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen-seksyen lain yang membawa hukuman penjara dan denda, prosiding mahkamah hendaklah dibawa.

Bagi tujuan melicinkan lagi kerja­kerja administrative, adalah dicadang­kan supaya diperkenalkan seksyen baru 371A bagi memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengkompaun apa jua kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Syarikat. Dengan pindaan ini, tindakan ke atas suatu syarikat dapat diam bi! dengan cepat memandangkan syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan begitu banyak dan membawa prosiding ke mahkamah akan memakan masa yang panjang.

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan sektor korporat yang pesat pada masa ini menjadikan sektor tersebut satu sektor yang kompleks dan rumit. Perkembangan ini juga telah menun­jukkan penglibatan yang meluas oleh setiap lapisan rakyal lerutamanya dari segi pemegangan saham. Perhubungan yang kompleks ini telah menyebabkan berbagai bentuk kesalahan dan salah­laku oleh mereka yang berkecimpung dalam dunia korporat.

Menyedari hakikat bahawa orang­ramai sepatutnya dilindungi dengan sewajarnya kerana mereka telah mula melibatkan diri di dalam dunia ini, adalah dicadangkan hukuman-hukuman ke atas pelbagai kesalahan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini ditambahkan bagi menghalang (to

2045 10 OGOS 1992 2046

deter) berlaleunya kesalahan. Oleh ha! yang demikian, adalah dicadangkan denda-denda dalam beberapa Seksyen di dalam Akta dinaikkan Ire suatu tahap yang munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari pindaan-pindaan utama yang saya sebutkan tadi, pindaan-pindaan kecil juga perlu dibuat untuk mengawas dan menyelaras peruntukan-peruntukan yang ada dalam Akta Syarikat pada keseluruhannya. Pindaan-pindaan kecil yang dicadangkan ini sama ada untuk memudahkan kerja administrative di Pejabat Pendaftar Syarikat bagi mempercepatkan proses sesuatu kerja ataupun dibuat kerana berturutan dengan pindaan-pindaan kepada Seksyen-seksyen yang terlibat dengan pindaan-pindaan utama. Secara kese­luruhannya, pindaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan bagi melicinkan lagi pentadbiran di samping meng­adakan sekatan kepada pengarah­pengarah daripada melakukan apa-apa salahlaku serta melindungi orangramai yang telah m ula menceburkan diri dalam dunia korporat sebagai pemegang saham minoriti.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Ahli­ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Suatu Ak1a untuk meminda Akta Syarikat 1965 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Y.B. Senator Tuan Rahim bin Baba.

4.39 pig.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua. saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang

diberikan kepada saya untuk sama­sama membincangkan Akta Syarikat (Pindaan) 1992.

Dalam mem bincangkan Akta ini sepertimana yang telahpun dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa tujuan ulama Akta ini diadakan adalah untuk melindungi ataupun untuk memasukkan takrif syarikat-syarikat khasnya yang ada berkaitan dengan 'time-sharing'dan juga kelab-kelab rekreasi dan juga yang lain-lainnya.

Dalam soal 101 saya ingin menyentuh te.ntang soal syarikat­syarikat 'time-sharing' iaitu Fasal 14 di mana Fasal ini bertujuan untuk meminda Seksyen 84 yang bertujuan untuk meliputi jualan kepentingan dalam skim kongsi-masa dan juga jualan keanggotaan ataupun lesen kelab yang memberikan hale kepada pembeli menggunakan kemudahan-kemudahan kelab itu bagi tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun sebagai jualan kepentingan dalam erti seksyen yang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, memang telahpun sarnpai masa dan ketikanya pihak Kerajaan khasnya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memikirkan soal syarikat-syarikat time-sharing dan juga syarikat-syarikat menjual keanggotaan kelab ini kerana setakat ini belum ada Akta yang boleh mengaitkan ataupun menjaga syarikat­syarikat yang telahpun diperkatakan tadi.

Seperti mana yang telah dika1akan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, terdapat syarikat-syarikat yang berkaitan dengan time-sharing ini yang kadang kala kita sebagai ahli pemegang syarikat time-sharing ini, hale kepada tanah ataupun bangunan yang dimiliki oleh ahli-ahli ini masih lagi kepunyaan

2047 10 OGOS 1992 2048

syarikat-syarikat yang berkenaan. Dan berlaku keadaan di mana syarikat­syarikat ini telahpun menjual dan menggadaikan tanah ataupun bangunan ataupun kemudahan-kemudahan yang dimilik oleh pekongsi-pekongsi di time-sharing ini, kerana dalam soal ini tidak ada sekatan langsung dalam Akta Syarikat 1995 ataupun dari segi undang-undang tidak ada undang­undang yang tidak membolehkan syarikat ini menggadai, malahan menjual terus kepentingan-kepentingan yang terdapat, baik hal tanah, bangunan dan sebagainya.

Jadi, dengan · adanya Akta ini diharapkan kepentingan-kepentingan mereka yang membeli skim kongsi masa dan keanggotaan kelab-kelab ini akan terjamin dengan sebaik-baiknya. Cubalah kita fikirkan kalaulah ada sebuah syarikat atau kelab, dia boleh menjual satu keanggotaan ahlinya sebanyak $40,000 untuk satu anggota, dan kalau dijualkan kepada 1,000 orang bermakna syarikat ini telahpun boleh mengutip $40 juta daripada pemegang­pemegang jualan kongsi-masa ini dan pada masa yang sama syarikat ini juga boleh menggadaikan tanah ataupun bangunan yang dimiliki untuk $40 juta ataupun $50 juta lagi. Jadi, syarikat ini dengan lain perkataan menggunakan kewangan daripada ahli-ahli skim kongsi-masa ini dan pada masa yang sama juga menggunakan harta ini untuk kepentingan pembangunan syarikat yang berkenaan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, terdapat juga kadang kala tanah yang dimiliki oleh syarikat­syarikat ini adalah tanah yang lease­hold. Katalah tanah itu mempunyai leasehold 50 tahun, saya mencadang­kan supaya syarikat ini tidak dibenar­kan menjual skim kongsi-masanya melebihi daripada 50 tahun. Kalau kita lihat dari segi Pejabat Kerajaan, leasenya hanya 50 tahun, mes)ilah ada peruntukan supaya ia tidak boleh menjualkan skim kongsi-masa ini

ataupun keanggotaan kelab-kelab ini lebih daripada 50 tahun. lni mestilah diterangkan kepada mereka yang hendak membeli, mestilah ditunjukkan g~~n. ~nah ataupun harta-harta yang d1m1hk1-berapa lama lagi unexpired lease yang masih terdapat kepada syankat-syarikat ini, kerana terdapat juga syarikat-syarikat walaupun leasenya hanya tinggal lima, sepuluh ataupun duapuluh tahun, kadang kala itu. menjual skim-skim yang melebihi dartpada lease yang dimiliki. lni akan menjadikan satu masalah kerana apabila sampai tempoh sepuluh ataupun limabelas tahun, dari segi tekmkalnya tanah itu adalah milik Kerajaan semula dan tidak lagi dimiliki oleh syarikat yang berkenaan.

Saya mengharapkan supaya satu panduan dikenakan supaya lease yang dijual atau time-sharing ataupun keanggotaan sesuatu kelab itu tidak melebihi daripada lease yang dimiliki oleh syarikat yang berkenaan. Begitu juga apabila tamat lease. Dalam Kanun Tanah Negara apabila sesuatu lease itu tamat, biasanya orang yang diberi keutamaan adalah mereka yang sedang menduduki tanah tersebut. Mereka itu diberi keutamaan untuk memohon tanah ataupun untuk menyambung lease bagi tanah yang telahpun tamat leasenya. Apa yang diharapkan ialah supaya pemegang-pemegang kepen­tingan dalam skim kongsi-masa dan lesen-lesen kelab ini juga diberikan keutamaan. Apabila leasenya tamat pada tahun 2020 yang akan datang, mereka yang sedia ada menjadi pemegang-pemegang skim kongsi­masa ini juga diberikan keutamaan untuk menyambung. Kita tidak mahu besok apabila tiba ketikanya tanah itu dimiliki oleh pihak pemaju kerana ia mendapatkan keutamaan untuk men­dapatkan tanah itu daripada pihak pemerintah ataupun pihak Kerajaan. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepentingan dalam skim kongsi-masa dan juga keanggotaan kelab-kelab ini juga diberikan keutamaan.

2049 JO OGOS 1992 2050

Saya percaya perkara ini belum berlaku lagi kerana soal skim kongsi­masa dan keanggotaan kelab-kelab ini adalah satu fenomena yang agak barn dalam negara kita dan saya percaya akan sampai masa dan ketikanya apabila keadaan ini akan kita hadapi di masa-masa yang akan datang.

Satu perkara lagi yang menjadi kebiasaan kepada kelab-kelab baik time-sharing ataupun kelab-kelab yang memberikan kemudahan-kemudahan rekreasi kepada ahli-ahlinya tidak ada had tentang keahliannya. Katakanlah dalam satu-satu projek perumahan, kalau kita tahu bahawa dalam satu ekar, saya ini masih menggunakan ekar. minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Kalau satu ekar kita boleh buat 12 buah rumah kalau dalam soal development ataupun dalam kemajuan kalau buat flat mungkin dalam 50 unit dan mereka ini berhak menggunakan tanah yang satu ekar tadi. Maknanya kalau rumah teres ada 12 unit dan kalau flat ada 50 unit. Tetapi dalam kelab-kelab kongsi masa ini tidak ada had, dia boleh jual berapa yang dia suka sekalipun. Di sini saya berharap pihak Kementerian Per­dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dapat memikirkan supaya ada had. Sebelum diluluskan sesuatu kelab itu hendaklah dipastikan dahulu berapa had members yang kelab itu boleh terima. Kalau dari segi kongsi­masa berapa ramai ahli-ahli yang boleh menyumbang kepada skim-skim kongsa-masa ini.

Berlaku juga keadaan-keadaan di mana kelab-kelab ini kadangkala memberitahu bahawa mereka itu mempunyai kaitan dengan syarikat­syarikat luar negeri ataupun syarikat­syarikat kongsi-masa yang beroperasi di luar negeri. Ini juga mesti dibentangkan kontraknya dengan pihak-pihak luar negeri. Kadang kala semasa dia hendak menjual mungkin

dia akan memberikan gambaran seolah­olah kita boleh menggunakan kemudahan-kemudahan di negara­negara yang lain pun tetapi apabila sampai masa dan keadaannya, mungkin kemudahan-kemudahan yang dinyata­kan dalam prospectus itu tidak diperolehi. Apa yang kita harapkan ialah pihak Kementerian akan memikirkan soal ini. Tadi saya telah sebutkan tentang keahlian kelab-kelab kongsi-masa ini. Saya cuma ambil contoh yang mudah. Katalah kalau satu syarikat kongsian masa mempunyai satu bilik, dan bermakna dalam satu bilik ada 52 minggu; bermakna dari segi teknikalnya ia hanya boleh menjual kepada 52 orang, kerana satu orang boleh membeli hanya satu minggu sahaja. Jadi, bermakna dari segi teknikalnya, syarikat ini hanya boleh menjual kepada 52 orang. Dan ini mesti ditetapkan di dalam pros­pektus perjanjian yang akan dimeterai di antara pihak pembeli dan juga pihak penjual. Ini mesti diumumkan juga kepada pihak Kementerian.

Fasal I, mengenai Akta ini telahpun memperkatakan tentang tarikh mula bcrkuatkuasanya Rang Undang-undang ini_ Saya berharap tarikh ini dapat diback-datedkan, dikebelakangkan kerana telahpun banyak syarikat­syarikat yang telahpun melibatkan diri di dalam bidang ini tanpa ada undang­undang. Jadi, kalau tidak ada diback­dated, apa yang khuatirkan ialah dalam masa antara minggu keputusan ataupun kelulusan tentang Rang Undang­undang ini ada syarikat-syarikat yang akan mengambil kesempatan untuk menjual skim mereka dengan yang yang murah ataupun sebagainya. Jadi, biarlah ada tarikh diback-datedkan. Jadi, maknanya syarikat-syarikat yang sudah sedia ada mahu tidak mahu mereka akan terlibat dengan tidak dapat lari daripada Akta ini, daripada undang-undang ini. Apa yang dikatakan, mereka akan cuba mengelak daripada Akta ini, kerana saya percaya

'

2051 10 OGOS 1992 2052

pihak Menteri, pihak Kementerian akan menentukan bila Akta ini akan dimulakan.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi walaupun ini tidak melibatkan sangat soal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, tetapi ada kaitan dengan pembinaan padang-padang golf yang banyak sekarang ini. Saya fikir rakyat tidaklah roenghalang pembinaan padang-padang golf yang banyak sekarang ini. Saya cuma sebut sama ada perkara ini boleh ataupun tidak difikirkan, sebab penduduk warga kola Kuala· Lumpur ini, satu masalah yang diharap oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah soal kekurangan tempat, walaupun perkara ini kecil, kekurangan tempat untuk membuang sampah.

Sekarang ini, saya dimaklumkan lebih daripada 2,500 tan sampah setiap hari dikutip di Bandaraya ini. Apa yang ingin saya cadangkan kaitan ada padang golf ini ialah supaya sebelum suatu kawasan itu diberikan untuk pembinaan padang golf, pihak Kementerian ataupun pihak Dewan Bandaraya ataupun sebagainya mensyaratkan supaya kawasan itu dijadikan kawasan sanitary landfield. Maknanya untuk buang sampah dahulu di situ, lepas itu ratakan di atas, baru tanam rumput dan boleh main golf. Saya tidak tahu sama ada perkara ini praktikal ataupun tidak. Berikan lease, katakan 10 tahun. Selepas to tahun baru boleh buat padang golf di atas ini setelah dibuang sampah, dirata dengan sebaik-baik, dengan seeloknya. Jadi, kita boleh menjimatkan tanah dari segi -kalau tidak pun tanah itu, maklum sahajalah padang golf itu hanya terbiar dengan begitu sahaja, di bawahnya kosong sahaja tidak digunakan langsung. Tetapi saya ingin .men­cadangkan supaya sementara tanah itu didirikan padang golf, digunakan dahulu untuk pembuangan sampah untuk dijadikan, dengan izin, kawasan

sanitary landfill, kerana kita meng­hadapi banyak kekurangan kawasan­kawasan yang dimajukan untuk tujuan­tujuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 4, bertujuan untuk memberikan, untuk memasukkan Seksyen iaitu memberi­kan kuasa kepada Pendaftar mem­punyai asset kepada mana-mana tanah bangunan dan juga tempat lain yang mana buku-buku dan dokumen lain bagi maksud menentukan sama ada suatu perbadanan atau mana-mana pegawai perbadanan mematuhi Akta Syarikat. Tadi telahpun diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa adalah diperlukan kuasa ataupun perintah daripada mahkamah sebelum kita. memasuki suatu premis, dan dalam keadaan-keac;laan yang tertentu, barulah tanpa takut kalau ada mereka yang cuba larikan akaun ataupun sebagainya. Jadi, mungkin tidak diperlukan perintah­perintah mahkamah. Saya berharap kuasa ini diberi iaitu tanpa waran untuk gelidah pada Pendaftar ini tanpa memerlukan kuasa daripada per­mohonan mahkamah. Kerana setengah­setengah syarikat ini mungkin mereka itu kalau sudah tahu bahawa pihak Pendaftar Syarikat dan akan meng­gelidah syarikatnya dan akan meng­ambil. kuasa daripada mahkamah, mungkin ada masa untuk mereka melarikan dokumen-dokuman yang penting ataupun yang sebagainya.

Apa yang kita harapkan pada masa yang sama ialah pegawai-pegawai daripada pihak Kementerian biarlah pegawai-pegawai yang cukup terlatih dalam bidang perakaunan, kerana kita khuatir, maklum sahajalah sekarang ini ada syarikat-syarikat usahasama perkongsian, kadang-kadang Melayu, Cina, India. Ada syarikat-syarikat yang begini kadangkala untuk pengetahuan Yang Berhormat, syarikat-syarikat saham ini ada tiga atau empat akaun.

2053 10 OGOS 1992 2054

Sato ontok Income Tax, satu ontok Registrar of Companies, mongkin sama dengan Income Tax, satu ontuk partnernya. Kalau partner Melayo, ada satu akaun lain. Satu ontuk kegunaannya. Maknanya ada tiga akaon. Jadi, mesti ada kepakaran pegawai-pegawai yang hendak meng­gelidah ataopon hendak memeriksa syarikat-syarikat ini-biarlah ada kepakaran-kepakaran yang tertentu. Kita tidak maho pegawai-pegawai ini tidak memponyai bidang kemahiran di dalam menyiasat akaun-akaun syarikat· syarikat yang berkenaan.

Salah sato daripada perkara yang telahpun dibenarkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah di mana pihak seboah syarikat tidak dibenarkan menggunakan wang syarikat berkenaan dipinjamkan kepada pihak yang lain untuk kepentingan ataupun untuk menaikkan harga saham s yarikat­syarikat yang berkenaan. Saya percaya walaupon ada Akta ini, perkara meng­gunakan kewangan untuk memberikan, dengan izin, window dressing, pada syarikat-syarikat yang berkenaan akan terns joga berlaku. Apa yang diharap­kan ialah terdapatnya pengarah­pengarah syarikat yang menggonakan somber lain. Mongkin doit itu daripada dia, tetapi menggonakan pihak-pihak lain untuk menjadikan syarikat­syarikatnya untuk mendapatkan harga pasaran yang baik kerana untuk kepentingan·kepentingan pinjaman.

Apa yang ingin saya sarankan ialah sopaya pihak pengoatkoasa ataupun Pendaftar S yarikat pada masa yang sama juga menyiasat kalau ada orang­orang yang banyak membeli saham sesoatu syarikat itu, dan syarikat ito naik harganya mongkin sidia itu tidak ada kaitan dengan syarikat yang berkenaan, tetapi ada joga kuasa untok menyiasat dari mana kewangan itu datang. Ka!au mungkin, kadangkala

orang itu tidak mempunyai kemudahan kewangan, mungkin wang itu datang daripada pengarah-pengarah daripada syarikat yang hendak dinaikkan sahamnya tadi. Jadi, siasat joga, diadakan Akta supaya Pendaftar Syarikat juga mempunyai koasa untok menyiasat, dan mereka ini mesti memberikan maklumat daripada mana kewangan itu datang. Jadi, kalau adanya Akta begini, mungkin takut orang hendak menggooakan nama ataopun sebagainya, kerana nanti Income Tax datang, akan siasat dari mana duit itu datang, dia boleh beli saham banyak untuk menaikkan saham sesuatu kaunter ataupun sebagainya. Kalau ada Akta ini, saya percaya ianya boleh dibendung. Tetapi kalau setakat hanya kita katakan sesebuah syarikat itu tidak dibenarkan untok memberikan pinjaman kepada syarikat yang lain, mongkin ini kurang dapat memberikan kesan kepada Akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, tadi juga telahpun disebut mengenai syarikat­syarikat yang tidak solven di mana Fasal 24 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baru !30A:

" ..... supaya seseorang yang menjadi atau pernah menjadi pengarah syarikat yang tidak solven dan telah dikenakan tindakan penyelesaian secara wajib oleh Mahkamah akan hilang kelayakan menjadi pengarah sesoatu syarikat."

Di sini saya ingin joga mencadangkan supaya pertukaran jika terdapat syarikat-syarikat yang dijangka akan menjadi kurang solven ataupon akan menjadi tidak solven langsung; jadi, pihak Pendaftar boleh mengambil tindakan supaya tidak dibenarkan pertukaran Pengarah dilakukan. Dan kalau hendak dilakukan joga hendaklah terlebih dahulo

'

2055 10 OGOS 1992 2056

mendapat kebenaran daripada Penda ftar S yarikat kerana Pengarah­pengarah Syarikat ini adalah mereka yang lebih mengetahui tentang apa yang akan berlaku di dalam syarikamya. Kalau dia telah tahu syarikatnya akan menghadapi keadaan yang tidak solven, mereka ini akan dengan serta merta akan berhenti, akan meminta berhenti daripada menjadi Pengarah dan selepas itu barulah kalau orang lain yang tinggal ataupun orang lain yang jadi Pengarah, mereka ini akan menanggung syarikat yang tidak solven.

Jadi, dari segi undang-undang yang ada ini, mungkin Pengarah-pengarah ini akan terlepas. Tetapi kalau ada Akta di . mana kalau misalnya sebarang pertukaran Pengarah Syarikat-syarikat yang dijangka akan menjadi tidak solven hendaklah mendapat kebenaran daripada Pendaftar Syarikat, sekurang­kurangnya Pendaftar Syarikat boleh siasat dahulu, kenapa tiba-tiba Pengarah ini hendak berhenti daripada syarikat yang berkenaan, kalau mungkin ada sesuatu. Jadi, sekurang­kurangnya pihak Pendaftar boleh menghantarkan pegawai-pegawai untuk menyiasat apakah yang berlaku kepada syarikat ini, dengan tiba-tiba sahaja Pengarah-pengarah utamanya hendak berhenti. Jadi, kalau tidak ada Akta ini mungkin kalau dia sudah tahu bila hendak 'tidak solven' itu, dia akan berhenti.

Begitu juga soal Fasal 30 mengenai Setiausaha Syarikat dan sama juga dengan soal-soal Pengarah Syarikat. Saya dapati walaupun tidak ada undang-undang yang menghadkan berapa banyak syarikat seseorang ilu boleh pegang, mungkin di pihak syarikat-syarikat Kerajaan ada peraturan yang tidak lebih daripada lima, seseorang itu boleh memegang jawatan dalam syarikat-syarikat Kerajaan, itu cuma peraturan adminis­trative. Tetapi kalau dapat pihak

Kementerian juga memikirkan soal dihadkan seseorang itu boleh meme­gang, menjadi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat, umpamanya katalah 30 syarikat, maknanya tiap-tiap hari dia kena mesyuarat, kalau syarikal itu kena mesyuarat sebulan sekali, maknanya tiap-tiap hari dia kena auend mesyuarat. Saya fikir dalam bilangan 30 atau 20 sudah mencukupi, kalau dibenarkan dia pegang sampai 100, 200, ada yang saya fikir melebihi, kadang-kadang itupun dia telah lupa mana syarikat yang dia 1elah jadi Pengarah ataupun sebagainya. Jadi, kalau dihadkan, maknanya bukanlah dihadkan terlampau rigid sangat, umpamanya diadakan peruntukan dibenarkan hanya 20. Kalau lebih daripada 20, dia mesti dapat kebenaran daripada pihak Menteri ataupun pihak Pendaftar Syarikat. Dia mesti memberi­kan sebab kenapa dia hendak pegang jawatan dalam syarikat-syarikal ini. Jadi, ada control, kalau lidak nanti seseorang itu akan memegang jawatan Pengarah, walaupun dengan duit dia sendiri, dengan kewangan dia sendiri, tetapi dia akan memegang, menjadi Pengarah kepada tidak terbilang jumlah syarikat yang mereka itu menjadi Pengarah.

Begitu juga dengan setiausaha­setiausaha syarikat. Mereka yang menjadi setiausaha syarikat juga, kalau dapat dihadkan, kadangkala itu setiausaha syarikat, kalau kita pergi ke Pejabat-pejabat setiausaha syarikat, kalau kita tengok papan tanda itu, papan di depan itu, kadang-kadang sampai beratus-ratus, yang seseorang sesebuah syarikat itu menjadi setiausaha. Bagaimanakah setiausaha ini hendak control, hendak mengawasi, hendak menjaga sampai beratus-ratus, kadang-kadang sampai beribu-ribu syarikat-syarikat yang hendak dijagai? Jadi, kalau ada had, dan kalau lebih daripada had itu, dia mesti mendapat

2057 10 OGOS 1992 2058

kebenaran. Kita tidak katakan had itu mesti rigid sangat, tetapi kalau telah lebih daripada had itu, dia mesti mendapat kebenaran daripada pihak Pendaftar Syarikat ataupun pihak Kementerian, supaya ada control tentang jumlah syarikat-syarikat yang hendak mereka itu terlibat untuk menjadi setiausaha.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah, walaupun tidak ada kaitan dalam, tidak ada disebutkan dalam mana-mana Fasal dalam perkara ini ialah kadang­kala, ini adalah bagi kepentingan mereka yang menjalankan perniagaan. Kadangkala kita yang menjalankan pemiagaan ini, kita yang berhutanglah, biasanya kita selalu at the mercy of the bankers, orang yang creditors kita ataupun banker kita. Tidak ada satu Akta pun yang boleh menahan supaya kalau satu-satu syarikat itu daripada kena winding-up. Kadang-kadang syarikat itu ada potensi, dan orang yang menjalankan syarikat itu, dia tahu dia ada potensi, dia boleh menjalankan syarikatnya balik, dia tahu peluang­peluang yang akan ada, dia boleh menaikkan balik syarikat itu tetapi oleh kerana pihak bank, pihak creditors, atas sebab-sebab yang tertentu, kadangkala itu dia ambil tindakan untuk winding­up syarikat-syarikal yang berkenaan. Kalau dapat difikirkan satu Akta supaya menahan, kalau hendak winding-up itu mesti ada kelulusan daripada satu pihak Pendaftar ataupun sebagainya.

Jadi, pihak syarikat ini ada tempat mereka itu untuk mengadu kepada Pendaftar Syarikat, katakan: "Saya ada plan, mac am mana hendak bayar", ataupun sebagainya. Jadi, kalau Pendaftar Syarikat bersetuju, dia patut, tidak payah diwind-up ataupun sebagainya, kerana setengah-setengah syarikat itu mempunyai potensi. Ada potensinya boleh dimajukan, boleh

dihidupkan semula, tetapi masih juga terkena kepada winding-up. Saya bukanlah hendak mengatakan soal, kalau di Amerika itu kita ada Chapter 11. Dipanggil Chapter 11 yang mem­pertahankan company daripada kena winding-up. Saya tidaklah mencadang­kan supaya kita pun ada Chapter itu, tetapi kalau yang baik itu saya fikir patut kita ikut. Kalau ada perkara­perkara yang baik, yang bersesuaian dengan keadaan negara kita ini boleh kita ilmt. Kadangkala itu kita kasihan, ada syarikat yang kena winding-up itu, mereka itu telah punya perancangan, telah ada program, selepas itu yang Pengarah-pengarah itu pula ada pengalaman-pengalaman, sudahlah mereka itu kena winding-up, selepas itu kena declare bankrupt ataupun sebagainya.

Jadi, kita kerugian dari segi tenaga dan juga dari segi kepakaran kerana bukanlah mudah, walaupun seseorang yang telahpun gagal dalam perniagaan, saya percaya kebanyakan mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan telahpun menempuh kegagalan­kegagalan. Tetapi kalau diberikan peluang, supaya syarikatnya tidak diwinding-up, diberikan peluang lagi, ada tempat dia boleh mengadu, ada chapter-chapter yang boleh memper­tahankan mereka ini, mungkin syarikat ini boleh dimajukan.

Tuan Yang di-Pertua, cuma itu sahajalah pandangan-pandangan saya mengenai Akta ini, tetapi sebelum saya duduk, saya ingin mengucapkan tahniah dan juga syabas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana dua hari sudah saya pergi ke pejabat Kementerian ini, saya fikir inilah, for the first time, saya dapat lihat sebuah pejabat Kerajaan yang ada kelas, kita boleh bangga dengan pejabat yang sebegitu, bukannya cantik, maknanya yang teratur, yang kalau kita masuk pun bawa pegawai-pegawai daripada luar negeri pun kita tidak malulah.

,

2059 10 OGOS 1992 2060

Tetapi kalau dulu-dulu, saya tahu, kalau pejabat Kerajaan-tahu sahaja­lah, dengan kalau ada di cermin-cermin ilu ada letak kertas-kertas ilu, ilu pejabat Kerajaanlah. Kalau ada curtain yang sudah lama-lama ilu, ilu pejabal Kerajaanlah. Dan saya tahu setengah­setengah pemilik-pemilik bangunan di Kuala Lumpur ini, dia cukup mengelak daripada pejabat-pejabal Kerajaan masuk ke bangunan mereka. Kalau boleh mereka tidak hendak kerana dia kata: "Jamb imej bangunan-bangunan itu kalau pejabat-pejabat Kerajaan masuk ke bangunan-bangunan itu." Tetapi saya tengok pejabat Kemen­terian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, saya fikir ini salu yang· pamt kila banggakan, dan kita boleh proud, kita boleh berbangga dengan .....

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Boleh dijadikan contoh.

Tuan Rahim bin Baba: Boleh dijadikan salu pejabal contoh, itupun sebab ada Malayan Banking yang jaga itu, kalau diserah kepada Kemen-1erian-1idak tahulah. Saya fikir kalau serahkan kepada Kementerian mungkin lebih baik lagilah, saya agaklah.

Jadi, ini boleh kila buatkan satu contoh dan kita harapkan pihak Treasury khasnya, dapal memberikan peruntukan supaya pejabat-pejabat Kerajaan ini biar ada kelas sedikit. Kadangkala ilu, kita pergi ke Pejabat Kerajaan, kalau tengok bangku, banyak yang sudah patah-patah, yang sudah usang dan yang sudah boleh masuk Muzium Negara, itulah yang ada di Pejabal Kerajaan. Jadi, kita hendak biarlah Pejabal kita, yang hendak menghadapi Wawasan 2020 ini biarlah Pejabat Kerajaan kita ke hadapan. Jadi, Pegawai-pegawai Kerajaan pun, kalau duduk dia seronok tengok pejabat yang

lebih selesa dan juga sebagainya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian.

Jen, (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dalo' Mohd. Seth: Yang Berhormat Tuan Haji Nazri.

5.12 pig.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri dan Kementeriannya kerana semenjak wujudnya Kementerian ini kita lihal ban yak perkara yang dilaksanakan oleh Kementerian bagi lujuan unluk memastikan bahawa suasana perdagangan dalam tanahair kita ini sihal dan juga dengan adanya Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) ini sudah pasti akan memberi jaminan kepada pelabur-pelabur bahawa kedudukan mereka akan pasti terpelihara menerusi pindaan ini dan sudah tentu di masa-masa akan datang, di mana ada kelemahan, dengan sikap pragmatik dan praklikal yang Kementerian ambil, saya cukup yakin bahawa iklim perdagangan di dalam tanahair kita ini akan sentiasa di tahap yang meyakinkan.

Saya berdiri di sini menyokong Akta Syarikat (Pindaan) 1992 dan pertama­nya, saya ingin response, ataupun berhujah kembali berkenaan dengan perkara-perkara yang telah dibangkit­kan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri khususnya menyebul berkenaan dengan pindaan kepada Seksyen 67 yang sememangnya selama hari ini sudah menjadi salu masalah kepada pelabur-pelabur, bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada bank-bank yang meminjamkan wang yang mana prinsip jenayah yang diapply oleh 'Criminal Act' yang

2061 IO OGOS 1992 2062

menyebabkan bila diamalkan dalam Akta ini, ianya bukan mendalangkan pembelaan, malah memberi dorongan kepada yang menipu untuk terns menipu bagi tujuan, sepertimana yang disebutkan dalam Seksyen 67 ini, perbuatan meminta wang 'loan' daripada bank untuk membuat sesuatu yang memang salah dari segi Akta Syarikat, oleh kerana wang itu dipinjam untuk melakukan perbuatan yang salah, maka sebelum ini bank­bank tidak diberikan kebenaran untuk menuntut daripada orang yang menipu itu untuk mengembalikan wang ini kerana wang itu dipinjamkan untuk melakukan perbuatan yang melanggar Akta ini. Walhal kila tahu bahawa bank, sebagai pihak ketiga Lidak bersalah dan mereka hanya meminjamkan wang dan melihat di hadapan mereka ada satu cadangan yang baik dan mungkin tidak tahu bahawa perbuatan itu mungkin diselindungkan oleh pemohon dan sudah tentu perbuatan yang salah itu tidak diketahui oleh pihak bank dan pihak bank dengan rela hati dan ikhlas akan memberikan pinjaman. Sebab itu dengan adanya Seksyen 67 ini memang kita sokonglah Kementerian untuk menghentikan perbuatan yang berleluasa yang sedang berlaku di tanahair kita pada hari ini.

Di sini tidak ada Akta lnduk dan saya tidak tahu berapa beratkah denda yang dikenakan kepada Pengarah yang telah menipu bank untuk meminjamkan dia duit untuk membeli saham di dalam syarikat induk ini kerana apa yang dilakukan olch Pengarah ini sebenarnya memang berat. Dia melakukan dua kesalahan. Pertama dia melakukan kesalahan yang melanggarkan Akta; kedua, dia menipu bank. Jadi, dia melakukan dua perkara yang salah. Sebab itu saya harap di dalam Kementerian menimbangkan tindakan yang diambil terhadap Pengarah yang bersalah itu, harus diberikan denda yang berat kerana ia melakukan dua kesalahan sebenarnya, pertama,

perbuatan yang melanggar Akta dan kedua, penipuan terhadap bank atau financial institution yang memberikan dia pinjaman untuk membeli saham di dalarn syarikal induk seperti mana yang disebutkan oleh Menteri di dalam hujahnya sebentar tadi.

Juga di dalam soal kongsi-masa, saya ingin hendak menarik perhatian Kementerian, iaitu dalarn soal kongsi masa ini sebenarnya apa yang berlaku ialah syarikat menjual sesuatu yang belum laku dan belum ada tetapi hanya jangkaan untuk masa akan datang. Sebenarnya, perbuatannya ilu ialah mengutip deposit, sebab kalau perbuatan itu, katalah 'sale' and 'purchase'-penjualan, benda itu mesti wujud pada ketika itu. Tetapi di dalam 'time sharing' ini sebenarnya, syarikat ini menyuruh kita membeli sesuatu yang mungkin akan berlaku dalam masa tiga atau empat tahun akan datang yang mungkin pada ketika itu benda itu sudah tidak ada - mungkin syarikat itu lingkup atau sebagainya. Jadi, oleh kerana itu kita harus memper­lindungkan orang-orang yang mungkin tertarik dengan apa yang diiklankan oleh 'time-sharing' ini. Saya sebutkan sebentar tadi bahawa sebenarnya apa yang berlaku ialah mereka mengutip deposit daripada public. Sebab public sebenarnya mendapat benda yang dia beli itu hanya tiga atau empat tahun dari sekarang. Jadi, mereka mengutip deposit' well in advance'. Sebab itu kalau kita lihat perbuatan yang sebenarnya, syarikat 'kongsi-masa' ini lakukan ialah mengutip deposit dan kita semua tahu iaitu mengutip deposit daripada masyarakat ataupun daripada public, hanya bank dan institusi kcwangan yang dibenarkan oleh Bank Negara sahaja yang boleh mengutip deposit. Sebab itu saya rasa soal syarikat 'kongsi-masa' ini tidak boleh dianggap sebagai hanya suatu syarikat biasa yang dikawal oleh Akta Syarikat, tetapi ia hendaklah di kawal seperti­mana bank ataupun institusi yang dikawal oleh Bank Negara, kerana apa

.<

,

2063 10 OGOS 1992 2064

yang sebenarnya berlaku ataupun apa yang dilakukan oleh syarikat kongsi­masa ini ialah untuk mengutip deposit daripada masyarakat. Sebab itu pengawalannya, hams bukan sahaja kawalan terhadap syarikat biasa, terkawal di bawah Akta Syarikat, tetapi ia hendaklah dikawal sepertimana bank dikawal dan juga institusi kewangan dikawal. Saya cuma memberi pandangan iaitu kita tidak boleh menganggap syarikat yang lerlibat di dalam soal kongsi-masa ini dianggap sebagai sebuah syarikat biasa yang dikawal oleh Akta S yarikat sahaja.

Satu perkara lagi yang saya masih ingat, seperti yang dihujahkan oleh Menteri, berkenaan dengan Seksyen 122, yang mana sebelum ini Akta ini tidak pernah menentukan umur terhadap mereka yang berhak untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah. Yang Berhormat Menteri menyebutkan bahawa umur yang dicadangkan ialah 18 tahun. Saya rasa kalau 18 tahun itu masih lagi suatu umur yang, dengan izin, impressionable age. Sebenarnya kalau dia masih mempunyai kebolehan, dia masih bersekolah, kalau tidak silap saya, di Lower Six.

Jadi, saya rasa kita harus pelihara orang seperti ini, kerana dia masih muda. Sebab itu kalau sekarang ini kita meletakkan had umur 18 tahun, saya bimbang dan takut nanti ada orang­orang yang tidak boleh dipercayai akan menggunakan budak-budak muda ini untuk menjadi pengarah, dan kemudian syarikat itu membuat perkara yang tidak baik dan budak-budak muda yang berumur 18 tahun ini tidak akan faham apa yang telah berlaku, kerana dia hanya digula-gulakan dengan perkataan yang baik-baik, maka dia setuju menjadi Lembaga Pengarah. Oleh sebab itu, kita harus protect, dengan izin, melindungi budak-budak seperti ini.

Saya cadangkan kalau kita kata orang yang 21 tahun boleh mengundi, mengapa tidak kalau boleh kita standardisekan semua iaitu kita pilih untuk tujuan menghadkan umur yang paling muda untuk dibenarkan menjadi Lembaga Pengarah, kita ambil 21 tahun sebab sudah tentulah bermakna kalau Kerajaan memikirkan pada umur 21 tahun itu dia boleh mengundi, memang ada rasional di sebaliknya mengapa umur 21 tahun itu dipilih. Jadi, pada pandangan saya, kalau boleh, kita tingkatkan had 18 tahun ini kepada 21 tahun bagi tujuan untuk memelihara anak-anak muda kita supaya mereka jangan tertipu oleh perkataan ataupun digula-gulakan oleh sesetengah pihak yang hendak menggunakan mereka ini sebagai alat untuk menipu di dalam syarikat. ·

Saya juga tertarik dengan Seksyen 122 ini yang mana telah dicadangkan iaitu bahawa seorang pengarah itu tidak boleh letak jawatannya kalau per­letakan jawatan dia itu menyebabkan bilangan ahli lembaga pengarah adalah kurang daripada apa yang telah dipersetujui ataupun dikenakan oleh Akta Syarikat, iaitu 2 orang. Saya rasa agak berat juga kalau kita hanya meninggalkan pemntukan begitu sahaja. Ini bermakna bahawa langsung kita tidak boleh hendak berhenti. Jadi, kita tidak ada ruang langsung. Dalam kehidupan pun, kalau kita berkahwin, sampai ketika kita tidak ada persefahaman, maka kita dibenarkan untuk bercerai.

Jadi, kalau dalam syarikat ini kita tidak boleh hendak bercerai, saya rasa kalau ada dua orang duduk dalam satu syarikat dan kalau mereka tidak ada persefahaman, di bawah Akta ini. dia tidak boleh meletak jawatan. Jadi, apa yang hams kita lakukan, hams kita fikirkan? Dia memang sudah tidak boleh bemiaga berdua, sudah memang bergaduh. Sebab itu, kita harus fikirkan satu cara bagaimana untuk mem­bolehkan ahli Lembaga Pengarab

2065 10 ooos 1992 2066

mengeluarkan diri mereka daripada situasi yang sedemikian rupa. Kalau sudah dia tidak boleh letak jawatan, maka bermakna syarikat itu akan terus begitu sahaja. Jadi, dia berhemi tidak boleh. Kalau dia hendak beri pada orang lain untuk jadi ahli Lembaga Pengarah, mungkin kawan dia kata, "No, saya tidak dapat terima." Dia tidak setuju. J adi, sebab itu, say a harap bahawa Kememerian harus memikirkan satu cara yang lain bagaimana untuk mengatasi masalah ini kerana sebenarnya dengan syarat iaitu bahawa mereka tidak boleh letak jawatan, kalau perletakan jawatan itu menyebabkan kurang daripada d ua pengarah bilangannya dalam syarikat ini, maka bermakna kita menggalakkan supaya status quo syarikat itu berterusan. Apa hendak jadi, jadilah.

Sebab itu, jika dalam soal ini. kalau boleh, pada pandangan saya, kita ada dua cara "winding up", iaitu voluntary winding up dan keduanya, creditors' winding up. Kalau boleh, kita fikirkan, kita kata, uautomatic winding up". Saya tengok, kadangkala ada sesetengah syarikat itu yang 5 atau 6 tahun tidak buat akaunnya, walhal kita semua tahu bahawa sebagai ahli Lembaga Pengarah, tiap-tiap tahun kita mesti disediakan annual accounts. Tetapi ada syarikat yang sampai 10 tahun tidak buat annual accounts tetapi syarikat itu tidak dianggap sebagai automatically wound up. Dia terus sahaja. Kadangkala saya tengok Pendaftar Syarikat menghantar surat tiap-tiap tahun, mungkin original directornya sudah tidak ada, alamat pun alamat lama. Jadi, saya cadangkan untuk mengatasi masalah seperti tadi, iaitu seorang itu tidak boleh resign, sebab Akta kata, kalau dia resign, maka kurang daripada 2, iaitu bilangan ahli Lembaga Pengarah yang harus wujud di bawah Akta kita, mengapa tidak kita kata, kalau ada satu Pengarah resign, maka automatically the company is wound up. lni boleh membantu Pendaftar. Begitu juga kalau sesebuah

syarikat yang sudah 5 atau 6 tahun tidak buat annual accounts kata buat syarat bahawa selepas 3 tahun kalau tidak disediakan annual accounts, it should be automatically wound up. Kita boleh tutup file. Ini kadangkala saya tengok, saya yakin dan percaya bahawa di dalam Pejabat Pendaftar Syarikat, ada banyak kerja. Syarikat yang tidak pernah hantar akaun sampai 20 tahun, masih lagi wujud, walhal kita tahu, dia memang tidak boleh menjalankan perniagaan. Kalau sudah 20 tahun tidak ada accounts, tetapi masih lagi wujud. Jadi, di sini kalau boleh selain daripada voluntary winding up dan creditors' winding up, mengapa tidak kita fikirkan satu cara yang mana kita kata, Hautomatic winding up". Sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh syarikat yang sepatutnya dilakukan di bawah Akta ini, kalau dia tidak lakukan, automatically it is wound up. Satunya, macam tadi iaitu the Annual accounts kalau tidak dihantar for more than 3 years it is automatically wound up, ataupun macam kes yang tadi ini yang mana director tinggal 2 orang, dia tidak boleh teruskan dengan perniagaannya, so the moment atau, ketika dia letak jawatan, automatically it is wound up tetapi dia masih lagi bertanggungjawab di atas perjalanan syarikat yang berlaku sebelum dia letak jawatan. Bukan bermakna apabila it is automatically wound up, dia resign, maka dia tidak bertanggungjawablah. Dia ber­tanggungjawab. Memang ketika dia masih menjadi ahli Lembaga Pengarah, apa yang dilakukan oleh syarikat ketika dia jadi ahli Lembaga Pengarah, dia bertanggungjawab. Jadi cuma kita membuka satu jalan kepada dia kerana sudah tidak boleh sangat bersefahaman dengan partner dia tadi, bagi satu jalan iaitu dia boleh letak jawatan dia dan kalau ianya tidak diganti, maka automatically it is wound up. lni cuma cadangan sayalah.

Saya fikir macam saya sebut sebentar tadi, kalau kita kahwin, kalau tidak ada persefahaman, kita boleh cerai. Jadi, kalau dalam business kita

c

2067 10 OGOS 1992 2068

tidak boleh get along, tetapi Akta kata, "Tidak, you must get along", I think sukarlah bagi kita untuk memper­tahankan kedudukan seperti itu. Secara umum, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian sebab saya tengok bersungguh-sungguh Kementerian hendak memastikan bahawa tidak berlaku perkara yang boleh menyebab­kan iklim perdagangan kita dalam negara ini terjejas yang mana orang kata banyak penipuan yang berlaku di dalam perniagaan di tanahair kita ini.

Saya lihat bahawa dari segi kenaikan denda dan juga jel, kenaikan denda ini bukanlah sepertimana yang kita lihat dalam kenaikan denda-denda yang berlaku di bawah Akta-akta lain. Kalau kita tengok denda-denda ini dinaikkan di bawah Akta-akta Jain, kerana inflasi sebab kalau dahulu $200, sekarang jadi $250. Jadi kadarnya tidak begitu tinggi dan kenaikan denda itu ialah kerana inflasi. Tetapi kenaikan denda di bawah Akta Syarikat ini bukan kenaikan kerana inflasi. Kenaikan denda di bawah Akta 101 menunjukkan keseriusan, kesungguhan Kementerian untuk memastikan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dalam suasana perdagangan dalam tanahair kita.

Sebab itu saya ucap terima kasih kepada Menteri. Coma satu sahaja saya minta-ini bila sokong ada sokong cuma-iaitu soal Polis. Kita hendak tunjuk kepada orang bahawa kita adalah serius dalam soal hendak menghalang ber!akunya penipuan dalam perniagaan.

Saya tengok dalam Akta ini pun ia kata "Yang berhak untuk datang menggeledah ialah inspektor". Sa ya mahu kalau boleh Akta letakkan pangkat itu tinggi sedikit. Bagi inspektor ihi kita letak ASP. Saya

bukan kata tidak yakin dengan inspektor, tidak, tetapi kita tahu bahawa inspektor ini merupakan satu pangkat, selalunya pangkat permulaan bagi orang-orang yang mahu masuk di dalam police force. Jadi, dia baru, bila dia baru, maklumlah bila baru, muda, jadi macam mana kita hendak serahkan satu perkara yang berat untuk dia menggeledah? Kadangkala dia masuk dalam office hu pun dia tak tahu apa benda dia hendak cari. Sebab itu kalau Kementerian benar-benar, beria-ia bersungguh-sungguh untuk menun­jukkan bahawa kita memang serius untuk menghentikan perbuatan penyelewengan ini berlaku dalam syarikat dalam tanahair kita, maka kita tunjukkan bahawa penggeledahan, penyiasatan hanya boleh dilakukan oleh ASP ke atas. Barulah nampak serius sedikit, barulah kita yakin kalau ASP datang, saya kira kalau ASP, saya tidak tahu apa paku dia ada, maknanya bersungguh-sungguh. Tetapi kalau inspektor yang datang, jadi nampak macam kita tidak s~rius hendak menyelesaikan masalah. Sebab kadang­kala kalau berlaku dalam police force itu sendiri, kalau ASP malas pergi, "Hah, you inspektor, you pergilah". Jadi, ini seolah-olah sambil lewa. Sebab itu, kalau boleh, saya cadangkan supaya pangkat itu ialah ASP ke atas, bukan inspektor ke atas. Jadi, ini pandangan saya secara umum berkenaan dengan pindaan terhadap Akta Syarikat ini.

Secara khususnya saya ingin bangkitkan beberapa perkara di dalam Akta ini. Pertamanya, mukasurat 2 .......

Jen (8) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Yang Berhormat, Yang Berhormat minta tunggu sebentar, ya. Mengikut Peraturan Mesyuarat, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Azman Atar untuk menggantikan saya sebentar. Dipersilakan Yang Berhormat.

2069 10 OGOS 1992 2070

(Tuan Haji Azman Alar bin Othman mempengerusikan Mesyuarat)

Tuan Haji Azman Alar bin Othman: Dipersilakan seterusnya.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. J adi, secara khusus saya ingin bangkitkan beberapa perkara. Pertamanya, mukasurat 2 di bawah Fasal 4, Seksyen baru 7B, 7C dan 7D.

7B(l), "Power lo conduct inspec­tion", di antara Iain, ia mengatakan:

" ... the Registrar may have access to any place or building and may inspect ...... "

Perkataan yang penting di sini yang saya hendak bangkitkan ialah "may" dalam ayat " ... the Registrar may have access ... ". Jadi, perkataan umay"" ini tidak kuatlah, sebab kalau Registrar ini dia masuk m·enggeledah, menyiasat bangunan, oleh kerana perkataan "may" ini, syarikat yang digeledah itu boleh bawa Pendaftar ini ke Mahkamah untuk mempertikaikan tentang haknya untuk menggeledah sebab perkataan .. may"-"may" ini bermakna "boleh". So, dengan perkataan "boleh" ini, maknanya dia boleh dipertikaikan. Saya cadangkan "may" ini kita buang, kita bubuh "shall"-"akan". Bila kata "Pendaftar akan atau shall have access", so there is no question about it dan tidak boleh dibangkitkan lagi. Maknanya syarikat tidak boleh persoal lagi sepcrti "Apa Pendaftar ini, dia ada hakkah menggeledah syarikat saya?", kalau Akta mengatakan dia "shall have". Sebab Akta kata "may have'\ ini masih lagi boleh dipertikaikan dan dia boleh dibawa ke Mahkamah. Tetapi kalau kita kata "Pendaftar ada hak" ataupun "akan memasuki", maknanya Akta sudah beri kuasa dan ia tidak boleh dipertikaikan. Dia ini tidak boleh bawa ke dalam Mahkamah, dengan

izin, because the Act has given the right to the Registrar to go into any place or building.

Jadi, kalau kita lihat daripada segi Akta ini, banyak kuasa yang hendak kita beri kepada Pendaftar supaya dia mempunyai segala bantuan yang diberikan kepadanya untuk mengatasi masalah yang berbangkit dalam soal syarikat ini. Sebab itu, kalau boleh, saya cadangkan pindaan iaitu " ... the Registrar shall have access ... " supaya jangan Pendaftar ini rasa bimbang sebab kalau dia masuk, nanti kalau syarikat itu bawa dia ke Mahkamah, susah pula dia. Tetapi, kalau kuasa itu dijadikan sebagai "shall have access", maknanya dia tidak payah bimbang, dia boleh jalankan tugas, dia tidak perlu takut iaitu syarikat akan challenge his right in court. Sebab itu saya rasa kalau kita benar-benar hendak memberikan kuasa yang banyak kepada Pendaftar sepertimana yang kita lihat ada pada hari ini, we might as well give him the full power. Jadi, saya cadangkan "may" itu digantikan dengan perkataan "shall".

Dalam mukasurat yang sama juga­seksyen baru 7B(2). Ini juga mengenai pcrkataan "may", iaitu:

" ... the Registrar may by notice in writing ... "'

Kalau kita letakkan perkataan "may" dan bukan "shall", masalahnya adaJah dua. Kalau kita kata "Registrar may by notice in writing .. ", maknanya kita beri budi bicara kepada Registrar, iaitu sama ada dia hendak hantar notice by writing pun boleh, dia tak mahu hantar pun boleh. Yang menghadapi masaJah nanti ialah syarikat yang hendak digeledahkan itu sebab dia tidak dapat notis, sebab ini ada budi bicara Registrar. Registrar ini "may by notice in writing require ... ". Dia hendak tulis pun boleh, dia tidak mahu tulis pun boleh. Kalau kita hendak menyelesai­kan masalah, dan untuk berlaku adil

2071 IO OGOS 1992 2072

kepada syarikat yang akan digeledah, kita kata "Registrar shall by notice ... " supaya Registrar tidak ada budi bicara sama ada dia hendak hantar notice by writing ataupun tidak, tetapi dia kena hantar notice by writing supaya syarikat yang akan digeledahkan itu akan tahu bahawa ia akan digeledah. Sebab itu perkataan "may" ini kita tukar lagi, kita kata "shall" supaya berlaku adil kepada syarikat yang hendak digeledahkan itu • dia tahu sahaja mesti ada notice in writing, maka dia kenalah. Tetapi kadangkala kalau kita kata "may", maknanya ia adalah budi bicara Pendaftar. Pendaftar mungkin tidak buat notice in writing to the syarikat, mungkin dia hubung dengan phone ataupun apa. So itu tidak adil kepada syarikat yang hendak digeledah sebab semua perkara ini must be in writing.

Jadi, sebab itu saya cadangkan dalam perkataan "For the purposes of this section, the Registrar may by notice in writing ... ", bagi perkataan 0 may'1 ini kita bub uh "shall". Kita bubuh "shall", bermakna Registrar tidak ada budi bicara dan kalau dia itu hendak check, dia mesti hantar, dengan izin, notice in writing, and that is only fair to the company which is going to be investigated.

Mukasurat 3, "Power to conduct investigation" di bawah seksyen barn 7C(2). Di sini dia mengatakan, dengan izin:

"Whenever it appears to any Magistrate upon written information and after such enquiry as he thinks necessary ... ",

Oleh kerana kita hendak beri kuasa kepada Pendaftar ini, bila letak perkataan "and" di situ, bermakna Pendaftar mesti buat, sebab di sini ada disebut "upon wriuen information" dan setelah enquiry ataupun penyiasatan dibuat. Saya bimbang apabila benda ini, iaitu Pendaftar kena ada enquiries

dan, dengan izin, by the time you have the enquiries, the company will know what is going on dan dia akan sembunyikan segala maklumat itu. Sebab itu saya ingin cadangkan iaitu kita gugurkanlah perkataan "and after such enquiry as he thinks necessary" · gugurkan ini semua. Kalau kita hendak siasat, kita siasat dan dalam seksyen­seksyen lain, kita hendak beri kuasa penuh kepada Pendaftar, tetapi dalam seksyen ini kita pula katakan dia mesti buat penyelidikan. Penyelidikan ini, kita hendak buat maknanya dibuat dengan sulit. Mesti ada orang mengetahuinya. Jadi, apabila hendak buat penyelidikan, ini bukan boleh dibuat dalam satu-dua hari. Kita bergerak mulut sedikit, orang tahulah. Dalam masa seminggu kita hendak buat, semua bukti-bukti telah disembunyikan ataupun telah dibakar dan tidak ada bukti yang boleh didapati pada enquiry ini. Jadi, saya ingin mencadangkan kita drop perkataan "and after such enquiry as he thinks necessary," itu buang. Drop it. Jadi, sepatutnya dibunyi "Whenever it appears to any Magistrate, upon written information that there is reasonable cause .... "Cukup. Tidak payah dia hendak membuat enquiry lagi dan sebagainya. Sebab ini kita terlibat dalam perkara yang mana bukti-bukti itu boleh digugur dan disembunyikan. Sebab "time is essence", masa itu penting, maka cadangan saya, kita gugurkan perkataan yang saya telah sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, mukasurat 4, dalam perkara yang sama, 7c(4). Di sini, daripada perkataan "The Registrar may grant.. .. " dan seterusnya hingga ke barisan 5, "investigation under this Act if such person is entitled to inspect such accounts, book or document under this Act." Say a ingin bertanya iaitu perkataan "if such person is entitled" Pada pandangan siapa ini . "if such person is entitled." Siapa yang hendak menentukan "whether that person is entitled." Siapa yang hendak

2073 10 OGOS 1992 2074

menentukan? Ia terlalu umum. Jadi, sebab itu saya rasa kita letakkan perkataan "if such person is entitled", tambah dengan perkataan "in the opinion of the Registrar." Mengikut pandangan Registrar, dia berhak untuk "entitled to inspect such accounts." Jadi, adalah orang yang bertanggung­jawab yang hendak menentukan siapa yang "entitled to inspect." Kalau dia macam ini sahaja, maka orang akan membangkitkan kes ke mahkamah lagi. Bangkitkan soal bukan bukti itu sahib atau tidak, tetapi siapa yang berhak untuk "inspect". Saya minta iaitu dibawa ke dalam Akta ini supaya diberikan tanggungjawab kepada sesuatu orang bahawa dia berhak untuk menentukan siapa yang berhak untuk inspect. Jadi, sebab itu saya minta perkataan "in the opinion of the Registrar", kita tambah selepas perkataan "entitled". Jadi, ini akan membunyi "If such person is entitled in the opinion of the Registrar." Saya ingat ini kita beri tanggungjawab kepada seorang untuk menentukan siapa yang berhak untuk inspect supaya ianya tidak akan dibangkitkan sebagai satu isu pula dalam mahkamah untuk menentukan sama ada orang itu "entitled" ataupun tidak.

Mukasurat 4, perkara 7D.(I), sekali lagi saya minta bahawa perkataan "may" itu hendaklah diletakkan dengan "shall''. Tujuan saya menyatakan mengapa ia hendak diletakkan dengan "shall" sebab ia ada dua perkara. Supaya pendaftar tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dipersoalkan berkenaan dengan kepulusannya untuk membenarkan seseorang itu di'investigate '. Sebab bunyinya di sini, "for the purpose of any investigation, under Section 7, the Registrar may by notice in writing." Jangan .. may". "shall" terus. Maknanya kuasa kepada pendaftar dia beri notis. Jadi, kalau perkataan "may" ini, mana orang boleh dipersoalkan. Pendaftar ini sebenarnya ada budibicaranya dan bila benda ini

boleh budibicara, orang boleh bersoal budibicara sama ada dalam menjalankan, membuat keputusan budibicara kita ini, sama ada kita telah memikirkan semua faktor di sebaliknya. Sebab itu, kita kata Registrar jangan meletakkan mereka ke satu tempat yang mana dia terpaksa pergi ke mahkamah. Keputusannya itu akan dipertikaikan. Sebab itu kita kata "shall''. Maknanya "Registrar shall by notice." Jadi, kalau .....

Tuan Dahalan bin Haji Embun: (Bangun)

Tuan Haji Azman Alar bin Othman: Yang Berhormat Tuan Dahalan bin Haji Embun hendak minta penjelasan.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, mengenai "may" atau "shalln ini, "may give notice." Kalau dia beri notis, the mode of different notice may be some other notice, by telephone ataupun cara lain. Orang pergi ke rumah hendak beritahu. !tu satu. Tetapi soalan saya ini "may not" - "Registrar may not give notice." Jadi, mengikut tafsiran ini, saya hendak bertanya Yang Berhormat, kalau Registrar terns tidak beri notis, bolehkah dia gelidah pejabat tadi?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau saudara Yang Berhormat sebutkan tadi, "may" bermakna kalau bukan dengan writing, kita boleh buat dengan telephone call, yang ini kita tidak mahu. Sebab bila kita kata "by telephone call", siapa pun boleh call. Dan soalnya notis itu diberi atau tidak boleh dipertikaikan sebab syarikat kata "! only hear from your clerk," dengan izin. Jadi, ini dipertikaikan tetapi kalau "by writing" bermakna "shall", maknanya tidak ada pilihan. Mesti dengan writing. Bila dengan writing, itu bermakna bukti. Written notice is a full proof to show

2075 10 OGOS 1992 2076

that a notice has been given. Kalau tidak, by phone call or by going to the house, dengan izin, maknanya ini semua boleh dipertikaikan. Yang pergi itu mungkin orang - kerani pendaftar. Jadi, orang akan pertikai apakah notis menerusi lisan daripada kerani pendaftar itu adalah dianggap sebagai "the correct notice" boleh dipertikaikan. Sebab itu saya katakan mesti "shall" give by writing. Kalau di !tini, macam Yang Berhormat Tuan Dahalan kata "the Registrar may not give notice", itu bercakap dari segi negatif. "The positive and negative, may not give by writing" bermakna serupa juga. Kalau "may not give by writing", mungkin "by word of mouth". So, dengan izin. it comes to the same thing. Soalnya sama ada kita hendak ambil pendekatan dari segi positif ataupun negatif, itu sahaja. Tetapi soal sama juga.

Tuj uan say a katakan ini ialah pertamanya untuk, jangan membim­bangkan Pendaftar itu bahawa perbuatan itu boleh dibangkitkan dalam mahkamah dan dia akan bimbang. Kalau orang boleh "take him to court, then he will not be able to conduct his investigation properly", dengan izin. Sebab itu kita hendak "by writing", "shall give by writing". Dan apabila kita kata "shall give notice in writing", it is also fair to the company. Syarikat itu akan terima by writing. Maknanya kalau tidak ada return notice by Pendaftar, saya tidak peduli sama ada kerani datang memberitahu sayakah, sama ada dia telefon sayakah, "it does not apply because only by written notice" sahaja yang kita harus buatkan.

Sebab itu, sekali lagilah saya katakan di sini iaitu perkataan "may" ini, kita tukarlah dengan "shall". Lagi pun bukankah kita hendak menye­lesaikan masalah. Let's be firm and positive in this matter. Jadi, ia tidak

akan berlaku kurang adil kepada mana­mana pihak.Kita akan berlaku adil kepada semua pihak, kepada Pendaftar yang menyiasat dan juga kepada syarikat yang hendak kena siasat.

Mukasurat 4, 70(2), sebagai seorang peguam saya rasa bimbang sedikit. Kerana kalau kita tengok 7D(2), m ukasurat 4, di ba wah sekali, line 3 daripada bawah, dengan izin, "and shall not refuse to answer any questions on the ground that he intends to incriminate him. "Kalau benda ini kita baca macam itu sahaja, mungkin kita rasa okay, "adil", tidak apalah sebab semua orang kena cerita walaupun ianya akan "incriminate the person."

Kalau kita baca setakat itu tidak apa tetapi kalau kita pergi ke mukasurat 5, dalam subseksyen (4), dengan izin:

"(4) Any statement made and recorded under this section shall be admissible as evidence in any proceedings under this Act in any court, either against the person who made it or any other person."

Makna kalau saya membuat confession atau membuat statement di bawah 7D(2) ini, saya dikatakan saya mesti membuat statement walau pun ianya akan incriminate saya. Tetapi dalam seksyen yang sama saya boleh didakwa atas statement yang saya buat, which is not fair. Kalau hendak ambil kes dengan saya, biar ada fair trial. Maknanya kalau saya ada kes, cerita awal-awal kepada saya. You have got a case. Bila I have a case, dan saya tidak akan buat statement seperti yang disebut di sini sebab statement ini kata saya tidak boleh. Saya kena beri maklumat walaupun dia boleh mensabitkan saya. Tetapi kalau saya tidak kena caj, tidak mengapa. Tetapi kalau di dalam 7D(4) ini, statement saya itu boleh digunakan "against me" kalau saya didakwa. That is not fair. Kalau saya hendak,didakwa pun biarlah

2077 10 OGOS 1992 2078

trial. Have a fair trial, mengikut prinsip justice must not only be done but must be seen to be done. Jadi, saya merasa bimbang sedikit daripada segi prinsip, undang-undangnya tidak betul. Kalau maknanya saya dipaksa mesti buat statement walau ia boleh incriminate saya, tetapi dalam seksyen yang sama saya diberitahu bahawa segala apa yang saya tulis ini boleh digunakan against me kalau saya didakwa di mahkamah. Jadi, saya minta kalau boleh kita fikirlah sedikit sebab di sini begitu clear iaitu bahawa "justice is not being done". Maknanya belum saya kena dakwa lagi, sebab orang ini tidak salah melainkan kalau dia sudah didakwa dan didapati bersalah. Kalau setakat bukti begitu sahaja, belum bersalah lagi. Sebab itu, saya minta kepada Kementerian daripada segi prinsip undang-undang, fikirlah kembali perkara ini kerana saya merasakan bahawa ianya tidaklah begitu adil kepada orang yang membuat statement di bawah seksyen 7D(2) ini.

Mukasurat 6, Fasal 6, Seksyen 13(2A) bendanya sama "may" itu kita tukar kepada "shall". Saya mahu apabila kita meminda Akta ini, kita pinda dengan tujuan untuk memastikan Pendaftar mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah yang mana kita harap dia boleh selesaikan. Jadi, dengan alasan yang sama saya harap bahawa perkataan "may" itu hendaklah diletakkan dengan "shall". Apatah lagi kalau kita tengok di bawah seksyen 13 mukasurat 6 ini, denda yang hendak dikenakan itu agak berat - $5,000. Maka let us be fair also to the corporation sebab kita tengok di sini kalau default in complying with the notice, penalty is $5,000. Jadi, to comply with the notice ini, make sure the notice is written. Sebab kalau menerusi telefon, kemudian kesahihan notice by telephone itu boleh dipertikaikan dan orang itu hendak dikenakan $5,000 kalau dia default, saya ingat tidak adi!. Kalau dia hendak

dikenakan denda $5,000 kalau dia default on notice, make sure the notice is written. Maknanya notis itu adalah notis yang bertulis. Oleh sebab itu, saya minta supaya "may" ini juga ditukarkan kepada "shall".

Yang terakhir sekali, mulrasurat 21, Seksyen 139 berkenaan dengan company secretary. Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh rakan saya, Yang Berhormat Tuan Rahim dari segi menangani syarikat sama ada sebagai Pengarah ataupun setiausaha biarlah ada hadnya. Sebab yang pertamanya kita ini bukan superhuman. Saya dengar ada seorang pegang syarikat sampai 200 pun ada. Are we to believe? Kita boleh percayakah bahawa dia mempunyai masa untuk semua 200 syarikaL Kalau satu hari satu syarikat, bermakna daripada syarikat pertama kita hendak mari balik tum dia, 200 hari lagi. lni kita kata bahawa kita hendak mengemaskinikan soal syarikat ini supaya orang lebih yakin. Tetapi kalau sampai seorang dia boleh pegang 200 syarikat ataupun sebagai pengarah kalau tidak pun sebagai setiausaha syarikat. Apakah kita yakin dia boleh menangani masalah 200 syarikat dengan baik dan kita berpuas hati. Saya tidak yakin. ltu yang pertama.

Yang kedua, apabila seorang pegang 200 syarikat dan kita tengok kadang­kala pegawai tinggi Kerajaan yang telah retire, berebut orang hendak ambil dia sampai pegang banyak syarikat. Ada seorang bila dia retire, mungkin dia pegang sampai 10 atau 20 syarikat. Tetapi pegawai Kerajaan yang retire bukan dia seorang. Ramai lagi KSU-KSU yang lain atau Timbalan KSU yang lain yang telah berhenti. Takkan dia seorang sahaja hendak pegang sampai 200 syarikat, agih­agihlah sama. lni masalahnya, sebab bila tidak ada had bermakna dia seorang. Kalau seorang itu Superscale A, semua syarikat hendakkan dia. dia

'

•.

2079 JO OGOS 1992 2080

berhenti dan last posting sebagai Chief Secretary, semua berebutkan dia. Macam mana dengan KS U yang lain ini. Apakah dia tidak ada kemampuan untuk menjadi Lembaga Pengarah? Sharelah sama, agihlah, jangan dia seorang hendak pegang sampai berebut orang, sehingga 100 syarikat semua hendak ambil dia sahaja. Kita agihlah sama, KSU Kementerian Pertahanan atau KSU Kementerian ini. Saya sokong pegawai Kerajaan ini.

Oleh sebab itu, had kepada Pengarah pegang syarikat ini, kita mesti hadkan. Contohnya Yang Berhormat sahabat saya sebut 20, ya saya setuju 20 ataupun kurang lagi. 5 cukuplah sebab bila orang itu pegang 5, makna kita akan tahu dia akan tumpukan masa dia sebagai Pengarah kepada 5 syarikat itu. Kita pun percaya. Kalau dia kata "saya jadi Lembaga Pengarah, saya bukan main golf sahaja, saya jaga," saya percaya sebab dia pegang 5 syarikat sahaja. Tetapi kalau dia pegang 200 syarikat, dia hendak beritahu kepada saya bahawa dia handle semua, itu menipulah.

Sebab itu, saya kata saya bersetuju dengan sahabat saya berkenaan dengan pemegangan Lembaga Pengarah syarikat, kita hadkanlah sebab kita hendak memastikan tiap-tiap pengarah ini menjalankan tugasnya dengan baik. Kita tidak mahu pengarah semata-mata menjadi pengarah. Dia sign sahaja, dia dapat elaun dan dia tidak kisah dengan syarikat hendak jadi apapun. Kita mahu Pengarah Syarikat dalam hendak mencapai Wawasan 2020 ini mesti daripada sekarang memastikan Pengarah itu mengambil berat tentang perkara yang berlaku di dalam syarikat dia. Sebab itu kita tidak boleh beri dia lebih daripada 5. Ini kita serius bukan kita main-main. Itu pertama.

Yang kedua, kita hendak agih. Di dalam masyarakat negara Malaysia kita ini, kita tidak menghadapi ketandusan orang-orang yang boleh menjadi Lembaga Pengarah. Kalan diberikan kesempatan yang sama mungkin lebih

baik pun kita boleh buat. Oleh itu, saya mencadangkan dan menyokong sahabat saya supaya dihadkan menjadi Lembaga Pengarah ini kepada 5 syarikat sahaja, cukup - jangan lebih daripada itu. Kalan lebih daripada itu kita tahu dia menipu, bukan dia membuat kerja, dia hanya duduk, pagi­pagi kadangkala main golf sahaja, dia tidak tahu apa pun yang berlaku dalam syarikat dia. Ini benar berlaku. Jadi kita hendak mengelak, bukan sahaja kita hendak menahan orang yang hendak menipu, tetapi Pengarah yang tidak menjalankan tanggungjawabnya, inipun kita hendak kena check, supaya orang yang menjadi Pengarah benar­benar faham tentang perjalanan syarikat yang mana dia menjadi ahli Lembaga Pengarah.

Dalam soal yang sama mengenai setiausaha. Setiausaha ini saya rasa memang sudah sampai kepada masanya. Saya ucapkan tahniahlah, walaupun Menteri tidak ada, tetapi Setiausaha Parlimen ada. Saya ucapkan tahniah, hightime, sudah sampai pada masanya, kalau betul kita hendak pastikan perjalanan syarikat ini baik, setiausaha dia itu penting, sebab setia­usaha inilah yang akan memastikan iaitu sama ada minit-minit mesyuarat ini berjalan dengan baik, akaunnya pun baik, dan dia akan memastikan kalau sudah setahun tidak bermesyuarat, ingatkan kepada Pengerusi untuk mengadakan mesyuarat, kerana sudah setahun tidak bermesyuarat. Ini penting. Sebab itu kalau dia itu memegang jawatan yang penting, maka kita harus adakan peruntukan yang mana Pendaftar boleh memastikan bahawa mereka menentukan siapa yang berhak untuk menjadi setiausaha dalam syarikat-syarikat yang didaftarkan ini.

Saya lihat di sini iaitu; dengan izin:

•• 139A. No person shall act as a secretary of a company unless-

( a) x x x x x x x x x x x x x x

(b) he is licensed by the Registrar for that purpose: .. _ ..

2081 10 OGOS 1992 2082

Saya minta supaya Kementerian menyediakan jadual untuk membantu Registrar bagi memastikan kerana dia berhak memberi lesen for the purpose of becoming a company secretary. Kita mesti sediakan jadual supaya menjadi garispanduan kepada Pendaftar, untuk dia membuat keputusan sama ada orang ini berhak ataupun tidak menjadi setiausaha syarikat, sebab kalau kita biarkan macam itu sahaja dia kelam­kabut, apa panduan dia, hak dia hendak membuat keputusan untuk memberi orang ini lesen ataupun tidak. Jadi saya harap supaya jangan benda ini diserahkan bulat-bulat kepada Pendaftar, saya minta Kementerian yang memutuskan jadual ini sebagai satu garispanduan kepada Pendaftar untuk membolehkan seseorang itu mendapat lesen sebagai setiausaha syarikat.

Yang akhir sekali, muka surat 22. Seksyen 139c ( l) · ini menyatakan syarat-syarat yang boleh; dengan izin:

"139c. (!) A person shall be disqualified to act as a secretary ... "

Seksyen I 39c(3) menyatakan, dengan izin:

"139c. (3) If a person continues to act as a secretary for a company after he is so disqualified under this section without leave of the Court, he and every director who knowingly pertnits him to act in that capacity shall be guilty of an offence."

Yalah dia guilty, tetapi apa dendanya? Betullah dia guilty, maknanya he is guilty of an offence. Jadi guilty sahaja, tidak ada disebut akan didenda Pengarah itukah. atau orang itukah $5,000 ataupun jel. Saya minta tolong penuhi (complete) seksyen ini yang mana orang yang melakukan kesalahan ini sebutlah berapa dendanya, jangan kita sebut dia guilty of an offence. Kita tidak ada

kenakan denda apa-apa terhadapnya. Jadi saya mgm minta supaya Kementerian tambah di situ, kenakan apa dendanya, jelkah, finekah.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Yang di­Pertua yang penuh kesabaran mendengar satu persatu perkara yang saya bangkit secara terperinci.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di atas kesungguhan untuk memastikan bahawa iklim perdagangan tanahair kita ini adalah baik supaya dapat meyakinkan Jagi pelabur-pelabur asing datang ke negara kita, untuk melaburkan wang mereka dalam syarikat-syarikat yang ada dalam tanahair·kita ini.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih serta tahniah dan dengan ini saya menyatakan iaitu bahawa saya menyokong Rang Undang-undang Akta Syarikat (Pindaan) 1992. Terima kasih.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Dahalan bin Haji Embun.

6.07 pig.

Tuan Dabalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya meng­ucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama membahas dan seterusnya menyokong di atas Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 1992.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya kedua-dua Ahli Yang Berhormat sebelum daripada saya tadi telah pun membuat kupasan, ulasan dan telah pun dicincang semuanya ke tahap yang begitu detail, jadi saya tidak akan sebul lagi apa yang lelah mereka sebul. Waiau bagaimanapun, saya akan

2083 10 OGOS 1992 2084

bercakap secara umum dan mungkin kbusus kepada Rang Undang-undang ini di atas satu ataupun dua perkara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana berusaha untuk membawa satu peraturan atau panduan untuk kendalian syarikat-syarikat supaya ini mengikut kehendak Kerajaan dan rakyat, begitu juga untuk public corporate, lebih-lebih lagi pelabur­pelabur luar negeri memberi keyakinan penuh kepada pihak Kerajaan kita supaya ramai lagi pelabur asing akan masuk ke negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita faham sungguhpun ada undang­undang, peraturan dan sebagainya masih ternampak lagi loopholes yang begitu luas untuk penjenayah white collar ataupun commercial crime ini, memang mereka sudah nampak, kalau undang-undang begini dia pusing ke sana, memang ada lubang, ada celah­celah umuk mereka bergiat. Jadi modus operandi white collar criminals ini susahlah kita hendak kesan, tetapi seperti saya sebut tadi, sungguhpun kita ada peraturan ini, mereka tetap dengan objektif mereka untuk hendak mengaut wang daripada rakyat, daripada bank-bank dan daripada mana sahajalah yang ada supaya wang ini jatuh ke tangan mereka. Mereka tentu sekali mengaturkan strategi-strategi, taktik-taktik dan teknik-teknik yang susah kita kesan dan susah kita hendak mengambil tindakan.

Saya ingin menyentuh dalam sampingan ini iaitu Seksyen 24, banyak perkara-perkara oleh sebab saya sebut tadi loopholes bukanlah saya expert dalam ini tetapi saya dapati sungguh­pun kita ada Seksyen 24 ini, iaitu menyekat menjadi Pengarah di syarikat lain sekiranya syarikat yang ~ekarang itu bermasalah. Jadi tujuan white collar criminal ini memang hendak control duit, kontrol sistem dan kontrol orang.

Inilah mustahaknya - "sistem, orang dan duit", bagaimana dia hendak

· kontrol, bagaimana hendak ambil, hendak beri wang jatuh ataupun macamana hendak mempengaruhi seseorang itu supaya mengikut apa yang dicakap.

Inilah yang saya sebut secara halus tadi, sungguhpun kita ada sistem, tetapi dia ada cara untuk hendak mengelak daripada sistem tadi. Salah satu daripada loopholes yang saya nampak ini, iaitu kita sebut tadi 'S yarikat' iaitu Sendirian Berhad, Public Limited Companies, listed ataupun non-listed. Tetapi untuk seseorang hendak menipu, dia boleh tubuh juga benda yang lain, di bawah akta perniagaan sebagai seorang proprietor, sebagai partnership, partnership pun boleh sampai 25 orang ahli, kalau saya tidak silap, boleh juga dia kumpul modal daripada situ dan boleh juga bergiat sebagai halal. Ini kalau dia hendak buat secara halallah. Tetapi ramai orang buat pun tidak secara halal. Tanpa pendaftaran pun dia boleh tipu juga - yang banyak kita nampak. Ini salah satu cara.

Jadi, saya hendak tahu sama ada Rang Undang-undang ini meliputi undang-undang sole proprietorship dan partnership. Adakah sekatan ini hanya untuk dalam syarikat sahaja tidak termasuk sole proprietorship dan partnership. Maknanya secara legal mereka dapat j uga mem buat business.

Berhubung dengan ini juga, kita dapati kuasa resolution sama ada AGM atau EGM. Saya bukan director tetapi saya boleh sign cheque. Yang mustahak sekali saya kata tadi, hendak tipu duit. Kalau director pun tidak boleh sign cheque tidak boleh keluar duil juga.

Jadi di sini, kalau saya tidak jadi director lagi dalam satu syarikat ataupun dalam mana-mana syarikat, oleh sebab Rang Undang-undang ini, saya boleh juga sign cheque oleh sebab

2085 10 OGOS 1992 2086

resolusi syarikat tadi telah pun membenarkan saya sign cheque di bank itu untuk hendak mengeluarkan wang. ·

Jadi, ini satu perkaralah saya ingat sebagai satu loophole yang patut kita tengok secara halus. Banyak cara lagi. Cara •cPower of Attorney". Ini kuasa kuat. Absolute power, dia boleh beri kepada seseorang itu. Jadi, tidak perlu dia ada syarikat, dia ada P.A. pun sudah cukup. P.A. tadi dapat dikuat­kuasakan di mahkamah. Mahkamah tidak akan menghalangnya, oleh sebab dia ada pegang P.A. Jadi, inilah salah satu daripada caranya.

Begitu juga dalam AGM, mesyuarat­mesyuarat syarikat. Sungguhpun kita tidak jadi Pengarah, tetapi kita boleh menjadi substantial shareholder. Kita boleh kontrol dalam AGM, oleh scbab kita shareholder. Kita berhak untuk hendak menghadiri mesyuarat tadi. Boleh juga kita kontrol melalui pegangan share tadi. Ataupun kita menjadi sebagai seorang manager dalam syarikat itu. Sebagai Adviser mungkin tidak bolch, secara trustee, oleh sebab ini sudah termasuk. Ataupun secara memegang blank shares, hanya kemudian sahaja kita masukkan nama, membuatkan transfer.

Jadi, saya nampak banyak betullah cara-cara modus operandi untuk white collar macam mana hendak meng­elakkan Rang Undang-undang ini. Maka perlulah rasa saya di tighten the knot sedikit. Tetapi bagaimana kita hendak tighten ini satu perkara yang amat rumitlah. Mungkin-saya tidak tahu, kalau hendak mengikut kepada undang-undang di bawah commercial crime, sama ada ini boleh dilaksanakan untuk hendak menguatkuasakan Fasal 24 tadi.

Jadi, inilah setengah-setengah soalan yang saya tujukan kepada pihak Kementerian. Selain daripada ini kita dapati ada juga syarikat-syarikat joint-

venture ini. Dalam Memorandum of Articles (M&A) sudah beri kuasa dalamnya kepada seseorang Pengarah itu. Dia diberi kuasa untuk membuat sesuatu. Jadi, bagaimana kalau sudah ada conflict antara peraturan dalam M&A dengan peraturan dalam Rang Undang-undang ini. Jadi, ini pun rasa say a satu perkara yang patu t kita tengok.

Tuan Yang di-Pertua, disebut tadi kita hendak mencegah keadaan ini supaya tidak berlaku. Sekiranya sudah berlaku, kita hendak ambil tindakan. Tetapi kalaulah sekiranya pula Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyoal di sini, yang insolvent company tadi. Kalau dah business trend begitu, dalam keadaan inflasi, dalam keadaan recession; ini genuine. Dalam masa genuine ini untuk survival orang buat apa sahaja. Macam-macam business trick to survive. Macam manakah kalau ini terjadi juga? Company sudah jadi insolvent juga? Kita bukan hendak tipu but it is a business trick to survive? Kita ikut semua business etiquette. Tetapi kalau selepas kita ikut ini pun dia jadi juga atau terpaksa menjadi insolvent juga, jadi bagaimana kedudukan Pengarah-Pengarah tadi. Saya ingin tahu sangatlah, pasal ini history boleh berulang.

Jadi, perkara ini pun rasa saya pihak Kementerian perlulah beri penjelasan supaya kalau sudah keadaan macam ini janganlah pihak pengusaha pula tertindas sekali lagi, terus tidak boleh jadi Pengarah. Terus jadi bankrap. Bila sudah jadi bankrap hendak bayar hutang pun tidak boleh. Macam-macam masalah. Oleh itu, saya hendak penjelasan juga berkenaan dengan ini.

Selain dari itu, mengenai Pengarah­Pengarah yang jadi guarantor ini­jointly and severally. Bagaimana, kedudukan mereka pula di dalam keadaan begini seperti di Fasal 24 ini. Bila sudah jadi guarantor sudah tidak

2087 10 OGOS 1992 2088

boleh lari. Lebih-lebih lagi kalau personally. Tetapi di sini kalau jointly and severally as Directors. Kalau dia tidak jadi Director lagi rasa saya secara automatik dia tidak bertanggungjawab lagi. Tetapi bagaimana pula ini. Macam mana kita hendak bertanggungjawab kepada bank? Bank sudah tahu dia ini jointly and severally. Sudah sign ini sebagai guarantor. · Tetapi sekarang sudah terlucut daripada jadi guarantor. Saya pun suka begitu terlepaslah tanggungan untuk membayar hutang, kalau ini keadaannya. Kalau sekiranya Director ini tidak sign sebagai personal guarantor. Ini satu penjelasan yang saya minta jugalah.

Jadi, satu-dua perkara sahaja lagi yang ingin saya sentuh. Tadi saya telah sebut sedikit sebanyak mengenai ultra vires iaitu kegiatan-kegiatan yang kita buat melanggar daripada M&A. Rasa saya perlaksanaan Rang Undang­undang ini, mungkin akan melibatkan aspek ultra vires. Memang sudah ada konflik tetapi kita tengoklah macam mana kita hendak selesaikan masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, memanglah seperti Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelum saya telah menyebutkan tadi mengenai dua-tiga perkara yang lain lagi iaitu sebagai penipuan ataupun sebagai helahlah ini. Tetapi ini memang tidak jadi salah. Contohnya masukkan aset seperti tanahkah, bangunankah daripada personal kepada syarikat. . Kalau saya jadi Pengarah pun saya tidak mahu tanah saya ataupun rumah saya atau bangunan saya dinilai secara rendah. Mesti ada premium. Ini banyak berlaku supaya shareholding dalam syarikatnya itu pun naik sedikit, paid-up capital itu naiklah sedikit. Bila paid-up capital sudah naik, makna kata dia pun boleh dapat ratio yang lebih tinggi untuk mendapatkan pinjaman di bank-bank. Kalau dia ikut gearinglah.

J adi, say a in gin tahulah di bawah aspek ini di bawah undang-undang mana kita boleh dapat mencegahkan daripada berlakunya Pengarah­Pengarah yang membuat kegiatan ini, lebih-lebih lagi di syarikat-syarikat atau public company. Saya tidak ada buktilah, tetapi rasa saya memang benda ini berlakulah. Kalau betul-betul berlaku, saya minta pihak Kementerian membuat penyiasatan dan menge­luarkan satu peraturan supaya nilai sesuatu syarikat itu tidak menjadi begitu inflated daripada segi paid-up capital. Modus operandi mereka ini memang bijak, mereka tubuhkan syarikat, mereka inject masuk aset sebagai capital dengan tujuan hendak menjual syarikat itu kem udian dengan harga yang tinggi. Jadi orang tenipu -willing buyer and willing seller. Kalau syarikat itu memang begitu aktif, ada potensi untuk berkembang, itu tidak mengapa, tetapi kebanyakan hanya menjadi sebagai batu luncatan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sayu sebutkan tadi saya akan sentuh satu dua perkara sahaja khusus kepada Rang Undang-undang ini. Satu, mengenai Fasal 10 mukasurat 30, dalam penjelasan mengenai syarikat yang bertukar nama. Di sini diberi masa satu tahun supaya nama itu di'overlapped' dan selepas itu mereka boleh menggunakan nama baru. Itulah fahaman saya. Lebih-lebih lagi untuk syarikat public, saya rasa ini memang satu perkara yang wajar tetapi masa itu seelok-eloknya ditambahkan lagi ataupun dikekalkan untuk memberi masa yang lebih lama sedikit oleh sebab kadang-kadang public inipun 'short of memory' sangat. Bila dia sudah short of memory itu, macam­macam boleh jadi. ltu satu.

Kedua, mengenai setiausaha. Tentang age qualification yang 18 tahun atau 21 tahun itu memanglah ada kaitan dengan prestasi syarikat. Tetapi saya dapali selain daripada qualifi­cation umur ini, tidak disebut

2089 10 OGOS 1992 2090

qualification lain untuk hendak menjadi setiausaha syarikat. Dahulu ada ura-ura menyebut bahawa sescorang setiausaha syarikat ini mestilah profesional 1a11u yang memegang, sebagai contoh, daripada ACIS (Associate Certified Institute of Secretaries) ataupun kelulusan yang lain. Di sini kalau dihadkan pada 18 tahun, baru lepasan Form V, maknanya baru keluar sekolah. Kalan baru lepas sekolah apa yang dia tahu fasal syarikat? Orang suruh sign, dia signlah - tidak tahu langsung fasal syarikat ini. Kalau yang drop-out itu bolehlah sebab tiga, empat tahun mereka sudah bc;rniaga sedikit. tetapi kalau baru keluar sekolah ini apa yang mereka tahu? Hendak sign sebagai secretary tetapi tidak tahu langsung undang­undang hendak jadi secretary. Kalan dia buat salah, dia salah. Kita sudah tahu yang dia tidak tahu. dan kalau dia buat salah, dia jadi salahlah. Di sini siapa yang salah? Dia salah? Oleh sebab kita buat undang-undang macam itu. siapa yang salah, dia salahkah? Sebenarnya, kitalah yang salah. Sepatutnya kita beri latihan sedikit. Profesionalisme tadi kita patut mementingkan. Umur 16kah, l 7kah atau 18kah tidak menjadi hal.

Saya pun dahulu cuba hendak menjadi company secretary - banyak sangat borang-borang, macam-macam borang, setengahnya lawyer pun tidak tahu. Lawyer pun pergi ke pejabt itu dan bertanya borang apa yang hendak disubmit. lni cerita betul, bukan melawak, sebab saya pun terlibat dalam pemiagaan. Yang di-Pertua lebih-lebih lagi, dia sudah 30 tahun terlibat dalam perniagaan, dia lebih tahu. Tetapi kalau hendak suruh dia jadi setiausaha, mungkin dia tidak mahu, dia akan pergi jumpa Wong & Co. dan sebagainya. Jadi inilah satu haJ Jagi yang kita kena ambit perhatian.

Selain dari itu mengenai Fasal 30, iaitu resol usi yang telah ditandatangani oleh/atau bagi pihak kesemua anggota syarikat. Di sini tidak disebut mesti ditandatangani oleh berapa orang. Saya tidak tahulah dan mungkin ini akan dimasukkan dalam peraturan. Sebelum daripada ini, ada setengah bank minta satu signature, signature setiausaha pun cukup, dan ada setengah yang minta dua signature-setiausaha dan pengarah-dan ada setengah yang minta signature semua pengarah termasuk setiausaha untuk menanda­tangani ini-bukan semua shareholders tetapi semua pengarah termasuk setiausaha. Di sini ini tidak disebutkan. Setiausaha sahajakah, dua orang pengarahkah atau setiausaha campur dengan pengarahkah? Jadi vague sedikitlah, tidak clear-grey area. Kalau seseorang itu dia menjadi pengarah, dia buat resolution, dia sign. Jadi kita anggap ini dia sign bagi pihak Lembaga sebagai yang telahpun diluluskan dalam Mesyuarat Agung yang telahpun diadakan dengan sewajarnya. Kalau ada 5 orang pengarah dan seorang hendak larikan syarikat, dia sign dan bagi kepada bank kerana dalam itu ada disebut dia ada kuasa untuk meminjam bank, kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat dan sebagainya, maka ini akan men jadi satu masalah yang besar bukan kepada pengarah-pengarah yang lain dan shareholders sahaja tetapi membabitkan banyak pihak. Kita ketatkan di sana tetapi kita longgarkan di sini pula. Di sini disebut pula Mesyuarat Agung. Selalunya resolusi biasa dibuat dalam EGM sahaja (Extra­ordinary General Meeting). Apakah Mesyuarat Agung di sini boleh disamakan dengan EGM? Itulah yang saya hendak minta penjelasan yang sangatlah.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu, dua perkara lagi sebelum saya habis, iaitu pertamanya berkenaan 'goodwill'. Banyak orang tubuh syarikat mereka

2091 IO OGOS 1992 2092

gunakan goodwill sebagai "non-cash asset". Dia jadi consultant, dia buat working paper. Harga working paper, contohnya, untuk hendak pelihara undang $100,000 nilainya. ltu dimasukkan sebagai non cash asset, tetapi working paper itu adalah value. Tujuannya ialah hendak menaikkan paid-up capital. Ini banyak berlaku. Saya hendak tahu apakah pendapat pihak Kementerian tentang kegiatan sebegini? Di manakah kita letakkan nilai sesuatu goodwill itu? Sebenarnya ini tidak boleh dinilai dan setengah itu tidak ternilai. Inilah yang menjadi masalah tetapi dimasukkan juga ctr dalam Borang 24 atau 49, dan ini dianggap sebagai valid. Inilah satu perkara saya minta pihak Kerajaan atau Kementerian untuk memerhati.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengakhiri, mengenai juruaudit syarikat. Syarikat $2 pun dia kena ada juruaudit juga, $10 juta $20 juta pun kena ada juruaudit juga. Di sini ianya ditujukan kepada "juruaudit ber­tauliah". Kalau satu syarikat baru ditubuh dengan modal $2- syarikat $1: $1-kegiatan mungkin tidak ada. Tahun pertama dan kedua tiada apa-apa pun, dan setengah-setengah syarikat bumiputera ini hendak bergerak pun tidak boleh Iagi, oleh sebab tidak ada modal tetapi bila cukup tahun kena beri juga kepada akauntan dan kemudian kena hantar juga kepada juruaudit

L-Al7093.

bertauliah untuk mengaudit akaun­akaun ini. Ini rasa saya berat sedikit. Eloklah kita bahagi-bahagikan, iaitu bagi syarikat dengan sekian banyak paid-up capital mungkin tidak payah kita employ juruaudit bertauliah.

Tuan Haji Azman Alar bin Othman: Yang Berhormat Tuan Dahalan, panjang lagikah?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, sedikil, tidak sampai lima minit. Inilah permohonan saya. Selain dari itu, Tuan Yang di­Pertua, saya dapati oleh sebab masapun sudah cukup, sekian sahajalah dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang dan saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana masa sudah cukup, maka jikalau tiada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan, Yang Berhormat Menteri boleh menjawab pada petang esok.

Saya tangguhkan mesyuarat ini sehingga jam 2.30 petang esok, 11.8.92, hari Selasa. Dewan ditangguh­kan sekarang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.