pendakwa syarie lwn nor hafizah binti ab aziz - … syari… · di xxx pekan, pahang. [5 ......

20
1 Pendakwa Syarie Lwn Nor Hafizah Binti Ab Aziz [Mahkamah Rendah Syariah Sepang,. Kes Jenayah Bilangan : 10006-143-0041-2017 (Tuan Che Abdullah bin Che Hassan, Hakim MRS Sepang]. [22 Rejab 1438h bersamaan 19 April 2017m] Pertuduhan di bawah Seksyen 29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 (EJSS 1995) Penerimaan pengakuan bersalah Tertuduh - iqrar sama ada Mahkamah mempunyai pilihan dalam menjatuhkan hukuman selain daripada peruntukan di bawah Seksyen 29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah 1995 Pertimbangan Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman Penggantian hukuman dengan perintah pengkomitan ke rumah kebajikan yang diluluskan. FAKTA KES [1] Tertuduh Nor Hafizah binti Ab Aziz (No. K/P : XXXX) telah dipertuduhkan dengan kesalahan berkhalwat sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 di mana pada 26 November 2016 jam lebih kurang 03:00 pagi di dalam Bilik No.XXX COOP Hotel Beralamat XXXX Dengkil, Daerah Sepang dalam negeri Selangor didapati berada bersama dengan seorang lelaki bernama Shamsul Iqbal bin Sahat @ Ismail No. K/P : XXXX sedangkan dia bukan suami atau mahram Tertuduh, dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. [2] Tertuduh telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan tersebut setelah Tertuduh memahami pertuduhan, faham kesan dan akibat daripada pengakuan salah dan pengakuan

Upload: phungthu

Post on 06-Feb-2018

447 views

Category:

Documents


33 download

TRANSCRIPT

1

Pendakwa Syarie

Lwn

Nor Hafizah Binti Ab Aziz

[Mahkamah Rendah Syariah Sepang,. Kes Jenayah Bilangan : 10006-143-0041-2017 (Tuan Che

Abdullah bin Che Hassan, Hakim MRS Sepang].

[22 Rejab 1438h bersamaan 19 April 2017m]

Pertuduhan di bawah Seksyen 29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995

(EJSS 1995) – Penerimaan pengakuan bersalah Tertuduh - iqrar – sama ada Mahkamah

mempunyai pilihan dalam menjatuhkan hukuman selain daripada peruntukan di bawah Seksyen

29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah 1995 – Pertimbangan Mahkamah dalam menjatuhkan

hukuman – Penggantian hukuman dengan perintah pengkomitan ke rumah kebajikan yang

diluluskan.

FAKTA KES

[1] Tertuduh Nor Hafizah binti Ab Aziz (No. K/P : XXXX) telah dipertuduhkan dengan

kesalahan berkhalwat sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 29 (1) (b) Enakmen

Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 di mana pada 26 November 2016 jam lebih

kurang 03:00 pagi di dalam Bilik No.XXX COOP Hotel Beralamat XXXX Dengkil,

Daerah Sepang dalam negeri Selangor didapati berada bersama dengan seorang lelaki

bernama Shamsul Iqbal bin Sahat @ Ismail No. K/P : XXXX sedangkan dia bukan suami

atau mahram Tertuduh, dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan

perbuatan yang tidak bermoral.

[2] Tertuduh telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan tersebut setelah Tertuduh

memahami pertuduhan, faham kesan dan akibat daripada pengakuan salah dan pengakuan

2

dibuat dengan kerelaan tanpa wujud paksaan atau pujukan dari mana-mana pihak.

Mahkamah telah mensabitkan kesalahan Tertuduh di bawah Seksyen yang dipertuduhkan,

namun dengan mengambil kira watak, latar belakang Tertuduh serta setelah Mahkamah

mengambil kira beberapa faktor-faktor peringanan yang lain maka, Mahkamah telah

memerintahkan agar pensabitan tersebut dibatalkan dari rekod perbicaraan berdasarkan

peruntukan seksyen 97 (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003 yang dibaca bersama

peruntukan Seksyen 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan

Tertuduh telah diperintahkan sebagai ganti hukuman ditahan di rumah kebajikan yang

diluluskan (Baitul Ehsan).

DIPUTUSKAN

Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta-fakta kes yang dibentangkan,

alasan-alasan rayuan daripada Tertuduh serta hujah-hujah Pendakwa Syarie, DAN SETELAH

menimbangkannya maka Mahkamah dengan ini memerintahkan seperti berikut :

(1) Mahkamah membatalkan sabitan terhadap Tertuduh di bawah Seksyen 29 (1) (b)

Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9. Tahun 1995.

(2) Sebagai ganti hukuman, Tertuduh diperintahkan untuk ditahan di Pusat Perlindungan

Wanita Baitul Ehsan selama tempoh enam (6) bulan berkuatkuasa mulai hari ini.

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Mughni al-Muhtaj, jilid 2, muka surat 238

2. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, jilid 6, muka surat 16, 208-210

3

Dalil-dalil yang dirujuk

1. Surah al-Israa’ ayat 32

2. Surah al-Maidah ayat 33

Undang-undang yang dirujuk

1. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No. 9 Tahun 1995 -s. 29 (1) (b) dan s. 54

(2).

2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s.62 (1) dan (2)

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 – s.17 (2) dan s.18.

4. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 97 (2).

Kes yang dirujuk

1. Nurul Azreen Binti Johari lawan Pendakwa Syarie Selangor (Koleksi Penghakiman

JAKESS, jilid 1/2008 mukasurat 182-190).

2. Mohd. Ibrahim Bin Mohd. Shariff lawan Pendakwa Syarie Pulau Pinang (1999) 13 Bhg 2

JH 185.

3. Pendakwa Syarie lawan Jalil Bin Embong dan Zaliha Binti Endut – JH (1425H) JLD.

XVII BHG. 1, Jun 2004.

Penghakiman oleh Tuan Che Abdullah bin Che Hassan, HMRS Sepang:

[3] Kes ini adalah kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat di bawah

Seksyen 29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995. Tertuduh dalam

kes ini telah dituduh melakukan kesalahan berkhalwat pada 26 November 2016 jam lebih

kurang 03:00 pagi di dalam Bilik XXX COOP Hotel XXX Dengkil, Daerah Sepang dalam

negeri Selangor.

4

[4] Tertuduh dalam kes ini ialah Nor Hafizah binti Ab Aziz (No. K/P : XXXX) yang beralamat

di XXX Pekan, Pahang.

[5] Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan

memutuskan kes ini berdasarkan peruntukan seksyen 62 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran

Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah

Syariah (Negeri Selangor) 1995. Seksyen-seksyen tersebut memperuntukkan ;

62. (1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di

seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Rendah.

(2). Mahkamah Rendah Syariah hendaklah –

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang

dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah

(Selangor) 1995 atau mana- mana undang-undang bertulis lain yang

menetapkan kesalahan- kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang

baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-

mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau

pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh

mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Seksyen 29 (1) Mana-mana –

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada

seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana

tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang

5

boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak

bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[6] Pertuduhan terhadap Tertuduh ini telah dibacakan kepada Tertuduh pada 16 Januari 2013

seperti berikut :

“Bahawa kamu, pada 26hb November 2016 jam lebih kurang 03.00 pagi di dalam Bilik

No.XXX COOP Hotel XXX Dengkil, dalam Daerah Sepang dalam Negeri Selangor

Darul Ehsan didapati berada bersama dengan seorang lelaki bernama Shamsul Iqbal Bin

Sahat @ Ismail; No. K/P : XXXX sedangkan dia bukan suami atau mahram kamu yang

sah dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang

tidak bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di

bawah Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995 dan apabila

disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau

dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen dan

Enakmen yang sama.”

[7] Setelah disoal oleh Mahkamah, Tertuduh mengaku dengar dan faham pertuduhan dan

mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

[8] Bagi memastikan pengakuan salah tersebut diberikan oleh Tertuduh ini atas kefahamannya

terhadap pertuduhan yang dikenakan, Mahkamah telah bertanya kepada Tertuduh ini sama

ada memahami ataupun tidak pertuduhan tersebut. Tertuduh ini menyatakan bahawa beliau

memahami pertuduhan tersebut adalah berkaitan kesalahan berkhalwat dan mengaku

bersalah. Tidak ada paksaan atau pujukan daripada mana-mana pihak untuk Tertuduh ini

membuat pengakuan salah.

6

[9] Tertuduh juga mengekalkan pengakuan bersalah yang dibuat setelah memahami akan kesan

dan akibat pengakuan salah yang dibuat.

[10] Mahkamah berpuashati atas pengakuan salah yang diberikan oleh Tertuduh ini dan

Mahkamah telah mengarahkan pihak Pendakwa Syarie untuk membentangkan fakta kes.

[11] Pihak Pendakwa Syarie membentangkan fakta kes Tertuduh ini dan fakta kes tersebut

adalah seperti berikut :

Tertuduh (1)

Nama : SHAMSUL IQBAL BIN SAHAT @ ISMAIL

No. K/P : XXXX

Umur : XXXX Tahun

Alamat terkini : XXXXX Putrajaya

Pekerjaan : Jurugambar

Status : Berkahwin

Tertuduh (2)

Nama : NOR HAFIZAH BINTI AB AZIZ

No. K/P : XXXX

Umur : 37 Tahun

Alamat terkini : XXXX

Pekerjaan : Jurugambar

Status : Janda

Tertuduh (1) ditahan berada bersama Tertuduh (2) pada tarikh 26hb November 2016 jam

lebih kurang 03.00 pagi di dalam Bilik No.105 COOP Hotel beralamat No.65-67 Jalan

Cyber Valley 1B/3, Cyber Valley Commercial Centre 43800 Dengkil, dalam Daerah

Sepang dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dan ketika ditahan hanya Tertuduh (1) dan

Tertuduh (2) berada di lokasi. Lokasi tangkapan merupakan sebuah hotel. Pegawai

7

Penguatkuasa Agama (selepas ini dirujuk sebagai PPA) yang bertindak hasil aduan

awam telah mengetuk pintu dan memberi salam tetapi tiada jawapan dan 10 minit

kemudian pintu bilik dibuka dari dalam oleh Tertuduh (1) yang berbaju t-shirt hitam

serta berseluar jeans biru gelap. Setelah mendapat keizinan, PPA telah masuk ke dalam

bilik tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan bilik tersebut berkeadaan terang. Hasil

pemeriksaan PPA menemui Tertuduh (2) yang berbaju mini kurung hitam serta berkain

batik coklat tanpa bertudung sedang duduk di atas katil dalam bilik tersebut. Hasil

siasatan kedua-dua Tertuduh tiada hubungan suami isteri atau mahram yang sah.

[12] Mahkamah telah bertanya kepada Tertuduh berkaitan fakta kes yang dibentangkan oleh

pihak Pendakwa Syarie dan Tertuduh mengakui dengar, faham dan bersetuju dengan fakta

kes serta mengekalkan pengakuan bersalah setelah fakta kes tersebut selesai dibacakan

terhadap beliau.

[13] Oleh yang demikian, Mahkamah berkeyakinan penuh untuk menerima pengakuan bersalah

Tertuduh dan mensabitkan Tertuduh telah melakukan kesalahan berkaitan khalwat di

bawah seksyen 29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No. 9 Tahun 1995.

[14] Sehingga peringkat ini mahkamah berpuashati perkara-perkara berikut.

i. Bahawa Tertuduh faham pertuduhan yang dikenakan ke atasnya;

ii. Bahawa Tertuduh faham kesan dan akibat pengakuan salah yang diberikan;

iii. Bahawa pertuduhan ke atas Tertuduh ada diperuntukan mengenai kesalahannya dari segi

undang-undang ; dan

iv. Bahawa fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pendakwa Syarie yang mana telah pun

dipersetujui oleh Tertuduh menunjukkan ada terdapatnya kesalahan yang telah dilakukan

oleh Tertuduh.

[15] Mahkamah merekodkan pengakuan (iqrar) bersalah Tertuduh dan mensabitkan kesalahan

Tertuduh di bawah seksyen 29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 di

8

atas kesalahan berkhalwat setelah Tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah selepas

faham kesan dan akibat daripada pengakuan bersalah dan bersetuju dengan fakta-fakta

yang dibentangkan Pendakwa Syarie.

[16] Pensabitan kesalahan ini adalah berasaskan iqrar Tertuduh (pengakuan salah) bahawa

Tertuduh telah melakukan kesalahan berkhalwat. Mahkamah berpuashati bahawa iqrar

Tertuduh ini telah memenuhi kehendak seksyen 17 (2) Enakmen Keterangan Mahkamah

Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Seksyen 17 (2) : Apa-apa iqrar hendaklah dibuat-

a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim ; atau

b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil, baligh dan ‘adil.

[17] Iqrar yang dibuat oleh Tertuduh ini adalah satu iqrar yang hendaklah diterima, kerana tidak

ada alasan yang membolehkan iqrar itu tidak boleh diterima. Iqrar yang tidak boleh

diterima mengikut Hukum Syarak telah pun ditaqnin di dalam undang-undang. Ianya

sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 18 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah

(Negeri Selangor) 2003. Seksyen 18 tersebut memperuntukkan;

(1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima:

a) Iqrar seseorang yang tidak ‘aqil baligh;

b) Tertakluk kepada subseksyen (2), iqrar orang belum dewasa;

c) Iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma’tuh);

d) Iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang dibawah jagaan

atau tanggungjawabnya;

e) Iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau

f) Iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis

untuk mentadbirkan hartanya (Mahjur ‘alahih).

9

[18] Mahkamah juga berpuashati bahawa iqrar Tertuduh ini telah memenuhi setiap rukun-rukun

iqrar.

[19] Dalam kitab Mughnil Muhtaj, jilid kedua, pada mukasurat 238 menyebut ;

Maksudnya : Rukun iqrar itu ada empat perkara iaitu muqirrun (orang melafazkan

iqrar), muqarrun lahu (orang/pihak yang diberikan iqrar untuknya oleh pembuat iqrar),

sighah (ucapan atau kata-kata iqrar), dan muqirrun bihi (hak atau kepentingan yang

diiktiraf oleh orang yang beriqrar).”

[20] Pada peringkat mitigasi, Tertuduh telah membuat rayuan agar mengurangkan denda dan

tidak mahu penjara sebab Tertuduh adalah merupakan ibu tunggal dan menyara 3 orang

anak serta ibu yang tidak sihat. Pendapatan Tertuduh adalah sebanyak RM 2000 lebih

sebagai jurugambar bebas dan 4 minggu sebelum ni, Tertuduh tidak mempunyai apa-apa

tugasan sejak 4 minggu lepas kerana menjaga dua (2) orang anak orang. Seorang berada di

asrama manakala seorang lagi darjah 2 dan beliau akan menjalani pembedahan mata yang

dijangka akan dilakukan pada 5 Julai 2017 dan 7 Oktober 2017. Tertuduh perlu menjaga

sepenuh masa sebab penglihatan anak Tertuduh sangat terhad. Tertuduh juga tidak

mempunyai wang yang mencukupi disebabkan perlu menanggung kos rawatan

pembedahan mata anak Tertuduh.

[21] Manakala di pihak Pendakwa Syarie pula telah berhujah terhadap kesalahan yang

dilakukan oleh Tertuduh adalah serius. Pendakwa Syarie menegaskan bahawa Tertuduh

telah mengaku bersalah dan faham kesan dan akibat pengakuan salah. Pendakwa Syarie

telah merujuk kepada fakta yang dibentangkan, kejadian telah berlaku pada pukul 3 pagi

dan hanya Tertuduh (1) dan Tertuduh (2) sahaja BERADA DI DALAM BILIK HOTEL.

Berdasarkan kepada perlakuan kedua-dua Tertuduh, perlakuan tersebut telah melanggar

undang- undang dan hukum syarak sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam surah al

isra’ ayat 32. Tindakan kedua-dua Tertuduh tadi boleh menjerumuskan mereka kepada

perbuatan yang lebih teruk iaitu zina yang digambarkan oleh Allah s.w.t dalam ayat

10

tersebut tersebut sebagai perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan dan boleh menjadi

tohmah dan fitnah kepada diri sendiri. Bilik hotel adalah tempat untuk beristirehat di antara

suami isteri yang ada hubungan yang halal di sisi hukum Syarak, sebaliknya Tertuduh (1)

dan Tertuduh (2) telah menyalahgunakan kemudahan bilik hotel tersebut untuk melakukan

maksiat kepada Allah s.w.t.

[22] Berdasarkan kepada fakta kes juga, Tertuduh (1) dan Tertuduh (2) juga sudah berkahwin

dan mempunyai pengalaman dalam melakukan hubungan kelamin, sepatutnya kedua-dua

Tertuduh lebih berhati-hati di dalam pergaulan dan tindakan yang dilakukan. Tertuduh (1)

mempunyai anak 3 orang dan sepatutnya boleh memberikan tauladan kepada anak-anak

sebaliknya tindakan Tertuduh tersebut boleh menyebabkan timbulnya fitnah-fitnah ke atas

anak-anak mereka.

[23] Tangkapan ini juga adalah hasil daripada aduan orang awam yang menunjukkan bahawa

tindakan itu sudah banyak kali dilakukan oleh Tertuduh dan bukan sekali menyebabkan

orang awam menyedari perbuatan Tertuduh. Ini boleh memberatkan lagi hukuman

terhadap Tertuduh itu sendiri.

[24] Selain daripada itu, status perkahwinan Tertuduh juga boleh menjadi pemberat kepada

hukuman yang bakal di jatuhkan kepada Tertuduh sebagaimana yang telah dijelaskan di

dalam al- quran, hukuman zina bagi orang yang telah berkahwin dan yang belum

berkahwin adalah berbeza, walaupun Tertuduh bukan berzina, tetapi ianya boleh dijadikan

panduan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman berdasarkan panduan tersebut. Di

dalam al- Quran disebut hukuman bagi penzina muhsan dan ghairu muhsan yang boleh

menjadi panduan kepada mahkamah—

نہما مائة جلدة انى فٱجلدوا كل وٲحد م انية وٱلز ٱلز إن كنتم تؤمنون بٱلل فى دين ٱلل ول تأخذكم بہما رأفة

ن ٱلمؤمنين وٱليوم ٱلخر م وليشہد عذابہما طاٮ فة

11

Maksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap

seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas

kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman

kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada

mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

[25] Oleh itu, pendakwa memohon agar suatu hukuman yang benar-benar boleh memberikan

pengajaran dan keinsafan serta timbul kesedaran kepada Tertuduh untuk bertaubat sebab

semasa Tertuduh membuat rayuan, Tertuduh tidak menyatakan kekesalan dan taubat serta

insaf di atas perbuatan Tertuduh.

[26] Selain daripada itu, mahkamah juga boleh mengenakan hukuman di bawah Seksyen kepada

Sekyen 97(2) (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah atau menangguhkan kes ini

untuk memberikan ruang kepada Tertuduh untuk membuat rayuan dengan lebih jelas.

[27] Berdasarkan rayuan Tertuduh dan hujah Pendakwa Syarie, Mahkamah telah membuat

beberapa pertimbangan dan penelitian dalam menjatuhkan hukuman dalam kes ini.

Mahkamah mengambilkira rayuan peringanan hukuman oleh Tertuduh serta hujah

Pendakwa Syarie yang membantah peringanan hukuman tersebut.

[28] Mahkamah bersetuju dengan hujah Pendakwa Syarie dan berpendapat kesalahan yang

dilakukan oleh Tertuduh adalah sangat serius dan Tertuduh wajar dikenakan satu bentuk

hukuman yang sejajar dengan peruntukan undang-undang yang ada lebih-lebih lagi masa

tangkapan dibuat hanya Tertuduh bersama seorang lelaki yang bukan mahram atau

suaminya. Perbuatan Tertuduh secara umumnya telah dilarang oleh Allah s.w.t berfirman

di dalam surah al-Israa’ ayat 32;

وساء سبيل

حشة ـ نى إنه ۥ كان ف ول تقربوا ٱلز

12

Maksudnya : Dan jaganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu

perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

[29] Manakala di dalam kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb

Rahimahullah, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, terbitan Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Kota Bharu, Kelantan cetakan pertama 2000/1420H, jilid 10 mukasurat 190, menghuraikan

ayat 32 Surah al-Israa’ itu antara lain menyebut :

“Justeru itu Islam menyekat jalan zina dengan menjauhi sebab-sebab yang mendorong

ke arahnya untuk menjaga supaya seseorang itu tidak terjerumus ke dalamnya. Kerana

Islam melarang percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan yang tidak perlu,

mengharamkan khalwat dan perbuatan bersolek secara berlebih-lebihan…;

[30] Di dalam kes ini Tertuduh (1) dan Tertuduh (2) jelas tidak mengendahkan larangan-

larangan Allah S.W.T. Kedua-dua Tertuduh mengaku telah berdua-duaan pada waktu

kejadian dan ini merupakan perbuatan-perbuatan yang dianggap menghampiri zina.

Mahkamah berpendapat jika hukuman ringan dikenakan, maka ianya akan memberi

gambaran seolah-olah Mahkamah tidak memandang serius kes seumpama ini dan takut

untuk menjatuhkan hukuman sedangkan masyarakat di luar sana sering sensitif terhadap

hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Penghakimannya selalu disensasikan

dan menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Malah isu-isu di Mahkamah Syariah juga

kerap dipermainkan oleh sesetengah pihak yang menggambarkan tentang kelemahan

Mahkamah Syariah seperti tidak efisyen, hukuman tidak bagus dan Mahkamah kelas

kedua.

[31] Walaupun ini adalah kesalahan pertama Tertuduh dan Tertuduh mengaku bersalah namun

ianya tidak boleh dijadikan alasan oleh Mahkamah untuk meringankan hukuman ke atas

Tertuduh lebih-lebih lagi Mahkamah mendapati tiada tanda-tanda keinsafan atau keinginan

untuk bertaubat daripada Tertuduh malah rayuan Tertuduh dibuat secara bersahaja. Kitab

Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu yang dikarang oleh Wahbah al-Zuhaili, terjemahan

13

Ahmad Shahbari Salamon, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang, Selangor Darul

Ehsan cetakan ketiga 2001, jilid VI mukasurat 16 antara lain menyebut:-

6. Kesan taubat: Ta’zir gugur dengan bertaubat tanpa diketahui adanya khilaf.

[32] Sungguhpun begitu, wajarkah Mahkamah ini berpegang dan bergantung kepada pilihan

hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 29 (1)(a)(b) EJJS 9/1995 semata-mata

atau terdapat pilihan lain yang diberikan oleh undang-undang dalam menjatuhkan

hukuman? Dan perlukah Mahkamah membuat pilihan lain selain yang diperuntukkan di

bawah Seksyen 29 (1)(a)(b) EJJS 9/1995 sekiranya pilihan lain yang ada lebih memberikan

pengajaran, keinsafan dan kebaikan kepada Tertuduh di masa akan datang?

Seksyen 29 (1) Mana-mana-

a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan

yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak

bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

atau kedua-duanya.

[33] Berdasarkan peruntukan seksyen tersebut Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang

diperuntukkan di bawah seksyen 29 EJJS 9/1995 di atas bukanlah sesuatu yang mengikat

Mahkamah untuk hanya bergantung kepada tiga jenis hukuman yang diperuntukkan

14

tersebut sahaja tetapi perkataan “boleh” yang wujud dalam seksyen tersebut menunjukkan

wujud ruang lain yang boleh menjadi pilihan Mahkamah dalam membuat pertimbangan

untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman di bawah seksyen 29 (1)(b) EJSS

9/1995 tersebut.

[34] Mahkamah juga berpendapat kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh dan

hukuman yang diperuntukkan adalah termasuk di dalam kategori hukuman jenis ta’zir.

Kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu yang dikarang oleh Wahbah al-Zuhaili,

terjemahan Ahmad Shahbari Salamon, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang,

Selangor Darul Ehsan cetakan ketiga 2001, jilid VI mukasurat 208 antara lain menerangkan

maksud ta’zir:-

Menurut istilah syara’ al-ta’zir ialah hukuman keseksaan syara’ terhadap

perbuatan maksiat atau jenayah yang tidak dikenakan hukuman hadd dan kifarat.

[35] Manakala diperincikan dalam nota penerangan yang berkaitan di dalam kitab yang sama

bahawa:-

Terdapat tiga jenis maksiat ... dan jenis ketiga tidak dikenakan hadd dan tidak

dikenakan kifarah seperti mencium perempuan ajnabiyyah, berkhalwat

dengannya ....

[36] Mahkamah juga merujuk kepada perbahasan fuqaha’ yang mengutarakan soal penahanan

adalah disyara’kan dalam Islam. Mereka berhujah dengan firman Allah S.W.T. dalam

surah al-Maidah ayat 33:-

Maksudnya : ... Atau dibuang negeri ... .

15

Mereka berkata bahawa maksud buang negeri “al-nafyu” dalam ayat tersebut ialah

penahanan dan penahanan diharuskan dalam beberapa keadaan antaranya ditahan

penjenayah sebagai hukuman ta’zir atau mencegah daripada berbuat maksiat kepada Allah

S.W.T.

[37] Dengan berpandukan kepada beberapa peruntukkan yang diberikan oleh undang-undang

dan setelah merujuk hukum syarak, Mahkamah mendapati bahawa Mahkamah masih

mempunyai pilihan yang lain dalam menjatuhkan hukuman seperti di bawah peruntukan

seksyen 97 (2)(b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003 dan juga Seksyen 54

(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (Negeri Selangor) No. 9 Tahun 1995.

[38] Seksyen 97 (2)(b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan

seperti berikut :

“apabila mana-mana orang dipertuduhkan di hadapan mahkamah atas suatu

kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati

bahawa pertuduhan itu telah dibuktikan, tetapi berpendapat dengan mengambil kira

watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental orang yang dipertuduh

itu, atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu, atau kepada hal keadaan

peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan, adalah tak suai manfaat

untuk mengenakan apa-apa hukuman selain daripada suatu hukuman nominal atau

bahawa adalah suaimanfaat melepaskan pesalah itu dalam cubaan akhlak,

Mahkamah boleh tanpa merekodkan suatu sabitan, membuat perintah-

a) ...................;

b) Memerintah pesalah itu ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan

oleh Majlis selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana

yang difikirkan patut oleh Mahkamah;

c) …………………….

16

[39] Seksyen 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 memperuntukkan :

“jika mana-mana Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang perempuan

atas suatu kesalahan dibawah bahagian IV, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti

hukuman yang dinyatakan bagi kesalahan itu, memerintahkan supaya orang

perempuan itu dikomitkan ke suatu rumah diluluskan selama tempoh yang tidak

melebihi 6 bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu”.

[40] Berdasarkan peruntukan seksyen 97 (2)(b) ETTJS No. 3 Tahun 2003 yang dibaca bersama

Seksyen 54 (2) EJJS 1995 di atas, Mahkamah boleh memerintahkan Tertuduh yang telah

disabitkan kesalahan untuk dikomitkan ke rumah kebajikan yang diluluskan selama tempoh

tidak melebihi 6 bulan. Namun begitu, sebelum dua peruntukan seksyen ini digunakan,

Mahkamah perlu terlebih dahulu mengambilkira perkara-perkara yang dinyatakan di dalam

seksyen-seksyen tersebut iaitu :-

i. Watak, latarbelakang

[41] Di dalam kes ini, Tertuduh adalah merupakan ibu tunggal. Tertuduh mempunyai

pendapatan sebanyak RM 2000 lebih yang bekerja sebagai jurugambar bebas dan 4 minggu

sebelum ni, Tertuduh tidak mempunyai apa-apa tugasan sejak 4 minggu lepas. Anak-anak

Tertuduh seorang berada di asrama manakala seorang lagi berada dalam darjah 2 dan anak

tersebut dijangka akan menjalani pembedahan mata pada 5 Julai 2017 dan 7 Oktober 2017.

Tertuduh juga tidak mempunyai wang yang mencukupi disebabkan perlu menanggung kos

rawatan pembedahan mata anak Tertuduh.

[42] Dalam kes ini, status ibu tunggal Tertuduh yang telah berkahwin tetapi masih lagi

melakukan maksiat kepada Allah dan pemerintah boleh menjadi pertimbangan kepada

mahkamah untuk memutuskan hukuman yang sesuai kepada Tertuduh. Dalam kes ini,

mahkamah berpandangan bahawa situasi tersebut menunjukkan Tertuduh kekurangan ilmu

17

dan pengamalan agama Islam. Tertuduh sepatutnya lebih menjaga akhlak dan personaliti

Tertuduh sebagai ibu tunggal yang boleh menjadi ikutan kepada anak-anak Tertuduh.

[43] Tertuduh pula berasal dari latarbelakang yang susah dan bekerja sebagai jurugambar

sambilan yang mendapatkan kontrak untuk mengambil gambar perkahwinan melalui

tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan. Pendapatan Tertuduh adalah sebanyak RM

2000 lebih sebagai jurugambar bebas dan 4 minggu sebelum ni, Tertuduh tidak mempunyai

apa-apa tugasan.

[44] Tertuduh juga mempunyai masalah kewangan kerana perlu membiayai sepenuhnya kos

pembedahan mata anak Tertuduh yang dijangka dilakukan pada 5 Julai 2017 dan 7 Oktober

2017. Masalah kesihatan anak Tertuduh ini boleh boleh dipertimbangkan oleh mahkamah

kerana sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman denda kepada Tertuduh menjadikan

Tertuduh semakin terjerumus ke dalam masalah kewangan dan menyebabkan Tertuduh

berada dalam kesempitan wang.

ii. Umur

[45] Umur Tertuduh ini ketika tangkapan dibuat adalah 37 tahun dan sudah bekerja. Dari segi

syaraknya Tertuduh ini telah pun dikenakan taklif syarak ke atas dirinya, namun begitu jika

dilihat dari keadaan realitinya, Mahkamah berpendapat bahawa pada usia 37 tahun adalah

usia yang sepatutnya matang dalam membuat pertimbangan dalam menentukan hala tuju

hidup. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini gejala sosial di kalangan masyarakat yang semakin

membimbangkan dan mengerunkan masyarat rata-ratanya dilakukan oleh Tertuduh yang

inginkan kebebasan tanpa memikirkan kesan buruknya.

[46] Oleh itu, seharusnya suatu pengajaran yang berguna patut diberikan kepada Tertuduh ini

khususnya dari sudut memberikan kefahaman dalam hal berkaitan ilmu dan hukum hakam

agar dapat menjadi panduan dalam kehidupan Tertuduh ini dalam membuat pertimbangan

untuk sesuatu tindakan yang akan dilakukan pada masa-masa akan datang. Maka

18

sewajarnya Tertuduh diberi bimbingan dan panduan hidup yang sejajar dengan kehidupan

sebagai seorang muslimah. Sekiranya pensabitan kesalahan ini diambilkira dan hukuman

dibawah seksyen 29 EJJS 1995 dijatuhkan, pastinya ia memberikan kesan dan rekod buruk

kepada Tertuduh sebagai seorang yang telah pun disabitkan dan dihukum di bawah satu

kesalahan jenayah.

iii. Apa-apa hal keadaan peringanan kesalahan yang dilakukan.

[47] Ini adalah merupakan kesalahan pertama Tertuduh dan sebelum ini tidak pernah disabitkan

atas apa-apa kesalahan jenayah. Mahkamah berpandangan bahawa faktor ini patut

diambilkira sebagai pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman. Begitu juga dengan

pengakuan salah yang diberikan, ianya telah menjimatkan kos dan perbelanjaan kerajaan

juga masa Mahkamah serta meringankan beban pendakwa kerana tidak lagi perlu

menanggung berat beban pembuktian kerana wujudnya iqrar dari Tertuduh ini dan ia dapat

memberi ruang kepada pendakwa syarie untuk memberi tumpuan kepada kes-kes yang lain.

[48] Selain alasan-alasan di atas, seksyen 97 (2) ETTJS 2003 juga menyatakan untuk perlunya

mengambilkira tentang kesihatan atau keadaan mental pesalah itu namun Mahkamah

berpendapat bahawa dalam kes ini alasan ini adalah tidak wujud.

[49] Selain daripada itu, Mahkamah juga berpandangan bahawa Tertuduh mempunyai tahap

kefahaman dan pengamalan agama Islam yang rendah, justeru mahkamah perlu

mengambilkira tempat yang sesuai kepada Tertuduh untuk mendalami agama Islam dan

seterusnya mengamalkan ajaran agama Islam itu sendiri supaya dapat menjaga akhlak dan

personaliti Tertuduh sebagai ibu tunggal.

[50] Selanjutnya, mahkamah juga berpandangan bahawa sekiranya mahkamah menjatuhkan

hukuman denda sahaja, Tertuduh akan gagal membayar denda tersebut yang boleh

mengakibatkan Tertuduh akan dimasukkan ke dalam penjara. Hal ini disebabkan Tertuduh

tidak mempunyai pendapatan tetap iaitu hanya sekitar RM 2000 lebih sebagai jurugambar

19

bebas manakala anak Tertuduh yang berumur 8 tahun akan menjalani pembedahan mata

yang dijangka akan diadakan pada 5 Julai 2017 dan 7 Oktober 2017. Mengikut pengakuan

Tertuduh, Tertuduh tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar denda

kerana perlu menanggung kos rawatan pembedahan mata anak Tertuduh.

[51] Seterusnya mahkamah berpandangan bahawa sekiranya Tertuduh dimasukkan ke dalam

penjara kerana gagal membayar denda, Tertuduh akan diletakkan bersama dengan

banduan-banduan yang melakukan kesalahan jenayah sivil lain seperti mencuri, merompak,

menipu dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebabkan Tertuduh akan terdedah kepada

kepada jenayah-jenayah sivil tersebut. Hukuman sebegini ini boleh menyebabkan

kezaliman kepada Tertuduh sendiri dan mahkamah. Ini adalah bukan matlamat hukuman di

dalam Islam. Matlamat hukuman dalam Islam adalah untuk mendidik dan memberi

pengajaran kepada pesalah dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama

dan seterusnya dapat membanteras jenayah tersebut daripada berleluasa.

[52] Oleh itu, seharusnya suatu pengajaran yang berguna patut diberikan kepada Tertuduh ini

khususnya dari sudut memberikan kefahaman dalam hal berkaitan ilmu dan hukum hakam

agar dapat menjadi panduan dalam kehidupan Tertuduh ini dalam membuat pertimbangan

untuk sesuatu tindakan yang akan dilakukan pada masa-masa akan datang.Maka

sewajarnya Tertuduh diberi bimbingan dan panduan hidup yang sejajar dengan kehidupan

sebagai seorang muslimah. Sekiranya pensabitan kesalahan ini diambilkira dan hukuman

dibawah seksyen 29 EJJS 1995 dijatuhkan, pastinya ia memberikan kesan dan rekod buruk

kepada Tertuduh sebagai seorang yang telah pun disabitkan dan dihukum di bawah satu

kesalahan jenayah.

[53] Berdasarkan seksyen 97 (2) ETTJS 2003, Mahkamah juga diberi kuasa untuk tidak

merekodkan pensabitan atas kesalahan yang dilakukan sebelum pilihan perintah di bawah

seksyen tersebut digunakan oleh Mahkamah walaupun seksyen 54 (2) EJSS 1995

menyatakan bahawa perintah pengkomitan ke rumah kebajikan yang diluluskan adalah

setelah disabitkan seseorang perempuan itu di bawah bahagian IV EJJS 1995. Mahkamah

20

berpendapat bahawa Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan rekod pensabitan

ke atas Tertuduh dalam kes ini dipadam atau dibatalkan sekiranya kedua-dua peruntukan

seksyen ini dibaca secara bersama. Ini kerana sekiranya rekod pensabitan ini tidak di

padam dari rekod perbicaraan, pastinya kesan kepada Tertuduh walaupun setelah perintah

ini selesai dilaksanakan ianya tetap akan meninggalkan kesan buruk kepada diri Tertuduh

ini kerana mempunyai rekod sebagai pesalah dalam kes jenayah syariah.

[54] Oleh itu, setelah Mahkamah menimbangkan dengan mendalam segala fakta-fakta dalam

kes ini, juga setelah Mahkamah meneliti dan mempertimbangkan rayuan yang

dikemukakan oleh Tertuduh dan hujah-hujah Pendakwa Syarie serta peruntukan undang-

undang dan hukum syarak, Mahkamah berpendapat bahawa keputusan atau perintah yang

akan dikeluarkan ini adalah sesuatu yang wajar dan munasabah.

DIPUTUSKAN

[55] Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta-fakta kes yang

dibentangkan, alasan-alasan rayuan daripada Tertuduh serta hujah-hujah Pendakwa Syarie,

DAN SETELAH menimbangkannya maka Mahkamah dengan ini memerintahkan seperti

berikut :

(1) Mahkamah membatalkan pensabitan ke atas Tertuduh di bawah Seksyen 29 (1)(b)

Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995.

(2) Sebagai ganti hukuman, Tertuduh diperintahkan untuk ditahan di Pusat Perlindungan

Wanita Baitul Ehsan selama tempoh enam (6) bulan berkuatkuasa mulai hari ini.